SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 42
1


                                                                                             
SEPATAH KATA DARIPADA PENYUSUN

Kaedah Kawalan Minda (KKM) adalah berasaskan kepada Kajian yang telah dijalankan oleh
Jose Silva. Beliau adalah seorang rakyat Amerika Syarikat berketurunan Mexico. Beliau telah
menjalankan Kajian tentang otak manusia dan kekuatannya sejak tahun 1944-1966.

Selepas 1966 sehingga sekarang ia telah diajarkan di seluruh dunia di 130 buah negara di dalam
30 bahasa dengan lebih daripada 6 juta orang graduan. Ia adalah satu kaedah yang menggunakan
otak kiri dan kanan dengan seimbang melalui relax yang terkawal. Ia adalah satu kaedah yang
saintifik dan terbukti berkesan.

Jose Silva telah meninggal dunia pada bulan Februari 1999 yang lalu dan buku ini adalah
didedikasikan kepadanya. Ini adalah kerana belum ada lagi buku seumpama ini di dalam Bahasa
Malaysia.

Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah Siri Syarahan Asas mengenai
ilmu ini dan kaedah-kaedah untuk menseimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan melalui
relax yang terkawal untuk mencapai kesejahteraan diri.

Bahagian kedua pula ialah Siri Lakukan Sendiri selama 20 hari. Sesiapa yang mengikuti latihan
yang digariskan beliau akan mendapat menafaat sama seperti mereka yang mengikutinya di
bawah pengawasan mereka yang pakar. Walaupun begitu adalah dinasihatkan agar pembaca
mengikuti latihan di bawah pengawasan mereka yang pakar. Ini penting kerana menuntut ilmu
perlu berguru.

Semua teknik yang digariskan di dalam buku ini adalah untuk tujuan yang baik dan positif
sahaja. Ia tidak akan berkesan untuk tujuan dan niat yang tidak baik dan negatif. Perkara yang
negatif akan menjadi seperti boomerang yang akan kembali kepada pembalingnya.

Pastikan fikiran anda sentiasa positif dan bersabarlah sekiranya anda tidak mendapat manafaat
yang diharapkan dengan segera. Sentiasa ingatkan kejayaan yang lalu biar bagaimana kecil
sekalipun. Perkara yang positif akan membuahkan perkara yang positif sama seperti sebaliknya.

Kepada pembaca yang beragama Islam adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengingati bahawa
manusia hanya mampu berusaha dan Allah S.W.T yang berkuasa menentukan ,jadi
                                          1
pergunakanlah dan sebarkanlah .

Ilmu : Tuntut, Amal , Sebar.

Azaman Muhammad,
Kaunselor ,
Pusat Matrikulasi,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok, Jitra Kedah .    Julai 1999
2

KANDUNGAN                               MUKA SURAT
BAHAGIAN SATU
Teknik 3-1 : 1-5……………………….
Pembersihan Mental…………………
Menanamkan Benih Pemikiran……..
Kuasa Minda………………………….
Evolusi Minda………………………..
Lima Langkah Untuk Memastikan
Teknik Kawalan Minda Berkesan….
Teknik Kawalan Tidur………………..
Teknik Bangun Tidur…………………
Teknik Mengelakkan Daripada Mengantuk……………………
Kawalan Sakit Kepala……………….
Kaedah Kawalan Sakit Kepala……..
Kawalan Mimpi………………………
Kaedah Kawalan Mimpi
Melenyapkan Raksasa / Hantu…
Konsep Layar Mental……………..
Kawalan Memori………………….
Mengawal Kemarahan……………
Teknik Tiga Jari……………………
Teknik Tiga Jari Dan Peperiksaan……………………
Teknik Tangan Terapung………..
Teknik Sarung Tangan Kebas…..
Teknik Kawalan Berat Badan Dan Tabiat Buruk………………………….
ESP / IKE……………………………….
Alam Kebendaan………………………
Alam Benda Bernyawa……………….
Alam Haiwan…………………………..
Makmal Dan Kaunselor………………
Jasad Dan Perasaan Manusia……….
Teknik Ibu Jari Di Dahi………………..
 BAHAGIAN DUA
1. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (1)………………...
2. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (2)………………...
3. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (3)………………..
                                           2
4. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (4)………………..

BAHAGIAN SATU

TEKNIK 3 – 1 : 1 – 5

Minda atau akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling agung kepada manusia. adalah amat
rugi jika tidak kita menafaatkan pemberian Allah s.w.t. yang paling tinggi nilainya itu. Masalah
yang sering timbul ialah bagaimana cara untuk kita menggunakannya dengan cara yang paling
3

baik melalui teknik yang paling mudah dan Insyaallah membuahkan pula hasil yang terbaik ?
Inilah yang akan kita lihat sepintas lalu.

Apabila bercakap tentang Minda, sering kali kita mendengar perkataan ‘ Otak Kanan /
Hemisfera Otak kanan’ dan ‘Gelombang Alfa’. Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa
otak kanan itu adalah bahagian otak yang paling kurang dimenafaatkan dan menjadi satu
kerugian besar tidak menafaatkannya dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana bahagian inilah
yang mengawal kreativiti dan penyelesaian masalah. Manakala Gelombang Alfa pula merujuk
kepada getaran sesaat otak kita sebagaimana getaran jantung kita. Getaran ini diukur dengan
menggunakan sejenis alat yang memberikan ukuran 7 - 14 kitaran sesaat.

Bagaimana menggunakan bahagian otak yang paling kreatif pada saat dan ketika yang paling
baik? Minda kita boleh bergetar dalam gelombang Alfa ketika kita berada di dalam rehat atau
tenang fizikal dan mental. Ia dapat dicapai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kita
mungkin mencapai Gelombang Alfa ketika bersembahyang, mandi, membaca bacaan ringan
atau mendengar lagu-lagu syahdu......Bolehkah kita menjadikan gelombang Alfa ini satu tabiat
supaya dapat otak kanan kita berfungsi dengan baik pada saat dan ketika yang amat kita perlukan
? Jawabnya BOLEH!!! Bagaimana ? Begini.....

1. Cari satu tempat dan keadaan yang bebas daripada gangguan bau, bunyi, pandangan         dan
rasa yang tidak enak atau tidak elok.

2. Duduk dalam keadaan tegak, kaki memijak lantai /bumi, tulang belakang lurus, kepala
tegak dan mata tertutup rapat. Tapak tangan diletakkan di atas peha. Tarik nafas panjang
perlahan- lahan dan hembuskan juga perlahan – lahan

3. Tarik nafas perlahan-lahan dan ketika menghembuskannya perlahan-lahan,           bayangkan
angka/ nombor tiga sebanyak tiga kali ( 3 3 3 )

4.   Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor dua sebanyak tiga kali ( 2 2             2)

5. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor satu sebanyak tiga kali ( 1 1 1 ).
Katakan kepada diri anda bahawa anda akan merasa tenang rehat dan semakin tenang dan
semakin rehat setiap kali anda menghembuskan nafas

6. Ingatkan diri anda, jika berlaku sesuatu perkara yang memerlukan anda membuka          mata
                                              3
maka anda akan membuka mata dan merasa tenang dan rehat seperti biasa.

7 Bayangkan anda berada di suatu tempat yang merehatkan, mungkin di tepi pantai, di atas
puncak bukit di taman bunga dan seumpamanya. Bayangkan            pemandangan, warna , bau ,
rasa dan bunyi yang mungkin kelihatan, kedengaran dan dapat anda rasakan. Bayangkan
dengan terperinci dan cuba rasakan seolah- olah anda sedang berada di sana.

8. Selepas berada di dalam keadaan yang merehatkan itu untuk beberapa ketika anda boleh
keluar dengan mengingatkan diri anda bahawa anda akan keluar dengan kiraan          lima. Tarik
dan hembus nafas satu persatu hingga lima kali dan pada kali ketiga ingatkan diri anda bahawa
4

anda akan keluar pada kiraan lima dan rasa sihat dan segar seperti sediakala. Buka mata dan
cuba rasakan anda berasa lebih sihat dan segar seperti biasa.

PEMBERSIHAN MENTAL

Visualisasi dan imaginasi di dalam dimensi Alfa adalah kunci kepada kejayaan pemprograman
semula dan penyelesaian masalah. Kita perlu sedar betapa besarnya peranan yang dimainkan
oleh sikap dan pemikiran positif. Ini penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap diri
kita sendiri tetapi juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan
kita seperti ahli keluarga dan rakan sekerja.

Semua yang diterangkan di dalam buku ini akan menjadi sia- sia belaka sekiranya anda
bersikap dan berfikiran negatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika kita merasakan
bahawa kita akan gagal menyelesaikan sesuatu masalah, maka sudah pasti kita tidak akan dapat
menyelesaikannya. Di dalam Kaedah kawalan Minda kita menggunakan satu teknik yang
dinamakan Teknik Pembersihan Mental. Apabila terlintas sahaja di dalam fikiran kita sesuatu
yang negatif kita akan mengatakan “Batal!” dengan segera. Ini diikuti dengan menggantikannya
dengan pernyataan atau perkataan dan pemikiran yang positif.

Sebagai contohnya sering kita mengatakan :” Tidak boleh !.” Cuba gantikannya dengan
“Boleh!.” Apabila seseorang itu mengatakan boleh, sebenarnya beliau sudah mengambil
langkah bijak ke arah mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya.Sebaliknya
orang yang mengatakan tidak boleh, sebenarnya telah melawan arus. Tujuannya dan sukar untuk
mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya.

Perkataan negatif lain yang biasa digunakan ialah :”Cuba!.” “ Saya telah mencuba itu dan ini
tetapi masih gagal!.” Pernahkah anda mencuba untuk mengutip duit syiling yang jatuh ? Sudah
tentu tidak. Anda terus mengambilnya. Lebih baik jika anda mengatakan : “Saya akan
lakukannya,” dan terus melakukan perkara yang perlu untuk menjamin kejayaan sesuatu kerja
atau tugas itu.

Bagaimana dengan perkataan- perkataan negatif yang lain seperti: ”Bencinya...”, “ Meluat
saya...”, “ Terlupalah ..”, “Risaulah..”, “ Rasa macam nak mati...”; dan berbagai lagi perkataan
negatif lain yang kita gunakan saban hari dan saban masa. Sebagai contohnya, setiap kali
bertemu dengan seseorang yang anda benci anda akan berkata :” Sakit hati saya apabila
memandang mukanya!.“ Ia benar- benar membuat anda merasa sakit hati, benci , geram dan
                                                 4
marah. Inilah yang dipanggil sebagai Pemprograman Negatif yang Berkesan.

Proses ini sebenarnya berlaku dalam tempoh yang panjang kesan daripada pengulangan yang
dilakukan tanpa disedari. Apa yang anda sedar ialah apabila bertemu dengan orang itu anda
akan secara automatik berasa geram, marah dan benci terhadapnya. Apa yang telah dan sedang
berlaku itu ialah Pemprograman Negatif yang berkesan sedang beroperasi. Bukankah baik jika
kita proses itu diterbalikkan dan memperoleh menafaat yang sebaik- baik dan sebanyak-
banyaknya ?
5

Pernahkah anda melihat atau bertemu dengan kanak- kanak yang menjadi mangsa sikap dan
sifat negatif ibubapanya di rumah? “Bila terkena hujan, ibu kata kepala saya akan
pening.”Jangan bermain di dalam gelap nanti ditangkap hantu!” Berapa banyakkah ‘sampah’
yang telah di sumbat ke dalam minda anak- anak di dalam sehari ? Sering anak-anak sebagai
‘bodoh’, ‘setan’, ‘hantu’ dan seumpamanya. Semua ini akan tertanam di dalam sel minda
mereka dan akan kekal di situ sepanjang hayat mereka.

Ada pengkaji yang mengatakan bahawa sehingga usia seseorang kanak- kanak itu empat tahun,
beliau telah mempelajari hampir 75 % daripada apa yang akan mereka gunakan di sepanjang
hayat mereka. Bayangkan apakah jenis pemprograman yang telah dimasukkan ke dalam kepada
anak- anak kita sejak usianya empat tahun dahulu ?

Pemprograman lain yang sering kita lakukan terhadap anak- anak ialah tegahan atau larangan
melakukan sesuatu perkara. Sering kita katakan kepada mereka :”Jangan buat itu, nanti....”.
Apakah yang berlaku ? Mereka akan terus melakukannya lagi dan lagi biar berapa kalipun kita
ulangi dan kita ingatkan mereka.Mengapa tidak kita hanya katakan kepada mereka:” Pergi main
di tempat lain. Di sini panas !”

Setiap kali kita menjerit dan marah serta mendenda dan memukul anak- anak kerana melakukan
sesuatu kesalahan, ia seolah- olah satu pemprograman yang semakin kuat kesannya apabila
dimarahi dan dipukul serta dijerit- jeritkan.Hanya beritahu sahaja agar jangan melakukan sesuatu
perkara dengan nada yang lembut.

Mengingatkan perkataan “Batal” apabila perlu akan memberi kesan yang mendalam keatas
pemikiran tindakan dan hasil yang akan anda dapat lihat kesannya terhadap kesihatan,
pencapaian kendiri, imej diri yang lebih baik, lebih berkeyakinan , lebih terkawal dan dapat
memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak- anak dan rakan sekeliling. Ini dapat
dilakukan dengan membersihkan mental anda. apabila ditanya:”Apa khabar ?”. Dengan yakin
jawablah : ”Bertambah baik!”. Pengulangan yang berterusan akan memberi kesan yang baik
untuk anda menjadi bertambah baik di dalam segenap bidang setiap hari.

MENANAMKAN BENIH PEMIKIRAN

Kita sering memandang rendah kepada kemampuan minda kita. Apabila berhadapan dengan
sesuatu yang baru atau sesuatu yang belum pernah kita dengar sebelum ini kita akan
beranggapan bahawa lebih banyak ruang dan peluang yang kita perlukan untuk memahami atau
                                             5
memurnikan ilmu yang baru itu ke dalam minda kita. Sebenarnya tidak. Apa sahaja yang kita
alami melalui indera kita akan direkodkan ke atas sel otak. Selepas sesuatu sesi ceramah atau
perbincangan kita berasa dengan pasti bahawa semuanya telah direkodkan seperti benih yang
telah ditanamkan di dalam tanah.

Apa yang penting ialah peneguhan. Sekali kita melakukan sesuatu perkara yang baru dan
berjaya, ia akan membuahkan kejayaan yang berikutnya. Begitulah juga halnya apabila kita
gagal melakukan sesuatu yang baru maka kegagalan itu akan membuahkan kegagalan yang
berikutnya pada masa hadapan. Oleh itu ikutilah arahan dan langkah-langkah yang telah
6

digariskan agar tidak berlaku kesilapan dan kejayaan menggunakan sesuatu teknik itu akan
lebih meyakinkan kita untuk menggunakan teknik yang sama pada masa hadapan.
KUASA MINDA

Minda kita mempunyai kuasa dan boleh diarahkan kepada apa jua kegunaan mengikut kehendak
kita. Ini adalah satu kenyataan yang telahpun dibuktikan secara saintifik. Apa yang perlu kita
lakukan ialah memahami hakikat bahawa kita semua mempunyai keupayaan untuk melakukan
apa sahaja dengan minda kita walaupun kelihatannya seolah- olah sesuatu yang mustahil.
Sesuatu yang kelihatannya mustahil pada mulanya apabila telah berjaya dilakukan maka minda
kita akan meyakini bahawa ia boleh diulangi.

Salah satu cara untuk melihat fenomena kuasa minda ialah dengan membengkokkan sudu.
Dapatkan sebatang sudu dan gosokkan sudu itu dengan menggunakan ibu dan jari telunjuk
perlahan- lahan di kawasan leher sudu itu. Bayangkan ia adalah sejalur mee yang basah.
Apabila kita turun ke tahap asas kita untuk tujuan membengkokkan sudu ini arahkan kuasa
minda kita melalui visualisasi dan imaginasi. Dalam kes kanak- kanak yang mengikuti program
ini biasanya sekitar dua puluh minit sembilan puluh lima peratus akan berjaya melakukannya.
Bakinya akan berjaya dengan latihan yang berterusan.

Proses membengkokkan sudu ini adalah satu pemprograman terhadap benda. Minda manusia
dengan bantuan kebijaksanaan manusia adalah satu- satunya kebijaksanaan yang dapat
melakukan pemprograman sedemikian rupa dalam mengubah bentuk benda. Ini dapat difahami
bahawa semuanya berpunca daripada kuasa minda kita. Kebijaksanaan Ini menghampirkan diri
kita kepada peringkat genius kerana genius ialah orang yang menggunakan dengan lebih banyak
keupayaan mindanya dengan cara yang tersendiri.

EVOLUSI MINDA

Hampir sembilan puluh peratus kanak- kanak terlupa bagaimana untuk memenafaatkan
keupayaan genius mereka apabila meningkat dewasa. Ini berlaku kerana kurangnya penekanan
dan peneguhan ke atas penggunaan daya visualisasi dan imaginasi mereka. Ini berlaku ketika
kanak- kanak menghampiri usia akil baligh apabila minda mereka lebih menumpukan kepada
fizikal dan timbulnya keinginan kepada jantina yang berlawanan. Perkembangan yang
mendadak dari segi fizikal yang menjurus ke arah itu menambahkan lagi keinginan kepada
jantina yang berlawanan. Dalam keadaan ini amat penting melakukan latihan mental untuk
menguatkan minda dan mengujudkan keseimbangan yang harmonis di antara fizikal dan mental.
                                              6
Sewaktu kita di alam rahim lagi, janin telah mengeluarkan gelombang Delta. Gelombang minda
ini terhasil daripada tenaga elektrik yang dihasilkan oleh minda. Tenaga ini tergolong kepada
beberapa pola atau ritma. Delta adalah gelombang minda yang paling lemah di antara 0.5 hingga
4 kitaran sesaat. Ini berterusan sehingga empat tahun usia seseorang kanak- kanak itu. Pada
tahap ini bayi/kanak-kanak ini mula belajar menggunakan pancainderanya. Indera yang pertama
yang digunakan oleh kanak- kanak ialah sentuhan diikuti oleh rasaan, hiduan kemudian
pendengaran dan penglihatan. Apabila usia kanak- kanak itu meningkat empat tahun mindanya
akan bergetar dalam frekuensi Theta. Ada dikatakan bahawa pada ketika ini seseorang kanak-
kanak itu telah merakamkan tujuh puluh lima peratus pengetahuan ke atas sel otaknya untuk
7

digunakan sepanjang hidupnya. Frekuensi Alfa terhasil ketika usia kanak- kanak itu di antara
tujuh hingga empat belas tahun. Frekuensi yang lain masih digunakan tetapi lebih banyak
menggunakan frekuensi yang sejajar dengan usianya. Di dalam gelombang Alfa seseorang
kanak- kanak itu mula menggunakan maklumat yang telah dirakamkan di atas sel otak dan cuba
menyesuaikannya dengan maklumat- maklumat baru yang telah diterima.

Kanak - kanak itu akan mencipta ide yang baru dan mengkagumkan, penyelesaian Kepada
masalah dan ciptaan yang berbagai. Teman sepermainan yang dibayangkannya Kelihatan seperti
benar- benar ujud.Dia menunjukkan kelebihan yang sama seperti yang dilalui oleh pengamal
Kaedah Kawalan Minda. Dengan menggunakan kaedah ini kita belajar untuk berfungsi sama
seperti ketika kita kecil dahulu dengan kembali mempelajari bagaimana untuk berfungsi dan
mengawal minda ketika di dalam frekuensi alfa.

Selepas atau ketika usia 14 tahun , kanak- kanak mula melalui zaman akil baligh. Dia mula
memberikan fokus kepada keadaan sekelilingnya dan dengan itu lebih banyak menggunakan
frekuensi Beta. Dia menjadi lebih logik, dan banyak menggunakan taakulan dan analatikal.
Dia telah membenamkan pengalamannya berfungsi di dalam frekuensi Alfa, Delta dan Thetanya
ke dalam dimensi luarsedar.         Akhirnya beliau melupakan kekuatan dan kepakaran
menggunakan kebolehannya yang asli.

Kanak- kanak perlu diajar agar mengekalkan keupayaan mentalnya melalui visualisasi dan
imaginasi pada frekuensi Alfa. Ilham adalah hasil daripada tindakan berfungsi pada frekuensi
Alfa. Ia amat diperlukan di dalam segenap lapisan kehidupan. Jika kebolehan ini
diperkemaskan /dimurnikan ini akan dapat membantunya menjadi seorang penyelesai masalah
yang berjaya.

Apabila minda berfungsi pada frekuensi Beta ia akan menyelinap masuk ke frekuensi Alfa 30
kali seminit untuk ukuran masa dalam mikrosaat. Ketika inilah ilham akan muncul. Orang yang
mempunyai tahap ilham yang tinggi mencapai ketepatan 4 daripada 5 ataupun 80 %. Dia akan
menjadi lebih sihat kerana ilham muncul dalam frekuensi Alfa dan ketika itulah badan akan
mengubati dirinya sendiri secara automatik. Dia akan kurang terlibat dengan kemalangan kerana
berada di satu tempat pada satu ketika yang tepat, Ini juga bererti bahawa dia akan bernasib
lebih baik daripada yang lain.

Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi akan menyelesaikan lebih banyak Masalah
kerana dia mendapat jawaban ketika keadaan kelihatannya seolah- olah mustahil. Untuk
                                           7
mendapatkan sebarang jawaban. Jawaban datang melalui tekaan atau pun mengikuti rasahati
yang kesemuanya digolongkan sebagai ilham.


LIMA LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN TEKNIK KAWALAN MINDA BERKESAN

Kenalpasti masalah yang dihadapi
Masalah hanya menjadi masalah apabila dapat disenaraikan atau dituliskan di atas kertas. Selagi
ia masih di dalam kepala atau di dalam pemikiran ia bukanlah masalah. Senaraikan perkara yang
8

dianggap sebagai masalah dan kemudian pastikan sama aada ia sebenarnya masalah atau hanya
beberapa kesulitan sahaja.

Tetapkan matlamat yang ingin dicapai
Apabila masalah telah dikenalpasti , tentukan sama ada ia hendak diselesaikan ataupun tidak.
Adakah anda sendiri yang perlu menyelesaikannya ataupun anda memerlukan pertolongan
daripada orang lain. Jika ya, siapakah orang tersebut ?

Tentukan kaedah yang akan digunakan untuk mengatasi      masalah    tersebut
Bagi setiap masalah ada beberapa cara atau teknik yang dapat digunakan . Senaraikan teknik-
teknik tersebut dan berikan keutamaan .

Lakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan matlamat anda itu tercapai
Bertindaklah menggunakan teknik yang telah disenaraikan mengikut keutamaannya dan lihat
hasilnya.

Sentiasa mengakui seolah- olah matlamat anda itu    sudahpun     tercapai
Apabila kita dapat melihat matlamat yang ingin dicapai sebahagian daripada masalah itu
telahpun diselesaikan . Berlagaklah seperti masalah itu telahpun diatasi dan ini akan
mencerahkan lagi peluang untuk mempercepatkan lagi proses penyelesaian kepada masalah itu.

TEKNIK KAWALAN TIDUR

Bagi mereka yang mengalami masalah susah melelapkan mata (Insomnia),           berikut adalah
teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut:

1. Rehatkan diri dengan Kaedah 3-1

2. Bayangkan papan hitam
Bayangkan sebelah tangan anda memegang kapur dan sebelah lagi memegang pemadam

3. Bayangkan anda melukiskan satu bulatan besar di atas papan hitam ituBayangkan anda
melukiskan huruf X yang besar didalam    bulatan itu

4. Bayangkan anda memadam huruf X itu dengan perlahan-lahan dan      berhati- hati tanpa
memadamkan bulatan itu Apabila anda telah memadam huruf X itu tuliskan        disebelah
                                           8
kanan bulatan itu RELAX

5. Tuliskan angka 100 dan kemudian padamkannya perlahan- lahan dan kemudian perhatikan
perkataan RELAX dan cuba rasakan anda semakin relax setiap kali anda memadam angka dan
melihat perkataan RELAX

6. Ulangi dengan angka 99 dan seterusnya 98 ........ sehinggalah   anda   tertidur

7. Jangan lupa ingatkan diri anda : sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau keadaan
memerlukan anda akan membuka mata dan bangun dengan rasa sihat dan segar.
9




TEKNIK BANGUN TIDUR

1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 – 1

2. Bayangkan jam loceng. Bayangkan anda menetapkan jam anda ingin tersedar daripada tidur.

3. Katakan kepada diri anda :” Inilah waktunya saya mahu tersedar, inilah waktunya saya
akan tersedar”

4. Teruskanlah tidur dan InsyAllah anda akan tersedar pada waktu yang anda ingini itu.

TEKNIK MENGELAKKAN DARIPADA MENGANTUK

Jika anda merasa mengantuk tetapi anda ingin terus berjaga kerana sesuatu perkara, anda boleh
gunakan teknik ini:

1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 - 1

2. Katakan kepada diri anda :” Saya merasa mengantuk, saya tidak mahu merasa mengantuk,
saya mahu terus berjaga, merasa sihat dan segar”

3. Katakan kepada diri anda :” Saya akan membilang daripada 1 - 5. Pada kiraan 5 saya akan
membuka mata, tidak mengantuk, merasa sihat dan segar. Saya tidak akan merasa mengantuk,
saya akan terus berjaga.”

4. Kira perlahan -lahan 1, 2, 3 ingatkan diri anda :” pada kiraan 5 saya akan membuka mata ,
terus berjaga dan merasa sihat dan segar.”

5. Kira 4 dan 5 dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka ingatkan diri anda”:” Saya terus
berjaga, berasa sihat dan segar lebih daripada biasa:”

KAWALAN SAKIT KEPALA
                                               9
Doktor mendapati bahawa 90% daripada sakit kepala adalah disebabkan oleh ketekanan/ stress.
Selebihnya adalah disebabkan oleh punca- punca lain di dalam badan manusia. Sekiranya anda
mengalami masalah sakit kepala kerana berpunca daripada stress maka kaedah yang akan
dibincangkan nanti boleh digunakan untuk menghilangkannya. Tetapi sekiranya sakit kepala
anda timbul pada masa yang tertentu maka sakit kepala itu mungkin disebabkan oleh masalah
organ di dalam badan dan anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan.

Anda digalakkan menggunakan kaedah ini pada peringkat awal sakit kepala itu mula menyerang
atau mendatang. Jika anda mengalami masalah untuk ke tahap Alfa di tengah tengah kesibukan
tugas dan kedaan maka anda boleh pergi ke tandas untuk menggunakan teknik ini atau ke tempat
10

lain seperti surau dan bilik rehat yang membolehkan anda menggunakan kaedah ini tanpa
sebarang gangguan.

 Anda perlu melalui lima tahap seperti yang telah dibincangkan di dalam teknik- teknik
sebelumnya iaitu pertama menyatakan masalah, kedua menyatakan matlamat, ketiga
menyediakan rancangan untuk mencapai matkamat yang telah anda tetapkan , keempat
melaksanakan rancangan anda itu dan akhir sekali menganggap bahawa matlamat anda itu
sudahpun tercapai atau terlaksana.

Ingatlah bahawa semua ini hanya berlaku dan berkesan ketika anda berada pada tahap Alfa dan
anda boleh juga menggunakan taknik ini untuk penyakit yang lebih serius seperti gila babi,
sawan atau ketika anda berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan.

