SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
2
1.1 PENILAIAN KESESUAIAN KAEDAH DAN STRATEGI UNTUK PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL BEBERAPA TAJUK/NILAI
DALAM DSKP PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH
1.1.1 KAEDAH
Menurut Abdullah Zhidi dan Mahdi Shuib (2016), kaedah mengajar ialah suatu
siri tindakan yang tersusun dan mengikut prosedur dalam usaha mencapai sesuatu
matlamat. Dalam erti kata lain, ia membawa maksud cara atau langkah yang telah
dirancang oleh seseorang guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan. Beberapa contoh kaedah mengajar dalam Pendidikan Moral iaitu bermain,
bercerita, lakonan, simulasi, lawatan, kaedah berasaskan projek dan sebagainya.
Kesesuaian kaedah mengajar harus bergantung kepada isi pelajaran, latar
belakang murid dan kesediaan bilik darjah (Mok Soon Sang, 2010). Dalam mengajar
Pendidikan Moral, guru-guru harus bijak mempraktikkan kaedah yang sesuaimengikut
topik-topik berkaitan. Hal ini kerana pemilihan kaedah yang tepat akan memberikan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid dan guru akan
berjaya mencapai objektif pembelajaran.
KAEDAH LAWATAN
Kaedah yang pertama ialah kaedah lawatan, iaitu mengunjungi sesuatutempat
sambil belajar. Kaedah ini memberikan ruang kepada penerokaan secara terus
kepada murid-murid kerana murid-murid berpeluang merasai, menyentuh, melihat
sesuatu perkara (Mok Soon Sang, 2010). Melalui pengalaman tersebut, murid-murid
dapat menajamkan pemerhatian, kemahiran menyelidiki serta merekodkan dapatan
mereka. Menurut kajian Mohamad Johdi dan Ariegusrini (2009), pengalaman langsung
ini bukan sahaja menarik, namun turut dapat memupuk keyakinan diri, kepimpinan,
sifat kerjasama dan membina budaya persahabatan.
Kaedah lawatan sesuai dilaksanakan untuk DSKP Tahun 4: nilai Kepercayaan
kepada Tuhan, Standard Kandungan 1.1 (Menghormati Amalan Beribadat Pelbagai
Agama dan Kepercayaan Jiran). Guru Pendidikan Moral boleh menganjurkan lawatan
ke salah satu rumah ibadat yang terdekat dengan kawasan sekolah. Dengan adanya
pendedahan secara terus ini, murid-murid akan menyedari kepentingan menghormati
amalan ibadat agama dan kepercayaan jiran mereka. Murid-murid akan memahami
bahawa setiap agama dan kepercayaan mengamalkan amalan ibadat yang berlainan.
3
Selain itu, kaedah lawatan juga sesuai untuk mengajarkan nilai Kasih Sayang
dalam DSKP Tahun 6, di bawah Standard Kandungan 7.1 (Menyayangi Alam Sekitar
untuk Menjamin Kesejahteraan Negara). Lawatan boleh dijalankan ke sungai-sungai
semula jadi, hutan simpan dan sebagainya. Tempat-tempat yang menyajikan
keindahan alam ciptaan Tuhan akan membuatkan murid-murid menghayati
kepentingan menjaga alam sekitar dengan baik. Maka, mereka akan berusaha
menjadi individu yang sentiasa menjaga alam sekeliling mereka.
KAEDAH LAKONAN
Kaedah yang seterusnya ialah lakonan yang mengintegrasikan kemahiran
komunikasi lisan dan bukan lisan, kinestetik dan kemahiran berfikir. Mahzan Arsad
(2008) mengatakan bahawa kaedah lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran
memupuk kemahiran bertutur dan interpersonal murid-murid.Sehubungan dengan itu,
apabila berlakon, murid-murid berlatih menyebut perkataan atau ayat yang panjang.
Selain itu, murid-murid mempraktikkan kemahiran bergaul dengan rakan-rakan
apabila mereka bekerjasama menjayakan lakonan mereka. Mereka juga secara tidak
langsung menerapkan nilai-nilai yang baik ketika perbincangan.
Oleh itu, kaedah ini sesuai untuk penerapan nilai-nilai murni dalam DSKP
seperti kasih sayang, baik hati, hemah tinggi, toleransi, kerjasama, hormat, kejujuran
dan bertanggungjawab. Nilai-nilai murni ini sebenarnya harus disemai dengan
