SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 35
Downloaden Sie, um offline zu lesen
MESIN LARIK                                                  J 1003 / 6/ 1




                Dapat mengetahui jenis-jenis mesin larik dan mata alat
                serta berkebolehan mengendalikan mesin larik.




              Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

                    Mengenali jenis-jenis mesin larik.
                    Mengetahui fungsi bahagian-bahagian mesin
                    larik tetengah.
                    Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja
                    dipegang pada mesin larik.
                    Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat.
                    Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata
                    alat.
                    Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata
                    alat.
                    Mengetahui langkah pengendalian kerja-kerja
                    menggerek, menggerudi, melorek, melarik tirus,
                    memotong ulir skru dan melarik tak sepusat.




                            Unit 6-1
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 2




   INPUT



6.0 PENGENALAN

      Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel
      kejuruteraan. Walaupun pelbagai betuk mesin pelarik telah digunakan sebelum
      kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang boleh memotong ulir hanya
      dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry
      Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin
      stim kereta api rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman
      revolusi industri England.sejak dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan
      ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan
      komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat
      popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya
      sebuah mesin.


      6.1     JENIS-JENIS MESIN LARIK


      Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil
      digunakan dalam pengeluaran komponen kecil jam tangan sementara yang besar
      sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik boleh dikelaskan
      kepada dua kategori :

      Mesin Pelarik Jentera
      Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik.
              6.1.1 Jenis bangku




                                       Unit 6-2
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 3



              Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia
              digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus.
              6.1.2 Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah)
              Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan
              mesin adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan
              untuk kerja-kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi
              latihan kemahiran.




                                      Rajah 6.1 : Mesin larik piawai


              6.1.3 Jenis toolroom
              Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die.
              Mesin ini juga dilengkapi dengan alat tambahan khas dan aksesori supaya
              beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan.
              6.1.4 Jenis gap-bed
              Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada
              landasannya di bawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau
              kompenen dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang.



              Jenis Mesin Pengeluaran
              Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini :
      (a)     Pelarik turret pelana
              Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini
              mempunyai kepala turret yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas


                                         Unit 6-3
MESIN LARIK                                                                      J 1003 / 6/ 4



              landasan. Kepala turret boleh memegang beberapa jenis mata pemotong
              dan   boleh      digunakan     untuk    melarik   beberapa   operasi    tanpa
              memberhentikan mesin untuk menukar mata alat.
      (b)     Pelarik kapstan
              Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit
              saiznya daripada jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja-
              kerja sederhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak diatas
              satu kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula
              menggelongsor diatas landasan utama mesin dan boleh dikunci pada
              sebarang kedudukan yang dikehendaki.




                                   Rajah 6.2 : Mesin pelarik kapstan


      (c)     Pelarik automatik
              Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara
              beberapa ratus sehingga beberapa puluh ribu kompenen sehari. Semua
              pergerakan mata pemotong dan bahan kerja dikawal oleh sesondol (cam),
              sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik.
      (d)     Pelarik kegunaan khas
              Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti :
              *pelarik roda kereta api
              *pelarik aksel
              *pelarik penampang


                                           Unit 6-4
MESIN LARIK                                                                     J 1003 / 6/ 5



               *pelarik menegak
      (e)      Pelarik N.C dan C.N.C
               Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini
               lebih produktif dan hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan
               dengan mesin lain. Terdapat dua jenis mesin iaitu :
               *Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja.
               *Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada
               landasan dan satu lagi pada kekesot lintang.




                                         Rajah 6.3 : Mesin CNC
      6.2      FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN LARIK TETENGAH
               Bahagian-bahagian utama mesin pelarik terdiri daripada landasan, alatan
               hadapan, alatan belakang, kekotak gear cepat tukar dan kereta.


      6.2.1 Landasan


      (a) Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin pelarik. Kejituan mesin
            pelarik bergantung pada ketegaran, penjajaran dan ketepatan pada
            landasannya.
      (b) Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak
            peralatan lain seperti alatan hadapan, kereta dan alatan hadapan.


                                          Unit 6-5
MESIN LARIK                                                                        J 1003 / 6/ 6



      (c) Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba
            kekerasan dilakukan keatasnya supaya boleh tahan haus.




               Rajah 6.4 : Bentuk-bentuk landasan mesin pelarik


      6.2.2 Alatan hadapan
      (a)      Bahagian ini terletak di sebelah kiri landasan mesin.
      (b) Spindal utama yang berbentuk satu syaf geronggang yang disokong oleh
            beberapa galas terletak di dalam bahagian ini. Hujunjg spindal atau
            muncungnya yang terkeluar daripada alatan hadapan yang berbentuk jenis
            tirus, jenis ulir atau jenis kekunci sesondol ( kam lock )
      (c) Pada hujung spindal ini beberapa peraltan seperti cuk, piring pelarik dan
            tetengah hidup boleh dipasang dan digunakan untk memegang bahan kerja
            atau kompenen yang hendak dilarik.
      (d) Untuk memutarkan spindal utama, alatan hadapan mempunyai perlatan takal
            atau beberapa siri rangkaian gear. Alatan hadapan bergear mempunyai lebih
            rangkaian kelajuan dan lebih tepat putarannya jika dibandingkan dengan
            alatan hadapan yang bertakal. Lagipun takal boleh tergelincir bila terkena
            minyak dan ini menyebabkan hasil larikan yang tidak rata atau licin.


      6.2.3 Alatan Belakang
      (a)      Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakan
               disepanjang landasan dan juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan
               yang dikehendaki. Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama,
               badan dan tapak.




                                           Unit 6-6
MESIN LARIK                                                                   J 1003 / 6/ 7



      (b) Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse.
            Alat pemotong bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh
            dipasang pada spindal tersebut.
      (c) Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas
            landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna
            untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan tetengah hidup atau
            mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus dengan kaedh ini.




                                    Rajah 6.5: Alatan Belakang




      6.2.4 Kotak gear cepat tukar
      (a)      Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan.
               Kotak ini mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk memutarkan
               skru pemandu atau aci penghantar.
      (b) Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir.
            Aci penghantar pula digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang
            tertentu secara otomatik.




                                         Unit 6-7
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 8




                          Rajah 6.6 Kotak Gear Cepat Tukar


      6.2.5 Kereta
      (a)     Sela
              Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas
              landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela.
      (b) Apron
              Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai
              beberapa gear dan peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan
              sela dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pinan
              jejaring dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan
              apabila hendak menggerakkan kereta secara insani ( manual ).
              Keseluruhan bahagian kereta dan kekesott lintan boleh digerakkan secara
              otomatik atau insani




                                     Rajah 6.7: Bahagian Apron




                                       Unit 6-8
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 9



      (c) Kekesot Lintang
              Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung
              pula dipasang diatas kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua
              bolt ini dilonggarkan kekesot bergbung boleh dikilaskan pada sudut yang
              dikehendaki. Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik.
              Pada hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapi dengan
              relang yang ditanda jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan
              dengan tepat.




                        Rajah 6.8 : Bahagian Kekesot Lintang




                                       Unit 6-9
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 10




                             AKTIVITI 6 A

      6.1     Senaraikan empat jenis mesin pelarik.


      6.2     Nyatakan fungsi kotak gear cepat yang ada pada sesebuah mesin larik.


      6.3     Senaraikan empat bahagian utama mesin larik.


      6.4     Nyatakan dua kelebihan mesin pelarik N.C dan C.N.C. berbanding dengan
              mesin pelarik biasa.
                 a. ________________________________________________
                 b. ________________________________________________




                                      Unit 6-10
MESIN LARIK                                                              J 1003 / 6/ 11




                                MAKLUM BALAS 6A


      6.1 Mesin pelarik piawai/tetengah
          Mesin pelarik turret pelana
          Mesin pelarik kapstan
          Mesin pelarik N.C. dan C.N.C.


      6.2 Fungsi kotak gear cepat tukar ialah untuk membuat pertukaran kelajuan PPM,
          menukar gerakan semasa memotong ulir skru dan membuat kadar
          penghantaran tertentu secara automatik.


