Program Kem Bestari Solat dilaksanakan untuk memastikan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dapat melaksanakan solat dengan betul dari segi bacaan, rukun, dan pengetahuan. Program ini bertujuan untuk menerapkan aspek solat di kalangan 133 orang pelajar sekolah dan dijadwalkan pada bulan Januari hingga Mei 2014.
B1 d1e1 huruf hijaiyah berbaris satu & hampir sama bunyi
Kertas kerja-kem-solat. 2014
1. SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT
84010 MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS KERJA
siri 1 & 2
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DI BAWAH PROGRAM j-QAF
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT, MUAR
TEMA :
“IBADAH CEMERLANG PELAJAR GEMILANG”
2. PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi murid
Tahun 1 hingga Tahun 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat di
kalangan pelajar. Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan
ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan
ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid.
MATLAMAT
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 hingga
Tahun 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan
seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan
penghayatan solat.
OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan
rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan
2. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan
betul dan lancar
3. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah
4. Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul
5. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai
ibadat yang wajib dalam kehidupan harian
6. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama
ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah
3. TARIKH PELAKSANAAN
KELAS SIRI 1 SIRI 2
TAHUN 1
15 Mac 2014 26 April 2014
TAHUN 2
TAHUN 3 8 Februari 2014 19 April 2014
TAHUN 4 22 Februari 2014 9 Mei 2014
TAHUN 5 25 Januari 2014 17 Mei 2014
TAHUN 6 8 Mac 2014 12 April 2014
KUMPULAN SASARAN
Tahun 1 – 20 orang
Tahun 2 – 19 orang
Tahun 3 – 19 orang
Tahun 4 – 27 orang
Tahun 5 – 15 orang
Tahun 6 – 33 orang
Jumlah = 133 orang
KEWANGAN
1. Peruntukan Kementerian
2. Kutipan Kegiatan Pendidikan Agama Islam
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KOS
1 Makan minum peserta Kem Bestari Solat Siri
1&2 seramai 133 orang
RM 412.30
(*) Peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
4. JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : En Juanda bin Shariff ( Guru Besar )
Pen. Penasihat 1 : En Nasruddin Shah bin Jamal (GPK Kokurikulum)
Pen. Penasihat 2 : En Sarajuddin bin Mohd Yusof ( GPK Pentadbiran )
Pen. Penasihat 3 : Tn Hj Sedek bin Nasir ( GPK Hal Ehwal Murid )
Pengerusi : Pn Norhaiza bt Mohd Nor
Setiausaha : Pn Hasmida bt Hassan Ashari
Penyelaras Program : En Majdi bin Sulaiman
Bendahari : En Mohd Sobri bin Sapari
AJK : Pn Hjh Rosni bt Ibrahim
: Pn Salbiah bt Monil
: En Mohd Dramanti Santri bin Rohani
PENUTUP
Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang telah
ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa warga pendidik yang
terlibat.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
…………………………....... ...............................................
(PN NORHASMIDA BT HASSAN ASHARI) (PN NORHAIZA BT MOHD NOR)
Setiausaha KBS 2014 Ketua Panitia Pend.Islam 2014
Disahkan oleh,
....................................................