Dokumen tersebut merupakan laporan pengajaran matematika untuk topik pepejal geometri di tingkatan satu. Laporan tersebut menjelaskan perancangan pengajaran yang meliputi pemilihan bahan bantu mengajar seperti model, carta dan bentukan pepejal; aktiviti pengajaran guru seperti penerangan, soalan jawab dan demonstrasi; serta aktiviti pembelajaran murid untuk membina model kubus dan kuboid. Laporan tersebut juga menyoroti objektif
1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2011
HBMT2203
TEACHING MATHEMATICS IN FORM ONE
E-MEL : marshiza@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN: Pusat Pembelajaran
Melaka
2. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
Isi Kandungan Halaman
Biodata Pelajar i
Penghargaan ii
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Bagi Topik Pepejal
Geometri 4
3.0 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran 4
3.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
3.1.1 Aktiviti Pengajaran 4-7
3.1.2 Aktiviti Murid 7-8
3.2 Refleksi Kendiri 8
4.0 Laporan Maklumbalas 8
4.1 Maklumbalas Pelajar 8-11
4.2 Maklumbalas Guru 9
5.0 Analisis Maklumbalas 10
5.1 Analisis Maklumbalas Pelajar 10-12
5.2 Analisis Maklumbalas Pelajar 12-14
6.0 Kesimpulan 15-16
Rujukan iii
3. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
Penghargaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah
kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk ‘Teaching Mathematics In Form
One’(HBMT3303) pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta
memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan
pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
warga OUM semester September 2011 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan
kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
yang di hormati, Puan Maimunah Binti Harun kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar
kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan
E-Tutor, Tengku Noor Zima Tuan Jaffar,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum
LMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali,
yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Sekian terima kasih.
i
4. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
1.0 Pengenalan
Dalam bidang pendidikan, seorang pendidik bukan sahaja memerlukan perancangan pengajaran
yang baik dan terperinci, malah perlu mengambil kira bahan bantu mengajar yang berfungsi
membantu pengajaran pada hari itu yang mana ia berupaya dapat menarik perhatian pelajar.
Apakah yang dikatakan dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau sewaktu dahulu ia lebih
sinonim dengan panggilan Alat Bantu Mengajar( ABM)?
Bahan bantu mengajar adalah merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya menyampaikan pengajaran. Nguen Kui Sang (1981) menyatakan bahawa tidak
dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju
bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.
Menurut Mok Soon Sang (1991), Alat Bantu Mengajar (Bahan Bantu Mengajar) merupakan
intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha
memudahkan pelajar memahami konsepdan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada
berbagai-bagai. Bahan-bahan tersebut mungkin dalam bentuk, buku, kad, carta, slaid.
‘powerpoint’ dan perisian computer yang banyak digunakan di sekolah-sekolah. Bahan-bahan
dan alat-alat yang menyokong pengajaran itu dinamakan sebagai bahan bantu mengajar.
Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi
dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang
dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu
mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran
itu, guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan
memperbanyakkan penggunaan BBM dalam pengajaran mereka. BBM adalah penting dalam
pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar
untuk belajar. Menurut Ng Ying (2004) pula, semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang
diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran,
1
5. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan BBM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran
guru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deria
mereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan.
1.1 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar
1. Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
2. Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar
3. Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
4. Memberi pengalaman yang sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di
kalangan pelajar.
5. Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
6. Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain
dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
1.2 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar
Menurut Hajah Masriatol Farahiyah Hj Sajali (2007) Bahan Bantu Mengajar terdiri daripada tiga
jenis:
(a) Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
Bahan bantu mengajar ini terdiri daripada papan hitam, atau papan tulis, papan pamer atau papan
bulletin, fai tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan atau kad cantuman, carta, grafik,
papan pengajaran yang (mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patung
dan diorama.
