3. Aspek membina ayat berdasarkan
gambar dikemukakan dalam Bahagian
A Kertas peperiksaan UPSR Bahasa
Malaysia – Penulisan.
Satu gambar diberikan dan murid
dikehendaki supaya membina lima
ayat yang lengkap tentang aktiviti
dalam gambar tersebut.
Gambar yang diberikan mungkin
berupa gambar tunggal atau gambar
bersiri.
4. Halim berlari
dengan pantas
apabila
menghampiri
garisan penamat.
Puan Azlin
menuntun tangan
anaknya ketika
melintas jalan
raya.
Ayat yang dibina boleh berbentuk ayat
tunggal atau ayat majmuk.
Binaan ayat hendaklah gramatis dan
mempunyai subjek dan predikat.
Ayat yang dibina hendaklah sempurna dari
segi struktur ayatnya dan menggunakan
imbuhan dan kosa kata yang betul.
Murid boleh memberikan nama kepada
watak supaya dapat dibezakan antara
watak yang terdapat dalam gambar.
5. Dalam aktiviti 1 ini, kita akan belajar
untuk mengenal pasti aktiviti atau
situasi / suasana yang terdapat dalam
gambar.
Klik pada nombor untuk meneruskan
memilih gambar yang telah
disediakan.
Klik pada ‘LATIHAN’ untuk aktiviti
seterusnya.
6. KENAL PASTI lima AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM
GAMBAR
berjogging
berbual-bual
menaiki
tangga
menggelongsor
duduk