SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 8
MEMBINA AYAT TUNGGAL

                                     JAMILAH BT HAMZAH
                           EN SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH ABDULLAH

                                                ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Penulisan Bahasa Melayu.
Sampel terdiri daripada 13 orang murid pemulihan Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota
Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian tindakan. Empat kaedah
digunakan dalam kajian ini iaitu “Kaedah Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa? dan
Kaedah Kotak Idea” . Instrumen utama yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian ini
menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian sampel iaitu daripada kelulusan sebanyak 54 peratus dalam
praujian kepada 100 peratus kelulusan dalam pascaujian. Peningkatan purata markah sebanyak 46 peratus.
Siri tindakan kaedah yang digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan kebolehan sampel dalam
membina ayat tunggal. Kebolehan sampel dalan membina ayat juga turut meningkat daripada purata markah
sebanyak 40.5 peratus dalam praujian kepada 75.5 peratus dalam pascaujian. Peningkatan sebanyak 35
peratus. Hasil kajian ini menunjukkan objektif kajian telah tercapai. Walau bagaimanpun, bimbingan secara
intensif dan secara individu perlu dilakukan bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ini.

                                                Pengenalan

         Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) adalah amat penting dalam
kalangan murid, sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan.           Pendidikan peringkat rendah
merupakan pendidikan awal kepada murid untuk menguasai kemahiran asas 3M. Hal ini sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang serta
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaan
kemahiran asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan
menimba ilmu pengetahuan. Murid akan dapat menyatakan dan menghasilkan bahan atau bukti berbentuk
idea dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri dan meluahkannya, sama ada
pengalaman, perasaan atau maklumat. Namun, dalam apa juga sistem pendidikan, adalah amat sukar untuk
memastikan semua murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masing-
masing terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapati
kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengan
betul dan lengkap. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian, penekanan atau bimbingan yang sewajarnya,
golongan murid ini mungkin gagal dalam memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam.
                                             Fokus Kajian

Kajian saya dalam meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal ini amat sesuai dengan tahap
kebolehan murid Tahun 6 Jaya. Saya telah mengenal pasti masalah dan sikap 13 orang daripada mereka
yang berpotensi untuk lulus sekiranya dibimbing, secara merujuk guru kelas dan guru mata pelajaran,
dokumen-dokumen yang berkaitan seperti meneliti hasil kerja dan buku latihan, serta membuat “post-
mortem” kertas jawapan murid dalam Ujian Bulanan Berpusat. Hasil “post-mortem” yang dibuat, saya
dapati mereka boleh menulis ayat tetapi dengan pelbagai kesalahan seperti kesalahan ejaan, tanda baca,
pemilihan kata yang tidak tepat, dan kesalahan dari segi struktur yang membuat ayat itu tergantung dan sukar
difahami. Pemilihan perkataan atau istilah yang salah dan penggunaan bahasa ibunda. Keadaan ini
menunjukkan murid-murid ini mempunyai kosa kata yang lemah, kurang membaca dan kurang latihan.
Kajian ini amat penting dan saya yakin bahawa kajian ini boleh membantu meningkatkan pencapaian mereka
dalam membina ayat tunggal.

                                              Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut :
1.    Mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal.
2.    Murid dapat menguasai kaedah-kaedah yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina
      ayat tunggal.
3.    Membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
Soalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, saya membina persoalan kajian seperti berikut:
1.    Adakah terdapat peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal?
2.    Apakah murid dapat menguasai kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan bagi meningkatkan
      kebolehan murid membina ayat tunggal?
3.    Adakah kebolehan murid membina ayat tunggal meningkat?

                                      SOROTAN LITERATUR

Soroton literatur ialah hasil dapatan yang diperoleh oleh pengkaji-pengkaji yang lalu. Melalui dapatan
kajian-kajian ini, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Berikut adalah
beberapa maklumat tentang kajian lalu berkaitan dengan kemahiran membina ayat.

        Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) telah menggunakan teknik S-R 8W1H dalam
kajian mereka yang bertajuk “Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topik
dengan menggunakan teknik S-R 8W1H” dalam kalangan murid Tahun 3B di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Murid-murid telah diberi latihan membina ayat dengan
menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi, membina ayat menggunakan situasi atau topik yang tidak
mengunakan kata hubung. Hasil kajian menunjukkan telah berlaku peningkatan dan membuktikan
kepentingan penggunaan formula dalam pembelajaran.

         Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penggunaan Latih Tubi
Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima
Membina Ayat Bahasa Inggeris” di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040 Jerantut, Pahang.
Kajian ini dibuat untuk mengatasi masalah 95 orang murid tahun lima dalam membina ayat bahasa Inggeris.
Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang
baik dan sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian beliau telah menunjukkan peningkatan dalam
membina ayat bahasa Inggeris telah berlaku sebanyak 75 peratus.

        Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006) pula telah membuat kajian yang bertajuk,
“Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam Bahasa
Inggeris Menggunakan Formula „P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2”. Kajian ini telah dijalankan untuk
mengatasai masalah murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Chamek, Kluang, Johor, dalam
membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam bahasa Inggeris. Penyelidik telah melatih 15 orang
murid tahun enam membina ayat mudah dalam bahasa Inggeris dengan struktur yang betul menggunakan
kaedah „P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2‟.         Kaedah ini didapati berjaya meningkatkan penguasaan murid
sebanyak 80 peratus.

        Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian yang bertajuk “Teknik Four Wifes And One
Husband: Membina Ayat Penyata berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri”. Hasil daripada kajian beliau
ke atas 32 orang murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati bahawa
pencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat penyata berpandukan gambar atau
gambar bersiri telah meningkat sebanyak 63 peratus.

         Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati banyak strategi
dan kaedah yang boleh kita gunakan bagi membantu murid membina ayat. Kaedah penggunaan kata tanya
dan gambar merupakan satu asas penting dalam mencungkil idea murid bagi membina sesuatu ayat. Selain
itu, penggunaan teknik latih tubi amat berkesan dalam mengukuhkan kemahiran murid.


                                 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang saya jalankan menggunakan jenis kajian tindakan. Data yang dikumpul dianalisis dalam bentuk
kualitatif dan dihuraikan secara deskriptif. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan dalam
penyelidikan saya untuk menyokong dapatan hasil kajian.
Reka Bentuk Kajian

 Dalam kajian ini, saya telah memilih model Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988), yang
dipetik daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Model ini menyarankan empat langkah kajian
tindakan berdasarkan gelungan iaitu Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action) dan
Memerhati (Observe).


                                               MEREFLEK
                                          Mereflek bagi melihat
                                          kekuatan dan kelemahan
                                          P&P sendiri
                MEMERHATI                                                 MERANCANG
            Mengumpul dan                                               Merancang tindakan
            menganalisis data bagi                                      bagi mengatasi
            menilai keberkesanan                                        masalah yang
                                              GELUNGAN
            tindakan.                                                   dihadapi
                                                  1



                                               BERTINDAK                            ke gelung
                                          Melaksana tindakan                          kedua
                                          bagi mengatasi masalah
                                          yang menjadi fokus


                     Rajah 1: Proses Kajian Tindakan Model Kemmis dan Mc Taggart


                                             Kumpulan Sasaran

         Saya menjalankan kajian ke atas 17 orang murid Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api,
Kota Bharu, Kelantan.. Kelas ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan.
Kelas ini merupakan kelas ketiga yang menempatkan murid-murid yang lemah pencapaian akademiknya.
Seramai 13 orang murid berada pada tahap yang sangat lemah dipilih sebagai sampel kajian ini.

                                           Pelaksanaan Tindakan

Di bawah ini ialah peringkat pelaksanaan tindakan yang saya jalankan dalam kajian tindakan ini.

                      Pemerhatian dan
                     mereflek terhadap
                       masalah yang             Tindakan 3:                  Tindakan 4:
                    dihadapi oleh murid         Teknik Buat                 Teknik Kotak
                                                   Apa?                         Idea


                        Menjalankan
                      Ujian Diagnostik                                       Menjalankan
                       bagi mengenal            Tindakan 2:
                                                  Teknik                    pascaujian bagi
                      pasti kebolehan                                      memungut data
                           murid                Mengeja Kata
                                                                           selepas tindakan

                       Menjalankan
                       praujian bagi             Tindakan 1:                Membuat laporan
                      memungut data                Teknik                 tentang dapatan hasil
                       awal sebelum             Gambar Kata                    kajian yang
                     tindakan rawatan                                          dijalankan


                                     Rajah 1: Langkah pelaksanaan kajian tindakan
KEPUTUSAN


                                 Jadual 1: Penskoran markah

              GRED                          PERATUS                       PENCAPAIAN
               A                             80 -100             Cemerlang
               B                             60 - 79             Baik
               C                             40 - 49             Sederhana
               D                              20-39              Lemah
                E                             0-19               Sangat lemah

        Jadual 1 menunjukkan skala pemarkahan yang dijadikan penunjuk bagi menilai tahap pencapaian
sampel dalam praujian, semasa pelaksanaan tindakan, dan juga semasa pascaujian. Melalui skala ini, sampel
yang mendapat markah 80 peratus hingga 100 peratus akan dikategorikan pada tahap cemerlang iaitu
mewakili gred A. Markah 60 peratus hingga 79 peratus pula dikategorikan pada tahap baik iaitu mewakili
gred B. Markah 40 peratus hingga 59 peratus dikategorikan pada tahap sederhana iaitu mewakili gred C dan
sampel yang mendapat markah 20 peratus hingga 39 peratus dikategorikan pada tahap lemah iaitu mewakili
gred D. Manakala markah 0 peratus hingga 19 peratus pula dikategorikan pada tahap sangat lemah iaitu
mewakili gred E.



                                            Dapatan 1

                                  Perbandingan Praujian dan Pascaujian

                   Jadual 2: Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian


                        Praujian                                Pascaujian           Jumlah
Bil           Nama      Markah(%)    Gred               Markah%)    Gred             Perubahan
      1.    Sampel 1        28        D                    76         B                 +48
      2.    Sampel 2        17        E                    52         C                 +45
      3.    Sampel 3        28        D                    88        A                  +60
      4.    Sampel 4        67        B                    76         B                  +9
      5.    Sampel 5        56        C                    81        A                  +25
      6.    Sampel 6        45        C                    88        A                  +43
      7.    Sampel 7        14        E                    74         B                 +60
      8.    Sampel 8        21        D                    71         B                 +50
      9.    Sampel 9        31        D                    71         B                 +40
      10.   Sampel 10       43        C                    62         B                 +19
      11.   Sampel 11       41        C                    81        A                  +40
      12.   Sampel 12       81        A                    90        A                   +9
      13.   Sampel 13       57        C                    71         B                 +14
            Jumlah      Lulus: 54%                        Lulus: 100%                  +46%



Keputusan pascaujian menunjukkan kelulusan sampel sebanyak 100 peratus berbanding dengan praujian
yang hanya sebanyak 54 peratus iaitu peningkatan sebanyak 46 peratus. Perubahan ini dapat dilihat dengan
jelas melalui Jadual Analisis Perbandingan Data Praujian dan Pascaujian di atas.      Berikutan dengan
perubahan dan peningkatan positif yang ditunjukkan oleh sampel melalui pascaujian, objektif kajian saya
yang pertama iaitu mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal telah tercapai.
Analisis Perbandingan Praujian dan Pascaujian

