SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Drama Cempaka Berdarah
                                   (A.Rahim Abdullah)

Sinopsis


Babak 1
Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah.
Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di        sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui
lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka
masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah
Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan
mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya
hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di
dinding.


Babak 2
Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar,
zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang
bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter
muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman
mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi
pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka
yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan
Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa
perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui
oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam
keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu
melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan
Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof.
Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba
terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman
selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.


Pemikiran
Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar.
Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof.
Peter.


Persoalan
1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.
4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.
5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.


Plot
Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.


1. Permulaan
   Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan
   Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar
   di sebuah universiti di Kuala Lumpur.


2. Perkembangan
   Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah
   untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof.
   Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter
   melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila
Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah
   bidara, akar kayu dan bunga kenanga.


3. Konflik
   Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku
   pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit.
   Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan
   Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter
   mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka
   ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter.


4. Klimaks
   Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular    di atas kepala
   Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan
   Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter.


5. Peleraian
   Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar
   Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan
   mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur
   kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan
   diri.
Teknik Plot


1. Teknik pemerian
   Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
   contohnya :
   Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman
   yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)


2. Teknik imbas kembali
   Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah
   tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.
   Contohnya:
   Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih
   sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)




Watak dan Perwatakan

1. Zaman
   Watak utama
      Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
      Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.
      Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa
       jenis penyakit.
      Dia seorang yang penyayang.
       Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk
       mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
   Dia seorang yang berani.
      Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka
      daripada diambil oleh Prof. Peter..

     Dia seorang yang bijak
      Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di
      kampungnya.

     Dia seorang yang keras hati.
      Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka
      menentang cakap orang lain..

     Dia seorang yang tekun belajar
      Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi
      peperiksaan diuniversitinya.

2. Mak Jah
     Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka
     Dia seorang yang penyayang
      Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.

     Dia seorang yang tegas.

      Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun
      diterangkan oleh Prof. Peter.

     Dia seorang yang bertanggungjawab.
  Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka
  masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.
3. Prof.Peter
       Seorang lelaki Inggeris
       Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..
       Dia seorang yang bijak
        Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan
        sebenar mencari adiknya yang hilang.

       Dia seorang yang sombong
        Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.

       Seorang yang tegas
        Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.

       Seorang yang sanggup berkorban.

        Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang
        semasa zaman Jepun.

Latar

Latar masa

   1. Pada sekitar tahun 60-an
   2. Pada waktu menjelang tengah hari
        Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari
        Kuala Lumpur.

   3. Pada waktu petang
        Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik
        serta Prof.Peter.
Latar tempat

   1. Di rumah Mak Jah
      Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.

   2. Di pinggir belukar dalam kampung
      Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.

Latar masyarakat

   1. Masyarakat yang mempertahankan hak.
      Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter
      kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.

   2. Masyarakat yang penyayang
      Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .

   3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita
      Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.

   4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
      Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding
      secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.

   5. Masyarakat yang prihatin
      Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka
      terpaksa meninggalkannya.
Gaya bahasa

   1. Sinkope
        Tuan nak buat apa di sini?

        Mak Jah tak adakah anak lelaki?

   2. Peribahasa
        Keras hati, keras kepala

   3. Kata ganda
        betul-betul, lihat-lihat

   4.   Sinkope
        Yang itu tak pulak disebut!.

Nilai

   1. Nilai kasih sayang
        Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.

   2. Nilai keberanian
        Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.

   3. Nilai hormat-menghormati
        Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.

   4. Nilai bertanggungjawab
        Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil
        bunga kenanga akar.
5. Nilai kerajinan
      Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.

Pengajaran:

   1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara
      yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
   2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat
      mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.
   3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana
      perbuatan itu membahayakan kita.
   4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus
      dibelenggu kemiskinan.
   5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu
      merupakan tanggungjawab mereka.
   6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan
      oleh mereka.
   7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang
      diinginkan akan memperoleh kejayaan.
Latihan
1.Nyatakan tujuan sebenarnya Profesor Peter ke rumah Mak Jah.
2.Pada pendapat anda, wajarkah Zaman mempertahankan hak keluarganya?


