SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Bahan Pendingin
IKML 1
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
(KEMAHIRAN) MARA
KERTAS PENERANGAN
3. GAS BAHAN PENDINGIN
AIR CONDITION
Bahan Pendingin
IKML 2
TAJUK: GAS BAHAN PENDINGIN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan kepada pelatih-pelatih tentang bahan
pendingin, sifat-sifat serta langkah-langkah keselamatan mengendalikan bahan
pendingin.
PENERANGAN:
Haba disingkirkan dari sistem penyejukan oleh bahan pendingin. Setiap
cecair yang mempunyai takat didih hampir dengan ttakat beku air boleh dijadikan
bahan pendingin. Walau badaimanapun, bahan pendingin yang baik tidak semestinya
mempunyai suhu takat didih yang rendah.
Bahan dingin yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri sperti iaitu tidak
beracun, tidak mudah meletup dan tidak kakis kepada komponen. Selain itu, kualiti-
kualiti lain seperti kesan-kesan bahan pendingin pada haba dan suhu, isipadu dan
ketumpatan, tekanan, sifat-sifat kimia dan fizikal bahan pendingin mestilah
diambilkira juga.
Sifat-Sifat Bahan Pendingin Yang Baik
Fungsi bahan pendingin ialah untuk menyerap haba. Cecair bahan
pendingin yang berada di penyejat akan bertukar menjadi gas dan menyingkirkan
haba ini di peluwap. Di pemeluwap,gas bahan pendingin bertukar menjadi cecair.
Bahan pendingin yang baik mestilah mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
a) Kesan pada haba dan suhu;
1. Haba pendam pewapan bahan pendingin mestilah tinggi. Ini
membolehkan kuantiti bahan pendingin yang sedikit menyerap haba
dengan banyak.
2. Takat beku bahan pendingin mestilah rendah daripada suhu yang
terdapat dimana-mana bahagian dalam sistem itu. Jika ini tidak
diambil kira, bahan pendingin mungkin membeku di penyejat dan
menyebabkan sistem tidak dapat bekerja dengan sempurna.
b) Ketumpatan isipadu bahan pendingin;
1. Ketumpatan bahan pendingin hendahlah tinggi. Saluran cecair yang
kecil boleh digunakan.
2. Isipadu wap bahan pendingin mestilah sekecil mungkin. Ini
membolehkan penggunaan saluran sedutan dan singkiran yang
kecil. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan ke atas komponen-
komponen.
c) Kesan tekanan kepada bahan pendingin;
1. Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan
rendah seboleh-bolehnya hendaklah rendah.
2. Apabila tekanan pemeluwap rendah, alat-alat yang ringin dapat di
gunakan dan kebocoran dapat dielakan.
d) Sifat-sifat kimia bahan pendingin;
1. Mestilah tahan pada suhu dan tekanan operasi yang terdapat pada
sistem tanpa berubah sifatnya.
Bahan Pendingin
IKML 3
2. Tidak mudah terbakar dan meletup, sama ada dalam bentuk gas atau
cecair semasa bercampur dengan minyak.
3. Tidak berkarat dan tidak bertindakbalas terhadap alat-alat sistem.
4. Tidak beracun dan memberi kesan sampingan kepada hidup-
hidupan separti manusia, tumbuhan dan binatang.
e) Sifat-sifat bahan pendingin;
1. Tidak mudah terbakar.
2. Boleh larut dengan minyak supaya pelinciranberkesan.
3. Tidak berbahaya apbila yindak balas dengan minyak walaupun
dengan kehadiran kelembapan.
4. Mempunyai rintangan tinggi pada elektrik. Ini untuk mengelakkan
pengaliran arus elektrik pada sistem.
f) Mengenal bahan pendingin dengan nombor
Bahan pendingin dapat dikenali melalui nombor. Biasanya, nombor ini
bermula dengan R, bermaksud bahan pendingin. Bahan dingin yang biasa
digunakan dalam sistem penyejukan dan penyaman udara R-11, R12, R-22, R-
500, R-502, R-503, R504, R-717.
g) Kumpulan bahan pendingin;
Bahan pendingin terbahagi kepada tiga kumpulan:
• Kumpulan pertama – yang paling selamat digunakan
• Kumpulan kedua - beracun dan sesetengahnya mudah terbakar.
• Kumpulan ketiga - mudah terbakar.
Bahan Pendingin Kelas Pertama
a) R-11 Trikloromono Florometana CCI3F
b) R-12 Diklorodiflorometana CCI2F2
c) R-22 Monoflorodiflorometena CHCIF2
d) R-500 73.8% R-12 dan 26.2% R-152a CCI2F2/ CH3CHF2
e) R-502 48.8% dan 51.2% R-115 CHIF2/ CCIF2CF3
f) R-503 41.1% R-23 dan 59.9% R-13 CHF3/ CCIF3
g) R-504 48.2% R-32 dan 51.8% R-115 CH2 F2/ CF3 CCIF2
h) R-774 Karbon Dioksida CO2
Bahan dingin yang biasa dan banyak digunakan dalam sistem penyejukan
dan penyamanan udara ialah R-12, R-22, R-11 dan R-502. Oleh itu, kertas penerangan
ini hanya memberikan penerangan tentang sifat-sifat bahan pendingin yang biasa
digunakan sahaja.
a) R-12 Diklorodiflorometana CCI2F2
R-12 ialah bahan pendingin yang paling biasa digunakan. Sifat-sifat ialah tidak
berbau, tidak berwarna dan mempunyai takat didih yang rendah iaitu –29.7°C
pada tekanan atmosfera. Ini juga tidak berracun, tidak mengakis, tidak
mengganggu keselesaan (irritating) dan tidak mudah terbakar.
Bahan dingin ini stabil pada suhu yang tinggi sehingga 550°C. Suhu ini sangat
sesuai untuk suhu operasi semua bahan mekanisme penyejukan dan pelinciran.
Bahan Pendingin
IKML 4
Walaupun R-12 mempunyai haba pendam yang agak endah tetapi ia sesuai juga
digunakan pada sistem penyejukan yang kecil, biasanya R-12 digunakan pada
pemampat salingan putar dan empar.
Tekanan R-12 pada suhu -15°C ialah 0.830 kg/cm3
dan pada suhu 30°C ialah 6.56
kg/cm3
. Haba pendam suhu -15°C ialah 159 J/g.
Kebocoran R-12 boleh dikesan dengan menggunakan beberapa alat seperti lampu
halida, pengesan elektronik dan buih sabun.
Kandungan kelembapan R-12 sangat kritikal berbanding dengan R-22 dan R-502.
Larut dalam minyak hingga ke suhu -68°C bagi membolehkan melalui penyejat.
Bahan dingin R-12 akan terasing daripada minyak pada suhu -68°C ke bawah.
Oleh kerana suhu pendingin R-12 lebih berat, minyak akan terapung di atasnya.
Sekarang terdapat bahan pendingin yang baru. Genetron 12/31 yang boleh
digunakan sebagai pengganti R-12 dan R-31. Nama kimia R-31 ialah
monoklorometana florometana. Kandungan kimianya ialah CCI2 F2 78% dan
CH2CIF 22%. Haba pendam pewapan dan tekanan bahagian tingginya agak tinggi
sedikit daripada R-12. Suhu kritikalnya ialah 1180
C
b) R-22 Monoklorodiflorometana CHCIF2
R-22 biasa digunakan pada sistem penyejukan yang memerlukan suhu penyejat
yang rendah. Satu contoh ialah unit penyejukan pantas (fast freezing), diman suhu
