Laporan ini membincangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan penggunaan platform MOODLE. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan MOODLE membolehkan mahasiswa mencipta dan berkongsi pengetahuan serta menjadikan pembelajaran lebih berterusan. Kebanyakan responden bersetuju bahawa MOODLE memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar.