SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
USUL FIQH.
NASAKH.
PENGERTIAN.
DARI SEGI BAHASA :
Nasakh berasal daripada perkataan al-Naskh yang membawa maksud perubahan dari
satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Nasakh juga bererti penghapusan.
Nasakh bermaksud berpindah dari suatu tempat.
DARI SEGI ISTILAH :
Terhentinya sesuatu hukum syarak dengana ada dalil syarak lain yang
membatalkannya atau wahyu daripada Allah yang menghalang penetapan hukum yang
terdapat dalam wahyu terdahulu.
Nas yang menghapus hukum syarak yang telah ditetapkan di dalam nas sebelumnya
dengan dalil syarak atau nas yang baru. Oleh itu perkataan Nasikh membawa maksud
ayat yang menasakhkan. Manakala perkataan al-Mansukh bermaksud ayat yang
dihapuskan hukumnya.
Berakhirnya sesuatu penetapan hukum yang diambil daripada sesuatu nas dengan
sebab ada perubahan hukum daripada nas lain.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 234 :
“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan
isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu enahan diri mereka (beriddah) selama empat
bulan sepuluh hari..”
Nasakh juga telah berlaku semenjak zaman nabi sebelum Muhammad lagi. Contoh
nasakh yang berlaku terhadap syariat Nabi Musa : Di mana umatnya dilarang
menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi pekerjaan tersebut diharuskan kepada umat
Muhammad.
Dalam kitab Taurat ada menyatakan, Nabi Adam menjodohkan anak lelakinya dengan
anak perempuan, tetapi bagi umat Nabi Muhammad sekarang ia tidak boleh.
Selain itu juga Allah enegaskan Islam adalah agama terakhir yang memansukhkan
semua agama sebelumnya.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 85 :
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya.
DALIL BERLAKU NASAKH.
DALIL AL – QURAN :
HADITH RASULULLAH :
SYARAT – SYARAT NASAKH.
Hukum yang dinasakhkan itu adalah hukum syarak yang bukan ditetapkan atau bukan
telah diwajibkan kerana zatnya.
Hukum yang memansukhkannya, iaitu al-Nasikh mestilah datang kemudian dan
berasingan daripada hukum yang dinasikhkan atau al-Mansukh.
Hukum yang dinasakhkan adalah sabit dengan nas dan tidak ditentukan
penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan untuk selama-
lamanya.
Cara nasakh mestilah berdasarkan syarak dan dengan hukum syarak.
Konsep nasakh dan mansukh hanya berlaku sewaktu Nabi masih hidup sahaja.
Hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali.
Hukum yang dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli.
Dalil yang memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang
dinasakhkan dari sudut kekuatan sabit dan dilalahnya.
Menurut pendapat imam Syafi’e dan Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah
bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya,
tetapi sama dari segi jenis.
Hukum yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai
keahlian taklif, supaya hukum yang dimansukhkan itu dapat dilaksanakan di samping
menasakhkan hukum sebelumnya.
CARA MENGETAHUI NASAKH.
Nas Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan, ia dapat diketahui melalui
salah satu daripada cara berikut :
1. Penegasan yang berbentuk lafaz yang memang menunjukkan nasakh.
2. Salah satu daripada dua nas nasikh dan mansukh itu terbukti datangnya terkemudian
di antara keduanya melalui kenyataan yang dibuat leh Nabi.
3. Penegasan melalui ijmak ulama bahawa salah satu daripada nas nasikh dan mansukh
itu memang datang kemudian di antara satu sama lain.
