2. Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang
menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang
menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan
kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,
memilih dan melukis motif ukiran hinggalah
mengukir silat dengan menggunakan pemahat
dan pisau wali.
3. Sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara
menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman
dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi
dan pinggan mangkuk.
Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah
kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang
dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan
Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah
yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477.
Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana
Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi
daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya.
Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu.
4. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang
terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta,
Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain
(1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri
yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan
ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana
pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam.
Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-
rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak
menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah
didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
5. 1. Ukiran Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau
Tebuk beberapa keping papan yang ditebuk dengan
Tembus menggunakan gerudi gergaji. Terdapat dua jenis ukiran
jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran
tebuk silat. Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada
rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu,
perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat,
siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang
menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang
melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan.
Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian
yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek.
Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan
larat, silang dan simetri.
6. 2 . Ukiran
Bunga Ukiran ini tidak
Timbul tembus. Ia mengandungi
bunga ukir yang disilatkan
dan tidak silat. Terdapat pada 3. Ukiran
perabot, mimbar masjid, barang hiasan Arca
yang diperbuat daripada kayu, ulu
serta sampir senjata. Bunga ukirnya
sama seperti ukiran tebuk. Ukiran ini banyak terdapat
pada ulu senjata seperti ulu keris,
kepala tongkat, kukur kelapa,
kotak nelayan dan sebagainya. Bunga
ukirannya sama seperti ukiran timbul
tetapi lebih halus dan kecil.
7. Melarik merupakan satu 5. Ukiran
4. Larik
cara orang-orang Melayu Kayu
mengukir kayu. Ukiran larik Hanyut
berbentuk bulat dengan susunan Ukiran ini di
gerlang-gerlang dan genting-gentat yang anggap masih baru.
menarik. Ukiran ini sering terdapat pada Ukiran idi diperkenalkan
ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, oleh Perbadanan Kraf tangan
tiang-tiang rumah dan sebagainya. Malaysia. Ukiran ini hanya
sebagai hiasan semata-mata. Ukiran
kayu hanyut diukir pada bahagian-
bahagian tertentu dan dibentuk menyerupai
ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya
di ambil dari kayu atau akar yang terdapat
dalam sungai.
8. Latiff bin Long dilahirkan di Besut
Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir
ukiran kayu yang mahir.
Mewarisi bakat ayahnya yang berasal
1.Encik Latiff daripada keluarga yang mempunyai enam
bin Long keturunan tukang kayu yang handal.
Ukirannya masih tersimpan di istana Raja
Besut yang terdapat di muzium negeri
Terengganu.
Latiff telah menerima pengajaran ukiran
kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun.
Beliau pernah memenangi pertandingan
Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah.
9. Wan Su juga merupakan dari keturunan
pengukir terkenal di daerah Besut
Terengganu.
Ukirannya sangat halus dan mempunyai
2. Tuan Haji unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan
Wan Su bin motif-motif ukiran kayu.
Othman Sehingga kini beliau telah dipilih oleh
Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai
Adiguru bagi ukiran kayu.
Pengiktirafan ini adalah diperingkat
tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel
beliau terletak di Besut Terengganu dan
banyak menerima tempahan dari dalam dan
luar negara.