SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Heraclius : Singa Byzantine
                           Oleh: Bro Muhamad Na’im (Jacknaim)




608 M
“TUANKU yang agung, hanya engkaulah yang layak untuk memerintah Byzantine.” Paderi
yahudi itu menundukkan kepalanya untuk memberi hormat.

Dengan penuh gagah perkasa, pahlawan agung itu melangkah mendada menuju ke takhta.
Mukanya bengis dan ekor matanya tajam sekali. Si Yahudi itu tadi menundukkan kepalanya
tanpa berani mendongak walau seinci. Si pahlawan agung duduk dengan megahnya di takhta
berhiaskan emas. Padangnya yang berlumuran darah di sandarkan di sisi kerusinya.

Beberapa orang aristokrat masuk mengadap. Terdapat riak kegembiraan pada wajah mereka.

“Tuan Heraclius, Selamat datang kami ucapkan. Sesungguhnya kami ternanti-nanti kedatangan
kamu. Tuan lah yang paling layak memerintah empayar Constaninople.”

“Usahlah kamu terlampau memujiku. Aku hanyalah seorang pahlawan. Tidak lebih dari itu.”
Sapa Heraclius.
“Usah begitu Tuan. Bukankah kau telah menafikan kesombongan Maharaja Phocas. Dia telah
mensia-siakan kesetianmu. Kami senang sekali untuk melantikmu sebagai Maharaja kami.” Kata
seorang aristokrat.

“Betul tu Tuan. Tuan lah yang paling layak memayungi kami.” Paderi Yahudi berbicara setelah
diam sekian lama.

“Usah kau menyampuk wahai si tua. Kau tidak layak berada di sini.” Seorang lagi aristokrat
menjampuk.

Heraclius mengusap rambutnya yang melabuhi bahunya. Dipintal-pintalnya rambut ikal nya
yang bewarna keperang-perangan. Dia bangkit bangun seraya menjunjung pedangnya. “Demi
Tuhan, aku akan menjadikan Empayar ini sebagai sebuah empayar yang agung.”

Dan ucapan Heraclius itu disambut dengan sorakan seisi istana.

                                         **********

SELURUH Constantinople bergegar dengan berita kebangkitan seorang Maharaja baru yang
akan memerintah kerajaan Byzantine. Rakyat jelata bertebaran di merata alam. Masing-masing
heboh bercerita. Apakah maharaja baru ini akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa
negara. Kebuluran! Serangan Parsi! Pemberontakan Yahudi! Tidak kurang juga masalah
kemiskinan yang menghantui mereka. Penindasan golongan aristokrat amat membebankan
golongan miskin.

Selama tiga hari masyarakat Rom berpesta sempena penabalan Heraclius sebagai Maharaja
Byzantine. Mereka mabuk dengan tarian-tarian yang menggiurkan, piala-piala berisi wine merah
menjadi mainan yang amat syahdu. Ternyata mereka begitu alpa sekali.

Pihak Gereja turut mengiktiraf penabalan Heraclius. Masing-masing sudah melupakan Maharaja
Phocas yang dipancung. Bagi mereka, Heraclius dilihat sebagai satu figur baru untuk
menyebarkan ajaran Paulus.

Masyarakat Yahudi pula semakin bimbang. Adakah mereka akan turut merasai nasib yang sama
sewaktu mereka berada      di bawah pemerintahan      Phocas.Memang mereka adalah bangsa
terbuang. Sejarah telah menyaksikan bahawa pada suatu masa dahulu mereka hanyalah golongan
hamba. Dilayan seperti anjing kurap oleh Bangsa Mesir. Nasib baiklah Mosses datang untuk
menyelamatkan mereka. Dengan mukjizat kurniaan Allah, mereka berjaya merentasi Laut Merah
yang terbelah akibat penangan tongkat ajaib Mosses.

Tapi penentangan mereka terhadap Jesus telah meningkatkan lagi kebencian masyarakat
terhadap mereka. Bilakah Messiah mereka akan datang untuk membawa mereka masuk ke
Jurusalem? Mereka ternanti-nanti kehadiran Sang Penyelamat. Walaupun Jesus digelar sebagai
Messiah, tetapi mereka enggan menerimanya. Bagi mereka, Jesus hanyalah seorang tukang sihir.

Sementara itu, Heraclius pula semakin berkobar-kobar untuk menaikkan kembali maruah Rom
yang semakin tercalar dek kerana kebiadaban Parsi. Tapi ternyata laluan itu tidak semudah yang
dibayangkan. Peralihan kuasa tidak menjamin kesetiaan golongan-golongan kaisar yang sebelum
ini menumpahkan kesetiaan mereka kepada Maharaja Phocas. Perbuatannya memancung kepala
Phocas tentunya membangkitkan kemarahan orang kuat Phocas. Walaupun Tentera diRaja yang
dipimpin menantu Phocas, Priscus memberikan laluan mudah kepadanya sewaktu dia memasuki
Constantinople tetapi dia meramalkan yang itu hanyalah muslihat. Priscus hanya berpura-pura
untuk menjamin keselamatannya. Lama –kelamaan dia akan bangkit untuk menuntut bela di atas
kejatuhan kerajaan mereka. Heraclius tahu sangat bahawa Phocas sememangnya hebat dalam
memastikan kesetiaan orang bawahan terhadapnya.

                                         **********

Khosrau II telah menghantar utusan kepada Heraclius memintanya mengiktiraf kedudukannya
sebagai pemerintah Persia. Heraclius pula semakin bimbang dengan perkembangan ini. Dia tahu
yang Persia akan menjadi satu ancaman terhadap pemerintahannya.

Heraclius tak kan sesekali tunduk pada Persia. Dia seorang pahlawan agung. Beratus ekor singa
telah ditewaskan dalam kandang pertarungan Gladiator. Adakah dia perlu gentar pada manusia
yang hanya pandai berbicara?

Walubagaimanapun, baginda telah menghantar utusan untuk mengadakan perjanjian damai
dengan Persia. Heraclius sedar yang kedua-dua belah pihak memerlukan masa untuk menambah
kekuatan ketenteraan. Apatah lagi Eropah pada masa itu mengalami wabak penyakit yang telah
membunuh hampir 100 juta manusia. Tapi Persia bukanlah budak-budak yang boleh di buat main
sebegitu sahaja. Mereka yang telah biasa dibesarkan sebagai panglima Perang mempunyai
semangat juang yang tinggi.

Perjanjian damai ditolak begitu sahaja oleh Persia. Raja Khosrau II tahu bahawa perjanjian
damai bererti menyerahkan kedaulatan mereka kepada Byzantine. Menyerah bukan sifat mereka.
Ia hanya sesuai untuk golongan pengecut. Mereka ialah kaum pemuja api. Semangat api
menguasai tubuh mereka, bersedia untuk membakar apa-apa sahaja termasuklah keangkuhan
Byzantine. Akibatnya Persia menjadi semakin kuat. Mereka mula melebarkan pengaruh ke
Syiria. Setelah kerajaan Persia di rasakan stabil, mereka mula untuk menyelinap masuk secara
bawah tanah bagi menguasai Rom secara diam. Konflik dalaman Rom yang masih belum selesai
semestinya akan dijadikan buah permainan mereka.

Heraclius pula ternyata membuat kesilapan dalam membuat perhitungan. Dia sepatutnya
menamatkan konflik dalaman yang melanda dan juga menghapuskan terus Yahudi kerana
mereka sememangnya tikus yang sering menjadi makhluk perosak. Kesannya, Damascus telah
jatuh ke tangan Persia pada tahun 613 dan diikuti pula dengan Jurusalem pada tahun berikutnya.
Dua wilayah yang menjadi kebanggaan Rom akhirnya tewas ke tangab               usuh. Tambah
memalukan ialah apabila Jurusalem yang merupakan kota suci buat pengikut kristian telah
dirampas oleh golongan Majusi, si penyembah api. Ya! Jurusalem adalah tempat kelahiran Nabi
Allah Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan. Penaklukan Persia telah meranapkan Gereja
Suci Sepulchre. Kebangkitan Persia seterusnya telah mengorak langkah hingga ke Afrika dan
meranapkan Holy Cross kebanggaan Kristian.

