SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 30
PENGAJIAN AM
PENSYARAH : TUAN HAJI SUHARDI BIN SAMIDI
Disediakan oleh :
NICHOLSON RECHELLY MAJIANI NEECSON
KAYLLY LOURDES JULIUS
SMK PENGIRAN OMAR
SIPITANG
PUNCA BERLAKUNYA KEGIATAN CETAK
ROMPAK
1)Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri
Negara.
i. Penjualan hasil cetak rompak berleluasa di pasar
malam atau pusat membeli belah secara terang-
terangan.
ii. Karya-karya cetak rompak boleh diperoleh dengan
lebih mudah,cepat dan murah berbanding dengan
karya yang asli.
iii. Sikap atau mentality masyarakat kita yang suka akan
barangan murah menyebabkan cetak rompak
berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan.
2)Sifat tamak haloba pengusaha haram
i. Penjualan cetak rompak dapat mendatangkan
keuntungan yang berlipat ganda.
ii. Pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang
tulennya dari segi publisiti dan iklan.
iii. Perlu membayar royalty kepada pihak pereka atau
pencipta asal.
iv. Mereka menikmati keuntungan yang besar
walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya
sudah diketahui umum.
3)Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang
i. Terdapat kelonggaran dalam Pentadbiran bagi akta
reka bentuk dan cipta.
ii. Akta hak intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan
sepenuhnya bagi menangani masalah cetak rompak.
iii. iii)Bentuk hukuman yang dijatuhkan ringan dan
langsung tidak menakutkan pengusaha haram.
iv. Serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan
kakitangan untuk membantu membanteras masalah
cetak rompak.
v. Pembicaraan di mahkamah pula lazimnya
mengambil masa yang lama untuk membuat
keputusan.
4)Permintaan yang tinggi terhadap barang cetak rompak
i. Harga barang cetak rompak lebih murah
menyebabkan pengguna lebih gemar membeli
barangan cetak rompak.
ii. Hal ini kerana barang cetak rompak dapat
memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu.
iii. Anggapan pengguna bahawa produk perisian
komputer sangat mahal harganya di pasaran dunia
mengakibatkan pengguna lebih suka membeli
barangan tiruan atau cetak rompak.
5)Kecanggihan teknologi juga menjadi pendorong
i. Alatan berteknologi canggih membolehkan barang
tiruan dihasilkan.
ii. Melalui alatan yang canggih inilah yang
menyebabkan barang cetak rompak dan tiruan
sukar dibezakan daripada barang asal.
iii. Alat perakam yang canggih juga meningkatkan
produktiviti cetak rompak.
iv. Teknologi kini juga membolehkan bukti cetak
rompak dimusnahkan dengan mudah.
KESAN BERLAKUNYA KEGIATAN CETAK
ROMPAK
1)Merugikan pihak oengeluar yang sah
i. Impak negatif yang ketara dalam masalah ini ialah
pereka dan pencipta yang sah.
ii. Usaha dan titik peluh mereka tidak mendatangkan
keuntungan disebabkan adanya cetak rompak.
iii. Pereka dan pencipta tidak dapat menikmati hasil
mereka selepas bersusah payah menyediakan yang
original.
iv. Syarikat-syarikat yang memasarkan barangan
original juga mengalami kerugian.
2)Iklim pelaburan Malaysia terjejas
i. Pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur
di Malaysia sekiranya masalah ini semakin
berleluasa.
ii. Kos pelaburan tinggi tetapi pulangan tidak
meyakinkan.
iii. Kemungkinan para saintis juga tidak begitu giat
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
di Malaysia.
iv. Mereka takut hasil usaha mereka akan dicetak
rompak dengan mudah.
3)Mutu perfileman terjejas
i. Mutu sektor yang berkatan dengan cetak rompak
akan terjejas apabila masalah cetak rompak semakin
berleluasa.
ii. Masalah daripada barang cetak rompak akan
menyebabkan barangan original akan menerima
tempias yang sama apabila barangan cetak rompak
mengalami kerosakan.
iii. Lebih teruk lagi jika negara luar yang melihat
keadaan ini berlaku di Malaysia.
iv. Ini akan menyebabkan mereka tidak mengiktiraf
filem yang dihasilkan oleh negara kita.
4)Ekonomi Negara terjejas dan memalukan Negara Malaysia
i. Masyarakat membeli barangan cetak rompak
disebabkan harganya yang murah.
ii. Negara kita mengalami kekurangan dalam
pendapatan disebabkan perbuatan pengusaha haram
yang mementingkan diri sendiri.
iii. Ekonomi negara menjadi tidak konsisten dan
semakin merosot sekiranya masalah cetak rompak
berterusan.
iv. Cetak rompak juga adalah satu rekod buruk kepada
sesebuah negara.
v. Syarikat-syarikat gergasi tidak berminat untuk
mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang
mempunyai rekod yang buruk.
5)Malaysia kehilangan tenaga pakar
i. Tenaga pakar datang daripada mereka yang
mempunyai pengalaman dan ianya diperlukan
dalam perkembangan IT.
ii. Cetak rompak mencuri bakal pakar yang kita ada
iii. Menghentikan segala usaha yang diusahakan.
iv. Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang
baru belajar dalam bidang penulisan atau perekaan
daripada meneruskan usaha mereka.
v. Tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan mereka
yang menghasilkan penulisan secara percuma atau
terbuka.
CARA MENGATASI KEGIATAN CETAK
ROMPAK
1)Penguatkuasaan undang-undang
i. Usaha menghalang kegiatan cetak rompak boleh
dilakukan menerusi penguatkuasaan undang-undang.
ii. Serbuan dan tangkapan yang lebih kerap dan konsisten
perlu dilakukan tanpa mengira musim.
iii. Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972
perlu dipinda agar hukuman yang lebih berat boleh
dikenakan kepada penjenayah profesional.
iv. Dengan cara ini,mereka akan menjadi gentar untuk
memulakan kegiatan ini.
v. Mereka yang ditangkap pasti berasa serik dan takut.
2)Perubahan sikap manusia
i. Wujud kesedaran di kalangan anggota penguatkuasa
dapat menyekat gejala cetak rompak dengan lebih
berkesan.
ii. Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan
amanah ini tidak mudah tewas dengan suapan atau
pujuk rayu.
iii. Dengan pendirian yang tegas dan berdisiplin,para
pengusaha cetak rompak akan bertemu ‘buku dengan
ruas’.
iv. Kursus kesedaran dan disiplin perlu sentiasa
dianjurkan untuk penguatkuasa.
v. Mengadakan kempen yang berterusan untuk
menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak
adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras.
3)Melaksanakan hukuman penjara mendatori
i. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal
pengguna akan melaksanakan hukuman penjara
mandatori terhadap mana-mana pengedar dan penjual
cakera padat(vcd)`dan cakera video digital(dvd) cetak
rompak dan lain-lain barangan cetak rompak.
ii. Salah satu alasan kegiatan ini berterusan adalah kerana
mereka tidak takut kepada pihak penguatkuasa atau
undang-undang.
iii. Syarikat yang terbabit mencetak dan mengedar
barangan cetak rompak terutamanya cekera padat dan
DVD hanya akan dikenakan denda maksimum RM250
000 berbanding dengan keuntungan mereka yang
bernilai berjuta-juta ringgit.
iv. Hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama
kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa.
4)Membina pusat percetakan di Malaysia
i. Mencetak di dalam negara akan menurunkan harga
barangan tulen.
ii. Harga yang berpatutan akan menggalakkan pembeli
memilih barangan tulen berbanding dengan barangan
tiruan.
iii. Kos yang tidak membebankan akan menyatakan
mereka akan mengalami kerugian.
iv. Harga yang rendah tidak dapat memberikan
keuntungan yang setimpal dengan pelaburan mereka.
v. Hal ini kerana jumlah penjualan akan meningkat dan
keuntungan akan meningkat juga.
5)Menjalankan harga kawalan maksima
i. Harga kawalan maksima yang dimaksudkan ialah
penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu
bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD
dan DVD dan barangan lain yang difikirkan berpatutan
untuk dibeli oleh para pengguna.
ii. Harga yang ditetapkan tersebut mestilah mengambil
kira kualiti barangan tersebut kerana salah satu faktor
yang menyebabkan pembelian barangan cetak rompak
ini ialah harganya yang murah.
iii. Penetapan harga kawalan maksima terhadap barangan
asli ini penting agar tidak menjadi beban terhadap para
pengguna untuk memilikinya.
iv. Walaupun penetapan harga barangan asli tidaklah
semurah harga barangan cetak rompak, pengguna
perlulah sedar bahawa kualiti barangan asli adalah
lebih baik dan bermutu berbanding barangan cetak
rompak.
CONTOH ESEI: CETAK ROMPAK
CETAK ROMPAK MERUPAKAN SATU KEGIATAN YANG SANGAT BERLELUASA PADA MASA INI.
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGIATAN INI SUSAH DIBENDUNG SERTA
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYEKAT GEJALA INI TERUS BERLELUASA.
Cetak rompak ialah aktiviti yang menggunakan ciptaan hasil karya orang lain sebagai kepunyaan
sendiri. Pengusaha hasil cetak rompak ini adalah untuk mendapatkan keuntungan yang maximum atau
dikatakan keuntungan yang lumayan.Namun apakah faktor yang menggalakkan cetak rompak ini
berlaku? Dan apakah langkah yang dapat dilakukan untuk membendung aktiviti ini?
Faktor yang menggalakkan cetak rompak ini berlaku ialah sifat tamak haloba pengusaha
haram.Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang
berlipat ganda kepada mereka.Ini kerana barangan cetak rompak boleh diperoleh dengan
mudah.Tambahan pula, mereka juga tidak perlu membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta
asal.Dengan ini, mereka dapat mengeluarkan barang secara besar-besaran dan menjualnya dengan
harga yang rendah.Oleh itu, mereka dapat menikmati keuntungan yang lebih besar berbanding dengan
syarikat-syarikat besar.
Kelonggaran dan penguatkuasaan undang-undang juga merupakan salah satu faktornya.Bentuk
hukuman yang dijatuhkan terlalu ringan seperti mendenda wang dan penjara beberapa bulan.Ini tidak
dapat menakutkan pengusaha haram ini.Kerana wang yang didenda itu hanya jumlah sedikit sahaja
Pihak polis sememangnya perlu menjalankan serbuan untuk membanteraskan masalah ini.tetapi
kakitangan, malah serbuan sukar dijalankan.Selain itu, ada sesetengah pihak penguatkuasa kadangkala
terlibat dalam rasuah.Ini menyebabkan aktiviti cetak rompak semakin berleluasa.
Bagi menyelesaikan masalah ini, manusia perlu mengubahkan sikap diri sendiri. Janganlah kita
membeli cetak rompak daripada mereka.Ini kerana jika tiada permintaan daripada masyarakat, maka
tiadalah pengusaha haram. Usaha menyekat gejala rompakan ini akan menjadi lebih berkesan jika
kesedaran di kalangan anggota penguatkuasa dapat dipupuk. Mereka akan bertanggungjawab dan
berusaha menjalankan tugas serta kewajipan, tidak akan memakan suap maka akan menangkap mereka
yang didapati bersalah.
Hukuman penjara mandatori juga boleh dijalankan untuk menangani masalah cetak rompak.
Kementerian boleh melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pihak yang terlibat
dalam aktiviti cetak haram termasuklah pengedar dan penjual cakera padat(VCD) atau cakera video
digital(DVD). Dendaan wang yang lebih tinggi dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada
pesalah supaya dapat menakutkan mereka. Jika dendaan dan hukuman diberikan terlalu rendah dan
ringan, mereka akan pandang rendah terhadap kementerien dan undang-undang negara dan teruskan
aktiviti .Ini adalah faktor mengapa kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa hari ini kerana
pihak kuasa yang hati lembut.
Kesimpulannya, kegiatan yang semakin berleluasa ini perlu dibendung dengan tindakan tegas
agar lanun-lanun ini tidak terus bermaharajalela. Ini kerana cetak rompak boleh menjejaskan ekonomi
negara kita dan pelaburan negara kita juga akan terjejas. Jadi kita perlulah berusaha menyekat masalah
ini dan menyokong barang yang tulen.
http://pengajianam900.wikispaces.com/ESEI+2-CETAK+ROMPAK
Kesan Cetak Rompak
1) Ia akan melemahkan semangat mereka yang menulis karya.
Bayangkan penat lelah anda, setelah bersengkang mata siang dan malam, pening
kepala, sakit mata dan pelbagai lagi usaha. Dengan mudah orang lain menyalinnya,
menyatakan itu usaha mereka atau mengambil keuntungan daripadanya tanpa
kebenaran anda. Akan timbul rasa sakit hati, akan timbul rasa putus asa untuk menulis
lagi.
Tiada siapa nanti yang mahu mencari rezeki dengan menulis buku. Kerugian kepada
kita.
2) Malaysia kehilangan tenaga pakar.
Perkembangan IT memerlukan tenaga pakar. Tenaga pakar datang daripada mereka
yang mempunyai pengalaman. Pengalaman hanya didapati jika sering menghasilkan
sesuatu hasil karya seperti buku. Cetak rompak menghentikan semua usaha ini. Cetak
rompak, mencuri bakal pakar kita.
Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar dalam bidang
penulisan daripada meneruskan usaha mereka. Akibatnya, tenaga pakar sukar
dihasilkan melainkan
mereka yang menghasilkan penulisan secara percuma atau terbuka.
3) Pembaziran kos.
Dengan hanya beberapa ringgit kos buku cetak rompak, buku2 tiruan tersebut
menjadikan kos yang dibelanjakan penulis satu usaha yang sia-sia. Nilai kos
pembangunan tidak berganti dan ini adalah satu pembaziran yang nyata. Satu usaha
yang sia-sia. Mereka yang menulis buku mengalami kerugian.
4) Cetak rompak memalukan kita dan Malaysia.
Cetak rompak adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara. Syarikat-syarikat
gergasi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang
mempunyai rekod yang buruk.
5) Tiada pemindahan teknologi.
Dengan rekod buruk disebabkan cetak rompak, sukar mana-mana syarikat mahu
mendirikan pusat penyelidikan di MSC Malaysia dan membolehkan pemindahan
teknologi. Kerugian bagi kita untuk mempelajari teknologi terkini dan belajar
membangunkan teknologi kita sendiri.
6) Membeli barangan atau hasil cetak rompak menunjukkan bahawa anda
menyokong satuusaha jenayah.
Usaha jenayah yang memang tertakluk dalam undang-undang. Anda boleh dihukum.
7) Cetak rompak juga ada didalangi oleh kumpulan-kumpulan jenayah.
Anda umpama menyokong usaha jenayah mereka dengan memberikan keuntungan
kepada mereka. Sudah tentunya dengan keuntungan itu mereka akan teruskan jenayah
mereka malah mereka boleh merancang pelbagai kegiatan jenayah lain.
http://vendy-studyworld.blogspot.com/2010/11/kesan-cetak-rompak.html
ISU CETAK ROMPAK : KESAN DAN LANGKAH
Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah cetak rompak menjadi semakin serius dan
gawat melanda negara kita.Masalah ini seperti ‘duri dalam daging’.Pelbagai pihak seharusnya
berganding bahu dalam membanteras masalah ini daripada terus menular di negara
kita.Masalah cetak rompak ini mengundang kepada pelbagai kesan yang begitu ketara terhadap
syarikat rakaman dan industri muzik negara kita.Masalah ini jika tidak dibendung, sudah tentu
membawa kepada perkara yang lebih serius.Dengan kata lain, masalah ini akan mendatangkan
pelbagai kesan kepada industri muzik dan negara. Persoalannya,apakah cara- cara yang efektif
dan drastik yang haruslah dilakukan untuk menangani masalah cetak rompak ini.
Antara kesan yang dibawa oleh masalah cetak rompak kepada syarikat rakaman dan
industri muzik ialah merugikan syarikat rakaman.Hal ini demikian kerana lanun-lanun cetak
rompak lebih banyak mengaut keuntungan daripada hasil cakera padat yang ditiru dengan harga
jualan yang lebih rendah berbanding dengan harga cakera padat asli yang lebih mahal harganya.
Apabila lanun-lanun cetak rompak menjual cakera padat dengan harga yang murah, maka
cakera padat yang asli tidak akan laku di pasaran seterusnya syarikat rakaman tidak mendapat
pulangan modal yang telah digunakan. Hal ini tidak ubah seperti ‘lintah darat’ yang mengaut
keuntungan daripada orang lain yang menghasilkannya. Kesan ini menjelaskan betapa banyak
kerugian yang ditanggung oleh syarikat rakaman dan industri muzik dalam berhadapan dengan
masalah cetak rompak.
Selain itu, syarikat rakaman dan industri muzik di negara ini turut terjejas publisitinya di
mata dunia.Hal ini demikian kerana industri muzik kita tidak mempunyai kualiti untuk
dikembangkan ke seluruh dunia ekoran masalah cetak rompak.Masalah cetak rompak yang
semakin menular telah banyak mendedahkan masyarakat dalam negara ini dengan cakera padat
yang tidak berkualiti.Perkara ini membawa kepada masalah kesukaran untuk mengembangkan
muzik kita ke luar negara sedangkan masyarakat kita sendiri tidak mahu menyokong industri
muzik, apatah lagi negara luar.Perkara ini menjelaskan bahawa kualiti industri muzik kita terjejas
dengan adanya masalah cetak rompak di negara kita.
Tiada penyakit yang tiada penawarnya.Begitu juga dengan masalah cetak rompak, setiap
masalah dapat diselesaikan dengan pelbagai langkah yang pragmatik. Salah satu langkah atau
cara untuk mengatasi masalah cetak rompak ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan
undang-undang berkaitan cetak rompak. Hal ini demikian kerana jika wujudnya undang-undang
yang kuat, maka wujudlah hukuman yang berat, secara tidak langsung akan dapat menakutkan
pesalah-pesalah. Perkara ini dapat membataskan kegiatan lanun cetak rompak kerana mereka
takut akan undang-undang yang ketat dan dikuatkuasakan. Dengan terbatasnya kegiatan lanun
cetak rompak, sudah tentu sesiapa yang ingin melakukan kegiatan ini akan berasa takut untuk
melakukannya kerana terikat dengan undang-undang dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan
masalah cetak rompak. Dengan ini, jelaslah bahawa penguatkuasaan undang-undang
merupakan salah satu cara untuk menangani gejala cetak rompak di negara kita.
Cara seterusnya adalah melalui kerjasama pihak syarikat rakaman agar menurunkan
harga bagi seunit cakera padat atau kaset kepada harga yang berpatutan.Hal ini demikian
kerana tidak semua masyarakat mampu untuk membeli cakera padat terutamanya bagi harga
yang berpuluhan ringgit seunit. Sekiranya syarikat rakaman menetapkan harga yang lebih
rendah, tidak mustahil orang ramai akan memilih untuk membeli cakera padat yang asli.dengan
penurunan harga cakera padat atau kaset. Saya percaya bahawa masyarakat akan membeli
cakera padat atau kaset yang asli, seterusnya industri muzik di negara kita akan beroleh
pulangan modal dan keuntungan yang sepatutnya. Jelaslah bahawa, dengan menurunkan harga
seunit cakera padat atau kaset mampu sedikit sebanyak dalam membantu membendung
masalah cetak rompak.
Di samping itu, peranan masyarakat juga merupakan peranan yang terpenting dalam
‘melumpuhkan’ masalah cetak rompak.Hal ini demikian kerana masyarakat merupakan incividu
yang menjadi punca wujudnya penjualan cakera padat bagi memberi peluang kepada
masyarakat untuk mendengar muzik dengan lebih puas selain mendengar muzik melalui media-
media elektronik.Oleh itu, masyarakat seharusnya menyokong untuk membeli cakera padat
atau kaset yang asli dan bukannya membeli cakera padat setak rompak. Sesungguhnya, tanpa
peranan masyarakat, sudah tentu apa-apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan
syarikat rakaman tidak akan tercapai. Masyarakat janganlah menjadi ‘mata kotak’ yang tidak
tahu membezakan yang buruk atau baik. Oleh itu, masyarakat disarankan supaya tidak
menyokong untuk membeli cakera padat cetak rompak.
Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa masalah cetak rompak
seharusnya jangan kita inginkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ kerana masalah ini
dapat mengundang kepada pelbagai perkara yang tidak baik malah menjadi ‘barah’ dalam
industri muzik tanah air. Pelbagai pihak janganlah hanya mengemukakan cadangan untuk
mengatasi masalah cetak rompak ini, tetapi hendaklah melakukannya dengan sebaik yang
mungkin.Usaha daripada semua pihak amatlah diperlukan bukan sahaja untuk mengatasi
masalah cetak rompak, malah untuk menjadikannya ‘sifar’ cetak rompak.Semua pihak adalah
diharapkan agar bersama-sama atau bagai aur dengan tebing dalam usaha membanteras
masalah cetak rompak yang semakin menular di negara kita. Oleh yang demikian, saya berharap
agar semua pihak menyedari bahawa masalah cetak rompak ini akan terus melanda negara kita
sekiranya tidak terus ditangani dari akar umbi. Jadikanlah industri muzik kita sebagai industri
muzik yang ‘bersih’ daripada masalah cetak rompak.‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih’.
http://forum.engkabang.net/index.php?topic=9735.0
Jenayah Cetak Rompak: Punca, Kesan, Dan Cara Mengatasinya.
PENGENALAN
Jenayah cetak rompak sering kali kita dengar dan lihat melalui media massa
mahupun media cetak. Tidak kira golongan mana yang acap kali terlibat dengan
jenayah ini hakikatnya masyarakat kita pada masa kini secara tidak langsung telah
terperangkap dengan jenayah cetak rompak.Hampir saban hari kita disajikan
dengan berita-berita yang berkaitan dengan cetak rompak.Cetak rompak
didefinisikan sebagai perbuatan menggunakan bahan yang dilindungi oleh undang-
undang hakcipta tanpa kebenaran.Perbuatan seperti itu diklasifikasikan sebagai
satu tindakan yang mencabul salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli.
Cetak rompak juga dikenali sebagai perbuatan menerbitkan semula
sebahagian atau kesemua hasil karya asli individu lain. Membuat salinan kepada
pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara
elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula
atau diubah kepada bentuk PDF. Selain itu, cara menyalin kandungan dan menjual
semula karya tersebut dengan tajuk lain yang berbeza juga dikenali sebagai cetak
rompak. Dalam erti kata lain, cetak rompak bermaksud mengambil atau
menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya sebagai hak milik sendiri.
Kejadian seperti ini memang selalu terjadi tidak kira di peringkat bawahan, amatur
malahan di peringkat professional pun kadangkala terjadi. Kesemua tindak seperti
ini adalah dikategorikan sebagai perbuatan meniru atau mencetak rompak hakcipta
pihak lain.
Kegiatan cetak rompak memang sukar untuk dihalang atau dielakkan kerana
tidak ada lagi cara yang berkesan. Perbuatan mencetak laman web sebagai contoh
adalah satu tindakan yang boleh memalukan diri sekiranya meniru atau merompak
laman web yang yang sudah terkenal.Hakikatnya orang ramai sudah semestinya
pandai menilai yang mana satu tulisan dan sebaliknya.Jika mengambil idea serba
sedikit dan mengolahkanya untuk dijadikan hasil kerja sendiri adalah tidak
mengapa, tetapi yang menjadi kesalahan ialah apabila idea itu diambil seratus
peratus.
PUNCA BERLAKU JENAYAH CETAK ROMPAK
Dari perspektif undang-undang, cetak rompak juga membawa maksud
aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram
tanpa izin pemegang hakcipta bagi harta intelek tersebut. Dalam erti kata lain
individu tersebut telah menyalin semula hasil karya asli individu lain. Kegiatan
cetak rompak adalah merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987.Harta
intelek bemaksud sebarang produk dan hasil dan hasil karya yang didaftarkan
hakciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian
komputer serta reka bentuk industri.Secara keseluruhannya harta intelek dilindungi
oleh Akta Hakcipta 1987.
Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai punca berlakunya
jenayah cetak rompak dalam kalangan masyarakat pada masa kini.Antara faktor
yang menyebabkan menularnya jenayah ini adalah kurangnya kesedaran dalam
kalangan pengguna mengenai harta intelek. Masyarakat pengguna tidak menyedari
akan kesan buruk yang bakal berlaku ekoran daripada perbuatan mencetak rompak.
Dalam keghairahan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral itu, terdapat
individu lain mengalami penderitaan yang tidak terkira pedihnya. Individu yang
dimaksudkan ialah pengkarya asli yang ditiru hasil karya mereka oleh individu tidak
bertanggungjawab.
Selain itu, sikap tamak haloba dalam kalangan masyarakat khususnya
pengusaha produk cetak rompak haram.Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan
cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada
mereka.Tambahan pula pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya
dari segi publisiti dan iklan.Mereka juga dikecualikan untuk membayar royalti
kepada pihak pereka atau pencipta asal.Oleh itu, mereka menikmati keuntungan
yang besar walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya sudah diketahui umum.
Di samping itu juga, kelonggaran penguatkuasaan undang-undang juga
dikenali sebagai penyumbang kepada menularnya jenayah cetak rompak dalam
kalangan masyarakat pada masa kini. Bukan sahaja kelonggaran sistem undang-
undang sedia ada punca masalah ini malah ianya sedikit sebanyak berlaku akibat
sikap masyarakat yang tidak mengambil peduli kesan buruk perbuatan mencetak
rompak kepada individu lain. Walaupun beberapa dasar serta undang-undang telah
digubal bagi membanteras masalah cetak rompak, namun terdapat segelintir
masyarakat yang tidak memperdulikan larangan tersebut. Masih ramai individu
yang tanpa segan silunya melakukan perbuatan keji itu walaupun menyedari akan
kewujudan undang-undang keras daripada kerajaan.
Selain itu, cetak rompak juga berpunca daripada permintaan yang tinggi
terhadap barangan cetak rompak.Walaupun para pengguna menyedari bahawa
barangan cetak rompak tidak tulen, namun pengguna gemar untuk membeli ekoran
daripada harganya yang murah berbanding dengan barangan yang asli.Di samping
itu, hal ini dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu untuk membeli
atau mendapatkan barangan asli.Bagi pihak pengguna sebagai contoh mereka lebih
suka menggunakan barangan perisian komputer.Hal ini kerana barangan tersebut
adalah sangat mahal di pasaran.Oleh yang demikian para pengguna lebih suka
mendapatkan barangan tiruan atau cetak rompak kerana ianya lebih murah dan
senang untuk didapatkan.
Kecanggihan sains dan teknologi juga merupakan punca mendorong
berlakunya jenayah cetak rompak. Zaman moden ini, alatan berteknologi canggih
membolehkan barangan tulen dihasilkan. Melalui peralatan yang canggih ini tanpa
kita sedari peralatan tiruan dapat dihasilkan pada masa yang sama. Oleh itu, kita
sukar untuk membezakan barangan yang tulen dengan barangan tiruan.Malah bukti
barangan cetak rompak atau tiruan boleh dimusnahkan dengan wujudnya
kecanggihan teknologi masa kini.
Selain itu, jenayah cetak rompak juga berlaku akibat daripada sikap
masyarakat khususnya pengguna yang sentiasa menginginkan barangan yang
murah tanpa mengambil kira barangan tersebut tulen atau palsu.Yang penting
kepuasan kerana mampu memiliki barangan yang seakan-akan barang tulen.Di
samping itu juga masyarakat pada masa kini lebih cenderung untuk tidak
mengutamakan kualiti barangan yang dibeli.Yang penting kepuasan bersarang di
minda mereka adalah sangat memadai.Hal ini menyebabkan berlakunya penularan
jenayah cetak rompak kerana sikap serta tindakan masyarakat yeng sedemikian
rupa menjadi pembakar semangat untuk para pengusaha cetak rompak meluaskan
lagi aktiviti mereka.Peluang tersebut juga diaplikasikan oleh mereka untuk mengaut
keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun di sebalik keuntungan dan kesenangan
yang diraih, tanpa mereka sedari ramai dalam kalangan individu lain yang tertindas
akibat perbuatan tamak sesetengah pengusaha.
IMPAK/KESAN KEGIATAN CETAK ROMPAK
Kegiatan cetak rompak akan merugikan pihak pengeluar yang sah. Dalam erti
kata lain pihak yang memiliki karya asli yang sah akan mengalami kerugian akibat
daripada perbuatan tamak para pengusaha cetak rompak yang tidak pernah puas.
Impak atau kesan negatif yang paling ketara dalam masalah ini ialah syarikat
rakaman video dan lagu kaset yang sah.Segala usaha dan penat lelah mereka adalah
sangat tidak berbaloi atau sia-sia.Segala usaha dan titik peluh mereka tidak
mendatangkan sebarang keuntungan akibat daripada wujudnya jenayah cetak
rompak.Di samping itu, sebagai contoh artis seni suara dan seni lakon tidak dapat
menikmati hasil penat lelah mereka setelah bekerja keras untuk menghasilkan
sebuah karya yang original atau tulen. Jika dilihat secara menyeluruh dari pelbagai
aspek mahupun beberapa sudut pandangan, bukan pengeluar sahaja yang
mengalami kerugian ekoran daripada cetak rompak malah pakar perisian komputer
juga turut mengalami kerugian yang sama.
Selain itu, kesan negatif yang bakal dialami ekoran daripada cetak rompak
ialah aktiviti atau iklim pelaburan negara kita akan terjejas. Apabila masalah ini
semakin berleluasa, para pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur di
negara kita lagi. Hal ini berlaku kerana kos pelaburan adalah sangat tinggi tetapi
pulangan tidak meyakinkan. Lebih malang lagi kemungkinan para saintis juga tidak
begitu giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan di negara kita amnya.
Kebimbangan juga menghantui fikiran mereka berhubung karya atau hasil usaha
mereka akan dicetak rompak dengan mudah.
Kesan negatif yang mungkin berlaku akibat daripada penularan jenayah
cetak rompak di negara kita ialah mutu perfileman negara akan terjejas. Apabila
perbuatan cetak rompak semakin berleluasa, maka mutu sektor yang berkaitan
dengan cetak rompak akan turut tejejas. Hal ini kerana masalah daripada barangan
cetak rompak akan menyebabkan barangan yang original akan menerima tempias
yang sama apabila barangan cetak rompak mengalami kerosakan.
Turut menerima kesan yang sama ialah ekonomi negara akan terjejas ekoran
daripada berlakunya jenayah cetak rompak. Hal ini dapat kerana masyarakat akan
mengalihkan perhatian mereka untuk membeli barangan tiruan atau cetak rompak.
Akibatnya barangan original tidak akan dipandang. Tuntasnya berlaku kerugian
yang amat besar kepada ekonomi negara. Barangan cetak rompak pada amnya
menyebabkan masyarakat di negara kita akan membeli barangan tersebut lantaran
harganya yang murah. Hal ini menyebabkan negara kita mengalami kurangnya
pendapatan ekoran daripada sikap pengusaha cetak rompak dan haram ini yang
hanya mementingkan diri sendiri. Perbuatan tersebut juga akan turut menyebabkan
kestabilan ekonomi negara tidak konsisten.
CARA MENGATASI
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara drastik yang boleh diambil
bagi menangani maslaha ini. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang.
Usaha menangani cetak rompak juga boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan
undang-undang oleh pihak kerajaan. Serbuan serta tangkapan yang kerap sebagai
contohnya boleh dilakukan tanpa mengira musim. Jika kita lihat dari segi akta, akta
Hak cipta 1987 dan akta perihal dagangan 1972 perlu dipinda agar penjenayah
profesional ini menerima hukuman yang setimpal. Dengan cara sedemikian, mereka
akan gentar untuk memulakan kegiatan ini. Mereka yang ditangkapa juga akan
wujud sinar keinsafan di hati mereka.
Perubahan sikap masyarakat juga membantu dalam menangani masalah
tersebut. Usaha menyekat gejala cetak rompak ini akan menjadi lebih berkesan
seandainya wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat sejagat khususnya
anggota penguatkuasa. Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini
tidak akan mudah tewas dengan sebarang bentuk suapan atau rasuah serta pujuk
rayu. Bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran dan kualiti kerja anggota
penguatkuasa maka sebarang bentuk kempen kesedaran wajar diadakan. Melalui
kempen kesedaran seperti itu, penularan jenayah cetak rompak dalam kalangan
masyarakat negara kita akan dapat dikurangkan.
Membina pusat cetak rompak dalam ngara kita juga dilihat suatu langkah
yang paling wajar bagi membendung berleluasanya jenayah berkaitan cetak rompak
yang dilihat semakin meruncing. Mencetak di dalam negara sendiri akan
mengurangkan harga barangan tulen dan asli. Harga yang berpatutan akan
menggalakan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan.
Kos yang tidak membebankan akan menyatakan mereka akan mengalami kerugian
kerana harga yang rendah tidak mampu member keuntungan yang setimpal dengan
pelaburan mereka. Tetapi dalam jangka masa yang panjang, langkah seperti ini
tetap tidak akan merugikan. Hal ini demikian kerana jumlah penjualan akan
meningkat dan pada masa yang sama keuntungan akan turut meningkat.
Melaksanakan hukuman penjara mandatori, mungkin ramai dalam kalangan
masyarakat negara kita yang tidak bersetuju dengan cadangan hukuman
tersebut.Namun hakikatnya langkah serta tindakan seperti ini adalah merupakan
satu langkah yang paling sesuai bagi membendung penularan jenayah cetak rompak
yang semakin menjadi-jadi dan merugikan banyak pihak.Langkah yang tegas ini
adalah untuk membanteras gejala cetak rompak. Mana-mana individu yang
ditangkap dan didakwa melakukan perbuatan tersebut akan dikenakan tindakan
tersebut. Hal ini juga dilihat mampu membantu pihak kerajaan untuk menangani
jenayah cetak rompak.
PENUTUP
Jenayah cetak rompak adalah sejenis perbuatan yang merugikan banyak
pihak khususnya pihak yang memiliki hasil karya asal. Oleh yang demikian, semua
pihak harus perlu terlibat sama dalam menangani jenayah cetak rompak daripada
terus berleluasa dan parah saban hari. Jika masyarakat sejagat hanya mampu
berpeluk tubuh dan tidak mengambil sebarang langkah maka perkembangan seni
tanah air mahupun industri lain akan malap serta mengalami kerugian yang besar.
Justeru, harapan kepada mereka yang melakukan dan terlibat dengan kegiatan cetak
rompak agar berubah dan segera insaf akan kesalahan yang dilakukan kerana
perbuatan serta tindakan seperti itu hanya merugikan pelbagai pihak dan negara
khususnya. Sesungguhnya melakukan perbuatan mencetak rompak adalah satu
tindakan yang amat keji dan dipandang hina oleh masyarakat.
http://avanzasilver.blogspot.com/2011/01/jenayah-cetak-rompak-punca-kesan-dan.html
RENCANA UTAMA
Memerangi cetak rompak
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my
Serbuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membanteras
masalah perisian cetak rompak di semua peringkat.
CAKERA padat yang dirampas dalam serbuan ini terdiri daripada sistem pengoperasian Microsoft yang dicetak rompak.
ISU cetak rompak perisian komputer seolah-olah sukar dibendung dan masih berleluasa sehingga hari
ini. Banyak cara telah dilakukan untuk membanterasnya, namun segala usaha tidak menampakkan hasil
yang memberangsangkan.
Justeru itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
sentiasa mengadakan serbuan dari semasa ke semasa bagi mengesan dan menahan para peniaga degil
yang menjual komputer baru tetapi menggunakan perisian cetak rompak di seluruh negara.
Terbaru, satu serbuan telah diadakan ke atas pengedar-pengedar barangan komputer di Pulau Pinang.
Dalam tempoh beberapa bulan yang lalu, KPDNKK telah melakukan serbuan mengejut di pusat bandar
raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Hasil
daripadanya, perisian komputer cetak rompak dan komputer bernilai lebih daripada RM100,000 telah
dirampas termasuk penahanan wakil pengedar yang tidak bertanggungjawab.
Pada pertengahan bulan lalu, empat buah komputer dirampas daripada sebuah kedai di Pulau Pinang
kerana pemiliknya dipercayai menjual salinan perisian komputer Microsoft cetak rompak.Ketika pegawai-
pegawai KPDNKK menyelongkar premis tersebut, turut ditemui adalah CD-Rom yang dipercayai
digunakan untuk memuat turun perisian cetak rompak ke dalam komputer pelanggan.
Jumlah keseluruhan perisian palsu yang digunakan itu mencecah harga RM13,500 manakala RM5,000
lagi melibatkan perkakas komputer. Ketua Pengarah KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata,
serbuan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membanteras masalah
perisian cetak rompak di semua peringkat.
"Melihat kepesatan pembangunan sektor teknologi maklumat dan pengaruhnya kepada pembangunan
ekonomi negara, kami melipatgandakan usaha demi melihat aktiviti yang salah di sisi undang-undang ini
dihentikan sama sekali," jelasnya.
ANTARA pekerja yang ditahan dalam rampasan DVD cetak rompak oleh anggota polis di Subang Jaya, Selangor baru-baru
ini.
Beliau menambah: "Apabila pengedar terlibat memasukkan perisian komputer cetak rompak ke dalam
komputer baru yang kemudiannya dijual kepada pelanggan, mereka secara tidak langsung akan
mendedahkan pengguna tersebut kepada risiko yang tidak diketahui."
"Bukan sahaja perisian cetak rompak melanggar peraturan tetapi data penting dan keselamatan
maklumat pengguna turut digadai secara membuta tuli. Pada masa yang sama, kami mengiktiraf dan
menghargai pengedar tulen yang turut serta dalam memerangi kumpulan pengedar yang menipu
pelanggan dengan menjual komputer 'murah' menggunakan perisian cetak rompak."
Kementerian itu juga mendedahkan bahawa cakera padat (CD) dan cakera keras yang dirampas dalam
serbuan itu terdiri daripada sistem pengoperasian Microsoft yang dicetak rompak termasuk Windows 95
dan Windows Vista serta pelbagai versi program Microsoft Office yang lain.
Di bawah Akta Hak Cipta 1987, sesiapa yang didapati bersalah di mahkamah boleh dikenakan denda
sebanyak RM2,000 sehingga RM20,000 bagi setiap kesalahan penyalinan perisian cetak rompak
dan/atau dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
NASIONAL
Ahli perniagaan didenda RM13j kes cetak
rompak
05:19:25 AM Oleh Hardi Effendi YaacobCetakEmel Kawan
Dituduh miliki 6,500 VCD, DVD karaoke di kediaman
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan didenda RM13 juta oleh Mahkamah Sesyen
Putrajaya di sini, pada 23 Disember lalu selepas didapati bersalah memiliki 6,500 video
cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) karaoke cetak rompak membabitkan
koleksi lagu artis popular tempatan dan antarabangsa, pada 23 Disember lalu.
Ia sekali gus menjadi jumlah denda tertinggi pernah dikenakan ke atas pesalah cetak
rompak sejak Akta Hak Cipta diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan 23 tahun
lalu.
Ahli perniagaan, Tee Min Hock, 35, turut berdepan hukuman dua tahun penjara jika
gagal membayar denda berkenaan selepas disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen
41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987.
Mengikut keterangan fakta kes, VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu ditemui
disembunyikan di rumah ahli perniagaan terbabit dalam serbuan dilakukan Bahagian
Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan
Koperasi (KPDNKK) pada 27 September 2007.
Difahamkan, serbuan dilakukan berdasarkan laporan yang dibuat oleh Persatuan
Industri Rakaman Malaysia (RIM), dengan VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu
dipercayai mahu digunakan untuk tujuan komersial.
Timbalan Ketua Pengarah KPDNKK, Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu
adalah pengajaran terbaik kepada semua pihak yang tidak menghormati hak cipta,
selain cuba mengaut keuntungan dari kegiatan cetak rompak.
“Walaupun sudah banyak kali kerajaan mengeluarkan amaran berhubung kegiatan
haram ini, masih ada pihak tidak mengendahkannya dan cuba mengambil kesempatan.
“Hukuman dikenakan ke atas ahli perniagaan terbabit dianggap setimpal dengan
kesalahan pelanggaran hak cipta dilakukannya, sekali gus menjadi pengajaran kepada
mereka yang masih berdegil dan tidak menghormati undang-undang,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Anti Cetak Rompak (APAC),
berkata mahkamah memandang serius kegiatan pelanggaran hak cipta oleh ahli
perniagaan terbabit dengan menetapkan denda minimum RM2,000 bagi setiap salinan
lagu.
“Mengikut Akta Hak Cipta 1987, denda maksimum yang dibenarkan boleh mencecah
RM20,000 bagi setiap lagu dan penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan.
“Kita akan bekerjasama dengan RIM dan organisasi lain yang berkaitan dalam usaha
memerangi kegiatan cetak rompak ini melalui tindakan serbuan dan pemeriksaan lebih
kerap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo, berkata usaha perlu
diteruskan bagi membersihkan negara daripada menjadi sarang cetak rompak.
“Sejak 2001, kerajaan mengharamkan penjualan cakera optik, terutama VCD dan DVD
di pasar malam di seluruh negara, namun usaha itu tidak menampakkan kesannya.
“Ia dikesan semakin berleluasa di Kuala Lumpur, dengan setiap pasar malam dikatakan
mempunyai sekurang-kurangnya 30 gerai menjual karya muzik dan filem cetak rompak.
Walaupun sudah banyak kali perkara ini diadukan kepada Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL), tiada tindakan diambil,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AhliperniagaandidendaRM13jkescetakrompak/Article
THURSDAY, 3 MARCH 2011
PENJUALAN VCD/DVD CETAK ROMPAK
Lebih kurang 10 tahun yang lalu, saya pernah ditanya oleh pemberita dari stesen tv swasta TV3
berkenaan penjualan vcd/dvd cetak rompak yang berleluasa. Cuma dua soalan sahaja yang dilontarkan
kepada saya dan saya juga menjawab dengan ringkas tetapi jawapan yang saya berikan adalah yang
jujur dan bukan dibuat-buat atau ditapis.
Soalan pertama
Wartawan : Adakah anda tahu penjualan vcd/dvd cetak rompak yang berleluasa dimasa kini?
Jawapan Saya : Ya, saya tahu.
Soalan Kedua
Wartawan : Pada pendapat anda, adakah pihak berkuasa dapat menghapuskan penjualan vcd/dvd cetak
rompak ini.
Jawapan Saya : Tidak, sebab pihak berkuasa asyik menyerbu penjual vcd/dvd cetak rompak sedangkan
pihak yang menghasilkan atau mencetak vcd/dvd cetak rompak ini tidak pula diserbu atau diambil
tindakan. Pihak berkuasa sendiri tidak ikhlas dalam tindakan mereka.
Itu adalah dua soalan yang diutarakan kepada saya dan dua jawapan yang telah saya berikan kepada
pemberita terbabit. Pada malam hari, saya dan keluarga menonton Berita TV3 iaitu Buletin Utama dan
wajah saya terpampang dikaca television bersama jawapan yang telah saya berikan. Saya masih ingat
lagi skrip berita yang dibaca oleh penyampai berita pada waktu itu. "Apabila ditanya kepada orang ramai
berkenaan pendapat mereka tentang masa depan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini...adakah akan
terus bertahan atau dapat dihapuskan oleh pihak berkuasa?..ini jawapan yang kami terima"...lepas skrip
itu dibaca, terpampanglah muka saya diwawancara oleh pemberita.
Saya terkejut sebab saya memang tidak pernah menyangka jawapan yang seolah-olah memerli pihak
berkuasa yang tidak telus dalam mengambil tindakan, disiarkan pula oleh stesen terkemuka pada slot
Buletin Utama. Keesokannya adalah beberapa kawan-kawan saya dan kawan-kawan kepada isteri saya
menyapa dan memberitahu yang mereka nampak saya dislot Buletin Utama.
Apa yang saya nak ketengahkan pada hari ini, bukan kemunculan saya, bukan tentang Buletin Utama,
bukan tentang TV3, tetapi tentang kebenaran dalam kata-kata yang saya ucapkan 10 tahun yang lepas.
Hari ini anda semua boleh melihat betapa banyak premis yang menjual VCD/DVD cetak rompak. 10
tahun yang lepas vcd/dvd cetak rompak ini dijual berleluasa ditepi-tepi jalan ataupun di kawasan kaki lima
kedai. Tujuannya mudah, bila diserbu oleh pihak berkuasa, senanglah untuk melarikan diri. Juga
dengan premis mudah alih sebegitu, perniagaan/penjualan vcd/dvd cetak rompak ini boleh dipindahkan
ketempat lain mengikut kesesuaian dan permintaan.
Tetapi apa yang terjadi pada masa kini? Premis yang mudah alih telah bertukar menjadi premis yang
kekal. Penjualan tepi jalan dan dikaki lima telah menjadi penjualan dalam kompleks membeli belah dan
kedai. Penjual pula kelihatan lebih yakin dan lebih berani mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyewa
kedai/lot untuk dijadikan pusat penjualan vcd/dvd cetak rompak. Walau berapa kali diserbu sekalipun,
kedai yang sama muncul kembali selepas beberapa waktu dan perniagaan vcd/dvd cetak rompak ini
diteruskan seolah-olah stok yang dirampas telah dipulangkan oleh pihak berkuasa.
Bila kita bercakap tentang penjualan vcd/dvd cetak rompak ini, kita sering kaitkan dengan aktiviti
samseng atau kogsi gelap yang mungkin menjadi pelindung atau penaja kepada perniagaan ini. Tetapi,
adakah benar cuma samseng atau kongsi gelap yang melindungi dan menaja perniagaan ini atau pun
ada pihak lain yang kita tak sebutkan juga terlibat? Yang paling mudah untuk menidakkan penglibatan
mereka ialah pihak berkuasa. Bila sahaja kita tahu ada aktiviti tidak sihat disesuatu kawasan dan aktiviti
itu dilakukan secara terang-terangan dan tanpa selindung, siapa yang akan kita hubungi? Pihak berkuasa
atau pihak berwajib, merekalah yang akan kita hubungi.
Maka, kenapa aktiviti tidak baik ini masih berleluasa dan semakin dilakukan secara terang-terangan?
Jawapan yang telah saya berikan 10 tahun yang lalu, saya akan ulangi "kerana pihak berkuasa tidak
ikhlas".
Keikhlasan seseorang atau satu-satu pihak akan dapat dilihat dari segi perlakuan dan tindakan mereka.
Meraka yang tidak ikhlas kekadang boleh berdrama mengalahkan pelakon drama popular. Tetapi segala
ketidak ikhlasan mereka akan terserlah juga melalui tindakan dan perlakuan mereka. Apa yang berlaku
di Miri baru-baru ini, dimana premis yang digunakan untuk menjual vcd/dvd cetak rompak hanya diserbu
oleh pihak KPDNKK selepas diambil gambar oleh Mazidul Akmal dan diadu oleh pembaca blog, memang
amat memalukan. Bagi si penjual, dia memang muka tak tahu malu, sebab tu dia menjual vcd/dvd cetak
rompak. Tetapi yang benar-benar memalukan ialah penguatkuasa yang duduk dibandar yang sama, iaitu
Miri, tetapi menutup mata selama ini tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk merampas atau
menangkap mereka yang terbabit dalam penjualan vcd/dvd cetak rompak ini.
Sepatutnya pihak Mazidul Akmal mengambil gambar ketua KPDNKK Miri dan juga gambar mana-mana
ketua jabatan dikawasan atau daerah-daerah lain yang sama alpa dan tidak efektif dalam menunaikan
tanggungjawab mereka dalam memastikan penguatkuasaan yang tegas dan amanah. Dengan adanya
gambar mereka disiarkan, dapatlah kita, masyarakat Malaysia mengetahui siapa yang membuat kerja
dengan baik dan amanah dan siapa tidak.Mungkin ada pihak yang kurang setuju dengan pendekatan
ini.Tetapi, bukankah pihak berkuasa telah diberikan masa yang cukup, kuasa yang cukup dan peruntukan
yang cukup untuk menunaikan tanggungjawab mereka? Kenapa tidak dijalankan dengan sebaiknya?
Ada juga pihak yang akan menyatakan, pihak pengguna yang bersalah kerana membeli vcd/dvd cetak
rompak. Pihak pengguna atau masyarakat yang bersalah dan menggalakkan penjualan vcd/dvd cetak
rompak ini. Saya setuju dengan pendapat ini, tidak boleh ditolak bulat-bulat. Tetapi seperti mana soalan
yang lazim kita dengar "Mana satu datang dulu? Ayam atau Telur Ayam?".Persoalan ini mungkin sukar
dijawab.Tetapi bagi saya mudah sahaja.Ayamlah datang dulu.Sebab kalau ayam tidak dijadikan terlebih
dahulu, macam mana nak hasilkan telur ayam. Bagi manusia pula, Adam dan Hawa datang dulu,
kemudian barulah berlaku kelahiran dibumi Allah ini.
Jadi tak perlulah pihak berkuasa menunding jari terhadap masyarakat yang membeli vcd/dvd cetak
rompak ini. Masyarakat telah banyak berubah jika dibandingkan dengan situasi mereka 10 tahun yang
lalu.10 tahun yang lalu tidak wujud banyak filem-filem box office, kerana masyarakat asyik menunggu
vcd/dvd cetak rompak untuk menonton wayang yang mereka gemari, tetapi kini berbelas filem box-office
terhasil. Bukankah masyarakat yang menyokong dan mengeluarkan duit untuk menonton dipawagam-
pawagam, bukankah masyarakat menunjukkan sokongan yang jitu terhadap pengeluar filem tempatan
mahupun antarabangsa. Jadi apa pula masih nak tunding jari kepada masyarakat? Segelintir masih
membeli vcd/dvd cetak rompak kerana vcd/dvd cetak rompak ini masih terdapat dipasaran. Siapa yang
bertanggungjawab menghapuskan penghasilan dan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini? Adakah ini
juga tanggungjawab masyarakat? Kalau ini pun tanggungjawab masyarakat, apa pula tugas
"penguatkuasa" yang seolah-olah tak tahu buat kerja?
Kini masyarakat sudah mula menunjukkan sokongan kepada pihak pengeluar filem dan seharusnya
pihak pengeluar filem bertanya kepada pihak berkuasa "kenapa masih tak dapat hapuskan pengeluar
vcd/dvd cetak rompak". Malaysia memang maju dari segi teknologi, siapa kata tidak....diesel yang dijual
distesen minyak boleh dibezakan dengan diesel bersubsidi.Bukankah itu menunjukkan pihak berkuasa
diMalaysia mempunyai kemampuan untuk menggunapakai kaedah dan teknologi terkini untuk
membenteras aktiviti yang terlarang. Justeru kenapa tiada kaedah saintifik, forensik ataupun
berteknologi digunakan untuk mengesan pusat penghasilan vcd/dvd cetak rompak melalui vcd/dvd yang
dirampas? Umum mengetahui mesin-mesin mahupun peralatan yang digunakan untuk menghasilkan
vcd/dvd samada yang tulen atau yang dicetak rompak adalah hampir sama. Cuma sekarang banyak
vcd/dvd cetak rompak dihasilkan melalui cetakan atau salinan melalui komputer. Tetapi sebilangan dari
filem-filem yang dicetak rompak masih menggunakan "mastercopy" untuk diulang salin. Pihak berkuasa
pula mempunyai kemampuan untuk melakukan siasatan dari berbilang sudut. Makmal forensik kini lebih
canggih dengan terdapatnya unit forensik alam maya dan sebagainya. Setiap muat turun atau pembelian
wayang melalui internet boleh dikenal pasti dengan mudah oleh pihak berkuasa. Muat turun dengan
jumlah yang dianggap "out of ordinary" boleh disiasat. Terdapat berbagai cara dan kaedah untuk
menghapuskan penghasilan vcd/dvd cetak rompak. Jika pihak bekuasa menyatakan sukar membendung
aktiviti ini kerana dilakukan secara kecil-kecilan dan terlindung, maka soalan saya kepada mereka
ialah....adakah ini bermakna penjenayah lebih bijak dari anda?
Adakah pihak berkuasa benar-benar ikhlas?????? Jawapan ada diminda anda sekarang ini.
http://tahirnisa.blogspot.com/2011/03/penjualan-vcddvd-cetak-rompak.html
RENCANA UMUM 13: PERANGI CETAK ROMPAK
Statistik 15 tahun lalu menunjukkan pendapatan daripada industri rakaman album tempatan mencatatkan
perolehan berjumlah lebih RM200 juta.Tetapi sayangnya, pada tahun lalu perolehan itu menyusut dengan
begitu ketara sekali apabila industri tersebut hanya mampu mengaut pendapatan sekitar RM70 juta
sahaja.Fenomena tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dan keresahan pihak terbabit.Banyak
faktor yang menyumbang kepada masalah itu antaranya ada yang berpendapat kerana faktor
kelembapan ekonomi global, persaingan, kurangnya daya tarikan dalam sesebuah album, dan tidak
kurangnya kerana isu kegiatan cetak rompak yang berleluasa.Akibatnya, banyak syarikat rakaman
termasuklah yang besar dan kecil tidak berani untuk menerbitkan album-album baru kerana mereka
enggan berdepan dengan risiko kerugian.
Kegiatan penjualan cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), cakera padat video (VCD), dan
perisian cetak rompak tiruan sememangnya amat sukar untuk dibendung oleh pihak berkuasa dari dulu
sampai sekarang. Pelbagai tangkapan dibuat serta dikenakan tindakan mahkamah, namun aktiviti
tersebut tetap muncul di sana sini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi mereka yang tidak
peduli kedaulatan undang-undang serta memikirkan keuntungan semata-mata, aktiviti penjualan cakera,
dan perisian tiruan itu memang menjadi profesion mereka. Kegiatan tersebut bukan sahaja dijalankan di
pasar-pasar malam atau di kaki lima, malah ada yang semakin berani untuk menjualnya secara terbuka
di premis perniagaan dan kompleks beli-belah. Malah, 'keberanian' peniaga terbabit yang seolah-olah
tidak mempedulikan undang-undang itu tentu sekali mengundang pertanyaan dalam kalangan orang
ramai, terutama para pengunjung kompleks beli-belah berkenaan.
Dicatat oleh: Guru Cemerlang BM at 12:55 PTG
Label RENCANA UMUM
http://munsyibm.blogspot.com/2009/10/rencana-umum-13-perangi-cetak-rompak.html
SEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan
ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak
sah.
Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan ‘Hakcipta Terpelihara’
serta ‘Tidak Dibenar Ulang Cetak’, masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat
salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat.
Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada
yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka.
Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang
dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan
Islam atau hukumnya.
Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini?Adakah terus mengharamkannya
tanpa bicara?
Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: “Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi
dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya
menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak.Saya tahu tindakan
saya salah, tetapi harga tulen terlalu mahal.
“Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan
perisian cetak rompak dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.”
Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya itu sendiri mengerti bahawa ia
salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai
harta persendirian yang terpelihara.
Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya
apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan
dan dijual pada harga rendah.
Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang
perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.
Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjalankan
perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, iaitu yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan
(keuntungan yang terhasil daripada yang haram).” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, Riwayat Ibn
Hibban)
Rasulullah SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging
babi dan lain yang haram bagi umat Islam, mereka (Yahudi) membuat helah dengan mengambil
lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya.
Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu, baginda terus berkata: “Allah akan menghancurkan
Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan
lain-lain yang diharamkan), mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil
jualannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan dilakukan yang ingin saya tekankan adalah,
ia sama seperti cetak rompak kerana haram daripada sudut hukum Islam.
Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga
keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi.
Mungkin ada yang berhujah bahawa perisian Windows itu adalah milik seorang kafir yang
merujuk kepada Bill Gates dan tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak selain
ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan bahan berkenaan tidak
memberi apa juga kesan pada kekayaannya.
Sebenarnya, hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan
mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di
Iraq).
Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft
dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka
hati.
Dalilnya terlalu banyak, iaitu paling mudah apabila Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli
dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik. Semua itu menunjukkan umat Islam
tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal.
Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk
komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika
pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen.
Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan
pembelajarannya, tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas:
 ‘Hajat Mendesak’ dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya:
“Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau
khusus.” (Al-Ashbah Wa An-Nazair)
 Hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial
 Bertempoh. Ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang
tulen
Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti.Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan
buku tertentu sebagai ‘silibus’ dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau
enam buku digunakan.
Sudah tentu pelajar tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli buku yang mungkin
tebal dengan harga tinggi.
Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan membuat salinan fotostat halaman tertentu yang berkait
dengan pembelajarannya. Maka, pada waktu itu ia diharuskan.
Kembali kepada keadaan seperti dinyatakan, jika benar seseorang itu menghadapi kesukaran
wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli perisian tulen yang mahal harganya
berbanding kemampuannya, maka ada keringanan untuk beliau menggunakan produk tiruan itu
dulu buat sementara waktu.
Ketika perniagaan seseorang itu sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil serta
tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen.
http://www.hmetro.com.my/articles/Haramcetakrompakjadimodalperniagaan/Article/artikelMA
ISI KANDUNGAN

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
mr_kay86
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
education university sultan idris
 
Pengajian Am Hak Asasi
Pengajian Am  Hak AsasiPengajian Am  Hak Asasi
Pengajian Am Hak Asasi
Khai Khairy
 

Was ist angesagt? (20)

Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
 
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
LANGKAH MENGATASI KEMASUKAN PENDATANG ASING
 
Pengajian am mahkamah atasan & rendah.
Pengajian am   mahkamah atasan & rendah.Pengajian am   mahkamah atasan & rendah.
Pengajian am mahkamah atasan & rendah.
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Pengajian AM Majlis
Pengajian AM MajlisPengajian AM Majlis
Pengajian AM Majlis
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaran
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan BerpersatuanKebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
 
Pengajian Am Hak Asasi
Pengajian Am  Hak AsasiPengajian Am  Hak Asasi
Pengajian Am Hak Asasi
 
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
 
Pengajian am stpm
Pengajian am stpmPengajian am stpm
Pengajian am stpm
 
Jenayah bukan indeks
Jenayah bukan indeksJenayah bukan indeks
Jenayah bukan indeks
 
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPMSistem Kehakiman Malaysia #STPM
Sistem Kehakiman Malaysia #STPM
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAANDASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
 
ciri -ciri orang efektif-stephen covey
ciri -ciri orang efektif-stephen coveyciri -ciri orang efektif-stephen covey
ciri -ciri orang efektif-stephen covey
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 

Andere mochten auch (15)

'Cetak rompak’
'Cetak rompak’ 'Cetak rompak’
'Cetak rompak’
 
Penggodaman
PenggodamanPenggodaman
Penggodaman
 
Esei belilah barangan buatan malaysia
Esei belilah barangan buatan malaysiaEsei belilah barangan buatan malaysia
Esei belilah barangan buatan malaysia
 
Masalah cetak rompak di malaysia
Masalah cetak rompak di malaysiaMasalah cetak rompak di malaysia
Masalah cetak rompak di malaysia
 
Harta intelek 1
Harta intelek 1Harta intelek 1
Harta intelek 1
 
Format berita tv
Format berita tvFormat berita tv
Format berita tv
 
Penggodaman
Penggodaman Penggodaman
Penggodaman
 
Fail meja disiplin
Fail meja disiplinFail meja disiplin
Fail meja disiplin
 
Berita
Berita Berita
Berita
 
Pengertian komputer dan komponen komponennya
Pengertian komputer dan komponen komponennyaPengertian komputer dan komponen komponennya
Pengertian komputer dan komponen komponennya
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinyaModul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
Modul 1 ~ mengenal komputer dan fungsinya
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Judi DAN cetak rompak
Judi DAN cetak rompakJudi DAN cetak rompak
Judi DAN cetak rompak
 