      6.3 Empat bahagian utama mesin larik ialah
              (a)      Kereta
              (b)      Kotak gear tukar cepat
              (c)      Alatan belakang
              (d)      Alatan hadapan dan
              (e)      landasan


      6.4 Dua kelebihan mesin pelarik N.C.dan C.N.C. ialah :
                    (a) Menghasilkan kerja yang lebih produktif dan
                    (b) hasil kerja yang dilakukan lebih persis




                                          Unit 6-11
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 12



6.3   KAEDAH MEMEGANG BAHAN KERJA DI MESIN LARIK
6.3.1 Kaedah memegang bahan kerja dengan bindu
      Jenis-jenis muncung spindal
      Terdapat tiga jenis muncung spindal yang biasa terdapat pada mesin pelarik.
      Aksesori seperti pelbagai jenis cuk dan piring pelarik dipasang pada muncung ini.
      Tiga jenis muncung spindal adalah :
      (1) Jenis berulir
      Muncung spindal jenis berulir biasanya terdapat pada mesin-mesin kecil dan yang
      lama. Ulir yang terdapat pada muncung ini biasanya dari jenis bentuk ‘V’. Satu
      plat penyesuai yang mempunyai ulir dalam dan bentuk yang sama, dipasang pada
      belakang cuk. Semasa memmasang cuk ini pada muncung spindal dua perkara
      yang perlu diperhatikan ialah :
      (a)     Ulir luar dan dalam mestilah bersih. Kalau tidak pemasangan akan
              menjadi tidak tepat.
      (b)     Ulir luar pada muncung spindal tidak rosak atau sumbing, kerana ini akan
              menyebabkan cuk tidak boleh dipasang.
      (2) Jenis tirus Amerika
      Muncung spindal ini bertirus piawai Amerika iaitu 89 mm untuk setiap 305 mm
      (3.5 inci untuk setiap kaki). Tirus ini tajam dan membolehkan aksesori seperti cuk
      dan pirin pelarik dibersih dan dipasang atau ditanggal dengan pantas. Satu
      kekunci pada muncung tirusdigunakan untuk         menempatkan cuk atau piring
      pelarik pada kedudukan yang tepat. Gelang kekunci yang berulir itu pula
      digunakan untuk mengikat cuk pada spindal utama mesin.
      (3) jenis Kam-Lock
      Permukaan muncung spindal ini mempunyai tiga atau enam lubang telusan.
      Fungsi lubang ini adalah untuk menempatkan dan mengunci stad kekunci
      sesondol yang ada pada aksesori yang perlu dipasang. Separa putaran kam-lock
      akan melepaskan stad ini dan membolehkan aksesori itu dikeluarkan dengan
      mudah dan cepat. Dari segi penggunaan, jenis kam-lock adalah cepat jika
      dibandingkan dengan yang lain.




                                        Unit 6-12
MESIN LARIK                                                               J 1003 / 6/ 13



      6.3.2 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang


              Rajah dibawah menunjukkan tiga kaedah digunakan untuk memegang
              bahan kerja dengan cuk tiga rahang. Walaubagaimanapun berhati-hatilah
              semasa menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam rajah (a) dan (c)
              kerana kaedah ini bahan kerja munngkin tergelincir keluar jika hantaran
              dan kedalaman pemotongan berlebihan dilakukan. Bahan kerja bulat dan
              berbentuk heksagon boleh dipegang dengan cuk tiga rahang.




               Rajah 6.9 : Kaedah Memegang Dengan Cuk Tiga Rahang


      6.3.3 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang
              Rajah dibawah menunjukan tiga kaedah yang digunakan untuk memegang
              bahan kerja dengan cuk empat rahang. Bahan kerja boleh dipegang dengan
              lebih persis dengan cuk jenis ini dari cuk tiga rahang. Pemusatan bahan
              kerja secara kasar boleh dilakukan dengan bantuan lengkung sepusat yang
              ada pada muka cuk. Dua cara yang lebih persis adalah dengan bantuan
              tolok permukaan dan tolok dail.




              Rajah 6.10 : Kaedah Memegang Dengan Cuk Empat Rahang


                                      Unit 6-13
MESIN LARIK                                                              J 1003 / 6/ 14



6.3.4 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk kolet
      Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahn kerja dengan cuk kolet
      jenis ‘draw back’. Cuk kolet ini biasanya digunakan untuk memegang dan
      memesin komponen-komponen yang kecil dengan cepat dan tepat. Untuk
      mengunci, bar penarik diputarkan dan ini menyebabkan kolet ditarik ke dalam
      sarung tirus. Proses ini membolehkan kolet mencengkam bahan kerja dengan
      lebih jitu dan tepat.




               Rajah 6.11 : Memegang Bahan Kerja Dengan Cuk Kolet




6.3.5 Kedah memegang dengan sangga tetap
      Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahan kerja dengan sangga tetap.
      Aksesori ini palingsesuai sekali digunakan untuk menyokong bahan kerja yang
      panjang dan yang perlu dimesin pada hujungnya. Biasanya bahan kerja yang
      ukuran panjangnya 3 kali ganda diameter perlu disokong      oleh sangga atau
      tetengah untuk mengelak bahan kerja dari bengkok atau memegas (spring).




                                     Unit 6-14
MESIN LARIK                                                             J 1003 / 6/ 15




               Rajah 6.12 : Kaedah Memegang Dengan Sangga Tetap


6.3.6 Kaedah memegang dengan sangga bergerak
      Rajah dibawah menunjukkan kaedah penggunaan sangga bergerak semasa
      melarik bahan kerja yang panjang. Sanggabergerak mengelakkan bahan kerja
      memegas pada kedudukan mata alat semasa proses memesin sedang dijalankan.
      Amat sesuai digunakan semasa melarik selari pada bahan kerja yang berdiameter
      kecil dan panjang.




              Rajah 6.13 : Kaedah Memegang Dengan Sangga Bergerak



                                    Unit 6-15
MESIN LARIK                                                                J 1003 / 6/ 16



6.3.7 Lelabah
      Rjah dibawah menunjukka sebuah lelabah (spider) dan penggunaannya. Lelabah
      biasanya digunakan untuk menyokong paip atau tiub yang panjang. Satu hujung
      dipegang pada cuk tiga rahang dan satu lagi dipasang dengan lelabah. Pada pusat
      lelabah terdapat lubang tetengah dimana tetengah dipasangkan.




                                Rajah 6.14 : Lelabah
6.3.8 Kepala kekucing
      Rajah dibawah menunjukkan kepala kekucing. Alat ini perlu digunakan bersama
       dengan sangga tetap. Kepala kekucing berfungsi sebagai penyokong dan
      pengalas untuk syaf yang panjang. Syaf ini mungkin telah dimesin dengan jitu
      dan licin. Dengan penggunaan kepala kekucing permukaan syaf boleh dielak dari
      tercalar semasa melarik. Syaf panjang yang berbentuk heksagon juga boleh
      dipasang dengan kepala kekucing supaya dapat disangga dengan mudah.




                           Rajah 6.15 : Kepala Kekucing


6.4   MEMAHAMI FUNGSI DAN JENIS-JENIS MATA ALAT

      Faktor yang menentukan kecekapan sebuah mesin larik ialah bentuk dan jenis
      mata alat yang digunakan. Bahan mata alat yang digunakan haruslah memepunyai
      sifat-sifat berikut:
      (a) Bahan mestilah keras


                                     Unit 6-16
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 17



      (b) Mempunyai rintangan kehausan
      (c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong
      (d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik eksentrik dan
          larikan kasar.
      Diantara jenis-jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa
      ialah :

      a.      Mata alat pemotongan biasa
      b.      Mata alat melurah
      c.      Mata alat membenang
              -Jenis ‘V’
              -Jenis Acme
              -Jenis Buttres
              -Jenis Bersegi
      d.      Mata alat jenis sisip (Throwaway)
      e.      Mata alat menggerek dan sebagainya



6.5   SUDUT-SUDUT YANG ADA PADA MATA ALAT
6.5.1 SUDUT SADAK ATAS (top rake)
      Fungsi utama sudut ini adalah dalam pengeluaran tatal semasa larikan dibuat.
      (sudut ini curam positif atau negetif, lihat rajah). Sudut ini bergantung kepada
      jenis bahan yang dipotong. Sudut sadak atas untuk bahan lembut seperti loyang
      adalah lebih besar daripada misalnya bahan keluli lembut. Untuk memesin yang
      terlalu keras atau lembut sudut sadak atas dicadangkan bersudut negetif.




                            Rajah 6.16 : Sudut Sadak Atas


6.5.2 SUDUT SADAK TEPI
      Sudut ini bergantung kepada bahan yang dilarik dan jenis operasi yang dilakukan,
      contohnya melarik kasar, penyudahan dan sebagainya. Sudut tepi yang besar
      membolehkan tatal keluar dengan mudah dan mengurangkan geseran tetapi



                                      Unit 6-17
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 18



      melemahkan sudut pemotongan. Sudut sadak tepi yang kecil dan negetif akan
      memperkuatkan sudut pemotongan tetapi ini akan menjejaskan pengeluaran tatal
      dan akan menambahkan bebanan keatas mata alat.




                           Rajah 6.17 : Sudut Sadak Tepi


6.5.3 SUDUT TELUSAN HADAPAN
      Sudut telusan hadapan mengelakan mata alat daripada menggesel bahan kerja
      yang dimesin. Saiz sudut ini bergantung pada kadar dataran dan diameter bahan
      kerja yang dimesin. Jika sudut ini terlalu kecil, mata alat akan menggesel bahan
      kerja dan tidak akan memotong dengan baik serta menghasilkan penyudahan yang
      kasar. Jika terlalu besar pula, poin mata alat akan menjadi lemah, mudah terbakar
      dan patah.




                            Rajah 6.18 : Sudut Telusan Hadapan




6.5.4 SUDUT TELUSAN TEPI
      Sudut telusan tepi bergantung kepada kekerasan bahan yang dilarik dan kadar
      hantaran pemotongan. Untuk bahan kerja keluli sudutnya adalah antara 6 hingga
      10 dan untuk bahan yang lebih keras suditnya adalah 4. sudut ini boleh



                                      Unit 6-18
MESIN LARIK                                                               J 1003 / 6/ 19



      dikurangkan jika berlaku gelatuk (chatter). Sebaliknya sudut ini ditambah jika
      berlaku getaran.




                          Rajah 6.19 : Sudut Telusan Tepi


6.5.5 SUDUT PEMOTONG TEPI
      Sudut ini adalah antara 10 hingga 25 dan bergantung kepada aplikasinya, mislnya
      operasi jenis melarik penampang, melarik kasar dan sebagainya. Jika sudut
      pemotong tepi terlalu besar ini akan menyebabkan mata alat menggelatuk.


