1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu
1. Seminar Baitul Muslim – Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Tanda orang yang sakit jiwa dadalah lebih menilai pandangan orang lain daripada
pandangan dirinya terhadap dirinya sendiri.
Jangan cari bahagia dalam rumahtangga, bawalah kebahgiaan dalam rumahtanggga,
carilah kebahgiaan diri sendiri dahulu untuk dibawa kedalam rumahtangga.
Apabila ada iman, baru ada kasih sayang. Iman berkadar terus dengan asih sayang, makin
tinggi iman seseorang kepada Allah, semakin tinggi kasih sayangnya sesame manusia.
Iman sinonim dengan kasih sayang. “Tidak sempurna iman sehinggalah dia mencintai
saudaranaya”.
Apa hukum kasih sayang? (dalam bentuk sains sosial) Jika kita mahu kasih sayang, kena
beri kasih sayang. That’s the equation!
Semua manusia mahu kasih sayang, tetapi tidak mendapat. Kenapa? Kerana telah
melanggar hukum kasih sayang!
Tangan yang menghayun buayan boleh menggoncang dunia.
Sekolah yang paling buruk adalah rumahtangga, kerana gelanggangnya kecil, peranannya
besar.
Orang tidak dapat beri kasih sayang kerana dua perkara. Ego dan pentingkan diri
sendiri. Peranan imanlah yang melunturkan ego dan pentingkan diri sendiri. Bagaimana?
Ego ada tiga ciri, merasa lebih bagus, memandang remeh pada orang lain/hina,
menolak kebenaran.
Contoh orang ego adalah tidak boleh mendengar, suka memotong cakap orang lain, The
first duty of love is to hear. Allah adalah cinta utama dan pertama kerana Dia maha
mendengar. Tidak pernah jemu dan bosan!
Orang yang ego adalah merasa dirinya besar dan tidak nampak Allah maha besar.
Penghalang dalam rumahtangga paling utama adalah keegoan! Ada yang terpendam ada
yang terluah. Mudah marah dan mudah merajuk adalah ego. Dalam islam ego adalah ibu
sifat mazmumah.
Jika mahu memperbaiki dunia, “Go home and love your family.”-Mother Teressa.
Apa beza percaya dengan yakin? Yakin menimbulkan rasa, percaya hanyalah
pengetahuan.
2.
Manusia bertindak bukan atas apa yang dia fikir, tetapi bertindak atas apa yang dia rasa.
80% umat Islam di Malaysia tidak solat.-kajian. Kerana tidak rasa Allah melihat, tidak
yakin.
Urusan hati tidak boleh dipisah dengan mujahadah.
Kenapa manusia melakukan kemungkaran?
1. Tidak yakin pada Allah.
2.
Tidak yakin pada akhrat.
3. Terlalu cinta diri sendiri. (cinta bersyarat)
Apabila ada cinta Allah, barulah gilang kepentingan diri.
“Jangan mengharapkan terima kasih, nanti kita akan jadi orangyang sakit jiwa.”- Dale
Canergie
“Jika anda mengharapkan ‘terima kasih’ terhadap pemberian kepada manusia, anda silap
planet!”
“Let go and let god” , “when god is your friend, who is your enemy?”
Soalan:
Zina hati dan tips untuk mengelak. Pengurusan hati sebelum berkahwin. Bagaimana?
1. Dalam Al Quran Allah tidak berkata “jangan zina”, Allah berkata “jangan
menghampiri zina.”
2. Kita jadi jahat bukan kerana kebetulan, tetapi kerana kebiasaan yang diulangulang.
3. Zina lidah dengan berkata-kata (SMS, twitter, facebook), zina hati dengan
keinginan dan syahwat, Zina kemaluan dengan menuruti.
4. Mujurlah Allah hanya menghukum zina yang lahiriah! Jika tidak…..
5. “Dosa itu satu yang meresahkan hati kamu.” – Jawapan Rasulullah apabila
ditanya tentang dosa.
6. Alah bias tegal biasa, jangan sampai jadi begini apabila melakukan dosa.
Ulasan berkaitan ego. Adakah ego ini patut dileburkan atau diuruskan?
1. Self-esteem atau harga diri adalah penilian diri terhadap diri sendiri, baik, mampu
untuk Berjaya dalam kehidupan.
3. 2. Ramai orang yang gagal kerana ramai orang yang lebih pentingkan penilaian
orang lain terhadap dirinya.
3. Inner voice/self-talk, dalam satu hari kita lebih banyak bercakap dengan diri kita
daripada bercakap dengan orang lain.
4. Jika self-talk 90% negative (self sabotaging people), sabotaging others.
5. Apa beza takabbbur dengan self esteem?
6. Takabbur, pandang orang lain rendah, pandang diri sendiri tinggi. Self esteem,
pandang diri tinggi, orang lain tinggi juga.
7. Orang yang kerap jatuh cinta, tidak mencintai diri sendiri.
8. Kita tidak boleh menyayangi orang lain, sebelum mencintai diri sendiri, sebelum
itu, perlu cintai Allah!
9. Paling malang dalam hidup kita adalah apabila kita tidak menyayangi, bukan jika
kita tidak disayangi. Puncanya, kena cintai Allah terlebih dahulu.
10. Temui kebijaksanaan diri, cari diri sendiri. Jadi diri sendiri, kita adalah juara,
kerana tidak ada yang menyerupai kita. Dunia tidak lengkap tanpa kita.
Bagaimana menguruskan hati supaya redha dengan ketentuan Allah? (contoh: bakal
jodoh)
1. Jadi orang yang baik. Orang yang baik akan mendapat orang yang baik. Jadilah
bakal suami/isteri yang baik, kita akan mendapat yang baik. InsyaAllah. Janji
Allah untuk mendapat suami yang baik atau isteri yang baik bukan sahaja diawal
perkahwinan, tetapi mungkin di tengah atau hujung perkahwinan. True colours
diri akan muncul selepas lima tahun perkahwinan. Jika kita tidak dapat apa yang
kita suka, suka apa yang kita dapat.
2. Ikut pilihan orang yang baik.
3. Pasrah sahaja. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasulullah.
4. Ikut jalan yang baik. Tidak salah mencari cinta. Mencari cinta itu tadbir, temui
cinta adalah takdir. Takdir mengatasi tadbir. Cinta yang dicari baik, cinta yang
ditemui lebih baik. Rezeki sangat ajaib!
Penutup
4.
Iman pasak kukuh dalam hati, ia akan memberi sinar dalam rumahtangga. Muda adalah
saat terbaik dekati Allah. Apabila Allah anda dekati, anda akan lihat bagaimana cinta
datang kepada anda. Cinta akan bersinar dalam rumahtangga.
Dekati apa sahaja yang mendekatkan diri kepada Allah. Buru cinta Allah, cinta makhluk
akan datang memburu.
Semakin banyak kemanisan sebelum perkahwinan, semakin tawar selepas perkahwinan.
Masih ada peluang, bertaubatlah.