SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 66
BAHAGIAN XVII (RAYUAN)
ETCMMS 2003
DAN
ARAHAN AMALAN JKSM yang
berkaitan dengan rayuan
Kumpulan 4
 Mohd Syakir Bin Ariffin 2150003
 Mohd Asyraf Bin Mohd Noh 2150006
 Noorhayati Bt Mohd Yas 2150001
 Amira Hazwani Bt Anuar 2150031
 Zulaiha Bt Norhuzaini 2150021
 Siti Nur Jannah Bt Hasanuddin 2150032 disediakan oleh SNJ
OBJEKTIF RAYUAN
• Untuk menegakkan keadilan
Contoh : pihak-pihak yang merayu (sebab
keputusan mahkamah sebelum ini tidak
memuaskan) diberi peluang oleh undang-
undang di mana mahkamah yang lebih tinggi
akan mendengar atau memutuskan rayuan yang
dikemukakan bagi menjamin hak-hak pihak yang
bertikai
disediakan oleh SNJ
Tafsiran
138.
Dalam Bahagian ini “keputusan”
termasuklah penghakiman atau
perintah yang dikeluarkan oleh Hakim
Syarie dalam mahkamah bicara.
disediakan oleh SNJ
Tatacara Rayuan di Mahkamah Syariah
139. (1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada
Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah
dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
- Mana-mana keputusan mahkamah bicara yang
hendak dirayu, hendaklah mengikut susunan hierarki
mahkamah dengan mengemukakan rayuan ke
mahkamah yang lebih tinggi/atasan
disediakan oleh SNJ
Hierarki Mahkamah
MRS
(rendah)
MTS
(tinggi)
MRS
(rayuan)
disediakan oleh SNJ
Prosedur Memfailkan Rayuan
• Terdapat dua cara untuk memfailkan rayuan di
mahkamah syariah jika seseorang tidak
berpuas hati dengan keputusan mahkamah,
iaitu :
a) Melalui peguam
b) Difailkan sendiri oleh perayu
disediakan oleh SNJ
Rayuan melalui Peguam
• Jika rayuan itu difailkan oleh seseorang
peguam Syarie, beliau mestilah mematuhi
tatacara yang telah ditetapkan.
• Kegagalan mematuhi sesuatu tatacara boelh
menyebabkan sesuatu kes yang dirayu itu
ditolak kerana tidak mematuhi prosiding yang
telah ditetapkan
disediakan oleh SNJ
Notis Rayuan
(2) Suatu rayuan hendaklah dibuat dengan
memberikan notis rayuan dalam Borang MS 29
- Perayu yang hendak membuat rayuan mestilah
dibuat dengan memfailkan satu Notis Rayuan
seperti mana yang diwartakan dalam Borang MS
29.
- Notis ini digunakan sama ada difailkan oleh
perayu sendiri atau melalui peguam
disediakan oleh SNJ
BORANG MS 29
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(NEGERI SELANGOR) 2003
(Subseksyen 139(2))
NOTIS RAYUAN
(Tajuk Am)
Ambil perhatian bahawa ............................................................ plaintif (atau defendan) yang dinamakan di
atas yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah
......................................................................................... Syariah di ................................................... yang
diberikan pada ........................................ haribulan ................. 20 .............. merayu kepada
Mahkamah.............................. TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 653
............................................................... Syariah terhadap keseluruhan keputusan tersebut (atau apa-apa
bahagian daripada keputusan tersebut) yang memutuskan bahawa,
(nyatakan butir-butir terperincinya).
Bertarikh pada ..................... haribulan ................ 20 ................. ....................................................
Perayu (atau Peguam Syarie bagi Perayu)
Kepada: Pendaftar Mahkamah ............................................. Syariah
dan kepada:
(3) Seseorang perayu boleh merayu
terhadap keseluruhan atau mana-
mana bahagian daripada sesuatu
keputusan
- Perayu boleh merayu kerana tidak
berpuas hati dengan keputusan
mahkamah, terhadap sebahagian atau
keseluruhan kes
disediakan oleh SNJ
(4) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam
masa empat belas hari dari hari keputusan itu
diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama
ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan
bahagian yang mana, keputusan itu yang
dirayukan;
- Nyatakan di dalam notis untuk merayu sama
ada keseluruhan kes atau sebahagian sahaja,
dalam masa 14 hari dari hari keputusan itu
diumumkan
disediakan oleh SNJ
• Jika keputusan mahkamah bicara itu
telah luput, iaitu melepasi tempoh 14
hari dari tarikh keputusan dikeluarkan,
kebenaran merayu bagi kes tersebut
hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
• Jika tempoh rayuan telah luput,
Pendaftar Mahkamah/Hakim Syarie
hendaklah meneliti notis rayuan
tersebut.
disediakan oleh SNJ
• Notis Rayuan boleh diterima dengan syarat
disertakan salinan perintah melanjutkan
tempoh rayuan. Dinyatakan dalam;
238. (1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang
difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau
memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki
atau dibenarkan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana
penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa
perbuatan dalam mana-mana prosiding.
(2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang
disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk
mendapatkan pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas
habis tempoh itu.
disediakan oleh SNJ
(5) Mahkamah yang terhadap
keputusan-keputusan rayuan itu
dibuat hendaklah, apabila menerima
notis rayuan itu dan setelah dibayar fi
yang ditetapkan, membekalkan
kepada perayu salinan diperakui bagi
nota-nota keterangan dan
penghakiman
disediakan oleh SNJ
Pengecualian bayaran fi
• JBG (Jabatan Bantuan Guaman) atau peguam JBG yang mengendalikan
kes bagi pihak biro tidak dikenakan sebarang fi.
Arahan Amalan No. 5 Tahun 2002
Pengecualian Bayaran Fi Mahkamah Untuk Biro Bantuan Guaman Atau
Panel Peguamnya
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan
Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor
Bahru bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk
menerimapakai arahan amalan berhubung tiada sebarang fi Mahkamah boleh
dikenakan ke atas kes-kes yang difailkan oleh pihak Biro Bantuan Guaman
Malaysia atau panel-panel peguamnya yang mengendalikan kes bagi pihak Biro
Bantuan Guaman.
Arahan amalan ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2002.
(Dato' Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman)
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
PUTRAJAYA 2002 disediakan oleh SNJ
• Alasan penghakiman yang lengkap hendaklah
disediakan oleh Hakim Bicara dalam tempoh enam
minggu dari tarikh Notis Rayuan difailkan.
Arahan Amalan No. 8 Tahun 2002
Tempoh Masa Pengemukaan Nota Perbicaraan bagi Maksud Rayuan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan
Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru
bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai
arahan amalan berhubung tempoh masa pengemukaan Nota Perbicaraan setelah
suatu notis rayuan difailkan terhadap perintah atau keputusan Mahkamah, nota
perbicaraan dan alasan penghakiman hendaklah disediakan tidak lewat daripada 6
minggu oleh Hakim Bicara bagi membolehkan Pihak Perayu menyediakan
memorandum rayuan untuk disertakan dalam Rekod Rayuan.
Arahan amalan ini berkuatkuasa 1 Jun 2002.
(Dato' Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman)
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
PUTRAJAYA 2002
disediakan oleh SNJ
(6) Sebaik sahaja salinan diperakui itu siap,
Mahkamah hendaklah memberitahu perayu
dalam Borang MS 30.
- Apabila salinan diperakui sah bagi nota-nota
keterangan dan alasan penghakiman telah
disiapkan, mahkamah hendaklah memaklumkan
pada perayu secara kediri dan satu afidavit
penyampaian hendaklah dibuat.
disediakan oleh SNJ
BORANG MS 30
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
(Subseksyen 139(6))
NOTIS BAHAWA SALINAN DIPERAKUI BAGI NOTA KETERANGAN DAN
PENGHAKIMAN SUDAH SIAP
(Tajuk Am)
Ambil perhatian bahawa salinan diperakui bagi nota keterangan dan penghakiman
sudah siap dan bahawa sejumlah wang sebanyak RM ..................................................
kena anda bayar sebagai kos menyediakan salinan-salinan diperakui itu.
Kepada: .............................................................
.............................................................
Bertarikh pada ............... haribulan .......... 20 ...........
......................................................
Hakim/Pendaftar
disediakan oleh SNJ
(7) Dalam masa empat belas hari dari penerimaan
pemberitahuan di bawah subseksyen (6), perayu
hendaklah, melainkan jika diperintahkan
selainnya oleh Mahkamah—
(a) mendepositkan di Mahkamah yang terhadap
keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang
yang pada pendapat Pendaftar dapat menampung
kos menyediakan bilangan salinan yang
mencukupi bagi rekod rayuan untuk kegunaan
Mahkamah yang mendengar rayuan dan pihak-
pihak dalam rayuan itu; dan
(b) menyerah simpan di Mahkamah yang terhadap
keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang
sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah
sebagai jaminan untuk kos rayuan.
disediakan oleh SNJ
(8) Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh
perayu dalam masa yang dihadkan bagi
pemfailan rayuan kepada semua pihak yang
terlibat dengan rayuan itu atau kepada
Peguam Syarie mereka masing-masing
- Pendaftar hendaklah menyimpan Notis Rayuan
ke dalam fail kes dan hendaklah disampaikan
oleh perayu dalam masa yang dihadkan bagi
pemfailan rayuan kepada semua pihak yang
terlibat dengan rayuan kepada semua pihak
yang terlibat dengan rayuan itu atau kepada
Peguam Syarie mereka masing-masing.
disediakan oleh SNJ
• Meskipun tidak dinyatakan dengan jelas tempoh masa
untuk Penyampaian Notis Rayuan, namun proses
tersebut adalah mandatori yang mesti dilaksanakan
kepada pihak-pihak.
• Ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa keputusan
yang telah dibuat telah dirayu ke mahkamah yang lebih
tinggi.
• Dalam kes Amrina Rusyahada Bt Mohamad Safir lwn.
Mohd Shukri B. Ismail (2010) JH30/2,176, di mana
Panel Rayuan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri
Terengganu telah mengulas Seksyen 139(8) Enakmen
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 dengan merujuk
perkataan “hendaklah” bermaksud proses
penyampaian itu adalah satu prosedur mandatori
yang mesti dilaksanakan dan disempurnakan kecuali
dibenarkan oleh mahkamah.
disediakan oleh SNJ
Notis Rayuan Balas
140.
Seseorang responden dalam mana-mana rayuan
boleh,
dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian
notis rayuan itu kepadanya,
memfailkan di Mahkamah yang mendengar
rayuan dan
menyampaikan kepada perayu notis dalam
