SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 19
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
PENGURUS DAN PENGURUSAN
Objektif Am:
• Mempelajari dan memahami perkaitan antara organisasi dan pengurusan.
• Memahami jenis-jenis pengurusan, kemahiran dan peranan yang perlu mereka
mainkan dalam menguruskan organisasi.
Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda dapat:
• Menerangkan konsep organisasi dan pengurusan.
• Mendefinisikan istilah-istilah penting dalam pengurusan.
• Membezakan tingkat-tingkat dan kemahiran-kemahiran pengurus dalam
organisasi.
• Menerangkan prinsip-prinsip dalam proses pengurusan.
• Mengenalpasti peranan–peranan pengurus dalam organisasi.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
PENGURUS DAN PENGURUSAN
Pengenalan
Seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan
menggunakan sumber-sumber yang ada secara cekap dan berkesan boleh dianggap
sebagai seorang pengurus. Mereka ini tidak semestinya diberi gelaran pengurus tetapi
sesiapa sahaja termasuk ibubapa, ketua-ketua jabatan, ketua unit dan manusia lain yang
terlibat dalam aktiviti mencapai matlamat dengan menggunakan sumber-sumber yang
tertentu adalah dianggap sebagai seorang pengurus.
Sebagai contohnya ibubapa. Mereka mempunyai matlamat dalam keluarga agar ahli
dalam keluarganya berjaya seperti anak-anak berjaya dalam pelajaran. Jadi mereka akan
menggunakan sumber yang ada seperti wang dan keperluan lain agar dapat membantu
mendidik anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran. Di sini, keluarga adalah umpama
organisasi, manakala ibubapa tadi diibaratkan sebagai pengurus kerana cuba
menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber wang
dan keperluan lain lagi.
Sebenarnya, kita tidak dapat lari daripada mengurus dan diurus. Tetapi apakah yang anda
faham mengenai pengurusan? Pengurusan adalah satu bidang yang meluas dan amalan
pengurusan yang diamalkan oleh setiap pengurus adalah berbeza di antara satu organisasi
dengan organisasi yang lain. Begitu juga kalau kita lihat dalam keluarga yang berbeza,
ketua keluarga iaitu ibubapa akan mentadbir dan menguruskan keluarga mengikut cara
masing-masing. Contoh yang lain pula ialah bagaimana seorang Pengarah Politeknik
mengurus organisasinya berbanding dengan seorang doktor yang mengurus para
pesakitnya.
Pengurusan dan Organisasi
Pengurusan adalah aktiviti yang dijalankan oleh pengurus dalam menguruskan sumber-
sumber yang terdapat dalam organisasi. Organisasi pula merupakan sesuatu yang penting
dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana dengan adanya organisasi kita dapat
mencapai objektif hidup kita. Sebagai contoh, anda membeli pakaian di pasaraya, makan
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
di restoran, mengeluarkan dan menyimpan wang di bank dan menghantar surat melalui
pejabat pos. Ini bermakna kehidupan kita sehari-hari banyak bergantung kepada
organisasi, maka pengurusan organisasi yang cekap tidak kira awam atau swasta
diperlukan oleh setiap individu kerana ia dapat melancarkan lagi urusan hidup manusia.
Berdasarkan contoh di atas, senaraikan lima organisasi yang anda
biasa berurusan.
Definisi istilah-istilah penting
Pengurusan
Satu proses di mana pengurus merancang, menyusun, mengarah atau memimpin dan
mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
Daripada definisi tersebut, terdapat beberapa elemen penting yang ada pada satu
proses pengurusan, iaitu:
a) Prinsip-prinsip pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan.
b) Sumber-sumber organisasi - sumber organisasi terdiri daripada manusia atau
pekerja, kewangan, peralatan, maklumat, kemahiran dan bahan mentah.
c) Organisasi - sekumpulan individu yang saling bekerjasama di antara satu sama lain
dalam mencapai matlamat.
d) Cekap - keupayaan seseorang pengurus melakukan sesuatu perkara dengan baik di
mana pengurus dapat mencapai output yang maksima dan dapat meminimakan kos.
Pengurus yang cekap dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi.
e) Keberkesanan - pengurus dapat memilih dan melaksanakan sesuatu yang tepat dan
betul dan perkara tersebut memberi faedah kepada organisasi dan mendapat hasil
yang diharapkan.
f) Objektif – perkara atau sasaran yang cuba dicapai oleh organisasi pada masa
hadapan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
Tingkat atau tahap pengurus dalam organisasi
Pada umumnya, pengurus menjalankan fungsi pengurusan yang sama tetapi
penekanan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mereka dalam organisasi.
Jenis pengurus dan cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua perkara berikut:
2.3.1 Peringkat atau tahap di dalam organisasi.
2.3.2 Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan.
Pengurusan mengikut tahap atau peringkat
a) Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama
Pengurus pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki organisasi.
Mereka bertanggungjawab secara langsung keatas tugas operasi dan kakitangan
sokongan organisasi. Kakitangan di bawah kawalan mereka terdiri daripada
semua kakitangan bukan pengurusan. Tanggungjawab utama mereka adalah
memastikan operasi harian adalah berjalan dengan lancar Contoh pengurus ini
adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani.
b) Pengurus Pertengahan
Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah.
Mereka memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub
dalam polisi dan matlamat pertubuhan. Pengurus pertengahan perlu mengimbangi
keperluan penyelia di peringkat bawahan dan keupayaan pekerja bawahan.
Pengurus pertengahan juga perlu mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh
pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat pertengahan adalah seperti pegawai
eksekutif, pengurus cawangan dan pengurus-pengurus jabatan.
c) Pengurus Atasan
Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran
organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi perhubungan organisasi
dengan persekitaran. Mereka juga yang merancang segala aktiviti untuk
keseluruhan organisasi. Contoh bagi pengurus ini adalah seperti Ketua pegawai
eksekutif, Pengarah urusan serta presiden.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
Rajah 2.1 di bawah menunjukkan pengurusan mengikut tahap.
A Atasan
Pertengahan
Bawahan
Rajah 2.1: Tingkat pengurusan dalam organisasi
Pengurusan Mengikut Aktiviti atau Fungsi
Setelah kita memahami pengurusan mengikut tahap, maka kita akan mempelajari
pula pengurusan mengikut aktiviti atau fungsi. Ia terbahagi kepada 2:
a) Pengurus fungsi - Pengurus ini bertanggungjawab kepada satu bidang aktiviti
atau satu fungsi dalam organisasi seperti pengurus pengeluaran, pengurus
kewangan dan pengurus pemasaran.
b) Pengurus am - Pengurus ini bertanggungjawab kepada semua bidang dalam
aktiviti dalam organisasi. Pengurus ini bertanggungjawab untuk kesemua
aktiviti yang berlaku. Contohnya pengurus am adalah seperti pengarah urusan
dan presiden dalam sesebuah persatuan.
Ciri-ciri organisasi
Mempunyai identiti yang tersendiri
Setiap organisasi yang dibentuk akan melambangkan identiti mereka yang tersendiri.
Sebagai contoh pusat pengajian tinggi, hospital dan jabatan kerajaan. Di mana setiap
organisasi ini mempunyai peranan, kemudahan, fungsi dan objektif yang tersendiri
yang akan melambangkan organisasi tersebut.
Mempunyai tingkat hirarki
Tidak kira organisasi tersebut kecil atau besar, swasta atau kerajaan, ia mempunyai
tingkat hirarki atau autoriti. Bagi organisasi yang besar ia mungkin mempunyai lebih
banyak tingkat autoriti berbanding dengan organisasi yang kecil.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
Mempunyai pembahagian kerja
Dalam sesebuah organisasi, pembahagian kerja dilakukan berdasarkan jenis
pekerjaan dan bahagian yang diwujudkan seperti pengeluaran, pemasaran dan
kewangan. Ini adalah untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi tersebut.
Sistem pengawasan dan kawalan
Bagi memastikan perjalanan organisasi adalah teratur seperti yang
dirancangkan, organisasi perlu mewujudkan satu sistem pengawasan dan
kawalan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam organisasi. Sistem
kawalan ini adalah seperti peraturan, prosedur, dasar dan polisi organisasi. Ini