KAEDAH KAWALAN SAKIT KEPALA

SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA STRESS

Turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1. Apabila berada pada Tahap 1 katakan kepada diri
anda : “ Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit kepala; saya tidak mahu sakit kepala.;
saya tidak mahu merasa sakit kepala”. “Saya akan mengira 1 - 5 dan pada kiraan 5, saya akan
membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Saya tidak
akan sakit kepala. Saya tidak akan merasa sakit kepala lagi. ”Kemudian kira perlahan- lahan
dari 1, 2 dan 3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda “pada kiraan 5 saya akan membuka mata,
sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna; tidak ada lagi rasa tidak
selesa di dalam kepala. saya; saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya.”


Perhatikan bahawa kita telah membuat perubahan pada tahap 3 daripada sakit kepada tidak
selesa. Kita tinggalkan sakit itu di belakang. Sambung kembali kiraan perlahan-lahan kepada 4,
kemudian 5, dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka katakan kepada diri anda. “ Saya telah
sedar, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Tidak ada lagi rasa tidak selesa di
dalam kepala saya. Saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya “.

SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA MIGRAIN

Untuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain, gunakan kaedah seperti di atas tetapi
                                              10
lakukan tiga kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang pertama anda akan
dapat rasakan kesakitan itu menurun sedikit dan kali yang berikutnya akan mengurangkan
kesakitan sedikit demi sedikit. Pada kali yang ketiga sepatutnya sakit kepala anda akan hilang
semuanya.

Apabila kesakitan anda datang lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan semua
kesakitan di dalam kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda kepada dadah yang
tertentu dan sakit anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan anda melupakan punca
kepada kesakitan di dalam kepala anda. Walaubagaimanapun jangan merasa segan untuk
mengulanginya beberapa kali sehingga anda mendapatkan kesan yang anda harapkan. Tidak
11

rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan bayaran daripada menghabiskan wang membeli
ubat.
Untuk sakit kepala yang berpunca daripada keadaan di dalam anggota badan yang lain sila
berjumpa dengan doktor yang pakar.

KAWALAN MIMPI
Tahap Alfa adalah tahap kita bermimpi sama ada bermimpi pada malam ataupun pada siang hari.
Adalah sesuatu yang amat menguntungkan sekiranya kita dapat mempelajari dengan lebih lanjut
tentang tahap Alfa dan mempunyai kawalan yang lebih di dalam dimensi tersebut. Ahli sains
mendapati bahawa semua orang bermimpi walaupun tidak semua orang mengingati mimpi-
mimpi mereka. Ada beberapa sebab mengapa mimpi tidak dapat diingati. Mungkin mimpi yang
buruk amat menakutkan untuk diingati kembali atau mungkin ada seseorang memanggil-
manggil di dalam mimpi dan panggilan tersebut tidak mahu didengari dan diingati maka hasilnya
mimpi tidak dapat diingati.

Kaedah yang akan diterangkan nanti akan membolehkan anda mengingati mimpi- mimpi anda
dan ingatlah bahawa lebih baik bermula dengan perlahan- lahan dengan mengingati satu mimpi
setiap malam sebelum mengingati beberapa mimpi yang dialami pada satu malam.Setiap
daripada kita mempunyai pengalaman yang unik dan mempunyai satu pola simbolik yang unik
untuk menggambarkan peristiwa - peristiwa di dalam kehidupan kita. Ini dapat dilihat sekiranya
anda mempunyai diari mimpi yang mencatatkan peristiwa yang berlaku di dalam mimpi anda.

Sekiranya anda tersedar dengan satu mimpi, tuliskan secara ringkas tentangnya. Pada sebelah
paginya cuba untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dengan masuk ke dalam tahap Alfa
anda. Pastikan anda mencatatkannya sebaik sahaja anda mengingatinya, jika tidak ia akan hilang
begitu sahaja.Selepas menuliskan kembali mimpi- mimpi anda masuk kembali ke dalam tahap
Alfa dan tanyakan kepada diri anda :” Apakah kaitan mimpi ini dengan apa yang berlakau di
dalam hidup saya ?” Ini akan dapat membantu anda memahami simbolik- simbolik di dalam
impi dari masa ke masa dan menterjemahkannya dengan cepat dan tepat.

Mendapatkan tdur dan pusingan mimpi yang yang sepatutnya amat baik kerama ia memberikan
kita maklumat yang banyak dan peluang untuk menilai sesuatu perkara daripada dimensi yang
lain selain daripada dimensi fizikal kita.Diantara faedah yang diperolehi daripada penggunaan
teknik ini ialah kita akan hanya bermimpi dengan mimpi- mimpi yang kita ingini sahaja
disamping mengimbas kembali mimpi-mimpi kita dan mendapatkan jawaban bagi
menyelesaikan masalah yang kita adapi.Sekiranya anda mengalami mimpi- mimpi ngeri anda
                                               11
boleh memadamkannya dengan memberikan arahan seperti berikut sewaktu anda berada di
Tahap alfa.: “ Saya mengalami mimpi ngeri ini, saya tidak sukakannya, saya tidak mahu ia
berulang lagi..” dan yang seumpamanya .

Kajian menunjukkan setiap daripada kita mengalami sekurang- kurangnya 4 pusingan tidur dan
mimpi di dalam semalaman. Setiap pusingan mengambil masa sekitar 90 minit. Mimpi pada
peringkat awal tidur lebih mendalam dan singkat. Mimpi peringkat berikutnya lebih ringan dan
mempunyai kitaran yang lama. Sekiranya anda terbangun terlalu awal maka tidak ada mimpi.
Tetapi sekiranya anda terbangun di tengah- tengah mimpi anda akan merasa keliru. Sekiranya
anda terbangun akhir mimpi maka anda akan mengingati dan memahaminya
12



KAEDAH KAWALAN MIMPI
1. Sebelum tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 . Apabila berada pada tahap
tersebut ingatkan diri anda. “ saya ingin mengingati mimpi saya, saya akan    mengingati
mimpi saya”. Kemudian terus tidur.Anda mungkin akan terbangun pada sebelah malam atau
paginya dengan koleksi mimpi anda pada malam itu. Sediakan kertas dan pen untuk
menuliskannya. Setelah anda berpuas hati dengan pencapaian anda dengan kaedah ini barulah
anda teruskan dengan kaedah berikutnya.

2. Sebelum masuk tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1. Ketika pada Tahap alfa
ingatkan diri anda:” saya ingin mengingati mimpi- mimpi saya, saya akan mengingati mimpi-
mimpi saya”. Teruskan tidur.Anda akan terbangun beberapa kali pada sebelah malam dan pada
sebelah pagi dengan koleksi mimpi anda. Tuliskan semua mimpi- mimpi itu dan beralih kepada
kaedah berikutnya setalah anda berpuas hati.

3. Bagaimana mengunakan mimpi untuk diingati, difahami dan membantu di dalam
penyelesaian masalah. Masuk ke Tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1 dan sewaktu pada tahap Alfa
ingatkan diri anda : “Saya inginkan mimpi yang mengandungi maklumat untuk menyelesaikan
masalah yang ada di dalam minda saya.” Nyatakan masalah anda dan tambahkan lagi :” Saya
akan mendapat mimpi itu, mengingatinya dan memahaminya.” Teruskan tidur.

Anda akan terbangun pada tengah malam atau pada paginya dengan koleksi mimpi yang akan
anda ingati dan fahami dan dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

MELENYAPKAN RAKSAKSA / HANTU
Kanak- kanak begitu kreatif dan imaginatif. Sering kita dengar bagaimana kanak- kanak
bermain dengan ‘kawan- kawannya’ yang tidak dapat kita lihat. Peranan media cetak dan
elektronik menambahkan lagi kesukaran kita memahami kanak- kanak dengan daya imaginasi
mereka yang kadang- kadang keterlaluan.

Bagi setengah kanak- kanak raksaksa/ hantu ada di mana sahaja; di sebalik tabir, belakang pintu,
di bawah katil dan yang hairannya mereka dapat menerangkan dengan terperinci tentang hantu
atau raksaksa itu. Apabila kanak- kanak melaporkan mereka bertemu dengan hantu ibubapa
akan memasang lampu atau pergi ke tempat yang dikatakan berhantu itu dan menerangkan
kepada kanak- kanak itu bahawa tidak ada hantu di situ kepada ibubapa dengan tindakan mereka
akan melegakan kanak- kanak itu, tetapi sebenarnya tidak. Mereka tetap dapat melihatnya di
                                             12
dalam minda mereka.

Walaupun ibubapa begitu berhati- hati untuk tidak mengujudkan suasana yang menakutkan
terhadap anak- anak mereka tetapi ia masih terus berlaku. Antara puncanya ialah pembantu
rumah dan penjaga kanka- kanak tersebut yang sering menakut- nakutkan mereka apabila kanak-
kanak itu enggan menurut perintah mereka. Mereka akan menggaru-garu dinding dan lantai
sehingga mengeluarkan bunyi yang menakutkan kanak- kanak tersebut atau menceritakan cerita
yang menakutkan agar kanak- kanak itu mendengar perintah dan duduk diam. Jika kanak- kanak
itu dapat diyakinkan bahawa tidak ada hantu maka program berikutnya akan gagal kerana
mereka telah meyakinkan minda mereka bahawa tidak ada hantu.
13



Untuk memusnahkan hantu atau raksaksa ini kanak- kanak atau kita sendiri perlu turun ke tahap
asas dan lakukan pemprograman pada tahap itu dengan menyatakan bahawa jika kita bertemu
atau melihat hantu kita akan menunjuknya dengan jari telunjuk kita dan hantu atau raksaksa itu
akan menjadi semakin kecil sehingga boleh dipegang dan dibuat mainan. Ia juga boleh
diletakkan di atas tapak tangan dan apabila ditepuk ia akan hilang

KONSEP LAYAR MENTAL

Untuk menentukan letak Layar Mental anda perlu turun ke tahap asas dengan Kaedah 3 - 1.
Apabila berada di sana jeling sedikit mata anda ke atas kadar 20 darjah. Bayangkan sebuah layar
seperti layar di panggung wayang. Letakkannya di luar dan jauh daripada badan anda. Imej
yang anda gambarkan di dalam visualisasi hendaklah dipancarkan ke layar mental tersebut sama
seperti halnya gambar dipancarkan daripada projektor ke layar perak. Jangan jadikan kelopak
mata anda sebagai layar sebaliknya bayangkan seolah-olah gambar terpancar daripada dahi anda
ke luar dan jauh daripada badan anda.

Kes- kes yang biasa diselesaikan dengan teknik ini ialah masalah Matematik dan mengingatkan
kembali apa yang telah dibaca. Apa yang perlu dilakukan ialah menggambarkan formula atau
sifir sehingga seakan- akan ternampak sifir atau formula itu seperti menonton filem. Begitu juga
halnya untuk dengan pembacaan. jadikan apa yang telah anda baca sebagai sebuah cerita filem
dan tayangkannya di layar mental anda ketika anda memerlukannya.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik jadikan imej yang dibayangkan itu bergerak dan
berwarna - warni dan mempunyai bentuk yang pelik dan melucukan . Ini akan banyak
membantu anda menguatkan keupayaan dan kebolehan menyelesaikan masalah, visualisasi dan
imaginasi dan lebih baik, ingatan yang lebih banyak dan jelas, kreativiti yang bertambah dan
perkembangan hemisfera otak kanan yang menjadikan anda semakin genius dari hari kehari.

KAWALAN MEMORI
Untuk memperbaiki memori diketengahkan Sistem yang dipopularkan oleh Bruno Furst yang
amat menekankan tentang pembentukan imajan di atas Layar Mental. Sistem ini menggunakan
angka Arab dan      konsonan.      Bunyi vowel
( a,e,i,o,u) tidak mempunyai nilai dan konsonan/ abjad yang mempunyai bunyi yang seakan-
akan sama akan mempunyai nilai yang sama. Contohnya B dan P.
0       Susu
                                              13
1    Teh

2    Nenek

3    Mee

4    R el
                     0 1 2 3 4       5 6 7 8 9
5    L               SeTaN MoRe      LoJiK FiB
14

6    J

7   K

8   F

9   B


Untuk mengingati senarai yang panjang bayangkan perkara yang pelik dan ganjil dengan
menggunakan gambar di dalam minda anda dan kaitkannya dengan peg di atas. Jika perkara
pertama yang ingin anda ingati ialah susu maka bayangkan TEH SUSU yang membuak- buak
seperti gunung berapai yang meletus apabila ditarik. Jika perkara kedua yang anda ingati ialah
basikal, bayangkan binatang yang di dalam bahtera Nabi Nuh semuanya menunggang basikal
seperti di dalam pertunjukan sarkas dan seumpamanya.


MENGAWAL KEMARAHAN

Kemarahan adalah sifat semulajadi manusia yang ada baiknya jika digunakan pada tempat dan
keadaan yang sesuai, kita orang dewasa akan berhadapan dengan banyak masalahsekiranya
menunjukkan kemarahan kepada keadaan, orang dan tempat yang salah.
Tidak seperti kanak- kanak, mereka boleh bermain dengan orang yang mereka marahi atau yang
menimbulkan kemarahan mereka dalam masa yang singkat seolah- olah perkara itu tidak pernah
berlaku antara mereka.

Apabila marah ujud walau apapun puncanya, jantung akan berdegup dengan lebih pantas,
tekanan darah akan semakin tinggi dan kimia di dalam badanpun berubah. Ini boleh membawa
kesan kepada badan contohnya sakit kepala. Ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan di
dalam cecair gastrik di dalam perut dan boleh menyebabkan berlakunya barah di dalam perut.
Semakin tinggi kefahaman kita tentang punca stres semakin baik taraf kesihatan kita.

Apabila kita berada di dalam keadaan marah pergi ke tahap anda dengan Teknik 3 - 1 dan
apabila berada di sana bayangkan punca kemarahan anda sama ada ia orang, keadaan atau benda
dan bayangkan bahawa anda dapat menanganinya dengan baik. Bayangkan anda kelihatan
gembira kerana berjaya menanganinya dan kemudian keluar dengan Teknik 1 - 5.
                                             14


TEKNIK TIGA JARI

Teknik ini dapat digunakan dengan mempertemukan hujung tiga jari pertama kedua- dua belah
tangan ( jari- jari ibu, telunjuk dan hantu ). Teknik ini berkesan untuk pergi ke tahap minda
yang lebih dalam untuk pemprograman semula tanpa menggunakan Teknik 3 - 1. Ia akan
memudahkan untuk mengingat semula maklumat dan menajamkan memori.
15

Untuk menggunakan teknik ini anda perlu ke tahap anda dengan menggunakan Kaedah 3 - 1.
Apabila selesai ingatkan diri anda bahawa anda akan mengira satu hingga tiga dan pada kiraan
tiga anda akan membuka mata dan membaca buku. tambahkan:” Kebisingan tidak akan
mengganggu saya . Saya akan mempunyai kefahaman dan kensentrasi yang tinggi. ” Kemudian
kira satu, dua dan tiga dan buka mata sertakan mulakan pembacaan.

Setelah selesai membaca, turun ke tahap anda dengan Kaedah 3 - 1. apabila berada di sana
katakan kepada diri anda :” Pelajaran yang baru sahaja saya baca sebentar tadi ( nyatakan
nyatakan tajuk dan perkara ) akan mudah saya ingat kembali bila- bila masa pada masa hadapan
dengan Teknik Tiga Jari saya.”

Sekiranya anda mendengar ceramah atau syarahan , pergi ke tahap anda dengan Kaedah 3 - 1.
Apabila berada di sana ingatkan diri anda bahawa anda akan mendengar syarahan, ceramah
ataupun kuliah. Nyatakan Tajuk perkara dan nama pensyarah.

Katakan kepada diri anda :”Saya akan menggunakan Teknik Tiga Jari dan dengan mata terbuka
sepanjang syarahan ini. Kebisingan tidak akan mengganggu saya. Saya akan mempunyai
konsetrasi dan kefahaman yang tinggi. Saya akan mengingati syarahan ini ( sebutkan tajuk,
perkara dan nama pensyarah) pada bila- bila masa pada masa hadapan dengan menggunakan
Teknik Tiga Jari.”

Dengan menggunakan teknik ini anda akan mudah mengingati semula sebarang perkara.
Dengan teknik ini maklumat dilabelkan, diindekskan dan difailkan ke atas sel otak dengan
teratur dan tersusun. Teknik ini akan memudahkan minda mencapai tahap berfungsi yang lebih
dalam, fizikal dan
minda anda akan berasa lebih rehat. Apabila minda berada dalam keadaan rehat pemikiran
akan bergerak dengan lebih bebas dan lancar.

Tentu anda pernah berhadapan dengan soalan yang anda tahu jawabannya tetapi terlupa
walaupun anda mencuba dengan sepenuh upaya untuk mengingatinya. Tetapi apabila anda
pulang ke rumah sambil berehat dan menonton tv, ketika itulah jawaban itu muncul dengan tiba-
tiba. Mengapa ? Kerana minda anda berada dalam keadaan yang tenang adi pemikiran anda
lebih lancar dan anda dapat mengingat dengan lebih mudah.

TEKNIK TIGA JARI DAN PEPERIKSAAN
                                             15
Sebelum memulakan jawaban cubalah untuk merehatkan diri anda dengan menarik nafas dengan
mendalam beberapa kali. Ini akan membantu anda mengawal keadaan dan pemikiran anda.
Anda juga boleh mengingatkan sesuatu perkara yang melucukan untuk merehatkan pemikiran
anda. Berikut adalah tiga langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan anda menjawab
dengan baik dan berkesan.

Langkah Pertama
16

Baca soalan seperti biasa dan jangan terlalu lama bagi setiap soalan. Sekiranya anda mempunyai
jawaban, tuliskan dengan ringkas. Sekiranya tidak ada jawaban yang anda ingati, teruskan
dengan soalan berikutnya

Langkah Kedua

Gunakan langkah yang pertama tetapi pada kali ini dengan menggunakan Teknik Tiga Jari dan
tunggu lama sedikit bagi soalan yang tidak diketahui jawabannya. Sekiranya jawaban tiba-tiba
muncul, tuliskannya. Sekiranya masih tidak ada jawaban pergi ke soalan berikutnya

Langkah Ketiga

Gunakan Teknik Tiga Jari dan baca soalan yang masih belum berjawab, pejamkan mata dan
jeling ke atas sedikit dan bayangkan pensyarah anda di atas Layar Mental. Tanyakan jawaban
daripada beliau dan kemudian tenangkan fikiran dan kembali berfikir untuk mendapatkan
jawaban. Jawaban yang akan muncul adalah jawaban daripada pensyarah itu secara mentalnya.
Jika ini berlaku tuliskannya dan jangan sekali- kali menghantarkan kertas kosong.

Sentiasa ingat tentang konsep Pembersihan Mental. Mengatakan :” Saya lupa” tidak akan
membantu untuk mengingati semula maklumat. Ingatkan kembali tentang keadaan apabila
anda ditanyakan soalan dan anda menjawab, : ‘Saya terlupa!,” adakah dapat anda mengingati
semula jawabannya.? Sudah tentu tidak !. Sebaliknya ingatkan kembali keadaan apabila anda
ditanya dan anda menjawab:” Baru sebentar tadi saya ingat ! Tidak mengapa , sekejap lagi saya
akan mengingatinya kembali .” Tidak lama kemudian anda akan mengingatinya kembali .
Mengapa ? Ini adalah kerana minda anda terus mencari maklumat tersebut. Apabila anda
mengatakan “Saya terlupa”, minda anda tidak akan berbuat apa- apa untuk mengingatinya
kembali.

Konsep Layar Mental juga boleh digunakan di dalam menjawab peperiksaan. Jadikan gambaran
mental apa sahaja yang anda baca sama seperti klip video atau wayang gambar dan mainkannya
semula untuk mengingati kembali apa yang telah anda baca untuk menjawab soalan.

Kegunaan lain Teknik Tiga Jari ialah untuk mengawal emosi yang negatif. Apabila berhadapan
dengan emosi yang negatif apa yang perlu anda lakukan ialah temukan tiga jari anda di kedua-
dua belah tangan dan menarik tiga kali nafas dalam- dalam dan anda akan dapat mengawal atau
mengubahnya menjadi yang lebih positif.
                                             16
Dalam Teknik Tiga Jari kita menggunakan jari -jari ibu, telunjuk dan tengah/hantu kerana di
hujungnya apabila ditemukan akan menutup kitaran tenga daripada terlepas keluar dan kekal di
dalam badan untuk apa jua pemprograman diri yang lebih baik. sebab yang lain ialah tiga itu
mengingatkan kita kepada keinginan, keyakinan dan harapan yang merupakan kunci terpenting
untuk memastikan proses pemprograman semula dapat berjalan dengan berjaya dan berkesan.
Ibu jari mewakili keinginan, telunjuk mewakili keyakinan dan jari tengah/hantu mewakili
harapan.
17

Teknik ini telah terbukti berkesan untuk tujuan mengingati semula maklumat, relax , kawalan
dan pemprograman semula. Anda akan merasai faedahnya jika mengunakannya berulang- ulang.
TEKNIK TANGAN TERAPUNG

Teknik ini berasal daripada teknik Dr . Milton Erikson, seorang pakar hipno-analis yang
menggunakan teknik ini untuk membantu pesakitnya berada pada tahap relax yang mendalam.
Dalam teknik ini pesakit diarahkan supaya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada salah satu
daripada tangannya dan merasakan tangannya itu begitu ringan dan terangkat sehingga belakang
tangannya menyentuh pipinya dan kembali ke tempat salnya di atas peha. Ketika itulah Dr.
Erikson menggunakan sepenuh masa yang singkat itu untuk mengubati pesakitnya. Kadangkala
ia mengambil masa sehinga satu setengah jam.

Dalam Kaedah kawalan Minda Silva, versi ini telah dimurnikan sehingga proses itu mengambil
masa yang singkat sahaja. Apabila tangan menyentuh muka dan kembali ke tempat asalnya kita
akan merasa relax yang mendalam. Ini adalah satu cara lain untuk sampai ke tahap asas. Telah
dibincangkan sebelum ini Kaedah 3 - 1 , Teknik Tiga Jari dan sekarang ini Tekik Tangan
Terapung. Teknik ini mudah dan berkesan.

Untuk menggunakan teknik ini, duduk dengan selesa dan tumpukan sepenuh perhatian kepada
tangan yang paling biasa digunakan. Jangan mengalihkan pandangan daripadanya. Tangan kita
mungkin akan kelihatan ganjil atau berlainan. memang begitulah halnya kepada apa jua benda
yang diperhatikan dengan lama akan menjadi ganjil dan berlainan.

Bilang 10 hingga satu perlahan - lahan dan rasakan tangan anda menjadi begitu ringan dan
sensitif sehingga salah satu daripada jari anda digerakkan . Bayangkan jari itu bergerak dan
membawa kepada tangan anda pula terangkat daripada peha ada. Apabila menghampiri satu
rasakan tangan anda terangkat dan belakang tangan anda menyentuh pipi anda. Apabila tangan
menyentuh sahaja pipi anda maka anda akan menutup mata, menarik nafas dalam-dalam dan
sewaktu menghembuskannya tangan anda akan kembali ke tempat asalanya. Katakan kepada
diri anda bahawa anda akan berada di dalam tahap minda yang lebih dalam dan menyegarkan.


Sewaktu membilang itu anda boleh meyakinkan diri anda bahawa belon sedang mengapungkan
tangan anda ataupun tangan anda akan merasa ringan seringan bulu. Saranan ini akan
membantu tangan anda merasa ringan dan terangkat dengan cepat. Ini adalah salah satu cara
untuk mencapai tahap asas dan gunakanlah agar dapat anda rasakan perbezaannya dengan
                                          17
teknik- teknik yang lain.

TEKNIK SARUNG TANGAN KEBAS ( STK)

Teknik STK ini ialah perasaan yang dibentuk ke atas tangan yang kurang biasa digunakan untuk
mengawal kesakitan fizikal dan dalam kebanyakan kes ialah pendarahan. Perasaan yang
terbentuk ialah perasaan selain daripada perasaan yang biasa dialami seperti sejuk, panas .

Untuk mengunakan teknik ini duduk dengan tegak dan turun ke tahap Asas dengan Kaedah 3 -
1. Sebaik sahaja berada di sana bayangkan anda mencelupkan tangan anda yang biasa
18

digunakan ke dalam timba yang berisi air panas yang berada di sebelah anda. Air itu panas tetapi
tidaklah sampai ke tahap kepanasan yang tidak dapat ditanggung. Ingatkan kembali pengalaman
masa lalu ketika tangan anda terendam atau tersimbah dengan air panas sehingga dapat anda
rasakan pengalaman itu seperti sedang berlaku. Rasakan bagaimana panasnya di celah- celah jari
anda. Angkat tangan anda dan rehatkannya di atas peha anda.

Bayangkan pula anda mencelupkan tangan anda yang kurang biasa digunakan ke dalam bekas
berisi pecahan air batu. Bayangkan pengalaman lalu ketika tangan anda terendam atau
memegang air batu sehingga dapat anda rasakan sejuknya air batu itu sekarang ini. Cuba rasakan
bagaimana sejuknya air batu itu di celah - celah jari anda. Angkat tangan anda daripada bekas
berisi airbatu itu sehingga berada di belakang kepala anda tetapi tidak menyentuhnya. Keringkan
ia dalam kedudukan ini selama yang anda mahu. Kemudian rehatkan tangan anda di atas riba
anda dan cuba uji dengan cara mencubit atau menepuknya. Untuk menghilangkan rasa selain
daripada yang biasa anda boleh menghilangkannya dengan menggosokkannya daripada
pergelangan hingga ke jari -jemari tiga kali dan tangan anda akan kembali normal. Untuk keluar
gunakan Kaedah 1- 5.

Apabila anda telah pernah mengalami teknik ini anda boleh memindahkannya ke tangan yang
lain. Anda juga boleh memindahkannya ke mana- mana bahagian badan yang anda ingini.
Untuk menggunakannya anda hanya perlu meletakkan salah satu tangan anda ke bahagian badan
yang sakit dan katakan :”HILANG!”, ketidakselesaan itu akan hilang.

Sehubungan dengan ini juga ada satu lagi latihan yang ringkas untuk menguji
sejauhmanakah kuasa kita dipancarkan melalui telapak tangan. Caranya ialah gosokkkan kedua-
dua belah tapak tangan dengan kuat dan pantas sehingga anda merasa kepanasan. Selepas itu
berdiri saling berhadapan dengan pasanagan anda yang telah melakukan latihan yang sama
dalam jarak tiga kaki. Pejamkan mata dan cuba bergerak perlahan-lahan dengan mengangkat
kedua belah tapak tangan ke hadapan agar saling berhadapan dengan kedua belah tapak tangan
pasangan anda. Apabila anda dapat rasakan kuasa tapak tangan pasangan anda berhenti, buka
mata dan perhatikan jarak di antara anda berdua. Latihan ini cuba membuktikan bahawa dengan
boleh diarahkan kepada orang lain dengan keinginan untuk mengubati atau menyembuhkan
orang lain.

Untuk menggunakan kedua - dua teknik STK dan menggosokkan tangan anda tidak perlu turun
ke tahap asas. Memadai meletakkan tangan anda ke tempat yang sakit atau tidak selesa dan
perhatikan kesannya. Latihan yang lalu telah meneguhkan perasaan sama seperti ketika berada
                                             18
di tahap asas.

