Pantun Melayu tradisonal sering menggunakan analogi dan ibarat berdasarkan pengamatan alam sekitar untuk menyampaikan pesanan moral. Pantun-pantun tersebut menggambarkan keadaan alam, hubungan manusia, dan nasihat hidup berdasarkan pengalaman. Falsafah pantun Melayu terbentuk dari pemahaman terhadap alam, sesama, dan pengalaman hidup.
1. CeritaTentangPantun 1 Minta daun diberi daun, Dalam daun ada bidara; Minta pantun diberi pantun, Dalam pantun ada bicara.
2. Pandangan Semesta Melayu Konsep terhadap dunia; khususnya alam nyata, alam luas, ruang alam, hutan, laut, sungai, tumbuhan, binatang, gunung-ganang, dan lain-lain lagi. Konsep terhadap alam ghaib; alam selepas mati, alam akhirat, makhluk-makhluk wujud di alam ghaib dan juga tentang ketuhanan. Konsep terhadap sesama manusia; konsep ‘kita’ terhadap ‘mereka’(orang lain) termasuk juga kehidupan manusia terhadap adat dan kehidupan sosial.
3. Dalam pantun Melayu tradisional: Terungkap falsafah (pemikiran) Melayu dalam bentuk pantun dari segi kosa kata, frasa dan ayat yang digunakan, termasuk gaya pengungkapannya, secara lisan dan tulisan. Perasaan dan pandangan serta buah fikiran terlukis nilai, etika, dan keunggulan Melayu. Terbentuk daripada pengalaman praktikal untuk mengharungi hidup dan untuk mati, yang memakan masa yang panjang dan diteliti dengan kesabaran orang-orang dahulu.
4. Dalam Pantun Melayu tradisional: Alam Sekitar Sebagai penghuni kampung, pekan, pelabuhan dan istana – dikaitkan dengan haiwan, burung dan unggas, tumbuhan – dikenali dengan cukup akrab. Mengatur hidup agar seimbang dengan alam – menjadi pemerhati yang tekun dan gigih. Ilmu yang diperolehi daripada pemerhatiannya itu, diungkapkan secara harmonis dalam pantun, bidalan dan seumpanya hingga menjadi bahan sastera lisan yang sarat dengan pengajaran dan perenungan.
5. Dalam Pantun Melayu tradisional: Analogi & Ibarat Daripada pengamatan dan perenungan itu, diciptakan kias dan ibarat, perumpamaan, perbandingan – analogi. Alam yang menjadi sumber analogi lalu dibina dan dirakam dalam puisi-puisi tradisional. Tergambar keadaan musim, angin, ribut, taufan, persepsi hidup bahagia dan derita. Mergastua dan flora yang berperasaan gembira, sedih, kecewa, dan kasih.
6. Contoh Pantun Melayu Tradisonal Pantun Nasib Orang Kedah pergi ke Daik, Berjalan malam terlanggar tunggul; Kalau sudah benih yang baik, Padi segenggam jadi sepikul. Bincangkan
7. Contoh Pantun Melayu Tradisonal Pantun Resam Hidup Ceduk air dengan baldi, Ceduk nasi dengan senduk; Baik bawa resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Bincangkan
8. Contoh Pantun Melayu Tradisonal Pantun Resam Hidup Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Sewaktu kecil ditimang ibu, Sudah besar ditatang gelombang. Bincangkan
9. Contoh Pantun Melayu Tradisonal Pantun Resam Hidup Rumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi tak baik, Apa guna kepada orang? Bincangkan
10. Contoh Pantun Melayu Tradisonal Pantun Sindiran Bunga pudak tepi telaga, Sunting budak di atas panggung; Sungguh berbedak berlian juga, Umpama kodok bawah tempurung. Bincangkan
11. Contoh Pantun Melayu Tradisonal Pantun Perantauan Setinggi-tinggi terbang bangau, Balik juga ke kubangan; Senang benar hidup di rantau, Terkenang juga kampung halaman. Bincangkan
12. Contoh Pantun Melayu Tradisonal Pantun Budi Bahasa Buah rumbia buah silat, Pokok tumbuh tepi perigi; Hidup di dunia kita beradat, Bahasa tidak dijual beli. Bincangkan
13. Kesimpulan alam menjadi guru dan alat, dijadikan wahana tapak perasaan dan pemikiran, metafora, dan makna falsafah pemantun Melayu tradisional dan strategi penciptaannya menggunakan pemahaman daripada alam sekeliling. sebahagian besar pantun Melayu tradisional yang tercipta memanfaatkan alam dan fenomenanya. ***pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan). - Kamus Dewan.