(b) Bahan Bantu Elektronik
Terdiri daripada perisian pendidikan yang banyak disediakan di sekolah-sekolah oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, komputer, LCD Projektor yang memancarkan perisian
daripada komputer, talian internet bagi memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat,
overhead projector, pita slaid (filem slaid), radio, televisyen, alat rakaman, dan sebagainya.
2
6. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
(c) Alat-alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Alat-alat becorak pengalaman dan bahan sebenar seperti lakonan, pantomin, lawatan, dan projek
pameran, dan alat sebenar daripada alam sekitar,atau disebut sebagai realia, iaitu merupakan
benda semulajadi. Ia di kelaskan sebagai bahan tiga dimensi dan dibagahikan kepada beberapa
kumpulan iaitu, benda bukan hidup, benda hidup, benda buatan dan tumbuh-tumbuhan.
1.3 Perkara Yang perlu Diambilkira Apabila Menggunakan Bahan Bantu
Mengajar
Setiap guru perlu peka bagaimana menyediakan jenis-jenis alatan dan bahan yang sesuai
dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.
Selain itu, guru juga harus arif dan berpengetahuan untuk mengendalikan alatan dan
bahan tersebut agar tidak pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancet tanpa
membuang masa yang sia-sia. Contohnya guru yang menggunakan perisian pendidikan
melalui komputer dan LCD projector perlu mahir menggunakan alatan tersebut dan
bersiap sedia sebelum memulakan pengajaran. Ini untuk mengelakkan berlakunya
pembaziran masa semasa memasang alatan ytersebut.
Bahan Bantu mengajar perlu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik, boleh
beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap menyesuaikan keperluan pelajar dan masa
yang diperuntukkan.
Kesimpulannya ialah bahan bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam
pengajaran guru. Bahan bantu mengajar yang efisien dapat membantu proses penerimaan konsep
serta menambahkan kefahaman pelajar dengan lebih cepat. Sebenarnya terdapat pelbagai bahan
bantu mengajar yang boleh kita peroleh di pasaran. Walaupun agak mahal namun berpatutan
dengan kegunaannya di dalam kelas. Jika seseorang guru mempunyai idea yang kreatif dan
inovatif adalah lebih baik jika guru itu sendiri menghasilkan bahan bantu mengajar mengikut
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
3
7. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
2.0 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Bagi Topik Pepejal Geometri
Pemilihan bahan bantu mengajar ini adalah berdasarkan keperluan topik ‘Pepejal Geometri’ yang
telah dipilih bagi tugasan ini. Pepejal geometri dipilih kerana ia merupakan satu topik yang
menarik dan berkait rapat dengan kehidupan manusia. Dalam realiti kehidupan, manusia
dikelilingi dengan pelbagai bentuk pepejal geometri. Namun yang demikian, mereka tidak tahu
bagaimana asal usul sesuatu bentuk itu terbina dan apakah fungsinya setiap bentuk itu. Oleh
sebab itu, pepejal geometri adalah satu topik penting dipelajari. Dalam topik ini guru telah
memilih beberapa jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Diantaranya ialah carta-carta, pepejal geometri dalam bentuk maujud, model
rumah, serta bentangan kubus dan kuboid (nets of cubes and cuboid). Bahan-bahan bantu
mengajar ini akan ditunjukkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan
diperjelaskan selepas ini.
3.0 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
3.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Topik : Pepejal Geometri
Objektif pembelajaran: Murid-murid diajar untuk memahami ciri-ciri kubus dan kuboid
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar berupaya;
Mengenalpasti pepejal geometri
Menyatakan ciri geometri kubus dan kuboid
Melukis bentangan kubus dan kuboid pada grid segiempat sama dan kertas kosong.
Membina model kubus dan kuboid dengan mencamtumkan muka dan melipat bentangan
yang diberi
Bilangan murid : 30 orang
Bahan Bantu Mengajar: Model rumah permainan, bahan maujud pepejal geometriCarta-carta,
bentuk-bentuk 3-D, bentangan kubus dan kuboid
Nilai: Bekerjasama, berusaha, peka
4
8. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
3.1.1 Aktiviti Pengajaran:
1. Pelajar ditunjukkan dengan satu model rumah.
m
Model rumah permainan
2. Pelajar diminta menyatakan pandangan masing-masing terhadap model rumah itu.
Semasa ini guru mengaitkannya dengan topik pada hari itu iaitu ‘Pepejal geometri’.