Bertahun lamanya masa yang di ambil oleh Heraclius untuk memulihkan kekuatan ketenteraan
Rom. Heraclius sememangnya seorang yang berwawasan tinggi. Hatinya mendidih
mengenangkan tanah jajahannya dirampas begitu sahaja. Setelah berfikir panjang, dia telah
mewujudkan pentadbiran secara wilayah yang mana setiap wilayah dikuasai oleh seorang kaisar.
Setiap wilayah di jadikan kubu pertahanan.

       Pada tahun 628, Kerajaan Persia mula goyah kerana kematian Khosrau II. Semangat
tentera Rom pula menjadi semakin berkobar-kobar. Dengan diketuai sendiri oleh Heraclius,
mereka mengangkat senjata untuk merampas kembali Jurusalem. Kebangkitan Rom ini
menimbulkan ketakutan pada puak yahudi dari bangsa Tiberias dan Nazareth. Oleh yang
demikian, pemimpin mereka iaitu Benjamin telah mengambil keputusan untuk menyokong
Kerajaan Heraclius. Oleh yang demikian, mereka akhirnya berjaya menawan kembali Kota
Jurusalem menyebabkan orang yahudi bertempiaran lari menyelamatkan diri ke gua-gua dan
hutan di sekitar Mesir.

                                          **********

DI keheningan pagi, Heraclius bangkit dari tidur dengan penuh kesedihan. Kesuraman pagi
menambahkan lagi kesedihannya. Seorang pandeta datang untuk mengiburkannya.

“Tuan, kenapa kau kelihatan sugul sahaja.Apakah kau tidak gembira berada di Jurusalem?”

“Aku berasa sedih memikirkan kerajaan kita wahai pendeta.”

“Kenapa Tuan? Bukankah kita telah menjadi kuasa ulung dunia. Persia sudah tidak
menggerunkan kita lagi. Jurusalem telah berjaya kita tawan kembali.”

“Semalam aku memandang ke langit. Aku lihat ada satu bintang yang begitu terang cahayanya.
Langsung tidak malap dan awan juga tidak mampu untuk menenggelakan cahayanya. Lantas aku
mendapat satu ramalan bahawa kerajaanku akan dijatuhkan oleh satu golongan umat yang
berkhitan.”

“Tuanku, bukankah kita telah hancurkan yahudi. Bukankah mereka sahaja yang berkhitan?”

“Aku tidak pasti wahai pendeta. Aku bingung dengan ramalanku ini. Apakah kau ada jalan
penyelesaiannya?”

“Tuan, inilah saat terbaik untuk kita meluaskan ajaran Paulus. Saatnya telah tiba untuk kita
mengkristiankan seluruh alam ini. Kita kristiankan seluruh masyarakat Yahudi dan sekiranya
mereka berdegil, maka kita bunuh sahaja mereka. Dengan itu, barulah kerajaan kita selamat.

“Panggil lah semua kaisarku. Hantarkan lah juga utusan kepada saudaraku, Raja Dagobert
supaya mereka mulakan segera gerakan kristianisasi.

“Aku menurut perintah mu wahai Tuan. Jesus pasti memberkati usaha ini.”

“Aku hanya melakukannya untuk menyelamatkan kekuasaanku wahai pendeta.”
**********

Kepada Heraclius, Pemerintah empayar Byzantine.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Ini adalah utusan daripada Muhammad, hamba Allah buat kamu.

Assalamu’alaikum buat mereka yang berada di atas jalan kebenaran. Aku dengan ini menyeru
kamu untuk menganuti ajaran Islam. Kamu akan selamat sekiranya menjadi seorang Muslim
dan Allah akan menggandakan segala kebaikan kamu. Dan sekiranya kamu menolak tawaran
ini, maka kamu akan menanggung dosa kerana membimbing penduduk naungan kamu dengan
jalan yang salah.




Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak
ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita
persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang
lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:
"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."[3:64]




Daripada Muhammad,
Utusan Allah

                                        **********




HERACLIUS menggenggam erat warkah yang baru diterimanya. Siapakah yang begitu tegar
cuba untuk mencabarnya. Dia tidak memerlukan sesiapa untuk memastikan keselamatannya.
Kerajaannya cudah cukup mantap sekali. Dahinya berpeluh. Ada manik-manik halus menitis
dipipinya. Dia menyeka peluhnya. Kepalanya ligat memikirkan siapakah gerangannya
Muhammad yang dikatakan Utusan Allah. Bukankah Jesus sahajalah yang patut disembah.
Apakah ada lagi Allah lain?
Heraclius memanggil pendetanya untuk datang mengadap. Dia ingin sekali mengenali
Muhammad yang begitu berani itu.

“Maafkan aku wahai Tuan. Adakah aku melakukan kesalahan sehingga engkau ingin bertemuku
secara tergesa-gesa sekali.”

“Aku ada hal yang amat penting untuk dibicarakan wahai pendeta.”

“Pengetahuanku adalah cetek jika nak dibandingkan dengan Tuan. Bukankah Tuan menguasai
segala ilmu penilikan dan ramalan.”

“Aku ingin mengetahui tentang Muhammad. Siapakah dia.”

Si Paderi begitu terkejut sekali apabila mendengar pertanyaan itu. Dia telah lama mendengar
berita-berita mengenai Muhammad dari paderi-paderi di Tanah Arab. Dia sendiri sudah jelas
dengan Muhammad kerana banyak sekali perihalnya diceritakan di dalam Taurat dan Injil. Tapi
ada sesuatu yang dia tidak puas hati. Dia menjangkakan Muhammad itu lahir dari bangsa Israel
tetapi hampa setelah baginda diturunkan dalam kalangan Bani Arab. Ya, Muhammad lahir dari
nasab Ishmael sedangkan bangsa mereka dari nasab Isaac.

“Kenapa kau mendiamkan diri wahai Pendeta?”

“Maafkan aku wahai Tuan. Aku sedang cuba mengingati siapakah Muhammad ini.”

“Adakah kau mengetahuinya ataupun tidak?” sergah Heraclius.

“Muhammad itu orang yang telah membawakan ajaran baru. Dia telah mempengaruhi pemikiran
orang Arab. Katanya, Jesus hanyalah Nabi setaraf dengannya. Ini bertentangan dengan agama
kita yang menganggap Jesus sebagai Tuhan. Dia sesat wahai Tuan.” Paderi itu cuba meniupkan
angin permusuhan.

“Jadi siapakah dia sekarang?”

“Dia mengaku dirinya sebagai utusan Allah. Rasul terakhir yang menyambung tugas-tugas Jesus.
Katanya, dia datang untuk melengkapkan Injil. Bahkan dia telah berjaya mempengaruhi Najasyi,
Raja Ethopia. Masyarakat Arab telah menjadikannya sebagai seorang pemimpin. Dan kini dia
telah memerintah Kerajaan Islam Madinah. Seluruh umat Arab bersatu di bawahnya.”
“Pendeta, aku mahu kau bawa beberapa orang pengawal untuk memeriksa si pembawa utusan
ini. Pergi lihat samada pembawa utusan ini berkhitan ataupun tidak.”

“Baik lah Tuan.”




                                             **********

HERACLIUS duduk berdiam diri di kamarnya. Santapan tengah hari langsung tidak
disentuhnya. Dia memikirkan hal penyampai utusan tadi. Menurut pengawalnya, penyampai
utusan tadi telah dikhitankan kemaluannya. Si penyampai utusan tadi turut menyatakan bahawa
Orang Arab juga berkhitan. Itulah yang menerobos pemikirannya, Mungkinkah bangsa itulah
yang akan menjatuhkan kerajaannya. Muhammad pula telah menghantarkannya utusan agar
mengikut ajaran Islam. Benarkah agama itu akan menyelamatkannya dan dapatkah ia melindungi
takhtanya? Tapi, pendeta mengatakan bahawa Islam itu agama yang baru. Agama yang
menyimpang dari ajaran Jesus.