4. Melalui perbuatan dan amalan nabi.
BAHAGIAN – BAHAGIAN NASAKH.
Terbahagi kepada EMPAT bahagian :
1. Nasakh secara terang atau soreh.
2. Nasakh secara kandungan atau dhimmi.
3. Nasakh keseluruhan atau kulli.
4. Nasakh sebahagian atau juz’i.
NASAKH SECARA TERANG ATAU SOREH.
Syarak menjelaskan dan menyatakan secara terang bahawa syariat kemudian membatalkan
atau menasakhkan syariat terdahulu.
NASAKH SECARA KANDUNGAN ATAU DHIMMI.
Syarak mensyariatkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum terdahulu sehingga
tidak mungkin disatukan kedua-dua hukum tersebut melainkan dengan dibatalkan salah
satu daripadanya. Hukum yang terkemudian dianggap menasakhkan hukum terdahulu
walaupun ia tidak dinyatakan secara terang bahawa hukum terkemudian menasakhkan
hukum terdahulu.
NASAKH KESELURUHAN ATAU KULLI.
Syarak membatalkan keseluruhan hukum terdahulu dan ia merangkumi setiap mukallaf.
NASAKH SEBAHAGIAN ATAU JUZ’I.
Syarak telah mensyariatkan hukum secara umum yang merangkumi setiap mukallaf,
kemudiannya syarak telah membatalkan hukum itu untuk atau terhadap sebahagian
mukallaf sahaja.
CARA – CARA BERLAKU NASAKH.
Terbahagi kepada DUA bahagian :
1. Nasakh Ada Ganti.
2. Nasakh Tiada Ganti.
NASAKH ADA GANTI.
Dengan menasakhkan hukum terdahulu, kemudian digantikan dengan hukum baru.
Cara nasakh ini dapat dipecahkan kepada TIGA bahagian :
1. Ganti hukum sama dengan yang dinasakhkan.
2. Ganti hukum lebih ringan daripada yang dinasakhkan.
3. Ganti hukum lebih berat daripada yang dinasakhkan.
GANTI HUKUM SAMA DENGAN YANG DINASAKHKAN.
Berlaku sebagaimana contohnya : dinasakhkan hukum menghadap kiblat ke Baitul-
Muqaddisdan digantikan dengan mengadap kiblat ke Baitullah (Kaabah) ketika
sembahyang.
Sebagimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 144 :
“Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke
langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.”
GANTI HUKUM LEBIH RINGAN DARIPADA YANG DINASAKHKAN.
Hukum awal dan dahulu ada dalam nas al-Quran.
Contohnya, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anfal, ayat 65 :
“Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan
dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratus
orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir.”
Daripada dalil tersebut Allah mewajibkan orang islam emlawan musuh dan tidak boleh
meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh 200 orang.
…………………………………………………………………………………………….
GANTI HUKUM LEBIH BERAT DARIPADA YANG DINASAKHKAN.
Berlaku sebagaimana firman Allah tentang hukumpengharaman arak. Iaitu konsep
pengharaman arak yang diturunkan dalam tiga peringkat :
1. Peringkat pertama : Arak tidak diharamkan secara pasti lagi, namun sudah
dunyatakan bahawa bahayanya lebih besar daripada faedahnya.
2. Peringkat kedua : Arak ditegah meminumnya ketika hendak mengerjakan
sembahyang. Hal itu kerana ada sahabat yang menunaikan sembahyang dalam
keadaan mabuk, menyebabkan bacaan ayat al-Quran tersilap.
3. Peringkat ketiga : Arak diharamkan terus.
NASAKH TIADA GANTI.
Ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan di segi hukumnya dan tidak ada apa-apa
gantian dengan hukum baru.
Contohnya sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Mujadalah, ayat 12 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap rasulullah
(mengenai sesuatu perkara), maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin)
sebelum kamu memulakan pengadapan itu.”
Dalam ayat ini Allah mmenyebutkan hukum bagi sahabat yang hendak menemui