6.5.6 SUDUT PEMOTONG HUJUNG
      Sudut ini juga boleh berubah mengikut aplikasinya. Untuk melarik kasar suduut 5
      hingga 15 digunakan. Sudut yang kecil akan memperkukuhkan hujung mata alat.
      Untuk melarik biasa sudutnya antara 15 hingga 30. Sudut yang besar mata alat
      dikilas kekiri supaya operasi melarik bahu dan larikan hampir dengan cuk boleh
      dilakukan.




                                     Unit 6-19
MESIN LARIK                                                                   J 1003 / 6/ 20




                                        AKTIVITI 6 B




      6.5     Nyatakan tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin
              pelarik.


      6.6     Senaraikan tiga kelebihan menggunakan cuk empat rahang berbanding
              dengan cuk tiga rahang.


      6.7     Senaraikan empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat.


      6.8     Nyatakan empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja
              melarik biasa.


      6.9     Nyatakan tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa.




                                        Unit 6-20
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 21




                             MAKLUM BALAS 6 B

      6.5     Tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin pelarik ialah :
              (a)       Jenis Berulir
              (b)       Jenis Tirus Amerika
              (c)       Jenis Kam-Lock
      6.6     Tiga kelebihan menggunakan cuk empat rahang berbanding dengan cuk
              tiga rahang ialah :
              (a)       Boleh memegang bahan kerja dengan lebih persis
              (b)       Memegang bahan kerja dengan lebih kukuh
              (c)       Boleh memegang bahan kerja untuk melarik sipi
      6.7     Empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat ialah :
              (a)       Bahan yang keras
              (b)       Mempunyai rintangan kehausan
              (c)       Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong
              (d)       Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik
                        eksentri dan larikan kasar.
      6.8     Empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa
              ialah :
              (a)       Mata alat melurah
              (b)       Mata alat membenang
              (c)       Mata alat menggerek dan
              (d)       Mata alat memotong biasa.
      6.9     Tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa ialah :
              (a)       Sudut sadak atas
              (b)       Sudut telusan hadapan dan
              (c)       Sudut telusan tepi.




                                           Unit 6-21
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 22




6.6    JENIS BAHAN MATA ALAT.

6.6.1 Keluli karbon tinggi.

       Keluli ini mengandungi diantara 0.9% hingga 1.2% karbon. Bahan ini murah dan
       mudah dibentuk menjadi mata alat seperti jenis mata alat menggerek.
       Kelemahannya ialah mudah terbakar dan hilang kekerasannya apabila melakukan
       larikan pantas atau cepat. Sesuai digunakan untuk memesin bahan lembut seperti
       loyang.

6.6.2 Keluli tahan lasak

       Bahan mata alat ini mengandungi campuran bahan-bahan berikut
       a. tungsten
       b. kromium
       c. vanadium
       d. molibdenum
       e. kobalt
       peratusan komposisi diatas akan berubah mengikut jenis bahan yang dilarik dan
       jenis operasinya.satu komposisi yang banyak digunakan adlaah 18% tungsten, 4%
       kromium dan 1% vanadium. Jenis bahan mata lat ini amat sesuai untuk larikan
       dalam, menahan kejutan dan mengekalkan mata pemotong yang tajam pada suhu
       tinggi. Kelajuan pemotongan adalah tiga kali ganda keluli karbon tinggi.

6.6.3 Tuangan aloi

       Jenis mata ini juga dikenali sebagai stelit dan menggandungi 25% hingga 35%
       kromium, 4% hingga 25% tungsten, 1% hingga 3% karbon dan bakinya kobalt.
       Sesuai digunakan pada ppm yang tinggi dan tidak mudah haus. Bagaimanapun ia
       tidak sekuat Dan Mudah retak jika dibandingkan dengan keluli tahan lasak.
       Kelajuan pemotongan adalah dua kali ganda keluli tahan lasak.

6.6.4 Karbida

       terdiri daripada dua jenis :
       i.       Jenis yang dikimpal loyang ( brazed ) kepada batang keluli
       ii.      Jenis yang digunakan sebagai mata alat tumpang
       Komposisinya adalah 82% karbida, 10% titanium dan tantulum serta 8% bahan
       pengikat kobalt. Bahan ini keras dan boleh melakukan pemotongan pada suhu
       tinggi tetapi kurang tahan lasak. Biasanya digunakan untuk memesin besi tuangan
       dan logam bukan ferus. Pelbagai jenis keluli juga boleh dimesindengan bahan ini.
       Kelajuan pemotongan adalah tiga hingga empat kali lebih keluli tahanlasak




                                       Unit 6-22
MESIN LARIK                                                                   J 1003 / 6/ 23



      6.6.5 Seramik

            kebanyakkan dihasilkan daripada aluminium oksida. Bahan mata yang terbaru ini
            adalah campuran aluminium oksida dan zirkorminium oksida. Oleh kerana bahan
            ini sangat keras ia digunakan sebagai bahan mata alat tumpangyang digunakan
            untuk memesin keluli keras dan logam yang sukar di mesin oleh mata lain. Tidak
            memerlukan bahan penyejuk ketika melarik. Kelajuan pemotongan adalah dua
            kaliganda kardiba.

      6.6.6 Intan.

            Digunakan untuk memesin logam bukan ferusdan bukan logam. Memeberikan
            penyudahan yang amat licin serta memesin sehingga kejituan 0.002 mm – 0.005
            mm. Biasa digunakan sebagai mata alat penyudahan kerana mata alat ini mudah
            rapuh dan tidak tahan hentakan kuat. Terdapat dua jenis iaitu asli dan tiruan. Oleh
            kerana memerlukan kos yang tinggi jenis tiruan sahaja biasanya digunakan
            dibengkel-bengkel.


6.7   PENGENDALIAN KERJA-KERJA MENGGEREK, MENGGERUDI, MELOREK,
      MELARIK TIRUS, MEMOTONG ULIR SKRU DAN MELARIK TAK SEPUSAT.


      6.7.1 MENGGEREK

            Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi.
            Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak
            begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala
            menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang
            pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi
            sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang
            tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah
            langkah pengendalian operasi menggerek :

            a.      Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm
                    hingga 2mm.
            b.      Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan.
            c.      Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang
                    hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi
                    tersebut.
            d.      Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami
                    tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja
                    terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek
                    sependek mungkin.




                                              Unit 6-23
MESIN LARIK                                                               J 1003 / 6/ 24




                          Rajah 6.20 : Operasi Menggerek

6.7.2 MENGGERUDI DIMESIN PELARIK

      Bahan kerja yang dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat
      permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai
      turus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal
      alatan belakang. Berikut adalah langkah-langkah kerja menggerudi dimesin
      pelarik :

              a.    Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari
                    dengan paksi mesin.
              b.    Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin.
              c.    Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat.
              d.    Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya
                    kedalam lubang alatan belakang.
              e.    Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari
                    badannya.
              f.    Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin
                    gerudi 6 mm dari bahan kerja.
              g.    Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin.
              h.    Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan
                    yang digerudi.
              i.    Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan
                    perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh
                    sahaja.




                                     Unit 6-24
MESIN LARIK                                                               J 1003 / 6/ 25




                          Rajah 6.21 : Proses Menggerudi

6.7.3 MELOREK

      Melorek atau dalm perkataan lain adalah membunga merupakan satu proses
      pembentukan corak pada sebatang silinder. Terdapat dua corak bunga, iaitu
      bentuk intan dan bentuk lurus. Bunga bentuk intan dibentuk pada bahagian-
      bahagian yang memerlukan pegangan yang tetap (tidak licin). Contohnya
      pemegang alat-alat pengukur. Bentuk lurus biasanya digunakan untuk
      menambahkan diameter silinder, dimana satu gegasan tekan diperlukan. Berikut
      adalah prosedur membunga/melorek dimesin pelarik :

              a.    Bahan kerja dipegang dengan kukuh pada cuk. Jika bahan kerja
                    panjang, sokongkannya dengan tetengah mati. Jika lebih panjang
                    lagi sokongkannya dengan sangga tetap ditengah.
              b.    Setkan alat membunga ditiang mata alat dengan pusat alat
                    membunga sama tinggi dengan poin tetengah mati.
              c.    Laraskan kedudukan mata alat membunga bersudut tepat dengan
                    paksi benda kerja.
              d.    Tankdakan bahagian yang hendak dibunga pada bahan kerja.
              e.    Setkan kelajuan mesin ¼ dari PPM yang biasa digunakan dan pilih
                    kadar hantaran yang perlahan.
              f.    Laraskan kereta kehujung bahan kerja sehingga hanya setengah
                    dari muka roda bunga sahaja terkena pada bahan kerja.
              g.    Gerakkan kekesot lintang dan kenakan roda bunga pada
                    permukaan bahan kerja.
              h.    Hidupkan mesin dan beri kedalaman pemotongan 0.5 mm kepada
                    bahan kerja atau sebelum menghidupkan mesin.
              i.    Hentikan mesin dan lihat keadaan corak yang dibentuk.
              j.    Gunakan pelincir pemotong untuk mengurangkan geseran dan
                    membolehkan tatal keluar dengan mudah.
              k.    Gunakan hantaran automatik untuk menyiapkan proses membunga.