boleh mencapai –290
C ke –400
C. Unit ini boleh digunakan juga pada sistem
penyamanan uadar dan peti sejuk rumah. Pemampat-pemampat yang biasa
digunakan bersama R-22 ialah pemampat salingan dan empar. Untuk
mendapatkan suhu rendah (-400
C) apabila menggunakan R-22, sistem tersebut
mestilah beroperasi diatas paras tekanan atmosfera dan tidak di bawah tekanan
tesebut.
Takat didih R-22 ialah -410
C pada tekanan atmosfera. Haba pendamnya ialah
216J/ pada -150
C. Tekanan bahagian tinggi pada 300
C ialah 11.1kg/cm2
. Tekanan
penyejat R-22 ialah 1.96 kg/cm2
pada -150
C.
Oleh kerana R-22 bercampur dengan air, bahan pengering dalam kuantiti yang
banyak diperlukan untuk mengeringkannya. R-22 juga larut dalam minyak
hingga suhu yang rendah iaitu -90
C. Walau bagaimanapun, R-22 masih kekal
berkeadaan bendalir untuk mengalir ke saluran sedutan hingga suhu -400
C. Hal
ini demikian kerana minyak lebih ringan daripada bahan pendinginpada suhu ini
(-400
C) dan ini menyebabkannya terapung.
Kebocoran R-22 dapat dikesan dengan menggunakan alat-alat seperti pengesan
kebocoran elektronik, buh sabun dan lampu halida.
c) R-11 Trikloromonoflorometana CCI3F
R-11 biasanya digunakan sebagai bahan pencuci untuk mencuci bahagian dalam
pemampat kecil semasa membaik pulih sistem. R-11 digunakan pada sistem yang
pemampatnya telah terbakar atau sistem yang telah terbakar atau sistem yang
dimasuki kelembapan. Membuang kelembapan dengan memasukkan R-11 boleh
memendekkan masa pengvaksi. R-11 adalah satu bahan pencuci yang paling baik
Bahan Pendingin
IKML 5
untuk proses diatas. Bahan pendingin ini juga boleh digunakan pada sistem besar
empar.
R-11 mempunyai tekana rendah 609.6 mmHg pada suhu -150
C dan tekanan tinggi
1.28 kg/cm2
mutlak pada suhu 30 0
C. Haba pendamnya ialah 196 J/g pada suhu -
150
C. Suhu takat didih pada tekanan atmosfera ialah 23.70
C.
Kebocoran R-11 dapat dikesan dengan menggunakan lampu halida, pengesan
kebocoran elektronik dan buih sabun.
d) Campuran azeotropik
Bahan pendingin Azeotropik ialah campuran cecair bahan pendingin didih
maksimum dan minimum. Walau bagaimanapun campuran ini dianggap sebagai
satu jenis bahan pendingin.
Campuran Azeotropik biasa digunakan bersama pemampat salingan.
e) R-502 (R-22+ R-115) CHCIF2CF3
Bahan pendingin R-502 ialah campuran 48.8% R-22 dan 51.2% R-115. R-502
tidak mudah terbakar, berkarat atau beracun. Sesuai untuk sistem sederhana dan
rendah yang bersuhu diantara –180
C hingga –510
C.
Kegunaan R-502 pada sistem sederhana dan suhu rendah seperti:
1. peyimpan aiskrim.
2. Tempat papar makanan sejuk beku.
3. Tempat simpanan sejuk beku.
4. Loji pemprosessan makanan sejuk beku
5. Digunakan dengan pemampat salingan.
Sifat-sifat R-502 :
1. Titik didihnya ialah –460
C pada tekanan atmosfera.
Tekanan tinggi ialah 12.31 kg/cm2
pada suhu 300
C. Tekanan penyejatnya
ialah 2.53 kg/cm2
pada suhu –150
C. Haba pendamnya pada suhu –
29.120
C ialah 168.9 J/g.
Kebaikkan menggunakan R-502:
1. Tekanan dan suhu pemeluwapnya rendah dan ini memanjangkan hayat
injap pemampat dan bahagian-bahagian yang lain.
2. Kelikatan minyaknya yang tinggi membolehkan pelinciran lebih mudah
pada suhu pemeluwap yang rendah. Kebocoran dapat dikesan dengan
menggunakan pengesan elektronik, buih sabun dan lampu halida.
Bahan Pendingin
IKML 6
Bahan Pendingin Kumpulan Kedua.
Bahan pendingin kumpulan ini bersifat toksik, agak mudah tebakar dan mengganggu
keselesaan manusia jika tersedut. Diantara bahan pendingin kumpulan ini
termasuklah:
a) R-40 metil klorida CH3CI
b) R-160 etil klorida C2H5CI
c) R-611 metil formata C2H4O2
d) R-717 ammonia NH3
e) R-764 sulfur dioksida SO2
f) R-1130 dikloroetilena C2H2CI2
Bahan Pendingin Kumpulam Ketiga
Bahan pendingin ini mudah terbakar apabila bercampur dengan udara dan tidak
digunakan lagi. Bahan pendingin kumpulan ini adalah seperti berikut:
a) R-290 propana C3H3
b) R-600 butana C4H10
c) R-170 etana C2H6
Kod Warna Bagi Selinder Bahan Pendingin
Untuk memudahkan selinder bahan pendingin dikenali, kod warna digunakan. Ini
mustahak untuk mengelakkan sesuatu bahan pendingin daripada bercampur dengan
bahan pendingin yang lain pada sistem. Walau bagaimanapun seseorang mestilah
mengenali dan membaca pelekat bahan pendingin pada selinder. Sesetengah
pengusaha tidak menggunakan kod warna ini. Jadual di bawah menunjukkan warna
selinder bahan pendingin.
No. Bahan Pendingin Kod Warna Selinder
R-11
R-12
R-13
R-22
R-500
R-50
Jingga
Putih
Biru Muda
Hijau
Kuning
Ungu
Perak
Bahan Pendingin
IKML 7
Jadual dibawah menunjukkan kegunaan bahan pendingin. Sejenis bahan pendingin
dapat digunakan untuk beberapa kegunaan. Sebahagian daripadajenis bahan pendingin
hanya disyorkan untuk beberapa jenis pemampat.
Biasanya sesuatu sistem bahan pendingin ditentukan oleh pembuatnya. Perkara-
perkara yang perlu diambil kira sebelum memilh bahan pendingin ialah:
a. Takat didih bahan dingin. Ini adalah untuk menentukan keupayaan sistem
pendingin tersebut.
b. Isipadu wap bahan pendingin yang dianjakkan untuk memperoleh penyejukan
yang diperlukan.
c. Haba pendamnya.
d. Suhu pengendalianyang diperlukan.
e. Saiz alat kelengkapan.
Jadual dibawah menunjukkan kegunaan bahan pendingin mengikut kesesuaian
pemampat;
Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Bahan Pendingin
Kegunaan bahan pendingin Bahan pendingin
Peti sejuk domestik
Pembeku makanan domestik
Penyamanan udara kereta
Penggunaan kriogenik (penyejukan
menghasilkan suhu –1570
C- 273.150
C )
Penyamanan udara rumah
Penyamanan udara (bangunan awam)
a. keupayaan rendah
b. keupayaan sederhana
c. keupayaan tinggi
Penyamanan udara kapal penumpang
Penghantaran makanan beku
Mengecutkan logam
Proses industri
Pembersih dan penyerapan kelembapan
R-12,R-22
R-12,R-22,R-502
R-12,R-134a
R-13,R-503
R-22,R-500
R-12,R-22
R-11,R-12,R-22
R-11,R-12
R-11,R-12,R-22
R-22,ais kering
Nitrogen
R-11
R-11
Bahan pendingin Jenis pemampat
R-11
R-12
R-22
R-500
R-502
R-503
R-13
R-113
Empar
Salingan,empar,putar
Salingan.empar
Salingan
Salingan
Salingan
Salingan
Empar
Bahan Pendingin
IKML 8