Rasulullah perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut hukumnya dimansukhkan
melalui ayat berikutnya.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Majadalah, ayat 13 :
“Adakah kamu takut (akan kemiskinan) disebabkan kerapkali kamu memberi sedekah
sebelum memulakan pengadapan kamu itu? Kalau kamu tidak melakukan (perintah)
itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu)..”
Dalam ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah tidak perlu
membawa sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya dinasakhkan tanpa
sebarang gantian dengan hukum lain.
MASA BERLAKU NASAKH.
Jumhur ulama sepakat mengatakkan nasakh hanya berlaku semasa Nabi Muhammad
masih hidup sahaja. Hal tersebut kerana nasakh tidak berlaku, kecuali melalui wahyu
sahaja dan wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi sahaja.
Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak berlaku sama sekali kerana wahyu
tiada lagi. Justeru itu, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat nabi dan tidak
pula lahir daripada Baginda sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah
tetap walaupun selepas kewafatan baginda. Hal itu kerana baginda adalah Rasul
terakhir.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 40 :
“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang
sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan
kesudahan segala Nabi-nabi.”
DALIL – DALIL YANG MENASAKHKAN.
1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran atau Hadith.
Ulama sepakat mengatakan al-Quran HARUS menasakhkan nas al-Quran yang lain
apabila dilalah kedua-duanya adalah sama kerana ia dikira sama di segi kekuatan.
Manakala penasakhan al-Quran dengan Hadith, ulama berselisih pendapat tentang
keharusannya :
(a) Pendapat jumhur ulama : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatir
kerana ia dikira setaraf di segi kekuatan.
(b) Pendapat ulama Hanafi : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatir dan
Hadith masyhur kerana Hadith Masyhur dikira hampir setaraf dengan al-Quran dari
segi kekuatan. Walaupun begitu, al-Quran tidak boleh dinasakhkan dengan Hadith
Ahad kerana ia lebih rendah di segi kekuatan. Ini adalah pendapat yang rajih.
(c) Pendapat sebahagian ulama dan Imam Syafi’ie : Tidak Harus dinasakhkan al-Quran
dengan Hadith walaupun Hadith Mutawatir atau hadith Masyhur.
2. Nasakh Hadith dengan Hadith.
(a) Pendapat jumhur ulama : Mereka sepakat mengatakan HARUS hadith menasakhkan
hadith juga jika kedua0duanya setaraf dari segi sabit dan dilalahnya. Dalam
perkara ini, ulama sepakat mengatakan hadith mutawatir dapat menasakhkan
hadith mutawatir dan hadith Ahad. Sebaliknya hadith Ahad hanya dapat menasakh
hadith Ahad sahaja dan tidak dapat menasakh hadith Mutawatir.
(b) Pendapat Ulama Hanafi : Hadith Ahad HARUS dinasakh dengan Hadith
Mutawatirdan Hadith Masyhur kerana kedua-duanya lebih kuat daripada Hadith
Ahad.
3. Nasakh Hadith dengan al-Quran.
- Jumhur ulama berpendapat al-Quran HARUS menasakhkan Hadith.
- Contohnya perbuatan Nabi dan sahabat mengadap ke arah baitul Muqaddis ketika
sembahyang.
- Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : “Sesungguhnya
nabi pernah mengadap ke arah Baitul Muqaddis sebagai kiblat ketika sembahyang
selama 16 bulan, selepas itu ia dinasakhkan dan nabi diarahkan menukar kiblat ke
Kaabah pula.”
Nas al-Quran yang menasakhkan hadith tersebut sebagaimana firman Allah dalam
Surah al-Baqarah, ayat 144 :
