SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
KOMUNITI PEMBELAJARAN 
Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar 
Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, 
daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat 
keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh 
sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu 
tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. 
Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal 
disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda 
hidup dan benda bukan hidup yang lain. 
Definisi Pembelajaran Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan 
individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 
1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan 
seperti mengalami pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan pembelajaran, 
Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu : 
1) Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. 
2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. 
3) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. 
Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku 
sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu 
pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.Pendapat 
yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) 
yang mengatakan, ‘….. learning occurs when experience causes a relatively 
permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be 
deliberate or unintentional, for better or for worse’. Crow dan Crow (1983) pula 
menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan 
sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam 
percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada 
situasi baru.
Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan 
tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan 
penguasaan intelek. Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya 
perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan 
tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, 
pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau 
tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang 
hayat. 
Konsep komuniti pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran 
yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan 
berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, 
bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat 
dan sebagainya. Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran) Teori 
ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana 
fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar 
dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak 
tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam 
perkembangan sepanjang hayatnya. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di 
mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu 
persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah 
bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada disekolah, atau kawasan setaman 
atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang 
langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. 
Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada 
pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi 
timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina 
seting tersebut. 
Sistem Meso Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, 
menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di 
sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama 
rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi 
pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang
merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah 
menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. Sistem Ekso Sistem ekso adalah 
keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) 
mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. 
Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu 
daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks 
Malaysia). 
Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, 
taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka 
dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar 
di daerah tersebut. Sistem Makro Sistem makro melibatkan budaya yang 
lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam 
masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) 
sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti 
di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat 
diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan 
peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya 
tersebut. 
Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan 
tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Sistem Krono Sistem 
krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar. 
Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama 
dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman 
asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh 
pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih 
elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru 
media, generasi “post-sexual-revolution” dan generasi yang dibesarkan dalam 
kawasan perbandaran yang tersebar (dispersed, deconcentrated cities) 
Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell
Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 
1. Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi untuk mengubah 
sistem pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar. 
2. Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan 
sekolah mencadangkan kepada kita tentang cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya 
menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah 
sekolah pada satu-satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan 
banyak masalah. 
3. Mengulangi semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya juga tidak banyak 
membantu dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah. 
4. Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain dan ditambah 
dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya akan mengembalikan prestasi sekolah tersebut di takuk 
lama. 
5. Terdapat banyak reformasi yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan sekarang, namun 
kesannya hanya sedikit sahaja perubahan yang berlaku dan ini juga akan hanya mengekalkan status 
sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama. 
6. Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal mengubah sesebuah 
sekolah menjadi lebih baik? 
7. Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu singkat sedangkan sesebuah 
organisasi pendidkan mengambil masa yang begitu lama untuk memahami kehendak-kehendak 
reformasi dan bertindak balas. 
8. Selain itu reformasi pendidikan juga gagal disebabkan terletak di tangan 'pemandu yang salah'. 
9. Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi pendidikan ini membawa kepada pertimbangan untuk 
pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti (capacity building) dalam institusi pendidikan. 
10. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building)adalah satu pendekatan konsep
pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang 
mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada masa 
yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi dapat 
diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan. 
11. Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan. 
12. Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja 
bersama-sama untuk membangunkan amalan pengajaran yang berkesan. 
13. Komitmen yang tinggi inijuga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta 
mampu membangunkan profesionalisme mereka sendiri. 
14. Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi pelajar 
terhadap bidang pengajaran mereka. 
15. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah 
yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar 
,mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan 
terhadap perkara yang telah mereka pelajari. 
16. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional 
yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan 
pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka. 
17. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi 
mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai -nilai teras asas. 
18. Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti 
pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan 
kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli -ahli sama ada 
secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya. 
19. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea 
orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan. 
20. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring 
dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan 
pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan 
secara kolektif perkongsian pengetahuan baru. 
21. Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan
pembelajaran pelajar. 
22. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan 
pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran 
dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah. 
23. Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling 
menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan 
yang dikongsi bersama. 
24. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah 
sekolah. 
25. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai 
kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara 
berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka. 
26. Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya 
juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar. 
27. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa 
peningkatan kualiti guru dan pengajarannya. 
28. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan 
masalah pelajar. 
29. Di sini dicadangkan langkah - langkah bagi melaksanakan PLC dalam institusi sekolah. 
a. Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan perbincangan. Pencatat dan 
penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada tahap ini juga dilakukan tinjauan tentang 
matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 3 
minit. 
b. Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang tentang kedudukan status semasa berdasarkan 
data yang ditayangkan. Pada tahap ini, peserta mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh 
dilakukan penambahbaikan. Akhirnya selepas perbncangan, fasilitator akan membuat rumusan 
berdasarkan persetujuan semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga15 minit. 
c. Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini dilakukan 'brainstroming' yang melibatkan semua 
peserta memberikan pendapat dan cadangan masing-masing secara terbuka. Semua idea dan cadangan 
diterima dan dicatat untuk pertimbangan selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga 
15 minit.
d. Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara terbuka terhadap 
semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi 'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai. 
Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada agihan 
tugas, pelajar sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan dan 
tarikh perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam lingkungan 
10 minit. 
e. Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada Pengetua, Penolong 
Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai Pejabat Pelajaran akan memberi komen secara 
keseluruhan tentang perbincangan tersebut. 
30. Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti 
bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk 
menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan. 
31. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan 
untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek 
pengajarannya. 
32. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan 
yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan 
yang semakin mencabar. 
Komuniti Pembelajaran Profesional 
 
 
Category: Kurikulum 
Administrator 
Tuesday, 09 September 2014 09:52 
Hits: 732
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL 
(Professional Learning Community-PLC) 
Pn Hjh Halijah binti Ariffin 
Pensyarah kanan IAB, 
Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti 
instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran 
pengajaran guru melalui kaedah pembangunan Professional Learning Community 
(PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang 
terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing 
untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. 
Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada 
pencapaian matlamat PPPM 2013 – 2025’. 
[Petikan Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor 
Operasi Pendidikan), YB Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin dalam Buku Panduan 
Melindungi Masa Instruksional (2013) 
DEFINISI PLC 
Sebahagian daripada pembaca mungkin sudah mengetahuinya tetapi bagi yang 
masih menjadi tanda tanya, teruskan membaca. Artikel ini akan membentang
konsep PLC secara ringkas yang dipetik daripada DuFour, R. (2004) dan Hord, S.M 
(1997) iaitu penyelidik yang menemui dan mempopularkan PLC. 
Professional Learning Community (PLC) atau dalam Bahasa Melayu dikenali 
dengan Komuniti Pembelajaran Profesional, namun di Malaysia, istilah PLC lebih 
popular dan kerap digunakan. Pada tahun 1990, Peter Senge telah membuat 
kajian ke atas organisasi korporat yang berjaya dan mendapati organisasi yang 
berjaya adalah organisasi yang mengamalkan pembentukan visi secara bersama 
dengan semua warga, berlaku perkongsian visi dan nilai, menyokong 
pembelajaran dan penyelesaian masalah secara bersama dengan ahli-ahli 
organisasi. Peter Senge (1990) akhirnya menamakannya sebagai ‘Learning 
Organisation’. 
Dalam dunia pendidikan pula, ramai penyelidik mencari formula yang tepat 
bagaimana sesebuah sekolah itu boleh berjaya. Hord (1997) yang pada masa itu 
terlibat dengan kajian di bawah Southwest Educational Development Laboratory 
(SEDL) telah mendapati sekolah yang Berjaya mempunyai ciri-ciri seiring dengan 
‘learning organisation’ seperti yang diperkenalkan oleh Senge (1990). Hasil kajian 
ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai 
‘Professional Learning Communities’. 
Hasil kajian ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali 
sebagai Professional Learning Communities’. PLC adalah kolaborasi antara guru, 
pemimpin, ibu bapa dan murid, bekerjasama dan secara berterusan untuk 
mencari kaedah pengajaran terbaik, untuk meningkatkan prestasi murid. Sekolah 
yang mempunyai PLC memberi fokus kepada apa yang murid belajar bukannya 
apa yang guru mengajar (DuFour, 2004). 
PLC adalah sekumpulan guru 6-12 orang yang sentiasa berhubung dan 
mengadakan perbincangan tentang pengajaran mereka. Kumpulan PLC berjumpa
secara kerap, mengadakan dialog tentang pembelajaran murid mengikut protokol 
dengan penerimaan kritikan adalah bukan peribadi tetapi untuk meningkatkan 
pencapaian murid (Yendol, D. 2010). 
Pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional menyediakan perkakasan kepada 
guru untuk membentuk wawasan kaedah pengajaran mereka melalui maklum 
balas pelajar dan rakan guru. Apabila guru memberikan fokus kepada waktu 
instruksional yang berkualiti, kaedah bertanya yang berkesan, pengurusan bilik 
darjah yang baik dan berbincang kesukaran pelajar menerima apa yang diajar 
bersama rakan, satu bentuk kaedah pengajaran yang berkesan akan dapat 
dihasilkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). 
Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada 
pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa 
yang dipelajari oleh murid. Peralihan fokus ini membawa kepada situasi di mana 
guru-guru sentiasa mencari kaedah terbaik untuk memastikan murid dapat 
menerima pelajaran yang disampaikan. 
Penghayatan slogan atau misi seperti ‘pembelajaran untuk semua’ menjadikan 
semua guru atau warga sekolah berusaha memastikan pembelajaran diterima 
oleh semua murid. Sekiranya ada murid yang ketinggalan, guru akan berusaha 
membantu memberikan bimbingan dan kelas tambahan sehingga murid 
berkenaan menguasai pembelajaran yang diharapkan. 
Perkara kedua dalam PLC ialah budaya kolaborasi yang kukuh dalam kalangan 
guru-guru. Secara tradisionalnya, guru-guru bekerja secara solo atau bersendirian. 
Guru merancang rancangan pengajaran, membina alat bantu mengajar dan 
membuat soalan secara bersendirian. Keadaan ini tidak wujud dalam sekolah 
yang mengamalkan PLC.
Guru yang membudayakan PLC akan bekerjasama dalam merancang pengajaran, 
membina modul pengajaran dan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk 
memastikan pembelajaran berlaku. Selain itu, mengajar bukan lagi secara 
bersendirian, rakan guru secara sukarela membantu atau mengikuti pengajaran 
guru. Kelas terbuka kepada rakan guru untuk membantu dan memantau 
pengajaran. Perbincangan dan kritikan secara terbuka sentiasa berlaku dan 
hasilnya satu kaedah pengajaran terbaik tercipta. 
Mengutamakan pembelajaran dan kejelekitan sesama guru menyebabkan tiada 
guru menerima kritikan secara peribadi. 
3 Perkara utama dalam PLC 
 Fokus kepada pembelajaran 
 Fokus kepada keputusan 
 Kolaborasi 
Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada 
pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa 
yang dipelajari oleh murid ` Warga sekolah yang digelar PLC memberi fokus 
kepada pencapaian. Bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian murid menjadi 
perkara rutin kepada semua warga di sekolah. 
Pencapaian murid bukan lagi tanggungjawab seorang guru tetapi menjadi 
tanggungjawab semua. Dalam konteks ini, data pencapaian murid menjadi bahan 
utama perbincangan dan guru-guru lain sentiasa bersedia membantu dalam
pencambahan idea, bahan-bahan dan kaedah pengajaran serta juga memberi 
bimbingan kepada murid yang rendah pencapaian. Hasilnya pencapaian murid 
meningkat dan bilangan murid yang ketinggalan semakin berkurangan hari demi 
hari. Selain itu, ‘stress’ dalam kalangan guru-guru berkurangan ataupun mungkin 
tidak wujud kerana bebanan telah dikongsi bersama rakan guru lain. 
Perkongsian nilai dan visi – sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua 
warga dalam membina visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam 
membuat keputusan terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. 
Perkongsian kepimpinan – kepimpinan dan keputusan dibuat bersama dengan 
warga sekolah. Pengetua sekolah tidak lagi dianggap sebagai seorang arkitek yang 
mereka bentuk pelan sekolah. Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat 
perubahan dan keputusan tetapi di bawah batasan dan kuasa yang dimiliki. 
Keputusan bersama menyebabkan rasa kesepunyaan kepada keputusan dan 
tindakan yang dibuat, yang akhirnya meningkatkan Perkongsian kreativiti – setiap 
warga berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dailog 
bersama rakan guru yang lain. Perbincangan dan dailog membawa kepada 
penemuan baru yang dikongsi bersama. 
Perkongsian amalan terbaik – PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang tinggi, 
hormat menghormati serta bersikap terbuka kepada kritikan rakan. Pengajaran 
guru terbuka kepada rakan yang lain untuk dilihat dan dikongsi bersama. 
CIRI-CIRI PLC
 Perkongsian Nilai & Visi 
 Perkongsian 
 Kepimpinan Perkongsian 
 Amalan Perkongsian 
 Kreativi 
Struktur yang menyokong PLC 
Struktur yang menyokong – struktur yang menyokong dilihat daripada sokongan 
daripada struktur fizikal dan hubungan kemanusiaan yang menyokong kepada 
pembentukan dan pembudayaan PLC. Struktur fizikal termasuk struktur 
bangunan, masa, struktur komunikasi, kuasa autonomi dan pengagihkan kuasa. 
Sebagai contoh, struktur fizikal bangunan yang besar menyukarkan guru-guru 
berjumpa manakala masa pula, sekiranya tiada perancangan yang rapi untuk 
pertemuan guru dan perbincangan dilakukan akan menghalang untuk 
pembentukan PLC. 
Hubungan kemanusiaan pula dilihat kepada sikap dan kesediaan warga sekolah 
menerima kritikan, memberi bantuan dan berkongsi bahan dan modul 
pengajaran. Hubungan yang renggang dan lebih suka kepada pengajaran secara 
solo menyukarkan pelaksanaan PLC. 
APAKAH STRATEGI UNTUK MEMBENTUK PLC DI SEKOLAH ? 
Di bawah digariskan beberapa strategi secara ringkas untuk membentuk PLC di 
sekolah.
1. Perjumpaan bulanan untuk membincangkan artikel dan ilmu baru dalam 
bidang pengajaran dan pembelajaran 
2. ‘Book Clubs’ – sekumpulan guru mengadakan perbincangan dan perkongsian 
mengenai buku atau artikel yang dibaca, dicadangkan secara bulanan. 
3. ‘Study Group’ – sekumpulan guru mengadakan perbincangan tentang sesuatu 
topik dengan mengabungkan pelbagai latar belakang dan jurusan akademik 
guru. 
4. ‘Video critiques of teaching moments’ – melihat dan menganalisa teknik 
pengajaran guru yang telah divideokan. 
5. ‘Learning walks’ – berjalan disepanjang kelas dengan tujuan memerhati guru 
mengajar dan diikuti dengan perbincangan kekuatan dan kelemahan 
pengajaran. 
6. ‘Peer coaching/ instructional coaches’ – membimbing guru setelah 
menyaksikan pengajaran yang berlaku di dalam kelas 
7. ‘Lesson study’ – sekumpulan guru bersama-sama membina rancangan 
mengajar, seorang guru mengajar manakala guru-guru lain memerhati. Akhir 
pengajaran, guru-guru tersebut berbincang dan membuat penambahbaikan 
kepada rancangan mengajar atau modul pengajaran. 
8. ‘Data analysis’ – guru secara berkumpulan berbincang pencapaian murid dan 
membantu mencari penyelesaian dan bersama-sama membimbing murid yang 
masih belum menguasai sesuatu pembelajaran. 
9. ‘New teacher induction/mentoring’ – guru pakar dan guru senior membimbing 
dan memberi sokongan kepada guru baru. 
10. ‘Vision activity’ – sekumpulan guru membina matlamat dan pelunjuran 
pencapaian murid dan merancang aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut. 
RUMUSAN 
Pelancaran Akta ‘No child Left Behind’ pada tahun 2001 oleh Amerika Syarikat 
telah mengalakkan model PLC dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara Barat. 
PLC dikatakan sebagai salah satu kaedah untuk memastikan hasrat pendidikan 
untuk semua tercapai. Di Malaysia, PLC telah diperkenalkan oleh Bahagian 
Pendidikan Guru melalui pendekatan ‘lesson study’ kepada 289 buah sekolah 
pada tahun 2011.
Gerakan ini telah disokong oleh Institut Aminuddin Baki yang telah memberikan 
pendedahan kepada pemimpin sekolah untuk membangunkan PLC di sekolah. 
Pada tahun 2013 pula, PLC telah disarankan dalam usaha melindungi masa 
instruksional dan menjadi satu kaedah utama pembangunan profesional guru. 
Oleh itu adalah langkah bijak sekiranya kita sama-sama memahami konsep PLC 
dan menjadi pengerak PLC di sekolah.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanVince Here
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 