Tapi bila direnungkan perkara ini secara dalamnya, ajaran ini hampir sama dengan ajaran Jesus.
Heraclius cuba untuk mengingat kembali setiap susunan bait-bait dalam Injil. Tidak pernah
dinyatakan bahawa Jesus itu Tuhan, bahkan sebaliknya Jesus itu hanyalah sebagai penyampai.
Jesus sendiri pernah mengatakan bahawa akan ada penggantinya selepas ini. Apakah pendeta nya
berbohong?

“Aku perlu tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai ajaran Muhammad ini. Aku nyata kurang
pengetahuan mengenainya.” Desus hati kecil Heraclius.

Heraclius bangkit dari katilnya lalu mengenakan baju suteranya. Mahkota bertatahkan emas,
lambang kekuasaannya dipakai lalu dia keluar dari bilik. Baginda berjalan menuju ke Mahkamah
agung.

Sesampainya di sana Baginda menitahkan agar pengawalnya mencari pedagang dari Tanah Arab
untuk berbicara. Pegawai tertinggi dan penterjemah turut dipanggil.

Sementara itu, Abu Sufyan yang mengetui rombongan perdagangan ke Sham terkejut dengan
kedatangan pengawal di raja yang memintanya dan ahli rombongan menghadap Heraclius. Dia
mengira-ngira dalam kepalanya sekiranya ada kesalahan yang dilakukan oleh kafilahnya
sepanjang mereka berada di Sham. Beliau bergegas mengemaskan segala barangan dagangan dan
membontoti Pengawal ke mana sahaja dia melangkah.

Sesampainya di sebuah bangunan yang tersergam indah, didapatinya Heraclius telah sedia
menunggunya. Heraclius segera berucap dalam bahasa Yunani yang kurang difahaminya.
Kemudian penterjemah bahasa mengatakan bahawa Heraclius ingin bertemu dengan orang yang
paling rapat dengan Muhammad yang mendakwa dirinya sebagai Rasul Allah

“Akulah Abu Sufyan, ahli keluarga Muhammad dan akulah yang paling rapat dengannya.”Abu
Sufyan menapak beberapa langkah ke hadapan. Dia membongkokkan sedikit kepalanya tetapi
tidak menunduk seperti yang dilakukan oleh pengawal-pengawal yang lain. Dia teringat kata-
kata Rasulullah bahawa Islam hanya tunduk pada perintah Allah semata-mata.

“Si penterjemah bercakap sesuatu kepada Heraclius dan kelihatan mulut Heraclius terkumat-
kamit mengatakan sesuatu kepada penterjemah itu. Seterusnya perbicaraan mereka menggunakan
si Penterjemah sebagai orang tengah.

“Heraclius ingin bertanyakan beberapa soalan kepadamu berkenaan Muhammad wahai Abu
Sufyan. Baginda juga telah menitahkan agar rombongan yang lain melaporkan kepadanya
sekiranya kau berkata bohong.” Kata si Penterjemah

“Demi Allah, aku tidak takut dituduh berbohong oleh ahli rombongan yang lain.” Ujar Abu
Sufyan dengan penuh beraninya.

“Heraclius ingin tahu mengenai status keluarga Muhammad.” Ujar si penterjemah.

“Dia kepunyaan keluarga yang paling kehormat dari kalangan Arab. Dia dari Bani Hasyim yang
menjaga keselamatan Kota Mekkah.” Balas Abu Sufyan.

“Adakah ada dalam kalangan kamu yang mengaku dirinya sebagai Rasul selain Muhammad?”

“Tidak ada, bahkan dialah satu-satunya yang mengaku dirinya sebagai Nabi.”

“Apakah dia dari keturunan raja?” soal Heraclius lagi melalui Si Penterjemah.

“Tidak.” Balas Abu Sufyan pendek.
“Adakah golongan bangsawan atau si miskin yang mengikut seruannya?”

“Rata-rata pengikut Muhammad terdiri dari golongan miskin.”

“Adakah pengikutnya bertambah dari sehari ke sehari?”

“Ya Tuan. Mereka semakin bertambah dengan begitu banyaknya.”

“Adakah mereka meninggalkan agama bawaan Muhammad setelah mereka menjadi pengikut
kepada agama ini?”

“Sehingga kini, tiada yang murtad.”

“Wahai Abu Sufyan, adakah kau pernah sangsi akan kerasulannya. Dan pernahkah kau
merasakan bahawa Dia berbohong?”

“Tidak sama sekali.”

“Pernahkah dia melanggar janji-janji nya?”

“Tidak pernah Tuan. Bahkan dia digelar Al Amin sebelum menjadi Rasul. Dia tidak pernah
berbohong. Semua Kaum Arab mengetahuinya.”

“Adakah kamu pernah berperang dengannya?”

“Ya.”

“Bagaimanakah keputusan peperangan itu?”

“Kadang kala dia menang. Dan kadang kala, kami yang menang.

“Adakah dia menyuruh kamu berbuat sesuatu?”

“Ada Tuan. Dia menyuruh kami menyembah Tuhan yang Maha Esa. Hanya ada satu sahaja
Tuhan dan tiada yang lain. Baginda mengarahkan kami agar meninggalkan segala sembahan
nenek- moyang kami. Baginda menyuruh kami solat, bercakap benar, sentiasa mensucikan diri
dan baginda juga menyuruh kami berbuat baik di antara satu sama lain.”
Heraclius mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan abu Sufyan. Kepalanya ligat mencari
perkaitan di antara soalan yang ditanya dengan haq dan kebenaran Muhammad. Setelah berpuas
hati, dia mengangguk-anggukkan kepalanya lantas memanggil Si Penterjemah

“ Heraclius telah membuat rumusan daripada soalannya wahai Abu Sufyan”

“Suka sekali aku untuk mendengarnya.”

“ Soalan pertama Heraclius adalah mengenai nasab keturunan Muhammad. Kamu menyatakan
bahawa keturunannya adalah dari golongan yang terpuji. Sesungguhnya semua Rasul itu datang
dari keluarga yang baik-baik. Dia bertanyakan kamu samada pernah ada yang mengaku sebagai
Rasul sebelum Muhammad dan kamu mengatakan tidak. Sekiranya pernah ada yang mengaku
Rasul sebelumnya, nescaya Muhammad itu hanya mengikut perbuatan orang tersebut. Heraclius
bertanya adakah keluarganya dari kalangan pemerintah dan raja dan kamu berkata tidak.
Sekiranya ya, maka Muhammad tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu mengembalikan
takhta kekuasaannya.”

Si Penterjemah berhenti seketika. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Rombongan Abu
Sufyan tekun mendengar ucapan Heraclius yang disampaikan melalui Si Penterjemah itu.

“Aku bertanya kalian, adakah ada orang yang pernah menuduhnya berbohong dan kau
mengatakan tidak. Maka aku tertanya-tanya adakah orang ini akan berbohong mengenai Allah.
Berkenaan dengan pengikutnya, kau mengatakan bahawa rata-rata mereka adalah dari golongan
miskin. Itulah yang berlaku pada Nabi-nabi sebelum ini yang mana pengikut mereka adalah dari
golongan miskin. Kau mengatakan bahawa pengikutnya semakin bertambah. Dengan ini aku
yakin bahawa inilah jalan kebenaran. Semua manusia akan akhirnya memeluk agama yang
dibawa oleh Muhammad.