3. Pelajar-pelajar diminta untuk menyatakan apakah bentuk geometri tiga dimensi yang
telah dipelajari sebelum ini. Pelajar –pelajar memberi pendapat masing-masing.
4. Guru menunjukkan pepejal geometri (Rajah A) serta mempamerkan carta (Rajah B)
seterusnya bersoal jawab berdasarkan carta dan bahan maujud tersebut. Pelajar juga
diajar kembali dengan ciri-ciri bentuk-bentuk pepejal tersebut seperti bilangan sisi, muka
dan bucu.
Rajah A Rajah B
5
9. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
5. Selepas itu, pelajar juga di tunjukkan dengan carta kubus dan kuboid (lihat Rajah (C).
Dalam carta tersebut ada di tunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada kubus dan
kuboid. Disamping itu, guru menunjukkan pepejal geometri kubus dan kuboid seperti
Rajah B. Beberapa orang pelajar diminta datang ke hadapan menunjukkan bahagian-
bahagian terlibat iaitu, bucu, sisi dan muka.
6. Pelajar-pelajar dibimbing untuk menyatakan ciri-ciri kubus dan kuboid berdasarkan satu
carta (Rajah D).
Rajah C Rajah D
7. Kemudian pelajar-pelajar diminta untuk membayangkan bentangan bagi kubus dan
kuboid. Mereka diminta membuat lakaran bentangan kubus dan kuboid di atas kertas
kosong. Mereka menunjukkan hasil lakaran masing-masing.
8. Guru menunjukkan bentangan kubus dan kuboid yang telah disediakan (lihat Rajah E)
dan membandingkannya dengan hasil lakaran para pelajar .
6
10. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
Rajah E
3.1.2Aktiviti Untuk Pelajar
Membina bentangan kubus dan kuboid.
1) Pelajar-pelajar dibahagikan dalam kumpulan berempat.
2) Setiap kumpulan diberikan kad bentangan kubus dan kuboid yang telah siap dilukis (lihat
Rajah F) pada kad manila, gunting, gam atau sellotape.
R
Rajah F
7
11. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
3) Pelajar diminta memotong bentangan tersebut berdasarkan garisan yang ada.
4) Kemudian pelajar melipat mengikut garisan tersebut secara cuba dan bentukkan kubus
atau kuboid serta mencantumkan ia dengan menggunakan sellotape atau gam.
5) Setiap hasil kumpulan dipamerkan di hadapan kelas
3.2 Refleksi Kendiri:
Berdasarkan penggunaan bahan bantu mengajar tersebut, didapati pelajar-pelajar agak teruja
dengan pengajaran serta aktiviti yang dilakukan. Bahan bantu mengajar yang terdiri daripada
bentuk pepejal tu di dapati daripada pusat sumber sekolah, model rumah permainan itu adalah
milik guru sendiri, manakala carta-carta, serta bentangan kubus dan kuboid adalah dihasilkan
oleh guru sendiri. Guru berasa amat berpuas hati dengan penghasilan carta-carta tersebut yang
sedikit sebanyak membantu pemahaman konsep pelajar. Namun yang demikian, guru juga
berhasrat untuk membuat paparan ‘powerpoint’ atau perisian yang mengandungi topik ini bagi
pengajaran pada masa akan datang. Ini untuk menarik lebih perhatian pelajar dalam
pembelajaran berbantukan komputer.
4.0 Laporan Maklumbalas
4.1 Maklumbalas Pelajar
Maklum balas 30 orang pelajar terhadap bahan bantu mengajar yang digunakan ialah agak baik.
Mereka memberi renspon ketika guru menggunakan bahan-bahan dan alatan tersebut.