Was ist angesagt? (20)

Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 

Andere mochten auch

Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Qian Tan
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pnazrysaiden
 
Lesson Study - Satu Pengenalan
Lesson Study - Satu PengenalanLesson Study - Satu Pengenalan
Lesson Study - Satu PengenalanALSAFII
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i thinkHazlee Gapal
 
Nota plc
Nota plcNota plc
Nota plcMirzan
 
1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plcShahrizan Mazlan
 
LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013
LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013
LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013Teacher Nasrah
 
Learning walks 2014
Learning walks 2014Learning walks 2014
Learning walks 2014Choo Choy
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaranmarziana80
 
Kertas Kerja (PLC)
Kertas Kerja (PLC)Kertas Kerja (PLC)
Kertas Kerja (PLC)juan_fjfn
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionMokhzani Fadir
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 

Andere mochten auch (20)

Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
 
Taklimat PLC SMeK-G
Taklimat PLC SMeK-GTaklimat PLC SMeK-G
Taklimat PLC SMeK-G
 
i-THiNK
i-THiNKi-THiNK
i-THiNK
 
Peta pemikiran
Peta pemikiranPeta pemikiran
Peta pemikiran
 
Lesson Study - Satu Pengenalan
Lesson Study - Satu PengenalanLesson Study - Satu Pengenalan
Lesson Study - Satu Pengenalan
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think
 
Nota plc
Nota plcNota plc
Nota plc
 
1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc1. kualiti guru dan konsep plc
1. kualiti guru dan konsep plc
 
LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013
LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013
LAPORAN PROGRAM LESSON STUDY 2013
 
Learning walks 2014
Learning walks 2014Learning walks 2014
Learning walks 2014
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran
 
Lesson Study in Malaysia
Lesson Study in MalaysiaLesson Study in Malaysia
Lesson Study in Malaysia
 
Kertas Kerja (PLC)
Kertas Kerja (PLC)Kertas Kerja (PLC)
Kertas Kerja (PLC)
 
Format laporan plc
Format laporan plcFormat laporan plc
Format laporan plc
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 

Ähnlich wie KOMUNITIPEMELAJARANPROFESIONAL

Model pembelajaran konstruktivistik
Model pembelajaran konstruktivistikModel pembelajaran konstruktivistik
Model pembelajaran konstruktivistikPatta Ula
 
Tugas tik topik 6 (2) 1
Tugas tik topik 6 (2) 1Tugas tik topik 6 (2) 1
Tugas tik topik 6 (2) 1raihanacamilia
 
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutuSIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutuDenny Kodrat
 
Makalah teori belajar
Makalah teori belajarMakalah teori belajar
Makalah teori belajarNarendra
 
Social evidence based practice
Social evidence based practiceSocial evidence based practice
Social evidence based practicePuji Riyanto
 
Pembangunan, Perubahan Sosial Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta Didik
Pembangunan, Perubahan Sosial  Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta DidikPembangunan, Perubahan Sosial  Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta Didik
Pembangunan, Perubahan Sosial Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta DidikIrma Fitriani
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypesahronzulkepli
 
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)NOREHANHUSIN
 
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan FuturistikKB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan FuturistikIstna Zakia Iriana
 

Ähnlich wie KOMUNITIPEMELAJARANPROFESIONAL (20)

murid-alam-belajar
murid-alam-belajarmurid-alam-belajar
murid-alam-belajar
 
PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT
PENDIDIKAN DAN MASYARAKATPENDIDIKAN DAN MASYARAKAT
PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT
 
Teori dan konsep pendidikan
Teori dan konsep pendidikanTeori dan konsep pendidikan
Teori dan konsep pendidikan
 
Alam belajar
Alam belajarAlam belajar
Alam belajar
 
Alam belajar
Alam belajarAlam belajar
Alam belajar
 
Sekolah Kolaboratif
Sekolah Kolaboratif Sekolah Kolaboratif
Sekolah Kolaboratif
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Tik tugas 4
Tik tugas 4Tik tugas 4
Tik tugas 4
 
Model pembelajaran konstruktivistik
Model pembelajaran konstruktivistikModel pembelajaran konstruktivistik
Model pembelajaran konstruktivistik
 
Problematika sejarah
Problematika sejarahProblematika sejarah
Problematika sejarah
 
Tugas tik topik 6 (2) 1
Tugas tik topik 6 (2) 1Tugas tik topik 6 (2) 1
Tugas tik topik 6 (2) 1
 
Pendidikan
PendidikanPendidikan
Pendidikan
 
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutuSIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
SIstem input-proses-output-outcome pendidikan bermutu
 
PENDIDIKAN DI INDONESIA
PENDIDIKAN DI INDONESIAPENDIDIKAN DI INDONESIA
PENDIDIKAN DI INDONESIA
 
Makalah teori belajar
Makalah teori belajarMakalah teori belajar
Makalah teori belajar
 
Social evidence based practice
Social evidence based practiceSocial evidence based practice
Social evidence based practice
 
Pembangunan, Perubahan Sosial Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta Didik
Pembangunan, Perubahan Sosial  Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta DidikPembangunan, Perubahan Sosial  Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta Didik
Pembangunan, Perubahan Sosial Dan Inovasi Pendidikan-Perkembangan Peserta Didik
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skype
 
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
 
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan FuturistikKB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
 

Mehr von Norkaspawati Kassim

Mehr von Norkaspawati Kassim (7)

T4-Bab4.2.1-KESATUAN SET.pptx
T4-Bab4.2.1-KESATUAN SET.pptxT4-Bab4.2.1-KESATUAN SET.pptx
T4-Bab4.2.1-KESATUAN SET.pptx
 
T4-Bab4.1.1-PERSILANGAN SET.pptx
T4-Bab4.1.1-PERSILANGAN SET.pptxT4-Bab4.1.1-PERSILANGAN SET.pptx
T4-Bab4.1.1-PERSILANGAN SET.pptx
 
1.pptx
1.pptx1.pptx
1.pptx
 
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgTeks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
P&p f4 chapter3
P&p f4 chapter3P&p f4 chapter3
P&p f4 chapter3
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
 