Aku bertanya mengenai perihal pengikutnya, adakah yang meninggalkan agama ini setelah
menganutinya dan kau mengatakan tidak. Ini merupakan tanda kebenaran agama Muhammad.
Sesungguhnya agama ini begitu berkesan sekali di hati mereka. Aku bertanya sekiranya
Muhammad pernah mengkhianati kamu dan kamu mengatakan tidak. Ini lah ciri-ciri seorang
Rasul, tidak akan mengkhianati pengikutnya.
Aku juga bertanyakan mengenai perintahnya terhadap kamu. Dan kamu mengatakan bahawa
Muhammad menyuruh kamu menyembah Tuhan yang satu, tidak menyembah berhala-berhala
seperti yang dilakukan nenek-moyangmu, solat, berbuat baik, berkata benar dan sentiasa
mensucikan diri. Sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka aku yakin suatu hari nanti,
seluruh wilayah jajahanku akan berada di bawah naungan Islam.

Sesungguhnya aku telah mengetahui perihal kebangkitan seorang Rasul melalui Kitab Injil tetapi
aku tidak menyangka bahawa Baginda lahir dari kalangan kamu. Sekiranya aku mampu
menemuinya nescaya aku akan berlari untuk menemuinya dan andai kata aku bersamanya, aku
sendiri yang akan membasuh kakinya.

Seterusnya Heraclius membaca kembali warkah daripada Muhammad yang dihantar kepadanya
melalui Dihya oleh Gabenor Busra. Selesai membaca warkah itu, seluruh mahkamah dibayangi
satu perasaan sayu. Kebanyakan dari mereka menangis. Melihatkan keadaan ini, Abu Sufyan dan
rombongannya meninggalkan tempat itu.

                                            **********

HERACLIUS mengutus sepucuk surat kepada sahabatnya di Rom untuk bertanyakan
pendapatnya mengenai Muhammad. Beberapa ketika kemudiannya dia menerima balasan surat
itu yang membenarkan Muhammad sebagai seorang Rasul yang berada di atas jalan kebenaran.
Rasul yang hadir untuk menyelesaikan tugas Jesus.

Mendengarkan perkhabaran itu, Heraclius mengarahkan rakyatnya untuk berhimpun di
perkarangan Istana. Setelah perkarangan istana dipenuhi dengan lautan manusia. Baginda
menitahkan pengawalnya untuk menutup satu-satunya pintu masuk ke perkarangan istana.

Heraclius berucap. “Wahai penduduk Byzantine, sekiranya kejayaan yang kau inginkan bersama
Kerajaanku, maka masuklah kamu sekalian ke dalam agama Islam.”

Mendengarkan titah itu, kesemua penduduk bergegas lari ke Pintu tetapi mendapati bahawa pintu
itu telah terkunci. Ketika itu, Heraclius menyedari bahawa rakyatnya membenci Islam. Dia putus
harapan untuk membawa rakyatnya memeluk Islam.
Dia mengarahkan penduduk berhimpun semula. Dia mengatakan kepada pengikutnya bahawa itu
hanyalah satu ujian untuk melihatkan kesetiaan rakyat terhadap agama kristian. Pada hakikatnya,
menggambarkan kekecewaan seorang Maharaja yang telah mengakui keesaan Allah dan
kebenaran Muhammad. Bermula dari saat itu, Heraclius telah memperkenalkan satu pendekatan
baru kepada agama Kristian dengan memperkanalkan konsep Monotheism yang menyembah
tuhan yang maha esa. Akan tetapi pendekatan ini tidak mendapat sambutan yang baik dalam
kalangan masyarakat Byzantine.




                                             **********

EMPAT tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Rom telah berjaya dikalahkan
dengan penaklukan Syria oleh Khalid Al Walid melalui perang yang dinamakan Perang Yamruk.
Berikutan itu, Heraclius telah berundur ke constantinople dan sedaya upaya menguatkan
pertahanan untuk menyelamatkan Mesir dari kemaraan Tentera Islam.




“Selamat tinggal Syiria, jajahanku yang penuh syahdu. Kerana kau sekarang sudah menjadi
musuh kerajaan Rom.”- Heraclius.

Walaubagamanapun, kekuatan tentera Islam mengatasi kekuatan Rom dan dalam lapan
pertempuran yang diketuai oleh Singa Allah, Khalid Al Walid maka seluruh Rom dan Parsi
berada di bawah kekuasaan Islam. Zaman Khalifah Ar Rasyidin menandakan kebangkitan
Tamadun Islam di mana dua pertiga dunia berada di bawah kekuasaan Islam. Dan ini ternyata
membuktikan ucapan dan kata-kata Heraclius. Sesungguhnya benarlah agama yang dibawa
Muhammad itu datangnya dari Allah yang Esa.




                                         --TAMAT--

Weitere ähnliche Inhalte

Andere mochten auch

Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massAR Muhamad Na'im
 
Hadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahHadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahAR Muhamad Na'im
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionAR Muhamad Na'im
 
Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAR Muhamad Na'im
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryAR Muhamad Na'im
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureAR Muhamad Na'im
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiAR Muhamad Na'im
 
Emergency procedures summary
Emergency procedures summaryEmergency procedures summary
Emergency procedures summaryDr. Rubz
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocationAR Muhamad Na'im
 
Thrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryThrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryDr. Rubz
 
A&e end posting osce assesment group 7
A&e end posting osce assesment group 7A&e end posting osce assesment group 7
A&e end posting osce assesment group 7AR Muhamad Na'im
 
Icu Emergency Airway Management
Icu Emergency Airway ManagementIcu Emergency Airway Management
Icu Emergency Airway ManagementAndrew Ferguson
 

Andere mochten auch (20)

Saat sayang bertaut
Saat sayang bertautSaat sayang bertaut
Saat sayang bertaut
 
Image of the day 7
Image of the day 7Image of the day 7
Image of the day 7
 
Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal mass
 
Image of the day 6
Image of the day 6Image of the day 6
Image of the day 6
 
Hadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allahHadiah termahal dari allah
Hadiah termahal dari allah
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusion
 
Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowel
 
Iv canulla
Iv canullaIv canulla
Iv canulla
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iii
 
Emergency procedures summary
Emergency procedures summaryEmergency procedures summary
Emergency procedures summary
 
Image of the day 5
Image of the day 5Image of the day 5
Image of the day 5
 
1.widened mediastinum
1.widened mediastinum1.widened mediastinum
1.widened mediastinum
 
9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation
 
Thrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summaryThrombocytopenia summary
Thrombocytopenia summary
 
Brain Resuscitation
Brain ResuscitationBrain Resuscitation
Brain Resuscitation
 
A&e end posting osce assesment group 7
A&e end posting osce assesment group 7A&e end posting osce assesment group 7
A&e end posting osce assesment group 7
 
Icu Emergency Airway Management
Icu Emergency Airway ManagementIcu Emergency Airway Management
Icu Emergency Airway Management
 

Ähnlich wie Heraclius s inga byzantine

Dracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salib
Dracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salibDracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salib
Dracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salibKhairul Filhan
 
Sejarah singkat kerajaan persia
Sejarah singkat kerajaan persiaSejarah singkat kerajaan persia
Sejarah singkat kerajaan persiaRamDaniela07
 
Kesatria agung penjaga kota suci
Kesatria agung penjaga kota suciKesatria agung penjaga kota suci
Kesatria agung penjaga kota sucicah_bagus12
 
Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01
Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01
Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01iwan Alit
 
Dajjal dan-ya-juj-wa-ma-juj
Dajjal dan-ya-juj-wa-ma-jujDajjal dan-ya-juj-wa-ma-juj
Dajjal dan-ya-juj-wa-ma-jujAdi Utami
 
Surat2 rasulullah untuk raja2
Surat2  rasulullah untuk raja2Surat2  rasulullah untuk raja2
Surat2 rasulullah untuk raja2Helmon Chan
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.
Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.
Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.Adam Hiola
 
hahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshs
hahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshshahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshs
hahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshsmegaanime1
 
Power Poin Perang Salib
Power Poin Perang  SalibPower Poin Perang  Salib
Power Poin Perang SalibKhusnul huda
 

Ähnlich wie Heraclius s inga byzantine (19)