Penggunaan bahan maujud seperti pepejal geometri dan model rumah yang berwarna-warni itu
begitu menarik perhatian mereka. Apabila ditanya pendapat mereka tentang bahan bantu
mengajar yang paling menarik kebanyakan daripada mereka memang menyukai model rumah
dan bentuk pepejal geometri tersebut. Sebilangan pelajar pula menyukai carta –carta kerana ia
memberi maklumat dan fakta penting secara bertulis. Maklumat yang ditulis adalah terperinci
dan mudah difahami. Bentangan kubus dan kuboid juga membantu mereka memahami asal-usul
bentuk yang sebenar.
8
12. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
4.2 Maklumbalas Guru
Dua orang guru dipilih untuk memberi komen dan maklum balas terhadap bahan bantu mengajar.
Guru A memberikan pendapat bahawa penyediaan bahan bantu mengajar tersebut adalah baik
dan menarik. Bahan maujud yang digunakan seperti model rumah serta bentuk pepejal geometri
mampu menarik perhatian murid. Carta yang disediakan juga jelas dan lengkap serta berwarna-
warni. Apa yang penting ialah maklumat yang dipapar di dalam carta tersebut adalah menepati
konsep yang diajar. Namun begitu beliau mencadangkan agar guru memasukkan elemen-elemen
yang berkait dengan teknologi maklumat seperti dengan bantuan perisian pendidikan, saluran
internet ataupun paparan’powerpoint’ yang lebih mampu membawa pelajar meneroka dengan
lebih jauh bagi topik ini. Ia sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid
dalam teknologi maklumat. Pelajar-pelajar-pelajar juga boleh diberi peluang untuk meneroka
sendiri saluran internet , contohnya untuk mencari maklumat mengenai ciri-ciri pepejal geometri,
serta bagaimanakah rupanya bentangan kubus dan kuboid serta bentuk-bentuk lain dengan lebih
meluas lagi.
Guru B pula berpendapat bahawa bahan bantu mengajar itu agak baik dan memuaskan. Bagi set
induksi yang mana digunakan model rumah beliau berpendapat adalah lebih baik jika ia
digantikan dengan paparan ‘powerpoint’ tentang benda-benda ajaib di dunia seperti gambar
Piramid di Mesir, Great Wall di China, bangunan Kaabah di Mekah, Menara Pisa di Itali,
Menara Eiffel di Paris, Taaj Mahal di India dan lain-lain lagi yang mana ia terbina dengan
pelbagai bentuk pepejal geometri dengan kaedah pembinaan yang menakjubkan. Di samping itu,
secara tidak langsung ia menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar itu sendiri serta secara
tidak langsung ia dapat menggabungjalinkan mata pelajaran matematik dengan sains. Sedikit
sebanyak ia memberi suatu ilmu baru kepada para pelajar. Selain itu, guru B menyatakan untuk
menambahkan kefahaman mereka tentang topik ini, guru dan pelajar boleh membuat lawatan
sambil belajar ke Petrosains, kerana banyak unsur-unsur bentuk yang boleh didapati di situ
Namun demikian kekangan masa dan kos kewangan mungkin menjadi masalah utama dalam hal
ini. Walaubagaimanapun, jika ada masa yang sesuai dan perancangan yang teliti, aktiviti lawatan
ini pasti boleh dijalankan .
9
13. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
5.0 Analisis Maklumbalas
5.1 Analisis Maklum Balas Pelajar
Di bawah saya telah menyediakan borang soal selidik kepada 30 orang pelajar tersebut. Setiap
orang perlu menandakan (√ ) kepada ruang yang disediakan. ( Lihat lampiran 1)
Borang Soal Selidik Pelajar Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Bagi
Topik Pepejal Geometri
ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan (√ ) pada petak yang disediakan.
Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( )
Bangsa: Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( )
Soalan Sangat Setuju Kurang Tidak
setuju
setuju setuju
1.Bahan bantu mengajar sangat menarik.
2.Bahan Bantu mengajar benar-benar
memberi kefahaman kepada anda.