                  Jadual 3: Analisis Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian


 Markah        Gred         Praujian            Pascaujian            Perbezaan              Tahap
   %                                                                 Peningkatan
 80-100         A           1      8%           5         38%           +30%            Cemerlang
  70-79         B           1      8%           7         54%           +46%            Baik
  50-69         C           5      38%          1         8%            -30%            Sederhana
  40-49         D           4      30%                     0              0             Lemah
  0-39          E           2      16%                     0              0             Sangat lemah

         Jadual 3 juga telah menyokong dapatan kajian saya yang pertama. Jadual ini menunjukkan
pencapaian sampel mengikut gred. Lima sampel iaitu sebanyak 38 peratus sampel mendapat grea A dalam
pascaujian, berbanding dengan sati sampel atau sebanyak 8 peratus sampel sahaja dalam praujian.
Peningkatan sebanyak 30 peratus. Tujuh sampel atau sebanyak 54 peratus sampel telah mendapat gred B
dalam pascaujian, berbanding dengan hanya 8 peratus sahaja dalam praujian. Peningkatan sebanyak 46
peratus. Hanya satu sampel mendapat gred C dalam pasca ujian berbanding dengan 38 peratus dalam
praujian, menunjukkan perbezaan sebanyak 30 peratus. Satu peningkatan yang amat baik.


                                                     Dapatan 2

                                            Analisis Kaedah Tindakan


                                  Jadual 4: Analisis Kaedah Tindakan



BIL   NAMA                K1      K2       K3        K4          Praujian   Pascajian    %
                                                                                         Pningktn
1.    Sampel 1            93      73       64        81            28          76           55
2.    Sampel 2            93      50       44        77            17          52           43
3     Sampel 3            83      77       57        85            28          88           63
4.    Sampel 4            83      80       54        77            67          76           25
5.    Sampel 5            87      63       54        65            56          81           36
6.    Sampel 6            90      67       57        88            45          88           48
7.    Sampel 7            90      53       37        69            14          74           67
8.    Sampel 8            80      67       48        92            21          71           56
9.    Sampel 9            93      67       52        69            31          71           49
10.   Sampel 10           90      67       57        69            43          62           35
11.   Sampel 11           100     77       54        77            41          81           48
12.   Sampel 12           100     97       72        85            81          90           17
13    Sampel 13           100     73       85        73            57          71           31


Bagi menjawab persoalan yang kedua, saya telah membuat analisis keempat-empat kaedah yang saya
gunakan dalam kajian saya. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis tersebut. Jadual 4 menunjukkan keempat-
empat kaedah yang digunakan ini telah membantu meningkatkan kebolehan sampel membina ayat. Hal ini
dapat dibuktikan melalui peningkatan pencapaian sampel dalam pascaujian jika dibandingkan dengan
keputusan praujian, iaitu sebelum tindakan rawatan dijalankan. Kesemua sampel menunjukkan peningkatan
peratusan yang sangat baik. Kesimpulannya, melihat kepada keputusan praujian iaitu sebelum tindakan
rawatan dilaksanakan dengan keputusan pascaujian iaitu selepas tindakan rawatan dilaksanakan, didapati
bahawa objektif kajian saya yang kedua telah terjawab iaitu kesemua kaedah yang digunakan itu telah dapat
membantu sampel meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
Dapatan 3

                      Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel dalam Membina Ayat

               Jadual 5: Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel Dalam Membina Ayat


                                      Praujian                        Pascaujian
       Bil                                                                                   Peningkatan
                 Nama       Markah      Gred     Purata      Markah      Gred      Purata      Purata
                            (%)                              (%)
         1.    Sampel 1        28         D         2.1          76         B        5.8         3.7
         2.    Sampel 2        17         E         1.3          52         C         4          2.7
         3.    Sampel 3        28         D         2.1          88         A        6.8         4.7
         4.    Sampel 4        67         B         5.1          76         B        5.8         0.7
         5.    Sampel 5        56         C         4.3          81         A        6.2         1.9
         6.    Sampel 6        45         C         3.5          88         A        6.8         3.3
         7.    Sampel 7        14         E         1.1          74         B        5.7         4.6
         8.    Sampel 8        21         D         1.6          71         B        5.5         3.9
         9.    Sampel 9        31         D         2.4          71         B        5.5         3.1
         10.   Sampel 10       43         C         3.3          62         B        4.8         1.5
         11.   Sampel 11       41         C         3.1          81         A        6.2         3.1
         12.   Sampel 12       81         A         6.2          90         A        6.9         0.7
         13.   Sampel 13       57         C         4.4          71         B        5.5         1.1
               Jumlah                             40.5                             75.5         35.0




       Berdasarkan jadual 5, terdapat peningkatan purata pencapaian markah bagi sampel 1 hingga sampel
13.    Purata keseluruhan markah bagi praujian ialah sebanyak 40.5 sementara dalam pascaujian ialah
sebanyak 75.5 iaitu peningkatan purata sebanyak 34.0. Peningkatan purata ini menunjukkan berlakunya
peningkatan prestasi sampel dalam membina ayat dan menunjukkan berlakunya proses pembelajaran yang
membolehkan murid menguasai kemahiran yang diajar. Penguasaan kebolehan ini ditunjukkan melalui
peningkatan purata markah yang diperoleh dalam praujian dan pascaujian yang dibuat. Justeru, objektif
kajian saya yang ketiga iaitu membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal juga telah
tercapai.