Walaupun kebanyakan bahan pendingin yang digunakan masa sekarang boleh
dikatakan tidak merbahaya, namun begitu langkah-langkah keselamatan perlu
diambilkira semasa menggunakan. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti
adalh seperti berikut:
a. Apabila berlaku kebocoran, tentukan bilik cukup pengalihudaraan sebelum
membaikinya. Periksa tekanan dengan memasang tolok.
b. Periksa jenis bahan pendingin sebelum mengecas untuk mengelakkan bahan
pendingin bercampuran. Jika bahan pendingin adalah dari jenis florokarbon,
jauhkan dari api. Ini adalah untuk mengelakkan daripada menjadi gas beracun
apabila bertemu dengan api.
c. Gunakan pelindung mata dan sarung tangan semasa mengecas. Ini untuk
mengelakkan mata, kulit dan tangan terkena bahan pendingin dan juga
mengelakkan kecederaan.
d. Mengecas mestilah dilakukan dibahagian tekanan rendah dalam bentuk wap bahan
dingin sahaja. Mengecas dengan cecair boleh merosakkan pemampat dan unit
boleh meletup.
e. Cecair bahan pendingin boleh membekukan kulit dan mengakibatkan “frost bite”.
Jika ini berlaku, basuh bahagian yang terkena bahan pendingin denga segera.
f. Kemalangan dengan bahan pendingin hendaklah dirawat dengan doktor.
g. Jangan mengisi bahan pendingin kedalam selinder servis sehingga penuh. Jika ini
dilakukan tekanan hidrostatik dalam selinder akan menyebabkan selinder meletup.
h. Simpan selinder bahan pendingin ditempat yang sejuk dan kering. Jangan
menggunakan selinder bahan pendingin sebagai roda (mengolekkannya).
i. Minyak yang terdapat dalam pemampat akan menjadi asid apabila pemampat
terbakar. Jangan disentuh minyak ini dengan tangan.
j. Kebanyakan bahan pendingin adalah lebih berat dari udara. Bahan ini pula boleh
bercampur dengan udara di dalam bilik jika berlaku sebarang kebocoran. Hal ini
boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas sekiranya tersedut udara yang
bercampur dengan bahan pendingin. Pastikan banyak pengalihudaran.
Selinder Bahan Pendingin
Terdapat tiga jenis selinder bahan pendingin:
a. selinder penyimpan
b. selinder servis.
c. Selinder buangan (guna-buang)
Selinder bahan pendingin dibuat daripada keluli aluminium. Selinder yang besar
mempunyai palam lebur untuk keselamatan apabila berlaku lebihan tekanan atau
terlampau panas.
a. Selinder penyimpan:
Biasanya,45kg ke 68kg bahan pendingin terkandung dalam selinder penyimpan.
Selinder ini lebih murah daripada selinder buangan.
Kebanyakan selinder penyimpan sekarang mempunyai dua injap. Satu untuk wap
dan satu lagi untuk cecair. Kita boleh memindahkan bahan pendingin dari selinder
penyimpan ke selinder servis dengan membuka injap yang mengeluarkan cecair.
Ini memudahkan kerja
Bahan Pendingin
IKML 9
mengecas. Kerja memindahkan bahan pendingin ini hendaklah berhati-hati.
Perhatikan agar bahan pendingin diisi ke dalam selinder tidak terlalu penuh.
Gunakan lat penimbang.
b. Selinder servis
Selinder servis biasanya mengandungi sebanyak 2 kg ke 11kg bahan pendingin.
Ini memudahkan seseorng juruteknik membuat servis. Injap selinder ini dipasang
dengan kembang 6mm (male flare). Kandungan bahan pendingin diisi daripada
selinder penyimpan.
c. Selinder buangan
Kebanyakan bahan pendingin yang biasa digunakan terdapat dalam kuantiti yang
kecil iaitu dari beberapa gram ke 14kg seperti selinder buangan.
A – Selinder penyimpan
B – Selinder servis
C – Selinder buangan
Gambarajah selinder
BAHAN PENDINGIN KEDUA
Bahan pendingin kedua ialah cecair dari sistem penyejukan yang menyerap haba
setelah disejukan oleh penyejat. Bahan pendingin kedua ini akan mengalami
perubahan suhu apabila ia menyerap haba dan haba ini akan diserap di penyejat.
Bahan pendingin kedua yang biasa digunakan ialah air, brin kalsium klorida,brin
natrium klorida,etilena dan propilena glisol, metanol ( metil alkohol) dan gliserin.
1. Air sebagai bahan pendingin
Air digunakan sebagai bahan pendingin kedua dan biasanya digunakan dalam
sistem penyamanan udara yang besar dan industri memproses bahan yang
memerlukan keadaan suhu yang sentiasa melebihi suhu beku. Air juga digunakan
pada sistem penyejukan jet stim.
Pada paras tekanan etmosfera, air mendidih pada 1000
C. Satu kilogarm menyerap
haba sebanyak 2260 kJ semasa menukarkan cecair ke wap pada 1000
C. Biasanya
Bahan Pendingin
IKML 10
kadar suhu semasa menggunakan air sebagai bahan pendingin ialah 70
C ke atas.
Air menyerap haba dengan banyaknya semasa menukarkan cecair ke wap. Apabila
air bertukar menjai wap pada 7800 mikron, ia akan menghasilkan suhu 70
C.
Oleh kerana air tidak boleh digunakan jika suhunya dibawah 00
C, larutan brin
digunakan.
2. Brin sebagai bahan pendingin
Brin biasanya digunakan bersama-sama dengan sistem penyejukan gas ammonia
atau sistem penyerapan yang besar. Briin bahan pendingin kedua terdiri daripada
kalsium klorida (CaCI2) atau natrium klorida (NaCI) yang bercampur dengan air.
Suhu yang rendah daripada 00
C digunakan untuk membekukan aus atau
penyejukan.
Sifat-sifat brin yang baik:
a. Harganya murah dan mudah didapati.
b. Berkeadaan stabil dan tidak berubah warna atau mutunya.
c. Tidak mudah terbakar.
d. Tidak berbau busuk, tidak berasa pahit tidak toksik.
e. Tidak terkakis.
f. Titik beku mestilah kecil, supaya saluran paip tidak mudah rosak atau
membahayakan sistem.
g. Kadar kelekatannya pada paip-paip saluran mestilah rendah supaya pam yang
kecil dapat digunakan.
h. Haba bandingan mestilah tinggi kerana ini membolehkan penyerapan haba yang
banyak dengan kualiti brin yang sedikit. Paip-paip yang kecil boleh digunakan.
Kadar kakis bagi brin: Kadar kakis bagi brin bergantung kepada kepekatannya. Jika
kepekatan brin bertambah, kadar kakis adalah kurang dan apabila kepekatannya
dikurangkan, kadar kakisnya adalah tinggi. Satu cara untuk mengekalkan mutu brin
ialah dengan menutup seluruh saluran supaya udara dari luar tidak dapat masuk ke
dalam sistem. Kadar kakis dapat juga dikurangkan dengan mencampurkan ubat khas
dengan brin tersebut. Ubat khas yang dicampurkan mestilah mengikut kadar brin
yang digunakan. Misalnya 100 liter brin kadar campurannya ialah dikloromik
100gram dan kaustik soda 40 gram