                                     Unit 6-25
MESIN LARIK                                                                   J 1003 / 6/ 26




                             Rajah 6.22 : Proses Melorek

6.7.4 MELARIK TIRUS

      Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur
      selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang
      popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh
      dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat
      pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat
      empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk
      tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan
      menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat
      larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung :

              a. Periksa lukisan dan dapatkan sudut tirusan yang perlu dipotong.
              b. Longgarkan nat kunci pada kekesot bergabung.
              c. Kilaskan kekesot bergabung kepada sudut tirusan yang perlu dipotong.
                 Peringatan : kekesot bergabung hanya disetkan kepada separuh sudut
                 kandungan tirusan.
              d. Ketatkan nat pengunci kekesot kergabung. Berhati-hati semasa
                 mengetatkan nat pengunci ini kecil dan mudah rosak jika kuasa
                 berlebihan digunakan.
              e. Set mata alat tepat pada tinggi paksi mesin.
              f. Dengan menggerakkan kereta dan kekesot lintang, bawa mata alat
                 dekat dengan bahan kerja.
              g. Mula potongan tirusan dengan menggerakkan tuil penghantar skru
                 kekesot bergabung.
              h. Periksa sudut tirusan yang dipotong dan jika betul siapkan kepada saiz
                 yang dikehendaki.




                                       Unit 6-26
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 27




                  Rajah 6.23 : Tiga Persedian Untuk Larikan Tirusan
                               Dengan Pengilasan Kekesot Bergabung

6.7.5 MEMOTONG ULIR SKRU

       Mesin –mesin yang baru sekarang tidak perlu lgi dikira dan dipasang dengan
       rangkaian-rangkaian gear. Walau bagaimanapun tiga lagi bahagian mesin perlu
       dipelajari sebelum boleh memotong ulir skru dimesin pelarik. Tiga bahagian itu
       adalah :

                      i. Kotak gear
                              Fungsi utama kotak gear adalah untuk membolehkan
                              pemilihan pc-pic yang perlu dipotong dengan cepat.
                     ii. Pedoman ulir skru
                              Unit ini dipasang disebelah kereta dan mempunyai gear
                              belitan yang dipasang pada skru pemandu.
                    iii. Nat belah
                              Ia boleh dibuka dan dipasang pada skru pemandu melalui
                              mekanisma alur sesondol. Apabila dicantumkan gerakan
                              berputar skru pemandu ditukarkan kepada gerakan linear.


Berikut adalah tatacara mengulir dimesin pelarik bagi memotong benang kanan :

       a.     Setkan mesin sesuai unktuk memotong pic yang diperlukan.
       b.     Setkan mata alat pada ketinggian paksi mesin. Dengan menggunakan tolok
              tetengah laraskan mata alat supaya berkedudukan bersudut 90 dengan
              paksi bahan kerja.



                                       Unit 6-27
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 28



       c.     Pilih PPM yang tepat untuk mengulir. Biasanya pada PPM 1/3 dari yang
              biasa digunakan untuk kerja melarik.
       d.     Hidupkan mesin dan kenakan mata alat pada bahan kerja.
       e.     Hetikan mesin. Setkan dial senggatan kekesot lintang dan kekesot
              bergabung kepada 0.
       f.     Undurkan mata alat dan kembalikannya kepermulaan seperti dalam
              langkah (b). berikan suapan 0.2 mm.
       g.     Lihat dial pada pedoman dan pasang nat belah pada kedudukan yang tepat
              sebelum mula memotong.
       h.     Hentikan mesin dan periksa pic yang dipotong dengan tolok pic.
       i.     Undurkan mata alat dan bawa mata alat kepermulaan ulir (langkah (d) dan
              (e) ).
       j.     Ulang operasi pemotongan sehingga ulir skru itu cukup dalam dan licin.
              Periksa pemasangan dan gegasan dengan tolok atau nat jodohnya.




                      Rajah 6.24 : Prosedur Memotong Ulir Vee

6.7.6 MELARIK TAK SEPUSAT
      Terdapat dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi iaitu dengan
      menggunakan cuk empat rahang dan kaedah memegang bahan kerja diantara
      tetengah. Berikut adalah langkah kerja melarik sipi dengan cuk empat rahang :

              i. Buat penandaan pada sebelah permukaan bahan kerja.
              j. Pegang bahan kerja pada cuk empat rahang. Bawa tetengah alatan
                 belakang rapat dengan bahan kerja sehingga tetengah menyentuh titik
                 tengah sipi yang telah ditandakan.
              k. Kunci rahang cuk dengan ringan supaya kedudukan bahan kerja tidak
                 berubah.
              l. Periksa dan laraskan posisi bahan kerja supaya panjang sipi yang perlu
                 dilarik itu keluar dari rahang untuk dimesin.
              m. Kunci semua rahang dengan kuat.keluarkan alatan belakang.



                                      Unit 6-28
MESIN LARIK                                                               J 1003 / 6/ 29



              n. Pegang mata alat yang sesuai dan laraskannya pada ketinggian paksi
                 mesin.
              o. Pilih PPM yang sesuai, biasanya 1/3 dari PPM biasa. Kelajuan PPM
                 boleh ditambah bila larikan sipi hampir siap.
              p. Larik sipi secara kasar dengan meninggalkan 0.75 mm untuk larikan
                 penyudahan.
              q. Tukar mata alat untuk lakukan larikan penyudahan. Pastikan panjang
                 sipi itu berukuran tepat dengan melarik penampang.
              r. Keluarkan bahan kerja dan lakukan penyudahan.




                              Rajah 6.25 : Melarik Sipi




                                     Unit 6-29
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 30




                                         AKTIVITI 6 C



      6.10    Senaraikan empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik.


      6.11    Senaraikan lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat
              keluli tahan lasak.


      6.12    Senaraikan lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah
              selain daripada melarik penampang dan melarik selari.


      6.13    Nyatakan dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi.


      6.14    Mengapakah mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi
              mesin (1 mm hingga 2 mm).




                                      Unit 6-30
MESIN LARIK                                                                  J 1003 / 6/ 31




                               MAKLUM BALAS 6 C


      6.10    Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah :
              (a)     Keluli karbon tinggi
              (b)     Keluli tahan lasak
              (c)     Karbida
              (d)     Intan
              (e)     Seramik
      6.11    Lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat keluli tahan
              lasak ialah :
              (a)     Tungsten
              (b)     Kromiun
              (c)     Vanadium
              (d)     Molibdenum
              (e)     Kobalt


      6.12    Lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah selain
              daripada melarik penampang dan melarik selari ialah :
              (a)     Menggerudi
              (b)     Menggerek
              (c)     Melorek
              (d)     Memotong ulir skru
              (e)     Melarik tirus




                                       Unit 6-31
MESIN LARIK                                                                J 1003 / 6/ 32




      6.13    Dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi ialah :
              (a)    Dengan menggunakan kaedah cuk empat rahang dan
              (b)    Kaedah memegang bahan kerja diantara tetengah.


      6.14    Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin (1 mm
          hingga 2 mm) bertujuan untuk memberikan dua kelebihan iaitu :
                     i. Tekanan ke bawah mengurangkan kedalaman pemotongan dan
                         dengan itu mengelakan mata alat dari termasuk kedalam bahan
                         kerja.
                     ii. Memberikan ruang yang lebih di bawah mata alat penggerek
                         dan ini mengurangkan kesesakan tatal di bawah batang
                         penggerek.




                                       Unit 6-32
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 33




                  PENILAIAN KENDIRI

   1. Namakan lima bahagian utama pada mesin pelarik.
   2. Nyatakan berapakah kelajuan PPM untuk membuat proses melorek.
   3. Namakan dua corak bunga untuk proses melorek yamg biasa digunakan.
   4. Senaraikan tiga peralatan mesin yang mempunyai tirus.
   5. Nyatakan tiga kaedah melarik tirus dimesin pelarik.
   6. Senaraikan empat jenis mata alat membenang.
   7. Senaraikan tiga kaedah memegang benda kerja di mesin pelarik.
   8. Lakar dan lebelkan sudut-sudut yang ada pada mata alat biasa.
   9. Senaraikan langkah kerja bagi melakukan proses menggerudi dimesin pelarik.
   10. Senaraikan empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik.




                                      Unit 6-33
MESIN LARIK                                                                J 1003 / 6/ 34




                 MAKLUM BALAS
   1. Lima bahagian utama pada mesin pelarik ialah :
      (a)     Landasan                             (d)    Kereta
      (b)     Alatan Hadapan                       (e)    kotak Gear Cepat Tukar
      (c)     Alatan Belakang


   2. Kelajuan PPM untuk membuat proses melorek ialah ¼ daripada kelajuan yang
      biasa digunakan dengan kadar hantaran yang perlahan.
   3. Dua corak bunga untuk proses melorek yamg biasa digunakan ialah mata bentuk
      intan dan mata bentuk lurus.
   4. Tiga peralatan mesin yang mempunyai tirus ialah
      (a)     Spindal
      (b)     Alatan Belakang
      (c)     Tetengah
   5. Tiga kaedah melarik tirus dimesin pelarik ialah :
      (a)     Ofset Alatan Belakang
      (b)     Kilaskan Kekesot Bergabung
      (c)     Pesawat Pelarik Tirus
   6. Empat jenis mata alat membenang ialah :
      (a)     Jenis ‘V’
      (b)     Acme
      (c)     Buttres
      (d)     Bersegi
   7. Tiga kaedah memegang benda kerja di mesin pelarik ialah :
      (a)     Menggunakan Cuk Kolet
      (b)     Menggunakan Cuk Empat Rahang
      (c)     Menggunakan Cuk Tiga Rahang



                                       Unit 6-34
MESIN LARIK                                                                 J 1003 / 6/ 35




   8. Lakar dan lebelkan sudut-sudut yang ada pada mata alat biasa.




                                       Sudut sadak tepi




                          Sudut telusan tepi


   9. Langkah kerja bagi melakukan proses menggerudi dimesin pelarik ialah :
                 Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan
                 paksi mesin.
                 Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin.
                 Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat.
                 Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam
                 lubang alatan belakang.
                 Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari
                 badannya.
                 Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin
                 gerudi 6 mm dari bahan kerja.
                 Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin.
                 Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang
                 digerudi.
                 Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan,
                 mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja.