KOMUNITIPEMELAJARANPROFESIONAL

  • 1. KOMUNITI PEMBELAJARAN Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain. Definisi Pembelajaran Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan seperti mengalami pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan pembelajaran, Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu : 1) Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. 2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. 3) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang mengatakan, ‘….. learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse’. Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.
  • 2. Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan penguasaan intelek. Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat. Konsep komuniti pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya. Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran) Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada disekolah, atau kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut. Sistem Meso Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang
  • 3. merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. Sistem Ekso Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut. Sistem Makro Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Sistem Krono Sistem krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar. Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru media, generasi “post-sexual-revolution” dan generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar (dispersed, deconcentrated cities) Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell
  • 4. Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 1. Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi untuk mengubah sistem pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar. 2. Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah mencadangkan kepada kita tentang cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah sekolah pada satu-satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan banyak masalah. 3. Mengulangi semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya juga tidak banyak membantu dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah. 4. Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain dan ditambah dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya akan mengembalikan prestasi sekolah tersebut di takuk lama. 5. Terdapat banyak reformasi yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan sekarang, namun kesannya hanya sedikit sahaja perubahan yang berlaku dan ini juga akan hanya mengekalkan status sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama. 6. Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal mengubah sesebuah sekolah menjadi lebih baik? 7. Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu singkat sedangkan sesebuah organisasi pendidkan mengambil masa yang begitu lama untuk memahami kehendak-kehendak reformasi dan bertindak balas. 8. Selain itu reformasi pendidikan juga gagal disebabkan terletak di tangan 'pemandu yang salah'. 9. Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi pendidikan ini membawa kepada pertimbangan untuk pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti (capacity building) dalam institusi pendidikan. 10. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building)adalah satu pendekatan konsep
  • 5. pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada masa yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi dapat diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan. 11. Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan. 12. Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja bersama-sama untuk membangunkan amalan pengajaran yang berkesan. 13. Komitmen yang tinggi inijuga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta mampu membangunkan profesionalisme mereka sendiri. 14. Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi pelajar terhadap bidang pengajaran mereka. 15. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar ,mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari. 16. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka. 17. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai -nilai teras asas. 18. Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli -ahli sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya. 19. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan. 20. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru. 21. Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan
  • 6. pembelajaran pelajar. 22. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah. 23. Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan yang dikongsi bersama. 24. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah sekolah. 25. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka. 26. Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar. 27. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan pengajarannya. 28. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan masalah pelajar. 29. Di sini dicadangkan langkah - langkah bagi melaksanakan PLC dalam institusi sekolah. a. Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan perbincangan. Pencatat dan penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada tahap ini juga dilakukan tinjauan tentang matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 3 minit. b. Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang tentang kedudukan status semasa berdasarkan data yang ditayangkan. Pada tahap ini, peserta mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan. Akhirnya selepas perbncangan, fasilitator akan membuat rumusan berdasarkan persetujuan semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga15 minit. c. Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini dilakukan 'brainstroming' yang melibatkan semua peserta memberikan pendapat dan cadangan masing-masing secara terbuka. Semua idea dan cadangan diterima dan dicatat untuk pertimbangan selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga 15 minit.