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Komponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asasKomponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asasPudin Mahari
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatikFendy Endy
 
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraMengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraSyed Nazmi Syed Omar
 
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) NoteS3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Noteno suhaila
 
Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)Amit Preve
 
Pengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asasPengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asaslaskarsalju
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit3
J4012 pneumatik dan hidraulik unit3J4012 pneumatik dan hidraulik unit3
J4012 pneumatik dan hidraulik unit3Asraf Malik
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit1
J4012 pneumatik dan hidraulik unit1J4012 pneumatik dan hidraulik unit1
J4012 pneumatik dan hidraulik unit1Asraf Malik
 
3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)
3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)
3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)Amit Preve
 
teori pemasangan a/c
teori pemasangan a/cteori pemasangan a/c
teori pemasangan a/ccar-tech
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatikFendy Endy
 

Was ist angesagt? (20)

AIR COND
AIR CONDAIR COND
AIR COND
 
Komponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asasKomponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asas
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraMengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
 
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) NoteS3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
 
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udara
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udaraModul 1 pengenalan kepada penyaman udara
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udara
 
Panduan Menservis Unit Pisah
Panduan Menservis Unit Pisah Panduan Menservis Unit Pisah
Panduan Menservis Unit Pisah
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Modul 1 talisawat
Modul 1 talisawatModul 1 talisawat
Modul 1 talisawat
 
Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)
 
Pengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asasPengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asas
 