Ähnlich wie Cetak rompak kertas keja

Naskah Akademik Perda Kab.Bondowoso
Naskah Akademik Perda Kab.BondowosoNaskah Akademik Perda Kab.Bondowoso
Naskah Akademik Perda Kab.Bondowoso
arumluberty
 
Kementerian ictl
Kementerian ictlKementerian ictl
Kementerian ictl
fafa111283
 
5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf
5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf
5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf
WindaGaming
 
3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)
3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)
3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)
dhayati
 
Bab i pendahuluan 1 2
Bab i pendahuluan 1 2Bab i pendahuluan 1 2
Bab i pendahuluan 1 2
Artiny Tianis
 

Ähnlich wie Cetak rompak kertas keja (20)

Power point
Power pointPower point
Power point
 
Fraud.pptx
Fraud.pptxFraud.pptx
Fraud.pptx
 
Naskah Akademik Perda Kab.Bondowoso
Naskah Akademik Perda Kab.BondowosoNaskah Akademik Perda Kab.Bondowoso
Naskah Akademik Perda Kab.Bondowoso
 
Etika profesi tugas 1
Etika profesi tugas 1Etika profesi tugas 1
Etika profesi tugas 1
 
Kementerian ictl
Kementerian ictlKementerian ictl
Kementerian ictl
 
02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus
02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus
02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus
 
Mengatasi Kesulitan Ekonomi dengan menghindari sistem Riba dalam Bisnis
Mengatasi Kesulitan Ekonomi dengan menghindari sistem Riba dalam BisnisMengatasi Kesulitan Ekonomi dengan menghindari sistem Riba dalam Bisnis
Mengatasi Kesulitan Ekonomi dengan menghindari sistem Riba dalam Bisnis
 
5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf
5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf
5.-Etika-dalam-Bisnis-Internasional-5th-Week-Tel-U.pdf
 
3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)
3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)
3.3 pentingnya hak cipta atas kekayaan intelektual (haki)
 
Bisnis internasional,7,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,7,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...Bisnis internasional,7,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
Bisnis internasional,7,shindy diana f,prof.dr.hapzi ali, ir, cma, mm, mpm, ke...
 
Etika profesi it
Etika profesi itEtika profesi it
Etika profesi it
 
Fraud
FraudFraud
Fraud
 
Pengantar Singkat tentang Buku Pedoman: Penegakan Hukum dengan ILEA Model
Pengantar Singkat tentang Buku Pedoman: Penegakan Hukum dengan ILEA ModelPengantar Singkat tentang Buku Pedoman: Penegakan Hukum dengan ILEA Model
Pengantar Singkat tentang Buku Pedoman: Penegakan Hukum dengan ILEA Model
 
Makalah kejahatan dalam pasar modal
Makalah kejahatan dalam pasar modal Makalah kejahatan dalam pasar modal
Makalah kejahatan dalam pasar modal
 
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiami
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiamiSia, gilangramadhan, suryanih, stiami
Sia, gilangramadhan, suryanih, stiami
 
Pkn barang bajakan
Pkn barang bajakanPkn barang bajakan
Pkn barang bajakan
 
Bab i pendahuluan 1 2
Bab i pendahuluan 1 2Bab i pendahuluan 1 2
Bab i pendahuluan 1 2
 
Presentasi eptik
Presentasi eptikPresentasi eptik
Presentasi eptik
 
Kelompok 6
Kelompok 6Kelompok 6
Kelompok 6
 
etikadigital-200916061633.pptx
etikadigital-200916061633.pptxetikadigital-200916061633.pptx
etikadigital-200916061633.pptx
 

Mehr von Curtin University Sarawak (6)

VIVA PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3
VIVA PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3VIVA PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3
VIVA PBS PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3
 
Slide Viva PBS Ekonomi Penggal 3
Slide Viva PBS Ekonomi Penggal 3Slide Viva PBS Ekonomi Penggal 3
Slide Viva PBS Ekonomi Penggal 3
 
Kerja Projek PBS sem1 (viva)
Kerja Projek PBS sem1 (viva)Kerja Projek PBS sem1 (viva)
Kerja Projek PBS sem1 (viva)
 
Pengajian perniagaan BAB 3 segmentasi
Pengajian perniagaan  BAB 3 segmentasiPengajian perniagaan  BAB 3 segmentasi
Pengajian perniagaan BAB 3 segmentasi
 
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa melayu sem 1
 
Badan pengadilan lain
Badan pengadilan lain Badan pengadilan lain
Badan pengadilan lain
 

Kürzlich hochgeladen

Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
dheaprs
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
AgusRahmat39
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 