  • 7. d. Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara terbuka terhadap semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi 'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai. Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada agihan tugas, pelajar sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan dan tarikh perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam lingkungan 10 minit. e. Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai Pejabat Pelajaran akan memberi komen secara keseluruhan tentang perbincangan tersebut. 30. Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan. 31. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya. 32. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Komuniti Pembelajaran Profesional   Category: Kurikulum Administrator Tuesday, 09 September 2014 09:52 Hits: 732
  • 8. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (Professional Learning Community-PLC) Pn Hjh Halijah binti Ariffin Pensyarah kanan IAB, Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan Professional Learning Community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 – 2025’. [Petikan Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), YB Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin dalam Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (2013) DEFINISI PLC Sebahagian daripada pembaca mungkin sudah mengetahuinya tetapi bagi yang masih menjadi tanda tanya, teruskan membaca. Artikel ini akan membentang
  • 9. konsep PLC secara ringkas yang dipetik daripada DuFour, R. (2004) dan Hord, S.M (1997) iaitu penyelidik yang menemui dan mempopularkan PLC. Professional Learning Community (PLC) atau dalam Bahasa Melayu dikenali dengan Komuniti Pembelajaran Profesional, namun di Malaysia, istilah PLC lebih popular dan kerap digunakan. Pada tahun 1990, Peter Senge telah membuat kajian ke atas organisasi korporat yang berjaya dan mendapati organisasi yang berjaya adalah organisasi yang mengamalkan pembentukan visi secara bersama dengan semua warga, berlaku perkongsian visi dan nilai, menyokong pembelajaran dan penyelesaian masalah secara bersama dengan ahli-ahli organisasi. Peter Senge (1990) akhirnya menamakannya sebagai ‘Learning Organisation’. Dalam dunia pendidikan pula, ramai penyelidik mencari formula yang tepat bagaimana sesebuah sekolah itu boleh berjaya. Hord (1997) yang pada masa itu terlibat dengan kajian di bawah Southwest Educational Development Laboratory (SEDL) telah mendapati sekolah yang Berjaya mempunyai ciri-ciri seiring dengan ‘learning organisation’ seperti yang diperkenalkan oleh Senge (1990). Hasil kajian ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai ‘Professional Learning Communities’. Hasil kajian ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai Professional Learning Communities’. PLC adalah kolaborasi antara guru, pemimpin, ibu bapa dan murid, bekerjasama dan secara berterusan untuk mencari kaedah pengajaran terbaik, untuk meningkatkan prestasi murid. Sekolah yang mempunyai PLC memberi fokus kepada apa yang murid belajar bukannya apa yang guru mengajar (DuFour, 2004). PLC adalah sekumpulan guru 6-12 orang yang sentiasa berhubung dan mengadakan perbincangan tentang pengajaran mereka. Kumpulan PLC berjumpa
  • 10. secara kerap, mengadakan dialog tentang pembelajaran murid mengikut protokol dengan penerimaan kritikan adalah bukan peribadi tetapi untuk meningkatkan pencapaian murid (Yendol, D. 2010). Pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional menyediakan perkakasan kepada guru untuk membentuk wawasan kaedah pengajaran mereka melalui maklum balas pelajar dan rakan guru. Apabila guru memberikan fokus kepada waktu instruksional yang berkualiti, kaedah bertanya yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang baik dan berbincang kesukaran pelajar menerima apa yang diajar bersama rakan, satu bentuk kaedah pengajaran yang berkesan akan dapat dihasilkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari oleh murid. Peralihan fokus ini membawa kepada situasi di mana guru-guru sentiasa mencari kaedah terbaik untuk memastikan murid dapat menerima pelajaran yang disampaikan. Penghayatan slogan atau misi seperti ‘pembelajaran untuk semua’ menjadikan semua guru atau warga sekolah berusaha memastikan pembelajaran diterima oleh semua murid. Sekiranya ada murid yang ketinggalan, guru akan berusaha membantu memberikan bimbingan dan kelas tambahan sehingga murid berkenaan menguasai pembelajaran yang diharapkan. Perkara kedua dalam PLC ialah budaya kolaborasi yang kukuh dalam kalangan guru-guru. Secara tradisionalnya, guru-guru bekerja secara solo atau bersendirian. Guru merancang rancangan pengajaran, membina alat bantu mengajar dan membuat soalan secara bersendirian. Keadaan ini tidak wujud dalam sekolah yang mengamalkan PLC.