bagi memastikan setiap pekerja dalam organisasi mengetahui sesuatu perkara
tersebut dengan jelas.
Proses Pengurusan
Proses pengurusan melibatkan beberapa prinsip yang perlu dilaksanakan oleh seorang
pengurus dalam menguruskan sesebuah organisasi bagi memastikan perjalanan organisasi
adalah lancar. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
Perancangan
Sebelum pihak pengurus memulakan aktiviti-aktivit organisasi, perancangan
hendaklah dibuat terlebih dahulu berkaitan dengan apa yang akan dilaksanakan.
Perancangan melibatkan beberapa elemen:
a) Objektif dan tujuan: Pengurus akan menetapkan dan mengenalpasti perkara yang
ingin dicapai oleh organisasi tersebut selaras dengan matlamat penubuhan
organisasi
b) Menentukan tindakan - tindakan atau strategi yang akan dilakukan bagi mencapai
objektif tersebut.
Secara ringkas, perancangan merujuk kepada pengurus menetapkan apa yang akan
dilakukan, objektif tindakan tersebut dan strategi yang akan diambil bagi
melaksanakan tindakan tersebut.
Penyusunan (Pengorganisasian)
Penyusunan melibatkan kerja-kerja menstrukturkan sumber organisasi seperti
sumber manusia dan bukan manusia supaya perancangan yang ditetapkan dapat
dicapai. Penyusunan ini termasuklah membahagikan kerja-kerja yang akan
dilakukan oleh pekerja samada mengikut aktiviti, tingkat autoriti dan penyelarasan
melalui peraturan dan dasar organisasi.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
Pengarahan dan Kepimpinan
Pengurus mengamalkan prinsip pengarahan dengan memberikan panduan,
bimbingan dan perangsang kepada pekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
Fungsi pengarahan dan kepimpinan melibatkan aktiviti mempengaruhi dan
memimpin pekerja bagi mendapatkan satu tingkahlaku yang diperlukan untuk
mencapai matlamat organisasi. Untuk mempengaruhi pekerja, pengurus perlulah
memberi dorongan, memimpin dan berkomunikasi dengan pekerja.
Pengawalan
Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan
keputusan yang didapati dengan matlamat yang telah ditetapkan dan merancang
tindakan-tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan yang berlaku. Fungsi
pengawalan ini penting kerana dengan melaksanakan kawalan, akan dapat
mengetahui jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat
dilaksanakan dan objektif tidak dapat dicapai.
Penstafan dan Perancangan Sumber Manusia
Aset yang terbaik dalam organisasi adalah sumber manusia kerana sumber
manusialah yang menggerakkan aktiviti organisasi. Dengan itu pengurus perlulah
memikirkan siapa, di mana dan apakah yang diperlukan. Untuk menjamin kesetiaan
pekerja kepada organisasi, pengurus perlu memikirkan apakah yang dapat
ditawarkan oleh organisasi kepada pekerja seperti keadaan tempat kerja, ganjaran,
program pembangunan diri dan penilaian prestasi pekerja. Ini adalah untuk
menjamin keselesaan pekerja dalam organisasi.
Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa, fungsi-fungsi pengurusan
yang dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi adalah terdiri
daripada perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan dan penstafan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
AKTIVITI 2 A
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas diakhir unit ini.
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
Pengurusan merupakan satu proses dimana pengurus ______(_i_)___, _______(ii)_____,
_______(iii)____,_______(iv)______dan _________(v)_____ sumber-sumber organisasi
seperti_______(vi)______,_______(vii)_______,______(viii)______dan____(ix) untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengurusan organisasi yang cekap diperlukan
samada organisasi tersebut organisasi ________(x)_______atau____(xi)_______.
Pengurus–pengurus disusun mengikut tiga lapisan iaitu ______(xii)___________,
_________(xiii)_____ dan ____(xiv)_________. Ketua jabatan adalah contoh pengurus
____________(xv)__________. ________(xvi)_____________ ialah pengurus yang
bertanggung jawab untuk semua bidang aktiviti dalam organisasi.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
MAKLUM BALAS AKTIVITI
AKTIVITI 2A
i) Merancang
ii) Menyusun
iii) Mengarah
iv) Mengawal
v) Memimpin
vi) Maklumat
vii) Perkerja
viii) Peralatan
ix)Kewangan
x) Swasta
xi)Kerajaan
xii) Atasan
xiii) Pertengahan
xiv) Bawahan
xv) Pengurus Atasan
xvi) Pengurus Am
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
Jenis Kemahiran Dalam Pengurusan
Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga jenis kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh
seorang pengurus. Kemahiran ini terdiri daripada berikut:
KemahiranTeknik
Kebolehan menggunakan peralatan, peraturan dan prosedur dan teknik dalam sesuatu
pekerjaan atau bidang, kemahiran asas yang membantu pengurus memahami
bagaimana kerja-kerja tersebut dilakukan.
Kemahiran Kemanusiaan
Kebolehan bekerja dengan memahami dan merangsang orang lain. Perhubungan
sosial dan individu antara pengurus dengan pekerja agar dapat menjadi teladan
kepada mereka agar berupaya menjadi ikutan orang lain.
Kemahiran Konsep
Kebolehan atau keupayaan pengurus untuk memikir dan menyelaras serta
mencampurkan kegiatan unit yang berbeza. Keupayaan melihat secara keseluruhan
unit dalam organisasi dan perkaitannya antara satu sama lain. Membolehkan pengurus
mengambilkira kesemua kepentingan organisasi.
Kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah seperti kemahiran berkomunikasi di
mana seorang pengurus perlu tahu cara untuk berkomunikasi dengan para pekerja bagi
merapatkan perhubungan dengan pekerja.
Kemahiran dalam membuat keputusan juga penting kerana pengurus perlu banyak
membuat keputusan–keputusan penting bagi organisasi. Keputusan yang dibuat oleh
pengurus akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan.
Kemahiran-kemahiran ini boleh dikaitkan dengan tahap atau tingkat pengurusan dalam
organisasi bagi menentukan anggaran masa dan tenaga yang digunakan oleh seseorang
pengurus.
Peranan Pengurus
Terdapat tiga peranan utama dan sepuluh peranan khusus yang dimainkan oleh pengurus
mengikut Henry Mintzberg (Ivancevich et al. 1997).
Peranan Antara Perorangan atau Penghubung Antara Individu
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
Peranan ini melihat pengurus sebagai seorang yang membantu mewujudkan dan
membina perhubungan yang baik di antara pengurus sesama pengurus dan pengurus
dengan pekerja. Terdapat tiga peranan khusus dalam melaksanakan tugas sebagai
penghubung antara individu:
a) Sebagai Ketua atau Orang Terpenting
Apabila pengurus dilantik sebagai ketua jabatan, ketua organisasi atau ketua
cawangan, mereka merupakan individu yang berkedudukan memimpin individu yang
lain dan sentiasa diperlukan oleh pekerja dalam setiap majlis atau aktiviti yang
dianjurkan oleh organisasi. Dengan adanya penglibatan ketua ini, akan merapatkan
lagi perhubungan individu-individu yang lain dalam organisasi. Walaupun peranan ini
tidak melibatkan keputusan atau perkara yang penting tetapi ia penting bagi
mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang
dihormati. Sebagai contoh pengurus menghadiri majlis-majlis perasmian, menghadiri
mesyuarat, melayani tetamu dan majlis perkahwinan pekerja-pekerja.
b) Sebagai Pemimpin
Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong,
memotivasi dan mengalakkan pekerja untuk bekerja. Dalam melaksanakan peranan
ini pengurus perlu sentiasa bekerja dan berusaha untuk memperbaiki prestasi pekerja,
mengurangkan konflik dan memberi Maklum balas terhadap prestasi pekerja.
Pengurus juga perlu melaksanakan aktiviti pengawalan bagi memastikan semua
aktiviti berjalan dengan lancar
c) Sebagai Pegawai Perhubungan
Pengurus juga perlu mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan
maklumat mengenai perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar organisasi.
Pengurus perlu berinteraksi dengan pengurus dan pihak lain seperti pembekal dan
pelanggan.
Penyebar Maklumat
Pengurus sebagai penyebar maklumat berfungsi sebagai individu yang menerima dan
menghantar maklumat kepada pekerja.
a) Sebagai Pengawas
Pengurus berperanan untuk mencari maklumat-maklumat di persekitaran dalaman dan
luaran organisasi mengenai isu-isu semasa, perubahan, peluang dan masalah yang