Borang MS 31 tentang cadangannya untuk
mengemukakan hujah pada pendengaran rayuan
itu bahawa keputusan yang dirayukan itu patut
diubah.
disediakan oleh SNJ
BORANG MS 31
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
(Seksyen 140)
NOTIS RAYUAN BALAS
(Tajuk Am)
Ambil perhatian bahawa, pada pendengaran rayuan di atas, responden yang
dinamakan di atas akan menghujahkan bahawa keputusan
Mahkamah.................... ........................................ Syariah yang diberikan pada
.................................... haribulan ............... 20 ............... patut diubah atas
alasan-alasan yang berikut:
(Nyatakan dalam perenggan bernombor
(a) jenis relief yang dituntut; dan/atau
(b) (b) )alasan-alasan yang menjadi sandaran).
Bertarikh pada ........................... haribulan ................... 19 ..........
Kepada Pendaftar dan perayu
.......................................................
Responden (atau Peguam Syarie bagi Responden)
disediakan oleh SNJ
Perayu Mengemukakan Alasan Rayuan
141. (1) Dalam masa empat belas hari dari
tarikh penerimaan pemberitahuan di bawah
subseksyen 139(6),
perayu hendaklah mengemukakan alasan
rayuan dalam lima salinan kepada Pendaftar
Mahkamah
yang terhadap keputusannya rayuan itu
dibuat yang dialamatkan kepada Mahkamah
yang mendengar rayuan itu
disediakan oleh SNJ
(2) Tiap-tiap alasan rayuan hendaklah menyatakan
dengan ringkas isi penghakiman yang dirayukan itu dan
hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas tentang
undang-undang atau fakta-fakta yang mengenainya
rayuan itu dibuat dan,
kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar
rayuan itu,
perayu tidak boleh dibenarkan semasa pendengaran
rayuan itu bersandar kepada apa-apa alasan selain
alasan-alasan yang dinyatakan dalam alasan rayuan
itu.
- Ini bermakna perayu terikat kepada apa yang
disebutkan dalam alasan rayuannya itu.
- Perayun tidak boleh membangkitkan isu-isu lain kecuali
diberi izin oleh mahkamah yang mendengar rayuan itu.
disediakan oleh SNJ
Menyediakan Rekod Rayuan
142. (1) Apabila perayu yang diwakili oleh Peguam
Syarie telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 139
dan 141, perayu hendaklah menyediakan salinan rekod
rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah
mengandungi salinan—
(a) pliding;
(b) nota keterangan;
(c) alasan penghakiman;
(d) notis rayuan;
(e) alasan rayuan;
(f) semua ekshibit dokumentar; dan
(g) senarai ekshibit bukan dokumentar jika ada, yang
diserah simpan di Mahkamah.
disediakan oleh SNJ
• Rekod-rekod rayuan ini hendaklah disediakan
sendiri oleh perayu jika perayu diwakili oleh
peguam
• Jika perayu tidak diwakili oleh peguam, tugas
ini hendaklah menjadi tanggungjawab
mahkamah bicara
disediakan oleh SNJ
(2) Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di
Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa
enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan
daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya
rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan
diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan
penghakiman sudah siap
- Salinan Rekod Rayuan itu sekurang-kurangnya
disediakan dua salinan jika kes itu dirayu ke MTS dan
sekurang-kurangnya lima salinan Rekod Rayuan jika dirayu
ke MRS.
- Rekod Rayuan hendaklah disiapkan dalam salinan yang
mencukupi seperti mana yang diarahkan oleh Mahkamah
Setiap Rekod Rayuan hendaklah diberi nombor muka
surat secara berturutan. Dinyatakan dalam….
disediakan oleh SNJ
Arahan Amalan No.15 Tahun 2004
Rekod Kes-Kes Rayuan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada
keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah
Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 pada 8-
9hb Jun 2004 bersamaan 19-20 Rabiulakhir, 1425H
di Subang Jaya, Selangor telah bersetuju dan
mengesahkan untuk menerima pakai arahan
amalan berhubung dengan perkara-perkara yang
perlu ada di dalam rekod rayuan kes mal atau
jenayah mengikut susunannya sebagai penyelarasan
penyediaannya oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah
dan Perayu-Perayu ialah :-
disediakan oleh SNJ
1. Isi kandungan rekod rayuan adalah
seperti berikut:-
disediakan oleh SNJ
2. Setiap rekod rayuan hendaklah diberi nombor
muka surat secara berturutan.
3. Rekod rayuan hendaklah disiapkan dalam salinan
yang mencukupi seperti mana yang diarahkan oleh
Mahkamah.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun, 2004.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
PUTRAJAYA 2004
- Ini bermakna pada peringkat
pendaftaran, hendaklah memberikan
nombor daftar kes rayuan tersebut
berdasarkan kod kes yang telah ditetapkan.
disediakan oleh SNJ
(3) Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan
bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu
salinannya kepada setiap pihak yang kepadanya notis
rayuan itu telah disampaikan
- Mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran kes
rayuan tersebut dan Perayu hendaklah dalam tempoh
yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu
menyampaikan suatu salinannya kepada setiap pihak
yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan
- Satu afidavit penyampaian atau perintah penyampaian
di luar bidang kuasa hendaklah dikemukakan kepada
mahkamah sebagai bukti penyampaian kepada pihak-
pihak (responden dalam kes yang dirayu) telah
disempurnakan
disediakan oleh SNJ
Penggunaan Kod Warna bagi
Penyediaan Rekod Rayuan
disediakan oleh SNJ
disediakan oleh SNJ
- Penggunaan kod warna ini
bertujuan memudahkan Panel
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
dan Hakim MTS untuk meneliti dan
menyemak Rekod Rayuan tersebut
secara selaras di seluruh negara.
disediakan oleh SNJ
Penyediaan Indeks dalam
Rekod Rayuan
• Penyediaan indeks juga perlu diberi perhatian
sewaktu memfailkan Rekod Rayuan.
• Penyediaan ini diwajibkan
• Perayu/Responden mestilah menyediakan
penandaan di ikatan otoriti di bahagian tepi
• Ini bertujuan memudahkan rujukan dalam
perbicaraan dan pengurusan kes rayuan.
• Contoh indeks dalam bentuk format
disediakan dalam …
disediakan oleh SNJ
disediakan oleh SNJ
disediakan oleh SNJ
disediakan oleh SNJ
disediakan oleh SNJ
Pendengaran Kes Rayuan
• Tarikh pendengaran kes biasanya ditetapkan dalam tempoh
21 hari selepas Rekod Rayuan yang lengkap diterima oleh
mahkamah
• Pada peringkat ini, Pendaftar akan mengarahkan Peguam
Syarie perayu memfailkan kronologi kes dan ringkasan
penghujahan bertulis tidak lewat dari 14 hari sebelum tarikh
pendengaran rayuan.
• Kronologi kes dan ringkasan penghujahan tersebut hendaklah
difailkan kepada Pendaftar MTS /Ketua Pendaftar MRaS
• Tempoh yang ditetapkan bagi proses pendengaran kes ini
adalah suatu tempoh yang munasabah bagi mengelakkan
kezaliman, pembaziran dan penganiayaan kepada pihak-pihak.
disediakan oleh SNJ
• Dalam kes, Nooranita Bte Kamaruddin lwn. Faeiz
Bin Yeop Ahmad (2007) 4 shLR 97 di mana pihak-
pihak telah bertikai mengenai penjagaan anak
yang berusia 2 tahun, selepas berlaku penceraian
antara mereka.
• Di dalam kes tersebut, terdapat kelewatan dalam
memfailkan rayuan sehingga anak itu berusia 10
tahun.
• Panel Rayuan, Mohd Azmi Kamaruddin dalam
penghakimannya menyatakan kekesalannya
akibat kelewatan kes tersebut;
“Kami berharap kes rayuan mengenai hadhanah
hendaklah dikemukakan dengan secepat mungkin
supaya tidak timbul masalah yang tidak
dikehendaki seperti di dalam kes ini”
disediakan oleh SNJ
Arahan Amalan No.12 Tahun 2003
Penyediaan Kronologi Kes Dan Ringkasan Penghujahan Bertulis Bagi Kes-Kes
Rayuan Di Mahkamah Tinggi Syariah Dan Mahkamah Rayuan Syariah
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan
Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 4 Tahun 2003 pada 22-24hb
Ogos 2003 bersamaan 24-26 Jamadilakhir 1424H di Shah Alam, Selangor telah
bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan
berhubung dengan penyediaan kronologi kes dan ringkasan penghujahan
bertulis di dalam kes-kes rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dan
Mahkamah Rayuan Syariah. Peguam-Peguam Syarie /Pendakwa Syarie
hendaklah menyediakan kronologi kes dan penghujahan bertulis bagi kes-
kes yang dirayu yang mana hendaklah dihantar kepada Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah atau Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah
mengikut mana yang berkenaan tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh
sebutan atau pendengaran kes tersebut.
Arahan amalan ini berkuatkuasa serta-merta.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
PUTRAJAYA 2003
disediakan oleh SNJ
Tatacara Pendengaran Kes Rayuan
• Terdapat tiga peringkat ;
i. Mendengar hujah-hujah perayu
ii. Mendengar hujah-hujah balas responden
dan;
iii. Mendengar hujah balas perayu
disediakan oleh SNJ
• Selepas mendengar semua hujah-hujah yang
dikemukakan, mahkamah yang mendengar
rayuan akan memberikan keputusan.
• Jika mahkamah berpendapat, satu tarikh lain
untuk memberikan penghakimannya, maka kes
tersebut akan ditangguhkan.
• Ketua Pendaftar/Pendaftar Mahkamah yang
mendengar rayuan hendaklah bertanggungjawab
untuk memaklumkan secara bertulis keputusan
kes rayuan kepada mahkamah yang
keputusannya dirayu dalam masa 7 hari dari
tarikh keputusan dikeluarkan.
• Ini dinyatakan dalam…
disediakan oleh SNJ
Arahan Amalan No.11 Tahun 2004
Pemakluman Keputusan Kes Rayuan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat
Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil Tahun 2004
pada 8-9hb. Jun 2004 bersamaan 19- 20hb. Rabiulakhir, 1425H di
Subang Jaya, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk
menerima pakai arahan amalan berhubung tanggungjawab Ketua
Pendaftar/Pendaftar Mahkamah yang mendengar rayuan hendaklah
memaklumkan secara bertulis mana-mana keputusan kes rayuan
kepada Mahkamah yang keputusannya dirayu dalam masa tujuh hari
(7) dari tarikh keputusan dikeluarkan.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun, 2004.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
PUTRAJAYA 2004
disediakan oleh SNJ
Rayuan Tanpa Melalui Peguam atau
Sebagai Orang Miskin
143. (1) Jika perayu telah mematuhi kehendak seksyen 139
dan 141 dan perayu sebagai tidak diwakili oleh Peguam
Syarie atau
Mahkamah yang mendengar rayuan itu telah membenarkan
perayu merayu sebagai orang miskin,
Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan dibuat
hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod yang
dikehendaki dan
rekod rayuan itu hendaklah mengandungi salinan dokumen-
