Kamus ini berisi definisi dan contoh penggunaan untuk istilah-istilah bahasa Melayu yang umum digunakan. Beberapa istilah yang dijelaskan adalah "air muka", "ambil berat", "angkat topi" dan "asam garam".
1. KAMUS
Makan angin?
Air muka
Angkat topi
Ambil berat
2. Aa
1. Air muka
Maknanya : Raut muka yang terbayang atau terpancar pada wajah seseorang.
Ayat : Air muka Syahmi tiba-tiba berubah apabila dimarahi oleh gurunya.
2.
Ambil berat
Maknanya : Ambil tahu atau prihatin terhadap sesuatu perkara.
Ayat : Encik Shahril ambil berat akan kebjikan para pekerjanya.
3. 3. Ambil hati
Maknanya : Membuat sesuatu bagi menyukai hati seseorang.
Ayat : Syaza sangat pandai ambil hati ibunya, sebab itulah dia sangat
disayangi.
4. Asam garam
Maknanya : Pengalaman hidup
Ayat : Pengalaman jatuh dan bangun sudah menjadi asam garam kehidupan
seorang ahli politik.
4. 5. Angkat topi
Maknanya : Memberi penghormatan kepada seseorang sebagai tanda pengiktirafan.
Ayat : Para peminat bola sepak Negeri Sembilan, angkat topi selepas pasukan
negeri itu berjaya menewaskan pasukan Kelantan, 2 – 0.
Bb
6. Batu api
Maknanya : Orang yang menjadi punca dua pihak bertengkar atau bergaduh.
Ayat : Kalau bukan kerana Syamsul yang menghasut dan menjadi batu api,
tidak mungkin Afiq dan Alqashi bergaduh.
5. 7. Beri muka
Maknanya : Memenuhi apa sahaja keinginan atau memanjakan secara berlebihan.
Ayat : Akibat ibunya terlalu beri muka, Zakuan akhirnya menjadi anak yang liar.
8. Buah mulut
Maknanya : Sesuatu yang menjadi bualan orang ramai.
Ayat : Berita perkahwinan Yusri dengan pelakon Surihani menjadi buah mulut
orang ramai.
6. 9. Buruk siku
Maknanya : Meminta balik barang yang telah diberikan.
Ayat : “Engkau ini buruk siku, sudah beri nak minta semula,” rungut Adawiyah
sambil memulangkan pensel Alia.
10.
Buta huruf
Maknanya : Tidak kenal huruf atau tak tahu menulis dan membaca.
Ayat : Tidak hairanlah orang tua zaman dahulu buta huruf kerana mereka tidak
berpeluang ke sekolah.
7. 11. Bahu jalan
Maknanya : Kawasan yang terletak di bahagian tepi di sebelah kiri dan kanan jalan
raya.
Ayat : Kemalangan itu berlaku akibat tayar kereta itu meletup kerana terkena
bahu jalan yang baharu dinaik taraf.
Cc
Cari jalan
12.
Maknanya : Berikhtiar atau berusaha untuk menyelesaikan sesuatu.
Ayat : Kerajaan sentiasa berusaha cari jalan membasmi masalah yang
dihadapi oleh pendidik di negara ini.
8. 13. Curi tulang
Maknanya : Ponteng atau mengelak daripada membuat kerja.
Ayat : Akibat perangainya yang suka curi tulang, Aidil akhirnya dibuang kerja.
14. Cacing kepanasan
Maknanya : Gelisah dan tidak senang duduk.
Ayat : Pencuri itu seperti cacing kepanasan apabila mengetahui yang dia
sedang diburu pihak polis.
9. 15. Curi hati
Maknanya : Berjaya menawan hati atau membuat orang terpikat.
Ayat : Perwatakan Malik yang kelakar itu berjaya mencuri hati para juri yang
mengadili Pertandingan Raja Lawak Malaysia.
Dd
16. Durian runtuh
Maknanya : Mendapat keuntungan atau rezeki yang banyak secara tiba-tiba.
Ayat : Para pekerja Felda itu menganggap pemberian bonus dua setengah
bulan gaji itu sebagai durian runtuh kepada mereka.
10. 17.
Darah panas
Maknanya : Cepat marah atau lekas naik darah.
Ayat : Kalau diikutkan darah panasnya, Ahmad sudah lama pukul budak yang
nakal itu.
18.
Dalam tangan
Maknanya : Sesuatu yang pasti dapat atau yakin akan diperolehi.
Ayat : Walaupun keputusan UPSR belum diumumkan namun, Syaida yakin 5A
dalam tangan.
11. 19. Dimakan hari
Maknanya : Kelihatan buruk kerana terbiar terlalu lama.