Kürzlich hochgeladen (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 

Cetak rompak kertas keja

  • 1. PENGAJIAN AM PENSYARAH : TUAN HAJI SUHARDI BIN SAMIDI Disediakan oleh : NICHOLSON RECHELLY MAJIANI NEECSON KAYLLY LOURDES JULIUS SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG
  • 2. PUNCA BERLAKUNYA KEGIATAN CETAK ROMPAK 1)Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri Negara. i. Penjualan hasil cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli belah secara terang- terangan. ii. Karya-karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah,cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli. iii. Sikap atau mentality masyarakat kita yang suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. 2)Sifat tamak haloba pengusaha haram i. Penjualan cetak rompak dapat mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda. ii. Pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan. iii. Perlu membayar royalty kepada pihak pereka atau pencipta asal. iv. Mereka menikmati keuntungan yang besar walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya sudah diketahui umum.
  • 3. 3)Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang i. Terdapat kelonggaran dalam Pentadbiran bagi akta reka bentuk dan cipta. ii. Akta hak intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya bagi menangani masalah cetak rompak. iii. iii)Bentuk hukuman yang dijatuhkan ringan dan langsung tidak menakutkan pengusaha haram. iv. Serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan kakitangan untuk membantu membanteras masalah cetak rompak. v. Pembicaraan di mahkamah pula lazimnya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. 4)Permintaan yang tinggi terhadap barang cetak rompak i. Harga barang cetak rompak lebih murah menyebabkan pengguna lebih gemar membeli barangan cetak rompak. ii. Hal ini kerana barang cetak rompak dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu. iii. Anggapan pengguna bahawa produk perisian komputer sangat mahal harganya di pasaran dunia mengakibatkan pengguna lebih suka membeli barangan tiruan atau cetak rompak.
  • 4. 5)Kecanggihan teknologi juga menjadi pendorong i. Alatan berteknologi canggih membolehkan barang tiruan dihasilkan. ii. Melalui alatan yang canggih inilah yang menyebabkan barang cetak rompak dan tiruan sukar dibezakan daripada barang asal. iii. Alat perakam yang canggih juga meningkatkan produktiviti cetak rompak. iv. Teknologi kini juga membolehkan bukti cetak rompak dimusnahkan dengan mudah. KESAN BERLAKUNYA KEGIATAN CETAK ROMPAK 1)Merugikan pihak oengeluar yang sah i. Impak negatif yang ketara dalam masalah ini ialah pereka dan pencipta yang sah. ii. Usaha dan titik peluh mereka tidak mendatangkan keuntungan disebabkan adanya cetak rompak. iii. Pereka dan pencipta tidak dapat menikmati hasil mereka selepas bersusah payah menyediakan yang original. iv. Syarikat-syarikat yang memasarkan barangan original juga mengalami kerugian.
  • 5. 2)Iklim pelaburan Malaysia terjejas i. Pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur di Malaysia sekiranya masalah ini semakin berleluasa. ii. Kos pelaburan tinggi tetapi pulangan tidak meyakinkan. iii. Kemungkinan para saintis juga tidak begitu giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia. iv. Mereka takut hasil usaha mereka akan dicetak rompak dengan mudah. 3)Mutu perfileman terjejas i. Mutu sektor yang berkatan dengan cetak rompak akan terjejas apabila masalah cetak rompak semakin berleluasa. ii. Masalah daripada barang cetak rompak akan menyebabkan barangan original akan menerima tempias yang sama apabila barangan cetak rompak mengalami kerosakan. iii. Lebih teruk lagi jika negara luar yang melihat keadaan ini berlaku di Malaysia. iv. Ini akan menyebabkan mereka tidak mengiktiraf filem yang dihasilkan oleh negara kita.
  • 6. 4)Ekonomi Negara terjejas dan memalukan Negara Malaysia i. Masyarakat membeli barangan cetak rompak disebabkan harganya yang murah. ii. Negara kita mengalami kekurangan dalam pendapatan disebabkan perbuatan pengusaha haram yang mementingkan diri sendiri. iii. Ekonomi negara menjadi tidak konsisten dan semakin merosot sekiranya masalah cetak rompak berterusan. iv. Cetak rompak juga adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara. v. Syarikat-syarikat gergasi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk. 5)Malaysia kehilangan tenaga pakar i. Tenaga pakar datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan ianya diperlukan dalam perkembangan IT. ii. Cetak rompak mencuri bakal pakar yang kita ada iii. Menghentikan segala usaha yang diusahakan. iv. Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar dalam bidang penulisan atau perekaan daripada meneruskan usaha mereka. v. Tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan mereka yang menghasilkan penulisan secara percuma atau terbuka.
  • 7. CARA MENGATASI KEGIATAN CETAK ROMPAK 1)Penguatkuasaan undang-undang i. Usaha menghalang kegiatan cetak rompak boleh dilakukan menerusi penguatkuasaan undang-undang. ii. Serbuan dan tangkapan yang lebih kerap dan konsisten perlu dilakukan tanpa mengira musim. iii. Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972 perlu dipinda agar hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada penjenayah profesional. iv. Dengan cara ini,mereka akan menjadi gentar untuk memulakan kegiatan ini. v. Mereka yang ditangkap pasti berasa serik dan takut. 2)Perubahan sikap manusia i. Wujud kesedaran di kalangan anggota penguatkuasa dapat menyekat gejala cetak rompak dengan lebih berkesan. ii. Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak mudah tewas dengan suapan atau pujuk rayu. iii. Dengan pendirian yang tegas dan berdisiplin,para pengusaha cetak rompak akan bertemu ‘buku dengan ruas’. iv. Kursus kesedaran dan disiplin perlu sentiasa dianjurkan untuk penguatkuasa.
  • 8. v. Mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras. 3)Melaksanakan hukuman penjara mendatori i. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna akan melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pengedar dan penjual cakera padat(vcd)`dan cakera video digital(dvd) cetak rompak dan lain-lain barangan cetak rompak. ii. Salah satu alasan kegiatan ini berterusan adalah kerana mereka tidak takut kepada pihak penguatkuasa atau undang-undang. iii. Syarikat yang terbabit mencetak dan mengedar barangan cetak rompak terutamanya cekera padat dan DVD hanya akan dikenakan denda maksimum RM250 000 berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit. iv. Hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa. 4)Membina pusat percetakan di Malaysia i. Mencetak di dalam negara akan menurunkan harga barangan tulen. ii. Harga yang berpatutan akan menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan. iii. Kos yang tidak membebankan akan menyatakan mereka akan mengalami kerugian.
  • 9. iv. Harga yang rendah tidak dapat memberikan keuntungan yang setimpal dengan pelaburan mereka. v. Hal ini kerana jumlah penjualan akan meningkat dan keuntungan akan meningkat juga. 5)Menjalankan harga kawalan maksima i. Harga kawalan maksima yang dimaksudkan ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD dan barangan lain yang difikirkan berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna. ii. Harga yang ditetapkan tersebut mestilah mengambil kira kualiti barangan tersebut kerana salah satu faktor yang menyebabkan pembelian barangan cetak rompak ini ialah harganya yang murah. iii. Penetapan harga kawalan maksima terhadap barangan asli ini penting agar tidak menjadi beban terhadap para pengguna untuk memilikinya. iv. Walaupun penetapan harga barangan asli tidaklah semurah harga barangan cetak rompak, pengguna perlulah sedar bahawa kualiti barangan asli adalah lebih baik dan bermutu berbanding barangan cetak rompak.
  • 10. CONTOH ESEI: CETAK ROMPAK CETAK ROMPAK MERUPAKAN SATU KEGIATAN YANG SANGAT BERLELUASA PADA MASA INI. HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGIATAN INI SUSAH DIBENDUNG SERTA LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYEKAT GEJALA INI TERUS BERLELUASA. Cetak rompak ialah aktiviti yang menggunakan ciptaan hasil karya orang lain sebagai kepunyaan sendiri. Pengusaha hasil cetak rompak ini adalah untuk mendapatkan keuntungan yang maximum atau dikatakan keuntungan yang lumayan.Namun apakah faktor yang menggalakkan cetak rompak ini berlaku? Dan apakah langkah yang dapat dilakukan untuk membendung aktiviti ini? Faktor yang menggalakkan cetak rompak ini berlaku ialah sifat tamak haloba pengusaha haram.Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka.Ini kerana barangan cetak rompak boleh diperoleh dengan mudah.Tambahan pula, mereka juga tidak perlu membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal.Dengan ini, mereka dapat mengeluarkan barang secara besar-besaran dan menjualnya dengan harga yang rendah.Oleh itu, mereka dapat menikmati keuntungan yang lebih besar berbanding dengan syarikat-syarikat besar. Kelonggaran dan penguatkuasaan undang-undang juga merupakan salah satu faktornya.Bentuk hukuman yang dijatuhkan terlalu ringan seperti mendenda wang dan penjara beberapa bulan.Ini tidak dapat menakutkan pengusaha haram ini.Kerana wang yang didenda itu hanya jumlah sedikit sahaja Pihak polis sememangnya perlu menjalankan serbuan untuk membanteraskan masalah ini.tetapi kakitangan, malah serbuan sukar dijalankan.Selain itu, ada sesetengah pihak penguatkuasa kadangkala terlibat dalam rasuah.Ini menyebabkan aktiviti cetak rompak semakin berleluasa. Bagi menyelesaikan masalah ini, manusia perlu mengubahkan sikap diri sendiri. Janganlah kita membeli cetak rompak daripada mereka.Ini kerana jika tiada permintaan daripada masyarakat, maka tiadalah pengusaha haram. Usaha menyekat gejala rompakan ini akan menjadi lebih berkesan jika kesedaran di kalangan anggota penguatkuasa dapat dipupuk. Mereka akan bertanggungjawab dan berusaha menjalankan tugas serta kewajipan, tidak akan memakan suap maka akan menangkap mereka yang didapati bersalah. Hukuman penjara mandatori juga boleh dijalankan untuk menangani masalah cetak rompak. Kementerian boleh melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti cetak haram termasuklah pengedar dan penjual cakera padat(VCD) atau cakera video digital(DVD). Dendaan wang yang lebih tinggi dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah supaya dapat menakutkan mereka. Jika dendaan dan hukuman diberikan terlalu rendah dan ringan, mereka akan pandang rendah terhadap kementerien dan undang-undang negara dan teruskan aktiviti .Ini adalah faktor mengapa kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa hari ini kerana pihak kuasa yang hati lembut.
  • 11. Kesimpulannya, kegiatan yang semakin berleluasa ini perlu dibendung dengan tindakan tegas agar lanun-lanun ini tidak terus bermaharajalela. Ini kerana cetak rompak boleh menjejaskan ekonomi negara kita dan pelaburan negara kita juga akan terjejas. Jadi kita perlulah berusaha menyekat masalah ini dan menyokong barang yang tulen. http://pengajianam900.wikispaces.com/ESEI+2-CETAK+ROMPAK Kesan Cetak Rompak 1) Ia akan melemahkan semangat mereka yang menulis karya. Bayangkan penat lelah anda, setelah bersengkang mata siang dan malam, pening kepala, sakit mata dan pelbagai lagi usaha. Dengan mudah orang lain menyalinnya, menyatakan itu usaha mereka atau mengambil keuntungan daripadanya tanpa kebenaran anda. Akan timbul rasa sakit hati, akan timbul rasa putus asa untuk menulis lagi. Tiada siapa nanti yang mahu mencari rezeki dengan menulis buku. Kerugian kepada kita. 2) Malaysia kehilangan tenaga pakar. Perkembangan IT memerlukan tenaga pakar. Tenaga pakar datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman. Pengalaman hanya didapati jika sering menghasilkan sesuatu hasil karya seperti buku. Cetak rompak menghentikan semua usaha ini. Cetak rompak, mencuri bakal pakar kita. Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar dalam bidang penulisan daripada meneruskan usaha mereka. Akibatnya, tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan mereka yang menghasilkan penulisan secara percuma atau terbuka. 3) Pembaziran kos. Dengan hanya beberapa ringgit kos buku cetak rompak, buku2 tiruan tersebut menjadikan kos yang dibelanjakan penulis satu usaha yang sia-sia. Nilai kos pembangunan tidak berganti dan ini adalah satu pembaziran yang nyata. Satu usaha yang sia-sia. Mereka yang menulis buku mengalami kerugian. 4) Cetak rompak memalukan kita dan Malaysia. Cetak rompak adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara. Syarikat-syarikat gergasi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk. 5) Tiada pemindahan teknologi. Dengan rekod buruk disebabkan cetak rompak, sukar mana-mana syarikat mahu mendirikan pusat penyelidikan di MSC Malaysia dan membolehkan pemindahan teknologi. Kerugian bagi kita untuk mempelajari teknologi terkini dan belajar membangunkan teknologi kita sendiri. 6) Membeli barangan atau hasil cetak rompak menunjukkan bahawa anda menyokong satuusaha jenayah.
  • 12. Usaha jenayah yang memang tertakluk dalam undang-undang. Anda boleh dihukum. 7) Cetak rompak juga ada didalangi oleh kumpulan-kumpulan jenayah. Anda umpama menyokong usaha jenayah mereka dengan memberikan keuntungan kepada mereka. Sudah tentunya dengan keuntungan itu mereka akan teruskan jenayah mereka malah mereka boleh merancang pelbagai kegiatan jenayah lain. http://vendy-studyworld.blogspot.com/2010/11/kesan-cetak-rompak.html ISU CETAK ROMPAK : KESAN DAN LANGKAH Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah cetak rompak menjadi semakin serius dan gawat melanda negara kita.Masalah ini seperti ‘duri dalam daging’.Pelbagai pihak seharusnya berganding bahu dalam membanteras masalah ini daripada terus menular di negara kita.Masalah cetak rompak ini mengundang kepada pelbagai kesan yang begitu ketara terhadap syarikat rakaman dan industri muzik negara kita.Masalah ini jika tidak dibendung, sudah tentu membawa kepada perkara yang lebih serius.Dengan kata lain, masalah ini akan mendatangkan pelbagai kesan kepada industri muzik dan negara. Persoalannya,apakah cara- cara yang efektif dan drastik yang haruslah dilakukan untuk menangani masalah cetak rompak ini. Antara kesan yang dibawa oleh masalah cetak rompak kepada syarikat rakaman dan industri muzik ialah merugikan syarikat rakaman.Hal ini demikian kerana lanun-lanun cetak rompak lebih banyak mengaut keuntungan daripada hasil cakera padat yang ditiru dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding dengan harga cakera padat asli yang lebih mahal harganya. Apabila lanun-lanun cetak rompak menjual cakera padat dengan harga yang murah, maka cakera padat yang asli tidak akan laku di pasaran seterusnya syarikat rakaman tidak mendapat pulangan modal yang telah digunakan. Hal ini tidak ubah seperti ‘lintah darat’ yang mengaut keuntungan daripada orang lain yang menghasilkannya. Kesan ini menjelaskan betapa banyak kerugian yang ditanggung oleh syarikat rakaman dan industri muzik dalam berhadapan dengan masalah cetak rompak. Selain itu, syarikat rakaman dan industri muzik di negara ini turut terjejas publisitinya di mata dunia.Hal ini demikian kerana industri muzik kita tidak mempunyai kualiti untuk dikembangkan ke seluruh dunia ekoran masalah cetak rompak.Masalah cetak rompak yang semakin menular telah banyak mendedahkan masyarakat dalam negara ini dengan cakera padat yang tidak berkualiti.Perkara ini membawa kepada masalah kesukaran untuk mengembangkan muzik kita ke luar negara sedangkan masyarakat kita sendiri tidak mahu menyokong industri muzik, apatah lagi negara luar.Perkara ini menjelaskan bahawa kualiti industri muzik kita terjejas dengan adanya masalah cetak rompak di negara kita. Tiada penyakit yang tiada penawarnya.Begitu juga dengan masalah cetak rompak, setiap masalah dapat diselesaikan dengan pelbagai langkah yang pragmatik. Salah satu langkah atau cara untuk mengatasi masalah cetak rompak ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan
  • 13. undang-undang berkaitan cetak rompak. Hal ini demikian kerana jika wujudnya undang-undang yang kuat, maka wujudlah hukuman yang berat, secara tidak langsung akan dapat menakutkan pesalah-pesalah. Perkara ini dapat membataskan kegiatan lanun cetak rompak kerana mereka takut akan undang-undang yang ketat dan dikuatkuasakan. Dengan terbatasnya kegiatan lanun cetak rompak, sudah tentu sesiapa yang ingin melakukan kegiatan ini akan berasa takut untuk melakukannya kerana terikat dengan undang-undang dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah cetak rompak. Dengan ini, jelaslah bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu cara untuk menangani gejala cetak rompak di negara kita. Cara seterusnya adalah melalui kerjasama pihak syarikat rakaman agar menurunkan harga bagi seunit cakera padat atau kaset kepada harga yang berpatutan.Hal ini demikian kerana tidak semua masyarakat mampu untuk membeli cakera padat terutamanya bagi harga yang berpuluhan ringgit seunit. Sekiranya syarikat rakaman menetapkan harga yang lebih rendah, tidak mustahil orang ramai akan memilih untuk membeli cakera padat yang asli.dengan penurunan harga cakera padat atau kaset. Saya percaya bahawa masyarakat akan membeli cakera padat atau kaset yang asli, seterusnya industri muzik di negara kita akan beroleh pulangan modal dan keuntungan yang sepatutnya. Jelaslah bahawa, dengan menurunkan harga seunit cakera padat atau kaset mampu sedikit sebanyak dalam membantu membendung masalah cetak rompak. Di samping itu, peranan masyarakat juga merupakan peranan yang terpenting dalam ‘melumpuhkan’ masalah cetak rompak.Hal ini demikian kerana masyarakat merupakan incividu yang menjadi punca wujudnya penjualan cakera padat bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendengar muzik dengan lebih puas selain mendengar muzik melalui media- media elektronik.Oleh itu, masyarakat seharusnya menyokong untuk membeli cakera padat atau kaset yang asli dan bukannya membeli cakera padat setak rompak. Sesungguhnya, tanpa peranan masyarakat, sudah tentu apa-apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan syarikat rakaman tidak akan tercapai. Masyarakat janganlah menjadi ‘mata kotak’ yang tidak tahu membezakan yang buruk atau baik. Oleh itu, masyarakat disarankan supaya tidak menyokong untuk membeli cakera padat cetak rompak. Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa masalah cetak rompak seharusnya jangan kita inginkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ kerana masalah ini dapat mengundang kepada pelbagai perkara yang tidak baik malah menjadi ‘barah’ dalam industri muzik tanah air. Pelbagai pihak janganlah hanya mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah cetak rompak ini, tetapi hendaklah melakukannya dengan sebaik yang mungkin.Usaha daripada semua pihak amatlah diperlukan bukan sahaja untuk mengatasi masalah cetak rompak, malah untuk menjadikannya ‘sifar’ cetak rompak.Semua pihak adalah diharapkan agar bersama-sama atau bagai aur dengan tebing dalam usaha membanteras masalah cetak rompak yang semakin menular di negara kita. Oleh yang demikian, saya berharap agar semua pihak menyedari bahawa masalah cetak rompak ini akan terus melanda negara kita sekiranya tidak terus ditangani dari akar umbi. Jadikanlah industri muzik kita sebagai industri
