Bandar Raya Shah Alam adalah ibu kota negeri Selangor. Bandaraya ini mendapat pengiktirafan rasmi pada tahun 2000 dan merupakan bandaraya terdekat dengan Kuala Lumpur. Populasinya kini mencapai 646,890 orang dan dijangka meningkat lagi setelah siapnya beberapa projek perumahan baru.
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Penilaian Bandar Anda (Shah Alam)
1. LMCP 1532
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TUGASAN 2 : PENILAIAN BANDAR ANDA (SHAH ALAM, SELANGOR)
NAMA : LUQMAN HAKIM BIN SHA’ABAN
NO MATRIKS : A162798
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.
RAHMAT
2. SHAH ALAM, SELANGOR
Bandar Raya Shah Alam ialah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mendapat
pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandaraya pada tahun 2000. Shah Alam, juga merupakan
bandaraya yang hampir dengan bandaraya Kuala Lumpur, hanya dipisahkan oleh Petaling Jaya iaitu
sekitar 27 kilometer jaraknya.
Jumlah penduduknya adalah 646 890 orang dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada
2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam. Bunga
rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya pula ialah burung
undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'.
Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan 'Bandar Perindustrian' kerana
tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang multinasional
sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan
pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.
3. ALAM SEKITAR
ALAM SEKITAR SKALA
REKABENTUK BANDAR 8
KEPELBAGAIAN BIO 5
SAMPAH 7
ECO-FOOTPRINT 6
KAWASAN HIJAU 7
PERUBAHAN CUACA 5
KITAR SEMULA 8
KUALITI UDARA 4