                             PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa empat siri tindakan yang digunakan telah berjaya membantu murid
meningkatkan kebolehan dan penguasaan mereka dalam membina ayat tunggal. Keempat-empat siri
tindakan ini saling berkait dan merupakan strategi ansur maju dalam usaha membantu murid membina ayat.
Kejayaan kajian saya ini adalah bersandarkan kepada empat siri tindakan yang dijalankan iaitu “Kaedah
Gambar Kata”, “Kaedah Mengeja Kata”, “Kaedah Buat Apa?”, dan “Kaedah Kotak Idea”. Kaedah-kaedah
ini juga melibatkan kata kunci atau idea utama iaitu “Buat Apa?”. Aktiviti yang dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan murid dalam
setiap kemahiran yang diajar.

          Kajian saya selari dengan kajian yang dilakukan oleh Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chen
(2003) yang menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi dan situasi atau topik untuk membina ayat.
Begitu juga dengan Habsah bt. Nan (2006) yang membuat kajian terhadap 32 orang murid tahun lima untuk
membina ayat berpandukan gambar atau gambar bersiri. Hasil dapatan kajian Masni Mohamad Saidi dan
Suen Sau Chen (20003), menunjukkan pencapaian sebanyak 68 peratus, dan Habsah bt. Nan (2006) pula
sebanyak 63 peratus. Kajian saya juga ada persamaan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Iskandar
Muda Ishak (2005) dan Nor Idayu Idrus (2005). Iskandar Muda Ishak (2005) telah menggunakan teknik
latih tubi dalam mengatasi masalah kesalahan dari segi struktur membina ayat berdasarkan gambar. Teknik
ini menjadikan murid-murid beliau semakin mahir dan dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik
apabila sering diberi latihan. Kajian beliau telah menunjukkan pencapaian sebanyak 75 peratus. Nor Idayu
Ishak (2005) pula telah menggunakan teknik latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci dalam
kajian beliau bagi meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid membina ayat. Kajian beliau telah
menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 57 peratus. Jelaslah bahawa kaedah-kaedah yang saya
jalankan dalam kajian ini amat sesuai dan menyokong dapatan kajian-kajian yang lepas.

        Hasil refleksi pelaksanaan tindakan membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran
sampel dalam semua aspek, seperti mengeja perkataan, menamakan aktiviti, membiasakan diri dengan tanda
baca, penggunaan huruf besar dan membina ayat mudah. Teknik penyoalan juga dapat mencetuskan idea
sampel dalam membina ayat. Semua kaedah yang dijalankan secara berterusan akan membantu sampel
meningkatkan kemahiran, meminimumkan kesalahan dan menjadikan mereka lebih mahir dan yakin.

                                       Cadangan Penambahbaikan

Merujuk kepada kajian yang telah saya lakukan, kajian ini amat sesuai dijalankan terhadap murid-murid di
peringkat awal bermula dari tahap satu lagi. Asas pembinaan ayat yang kukuh akan melahirkan murid yang
cemerlang dalam penulisan. Justeru, kajian ini sepatutnya diperluaskan dengan melibatkan murid pada tahap
satu dengan harapan masalah murid tidak dapat membina ayat pada tahun enam tidak timbul.
         Tempoh masa juga merupakan satu faktor utama. Kelemahan kajian saya ialah penglibatan murid
tahun enam yang sibuk dengan persediaan untuk menghadapi UPSR. Sesetengah murid dan guru
menganggapnya tidak penting kerana membina ayat tunggal berbantukan gambar atau perkataan adalah
mudah dan sudah terlambat. Tempoh kajian yang singkat dan masa yang sibuk membuat mereka tertekan,
penat, bosan, dan kurang pemberatan. Situasi pembelajaran yang begitu dapat mempengaruhi emosi pelajar.
Oleh itu, masa dan tempoh masa yang sesuai juga perlu dipertimbangkan bagi mendapat hasil yang lebih
baik.

          Selain itu, persediaan yang rapi, kemas dan penyediaan bahan yang sesuai juga perlu dilakukan.
Instrumen kajian juga perlu dirancang dan direkod dengan baik dan teratur bagi membuktikan kesahihan dan
kebolehpercayaan data di samping membantu guru membaiki prestasi dan daerah kelemahan murid. Setiap
maklumat yang direkod dengan baik akan menjadi bukti dan indikator pencapaian sampel bagi mengatur
strategi yang seterusnya bagi menangani masalah sampel. Semoga kajian ini bukan sekadar membantu murid
dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam pelajaran, malah turut meningkatkan amalan
profesional guru sebagai pendidik

                                           Cadangan Lanjutan

         Kajian membina ayat tunggal merupakan satu kajian asas atau permulaan bagi murid. Justeru,
kajian ini boleh ditingkatkan kepada kajian membina ayat majmuk atau penggunaan kata hubung dalam ayat
atau dikukuhkan dengan kajian mengeja perkataan berimbuhan atau penggunaan tanda baca dan huruf besar
dalam ayat. Setiap kajian mempunyai kepentingannya yang tersendiri.


RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications

Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
        dan Pustaka.

Arbak Othman. (1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling jaya:Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

Azizah Othman & Samidon Abdullah. (2006). Meningkat Kemahiran Pelajar
        Membina Ayat Mudah dengan Struktur yang Betul dalam Bahasa Inggeris dengan Menggunakan
        Formula     P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2.           Diakses pada  31 Mac     2012,   daripada
        http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008).
        Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual
        Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.

Habsah Binti Nan. (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata
        Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Jurnal
        Kajian Tindakan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Iskandar Muda Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkat Pencapaian
        dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang dibentangkan di
        Seminar Penyelidikan Tindakan IPBA, 17-19 April 2005 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala
       Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Meningkatkan Kebolehan Membina
       Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W 1H. Diakses pada 27 Februari 2012,
       daripada http://www/. sribd.com/doc/25170188/Meningkatkan-Kebolehan-Membina-Ayat-Majmuk
       Tentang-Sesuatu.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).
         Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Idayu. (2005). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui
        Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Kertas kerja yang
        dibentangkan di Seminar Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
        Pustaka.

Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:
       Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)Chon Seong Hoo
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...Ng lily
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...IPGM Kampus Kota Bharu
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiMardhiah Hayati Rahim
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanrozi ahmad
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborkhairulnizam107
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012 Rohani Othman
 

Was ist angesagt? (20)

04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
 
Jurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran KoperatifJurnal Pembelajaran Koperatif
Jurnal Pembelajaran Koperatif
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nombor
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 

Andere mochten auch

Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaAmir Aiman Akashah
 
Bangkok Trader Magazine - January 2013
Bangkok Trader Magazine - January 2013Bangkok Trader Magazine - January 2013
Bangkok Trader Magazine - January 2013Andy Hyde
 
sejarah perkembangan jam dari zaman ke zaman
sejarah perkembangan jam dari zaman ke zamansejarah perkembangan jam dari zaman ke zaman
sejarah perkembangan jam dari zaman ke zamanwulannur244
 
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)Haslina Ina
 
Tutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikanTutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikanDiyana Mahmud
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakanmalingall
 
TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"Nursa Fatri Nofriati
 
"INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
 "INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS" "INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
"INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS"Nursa Fatri Nofriati
 
Modul latihan bina ayat bahasa tamil upsr
Modul latihan bina ayat bahasa tamil upsrModul latihan bina ayat bahasa tamil upsr
Modul latihan bina ayat bahasa tamil upsrRaja Segaran
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarKathleen Ong
 

Andere mochten auch (14)

Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
Bangkok Trader Magazine - January 2013
Bangkok Trader Magazine - January 2013Bangkok Trader Magazine - January 2013
Bangkok Trader Magazine - January 2013
 
sejarah perkembangan jam dari zaman ke zaman
sejarah perkembangan jam dari zaman ke zamansejarah perkembangan jam dari zaman ke zaman
sejarah perkembangan jam dari zaman ke zaman
 
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
 
Tutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikanTutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikan
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakan
 
TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
TEKNIK ANALISIS DATA "PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
 
"INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
 "INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS" "INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
"INSTRUMEN PENELITIAN TINDAKAN KELAS"
 
Modul latihan bina ayat bahasa tamil upsr
Modul latihan bina ayat bahasa tamil upsrModul latihan bina ayat bahasa tamil upsr
Modul latihan bina ayat bahasa tamil upsr
 
Vaikiyam
VaikiyamVaikiyam
Vaikiyam
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 

Ähnlich wie Prosiding jam

Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfnur habibah yusuf
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyKamal Ludin
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 

Ähnlich wie Prosiding jam (20)

Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
Aktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 JurnalAktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 Jurnal
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 