Menggunakan teknik- teknik ini membuktikan kepada kita bahawa kita boleh mengawal ketidak
selesaan yang ujud di dalam badan kita dan boleh memberhentikan pendarahan. Jika terluka
letakkan tangan anda di tempat yang luka dan tumpukan konsentrasi untuk menghentikan
pendarahan. Jika ia begitu serius lakukan tindakan yang sama sementara anda dikejarkan ke
hospital.   Cubaan yang berjaya walaupun sekali akan meneguhkan keyakinan untuk
menggunakannya lagi pada masa hadapan.
19

Ini juga boleh dilakukan keatas ketidakselesaan di dalam badan yang lain seumpama sakit gigi.
Teknik Kawalan Sakit Kepala juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan di dalam
badan. Walaubagaimanapun ada kemungkinannya ketidak selesaan itu akan berulang dan teknik
ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas doktor. Ia membantu mengurangkan
kesakitan disamping menambahkan lagi keberkesanan kerja para doktor. Dapatkan nasihat dan
rawatan yang yang sebaik mungkin daripada pakar untuk memastikan ketidakselesaan itu tidak
berulang ataupun jika ia bertambah serius.

TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK
Masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti merupakan satu fenomena biasa kebelakangan
ini. Ia bukan lagi merupakan masalah kesihatan semata- mata tetapi telah menjangkau lebih jauh
kerana menimbulkan pelbagai masalah sosial dan komunikasi. Orang yang gemuk sering
menjadi bahan ketawa orang lain dan sering merasa tersisihan dan disisihkan oleh rakan- rakan.

Obesiti atau kegemukan mungkin berpunca daripada tabiat makan yang keterlaluan. tabiat pula
merupakan satu perasaan yang begitu lama dan mendalam tertanam di dalam minda. Ketika
bayi menangis, perasaan yang pertama terlintas di dalam hati kita ialah dia merasa lapar dan
kita berikannya susu. Ini berlaku berulang kali dan bayi itu berhenti menangis apabila disuapkan
susu. Apabila bayi itu menangis yang kita tahu ialah berikannya susu dan dia akan diam.

Apa yang berlaku ketika kanak- kanak dahulu kita terluka dan dilukakan fizikal dan perasaan
kita ? Bagaimana ibubapa kita menenangkan kita ? Adakah dengan memberikan kita makanan
yang kita gemari ? Apakah yang diberikan oleh ibubapa kita apabila kita melakukan sesuatu
yang membanggakan atau menggembirakan mereka ? Adakah kita akan diberikan makanan
yang kita gemari juga ? Mungkin inilah punca masalah obesiti yang kita alami sekarang ini.
Sesuatu yang dilakukan berulang- ulang sehingga makanan menjadi punca atau jalan
penyelesaian kepada masalah dan stres yang kita hadapi.

Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke tahap asas dengan Kaedah 3 - 1. ada tahap
asas cuba bayangkan makanan yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita itu. Bayangkan
kita menanda pangkah berwarna merah ke atas setiap item yang menjadi punca kepada masalah
obesiti kita. Programkan diri kita bahawa sebiji buah- buahan boleh menghilangkan keinginan
kita kepada makanan yang bukan pada masanya. Bayangkan anda menolak atau meninggalkan
makanan yang boleh membawa kepada kegemukan di dalam pinggan .

Boleh juga menggunakan Teknik Cermin Minda dengan meletakkan tanda berat badan ng
                                               19
diinginI di penjuru cermin berbingkai putih itu dan saiz pakaian yang ingin dipakai di penjuru
yang lain. Programkan diri dengan ukuran dan berat badan yang dingini di dalam tahap asas
setiap malam sebelum tidur.

Pada setiap kali hendak makan bayangkan keinginan anda di sebelah kiri Layar Mental. Teknik
yang sebaliknya boleh digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan berat
badan dan inign menambah selera makan dan berat badan.

Disamping itu jangan lupa untuk melihat rekod kesihatan keluarga anda. Mungkin ia adalah
masalah keturunan. Jangan paksa diri anda untuk menurunkan berat badan dengan banyak dalam
20

masa yang singkat. Lakukan perlahan - lahan dan selalulah berhubung dengan pakar kesihatan
jika perlu.
ESP

Jose Silva mendapati melalui kajiannya bahawa manusia boleh mendapatkan maklumat dengan
memanipulasi keupayaan naluri subjektif mereka. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan
deria -deria manusia secara fizikal tetapi tidak mempunyai had dari segi masa dan tempat.
Dengan menggunakan keupayaan ini ketika berada pada tahap alfa akan dapat membantu
manusia untuk menyelesaikan masalah mereka. Ahli Psikik mendapatkan malumat dengan
menggunakan cara ini sama seperti yang digunakan di dalam Kaedah Silva.

Apa yang membezakan diantara psikik yang biasa dengan psikik yang terlatih ialah psikik biasa
boleh berfungsi dengan baik ketika di dalam dimensi Alfa. Psikik yang terlatih pula boleh
menggunakan keupayaannya pada bila- bila masa yang diperlukannya. Apa yang penting ialah
bukan mendapatkan maklumat tetapi mendapatkan maklumat yang kita ingini. Disinilah
timbulnya istilah Keefisienan berbanding dengan istilah tambahan yang biasa digunakan.

DUNIA KEBENDAAN

Di dalam sesi latihan biasa apa yang cuba diujudkan ialah rujukan secara subjektif tentang
benda pada tahap kesedaran yang berbeza. Barangan logam digunakan dalam latihan adalah
daripada jenis yang biasa seperti besi, tembaga. Ia samalah seperti halnya seorang bayi yang
baru cuba mengenali persekitarannya. Pengalaman- pengalaman baru bayi itu akan dapat
membantunya untuk menjalani kehidupannya dengan lebih baik pada masa hadapan.

Rujukan secara subjektif akan memeprkembagkan lagi penggunakan otak kanan kita dan
menjadikan kita lebih genius kerana menggunakan keupayaan minda kita dengan cara yang
unik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Di dalam kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh benda. Mereka tidak mempunyai sel
dan kebijaksanaan. Untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan benda maka terlebih dahulu
kita mesti mempunyai maklumat yang mencukupi tentang benda itu sendiri. Sebagai latihan
dapatkan beberapa benda yang diperbuat daripada logam yang berbeza. Cuba perhatikannya
daripada jarak sehasta kemudian bawakannya hampir ke mata anda. Cuba rasakan beratnya,
baunya dan kemudian sentuhkannya ke dahi anda. Lakukan terhadap empat item. Kemudian
turun ketahap asas anda dengan Kaedah 3 - 1. Ketika berada di sana cuba ingatkan semula
                                                20
setiap satu item. Pilih satu item kemudian bayangkan anda memandangnya daripada jarak
sehasta dan kemudian jarak yang lebih hampir lagi sehingga menyentuh dahi anda. Jalankan
empat ujian bagi setiap benda satu persatu iaitu ujian cahaya, isipadu dan warna. Kemudian uji
suhunya, Ketiga uji baunya dan akhir sekali uji bunyinya apabila diketuk. Lakukan empat ujian
ini terhadap keempat-empat jenis logam itu dan kemudian anda boleh keluar dengan Teknik 1 -
5.

Latihan ini penting untuk membekalkan maklumat asas kepada minda anda untuk membantu
anda menyelesaikan masalah yang melibatkan logam- logam tersebut. Ia akan membantu anda
mengesan kerosakan, menjimatkan masa dan kos untuk memperbaiki peralatan yang rosak.
21

Tetapi ini tidak sampai mengambil alih tugas orang yang pakar di dalam bidang tersebut. Ia
sekadar menyediakan akar sebagai ganti kepada rotan.
DUNIA BENDA BERNYAWA

Latihan lain untuk mengujudkan rujukan secara subjektif perlu diteruskan kepada benda yang
bernyawa iaitu tumbuh - tumbuhan. Sebagai latihan dapatkan dua helai daun daripada jenis yang
berbeza. Lakukan pemerhatian secara fizikal terlebih dahulu sebelum pergi membuat
pemerhatian secara subjektif dengan Kaedah 3 - 1 . Lakukan empat ujian sama seperti di atas
dan keluar dengan Teknik 1- 5. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang timbul
diantara kita dengan tumbuh- tumbuhan pada masa akan datang.

DUNIA HAIWAN

ilih binatang yang biasa menjadi peliharaan kita dan perhatikan setiap bahagian binatang itu
secarz fizikal. Setelah itu turun ke tahap alfa dengan Kaedah 3 - 1 dan bayangkan anda
memegang binatang itu dan memerhatikannya daripada jarak sehasta an kemudian bayangkan
anda membawanya semakin hampir. Perhatikan fizikal binatang tu satu persatu secara subjektif.
Setelah itu dengan kiraan tiga cuba bayangkan anda masuk kedalam tengkorak binatang itu dan
bayangkan anda memerhatikannya daripada segenap sudut pandangan. Dalam kiraan tiga
berikutnya masuk kedalam tisu otak pula.

Cuba gunakan maklumat yang lalu seolah- olah anda melihat keadaan yang sebenar lengkap
dengan bentuk, bau dan warnanya. Kemudian masuk kedalam rangka badan dan perhatikan
segala tulang dengan kiraan tiga. Selepas itu dengan kiraan tiga perhatikan organ-organ dalam
satu persatu. Selepas selesai anda boleh keluar semula dengan Teknik 1- 5.

Pengalaman- pengalaman ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang berhubung
dengan binatang pada masa hadapan.

MAKMAL DAN KAUNSELOR

Kita memerlukan tempat yang khas untuk sesuatu benda sama ada sebagai tempat simpanan
ataupun tempat melakukan sesuatu kerja yang khusus. Begitulah juga halnya dengan dunia roh
atau subjektif, kita juga memerlukan tempat khas untuk melakukan kerja- kerja kita secara
subjektif.
                                             21
Untuk mengadakan makmal secara subjektif turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 . Apabila
sampai di sana kira mengundur dari 10 -1 untuk ke dimensi kreatif. Ketika berada di sana
katakan kepada diri anda pada kiraan 3 anda akan membentuk sebuah bilik . Kira perlahan-
lahan satu dua dan tiga. Apabila sebut sahaja tiga anda sudah membentuk sebuah bilik yang
mempunyai saiz warna dan bentuk yang anda ingini.

Di dalam makmal tersebut adakan apa sahaja benda yang anda fikirkan perlu dan letakkannya di
mana- mana sahaja yang anda suka di dalam bilik itu. kecuali di dindiong sebelah selatan ( ia
adalah untuk Layar Mental). Dalam kiraan tiga perlahan- lahan bentuk sebuah kerusi malas,
meja, jam, kalendar, kabinet dengan maklumat tentang mengatasi masalah lelaki dan wanita,
22

bahan- bahan dan peralatan, ubat dan cecair kimia untuk menyelesaikan masalah ddengan lebih
berkesan. Setelah selesi membentuk makmal dan peralatan yang berkaitan anda boleh keluar
dengan kiraan 1 - 10 kemudian keluar dengan Teknik 1 - 5.

Kita sering berhdapan dengan rakan dan teman yang bermasalah secara fizikal dan emosi.
Dalam kebanyakan kes kita sering terpanggil untuk membantu mereka. Maka dengan sebab itu
kita perlukan pembantu yang pakar. Kita boleh memilih dua orang dari jabtina yang berbeza
untuk menjadi kaunselor kita apabila mengendalikan kes- kes subjektif kita. Bayangkan kedua-
dua mereka muncul daripada dinding sebelah selatan yang bertindak sebagai Layar mental kita.
Bayangkan ada lif di sana dan pintunya akan terbuka ke bawah perlahan- lahan mendedahkan
kaunselor kita. Punat untuk mengawal pinti lif itu ada di lengan kerusi malas kita. Tentukan
siapakah yang akan menjadi kaunselor kita dari kalangan yang orang yang kita kenali sebagai
pakar di dalam bidang pengubatan rohani.

Setelah itu masuk ke tahap Asas anda dengan Kaedah 3 -1 . Apabila berada di sana turun ke
dimensi makmal anda dengan kiraan 10 - 1. Pada kiraaan perlahan sebanyak tiga anda akan
membentu layar Mental di dinding sebelah selatan makmal anda. Pada kiraan perlahan tiga
anda akan membentuk lif yang akan membawa kaunselor anda masuk ke dalam makmal.
Bayangkan pintu lif tertutup dan anda mengawalnya dengan punat di engan kerusi malas anda.
Bayangkan pintu itu terbuka dengan tenggelam ke lantai perlahan-lahan beberapa inci setiap
saat. Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan keadaan ini seperti benar- benar
berlaku. Pada kiraan perlahan tiga keseluruhan pintu akan tenggelam ke dalam lantai dan
mendedahkan kauselor lelaki anda. Bayangkan kaunselor anda itu hidup dan bergerak masuk ke
dalam makmal anda . Bayangkan anda mengenalkan diri dan cuba berkenalan dengan kaunselor
anda. Tutup kembali pintu lif tadi dan ulang kembali proses yang sama untuk membawa masuk
kaunselor wanita anda.

Yakinkan diri anda bahaw kedua- dua mereka adalah pakar dan boleh membantu anda
menyelesaikan sebarang masalah . Mulai sekarang apabila anda masuk sahaja ke dalam makmal
anda, kedua- dua kaunselor anda akan sedia menanti untuk membantu anda menyelesaikan apa
jua masalah. Apabila anda menyelesaikan masalah lelaki, kaunselor lelaki akan berada di
belakan tangan yang biasa anda gunakan dan akan membantu anda menggunakan tangan anda
itu. Apabila anda cuba menyelesaikan masalah wanita, kaunselor wanita pula yang akan berada
di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan membantu anda untuk mengerakkannya.

Rutin yang perlu dilakukan untuk tiba ke tahap ini ialah dengan menutup mata
                                               22
menggunakan Kaedah 3 -1 dan bilangan menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal anda. Apabila
berada di sana anda akan berjumpa dengan kaunselor- kaunselor anda dan berucap selamat atau
menyebutkan kalimat yang positif bersama- sama dan ini adalah masa yang sesuai untuk
bertindak sebagai Psikik.

Jika anda telah menyelesaikan sesuatu kes dan berjaya seratus peratus, jangan lupa untuk
meningatinya kembali sebagai titik rujukan dan ini akan membantu anda mendapatkan ketepatan
yang sama dan mengendalikan kes- kes berikutnya.
23

Setelah menyelesaikan sesuaut kes jangan lupa mengucapkan terima kasih dan ucap selamat
kepada mereka dan keluar dengan mengira 1 - 10 dan 1 – 3. Pada keika itu petik jari anda
perlahan- lahan dan katakan di dalam hati : “ Betul- betul sedar, berasa segar dan sihat
sempurna .”

JASAD DAN PERASAAN MANUSIA

Mengujudkan titik rujukan adalah penting sama pentingnya dengan mengujudkan titik rujukan
terhadap benda dan haiwan. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang ujud di dalam
badan dan perasaan manusia.

Bagi mendapatkan keadaan ini anda perlu ke tahap asas denga Kaedah 3 - 1. Kemudian kira
menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal anda. Ucapkan selamat atau ungkapan positif kepada
kaunselor anda. Selepas kiraan perlahan tiga anda akan membayangkan seseorang yang amat
anda kenali dan bayangkannya di atas Layar Mental anda yang terletak di dinding sebelah
selatan makmal anda. Dalam kiraan tiga- tiga bayangkan anda membawa orang itu semakin
hampir kepada anda sehingga dapat anda menyentuh dan meneliti mukanya. selepas mengkaji
mukanya secara mental masuk kedalam tengkorak dan otak, rangka, organ bahagian dalam
badan, kulit ,untuk mengesan penyakit atau jangkitan otak secara mental belah tengkorak orang
itu dan cuba perbaiki masalah yang timbul disana.

Apabila anda dapat mengesan sebarang masalah sedarlah bahawa anda dapat memperbaikinya.
Walau bagaimana serius sekalipun penyakit orang itu anda tidak akan terkena jangkitannya.
Untuk membesarkan saiz atau mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah anda hanya perlu
memetik jari disebalah kanan dan ia akan terjadi seperti yang anda ingini. Begitu juga halnya
untuk mengecilkan saiz. Mengesan penyakit fizikal dan emosi secara subjektif sama seperti
anda menonton proses pembedahan yang dilakukan oleh para doktor.

Jika anda bekerja berpasangan berikut adalah Arahan kepada Orientologis (Pemandu )

1. Masuk ke makmal anda dengan Kaedah - kaedah 3 - 1 dan 10 - 1

2. Jika anda pernah menjalani latihan sebelum ini ulang kembali kes yang berjaya anda
kendalikam dengan tepat sebelum mengendalikan kes yang baru.

3. Beritahu saya apabila anda sudah beredia ( Jika sudah bersedia boleh mulakan )
                                               23
4. Sekarang saya akan membilang dari 10 ke 1 untuk membenarkan minda anda mendapatkan
tahap yang spesifik untuk membolehkan anda mengendalikan kes ini dengan tepat untuk
menyelesaikan masalah yang akan saya bentangkan kepada anda nanti. 10-9-8-7-6-5-4-3-2--1.
Minda anda sekarangh telah berada di tahap yang tertentu dimana anda akan menyelesaikan
dengan betul dan tepat masalah yang akan saya kemukakan kepada anda nanti.

5. Pada kiraan 3 , imej badan ( nama, umur, alamat dan jantina) akan berada di layar anda .

6. 1-2-3 (petik jari ). Imej badan (nama,umur,alamat dan jantina) sekarang berada di layar anda
24



7. Rasakan kehadirannya, (diam), bayangkannya (diam), ujudkannya (diam) ketahui bahawa
dia disitu (diam) anggap sahaja dia berada disitu.

8. Lakukan imbasan dengan kebijaksanaan anda dari kepala ke kaki beberapa kali dengan
cepat.

9. Sewaktu mengimbas itu izinkan kebijaksanaan anda secara tidak langsung memilih tiga
kawasan yang mempunyai tarikan yang kuat ( diam)

10.Kekalkan kadar imbasan dari kepala ke kaki sekali sesaat dan beritahu saya kawasan
tarikan apabila ia muncul

11.Ini adalah sesi latihan, sekarang biarkan pengalaman anda yang bekerja. Ketepatan akan
datang melalui latihan.


12. Anda akan merasakan seolah- olah anda engadakan cerita, beritahu saya    apa sahaja   yang
terlintas di dalam minda anda.

13. Sekarang pergi ke tiga kawasan yang mempunyai tarikan yang lebih dan pada kadar satu
imbasan sesaaat pilih kawasan yang memberikan tarikan yang lebih kepada anda Apabila telah
terpilih, teruskan.

14. Besarkan kawasan yang anda pilih itu dengan memetik jari kanan anda perlahan-lahan dan
izinkan kemungkinan berlakunya kesakitan atau kerosakan di kawasan ini dikesan oleh minda
anda. Ingat! Apabila dapat sahaja dikesan anda akan dapat memulihkannya.

15. Teruskan bercakap sewaku mememriksa, terangkan kepada saya apa sahaja yang ingin anda
ucapkan, anda akan merasakan seolah-olah membuat- buat cerita, inilah perasaan yang sebenar,
terangkan kepada saya sama ada anda memikirnya betul ataupun salah.

    (Orientologis : Pastikan maklumat dituliskan pada awal sesi. Pada mulanya galakkan supaya
pasangan anda bercerita semuanya. Jangan beritahu betul atau salah sehingga akhir sesi.
kemudian nilaikan maklumat yang diberikan dan terngakkan maklumat yang telah diberikannya
dengan betul sebelum keluar ke tahap asas untuk menjadikannya sebagai titik rujukan. Bagi
                                               24
maklumat yang salah katakan:” Saya tidak mempunyai maklumat tentang itu, mungkin ia betul!”
Jika semuanya salah, mungkin pasngan anda mengkaji orang yang lain. Suruh pasangan anda
mengingati kembali kes lalu yang telah berjaya diselesaikannya dengan tepat.. Pastikan pasangan
anda membetulkan kesilapan yang berlaku sebelume keluar dengan berkata :”Pastikan orang di
dalam minda anda seorang yang sihat dan gembira dan sampaikan pemikiran itu kepadanya.”
Katakan ini denga keras ketika hampir selesai.)

16. “Setiap kali anda memamsuki dimensi ni dengan keinginan yang ikhlas untuk membantu
kemanusiaan, seperti yang anda lakukan sekarang, anda menolong diri anda sendiri; bakat anda
akan terserlah dan anda akan bertambah tepat setiap kali. inilah yang berlaku”.
25



17. Terima kasih. Anda boleh keluar 1- 10, 1- 5 , dengan sihat sempurna.

18. Bincangkan dengan ringkas kes ini bersama- sama.

PERHATIAN

1. Kita tidak melakukan diagnosa. Hanya orang yang pakar dalam bidang perubatan sahaja
yang layak melakukannya untuk tujuan mengubat. Kita melakukan penyiasatan secara psikik
untuk mengesan dan membetulkan masalah pada tahap psikik dari jarak jauh.

2.   Kes tidak dilakukan ke atas orang yang hadir dalam majlis itu.

3.   Kita tidak menjadikan diri kita sebagai kes sewaktu kita hadir di sana

4. Kita mengelakkan      ikatan atau hubungan yang boleh menghalang keupayaan kita untuk
berfungsi

5. Kita tidak mengujudkan masalah tetapi menyelesaikannya.

6. Jangan bercakap tentang perkara yang negatif ketika seseorang itu berada pada tahap yang
lebih dalam.

7. Lakukan terhadap manusia dahulu sebelum melakukannya terhadap benda dan binatang
kerana manusia lebih penting. dalah disyorkan anda melakukannya terhadap ahli keluarga anda
pada sebeah malam sebelum melelapkan mata.

TEKNIK IBU JARI DI DAHI
Teknik ini biasanya digunakan kepada kanak- kanak selepas menjalani latihan mental sekurang-
kurangnya lima jam keseluruhan. Ia diprogramkan sebelum kanak- kanak itu keluar daripada
tahap asas. Apa yang perlu dilakukan ialah apabila kanak- kanak itu mengalami kecederaan atau
bantuan katakan kepadanya:” Bila anda perlukan bantuan saya untuk ke tahap minda yang lebih
dalam dan menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah letakkan ibujari ke atas dahi anda
seperti yang akan saya lakukan nanti. Sekarang saya akan meletakkan ibujari saya ke atas dahi
anda. ( Letakkan ibujari anda ke atas dahinya dan ulangi arahan). Bila sahaja anda mahukan
saya membantu anda memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu
                                               25
saya lakukan ialah meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda seperti yang saya lakukan sekarang
ini.”

Pada ketika itu anda akan memejam mata dan menarik nafas dalam - dalam dan sementara
menghembuskannya perlahan-lahan anda akan memasuki tahap minda yang lebih dalam dan
menyihatkan daripada tahap sekarang ini.” Selepas pemprograman ini kanak- kanak itu boleh
keluar dengan Teknik 1- 5.

Pada masa hadapan sekiranya anak anda perlukan bantuan untuk memasuki tahap asasnya apa
yang perlu anda lakukan ialah arahkannya supaya duduk dengan selesa dan letakkan ibujari anda
26

di dahinya untuk mengunakan teknik ini. Apabila berada di tahap asas anda bolehlah
memnggunakannya untuk        program yang tertentu seperti menghilangkan kesakitan,
menghentikan pendarahan , mengawal kemarahan dan lain- lain yang dirasakan perlu.

Teknik ini telah diamalkan di seluruh dunia dengan keputusan yang memberangsangkan.
Keluarga anda tidak terkecuali di dalam hal ini. Amalkanlah!.

BAHAGIAN DUA

KAEDAH KAWALAN MINDA DI DALAM LIMA HARI (1)
PENGENALAN

Kaedah Kawalan Minda (KKM) adalah satu cara untuk mereharkan badan dan minda dengan
merendahkan frekuensi gelombang otak dan meningkatkan aktiviti Otak kanan untuk
membuahkan natijah yang positif.

Ia memberikan kita kuasa untuk mengawal tenaga kreatif kita ke arah sesuatu yang lebih baik. Ia
adalah satu kaedah yang terbukti berkesan di dalam menggunakan minda untuk mencetuskan
lebih banyak kecerdikan dan kebijaksanaan yang tidak pernah atau yang kurang digunakan
sebelum ini. Ia adalah cara / teknik meditasi yang dinamik kerana ia mencetuskan kuasa untuk
mencipta.

Ia menseimbangkan aktiviti kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan untuk menghasilkan natijah
yang terbaik daripada penggunaan hanya sebelah hemisfera otak sahaja.

Ia memberikan kita keupayaan untuk menjangka masa hadapan dengan lebih tepat dan
membantu kita menjadi lebih baik secara individu, kumpulan kecil, kumpulan besar seterusnya
di peringkat negara dan antarabangsa untuk mengujudkan dunia yang lebih baik dan selamat
untuk diami. Inilah satu tugas berat yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita.

KEPERLUAN ASAS

Untuk menggunakan kaedah ini dengan jayanya anda perlu kepada 3 keperluan asas yang sangat
minimum seperti berikut :

Mengira kiraan yang mudah
                                              26
Membaca arahan dan mematuhinya
“Berangan-angan / mimpi disiang hari”

Ia adalah satu set keperluan yang mudah tetapi bakal menghasilkan natijah yang mengkagumkan.

GAMBARAN MENYELURUH
Kita dijadikan oleh Tuhan untuk melaksanakan kemahuanNya. Bila kita melihat diri kita sebagai
petugas yang bersendirian untuk menjalankan amanah yang berat dan besar itu, kita merasa
lemah….
27

Bergantung kepada diri sendiri semata-mata kadang-kadang menjadikan kita semakin lemah dan
tidak berdaya. Jika dapat kita melihat bahawa Tuhan tidak meninggalkan kita bersendirian,
maka kita tidak akan bersendirian dan merasa lemah lagi.

Di dalam diri kita ada “Komputer” yang dibekalkan oleh Tuhan untuk membantu kita
merealisasikan amanah yang telah diberikan kepada kita itu. Komputer itu yang lebih dikenali
sebagai “Hemisfera Otak Kiri” dapat membantu kita menyelesaikan perkata dan masalah yang
kecil dan ringan berdasarkan maklumat yang lengkap.

Untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar dan berat di dalam keadaan kekurangan
maklumat kita perlukan komputer yang lebih besar dan canggih iaitu “Internet “. Hemisfera
Otak kanan yang menghubungkan kita terus dengan Tuhan. Kita akan dapat menyelesaikan
masalah walau bagaimana sukat dan beratnya sekalipun maklumat yang ada tidak mencukupi.

Apa yang diperlukan hanyalah “Kod Laluan” untuk membolehkan kita memperolehi hubungan
dengan “Internet” itu. Latihan yang bakal digariskan nanti akan dapat membantu anda
mendapatkan Kod Laluan tersebut.

Secara umumnya untuk menghubungi “Internet” itu melalui enam langkah seperti berikut :

Duduk di dalam posisi yang merehatkan dan selesa
Tutup mata anda
Tarik nafas dalam-dalam dan sewaktu menghembuskannya cubalah untuk merehatkan badan
anda dan rasakan ia benar-benar rehat dan tenang.
Bayangkan kembali tempat yang merehatkan yang pernah anda kunjungi pada masa yang lali
(mungkin di tepi pantai, di atas puncak gunung / bukit, taman bunga atau di bawah pokok_ -
bayangkan seolah-olah anda benar-benar berada di sana
Ingatkan diri anda, apabila mata dibuka anda akan berasa hebat, tersedar sepenuhnya dan merasa
lebih baik daripada sebelumnya.
Buka mata anda.

PENINGKATAN DAN KEMAJUAN DIRI

Latihan yang akan anda lalui pada mulanya agak panjang. Lama kelamaan ia akan menjadi lebih
pendek dan menyeronokkan apabila anda lihat dan rasakan kesannya.
                                             27
Apabila anda sudah mahir, akan anda dapati bahawa :angan-angan / mimpi di siang hari” anda
itu sebenarnya adalah anak kunci kepada kebahagian anda dan keluarga.