Jawapan
1. Tujuan sebenar Profesor Peter    ke rumah Mak Jah adalah untuk menyiasat tentang
   kehilangan adiknya semasa Perang Jepun. Di samping itu, dia juga mahu memaklumkan
   Mak Jah tentang perkembangan Zaman di universiti.
2. Pada pendapat saya, Zaman wajar mempertahankan hak keluarganya kerana adiknya
   Cempaka hendak dirampas oleh Prof. Peter. Zaman juga bimbang apabila Prof. Peter
   menyatakan bahawa dia mahu Cempaka hidup dalam keluarganya dan akan pergi
   membawa Cempaka bersama-samanya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
Maksud pantun kiasan
Maksud pantun kiasanMaksud pantun kiasan
Maksud pantun kiasanMata Hati
 
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5Zaim Nur
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakizzdhiya
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
Sinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinaraSinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinaraNorsuhaila Haron
 
Prosa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiProsa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiAyuFatihah1
 
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaBeberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaFadzli Osman
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomihusnuzan84
 
Format surat kiriman tidak rasmi
Format surat kiriman tidak rasmiFormat surat kiriman tidak rasmi
Format surat kiriman tidak rasmiSheikh Fabregas
 
Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuAjak Kur
 

Was ist angesagt? (20)

T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.3 PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Jalan ke puncak
Jalan ke puncakJalan ke puncak
Jalan ke puncak
 
Maksud pantun kiasan
Maksud pantun kiasanMaksud pantun kiasan
Maksud pantun kiasan
 
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.1 PENGASASAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
Bab 5,6,7 dan 8 Novel Tirani Tingkatan 5
 
Komsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncakKomsas jalan ke puncak
Komsas jalan ke puncak
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
Sinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinaraSinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinara
 
Legasi tapai ubi
Legasi tapai ubiLegasi tapai ubi
Legasi tapai ubi
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Santap istiadat
Santap istiadatSantap istiadat
Santap istiadat
 
Prosa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiProsa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padi
 
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasaBeberapa bentuk kesalahan tatabahasa
Beberapa bentuk kesalahan tatabahasa
 
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
Nota Novel Hempasan Ombak bab 5 & 6
 
Cempaka Berdarah
Cempaka BerdarahCempaka Berdarah
Cempaka Berdarah
 
Tingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 BawodTingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 Bawod
 
Kamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan BahasaKamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan Bahasa
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
 
Format surat kiriman tidak rasmi
Format surat kiriman tidak rasmiFormat surat kiriman tidak rasmi
Format surat kiriman tidak rasmi
 
Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa Melayu
 

Andere mochten auch

Multimedia: Making it Happen - Introduction
Multimedia: Making it Happen - IntroductionMultimedia: Making it Happen - Introduction
Multimedia: Making it Happen - Introductionjoelk
 
여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공
여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공
여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공foskfs
 
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-BayanHukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-BayanMuhammad Nashiruddin
 
The fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile app
The fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile appThe fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile app
The fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile appiMOBDEV Technologies Pvt. Ltd.
 
Ulasalle
UlasalleUlasalle
UlasalleDruiko
 
Fundamentos do design_de_interacao (1)
Fundamentos do design_de_interacao (1)Fundamentos do design_de_interacao (1)
Fundamentos do design_de_interacao (1)Renan Pinheiro
 
Actividades para maiores 2014 - 2015
Actividades para maiores 2014 - 2015Actividades para maiores 2014 - 2015
Actividades para maiores 2014 - 2015Concello de Abegondo
 
Ch 41 erosion and sediment control plans
Ch 41   erosion and sediment control plansCh 41   erosion and sediment control plans
Ch 41 erosion and sediment control plansFuad Chiwa
 
Why a yorkie is right for me
Why a yorkie is right for meWhy a yorkie is right for me
Why a yorkie is right for megmancino
 
14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)
14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)
14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)InstitutoBBVAdePensiones
 
Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”
Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”
Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”budzma
 
EAMES CORPORATE BROCHURE
EAMES CORPORATE BROCHUREEAMES CORPORATE BROCHURE
EAMES CORPORATE BROCHUREMatt Cvijan
 
իմ քաղաքը` թումոյի այգի
իմ քաղաքը` թումոյի այգիիմ քաղաքը` թումոյի այգի
իմ քաղաքը` թումոյի այգիAshkhen Grigoryan
 

