Dokumen tersebut membahas tentang laras bahasa iklan. Ia menjelaskan bahwa laras bahasa iklan berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas tetapi terperinci, menggunakan bahasa imaginatif dan pujukan untuk membujuk pembeli, serta menggunakan slogan dan perbandingan produk. Dokumen tersebut juga memberikan contoh cara-cara penyampaian iklan dan kesimpulan bahwa tujuan utama laras bahasa iklan
2. Takrif Laras Bahasa
Laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam
penggunaan bahasa mengikut bidang dan
situasi penutur ketika berbahasa, sama
ada secara lisan atau tulisan.
3. Bahasa yang digunakan untuk sesuatu
konteks adalah berlainan, misalnya
bahasa yang digunakan dalam ulasan
sukan dengan bahasa minit mesyuarat
adalah berbeza, bahasa yang digunakan
dalam bidang masakan tidak sama
dengan bahasa yang digunakan dalam
bidang permotoran.
4. Sambungan
Ada kata-kata yang menentukan taraf sosial penutur. Contoh:
Perkataan beradu, santap, bersiram, murka, mangkat ada kaitan dengan istana
dan sultan.
Perkataan kuliah , semester, gugur dan tambah kursus ada kaitan dengan
mahasiswa/i.
Tepung naik sendiri, pukul telor hingga kembang adalah laras masakan.
5. Sambungan
Jadi, laras merupakan satu konvensi sosial.
Anggota masyarakat biasanya memahami dan menyedari perkara ini.
Perlu menggunakan laras yang betul, sesuai dengan bidang, konteks dan
keadaan sosial.
6. Anggota masyarakat dapat
menggunakan beberapa laras,
jumlah laras menunjukkan
keseluruhan pengalaman
bahasanya, serta peranan yang
dimainkan dalam masyarakat.
7. SAMB…
Perubahan sosial dan kebudayaan serta
perubahan yang berlaku dalam masyarakat turut
mendatangkan perubahan pada laras bahasa.
Laras baru akan muncul apabila muncul alat
baru, teknologi baru dalam masyarakat.
Laras boleh dimantapkan melalui penggunaan
yang sering dan bertubi-tubi supaya diterima oleh
masyarakat.
8. Jenis dan ciri laras
bahasa
Laras bahasa biasa
◦ Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks yang
khusus
◦ Tiada istilah teknikal
◦ Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat
◦ Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja.
◦ Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa
basahan.
9. Contoh
Laras bahasa biasa formal
◦ Formal
Muhammad bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Sumayyah binti Husin
dengan mas kahwinnya RM4000 tunai.
◦ Tidak formal
Pembeli: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa fasal banyak mahal?
Penjual:Encik mahu ingat, bela punya ikan mahu kasi makan. Sekarang ikan punya
makan banyak mahal. Lagi, saya bukan tangkap sendiri, saya upah orang.
10. IKLAN
pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll:
syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit
sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan
memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan
sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat
yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg
berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan
terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia;
kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan
perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat
itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa,
dll) yg mengiklankan sesuatu.
11. Laras bahasa perniagaan/iklan
Berbentuk pemberitahuan fakta.
Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci.
Ayat ringkas dan pendek – banyak menggunakan kata adjektif.
Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif.
12. Sambungan
Menggunakan retorik pujukan dan bahasa
pengaruhan – bertujuan untuk membujuk dan
mempengaruhi pengguna.
Cara penyampaian menarik dan mesra.
Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata
tetapi tidak mementingkan tatabahasa.
Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk
meyakinkan pengguna.
13. Sambungan
Iklan dihasilkan dengan beberapa cara:
◦ Slogan – Gaya, Mutu dan Keunggulan
◦ Kaedah penyataan – Lot banglo untuk dijual
◦ Perkaitan konsep – Siti Nurhaliza dan Pantene
◦ Perisytiharan – Memperkenalkan Proton Pesona
◦ Kaedah umpan – wang tunai RM5000 menunggu kunjungan anda
◦ Mesra – TV9 dekat di hati
◦ Bandingan – Feb lebih bersih dan harum
◦ Gesaan – Cepat, dapatkan naskhah anda hari ini
◦ Pertanyaan – menghadapi masalah perut buncit? Slim World!
15. KESIMPULAN
Laras iklan lebih kepada tujuan
untuk melariskan produk yang
akan dijual, memujuk pelanggan,
membandingkan antara produk-
produk yang ada, dan ada
kalanya menggunakan perkataan
yang bombastik.