Apabila dapat anda membentuk keupayaan untuk pergi ke Tahap Aifa – dan keupayaan untuk
menggunakan Visualisasi (Gambaran Mental apa sahaja yang pernah anda lihat) dan Imaginasi
(Gambaran Mental sesuatu yang belum pernah anda lihat, dengar, sentuh dan rasai dan hidu) –
kesedaran anda akan bergabung dengan sesuatu yang menjadi kepada permulaan dan punca
kepada segala yang ada di alam ini.
APAKAH PUNCANYA.
28

Ahli Sains menggelarnya sebagai Minda Global / Medan Morphogenetic. Ahli Falsafah
menggelarnya sebagai Diri Tertinggi dan Ahli Agama menggelarnya sebagai Tuhan.

BAGAIMANA MENCAPAINYA
Semua ini boleh dicapai melalui latihan. Sekali setiap hari adalah baik. Tetapi dua kali setiap
hari adalah lebih baik manakala tiga kali setiap hari adalah terbaik.

Bagi setiap sesi latihan, lima minit adalah baik. Tetapi sepuluh minit setiap sesi adalah lebih
baik manakala lima belas minit setiap sesi adalah yang terbaik.

SKALA EVOLUSI MINDA
Gambarajah ini dipanggil “Skala Evolusi Minda”. Ia menggambarkan kesan yang berlaku
apabila minda direhatkan.
ALAM NYATA                                  TAHAP
-Pandang                                    KESEDARAN
-Dengar                 BETA                LUARAN
-bau
-Rasa                   14 – 21 KS
-Sentuh

RUANG / MASA
                                                TAHAP
ALAM                    ALFA                    KESEDARAN
PEMIKIRAN                                       DALAMAN
                        7 – 14 KS
Tiada batas ruang dan
masa                  THETA

Psikik/ ESP             4 – 7 KS

                        DELTA                   LUAR SEDAR

                        0.5 – 4 KS

Ia dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian di sebelah kiri ialah Fizikal / badan, bahagian
tengah pula mewakili otak dan frekuensi gelombangnya, manakala bahagian sebelah kanan ialah
                                             28
menggambarkan tahap kesedaran Minda.

Bahagian Tengah

Ia menunjukkan empat tahap frekuensi gelombang otak iaitu gelombang tenaga yang dialirkan
oleh otak kita. Ini dapat diukur dengan alat yang diberi nama “Electroencephalograph”.
Frekuensi gelombang otak ketika melakukan aktiviti yang aktif secara fizikal dan dalam tahap
sedar dipanggil sebagai Beta dan kitaran frekuensinya ialah antara 14 ke 21 kiraan sesaat.
29

Apabila kita di dalam keadaan yang merehatkan di antara 7 ke 14 kiraan sesaat ia dipanggil
sebagai Alfa. Ia adalah keadaan dimana kedua-dua hemisfera otak bekerjasama. Ketika ini kita
boleh menghubungkan “Komputer” peribadi kita dengan “Internet”.

Frekuensi diantara 4 ke 7 kitaran sesaat adalah Theta dan ketika ini kita menghampiri tidur.
Gelombang paling akhir ialah Delta iaitu ketika kita nyenyak tidur dengan gelombang di bawah
4 kitaran sesaat.

Kotak di sebelah kiri menunjukkan apa yang berlaku kepada badan/fizikal kita. Pada tahap Beta
kira berada di alam nyata dan kita menggunakan ke lima-lima deria sentuhan, rasaan, hiduan,
pendengaran dan pandangan dan ia adalah tertakluk kepada tuang dan masa.

Pada tahap Alfa kita berada di alam lain dimana kelima-lima pancaindera ditinggalkan dan
bermula alam tanpa deria. Dalam tahap ini tidak ada batasan ruang dan masa. Ketika ini Indera
Keenam/Psikik/Ilham dan seumpamanya boleh berlaku.

Apabila kita memperdalamkan tahap kesedaran kita ke Tahap Alfa seperti di kotak sebelah
kanan, kita berubah daripada Tahap Kesedaran Luaran ke Tahap Kesedaran Dalaman.
Psikologis menggelarnya sebagai “Separa Sedar / Luar sedar”. Di dalam Kaedah Kawalan
Minda kita gelarkan ia sebagai “Super sedar”

PERINGATAN

Merehatkan badan mengizinkan anda untuk merehatkan minda
Merehatkan minda memperlahankan gelombang minda anda
Memperlahankan gelombang minda anda mengizinkan hemisfera otak kanan anda berfungsi
dengan lebih baik.
Hemisfera otak kanan adalah saluran perhubungan anda dengan punca kreativiti

TIGA MASA YANG BERKESAN UNTUK LATIHAN

Ada tiga masa yang paling sesuai untuk melakukan latihan berikut iaitu pada sebelah pagi sebaik
sahaja tersedar daripada tidur, kedua pada waktu selepas makan tangahari dan ketiga sebelum
melelapkan mata pada malam hari.

PAGI – Apabila terbangun di sebelah pagi setiap hari, tutup kembali mata anda dan kira
                                             29
mengundur daripada 100 ke 1. Latihan ini akan menjadi semakin pendek hari-hari berikutnya.

TENGAHARI – Setelah selesai makan tengahari sama ada di tempat kerja atau di rumah, duduk
di atas kerusi yang selesa, relax dan beranganlah dengan cara yang terkawal.

MALAM – Apabila sehari telah berlalu dan anda boleh duduk seketika di atas kerusi tanpa
diganggu, lakukanlah latihan relax ini dan beranganlah dengan cara yang terkawal dan penuh
dengan matlamat dan tujuan.
LATIHAN PADA WAKTU PAGI
SETIAP HARI
30



Sebaik sahaja terjaga, dirikan bantal dan bersandar di katil utup kembali mata anda, jelingkan
sedikit ke atas Kira mengundur daripada 100 ke 1 Apabila tiba ke 1, katakan di dalam hati, :
“Setiap kali saya relax begini, saya akan pergi lebih dalam dengan lebih cepat”.
Tamatkan sesi dengan mengira daripada 1 – 5. Berhenti di kiraan 3 dan katakan di dalam hati.
“Apabila daya membuka mata pada kiraan 5, saya akan sedar sepenuhnya dan rsa hebat”.
Pada kiraan 5, buka mata anda dan katakan di dalam hati “Saya sedar              sepenuhnya dan
rasa hebar”.

LATIHAN PADA WAKTU TENGAHARI
HARI PERTAMA

Duduk dalam kedudukan yang selesa dan tutup mata anda. Jeling sedikit kearas Kira mengundur
daripada 100 ke 1 Bayangkan sebi tembikai berwarna hijau Bayangkan seseorang memotongnya
kepada dua bahagian membolehkan anda melihat bahagian dalam tembikai tersebut. Temukan
kembali kedua-dua belah tersebut dan hilangkannya daripada pandangan matahari anda Kira
daripada 1 ke 5 dan buka mata. Ingatkan diri anda pada kiraan 3 bahawa apabila anda membuka
mata pada kiraan 5 anda akan “tersedar sepenuhnya, merasa hebat”. Ingatkan kembali diri anda
pada kiraan 5, “Saya tersedar sepenunya, rasa lebih hebat daripada sebelumnya”.

HARI KEDUA

Bayangkan diri anda

HARI KETIGA

Bayangkan seseorang yang tinggal dengan anda

HARI KEEMPAT

Bayangkan tempat yang merehatkan

HARI KELIMA

Bayangkan rumah tempat anda tinggal
                                              30
LATIHAN PADA SEBELAH MALAM

RELAX PROGRESIF

Tumpukan sepenuh kesedaran anda kepadasetiap anggota badan secara berturut-turut. Rehatkan
setiap anggota dan rasakan ia bertindakbalas.

Mulakan dengan kepala seterusnya ke kaki. Maju perlahan-lahan dan beransur-ansur. Pastikan
setiap anggota bertindakbalas sebelum pergi kepada bahagian anggota yang seterusnya. Mula
dengan merehatkan tengkorak kepala kemudian dahi, mata, muka, leher, bahu dan tangan.
31



Jangan teruskan sehingga anggota yang berkenaan direhatkan terlebih dahulu. Kemudian
teruskan dengan bahagian sebelah atas diikuti dengan dada, perut, bahagian belakang di sebelah
bawah, punggung, peha, lutut, kaki, pergelangan kaki dan tapak serta hujung kaki.

Lakukan mengikut aturan seperti di atas pada kali yang pertama. Kali berikutnya lakukan
dengan lebih cepat dengan mengelompokkan anggota-anggota badan seperti kepala, tengkok,
dada, perut, punggung, peha dan kaki. Apa yang penting ialah pastikan anggota berkenaan
benar-benar terasa ditehatkan barulah berpindah ke bahagian berikutnya dan mengikut
kedudukan dari atas ke bawah iaitu dari kepala ke kaki.

MALAM PERTAMA

Lakukan rehat progresif dengan merehatkan keseluruhan anggota anda daripada kepala ke kaki
Bayangkan kembali tembikai hijau seperti yang telah dibayangkan sebelum ini dan kali ini
bayangkan anda melihatnya dengan lebih jelas dan dekat, isinya dan lingkaran putih di bahagian
palung luar sebelum kulit. Dekatkan ia dan perhatikan ia kelihatan semakin besar. Ingatkan
kembali bagaimana bau dan rasanya. Kemudian hilangkan ia daripada pandangan. Lakukan
latihan yang sama keatas buah limau, dan kemudian ke atas bawang. Tamatkan sesi dengan
membilang dari 1 – 5 sebagaimana latihan di pagi harinya.

MALAM KEDUA

Tingkatkan relax progresif sebagaimana di atas dengan mempercepatkan proses tersebut.
Bayangkan diri anda sebagaimana latihan pada tengahari tadi dan kali ini tukarkan gambaran
yang ada agar anda kelihatan lebih muda, lebih sihat, lebih bertenaga dan ceria. Tamatkan sesi
dengan kiraan 1 – 5 seperti biasa.

MALAM KETIGA

Lakukan relax progresif. Bayangkan diri orang yang anda gambarkan di dalam latihan pada
tengahari tadi. Maafkan orang tersebut di atas kepincangan dan konflik yang timbul di antara
anda berdua. Kemudian minta kemaafan daripadanya pula. Bayangkan ia berlaku. Tamatkan
sesi dengan kiraan 1 – 5.

MALAM KEEMPAT
                                              31
Selepas kiraan mengundur daripada 100 ke 1, rehatkan kelopak mata anda. Tumpukan perhatian
terhadap perasaan tersebut. Biarkan perasaan relax dan tenang itu menjalar ke bawah sehingga
ke kaki anda. Pergilah ke tempat idaman anda seperti yang anda “lihat” di dalam latihan pada
tengahari tadi. Katakan di dalam hati: “ Setiap hari saya semakin sihat dan semakin kaya. Setiap
hari saya semakin baik dan bertambah baik di dalam apa sahaja yang saya lakukan. Setiap hari
saya menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami”. Tamatkan sesi dengan kiraan
1 – 5.
MALAM KELIMA
32

Mulakan dengan kiraan mengundur daripada 100 ke 1. Bayangkan tempat idaman anda.
Tukarkan ia menjadi rumah anda sama seperti yang anda lihat di dalam latihan pada tengahari
tadi, daripada pandangan luaran. Bayangkan ia dikelilingi oleh cahaya putih yang terang.
Bayangkan ia cahaya kerohanian, ketenangan dan keselamatan serta kasih sayang yang
melindungi anda dan keluarga daripada gangguan luaran. Tamatkan sesi.

Tamat latihan untuk peringkat lima hari yang pertama semoga anda bersedia untuk menempuh
cabaran untuk lima hari yang kedua. Apa yang telah anda alami dan lalui akan menjadi asas
yang kukuh kepada latihan-latihan yang berikutnya.

KAEDAH KAWALAN MINDA DI DALAM LIMA HARI (11)

PENGENALAN

Latihan 5 hari yang pertama menjadikan anda lebih mudah dan produktif di dalam latihan yang
mendekatkan anda ke Tahap Alfa. Anda menjadi lebih dekat dan berjaya di dalam mengaktifkan
aktiviti Hemisfera Otak Kanan (HOKAN).

Latihan 5 hari berikutnya mengajar anda bagaimana untuk menghilangkan kerisauan dan
menggantikannya dengan pemikiran yang positif dan membantu di dalam penyelesaian apa jua
masalah. Ia menguatkan lagi ikatan anda dengan HOKAN.

Latihan di sebelah pagi pada hari ke 6 – 10

Setiap pagi

Bersandar sebaik sahaja tersedar daripada tidur
Tutup mata, jeling sedikit ke atas dan kira mengundur perlahan-lahan daripada 50 – 1
Apabila tiba kepada kiraan 1, katakan kepada diri anda, “Setiap kali saya relax begini, saya akan
pergi dengan lebih dalam dengan lebih cepat”.
Kemudian katakan di dalam hati;”Pemikiran Positif memberikan kepada saya semua kelebihan
dan menfaat yang saya ingini.
Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. Pada kiraan 3 ingatkan diri anda;” Apabila saya membuka
mata pada kiraan 5, saya akan tersedar sepenuhnya dan merasa hebat”. Pada kiraan 5 apabila
membuka mata katakan dan rasakan: “Saya tersedar sepenuhnya dan rasa hebat!”
                                               32
Ini berbeza dengan latihan 5 hari yang pertama dahulu di dalam dua perkara. Pertama kiraan
menurun akan menjadi lebih sedikit daripada 100 – 1 menjadi 50 –1. Kedua anda telah
menambahkan pernyataan kepada minda anda tentang kepentingan berfikiran / pemikiran yang
positif.

LATIHAN PADA WAKTU TENGAHARI

Latihan 5 hari yang lalu membiasakan anda dengan latihan Visualisasi (“melihat” benda yang
biasa dengan matahari anda) dan latihan Imaginasi (“melihat” perkara yang kurang biasa seperti
muka, benda, tempat yang kurang biasa pada pandangan matahari anda).
33



Kedua-duanya amat penting untuk meningkatkan daya firasat anda. Didalam kamus ia memberi
dua istilah. Pertama ia bermaksud kuasa yang diandaikan untuk menanggapi benda –benda /
peristiwa yang berlaku jauh daripada jangkauan biasa deria-deria manusia ataupun yang akan
berlaku. Kedua, ia adalah tanggapan yang datang daripada dalam (rasa hati / ilham / perasaan /
ramalan / telahan).

Latihan berikutnya menyediakan anda untuk menjadi ahli Firasat / Nujum. Iaitu melihat sesuatu
di luar jangkaan mata dan sebelum sesuatu perkara itu berlaku dengan izin Tuhan. Oleh kerana
kita mempertajamkan HOKAN kita yang menjadi penghubung / perantara kita dengan sumber
yang kreatif, maka kita berkeupayaan untuk membuat telahan, agakan dan ramalan tentang
perkara yang ghaib pada mata dan deria yang zahir.

LATIHAN

HARI KE 6 : Selepas kiraan mengundur, bayangkan diri anda berada di dalam sebuah taman
bunga yang indah. “Lihat” bunga-bunga yang sedang mekar berkembang disana. Sedut bau dan
haruman yang wangi itu. Ketika anda memerhatikan sekuntum bunga, “lihat” setitis air yang ada
di kelopaknya. Perhatikan bayangan warna-warna pelangi di dalam setitis air itu yang berada di
atas kelopak itu. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5.

HARI KE 7 : Selepas kiraan mengundur bayangkan anda melakukan sesuatu yang telah lama
anda idamkan untuk melakukannya. Nikmati “mimpi / angan-angan” anda mungkin sebagai
seorang perekacipta, ahli muzik, pelakon, penulis atau apa sahaja yang berjaya dan cemerlang.
Lihat ia sebagai sudah terjadi. Rasakan dan nikmati keindahan dan keseronokannya. Kira 1 – 5
untuk menamatkan sesi.

HARI KE 8 : Selepas kiraan mengundur bayangkan anda melakukan sesuatu yang telah lama
anda idamkan untuk melakukannya. Nikmati “mimpi / angan-angan” anda mungkin sebagai
seorang perekacipta, ahli muzik, pelakon, penulis atau apa sahaja yang berjaya dan cemerlang.
Lihat ia sebagai sudah terjadi. Rasakan dan nikmati keindahan dan keseronokannya. Kira 1 – 5
untuk menamatkan sesi.

HARI KE 9 : Selepas kiraan mengundur bayangkan anda merasai / menikmati makanan
kegemaran anda. Pilihan sup, daging, sayur, ulam ataupun 4/5 jenis makanan yang anda gemari.
Bayangkan rasa dan bau setiap satunya seakan-akan anda sedang menikmatinya. Kira 1 – 5
                                              33
untuk menamatkan sesi.


HARI KE 10 : Selepas kiraan mengundur bayangkan masa sejam yang akan datang. “Lihat”
perkara yang baik berlaku. Mungkin anda berjumpa teman baru, mendapat pelanggan / rakan
kongsi yangbaru, bertemu kawan lama, menyelesaikan beberapa masalah. Mainkan “gambaran
mental / video klip” keadaan tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kira 1 – 5 untuk
menamatkan sesi. Fikirkan seketika, adakah mungkin ia berlaku ?. Tunggu dan lihat sambil
anda meneruskan kegiatan seharian anda.
34

LATIHAN PADA WAKTU MALAM

Malam-malam berikutnya anda akan cuba meraih menafaat daripada mimpi-mimpi anda.
Lakukan latihan sebelum anda melelapkan mata. Sediakan pen dan kertas di bawah bantal atau
berhampiran dengan anda untuk merekodkan mimpi-mimpi anda.

Caranya : Selepas berbaring, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam dan jelingkan mata anda
sedikit ke atas dan kira mengundur 50 – 1. Apabila tiba kepada kiraan 1, tarik nafas dalam-
dalam dan apabila menghembuskannya rehatkan badan anda daripada kepala ke kaki. Kemudian
katakan : “Saya ingin mengingati satu daripada mimpi-mimpi saya dan saya akan
mengingatinya.” Jangan kira menegak 1 – 5 seperti biasa. Sebaliknya biarkan diri anda terlena.
Anda akan terbangun pada sebelah paginya dan tuliskan mimpi yang akan anda ingati.

Lakukan latihan di atas untuk selama dua malam. Anda meminta supaya dapat mengingati
hanya satu mimpi sahaja. Pada malam-malam berikutnya anda akan meminta mengingati lebih
daripada satu bahkan kesemua mimpi-mimpi anda.

LATIHAN

MALAM KE 6 DAN 7 : Rehatkan kelopak mata anda dan kira mengundur 50 –1 seperti biasa.
Katakan kepada diri anda : “Saya ingin mengingati satu mimpi dan saya akan mengingati satu
mimpi saya”. Apabila tersedar di tengah malam atau pada paginya dengan ingatan tentang
mimpi anda, tuliskannya.

MALAM 8,9 DAN 10 : Lakukan seperti di atas tetapi kali ini katakan kepada diri anda,:” Saya
ingin mengingati semua mimpi-mimpi saya, dan saya akan mengingati kesemua mimpi saya.”
Apabila anda tersedar pada waktu malam atau pada sebelah paginya dengan ingatan tentang
mimpi anda, maka terus tuliskannya.

Sekiranya semasa dalam katihan ini anda diganggu mimpi-mimpi ngeri, lakukan latihan relax
pada sebelah paginya dan sewaktu pada tahap Alfa katakan:” Saya bermimpi dengan mimpi yang
ngeri ini, saya tidak sukakannya. Saya tidak mahu ia berulang. Saya tidak akan mengalaminya
lagi. “Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5.

Anda yang mengawal dan anda boleh memastikan apa yang anda ingini.
                                              34
BAGAIMANA MENGANALISIS MIMPI – MIMPI ANDA

Tugas utama neuron otak kita ialah untuk keselamatan / survival diri sendiri khususnya dan umat
manusia amnya. Melalui mekanisma mimpi ia cuba memberitahu kepada kita apa yang sedang
dan akan berlaku kepada diri kita dan meminta kita melakukan perubahan / pemulihan untuk
memastikan yang baik berlaku dan yang tidak baik tidak berlaku ataupun jika berlaku sekalipun
akan memberikan kesan ngeatif seminima mungkin dalam bentuk kerosakan, kecederaan dan
masalah.
35

Ada sesuatu yang cuba disampaikan kepada kita melalui mimpi-mimpi kita sama ada secara
tersurat / terus terang ataupun tersirat / tersembunyi. Sekiranya anda masih tidak faham dengan
maksud yang ingin disampaikan, turun ke Tahap Alfa dan mainkan semula mimpi tersebut dan
tanyakan maksudnya. Minda anda akan memberikan jawabannya. Mungkin ia membawa
maksud diri atau orang yang rapat dengan anda dan mungkin untuk masa yang jauh ataupun
yang terdekat. Rekod mimpi-mimpi tersebut akan memberikan anda satu kefaham yang
menyeluruh, melalui maksud atau pola yang tertentu yang mungkin membawa maksud yang
berlainan di antara anda dengan orang lain. Perhatikan simbol dan pola tersebut untuk
mendapatkan gambaran yang sepenuhnya.

KAEDAH KAWALAN MINDA DI DALAM MASA LIMA HARI (III)

PENGENALAN

Di dalam lima hari berikutnya anda akan dilatih supaya mempunyai keupayaan untuk
mendekatkan diri dan mengetuk pintu sumber kreativit dan kecerdikan tertinggi pada bila-bila
masa yang anda perlukan.

Mimpi pada sebelah malam adalah amat penting dan mengingatinya adalah satu permulaan.
Minda anda adalah dibawah kawalan anda sekarang sama ada pada waktu siang ataupun malam.
Ia adalah harta yang paling berharga kepada anda untuk mencipta kecemerlangan diri.
“Bermimpi di siang hari” akan membawa anda kepada sesuatu yang baru dan mimpi pada
sebelah malamnya pula akan memberikan anda kefahaman.

Kaedah Kawalan Minda (KKM) yang anda miliki sekarang ini adalah kuasa untuk menggunakan
minda anda ke arah yang lebih baik. Apabila ia digunakan berterusan anda akan menyedari
siapakah anda sebenarnya dan mula memahami bantuan dan pertolongan yang ada serta
bagaimana untuk mendapatkannya ketika diperlukan.

Sehingga kini anda telah memandang rendah terhadap diri anda sendiri. Anda menerima bulat-
bulat apa sahaja yang telah dicurahkan kepada anda oleh ibubapa, guru-guru, jiran tetangga,
majikan dan sesiapa sahaja yang

mempunyai `kuasa’ ke atas anda. Anda telah menerima hakikat bahawa anda mempunyai
keupayaan yang terhad dari segi keupayaan, kecerdikan, kemahiran dan kemampuan. Anda
melihat diri anda
                                             35
sebagai seorang yang patut menerima kasih saya harta dan tanggungjawab yang terhad.

Cara anda melihat diri anda itu adalah dipanggil sebagai “Imej Diri”. Melihat diri anda sebagai
seorang yang terhad akan memenjarakan anda. Ia memenjarakan cara pemikiran, impian dan
harapan anda di dalam penjara yang anda adakan sendiri untuk diri anda. Anda tidak
berseorangan. Kebanyakan orang keadaannya sama seperti anda juga. Latihan yang anda lalui
memberikan anda keupayaan untuk membuka pintu-pintu penjara tersebut dan meluaskan
pandangan untuk melihat diri anda sebagai seorang yang mempunyai kekuatan kelebihan dan
keupayaan yang tidak terbatas.
36



Latihan berikutnya memberi anda peluang untuk meninggalkan penjara lama / Imej diri lama
anda itu.    Anda mestilah bersedia untuk menerima hakikat bahawa bada berpeluang
menggunakan sumber kuasa yang tidak terhad dan bersedia untuk menerima hakikat bahawa
anda berpeluang menggunakan sumber kuasa yang tidak terhad dan bersedia untuk
menggunakannya dengan sebaik mungkin. Anda akan membantu orang lain untuk menyedari
hakikat ini dan seterusnya menggalakkan mereka menggunakannya dan beroleh menafaat
daripadanya. Ini akan menjadikan dunia kita ini lebih aman untuk didiami.

Semuanya di tangan anda sekarang. Apa yang perlu ialah sama ada anda mahu atau tidak sahaja.
Jika anda ingin untuk menggunakan keupayaan anda sebaik yang mungkin sila lakukan latihan
berikut :

Tetapkan keutamaan anda. Manakah diantara yang berikut lebih         penting kepada anda
        sekarang ?
a. kemewahanb. Kasih sayang         c. Kesihatan

Lakukan latihan berikut dengan keutamaan yang telah anda pilih. Ada pilihan yang berbeza
untuk orang yang sudah berkahwin dengan yang belum.

Setelah anda menamatkan latihan, buka mata dan baca bahagian terkahir bertajuk “Cintailah
Dunia Anda” dan lakukan kembali latihan.

MENCIPTA KEMEWAHAN
Buat latihan mengundur yang telah anda capai di dalam latihan anda sama ada 100 – 1 atau 50 –
1 dengan mata tertutup dan dijeling keatas. Mainkan video klip. Anda yang menuliskan skripnya
tentang diri dan keluarga anda sendiri. Anda memiliki apa sahaja yang anda ingini dengan cepat.
Ciptakan video klip tersebut. Bagaimana rasanya apabila anda berupaya melakukan apa sahaja
yang anda ingini dan dapatkan apa sahaja yang anda mahukan. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 –
5. Lakukan latihan ini sekarang.

MENCIPTAKAN KASIH SAYANG (PEMBACA BUJANG)

Kira mengundur dari mana-mana tahap yang telah anda capai di dalam latihan anda sama ada
daripada 100 –1 atau daripada 50 – 1 dengan mata tertutup dan dijelingkan ke atas sedikit.
Memainkan video klip. Anda bersendirian. Anda tidak mahu bersendirian. Anda mencari
                                             36
seseorang yang boleh anda kasihi dan akan mengasihi anda. Tiba-tiba beliau muncul di hadapan
anda. Anda berdua saling berpandangan dan mata bertemu. Anda berdua menemui kebahagian
yang anda cari selama ini di dalam diri masing-masing. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5.
Lakukan latihan ini sekarang.