   10. Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah :
          (a)    Mata Alat Melurah
          (b)    Mata Alat Membenang
          (c)    Mata Alat Menggerek
          (d)    Mata Alat Jenis Sisip (Throwaway)




                                       Unit 6-35

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Workshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machineWorkshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machinezek8
 
Pemesinan Konvensional
 Pemesinan Konvensional Pemesinan Konvensional
Pemesinan KonvensionalAyubkhan Kks
 
kawalan berangka berkomputer CNC
kawalan berangka berkomputer CNCkawalan berangka berkomputer CNC
kawalan berangka berkomputer CNCAsrap Sanusi
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerMuhamad Faizal Rosli
 
Edm wire cut presentation
Edm wire cut presentationEdm wire cut presentation
Edm wire cut presentationmohdazliabu
 
Power point mesin mencanai
Power point mesin mencanaiPower point mesin mencanai
Power point mesin mencanaihasnul73
 
D-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikD-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikJailanihs
 
topik 5 pengikat berulir
 topik 5 pengikat berulir topik 5 pengikat berulir
topik 5 pengikat berulirAyubkhan Kks
 
47448502 report-mesin-pengisar
47448502 report-mesin-pengisar47448502 report-mesin-pengisar
47448502 report-mesin-pengisaraizat12345
 
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )R. HOWARD
 

Was ist angesagt? (20)

Workshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machineWorkshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machine
 
CNC LARIK 1.pptx
CNC LARIK 1.pptxCNC LARIK 1.pptx
CNC LARIK 1.pptx
 
Milling operations
Milling operationsMilling operations
Milling operations
 
Milling machine
Milling machineMilling machine
Milling machine
 
Pemesinan Konvensional
 Pemesinan Konvensional Pemesinan Konvensional
Pemesinan Konvensional
 
kawalan berangka berkomputer CNC
kawalan berangka berkomputer CNCkawalan berangka berkomputer CNC
kawalan berangka berkomputer CNC
 
Unit5
Unit5Unit5
Unit5
 
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDINGPENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
 
mesin pengisar
mesin pengisarmesin pengisar
mesin pengisar
 
MESIN CANAI.pptx
MESIN CANAI.pptxMESIN CANAI.pptx
MESIN CANAI.pptx
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
 
Edm wire cut presentation
Edm wire cut presentationEdm wire cut presentation
Edm wire cut presentation
 
Power point mesin mencanai
Power point mesin mencanaiPower point mesin mencanai
Power point mesin mencanai
 
Mesin larik
Mesin larikMesin larik
Mesin larik
 
Sistem Padan dan Had
Sistem Padan dan HadSistem Padan dan Had
Sistem Padan dan Had
 
D-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikD-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin Larik
 
topik 5 pengikat berulir
 topik 5 pengikat berulir topik 5 pengikat berulir
topik 5 pengikat berulir
 
47448502 report-mesin-pengisar
47448502 report-mesin-pengisar47448502 report-mesin-pengisar
47448502 report-mesin-pengisar
 
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 

Mehr von mechestud

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13mechestud
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12mechestud
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11mechestud
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10mechestud
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9mechestud
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8mechestud
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7mechestud
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6mechestud
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4mechestud
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5mechestud
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3mechestud
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2mechestud
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0mechestud
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1mechestud
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6mechestud
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5mechestud
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4mechestud
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3mechestud
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2mechestud
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1mechestud
 

Mehr von mechestud (20)

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1
 

Kürzlich hochgeladen

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Kürzlich hochgeladen (12)