“Oleh itu palingkanlah muka mu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya
Kaabah).”
4. Nasakh dengan Ijmak.
Jumhur ulama mengatakan Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan nas al-Quran dan Hadith
kerana apabila sesuatu nas itu qat’I maka tidak mungkin berlaku ijmak yang
menyalahinya.
Seandainya pula ia Zanni, maka kemungkinan berlaku ijmak menyalahinya. Namun
begitu, ijmak hanya berlaku dengan berdasarkan dalil yang kuat menurut pandangan
ulama yang telah bersepakat mengenai nas-nas tertentu.
5. Nasakh Ijmak dengan al-Quran atau Hadith.
Sebagaimana TIDAK HARUS ijmak manasakhkan al-Quran atau Hadith, begitu juga al-
Quran atau Hadith tidak harus menasakhkan ijmak. Hal itu kerana yang enasakhkan itu
mestilah terkemudian daripada yang dinasakhkan. Sedangkan al-Quran dan Hadith
mendahului ijmak, kerana ijmak diperlukan selepas kewafata Nabi.
6. Nasakh Ijmak dengan Ijmak.
Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan ijmak yang lain. Hal tersebut kerana apabila ijmak
terlaksana, maka wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya.
7. Nasakh al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas.
TIDAK HARUS dinasakhkan al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas, begitu juga
tidak harus dinasakhkan Qiyas dengan al-Quran atau Hadith atau Ijmak. Hal tersebut
kerana syarat sah qiyas itu ialah dengan tidak menyalahi nas al-Quran dan hadith dan
Ijmak. Sekiranya qiyas itu menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidak
boleh beramal dengannya.
8. Nasakh Qiyas dengan Qiyas.
TIDAK HARUS Qiyas menasakhkan Qiyas lain.
NAS YANG TIDAK BOLEH DINASAKH.
Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperti sifat-sifat Allah,
kekuasaanNya, perkara-perkara Samiyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnya
tentang alam Barzakh, syurga, neraka dan sebagainya.
Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi dan
umat Islam yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu.
Hukum-hukum syarak yang telah diputuskan selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w
serta melalui ijmak ulama.
Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan
sebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya keadilah, kebenaran, sifat amanah,
menzalimi dan lainnya.
Hukum-hukum tentang furu’ atau cabang syarak yang telah dijelaskan berkekalnya
oleh syarak. Contohnya berjihad.
HIKMAT NASAKH.
Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia di mana kadang-kadang
kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.
Dasar Islam yang tidak membebankan umatnya dan sesetengah hukum itu diturunkan
secara beransur-ansur supaya manusia tidak rasa berat dan dapat menerima
pembinaan hukum yang dibawa oleh Islam. Contohnya terhadap hukum pengharaman
riba.
Untuk mengemaskinikan hukum syarak dan mengembangkan perundangan Islam. Hal
itu memandangkan ada sesetengah hukum-hukum Islam yang diturunkan pada
peringkat permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu
sahaja.
Hikmat Nasakh dan Mansukh serta penurunan al-Quran secara beransur-ansur adalah
bertepatan dengan sifat manusia yang lemah iaitu untuk memudahkan mereka
memahami dan menghayati tuntutan dan pelaksanaan syariat dengan lebih senang.
Hikmat lain juga untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam,
khususnya masyarakat Arab awal Islam yang bergelumang dengan adat Jahiliah
meninggalkan kefahaman mereka secara beransur-ansur.
Hasil kerja Jimoh S. ♥

