SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 6
Downloaden Sie, um offline zu lesen
 
 
 
LAMPIRAN
1
GARIS PANDUAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK
MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA
DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G – MEMATUHI WAKTU BEKERJA
Tujuan
1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan
kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja kepada
pegawai Perkhidmatan Awam sepertimana yang diperuntukkan di bawah
Perintah Am 5 Bab G.
Tafsiran
2. Bagi tujuan garis panduan ini melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain:
a. “kebenaran untuk meninggalkan pejabat” bermakna kebenaran
yang diberi oleh Pegawai Penyelia kepada seseorang pegawai
untuk meninggalkan tugasnya dalam tempoh waktu bekerja;
b. “waktu bekerja” bermakna masa bekerja yang ditetapkan
kepada seseorang pegawai mengikut peraturan yang berkuat
kuasa; dan
c. “Pegawai Penyelia” bermakna seseorang pegawai yang
bertanggungjawab ke atas pegawai bawahannya. Pegawai
penyelia mestilah mempunyai “hubungan taraf tinggi rendah”
dalam satu susunan kuasa (span of control) di mana jawatan
yang lebih tinggi itu bertanggungjawab secara langsung
menyelia jawatan yang lebih rendah.
Latar Belakang
3. Kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja
diperuntukkan di bawah Perintah Am 5 Bab G. Perintah am tersebut
menjelaskan bahawa jika seseorang pegawai hendak meninggalkan
pejabatnya di dalam waktu bekerja, kebenaran Pegawai Penyelia hendaklah
diperolehi terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Walau bagaimanapun,
perintah am berkenaan tidak menjelaskan sebab-sebab untuk
membolehkan seseorang pegawai itu diberi kebenaran untuk meninggalkan
pejabat dalam waktu bekerja dan tempoh masa yang terlibat.
LAMPIRAN
2
Garis Panduan Pelaksanaan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat
Dalam Waktu Bekerja
4. Pelaksanaan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu
bekerja adalah seperti berikut:
a. pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai
Penyelia terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat dalam
waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakan
dalam garis panduan ini;
b. kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi
tujuan menyelesaikan urusan persendirian pegawai yang
terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Pegawai hendaklah
memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawabnya
sekiranya urusan persendirian tersebut boleh diselesaikan
menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang
disediakan di luar waktu bekerja;
c. Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya
untuk memberi kebenaran kepada pegawai meninggalkan
pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian setelah
mengambilkira kepentingan perkhidmatan;
d. tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan
meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak
melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja
sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah.
Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh
maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai
dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang
berkelayakan;
e. pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/
hospital dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang
dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk
mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di
klinik/ hospital berkenaan dalam tempoh tersebut;
f. tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan
dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai
tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai
perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang
dikeluarkan;
g. Pegawai Penyelia boleh menetapkan bahawa pegawai perlu
menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah
LAMPIRAN
3
digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya
penyampaian perkhidmatan tidak terjejas; dan
h. Pegawai Penyelia hendaklah memastikan kemudahan yang
disediakan ini tidak disalahgunakan oleh pegawai terutamanya
dari segi kekerapan penggunaannya.
Tarikh Kuat Kuasa
5. Peraturan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh garis panduan ini
dikeluarkan.
Kekecualian
6. Garis panduan ini tidak terpakai kepada pegawai yang mempunyai
anak kurang upaya. Pegawai masih tertakluk di bawah pemakaian surat
edaran yang sedia ada.
Jabatan Perkhidmatan Awam
9 Disember 2009
KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT
DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G
Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan
Pejabat Dalam Waktu Bekerja
Kepada :
(Pegawai Penyelia)
Saya memohon kebenaran meninggalkan pejabat untuk tujuan :
Tempoh yang diperlukan : hingga
(jam) (jam)
Tandatangan :
Pemohon
Nama Penuh :
Jawatan :
Tarikh :
Permohonan pelepasan waktu bekerja * diluluskan / tidak diluluskan
Tandatangan :
Pegawai Penyelia
Nama Penuh :
Jawatan :
Tarikh :
* potong mana yang tidak berkenaan
Catitan :
1. Sekiranya tempoh pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja
melebihi 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditetapkan
pada hari tersebut, maka pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti
lain yang berkelayakan.
2. Pegawai hendaklah sentiasa bersedia untuk menggantikan semula tempoh
waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas
hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas sekiranya
diarahkan oleh Pegawai Penyelianya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & BayaranPengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Iszwan Shah
 
Examples of structured interviews
Examples of structured interviewsExamples of structured interviews
Examples of structured interviews
ctnurhani
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatan
suhail muhammad
 
5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar
Kuan Tee 0420
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
Wan Adriana
 

Was ist angesagt? (20)

Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmaBab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
Bab A : Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidma
 
Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.
 