Ayat : Pakaian yang dijemur terlalu lama di ampaian itu sudah kelihatan buruk
kerana dimakan hari.
Ee
20. Ekor mata
Maknanya : Menjeling atau melihat dari sisi mat.
Ayat : Akibat malu hendak bertentang mata, Asmah hanya memandang lelaki
itu dengan ekor mata sahaja.
12. Ff
21.
Fikiran sempit
Maknanya : Berfikir hanya mengikut keupayaan sendiri dan tidak mahu menerima
pendapat orang
Ayat : Janganlah fikiran sempit, bukalah minda dan terimalah pendapat orang
lain.
Gg
22.
Gaji buta
Maknanya : Menerima upah tanpa membuat kerja.
Ayat : Fadil makan gaji buta sahaja sebab syarikat tempat dia bekerja milik
ayahnya.
13. Gigi air
23.
Maknanya : Bahagian tepi tempat
Ayat : Buaya-buaya itu menunggu di gigi air ketika pekerja zoo
mencampakkan makanan kepada mereka.
Gulung tikar
24.
Maknanya : Mengalami kerugian dan terpaksa menutup perniagaan atau bankrap.
Ayat : Salleh terpaksa gulung tikar akibat daripada ketiadaan pelanggan yang
datang ke syarikatnya untuk berurus niaga.
14. Gigit jari
25.
Maknanya : Kempunan atau terlepas peluang untuk mendapat sesuatu.
Ayat : Ramlah terpaksa gigit jari apabila mendapat tahu jejaka tampan
idamannya itu sudah ada pilihan hatinya sendiri.
Hh
Harga diri
26.
Maknanya : Maruah diri atau nama baik seseorang.
Ayat : Tanpa harga diri, hidup pun seakan tidak bermakna lagi.
15. 27.
Hati kecil
Maknanya : Perasaan yang tersimpan atau yang bermain-main di dalam diri.
Ayat : Hati kecilnya mahu tetapi mulutnya saja yang malu untuk berkata-kata.
Hitam putih
28.
Maknanya : Bukti bertulis atau perjanjian rasmi.
Ayat : Fahmi telah membuat perjanjian hitam putih terhapat jual beli tanah itu
supaya tidak timbul masalah dimasa akan datang.
16. Hari muka
29.
Maknanya : Masa depan atau masa akan datang.
Ayat : Jangan abaikan pelajaran supaya hari muka anda akan cerah.
Ii
Ikat perut
30.
Maknanya : Menahan lapar kerana hendak berjimat atau tiada makanan untuk
dimakan.
Ayat : Askar-askar itu terpaksa ikat perut kerana kehabisan makanan.
17. 31. Isi rumah
Maknanya : Penghuni atau bilangan orang yang tinggal di dalam
Ayat : Keluarga atau isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000
mendapat bantuan wang RM500 daripada kerajaan.
32. Ikan bilis
Maknanya : Orang biasa atau orang bawahan.
Ayat : Dalam kes rasuah itu, hanya ikan bilis sahaja yang ditangkap, buaya-
buaya besar terlepas.
18. 33. Ibu pertiwi
Maknanya : Tanah tempat tumpah darah atau negara kita dilahirkan.
Ayat : Demi ibu pertiwi, perajurit sanggup berjuang sehingga ketitisan darah
yang terakhir.
Jj
Jalan mati
34.
Maknanya : Hujung jalan atau fikiran terbantut.
Ayat : Ayah terpaksa berpatah balik kerana jalan yang dilalui itu jalan mati.
19. Janji kosong
35.
Maknanya : janji yang tidak mempunyai apa-apa makna atau janji yang tidak mampu
ditunaikan.
Ayat : Orang ramai yang datang kemajlis itu mula beredar kerana mereka tahu
lelaki yang berucap itu hanya tahu menabur janji kosong sahaja.
36. Jantung hati
Maknanya : Orang yang sangat disayangi atau kekasih.
Ayat : Lokman sanggup keluar lewat malam semata-mata hendak bertemu
dengan jantung hatinya.
20. Kk
37. Kaki lima
Maknanya : kawasan laluan pejalan kaki yang terletak di hadapan bangunan atau
kedai.
Ayat : Mak Cik Limah menjual nasi lemak dikaki lima kedai.
38.
Kecil hati
Maknanya : Perasaan tersinggung atau merajuk sebab suatu perkara yang kecil.
Ayat : Jamilah berasa kecil hati apabila emak membelikan gula-gula untuk
adiknya sahaja.
21. 39. Khabar angin
Maknanya : Berita atau cerita yang belum pasti kebenarannya.
