SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 16
SARAWAK

Disediakan oleh,
 LEONARDO
Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi
Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku
kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di Sarawak. Kaum
Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti
oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum
etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai
pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat
pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi
masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan
tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan
kehidupan seharian mereka. Maklumat berkaitan adat resam
masyarakat etnik Sarawak dalam laman web ini akan
difokuskan kepada tiga aspek utama iaitu kelahiran,
perkahwinan dan kematian yang hanya merujuk kepada tiga
suku kaum utama di Sarawak iaitu masyarakat Iban, Melanau
dan Bidayuh.
SUKU-SUKU KAUM DI SARAWAK
                            IBAN
   Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri
Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban
seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat
Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka
di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang
unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban
mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di
tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya
menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan
adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh
masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek
utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
IBAN(KELAHRAN)
• Pengenalan

 Kaum Iban banyak mengamalkan pantang
 larang dan adat-adat tertentu dalam aspek
 kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting
 semasa membuat persiapan menyambut
 kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat
 tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu
 mengandung, bersalin dan selepas lahir.
IBAN (KELAHIRAN)
•   Sewaktu Mengandung
    Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya
    seperti berikut;
•   Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.


•   Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang
    berterusan semasa melahirkan anak.


•   Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal
    lahir tidak akan bernanah.


•   Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat
    penglihatan.


•   Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.


•   Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.


•   Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan
•   BERSALIN
    Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut
    kelahiran bayi.
•   Pontong
    Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu
    untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan.

•   Potong Tali Pusat dan Berurut
    Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan.
    Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin,
    si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik
    dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa
    sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat
    yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat
    daripada kulit kayu.
• SELEPAS LAHIR
  Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas
  bersalin.

• Berpantang
  Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas
  melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan
  diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-
  kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua
  makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau
  air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.
•   Berdiang/Bersalai
    Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil
    berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu
    yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara
    jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu
    ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika
    kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun,
    dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau
    bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu
    menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari
    kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai
    menjalani adat-adat ini.
•   Tanggal Pusat
      Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal
    pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek
    atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari
    sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau
    mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara. `
•   Menamakan Bayi
    Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka
    yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas
    masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang
    rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu
    seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek
    moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan
    mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya
    upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas
    papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan
    dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan
    nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi
    tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang
    terdekat.
IBAN (PERKHAWINAN)
•   Pengenalan

    Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum
    seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh
    dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si
    gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah
    perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki
    membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan
    bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan.
    Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin
    dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat
    tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan
    selepas majlis perkahwinan.
•   Merisik
    Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah
    berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.
    Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu
    syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan
    menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
•   Meminang dan Bertunang
    Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling
    ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu
    syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin
    serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki
    menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda
    pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan
    hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima
    kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak
    lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara
    dan jiran tetangga.
•    Pengantin masyarakat Iban
     Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis
    perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan
    menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada
    keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai
    persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari
    perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil
    masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa
    beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi
    perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan,
    bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi.
    Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau
    ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu
    setiap hari.
Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah
panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain
pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin
akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan
yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di
hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan
dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum
memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala
rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai
penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan
kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula,
terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin
lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala
tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.
• Pengenalan
  Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut
  adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai
  maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya
  adat kematian masyarakat ini merangkumi peringkat-
  peringkat berikut:
IBAN (KEMATIAN)
•   Semasa kematian
    Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua
    saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik
    sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli
    keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-
    baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka
    percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati.
    Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua
    kumbu yang dipanggil sapat.
Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-
barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas
mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang
wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati
dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca
berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang
malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang
jangkamasa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam
keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan
itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu
kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu
diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu
biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Etiket di meja makan
Etiket di meja makan Etiket di meja makan
Etiket di meja makan MISS ESTHER
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhIda Ayuni
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaCik Nurul Afiqah
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalShaifull Niell
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhafarsya1305
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum Indiacikalyani
 
Makanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaMakanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaIskandar Abbas
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaNur Aisyah Khor
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaMages Panjaman
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 

Was ist angesagt? (20)

Masyarakat dusun
Masyarakat dusunMasyarakat dusun
Masyarakat dusun
 
Etiket di meja makan
Etiket di meja makan Etiket di meja makan
Etiket di meja makan
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuh
 
Institusi pendidikan
Institusi pendidikanInstitusi pendidikan
Institusi pendidikan
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum India
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Maksud protokol
Maksud protokolMaksud protokol
Maksud protokol
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum India
 
Makanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaMakanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum india
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Dasar pendidikan negara1
Dasar pendidikan negara1Dasar pendidikan negara1
Dasar pendidikan negara1
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 

Andere mochten auch (20)

Sarawak
SarawakSarawak
Sarawak
 
Iban culture
Iban cultureIban culture
Iban culture
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
 