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Unit6

  • 1. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 1 Dapat mengetahui jenis-jenis mesin larik dan mata alat serta berkebolehan mengendalikan mesin larik. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Mengenali jenis-jenis mesin larik. Mengetahui fungsi bahagian-bahagian mesin larik tetengah. Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja dipegang pada mesin larik. Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat. Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata alat. Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata alat. Mengetahui langkah pengendalian kerja-kerja menggerek, menggerudi, melorek, melarik tirus, memotong ulir skru dan melarik tak sepusat. Unit 6-1
  • 2. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 2 INPUT 6.0 PENGENALAN Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel kejuruteraan. Walaupun pelbagai betuk mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang boleh memotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman revolusi industri England.sejak dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin. 6.1 JENIS-JENIS MESIN LARIK Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil digunakan dalam pengeluaran komponen kecil jam tangan sementara yang besar sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik boleh dikelaskan kepada dua kategori : Mesin Pelarik Jentera Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik. 6.1.1 Jenis bangku Unit 6-2
  • 3. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 3 Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus. 6.1.2 Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah) Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran. Rajah 6.1 : Mesin larik piawai 6.1.3 Jenis toolroom Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat tambahan khas dan aksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan. 6.1.4 Jenis gap-bed Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasannya di bawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau kompenen dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang. Jenis Mesin Pengeluaran Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini : (a) Pelarik turret pelana Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini mempunyai kepala turret yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas Unit 6-3
  • 4. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 4 landasan. Kepala turret boleh memegang beberapa jenis mata pemotong dan boleh digunakan untuk melarik beberapa operasi tanpa memberhentikan mesin untuk menukar mata alat. (b) Pelarik kapstan Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit saiznya daripada jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja- kerja sederhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak diatas satu kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula menggelongsor diatas landasan utama mesin dan boleh dikunci pada sebarang kedudukan yang dikehendaki. Rajah 6.2 : Mesin pelarik kapstan (c) Pelarik automatik Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara beberapa ratus sehingga beberapa puluh ribu kompenen sehari. Semua pergerakan mata pemotong dan bahan kerja dikawal oleh sesondol (cam), sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik. (d) Pelarik kegunaan khas Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti : *pelarik roda kereta api *pelarik aksel *pelarik penampang Unit 6-4
  • 5. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 5 *pelarik menegak (e) Pelarik N.C dan C.N.C Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini lebih produktif dan hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan dengan mesin lain. Terdapat dua jenis mesin iaitu : *Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja. *Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada landasan dan satu lagi pada kekesot lintang. Rajah 6.3 : Mesin CNC 6.2 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN LARIK TETENGAH Bahagian-bahagian utama mesin pelarik terdiri daripada landasan, alatan hadapan, alatan belakang, kekotak gear cepat tukar dan kereta. 6.2.1 Landasan (a) Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin pelarik. Kejituan mesin pelarik bergantung pada ketegaran, penjajaran dan ketepatan pada landasannya. (b) Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak peralatan lain seperti alatan hadapan, kereta dan alatan hadapan. Unit 6-5
  • 6. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 6 (c) Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba kekerasan dilakukan keatasnya supaya boleh tahan haus. Rajah 6.4 : Bentuk-bentuk landasan mesin pelarik 6.2.2 Alatan hadapan (a) Bahagian ini terletak di sebelah kiri landasan mesin. (b) Spindal utama yang berbentuk satu syaf geronggang yang disokong oleh beberapa galas terletak di dalam bahagian ini. Hujunjg spindal atau muncungnya yang terkeluar daripada alatan hadapan yang berbentuk jenis tirus, jenis ulir atau jenis kekunci sesondol ( kam lock ) (c) Pada hujung spindal ini beberapa peraltan seperti cuk, piring pelarik dan tetengah hidup boleh dipasang dan digunakan untk memegang bahan kerja atau kompenen yang hendak dilarik. (d) Untuk memutarkan spindal utama, alatan hadapan mempunyai perlatan takal atau beberapa siri rangkaian gear. Alatan hadapan bergear mempunyai lebih rangkaian kelajuan dan lebih tepat putarannya jika dibandingkan dengan alatan hadapan yang bertakal. Lagipun takal boleh tergelincir bila terkena minyak dan ini menyebabkan hasil larikan yang tidak rata atau licin. 6.2.3 Alatan Belakang (a) Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakan disepanjang landasan dan juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki. Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama, badan dan tapak. Unit 6-6
  • 7. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 7 (b) Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse. Alat pemotong bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh dipasang pada spindal tersebut. (c) Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan tetengah hidup atau mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus dengan kaedh ini. Rajah 6.5: Alatan Belakang 6.2.4 Kotak gear cepat tukar (a) Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan. Kotak ini mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk memutarkan skru pemandu atau aci penghantar. (b) Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir. Aci penghantar pula digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang tertentu secara otomatik. Unit 6-7
  • 8. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 8 Rajah 6.6 Kotak Gear Cepat Tukar 6.2.5 Kereta (a) Sela Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela. (b) Apron Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai beberapa gear dan peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan sela dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pinan jejaring dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan apabila hendak menggerakkan kereta secara insani ( manual ). Keseluruhan bahagian kereta dan kekesott lintan boleh digerakkan secara otomatik atau insani Rajah 6.7: Bahagian Apron Unit 6-8
  • 9. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 9 (c) Kekesot Lintang Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula dipasang diatas kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini dilonggarkan kekesot bergbung boleh dikilaskan pada sudut yang dikehendaki. Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik. Pada hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapi dengan relang yang ditanda jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan dengan tepat. Rajah 6.8 : Bahagian Kekesot Lintang Unit 6-9
  • 10. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 10 AKTIVITI 6 A 6.1 Senaraikan empat jenis mesin pelarik. 6.2 Nyatakan fungsi kotak gear cepat yang ada pada sesebuah mesin larik. 6.3 Senaraikan empat bahagian utama mesin larik. 6.4 Nyatakan dua kelebihan mesin pelarik N.C dan C.N.C. berbanding dengan mesin pelarik biasa. a. ________________________________________________ b. ________________________________________________ Unit 6-10
  • 11. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 11 MAKLUM BALAS 6A 6.1 Mesin pelarik piawai/tetengah Mesin pelarik turret pelana Mesin pelarik kapstan Mesin pelarik N.C. dan C.N.C. 6.2 Fungsi kotak gear cepat tukar ialah untuk membuat pertukaran kelajuan PPM, menukar gerakan semasa memotong ulir skru dan membuat kadar penghantaran tertentu secara automatik. 6.3 Empat bahagian utama mesin larik ialah (a) Kereta (b) Kotak gear tukar cepat (c) Alatan belakang (d) Alatan hadapan dan (e) landasan 6.4 Dua kelebihan mesin pelarik N.C.dan C.N.C. ialah : (a) Menghasilkan kerja yang lebih produktif dan (b) hasil kerja yang dilakukan lebih persis Unit 6-11
  • 12. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 12 6.3 KAEDAH MEMEGANG BAHAN KERJA DI MESIN LARIK 6.3.1 Kaedah memegang bahan kerja dengan bindu Jenis-jenis muncung spindal Terdapat tiga jenis muncung spindal yang biasa terdapat pada mesin pelarik. Aksesori seperti pelbagai jenis cuk dan piring pelarik dipasang pada muncung ini. Tiga jenis muncung spindal adalah : (1) Jenis berulir Muncung spindal jenis berulir biasanya terdapat pada mesin-mesin kecil dan yang lama. Ulir yang terdapat pada muncung ini biasanya dari jenis bentuk ‘V’. Satu plat penyesuai yang mempunyai ulir dalam dan bentuk yang sama, dipasang pada belakang cuk. Semasa memmasang cuk ini pada muncung spindal dua perkara yang perlu diperhatikan ialah : (a) Ulir luar dan dalam mestilah bersih. Kalau tidak pemasangan akan menjadi tidak tepat. (b) Ulir luar pada muncung spindal tidak rosak atau sumbing, kerana ini akan menyebabkan cuk tidak boleh dipasang. (2) Jenis tirus Amerika Muncung spindal ini bertirus piawai Amerika iaitu 89 mm untuk setiap 305 mm (3.5 inci untuk setiap kaki). Tirus ini tajam dan membolehkan aksesori seperti cuk dan pirin pelarik dibersih dan dipasang atau ditanggal dengan pantas. Satu kekunci pada muncung tirusdigunakan untuk menempatkan cuk atau piring pelarik pada kedudukan yang tepat. Gelang kekunci yang berulir itu pula digunakan untuk mengikat cuk pada spindal utama mesin. (3) jenis Kam-Lock Permukaan muncung spindal ini mempunyai tiga atau enam lubang telusan. Fungsi lubang ini adalah untuk menempatkan dan mengunci stad kekunci sesondol yang ada pada aksesori yang perlu dipasang. Separa putaran kam-lock akan melepaskan stad ini dan membolehkan aksesori itu dikeluarkan dengan mudah dan cepat. Dari segi penggunaan, jenis kam-lock adalah cepat jika dibandingkan dengan yang lain. Unit 6-12