Air cond
Air condAir cond
Air cond
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit3
J4012 pneumatik dan hidraulik unit3J4012 pneumatik dan hidraulik unit3
J4012 pneumatik dan hidraulik unit3
 
penyenjat
penyenjatpenyenjat
penyenjat
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit1
J4012 pneumatik dan hidraulik unit1J4012 pneumatik dan hidraulik unit1
J4012 pneumatik dan hidraulik unit1
 
Sistem pelinciran
Sistem pelinciranSistem pelinciran
Sistem pelinciran
 
3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)
3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)
3. memotong tiub kuprum(penghawa dingin)
 
teori pemasangan a/c
teori pemasangan a/cteori pemasangan a/c
teori pemasangan a/c
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Jenis2 pghidup
Jenis2 pghidupJenis2 pghidup
Jenis2 pghidup
 

Mehr von lekolekobp

matering device
matering devicematering device
matering devicelekolekobp
 
component compressor
component compressorcomponent compressor
component compressorlekolekobp
 
jenis air cond
jenis air condjenis air cond
jenis air condlekolekobp
 
Leko2 kiosk proposal
Leko2 kiosk proposal Leko2 kiosk proposal
Leko2 kiosk proposal lekolekobp
 
Kertas kerja jom bisnes kuantan
Kertas kerja  jom bisnes kuantanKertas kerja  jom bisnes kuantan
Kertas kerja jom bisnes kuantanlekolekobp
 

Mehr von lekolekobp (8)

matering device
matering devicematering device
matering device
 
condensor
condensorcondensor
condensor
 
component compressor
component compressorcomponent compressor
component compressor
 
jenis air cond
jenis air condjenis air cond
jenis air cond
 
1. pengenalan
1. pengenalan1. pengenalan
1. pengenalan
 
Leko2 kiosk proposal
Leko2 kiosk proposal Leko2 kiosk proposal
Leko2 kiosk proposal
 
CCeC2012
CCeC2012CCeC2012
CCeC2012
 
Kertas kerja jom bisnes kuantan
Kertas kerja  jom bisnes kuantanKertas kerja  jom bisnes kuantan
Kertas kerja jom bisnes kuantan
 

Kürzlich hochgeladen

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Kürzlich hochgeladen (12)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