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Yu Diey
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
123syahier
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
Wan Syafawati
 

Was ist angesagt? (20)

Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
 

Andere mochten auch (7)

Ppt fiqh 2
Ppt fiqh 2Ppt fiqh 2
Ppt fiqh 2
 
01 pengantar-ushul-fiqh
01 pengantar-ushul-fiqh01 pengantar-ushul-fiqh
01 pengantar-ushul-fiqh
 
Fikih m ts.smp
Fikih m ts.smpFikih m ts.smp
Fikih m ts.smp
 
Absf 2103 t1
Absf 2103 t1Absf 2103 t1
Absf 2103 t1
 
Konsep Perkalian & Pembagian
Konsep Perkalian & PembagianKonsep Perkalian & Pembagian
Konsep Perkalian & Pembagian
 
Buku Fikih MTs 7
Buku Fikih MTs 7Buku Fikih MTs 7
Buku Fikih MTs 7
 
RPP Fiqih Kelas 7 MTs K-13 contoh
RPP Fiqih Kelas 7 MTs K-13 contohRPP Fiqih Kelas 7 MTs K-13 contoh
RPP Fiqih Kelas 7 MTs K-13 contoh
 

Ähnlich wie Usul fiqh, nasakh.

Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptxDisusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
AdeWahyufin
 
konsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.pptkonsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.ppt
nimalfaiz1
 
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Marhamah Saleh
 
Nasakh (nasikh mansukh)
Nasakh (nasikh mansukh)Nasakh (nasikh mansukh)
Nasakh (nasikh mansukh)
STEI SEBI
 

Ähnlich wie Usul fiqh, nasakh. (20)

Pembentangan usul
Pembentangan usulPembentangan usul
Pembentangan usul
 
Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2
 
naskh wa mansukh
naskh wa mansukhnaskh wa mansukh
naskh wa mansukh
 
Ilmu nasikh mansukh
Ilmu nasikh mansukhIlmu nasikh mansukh
Ilmu nasikh mansukh
 
Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptxDisusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
 
Nasakh
Nasakh Nasakh
Nasakh
 
Makalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukhMakalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukh
 
konsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.pptkonsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.ppt
 
Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2
 
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
 
Bab i uq
Bab i uq Bab i uq
Bab i uq
 
Hukum Islam :)
Hukum Islam :)Hukum Islam :)
Hukum Islam :)
 
Naskh mansukh
Naskh mansukhNaskh mansukh
Naskh mansukh
 
Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.Usul fiqh, hadith.
Usul fiqh, hadith.
 
Konsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukhKonsep nasakh & mansukh
Konsep nasakh & mansukh
 
Nasikh Mansukh ulumul Qur'an semester 2.pdf
Nasikh Mansukh ulumul Qur'an semester 2.pdfNasikh Mansukh ulumul Qur'an semester 2.pdf
Nasikh Mansukh ulumul Qur'an semester 2.pdf
 
NASIKH MANSUKH POWERPOINT
NASIKH MANSUKH POWERPOINTNASIKH MANSUKH POWERPOINT
NASIKH MANSUKH POWERPOINT
 
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan RukhshahTerminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
 
Nasakh (nasikh mansukh)
Nasakh (nasikh mansukh)Nasakh (nasikh mansukh)
Nasakh (nasikh mansukh)
 
Mutlaq
MutlaqMutlaq
Mutlaq
 

Mehr von jimoh370

Mehr von jimoh370 (20)

Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.
 
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
H ikayat hang tuah, kajian bab 1.
 
Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.Muamalat, syarat barangan.
Muamalat, syarat barangan.
 
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
Muamalat, jenis jual beli haram serta tidak sah.
 
Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.Muamalat, hibbah.
Muamalat, hibbah.
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.
 
Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.Sastera moden, golongan penulis agama.
Sastera moden, golongan penulis agama.
 
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
Sm, sejarah perkembangan sajak sebelum perang.
 
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan novel selepas perang.
 
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
Sm, sejarah perkembangan cerpen selepas perang.
 
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
Sastera moden, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
 
Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.Usul fiqh, soalan 15.
Usul fiqh, soalan 15.
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.
 
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
 
Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.Usul fiqh, hukum.
Usul fiqh, hukum.
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 

Kürzlich hochgeladen

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 

Usul fiqh, nasakh.