memberikan peluang secara langsung kepada murid-murid untuk
mengaplikasikannya. Misalnya, guru meminta murid-murid melakonkan situasi
bagaimana menghormati kedua-dua ibu bapa mereka. Dengan bertindak sebagai
watak, mereka sebenarnya mempraktikkan ilmu dan nilai yang mereka ada. Mereka
akan memahamibahawa dalam situasi yang sama pada masahadapan, mereka akan
melakukan perkara yang sama.
KAEDAH BERCERITA
Di samping kaedah lawatan dan lakonan, kaedah bercerita turut dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Menurut
seorang pensyarah bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Alias
Sidek (2014), kaedah bercerita masih lagi relevan dan sesuai digunakan masa kini.
Hal ini kerana ia sesuai dijalankan di dalam atau luar kelas, di samping boleh
dilaksanakan tanpa bahan bantu mengajar. Yang penting ialah kaedah ini
4
membolehkan penglibatan aktif murid-murid semasa dan selepas sesi bercerita.
Murid-murid boleh diminta untuk bertindak seperti watak-watak yang diceritakan dan
selepas itu guru boleh menanyakan soalan pemahaman mengenai cerita tersebut.
Dalam Pendidikan Moral, kaedah bercerita boleh dijalankan oleh guru dengan
mengaitkan tajuk atau nilai dengan cerita-cerita kanak-kanak yang terkenal.
Contohnya, apabila guru mengajarkan nilai Kesederhanaan dalam DSKP Tahun 1,
guru boleh bercerita mengenai kisah ‘Anjing yang Tamak’ untuk menyampaikan
pengajaran dalam kisah tersebut. Usai sesibercerita, guru boleh menanyakan kepada
murid-murid mengenai apa yang mereka faham, pelajari, pengajaran yang diperolehi.
Di samping itu, guru boleh menggunakan ilustrasi, kostum, iringin muzik berkaitan
sebagai bahan tambahan untuk memantapkan lagi penceritaan.
1.1.2 STRATEGI
Strategi merupakan rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai
faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan, 2010). Rancangan
yang teratur ini ialah langkah-langkah mengajar ini merupakan usaha guru dalam
mencapai objektif pembelajaran. Guru memilih dan merancang pelaksanaan strategi
yang bersesuaian mengikut topik agar murid-murid memperolehi pengetahuan,
kemahiran dengan baik. DSKP Pendidikan Moral telah memperuntukkan empat
strategi utama dalam mata pelajaran ini iaitu pembelajaran aktif, pembelajaran
penyelesaian masalah, pembelajaran khidmat masyarakat dan pembelajaran
berasaskan projek.
PEMBELAJARAN KHIDMAT MASYARAKAT
Merujuk kepada DSKP Pendidikan Moral, matlamat utama strategi ini ialah
menggiatkan murid untuk menyertai aktiviti atau projek komuniti setempat. Murid-
murid akan dibawa untuk menyertai aktiviti komuniti seperti gotong-royong, sukan
rakyat, melawat ke rumah anak yatim atau rumah orang tua dan sebagainya. Strategi
ini amat sesuai dijalankan untuk mendedahkan murid-murid kepada masyarakat luar
agar mereka mengetahui akan cara-cara menjadi ahli masyarakat yang baik. Murid-
murid dapat mengaplikasikan model insan menyeluruh, belajar cara bergaul atau
berinteraksi dengan orang ramai di samping memupuk hubungan yang erat dengan
komuniti setempat.
5
Di samping itu, aktiviti khidmat masyarakat mengasah bakat kepimpinan dan
kesediaan menggalas tanggungjawab murid-murid. Mereka akan bertindak sebagai
individu yang memainkan peranan penting ke atas diri mereka dan pengurusan aktiviti
tersebut. Mereka akan belajar untuk mengurus diri dan ahli kumpulan atau kelas dan
akhirnya melaksanakan tugasan dengan sempurna. Proses ini akan dapat
mematangkan fikiran dan tindakan mereka (Salehudin, 2012).
Strategi ini bersesuaian dengan topik-topik dalam DSKP Tahun 5 yang
menekankan penglibatan diri bersama masyarakat setempat. Dalam DSKP Tahun 5,
murid-murid dipupuk dengan 14 nilai utama yang diterapkan dalam situasi hidup