Perintah am bab c (cuti)
Perintah am bab c  (cuti)Perintah am bab c  (cuti)
Perintah am bab c (cuti)
 
Elaun & kemudahan pegawai kerajaan
Elaun & kemudahan pegawai kerajaanElaun & kemudahan pegawai kerajaan
Elaun & kemudahan pegawai kerajaan
 
Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & BayaranPengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran
 
Borang nota serah tugas untuk pertukaran
Borang nota serah tugas untuk pertukaranBorang nota serah tugas untuk pertukaran
Borang nota serah tugas untuk pertukaran
 
Kad Perakam Waktu
Kad Perakam WaktuKad Perakam Waktu
Kad Perakam Waktu
 
Examples of structured interviews
Examples of structured interviewsExamples of structured interviews
Examples of structured interviews
 
Cuti gantian
Cuti gantianCuti gantian
Cuti gantian
 
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan AwamPanduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
Panduan Penilaian Prestasi Kakitangan Awam
 
Catatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatanCatatan dlm buku perkhidmatan
Catatan dlm buku perkhidmatan
 
5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar5. surat jemputan guru besar
5. surat jemputan guru besar
 
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatanPERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
PERINTAH AM Bab B :Elaun-elaun dalam perkhidmatan
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
 
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
 
Soalan kpsl bhgn 1 2012
Soalan kpsl bhgn 1 2012Soalan kpsl bhgn 1 2012
Soalan kpsl bhgn 1 2012
 
myPortfolio - PENYELIA ASRAMA N19 - E.S.R (AKTIVITI).pdf
myPortfolio - PENYELIA ASRAMA N19 - E.S.R (AKTIVITI).pdfmyPortfolio - PENYELIA ASRAMA N19 - E.S.R (AKTIVITI).pdf
myPortfolio - PENYELIA ASRAMA N19 - E.S.R (AKTIVITI).pdf
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
Slaid my portfolio
Slaid my portfolioSlaid my portfolio
Slaid my portfolio
 
Taklimat lnpt 2011
Taklimat lnpt 2011Taklimat lnpt 2011
Taklimat lnpt 2011
 

Andere mochten auch (6)

Borang pelepasan keluar pejabat
Borang pelepasan keluar pejabat Borang pelepasan keluar pejabat
Borang pelepasan keluar pejabat
 
Kebenaran untuk meninggalkan pejabat
Kebenaran untuk meninggalkan pejabatKebenaran untuk meninggalkan pejabat
Kebenaran untuk meninggalkan pejabat
 
Lampiran T1 tapisan keutuhan kosong
Lampiran T1 tapisan keutuhan kosongLampiran T1 tapisan keutuhan kosong
Lampiran T1 tapisan keutuhan kosong
 
Borang naik pangkat
Borang naik pangkatBorang naik pangkat
Borang naik pangkat
 
P.A Bab G
P.A Bab GP.A Bab G
P.A Bab G
 
Borang Cuti
Borang CutiBorang Cuti
Borang Cuti
 

Keluar waktu bekerja

  • 1.  
  • 3. LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G – MEMATUHI WAKTU BEKERJA Tujuan 1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja kepada pegawai Perkhidmatan Awam sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perintah Am 5 Bab G. Tafsiran 2. Bagi tujuan garis panduan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: a. “kebenaran untuk meninggalkan pejabat” bermakna kebenaran yang diberi oleh Pegawai Penyelia kepada seseorang pegawai untuk meninggalkan tugasnya dalam tempoh waktu bekerja; b. “waktu bekerja” bermakna masa bekerja yang ditetapkan kepada seseorang pegawai mengikut peraturan yang berkuat kuasa; dan c. “Pegawai Penyelia” bermakna seseorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas pegawai bawahannya. Pegawai penyelia mestilah mempunyai “hubungan taraf tinggi rendah” dalam satu susunan kuasa (span of control) di mana jawatan yang lebih tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia jawatan yang lebih rendah. Latar Belakang 3. Kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja diperuntukkan di bawah Perintah Am 5 Bab G. Perintah am tersebut menjelaskan bahawa jika seseorang pegawai hendak meninggalkan pejabatnya di dalam waktu bekerja, kebenaran Pegawai Penyelia hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Walau bagaimanapun, perintah am berkenaan tidak menjelaskan sebab-sebab untuk membolehkan seseorang pegawai itu diberi kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dan tempoh masa yang terlibat.
  • 4. LAMPIRAN 2 Garis Panduan Pelaksanaan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja 4. Pelaksanaan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja adalah seperti berikut: a. pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Penyelia terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakan dalam garis panduan ini; b. kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan menyelesaikan urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Pegawai hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawabnya sekiranya urusan persendirian tersebut boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang disediakan di luar waktu bekerja; c. Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran kepada pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan; d. tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan; e. pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/ hospital dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/ hospital berkenaan dalam tempoh tersebut; f. tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan; g. Pegawai Penyelia boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah
  • 5. LAMPIRAN 3 digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas; dan h. Pegawai Penyelia hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak disalahgunakan oleh pegawai terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya. Tarikh Kuat Kuasa 5. Peraturan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh garis panduan ini dikeluarkan. Kekecualian 6. Garis panduan ini tidak terpakai kepada pegawai yang mempunyai anak kurang upaya. Pegawai masih tertakluk di bawah pemakaian surat edaran yang sedia ada. Jabatan Perkhidmatan Awam 9 Disember 2009
  • 6. KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Kepada : (Pegawai Penyelia) Saya memohon kebenaran meninggalkan pejabat untuk tujuan : Tempoh yang diperlukan : hingga (jam) (jam) Tandatangan : Pemohon Nama Penuh : Jawatan : Tarikh : Permohonan pelepasan waktu bekerja * diluluskan / tidak diluluskan Tandatangan : Pegawai Penyelia Nama Penuh : Jawatan : Tarikh : * potong mana yang tidak berkenaan Catitan : 1. Sekiranya tempoh pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja melebihi 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditetapkan pada hari tersebut, maka pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan. 2. Pegawai hendaklah sentiasa bersedia untuk menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas sekiranya diarahkan oleh Pegawai Penyelianya.