3.Guru mahir menggunakan bahan bantu
mengajar tersebut.
4. Bahan bantu mengajar tersebut
memberi kesan yang baik kepada
pembelajaran anda.
5. Pengajaran guru berkesan apabila
menggunakan bahan bantu mengajar
tersebut.
Lampiran 1
10
14. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
Berdasarkan borang selidik tersebut analisis maklumbalas pelajar dapat di tunjukkan
dalam graf di bawah;
30
25
20
Sangat setuju
15 Setuju
Kurang setuju
10 Tidak Setuju
5
0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
Graf A
Analisis Data berdasarkan Graf A:
Bagi Soalan 1 seramai 16 orang yang sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar
sangat menarik manakala 12 orang bersetuju dan 2 orang pula kurang bersetuju.
Bagi Soalan 2 seramai 20 orang pelajar sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar
benar-benar memberi kefahaman kepada mereka. Selebihnya 5 orang pelajar setuju dan 5
orang lagi kurang setuju dengan kenyataan tersebut.
Bagi soalan 3 seramai 25 orang pelajar sangat bersetuju bahawa guru mahir
menggunakan bahan bantu mengajar tersebut manakala 5 ornag hanya bersetuju.
Untuk Soalan 4 pula, seramai 20 orang sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar
tersebut memberi kesan yang baik kepada pembelajaran mereka manakala 10 orang
pelajar lagi menyatakan setuju.
11
15. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
Akhir sekali untuk Soalan 5, seramai 20 orang bersetuju bahawa pengajaran guru
berkesan setelah menggunakan bahan bantu mengajar tersebut manakala 10 orang lagi
hanya mengatakan setuju.
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini bahawa secara keseluruhannya pelajar-pelajar menyukai
pengajaran guru menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Bahan bantu mengajar tersebut
juga memberi kefahaman konsep pelajar terhadap topik pada hari itu. Guru agak berpuashati
dengan penyampaian pengajaran berbantukan bahan bantu mengajar tersebut. Apa yang penting
ialah objektif pengajaran dan pembelajaran serta hasi pembelajaran para pelajar Berjaya pada
hari itu.
5.2 Analisis Maklum Balas Guru
Di bawah saya telah menyediakan borang soal selidik kepada 2 orang guru tersebut. Setiap orang
perlu menandakan (√ ) kepada ruang yang disediakan. ( Lihat lampiran 2)
Borang Soal Selidik Guru Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru
Bagi Topik Pepejal Geometri
ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan (√ ) pada petak yang disediakan.
Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( )
Bangsa: Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( )
Soalan Sangat Setuju Kurang Tidak setuju
setuju setuju
1.Bahan bantu mengajar sangat
menarik.
12
16. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
2.Bahan Bantu mengajar sesuai dengan
topik pengajaran dan umur para pelajar.
3.Bahan bantu mengajar boleh diperbaiki
4. Bahan bantu mengajar tersebut berkos
tinggi dan tahan lama. (carta-carta)
5. Bahan bantu mengajar tersebut mudah
di bawa ke mana-mana.
Lampiran 2
Berdasarkan borang selidik tersebut analisis maklumbalas guru dapat di tunjukkan dalam
graf di bawah
2.5
2
1.5 Sangat setuju
Setuju
1 Kurang setuju
Tidak Setuju
0.5
0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
Graf B
13
17. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
Analisis Data berdasarkan Graf B:
Bagi Soalan 1 kedua-dua orang guru sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar
sangat menarik.
Bagi Soalan 2 kedua-dua orang guru juga menandakan kolum setuju bahawa bahan bantu
mengajar sesuai dengan topik pengajaran dan umur para pelajar
Bagi soalan 3, seorang guru memilih setuju dan seorang memilih kurang setuju supaya
bahan bantu mengajar boleh diperbaiki
Untuk Soalan 4 pula, kedua-dua orang guru memilih tidak setuju bahawa . bahan bantu
mengajar tersebut berkos tinggi dan tahan lama. (carta-carta)
Akhir sekali untuk Soalan 5, kedua-dua orang memilih setuju bahawa bahan bantu
mengajar tersebut mudah di bawa ke mana-mana.
Keseluruhannya didapati respon dua orang guru tersebut adalah baik dan terhadap bahan bantu
mengajar yang telah digunakan. Namun demikian mereka berpendapat bahan bantu mengajar
seperti carta itu boleh diperbaiki lagi dengan menggunakan elemen teknologi maklumat (IT).
Pandangan itu agak membina dan boleh diterima dan sebagai guru, saya akan cuba
memperbaikinya dari masa ke masa.
6.0 Kesimpulan
Bahan bantu mengajar adalah penting bagi pengajaran guru. Fungsi bahan bantu mengajar bukan
sahaja untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran khususnya matematik
malahan membantu mereka memahami apa yang diajar oleh guru dengan lebih baik. Kadangkala
pelajar-pelajar merasa terkongkong dengan konsep-konsep, rumus, dan formula matematik.
Apatahlagi guru hanya bersandarkan kepada buku teks untuk menyampaikan pengajarannya. Ini
menambahkan perasaan bosan dan kurang minat mereka terhadap matapelajaran ini.
Dalam kajian Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan
buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan
suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak
mendapat idea baru. Kesannya, fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif. Ada guru yang
14
18. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi hari, minggu
demi minggu dan tahun demi tahun. Sepatutnya yang perlu digunakan adalah sedikit imaginasi
bagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan
menggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya. Guru harus memahami citarasa
pelajarnya yang berusia muda dan cuba menyesuaikan pengajarannya
Selain itu kita sudah sedia maklum tentang minat pelajar-pelajar baik di sekolah rendah
mahupun menengah dengan aktiviti permainan. Kita boleh menggunakan kaedah bermain yang
berkaitan dengan matematik contohnya dam ular, permainan jutaria, teka silangkata, permainan
Sudoku dan pelbagai lagi yang boleh dibahsuai menjadi permainan berunsurkan pembelajaran.
Pasti para pelajar akan berasa sangat teruja dan seronok mempelajari matematik dan mungkin
segala konsep yang dipelajari akan kekal dalam ingatan mereka. Apapun, yang paling penting
ialah sikap guru itu sendir. Mereka i perlulah mengambil kira tentang kehendak dan keperluan
pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya hanya sekadar
melepaskan batuk di tangga kerana ini mungkin akan mengecewakan sebilangan pelajar yang
mendambakan ilmu pengetahuan. Masa depan pelajar bukan sahaja terletak di tangan mereka
sahaja tetapi gurulah antara manusia yang menjadi pemangkin kejayaan seseorang pelajar itu.
InsyaALLAH.
Akhir kata semoga segala apa yang dihuraikan di sini akan dapat memenuhi tugasan pada kali ini
Sekian terima kasih.
15
19. HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One
761020135460002
Rujukan
HBMT3303 Teaching Mathematics In Form One.Dr Lim Tick Meng,Dr Mohd Nazari
Yaakob.(2010). Open University Malaysia(OUM).Meteor Doc.Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan
Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar(ABM) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran
Matematik akan lebih berkesan. Hajah MasriyatolFarahiyah Haji Sajali
http://www.slideshare.net/amoi286/abm-matematik
Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar
Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Artikel Matematik Kbsm: Harapan Dan Realiti.Tengku Zawawi Tengku Zainal.Jabatan Sains &
Matematik, Mpktbr
http://mujahid.tripod.com/math1.html
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm) Di Kalangan Guruguru Teknikal Di Sekolah Menengah
Teknik Daerah Johor Bahru, Johor.(2008).Hayazi Bin Mohd Yasin.Universiti Teknologi
Malaysia
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf
Eksplorasi Matematik KBSM Tingkatan 1.Lee Chin Choy, Yeo Mui Kiow,Liao Yung
Far.(2012).Oxford Fajar.Selangor Darul Ehsan
iii