Khazars
KhazarsKhazars
Khazars
 
Dracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salib
Dracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salibDracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salib
Dracula pembantai-umat-islam-dalam-perang-salib
 
Sejarah singkat kerajaan persia
Sejarah singkat kerajaan persiaSejarah singkat kerajaan persia
Sejarah singkat kerajaan persia
 
Kesatria agung penjaga kota suci
Kesatria agung penjaga kota suciKesatria agung penjaga kota suci
Kesatria agung penjaga kota suci
 
Perang salib
Perang salibPerang salib
Perang salib
 
Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01
Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01
Powerpoinperangsalib 100629085024-phpapp01
 
Peradaban Romawi Kuno
Peradaban Romawi KunoPeradaban Romawi Kuno
Peradaban Romawi Kuno
 
Alat Penggaris Busur, Siku
Alat Penggaris Busur, SikuAlat Penggaris Busur, Siku
Alat Penggaris Busur, Siku
 
Membina Generasi 1453
Membina Generasi 1453Membina Generasi 1453
Membina Generasi 1453
 
Dajjal dan-ya-juj-wa-ma-juj
Dajjal dan-ya-juj-wa-ma-jujDajjal dan-ya-juj-wa-ma-juj
Dajjal dan-ya-juj-wa-ma-juj
 
Surat2 rasulullah untuk raja2
Surat2  rasulullah untuk raja2Surat2  rasulullah untuk raja2
Surat2 rasulullah untuk raja2
 
Bahan ajar fremason
Bahan ajar fremasonBahan ajar fremason
Bahan ajar fremason
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.
Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.
Sekolah Sabat - Triwulan 2 Pelajaran 10.
 
Sejarah romawi-kuno
Sejarah romawi-kunoSejarah romawi-kuno
Sejarah romawi-kuno
 
Sejarah romawi-kuno
Sejarah romawi-kunoSejarah romawi-kuno
Sejarah romawi-kuno
 
hahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshs
hahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshshahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshs
hahahashshshshshshshshshshshshshshshshshshs
 
Yunani.3 (1).ppt
Yunani.3 (1).pptYunani.3 (1).ppt
Yunani.3 (1).ppt
 
Power Poin Perang Salib
Power Poin Perang  SalibPower Poin Perang  Salib
Power Poin Perang Salib
 
ppt spi.pptx
ppt spi.pptxppt spi.pptx
ppt spi.pptx
 

Mehr von AR Muhamad Na'im

Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureAR Muhamad Na'im
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusionAR Muhamad Na'im
 
9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rashAR Muhamad Na'im
 
Short case pediatric approach to cerebral palsy
Short case pediatric   approach to cerebral palsyShort case pediatric   approach to cerebral palsy
Short case pediatric approach to cerebral palsyAR Muhamad Na'im
 
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...AR Muhamad Na'im
 
Osce post op management for lscs
Osce  post op management for lscsOsce  post op management for lscs
Osce post op management for lscsAR Muhamad Na'im
 
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massShort case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massAR Muhamad Na'im
 
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lungPrimary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lungAR Muhamad Na'im
 
Approach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingApproach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingAR Muhamad Na'im
 

Mehr von AR Muhamad Na'im (12)

Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic Fracture
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusion
 
Pleural effusion
Pleural effusionPleural effusion
Pleural effusion
 
9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash9 years old girl with high grade fever and rash
9 years old girl with high grade fever and rash
 
Short case pediatric approach to cerebral palsy
Short case pediatric   approach to cerebral palsyShort case pediatric   approach to cerebral palsy
Short case pediatric approach to cerebral palsy
 
Surgical short case stoma
Surgical short case stomaSurgical short case stoma
Surgical short case stoma
 
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
A mature pseudoprimid with hypertension in pregnancy and history of subinfert...
 
Osce ophthalmology npdr
Osce ophthalmology npdr Osce ophthalmology npdr
Osce ophthalmology npdr
 
Osce post op management for lscs
Osce  post op management for lscsOsce  post op management for lscs
Osce post op management for lscs
 
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian massShort case examination pelvic mass-ovarian mass
Short case examination pelvic mass-ovarian mass
 
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lungPrimary non gestational extra  gonadal choriocarcinoma of the lung
Primary non gestational extra gonadal choriocarcinoma of the lung
 
Approach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine postingApproach to history taking in internal medicine posting
Approach to history taking in internal medicine posting
 