dokumen yang disebut dalam subseksyen 142(1)
- Penyediaan rekod ini sehingga peringkat perayu memfailkan
Alasan Rayuan
disediakan oleh SNJ
(2) Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap,
Mahkamah yang terhadapnya keputusannya
rayuan itu dibuat hendaklah menyampaikan
kepada perayu notis dalam Borang MS 32
- Mahkamah akan memaklumkan kepada perayu
dalam satu Notis Rekod Rayuan Sudah Siap.
disediakan oleh SNJ
BORANG MS 32
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
(Subseksyen 143(2))
NOTIS BAHAWA REKOD RAYUAN SUDAH SIAP
(Tajuk Am)
Ambil perhatian bahwa rekod rayuan prosiding yang disebut di atas sudah siap dan
bahawa sejumlah wang sebanyak RM ...................... kena anda bayar sebagai kos
menyediakan rekod itu.
Kepada :
Bertarikh pada .................... haribulan ........................... 20 .......................
...................................................
Hakim/Pendaftar
disediakan oleh SNJ
(3) Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut
dalam subseksyen 139(7) tidak mencukupi, apabila dibayar
oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi
untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan,
Pendaftar hendaklah—
(a) membekalkan perayu dengan suatu salinan rekod
rayuan dan salinan tambahan yang mencukupi untuk
penyampaian kepada responden atau responden-
responden; dan
(b) menghantar kepada Mahkamah yang mendengar
rayuan itu salinan-salinan selebihnya rekod itu.
- Apabila Notis Rekod Rayuan Sudah Siap dan telah
dimaklumkan kepada perayu, bayaran deposit bagi
menampung kos penyediaan Rekod Rayuan dan bayaran
jaminan hendaklah diambil, kecuali perayu yang telah
dibenarkan mahkamah untuk mendakwa dirinya sebagai
Orang Miskin seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen
139(7) ETCMMS
disediakan oleh SNJ
Tatacara Penolakan Kes Rayuan Mal
Yang Tidak Mengikut Aturan
• Bagi kes-kes yang dirayu tetapi tidak mengikut
tatacara yang telah ditetapkan, kes rayuan
tersebut boleh dibatalkan.
• Ini dinyatakan dalam…
disediakan oleh SNJ
Arahan Amalan No.12 Tahun 2004
Tatacara Penolakan Kes Rayuan Mal Yang Tidak
Mengikut Aturan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan
Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 pada 8-9hb.
Jun 2004 bersamaan 19 - 20 Rabiulakhir, 1425H di Subang Jaya, Selangor telah
bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan
berhubung tatacara penolakan kes rayuan mal yang tidak mengikut aturan
Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah
Negeri-negeri adalah seperti berikut:-
1. Mahkamah bolehlah membatalkan sesuatu kes rayuan yang mana rekodnya
tidak dihantar seperti mana yang diperuntukkan di dalam seksyen yang
berkaitan setelah tamatnya tempoh yang ditetapkan di dalam UndangUndang
yang berkenaan.
2. Sebelum melaksanakan tindakan di atas, mahkamah hendaklah
mengeluarkan notis tunjuk sebab mengapa kes rayuan ini tidak boleh
dibatalkan dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan notis.
disediakan oleh SNJ
3. Jika sesuatu notis tunjuk sebab tidak dijawab dalam
masa yang ditetapkan, Perayu hendaklah disifatkan
sebagai tidak berminat meneruskan rayuan dan Pendaftar
hendaklah memanjangkan fail kes rayuan tersebut kepada
Hakim yang mendengar rayuan untuk mendapatkan
perintah pembatalan.
4. Pendaftar setelah mendapat perintah itu, hendaklah
memanjangkannya kepada pihak-pihak yang terlibat.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun,.2004.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman)
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
PUTRAJAYA 2004
disediakan oleh SNJ
Penggantungan Pelaksanaan
Sementara Menanti Rayuan
144. Pemfailan suatu notis rayuan tidaklah
berkuat kuasa sebagai penggantungan
pelaksanaan,
tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan dan
apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan,
menggantung pelaksanaan atas apa-apa terma
sebagaimana yang difikirkannya patut.
-Jika permohonan menggantungkan pelaksanaan
perintah itu ditolak oleh hakim bicara, perayu boleh
merayu terhadap penolakan permohonan itu
kepada mahkamah yang lebih tinggi
disediakan oleh SNJ
- Apabila Notis Rayuan difailkan,
Pendaftar/Penolong Pendaftar hendaklah
memberitahu Hakim dengan serta merta
mengenai perkara-perkara berikut ;
a) Permohonan bagi mendapatkan kebenaran
untuk merayu kepada mahkamah yang lebih
tinggi; atau
b) Permohonan bagi mendapatkan
penangguhan prosiding atau pelaksanaan
sementara menanti rayuan didengar
disediakan oleh SNJ
- Permohonan bagi mendapatkan
kebenaran untuk merayu kepada MTS
dan atau bagi penggantungan, hendaklah
didengar pada hari yang sama
permohonan itu diterima atau pada hari
pekerja yang berikutnya.
- Ini dinyatakan dalam…
disediakan oleh SNJ
Arahan Amalan No. 10 Tahun 2002
Prosedur Rayuan Dalam Mahkamah
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan
Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru
bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerimapakai
arahan amalan berhubung bagi tujuan rayuan oleh pihak yang terkilan,
Pendaftar/Penolong Pendaftar hendaklah memberitahu Hakim dengan serta merta
mengenai perkara-perkara yang berikut:
(a) permohonan bagi mendapat kebenaran untuk merayu kepada mahkamah yang
lebih tinggi ; atau
(b) permohonan bagi mendapatkan penangguhan prosiding/perlaksanaan sementara
menanti rayuan didengar. Permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu
kepada Mahkamah Tinggi dan/atau bagi penggantungan, hendaklah didengar pada
hari yang sama permohonan itu diterima atau pada hari bekerja yang berikutnya.
Arahan ini berkuatkuasa 1 Jun 2002.
(Dato' Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
PUTRAJAYA 2002
disediakan oleh SNJ
Dalam kes Hamzah Bin Zainuddin lwn Noraini
Bt Abdul Rashid (2005) JH IX/II, 217
-YA Hakim MTS Ipoh telah menolak permohonan
penggantungan pelaksanaan perintah yang
melibatkan nafkah diri dan pembayaran wang
kepada responden dalam tempoh satu bulan
dari tarikh perintah dikeluarkan.
-Penolakan tersebut disebabkan atas alasan
ianya tidak munasabah dan sebab-sebab yang
tidak mencukupi serta tidak mengemukakan
alasan-alasan teristimewa bagi membolehkan
perintah tersebut digantungkan.
disediakan oleh SNJ
- Tetapi, MRaS Perak memutuskan sebaliknya.
Penggantungan perintah itu telah dibenarkan
dan rayuan diterima dengan alasan sesuatu
penggantungan boleh dibenarkan oleh Hakim
dengan hanya mengemukakan sebab-sebab
yang mencukupi dan
- bukan atas alasan-alasan yang istimewa yang
memerlukan kepada bukti yang tinggi ke atas
perayu.
disediakan oleh SNJ
• Walaupun Mahkamah boleh untuk
menggantungkan perlaksanaan perintah
sementara menafikan keputusan kes rayuan,
tetapi penggantungan tersebut tidaklah
berlaku secara automatik sebaik sahaja kes
tersebut dirayu.
• Satu permohonan mestilah dikemukakan
kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum
pergantungan pelaksanaan perintah
dibenarkan.
• Ini dinyatakan dalam…
disediakan oleh SNJ
Arahan Amalan No.10 tahun 2004
Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan Di
Dalam Kes Mal
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan
Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 pada 8-9hb
Jun 2004 bersamaan 19 – 20hb. Rabiulakhir, 1425H di Subang Jaya,
Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan
amalan berhubung tegahan kepada Hakim daripada terus menggantung
pelaksanaan perintah kes Mal sementara menunggu rayuan tanpa ada
permohonan daripada pihak-pihak.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun, .2004.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
PUTRAJAYA 2004
disediakan oleh SNJ
Pengecualian
• Untuk makluman, semua perintah pelaksanaan
itu boleh digantung kecuali dalam kes-kes
melibatkan perintah seperti;
a) Nafkah
b) Upah menyusu
c) Tempat tinggal
d) Hadhanah
e) Serah anak yang belum mumaiyiz kepada ibu
• Ini dinyatakan dalam…
disediakan oleh SNJ
Arahan Amalan No.1 Tahun 2005
Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan
Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-
12hb. April 2005 bersamaan 1hb. - 3hb. Rabiulawwal 1426H di Shah Alam,
Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan
amalan mengenai Perayu membuat rayuan dengan alasan tidak berpuas hati
dengan keputusan Mahkamah yang dirayu dalam kes Mal, menurut Hukum
Syarak adalah memadai untuk menggantung pelaksanaan perintah,
sementara menunggu keputusan rayuan dan rujukan hendaklah dibuat
kepada mana-mana kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang lebih
tinggi kecuali dalam kes-kes nafkah, upah menyusu, tempat tinggal,
hadhanah dan serah anak yang belum mumaiyiz kepada ibu.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman)
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
disediakan oleh SNJ
TETAPI
• Dalam kes Faizah Fazlina Bt Rosli lwn Amirul Azizan Bin
Abdul Rahim (belum dilaporkan, MTS Seremban), YA
HTMS telah memutuskan bahawa penggantungan perintah
pelaksanaan yang melibatkan hadhanah boleh digantung.
• YA HMTS berpendapat Arahan Amalan No 1 Tahun 2005
hanya sebagai panduan dan tidaklah bertentangan dengan
kehendak peruntukan Enakmen Tatacara mal.
• Keputusan kes ini telah disahkan oleh MRaS Selangor di
dalam kes Sharifah Badariah Bt Mari lwn Yusran Haji
Hussain(2012) JH 34/2 247, di mana YA Hakim menyatakan
jika alasan yang diberikan untuk menggantung perintah
hadanah mencukupi, mahkamah boleh membenarkan
perintah tersebut, dan menolak permohonan tersebut jika
alasan-alasan yang diberikan tidak mencukupi.
disediakan oleh SNJ
Penghakiman Hendaklah Menyatakan
Alasan
145. Mahkamah yang mendengar rayuan
hendaklah menyatakan alasan
penghakimannya secara bertulis.
- Mahkamah yang mendengar rayuan mestilah
menyatakan alasan penghakimannya secara
bertulis sama ada rayuan tersebut difailkan
melalui peguam Syarie atau difailkan sendiri
oleh Perayu.
disediakan oleh SNJ
Keputusan Rayuan
Pelaksanaan penghakiman atas rayuan
146. Apabila salah satu pihak telah mengambil perintah Mahkamah
yang mendengar rayuan itu dan
telah mengemukakan perintah itu kepada Mahkamah yang terhadap
keputusannya rayuan itu dibuat,
Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat
hendaklah melaksanakan perintah itu mengikut peruntukan
Enakmen ini.
- Apabila rayuan telah diputuskan, mahkamah yang mendengar
rayuan hendaklah memaklumkan keputusannya kepada mahkamah
bicara.
- Mahkamah bicara hendaklah melaksanakan perintah itu
sebagaimana yang diwartakan dalam seksyen di atas.
disediakan oleh SNJ