gas bahan pendingin

  • 1. Bahan Pendingin IKML 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN) MARA KERTAS PENERANGAN 3. GAS BAHAN PENDINGIN AIR CONDITION
  • 2. Bahan Pendingin IKML 2 TAJUK: GAS BAHAN PENDINGIN TUJUAN: Kertas penerangan ini menerangkan kepada pelatih-pelatih tentang bahan pendingin, sifat-sifat serta langkah-langkah keselamatan mengendalikan bahan pendingin. PENERANGAN: Haba disingkirkan dari sistem penyejukan oleh bahan pendingin. Setiap cecair yang mempunyai takat didih hampir dengan ttakat beku air boleh dijadikan bahan pendingin. Walau badaimanapun, bahan pendingin yang baik tidak semestinya mempunyai suhu takat didih yang rendah. Bahan dingin yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri sperti iaitu tidak beracun, tidak mudah meletup dan tidak kakis kepada komponen. Selain itu, kualiti- kualiti lain seperti kesan-kesan bahan pendingin pada haba dan suhu, isipadu dan ketumpatan, tekanan, sifat-sifat kimia dan fizikal bahan pendingin mestilah diambilkira juga. Sifat-Sifat Bahan Pendingin Yang Baik Fungsi bahan pendingin ialah untuk menyerap haba. Cecair bahan pendingin yang berada di penyejat akan bertukar menjadi gas dan menyingkirkan haba ini di peluwap. Di pemeluwap,gas bahan pendingin bertukar menjadi cecair. Bahan pendingin yang baik mestilah mempunyai sifat-sifat seperti berikut: a) Kesan pada haba dan suhu; 1. Haba pendam pewapan bahan pendingin mestilah tinggi. Ini membolehkan kuantiti bahan pendingin yang sedikit menyerap haba dengan banyak. 2. Takat beku bahan pendingin mestilah rendah daripada suhu yang terdapat dimana-mana bahagian dalam sistem itu. Jika ini tidak diambil kira, bahan pendingin mungkin membeku di penyejat dan menyebabkan sistem tidak dapat bekerja dengan sempurna. b) Ketumpatan isipadu bahan pendingin; 1. Ketumpatan bahan pendingin hendahlah tinggi. Saluran cecair yang kecil boleh digunakan. 2. Isipadu wap bahan pendingin mestilah sekecil mungkin. Ini membolehkan penggunaan saluran sedutan dan singkiran yang kecil. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan ke atas komponen- komponen. c) Kesan tekanan kepada bahan pendingin; 1. Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan rendah seboleh-bolehnya hendaklah rendah. 2. Apabila tekanan pemeluwap rendah, alat-alat yang ringin dapat di gunakan dan kebocoran dapat dielakan. d) Sifat-sifat kimia bahan pendingin; 1. Mestilah tahan pada suhu dan tekanan operasi yang terdapat pada sistem tanpa berubah sifatnya.
  • 3. Bahan Pendingin IKML 3 2. Tidak mudah terbakar dan meletup, sama ada dalam bentuk gas atau cecair semasa bercampur dengan minyak. 3. Tidak berkarat dan tidak bertindakbalas terhadap alat-alat sistem. 4. Tidak beracun dan memberi kesan sampingan kepada hidup- hidupan separti manusia, tumbuhan dan binatang. e) Sifat-sifat bahan pendingin; 1. Tidak mudah terbakar. 2. Boleh larut dengan minyak supaya pelinciranberkesan. 3. Tidak berbahaya apbila yindak balas dengan minyak walaupun dengan kehadiran kelembapan. 4. Mempunyai rintangan tinggi pada elektrik. Ini untuk mengelakkan pengaliran arus elektrik pada sistem. f) Mengenal bahan pendingin dengan nombor Bahan pendingin dapat dikenali melalui nombor. Biasanya, nombor ini bermula dengan R, bermaksud bahan pendingin. Bahan dingin yang biasa digunakan dalam sistem penyejukan dan penyaman udara R-11, R12, R-22, R- 500, R-502, R-503, R504, R-717. g) Kumpulan bahan pendingin; Bahan pendingin terbahagi kepada tiga kumpulan: • Kumpulan pertama – yang paling selamat digunakan • Kumpulan kedua - beracun dan sesetengahnya mudah terbakar. • Kumpulan ketiga - mudah terbakar. Bahan Pendingin Kelas Pertama a) R-11 Trikloromono Florometana CCI3F b) R-12 Diklorodiflorometana CCI2F2 c) R-22 Monoflorodiflorometena CHCIF2 d) R-500 73.8% R-12 dan 26.2% R-152a CCI2F2/ CH3CHF2 e) R-502 48.8% dan 51.2% R-115 CHIF2/ CCIF2CF3 f) R-503 41.1% R-23 dan 59.9% R-13 CHF3/ CCIF3 g) R-504 48.2% R-32 dan 51.8% R-115 CH2 F2/ CF3 CCIF2 h) R-774 Karbon Dioksida CO2 Bahan dingin yang biasa dan banyak digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara ialah R-12, R-22, R-11 dan R-502. Oleh itu, kertas penerangan ini hanya memberikan penerangan tentang sifat-sifat bahan pendingin yang biasa digunakan sahaja. a) R-12 Diklorodiflorometana CCI2F2 R-12 ialah bahan pendingin yang paling biasa digunakan. Sifat-sifat ialah tidak berbau, tidak berwarna dan mempunyai takat didih yang rendah iaitu –29.7°C pada tekanan atmosfera. Ini juga tidak berracun, tidak mengakis, tidak mengganggu keselesaan (irritating) dan tidak mudah terbakar. Bahan dingin ini stabil pada suhu yang tinggi sehingga 550°C. Suhu ini sangat sesuai untuk suhu operasi semua bahan mekanisme penyejukan dan pelinciran.
  • 4. Bahan Pendingin IKML 4 Walaupun R-12 mempunyai haba pendam yang agak endah tetapi ia sesuai juga digunakan pada sistem penyejukan yang kecil, biasanya R-12 digunakan pada pemampat salingan putar dan empar. Tekanan R-12 pada suhu -15°C ialah 0.830 kg/cm3 dan pada suhu 30°C ialah 6.56 kg/cm3 . Haba pendam suhu -15°C ialah 159 J/g. Kebocoran R-12 boleh dikesan dengan menggunakan beberapa alat seperti lampu halida, pengesan elektronik dan buih sabun. Kandungan kelembapan R-12 sangat kritikal berbanding dengan R-22 dan R-502. Larut dalam minyak hingga ke suhu -68°C bagi membolehkan melalui penyejat. Bahan dingin R-12 akan terasing daripada minyak pada suhu -68°C ke bawah. Oleh kerana suhu pendingin R-12 lebih berat, minyak akan terapung di atasnya. Sekarang terdapat bahan pendingin yang baru. Genetron 12/31 yang boleh digunakan sebagai pengganti R-12 dan R-31. Nama kimia R-31 ialah monoklorometana florometana. Kandungan kimianya ialah CCI2 F2 78% dan CH2CIF 22%. Haba pendam pewapan dan tekanan bahagian tingginya agak tinggi sedikit daripada R-12. Suhu kritikalnya ialah 1180 C b) R-22 Monoklorodiflorometana CHCIF2 R-22 biasa digunakan pada sistem penyejukan yang memerlukan suhu penyejat yang rendah. Satu contoh ialah unit penyejukan pantas (fast freezing), diman suhu boleh mencapai –290 C ke –400 C. Unit ini boleh digunakan juga pada sistem penyamanan uadar dan peti sejuk rumah. Pemampat-pemampat yang biasa digunakan bersama R-22 ialah pemampat salingan dan empar. Untuk mendapatkan suhu rendah (-400 C) apabila menggunakan R-22, sistem tersebut mestilah beroperasi diatas paras tekanan atmosfera dan tidak di bawah tekanan tesebut. Takat didih R-22 ialah -410 C pada tekanan atmosfera. Haba pendamnya ialah 216J/ pada -150 C. Tekanan bahagian tinggi pada 300 C ialah 11.1kg/cm2 . Tekanan penyejat R-22 ialah 1.96 kg/cm2 pada -150 C. Oleh kerana R-22 bercampur dengan air, bahan pengering dalam kuantiti yang banyak diperlukan untuk mengeringkannya. R-22 juga larut dalam minyak hingga suhu yang rendah iaitu -90 C. Walau bagaimanapun, R-22 masih kekal berkeadaan bendalir untuk mengalir ke saluran sedutan hingga suhu -400 C. Hal ini demikian kerana minyak lebih ringan daripada bahan pendinginpada suhu ini (-400 C) dan ini menyebabkannya terapung. Kebocoran R-22 dapat dikesan dengan menggunakan alat-alat seperti pengesan kebocoran elektronik, buh sabun dan lampu halida. c) R-11 Trikloromonoflorometana CCI3F R-11 biasanya digunakan sebagai bahan pencuci untuk mencuci bahagian dalam pemampat kecil semasa membaik pulih sistem. R-11 digunakan pada sistem yang pemampatnya telah terbakar atau sistem yang telah terbakar atau sistem yang dimasuki kelembapan. Membuang kelembapan dengan memasukkan R-11 boleh memendekkan masa pengvaksi. R-11 adalah satu bahan pencuci yang paling baik
  • 5. Bahan Pendingin IKML 5 untuk proses diatas. Bahan pendingin ini juga boleh digunakan pada sistem besar empar. R-11 mempunyai tekana rendah 609.6 mmHg pada suhu -150 C dan tekanan tinggi 1.28 kg/cm2 mutlak pada suhu 30 0 C. Haba pendamnya ialah 196 J/g pada suhu - 150 C. Suhu takat didih pada tekanan atmosfera ialah 23.70 C. Kebocoran R-11 dapat dikesan dengan menggunakan lampu halida, pengesan kebocoran elektronik dan buih sabun. d) Campuran azeotropik Bahan pendingin Azeotropik ialah campuran cecair bahan pendingin didih maksimum dan minimum. Walau bagaimanapun campuran ini dianggap sebagai satu jenis bahan pendingin. Campuran Azeotropik biasa digunakan bersama pemampat salingan. e) R-502 (R-22+ R-115) CHCIF2CF3 Bahan pendingin R-502 ialah campuran 48.8% R-22 dan 51.2% R-115. R-502 tidak mudah terbakar, berkarat atau beracun. Sesuai untuk sistem sederhana dan rendah yang bersuhu diantara –180 C hingga –510 C. Kegunaan R-502 pada sistem sederhana dan suhu rendah seperti: 1. peyimpan aiskrim. 2. Tempat papar makanan sejuk beku. 3. Tempat simpanan sejuk beku. 4. Loji pemprosessan makanan sejuk beku 5. Digunakan dengan pemampat salingan. Sifat-sifat R-502 : 1. Titik didihnya ialah –460 C pada tekanan atmosfera. Tekanan tinggi ialah 12.31 kg/cm2 pada suhu 300 C. Tekanan penyejatnya ialah 2.53 kg/cm2 pada suhu –150 C. Haba pendamnya pada suhu – 29.120 C ialah 168.9 J/g. Kebaikkan menggunakan R-502: 1. Tekanan dan suhu pemeluwapnya rendah dan ini memanjangkan hayat injap pemampat dan bahagian-bahagian yang lain. 2. Kelikatan minyaknya yang tinggi membolehkan pelinciran lebih mudah pada suhu pemeluwap yang rendah. Kebocoran dapat dikesan dengan menggunakan pengesan elektronik, buih sabun dan lampu halida.
  • 6. Bahan Pendingin IKML 6 Bahan Pendingin Kumpulan Kedua. Bahan pendingin kumpulan ini bersifat toksik, agak mudah tebakar dan mengganggu keselesaan manusia jika tersedut. Diantara bahan pendingin kumpulan ini termasuklah: a) R-40 metil klorida CH3CI b) R-160 etil klorida C2H5CI c) R-611 metil formata C2H4O2 d) R-717 ammonia NH3 e) R-764 sulfur dioksida SO2 f) R-1130 dikloroetilena C2H2CI2 Bahan Pendingin Kumpulam Ketiga Bahan pendingin ini mudah terbakar apabila bercampur dengan udara dan tidak digunakan lagi. Bahan pendingin kumpulan ini adalah seperti berikut: a) R-290 propana C3H3 b) R-600 butana C4H10 c) R-170 etana C2H6 Kod Warna Bagi Selinder Bahan Pendingin Untuk memudahkan selinder bahan pendingin dikenali, kod warna digunakan. Ini mustahak untuk mengelakkan sesuatu bahan pendingin daripada bercampur dengan bahan pendingin yang lain pada sistem. Walau bagaimanapun seseorang mestilah mengenali dan membaca pelekat bahan pendingin pada selinder. Sesetengah pengusaha tidak menggunakan kod warna ini. Jadual di bawah menunjukkan warna selinder bahan pendingin. No. Bahan Pendingin Kod Warna Selinder R-11 R-12 R-13 R-22 R-500 R-50 Jingga Putih Biru Muda Hijau Kuning Ungu Perak
  • 7. Bahan Pendingin IKML 7 Jadual dibawah menunjukkan kegunaan bahan pendingin. Sejenis bahan pendingin dapat digunakan untuk beberapa kegunaan. Sebahagian daripadajenis bahan pendingin hanya disyorkan untuk beberapa jenis pemampat. Biasanya sesuatu sistem bahan pendingin ditentukan oleh pembuatnya. Perkara- perkara yang perlu diambil kira sebelum memilh bahan pendingin ialah: a. Takat didih bahan dingin. Ini adalah untuk menentukan keupayaan sistem pendingin tersebut. b. Isipadu wap bahan pendingin yang dianjakkan untuk memperoleh penyejukan yang diperlukan. c. Haba pendamnya. d. Suhu pengendalianyang diperlukan. e. Saiz alat kelengkapan. Jadual dibawah menunjukkan kegunaan bahan pendingin mengikut kesesuaian pemampat; Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Bahan Pendingin Kegunaan bahan pendingin Bahan pendingin Peti sejuk domestik Pembeku makanan domestik Penyamanan udara kereta Penggunaan kriogenik (penyejukan menghasilkan suhu –1570 C- 273.150 C ) Penyamanan udara rumah Penyamanan udara (bangunan awam) a. keupayaan rendah b. keupayaan sederhana c. keupayaan tinggi Penyamanan udara kapal penumpang Penghantaran makanan beku Mengecutkan logam Proses industri Pembersih dan penyerapan kelembapan R-12,R-22 R-12,R-22,R-502 R-12,R-134a R-13,R-503 R-22,R-500 R-12,R-22 R-11,R-12,R-22 R-11,R-12 R-11,R-12,R-22 R-22,ais kering Nitrogen R-11 R-11 Bahan pendingin Jenis pemampat R-11 R-12 R-22 R-500 R-502 R-503 R-13 R-113 Empar Salingan,empar,putar Salingan.empar Salingan Salingan Salingan Salingan Empar