Ayat : Khabar angin yang menyatakan bahawa Datuk K sudah berkahwin lain
itu rupa-rupanya hanya khabar angin sahaja.
Ll
40. Lidah bercabang
Maknanya : Orang yang cakapnya berdolak-dalik atau sua bercakap bohong.
Ayat : Cakap-cakap Faizah memang tidak boleh dipercayai kerana dia
memang terkenal sebagi seorang lidah bercabang.
22. 41.
Lampu hijau
Maknanya : Diberi kebenaran atau laluan untuk memulakan sesuatu.
Ayat : Projek itu masih terbengkalai kerana belum mendapat lampu hijau
daripada kerajaan.
42.
Langkah bendul
Maknanya : Adik kahwin terlebih dahulu daripada kakaknya.
Ayat : Walaupun perkahwinan Syahirah itu langkah bendul tetapi mendapat
restu daripada keluarganya.
23. Mm
43.
Mandi kerbau
Maknanya : Mandi tetapi tidak bersih atau mandi tidak bersabun.
Ayat : Amad mandi kerbau sahaja kerana dia sudah terlewat pergi sekolah.
44. Makan masa
Maknanya : Tempoh masa yang diambil atau jumlah waktu yang perlu untuk
melaksanakan sesuatu.
Ayat : Perjalanan menaiki lori dari Alor Gajah ke Shah Alam , makan masa
selama dua jam.
24. Nn
45.
Naik darah
Maknanya : Naik angin atau menjadi marah dan meradang.
Ayat : Encik Ali terus naik darah apabila mendapat tahu anaknya ponteng
sekolah.
46. Nyiur gading
Maknanya : Gadis yang berwajah comel atau molek.
Ayat : Wajah pengantin perempuan itu sungguh comel bak nyiur gading.
25. Pp
47. Pasang telinga
Maknanya : Mencuri dengar perbualan atau mendengar dengan teliti.
Ayat : Ketika Cikgu Azmei sedang memberi penerangan, semua murid diam
sambil memasang telinga.
48. Patah hati
Maknanya : Kecewa atau tidak bersemangat lagi untuk meneruskan sesuatu.
Ayat : Selepas putus tunang, Ani terus patah hati untuk berkawan dengan
jejaka lain.
26. Rr
49. Rumah haram
Maknanya : Rumah yang didirikan tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Ayat : Kesemua penghuni rumah haram itu telah dipindahkan ke sebuah
rumah pangsa.
Rezeki harimau
50.
Maknanya : Mendapat makanan yang terlalu banyak dan sukar dihabiskan.
Ayat : Setiap kali ada orang besar datang melawat, para penghuni asrama
anak-anak yatim itu mendapat rezeki harimau.
27. Ss
51. Sakit mata
Maknanya : Keadaan yang menyakitkan mata melihat atau hati tidak berasa senang
untuk melihatnya.
Ayat : Timbunan sampah yang dilonggokkan di situ memang benar-benar sakit
mata orang memandangnya.
Sebelah tangan
52.
Maknanya : Keupayaan untuk membuat sesuatu melebihi orang lain.
Ayat : Syahmi mendakwa kerja yang dibuat oleh empat orang mampu
dibuatnya dengan sebelah tangan sahaja.
28. Tt
53. Tali barut
Maknanya : Orang yang bersekongkol dengan pihak musuh atau musuh dalam
selimut.
Ayat : Setelah Azman ditangkap barulah orang ramai dapat tahu yang dia
seorang tali barut.
Tin kosong
54.
Maknanya : Orang yang pandai bercakap tetapi tidak tahu melaksanakannya.
Ayat : “Janganlah menjadi tin kosong, bercakap sahaja pandai tapi bila disuruh
buat tak tahu,” Cikgu Razak ingatkan murid-muridnya.
29. Uu
55. Ulat buku
Maknanya : Orang yang suka membaca atau orang yang rajin belajar
Ayat : Syafiq sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
kerana dia seorang ulat buku.
56.
Umang-umang
Maknanya : Suka menyamar atau menunjuk-nunjuk dengan memakai barangan
orang lain.
Ayat : Perangai Ezzati tak ubah seperti umang-umang, barang-barang kemas
yang dipakainya itu semua kepunyaan rakannya.
30. Ww
ww
57. Wanita murahan
Maknanya : Perempuan yang memperdagangkan tubuhnya atau perempuan yang
hidup bebas.
Ayat : Pelakon wanita itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang
dilemparkan ke atas dirinya sebagai wanita murahan.
Wanita pertama
58.
Maknanya : Isteri kepada ketua negara yang menjadi Presiden atau Perdana
Menteri.
Ayat : Wanita pertama negara itu sedang meraikan kedatangan isteri Presiden
Australia.