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Persediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanPersediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraan
hafizuddinhussin
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinah
hafizuddinhussin
 
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
surrenderyourthrone
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
surrenderyourthrone
 
Karn Woon Lin - Memorandum of Appeal
Karn Woon Lin - Memorandum of AppealKarn Woon Lin - Memorandum of Appeal
Karn Woon Lin - Memorandum of Appeal
Nanthini Rajarethinam
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
surrenderyourthrone
 
Presentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh MuamalatPresentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh Muamalat
Razma
 

Was ist angesagt? (20)

Skrip Perbicaraan Olok-Olok 2
Skrip Perbicaraan Olok-Olok 2Skrip Perbicaraan Olok-Olok 2
Skrip Perbicaraan Olok-Olok 2
 
Persediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraanPersediaan sebelum perbicaraan
Persediaan sebelum perbicaraan
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinah
 
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
 
Procedure of appeal from high court to court of appeal
Procedure of appeal from high court to court of appeal Procedure of appeal from high court to court of appeal
Procedure of appeal from high court to court of appeal
 
Slide alyamin
Slide alyaminSlide alyamin
Slide alyamin
 
CONTOH SKRIP MOCKTRIAL OLEH FINAL YEAR UUM STUDENT
CONTOH SKRIP MOCKTRIAL OLEH FINAL YEAR UUM STUDENTCONTOH SKRIP MOCKTRIAL OLEH FINAL YEAR UUM STUDENT
CONTOH SKRIP MOCKTRIAL OLEH FINAL YEAR UUM STUDENT
 
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & HUKUMAN KESAL...
 