  • 8. Bahan Pendingin IKML 8 Walaupun kebanyakan bahan pendingin yang digunakan masa sekarang boleh dikatakan tidak merbahaya, namun begitu langkah-langkah keselamatan perlu diambilkira semasa menggunakan. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti adalh seperti berikut: a. Apabila berlaku kebocoran, tentukan bilik cukup pengalihudaraan sebelum membaikinya. Periksa tekanan dengan memasang tolok. b. Periksa jenis bahan pendingin sebelum mengecas untuk mengelakkan bahan pendingin bercampuran. Jika bahan pendingin adalah dari jenis florokarbon, jauhkan dari api. Ini adalah untuk mengelakkan daripada menjadi gas beracun apabila bertemu dengan api. c. Gunakan pelindung mata dan sarung tangan semasa mengecas. Ini untuk mengelakkan mata, kulit dan tangan terkena bahan pendingin dan juga mengelakkan kecederaan. d. Mengecas mestilah dilakukan dibahagian tekanan rendah dalam bentuk wap bahan dingin sahaja. Mengecas dengan cecair boleh merosakkan pemampat dan unit boleh meletup. e. Cecair bahan pendingin boleh membekukan kulit dan mengakibatkan “frost bite”. Jika ini berlaku, basuh bahagian yang terkena bahan pendingin denga segera. f. Kemalangan dengan bahan pendingin hendaklah dirawat dengan doktor. g. Jangan mengisi bahan pendingin kedalam selinder servis sehingga penuh. Jika ini dilakukan tekanan hidrostatik dalam selinder akan menyebabkan selinder meletup. h. Simpan selinder bahan pendingin ditempat yang sejuk dan kering. Jangan menggunakan selinder bahan pendingin sebagai roda (mengolekkannya). i. Minyak yang terdapat dalam pemampat akan menjadi asid apabila pemampat terbakar. Jangan disentuh minyak ini dengan tangan. j. Kebanyakan bahan pendingin adalah lebih berat dari udara. Bahan ini pula boleh bercampur dengan udara di dalam bilik jika berlaku sebarang kebocoran. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas sekiranya tersedut udara yang bercampur dengan bahan pendingin. Pastikan banyak pengalihudaran. Selinder Bahan Pendingin Terdapat tiga jenis selinder bahan pendingin: a. selinder penyimpan b. selinder servis. c. Selinder buangan (guna-buang) Selinder bahan pendingin dibuat daripada keluli aluminium. Selinder yang besar mempunyai palam lebur untuk keselamatan apabila berlaku lebihan tekanan atau terlampau panas. a. Selinder penyimpan: Biasanya,45kg ke 68kg bahan pendingin terkandung dalam selinder penyimpan. Selinder ini lebih murah daripada selinder buangan. Kebanyakan selinder penyimpan sekarang mempunyai dua injap. Satu untuk wap dan satu lagi untuk cecair. Kita boleh memindahkan bahan pendingin dari selinder penyimpan ke selinder servis dengan membuka injap yang mengeluarkan cecair. Ini memudahkan kerja
  • 9. Bahan Pendingin IKML 9 mengecas. Kerja memindahkan bahan pendingin ini hendaklah berhati-hati. Perhatikan agar bahan pendingin diisi ke dalam selinder tidak terlalu penuh. Gunakan lat penimbang. b. Selinder servis Selinder servis biasanya mengandungi sebanyak 2 kg ke 11kg bahan pendingin. Ini memudahkan seseorng juruteknik membuat servis. Injap selinder ini dipasang dengan kembang 6mm (male flare). Kandungan bahan pendingin diisi daripada selinder penyimpan. c. Selinder buangan Kebanyakan bahan pendingin yang biasa digunakan terdapat dalam kuantiti yang kecil iaitu dari beberapa gram ke 14kg seperti selinder buangan. A – Selinder penyimpan B – Selinder servis C – Selinder buangan Gambarajah selinder BAHAN PENDINGIN KEDUA Bahan pendingin kedua ialah cecair dari sistem penyejukan yang menyerap haba setelah disejukan oleh penyejat. Bahan pendingin kedua ini akan mengalami perubahan suhu apabila ia menyerap haba dan haba ini akan diserap di penyejat. Bahan pendingin kedua yang biasa digunakan ialah air, brin kalsium klorida,brin natrium klorida,etilena dan propilena glisol, metanol ( metil alkohol) dan gliserin. 1. Air sebagai bahan pendingin Air digunakan sebagai bahan pendingin kedua dan biasanya digunakan dalam sistem penyamanan udara yang besar dan industri memproses bahan yang memerlukan keadaan suhu yang sentiasa melebihi suhu beku. Air juga digunakan pada sistem penyejukan jet stim. Pada paras tekanan etmosfera, air mendidih pada 1000 C. Satu kilogarm menyerap haba sebanyak 2260 kJ semasa menukarkan cecair ke wap pada 1000 C. Biasanya
  • 10. Bahan Pendingin IKML 10 kadar suhu semasa menggunakan air sebagai bahan pendingin ialah 70 C ke atas. Air menyerap haba dengan banyaknya semasa menukarkan cecair ke wap. Apabila air bertukar menjai wap pada 7800 mikron, ia akan menghasilkan suhu 70 C. Oleh kerana air tidak boleh digunakan jika suhunya dibawah 00 C, larutan brin digunakan. 2. Brin sebagai bahan pendingin Brin biasanya digunakan bersama-sama dengan sistem penyejukan gas ammonia atau sistem penyerapan yang besar. Briin bahan pendingin kedua terdiri daripada kalsium klorida (CaCI2) atau natrium klorida (NaCI) yang bercampur dengan air. Suhu yang rendah daripada 00 C digunakan untuk membekukan aus atau penyejukan. Sifat-sifat brin yang baik: a. Harganya murah dan mudah didapati. b. Berkeadaan stabil dan tidak berubah warna atau mutunya. c. Tidak mudah terbakar. d. Tidak berbau busuk, tidak berasa pahit tidak toksik. e. Tidak terkakis. f. Titik beku mestilah kecil, supaya saluran paip tidak mudah rosak atau membahayakan sistem. g. Kadar kelekatannya pada paip-paip saluran mestilah rendah supaya pam yang kecil dapat digunakan. h. Haba bandingan mestilah tinggi kerana ini membolehkan penyerapan haba yang banyak dengan kualiti brin yang sedikit. Paip-paip yang kecil boleh digunakan. Kadar kakis bagi brin: Kadar kakis bagi brin bergantung kepada kepekatannya. Jika kepekatan brin bertambah, kadar kakis adalah kurang dan apabila kepekatannya dikurangkan, kadar kakisnya adalah tinggi. Satu cara untuk mengekalkan mutu brin ialah dengan menutup seluruh saluran supaya udara dari luar tidak dapat masuk ke dalam sistem. Kadar kakis dapat juga dikurangkan dengan mencampurkan ubat khas dengan brin tersebut. Ubat khas yang dicampurkan mestilah mengikut kadar brin yang digunakan. Misalnya 100 liter brin kadar campurannya ialah dikloromik 100gram dan kaustik soda 40 gram