  • 11. Guru yang membudayakan PLC akan bekerjasama dalam merancang pengajaran, membina modul pengajaran dan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk memastikan pembelajaran berlaku. Selain itu, mengajar bukan lagi secara bersendirian, rakan guru secara sukarela membantu atau mengikuti pengajaran guru. Kelas terbuka kepada rakan guru untuk membantu dan memantau pengajaran. Perbincangan dan kritikan secara terbuka sentiasa berlaku dan hasilnya satu kaedah pengajaran terbaik tercipta. Mengutamakan pembelajaran dan kejelekitan sesama guru menyebabkan tiada guru menerima kritikan secara peribadi. 3 Perkara utama dalam PLC  Fokus kepada pembelajaran  Fokus kepada keputusan  Kolaborasi Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari oleh murid ` Warga sekolah yang digelar PLC memberi fokus kepada pencapaian. Bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian murid menjadi perkara rutin kepada semua warga di sekolah. Pencapaian murid bukan lagi tanggungjawab seorang guru tetapi menjadi tanggungjawab semua. Dalam konteks ini, data pencapaian murid menjadi bahan utama perbincangan dan guru-guru lain sentiasa bersedia membantu dalam
  • 12. pencambahan idea, bahan-bahan dan kaedah pengajaran serta juga memberi bimbingan kepada murid yang rendah pencapaian. Hasilnya pencapaian murid meningkat dan bilangan murid yang ketinggalan semakin berkurangan hari demi hari. Selain itu, ‘stress’ dalam kalangan guru-guru berkurangan ataupun mungkin tidak wujud kerana bebanan telah dikongsi bersama rakan guru lain. Perkongsian nilai dan visi – sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua warga dalam membina visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam membuat keputusan terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian kepimpinan – kepimpinan dan keputusan dibuat bersama dengan warga sekolah. Pengetua sekolah tidak lagi dianggap sebagai seorang arkitek yang mereka bentuk pelan sekolah. Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat perubahan dan keputusan tetapi di bawah batasan dan kuasa yang dimiliki. Keputusan bersama menyebabkan rasa kesepunyaan kepada keputusan dan tindakan yang dibuat, yang akhirnya meningkatkan Perkongsian kreativiti – setiap warga berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dailog bersama rakan guru yang lain. Perbincangan dan dailog membawa kepada penemuan baru yang dikongsi bersama. Perkongsian amalan terbaik – PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang tinggi, hormat menghormati serta bersikap terbuka kepada kritikan rakan. Pengajaran guru terbuka kepada rakan yang lain untuk dilihat dan dikongsi bersama. CIRI-CIRI PLC
  • 13.  Perkongsian Nilai & Visi  Perkongsian  Kepimpinan Perkongsian  Amalan Perkongsian  Kreativi Struktur yang menyokong PLC Struktur yang menyokong – struktur yang menyokong dilihat daripada sokongan daripada struktur fizikal dan hubungan kemanusiaan yang menyokong kepada pembentukan dan pembudayaan PLC. Struktur fizikal termasuk struktur bangunan, masa, struktur komunikasi, kuasa autonomi dan pengagihkan kuasa. Sebagai contoh, struktur fizikal bangunan yang besar menyukarkan guru-guru berjumpa manakala masa pula, sekiranya tiada perancangan yang rapi untuk pertemuan guru dan perbincangan dilakukan akan menghalang untuk pembentukan PLC. Hubungan kemanusiaan pula dilihat kepada sikap dan kesediaan warga sekolah menerima kritikan, memberi bantuan dan berkongsi bahan dan modul pengajaran. Hubungan yang renggang dan lebih suka kepada pengajaran secara solo menyukarkan pelaksanaan PLC. APAKAH STRATEGI UNTUK MEMBENTUK PLC DI SEKOLAH ? Di bawah digariskan beberapa strategi secara ringkas untuk membentuk PLC di sekolah.
  • 14. 1. Perjumpaan bulanan untuk membincangkan artikel dan ilmu baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran 2. ‘Book Clubs’ – sekumpulan guru mengadakan perbincangan dan perkongsian mengenai buku atau artikel yang dibaca, dicadangkan secara bulanan. 3. ‘Study Group’ – sekumpulan guru mengadakan perbincangan tentang sesuatu topik dengan mengabungkan pelbagai latar belakang dan jurusan akademik guru. 4. ‘Video critiques of teaching moments’ – melihat dan menganalisa teknik pengajaran guru yang telah divideokan. 5. ‘Learning walks’ – berjalan disepanjang kelas dengan tujuan memerhati guru mengajar dan diikuti dengan perbincangan kekuatan dan kelemahan pengajaran. 6. ‘Peer coaching/ instructional coaches’ – membimbing guru setelah menyaksikan pengajaran yang berlaku di dalam kelas 7. ‘Lesson study’ – sekumpulan guru bersama-sama membina rancangan mengajar, seorang guru mengajar manakala guru-guru lain memerhati. Akhir pengajaran, guru-guru tersebut berbincang dan membuat penambahbaikan kepada rancangan mengajar atau modul pengajaran. 8. ‘Data analysis’ – guru secara berkumpulan berbincang pencapaian murid dan membantu mencari penyelesaian dan bersama-sama membimbing murid yang masih belum menguasai sesuatu pembelajaran. 9. ‘New teacher induction/mentoring’ – guru pakar dan guru senior membimbing dan memberi sokongan kepada guru baru. 10. ‘Vision activity’ – sekumpulan guru membina matlamat dan pelunjuran pencapaian murid dan merancang aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut. RUMUSAN Pelancaran Akta ‘No child Left Behind’ pada tahun 2001 oleh Amerika Syarikat telah mengalakkan model PLC dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara Barat. PLC dikatakan sebagai salah satu kaedah untuk memastikan hasrat pendidikan untuk semua tercapai. Di Malaysia, PLC telah diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru melalui pendekatan ‘lesson study’ kepada 289 buah sekolah pada tahun 2011.
  • 15. Gerakan ini telah disokong oleh Institut Aminuddin Baki yang telah memberikan pendedahan kepada pemimpin sekolah untuk membangunkan PLC di sekolah. Pada tahun 2013 pula, PLC telah disarankan dalam usaha melindungi masa instruksional dan menjadi satu kaedah utama pembangunan profesional guru. Oleh itu adalah langkah bijak sekiranya kita sama-sama memahami konsep PLC dan menjadi pengerak PLC di sekolah.