A’ul, rad dan tashiih
A’ul, rad dan tashiihA’ul, rad dan tashiih
A’ul, rad dan tashiih
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 
Skrip Perbicaraan Olok-Olok 1
Skrip Perbicaraan Olok-Olok 1Skrip Perbicaraan Olok-Olok 1
Skrip Perbicaraan Olok-Olok 1
 
Karn Woon Lin - Memorandum of Appeal
Karn Woon Lin - Memorandum of AppealKarn Woon Lin - Memorandum of Appeal
Karn Woon Lin - Memorandum of Appeal
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
 
CONTOH MOOTING OLEH PELAJAR TAHUN AKHIR DI UUM
CONTOH MOOTING OLEH PELAJAR TAHUN AKHIR DI UUMCONTOH MOOTING OLEH PELAJAR TAHUN AKHIR DI UUM
CONTOH MOOTING OLEH PELAJAR TAHUN AKHIR DI UUM
 
Third party proceeding & summary judgement
Third party proceeding & summary judgementThird party proceeding & summary judgement
Third party proceeding & summary judgement
 
FAMILY LAW - MARRIAGE
FAMILY LAW - MARRIAGEFAMILY LAW - MARRIAGE
FAMILY LAW - MARRIAGE
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
Presentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh MuamalatPresentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh Muamalat
 
Article 11, 12 13
Article 11, 12  13Article 11, 12  13
Article 11, 12 13
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (9)

Time shared
Time sharedTime shared
Time shared
 
Criminal Law 1 - Punishment and Illegal Omission
Criminal Law 1 - Punishment and Illegal OmissionCriminal Law 1 - Punishment and Illegal Omission
Criminal Law 1 - Punishment and Illegal Omission
 
Sugarmanufacture
Sugarmanufacture Sugarmanufacture
Sugarmanufacture
 
Effectiveness of Performance appraisal system Power Soap ltd manufacturing in...
Effectiveness of Performance appraisal system Power Soap ltd manufacturing in...Effectiveness of Performance appraisal system Power Soap ltd manufacturing in...
Effectiveness of Performance appraisal system Power Soap ltd manufacturing in...
 
University project performance appraisal(4)
University project performance appraisal(4)University project performance appraisal(4)
University project performance appraisal(4)
 
HR practices in sugar industries
HR practices in sugar industries HR practices in sugar industries
HR practices in sugar industries
 
Project-performance appraisal
Project-performance appraisalProject-performance appraisal
Project-performance appraisal
 
Performance appraisal in wipro
Performance appraisal in wiproPerformance appraisal in wipro
Performance appraisal in wipro
 
A Study on Performance Appraisal
A Study on Performance AppraisalA Study on Performance Appraisal
A Study on Performance Appraisal
 

Mehr von Snj SNj

2 types of conditions slide
2 types of conditions slide2 types of conditions slide
2 types of conditions slide
Snj SNj
 

Mehr von Snj SNj (20)

Beza JBG v YBGK V LAC
Beza JBG v YBGK V LACBeza JBG v YBGK V LAC
Beza JBG v YBGK V LAC
 
Mutaah consolatory or compensation
Mutaah consolatory or compensation Mutaah consolatory or compensation
Mutaah consolatory or compensation
 
Hearsay
HearsayHearsay
Hearsay
 
Paternity leave for malaysian dads
Paternity leave for malaysian dads Paternity leave for malaysian dads
Paternity leave for malaysian dads
 
application of Maslahah
application of Maslahahapplication of Maslahah
application of Maslahah
 
Death penalty in goals of punishment
Death penalty  in goals of punishment Death penalty  in goals of punishment
Death penalty in goals of punishment
 
Abolitionist & Islamic
Abolitionist & IslamicAbolitionist & Islamic
Abolitionist & Islamic
 
Malaysia stateless children
Malaysia stateless children Malaysia stateless children
Malaysia stateless children
 
Legal Age of Marriage
Legal Age of Marriage Legal Age of Marriage
Legal Age of Marriage
 
Mlaysia is an islamic state
Mlaysia is an islamic stateMlaysia is an islamic state
Mlaysia is an islamic state
 
Slide alaqat snj
Slide alaqat snjSlide alaqat snj
Slide alaqat snj
 
2 types of conditions slide
2 types of conditions slide2 types of conditions slide
2 types of conditions slide
 
Solusi konflik fatwa di Malaysia
Solusi konflik fatwa di MalaysiaSolusi konflik fatwa di Malaysia
Solusi konflik fatwa di Malaysia
 
al kharaj in islamic land law
al kharaj in islamic land lawal kharaj in islamic land law
al kharaj in islamic land law
 
Case review lina joy v maiw
Case review lina joy v maiwCase review lina joy v maiw
Case review lina joy v maiw
 
Handout noor jahan v md yusofff case review
Handout noor jahan v md yusofff case reviewHandout noor jahan v md yusofff case review
Handout noor jahan v md yusofff case review
 
Slide isbat p11 15
Slide isbat p11 15Slide isbat p11 15
Slide isbat p11 15
 
Land law task 1
Land law task 1Land law task 1
Land law task 1
 
Tutorial il ot vl & trespass
Tutorial il ot vl & trespassTutorial il ot vl & trespass
Tutorial il ot vl & trespass
 
Trust slide-compiled
Trust slide-compiledTrust slide-compiled
Trust slide-compiled
 

Bahagian xvii (rayuan)