Heraclius s inga byzantine

  • 1. Heraclius : Singa Byzantine Oleh: Bro Muhamad Na’im (Jacknaim) 608 M “TUANKU yang agung, hanya engkaulah yang layak untuk memerintah Byzantine.” Paderi yahudi itu menundukkan kepalanya untuk memberi hormat. Dengan penuh gagah perkasa, pahlawan agung itu melangkah mendada menuju ke takhta. Mukanya bengis dan ekor matanya tajam sekali. Si Yahudi itu tadi menundukkan kepalanya tanpa berani mendongak walau seinci. Si pahlawan agung duduk dengan megahnya di takhta berhiaskan emas. Padangnya yang berlumuran darah di sandarkan di sisi kerusinya. Beberapa orang aristokrat masuk mengadap. Terdapat riak kegembiraan pada wajah mereka. “Tuan Heraclius, Selamat datang kami ucapkan. Sesungguhnya kami ternanti-nanti kedatangan kamu. Tuan lah yang paling layak memerintah empayar Constaninople.” “Usahlah kamu terlampau memujiku. Aku hanyalah seorang pahlawan. Tidak lebih dari itu.” Sapa Heraclius.
  • 2. “Usah begitu Tuan. Bukankah kau telah menafikan kesombongan Maharaja Phocas. Dia telah mensia-siakan kesetianmu. Kami senang sekali untuk melantikmu sebagai Maharaja kami.” Kata seorang aristokrat. “Betul tu Tuan. Tuan lah yang paling layak memayungi kami.” Paderi Yahudi berbicara setelah diam sekian lama. “Usah kau menyampuk wahai si tua. Kau tidak layak berada di sini.” Seorang lagi aristokrat menjampuk. Heraclius mengusap rambutnya yang melabuhi bahunya. Dipintal-pintalnya rambut ikal nya yang bewarna keperang-perangan. Dia bangkit bangun seraya menjunjung pedangnya. “Demi Tuhan, aku akan menjadikan Empayar ini sebagai sebuah empayar yang agung.” Dan ucapan Heraclius itu disambut dengan sorakan seisi istana. ********** SELURUH Constantinople bergegar dengan berita kebangkitan seorang Maharaja baru yang akan memerintah kerajaan Byzantine. Rakyat jelata bertebaran di merata alam. Masing-masing heboh bercerita. Apakah maharaja baru ini akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa negara. Kebuluran! Serangan Parsi! Pemberontakan Yahudi! Tidak kurang juga masalah kemiskinan yang menghantui mereka. Penindasan golongan aristokrat amat membebankan golongan miskin. Selama tiga hari masyarakat Rom berpesta sempena penabalan Heraclius sebagai Maharaja Byzantine. Mereka mabuk dengan tarian-tarian yang menggiurkan, piala-piala berisi wine merah menjadi mainan yang amat syahdu. Ternyata mereka begitu alpa sekali. Pihak Gereja turut mengiktiraf penabalan Heraclius. Masing-masing sudah melupakan Maharaja Phocas yang dipancung. Bagi mereka, Heraclius dilihat sebagai satu figur baru untuk menyebarkan ajaran Paulus. Masyarakat Yahudi pula semakin bimbang. Adakah mereka akan turut merasai nasib yang sama sewaktu mereka berada di bawah pemerintahan Phocas.Memang mereka adalah bangsa terbuang. Sejarah telah menyaksikan bahawa pada suatu masa dahulu mereka hanyalah golongan
  • 3. hamba. Dilayan seperti anjing kurap oleh Bangsa Mesir. Nasib baiklah Mosses datang untuk menyelamatkan mereka. Dengan mukjizat kurniaan Allah, mereka berjaya merentasi Laut Merah yang terbelah akibat penangan tongkat ajaib Mosses. Tapi penentangan mereka terhadap Jesus telah meningkatkan lagi kebencian masyarakat terhadap mereka. Bilakah Messiah mereka akan datang untuk membawa mereka masuk ke Jurusalem? Mereka ternanti-nanti kehadiran Sang Penyelamat. Walaupun Jesus digelar sebagai Messiah, tetapi mereka enggan menerimanya. Bagi mereka, Jesus hanyalah seorang tukang sihir. Sementara itu, Heraclius pula semakin berkobar-kobar untuk menaikkan kembali maruah Rom yang semakin tercalar dek kerana kebiadaban Parsi. Tapi ternyata laluan itu tidak semudah yang dibayangkan. Peralihan kuasa tidak menjamin kesetiaan golongan-golongan kaisar yang sebelum ini menumpahkan kesetiaan mereka kepada Maharaja Phocas. Perbuatannya memancung kepala Phocas tentunya membangkitkan kemarahan orang kuat Phocas. Walaupun Tentera diRaja yang dipimpin menantu Phocas, Priscus memberikan laluan mudah kepadanya sewaktu dia memasuki Constantinople tetapi dia meramalkan yang itu hanyalah muslihat. Priscus hanya berpura-pura untuk menjamin keselamatannya. Lama –kelamaan dia akan bangkit untuk menuntut bela di atas kejatuhan kerajaan mereka. Heraclius tahu sangat bahawa Phocas sememangnya hebat dalam memastikan kesetiaan orang bawahan terhadapnya. ********** Khosrau II telah menghantar utusan kepada Heraclius memintanya mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah Persia. Heraclius pula semakin bimbang dengan perkembangan ini. Dia tahu yang Persia akan menjadi satu ancaman terhadap pemerintahannya. Heraclius tak kan sesekali tunduk pada Persia. Dia seorang pahlawan agung. Beratus ekor singa telah ditewaskan dalam kandang pertarungan Gladiator. Adakah dia perlu gentar pada manusia yang hanya pandai berbicara? Walubagaimanapun, baginda telah menghantar utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan Persia. Heraclius sedar yang kedua-dua belah pihak memerlukan masa untuk menambah kekuatan ketenteraan. Apatah lagi Eropah pada masa itu mengalami wabak penyakit yang telah membunuh hampir 100 juta manusia. Tapi Persia bukanlah budak-budak yang boleh di buat main
  • 4. sebegitu sahaja. Mereka yang telah biasa dibesarkan sebagai panglima Perang mempunyai semangat juang yang tinggi. Perjanjian damai ditolak begitu sahaja oleh Persia. Raja Khosrau II tahu bahawa perjanjian damai bererti menyerahkan kedaulatan mereka kepada Byzantine. Menyerah bukan sifat mereka. Ia hanya sesuai untuk golongan pengecut. Mereka ialah kaum pemuja api. Semangat api menguasai tubuh mereka, bersedia untuk membakar apa-apa sahaja termasuklah keangkuhan Byzantine. Akibatnya Persia menjadi semakin kuat. Mereka mula melebarkan pengaruh ke Syiria. Setelah kerajaan Persia di rasakan stabil, mereka mula untuk menyelinap masuk secara bawah tanah bagi menguasai Rom secara diam. Konflik dalaman Rom yang masih belum selesai semestinya akan dijadikan buah permainan mereka. Heraclius pula ternyata membuat kesilapan dalam membuat perhitungan. Dia sepatutnya menamatkan konflik dalaman yang melanda dan juga menghapuskan terus Yahudi kerana mereka sememangnya tikus yang sering menjadi makhluk perosak. Kesannya, Damascus telah jatuh ke tangan Persia pada tahun 613 dan diikuti pula dengan Jurusalem pada tahun berikutnya. Dua wilayah yang menjadi kebanggaan Rom akhirnya tewas ke tangab usuh. Tambah memalukan ialah apabila Jurusalem yang merupakan kota suci buat pengikut kristian telah dirampas oleh golongan Majusi, si penyembah api. Ya! Jurusalem adalah tempat kelahiran Nabi Allah Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan. Penaklukan Persia telah meranapkan Gereja Suci Sepulchre. Kebangkitan Persia seterusnya telah mengorak langkah hingga ke Afrika dan meranapkan Holy Cross kebanggaan Kristian. Bertahun lamanya masa yang di ambil oleh Heraclius untuk memulihkan kekuatan ketenteraan Rom. Heraclius sememangnya seorang yang berwawasan tinggi. Hatinya mendidih mengenangkan tanah jajahannya dirampas begitu sahaja. Setelah berfikir panjang, dia telah mewujudkan pentadbiran secara wilayah yang mana setiap wilayah dikuasai oleh seorang kaisar. Setiap wilayah di jadikan kubu pertahanan. Pada tahun 628, Kerajaan Persia mula goyah kerana kematian Khosrau II. Semangat tentera Rom pula menjadi semakin berkobar-kobar. Dengan diketuai sendiri oleh Heraclius, mereka mengangkat senjata untuk merampas kembali Jurusalem. Kebangkitan Rom ini menimbulkan ketakutan pada puak yahudi dari bangsa Tiberias dan Nazareth. Oleh yang