  • 13. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 13 6.3.2 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang Rajah dibawah menunjukkan tiga kaedah digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang. Walaubagaimanapun berhati-hatilah semasa menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam rajah (a) dan (c) kerana kaedah ini bahan kerja munngkin tergelincir keluar jika hantaran dan kedalaman pemotongan berlebihan dilakukan. Bahan kerja bulat dan berbentuk heksagon boleh dipegang dengan cuk tiga rahang. Rajah 6.9 : Kaedah Memegang Dengan Cuk Tiga Rahang 6.3.3 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang Rajah dibawah menunjukan tiga kaedah yang digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang. Bahan kerja boleh dipegang dengan lebih persis dengan cuk jenis ini dari cuk tiga rahang. Pemusatan bahan kerja secara kasar boleh dilakukan dengan bantuan lengkung sepusat yang ada pada muka cuk. Dua cara yang lebih persis adalah dengan bantuan tolok permukaan dan tolok dail. Rajah 6.10 : Kaedah Memegang Dengan Cuk Empat Rahang Unit 6-13
  • 14. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 14 6.3.4 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk kolet Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahn kerja dengan cuk kolet jenis ‘draw back’. Cuk kolet ini biasanya digunakan untuk memegang dan memesin komponen-komponen yang kecil dengan cepat dan tepat. Untuk mengunci, bar penarik diputarkan dan ini menyebabkan kolet ditarik ke dalam sarung tirus. Proses ini membolehkan kolet mencengkam bahan kerja dengan lebih jitu dan tepat. Rajah 6.11 : Memegang Bahan Kerja Dengan Cuk Kolet 6.3.5 Kedah memegang dengan sangga tetap Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahan kerja dengan sangga tetap. Aksesori ini palingsesuai sekali digunakan untuk menyokong bahan kerja yang panjang dan yang perlu dimesin pada hujungnya. Biasanya bahan kerja yang ukuran panjangnya 3 kali ganda diameter perlu disokong oleh sangga atau tetengah untuk mengelak bahan kerja dari bengkok atau memegas (spring). Unit 6-14
  • 15. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 15 Rajah 6.12 : Kaedah Memegang Dengan Sangga Tetap 6.3.6 Kaedah memegang dengan sangga bergerak Rajah dibawah menunjukkan kaedah penggunaan sangga bergerak semasa melarik bahan kerja yang panjang. Sanggabergerak mengelakkan bahan kerja memegas pada kedudukan mata alat semasa proses memesin sedang dijalankan. Amat sesuai digunakan semasa melarik selari pada bahan kerja yang berdiameter kecil dan panjang. Rajah 6.13 : Kaedah Memegang Dengan Sangga Bergerak Unit 6-15
  • 16. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 16 6.3.7 Lelabah Rjah dibawah menunjukka sebuah lelabah (spider) dan penggunaannya. Lelabah biasanya digunakan untuk menyokong paip atau tiub yang panjang. Satu hujung dipegang pada cuk tiga rahang dan satu lagi dipasang dengan lelabah. Pada pusat lelabah terdapat lubang tetengah dimana tetengah dipasangkan. Rajah 6.14 : Lelabah 6.3.8 Kepala kekucing Rajah dibawah menunjukkan kepala kekucing. Alat ini perlu digunakan bersama dengan sangga tetap. Kepala kekucing berfungsi sebagai penyokong dan pengalas untuk syaf yang panjang. Syaf ini mungkin telah dimesin dengan jitu dan licin. Dengan penggunaan kepala kekucing permukaan syaf boleh dielak dari tercalar semasa melarik. Syaf panjang yang berbentuk heksagon juga boleh dipasang dengan kepala kekucing supaya dapat disangga dengan mudah. Rajah 6.15 : Kepala Kekucing 6.4 MEMAHAMI FUNGSI DAN JENIS-JENIS MATA ALAT Faktor yang menentukan kecekapan sebuah mesin larik ialah bentuk dan jenis mata alat yang digunakan. Bahan mata alat yang digunakan haruslah memepunyai sifat-sifat berikut: (a) Bahan mestilah keras Unit 6-16
  • 17. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 17 (b) Mempunyai rintangan kehausan (c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong (d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik eksentrik dan larikan kasar. Diantara jenis-jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa ialah : a. Mata alat pemotongan biasa b. Mata alat melurah c. Mata alat membenang -Jenis ‘V’ -Jenis Acme -Jenis Buttres -Jenis Bersegi d. Mata alat jenis sisip (Throwaway) e. Mata alat menggerek dan sebagainya 6.5 SUDUT-SUDUT YANG ADA PADA MATA ALAT 6.5.1 SUDUT SADAK ATAS (top rake) Fungsi utama sudut ini adalah dalam pengeluaran tatal semasa larikan dibuat. (sudut ini curam positif atau negetif, lihat rajah). Sudut ini bergantung kepada jenis bahan yang dipotong. Sudut sadak atas untuk bahan lembut seperti loyang adalah lebih besar daripada misalnya bahan keluli lembut. Untuk memesin yang terlalu keras atau lembut sudut sadak atas dicadangkan bersudut negetif. Rajah 6.16 : Sudut Sadak Atas 6.5.2 SUDUT SADAK TEPI Sudut ini bergantung kepada bahan yang dilarik dan jenis operasi yang dilakukan, contohnya melarik kasar, penyudahan dan sebagainya. Sudut tepi yang besar membolehkan tatal keluar dengan mudah dan mengurangkan geseran tetapi Unit 6-17
  • 18. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 18 melemahkan sudut pemotongan. Sudut sadak tepi yang kecil dan negetif akan memperkuatkan sudut pemotongan tetapi ini akan menjejaskan pengeluaran tatal dan akan menambahkan bebanan keatas mata alat. Rajah 6.17 : Sudut Sadak Tepi 6.5.3 SUDUT TELUSAN HADAPAN Sudut telusan hadapan mengelakan mata alat daripada menggesel bahan kerja yang dimesin. Saiz sudut ini bergantung pada kadar dataran dan diameter bahan kerja yang dimesin. Jika sudut ini terlalu kecil, mata alat akan menggesel bahan kerja dan tidak akan memotong dengan baik serta menghasilkan penyudahan yang kasar. Jika terlalu besar pula, poin mata alat akan menjadi lemah, mudah terbakar dan patah. Rajah 6.18 : Sudut Telusan Hadapan 6.5.4 SUDUT TELUSAN TEPI Sudut telusan tepi bergantung kepada kekerasan bahan yang dilarik dan kadar hantaran pemotongan. Untuk bahan kerja keluli sudutnya adalah antara 6 hingga 10 dan untuk bahan yang lebih keras suditnya adalah 4. sudut ini boleh Unit 6-18
  • 19. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 19 dikurangkan jika berlaku gelatuk (chatter). Sebaliknya sudut ini ditambah jika berlaku getaran. Rajah 6.19 : Sudut Telusan Tepi 6.5.5 SUDUT PEMOTONG TEPI Sudut ini adalah antara 10 hingga 25 dan bergantung kepada aplikasinya, mislnya operasi jenis melarik penampang, melarik kasar dan sebagainya. Jika sudut pemotong tepi terlalu besar ini akan menyebabkan mata alat menggelatuk. 6.5.6 SUDUT PEMOTONG HUJUNG Sudut ini juga boleh berubah mengikut aplikasinya. Untuk melarik kasar suduut 5 hingga 15 digunakan. Sudut yang kecil akan memperkukuhkan hujung mata alat. Untuk melarik biasa sudutnya antara 15 hingga 30. Sudut yang besar mata alat dikilas kekiri supaya operasi melarik bahu dan larikan hampir dengan cuk boleh dilakukan. Unit 6-19
  • 20. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 20 AKTIVITI 6 B 6.5 Nyatakan tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin pelarik. 6.6 Senaraikan tiga kelebihan menggunakan cuk empat rahang berbanding dengan cuk tiga rahang. 6.7 Senaraikan empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat. 6.8 Nyatakan empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa. 6.9 Nyatakan tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa. Unit 6-20
  • 21. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 21 MAKLUM BALAS 6 B 6.5 Tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin pelarik ialah : (a) Jenis Berulir (b) Jenis Tirus Amerika (c) Jenis Kam-Lock 6.6 Tiga kelebihan menggunakan cuk empat rahang berbanding dengan cuk tiga rahang ialah : (a) Boleh memegang bahan kerja dengan lebih persis (b) Memegang bahan kerja dengan lebih kukuh (c) Boleh memegang bahan kerja untuk melarik sipi 6.7 Empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat ialah : (a) Bahan yang keras (b) Mempunyai rintangan kehausan (c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong (d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik eksentri dan larikan kasar. 6.8 Empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa ialah : (a) Mata alat melurah (b) Mata alat membenang (c) Mata alat menggerek dan (d) Mata alat memotong biasa. 6.9 Tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa ialah : (a) Sudut sadak atas (b) Sudut telusan hadapan dan (c) Sudut telusan tepi. Unit 6-21
  • 22. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 22 6.6 JENIS BAHAN MATA ALAT. 6.6.1 Keluli karbon tinggi. Keluli ini mengandungi diantara 0.9% hingga 1.2% karbon. Bahan ini murah dan mudah dibentuk menjadi mata alat seperti jenis mata alat menggerek. Kelemahannya ialah mudah terbakar dan hilang kekerasannya apabila melakukan larikan pantas atau cepat. Sesuai digunakan untuk memesin bahan lembut seperti loyang. 6.6.2 Keluli tahan lasak Bahan mata alat ini mengandungi campuran bahan-bahan berikut a. tungsten b. kromium c. vanadium d. molibdenum e. kobalt peratusan komposisi diatas akan berubah mengikut jenis bahan yang dilarik dan jenis operasinya.satu komposisi yang banyak digunakan adlaah 18% tungsten, 4% kromium dan 1% vanadium. Jenis bahan mata lat ini amat sesuai untuk larikan dalam, menahan kejutan dan mengekalkan mata pemotong yang tajam pada suhu tinggi. Kelajuan pemotongan adalah tiga kali ganda keluli karbon tinggi. 6.6.3 Tuangan aloi Jenis mata ini juga dikenali sebagai stelit dan menggandungi 25% hingga 35% kromium, 4% hingga 25% tungsten, 1% hingga 3% karbon dan bakinya kobalt. Sesuai digunakan pada ppm yang tinggi dan tidak mudah haus. Bagaimanapun ia tidak sekuat Dan Mudah retak jika dibandingkan dengan keluli tahan lasak. Kelajuan pemotongan adalah dua kali ganda keluli tahan lasak. 6.6.4 Karbida terdiri daripada dua jenis : i. Jenis yang dikimpal loyang ( brazed ) kepada batang keluli ii. Jenis yang digunakan sebagai mata alat tumpang Komposisinya adalah 82% karbida, 10% titanium dan tantulum serta 8% bahan pengikat kobalt. Bahan ini keras dan boleh melakukan pemotongan pada suhu tinggi tetapi kurang tahan lasak. Biasanya digunakan untuk memesin besi tuangan dan logam bukan ferus. Pelbagai jenis keluli juga boleh dimesindengan bahan ini. Kelajuan pemotongan adalah tiga hingga empat kali lebih keluli tahanlasak Unit 6-22
  • 23. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 23 6.6.5 Seramik kebanyakkan dihasilkan daripada aluminium oksida. Bahan mata yang terbaru ini adalah campuran aluminium oksida dan zirkorminium oksida. Oleh kerana bahan ini sangat keras ia digunakan sebagai bahan mata alat tumpangyang digunakan untuk memesin keluli keras dan logam yang sukar di mesin oleh mata lain. Tidak memerlukan bahan penyejuk ketika melarik. Kelajuan pemotongan adalah dua kaliganda kardiba. 6.6.6 Intan. Digunakan untuk memesin logam bukan ferusdan bukan logam. Memeberikan penyudahan yang amat licin serta memesin sehingga kejituan 0.002 mm – 0.005 mm. Biasa digunakan sebagai mata alat penyudahan kerana mata alat ini mudah rapuh dan tidak tahan hentakan kuat. Terdapat dua jenis iaitu asli dan tiruan. Oleh kerana memerlukan kos yang tinggi jenis tiruan sahaja biasanya digunakan dibengkel-bengkel. 6.7 PENGENDALIAN KERJA-KERJA MENGGEREK, MENGGERUDI, MELOREK, MELARIK TIRUS, MEMOTONG ULIR SKRU DAN MELARIK TAK SEPUSAT. 6.7.1 MENGGEREK Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi. Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah langkah pengendalian operasi menggerek : a. Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm hingga 2mm. b. Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan. c. Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi tersebut. d. Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek sependek mungkin. Unit 6-23