  • 1. USUL FIQH. NASAKH. PENGERTIAN. DARI SEGI BAHASA : Nasakh berasal daripada perkataan al-Naskh yang membawa maksud perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Nasakh juga bererti penghapusan. Nasakh bermaksud berpindah dari suatu tempat. DARI SEGI ISTILAH : Terhentinya sesuatu hukum syarak dengana ada dalil syarak lain yang membatalkannya atau wahyu daripada Allah yang menghalang penetapan hukum yang terdapat dalam wahyu terdahulu. Nas yang menghapus hukum syarak yang telah ditetapkan di dalam nas sebelumnya dengan dalil syarak atau nas yang baru. Oleh itu perkataan Nasikh membawa maksud ayat yang menasakhkan. Manakala perkataan al-Mansukh bermaksud ayat yang dihapuskan hukumnya. Berakhirnya sesuatu penetapan hukum yang diambil daripada sesuatu nas dengan sebab ada perubahan hukum daripada nas lain. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 234 : “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu enahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari..” Nasakh juga telah berlaku semenjak zaman nabi sebelum Muhammad lagi. Contoh nasakh yang berlaku terhadap syariat Nabi Musa : Di mana umatnya dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi pekerjaan tersebut diharuskan kepada umat Muhammad. Dalam kitab Taurat ada menyatakan, Nabi Adam menjodohkan anak lelakinya dengan anak perempuan, tetapi bagi umat Nabi Muhammad sekarang ia tidak boleh. Selain itu juga Allah enegaskan Islam adalah agama terakhir yang memansukhkan semua agama sebelumnya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 85 : “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya. DALIL BERLAKU NASAKH.
  • 2. DALIL AL – QURAN : HADITH RASULULLAH : SYARAT – SYARAT NASAKH. Hukum yang dinasakhkan itu adalah hukum syarak yang bukan ditetapkan atau bukan telah diwajibkan kerana zatnya. Hukum yang memansukhkannya, iaitu al-Nasikh mestilah datang kemudian dan berasingan daripada hukum yang dinasikhkan atau al-Mansukh. Hukum yang dinasakhkan adalah sabit dengan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan untuk selama- lamanya. Cara nasakh mestilah berdasarkan syarak dan dengan hukum syarak. Konsep nasakh dan mansukh hanya berlaku sewaktu Nabi masih hidup sahaja. Hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali. Hukum yang dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli. Dalil yang memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan dari sudut kekuatan sabit dan dilalahnya. Menurut pendapat imam Syafi’e dan Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi sama dari segi jenis. Hukum yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif, supaya hukum yang dimansukhkan itu dapat dilaksanakan di samping menasakhkan hukum sebelumnya. CARA MENGETAHUI NASAKH. Nas Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan, ia dapat diketahui melalui salah satu daripada cara berikut : 1. Penegasan yang berbentuk lafaz yang memang menunjukkan nasakh. 2. Salah satu daripada dua nas nasikh dan mansukh itu terbukti datangnya terkemudian di antara keduanya melalui kenyataan yang dibuat leh Nabi. 3. Penegasan melalui ijmak ulama bahawa salah satu daripada nas nasikh dan mansukh itu memang datang kemudian di antara satu sama lain. 4. Melalui perbuatan dan amalan nabi. BAHAGIAN – BAHAGIAN NASAKH.
  • 3. Terbahagi kepada EMPAT bahagian : 1. Nasakh secara terang atau soreh. 2. Nasakh secara kandungan atau dhimmi. 3. Nasakh keseluruhan atau kulli. 4. Nasakh sebahagian atau juz’i. NASAKH SECARA TERANG ATAU SOREH. Syarak menjelaskan dan menyatakan secara terang bahawa syariat kemudian membatalkan atau menasakhkan syariat terdahulu. NASAKH SECARA KANDUNGAN ATAU DHIMMI. Syarak mensyariatkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum terdahulu sehingga tidak mungkin disatukan kedua-dua hukum tersebut melainkan dengan dibatalkan salah satu daripadanya. Hukum yang terkemudian dianggap menasakhkan hukum terdahulu walaupun ia tidak dinyatakan secara terang bahawa hukum terkemudian menasakhkan hukum terdahulu. NASAKH KESELURUHAN ATAU KULLI. Syarak membatalkan keseluruhan hukum terdahulu dan ia merangkumi setiap mukallaf. NASAKH SEBAHAGIAN ATAU JUZ’I. Syarak telah mensyariatkan hukum secara umum yang merangkumi setiap mukallaf, kemudiannya syarak telah membatalkan hukum itu untuk atau terhadap sebahagian mukallaf sahaja. CARA – CARA BERLAKU NASAKH. Terbahagi kepada DUA bahagian : 1. Nasakh Ada Ganti. 2. Nasakh Tiada Ganti. NASAKH ADA GANTI. Dengan menasakhkan hukum terdahulu, kemudian digantikan dengan hukum baru. Cara nasakh ini dapat dipecahkan kepada TIGA bahagian : 1. Ganti hukum sama dengan yang dinasakhkan. 2. Ganti hukum lebih ringan daripada yang dinasakhkan. 3. Ganti hukum lebih berat daripada yang dinasakhkan. GANTI HUKUM SAMA DENGAN YANG DINASAKHKAN. Berlaku sebagaimana contohnya : dinasakhkan hukum menghadap kiblat ke Baitul- Muqaddisdan digantikan dengan mengadap kiblat ke Baitullah (Kaabah) ketika sembahyang. Sebagimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 144 :
