Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Syurga firdaus
1. Al-Quran gambarkan keindahan syurga
Fairuz Noordin
KONGSI ARTIKEL
Share
Tweet
Hilangnya nikmat beribadah dalam kalangan manusia berpunca daripada
tidak dapat melihat gambaran di sebalik keindahan ganjaran syurga.
Rasulullah SAW sentiasa bercerita mengenai syurga untuk memberi
rangsangan dan mendorong keinginan umatnya menjadi penghuni syurga.
Menerusi hadis Qudsi: "Aku menyediakan syurga kepada hamba-Ku yang
soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak pernah terpandang
oleh pandangan mata dan telinga ini tidak pernah mendengar betapa
indahnya syurga itu. Hati kita tidak pernah terdetik seindah ini syurga
Allah."
Keinginan menghuni syurga menyebabkan manusia berusaha untuk
beribadah bagi memenuhi impian itu. Tidak ada suatu pun benda yang ada
di syurga menyerupai dengan yang ada di dunia kecuali pada namanya
sahaja.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya kamu mahu,
bacalah ayat ini, seperti mana firman Allah dalam surah as-Sajdah, ayat 17
yang bermaksud: "Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu
persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala
jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai
balasan bagi amal soleh yang mereka telah kerjakan."
Selain itu digambarkan juga keadaan dalam syurga melalui firman-Nya
yang bermaksud: "Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman
dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian
dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan
kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya
(tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga
2. itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di
dalamnya selama-lamanya." (Surah al-Baqarah, ayat 25)
Gambaran keindahan syurga
Menerusi perkongsian dalam slot Mau'izati di IKIMfm, Ustaz Ahmad Dusuki
Abdul Rani, menceritakan tanah dan kerikil yang ada di dalam syurga.
Tanahnya diperbuat daripada kasturi dan za'faran, seperti tepung berwarna
putih yang lembut serta halus apabila disentuh.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: "Kemudian
aku bergerak bersama malaikat Jibril sehingga ke Sidratul Muntaha.
Apabila tiba di suatu tempat yang ditutupi dengan warna yang aku sendiri
tidak mengetahuinya. Lalu dimasukkan aku ke dalam syurga dan melihat
ada khemah yang cantik bergemerlapan dan apabila aku menyentuh
tanah-tanah di dalam syurga, bagaikan kasturi."
Dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim, musnad Abu Ahmad, Abu Said al-
Qudri meriwayatkan, Ibnu Sayyad bertanya kepada Rasulullah SAW
mengenai tanah di syurga dan Baginda menyebut ia berasal daripada
butiran tepung yang putih bersih, dan lembut apabila dipijak menyamai
nikmatnya memijak tepung-tepung.
Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan asal ciptaan
manusia dan Baginda menjelaskan manusia dicipta daripada air. Lalu
beliau bertanya lagi, daripada apakah bangunan dalam syurga diperbuat
dan Baginda menjawab batu-batanya daripada susunan emas dan perak,
lantainya daripada minyak kasturi, kerikilnya daripada mutiara daripada
yakut dan tanahnya daripada za'faran.
Sesiapa yang memasuki syurga akan berasa senang, tidak akan pernah
susah, kekal di dalamnya dan tidak akan mati. Pakaian mereka tidak akan
buruk, malah semakin hari, ia akan menjadi semakin cantik serta usianya
sentiasa muda.
Khemah di syurga menjulang setinggi 60 hasta, bilik-biliknya juga tinggi
dan besar serta didirikan tempat-tempat yang tinggi di dalamnya.
Rasulullah SAW menceritakan, bilik di dalam syurga ternampak daripada
3. luar ke dalam, yang dalam nampak sehingga ke bahagian luar, sangat luas
dan cantik.
Orang yang boleh memasuki bilik ini ialah mereka yang sentiasa memberi
makan kepada kawan yang selayaknya. Selain itu, mereka yang layak
menghuni bilik itu dalam kalangan yang lemah-lembut budi bicaranya,
sentiasa berpuasa sunat serta rajin solat pada waktu malam di saat
manusia lain sedang tidur lena.
Solat sunat 12 rakaat
Malah diriwayatkan juga oleh Baginda, manusia yang mendirikan solat
sunat sehari semalam sebanyak 12 rakaat juga melayakkan mereka
menghuni istana yang indah di syurga Allah SWT.
Disebut oleh Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Sahar bin Saad,
Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang masuk ke dalam syurga akan
melihat khemah sebagaimana kalian melihat bintang-bintang yang
bergemerlapan di dada langit." Cantiknya khemah itu seperti bintang
membelah malam, demikian juga cantiknya ahli-ahli syurga itu.
Daripada Abdullah bin Qais, Rasulullah SAW bersabda: "Khemah daripada
mutiara itu berterbangan yang menjulang ke langit, jarak di antaranya
setinggi 30 hasta. Di setiap sudut di dalam khemah itu terdapat keluarga
mukmin dan masing-masing tidak dapat melihat di antara penghuni
khemah yang lain."
Kredit :
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/04/276731/al-quran-gambarkan-
keindahan-syurga