boleh memberi kesan kepada organisasi. Dengan adanya maklumat ini akan dapat
membantu organisasi untuk bersaing dengan organisasi yang lain. Pengurus boleh
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
mendapat maklumat semasa menghadiri seminar, persidangan ataupun dalam
komunikasi secara tidak langsung. Contohnya maklumat mengenai perubahan fesyen
remaja boleh didapati melalui pemerhatian terhadap cara remaja berpakaian ataupun
melalui majalah-majalah remaja. Ini dapat membantu pengurus mengeluarkan
pakaian yang menepati citarasa remaja.
b) Penyebar atau Penyampai
Peranan ini merujuk kepada pengurus bertindak untuk menyampaikan semua
maklumat yang diperolehi kepada semua individu yang memerlukan maklumat
tersebut. Maklumat-maklumat ini mestilah ditapis dahulu oleh pengurus untuk
memastikan maklumat yang disampaikan adalah yang tepat dan boleh digunakan oleh
pekerja. Maklumat yang disampaikan mungkin merupakan maklumat daripada pihak
luar yang perlu disampaikan kepada unit-unit yang ada dalam organisasi ataupun
maklumat tersebut maklumat yang didapati daripada pekerja dalam organisasi dan
disampaikan kepada pekerja yang lain yang mungkin memerlukan maklumat tersebut.
c) Sebagai Jurucakap
Peranan jurucakap adalah berkaitan dengan aktiviti menyampaikan sebahagian
maklumat kepada mereka yang berada diluar daripada unitnya. Penyampaian
maklumat ini mungkin terdiri dari dasar, rancangan tindakan dan keputusan
organisasi. Contoh penyebaran maklumat dalaman adalah seperti isu tuntutan gaji
pekerja kepada pihak majikan. Manakala penyebaran maklumat luaran ialah seperti
pengurus memberi pandangan kepada pihak luar mengenai sesuatu isu seperti
kenaikan gaji pekerja. Dengan kata lain pengurus mewakili organisasi dalam
menyebarkan maklumat bagi organisasi.
Sebagai Pembuat Keputusan
Membuat keputusan adalah satu peranan penting yang seharusnya dilakukan oleh
pengurus dengan bijak berkaitan dengan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam
organisasi. Terdapat empat peranan khusus yang seharusnya dimainkan oleh pengurus
dalam melaksanakan peranannya sebagai pembuat keputusan:
a) Sebagai Usahawan
Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang sebagaimana yang terdapat pada
usahawan seperti rajin, kreatif, berpandangan jauh, sanggup menerima risiko dan
amanah. Dengan adanya sifat-sifat ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi
organisasi dengan cara menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan
organisasi. Sebagai contoh pengurus memperkenalkan sistem pembayaran gaji yang
lebih baik dan adil kepada pekerja berdasarkan beban kerja dan pengalaman
kakitangan dan bukannya kepada status kakitangan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
b) Sebagai Pengawal Gangguan
Pengurus juga mesti sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam
hubungan pekerja-pekerja dalam organisasi seperti masalah dengki dan berpuak-puak
dan masalah-masalah luaran seperti kekurangan peralatan, mogok dan rusuhan.
Pengurus perlu segera menyelesaikan masalah ini agar tidak merebak dan tindakan
yang diambil juga mestilah tidak merugikan mana-mana pihak.
c) Sebagai Pengagih Sumber
Pengurus menentukan bagaimana dan kepada siapa sumber serta masa pengurus itu
akan diagihkan. Pengagihan melibatkan kewangan, peralatan dan aset-aset lain yang
terdapat dalam organisasi. Pengagihan ini mestilah dilakukan dengan adil supaya
semua pihak berpuashati. Sebagai contoh pengurus menentukan jangkamasa dan siapa
yang akan mengendalikan dalam menyiapkan satu-satu projek.
d) Sebagai Perunding
Pengurus melaksanakan peranan sebagai perunding di mana pengurus akan mewakili
organisasi atau unitnya dalam setiap perundingan yang melibatkan bidang
tanggungjawab mereka. Perundingan hanya boleh dilakukan oleh pengurus kerana
hanya pengurus yang mempunyai maklumat dan kuasa membuat perundingan. Sebagai
contoh pengurus berunding dengan kesatuan-kesatuan sekerja berkaitan dengan isu
gaji pekerja.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
AKTIVITI 2B
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikut.
Soalan esei.
2.1 Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
seseorang pengurus. Huraikan kemahiran-kemahiran tersebut.
2.2 Terangkan secara ringkas peranan utama dan khusus yang perlu dimainkan oleh
pengurus-pengurus dalam organisasi beserta dengan contoh yang sesuai.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
MAKLUM BALAS
AKTIVITI 2B
Soalan 2.1
a) Kemahiran konsep
b) Kemahiran kemanusiaan
c) Kemahiran teknikal
Soalan 2. 2
Peranan pengurus
1. Penghubung antara individu
a) Pemimpin
b) Ketua
c) Pegawai Perhubungan
2. Penyampai maklumat
a) Pengawas
b) Penyampai
c) Jurucakap
3. Pembuat Keputusan
a) Usahawan
b) Pembahagi sumber
c) Pengawal Gangguan
d) Perunding
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah sila
berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Soalan Objektif
1. Bahan mentah, peralatan adalah sumber
A. Manusia
B. Wang
C. Fizikal
D. Maklumat
E. Tiada diatas
2. Proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan sumber organisasi
untuk mencapai objektif ialah
A. Pengurusan
B. Organisasi
C. Perancangan strategik
D. Motivasi
E. Pentadbiran
4. Jawatan individu yang tergolong dalam pengurus barisan pertama termasuk
A. Presiden
B. Pengurus kilang
C. Ketua jabatan
D. Juruteknik
E. Ketua pegawai eksekutif
Soalan esei
1. Bincangkan perkaitan di antara tingkat pengurus dan jenis kemahiran utama yang
perlu dikuasai oleh pengurus.
2. Jelaskan peranan utama pengurus jabatan dalam membuat satu-satu keputusan
3. Pengurusan wujud bila wujudnya organisasi. Huraikan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI
Objektif
1. C
2. A
3. D
Esei
Soalan 1.
1. Pengurus atasan
Perlu memiliki paling banyak kemahiran konsep kerana pengurus ini perlu
merancang untuk jangkamasa panjang. Kemahiran ini juga penting untuk
menyelaraskan semua aktiviti dalam organisasi. Kemahiran yang kedua ialah
kemahiran kemanusiaan kerana pengurus perlu berkomunikasi dengan pekerja
peringkat pertengahan dan pihak luar dalam menyampaikan maklumat.
Kemahiran paling asas ialah kemahiran teknikal. Kemahiran ini penting kerana
pengurus perlu menerangkan mengenai konsep, prosedur dan alatan yang akan
digunakan.
2. Pengurus pertengahan
Pengurus ini perlu menguasai ketiga-tiga kemahiran dengan samarata. Ini adalah
disebabkan pengurus ini berada di tengah-tengah tingkat diantara pengurus atasan
dan pengurus bawahan. Mereka perlu mengimbangi kehendak kedua-dua pihak
tersebut. Kemahiran konsep diperlukan kerana mereka perlu merancang aktiviti-
aktiviti yang dirancang oleh pengurus atasan.Kemahiran kemanusiaan penting
kerana mereka perlu sentiasa berhubung dengan pengurus atasan dan pengurus
bawahan. Kemahiran teknikal penting kerana mereka akan menerangkan kepada
pengurus bawahan cara, kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh pengurus
bawahan.
3. Pengurus bawahan
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008
Menguasai paling banyak kemahiran teknikal kerana mereka merupakan pelaksana
kepada rancangan pihak atasan dan mereka merupakan pihak yang terlibat secara
langsung dengan pekerja-pekerja. Kemahiran konsep dan kemanusiaan diperlukan
untuk berhubung dengan pekerja
Soalan 2: Peranan utama pengurus jabatan dalam menbuat keputusan
1. Usahawan.
• Perlu memiliki sifat-sifat usahawan, contohnya kreatif.
• Memikirkan bagaimana memperkembangkan organisasi.
2. Pengawal ganggguan.
• Sentiasa peka dengan perubahan oraganisasi.
• Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dengan segera.
3. Pembahagi sumber
• Mengagihkan sumber-sumber dengan adil.
4. Perunding
• Mewakili organisasi dalam setiap perundingan yang melibatkan pihak
luar.
Soalan 3:
• Organisasi - definisi dan kepentingannya.
• Pengurusan-definisi dan kepentingannya.
• Pengurusan wujud bila wujudnya organisasi kerana bila terdapat lebih
daripada dua orang individu maka kumpulan tersebut perlu diuruskan
supaya aktiviti berjalan dengan lancar dan tersusun. Ini juga untuk
mengelakkan pertelagahan. Objektif juga dapat dicapai dengan cekap dan
berkesan. Pengurusan yang baik juga dapat megelakkan berlakunya
pembaziran masa, wang dan tenaga.
PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