Etnik Sabah
Etnik SabahEtnik Sabah
Etnik Sabah
 
(Full)epc assignment sarawak cultural village
(Full)epc assignment   sarawak cultural village(Full)epc assignment   sarawak cultural village
(Full)epc assignment sarawak cultural village
 
MPU Iban
MPU IbanMPU Iban
MPU Iban
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
Tarian sabah n sarawak
Tarian sabah n sarawakTarian sabah n sarawak
Tarian sabah n sarawak
 
Kaum iban
Kaum ibanKaum iban
Kaum iban
 
Kenali sarawak
Kenali sarawakKenali sarawak
Kenali sarawak
 
Bab 10 Sarawak
Bab 10 SarawakBab 10 Sarawak
Bab 10 Sarawak
 
Bab 11 Sabah
Bab 11 SabahBab 11 Sabah
Bab 11 Sabah
 
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAKLATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK
 
Pakaian tradisional etnik sarawak
Pakaian tradisional etnik sarawakPakaian tradisional etnik sarawak
Pakaian tradisional etnik sarawak
 
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaPerkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
 
Kegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakKegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi Sarawak
 
Suku kaum murut
Suku kaum murutSuku kaum murut
Suku kaum murut
 
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
 
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cina
 

Ähnlich wie IBAN PERKAHWINAN

Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2Low Hui Seet
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...Jat Anasiti
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumAfifah Yusoff
 
Kepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisKepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisAini Firdaus
 
17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayuGreen Heart
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Devi D Hazel Eye
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaanAzarina Arsat
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Mrs. Raudhah
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore VJ Asenk
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUDanial DI
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)princessvalues
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bshare with me
 
Adat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabauAdat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabauAsmara01
 
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxAdat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxRetnoParamitasari
 

Ähnlich wie IBAN PERKAHWINAN (20)

Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2Edu 3106 tutorial 2
Edu 3106 tutorial 2
 
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
EDU 3063 Penulisan etnik bajau serta implikasi kepelbagaian sosiobudaya terha...
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam Kaum
 
Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2
 
Kepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisKepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugis
 
ISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMAISBD SUKU BIMA
ISBD SUKU BIMA
 
17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
 
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayuPengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
Pengaruh hindu dalam adat istiadat melayu
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Kaum murut
Kaum murutKaum murut
Kaum murut
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Adat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabauAdat perkawinan minangkabau
Adat perkawinan minangkabau
 
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptxAdat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
Adat_istiadat_dan_upacara_jawa.pptx
 

Mehr von Leonardo Leo

Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)Leonardo Leo
 
Asas elektomekanikal
Asas elektomekanikalAsas elektomekanikal
Asas elektomekanikalLeonardo Leo
 
Pembentengan gengsterisme
Pembentengan gengsterismePembentengan gengsterisme
Pembentengan gengsterismeLeonardo Leo
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DLeonardo Leo
 

Mehr von Leonardo Leo (8)

Lawak ke der..
Lawak ke der..Lawak ke der..
Lawak ke der..
 
Lawak ke der..
Lawak ke der..Lawak ke der..
Lawak ke der..
 
Quotes
QuotesQuotes
Quotes
 
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
 
Asas elektomekanikal
Asas elektomekanikalAsas elektomekanikal
Asas elektomekanikal
 
Pembentengan gengsterisme
Pembentengan gengsterismePembentengan gengsterisme
Pembentengan gengsterisme
 
Mr. Nobody
Mr. NobodyMr. Nobody
Mr. Nobody
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
 

Kürzlich hochgeladen

bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 

Kürzlich hochgeladen (20)

bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 

IBAN PERKAHWINAN

  • 2. Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Maklumat berkaitan adat resam masyarakat etnik Sarawak dalam laman web ini akan difokuskan kepada tiga aspek utama iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian yang hanya merujuk kepada tiga suku kaum utama di Sarawak iaitu masyarakat Iban, Melanau dan Bidayuh.
  • 3. SUKU-SUKU KAUM DI SARAWAK IBAN Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.
  • 4. IBAN(KELAHRAN) • Pengenalan Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
  • 5. IBAN (KELAHIRAN) • Sewaktu Mengandung Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut; • Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. • Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. • Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. • Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. • Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. • Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. • Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan
  • 6. BERSALIN Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi. • Pontong Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. • Potong Tali Pusat dan Berurut Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.
  • 7. • SELEPAS LAHIR Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin. • Berpantang Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang- kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.
  • 8. Berdiang/Bersalai Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini. • Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara. `
  • 9. Menamakan Bayi Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.
  • 10. IBAN (PERKHAWINAN) • Pengenalan Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. • Merisik Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
  • 11. Meminang dan Bertunang Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
  • 12. Pengantin masyarakat Iban Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.
  • 13. Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.
  • 14. • Pengenalan Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian masyarakat ini merangkumi peringkat- peringkat berikut:
  • 15. IBAN (KEMATIAN) • Semasa kematian Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik- baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
  • 16. Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang- barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.