MENCIPTAKAN KASIH SAYANG
(PEMBACA BERKELUARGA)

Kira mengundur daripada tahap yang telah anda capai sama ada 100 – 1 atau 50 – 1 dengan mata
tertutup dan jelingkan sedikit ke atas. Mainkan video klip. Anda dan pasangan anda duduk
KKM MENDEDAH
KKM MENDEDAH
KKM MENDEDAH
KKM MENDEDAH
KKM MENDEDAH
KKM MENDEDAH

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (20)

Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Refleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaRefleksi mini olahraga
Refleksi mini olahraga
 
Debat
DebatDebat
Debat
 
Rice
RiceRice
Rice
 
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak  Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngoPusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Jenis Kecederaan Ringan
Jenis Kecederaan RinganJenis Kecederaan Ringan
Jenis Kecederaan Ringan
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
Kes buli
Kes buliKes buli
Kes buli
 
Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiri
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
 
Kaedah fonik
Kaedah fonikKaedah fonik
Kaedah fonik
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
5.4 motivasi
5.4 motivasi5.4 motivasi
5.4 motivasi
 
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
 
Penderaan Seksual Kanak-Kanak
Penderaan Seksual Kanak-KanakPenderaan Seksual Kanak-Kanak
Penderaan Seksual Kanak-Kanak
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (15)

Psychology
PsychologyPsychology
Psychology
 
Psychology Of Love
Psychology Of LovePsychology Of Love
Psychology Of Love
 
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta AlirSinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
 
Sinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang geloraSinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang gelora
 
Novel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut babNovel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut bab
 
Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi
 
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus 2016
 
Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5Hipertensi komsas tingkatan 5
Hipertensi komsas tingkatan 5
 
Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)
 
Gerhana manusia
Gerhana manusiaGerhana manusia
Gerhana manusia
 
Elemen komsas
Elemen komsasElemen komsas
Elemen komsas
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
 
Nota Merenang gelora
Nota Merenang geloraNota Merenang gelora
Nota Merenang gelora
 
Sinopsis tirani karya beb sabariah
Sinopsis tirani karya beb sabariahSinopsis tirani karya beb sabariah
Sinopsis tirani karya beb sabariah
 
Modul novel merenang gelora
Modul novel merenang geloraModul novel merenang gelora
Modul novel merenang gelora
 

Ähnlich wie KKM MENDEDAH

Workshop alpha mind control
Workshop alpha mind controlWorkshop alpha mind control
Workshop alpha mind controlFirman Pratama
 
LEPAS LUKA BATIN.pdf
LEPAS LUKA BATIN.pdfLEPAS LUKA BATIN.pdf
LEPAS LUKA BATIN.pdffitri468729
 
Cara Mengatasi Rasa Takut
Cara Mengatasi Rasa Takut Cara Mengatasi Rasa Takut
Cara Mengatasi Rasa Takut isa jatinegara
 
Who Are You.pptx
Who Are You.pptxWho Are You.pptx
Who Are You.pptxeko sugiono
 
Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)
Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)
Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)Kun Ardi
 
Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019
Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019
Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019Firman Pratama
 
Meditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan buruk
Meditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan burukMeditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan buruk
Meditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan burukMuhammad Irawan
 
10 unsur 'bahagia tanpa syarat'
10 unsur 'bahagia tanpa syarat'10 unsur 'bahagia tanpa syarat'
10 unsur 'bahagia tanpa syarat'PT. SASA
 
Elaborasi Pemahaman dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptx
Elaborasi  Pemahaman  dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptxElaborasi  Pemahaman  dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptx
Elaborasi Pemahaman dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptxAbdulWafi65
 
Cara hadapi stress
Cara hadapi stressCara hadapi stress
Cara hadapi stressEina Ellena
 
Terapi berfikir positif
Terapi berfikir positif Terapi berfikir positif
Terapi berfikir positif rizalZP
 
Cara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah SadarCara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah SadarAchmad Hidayat
 
Cara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah SadarCara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah SadarAchmad Hidayat
 
Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)
Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)
Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)Lautan Jiwa
 

Ähnlich wie KKM MENDEDAH (20)

Proses kawalan minda
Proses  kawalan  mindaProses  kawalan  minda
Proses kawalan minda
 
Hypno EFT
Hypno EFTHypno EFT
Hypno EFT
 
Hypnomotivation
HypnomotivationHypnomotivation
Hypnomotivation
 
Personal excellent
Personal excellentPersonal excellent
Personal excellent
 
Workshop alpha mind control
Workshop alpha mind controlWorkshop alpha mind control
Workshop alpha mind control
 
LEPAS LUKA BATIN.pdf
LEPAS LUKA BATIN.pdfLEPAS LUKA BATIN.pdf
LEPAS LUKA BATIN.pdf
 
Cara Mengatasi Rasa Takut
Cara Mengatasi Rasa Takut Cara Mengatasi Rasa Takut
Cara Mengatasi Rasa Takut
 
V. jurnal
V. jurnalV. jurnal
V. jurnal
 
Who Are You.pptx
Who Are You.pptxWho Are You.pptx
Who Are You.pptx
 
Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)
Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)
Mata ketiga dan_cara_menggunakannya_(x)
 
Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019
Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019
Majalah kekuatan-sugesti-september- 2019
 
Meditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan buruk
Meditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan burukMeditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan buruk
Meditasi zikir utk menghilangkan kebiasaan buruk
 
10 unsur 'bahagia tanpa syarat'
10 unsur 'bahagia tanpa syarat'10 unsur 'bahagia tanpa syarat'
10 unsur 'bahagia tanpa syarat'
 
Elaborasi Pemahaman dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptx
Elaborasi  Pemahaman  dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptxElaborasi  Pemahaman  dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptx
Elaborasi Pemahaman dan Rencana Aksi Nyata-KSE.pptx
 
Cara hadapi stress
Cara hadapi stressCara hadapi stress
Cara hadapi stress
 
Terapi berfikir positif
Terapi berfikir positif Terapi berfikir positif
Terapi berfikir positif
 
Cara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah SadarCara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
 
Cara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah SadarCara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
Cara Bicara kepada Alam Bawah Sadar
 
Tips
TipsTips
Tips
 
Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)
Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)
Mengenal Kecemasan dan Serangan Panik (9.0, fr Mind UK Booklet)
 