Prosiding jam

  • 1. MEMBINA AYAT TUNGGAL JAMILAH BT HAMZAH EN SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH ABDULLAH ABSTRAK Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Penulisan Bahasa Melayu. Sampel terdiri daripada 13 orang murid pemulihan Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian tindakan. Empat kaedah digunakan dalam kajian ini iaitu “Kaedah Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa? dan Kaedah Kotak Idea” . Instrumen utama yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian ini menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian sampel iaitu daripada kelulusan sebanyak 54 peratus dalam praujian kepada 100 peratus kelulusan dalam pascaujian. Peningkatan purata markah sebanyak 46 peratus. Siri tindakan kaedah yang digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan kebolehan sampel dalam membina ayat tunggal. Kebolehan sampel dalan membina ayat juga turut meningkat daripada purata markah sebanyak 40.5 peratus dalam praujian kepada 75.5 peratus dalam pascaujian. Peningkatan sebanyak 35 peratus. Hasil kajian ini menunjukkan objektif kajian telah tercapai. Walau bagaimanpun, bimbingan secara intensif dan secara individu perlu dilakukan bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ini. Pengenalan Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) adalah amat penting dalam kalangan murid, sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan awal kepada murid untuk menguasai kemahiran asas 3M. Hal ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Murid akan dapat menyatakan dan menghasilkan bahan atau bukti berbentuk idea dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri dan meluahkannya, sama ada pengalaman, perasaan atau maklumat. Namun, dalam apa juga sistem pendidikan, adalah amat sukar untuk memastikan semua murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masing- masing terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian, penekanan atau bimbingan yang sewajarnya, golongan murid ini mungkin gagal dalam memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Fokus Kajian Kajian saya dalam meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal ini amat sesuai dengan tahap kebolehan murid Tahun 6 Jaya. Saya telah mengenal pasti masalah dan sikap 13 orang daripada mereka yang berpotensi untuk lulus sekiranya dibimbing, secara merujuk guru kelas dan guru mata pelajaran, dokumen-dokumen yang berkaitan seperti meneliti hasil kerja dan buku latihan, serta membuat “post- mortem” kertas jawapan murid dalam Ujian Bulanan Berpusat. Hasil “post-mortem” yang dibuat, saya dapati mereka boleh menulis ayat tetapi dengan pelbagai kesalahan seperti kesalahan ejaan, tanda baca, pemilihan kata yang tidak tepat, dan kesalahan dari segi struktur yang membuat ayat itu tergantung dan sukar difahami. Pemilihan perkataan atau istilah yang salah dan penggunaan bahasa ibunda. Keadaan ini menunjukkan murid-murid ini mempunyai kosa kata yang lemah, kurang membaca dan kurang latihan. Kajian ini amat penting dan saya yakin bahawa kajian ini boleh membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam membina ayat tunggal. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut : 1. Mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal. 2. Murid dapat menguasai kaedah-kaedah yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal. 3. Membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
  • 2. Soalan Kajian Bagi mencapai objektif kajian, saya membina persoalan kajian seperti berikut: 1. Adakah terdapat peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal? 2. Apakah murid dapat menguasai kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal? 3. Adakah kebolehan murid membina ayat tunggal meningkat? SOROTAN LITERATUR Soroton literatur ialah hasil dapatan yang diperoleh oleh pengkaji-pengkaji yang lalu. Melalui dapatan kajian-kajian ini, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Berikut adalah beberapa maklumat tentang kajian lalu berkaitan dengan kemahiran membina ayat. Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) telah menggunakan teknik S-R 8W1H dalam kajian mereka yang bertajuk “Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topik dengan menggunakan teknik S-R 8W1H” dalam kalangan murid Tahun 3B di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Murid-murid telah diberi latihan membina ayat dengan menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi, membina ayat menggunakan situasi atau topik yang tidak mengunakan kata hubung. Hasil kajian menunjukkan telah berlaku peningkatan dan membuktikan kepentingan penggunaan formula dalam pembelajaran. Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa Inggeris” di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040 Jerantut, Pahang. Kajian ini dibuat untuk mengatasi masalah 95 orang murid tahun lima dalam membina ayat bahasa Inggeris. Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang baik dan sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian beliau telah menunjukkan peningkatan dalam membina ayat bahasa Inggeris telah berlaku sebanyak 75 peratus. Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006) pula telah membuat kajian yang bertajuk, “Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam Bahasa Inggeris Menggunakan Formula „P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2”. Kajian ini telah dijalankan untuk mengatasai masalah murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Chamek, Kluang, Johor, dalam membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam bahasa Inggeris. Penyelidik telah melatih 15 orang murid tahun enam membina ayat mudah dalam bahasa Inggeris dengan struktur yang betul menggunakan kaedah „P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2‟. Kaedah ini didapati berjaya meningkatkan penguasaan murid sebanyak 80 peratus. Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian yang bertajuk “Teknik Four Wifes And One Husband: Membina Ayat Penyata berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri”. Hasil daripada kajian beliau ke atas 32 orang murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati bahawa pencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat penyata berpandukan gambar atau gambar bersiri telah meningkat sebanyak 63 peratus. Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati banyak strategi dan kaedah yang boleh kita gunakan bagi membantu murid membina ayat. Kaedah penggunaan kata tanya dan gambar merupakan satu asas penting dalam mencungkil idea murid bagi membina sesuatu ayat. Selain itu, penggunaan teknik latih tubi amat berkesan dalam mengukuhkan kemahiran murid. METODOLOGI KAJIAN Kajian yang saya jalankan menggunakan jenis kajian tindakan. Data yang dikumpul dianalisis dalam bentuk kualitatif dan dihuraikan secara deskriptif. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan dalam penyelidikan saya untuk menyokong dapatan hasil kajian.