  • 14. muzik yang ‘bersih’ daripada masalah cetak rompak.‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. http://forum.engkabang.net/index.php?topic=9735.0 Jenayah Cetak Rompak: Punca, Kesan, Dan Cara Mengatasinya. PENGENALAN Jenayah cetak rompak sering kali kita dengar dan lihat melalui media massa mahupun media cetak. Tidak kira golongan mana yang acap kali terlibat dengan jenayah ini hakikatnya masyarakat kita pada masa kini secara tidak langsung telah terperangkap dengan jenayah cetak rompak.Hampir saban hari kita disajikan dengan berita-berita yang berkaitan dengan cetak rompak.Cetak rompak didefinisikan sebagai perbuatan menggunakan bahan yang dilindungi oleh undang- undang hakcipta tanpa kebenaran.Perbuatan seperti itu diklasifikasikan sebagai satu tindakan yang mencabul salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli. Cetak rompak juga dikenali sebagai perbuatan menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya asli individu lain. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada bentuk PDF. Selain itu, cara menyalin kandungan dan menjual semula karya tersebut dengan tajuk lain yang berbeza juga dikenali sebagai cetak rompak. Dalam erti kata lain, cetak rompak bermaksud mengambil atau menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya sebagai hak milik sendiri. Kejadian seperti ini memang selalu terjadi tidak kira di peringkat bawahan, amatur malahan di peringkat professional pun kadangkala terjadi. Kesemua tindak seperti ini adalah dikategorikan sebagai perbuatan meniru atau mencetak rompak hakcipta pihak lain. Kegiatan cetak rompak memang sukar untuk dihalang atau dielakkan kerana tidak ada lagi cara yang berkesan. Perbuatan mencetak laman web sebagai contoh adalah satu tindakan yang boleh memalukan diri sekiranya meniru atau merompak laman web yang yang sudah terkenal.Hakikatnya orang ramai sudah semestinya pandai menilai yang mana satu tulisan dan sebaliknya.Jika mengambil idea serba sedikit dan mengolahkanya untuk dijadikan hasil kerja sendiri adalah tidak mengapa, tetapi yang menjadi kesalahan ialah apabila idea itu diambil seratus peratus. PUNCA BERLAKU JENAYAH CETAK ROMPAK
  • 15. Dari perspektif undang-undang, cetak rompak juga membawa maksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hakcipta bagi harta intelek tersebut. Dalam erti kata lain individu tersebut telah menyalin semula hasil karya asli individu lain. Kegiatan cetak rompak adalah merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987.Harta intelek bemaksud sebarang produk dan hasil dan hasil karya yang didaftarkan hakciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta reka bentuk industri.Secara keseluruhannya harta intelek dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai punca berlakunya jenayah cetak rompak dalam kalangan masyarakat pada masa kini.Antara faktor yang menyebabkan menularnya jenayah ini adalah kurangnya kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai harta intelek. Masyarakat pengguna tidak menyedari akan kesan buruk yang bakal berlaku ekoran daripada perbuatan mencetak rompak. Dalam keghairahan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral itu, terdapat individu lain mengalami penderitaan yang tidak terkira pedihnya. Individu yang dimaksudkan ialah pengkarya asli yang ditiru hasil karya mereka oleh individu tidak bertanggungjawab. Selain itu, sikap tamak haloba dalam kalangan masyarakat khususnya pengusaha produk cetak rompak haram.Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada mereka.Tambahan pula pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan.Mereka juga dikecualikan untuk membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal.Oleh itu, mereka menikmati keuntungan yang besar walaupun mutu dan prestij barang sebenarnya sudah diketahui umum. Di samping itu juga, kelonggaran penguatkuasaan undang-undang juga dikenali sebagai penyumbang kepada menularnya jenayah cetak rompak dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Bukan sahaja kelonggaran sistem undang- undang sedia ada punca masalah ini malah ianya sedikit sebanyak berlaku akibat sikap masyarakat yang tidak mengambil peduli kesan buruk perbuatan mencetak rompak kepada individu lain. Walaupun beberapa dasar serta undang-undang telah digubal bagi membanteras masalah cetak rompak, namun terdapat segelintir masyarakat yang tidak memperdulikan larangan tersebut. Masih ramai individu yang tanpa segan silunya melakukan perbuatan keji itu walaupun menyedari akan kewujudan undang-undang keras daripada kerajaan. Selain itu, cetak rompak juga berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap barangan cetak rompak.Walaupun para pengguna menyedari bahawa barangan cetak rompak tidak tulen, namun pengguna gemar untuk membeli ekoran daripada harganya yang murah berbanding dengan barangan yang asli.Di samping itu, hal ini dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu untuk membeli
  • 16. atau mendapatkan barangan asli.Bagi pihak pengguna sebagai contoh mereka lebih suka menggunakan barangan perisian komputer.Hal ini kerana barangan tersebut adalah sangat mahal di pasaran.Oleh yang demikian para pengguna lebih suka mendapatkan barangan tiruan atau cetak rompak kerana ianya lebih murah dan senang untuk didapatkan. Kecanggihan sains dan teknologi juga merupakan punca mendorong berlakunya jenayah cetak rompak. Zaman moden ini, alatan berteknologi canggih membolehkan barangan tulen dihasilkan. Melalui peralatan yang canggih ini tanpa kita sedari peralatan tiruan dapat dihasilkan pada masa yang sama. Oleh itu, kita sukar untuk membezakan barangan yang tulen dengan barangan tiruan.Malah bukti barangan cetak rompak atau tiruan boleh dimusnahkan dengan wujudnya kecanggihan teknologi masa kini. Selain itu, jenayah cetak rompak juga berlaku akibat daripada sikap masyarakat khususnya pengguna yang sentiasa menginginkan barangan yang murah tanpa mengambil kira barangan tersebut tulen atau palsu.Yang penting kepuasan kerana mampu memiliki barangan yang seakan-akan barang tulen.Di samping itu juga masyarakat pada masa kini lebih cenderung untuk tidak mengutamakan kualiti barangan yang dibeli.Yang penting kepuasan bersarang di minda mereka adalah sangat memadai.Hal ini menyebabkan berlakunya penularan jenayah cetak rompak kerana sikap serta tindakan masyarakat yeng sedemikian rupa menjadi pembakar semangat untuk para pengusaha cetak rompak meluaskan lagi aktiviti mereka.Peluang tersebut juga diaplikasikan oleh mereka untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun di sebalik keuntungan dan kesenangan yang diraih, tanpa mereka sedari ramai dalam kalangan individu lain yang tertindas akibat perbuatan tamak sesetengah pengusaha. IMPAK/KESAN KEGIATAN CETAK ROMPAK Kegiatan cetak rompak akan merugikan pihak pengeluar yang sah. Dalam erti kata lain pihak yang memiliki karya asli yang sah akan mengalami kerugian akibat daripada perbuatan tamak para pengusaha cetak rompak yang tidak pernah puas. Impak atau kesan negatif yang paling ketara dalam masalah ini ialah syarikat rakaman video dan lagu kaset yang sah.Segala usaha dan penat lelah mereka adalah sangat tidak berbaloi atau sia-sia.Segala usaha dan titik peluh mereka tidak mendatangkan sebarang keuntungan akibat daripada wujudnya jenayah cetak rompak.Di samping itu, sebagai contoh artis seni suara dan seni lakon tidak dapat menikmati hasil penat lelah mereka setelah bekerja keras untuk menghasilkan sebuah karya yang original atau tulen. Jika dilihat secara menyeluruh dari pelbagai aspek mahupun beberapa sudut pandangan, bukan pengeluar sahaja yang mengalami kerugian ekoran daripada cetak rompak malah pakar perisian komputer juga turut mengalami kerugian yang sama.
  • 17. Selain itu, kesan negatif yang bakal dialami ekoran daripada cetak rompak ialah aktiviti atau iklim pelaburan negara kita akan terjejas. Apabila masalah ini semakin berleluasa, para pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur di negara kita lagi. Hal ini berlaku kerana kos pelaburan adalah sangat tinggi tetapi pulangan tidak meyakinkan. Lebih malang lagi kemungkinan para saintis juga tidak begitu giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan di negara kita amnya. Kebimbangan juga menghantui fikiran mereka berhubung karya atau hasil usaha mereka akan dicetak rompak dengan mudah. Kesan negatif yang mungkin berlaku akibat daripada penularan jenayah cetak rompak di negara kita ialah mutu perfileman negara akan terjejas. Apabila perbuatan cetak rompak semakin berleluasa, maka mutu sektor yang berkaitan dengan cetak rompak akan turut tejejas. Hal ini kerana masalah daripada barangan cetak rompak akan menyebabkan barangan yang original akan menerima tempias yang sama apabila barangan cetak rompak mengalami kerosakan. Turut menerima kesan yang sama ialah ekonomi negara akan terjejas ekoran daripada berlakunya jenayah cetak rompak. Hal ini dapat kerana masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka untuk membeli barangan tiruan atau cetak rompak. Akibatnya barangan original tidak akan dipandang. Tuntasnya berlaku kerugian yang amat besar kepada ekonomi negara. Barangan cetak rompak pada amnya menyebabkan masyarakat di negara kita akan membeli barangan tersebut lantaran harganya yang murah. Hal ini menyebabkan negara kita mengalami kurangnya pendapatan ekoran daripada sikap pengusaha cetak rompak dan haram ini yang hanya mementingkan diri sendiri. Perbuatan tersebut juga akan turut menyebabkan kestabilan ekonomi negara tidak konsisten. CARA MENGATASI Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara drastik yang boleh diambil bagi menangani maslaha ini. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang. Usaha menangani cetak rompak juga boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan. Serbuan serta tangkapan yang kerap sebagai contohnya boleh dilakukan tanpa mengira musim. Jika kita lihat dari segi akta, akta Hak cipta 1987 dan akta perihal dagangan 1972 perlu dipinda agar penjenayah profesional ini menerima hukuman yang setimpal. Dengan cara sedemikian, mereka akan gentar untuk memulakan kegiatan ini. Mereka yang ditangkapa juga akan wujud sinar keinsafan di hati mereka. Perubahan sikap masyarakat juga membantu dalam menangani masalah tersebut. Usaha menyekat gejala cetak rompak ini akan menjadi lebih berkesan seandainya wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat sejagat khususnya anggota penguatkuasa. Mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak akan mudah tewas dengan sebarang bentuk suapan atau rasuah serta pujuk
  • 18. rayu. Bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran dan kualiti kerja anggota penguatkuasa maka sebarang bentuk kempen kesedaran wajar diadakan. Melalui kempen kesedaran seperti itu, penularan jenayah cetak rompak dalam kalangan masyarakat negara kita akan dapat dikurangkan. Membina pusat cetak rompak dalam ngara kita juga dilihat suatu langkah yang paling wajar bagi membendung berleluasanya jenayah berkaitan cetak rompak yang dilihat semakin meruncing. Mencetak di dalam negara sendiri akan mengurangkan harga barangan tulen dan asli. Harga yang berpatutan akan menggalakan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan. Kos yang tidak membebankan akan menyatakan mereka akan mengalami kerugian kerana harga yang rendah tidak mampu member keuntungan yang setimpal dengan pelaburan mereka. Tetapi dalam jangka masa yang panjang, langkah seperti ini tetap tidak akan merugikan. Hal ini demikian kerana jumlah penjualan akan meningkat dan pada masa yang sama keuntungan akan turut meningkat. Melaksanakan hukuman penjara mandatori, mungkin ramai dalam kalangan masyarakat negara kita yang tidak bersetuju dengan cadangan hukuman tersebut.Namun hakikatnya langkah serta tindakan seperti ini adalah merupakan satu langkah yang paling sesuai bagi membendung penularan jenayah cetak rompak yang semakin menjadi-jadi dan merugikan banyak pihak.Langkah yang tegas ini adalah untuk membanteras gejala cetak rompak. Mana-mana individu yang ditangkap dan didakwa melakukan perbuatan tersebut akan dikenakan tindakan tersebut. Hal ini juga dilihat mampu membantu pihak kerajaan untuk menangani jenayah cetak rompak. PENUTUP Jenayah cetak rompak adalah sejenis perbuatan yang merugikan banyak pihak khususnya pihak yang memiliki hasil karya asal. Oleh yang demikian, semua pihak harus perlu terlibat sama dalam menangani jenayah cetak rompak daripada terus berleluasa dan parah saban hari. Jika masyarakat sejagat hanya mampu berpeluk tubuh dan tidak mengambil sebarang langkah maka perkembangan seni tanah air mahupun industri lain akan malap serta mengalami kerugian yang besar. Justeru, harapan kepada mereka yang melakukan dan terlibat dengan kegiatan cetak rompak agar berubah dan segera insaf akan kesalahan yang dilakukan kerana perbuatan serta tindakan seperti itu hanya merugikan pelbagai pihak dan negara khususnya. Sesungguhnya melakukan perbuatan mencetak rompak adalah satu tindakan yang amat keji dan dipandang hina oleh masyarakat.
  • 19. http://avanzasilver.blogspot.com/2011/01/jenayah-cetak-rompak-punca-kesan-dan.html RENCANA UTAMA Memerangi cetak rompak Oleh SUBASHINI RAJANDRA subashini.rajandra@kosmo.com.my Serbuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membanteras masalah perisian cetak rompak di semua peringkat. CAKERA padat yang dirampas dalam serbuan ini terdiri daripada sistem pengoperasian Microsoft yang dicetak rompak. ISU cetak rompak perisian komputer seolah-olah sukar dibendung dan masih berleluasa sehingga hari ini. Banyak cara telah dilakukan untuk membanterasnya, namun segala usaha tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Justeru itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa mengadakan serbuan dari semasa ke semasa bagi mengesan dan menahan para peniaga degil yang menjual komputer baru tetapi menggunakan perisian cetak rompak di seluruh negara. Terbaru, satu serbuan telah diadakan ke atas pengedar-pengedar barangan komputer di Pulau Pinang. Dalam tempoh beberapa bulan yang lalu, KPDNKK telah melakukan serbuan mengejut di pusat bandar raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Hasil daripadanya, perisian komputer cetak rompak dan komputer bernilai lebih daripada RM100,000 telah dirampas termasuk penahanan wakil pengedar yang tidak bertanggungjawab.
  • 20. Pada pertengahan bulan lalu, empat buah komputer dirampas daripada sebuah kedai di Pulau Pinang kerana pemiliknya dipercayai menjual salinan perisian komputer Microsoft cetak rompak.Ketika pegawai- pegawai KPDNKK menyelongkar premis tersebut, turut ditemui adalah CD-Rom yang dipercayai digunakan untuk memuat turun perisian cetak rompak ke dalam komputer pelanggan. Jumlah keseluruhan perisian palsu yang digunakan itu mencecah harga RM13,500 manakala RM5,000 lagi melibatkan perkakas komputer. Ketua Pengarah KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, serbuan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian dalam membanteras masalah perisian cetak rompak di semua peringkat. "Melihat kepesatan pembangunan sektor teknologi maklumat dan pengaruhnya kepada pembangunan ekonomi negara, kami melipatgandakan usaha demi melihat aktiviti yang salah di sisi undang-undang ini dihentikan sama sekali," jelasnya. ANTARA pekerja yang ditahan dalam rampasan DVD cetak rompak oleh anggota polis di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Beliau menambah: "Apabila pengedar terlibat memasukkan perisian komputer cetak rompak ke dalam komputer baru yang kemudiannya dijual kepada pelanggan, mereka secara tidak langsung akan mendedahkan pengguna tersebut kepada risiko yang tidak diketahui." "Bukan sahaja perisian cetak rompak melanggar peraturan tetapi data penting dan keselamatan maklumat pengguna turut digadai secara membuta tuli. Pada masa yang sama, kami mengiktiraf dan menghargai pengedar tulen yang turut serta dalam memerangi kumpulan pengedar yang menipu pelanggan dengan menjual komputer 'murah' menggunakan perisian cetak rompak." Kementerian itu juga mendedahkan bahawa cakera padat (CD) dan cakera keras yang dirampas dalam serbuan itu terdiri daripada sistem pengoperasian Microsoft yang dicetak rompak termasuk Windows 95 dan Windows Vista serta pelbagai versi program Microsoft Office yang lain. Di bawah Akta Hak Cipta 1987, sesiapa yang didapati bersalah di mahkamah boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 sehingga RM20,000 bagi setiap kesalahan penyalinan perisian cetak rompak dan/atau dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun.
  • 21. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm NASIONAL Ahli perniagaan didenda RM13j kes cetak rompak 05:19:25 AM Oleh Hardi Effendi YaacobCetakEmel Kawan Dituduh miliki 6,500 VCD, DVD karaoke di kediaman KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan didenda RM13 juta oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini, pada 23 Disember lalu selepas didapati bersalah memiliki 6,500 video cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) karaoke cetak rompak membabitkan koleksi lagu artis popular tempatan dan antarabangsa, pada 23 Disember lalu. Ia sekali gus menjadi jumlah denda tertinggi pernah dikenakan ke atas pesalah cetak rompak sejak Akta Hak Cipta diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan 23 tahun lalu. Ahli perniagaan, Tee Min Hock, 35, turut berdepan hukuman dua tahun penjara jika gagal membayar denda berkenaan selepas disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987. Mengikut keterangan fakta kes, VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu ditemui disembunyikan di rumah ahli perniagaan terbabit dalam serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) pada 27 September 2007. Difahamkan, serbuan dilakukan berdasarkan laporan yang dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), dengan VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu dipercayai mahu digunakan untuk tujuan komersial. Timbalan Ketua Pengarah KPDNKK, Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu adalah pengajaran terbaik kepada semua pihak yang tidak menghormati hak cipta, selain cuba mengaut keuntungan dari kegiatan cetak rompak. “Walaupun sudah banyak kali kerajaan mengeluarkan amaran berhubung kegiatan haram ini, masih ada pihak tidak mengendahkannya dan cuba mengambil kesempatan.