01 bab 01 konsep dasar manajemen
01 bab 01 konsep dasar manajemen01 bab 01 konsep dasar manajemen
01 bab 01 konsep dasar manajemenahmad nawawi
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personelmonyok
 
Manajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenManajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenLee Gorgeouz
 
PPT Pengantar Manajemen
PPT Pengantar ManajemenPPT Pengantar Manajemen
PPT Pengantar ManajemenMarlinda
 
Dasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar ManajemenDasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar ManajemenAdy Setiawan
 
Chapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanChapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanWafeeqa Wafiq
 
Menerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POACMenerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POACevahaipah
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusanEmy Amiera
 
Dasar manajemen fakultas pertanian UGM
Dasar manajemen fakultas pertanian UGMDasar manajemen fakultas pertanian UGM
Dasar manajemen fakultas pertanian UGMPT. SASA
 
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'Sintya M
 
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)Jogo Hera
 
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastakonsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastanoradanisha
 
DASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMENDASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMENMOSES HADUN
 

Was ist angesagt? (20)

01 bab 01 konsep dasar manajemen
01 bab 01 konsep dasar manajemen01 bab 01 konsep dasar manajemen
01 bab 01 konsep dasar manajemen
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personel
 
Manajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenManajer dan Manajemen
Manajer dan Manajemen
 
