Serangga merupakan haiwan yang paling berjaya menduduki dunia dengan 75% menghuni bumi. Serangga mempunyai tiga bahagian utama iaitu kepala, toraks dan abdomen. Serangga memainkan peranan penting sebagai parasit, pemangsa, pendebungga tanaman, vektor penyakit serta menyebabkan kerugian hasil tanaman melalui aktiviti seperti pemakanan, pengorekan dan hisapan sap tumbuhan.