  • 1. BAHAGIAN XVII (RAYUAN) ETCMMS 2003 DAN ARAHAN AMALAN JKSM yang berkaitan dengan rayuan Kumpulan 4  Mohd Syakir Bin Ariffin 2150003  Mohd Asyraf Bin Mohd Noh 2150006  Noorhayati Bt Mohd Yas 2150001  Amira Hazwani Bt Anuar 2150031  Zulaiha Bt Norhuzaini 2150021  Siti Nur Jannah Bt Hasanuddin 2150032 disediakan oleh SNJ
  • 2. OBJEKTIF RAYUAN • Untuk menegakkan keadilan Contoh : pihak-pihak yang merayu (sebab keputusan mahkamah sebelum ini tidak memuaskan) diberi peluang oleh undang- undang di mana mahkamah yang lebih tinggi akan mendengar atau memutuskan rayuan yang dikemukakan bagi menjamin hak-hak pihak yang bertikai disediakan oleh SNJ
  • 3. Tafsiran 138. Dalam Bahagian ini “keputusan” termasuklah penghakiman atau perintah yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie dalam mahkamah bicara. disediakan oleh SNJ
  • 4. Tatacara Rayuan di Mahkamah Syariah 139. (1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah. - Mana-mana keputusan mahkamah bicara yang hendak dirayu, hendaklah mengikut susunan hierarki mahkamah dengan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi/atasan disediakan oleh SNJ
  • 6. Prosedur Memfailkan Rayuan • Terdapat dua cara untuk memfailkan rayuan di mahkamah syariah jika seseorang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, iaitu : a) Melalui peguam b) Difailkan sendiri oleh perayu disediakan oleh SNJ
  • 7. Rayuan melalui Peguam • Jika rayuan itu difailkan oleh seseorang peguam Syarie, beliau mestilah mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. • Kegagalan mematuhi sesuatu tatacara boelh menyebabkan sesuatu kes yang dirayu itu ditolak kerana tidak mematuhi prosiding yang telah ditetapkan disediakan oleh SNJ
  • 8. Notis Rayuan (2) Suatu rayuan hendaklah dibuat dengan memberikan notis rayuan dalam Borang MS 29 - Perayu yang hendak membuat rayuan mestilah dibuat dengan memfailkan satu Notis Rayuan seperti mana yang diwartakan dalam Borang MS 29. - Notis ini digunakan sama ada difailkan oleh perayu sendiri atau melalui peguam disediakan oleh SNJ
  • 9. BORANG MS 29 ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 (Subseksyen 139(2)) NOTIS RAYUAN (Tajuk Am) Ambil perhatian bahawa ............................................................ plaintif (atau defendan) yang dinamakan di atas yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ......................................................................................... Syariah di ................................................... yang diberikan pada ........................................ haribulan ................. 20 .............. merayu kepada Mahkamah.............................. TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 653 ............................................................... Syariah terhadap keseluruhan keputusan tersebut (atau apa-apa bahagian daripada keputusan tersebut) yang memutuskan bahawa, (nyatakan butir-butir terperincinya). Bertarikh pada ..................... haribulan ................ 20 ................. .................................................... Perayu (atau Peguam Syarie bagi Perayu) Kepada: Pendaftar Mahkamah ............................................. Syariah dan kepada:
  • 10. (3) Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau mana- mana bahagian daripada sesuatu keputusan - Perayu boleh merayu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, terhadap sebahagian atau keseluruhan kes disediakan oleh SNJ
  • 11. (4) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa empat belas hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, keputusan itu yang dirayukan; - Nyatakan di dalam notis untuk merayu sama ada keseluruhan kes atau sebahagian sahaja, dalam masa 14 hari dari hari keputusan itu diumumkan disediakan oleh SNJ
  • 12. • Jika keputusan mahkamah bicara itu telah luput, iaitu melepasi tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan, kebenaran merayu bagi kes tersebut hendaklah diperolehi terlebih dahulu. • Jika tempoh rayuan telah luput, Pendaftar Mahkamah/Hakim Syarie hendaklah meneliti notis rayuan tersebut. disediakan oleh SNJ
  • 13. • Notis Rayuan boleh diterima dengan syarat disertakan salinan perintah melanjutkan tempoh rayuan. Dinyatakan dalam; 238. (1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding. (2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu. disediakan oleh SNJ
  • 14. (5) Mahkamah yang terhadap keputusan-keputusan rayuan itu dibuat hendaklah, apabila menerima notis rayuan itu dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, membekalkan kepada perayu salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan penghakiman disediakan oleh SNJ
  • 15. Pengecualian bayaran fi • JBG (Jabatan Bantuan Guaman) atau peguam JBG yang mengendalikan kes bagi pihak biro tidak dikenakan sebarang fi. Arahan Amalan No. 5 Tahun 2002 Pengecualian Bayaran Fi Mahkamah Untuk Biro Bantuan Guaman Atau Panel Peguamnya Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerimapakai arahan amalan berhubung tiada sebarang fi Mahkamah boleh dikenakan ke atas kes-kes yang difailkan oleh pihak Biro Bantuan Guaman Malaysia atau panel-panel peguamnya yang mengendalikan kes bagi pihak Biro Bantuan Guaman. Arahan amalan ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2002. (Dato' Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. PUTRAJAYA 2002 disediakan oleh SNJ
  • 16. • Alasan penghakiman yang lengkap hendaklah disediakan oleh Hakim Bicara dalam tempoh enam minggu dari tarikh Notis Rayuan difailkan. Arahan Amalan No. 8 Tahun 2002 Tempoh Masa Pengemukaan Nota Perbicaraan bagi Maksud Rayuan Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung tempoh masa pengemukaan Nota Perbicaraan setelah suatu notis rayuan difailkan terhadap perintah atau keputusan Mahkamah, nota perbicaraan dan alasan penghakiman hendaklah disediakan tidak lewat daripada 6 minggu oleh Hakim Bicara bagi membolehkan Pihak Perayu menyediakan memorandum rayuan untuk disertakan dalam Rekod Rayuan. Arahan amalan ini berkuatkuasa 1 Jun 2002. (Dato' Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. PUTRAJAYA 2002 disediakan oleh SNJ
  • 17. (6) Sebaik sahaja salinan diperakui itu siap, Mahkamah hendaklah memberitahu perayu dalam Borang MS 30. - Apabila salinan diperakui sah bagi nota-nota keterangan dan alasan penghakiman telah disiapkan, mahkamah hendaklah memaklumkan pada perayu secara kediri dan satu afidavit penyampaian hendaklah dibuat. disediakan oleh SNJ
  • 18. BORANG MS 30 ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 (Subseksyen 139(6)) NOTIS BAHAWA SALINAN DIPERAKUI BAGI NOTA KETERANGAN DAN PENGHAKIMAN SUDAH SIAP (Tajuk Am) Ambil perhatian bahawa salinan diperakui bagi nota keterangan dan penghakiman sudah siap dan bahawa sejumlah wang sebanyak RM .................................................. kena anda bayar sebagai kos menyediakan salinan-salinan diperakui itu. Kepada: ............................................................. ............................................................. Bertarikh pada ............... haribulan .......... 20 ........... ...................................................... Hakim/Pendaftar disediakan oleh SNJ
  • 19. (7) Dalam masa empat belas hari dari penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen (6), perayu hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah— (a) mendepositkan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang yang pada pendapat Pendaftar dapat menampung kos menyediakan bilangan salinan yang mencukupi bagi rekod rayuan untuk kegunaan Mahkamah yang mendengar rayuan dan pihak- pihak dalam rayuan itu; dan (b) menyerah simpan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah sebagai jaminan untuk kos rayuan. disediakan oleh SNJ
  • 20. (8) Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dengan rayuan itu atau kepada Peguam Syarie mereka masing-masing - Pendaftar hendaklah menyimpan Notis Rayuan ke dalam fail kes dan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dengan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dengan rayuan itu atau kepada Peguam Syarie mereka masing-masing. disediakan oleh SNJ
  • 21. • Meskipun tidak dinyatakan dengan jelas tempoh masa untuk Penyampaian Notis Rayuan, namun proses tersebut adalah mandatori yang mesti dilaksanakan kepada pihak-pihak. • Ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa keputusan yang telah dibuat telah dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. • Dalam kes Amrina Rusyahada Bt Mohamad Safir lwn. Mohd Shukri B. Ismail (2010) JH30/2,176, di mana Panel Rayuan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu telah mengulas Seksyen 139(8) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 dengan merujuk perkataan “hendaklah” bermaksud proses penyampaian itu adalah satu prosedur mandatori yang mesti dilaksanakan dan disempurnakan kecuali dibenarkan oleh mahkamah. disediakan oleh SNJ
  • 22. Notis Rayuan Balas 140. Seseorang responden dalam mana-mana rayuan boleh, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis rayuan itu kepadanya, memfailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan dan menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 31 tentang cadangannya untuk mengemukakan hujah pada pendengaran rayuan itu bahawa keputusan yang dirayukan itu patut diubah. disediakan oleh SNJ