3 pengorganisasian
3 pengorganisasian3 pengorganisasian
3 pengorganisasian
 
PPT Pengantar Manajemen
PPT Pengantar ManajemenPPT Pengantar Manajemen
PPT Pengantar Manajemen
 
Dasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar ManajemenDasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar Manajemen
 
Pengantar manajemen 0
Pengantar manajemen 0Pengantar manajemen 0
Pengantar manajemen 0
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Chapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanChapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusan
 
Menerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POACMenerapkan fungsi manajemen POAC
Menerapkan fungsi manajemen POAC
 
Pengantar manajemen lengkap
Pengantar manajemen lengkapPengantar manajemen lengkap
Pengantar manajemen lengkap
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Dasar manajemen fakultas pertanian UGM
Dasar manajemen fakultas pertanian UGMDasar manajemen fakultas pertanian UGM
Dasar manajemen fakultas pertanian UGM
 
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
 
Perbezaan pengurus dan pemimpin
Perbezaan pengurus dan pemimpinPerbezaan pengurus dan pemimpin
Perbezaan pengurus dan pemimpin
 
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
 
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastakonsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Makalah manajemen
Makalah manajemenMakalah manajemen
Makalah manajemen
 
DASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMENDASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMEN
 

Ähnlich wie MANAJEMEN ORGANISASI

1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusannoeenadheeyah
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Chenk Alie Patrician
 
12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...
12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...
12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...Resti Pujianti
 
Manajemen sebagai Pengantar
Manajemen sebagai PengantarManajemen sebagai Pengantar
Manajemen sebagai PengantarUlan SaProperti
 
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...anditaoktavia
 
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...FirinMohammad
 
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Ismania1912
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusanQaseh Rindu
 
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)klaraanitia
 
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...indri agustiani
 
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...AgungRismawan1
 
9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...
9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...
9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...RoniAnantaSuryaninda
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...FitriantoSugiono
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...FitriantoSugiono
 

Ähnlich wie MANAJEMEN ORGANISASI (20)

1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
 
12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...
12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...
12. kewirausahaan, resti pujianti, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi mana...
 
Manajemen organisasi
Manajemen organisasiManajemen organisasi
Manajemen organisasi
 
Manajemen sebagai Pengantar
Manajemen sebagai PengantarManajemen sebagai Pengantar
Manajemen sebagai Pengantar
 
Pengurusan islam
Pengurusan islamPengurusan islam
Pengurusan islam
 
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
 
Olan
OlanOlan
Olan
 
Materi ldk
Materi ldkMateri ldk
Materi ldk
 
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
 
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
 
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
 
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
 
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
 
9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...
9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...
9, wira usaha, roni ananta s, hapzi ali, enterpreneurship, universitas mercu ...
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
 
Makalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinanMakalah kepemimpinan
Makalah kepemimpinan
 