  • 5. demikian, pemimpin mereka iaitu Benjamin telah mengambil keputusan untuk menyokong Kerajaan Heraclius. Oleh yang demikian, mereka akhirnya berjaya menawan kembali Kota Jurusalem menyebabkan orang yahudi bertempiaran lari menyelamatkan diri ke gua-gua dan hutan di sekitar Mesir. ********** DI keheningan pagi, Heraclius bangkit dari tidur dengan penuh kesedihan. Kesuraman pagi menambahkan lagi kesedihannya. Seorang pandeta datang untuk mengiburkannya. “Tuan, kenapa kau kelihatan sugul sahaja.Apakah kau tidak gembira berada di Jurusalem?” “Aku berasa sedih memikirkan kerajaan kita wahai pendeta.” “Kenapa Tuan? Bukankah kita telah menjadi kuasa ulung dunia. Persia sudah tidak menggerunkan kita lagi. Jurusalem telah berjaya kita tawan kembali.” “Semalam aku memandang ke langit. Aku lihat ada satu bintang yang begitu terang cahayanya. Langsung tidak malap dan awan juga tidak mampu untuk menenggelakan cahayanya. Lantas aku mendapat satu ramalan bahawa kerajaanku akan dijatuhkan oleh satu golongan umat yang berkhitan.” “Tuanku, bukankah kita telah hancurkan yahudi. Bukankah mereka sahaja yang berkhitan?” “Aku tidak pasti wahai pendeta. Aku bingung dengan ramalanku ini. Apakah kau ada jalan penyelesaiannya?” “Tuan, inilah saat terbaik untuk kita meluaskan ajaran Paulus. Saatnya telah tiba untuk kita mengkristiankan seluruh alam ini. Kita kristiankan seluruh masyarakat Yahudi dan sekiranya mereka berdegil, maka kita bunuh sahaja mereka. Dengan itu, barulah kerajaan kita selamat. “Panggil lah semua kaisarku. Hantarkan lah juga utusan kepada saudaraku, Raja Dagobert supaya mereka mulakan segera gerakan kristianisasi. “Aku menurut perintah mu wahai Tuan. Jesus pasti memberkati usaha ini.” “Aku hanya melakukannya untuk menyelamatkan kekuasaanku wahai pendeta.”
  • 6. ********** Kepada Heraclius, Pemerintah empayar Byzantine. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Ini adalah utusan daripada Muhammad, hamba Allah buat kamu. Assalamu’alaikum buat mereka yang berada di atas jalan kebenaran. Aku dengan ini menyeru kamu untuk menganuti ajaran Islam. Kamu akan selamat sekiranya menjadi seorang Muslim dan Allah akan menggandakan segala kebaikan kamu. Dan sekiranya kamu menolak tawaran ini, maka kamu akan menanggung dosa kerana membimbing penduduk naungan kamu dengan jalan yang salah. Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."[3:64] Daripada Muhammad, Utusan Allah ********** HERACLIUS menggenggam erat warkah yang baru diterimanya. Siapakah yang begitu tegar cuba untuk mencabarnya. Dia tidak memerlukan sesiapa untuk memastikan keselamatannya. Kerajaannya cudah cukup mantap sekali. Dahinya berpeluh. Ada manik-manik halus menitis dipipinya. Dia menyeka peluhnya. Kepalanya ligat memikirkan siapakah gerangannya Muhammad yang dikatakan Utusan Allah. Bukankah Jesus sahajalah yang patut disembah. Apakah ada lagi Allah lain?
  • 7. Heraclius memanggil pendetanya untuk datang mengadap. Dia ingin sekali mengenali Muhammad yang begitu berani itu. “Maafkan aku wahai Tuan. Adakah aku melakukan kesalahan sehingga engkau ingin bertemuku secara tergesa-gesa sekali.” “Aku ada hal yang amat penting untuk dibicarakan wahai pendeta.” “Pengetahuanku adalah cetek jika nak dibandingkan dengan Tuan. Bukankah Tuan menguasai segala ilmu penilikan dan ramalan.” “Aku ingin mengetahui tentang Muhammad. Siapakah dia.” Si Paderi begitu terkejut sekali apabila mendengar pertanyaan itu. Dia telah lama mendengar berita-berita mengenai Muhammad dari paderi-paderi di Tanah Arab. Dia sendiri sudah jelas dengan Muhammad kerana banyak sekali perihalnya diceritakan di dalam Taurat dan Injil. Tapi ada sesuatu yang dia tidak puas hati. Dia menjangkakan Muhammad itu lahir dari bangsa Israel tetapi hampa setelah baginda diturunkan dalam kalangan Bani Arab. Ya, Muhammad lahir dari nasab Ishmael sedangkan bangsa mereka dari nasab Isaac. “Kenapa kau mendiamkan diri wahai Pendeta?” “Maafkan aku wahai Tuan. Aku sedang cuba mengingati siapakah Muhammad ini.” “Adakah kau mengetahuinya ataupun tidak?” sergah Heraclius. “Muhammad itu orang yang telah membawakan ajaran baru. Dia telah mempengaruhi pemikiran orang Arab. Katanya, Jesus hanyalah Nabi setaraf dengannya. Ini bertentangan dengan agama kita yang menganggap Jesus sebagai Tuhan. Dia sesat wahai Tuan.” Paderi itu cuba meniupkan angin permusuhan. “Jadi siapakah dia sekarang?” “Dia mengaku dirinya sebagai utusan Allah. Rasul terakhir yang menyambung tugas-tugas Jesus. Katanya, dia datang untuk melengkapkan Injil. Bahkan dia telah berjaya mempengaruhi Najasyi, Raja Ethopia. Masyarakat Arab telah menjadikannya sebagai seorang pemimpin. Dan kini dia telah memerintah Kerajaan Islam Madinah. Seluruh umat Arab bersatu di bawahnya.”
  • 8. “Pendeta, aku mahu kau bawa beberapa orang pengawal untuk memeriksa si pembawa utusan ini. Pergi lihat samada pembawa utusan ini berkhitan ataupun tidak.” “Baik lah Tuan.” ********** HERACLIUS duduk berdiam diri di kamarnya. Santapan tengah hari langsung tidak disentuhnya. Dia memikirkan hal penyampai utusan tadi. Menurut pengawalnya, penyampai utusan tadi telah dikhitankan kemaluannya. Si penyampai utusan tadi turut menyatakan bahawa Orang Arab juga berkhitan. Itulah yang menerobos pemikirannya, Mungkinkah bangsa itulah yang akan menjatuhkan kerajaannya. Muhammad pula telah menghantarkannya utusan agar mengikut ajaran Islam. Benarkah agama itu akan menyelamatkannya dan dapatkah ia melindungi takhtanya? Tapi, pendeta mengatakan bahawa Islam itu agama yang baru. Agama yang menyimpang dari ajaran Jesus. Tapi bila direnungkan perkara ini secara dalamnya, ajaran ini hampir sama dengan ajaran Jesus. Heraclius cuba untuk mengingat kembali setiap susunan bait-bait dalam Injil. Tidak pernah dinyatakan bahawa Jesus itu Tuhan, bahkan sebaliknya Jesus itu hanyalah sebagai penyampai. Jesus sendiri pernah mengatakan bahawa akan ada penggantinya selepas ini. Apakah pendeta nya berbohong? “Aku perlu tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai ajaran Muhammad ini. Aku nyata kurang pengetahuan mengenainya.” Desus hati kecil Heraclius. Heraclius bangkit dari katilnya lalu mengenakan baju suteranya. Mahkota bertatahkan emas, lambang kekuasaannya dipakai lalu dia keluar dari bilik. Baginda berjalan menuju ke Mahkamah agung. Sesampainya di sana Baginda menitahkan agar pengawalnya mencari pedagang dari Tanah Arab untuk berbicara. Pegawai tertinggi dan penterjemah turut dipanggil. Sementara itu, Abu Sufyan yang mengetui rombongan perdagangan ke Sham terkejut dengan kedatangan pengawal di raja yang memintanya dan ahli rombongan menghadap Heraclius. Dia
  • 9. mengira-ngira dalam kepalanya sekiranya ada kesalahan yang dilakukan oleh kafilahnya sepanjang mereka berada di Sham. Beliau bergegas mengemaskan segala barangan dagangan dan membontoti Pengawal ke mana sahaja dia melangkah. Sesampainya di sebuah bangunan yang tersergam indah, didapatinya Heraclius telah sedia menunggunya. Heraclius segera berucap dalam bahasa Yunani yang kurang difahaminya. Kemudian penterjemah bahasa mengatakan bahawa Heraclius ingin bertemu dengan orang yang paling rapat dengan Muhammad yang mendakwa dirinya sebagai Rasul Allah “Akulah Abu Sufyan, ahli keluarga Muhammad dan akulah yang paling rapat dengannya.”Abu Sufyan menapak beberapa langkah ke hadapan. Dia membongkokkan sedikit kepalanya tetapi tidak menunduk seperti yang dilakukan oleh pengawal-pengawal yang lain. Dia teringat kata- kata Rasulullah bahawa Islam hanya tunduk pada perintah Allah semata-mata. “Si penterjemah bercakap sesuatu kepada Heraclius dan kelihatan mulut Heraclius terkumat- kamit mengatakan sesuatu kepada penterjemah itu. Seterusnya perbicaraan mereka menggunakan si Penterjemah sebagai orang tengah. “Heraclius ingin bertanyakan beberapa soalan kepadamu berkenaan Muhammad wahai Abu Sufyan. Baginda juga telah menitahkan agar rombongan yang lain melaporkan kepadanya sekiranya kau berkata bohong.” Kata si Penterjemah “Demi Allah, aku tidak takut dituduh berbohong oleh ahli rombongan yang lain.” Ujar Abu Sufyan dengan penuh beraninya. “Heraclius ingin tahu mengenai status keluarga Muhammad.” Ujar si penterjemah. “Dia kepunyaan keluarga yang paling kehormat dari kalangan Arab. Dia dari Bani Hasyim yang menjaga keselamatan Kota Mekkah.” Balas Abu Sufyan. “Adakah ada dalam kalangan kamu yang mengaku dirinya sebagai Rasul selain Muhammad?” “Tidak ada, bahkan dialah satu-satunya yang mengaku dirinya sebagai Nabi.” “Apakah dia dari keturunan raja?” soal Heraclius lagi melalui Si Penterjemah. “Tidak.” Balas Abu Sufyan pendek.