  • 23. BORANG MS 31 ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 (Seksyen 140) NOTIS RAYUAN BALAS (Tajuk Am) Ambil perhatian bahawa, pada pendengaran rayuan di atas, responden yang dinamakan di atas akan menghujahkan bahawa keputusan Mahkamah.................... ........................................ Syariah yang diberikan pada .................................... haribulan ............... 20 ............... patut diubah atas alasan-alasan yang berikut: (Nyatakan dalam perenggan bernombor (a) jenis relief yang dituntut; dan/atau (b) (b) )alasan-alasan yang menjadi sandaran). Bertarikh pada ........................... haribulan ................... 19 .......... Kepada Pendaftar dan perayu ....................................................... Responden (atau Peguam Syarie bagi Responden) disediakan oleh SNJ
  • 24. Perayu Mengemukakan Alasan Rayuan 141. (1) Dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen 139(6), perayu hendaklah mengemukakan alasan rayuan dalam lima salinan kepada Pendaftar Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang dialamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu disediakan oleh SNJ
  • 25. (2) Tiap-tiap alasan rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang dirayukan itu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas tentang undang-undang atau fakta-fakta yang mengenainya rayuan itu dibuat dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar rayuan itu, perayu tidak boleh dibenarkan semasa pendengaran rayuan itu bersandar kepada apa-apa alasan selain alasan-alasan yang dinyatakan dalam alasan rayuan itu. - Ini bermakna perayu terikat kepada apa yang disebutkan dalam alasan rayuannya itu. - Perayun tidak boleh membangkitkan isu-isu lain kecuali diberi izin oleh mahkamah yang mendengar rayuan itu. disediakan oleh SNJ
  • 26. Menyediakan Rekod Rayuan 142. (1) Apabila perayu yang diwakili oleh Peguam Syarie telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 139 dan 141, perayu hendaklah menyediakan salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan— (a) pliding; (b) nota keterangan; (c) alasan penghakiman; (d) notis rayuan; (e) alasan rayuan; (f) semua ekshibit dokumentar; dan (g) senarai ekshibit bukan dokumentar jika ada, yang diserah simpan di Mahkamah. disediakan oleh SNJ
  • 27. • Rekod-rekod rayuan ini hendaklah disediakan sendiri oleh perayu jika perayu diwakili oleh peguam • Jika perayu tidak diwakili oleh peguam, tugas ini hendaklah menjadi tanggungjawab mahkamah bicara disediakan oleh SNJ
  • 28. (2) Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap - Salinan Rekod Rayuan itu sekurang-kurangnya disediakan dua salinan jika kes itu dirayu ke MTS dan sekurang-kurangnya lima salinan Rekod Rayuan jika dirayu ke MRS. - Rekod Rayuan hendaklah disiapkan dalam salinan yang mencukupi seperti mana yang diarahkan oleh Mahkamah Setiap Rekod Rayuan hendaklah diberi nombor muka surat secara berturutan. Dinyatakan dalam…. disediakan oleh SNJ
  • 29. Arahan Amalan No.15 Tahun 2004 Rekod Kes-Kes Rayuan Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 pada 8- 9hb Jun 2004 bersamaan 19-20 Rabiulakhir, 1425H di Subang Jaya, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan perkara-perkara yang perlu ada di dalam rekod rayuan kes mal atau jenayah mengikut susunannya sebagai penyelarasan penyediaannya oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah dan Perayu-Perayu ialah :- disediakan oleh SNJ
  • 30. 1. Isi kandungan rekod rayuan adalah seperti berikut:- disediakan oleh SNJ
  • 31. 2. Setiap rekod rayuan hendaklah diberi nombor muka surat secara berturutan. 3. Rekod rayuan hendaklah disiapkan dalam salinan yang mencukupi seperti mana yang diarahkan oleh Mahkamah. Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun, 2004. (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia PUTRAJAYA 2004 - Ini bermakna pada peringkat pendaftaran, hendaklah memberikan nombor daftar kes rayuan tersebut berdasarkan kod kes yang telah ditetapkan. disediakan oleh SNJ
  • 32. (3) Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinannya kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan - Mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran kes rayuan tersebut dan Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinannya kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan - Satu afidavit penyampaian atau perintah penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah dikemukakan kepada mahkamah sebagai bukti penyampaian kepada pihak- pihak (responden dalam kes yang dirayu) telah disempurnakan disediakan oleh SNJ
  • 33. Penggunaan Kod Warna bagi Penyediaan Rekod Rayuan disediakan oleh SNJ
  • 35. - Penggunaan kod warna ini bertujuan memudahkan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim MTS untuk meneliti dan menyemak Rekod Rayuan tersebut secara selaras di seluruh negara. disediakan oleh SNJ
  • 36. Penyediaan Indeks dalam Rekod Rayuan • Penyediaan indeks juga perlu diberi perhatian sewaktu memfailkan Rekod Rayuan. • Penyediaan ini diwajibkan • Perayu/Responden mestilah menyediakan penandaan di ikatan otoriti di bahagian tepi • Ini bertujuan memudahkan rujukan dalam perbicaraan dan pengurusan kes rayuan. • Contoh indeks dalam bentuk format disediakan dalam … disediakan oleh SNJ
  • 41. Pendengaran Kes Rayuan • Tarikh pendengaran kes biasanya ditetapkan dalam tempoh 21 hari selepas Rekod Rayuan yang lengkap diterima oleh mahkamah • Pada peringkat ini, Pendaftar akan mengarahkan Peguam Syarie perayu memfailkan kronologi kes dan ringkasan penghujahan bertulis tidak lewat dari 14 hari sebelum tarikh pendengaran rayuan. • Kronologi kes dan ringkasan penghujahan tersebut hendaklah difailkan kepada Pendaftar MTS /Ketua Pendaftar MRaS • Tempoh yang ditetapkan bagi proses pendengaran kes ini adalah suatu tempoh yang munasabah bagi mengelakkan kezaliman, pembaziran dan penganiayaan kepada pihak-pihak. disediakan oleh SNJ
  • 42. • Dalam kes, Nooranita Bte Kamaruddin lwn. Faeiz Bin Yeop Ahmad (2007) 4 shLR 97 di mana pihak- pihak telah bertikai mengenai penjagaan anak yang berusia 2 tahun, selepas berlaku penceraian antara mereka. • Di dalam kes tersebut, terdapat kelewatan dalam memfailkan rayuan sehingga anak itu berusia 10 tahun. • Panel Rayuan, Mohd Azmi Kamaruddin dalam penghakimannya menyatakan kekesalannya akibat kelewatan kes tersebut; “Kami berharap kes rayuan mengenai hadhanah hendaklah dikemukakan dengan secepat mungkin supaya tidak timbul masalah yang tidak dikehendaki seperti di dalam kes ini” disediakan oleh SNJ
  • 43. Arahan Amalan No.12 Tahun 2003 Penyediaan Kronologi Kes Dan Ringkasan Penghujahan Bertulis Bagi Kes-Kes Rayuan Di Mahkamah Tinggi Syariah Dan Mahkamah Rayuan Syariah Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 4 Tahun 2003 pada 22-24hb Ogos 2003 bersamaan 24-26 Jamadilakhir 1424H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan penyediaan kronologi kes dan ringkasan penghujahan bertulis di dalam kes-kes rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Peguam-Peguam Syarie /Pendakwa Syarie hendaklah menyediakan kronologi kes dan penghujahan bertulis bagi kes- kes yang dirayu yang mana hendaklah dihantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah atau Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah mengikut mana yang berkenaan tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh sebutan atau pendengaran kes tersebut. Arahan amalan ini berkuatkuasa serta-merta. (Datuk Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. PUTRAJAYA 2003 disediakan oleh SNJ
  • 44. Tatacara Pendengaran Kes Rayuan • Terdapat tiga peringkat ; i. Mendengar hujah-hujah perayu ii. Mendengar hujah-hujah balas responden dan; iii. Mendengar hujah balas perayu disediakan oleh SNJ
  • 45. • Selepas mendengar semua hujah-hujah yang dikemukakan, mahkamah yang mendengar rayuan akan memberikan keputusan. • Jika mahkamah berpendapat, satu tarikh lain untuk memberikan penghakimannya, maka kes tersebut akan ditangguhkan. • Ketua Pendaftar/Pendaftar Mahkamah yang mendengar rayuan hendaklah bertanggungjawab untuk memaklumkan secara bertulis keputusan kes rayuan kepada mahkamah yang keputusannya dirayu dalam masa 7 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan. • Ini dinyatakan dalam… disediakan oleh SNJ
  • 46. Arahan Amalan No.11 Tahun 2004 Pemakluman Keputusan Kes Rayuan Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil Tahun 2004 pada 8-9hb. Jun 2004 bersamaan 19- 20hb. Rabiulakhir, 1425H di Subang Jaya, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung tanggungjawab Ketua Pendaftar/Pendaftar Mahkamah yang mendengar rayuan hendaklah memaklumkan secara bertulis mana-mana keputusan kes rayuan kepada Mahkamah yang keputusannya dirayu dalam masa tujuh hari (7) dari tarikh keputusan dikeluarkan. Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun, 2004. (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia PUTRAJAYA 2004 disediakan oleh SNJ
  • 47. Rayuan Tanpa Melalui Peguam atau Sebagai Orang Miskin 143. (1) Jika perayu telah mematuhi kehendak seksyen 139 dan 141 dan perayu sebagai tidak diwakili oleh Peguam Syarie atau Mahkamah yang mendengar rayuan itu telah membenarkan perayu merayu sebagai orang miskin, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan dibuat hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod yang dikehendaki dan rekod rayuan itu hendaklah mengandungi salinan dokumen- dokumen yang disebut dalam subseksyen 142(1) - Penyediaan rekod ini sehingga peringkat perayu memfailkan Alasan Rayuan disediakan oleh SNJ
  • 48. (2) Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 32 - Mahkamah akan memaklumkan kepada perayu dalam satu Notis Rekod Rayuan Sudah Siap. disediakan oleh SNJ