  • 22. “Hukuman dikenakan ke atas ahli perniagaan terbabit dianggap setimpal dengan kesalahan pelanggaran hak cipta dilakukannya, sekali gus menjadi pengajaran kepada mereka yang masih berdegil dan tidak menghormati undang-undang,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Anti Cetak Rompak (APAC), berkata mahkamah memandang serius kegiatan pelanggaran hak cipta oleh ahli perniagaan terbabit dengan menetapkan denda minimum RM2,000 bagi setiap salinan lagu. “Mengikut Akta Hak Cipta 1987, denda maksimum yang dibenarkan boleh mencecah RM20,000 bagi setiap lagu dan penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan. “Kita akan bekerjasama dengan RIM dan organisasi lain yang berkaitan dalam usaha memerangi kegiatan cetak rompak ini melalui tindakan serbuan dan pemeriksaan lebih kerap,” katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo, berkata usaha perlu diteruskan bagi membersihkan negara daripada menjadi sarang cetak rompak. “Sejak 2001, kerajaan mengharamkan penjualan cakera optik, terutama VCD dan DVD di pasar malam di seluruh negara, namun usaha itu tidak menampakkan kesannya. “Ia dikesan semakin berleluasa di Kuala Lumpur, dengan setiap pasar malam dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 30 gerai menjual karya muzik dan filem cetak rompak. Walaupun sudah banyak kali perkara ini diadukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiada tindakan diambil,” katanya.
  • 23. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AhliperniagaandidendaRM13jkescetakrompak/Article THURSDAY, 3 MARCH 2011 PENJUALAN VCD/DVD CETAK ROMPAK Lebih kurang 10 tahun yang lalu, saya pernah ditanya oleh pemberita dari stesen tv swasta TV3 berkenaan penjualan vcd/dvd cetak rompak yang berleluasa. Cuma dua soalan sahaja yang dilontarkan kepada saya dan saya juga menjawab dengan ringkas tetapi jawapan yang saya berikan adalah yang jujur dan bukan dibuat-buat atau ditapis. Soalan pertama Wartawan : Adakah anda tahu penjualan vcd/dvd cetak rompak yang berleluasa dimasa kini? Jawapan Saya : Ya, saya tahu. Soalan Kedua Wartawan : Pada pendapat anda, adakah pihak berkuasa dapat menghapuskan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini. Jawapan Saya : Tidak, sebab pihak berkuasa asyik menyerbu penjual vcd/dvd cetak rompak sedangkan pihak yang menghasilkan atau mencetak vcd/dvd cetak rompak ini tidak pula diserbu atau diambil tindakan. Pihak berkuasa sendiri tidak ikhlas dalam tindakan mereka. Itu adalah dua soalan yang diutarakan kepada saya dan dua jawapan yang telah saya berikan kepada pemberita terbabit. Pada malam hari, saya dan keluarga menonton Berita TV3 iaitu Buletin Utama dan wajah saya terpampang dikaca television bersama jawapan yang telah saya berikan. Saya masih ingat lagi skrip berita yang dibaca oleh penyampai berita pada waktu itu. "Apabila ditanya kepada orang ramai berkenaan pendapat mereka tentang masa depan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini...adakah akan terus bertahan atau dapat dihapuskan oleh pihak berkuasa?..ini jawapan yang kami terima"...lepas skrip itu dibaca, terpampanglah muka saya diwawancara oleh pemberita. Saya terkejut sebab saya memang tidak pernah menyangka jawapan yang seolah-olah memerli pihak berkuasa yang tidak telus dalam mengambil tindakan, disiarkan pula oleh stesen terkemuka pada slot Buletin Utama. Keesokannya adalah beberapa kawan-kawan saya dan kawan-kawan kepada isteri saya menyapa dan memberitahu yang mereka nampak saya dislot Buletin Utama. Apa yang saya nak ketengahkan pada hari ini, bukan kemunculan saya, bukan tentang Buletin Utama, bukan tentang TV3, tetapi tentang kebenaran dalam kata-kata yang saya ucapkan 10 tahun yang lepas. Hari ini anda semua boleh melihat betapa banyak premis yang menjual VCD/DVD cetak rompak. 10 tahun yang lepas vcd/dvd cetak rompak ini dijual berleluasa ditepi-tepi jalan ataupun di kawasan kaki lima kedai. Tujuannya mudah, bila diserbu oleh pihak berkuasa, senanglah untuk melarikan diri. Juga dengan premis mudah alih sebegitu, perniagaan/penjualan vcd/dvd cetak rompak ini boleh dipindahkan ketempat lain mengikut kesesuaian dan permintaan. Tetapi apa yang terjadi pada masa kini? Premis yang mudah alih telah bertukar menjadi premis yang kekal. Penjualan tepi jalan dan dikaki lima telah menjadi penjualan dalam kompleks membeli belah dan kedai. Penjual pula kelihatan lebih yakin dan lebih berani mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyewa
  • 24. kedai/lot untuk dijadikan pusat penjualan vcd/dvd cetak rompak. Walau berapa kali diserbu sekalipun, kedai yang sama muncul kembali selepas beberapa waktu dan perniagaan vcd/dvd cetak rompak ini diteruskan seolah-olah stok yang dirampas telah dipulangkan oleh pihak berkuasa. Bila kita bercakap tentang penjualan vcd/dvd cetak rompak ini, kita sering kaitkan dengan aktiviti samseng atau kogsi gelap yang mungkin menjadi pelindung atau penaja kepada perniagaan ini. Tetapi, adakah benar cuma samseng atau kongsi gelap yang melindungi dan menaja perniagaan ini atau pun ada pihak lain yang kita tak sebutkan juga terlibat? Yang paling mudah untuk menidakkan penglibatan mereka ialah pihak berkuasa. Bila sahaja kita tahu ada aktiviti tidak sihat disesuatu kawasan dan aktiviti itu dilakukan secara terang-terangan dan tanpa selindung, siapa yang akan kita hubungi? Pihak berkuasa atau pihak berwajib, merekalah yang akan kita hubungi. Maka, kenapa aktiviti tidak baik ini masih berleluasa dan semakin dilakukan secara terang-terangan? Jawapan yang telah saya berikan 10 tahun yang lalu, saya akan ulangi "kerana pihak berkuasa tidak ikhlas". Keikhlasan seseorang atau satu-satu pihak akan dapat dilihat dari segi perlakuan dan tindakan mereka. Meraka yang tidak ikhlas kekadang boleh berdrama mengalahkan pelakon drama popular. Tetapi segala ketidak ikhlasan mereka akan terserlah juga melalui tindakan dan perlakuan mereka. Apa yang berlaku di Miri baru-baru ini, dimana premis yang digunakan untuk menjual vcd/dvd cetak rompak hanya diserbu oleh pihak KPDNKK selepas diambil gambar oleh Mazidul Akmal dan diadu oleh pembaca blog, memang amat memalukan. Bagi si penjual, dia memang muka tak tahu malu, sebab tu dia menjual vcd/dvd cetak rompak. Tetapi yang benar-benar memalukan ialah penguatkuasa yang duduk dibandar yang sama, iaitu Miri, tetapi menutup mata selama ini tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk merampas atau menangkap mereka yang terbabit dalam penjualan vcd/dvd cetak rompak ini. Sepatutnya pihak Mazidul Akmal mengambil gambar ketua KPDNKK Miri dan juga gambar mana-mana ketua jabatan dikawasan atau daerah-daerah lain yang sama alpa dan tidak efektif dalam menunaikan tanggungjawab mereka dalam memastikan penguatkuasaan yang tegas dan amanah. Dengan adanya gambar mereka disiarkan, dapatlah kita, masyarakat Malaysia mengetahui siapa yang membuat kerja dengan baik dan amanah dan siapa tidak.Mungkin ada pihak yang kurang setuju dengan pendekatan ini.Tetapi, bukankah pihak berkuasa telah diberikan masa yang cukup, kuasa yang cukup dan peruntukan yang cukup untuk menunaikan tanggungjawab mereka? Kenapa tidak dijalankan dengan sebaiknya? Ada juga pihak yang akan menyatakan, pihak pengguna yang bersalah kerana membeli vcd/dvd cetak rompak. Pihak pengguna atau masyarakat yang bersalah dan menggalakkan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini. Saya setuju dengan pendapat ini, tidak boleh ditolak bulat-bulat. Tetapi seperti mana soalan yang lazim kita dengar "Mana satu datang dulu? Ayam atau Telur Ayam?".Persoalan ini mungkin sukar dijawab.Tetapi bagi saya mudah sahaja.Ayamlah datang dulu.Sebab kalau ayam tidak dijadikan terlebih dahulu, macam mana nak hasilkan telur ayam. Bagi manusia pula, Adam dan Hawa datang dulu, kemudian barulah berlaku kelahiran dibumi Allah ini. Jadi tak perlulah pihak berkuasa menunding jari terhadap masyarakat yang membeli vcd/dvd cetak rompak ini. Masyarakat telah banyak berubah jika dibandingkan dengan situasi mereka 10 tahun yang lalu.10 tahun yang lalu tidak wujud banyak filem-filem box office, kerana masyarakat asyik menunggu vcd/dvd cetak rompak untuk menonton wayang yang mereka gemari, tetapi kini berbelas filem box-office terhasil. Bukankah masyarakat yang menyokong dan mengeluarkan duit untuk menonton dipawagam- pawagam, bukankah masyarakat menunjukkan sokongan yang jitu terhadap pengeluar filem tempatan
  • 25. mahupun antarabangsa. Jadi apa pula masih nak tunding jari kepada masyarakat? Segelintir masih membeli vcd/dvd cetak rompak kerana vcd/dvd cetak rompak ini masih terdapat dipasaran. Siapa yang bertanggungjawab menghapuskan penghasilan dan penjualan vcd/dvd cetak rompak ini? Adakah ini juga tanggungjawab masyarakat? Kalau ini pun tanggungjawab masyarakat, apa pula tugas "penguatkuasa" yang seolah-olah tak tahu buat kerja? Kini masyarakat sudah mula menunjukkan sokongan kepada pihak pengeluar filem dan seharusnya pihak pengeluar filem bertanya kepada pihak berkuasa "kenapa masih tak dapat hapuskan pengeluar vcd/dvd cetak rompak". Malaysia memang maju dari segi teknologi, siapa kata tidak....diesel yang dijual distesen minyak boleh dibezakan dengan diesel bersubsidi.Bukankah itu menunjukkan pihak berkuasa diMalaysia mempunyai kemampuan untuk menggunapakai kaedah dan teknologi terkini untuk membenteras aktiviti yang terlarang. Justeru kenapa tiada kaedah saintifik, forensik ataupun berteknologi digunakan untuk mengesan pusat penghasilan vcd/dvd cetak rompak melalui vcd/dvd yang dirampas? Umum mengetahui mesin-mesin mahupun peralatan yang digunakan untuk menghasilkan vcd/dvd samada yang tulen atau yang dicetak rompak adalah hampir sama. Cuma sekarang banyak vcd/dvd cetak rompak dihasilkan melalui cetakan atau salinan melalui komputer. Tetapi sebilangan dari filem-filem yang dicetak rompak masih menggunakan "mastercopy" untuk diulang salin. Pihak berkuasa pula mempunyai kemampuan untuk melakukan siasatan dari berbilang sudut. Makmal forensik kini lebih canggih dengan terdapatnya unit forensik alam maya dan sebagainya. Setiap muat turun atau pembelian wayang melalui internet boleh dikenal pasti dengan mudah oleh pihak berkuasa. Muat turun dengan jumlah yang dianggap "out of ordinary" boleh disiasat. Terdapat berbagai cara dan kaedah untuk menghapuskan penghasilan vcd/dvd cetak rompak. Jika pihak bekuasa menyatakan sukar membendung aktiviti ini kerana dilakukan secara kecil-kecilan dan terlindung, maka soalan saya kepada mereka ialah....adakah ini bermakna penjenayah lebih bijak dari anda? Adakah pihak berkuasa benar-benar ikhlas?????? Jawapan ada diminda anda sekarang ini.
  • 26. http://tahirnisa.blogspot.com/2011/03/penjualan-vcddvd-cetak-rompak.html RENCANA UMUM 13: PERANGI CETAK ROMPAK Statistik 15 tahun lalu menunjukkan pendapatan daripada industri rakaman album tempatan mencatatkan perolehan berjumlah lebih RM200 juta.Tetapi sayangnya, pada tahun lalu perolehan itu menyusut dengan begitu ketara sekali apabila industri tersebut hanya mampu mengaut pendapatan sekitar RM70 juta sahaja.Fenomena tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dan keresahan pihak terbabit.Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah itu antaranya ada yang berpendapat kerana faktor kelembapan ekonomi global, persaingan, kurangnya daya tarikan dalam sesebuah album, dan tidak kurangnya kerana isu kegiatan cetak rompak yang berleluasa.Akibatnya, banyak syarikat rakaman termasuklah yang besar dan kecil tidak berani untuk menerbitkan album-album baru kerana mereka enggan berdepan dengan risiko kerugian. Kegiatan penjualan cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), cakera padat video (VCD), dan perisian cetak rompak tiruan sememangnya amat sukar untuk dibendung oleh pihak berkuasa dari dulu sampai sekarang. Pelbagai tangkapan dibuat serta dikenakan tindakan mahkamah, namun aktiviti tersebut tetap muncul di sana sini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi mereka yang tidak peduli kedaulatan undang-undang serta memikirkan keuntungan semata-mata, aktiviti penjualan cakera, dan perisian tiruan itu memang menjadi profesion mereka. Kegiatan tersebut bukan sahaja dijalankan di pasar-pasar malam atau di kaki lima, malah ada yang semakin berani untuk menjualnya secara terbuka di premis perniagaan dan kompleks beli-belah. Malah, 'keberanian' peniaga terbabit yang seolah-olah tidak mempedulikan undang-undang itu tentu sekali mengundang pertanyaan dalam kalangan orang ramai, terutama para pengunjung kompleks beli-belah berkenaan. Dicatat oleh: Guru Cemerlang BM at 12:55 PTG Label RENCANA UMUM
  • 27. http://munsyibm.blogspot.com/2009/10/rencana-umum-13-perangi-cetak-rompak.html SEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak sah. Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan ‘Hakcipta Terpelihara’ serta ‘Tidak Dibenar Ulang Cetak’, masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat. Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka. Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya. Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini?Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara? Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: “Ustaz, saya menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan di sebuah universiti awam. Masalahnya, saya menggunakan perisian Windows dan Microsoft Office yang cetak rompak.Saya tahu tindakan saya salah, tetapi harga tulen terlalu mahal. “Saya harap dapat ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian cetak rompak dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.” Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila orang yang bertanya itu sendiri mengerti bahawa ia salah. Ini kerana, harta intelek diiktiraf Islam sebagaimana difatwakan ulama sedunia sebagai harta persendirian yang terpelihara. Justeru, kita tidak boleh mengambil dan menggunakan produk cetak rompak, khususnya apabila perisian itu digunakan untuk diniagakan, sebagai contoh dibuat salinan demi salinan dan dijual pada harga rendah. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai tulang belakang perniagaannya, perniagaan itu adalah haram, hasilnya juga haram.
  • 28. Ia sangat jelas berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang melarang umat Islam menjalankan perniagaan sesuatu yang haram kerana hasilnya juga menjadi haram, iaitu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah, apabila mengharamkan sesuatu, maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil daripada yang haram).” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, Riwayat Ibn Hibban) Rasulullah SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain yang haram bagi umat Islam, mereka (Yahudi) membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Rasulullah SAW mendapat tahu, baginda terus berkata: “Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini, apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya.” (Riwayat Al-Bukhari) Hasil daripada kumpulan hadis ini, bentuk tindakan dilakukan yang ingin saya tekankan adalah, ia sama seperti cetak rompak kerana haram daripada sudut hukum Islam. Ia berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia (Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi. Mungkin ada yang berhujah bahawa perisian Windows itu adalah milik seorang kafir yang merujuk kepada Bill Gates dan tiada masalah untuk menggunakan yang cetak rompak selain ada juga yang menyatakan beliau terlalu kaya, oleh itu penggunaan bahan berkenaan tidak memberi apa juga kesan pada kekayaannya. Sebenarnya, hujah ini meleset dan tertolak dalam fiqh Islam kerana Muslim tidak dibenarkan mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika di Iraq). Dalam keadaan tiada peperangan fizikal yang jelas, perisian Windows harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu diiktiraf oleh syariah dan diharamkan untuk sesiapa saja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, iaitu paling mudah apabila Rasulullah SAW dan sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta kafir Musyrik. Semua itu menunjukkan umat Islam tidak dibenarkan mencerobohi dan mesti membelinya dengan cara halal. Namun begitu, menurut sebahagian ulama, jika pelajar ingin menggunakan perisian untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan, terutama jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang tulen. Sedangkan dia memerlukan komputer dan sesuatu perisian khas untuk tujuan pembelajarannya, tatkala itu, ada ulama mengharuskan atas asas:
  • 29.  ‘Hajat Mendesak’ dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh: Ertinya: “Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak, sama ada ia berbentuk umum atau khusus.” (Al-Ashbah Wa An-Nazair)  Hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan komersial  Bertempoh. Ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, dia perlu membeli yang tulen Demikian juga halnya keadaan pelajar di universiti.Sebagai contoh, ada pensyarah menjadikan buku tertentu sebagai ‘silibus’ dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga lima atau enam buku digunakan. Sudah tentu pelajar tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli buku yang mungkin tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar dibenarkan membuat salinan fotostat halaman tertentu yang berkait dengan pembelajarannya. Maka, pada waktu itu ia diharuskan. Kembali kepada keadaan seperti dinyatakan, jika benar seseorang itu menghadapi kesukaran wang (hanya beliau dan Allah yang tahu) untuk membeli perisian tulen yang mahal harganya berbanding kemampuannya, maka ada keringanan untuk beliau menggunakan produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan seseorang itu sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil serta tiada lagi keperluan mendesak, tatkala itu wajib untuk bertukar dan membeli yang tulen. http://www.hmetro.com.my/articles/Haramcetakrompakjadimodalperniagaan/Article/artikelMA