bermasyarakat. Sebagai contoh DSKP Tahun 5, Standard Kandungan 3.1 Melibatkan
Diri Dalam Aktiviti Masyarakat Setempat untuk nilai Bertanggungjawab. Guru mata
pelajaran boleh mengadakan kolaborasi atau partnership bersama ketua masyarakat
atau Ketua Kampung berdekatan sekolah untuk mengadakan aktiviti seperti
membersihkan kawasan sekitar kampung, mengecat balai raya dan sebagainya.
PEMBELAJARAN AKTIF
Pelaksanaan utama strategi pembelajaran aktif ialah murid-murid dilibatkan
sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan atau kelas sama ada hands-on atau minds-
on (Shahabuddin, Rohizani dan Mohd Zohir, 2007). Penglibatan murid dilakukan
dengan memberikan tajuk perbincangan atau kerja kumpulan kecil seperti simulasi,
main peranan dan sebagainya. Tambahan lagi, aktiviti sumbang saran juga
merupakan salah satu pembelajaran aktif kerana murid diberikan peluang untuk
mengutarakan idea masing-masing mengenai sesuatu topik.
Pembelajaran aktif diaplikasikan apabila guru menginginkan setiap murid untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti atau tugasan. Topik-topik yang agak berat
sebagaimana yang terdapat dalam DSKP Tahun 6 boleh dipelajari dengan strategi ini.
Konteks kenegaraan merupakan satu bidang yang agak sukar kerana ia merangkumi
pemahaman yang jitu dan penyemaian nilai kewarganegaraan yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru
Pendidikan Moral boleh menyediakan lembaran kerja yang akan mengasah pemikiran
murid-murid. Selepas itu, murid-murid diminta untuk mengutarakan jawapan atau idea
masing-masing dalam perbincangan agar mereka saling memberikan maklum balas
antara satu sama lain. Jawapan yang salah juga dapat dibetulkan bersama-sama.
Murid-murid akan merasakan dirinya mempunyai tanggungjawab kepada rakan-rakan
6
yang lain, iaitu membantu rakan yang tidak dapat mengikuti pembelajaran (Nor Hasliza
Mohamed, 2012).
PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH
Pembelajaran penyelesaian masalah merupakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang merangsang penaakulan moral murid-murid. Menurut Salhah
(2008), penyelesaian masalah memerlukan murid-murid menggunakan prinsip atau
teori yang telah mereka pelajari, kemahiran serta proses pemikiran. Melalui strategi
ini, mereka akan memikirkan jalan penyelesaian kepada sesuatu isu atau dilema,
kemudian memahami rasional dan logiknya keputusan atau tindakan tersebut.
Dalam strategi ini, peranan utama guru ialah menyediakan dilema moral yang
universal atau berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Dilema moral yang
diberikan haruslah dapat diselesaikan dengan satu atau lebih cara (Azis dan Noraini,
2008). Guru haruslah memberikan dilema moral yang mempunyai lebih daripada satu
cara penyelesaian supaya kepelbagaian jawapan wujud di antara murid-murid.
Sekiranya terdapat sekatan jawapan, murid-murid akan terasa dikongkong dan terikat
dengan jalan penyelesaian tersebut. Antara dilema moral yang boleh diketengahkan
kepada murid-murid ialah yang melibatkan nilai-nilai murni seperti kejujuran,
bertanggungjawab, hemah tinggi, kepercayaan kepada Tuhan dan sebagainya seperti
yang terdapat dalam DSKP Pendidikan Moral.
1.2 RUMUSAN
Kesimpulannya, jelaskan bahawa perancangan yang teliti dalam pemilihan
kaedah dan strategi mengajar amatlah penting. Setiap guru harus menyedari betapa
besarnya peranan mereka dalam memilih kaedah dan strategi yang betul agar murid-
murid dapat mencapai hasil pembelajaran dengan sempurna. Tambahan lagi, guru
harus bijak mengaplikasikan kaedah dan strategi mengajar berdasarkan kepada topik
atau tajuk yang sesuai supaya isi kandungan yang disampaikan diterima sepenuhnya
oleh murid-murid.
(1517 patah perkataan)