  • 4. “Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.” GANTI HUKUM LEBIH RINGAN DARIPADA YANG DINASAKHKAN. Hukum awal dan dahulu ada dalam nas al-Quran. Contohnya, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anfal, ayat 65 : “Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir.” Daripada dalil tersebut Allah mewajibkan orang islam emlawan musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh 200 orang. ……………………………………………………………………………………………. GANTI HUKUM LEBIH BERAT DARIPADA YANG DINASAKHKAN. Berlaku sebagaimana firman Allah tentang hukumpengharaman arak. Iaitu konsep pengharaman arak yang diturunkan dalam tiga peringkat : 1. Peringkat pertama : Arak tidak diharamkan secara pasti lagi, namun sudah dunyatakan bahawa bahayanya lebih besar daripada faedahnya. 2. Peringkat kedua : Arak ditegah meminumnya ketika hendak mengerjakan sembahyang. Hal itu kerana ada sahabat yang menunaikan sembahyang dalam keadaan mabuk, menyebabkan bacaan ayat al-Quran tersilap. 3. Peringkat ketiga : Arak diharamkan terus. NASAKH TIADA GANTI. Ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan di segi hukumnya dan tidak ada apa-apa gantian dengan hukum baru. Contohnya sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Mujadalah, ayat 12 : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap rasulullah (mengenai sesuatu perkara), maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu memulakan pengadapan itu.” Dalam ayat ini Allah mmenyebutkan hukum bagi sahabat yang hendak menemui Rasulullah perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut hukumnya dimansukhkan melalui ayat berikutnya. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Majadalah, ayat 13 : “Adakah kamu takut (akan kemiskinan) disebabkan kerapkali kamu memberi sedekah sebelum memulakan pengadapan kamu itu? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu)..”
  • 5. Dalam ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah tidak perlu membawa sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya dinasakhkan tanpa sebarang gantian dengan hukum lain. MASA BERLAKU NASAKH. Jumhur ulama sepakat mengatakkan nasakh hanya berlaku semasa Nabi Muhammad masih hidup sahaja. Hal tersebut kerana nasakh tidak berlaku, kecuali melalui wahyu sahaja dan wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi sahaja. Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak berlaku sama sekali kerana wahyu tiada lagi. Justeru itu, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat nabi dan tidak pula lahir daripada Baginda sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap walaupun selepas kewafatan baginda. Hal itu kerana baginda adalah Rasul terakhir. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 40 : “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-nabi.” DALIL – DALIL YANG MENASAKHKAN. 1. Nasakh al-Quran dengan al-Quran atau Hadith. Ulama sepakat mengatakan al-Quran HARUS menasakhkan nas al-Quran yang lain apabila dilalah kedua-duanya adalah sama kerana ia dikira sama di segi kekuatan. Manakala penasakhan al-Quran dengan Hadith, ulama berselisih pendapat tentang keharusannya : (a) Pendapat jumhur ulama : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatir kerana ia dikira setaraf di segi kekuatan. (b) Pendapat ulama Hanafi : Harus al-Quran dinasakh dengan Hadith Mutawatir dan Hadith masyhur kerana Hadith Masyhur dikira hampir setaraf dengan al-Quran dari segi kekuatan. Walaupun begitu, al-Quran tidak boleh dinasakhkan dengan Hadith Ahad kerana ia lebih rendah di segi kekuatan. Ini adalah pendapat yang rajih. (c) Pendapat sebahagian ulama dan Imam Syafi’ie : Tidak Harus dinasakhkan al-Quran dengan Hadith walaupun Hadith Mutawatir atau hadith Masyhur. 2. Nasakh Hadith dengan Hadith. (a) Pendapat jumhur ulama : Mereka sepakat mengatakan HARUS hadith menasakhkan hadith juga jika kedua0duanya setaraf dari segi sabit dan dilalahnya. Dalam perkara ini, ulama sepakat mengatakan hadith mutawatir dapat menasakhkan hadith mutawatir dan hadith Ahad. Sebaliknya hadith Ahad hanya dapat menasakh hadith Ahad sahaja dan tidak dapat menasakh hadith Mutawatir. (b) Pendapat Ulama Hanafi : Hadith Ahad HARUS dinasakh dengan Hadith Mutawatirdan Hadith Masyhur kerana kedua-duanya lebih kuat daripada Hadith Ahad.