  • 3. Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, saya telah memilih model Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988), yang dipetik daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan iaitu Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action) dan Memerhati (Observe). MEREFLEK Mereflek bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri MEMERHATI MERANCANG Mengumpul dan Merancang tindakan menganalisis data bagi bagi mengatasi menilai keberkesanan masalah yang GELUNGAN tindakan. dihadapi 1 BERTINDAK ke gelung Melaksana tindakan kedua bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus Rajah 1: Proses Kajian Tindakan Model Kemmis dan Mc Taggart Kumpulan Sasaran Saya menjalankan kajian ke atas 17 orang murid Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota Bharu, Kelantan.. Kelas ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kelas ini merupakan kelas ketiga yang menempatkan murid-murid yang lemah pencapaian akademiknya. Seramai 13 orang murid berada pada tahap yang sangat lemah dipilih sebagai sampel kajian ini. Pelaksanaan Tindakan Di bawah ini ialah peringkat pelaksanaan tindakan yang saya jalankan dalam kajian tindakan ini. Pemerhatian dan mereflek terhadap masalah yang Tindakan 3: Tindakan 4: dihadapi oleh murid Teknik Buat Teknik Kotak Apa? Idea Menjalankan Ujian Diagnostik Menjalankan bagi mengenal Tindakan 2: Teknik pascaujian bagi pasti kebolehan memungut data murid Mengeja Kata selepas tindakan Menjalankan praujian bagi Tindakan 1: Membuat laporan memungut data Teknik tentang dapatan hasil awal sebelum Gambar Kata kajian yang tindakan rawatan dijalankan Rajah 1: Langkah pelaksanaan kajian tindakan
  • 4. KEPUTUSAN Jadual 1: Penskoran markah GRED PERATUS PENCAPAIAN A 80 -100 Cemerlang B 60 - 79 Baik C 40 - 49 Sederhana D 20-39 Lemah E 0-19 Sangat lemah Jadual 1 menunjukkan skala pemarkahan yang dijadikan penunjuk bagi menilai tahap pencapaian sampel dalam praujian, semasa pelaksanaan tindakan, dan juga semasa pascaujian. Melalui skala ini, sampel yang mendapat markah 80 peratus hingga 100 peratus akan dikategorikan pada tahap cemerlang iaitu mewakili gred A. Markah 60 peratus hingga 79 peratus pula dikategorikan pada tahap baik iaitu mewakili gred B. Markah 40 peratus hingga 59 peratus dikategorikan pada tahap sederhana iaitu mewakili gred C dan sampel yang mendapat markah 20 peratus hingga 39 peratus dikategorikan pada tahap lemah iaitu mewakili gred D. Manakala markah 0 peratus hingga 19 peratus pula dikategorikan pada tahap sangat lemah iaitu mewakili gred E. Dapatan 1 Perbandingan Praujian dan Pascaujian Jadual 2: Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian Praujian Pascaujian Jumlah Bil Nama Markah(%) Gred Markah%) Gred Perubahan 1. Sampel 1 28 D 76 B +48 2. Sampel 2 17 E 52 C +45 3. Sampel 3 28 D 88 A +60 4. Sampel 4 67 B 76 B +9 5. Sampel 5 56 C 81 A +25 6. Sampel 6 45 C 88 A +43 7. Sampel 7 14 E 74 B +60 8. Sampel 8 21 D 71 B +50 9. Sampel 9 31 D 71 B +40 10. Sampel 10 43 C 62 B +19 11. Sampel 11 41 C 81 A +40 12. Sampel 12 81 A 90 A +9 13. Sampel 13 57 C 71 B +14 Jumlah Lulus: 54% Lulus: 100% +46% Keputusan pascaujian menunjukkan kelulusan sampel sebanyak 100 peratus berbanding dengan praujian yang hanya sebanyak 54 peratus iaitu peningkatan sebanyak 46 peratus. Perubahan ini dapat dilihat dengan jelas melalui Jadual Analisis Perbandingan Data Praujian dan Pascaujian di atas. Berikutan dengan perubahan dan peningkatan positif yang ditunjukkan oleh sampel melalui pascaujian, objektif kajian saya yang pertama iaitu mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal telah tercapai.
  • 5. Analisis Perbandingan Praujian dan Pascaujian Jadual 3: Analisis Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian Markah Gred Praujian Pascaujian Perbezaan Tahap % Peningkatan 80-100 A 1 8% 5 38% +30% Cemerlang 70-79 B 1 8% 7 54% +46% Baik 50-69 C 5 38% 1 8% -30% Sederhana 40-49 D 4 30% 0 0 Lemah 0-39 E 2 16% 0 0 Sangat lemah Jadual 3 juga telah menyokong dapatan kajian saya yang pertama. Jadual ini menunjukkan pencapaian sampel mengikut gred. Lima sampel iaitu sebanyak 38 peratus sampel mendapat grea A dalam pascaujian, berbanding dengan sati sampel atau sebanyak 8 peratus sampel sahaja dalam praujian. Peningkatan sebanyak 30 peratus. Tujuh sampel atau sebanyak 54 peratus sampel telah mendapat gred B dalam pascaujian, berbanding dengan hanya 8 peratus sahaja dalam praujian. Peningkatan sebanyak 46 peratus. Hanya satu sampel mendapat gred C dalam pasca ujian berbanding dengan 38 peratus dalam praujian, menunjukkan perbezaan sebanyak 30 peratus. Satu peningkatan yang amat baik. Dapatan 2 Analisis Kaedah Tindakan Jadual 4: Analisis Kaedah Tindakan BIL NAMA K1 K2 K3 K4 Praujian Pascajian % Pningktn 1. Sampel 1 93 73 64 81 28 76 55 2. Sampel 2 93 50 44 77 17 52 43 3 Sampel 3 83 77 57 85 28 88 63 4. Sampel 4 83 80 54 77 67 76 25 5. Sampel 5 87 63 54 65 56 81 36 6. Sampel 6 90 67 57 88 45 88 48 7. Sampel 7 90 53 37 69 14 74 67 8. Sampel 8 80 67 48 92 21 71 56 9. Sampel 9 93 67 52 69 31 71 49 10. Sampel 10 90 67 57 69 43 62 35 11. Sampel 11 100 77 54 77 41 81 48 12. Sampel 12 100 97 72 85 81 90 17 13 Sampel 13 100 73 85 73 57 71 31 Bagi menjawab persoalan yang kedua, saya telah membuat analisis keempat-empat kaedah yang saya gunakan dalam kajian saya. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis tersebut. Jadual 4 menunjukkan keempat- empat kaedah yang digunakan ini telah membantu meningkatkan kebolehan sampel membina ayat. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan pencapaian sampel dalam pascaujian jika dibandingkan dengan keputusan praujian, iaitu sebelum tindakan rawatan dijalankan. Kesemua sampel menunjukkan peningkatan peratusan yang sangat baik. Kesimpulannya, melihat kepada keputusan praujian iaitu sebelum tindakan rawatan dilaksanakan dengan keputusan pascaujian iaitu selepas tindakan rawatan dilaksanakan, didapati bahawa objektif kajian saya yang kedua telah terjawab iaitu kesemua kaedah yang digunakan itu telah dapat membantu sampel meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