MANAJEMEN ORGANISASI

  • 1. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 PENGURUS DAN PENGURUSAN Objektif Am: • Mempelajari dan memahami perkaitan antara organisasi dan pengurusan. • Memahami jenis-jenis pengurusan, kemahiran dan peranan yang perlu mereka mainkan dalam menguruskan organisasi. Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda dapat: • Menerangkan konsep organisasi dan pengurusan. • Mendefinisikan istilah-istilah penting dalam pengurusan. • Membezakan tingkat-tingkat dan kemahiran-kemahiran pengurus dalam organisasi. • Menerangkan prinsip-prinsip dalam proses pengurusan. • Mengenalpasti peranan–peranan pengurus dalam organisasi.
  • 2. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 PENGURUS DAN PENGURUSAN Pengenalan Seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara cekap dan berkesan boleh dianggap sebagai seorang pengurus. Mereka ini tidak semestinya diberi gelaran pengurus tetapi sesiapa sahaja termasuk ibubapa, ketua-ketua jabatan, ketua unit dan manusia lain yang terlibat dalam aktiviti mencapai matlamat dengan menggunakan sumber-sumber yang tertentu adalah dianggap sebagai seorang pengurus. Sebagai contohnya ibubapa. Mereka mempunyai matlamat dalam keluarga agar ahli dalam keluarganya berjaya seperti anak-anak berjaya dalam pelajaran. Jadi mereka akan menggunakan sumber yang ada seperti wang dan keperluan lain agar dapat membantu mendidik anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran. Di sini, keluarga adalah umpama organisasi, manakala ibubapa tadi diibaratkan sebagai pengurus kerana cuba menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber wang dan keperluan lain lagi. Sebenarnya, kita tidak dapat lari daripada mengurus dan diurus. Tetapi apakah yang anda faham mengenai pengurusan? Pengurusan adalah satu bidang yang meluas dan amalan pengurusan yang diamalkan oleh setiap pengurus adalah berbeza di antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Begitu juga kalau kita lihat dalam keluarga yang berbeza, ketua keluarga iaitu ibubapa akan mentadbir dan menguruskan keluarga mengikut cara masing-masing. Contoh yang lain pula ialah bagaimana seorang Pengarah Politeknik mengurus organisasinya berbanding dengan seorang doktor yang mengurus para pesakitnya. Pengurusan dan Organisasi Pengurusan adalah aktiviti yang dijalankan oleh pengurus dalam menguruskan sumber- sumber yang terdapat dalam organisasi. Organisasi pula merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana dengan adanya organisasi kita dapat mencapai objektif hidup kita. Sebagai contoh, anda membeli pakaian di pasaraya, makan
  • 3. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 di restoran, mengeluarkan dan menyimpan wang di bank dan menghantar surat melalui pejabat pos. Ini bermakna kehidupan kita sehari-hari banyak bergantung kepada organisasi, maka pengurusan organisasi yang cekap tidak kira awam atau swasta diperlukan oleh setiap individu kerana ia dapat melancarkan lagi urusan hidup manusia. Berdasarkan contoh di atas, senaraikan lima organisasi yang anda biasa berurusan. Definisi istilah-istilah penting Pengurusan Satu proses di mana pengurus merancang, menyusun, mengarah atau memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Daripada definisi tersebut, terdapat beberapa elemen penting yang ada pada satu proses pengurusan, iaitu: a) Prinsip-prinsip pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. b) Sumber-sumber organisasi - sumber organisasi terdiri daripada manusia atau pekerja, kewangan, peralatan, maklumat, kemahiran dan bahan mentah. c) Organisasi - sekumpulan individu yang saling bekerjasama di antara satu sama lain dalam mencapai matlamat. d) Cekap - keupayaan seseorang pengurus melakukan sesuatu perkara dengan baik di mana pengurus dapat mencapai output yang maksima dan dapat meminimakan kos. Pengurus yang cekap dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi. e) Keberkesanan - pengurus dapat memilih dan melaksanakan sesuatu yang tepat dan betul dan perkara tersebut memberi faedah kepada organisasi dan mendapat hasil yang diharapkan. f) Objektif – perkara atau sasaran yang cuba dicapai oleh organisasi pada masa hadapan.
  • 4. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Tingkat atau tahap pengurus dalam organisasi Pada umumnya, pengurus menjalankan fungsi pengurusan yang sama tetapi penekanan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mereka dalam organisasi. Jenis pengurus dan cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua perkara berikut: 2.3.1 Peringkat atau tahap di dalam organisasi. 2.3.2 Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan. Pengurusan mengikut tahap atau peringkat a) Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama Pengurus pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki organisasi. Mereka bertanggungjawab secara langsung keatas tugas operasi dan kakitangan sokongan organisasi. Kakitangan di bawah kawalan mereka terdiri daripada semua kakitangan bukan pengurusan. Tanggungjawab utama mereka adalah memastikan operasi harian adalah berjalan dengan lancar Contoh pengurus ini adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani. b) Pengurus Pertengahan Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah. Mereka memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub dalam polisi dan matlamat pertubuhan. Pengurus pertengahan perlu mengimbangi keperluan penyelia di peringkat bawahan dan keupayaan pekerja bawahan. Pengurus pertengahan juga perlu mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat pertengahan adalah seperti pegawai eksekutif, pengurus cawangan dan pengurus-pengurus jabatan. c) Pengurus Atasan Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi perhubungan organisasi dengan persekitaran. Mereka juga yang merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi. Contoh bagi pengurus ini adalah seperti Ketua pegawai eksekutif, Pengarah urusan serta presiden.
  • 5. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Rajah 2.1 di bawah menunjukkan pengurusan mengikut tahap. A Atasan Pertengahan Bawahan Rajah 2.1: Tingkat pengurusan dalam organisasi Pengurusan Mengikut Aktiviti atau Fungsi Setelah kita memahami pengurusan mengikut tahap, maka kita akan mempelajari pula pengurusan mengikut aktiviti atau fungsi. Ia terbahagi kepada 2: a) Pengurus fungsi - Pengurus ini bertanggungjawab kepada satu bidang aktiviti atau satu fungsi dalam organisasi seperti pengurus pengeluaran, pengurus kewangan dan pengurus pemasaran. b) Pengurus am - Pengurus ini bertanggungjawab kepada semua bidang dalam aktiviti dalam organisasi. Pengurus ini bertanggungjawab untuk kesemua aktiviti yang berlaku. Contohnya pengurus am adalah seperti pengarah urusan dan presiden dalam sesebuah persatuan. Ciri-ciri organisasi Mempunyai identiti yang tersendiri Setiap organisasi yang dibentuk akan melambangkan identiti mereka yang tersendiri. Sebagai contoh pusat pengajian tinggi, hospital dan jabatan kerajaan. Di mana setiap organisasi ini mempunyai peranan, kemudahan, fungsi dan objektif yang tersendiri yang akan melambangkan organisasi tersebut. Mempunyai tingkat hirarki Tidak kira organisasi tersebut kecil atau besar, swasta atau kerajaan, ia mempunyai tingkat hirarki atau autoriti. Bagi organisasi yang besar ia mungkin mempunyai lebih banyak tingkat autoriti berbanding dengan organisasi yang kecil.