KKM MENDEDAH

  • 1. 1  SEPATAH KATA DARIPADA PENYUSUN Kaedah Kawalan Minda (KKM) adalah berasaskan kepada Kajian yang telah dijalankan oleh Jose Silva. Beliau adalah seorang rakyat Amerika Syarikat berketurunan Mexico. Beliau telah menjalankan Kajian tentang otak manusia dan kekuatannya sejak tahun 1944-1966. Selepas 1966 sehingga sekarang ia telah diajarkan di seluruh dunia di 130 buah negara di dalam 30 bahasa dengan lebih daripada 6 juta orang graduan. Ia adalah satu kaedah yang menggunakan otak kiri dan kanan dengan seimbang melalui relax yang terkawal. Ia adalah satu kaedah yang saintifik dan terbukti berkesan. Jose Silva telah meninggal dunia pada bulan Februari 1999 yang lalu dan buku ini adalah didedikasikan kepadanya. Ini adalah kerana belum ada lagi buku seumpama ini di dalam Bahasa Malaysia. Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah Siri Syarahan Asas mengenai ilmu ini dan kaedah-kaedah untuk menseimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan melalui relax yang terkawal untuk mencapai kesejahteraan diri. Bahagian kedua pula ialah Siri Lakukan Sendiri selama 20 hari. Sesiapa yang mengikuti latihan yang digariskan beliau akan mendapat menafaat sama seperti mereka yang mengikutinya di bawah pengawasan mereka yang pakar. Walaupun begitu adalah dinasihatkan agar pembaca mengikuti latihan di bawah pengawasan mereka yang pakar. Ini penting kerana menuntut ilmu perlu berguru. Semua teknik yang digariskan di dalam buku ini adalah untuk tujuan yang baik dan positif sahaja. Ia tidak akan berkesan untuk tujuan dan niat yang tidak baik dan negatif. Perkara yang negatif akan menjadi seperti boomerang yang akan kembali kepada pembalingnya. Pastikan fikiran anda sentiasa positif dan bersabarlah sekiranya anda tidak mendapat manafaat yang diharapkan dengan segera. Sentiasa ingatkan kejayaan yang lalu biar bagaimana kecil sekalipun. Perkara yang positif akan membuahkan perkara yang positif sama seperti sebaliknya. Kepada pembaca yang beragama Islam adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengingati bahawa manusia hanya mampu berusaha dan Allah S.W.T yang berkuasa menentukan ,jadi 1 pergunakanlah dan sebarkanlah . Ilmu : Tuntut, Amal , Sebar. Azaman Muhammad, Kaunselor , Pusat Matrikulasi, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Jitra Kedah . Julai 1999
  • 2. 2 KANDUNGAN MUKA SURAT BAHAGIAN SATU Teknik 3-1 : 1-5………………………. Pembersihan Mental………………… Menanamkan Benih Pemikiran…….. Kuasa Minda…………………………. Evolusi Minda……………………….. Lima Langkah Untuk Memastikan Teknik Kawalan Minda Berkesan…. Teknik Kawalan Tidur……………….. Teknik Bangun Tidur………………… Teknik Mengelakkan Daripada Mengantuk…………………… Kawalan Sakit Kepala………………. Kaedah Kawalan Sakit Kepala…….. Kawalan Mimpi……………………… Kaedah Kawalan Mimpi Melenyapkan Raksasa / Hantu… Konsep Layar Mental…………….. Kawalan Memori…………………. Mengawal Kemarahan…………… Teknik Tiga Jari…………………… Teknik Tiga Jari Dan Peperiksaan…………………… Teknik Tangan Terapung……….. Teknik Sarung Tangan Kebas….. Teknik Kawalan Berat Badan Dan Tabiat Buruk…………………………. ESP / IKE………………………………. Alam Kebendaan……………………… Alam Benda Bernyawa………………. Alam Haiwan………………………….. Makmal Dan Kaunselor……………… Jasad Dan Perasaan Manusia………. Teknik Ibu Jari Di Dahi……………….. BAHAGIAN DUA 1. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (1)………………... 2. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (2)………………... 3. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (3)……………….. 2 4. Kaedah Kawalan Minda Di Dalam Lima Hari (4)……………….. BAHAGIAN SATU TEKNIK 3 – 1 : 1 – 5 Minda atau akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling agung kepada manusia. adalah amat rugi jika tidak kita menafaatkan pemberian Allah s.w.t. yang paling tinggi nilainya itu. Masalah yang sering timbul ialah bagaimana cara untuk kita menggunakannya dengan cara yang paling
  • 3. 3 baik melalui teknik yang paling mudah dan Insyaallah membuahkan pula hasil yang terbaik ? Inilah yang akan kita lihat sepintas lalu. Apabila bercakap tentang Minda, sering kali kita mendengar perkataan ‘ Otak Kanan / Hemisfera Otak kanan’ dan ‘Gelombang Alfa’. Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa otak kanan itu adalah bahagian otak yang paling kurang dimenafaatkan dan menjadi satu kerugian besar tidak menafaatkannya dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana bahagian inilah yang mengawal kreativiti dan penyelesaian masalah. Manakala Gelombang Alfa pula merujuk kepada getaran sesaat otak kita sebagaimana getaran jantung kita. Getaran ini diukur dengan menggunakan sejenis alat yang memberikan ukuran 7 - 14 kitaran sesaat. Bagaimana menggunakan bahagian otak yang paling kreatif pada saat dan ketika yang paling baik? Minda kita boleh bergetar dalam gelombang Alfa ketika kita berada di dalam rehat atau tenang fizikal dan mental. Ia dapat dicapai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kita mungkin mencapai Gelombang Alfa ketika bersembahyang, mandi, membaca bacaan ringan atau mendengar lagu-lagu syahdu......Bolehkah kita menjadikan gelombang Alfa ini satu tabiat supaya dapat otak kanan kita berfungsi dengan baik pada saat dan ketika yang amat kita perlukan ? Jawabnya BOLEH!!! Bagaimana ? Begini..... 1. Cari satu tempat dan keadaan yang bebas daripada gangguan bau, bunyi, pandangan dan rasa yang tidak enak atau tidak elok. 2. Duduk dalam keadaan tegak, kaki memijak lantai /bumi, tulang belakang lurus, kepala tegak dan mata tertutup rapat. Tapak tangan diletakkan di atas peha. Tarik nafas panjang perlahan- lahan dan hembuskan juga perlahan – lahan 3. Tarik nafas perlahan-lahan dan ketika menghembuskannya perlahan-lahan, bayangkan angka/ nombor tiga sebanyak tiga kali ( 3 3 3 ) 4. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor dua sebanyak tiga kali ( 2 2 2) 5. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor satu sebanyak tiga kali ( 1 1 1 ). Katakan kepada diri anda bahawa anda akan merasa tenang rehat dan semakin tenang dan semakin rehat setiap kali anda menghembuskan nafas 6. Ingatkan diri anda, jika berlaku sesuatu perkara yang memerlukan anda membuka mata 3 maka anda akan membuka mata dan merasa tenang dan rehat seperti biasa. 7 Bayangkan anda berada di suatu tempat yang merehatkan, mungkin di tepi pantai, di atas puncak bukit di taman bunga dan seumpamanya. Bayangkan pemandangan, warna , bau , rasa dan bunyi yang mungkin kelihatan, kedengaran dan dapat anda rasakan. Bayangkan dengan terperinci dan cuba rasakan seolah- olah anda sedang berada di sana. 8. Selepas berada di dalam keadaan yang merehatkan itu untuk beberapa ketika anda boleh keluar dengan mengingatkan diri anda bahawa anda akan keluar dengan kiraan lima. Tarik dan hembus nafas satu persatu hingga lima kali dan pada kali ketiga ingatkan diri anda bahawa
  • 4. 4 anda akan keluar pada kiraan lima dan rasa sihat dan segar seperti sediakala. Buka mata dan cuba rasakan anda berasa lebih sihat dan segar seperti biasa. PEMBERSIHAN MENTAL Visualisasi dan imaginasi di dalam dimensi Alfa adalah kunci kepada kejayaan pemprograman semula dan penyelesaian masalah. Kita perlu sedar betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sikap dan pemikiran positif. Ini penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap diri kita sendiri tetapi juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kita seperti ahli keluarga dan rakan sekerja. Semua yang diterangkan di dalam buku ini akan menjadi sia- sia belaka sekiranya anda bersikap dan berfikiran negatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika kita merasakan bahawa kita akan gagal menyelesaikan sesuatu masalah, maka sudah pasti kita tidak akan dapat menyelesaikannya. Di dalam Kaedah kawalan Minda kita menggunakan satu teknik yang dinamakan Teknik Pembersihan Mental. Apabila terlintas sahaja di dalam fikiran kita sesuatu yang negatif kita akan mengatakan “Batal!” dengan segera. Ini diikuti dengan menggantikannya dengan pernyataan atau perkataan dan pemikiran yang positif. Sebagai contohnya sering kita mengatakan :” Tidak boleh !.” Cuba gantikannya dengan “Boleh!.” Apabila seseorang itu mengatakan boleh, sebenarnya beliau sudah mengambil langkah bijak ke arah mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya.Sebaliknya orang yang mengatakan tidak boleh, sebenarnya telah melawan arus. Tujuannya dan sukar untuk mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Perkataan negatif lain yang biasa digunakan ialah :”Cuba!.” “ Saya telah mencuba itu dan ini tetapi masih gagal!.” Pernahkah anda mencuba untuk mengutip duit syiling yang jatuh ? Sudah tentu tidak. Anda terus mengambilnya. Lebih baik jika anda mengatakan : “Saya akan lakukannya,” dan terus melakukan perkara yang perlu untuk menjamin kejayaan sesuatu kerja atau tugas itu. Bagaimana dengan perkataan- perkataan negatif yang lain seperti: ”Bencinya...”, “ Meluat saya...”, “ Terlupalah ..”, “Risaulah..”, “ Rasa macam nak mati...”; dan berbagai lagi perkataan negatif lain yang kita gunakan saban hari dan saban masa. Sebagai contohnya, setiap kali bertemu dengan seseorang yang anda benci anda akan berkata :” Sakit hati saya apabila memandang mukanya!.“ Ia benar- benar membuat anda merasa sakit hati, benci , geram dan 4 marah. Inilah yang dipanggil sebagai Pemprograman Negatif yang Berkesan. Proses ini sebenarnya berlaku dalam tempoh yang panjang kesan daripada pengulangan yang dilakukan tanpa disedari. Apa yang anda sedar ialah apabila bertemu dengan orang itu anda akan secara automatik berasa geram, marah dan benci terhadapnya. Apa yang telah dan sedang berlaku itu ialah Pemprograman Negatif yang berkesan sedang beroperasi. Bukankah baik jika kita proses itu diterbalikkan dan memperoleh menafaat yang sebaik- baik dan sebanyak- banyaknya ?
  • 5. 5 Pernahkah anda melihat atau bertemu dengan kanak- kanak yang menjadi mangsa sikap dan sifat negatif ibubapanya di rumah? “Bila terkena hujan, ibu kata kepala saya akan pening.”Jangan bermain di dalam gelap nanti ditangkap hantu!” Berapa banyakkah ‘sampah’ yang telah di sumbat ke dalam minda anak- anak di dalam sehari ? Sering anak-anak sebagai ‘bodoh’, ‘setan’, ‘hantu’ dan seumpamanya. Semua ini akan tertanam di dalam sel minda mereka dan akan kekal di situ sepanjang hayat mereka. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa sehingga usia seseorang kanak- kanak itu empat tahun, beliau telah mempelajari hampir 75 % daripada apa yang akan mereka gunakan di sepanjang hayat mereka. Bayangkan apakah jenis pemprograman yang telah dimasukkan ke dalam kepada anak- anak kita sejak usianya empat tahun dahulu ? Pemprograman lain yang sering kita lakukan terhadap anak- anak ialah tegahan atau larangan melakukan sesuatu perkara. Sering kita katakan kepada mereka :”Jangan buat itu, nanti....”. Apakah yang berlaku ? Mereka akan terus melakukannya lagi dan lagi biar berapa kalipun kita ulangi dan kita ingatkan mereka.Mengapa tidak kita hanya katakan kepada mereka:” Pergi main di tempat lain. Di sini panas !” Setiap kali kita menjerit dan marah serta mendenda dan memukul anak- anak kerana melakukan sesuatu kesalahan, ia seolah- olah satu pemprograman yang semakin kuat kesannya apabila dimarahi dan dipukul serta dijerit- jeritkan.Hanya beritahu sahaja agar jangan melakukan sesuatu perkara dengan nada yang lembut. Mengingatkan perkataan “Batal” apabila perlu akan memberi kesan yang mendalam keatas pemikiran tindakan dan hasil yang akan anda dapat lihat kesannya terhadap kesihatan, pencapaian kendiri, imej diri yang lebih baik, lebih berkeyakinan , lebih terkawal dan dapat memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak- anak dan rakan sekeliling. Ini dapat dilakukan dengan membersihkan mental anda. apabila ditanya:”Apa khabar ?”. Dengan yakin jawablah : ”Bertambah baik!”. Pengulangan yang berterusan akan memberi kesan yang baik untuk anda menjadi bertambah baik di dalam segenap bidang setiap hari. MENANAMKAN BENIH PEMIKIRAN Kita sering memandang rendah kepada kemampuan minda kita. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru atau sesuatu yang belum pernah kita dengar sebelum ini kita akan beranggapan bahawa lebih banyak ruang dan peluang yang kita perlukan untuk memahami atau 5 memurnikan ilmu yang baru itu ke dalam minda kita. Sebenarnya tidak. Apa sahaja yang kita alami melalui indera kita akan direkodkan ke atas sel otak. Selepas sesuatu sesi ceramah atau perbincangan kita berasa dengan pasti bahawa semuanya telah direkodkan seperti benih yang telah ditanamkan di dalam tanah. Apa yang penting ialah peneguhan. Sekali kita melakukan sesuatu perkara yang baru dan berjaya, ia akan membuahkan kejayaan yang berikutnya. Begitulah juga halnya apabila kita gagal melakukan sesuatu yang baru maka kegagalan itu akan membuahkan kegagalan yang berikutnya pada masa hadapan. Oleh itu ikutilah arahan dan langkah-langkah yang telah
  • 6. 6 digariskan agar tidak berlaku kesilapan dan kejayaan menggunakan sesuatu teknik itu akan lebih meyakinkan kita untuk menggunakan teknik yang sama pada masa hadapan. KUASA MINDA Minda kita mempunyai kuasa dan boleh diarahkan kepada apa jua kegunaan mengikut kehendak kita. Ini adalah satu kenyataan yang telahpun dibuktikan secara saintifik. Apa yang perlu kita lakukan ialah memahami hakikat bahawa kita semua mempunyai keupayaan untuk melakukan apa sahaja dengan minda kita walaupun kelihatannya seolah- olah sesuatu yang mustahil. Sesuatu yang kelihatannya mustahil pada mulanya apabila telah berjaya dilakukan maka minda kita akan meyakini bahawa ia boleh diulangi. Salah satu cara untuk melihat fenomena kuasa minda ialah dengan membengkokkan sudu. Dapatkan sebatang sudu dan gosokkan sudu itu dengan menggunakan ibu dan jari telunjuk perlahan- lahan di kawasan leher sudu itu. Bayangkan ia adalah sejalur mee yang basah. Apabila kita turun ke tahap asas kita untuk tujuan membengkokkan sudu ini arahkan kuasa minda kita melalui visualisasi dan imaginasi. Dalam kes kanak- kanak yang mengikuti program ini biasanya sekitar dua puluh minit sembilan puluh lima peratus akan berjaya melakukannya. Bakinya akan berjaya dengan latihan yang berterusan. Proses membengkokkan sudu ini adalah satu pemprograman terhadap benda. Minda manusia dengan bantuan kebijaksanaan manusia adalah satu- satunya kebijaksanaan yang dapat melakukan pemprograman sedemikian rupa dalam mengubah bentuk benda. Ini dapat difahami bahawa semuanya berpunca daripada kuasa minda kita. Kebijaksanaan Ini menghampirkan diri kita kepada peringkat genius kerana genius ialah orang yang menggunakan dengan lebih banyak keupayaan mindanya dengan cara yang tersendiri. EVOLUSI MINDA Hampir sembilan puluh peratus kanak- kanak terlupa bagaimana untuk memenafaatkan keupayaan genius mereka apabila meningkat dewasa. Ini berlaku kerana kurangnya penekanan dan peneguhan ke atas penggunaan daya visualisasi dan imaginasi mereka. Ini berlaku ketika kanak- kanak menghampiri usia akil baligh apabila minda mereka lebih menumpukan kepada fizikal dan timbulnya keinginan kepada jantina yang berlawanan. Perkembangan yang mendadak dari segi fizikal yang menjurus ke arah itu menambahkan lagi keinginan kepada jantina yang berlawanan. Dalam keadaan ini amat penting melakukan latihan mental untuk menguatkan minda dan mengujudkan keseimbangan yang harmonis di antara fizikal dan mental. 6 Sewaktu kita di alam rahim lagi, janin telah mengeluarkan gelombang Delta. Gelombang minda ini terhasil daripada tenaga elektrik yang dihasilkan oleh minda. Tenaga ini tergolong kepada beberapa pola atau ritma. Delta adalah gelombang minda yang paling lemah di antara 0.5 hingga 4 kitaran sesaat. Ini berterusan sehingga empat tahun usia seseorang kanak- kanak itu. Pada tahap ini bayi/kanak-kanak ini mula belajar menggunakan pancainderanya. Indera yang pertama yang digunakan oleh kanak- kanak ialah sentuhan diikuti oleh rasaan, hiduan kemudian pendengaran dan penglihatan. Apabila usia kanak- kanak itu meningkat empat tahun mindanya akan bergetar dalam frekuensi Theta. Ada dikatakan bahawa pada ketika ini seseorang kanak- kanak itu telah merakamkan tujuh puluh lima peratus pengetahuan ke atas sel otaknya untuk
  • 7. 7 digunakan sepanjang hidupnya. Frekuensi Alfa terhasil ketika usia kanak- kanak itu di antara tujuh hingga empat belas tahun. Frekuensi yang lain masih digunakan tetapi lebih banyak menggunakan frekuensi yang sejajar dengan usianya. Di dalam gelombang Alfa seseorang kanak- kanak itu mula menggunakan maklumat yang telah dirakamkan di atas sel otak dan cuba menyesuaikannya dengan maklumat- maklumat baru yang telah diterima. Kanak - kanak itu akan mencipta ide yang baru dan mengkagumkan, penyelesaian Kepada masalah dan ciptaan yang berbagai. Teman sepermainan yang dibayangkannya Kelihatan seperti benar- benar ujud.Dia menunjukkan kelebihan yang sama seperti yang dilalui oleh pengamal Kaedah Kawalan Minda. Dengan menggunakan kaedah ini kita belajar untuk berfungsi sama seperti ketika kita kecil dahulu dengan kembali mempelajari bagaimana untuk berfungsi dan mengawal minda ketika di dalam frekuensi alfa. Selepas atau ketika usia 14 tahun , kanak- kanak mula melalui zaman akil baligh. Dia mula memberikan fokus kepada keadaan sekelilingnya dan dengan itu lebih banyak menggunakan frekuensi Beta. Dia menjadi lebih logik, dan banyak menggunakan taakulan dan analatikal. Dia telah membenamkan pengalamannya berfungsi di dalam frekuensi Alfa, Delta dan Thetanya ke dalam dimensi luarsedar. Akhirnya beliau melupakan kekuatan dan kepakaran menggunakan kebolehannya yang asli. Kanak- kanak perlu diajar agar mengekalkan keupayaan mentalnya melalui visualisasi dan imaginasi pada frekuensi Alfa. Ilham adalah hasil daripada tindakan berfungsi pada frekuensi Alfa. Ia amat diperlukan di dalam segenap lapisan kehidupan. Jika kebolehan ini diperkemaskan /dimurnikan ini akan dapat membantunya menjadi seorang penyelesai masalah yang berjaya. Apabila minda berfungsi pada frekuensi Beta ia akan menyelinap masuk ke frekuensi Alfa 30 kali seminit untuk ukuran masa dalam mikrosaat. Ketika inilah ilham akan muncul. Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi mencapai ketepatan 4 daripada 5 ataupun 80 %. Dia akan menjadi lebih sihat kerana ilham muncul dalam frekuensi Alfa dan ketika itulah badan akan mengubati dirinya sendiri secara automatik. Dia akan kurang terlibat dengan kemalangan kerana berada di satu tempat pada satu ketika yang tepat, Ini juga bererti bahawa dia akan bernasib lebih baik daripada yang lain. Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi akan menyelesaikan lebih banyak Masalah kerana dia mendapat jawaban ketika keadaan kelihatannya seolah- olah mustahil. Untuk 7 mendapatkan sebarang jawaban. Jawaban datang melalui tekaan atau pun mengikuti rasahati yang kesemuanya digolongkan sebagai ilham. LIMA LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN TEKNIK KAWALAN MINDA BERKESAN Kenalpasti masalah yang dihadapi Masalah hanya menjadi masalah apabila dapat disenaraikan atau dituliskan di atas kertas. Selagi ia masih di dalam kepala atau di dalam pemikiran ia bukanlah masalah. Senaraikan perkara yang
  • 8. 8 dianggap sebagai masalah dan kemudian pastikan sama aada ia sebenarnya masalah atau hanya beberapa kesulitan sahaja. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai Apabila masalah telah dikenalpasti , tentukan sama ada ia hendak diselesaikan ataupun tidak. Adakah anda sendiri yang perlu menyelesaikannya ataupun anda memerlukan pertolongan daripada orang lain. Jika ya, siapakah orang tersebut ? Tentukan kaedah yang akan digunakan untuk mengatasi masalah tersebut Bagi setiap masalah ada beberapa cara atau teknik yang dapat digunakan . Senaraikan teknik- teknik tersebut dan berikan keutamaan . Lakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan matlamat anda itu tercapai Bertindaklah menggunakan teknik yang telah disenaraikan mengikut keutamaannya dan lihat hasilnya. Sentiasa mengakui seolah- olah matlamat anda itu sudahpun tercapai Apabila kita dapat melihat matlamat yang ingin dicapai sebahagian daripada masalah itu telahpun diselesaikan . Berlagaklah seperti masalah itu telahpun diatasi dan ini akan mencerahkan lagi peluang untuk mempercepatkan lagi proses penyelesaian kepada masalah itu. TEKNIK KAWALAN TIDUR Bagi mereka yang mengalami masalah susah melelapkan mata (Insomnia), berikut adalah teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut: 1. Rehatkan diri dengan Kaedah 3-1 2. Bayangkan papan hitam Bayangkan sebelah tangan anda memegang kapur dan sebelah lagi memegang pemadam 3. Bayangkan anda melukiskan satu bulatan besar di atas papan hitam ituBayangkan anda melukiskan huruf X yang besar didalam bulatan itu 4. Bayangkan anda memadam huruf X itu dengan perlahan-lahan dan berhati- hati tanpa memadamkan bulatan itu Apabila anda telah memadam huruf X itu tuliskan disebelah 8 kanan bulatan itu RELAX 5. Tuliskan angka 100 dan kemudian padamkannya perlahan- lahan dan kemudian perhatikan perkataan RELAX dan cuba rasakan anda semakin relax setiap kali anda memadam angka dan melihat perkataan RELAX 6. Ulangi dengan angka 99 dan seterusnya 98 ........ sehinggalah anda tertidur 7. Jangan lupa ingatkan diri anda : sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau keadaan memerlukan anda akan membuka mata dan bangun dengan rasa sihat dan segar.
  • 9. 9 TEKNIK BANGUN TIDUR 1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 – 1 2. Bayangkan jam loceng. Bayangkan anda menetapkan jam anda ingin tersedar daripada tidur. 3. Katakan kepada diri anda :” Inilah waktunya saya mahu tersedar, inilah waktunya saya akan tersedar” 4. Teruskanlah tidur dan InsyAllah anda akan tersedar pada waktu yang anda ingini itu. TEKNIK MENGELAKKAN DARIPADA MENGANTUK Jika anda merasa mengantuk tetapi anda ingin terus berjaga kerana sesuatu perkara, anda boleh gunakan teknik ini: 1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 - 1 2. Katakan kepada diri anda :” Saya merasa mengantuk, saya tidak mahu merasa mengantuk, saya mahu terus berjaga, merasa sihat dan segar” 3. Katakan kepada diri anda :” Saya akan membilang daripada 1 - 5. Pada kiraan 5 saya akan membuka mata, tidak mengantuk, merasa sihat dan segar. Saya tidak akan merasa mengantuk, saya akan terus berjaga.” 4. Kira perlahan -lahan 1, 2, 3 ingatkan diri anda :” pada kiraan 5 saya akan membuka mata , terus berjaga dan merasa sihat dan segar.” 5. Kira 4 dan 5 dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka ingatkan diri anda”:” Saya terus berjaga, berasa sihat dan segar lebih daripada biasa:” KAWALAN SAKIT KEPALA 9 Doktor mendapati bahawa 90% daripada sakit kepala adalah disebabkan oleh ketekanan/ stress. Selebihnya adalah disebabkan oleh punca- punca lain di dalam badan manusia. Sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala kerana berpunca daripada stress maka kaedah yang akan dibincangkan nanti boleh digunakan untuk menghilangkannya. Tetapi sekiranya sakit kepala anda timbul pada masa yang tertentu maka sakit kepala itu mungkin disebabkan oleh masalah organ di dalam badan dan anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan. Anda digalakkan menggunakan kaedah ini pada peringkat awal sakit kepala itu mula menyerang atau mendatang. Jika anda mengalami masalah untuk ke tahap Alfa di tengah tengah kesibukan tugas dan kedaan maka anda boleh pergi ke tandas untuk menggunakan teknik ini atau ke tempat
  • 10. 10 lain seperti surau dan bilik rehat yang membolehkan anda menggunakan kaedah ini tanpa sebarang gangguan. Anda perlu melalui lima tahap seperti yang telah dibincangkan di dalam teknik- teknik sebelumnya iaitu pertama menyatakan masalah, kedua menyatakan matlamat, ketiga menyediakan rancangan untuk mencapai matkamat yang telah anda tetapkan , keempat melaksanakan rancangan anda itu dan akhir sekali menganggap bahawa matlamat anda itu sudahpun tercapai atau terlaksana. Ingatlah bahawa semua ini hanya berlaku dan berkesan ketika anda berada pada tahap Alfa dan anda boleh juga menggunakan taknik ini untuk penyakit yang lebih serius seperti gila babi, sawan atau ketika anda berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan. KAEDAH KAWALAN SAKIT KEPALA SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA STRESS Turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1. Apabila berada pada Tahap 1 katakan kepada diri anda : “ Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit kepala; saya tidak mahu sakit kepala.; saya tidak mahu merasa sakit kepala”. “Saya akan mengira 1 - 5 dan pada kiraan 5, saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Saya tidak akan sakit kepala. Saya tidak akan merasa sakit kepala lagi. ”Kemudian kira perlahan- lahan dari 1, 2 dan 3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda “pada kiraan 5 saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna; tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala. saya; saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya.” Perhatikan bahawa kita telah membuat perubahan pada tahap 3 daripada sakit kepada tidak selesa. Kita tinggalkan sakit itu di belakang. Sambung kembali kiraan perlahan-lahan kepada 4, kemudian 5, dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka katakan kepada diri anda. “ Saya telah sedar, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala saya. Saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya “. SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA MIGRAIN Untuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain, gunakan kaedah seperti di atas tetapi 10 lakukan tiga kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang pertama anda akan dapat rasakan kesakitan itu menurun sedikit dan kali yang berikutnya akan mengurangkan kesakitan sedikit demi sedikit. Pada kali yang ketiga sepatutnya sakit kepala anda akan hilang semuanya. Apabila kesakitan anda datang lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan semua kesakitan di dalam kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda kepada dadah yang tertentu dan sakit anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan anda melupakan punca kepada kesakitan di dalam kepala anda. Walaubagaimanapun jangan merasa segan untuk mengulanginya beberapa kali sehingga anda mendapatkan kesan yang anda harapkan. Tidak
  • 11. 11 rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan bayaran daripada menghabiskan wang membeli ubat. Untuk sakit kepala yang berpunca daripada keadaan di dalam anggota badan yang lain sila berjumpa dengan doktor yang pakar. KAWALAN MIMPI Tahap Alfa adalah tahap kita bermimpi sama ada bermimpi pada malam ataupun pada siang hari. Adalah sesuatu yang amat menguntungkan sekiranya kita dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang tahap Alfa dan mempunyai kawalan yang lebih di dalam dimensi tersebut. Ahli sains mendapati bahawa semua orang bermimpi walaupun tidak semua orang mengingati mimpi- mimpi mereka. Ada beberapa sebab mengapa mimpi tidak dapat diingati. Mungkin mimpi yang buruk amat menakutkan untuk diingati kembali atau mungkin ada seseorang memanggil- manggil di dalam mimpi dan panggilan tersebut tidak mahu didengari dan diingati maka hasilnya mimpi tidak dapat diingati. Kaedah yang akan diterangkan nanti akan membolehkan anda mengingati mimpi- mimpi anda dan ingatlah bahawa lebih baik bermula dengan perlahan- lahan dengan mengingati satu mimpi setiap malam sebelum mengingati beberapa mimpi yang dialami pada satu malam.Setiap daripada kita mempunyai pengalaman yang unik dan mempunyai satu pola simbolik yang unik untuk menggambarkan peristiwa - peristiwa di dalam kehidupan kita. Ini dapat dilihat sekiranya anda mempunyai diari mimpi yang mencatatkan peristiwa yang berlaku di dalam mimpi anda. Sekiranya anda tersedar dengan satu mimpi, tuliskan secara ringkas tentangnya. Pada sebelah paginya cuba untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dengan masuk ke dalam tahap Alfa anda. Pastikan anda mencatatkannya sebaik sahaja anda mengingatinya, jika tidak ia akan hilang begitu sahaja.Selepas menuliskan kembali mimpi- mimpi anda masuk kembali ke dalam tahap Alfa dan tanyakan kepada diri anda :” Apakah kaitan mimpi ini dengan apa yang berlakau di dalam hidup saya ?” Ini akan dapat membantu anda memahami simbolik- simbolik di dalam impi dari masa ke masa dan menterjemahkannya dengan cepat dan tepat. Mendapatkan tdur dan pusingan mimpi yang yang sepatutnya amat baik kerama ia memberikan kita maklumat yang banyak dan peluang untuk menilai sesuatu perkara daripada dimensi yang lain selain daripada dimensi fizikal kita.Diantara faedah yang diperolehi daripada penggunaan teknik ini ialah kita akan hanya bermimpi dengan mimpi- mimpi yang kita ingini sahaja disamping mengimbas kembali mimpi-mimpi kita dan mendapatkan jawaban bagi menyelesaikan masalah yang kita adapi.Sekiranya anda mengalami mimpi- mimpi ngeri anda 11 boleh memadamkannya dengan memberikan arahan seperti berikut sewaktu anda berada di Tahap alfa.: “ Saya mengalami mimpi ngeri ini, saya tidak sukakannya, saya tidak mahu ia berulang lagi..” dan yang seumpamanya . Kajian menunjukkan setiap daripada kita mengalami sekurang- kurangnya 4 pusingan tidur dan mimpi di dalam semalaman. Setiap pusingan mengambil masa sekitar 90 minit. Mimpi pada peringkat awal tidur lebih mendalam dan singkat. Mimpi peringkat berikutnya lebih ringan dan mempunyai kitaran yang lama. Sekiranya anda terbangun terlalu awal maka tidak ada mimpi. Tetapi sekiranya anda terbangun di tengah- tengah mimpi anda akan merasa keliru. Sekiranya anda terbangun akhir mimpi maka anda akan mengingati dan memahaminya
  • 12. 12 KAEDAH KAWALAN MIMPI 1. Sebelum tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 . Apabila berada pada tahap tersebut ingatkan diri anda. “ saya ingin mengingati mimpi saya, saya akan mengingati mimpi saya”. Kemudian terus tidur.Anda mungkin akan terbangun pada sebelah malam atau paginya dengan koleksi mimpi anda pada malam itu. Sediakan kertas dan pen untuk menuliskannya. Setelah anda berpuas hati dengan pencapaian anda dengan kaedah ini barulah anda teruskan dengan kaedah berikutnya. 2. Sebelum masuk tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1. Ketika pada Tahap alfa ingatkan diri anda:” saya ingin mengingati mimpi- mimpi saya, saya akan mengingati mimpi- mimpi saya”. Teruskan tidur.Anda akan terbangun beberapa kali pada sebelah malam dan pada sebelah pagi dengan koleksi mimpi anda. Tuliskan semua mimpi- mimpi itu dan beralih kepada kaedah berikutnya setalah anda berpuas hati. 3. Bagaimana mengunakan mimpi untuk diingati, difahami dan membantu di dalam penyelesaian masalah. Masuk ke Tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1 dan sewaktu pada tahap Alfa ingatkan diri anda : “Saya inginkan mimpi yang mengandungi maklumat untuk menyelesaikan masalah yang ada di dalam minda saya.” Nyatakan masalah anda dan tambahkan lagi :” Saya akan mendapat mimpi itu, mengingatinya dan memahaminya.” Teruskan tidur. Anda akan terbangun pada tengah malam atau pada paginya dengan koleksi mimpi yang akan anda ingati dan fahami dan dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi. MELENYAPKAN RAKSAKSA / HANTU Kanak- kanak begitu kreatif dan imaginatif. Sering kita dengar bagaimana kanak- kanak bermain dengan ‘kawan- kawannya’ yang tidak dapat kita lihat. Peranan media cetak dan elektronik menambahkan lagi kesukaran kita memahami kanak- kanak dengan daya imaginasi mereka yang kadang- kadang keterlaluan. Bagi setengah kanak- kanak raksaksa/ hantu ada di mana sahaja; di sebalik tabir, belakang pintu, di bawah katil dan yang hairannya mereka dapat menerangkan dengan terperinci tentang hantu atau raksaksa itu. Apabila kanak- kanak melaporkan mereka bertemu dengan hantu ibubapa akan memasang lampu atau pergi ke tempat yang dikatakan berhantu itu dan menerangkan kepada kanak- kanak itu bahawa tidak ada hantu di situ kepada ibubapa dengan tindakan mereka akan melegakan kanak- kanak itu, tetapi sebenarnya tidak. Mereka tetap dapat melihatnya di 12 dalam minda mereka. Walaupun ibubapa begitu berhati- hati untuk tidak mengujudkan suasana yang menakutkan terhadap anak- anak mereka tetapi ia masih terus berlaku. Antara puncanya ialah pembantu rumah dan penjaga kanka- kanak tersebut yang sering menakut- nakutkan mereka apabila kanak- kanak itu enggan menurut perintah mereka. Mereka akan menggaru-garu dinding dan lantai sehingga mengeluarkan bunyi yang menakutkan kanak- kanak tersebut atau menceritakan cerita yang menakutkan agar kanak- kanak itu mendengar perintah dan duduk diam. Jika kanak- kanak itu dapat diyakinkan bahawa tidak ada hantu maka program berikutnya akan gagal kerana mereka telah meyakinkan minda mereka bahawa tidak ada hantu.