  • 6. Dapatan 3 Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel dalam Membina Ayat Jadual 5: Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel Dalam Membina Ayat Praujian Pascaujian Bil Peningkatan Nama Markah Gred Purata Markah Gred Purata Purata (%) (%) 1. Sampel 1 28 D 2.1 76 B 5.8 3.7 2. Sampel 2 17 E 1.3 52 C 4 2.7 3. Sampel 3 28 D 2.1 88 A 6.8 4.7 4. Sampel 4 67 B 5.1 76 B 5.8 0.7 5. Sampel 5 56 C 4.3 81 A 6.2 1.9 6. Sampel 6 45 C 3.5 88 A 6.8 3.3 7. Sampel 7 14 E 1.1 74 B 5.7 4.6 8. Sampel 8 21 D 1.6 71 B 5.5 3.9 9. Sampel 9 31 D 2.4 71 B 5.5 3.1 10. Sampel 10 43 C 3.3 62 B 4.8 1.5 11. Sampel 11 41 C 3.1 81 A 6.2 3.1 12. Sampel 12 81 A 6.2 90 A 6.9 0.7 13. Sampel 13 57 C 4.4 71 B 5.5 1.1 Jumlah 40.5 75.5 35.0 Berdasarkan jadual 5, terdapat peningkatan purata pencapaian markah bagi sampel 1 hingga sampel 13. Purata keseluruhan markah bagi praujian ialah sebanyak 40.5 sementara dalam pascaujian ialah sebanyak 75.5 iaitu peningkatan purata sebanyak 34.0. Peningkatan purata ini menunjukkan berlakunya peningkatan prestasi sampel dalam membina ayat dan menunjukkan berlakunya proses pembelajaran yang membolehkan murid menguasai kemahiran yang diajar. Penguasaan kebolehan ini ditunjukkan melalui peningkatan purata markah yang diperoleh dalam praujian dan pascaujian yang dibuat. Justeru, objektif kajian saya yang ketiga iaitu membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal juga telah tercapai. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa empat siri tindakan yang digunakan telah berjaya membantu murid meningkatkan kebolehan dan penguasaan mereka dalam membina ayat tunggal. Keempat-empat siri tindakan ini saling berkait dan merupakan strategi ansur maju dalam usaha membantu murid membina ayat. Kejayaan kajian saya ini adalah bersandarkan kepada empat siri tindakan yang dijalankan iaitu “Kaedah Gambar Kata”, “Kaedah Mengeja Kata”, “Kaedah Buat Apa?”, dan “Kaedah Kotak Idea”. Kaedah-kaedah ini juga melibatkan kata kunci atau idea utama iaitu “Buat Apa?”. Aktiviti yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang diajar. Kajian saya selari dengan kajian yang dilakukan oleh Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chen (2003) yang menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi dan situasi atau topik untuk membina ayat. Begitu juga dengan Habsah bt. Nan (2006) yang membuat kajian terhadap 32 orang murid tahun lima untuk membina ayat berpandukan gambar atau gambar bersiri. Hasil dapatan kajian Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chen (20003), menunjukkan pencapaian sebanyak 68 peratus, dan Habsah bt. Nan (2006) pula sebanyak 63 peratus. Kajian saya juga ada persamaan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Iskandar Muda Ishak (2005) dan Nor Idayu Idrus (2005). Iskandar Muda Ishak (2005) telah menggunakan teknik latih tubi dalam mengatasi masalah kesalahan dari segi struktur membina ayat berdasarkan gambar. Teknik
  • 7. ini menjadikan murid-murid beliau semakin mahir dan dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik apabila sering diberi latihan. Kajian beliau telah menunjukkan pencapaian sebanyak 75 peratus. Nor Idayu Ishak (2005) pula telah menggunakan teknik latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci dalam kajian beliau bagi meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid membina ayat. Kajian beliau telah menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 57 peratus. Jelaslah bahawa kaedah-kaedah yang saya jalankan dalam kajian ini amat sesuai dan menyokong dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil refleksi pelaksanaan tindakan membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran sampel dalam semua aspek, seperti mengeja perkataan, menamakan aktiviti, membiasakan diri dengan tanda baca, penggunaan huruf besar dan membina ayat mudah. Teknik penyoalan juga dapat mencetuskan idea sampel dalam membina ayat. Semua kaedah yang dijalankan secara berterusan akan membantu sampel meningkatkan kemahiran, meminimumkan kesalahan dan menjadikan mereka lebih mahir dan yakin. Cadangan Penambahbaikan Merujuk kepada kajian yang telah saya lakukan, kajian ini amat sesuai dijalankan terhadap murid-murid di peringkat awal bermula dari tahap satu lagi. Asas pembinaan ayat yang kukuh akan melahirkan murid yang cemerlang dalam penulisan. Justeru, kajian ini sepatutnya diperluaskan dengan melibatkan murid pada tahap satu dengan harapan masalah murid tidak dapat membina ayat pada tahun enam tidak timbul. Tempoh masa juga merupakan satu faktor utama. Kelemahan kajian saya ialah penglibatan murid tahun enam yang sibuk dengan persediaan untuk menghadapi UPSR. Sesetengah murid dan guru menganggapnya tidak penting kerana membina ayat tunggal berbantukan gambar atau perkataan adalah mudah dan sudah terlambat. Tempoh kajian yang singkat dan masa yang sibuk membuat mereka tertekan, penat, bosan, dan kurang pemberatan. Situasi pembelajaran yang begitu dapat mempengaruhi emosi pelajar. Oleh itu, masa dan tempoh masa yang sesuai juga perlu dipertimbangkan bagi mendapat hasil yang lebih baik. Selain itu, persediaan yang rapi, kemas dan penyediaan bahan yang sesuai juga perlu dilakukan. Instrumen kajian juga perlu dirancang dan direkod dengan baik dan teratur bagi membuktikan kesahihan dan kebolehpercayaan data di samping membantu guru membaiki prestasi dan daerah kelemahan murid. Setiap maklumat yang direkod dengan baik akan menjadi bukti dan indikator pencapaian sampel bagi mengatur strategi yang seterusnya bagi menangani masalah sampel. Semoga kajian ini bukan sekadar membantu murid dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam pelajaran, malah turut meningkatkan amalan profesional guru sebagai pendidik Cadangan Lanjutan Kajian membina ayat tunggal merupakan satu kajian asas atau permulaan bagi murid. Justeru, kajian ini boleh ditingkatkan kepada kajian membina ayat majmuk atau penggunaan kata hubung dalam ayat atau dikukuhkan dengan kajian mengeja perkataan berimbuhan atau penggunaan tanda baca dan huruf besar dalam ayat. Setiap kajian mempunyai kepentingannya yang tersendiri. RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbak Othman. (1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling jaya:Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD. Azizah Othman & Samidon Abdullah. (2006). Meningkat Kemahiran Pelajar Membina Ayat Mudah dengan Struktur yang Betul dalam Bahasa Inggeris dengan Menggunakan Formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diakses pada 31 Mac 2012, daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.
  • 8. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM. Habsah Binti Nan. (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Jurnal Kajian Tindakan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Iskandar Muda Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkat Pencapaian dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Tindakan IPBA, 17-19 April 2005 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W 1H. Diakses pada 27 Februari 2012, daripada http://www/. sribd.com/doc/25170188/Meningkatkan-Kebolehan-Membina-Ayat-Majmuk Tentang-Sesuatu. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Idayu. (2005). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.