  • 6. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Mempunyai pembahagian kerja Dalam sesebuah organisasi, pembahagian kerja dilakukan berdasarkan jenis pekerjaan dan bahagian yang diwujudkan seperti pengeluaran, pemasaran dan kewangan. Ini adalah untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi tersebut. Sistem pengawasan dan kawalan Bagi memastikan perjalanan organisasi adalah teratur seperti yang dirancangkan, organisasi perlu mewujudkan satu sistem pengawasan dan kawalan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam organisasi. Sistem kawalan ini adalah seperti peraturan, prosedur, dasar dan polisi organisasi. Ini bagi memastikan setiap pekerja dalam organisasi mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan jelas. Proses Pengurusan Proses pengurusan melibatkan beberapa prinsip yang perlu dilaksanakan oleh seorang pengurus dalam menguruskan sesebuah organisasi bagi memastikan perjalanan organisasi adalah lancar. Prinsip-prinsip tersebut ialah: Perancangan Sebelum pihak pengurus memulakan aktiviti-aktivit organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu berkaitan dengan apa yang akan dilaksanakan. Perancangan melibatkan beberapa elemen: a) Objektif dan tujuan: Pengurus akan menetapkan dan mengenalpasti perkara yang ingin dicapai oleh organisasi tersebut selaras dengan matlamat penubuhan organisasi b) Menentukan tindakan - tindakan atau strategi yang akan dilakukan bagi mencapai objektif tersebut. Secara ringkas, perancangan merujuk kepada pengurus menetapkan apa yang akan dilakukan, objektif tindakan tersebut dan strategi yang akan diambil bagi melaksanakan tindakan tersebut. Penyusunan (Pengorganisasian) Penyusunan melibatkan kerja-kerja menstrukturkan sumber organisasi seperti sumber manusia dan bukan manusia supaya perancangan yang ditetapkan dapat dicapai. Penyusunan ini termasuklah membahagikan kerja-kerja yang akan dilakukan oleh pekerja samada mengikut aktiviti, tingkat autoriti dan penyelarasan melalui peraturan dan dasar organisasi.
  • 7. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Pengarahan dan Kepimpinan Pengurus mengamalkan prinsip pengarahan dengan memberikan panduan, bimbingan dan perangsang kepada pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Fungsi pengarahan dan kepimpinan melibatkan aktiviti mempengaruhi dan memimpin pekerja bagi mendapatkan satu tingkahlaku yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Untuk mempengaruhi pekerja, pengurus perlulah memberi dorongan, memimpin dan berkomunikasi dengan pekerja. Pengawalan Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan keputusan yang didapati dengan matlamat yang telah ditetapkan dan merancang tindakan-tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan yang berlaku. Fungsi pengawalan ini penting kerana dengan melaksanakan kawalan, akan dapat mengetahui jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dan objektif tidak dapat dicapai. Penstafan dan Perancangan Sumber Manusia Aset yang terbaik dalam organisasi adalah sumber manusia kerana sumber manusialah yang menggerakkan aktiviti organisasi. Dengan itu pengurus perlulah memikirkan siapa, di mana dan apakah yang diperlukan. Untuk menjamin kesetiaan pekerja kepada organisasi, pengurus perlu memikirkan apakah yang dapat ditawarkan oleh organisasi kepada pekerja seperti keadaan tempat kerja, ganjaran, program pembangunan diri dan penilaian prestasi pekerja. Ini adalah untuk menjamin keselesaan pekerja dalam organisasi. Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa, fungsi-fungsi pengurusan yang dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi adalah terdiri daripada perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan dan penstafan.
  • 8. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 AKTIVITI 2 A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas diakhir unit ini. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai Pengurusan merupakan satu proses dimana pengurus ______(_i_)___, _______(ii)_____, _______(iii)____,_______(iv)______dan _________(v)_____ sumber-sumber organisasi seperti_______(vi)______,_______(vii)_______,______(viii)______dan____(ix) untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengurusan organisasi yang cekap diperlukan samada organisasi tersebut organisasi ________(x)_______atau____(xi)_______. Pengurus–pengurus disusun mengikut tiga lapisan iaitu ______(xii)___________, _________(xiii)_____ dan ____(xiv)_________. Ketua jabatan adalah contoh pengurus ____________(xv)__________. ________(xvi)_____________ ialah pengurus yang bertanggung jawab untuk semua bidang aktiviti dalam organisasi.
  • 9. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 2A i) Merancang ii) Menyusun iii) Mengarah iv) Mengawal v) Memimpin vi) Maklumat vii) Perkerja viii) Peralatan ix)Kewangan x) Swasta xi)Kerajaan xii) Atasan xiii) Pertengahan xiv) Bawahan xv) Pengurus Atasan xvi) Pengurus Am
  • 10. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Jenis Kemahiran Dalam Pengurusan Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga jenis kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh seorang pengurus. Kemahiran ini terdiri daripada berikut: KemahiranTeknik Kebolehan menggunakan peralatan, peraturan dan prosedur dan teknik dalam sesuatu pekerjaan atau bidang, kemahiran asas yang membantu pengurus memahami bagaimana kerja-kerja tersebut dilakukan. Kemahiran Kemanusiaan Kebolehan bekerja dengan memahami dan merangsang orang lain. Perhubungan sosial dan individu antara pengurus dengan pekerja agar dapat menjadi teladan kepada mereka agar berupaya menjadi ikutan orang lain. Kemahiran Konsep Kebolehan atau keupayaan pengurus untuk memikir dan menyelaras serta mencampurkan kegiatan unit yang berbeza. Keupayaan melihat secara keseluruhan unit dalam organisasi dan perkaitannya antara satu sama lain. Membolehkan pengurus mengambilkira kesemua kepentingan organisasi. Kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah seperti kemahiran berkomunikasi di mana seorang pengurus perlu tahu cara untuk berkomunikasi dengan para pekerja bagi merapatkan perhubungan dengan pekerja. Kemahiran dalam membuat keputusan juga penting kerana pengurus perlu banyak membuat keputusan–keputusan penting bagi organisasi. Keputusan yang dibuat oleh pengurus akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan. Kemahiran-kemahiran ini boleh dikaitkan dengan tahap atau tingkat pengurusan dalam organisasi bagi menentukan anggaran masa dan tenaga yang digunakan oleh seseorang pengurus. Peranan Pengurus Terdapat tiga peranan utama dan sepuluh peranan khusus yang dimainkan oleh pengurus mengikut Henry Mintzberg (Ivancevich et al. 1997). Peranan Antara Perorangan atau Penghubung Antara Individu
  • 11. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Peranan ini melihat pengurus sebagai seorang yang membantu mewujudkan dan membina perhubungan yang baik di antara pengurus sesama pengurus dan pengurus dengan pekerja. Terdapat tiga peranan khusus dalam melaksanakan tugas sebagai penghubung antara individu: a) Sebagai Ketua atau Orang Terpenting Apabila pengurus dilantik sebagai ketua jabatan, ketua organisasi atau ketua cawangan, mereka merupakan individu yang berkedudukan memimpin individu yang lain dan sentiasa diperlukan oleh pekerja dalam setiap majlis atau aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi. Dengan adanya penglibatan ketua ini, akan merapatkan lagi perhubungan individu-individu yang lain dalam organisasi. Walaupun peranan ini tidak melibatkan keputusan atau perkara yang penting tetapi ia penting bagi mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang dihormati. Sebagai contoh pengurus menghadiri majlis-majlis perasmian, menghadiri mesyuarat, melayani tetamu dan majlis perkahwinan pekerja-pekerja. b) Sebagai Pemimpin Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong, memotivasi dan mengalakkan pekerja untuk bekerja. Dalam melaksanakan peranan ini pengurus perlu sentiasa bekerja dan berusaha untuk memperbaiki prestasi pekerja, mengurangkan konflik dan memberi Maklum balas terhadap prestasi pekerja. Pengurus juga perlu melaksanakan aktiviti pengawalan bagi memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar c) Sebagai Pegawai Perhubungan Pengurus juga perlu mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar organisasi. Pengurus perlu berinteraksi dengan pengurus dan pihak lain seperti pembekal dan pelanggan. Penyebar Maklumat Pengurus sebagai penyebar maklumat berfungsi sebagai individu yang menerima dan menghantar maklumat kepada pekerja. a) Sebagai Pengawas Pengurus berperanan untuk mencari maklumat-maklumat di persekitaran dalaman dan luaran organisasi mengenai isu-isu semasa, perubahan, peluang dan masalah yang boleh memberi kesan kepada organisasi. Dengan adanya maklumat ini akan dapat membantu organisasi untuk bersaing dengan organisasi yang lain. Pengurus boleh
