3. PENGENALAN
• Setiap bidang ilmu mempunyai sumber yang
tersendiri
• Sumber tatabahasa Arab atau usul al-nahw
merupakan ilmu yang membahaskan tentang
sumber-sumber atau kaedah-kaedah yang
diguna oleh ulama tatabahasa Arab dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan
7. PENGERTIAN ISTISHAB AL-HAL
• Bahasa : berasal daripada perkataan
(istashaba) yang bermaksud meminta untuk
menemani dan mendampingi
• Istilah : kekal keadaan asalnya kerana tidak
berlaku perubahan
8. Ibn al-Anbari
(1963)
• Mengekalkan sesuatu perkataan mengikut keadaan asal
semasa ketiadaan sumber yang boleh merubah bentuk
asalnya
Al-Shawi
(1990)
• Mengekalkan dalam bentuk asal ketika tiada sumber yang
mengubahnya
Al-Sayyid
(2010)
• Mengekalkan sesuatu perkataan dan menggunakannya dalam
bentuk asal, selagimana tiada sumber lain yang mengubah
perkataan tersebut dan mengubahnya daripada
menggunakan bentuk asal
9. SEJARAH PERKEMBANGNNYA DALAM
ILMU TATABAHASA ARAB
• Istilah “Istishab al-Hal” diperkenalkan oleh al-
Anbari pada kurun ke-6 hijrah
• Terdapat ulama yang telah menggunakan
mafhumnya sebelum itu, walaupun dengan
istilah lain seperti Sibawayh dan Ibn Jinni
10. ULAMA YANG MENJADIKAN ISTISHAB AL-HAL SEBAGAI SUMBER
ILMU TATABAHASA ARAB
Al-Anbari > Luma’ al-Adillah fi
Usul al-Nahw
Al-Suyuti > Al-Iqtirah fi ‘Ilm
Usul al-Nahw
Al-Shawi > Irtiqa’ al-Siyadah fi
‘Ilm Usul al-Nahw
Tammam Hassan > Al-Usul :
Dirasah Istimulujiyyah li al-Fikr
al-Lughawi ‘inda al-Arab
11. PENERIMAAN ULAMA
• Al-Anbari (1963) mengiktirafnya sebagai salah
satu sumber tatabahasa Arab yang muktabar.
• al-Suyuti (2006) menyenaraikan istishab al-hal
antara sumber tatabahasa Arab selain sama’,
qiyas dan ijma’.
• al-Hadithi (1974) : Ulama Basrah dan Kufah
turut menggunakan istishab al-hal sebagai
sumber bagi tatabahasa Arab.
12. … samb; Penerimaan Ulama
• Hasanayn (1996) menafikan dengan menjelaskan
bahawa istishab al-hal adalah sumber yang hanya
diiktiraf oleh ulama Basrah saja.
• Ra’id Tafish (2012) dalam artikelnya yang
bertajuk Manhajiyyat al-Istidlal ‘inda al-Nuhah.
“Sesungguhnya ulama-ulama Basrah
menggunakan istishab al-hal dan menerimanaya
sebagai sumber, tetapi ulama-ulama Kufah pula
tidak menerimanya sebagai sumber dalam
tatabahasa Arab”.
13. … samb; Penerimaan Ulama
• Tetapi apabila bertembung dengan sumber lain
seperti sama’ dan qiyas, maka istishab al-hal
tidak ada kepentingannya lagi (al-Suyuti
2006).
• Al-Anbari (1963) juga mengatakan istishab al-
hal merupakan sumber yang lemah dan tidak
harus berpegang dengannya jika ada sumber
yang lain
14. … samb; Penerimaan Ulama
Istishab al-hal menjadi sumber yang lemah
hanyalah ketika terdapat sumber lain yang lebih
kuat daripadanya iaitu sama’dan qiyas.
Tetapi apabila tidak ada sumber lain, maka
istishab al-hal mengambil peranan sebagai
sumber dalam pengkaedahan tatabahasa Arab
bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
15. CONTOH
Asal bagi al-afaͨl (kata kerja) ialah
mabni, ia bertukar menjadi mu’rab
jika kata kerja itu adalah kata kerja
kala kini. Ia kekal mabni selagi
tidak ada dalil yang mengubahnya.
Contohnya: (kataba) adalah
perkataan mabni dan ia menjadi
mu’rab apabila kata kerja tersebut
berubah menjadi kata kerja kala
kini (yaktubu)
16. Asal bagi al-asma’ (kata nama) ialah
mu’rab dan ia berubah menjadi mabni jika
perkataan itu menyerupai
huruf
Sama ada menyerupai
1) pada tempat seperti (qumtu , qumna)
2) pada makna huruf seperti (mataa)
(mataa nasrullah) mataa dalam ayat
tersebut menyerupai maksud hamzah
istifham
3) pada penggunaan seperti (Haihaat, Ouh)
17. PENUTUP
• Istishab al-hal merupakan salah satu sumber
daripada sumber-sumber yang diguna dalam
pengkaedahan tatabahasa Arab.
• Ramai dalam kalangan ulama yang menerima dan
menjadikan istishab al-hal sebagai sumber dalam
pengkaedahan tatabahasa Arab seperti al-Anbari,
al-Suyuti, al-Shawi dan lain-lain.
• Tetapi ia menjadi sumber yang lemah, malah
tidak diiktiraf apabila bertembung dengan sumber
lain yang lebih kuat seperti sama’ dan qiyas.