  • 13. 13 Untuk memusnahkan hantu atau raksaksa ini kanak- kanak atau kita sendiri perlu turun ke tahap asas dan lakukan pemprograman pada tahap itu dengan menyatakan bahawa jika kita bertemu atau melihat hantu kita akan menunjuknya dengan jari telunjuk kita dan hantu atau raksaksa itu akan menjadi semakin kecil sehingga boleh dipegang dan dibuat mainan. Ia juga boleh diletakkan di atas tapak tangan dan apabila ditepuk ia akan hilang KONSEP LAYAR MENTAL Untuk menentukan letak Layar Mental anda perlu turun ke tahap asas dengan Kaedah 3 - 1. Apabila berada di sana jeling sedikit mata anda ke atas kadar 20 darjah. Bayangkan sebuah layar seperti layar di panggung wayang. Letakkannya di luar dan jauh daripada badan anda. Imej yang anda gambarkan di dalam visualisasi hendaklah dipancarkan ke layar mental tersebut sama seperti halnya gambar dipancarkan daripada projektor ke layar perak. Jangan jadikan kelopak mata anda sebagai layar sebaliknya bayangkan seolah-olah gambar terpancar daripada dahi anda ke luar dan jauh daripada badan anda. Kes- kes yang biasa diselesaikan dengan teknik ini ialah masalah Matematik dan mengingatkan kembali apa yang telah dibaca. Apa yang perlu dilakukan ialah menggambarkan formula atau sifir sehingga seakan- akan ternampak sifir atau formula itu seperti menonton filem. Begitu juga halnya untuk dengan pembacaan. jadikan apa yang telah anda baca sebagai sebuah cerita filem dan tayangkannya di layar mental anda ketika anda memerlukannya. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik jadikan imej yang dibayangkan itu bergerak dan berwarna - warni dan mempunyai bentuk yang pelik dan melucukan . Ini akan banyak membantu anda menguatkan keupayaan dan kebolehan menyelesaikan masalah, visualisasi dan imaginasi dan lebih baik, ingatan yang lebih banyak dan jelas, kreativiti yang bertambah dan perkembangan hemisfera otak kanan yang menjadikan anda semakin genius dari hari kehari. KAWALAN MEMORI Untuk memperbaiki memori diketengahkan Sistem yang dipopularkan oleh Bruno Furst yang amat menekankan tentang pembentukan imajan di atas Layar Mental. Sistem ini menggunakan angka Arab dan konsonan. Bunyi vowel ( a,e,i,o,u) tidak mempunyai nilai dan konsonan/ abjad yang mempunyai bunyi yang seakan- akan sama akan mempunyai nilai yang sama. Contohnya B dan P. 0 Susu 13 1 Teh 2 Nenek 3 Mee 4 R el 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 5 L SeTaN MoRe LoJiK FiB
  • 14. 14 6 J 7 K 8 F 9 B Untuk mengingati senarai yang panjang bayangkan perkara yang pelik dan ganjil dengan menggunakan gambar di dalam minda anda dan kaitkannya dengan peg di atas. Jika perkara pertama yang ingin anda ingati ialah susu maka bayangkan TEH SUSU yang membuak- buak seperti gunung berapai yang meletus apabila ditarik. Jika perkara kedua yang anda ingati ialah basikal, bayangkan binatang yang di dalam bahtera Nabi Nuh semuanya menunggang basikal seperti di dalam pertunjukan sarkas dan seumpamanya. MENGAWAL KEMARAHAN Kemarahan adalah sifat semulajadi manusia yang ada baiknya jika digunakan pada tempat dan keadaan yang sesuai, kita orang dewasa akan berhadapan dengan banyak masalahsekiranya menunjukkan kemarahan kepada keadaan, orang dan tempat yang salah. Tidak seperti kanak- kanak, mereka boleh bermain dengan orang yang mereka marahi atau yang menimbulkan kemarahan mereka dalam masa yang singkat seolah- olah perkara itu tidak pernah berlaku antara mereka. Apabila marah ujud walau apapun puncanya, jantung akan berdegup dengan lebih pantas, tekanan darah akan semakin tinggi dan kimia di dalam badanpun berubah. Ini boleh membawa kesan kepada badan contohnya sakit kepala. Ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan di dalam cecair gastrik di dalam perut dan boleh menyebabkan berlakunya barah di dalam perut. Semakin tinggi kefahaman kita tentang punca stres semakin baik taraf kesihatan kita. Apabila kita berada di dalam keadaan marah pergi ke tahap anda dengan Teknik 3 - 1 dan apabila berada di sana bayangkan punca kemarahan anda sama ada ia orang, keadaan atau benda dan bayangkan bahawa anda dapat menanganinya dengan baik. Bayangkan anda kelihatan gembira kerana berjaya menanganinya dan kemudian keluar dengan Teknik 1 - 5. 14 TEKNIK TIGA JARI Teknik ini dapat digunakan dengan mempertemukan hujung tiga jari pertama kedua- dua belah tangan ( jari- jari ibu, telunjuk dan hantu ). Teknik ini berkesan untuk pergi ke tahap minda yang lebih dalam untuk pemprograman semula tanpa menggunakan Teknik 3 - 1. Ia akan memudahkan untuk mengingat semula maklumat dan menajamkan memori.
  • 15. 15 Untuk menggunakan teknik ini anda perlu ke tahap anda dengan menggunakan Kaedah 3 - 1. Apabila selesai ingatkan diri anda bahawa anda akan mengira satu hingga tiga dan pada kiraan tiga anda akan membuka mata dan membaca buku. tambahkan:” Kebisingan tidak akan mengganggu saya . Saya akan mempunyai kefahaman dan kensentrasi yang tinggi. ” Kemudian kira satu, dua dan tiga dan buka mata sertakan mulakan pembacaan. Setelah selesai membaca, turun ke tahap anda dengan Kaedah 3 - 1. apabila berada di sana katakan kepada diri anda :” Pelajaran yang baru sahaja saya baca sebentar tadi ( nyatakan nyatakan tajuk dan perkara ) akan mudah saya ingat kembali bila- bila masa pada masa hadapan dengan Teknik Tiga Jari saya.” Sekiranya anda mendengar ceramah atau syarahan , pergi ke tahap anda dengan Kaedah 3 - 1. Apabila berada di sana ingatkan diri anda bahawa anda akan mendengar syarahan, ceramah ataupun kuliah. Nyatakan Tajuk perkara dan nama pensyarah. Katakan kepada diri anda :”Saya akan menggunakan Teknik Tiga Jari dan dengan mata terbuka sepanjang syarahan ini. Kebisingan tidak akan mengganggu saya. Saya akan mempunyai konsetrasi dan kefahaman yang tinggi. Saya akan mengingati syarahan ini ( sebutkan tajuk, perkara dan nama pensyarah) pada bila- bila masa pada masa hadapan dengan menggunakan Teknik Tiga Jari.” Dengan menggunakan teknik ini anda akan mudah mengingati semula sebarang perkara. Dengan teknik ini maklumat dilabelkan, diindekskan dan difailkan ke atas sel otak dengan teratur dan tersusun. Teknik ini akan memudahkan minda mencapai tahap berfungsi yang lebih dalam, fizikal dan minda anda akan berasa lebih rehat. Apabila minda berada dalam keadaan rehat pemikiran akan bergerak dengan lebih bebas dan lancar. Tentu anda pernah berhadapan dengan soalan yang anda tahu jawabannya tetapi terlupa walaupun anda mencuba dengan sepenuh upaya untuk mengingatinya. Tetapi apabila anda pulang ke rumah sambil berehat dan menonton tv, ketika itulah jawaban itu muncul dengan tiba- tiba. Mengapa ? Kerana minda anda berada dalam keadaan yang tenang adi pemikiran anda lebih lancar dan anda dapat mengingat dengan lebih mudah. TEKNIK TIGA JARI DAN PEPERIKSAAN 15 Sebelum memulakan jawaban cubalah untuk merehatkan diri anda dengan menarik nafas dengan mendalam beberapa kali. Ini akan membantu anda mengawal keadaan dan pemikiran anda. Anda juga boleh mengingatkan sesuatu perkara yang melucukan untuk merehatkan pemikiran anda. Berikut adalah tiga langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan anda menjawab dengan baik dan berkesan. Langkah Pertama
  • 16. 16 Baca soalan seperti biasa dan jangan terlalu lama bagi setiap soalan. Sekiranya anda mempunyai jawaban, tuliskan dengan ringkas. Sekiranya tidak ada jawaban yang anda ingati, teruskan dengan soalan berikutnya Langkah Kedua Gunakan langkah yang pertama tetapi pada kali ini dengan menggunakan Teknik Tiga Jari dan tunggu lama sedikit bagi soalan yang tidak diketahui jawabannya. Sekiranya jawaban tiba-tiba muncul, tuliskannya. Sekiranya masih tidak ada jawaban pergi ke soalan berikutnya Langkah Ketiga Gunakan Teknik Tiga Jari dan baca soalan yang masih belum berjawab, pejamkan mata dan jeling ke atas sedikit dan bayangkan pensyarah anda di atas Layar Mental. Tanyakan jawaban daripada beliau dan kemudian tenangkan fikiran dan kembali berfikir untuk mendapatkan jawaban. Jawaban yang akan muncul adalah jawaban daripada pensyarah itu secara mentalnya. Jika ini berlaku tuliskannya dan jangan sekali- kali menghantarkan kertas kosong. Sentiasa ingat tentang konsep Pembersihan Mental. Mengatakan :” Saya lupa” tidak akan membantu untuk mengingati semula maklumat. Ingatkan kembali tentang keadaan apabila anda ditanyakan soalan dan anda menjawab, : ‘Saya terlupa!,” adakah dapat anda mengingati semula jawabannya.? Sudah tentu tidak !. Sebaliknya ingatkan kembali keadaan apabila anda ditanya dan anda menjawab:” Baru sebentar tadi saya ingat ! Tidak mengapa , sekejap lagi saya akan mengingatinya kembali .” Tidak lama kemudian anda akan mengingatinya kembali . Mengapa ? Ini adalah kerana minda anda terus mencari maklumat tersebut. Apabila anda mengatakan “Saya terlupa”, minda anda tidak akan berbuat apa- apa untuk mengingatinya kembali. Konsep Layar Mental juga boleh digunakan di dalam menjawab peperiksaan. Jadikan gambaran mental apa sahaja yang anda baca sama seperti klip video atau wayang gambar dan mainkannya semula untuk mengingati kembali apa yang telah anda baca untuk menjawab soalan. Kegunaan lain Teknik Tiga Jari ialah untuk mengawal emosi yang negatif. Apabila berhadapan dengan emosi yang negatif apa yang perlu anda lakukan ialah temukan tiga jari anda di kedua- dua belah tangan dan menarik tiga kali nafas dalam- dalam dan anda akan dapat mengawal atau mengubahnya menjadi yang lebih positif. 16 Dalam Teknik Tiga Jari kita menggunakan jari -jari ibu, telunjuk dan tengah/hantu kerana di hujungnya apabila ditemukan akan menutup kitaran tenga daripada terlepas keluar dan kekal di dalam badan untuk apa jua pemprograman diri yang lebih baik. sebab yang lain ialah tiga itu mengingatkan kita kepada keinginan, keyakinan dan harapan yang merupakan kunci terpenting untuk memastikan proses pemprograman semula dapat berjalan dengan berjaya dan berkesan. Ibu jari mewakili keinginan, telunjuk mewakili keyakinan dan jari tengah/hantu mewakili harapan.
  • 17. 17 Teknik ini telah terbukti berkesan untuk tujuan mengingati semula maklumat, relax , kawalan dan pemprograman semula. Anda akan merasai faedahnya jika mengunakannya berulang- ulang. TEKNIK TANGAN TERAPUNG Teknik ini berasal daripada teknik Dr . Milton Erikson, seorang pakar hipno-analis yang menggunakan teknik ini untuk membantu pesakitnya berada pada tahap relax yang mendalam. Dalam teknik ini pesakit diarahkan supaya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada salah satu daripada tangannya dan merasakan tangannya itu begitu ringan dan terangkat sehingga belakang tangannya menyentuh pipinya dan kembali ke tempat salnya di atas peha. Ketika itulah Dr. Erikson menggunakan sepenuh masa yang singkat itu untuk mengubati pesakitnya. Kadangkala ia mengambil masa sehinga satu setengah jam. Dalam Kaedah kawalan Minda Silva, versi ini telah dimurnikan sehingga proses itu mengambil masa yang singkat sahaja. Apabila tangan menyentuh muka dan kembali ke tempat asalnya kita akan merasa relax yang mendalam. Ini adalah satu cara lain untuk sampai ke tahap asas. Telah dibincangkan sebelum ini Kaedah 3 - 1 , Teknik Tiga Jari dan sekarang ini Tekik Tangan Terapung. Teknik ini mudah dan berkesan. Untuk menggunakan teknik ini, duduk dengan selesa dan tumpukan sepenuh perhatian kepada tangan yang paling biasa digunakan. Jangan mengalihkan pandangan daripadanya. Tangan kita mungkin akan kelihatan ganjil atau berlainan. memang begitulah halnya kepada apa jua benda yang diperhatikan dengan lama akan menjadi ganjil dan berlainan. Bilang 10 hingga satu perlahan - lahan dan rasakan tangan anda menjadi begitu ringan dan sensitif sehingga salah satu daripada jari anda digerakkan . Bayangkan jari itu bergerak dan membawa kepada tangan anda pula terangkat daripada peha ada. Apabila menghampiri satu rasakan tangan anda terangkat dan belakang tangan anda menyentuh pipi anda. Apabila tangan menyentuh sahaja pipi anda maka anda akan menutup mata, menarik nafas dalam-dalam dan sewaktu menghembuskannya tangan anda akan kembali ke tempat asalanya. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan berada di dalam tahap minda yang lebih dalam dan menyegarkan. Sewaktu membilang itu anda boleh meyakinkan diri anda bahawa belon sedang mengapungkan tangan anda ataupun tangan anda akan merasa ringan seringan bulu. Saranan ini akan membantu tangan anda merasa ringan dan terangkat dengan cepat. Ini adalah salah satu cara untuk mencapai tahap asas dan gunakanlah agar dapat anda rasakan perbezaannya dengan 17 teknik- teknik yang lain. TEKNIK SARUNG TANGAN KEBAS ( STK) Teknik STK ini ialah perasaan yang dibentuk ke atas tangan yang kurang biasa digunakan untuk mengawal kesakitan fizikal dan dalam kebanyakan kes ialah pendarahan. Perasaan yang terbentuk ialah perasaan selain daripada perasaan yang biasa dialami seperti sejuk, panas . Untuk mengunakan teknik ini duduk dengan tegak dan turun ke tahap Asas dengan Kaedah 3 - 1. Sebaik sahaja berada di sana bayangkan anda mencelupkan tangan anda yang biasa
  • 18. 18 digunakan ke dalam timba yang berisi air panas yang berada di sebelah anda. Air itu panas tetapi tidaklah sampai ke tahap kepanasan yang tidak dapat ditanggung. Ingatkan kembali pengalaman masa lalu ketika tangan anda terendam atau tersimbah dengan air panas sehingga dapat anda rasakan pengalaman itu seperti sedang berlaku. Rasakan bagaimana panasnya di celah- celah jari anda. Angkat tangan anda dan rehatkannya di atas peha anda. Bayangkan pula anda mencelupkan tangan anda yang kurang biasa digunakan ke dalam bekas berisi pecahan air batu. Bayangkan pengalaman lalu ketika tangan anda terendam atau memegang air batu sehingga dapat anda rasakan sejuknya air batu itu sekarang ini. Cuba rasakan bagaimana sejuknya air batu itu di celah - celah jari anda. Angkat tangan anda daripada bekas berisi airbatu itu sehingga berada di belakang kepala anda tetapi tidak menyentuhnya. Keringkan ia dalam kedudukan ini selama yang anda mahu. Kemudian rehatkan tangan anda di atas riba anda dan cuba uji dengan cara mencubit atau menepuknya. Untuk menghilangkan rasa selain daripada yang biasa anda boleh menghilangkannya dengan menggosokkannya daripada pergelangan hingga ke jari -jemari tiga kali dan tangan anda akan kembali normal. Untuk keluar gunakan Kaedah 1- 5. Apabila anda telah pernah mengalami teknik ini anda boleh memindahkannya ke tangan yang lain. Anda juga boleh memindahkannya ke mana- mana bahagian badan yang anda ingini. Untuk menggunakannya anda hanya perlu meletakkan salah satu tangan anda ke bahagian badan yang sakit dan katakan :”HILANG!”, ketidakselesaan itu akan hilang. Sehubungan dengan ini juga ada satu lagi latihan yang ringkas untuk menguji sejauhmanakah kuasa kita dipancarkan melalui telapak tangan. Caranya ialah gosokkkan kedua- dua belah tapak tangan dengan kuat dan pantas sehingga anda merasa kepanasan. Selepas itu berdiri saling berhadapan dengan pasanagan anda yang telah melakukan latihan yang sama dalam jarak tiga kaki. Pejamkan mata dan cuba bergerak perlahan-lahan dengan mengangkat kedua belah tapak tangan ke hadapan agar saling berhadapan dengan kedua belah tapak tangan pasangan anda. Apabila anda dapat rasakan kuasa tapak tangan pasangan anda berhenti, buka mata dan perhatikan jarak di antara anda berdua. Latihan ini cuba membuktikan bahawa dengan boleh diarahkan kepada orang lain dengan keinginan untuk mengubati atau menyembuhkan orang lain. Untuk menggunakan kedua - dua teknik STK dan menggosokkan tangan anda tidak perlu turun ke tahap asas. Memadai meletakkan tangan anda ke tempat yang sakit atau tidak selesa dan perhatikan kesannya. Latihan yang lalu telah meneguhkan perasaan sama seperti ketika berada 18 di tahap asas. Menggunakan teknik- teknik ini membuktikan kepada kita bahawa kita boleh mengawal ketidak selesaan yang ujud di dalam badan kita dan boleh memberhentikan pendarahan. Jika terluka letakkan tangan anda di tempat yang luka dan tumpukan konsentrasi untuk menghentikan pendarahan. Jika ia begitu serius lakukan tindakan yang sama sementara anda dikejarkan ke hospital. Cubaan yang berjaya walaupun sekali akan meneguhkan keyakinan untuk menggunakannya lagi pada masa hadapan.
  • 19. 19 Ini juga boleh dilakukan keatas ketidakselesaan di dalam badan yang lain seumpama sakit gigi. Teknik Kawalan Sakit Kepala juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan di dalam badan. Walaubagaimanapun ada kemungkinannya ketidak selesaan itu akan berulang dan teknik ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas doktor. Ia membantu mengurangkan kesakitan disamping menambahkan lagi keberkesanan kerja para doktor. Dapatkan nasihat dan rawatan yang yang sebaik mungkin daripada pakar untuk memastikan ketidakselesaan itu tidak berulang ataupun jika ia bertambah serius. TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK Masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti merupakan satu fenomena biasa kebelakangan ini. Ia bukan lagi merupakan masalah kesihatan semata- mata tetapi telah menjangkau lebih jauh kerana menimbulkan pelbagai masalah sosial dan komunikasi. Orang yang gemuk sering menjadi bahan ketawa orang lain dan sering merasa tersisihan dan disisihkan oleh rakan- rakan. Obesiti atau kegemukan mungkin berpunca daripada tabiat makan yang keterlaluan. tabiat pula merupakan satu perasaan yang begitu lama dan mendalam tertanam di dalam minda. Ketika bayi menangis, perasaan yang pertama terlintas di dalam hati kita ialah dia merasa lapar dan kita berikannya susu. Ini berlaku berulang kali dan bayi itu berhenti menangis apabila disuapkan susu. Apabila bayi itu menangis yang kita tahu ialah berikannya susu dan dia akan diam. Apa yang berlaku ketika kanak- kanak dahulu kita terluka dan dilukakan fizikal dan perasaan kita ? Bagaimana ibubapa kita menenangkan kita ? Adakah dengan memberikan kita makanan yang kita gemari ? Apakah yang diberikan oleh ibubapa kita apabila kita melakukan sesuatu yang membanggakan atau menggembirakan mereka ? Adakah kita akan diberikan makanan yang kita gemari juga ? Mungkin inilah punca masalah obesiti yang kita alami sekarang ini. Sesuatu yang dilakukan berulang- ulang sehingga makanan menjadi punca atau jalan penyelesaian kepada masalah dan stres yang kita hadapi. Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke tahap asas dengan Kaedah 3 - 1. ada tahap asas cuba bayangkan makanan yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita itu. Bayangkan kita menanda pangkah berwarna merah ke atas setiap item yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita. Programkan diri kita bahawa sebiji buah- buahan boleh menghilangkan keinginan kita kepada makanan yang bukan pada masanya. Bayangkan anda menolak atau meninggalkan makanan yang boleh membawa kepada kegemukan di dalam pinggan . Boleh juga menggunakan Teknik Cermin Minda dengan meletakkan tanda berat badan ng 19 diinginI di penjuru cermin berbingkai putih itu dan saiz pakaian yang ingin dipakai di penjuru yang lain. Programkan diri dengan ukuran dan berat badan yang dingini di dalam tahap asas setiap malam sebelum tidur. Pada setiap kali hendak makan bayangkan keinginan anda di sebelah kiri Layar Mental. Teknik yang sebaliknya boleh digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan dan inign menambah selera makan dan berat badan. Disamping itu jangan lupa untuk melihat rekod kesihatan keluarga anda. Mungkin ia adalah masalah keturunan. Jangan paksa diri anda untuk menurunkan berat badan dengan banyak dalam
  • 20. 20 masa yang singkat. Lakukan perlahan - lahan dan selalulah berhubung dengan pakar kesihatan jika perlu. ESP Jose Silva mendapati melalui kajiannya bahawa manusia boleh mendapatkan maklumat dengan memanipulasi keupayaan naluri subjektif mereka. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan deria -deria manusia secara fizikal tetapi tidak mempunyai had dari segi masa dan tempat. Dengan menggunakan keupayaan ini ketika berada pada tahap alfa akan dapat membantu manusia untuk menyelesaikan masalah mereka. Ahli Psikik mendapatkan malumat dengan menggunakan cara ini sama seperti yang digunakan di dalam Kaedah Silva. Apa yang membezakan diantara psikik yang biasa dengan psikik yang terlatih ialah psikik biasa boleh berfungsi dengan baik ketika di dalam dimensi Alfa. Psikik yang terlatih pula boleh menggunakan keupayaannya pada bila- bila masa yang diperlukannya. Apa yang penting ialah bukan mendapatkan maklumat tetapi mendapatkan maklumat yang kita ingini. Disinilah timbulnya istilah Keefisienan berbanding dengan istilah tambahan yang biasa digunakan. DUNIA KEBENDAAN Di dalam sesi latihan biasa apa yang cuba diujudkan ialah rujukan secara subjektif tentang benda pada tahap kesedaran yang berbeza. Barangan logam digunakan dalam latihan adalah daripada jenis yang biasa seperti besi, tembaga. Ia samalah seperti halnya seorang bayi yang baru cuba mengenali persekitarannya. Pengalaman- pengalaman baru bayi itu akan dapat membantunya untuk menjalani kehidupannya dengan lebih baik pada masa hadapan. Rujukan secara subjektif akan memeprkembagkan lagi penggunakan otak kanan kita dan menjadikan kita lebih genius kerana menggunakan keupayaan minda kita dengan cara yang unik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di dalam kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh benda. Mereka tidak mempunyai sel dan kebijaksanaan. Untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan benda maka terlebih dahulu kita mesti mempunyai maklumat yang mencukupi tentang benda itu sendiri. Sebagai latihan dapatkan beberapa benda yang diperbuat daripada logam yang berbeza. Cuba perhatikannya daripada jarak sehasta kemudian bawakannya hampir ke mata anda. Cuba rasakan beratnya, baunya dan kemudian sentuhkannya ke dahi anda. Lakukan terhadap empat item. Kemudian turun ketahap asas anda dengan Kaedah 3 - 1. Ketika berada di sana cuba ingatkan semula 20 setiap satu item. Pilih satu item kemudian bayangkan anda memandangnya daripada jarak sehasta dan kemudian jarak yang lebih hampir lagi sehingga menyentuh dahi anda. Jalankan empat ujian bagi setiap benda satu persatu iaitu ujian cahaya, isipadu dan warna. Kemudian uji suhunya, Ketiga uji baunya dan akhir sekali uji bunyinya apabila diketuk. Lakukan empat ujian ini terhadap keempat-empat jenis logam itu dan kemudian anda boleh keluar dengan Teknik 1 - 5. Latihan ini penting untuk membekalkan maklumat asas kepada minda anda untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang melibatkan logam- logam tersebut. Ia akan membantu anda mengesan kerosakan, menjimatkan masa dan kos untuk memperbaiki peralatan yang rosak.
  • 21. 21 Tetapi ini tidak sampai mengambil alih tugas orang yang pakar di dalam bidang tersebut. Ia sekadar menyediakan akar sebagai ganti kepada rotan. DUNIA BENDA BERNYAWA Latihan lain untuk mengujudkan rujukan secara subjektif perlu diteruskan kepada benda yang bernyawa iaitu tumbuh - tumbuhan. Sebagai latihan dapatkan dua helai daun daripada jenis yang berbeza. Lakukan pemerhatian secara fizikal terlebih dahulu sebelum pergi membuat pemerhatian secara subjektif dengan Kaedah 3 - 1 . Lakukan empat ujian sama seperti di atas dan keluar dengan Teknik 1- 5. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang timbul diantara kita dengan tumbuh- tumbuhan pada masa akan datang. DUNIA HAIWAN ilih binatang yang biasa menjadi peliharaan kita dan perhatikan setiap bahagian binatang itu secarz fizikal. Setelah itu turun ke tahap alfa dengan Kaedah 3 - 1 dan bayangkan anda memegang binatang itu dan memerhatikannya daripada jarak sehasta an kemudian bayangkan anda membawanya semakin hampir. Perhatikan fizikal binatang tu satu persatu secara subjektif. Setelah itu dengan kiraan tiga cuba bayangkan anda masuk kedalam tengkorak binatang itu dan bayangkan anda memerhatikannya daripada segenap sudut pandangan. Dalam kiraan tiga berikutnya masuk kedalam tisu otak pula. Cuba gunakan maklumat yang lalu seolah- olah anda melihat keadaan yang sebenar lengkap dengan bentuk, bau dan warnanya. Kemudian masuk kedalam rangka badan dan perhatikan segala tulang dengan kiraan tiga. Selepas itu dengan kiraan tiga perhatikan organ-organ dalam satu persatu. Selepas selesai anda boleh keluar semula dengan Teknik 1- 5. Pengalaman- pengalaman ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang berhubung dengan binatang pada masa hadapan. MAKMAL DAN KAUNSELOR Kita memerlukan tempat yang khas untuk sesuatu benda sama ada sebagai tempat simpanan ataupun tempat melakukan sesuatu kerja yang khusus. Begitulah juga halnya dengan dunia roh atau subjektif, kita juga memerlukan tempat khas untuk melakukan kerja- kerja kita secara subjektif. 21 Untuk mengadakan makmal secara subjektif turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1 . Apabila sampai di sana kira mengundur dari 10 -1 untuk ke dimensi kreatif. Ketika berada di sana katakan kepada diri anda pada kiraan 3 anda akan membentuk sebuah bilik . Kira perlahan- lahan satu dua dan tiga. Apabila sebut sahaja tiga anda sudah membentuk sebuah bilik yang mempunyai saiz warna dan bentuk yang anda ingini. Di dalam makmal tersebut adakan apa sahaja benda yang anda fikirkan perlu dan letakkannya di mana- mana sahaja yang anda suka di dalam bilik itu. kecuali di dindiong sebelah selatan ( ia adalah untuk Layar Mental). Dalam kiraan tiga perlahan- lahan bentuk sebuah kerusi malas, meja, jam, kalendar, kabinet dengan maklumat tentang mengatasi masalah lelaki dan wanita,
  • 22. 22 bahan- bahan dan peralatan, ubat dan cecair kimia untuk menyelesaikan masalah ddengan lebih berkesan. Setelah selesi membentuk makmal dan peralatan yang berkaitan anda boleh keluar dengan kiraan 1 - 10 kemudian keluar dengan Teknik 1 - 5. Kita sering berhdapan dengan rakan dan teman yang bermasalah secara fizikal dan emosi. Dalam kebanyakan kes kita sering terpanggil untuk membantu mereka. Maka dengan sebab itu kita perlukan pembantu yang pakar. Kita boleh memilih dua orang dari jabtina yang berbeza untuk menjadi kaunselor kita apabila mengendalikan kes- kes subjektif kita. Bayangkan kedua- dua mereka muncul daripada dinding sebelah selatan yang bertindak sebagai Layar mental kita. Bayangkan ada lif di sana dan pintunya akan terbuka ke bawah perlahan- lahan mendedahkan kaunselor kita. Punat untuk mengawal pinti lif itu ada di lengan kerusi malas kita. Tentukan siapakah yang akan menjadi kaunselor kita dari kalangan yang orang yang kita kenali sebagai pakar di dalam bidang pengubatan rohani. Setelah itu masuk ke tahap Asas anda dengan Kaedah 3 -1 . Apabila berada di sana turun ke dimensi makmal anda dengan kiraan 10 - 1. Pada kiraaan perlahan sebanyak tiga anda akan membentu layar Mental di dinding sebelah selatan makmal anda. Pada kiraan perlahan tiga anda akan membentuk lif yang akan membawa kaunselor anda masuk ke dalam makmal. Bayangkan pintu lif tertutup dan anda mengawalnya dengan punat di engan kerusi malas anda. Bayangkan pintu itu terbuka dengan tenggelam ke lantai perlahan-lahan beberapa inci setiap saat. Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan keadaan ini seperti benar- benar berlaku. Pada kiraan perlahan tiga keseluruhan pintu akan tenggelam ke dalam lantai dan mendedahkan kauselor lelaki anda. Bayangkan kaunselor anda itu hidup dan bergerak masuk ke dalam makmal anda . Bayangkan anda mengenalkan diri dan cuba berkenalan dengan kaunselor anda. Tutup kembali pintu lif tadi dan ulang kembali proses yang sama untuk membawa masuk kaunselor wanita anda. Yakinkan diri anda bahaw kedua- dua mereka adalah pakar dan boleh membantu anda menyelesaikan sebarang masalah . Mulai sekarang apabila anda masuk sahaja ke dalam makmal anda, kedua- dua kaunselor anda akan sedia menanti untuk membantu anda menyelesaikan apa jua masalah. Apabila anda menyelesaikan masalah lelaki, kaunselor lelaki akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan akan membantu anda menggunakan tangan anda itu. Apabila anda cuba menyelesaikan masalah wanita, kaunselor wanita pula yang akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan membantu anda untuk mengerakkannya. Rutin yang perlu dilakukan untuk tiba ke tahap ini ialah dengan menutup mata 22 menggunakan Kaedah 3 -1 dan bilangan menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal anda. Apabila berada di sana anda akan berjumpa dengan kaunselor- kaunselor anda dan berucap selamat atau menyebutkan kalimat yang positif bersama- sama dan ini adalah masa yang sesuai untuk bertindak sebagai Psikik. Jika anda telah menyelesaikan sesuatu kes dan berjaya seratus peratus, jangan lupa untuk meningatinya kembali sebagai titik rujukan dan ini akan membantu anda mendapatkan ketepatan yang sama dan mengendalikan kes- kes berikutnya.
  • 23. 23 Setelah menyelesaikan sesuaut kes jangan lupa mengucapkan terima kasih dan ucap selamat kepada mereka dan keluar dengan mengira 1 - 10 dan 1 – 3. Pada keika itu petik jari anda perlahan- lahan dan katakan di dalam hati : “ Betul- betul sedar, berasa segar dan sihat sempurna .” JASAD DAN PERASAAN MANUSIA Mengujudkan titik rujukan adalah penting sama pentingnya dengan mengujudkan titik rujukan terhadap benda dan haiwan. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang ujud di dalam badan dan perasaan manusia. Bagi mendapatkan keadaan ini anda perlu ke tahap asas denga Kaedah 3 - 1. Kemudian kira menurun 10 - 1 untuk ke tahap makmal anda. Ucapkan selamat atau ungkapan positif kepada kaunselor anda. Selepas kiraan perlahan tiga anda akan membayangkan seseorang yang amat anda kenali dan bayangkannya di atas Layar Mental anda yang terletak di dinding sebelah selatan makmal anda. Dalam kiraan tiga- tiga bayangkan anda membawa orang itu semakin hampir kepada anda sehingga dapat anda menyentuh dan meneliti mukanya. selepas mengkaji mukanya secara mental masuk kedalam tengkorak dan otak, rangka, organ bahagian dalam badan, kulit ,untuk mengesan penyakit atau jangkitan otak secara mental belah tengkorak orang itu dan cuba perbaiki masalah yang timbul disana. Apabila anda dapat mengesan sebarang masalah sedarlah bahawa anda dapat memperbaikinya. Walau bagaimana serius sekalipun penyakit orang itu anda tidak akan terkena jangkitannya. Untuk membesarkan saiz atau mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah anda hanya perlu memetik jari disebalah kanan dan ia akan terjadi seperti yang anda ingini. Begitu juga halnya untuk mengecilkan saiz. Mengesan penyakit fizikal dan emosi secara subjektif sama seperti anda menonton proses pembedahan yang dilakukan oleh para doktor. Jika anda bekerja berpasangan berikut adalah Arahan kepada Orientologis (Pemandu ) 1. Masuk ke makmal anda dengan Kaedah - kaedah 3 - 1 dan 10 - 1 2. Jika anda pernah menjalani latihan sebelum ini ulang kembali kes yang berjaya anda kendalikam dengan tepat sebelum mengendalikan kes yang baru. 3. Beritahu saya apabila anda sudah beredia ( Jika sudah bersedia boleh mulakan ) 23 4. Sekarang saya akan membilang dari 10 ke 1 untuk membenarkan minda anda mendapatkan tahap yang spesifik untuk membolehkan anda mengendalikan kes ini dengan tepat untuk menyelesaikan masalah yang akan saya bentangkan kepada anda nanti. 10-9-8-7-6-5-4-3-2--1. Minda anda sekarangh telah berada di tahap yang tertentu dimana anda akan menyelesaikan dengan betul dan tepat masalah yang akan saya kemukakan kepada anda nanti. 5. Pada kiraan 3 , imej badan ( nama, umur, alamat dan jantina) akan berada di layar anda . 6. 1-2-3 (petik jari ). Imej badan (nama,umur,alamat dan jantina) sekarang berada di layar anda