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Irwan Nazarudin
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Hamidah Budi
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
dimidur
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
ronita67
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
dimidur
 

Was ist angesagt? (20)

Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Sistem Akhlak Dalam Islam
Sistem Akhlak Dalam IslamSistem Akhlak Dalam Islam
Sistem Akhlak Dalam Islam
 

Ähnlich wie Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Beberapa Tajuk dalam DSKP

PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
Wan Nor Faezah
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
MUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
SH Loh
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
firo HAR
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Tengku Anis
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Noormawati Che Azmi
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
L Adul Lalut Adul
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
PBK0619MohamadAkmalB
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Cma Usin
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
sk zainab 2
 

Ähnlich wie Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Beberapa Tajuk dalam DSKP (20)

PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
K7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pK7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-p
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
1 alam belajar
1 alam belajar1 alam belajar
1 alam belajar
 

Mehr von Santa Barbara

ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
Santa Barbara
 

Mehr von Santa Barbara (13)

PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESANPENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN
 
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu BringinPerancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
Perancangan Semester Aktviti Pandu Puteri Tunas Tahun Empat SK Munggu Bringin
 
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN BERFIKIR
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
PERANAN IBU BAPA, RAKAN SEBAYA DAN SEKOLAH SEBAGAI AGEN MORAL
 
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA  ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
ANALISIS KONSEP DAN NILAI MURNI PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 

Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Beberapa Tajuk dalam DSKP

  • 1. 2 1.1 PENILAIAN KESESUAIAN KAEDAH DAN STRATEGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL BEBERAPA TAJUK/NILAI DALAM DSKP PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH 1.1.1 KAEDAH Menurut Abdullah Zhidi dan Mahdi Shuib (2016), kaedah mengajar ialah suatu siri tindakan yang tersusun dan mengikut prosedur dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Dalam erti kata lain, ia membawa maksud cara atau langkah yang telah dirancang oleh seseorang guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Beberapa contoh kaedah mengajar dalam Pendidikan Moral iaitu bermain, bercerita, lakonan, simulasi, lawatan, kaedah berasaskan projek dan sebagainya. Kesesuaian kaedah mengajar harus bergantung kepada isi pelajaran, latar belakang murid dan kesediaan bilik darjah (Mok Soon Sang, 2010). Dalam mengajar Pendidikan Moral, guru-guru harus bijak mempraktikkan kaedah yang sesuaimengikut topik-topik berkaitan. Hal ini kerana pemilihan kaedah yang tepat akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid dan guru akan berjaya mencapai objektif pembelajaran. KAEDAH LAWATAN Kaedah yang pertama ialah kaedah lawatan, iaitu mengunjungi sesuatutempat sambil belajar. Kaedah ini memberikan ruang kepada penerokaan secara terus kepada murid-murid kerana murid-murid berpeluang merasai, menyentuh, melihat sesuatu perkara (Mok Soon Sang, 2010). Melalui pengalaman tersebut, murid-murid dapat menajamkan pemerhatian, kemahiran menyelidiki serta merekodkan dapatan mereka. Menurut kajian Mohamad Johdi dan Ariegusrini (2009), pengalaman langsung ini bukan sahaja menarik, namun turut dapat memupuk keyakinan diri, kepimpinan, sifat kerjasama dan membina budaya persahabatan. Kaedah lawatan sesuai dilaksanakan untuk DSKP Tahun 4: nilai Kepercayaan kepada Tuhan, Standard Kandungan 1.1 (Menghormati Amalan Beribadat Pelbagai Agama dan Kepercayaan Jiran). Guru Pendidikan Moral boleh menganjurkan lawatan ke salah satu rumah ibadat yang terdekat dengan kawasan sekolah. Dengan adanya pendedahan secara terus ini, murid-murid akan menyedari kepentingan menghormati amalan ibadat agama dan kepercayaan jiran mereka. Murid-murid akan memahami bahawa setiap agama dan kepercayaan mengamalkan amalan ibadat yang berlainan.
  • 2. 3 Selain itu, kaedah lawatan juga sesuai untuk mengajarkan nilai Kasih Sayang dalam DSKP Tahun 6, di bawah Standard Kandungan 7.1 (Menyayangi Alam Sekitar untuk Menjamin Kesejahteraan Negara). Lawatan boleh dijalankan ke sungai-sungai semula jadi, hutan simpan dan sebagainya. Tempat-tempat yang menyajikan keindahan alam ciptaan Tuhan akan membuatkan murid-murid menghayati kepentingan menjaga alam sekitar dengan baik. Maka, mereka akan berusaha menjadi individu yang sentiasa menjaga alam sekeliling mereka. KAEDAH LAKONAN Kaedah yang seterusnya ialah lakonan yang mengintegrasikan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan, kinestetik dan kemahiran berfikir. Mahzan Arsad (2008) mengatakan bahawa kaedah lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran memupuk kemahiran bertutur dan interpersonal murid-murid.Sehubungan dengan itu, apabila berlakon, murid-murid berlatih menyebut perkataan atau ayat yang panjang. Selain itu, murid-murid mempraktikkan kemahiran bergaul dengan rakan-rakan apabila mereka bekerjasama menjayakan lakonan mereka. Mereka juga secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai yang baik ketika perbincangan. Oleh itu, kaedah ini sesuai untuk penerapan nilai-nilai murni dalam DSKP seperti kasih sayang, baik hati, hemah tinggi, toleransi, kerjasama, hormat, kejujuran dan bertanggungjawab. Nilai-nilai murni ini sebenarnya harus disemai dengan memberikan peluang secara langsung kepada murid-murid untuk mengaplikasikannya. Misalnya, guru meminta murid-murid melakonkan situasi bagaimana menghormati kedua-dua ibu bapa mereka. Dengan bertindak sebagai watak, mereka sebenarnya mempraktikkan ilmu dan nilai yang mereka ada. Mereka akan memahamibahawa dalam situasi yang sama pada masahadapan, mereka akan melakukan perkara yang sama. KAEDAH BERCERITA Di samping kaedah lawatan dan lakonan, kaedah bercerita turut dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Menurut seorang pensyarah bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Alias Sidek (2014), kaedah bercerita masih lagi relevan dan sesuai digunakan masa kini. Hal ini kerana ia sesuai dijalankan di dalam atau luar kelas, di samping boleh dilaksanakan tanpa bahan bantu mengajar. Yang penting ialah kaedah ini
  • 3. 4 membolehkan penglibatan aktif murid-murid semasa dan selepas sesi bercerita. Murid-murid boleh diminta untuk bertindak seperti watak-watak yang diceritakan dan selepas itu guru boleh menanyakan soalan pemahaman mengenai cerita tersebut. Dalam Pendidikan Moral, kaedah bercerita boleh dijalankan oleh guru dengan mengaitkan tajuk atau nilai dengan cerita-cerita kanak-kanak yang terkenal. Contohnya, apabila guru mengajarkan nilai Kesederhanaan dalam DSKP Tahun 1, guru boleh bercerita mengenai kisah ‘Anjing yang Tamak’ untuk menyampaikan pengajaran dalam kisah tersebut. Usai sesibercerita, guru boleh menanyakan kepada murid-murid mengenai apa yang mereka faham, pelajari, pengajaran yang diperolehi. Di samping itu, guru boleh menggunakan ilustrasi, kostum, iringin muzik berkaitan sebagai bahan tambahan untuk memantapkan lagi penceritaan. 