  • 24. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 24 Rajah 6.20 : Operasi Menggerek 6.7.2 MENGGERUDI DIMESIN PELARIK Bahan kerja yang dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai turus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal alatan belakang. Berikut adalah langkah-langkah kerja menggerudi dimesin pelarik : a. Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan paksi mesin. b. Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin. c. Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat. d. Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam lubang alatan belakang. e. Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari badannya. f. Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin gerudi 6 mm dari bahan kerja. g. Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin. h. Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang digerudi. i. Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja. Unit 6-24
  • 25. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 25 Rajah 6.21 : Proses Menggerudi 6.7.3 MELOREK Melorek atau dalm perkataan lain adalah membunga merupakan satu proses pembentukan corak pada sebatang silinder. Terdapat dua corak bunga, iaitu bentuk intan dan bentuk lurus. Bunga bentuk intan dibentuk pada bahagian- bahagian yang memerlukan pegangan yang tetap (tidak licin). Contohnya pemegang alat-alat pengukur. Bentuk lurus biasanya digunakan untuk menambahkan diameter silinder, dimana satu gegasan tekan diperlukan. Berikut adalah prosedur membunga/melorek dimesin pelarik : a. Bahan kerja dipegang dengan kukuh pada cuk. Jika bahan kerja panjang, sokongkannya dengan tetengah mati. Jika lebih panjang lagi sokongkannya dengan sangga tetap ditengah. b. Setkan alat membunga ditiang mata alat dengan pusat alat membunga sama tinggi dengan poin tetengah mati. c. Laraskan kedudukan mata alat membunga bersudut tepat dengan paksi benda kerja. d. Tankdakan bahagian yang hendak dibunga pada bahan kerja. e. Setkan kelajuan mesin ¼ dari PPM yang biasa digunakan dan pilih kadar hantaran yang perlahan. f. Laraskan kereta kehujung bahan kerja sehingga hanya setengah dari muka roda bunga sahaja terkena pada bahan kerja. g. Gerakkan kekesot lintang dan kenakan roda bunga pada permukaan bahan kerja. h. Hidupkan mesin dan beri kedalaman pemotongan 0.5 mm kepada bahan kerja atau sebelum menghidupkan mesin. i. Hentikan mesin dan lihat keadaan corak yang dibentuk. j. Gunakan pelincir pemotong untuk mengurangkan geseran dan membolehkan tatal keluar dengan mudah. k. Gunakan hantaran automatik untuk menyiapkan proses membunga. Unit 6-25
  • 26. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 26 Rajah 6.22 : Proses Melorek 6.7.4 MELARIK TIRUS Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung : a. Periksa lukisan dan dapatkan sudut tirusan yang perlu dipotong. b. Longgarkan nat kunci pada kekesot bergabung. c. Kilaskan kekesot bergabung kepada sudut tirusan yang perlu dipotong. Peringatan : kekesot bergabung hanya disetkan kepada separuh sudut kandungan tirusan. d. Ketatkan nat pengunci kekesot kergabung. Berhati-hati semasa mengetatkan nat pengunci ini kecil dan mudah rosak jika kuasa berlebihan digunakan. e. Set mata alat tepat pada tinggi paksi mesin. f. Dengan menggerakkan kereta dan kekesot lintang, bawa mata alat dekat dengan bahan kerja. g. Mula potongan tirusan dengan menggerakkan tuil penghantar skru kekesot bergabung. h. Periksa sudut tirusan yang dipotong dan jika betul siapkan kepada saiz yang dikehendaki. Unit 6-26
  • 27. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 27 Rajah 6.23 : Tiga Persedian Untuk Larikan Tirusan Dengan Pengilasan Kekesot Bergabung 6.7.5 MEMOTONG ULIR SKRU Mesin –mesin yang baru sekarang tidak perlu lgi dikira dan dipasang dengan rangkaian-rangkaian gear. Walau bagaimanapun tiga lagi bahagian mesin perlu dipelajari sebelum boleh memotong ulir skru dimesin pelarik. Tiga bahagian itu adalah : i. Kotak gear Fungsi utama kotak gear adalah untuk membolehkan pemilihan pc-pic yang perlu dipotong dengan cepat. ii. Pedoman ulir skru Unit ini dipasang disebelah kereta dan mempunyai gear belitan yang dipasang pada skru pemandu. iii. Nat belah Ia boleh dibuka dan dipasang pada skru pemandu melalui mekanisma alur sesondol. Apabila dicantumkan gerakan berputar skru pemandu ditukarkan kepada gerakan linear. Berikut adalah tatacara mengulir dimesin pelarik bagi memotong benang kanan : a. Setkan mesin sesuai unktuk memotong pic yang diperlukan. b. Setkan mata alat pada ketinggian paksi mesin. Dengan menggunakan tolok tetengah laraskan mata alat supaya berkedudukan bersudut 90 dengan paksi bahan kerja. Unit 6-27
  • 28. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 28 c. Pilih PPM yang tepat untuk mengulir. Biasanya pada PPM 1/3 dari yang biasa digunakan untuk kerja melarik. d. Hidupkan mesin dan kenakan mata alat pada bahan kerja. e. Hetikan mesin. Setkan dial senggatan kekesot lintang dan kekesot bergabung kepada 0. f. Undurkan mata alat dan kembalikannya kepermulaan seperti dalam langkah (b). berikan suapan 0.2 mm. g. Lihat dial pada pedoman dan pasang nat belah pada kedudukan yang tepat sebelum mula memotong. h. Hentikan mesin dan periksa pic yang dipotong dengan tolok pic. i. Undurkan mata alat dan bawa mata alat kepermulaan ulir (langkah (d) dan (e) ). j. Ulang operasi pemotongan sehingga ulir skru itu cukup dalam dan licin. Periksa pemasangan dan gegasan dengan tolok atau nat jodohnya. Rajah 6.24 : Prosedur Memotong Ulir Vee 6.7.6 MELARIK TAK SEPUSAT Terdapat dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi iaitu dengan menggunakan cuk empat rahang dan kaedah memegang bahan kerja diantara tetengah. Berikut adalah langkah kerja melarik sipi dengan cuk empat rahang : i. Buat penandaan pada sebelah permukaan bahan kerja. j. Pegang bahan kerja pada cuk empat rahang. Bawa tetengah alatan belakang rapat dengan bahan kerja sehingga tetengah menyentuh titik tengah sipi yang telah ditandakan. k. Kunci rahang cuk dengan ringan supaya kedudukan bahan kerja tidak berubah. l. Periksa dan laraskan posisi bahan kerja supaya panjang sipi yang perlu dilarik itu keluar dari rahang untuk dimesin. m. Kunci semua rahang dengan kuat.keluarkan alatan belakang. Unit 6-28
  • 29. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 29 n. Pegang mata alat yang sesuai dan laraskannya pada ketinggian paksi mesin. o. Pilih PPM yang sesuai, biasanya 1/3 dari PPM biasa. Kelajuan PPM boleh ditambah bila larikan sipi hampir siap. p. Larik sipi secara kasar dengan meninggalkan 0.75 mm untuk larikan penyudahan. q. Tukar mata alat untuk lakukan larikan penyudahan. Pastikan panjang sipi itu berukuran tepat dengan melarik penampang. r. Keluarkan bahan kerja dan lakukan penyudahan. Rajah 6.25 : Melarik Sipi Unit 6-29
  • 30. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 30 AKTIVITI 6 C 6.10 Senaraikan empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik. 6.11 Senaraikan lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat keluli tahan lasak. 6.12 Senaraikan lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah selain daripada melarik penampang dan melarik selari. 6.13 Nyatakan dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi. 6.14 Mengapakah mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin (1 mm hingga 2 mm). Unit 6-30
  • 31. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 31 MAKLUM BALAS 6 C 6.10 Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah : (a) Keluli karbon tinggi (b) Keluli tahan lasak (c) Karbida (d) Intan (e) Seramik 6.11 Lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat keluli tahan lasak ialah : (a) Tungsten (b) Kromiun (c) Vanadium (d) Molibdenum (e) Kobalt 6.12 Lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah selain daripada melarik penampang dan melarik selari ialah : (a) Menggerudi (b) Menggerek (c) Melorek (d) Memotong ulir skru (e) Melarik tirus Unit 6-31
  • 32. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 32 6.13 Dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi ialah : (a) Dengan menggunakan kaedah cuk empat rahang dan (b) Kaedah memegang bahan kerja diantara tetengah. 6.14 Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin (1 mm hingga 2 mm) bertujuan untuk memberikan dua kelebihan iaitu : i. Tekanan ke bawah mengurangkan kedalaman pemotongan dan dengan itu mengelakan mata alat dari termasuk kedalam bahan kerja. ii. Memberikan ruang yang lebih di bawah mata alat penggerek dan ini mengurangkan kesesakan tatal di bawah batang penggerek. Unit 6-32
  • 33. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 33 PENILAIAN KENDIRI 1. Namakan lima bahagian utama pada mesin pelarik. 2. Nyatakan berapakah kelajuan PPM untuk membuat proses melorek. 3. Namakan dua corak bunga untuk proses melorek yamg biasa digunakan. 4. Senaraikan tiga peralatan mesin yang mempunyai tirus. 5. Nyatakan tiga kaedah melarik tirus dimesin pelarik. 6. Senaraikan empat jenis mata alat membenang. 7. Senaraikan tiga kaedah memegang benda kerja di mesin pelarik. 8. Lakar dan lebelkan sudut-sudut yang ada pada mata alat biasa. 9. Senaraikan langkah kerja bagi melakukan proses menggerudi dimesin pelarik. 10. Senaraikan empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik. Unit 6-33
  • 34. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 34 MAKLUM BALAS 1. Lima bahagian utama pada mesin pelarik ialah : (a) Landasan (d) Kereta (b) Alatan Hadapan (e) kotak Gear Cepat Tukar (c) Alatan Belakang 2. Kelajuan PPM untuk membuat proses melorek ialah ¼ daripada kelajuan yang biasa digunakan dengan kadar hantaran yang perlahan. 3. Dua corak bunga untuk proses melorek yamg biasa digunakan ialah mata bentuk intan dan mata bentuk lurus. 4. Tiga peralatan mesin yang mempunyai tirus ialah (a) Spindal (b) Alatan Belakang (c) Tetengah 5. Tiga kaedah melarik tirus dimesin pelarik ialah : (a) Ofset Alatan Belakang (b) Kilaskan Kekesot Bergabung (c) Pesawat Pelarik Tirus 6. Empat jenis mata alat membenang ialah : (a) Jenis ‘V’ (b) Acme (c) Buttres (d) Bersegi 7. Tiga kaedah memegang benda kerja di mesin pelarik ialah : (a) Menggunakan Cuk Kolet (b) Menggunakan Cuk Empat Rahang (c) Menggunakan Cuk Tiga Rahang Unit 6-34
  • 35. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 35 8. Lakar dan lebelkan sudut-sudut yang ada pada mata alat biasa. Sudut sadak tepi Sudut telusan tepi 9. Langkah kerja bagi melakukan proses menggerudi dimesin pelarik ialah : Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan paksi mesin. Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin. Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat. Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam lubang alatan belakang. Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari badannya. Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin gerudi 6 mm dari bahan kerja. Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin. Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang digerudi. Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja. 10. Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah : (a) Mata Alat Melurah (b) Mata Alat Membenang (c) Mata Alat Menggerek (d) Mata Alat Jenis Sisip (Throwaway) Unit 6-35