  • 24. 24 7. Rasakan kehadirannya, (diam), bayangkannya (diam), ujudkannya (diam) ketahui bahawa dia disitu (diam) anggap sahaja dia berada disitu. 8. Lakukan imbasan dengan kebijaksanaan anda dari kepala ke kaki beberapa kali dengan cepat. 9. Sewaktu mengimbas itu izinkan kebijaksanaan anda secara tidak langsung memilih tiga kawasan yang mempunyai tarikan yang kuat ( diam) 10.Kekalkan kadar imbasan dari kepala ke kaki sekali sesaat dan beritahu saya kawasan tarikan apabila ia muncul 11.Ini adalah sesi latihan, sekarang biarkan pengalaman anda yang bekerja. Ketepatan akan datang melalui latihan. 12. Anda akan merasakan seolah- olah anda engadakan cerita, beritahu saya apa sahaja yang terlintas di dalam minda anda. 13. Sekarang pergi ke tiga kawasan yang mempunyai tarikan yang lebih dan pada kadar satu imbasan sesaaat pilih kawasan yang memberikan tarikan yang lebih kepada anda Apabila telah terpilih, teruskan. 14. Besarkan kawasan yang anda pilih itu dengan memetik jari kanan anda perlahan-lahan dan izinkan kemungkinan berlakunya kesakitan atau kerosakan di kawasan ini dikesan oleh minda anda. Ingat! Apabila dapat sahaja dikesan anda akan dapat memulihkannya. 15. Teruskan bercakap sewaku mememriksa, terangkan kepada saya apa sahaja yang ingin anda ucapkan, anda akan merasakan seolah-olah membuat- buat cerita, inilah perasaan yang sebenar, terangkan kepada saya sama ada anda memikirnya betul ataupun salah. (Orientologis : Pastikan maklumat dituliskan pada awal sesi. Pada mulanya galakkan supaya pasangan anda bercerita semuanya. Jangan beritahu betul atau salah sehingga akhir sesi. kemudian nilaikan maklumat yang diberikan dan terngakkan maklumat yang telah diberikannya dengan betul sebelum keluar ke tahap asas untuk menjadikannya sebagai titik rujukan. Bagi 24 maklumat yang salah katakan:” Saya tidak mempunyai maklumat tentang itu, mungkin ia betul!” Jika semuanya salah, mungkin pasngan anda mengkaji orang yang lain. Suruh pasangan anda mengingati kembali kes lalu yang telah berjaya diselesaikannya dengan tepat.. Pastikan pasangan anda membetulkan kesilapan yang berlaku sebelume keluar dengan berkata :”Pastikan orang di dalam minda anda seorang yang sihat dan gembira dan sampaikan pemikiran itu kepadanya.” Katakan ini denga keras ketika hampir selesai.) 16. “Setiap kali anda memamsuki dimensi ni dengan keinginan yang ikhlas untuk membantu kemanusiaan, seperti yang anda lakukan sekarang, anda menolong diri anda sendiri; bakat anda akan terserlah dan anda akan bertambah tepat setiap kali. inilah yang berlaku”.
  • 25. 25 17. Terima kasih. Anda boleh keluar 1- 10, 1- 5 , dengan sihat sempurna. 18. Bincangkan dengan ringkas kes ini bersama- sama. PERHATIAN 1. Kita tidak melakukan diagnosa. Hanya orang yang pakar dalam bidang perubatan sahaja yang layak melakukannya untuk tujuan mengubat. Kita melakukan penyiasatan secara psikik untuk mengesan dan membetulkan masalah pada tahap psikik dari jarak jauh. 2. Kes tidak dilakukan ke atas orang yang hadir dalam majlis itu. 3. Kita tidak menjadikan diri kita sebagai kes sewaktu kita hadir di sana 4. Kita mengelakkan ikatan atau hubungan yang boleh menghalang keupayaan kita untuk berfungsi 5. Kita tidak mengujudkan masalah tetapi menyelesaikannya. 6. Jangan bercakap tentang perkara yang negatif ketika seseorang itu berada pada tahap yang lebih dalam. 7. Lakukan terhadap manusia dahulu sebelum melakukannya terhadap benda dan binatang kerana manusia lebih penting. dalah disyorkan anda melakukannya terhadap ahli keluarga anda pada sebeah malam sebelum melelapkan mata. TEKNIK IBU JARI DI DAHI Teknik ini biasanya digunakan kepada kanak- kanak selepas menjalani latihan mental sekurang- kurangnya lima jam keseluruhan. Ia diprogramkan sebelum kanak- kanak itu keluar daripada tahap asas. Apa yang perlu dilakukan ialah apabila kanak- kanak itu mengalami kecederaan atau bantuan katakan kepadanya:” Bila anda perlukan bantuan saya untuk ke tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah letakkan ibujari ke atas dahi anda seperti yang akan saya lakukan nanti. Sekarang saya akan meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda. ( Letakkan ibujari anda ke atas dahinya dan ulangi arahan). Bila sahaja anda mahukan saya membantu anda memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu 25 saya lakukan ialah meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda seperti yang saya lakukan sekarang ini.” Pada ketika itu anda akan memejam mata dan menarik nafas dalam - dalam dan sementara menghembuskannya perlahan-lahan anda akan memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan daripada tahap sekarang ini.” Selepas pemprograman ini kanak- kanak itu boleh keluar dengan Teknik 1- 5. Pada masa hadapan sekiranya anak anda perlukan bantuan untuk memasuki tahap asasnya apa yang perlu anda lakukan ialah arahkannya supaya duduk dengan selesa dan letakkan ibujari anda
  • 26. 26 di dahinya untuk mengunakan teknik ini. Apabila berada di tahap asas anda bolehlah memnggunakannya untuk program yang tertentu seperti menghilangkan kesakitan, menghentikan pendarahan , mengawal kemarahan dan lain- lain yang dirasakan perlu. Teknik ini telah diamalkan di seluruh dunia dengan keputusan yang memberangsangkan. Keluarga anda tidak terkecuali di dalam hal ini. Amalkanlah!. BAHAGIAN DUA KAEDAH KAWALAN MINDA DI DALAM LIMA HARI (1) PENGENALAN Kaedah Kawalan Minda (KKM) adalah satu cara untuk mereharkan badan dan minda dengan merendahkan frekuensi gelombang otak dan meningkatkan aktiviti Otak kanan untuk membuahkan natijah yang positif. Ia memberikan kita kuasa untuk mengawal tenaga kreatif kita ke arah sesuatu yang lebih baik. Ia adalah satu kaedah yang terbukti berkesan di dalam menggunakan minda untuk mencetuskan lebih banyak kecerdikan dan kebijaksanaan yang tidak pernah atau yang kurang digunakan sebelum ini. Ia adalah cara / teknik meditasi yang dinamik kerana ia mencetuskan kuasa untuk mencipta. Ia menseimbangkan aktiviti kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan untuk menghasilkan natijah yang terbaik daripada penggunaan hanya sebelah hemisfera otak sahaja. Ia memberikan kita keupayaan untuk menjangka masa hadapan dengan lebih tepat dan membantu kita menjadi lebih baik secara individu, kumpulan kecil, kumpulan besar seterusnya di peringkat negara dan antarabangsa untuk mengujudkan dunia yang lebih baik dan selamat untuk diami. Inilah satu tugas berat yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita. KEPERLUAN ASAS Untuk menggunakan kaedah ini dengan jayanya anda perlu kepada 3 keperluan asas yang sangat minimum seperti berikut : Mengira kiraan yang mudah 26 Membaca arahan dan mematuhinya “Berangan-angan / mimpi disiang hari” Ia adalah satu set keperluan yang mudah tetapi bakal menghasilkan natijah yang mengkagumkan. GAMBARAN MENYELURUH Kita dijadikan oleh Tuhan untuk melaksanakan kemahuanNya. Bila kita melihat diri kita sebagai petugas yang bersendirian untuk menjalankan amanah yang berat dan besar itu, kita merasa lemah….
  • 27. 27 Bergantung kepada diri sendiri semata-mata kadang-kadang menjadikan kita semakin lemah dan tidak berdaya. Jika dapat kita melihat bahawa Tuhan tidak meninggalkan kita bersendirian, maka kita tidak akan bersendirian dan merasa lemah lagi. Di dalam diri kita ada “Komputer” yang dibekalkan oleh Tuhan untuk membantu kita merealisasikan amanah yang telah diberikan kepada kita itu. Komputer itu yang lebih dikenali sebagai “Hemisfera Otak Kiri” dapat membantu kita menyelesaikan perkata dan masalah yang kecil dan ringan berdasarkan maklumat yang lengkap. Untuk menyelesaikan masalah yang lebih besar dan berat di dalam keadaan kekurangan maklumat kita perlukan komputer yang lebih besar dan canggih iaitu “Internet “. Hemisfera Otak kanan yang menghubungkan kita terus dengan Tuhan. Kita akan dapat menyelesaikan masalah walau bagaimana sukat dan beratnya sekalipun maklumat yang ada tidak mencukupi. Apa yang diperlukan hanyalah “Kod Laluan” untuk membolehkan kita memperolehi hubungan dengan “Internet” itu. Latihan yang bakal digariskan nanti akan dapat membantu anda mendapatkan Kod Laluan tersebut. Secara umumnya untuk menghubungi “Internet” itu melalui enam langkah seperti berikut : Duduk di dalam posisi yang merehatkan dan selesa Tutup mata anda Tarik nafas dalam-dalam dan sewaktu menghembuskannya cubalah untuk merehatkan badan anda dan rasakan ia benar-benar rehat dan tenang. Bayangkan kembali tempat yang merehatkan yang pernah anda kunjungi pada masa yang lali (mungkin di tepi pantai, di atas puncak gunung / bukit, taman bunga atau di bawah pokok_ - bayangkan seolah-olah anda benar-benar berada di sana Ingatkan diri anda, apabila mata dibuka anda akan berasa hebat, tersedar sepenuhnya dan merasa lebih baik daripada sebelumnya. Buka mata anda. PENINGKATAN DAN KEMAJUAN DIRI Latihan yang akan anda lalui pada mulanya agak panjang. Lama kelamaan ia akan menjadi lebih pendek dan menyeronokkan apabila anda lihat dan rasakan kesannya. 27 Apabila anda sudah mahir, akan anda dapati bahawa :angan-angan / mimpi di siang hari” anda itu sebenarnya adalah anak kunci kepada kebahagian anda dan keluarga. Apabila dapat anda membentuk keupayaan untuk pergi ke Tahap Aifa – dan keupayaan untuk menggunakan Visualisasi (Gambaran Mental apa sahaja yang pernah anda lihat) dan Imaginasi (Gambaran Mental sesuatu yang belum pernah anda lihat, dengar, sentuh dan rasai dan hidu) – kesedaran anda akan bergabung dengan sesuatu yang menjadi kepada permulaan dan punca kepada segala yang ada di alam ini. APAKAH PUNCANYA.
  • 28. 28 Ahli Sains menggelarnya sebagai Minda Global / Medan Morphogenetic. Ahli Falsafah menggelarnya sebagai Diri Tertinggi dan Ahli Agama menggelarnya sebagai Tuhan. BAGAIMANA MENCAPAINYA Semua ini boleh dicapai melalui latihan. Sekali setiap hari adalah baik. Tetapi dua kali setiap hari adalah lebih baik manakala tiga kali setiap hari adalah terbaik. Bagi setiap sesi latihan, lima minit adalah baik. Tetapi sepuluh minit setiap sesi adalah lebih baik manakala lima belas minit setiap sesi adalah yang terbaik. SKALA EVOLUSI MINDA Gambarajah ini dipanggil “Skala Evolusi Minda”. Ia menggambarkan kesan yang berlaku apabila minda direhatkan. ALAM NYATA TAHAP -Pandang KESEDARAN -Dengar BETA LUARAN -bau -Rasa 14 – 21 KS -Sentuh RUANG / MASA TAHAP ALAM ALFA KESEDARAN PEMIKIRAN DALAMAN 7 – 14 KS Tiada batas ruang dan masa THETA Psikik/ ESP 4 – 7 KS DELTA LUAR SEDAR 0.5 – 4 KS Ia dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian di sebelah kiri ialah Fizikal / badan, bahagian tengah pula mewakili otak dan frekuensi gelombangnya, manakala bahagian sebelah kanan ialah 28 menggambarkan tahap kesedaran Minda. Bahagian Tengah Ia menunjukkan empat tahap frekuensi gelombang otak iaitu gelombang tenaga yang dialirkan oleh otak kita. Ini dapat diukur dengan alat yang diberi nama “Electroencephalograph”. Frekuensi gelombang otak ketika melakukan aktiviti yang aktif secara fizikal dan dalam tahap sedar dipanggil sebagai Beta dan kitaran frekuensinya ialah antara 14 ke 21 kiraan sesaat.
  • 29. 29 Apabila kita di dalam keadaan yang merehatkan di antara 7 ke 14 kiraan sesaat ia dipanggil sebagai Alfa. Ia adalah keadaan dimana kedua-dua hemisfera otak bekerjasama. Ketika ini kita boleh menghubungkan “Komputer” peribadi kita dengan “Internet”. Frekuensi diantara 4 ke 7 kitaran sesaat adalah Theta dan ketika ini kita menghampiri tidur. Gelombang paling akhir ialah Delta iaitu ketika kita nyenyak tidur dengan gelombang di bawah 4 kitaran sesaat. Kotak di sebelah kiri menunjukkan apa yang berlaku kepada badan/fizikal kita. Pada tahap Beta kira berada di alam nyata dan kita menggunakan ke lima-lima deria sentuhan, rasaan, hiduan, pendengaran dan pandangan dan ia adalah tertakluk kepada tuang dan masa. Pada tahap Alfa kita berada di alam lain dimana kelima-lima pancaindera ditinggalkan dan bermula alam tanpa deria. Dalam tahap ini tidak ada batasan ruang dan masa. Ketika ini Indera Keenam/Psikik/Ilham dan seumpamanya boleh berlaku. Apabila kita memperdalamkan tahap kesedaran kita ke Tahap Alfa seperti di kotak sebelah kanan, kita berubah daripada Tahap Kesedaran Luaran ke Tahap Kesedaran Dalaman. Psikologis menggelarnya sebagai “Separa Sedar / Luar sedar”. Di dalam Kaedah Kawalan Minda kita gelarkan ia sebagai “Super sedar” PERINGATAN Merehatkan badan mengizinkan anda untuk merehatkan minda Merehatkan minda memperlahankan gelombang minda anda Memperlahankan gelombang minda anda mengizinkan hemisfera otak kanan anda berfungsi dengan lebih baik. Hemisfera otak kanan adalah saluran perhubungan anda dengan punca kreativiti TIGA MASA YANG BERKESAN UNTUK LATIHAN Ada tiga masa yang paling sesuai untuk melakukan latihan berikut iaitu pada sebelah pagi sebaik sahaja tersedar daripada tidur, kedua pada waktu selepas makan tangahari dan ketiga sebelum melelapkan mata pada malam hari. PAGI – Apabila terbangun di sebelah pagi setiap hari, tutup kembali mata anda dan kira 29 mengundur daripada 100 ke 1. Latihan ini akan menjadi semakin pendek hari-hari berikutnya. TENGAHARI – Setelah selesai makan tengahari sama ada di tempat kerja atau di rumah, duduk di atas kerusi yang selesa, relax dan beranganlah dengan cara yang terkawal. MALAM – Apabila sehari telah berlalu dan anda boleh duduk seketika di atas kerusi tanpa diganggu, lakukanlah latihan relax ini dan beranganlah dengan cara yang terkawal dan penuh dengan matlamat dan tujuan. LATIHAN PADA WAKTU PAGI SETIAP HARI
  • 30. 30 Sebaik sahaja terjaga, dirikan bantal dan bersandar di katil utup kembali mata anda, jelingkan sedikit ke atas Kira mengundur daripada 100 ke 1 Apabila tiba ke 1, katakan di dalam hati, : “Setiap kali saya relax begini, saya akan pergi lebih dalam dengan lebih cepat”. Tamatkan sesi dengan mengira daripada 1 – 5. Berhenti di kiraan 3 dan katakan di dalam hati. “Apabila daya membuka mata pada kiraan 5, saya akan sedar sepenuhnya dan rsa hebat”. Pada kiraan 5, buka mata anda dan katakan di dalam hati “Saya sedar sepenuhnya dan rasa hebar”. LATIHAN PADA WAKTU TENGAHARI HARI PERTAMA Duduk dalam kedudukan yang selesa dan tutup mata anda. Jeling sedikit kearas Kira mengundur daripada 100 ke 1 Bayangkan sebi tembikai berwarna hijau Bayangkan seseorang memotongnya kepada dua bahagian membolehkan anda melihat bahagian dalam tembikai tersebut. Temukan kembali kedua-dua belah tersebut dan hilangkannya daripada pandangan matahari anda Kira daripada 1 ke 5 dan buka mata. Ingatkan diri anda pada kiraan 3 bahawa apabila anda membuka mata pada kiraan 5 anda akan “tersedar sepenuhnya, merasa hebat”. Ingatkan kembali diri anda pada kiraan 5, “Saya tersedar sepenunya, rasa lebih hebat daripada sebelumnya”. HARI KEDUA Bayangkan diri anda HARI KETIGA Bayangkan seseorang yang tinggal dengan anda HARI KEEMPAT Bayangkan tempat yang merehatkan HARI KELIMA Bayangkan rumah tempat anda tinggal 30 LATIHAN PADA SEBELAH MALAM RELAX PROGRESIF Tumpukan sepenuh kesedaran anda kepadasetiap anggota badan secara berturut-turut. Rehatkan setiap anggota dan rasakan ia bertindakbalas. Mulakan dengan kepala seterusnya ke kaki. Maju perlahan-lahan dan beransur-ansur. Pastikan setiap anggota bertindakbalas sebelum pergi kepada bahagian anggota yang seterusnya. Mula dengan merehatkan tengkorak kepala kemudian dahi, mata, muka, leher, bahu dan tangan.
  • 31. 31 Jangan teruskan sehingga anggota yang berkenaan direhatkan terlebih dahulu. Kemudian teruskan dengan bahagian sebelah atas diikuti dengan dada, perut, bahagian belakang di sebelah bawah, punggung, peha, lutut, kaki, pergelangan kaki dan tapak serta hujung kaki. Lakukan mengikut aturan seperti di atas pada kali yang pertama. Kali berikutnya lakukan dengan lebih cepat dengan mengelompokkan anggota-anggota badan seperti kepala, tengkok, dada, perut, punggung, peha dan kaki. Apa yang penting ialah pastikan anggota berkenaan benar-benar terasa ditehatkan barulah berpindah ke bahagian berikutnya dan mengikut kedudukan dari atas ke bawah iaitu dari kepala ke kaki. MALAM PERTAMA Lakukan rehat progresif dengan merehatkan keseluruhan anggota anda daripada kepala ke kaki Bayangkan kembali tembikai hijau seperti yang telah dibayangkan sebelum ini dan kali ini bayangkan anda melihatnya dengan lebih jelas dan dekat, isinya dan lingkaran putih di bahagian palung luar sebelum kulit. Dekatkan ia dan perhatikan ia kelihatan semakin besar. Ingatkan kembali bagaimana bau dan rasanya. Kemudian hilangkan ia daripada pandangan. Lakukan latihan yang sama keatas buah limau, dan kemudian ke atas bawang. Tamatkan sesi dengan membilang dari 1 – 5 sebagaimana latihan di pagi harinya. MALAM KEDUA Tingkatkan relax progresif sebagaimana di atas dengan mempercepatkan proses tersebut. Bayangkan diri anda sebagaimana latihan pada tengahari tadi dan kali ini tukarkan gambaran yang ada agar anda kelihatan lebih muda, lebih sihat, lebih bertenaga dan ceria. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5 seperti biasa. MALAM KETIGA Lakukan relax progresif. Bayangkan diri orang yang anda gambarkan di dalam latihan pada tengahari tadi. Maafkan orang tersebut di atas kepincangan dan konflik yang timbul di antara anda berdua. Kemudian minta kemaafan daripadanya pula. Bayangkan ia berlaku. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. MALAM KEEMPAT 31 Selepas kiraan mengundur daripada 100 ke 1, rehatkan kelopak mata anda. Tumpukan perhatian terhadap perasaan tersebut. Biarkan perasaan relax dan tenang itu menjalar ke bawah sehingga ke kaki anda. Pergilah ke tempat idaman anda seperti yang anda “lihat” di dalam latihan pada tengahari tadi. Katakan di dalam hati: “ Setiap hari saya semakin sihat dan semakin kaya. Setiap hari saya semakin baik dan bertambah baik di dalam apa sahaja yang saya lakukan. Setiap hari saya menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami”. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. MALAM KELIMA
  • 32. 32 Mulakan dengan kiraan mengundur daripada 100 ke 1. Bayangkan tempat idaman anda. Tukarkan ia menjadi rumah anda sama seperti yang anda lihat di dalam latihan pada tengahari tadi, daripada pandangan luaran. Bayangkan ia dikelilingi oleh cahaya putih yang terang. Bayangkan ia cahaya kerohanian, ketenangan dan keselamatan serta kasih sayang yang melindungi anda dan keluarga daripada gangguan luaran. Tamatkan sesi. Tamat latihan untuk peringkat lima hari yang pertama semoga anda bersedia untuk menempuh cabaran untuk lima hari yang kedua. Apa yang telah anda alami dan lalui akan menjadi asas yang kukuh kepada latihan-latihan yang berikutnya. KAEDAH KAWALAN MINDA DI DALAM LIMA HARI (11) PENGENALAN Latihan 5 hari yang pertama menjadikan anda lebih mudah dan produktif di dalam latihan yang mendekatkan anda ke Tahap Alfa. Anda menjadi lebih dekat dan berjaya di dalam mengaktifkan aktiviti Hemisfera Otak Kanan (HOKAN). Latihan 5 hari berikutnya mengajar anda bagaimana untuk menghilangkan kerisauan dan menggantikannya dengan pemikiran yang positif dan membantu di dalam penyelesaian apa jua masalah. Ia menguatkan lagi ikatan anda dengan HOKAN. Latihan di sebelah pagi pada hari ke 6 – 10 Setiap pagi Bersandar sebaik sahaja tersedar daripada tidur Tutup mata, jeling sedikit ke atas dan kira mengundur perlahan-lahan daripada 50 – 1 Apabila tiba kepada kiraan 1, katakan kepada diri anda, “Setiap kali saya relax begini, saya akan pergi dengan lebih dalam dengan lebih cepat”. Kemudian katakan di dalam hati;”Pemikiran Positif memberikan kepada saya semua kelebihan dan menfaat yang saya ingini. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. Pada kiraan 3 ingatkan diri anda;” Apabila saya membuka mata pada kiraan 5, saya akan tersedar sepenuhnya dan merasa hebat”. Pada kiraan 5 apabila membuka mata katakan dan rasakan: “Saya tersedar sepenuhnya dan rasa hebat!” 32 Ini berbeza dengan latihan 5 hari yang pertama dahulu di dalam dua perkara. Pertama kiraan menurun akan menjadi lebih sedikit daripada 100 – 1 menjadi 50 –1. Kedua anda telah menambahkan pernyataan kepada minda anda tentang kepentingan berfikiran / pemikiran yang positif. LATIHAN PADA WAKTU TENGAHARI Latihan 5 hari yang lalu membiasakan anda dengan latihan Visualisasi (“melihat” benda yang biasa dengan matahari anda) dan latihan Imaginasi (“melihat” perkara yang kurang biasa seperti muka, benda, tempat yang kurang biasa pada pandangan matahari anda).
  • 33. 33 Kedua-duanya amat penting untuk meningkatkan daya firasat anda. Didalam kamus ia memberi dua istilah. Pertama ia bermaksud kuasa yang diandaikan untuk menanggapi benda –benda / peristiwa yang berlaku jauh daripada jangkauan biasa deria-deria manusia ataupun yang akan berlaku. Kedua, ia adalah tanggapan yang datang daripada dalam (rasa hati / ilham / perasaan / ramalan / telahan). Latihan berikutnya menyediakan anda untuk menjadi ahli Firasat / Nujum. Iaitu melihat sesuatu di luar jangkaan mata dan sebelum sesuatu perkara itu berlaku dengan izin Tuhan. Oleh kerana kita mempertajamkan HOKAN kita yang menjadi penghubung / perantara kita dengan sumber yang kreatif, maka kita berkeupayaan untuk membuat telahan, agakan dan ramalan tentang perkara yang ghaib pada mata dan deria yang zahir. LATIHAN HARI KE 6 : Selepas kiraan mengundur, bayangkan diri anda berada di dalam sebuah taman bunga yang indah. “Lihat” bunga-bunga yang sedang mekar berkembang disana. Sedut bau dan haruman yang wangi itu. Ketika anda memerhatikan sekuntum bunga, “lihat” setitis air yang ada di kelopaknya. Perhatikan bayangan warna-warna pelangi di dalam setitis air itu yang berada di atas kelopak itu. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. HARI KE 7 : Selepas kiraan mengundur bayangkan anda melakukan sesuatu yang telah lama anda idamkan untuk melakukannya. Nikmati “mimpi / angan-angan” anda mungkin sebagai seorang perekacipta, ahli muzik, pelakon, penulis atau apa sahaja yang berjaya dan cemerlang. Lihat ia sebagai sudah terjadi. Rasakan dan nikmati keindahan dan keseronokannya. Kira 1 – 5 untuk menamatkan sesi. HARI KE 8 : Selepas kiraan mengundur bayangkan anda melakukan sesuatu yang telah lama anda idamkan untuk melakukannya. Nikmati “mimpi / angan-angan” anda mungkin sebagai seorang perekacipta, ahli muzik, pelakon, penulis atau apa sahaja yang berjaya dan cemerlang. Lihat ia sebagai sudah terjadi. Rasakan dan nikmati keindahan dan keseronokannya. Kira 1 – 5 untuk menamatkan sesi. HARI KE 9 : Selepas kiraan mengundur bayangkan anda merasai / menikmati makanan kegemaran anda. Pilihan sup, daging, sayur, ulam ataupun 4/5 jenis makanan yang anda gemari. Bayangkan rasa dan bau setiap satunya seakan-akan anda sedang menikmatinya. Kira 1 – 5 33 untuk menamatkan sesi. HARI KE 10 : Selepas kiraan mengundur bayangkan masa sejam yang akan datang. “Lihat” perkara yang baik berlaku. Mungkin anda berjumpa teman baru, mendapat pelanggan / rakan kongsi yangbaru, bertemu kawan lama, menyelesaikan beberapa masalah. Mainkan “gambaran mental / video klip” keadaan tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kira 1 – 5 untuk menamatkan sesi. Fikirkan seketika, adakah mungkin ia berlaku ?. Tunggu dan lihat sambil anda meneruskan kegiatan seharian anda.
  • 34. 34 LATIHAN PADA WAKTU MALAM Malam-malam berikutnya anda akan cuba meraih menafaat daripada mimpi-mimpi anda. Lakukan latihan sebelum anda melelapkan mata. Sediakan pen dan kertas di bawah bantal atau berhampiran dengan anda untuk merekodkan mimpi-mimpi anda. Caranya : Selepas berbaring, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam dan jelingkan mata anda sedikit ke atas dan kira mengundur 50 – 1. Apabila tiba kepada kiraan 1, tarik nafas dalam- dalam dan apabila menghembuskannya rehatkan badan anda daripada kepala ke kaki. Kemudian katakan : “Saya ingin mengingati satu daripada mimpi-mimpi saya dan saya akan mengingatinya.” Jangan kira menegak 1 – 5 seperti biasa. Sebaliknya biarkan diri anda terlena. Anda akan terbangun pada sebelah paginya dan tuliskan mimpi yang akan anda ingati. Lakukan latihan di atas untuk selama dua malam. Anda meminta supaya dapat mengingati hanya satu mimpi sahaja. Pada malam-malam berikutnya anda akan meminta mengingati lebih daripada satu bahkan kesemua mimpi-mimpi anda. LATIHAN MALAM KE 6 DAN 7 : Rehatkan kelopak mata anda dan kira mengundur 50 –1 seperti biasa. Katakan kepada diri anda : “Saya ingin mengingati satu mimpi dan saya akan mengingati satu mimpi saya”. Apabila tersedar di tengah malam atau pada paginya dengan ingatan tentang mimpi anda, tuliskannya. MALAM 8,9 DAN 10 : Lakukan seperti di atas tetapi kali ini katakan kepada diri anda,:” Saya ingin mengingati semua mimpi-mimpi saya, dan saya akan mengingati kesemua mimpi saya.” Apabila anda tersedar pada waktu malam atau pada sebelah paginya dengan ingatan tentang mimpi anda, maka terus tuliskannya. Sekiranya semasa dalam katihan ini anda diganggu mimpi-mimpi ngeri, lakukan latihan relax pada sebelah paginya dan sewaktu pada tahap Alfa katakan:” Saya bermimpi dengan mimpi yang ngeri ini, saya tidak sukakannya. Saya tidak mahu ia berulang. Saya tidak akan mengalaminya lagi. “Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. Anda yang mengawal dan anda boleh memastikan apa yang anda ingini. 34 BAGAIMANA MENGANALISIS MIMPI – MIMPI ANDA Tugas utama neuron otak kita ialah untuk keselamatan / survival diri sendiri khususnya dan umat manusia amnya. Melalui mekanisma mimpi ia cuba memberitahu kepada kita apa yang sedang dan akan berlaku kepada diri kita dan meminta kita melakukan perubahan / pemulihan untuk memastikan yang baik berlaku dan yang tidak baik tidak berlaku ataupun jika berlaku sekalipun akan memberikan kesan ngeatif seminima mungkin dalam bentuk kerosakan, kecederaan dan masalah.
  • 35. 35 Ada sesuatu yang cuba disampaikan kepada kita melalui mimpi-mimpi kita sama ada secara tersurat / terus terang ataupun tersirat / tersembunyi. Sekiranya anda masih tidak faham dengan maksud yang ingin disampaikan, turun ke Tahap Alfa dan mainkan semula mimpi tersebut dan tanyakan maksudnya. Minda anda akan memberikan jawabannya. Mungkin ia membawa maksud diri atau orang yang rapat dengan anda dan mungkin untuk masa yang jauh ataupun yang terdekat. Rekod mimpi-mimpi tersebut akan memberikan anda satu kefaham yang menyeluruh, melalui maksud atau pola yang tertentu yang mungkin membawa maksud yang berlainan di antara anda dengan orang lain. Perhatikan simbol dan pola tersebut untuk mendapatkan gambaran yang sepenuhnya. KAEDAH KAWALAN MINDA DI DALAM MASA LIMA HARI (III) PENGENALAN Di dalam lima hari berikutnya anda akan dilatih supaya mempunyai keupayaan untuk mendekatkan diri dan mengetuk pintu sumber kreativit dan kecerdikan tertinggi pada bila-bila masa yang anda perlukan. Mimpi pada sebelah malam adalah amat penting dan mengingatinya adalah satu permulaan. Minda anda adalah dibawah kawalan anda sekarang sama ada pada waktu siang ataupun malam. Ia adalah harta yang paling berharga kepada anda untuk mencipta kecemerlangan diri. “Bermimpi di siang hari” akan membawa anda kepada sesuatu yang baru dan mimpi pada sebelah malamnya pula akan memberikan anda kefahaman. Kaedah Kawalan Minda (KKM) yang anda miliki sekarang ini adalah kuasa untuk menggunakan minda anda ke arah yang lebih baik. Apabila ia digunakan berterusan anda akan menyedari siapakah anda sebenarnya dan mula memahami bantuan dan pertolongan yang ada serta bagaimana untuk mendapatkannya ketika diperlukan. Sehingga kini anda telah memandang rendah terhadap diri anda sendiri. Anda menerima bulat- bulat apa sahaja yang telah dicurahkan kepada anda oleh ibubapa, guru-guru, jiran tetangga, majikan dan sesiapa sahaja yang mempunyai `kuasa’ ke atas anda. Anda telah menerima hakikat bahawa anda mempunyai keupayaan yang terhad dari segi keupayaan, kecerdikan, kemahiran dan kemampuan. Anda melihat diri anda 35 sebagai seorang yang patut menerima kasih saya harta dan tanggungjawab yang terhad. Cara anda melihat diri anda itu adalah dipanggil sebagai “Imej Diri”. Melihat diri anda sebagai seorang yang terhad akan memenjarakan anda. Ia memenjarakan cara pemikiran, impian dan harapan anda di dalam penjara yang anda adakan sendiri untuk diri anda. Anda tidak berseorangan. Kebanyakan orang keadaannya sama seperti anda juga. Latihan yang anda lalui memberikan anda keupayaan untuk membuka pintu-pintu penjara tersebut dan meluaskan pandangan untuk melihat diri anda sebagai seorang yang mempunyai kekuatan kelebihan dan keupayaan yang tidak terbatas.
  • 36. 36 Latihan berikutnya memberi anda peluang untuk meninggalkan penjara lama / Imej diri lama anda itu. Anda mestilah bersedia untuk menerima hakikat bahawa bada berpeluang menggunakan sumber kuasa yang tidak terhad dan bersedia untuk menerima hakikat bahawa anda berpeluang menggunakan sumber kuasa yang tidak terhad dan bersedia untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. Anda akan membantu orang lain untuk menyedari hakikat ini dan seterusnya menggalakkan mereka menggunakannya dan beroleh menafaat daripadanya. Ini akan menjadikan dunia kita ini lebih aman untuk didiami. Semuanya di tangan anda sekarang. Apa yang perlu ialah sama ada anda mahu atau tidak sahaja. Jika anda ingin untuk menggunakan keupayaan anda sebaik yang mungkin sila lakukan latihan berikut : Tetapkan keutamaan anda. Manakah diantara yang berikut lebih penting kepada anda sekarang ? a. kemewahanb. Kasih sayang c. Kesihatan Lakukan latihan berikut dengan keutamaan yang telah anda pilih. Ada pilihan yang berbeza untuk orang yang sudah berkahwin dengan yang belum. Setelah anda menamatkan latihan, buka mata dan baca bahagian terkahir bertajuk “Cintailah Dunia Anda” dan lakukan kembali latihan. MENCIPTA KEMEWAHAN Buat latihan mengundur yang telah anda capai di dalam latihan anda sama ada 100 – 1 atau 50 – 1 dengan mata tertutup dan dijeling keatas. Mainkan video klip. Anda yang menuliskan skripnya tentang diri dan keluarga anda sendiri. Anda memiliki apa sahaja yang anda ingini dengan cepat. Ciptakan video klip tersebut. Bagaimana rasanya apabila anda berupaya melakukan apa sahaja yang anda ingini dan dapatkan apa sahaja yang anda mahukan. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. Lakukan latihan ini sekarang. MENCIPTAKAN KASIH SAYANG (PEMBACA BUJANG) Kira mengundur dari mana-mana tahap yang telah anda capai di dalam latihan anda sama ada daripada 100 –1 atau daripada 50 – 1 dengan mata tertutup dan dijelingkan ke atas sedikit. Memainkan video klip. Anda bersendirian. Anda tidak mahu bersendirian. Anda mencari 36 seseorang yang boleh anda kasihi dan akan mengasihi anda. Tiba-tiba beliau muncul di hadapan anda. Anda berdua saling berpandangan dan mata bertemu. Anda berdua menemui kebahagian yang anda cari selama ini di dalam diri masing-masing. Tamatkan sesi dengan kiraan 1 – 5. Lakukan latihan ini sekarang. MENCIPTAKAN KASIH SAYANG (PEMBACA BERKELUARGA) Kira mengundur daripada tahap yang telah anda capai sama ada 100 – 1 atau 50 – 1 dengan mata tertutup dan jelingkan sedikit ke atas. Mainkan video klip. Anda dan pasangan anda duduk