1.1.2 STRATEGI Strategi merupakan rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan, 2010). Rancangan yang teratur ini ialah langkah-langkah mengajar ini merupakan usaha guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Guru memilih dan merancang pelaksanaan strategi yang bersesuaian mengikut topik agar murid-murid memperolehi pengetahuan, kemahiran dengan baik. DSKP Pendidikan Moral telah memperuntukkan empat strategi utama dalam mata pelajaran ini iaitu pembelajaran aktif, pembelajaran penyelesaian masalah, pembelajaran khidmat masyarakat dan pembelajaran berasaskan projek. PEMBELAJARAN KHIDMAT MASYARAKAT Merujuk kepada DSKP Pendidikan Moral, matlamat utama strategi ini ialah menggiatkan murid untuk menyertai aktiviti atau projek komuniti setempat. Murid- murid akan dibawa untuk menyertai aktiviti komuniti seperti gotong-royong, sukan rakyat, melawat ke rumah anak yatim atau rumah orang tua dan sebagainya. Strategi ini amat sesuai dijalankan untuk mendedahkan murid-murid kepada masyarakat luar agar mereka mengetahui akan cara-cara menjadi ahli masyarakat yang baik. Murid- murid dapat mengaplikasikan model insan menyeluruh, belajar cara bergaul atau berinteraksi dengan orang ramai di samping memupuk hubungan yang erat dengan komuniti setempat.
  • 4. 5 Di samping itu, aktiviti khidmat masyarakat mengasah bakat kepimpinan dan kesediaan menggalas tanggungjawab murid-murid. Mereka akan bertindak sebagai individu yang memainkan peranan penting ke atas diri mereka dan pengurusan aktiviti tersebut. Mereka akan belajar untuk mengurus diri dan ahli kumpulan atau kelas dan akhirnya melaksanakan tugasan dengan sempurna. Proses ini akan dapat mematangkan fikiran dan tindakan mereka (Salehudin, 2012). Strategi ini bersesuaian dengan topik-topik dalam DSKP Tahun 5 yang menekankan penglibatan diri bersama masyarakat setempat. Dalam DSKP Tahun 5, murid-murid dipupuk dengan 14 nilai utama yang diterapkan dalam situasi hidup bermasyarakat. Sebagai contoh DSKP Tahun 5, Standard Kandungan 3.1 Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Masyarakat Setempat untuk nilai Bertanggungjawab. Guru mata pelajaran boleh mengadakan kolaborasi atau partnership bersama ketua masyarakat atau Ketua Kampung berdekatan sekolah untuk mengadakan aktiviti seperti membersihkan kawasan sekitar kampung, mengecat balai raya dan sebagainya. PEMBELAJARAN AKTIF Pelaksanaan utama strategi pembelajaran aktif ialah murid-murid dilibatkan sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan atau kelas sama ada hands-on atau minds- on (Shahabuddin, Rohizani dan Mohd Zohir, 2007). Penglibatan murid dilakukan dengan memberikan tajuk perbincangan atau kerja kumpulan kecil seperti simulasi, main peranan dan sebagainya. Tambahan lagi, aktiviti sumbang saran juga merupakan salah satu pembelajaran aktif kerana murid diberikan peluang untuk mengutarakan idea masing-masing mengenai sesuatu topik. Pembelajaran aktif diaplikasikan apabila guru menginginkan setiap murid untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti atau tugasan. Topik-topik yang agak berat sebagaimana yang terdapat dalam DSKP Tahun 6 boleh dipelajari dengan strategi ini. Konteks kenegaraan merupakan satu bidang yang agak sukar kerana ia merangkumi pemahaman yang jitu dan penyemaian nilai kewarganegaraan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru Pendidikan Moral boleh menyediakan lembaran kerja yang akan mengasah pemikiran murid-murid. Selepas itu, murid-murid diminta untuk mengutarakan jawapan atau idea masing-masing dalam perbincangan agar mereka saling memberikan maklum balas antara satu sama lain. Jawapan yang salah juga dapat dibetulkan bersama-sama. Murid-murid akan merasakan dirinya mempunyai tanggungjawab kepada rakan-rakan
  • 5. 6 yang lain, iaitu membantu rakan yang tidak dapat mengikuti pembelajaran (Nor Hasliza Mohamed, 2012). PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH Pembelajaran penyelesaian masalah merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang penaakulan moral murid-murid. Menurut Salhah (2008), penyelesaian masalah memerlukan murid-murid menggunakan prinsip atau teori yang telah mereka pelajari, kemahiran serta proses pemikiran. Melalui strategi ini, mereka akan memikirkan jalan penyelesaian kepada sesuatu isu atau dilema, kemudian memahami rasional dan logiknya keputusan atau tindakan tersebut. Dalam strategi ini, peranan utama guru ialah menyediakan dilema moral yang universal atau berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Dilema moral yang diberikan haruslah dapat diselesaikan dengan satu atau lebih cara (Azis dan Noraini, 2008). Guru haruslah memberikan dilema moral yang mempunyai lebih daripada satu cara penyelesaian supaya kepelbagaian jawapan wujud di antara murid-murid. Sekiranya terdapat sekatan jawapan, murid-murid akan terasa dikongkong dan terikat dengan jalan penyelesaian tersebut. Antara dilema moral yang boleh diketengahkan kepada murid-murid ialah yang melibatkan nilai-nilai murni seperti kejujuran, bertanggungjawab, hemah tinggi, kepercayaan kepada Tuhan dan sebagainya seperti yang terdapat dalam DSKP Pendidikan Moral. 1.2 RUMUSAN Kesimpulannya, jelaskan bahawa perancangan yang teliti dalam pemilihan kaedah dan strategi mengajar amatlah penting. Setiap guru harus menyedari betapa besarnya peranan mereka dalam memilih kaedah dan strategi yang betul agar murid- murid dapat mencapai hasil pembelajaran dengan sempurna. Tambahan lagi, guru harus bijak mengaplikasikan kaedah dan strategi mengajar berdasarkan kepada topik atau tajuk yang sesuai supaya isi kandungan yang disampaikan diterima sepenuhnya oleh murid-murid. (1517 patah perkataan)