  • 6. 3. Nasakh Hadith dengan al-Quran. - Jumhur ulama berpendapat al-Quran HARUS menasakhkan Hadith. - Contohnya perbuatan Nabi dan sahabat mengadap ke arah baitul Muqaddis ketika sembahyang. - Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : “Sesungguhnya nabi pernah mengadap ke arah Baitul Muqaddis sebagai kiblat ketika sembahyang selama 16 bulan, selepas itu ia dinasakhkan dan nabi diarahkan menukar kiblat ke Kaabah pula.” Nas al-Quran yang menasakhkan hadith tersebut sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 144 : “Oleh itu palingkanlah muka mu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah).” 4. Nasakh dengan Ijmak. Jumhur ulama mengatakan Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan nas al-Quran dan Hadith kerana apabila sesuatu nas itu qat’I maka tidak mungkin berlaku ijmak yang menyalahinya. Seandainya pula ia Zanni, maka kemungkinan berlaku ijmak menyalahinya. Namun begitu, ijmak hanya berlaku dengan berdasarkan dalil yang kuat menurut pandangan ulama yang telah bersepakat mengenai nas-nas tertentu. 5. Nasakh Ijmak dengan al-Quran atau Hadith. Sebagaimana TIDAK HARUS ijmak manasakhkan al-Quran atau Hadith, begitu juga al- Quran atau Hadith tidak harus menasakhkan ijmak. Hal itu kerana yang enasakhkan itu mestilah terkemudian daripada yang dinasakhkan. Sedangkan al-Quran dan Hadith mendahului ijmak, kerana ijmak diperlukan selepas kewafata Nabi. 6. Nasakh Ijmak dengan Ijmak. Ijmak TIDAK HARUS menasakhkan ijmak yang lain. Hal tersebut kerana apabila ijmak terlaksana, maka wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya. 7. Nasakh al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas. TIDAK HARUS dinasakhkan al-Quran atau Hadith atau Ijmak dengan Qiyas, begitu juga tidak harus dinasakhkan Qiyas dengan al-Quran atau Hadith atau Ijmak. Hal tersebut kerana syarat sah qiyas itu ialah dengan tidak menyalahi nas al-Quran dan hadith dan Ijmak. Sekiranya qiyas itu menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya. 8. Nasakh Qiyas dengan Qiyas. TIDAK HARUS Qiyas menasakhkan Qiyas lain.
  • 7. NAS YANG TIDAK BOLEH DINASAKH. Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperti sifat-sifat Allah, kekuasaanNya, perkara-perkara Samiyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnya tentang alam Barzakh, syurga, neraka dan sebagainya. Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi dan umat Islam yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu. Hukum-hukum syarak yang telah diputuskan selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w serta melalui ijmak ulama. Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan sebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya keadilah, kebenaran, sifat amanah, menzalimi dan lainnya. Hukum-hukum tentang furu’ atau cabang syarak yang telah dijelaskan berkekalnya oleh syarak. Contohnya berjihad. HIKMAT NASAKH. Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia di mana kadang-kadang kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan. Dasar Islam yang tidak membebankan umatnya dan sesetengah hukum itu diturunkan secara beransur-ansur supaya manusia tidak rasa berat dan dapat menerima pembinaan hukum yang dibawa oleh Islam. Contohnya terhadap hukum pengharaman riba. Untuk mengemaskinikan hukum syarak dan mengembangkan perundangan Islam. Hal itu memandangkan ada sesetengah hukum-hukum Islam yang diturunkan pada peringkat permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu sahaja. Hikmat Nasakh dan Mansukh serta penurunan al-Quran secara beransur-ansur adalah bertepatan dengan sifat manusia yang lemah iaitu untuk memudahkan mereka memahami dan menghayati tuntutan dan pelaksanaan syariat dengan lebih senang. Hikmat lain juga untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam, khususnya masyarakat Arab awal Islam yang bergelumang dengan adat Jahiliah meninggalkan kefahaman mereka secara beransur-ansur. Hasil kerja Jimoh S. ♥