  • 12. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 mendapat maklumat semasa menghadiri seminar, persidangan ataupun dalam komunikasi secara tidak langsung. Contohnya maklumat mengenai perubahan fesyen remaja boleh didapati melalui pemerhatian terhadap cara remaja berpakaian ataupun melalui majalah-majalah remaja. Ini dapat membantu pengurus mengeluarkan pakaian yang menepati citarasa remaja. b) Penyebar atau Penyampai Peranan ini merujuk kepada pengurus bertindak untuk menyampaikan semua maklumat yang diperolehi kepada semua individu yang memerlukan maklumat tersebut. Maklumat-maklumat ini mestilah ditapis dahulu oleh pengurus untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah yang tepat dan boleh digunakan oleh pekerja. Maklumat yang disampaikan mungkin merupakan maklumat daripada pihak luar yang perlu disampaikan kepada unit-unit yang ada dalam organisasi ataupun maklumat tersebut maklumat yang didapati daripada pekerja dalam organisasi dan disampaikan kepada pekerja yang lain yang mungkin memerlukan maklumat tersebut. c) Sebagai Jurucakap Peranan jurucakap adalah berkaitan dengan aktiviti menyampaikan sebahagian maklumat kepada mereka yang berada diluar daripada unitnya. Penyampaian maklumat ini mungkin terdiri dari dasar, rancangan tindakan dan keputusan organisasi. Contoh penyebaran maklumat dalaman adalah seperti isu tuntutan gaji pekerja kepada pihak majikan. Manakala penyebaran maklumat luaran ialah seperti pengurus memberi pandangan kepada pihak luar mengenai sesuatu isu seperti kenaikan gaji pekerja. Dengan kata lain pengurus mewakili organisasi dalam menyebarkan maklumat bagi organisasi. Sebagai Pembuat Keputusan Membuat keputusan adalah satu peranan penting yang seharusnya dilakukan oleh pengurus dengan bijak berkaitan dengan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam organisasi. Terdapat empat peranan khusus yang seharusnya dimainkan oleh pengurus dalam melaksanakan peranannya sebagai pembuat keputusan: a) Sebagai Usahawan Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang sebagaimana yang terdapat pada usahawan seperti rajin, kreatif, berpandangan jauh, sanggup menerima risiko dan amanah. Dengan adanya sifat-sifat ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi organisasi dengan cara menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan organisasi. Sebagai contoh pengurus memperkenalkan sistem pembayaran gaji yang lebih baik dan adil kepada pekerja berdasarkan beban kerja dan pengalaman kakitangan dan bukannya kepada status kakitangan.
  • 13. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 b) Sebagai Pengawal Gangguan Pengurus juga mesti sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hubungan pekerja-pekerja dalam organisasi seperti masalah dengki dan berpuak-puak dan masalah-masalah luaran seperti kekurangan peralatan, mogok dan rusuhan. Pengurus perlu segera menyelesaikan masalah ini agar tidak merebak dan tindakan yang diambil juga mestilah tidak merugikan mana-mana pihak. c) Sebagai Pengagih Sumber Pengurus menentukan bagaimana dan kepada siapa sumber serta masa pengurus itu akan diagihkan. Pengagihan melibatkan kewangan, peralatan dan aset-aset lain yang terdapat dalam organisasi. Pengagihan ini mestilah dilakukan dengan adil supaya semua pihak berpuashati. Sebagai contoh pengurus menentukan jangkamasa dan siapa yang akan mengendalikan dalam menyiapkan satu-satu projek. d) Sebagai Perunding Pengurus melaksanakan peranan sebagai perunding di mana pengurus akan mewakili organisasi atau unitnya dalam setiap perundingan yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka. Perundingan hanya boleh dilakukan oleh pengurus kerana hanya pengurus yang mempunyai maklumat dan kuasa membuat perundingan. Sebagai contoh pengurus berunding dengan kesatuan-kesatuan sekerja berkaitan dengan isu gaji pekerja.
  • 14. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 AKTIVITI 2B Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikut. Soalan esei. 2.1 Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pengurus. Huraikan kemahiran-kemahiran tersebut. 2.2 Terangkan secara ringkas peranan utama dan khusus yang perlu dimainkan oleh pengurus-pengurus dalam organisasi beserta dengan contoh yang sesuai.
  • 15. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 MAKLUM BALAS AKTIVITI 2B Soalan 2.1 a) Kemahiran konsep b) Kemahiran kemanusiaan c) Kemahiran teknikal Soalan 2. 2 Peranan pengurus 1. Penghubung antara individu a) Pemimpin b) Ketua c) Pegawai Perhubungan 2. Penyampai maklumat a) Pengawas b) Penyampai c) Jurucakap 3. Pembuat Keputusan a) Usahawan b) Pembahagi sumber c) Pengawal Gangguan d) Perunding
  • 16. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Soalan Objektif 1. Bahan mentah, peralatan adalah sumber A. Manusia B. Wang C. Fizikal D. Maklumat E. Tiada diatas 2. Proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan sumber organisasi untuk mencapai objektif ialah A. Pengurusan B. Organisasi C. Perancangan strategik D. Motivasi E. Pentadbiran 4. Jawatan individu yang tergolong dalam pengurus barisan pertama termasuk A. Presiden B. Pengurus kilang C. Ketua jabatan D. Juruteknik E. Ketua pegawai eksekutif Soalan esei 1. Bincangkan perkaitan di antara tingkat pengurus dan jenis kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pengurus. 2. Jelaskan peranan utama pengurus jabatan dalam membuat satu-satu keputusan 3. Pengurusan wujud bila wujudnya organisasi. Huraikan.
  • 17. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Objektif 1. C 2. A 3. D Esei Soalan 1. 1. Pengurus atasan Perlu memiliki paling banyak kemahiran konsep kerana pengurus ini perlu merancang untuk jangkamasa panjang. Kemahiran ini juga penting untuk menyelaraskan semua aktiviti dalam organisasi. Kemahiran yang kedua ialah kemahiran kemanusiaan kerana pengurus perlu berkomunikasi dengan pekerja peringkat pertengahan dan pihak luar dalam menyampaikan maklumat. Kemahiran paling asas ialah kemahiran teknikal. Kemahiran ini penting kerana pengurus perlu menerangkan mengenai konsep, prosedur dan alatan yang akan digunakan. 2. Pengurus pertengahan Pengurus ini perlu menguasai ketiga-tiga kemahiran dengan samarata. Ini adalah disebabkan pengurus ini berada di tengah-tengah tingkat diantara pengurus atasan dan pengurus bawahan. Mereka perlu mengimbangi kehendak kedua-dua pihak tersebut. Kemahiran konsep diperlukan kerana mereka perlu merancang aktiviti- aktiviti yang dirancang oleh pengurus atasan.Kemahiran kemanusiaan penting kerana mereka perlu sentiasa berhubung dengan pengurus atasan dan pengurus bawahan. Kemahiran teknikal penting kerana mereka akan menerangkan kepada pengurus bawahan cara, kaedah dan teknik yang akan digunakan oleh pengurus bawahan. 3. Pengurus bawahan
  • 18. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Menguasai paling banyak kemahiran teknikal kerana mereka merupakan pelaksana kepada rancangan pihak atasan dan mereka merupakan pihak yang terlibat secara langsung dengan pekerja-pekerja. Kemahiran konsep dan kemanusiaan diperlukan untuk berhubung dengan pekerja Soalan 2: Peranan utama pengurus jabatan dalam menbuat keputusan 1. Usahawan. • Perlu memiliki sifat-sifat usahawan, contohnya kreatif. • Memikirkan bagaimana memperkembangkan organisasi. 2. Pengawal ganggguan. • Sentiasa peka dengan perubahan oraganisasi. • Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dengan segera. 3. Pembahagi sumber • Mengagihkan sumber-sumber dengan adil. 4. Perunding • Mewakili organisasi dalam setiap perundingan yang melibatkan pihak luar. Soalan 3: • Organisasi - definisi dan kepentingannya. • Pengurusan-definisi dan kepentingannya. • Pengurusan wujud bila wujudnya organisasi kerana bila terdapat lebih daripada dua orang individu maka kumpulan tersebut perlu diuruskan supaya aktiviti berjalan dengan lancar dan tersusun. Ini juga untuk mengelakkan pertelagahan. Objektif juga dapat dicapai dengan cekap dan berkesan. Pengurusan yang baik juga dapat megelakkan berlakunya pembaziran masa, wang dan tenaga.
  • 19. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008