  • 10. “Adakah golongan bangsawan atau si miskin yang mengikut seruannya?” “Rata-rata pengikut Muhammad terdiri dari golongan miskin.” “Adakah pengikutnya bertambah dari sehari ke sehari?” “Ya Tuan. Mereka semakin bertambah dengan begitu banyaknya.” “Adakah mereka meninggalkan agama bawaan Muhammad setelah mereka menjadi pengikut kepada agama ini?” “Sehingga kini, tiada yang murtad.” “Wahai Abu Sufyan, adakah kau pernah sangsi akan kerasulannya. Dan pernahkah kau merasakan bahawa Dia berbohong?” “Tidak sama sekali.” “Pernahkah dia melanggar janji-janji nya?” “Tidak pernah Tuan. Bahkan dia digelar Al Amin sebelum menjadi Rasul. Dia tidak pernah berbohong. Semua Kaum Arab mengetahuinya.” “Adakah kamu pernah berperang dengannya?” “Ya.” “Bagaimanakah keputusan peperangan itu?” “Kadang kala dia menang. Dan kadang kala, kami yang menang. “Adakah dia menyuruh kamu berbuat sesuatu?” “Ada Tuan. Dia menyuruh kami menyembah Tuhan yang Maha Esa. Hanya ada satu sahaja Tuhan dan tiada yang lain. Baginda mengarahkan kami agar meninggalkan segala sembahan nenek- moyang kami. Baginda menyuruh kami solat, bercakap benar, sentiasa mensucikan diri dan baginda juga menyuruh kami berbuat baik di antara satu sama lain.”
  • 11. Heraclius mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan abu Sufyan. Kepalanya ligat mencari perkaitan di antara soalan yang ditanya dengan haq dan kebenaran Muhammad. Setelah berpuas hati, dia mengangguk-anggukkan kepalanya lantas memanggil Si Penterjemah “ Heraclius telah membuat rumusan daripada soalannya wahai Abu Sufyan” “Suka sekali aku untuk mendengarnya.” “ Soalan pertama Heraclius adalah mengenai nasab keturunan Muhammad. Kamu menyatakan bahawa keturunannya adalah dari golongan yang terpuji. Sesungguhnya semua Rasul itu datang dari keluarga yang baik-baik. Dia bertanyakan kamu samada pernah ada yang mengaku sebagai Rasul sebelum Muhammad dan kamu mengatakan tidak. Sekiranya pernah ada yang mengaku Rasul sebelumnya, nescaya Muhammad itu hanya mengikut perbuatan orang tersebut. Heraclius bertanya adakah keluarganya dari kalangan pemerintah dan raja dan kamu berkata tidak. Sekiranya ya, maka Muhammad tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu mengembalikan takhta kekuasaannya.” Si Penterjemah berhenti seketika. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Rombongan Abu Sufyan tekun mendengar ucapan Heraclius yang disampaikan melalui Si Penterjemah itu. “Aku bertanya kalian, adakah ada orang yang pernah menuduhnya berbohong dan kau mengatakan tidak. Maka aku tertanya-tanya adakah orang ini akan berbohong mengenai Allah. Berkenaan dengan pengikutnya, kau mengatakan bahawa rata-rata mereka adalah dari golongan miskin. Itulah yang berlaku pada Nabi-nabi sebelum ini yang mana pengikut mereka adalah dari golongan miskin. Kau mengatakan bahawa pengikutnya semakin bertambah. Dengan ini aku yakin bahawa inilah jalan kebenaran. Semua manusia akan akhirnya memeluk agama yang dibawa oleh Muhammad. Aku bertanya mengenai perihal pengikutnya, adakah yang meninggalkan agama ini setelah menganutinya dan kau mengatakan tidak. Ini merupakan tanda kebenaran agama Muhammad. Sesungguhnya agama ini begitu berkesan sekali di hati mereka. Aku bertanya sekiranya Muhammad pernah mengkhianati kamu dan kamu mengatakan tidak. Ini lah ciri-ciri seorang Rasul, tidak akan mengkhianati pengikutnya.
  • 12. Aku juga bertanyakan mengenai perintahnya terhadap kamu. Dan kamu mengatakan bahawa Muhammad menyuruh kamu menyembah Tuhan yang satu, tidak menyembah berhala-berhala seperti yang dilakukan nenek-moyangmu, solat, berbuat baik, berkata benar dan sentiasa mensucikan diri. Sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka aku yakin suatu hari nanti, seluruh wilayah jajahanku akan berada di bawah naungan Islam. Sesungguhnya aku telah mengetahui perihal kebangkitan seorang Rasul melalui Kitab Injil tetapi aku tidak menyangka bahawa Baginda lahir dari kalangan kamu. Sekiranya aku mampu menemuinya nescaya aku akan berlari untuk menemuinya dan andai kata aku bersamanya, aku sendiri yang akan membasuh kakinya. Seterusnya Heraclius membaca kembali warkah daripada Muhammad yang dihantar kepadanya melalui Dihya oleh Gabenor Busra. Selesai membaca warkah itu, seluruh mahkamah dibayangi satu perasaan sayu. Kebanyakan dari mereka menangis. Melihatkan keadaan ini, Abu Sufyan dan rombongannya meninggalkan tempat itu. ********** HERACLIUS mengutus sepucuk surat kepada sahabatnya di Rom untuk bertanyakan pendapatnya mengenai Muhammad. Beberapa ketika kemudiannya dia menerima balasan surat itu yang membenarkan Muhammad sebagai seorang Rasul yang berada di atas jalan kebenaran. Rasul yang hadir untuk menyelesaikan tugas Jesus. Mendengarkan perkhabaran itu, Heraclius mengarahkan rakyatnya untuk berhimpun di perkarangan Istana. Setelah perkarangan istana dipenuhi dengan lautan manusia. Baginda menitahkan pengawalnya untuk menutup satu-satunya pintu masuk ke perkarangan istana. Heraclius berucap. “Wahai penduduk Byzantine, sekiranya kejayaan yang kau inginkan bersama Kerajaanku, maka masuklah kamu sekalian ke dalam agama Islam.” Mendengarkan titah itu, kesemua penduduk bergegas lari ke Pintu tetapi mendapati bahawa pintu itu telah terkunci. Ketika itu, Heraclius menyedari bahawa rakyatnya membenci Islam. Dia putus harapan untuk membawa rakyatnya memeluk Islam.
  • 13. Dia mengarahkan penduduk berhimpun semula. Dia mengatakan kepada pengikutnya bahawa itu hanyalah satu ujian untuk melihatkan kesetiaan rakyat terhadap agama kristian. Pada hakikatnya, menggambarkan kekecewaan seorang Maharaja yang telah mengakui keesaan Allah dan kebenaran Muhammad. Bermula dari saat itu, Heraclius telah memperkenalkan satu pendekatan baru kepada agama Kristian dengan memperkanalkan konsep Monotheism yang menyembah tuhan yang maha esa. Akan tetapi pendekatan ini tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat Byzantine. ********** EMPAT tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Rom telah berjaya dikalahkan dengan penaklukan Syria oleh Khalid Al Walid melalui perang yang dinamakan Perang Yamruk. Berikutan itu, Heraclius telah berundur ke constantinople dan sedaya upaya menguatkan pertahanan untuk menyelamatkan Mesir dari kemaraan Tentera Islam. “Selamat tinggal Syiria, jajahanku yang penuh syahdu. Kerana kau sekarang sudah menjadi musuh kerajaan Rom.”- Heraclius. Walaubagamanapun, kekuatan tentera Islam mengatasi kekuatan Rom dan dalam lapan pertempuran yang diketuai oleh Singa Allah, Khalid Al Walid maka seluruh Rom dan Parsi berada di bawah kekuasaan Islam. Zaman Khalifah Ar Rasyidin menandakan kebangkitan Tamadun Islam di mana dua pertiga dunia berada di bawah kekuasaan Islam. Dan ini ternyata membuktikan ucapan dan kata-kata Heraclius. Sesungguhnya benarlah agama yang dibawa Muhammad itu datangnya dari Allah yang Esa. --TAMAT--