  • 49. BORANG MS 32 ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003 (Subseksyen 143(2)) NOTIS BAHAWA REKOD RAYUAN SUDAH SIAP (Tajuk Am) Ambil perhatian bahwa rekod rayuan prosiding yang disebut di atas sudah siap dan bahawa sejumlah wang sebanyak RM ...................... kena anda bayar sebagai kos menyediakan rekod itu. Kepada : Bertarikh pada .................... haribulan ........................... 20 ....................... ................................................... Hakim/Pendaftar disediakan oleh SNJ
  • 50. (3) Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut dalam subseksyen 139(7) tidak mencukupi, apabila dibayar oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan, Pendaftar hendaklah— (a) membekalkan perayu dengan suatu salinan rekod rayuan dan salinan tambahan yang mencukupi untuk penyampaian kepada responden atau responden- responden; dan (b) menghantar kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu salinan-salinan selebihnya rekod itu. - Apabila Notis Rekod Rayuan Sudah Siap dan telah dimaklumkan kepada perayu, bayaran deposit bagi menampung kos penyediaan Rekod Rayuan dan bayaran jaminan hendaklah diambil, kecuali perayu yang telah dibenarkan mahkamah untuk mendakwa dirinya sebagai Orang Miskin seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 139(7) ETCMMS disediakan oleh SNJ
  • 51. Tatacara Penolakan Kes Rayuan Mal Yang Tidak Mengikut Aturan • Bagi kes-kes yang dirayu tetapi tidak mengikut tatacara yang telah ditetapkan, kes rayuan tersebut boleh dibatalkan. • Ini dinyatakan dalam… disediakan oleh SNJ
  • 52. Arahan Amalan No.12 Tahun 2004 Tatacara Penolakan Kes Rayuan Mal Yang Tidak Mengikut Aturan Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 pada 8-9hb. Jun 2004 bersamaan 19 - 20 Rabiulakhir, 1425H di Subang Jaya, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung tatacara penolakan kes rayuan mal yang tidak mengikut aturan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-negeri adalah seperti berikut:- 1. Mahkamah bolehlah membatalkan sesuatu kes rayuan yang mana rekodnya tidak dihantar seperti mana yang diperuntukkan di dalam seksyen yang berkaitan setelah tamatnya tempoh yang ditetapkan di dalam UndangUndang yang berkenaan. 2. Sebelum melaksanakan tindakan di atas, mahkamah hendaklah mengeluarkan notis tunjuk sebab mengapa kes rayuan ini tidak boleh dibatalkan dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan notis. disediakan oleh SNJ
  • 53. 3. Jika sesuatu notis tunjuk sebab tidak dijawab dalam masa yang ditetapkan, Perayu hendaklah disifatkan sebagai tidak berminat meneruskan rayuan dan Pendaftar hendaklah memanjangkan fail kes rayuan tersebut kepada Hakim yang mendengar rayuan untuk mendapatkan perintah pembatalan. 4. Pendaftar setelah mendapat perintah itu, hendaklah memanjangkannya kepada pihak-pihak yang terlibat. Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun,.2004. (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia PUTRAJAYA 2004 disediakan oleh SNJ
  • 54. Penggantungan Pelaksanaan Sementara Menanti Rayuan 144. Pemfailan suatu notis rayuan tidaklah berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan, menggantung pelaksanaan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut. -Jika permohonan menggantungkan pelaksanaan perintah itu ditolak oleh hakim bicara, perayu boleh merayu terhadap penolakan permohonan itu kepada mahkamah yang lebih tinggi disediakan oleh SNJ
  • 55. - Apabila Notis Rayuan difailkan, Pendaftar/Penolong Pendaftar hendaklah memberitahu Hakim dengan serta merta mengenai perkara-perkara berikut ; a) Permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi; atau b) Permohonan bagi mendapatkan penangguhan prosiding atau pelaksanaan sementara menanti rayuan didengar disediakan oleh SNJ
  • 56. - Permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada MTS dan atau bagi penggantungan, hendaklah didengar pada hari yang sama permohonan itu diterima atau pada hari pekerja yang berikutnya. - Ini dinyatakan dalam… disediakan oleh SNJ
  • 57. Arahan Amalan No. 10 Tahun 2002 Prosedur Rayuan Dalam Mahkamah Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.3 Tahun 2002 pada 7 Mei 2002 di Johor Bahru bersamaan 25 Safar 1423 telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerimapakai arahan amalan berhubung bagi tujuan rayuan oleh pihak yang terkilan, Pendaftar/Penolong Pendaftar hendaklah memberitahu Hakim dengan serta merta mengenai perkara-perkara yang berikut: (a) permohonan bagi mendapat kebenaran untuk merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi ; atau (b) permohonan bagi mendapatkan penangguhan prosiding/perlaksanaan sementara menanti rayuan didengar. Permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Tinggi dan/atau bagi penggantungan, hendaklah didengar pada hari yang sama permohonan itu diterima atau pada hari bekerja yang berikutnya. Arahan ini berkuatkuasa 1 Jun 2002. (Dato' Sheikh Ghazali Bin Hj. Ab. Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. PUTRAJAYA 2002 disediakan oleh SNJ
  • 58. Dalam kes Hamzah Bin Zainuddin lwn Noraini Bt Abdul Rashid (2005) JH IX/II, 217 -YA Hakim MTS Ipoh telah menolak permohonan penggantungan pelaksanaan perintah yang melibatkan nafkah diri dan pembayaran wang kepada responden dalam tempoh satu bulan dari tarikh perintah dikeluarkan. -Penolakan tersebut disebabkan atas alasan ianya tidak munasabah dan sebab-sebab yang tidak mencukupi serta tidak mengemukakan alasan-alasan teristimewa bagi membolehkan perintah tersebut digantungkan. disediakan oleh SNJ
  • 59. - Tetapi, MRaS Perak memutuskan sebaliknya. Penggantungan perintah itu telah dibenarkan dan rayuan diterima dengan alasan sesuatu penggantungan boleh dibenarkan oleh Hakim dengan hanya mengemukakan sebab-sebab yang mencukupi dan - bukan atas alasan-alasan yang istimewa yang memerlukan kepada bukti yang tinggi ke atas perayu. disediakan oleh SNJ
  • 60. • Walaupun Mahkamah boleh untuk menggantungkan perlaksanaan perintah sementara menafikan keputusan kes rayuan, tetapi penggantungan tersebut tidaklah berlaku secara automatik sebaik sahaja kes tersebut dirayu. • Satu permohonan mestilah dikemukakan kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum pergantungan pelaksanaan perintah dibenarkan. • Ini dinyatakan dalam… disediakan oleh SNJ
  • 61. Arahan Amalan No.10 tahun 2004 Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan Di Dalam Kes Mal Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 pada 8-9hb Jun 2004 bersamaan 19 – 20hb. Rabiulakhir, 1425H di Subang Jaya, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung tegahan kepada Hakim daripada terus menggantung pelaksanaan perintah kes Mal sementara menunggu rayuan tanpa ada permohonan daripada pihak-pihak. Arahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun, .2004. (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia PUTRAJAYA 2004 disediakan oleh SNJ
  • 62. Pengecualian • Untuk makluman, semua perintah pelaksanaan itu boleh digantung kecuali dalam kes-kes melibatkan perintah seperti; a) Nafkah b) Upah menyusu c) Tempat tinggal d) Hadhanah e) Serah anak yang belum mumaiyiz kepada ibu • Ini dinyatakan dalam… disediakan oleh SNJ
  • 63. Arahan Amalan No.1 Tahun 2005 Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.- 12hb. April 2005 bersamaan 1hb. - 3hb. Rabiulawwal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai Perayu membuat rayuan dengan alasan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah yang dirayu dalam kes Mal, menurut Hukum Syarak adalah memadai untuk menggantung pelaksanaan perintah, sementara menunggu keputusan rayuan dan rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi kecuali dalam kes-kes nafkah, upah menyusu, tempat tinggal, hadhanah dan serah anak yang belum mumaiyiz kepada ibu. Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005. (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia disediakan oleh SNJ
  • 64. TETAPI • Dalam kes Faizah Fazlina Bt Rosli lwn Amirul Azizan Bin Abdul Rahim (belum dilaporkan, MTS Seremban), YA HTMS telah memutuskan bahawa penggantungan perintah pelaksanaan yang melibatkan hadhanah boleh digantung. • YA HMTS berpendapat Arahan Amalan No 1 Tahun 2005 hanya sebagai panduan dan tidaklah bertentangan dengan kehendak peruntukan Enakmen Tatacara mal. • Keputusan kes ini telah disahkan oleh MRaS Selangor di dalam kes Sharifah Badariah Bt Mari lwn Yusran Haji Hussain(2012) JH 34/2 247, di mana YA Hakim menyatakan jika alasan yang diberikan untuk menggantung perintah hadanah mencukupi, mahkamah boleh membenarkan perintah tersebut, dan menolak permohonan tersebut jika alasan-alasan yang diberikan tidak mencukupi. disediakan oleh SNJ
  • 65. Penghakiman Hendaklah Menyatakan Alasan 145. Mahkamah yang mendengar rayuan hendaklah menyatakan alasan penghakimannya secara bertulis. - Mahkamah yang mendengar rayuan mestilah menyatakan alasan penghakimannya secara bertulis sama ada rayuan tersebut difailkan melalui peguam Syarie atau difailkan sendiri oleh Perayu. disediakan oleh SNJ
  • 66. Keputusan Rayuan Pelaksanaan penghakiman atas rayuan 146. Apabila salah satu pihak telah mengambil perintah Mahkamah yang mendengar rayuan itu dan telah mengemukakan perintah itu kepada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah melaksanakan perintah itu mengikut peruntukan Enakmen ini. - Apabila rayuan telah diputuskan, mahkamah yang mendengar rayuan hendaklah memaklumkan keputusannya kepada mahkamah bicara. - Mahkamah bicara hendaklah melaksanakan perintah itu sebagaimana yang diwartakan dalam seksyen di atas. disediakan oleh SNJ