Andere mochten auch (20)

Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
 
Hikayat Raja Pasai
Hikayat Raja PasaiHikayat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai
 
Multimedia: Making it Happen - Introduction
Multimedia: Making it Happen - IntroductionMultimedia: Making it Happen - Introduction
Multimedia: Making it Happen - Introduction
 
Revorg, New Delhi, Ladies Bags
Revorg, New Delhi, Ladies BagsRevorg, New Delhi, Ladies Bags
Revorg, New Delhi, Ladies Bags
 
여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공
여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공
여행사순위『LG777』.『XYZ』국내선할인항공
 
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-BayanHukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
Hukum Keluarga dalam Tafsir Adhwa' al-Bayan
 
The fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile app
The fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile appThe fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile app
The fundamentals that directly mean to affect conversion rate of mobile app
 
Ulasalle
UlasalleUlasalle
Ulasalle
 
Posting responses to discussion forums in moodle (for teachers)
Posting responses to discussion forums in moodle (for teachers)Posting responses to discussion forums in moodle (for teachers)
Posting responses to discussion forums in moodle (for teachers)
 
Fundamentos do design_de_interacao (1)
Fundamentos do design_de_interacao (1)Fundamentos do design_de_interacao (1)
Fundamentos do design_de_interacao (1)
 
Actividades para maiores 2014 - 2015
Actividades para maiores 2014 - 2015Actividades para maiores 2014 - 2015
Actividades para maiores 2014 - 2015
 
Ch 41 erosion and sediment control plans
Ch 41   erosion and sediment control plansCh 41   erosion and sediment control plans
Ch 41 erosion and sediment control plans
 
Yanah
YanahYanah
Yanah
 
Arte en vivo
Arte en vivoArte en vivo
Arte en vivo
 
Why a yorkie is right for me
Why a yorkie is right for meWhy a yorkie is right for me
Why a yorkie is right for me
 
Ashutosh rubber-pvt-ltd
Ashutosh rubber-pvt-ltdAshutosh rubber-pvt-ltd
Ashutosh rubber-pvt-ltd
 
14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)
14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)
14 - Revisión de las proyecciones de población, parte 3 (2015) (ESP)
 
Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”
Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”
Уладзімір Цюлькоў – “Музей культуры і побыту”
 
EAMES CORPORATE BROCHURE
EAMES CORPORATE BROCHUREEAMES CORPORATE BROCHURE
EAMES CORPORATE BROCHURE
 
իմ քաղաքը` թումոյի այգի
իմ քաղաքը` թումոյի այգիիմ քաղաքը` թումոյի այգի
իմ քաղաքը` թումոյի այգի
 

Ähnlich wie Drama Cempaka Berdarah

Ähnlich wie Drama Cempaka Berdarah (7)

Cempaka berdarah
Cempaka berdarahCempaka berdarah
Cempaka berdarah
 
Drama
DramaDrama
Drama
 
Antologi harga remaja drama
Antologi harga remaja dramaAntologi harga remaja drama
Antologi harga remaja drama
 
Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi Cerpen hipertensi
Cerpen hipertensi
 
Cerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan RimbaCerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan Rimba
 
Kembara amira
Kembara amiraKembara amira
Kembara amira
 
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara AmiraBahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
Bahan Pengajaran Komsas Novel Kembara Amira
 

Mehr von Azwira Ariwana

Mehr von Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 

Drama Cempaka Berdarah

  • 1. Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah) Sinopsis Babak 1 Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Babak 2 Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba
  • 2. terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu. Pemikiran Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter. Persoalan 1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. 2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. 3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul. 4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. 5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun. Plot Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita. 1. Permulaan Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. 2. Perkembangan Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila
  • 3. Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga. 3. Konflik Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter. 4. Klimaks Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. 5. Peleraian Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri.
  • 4. Teknik Plot 1. Teknik pemerian Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka, contohnya : Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243) 2. Teknik imbas kembali Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun. Contohnya: Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257) Watak dan Perwatakan 1. Zaman Watak utama  Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.  Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.  Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.  Dia seorang yang penyayang. Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
  • 5. Dia seorang yang berani. Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter..  Dia seorang yang bijak Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.  Dia seorang yang keras hati. Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain..  Dia seorang yang tekun belajar Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya. 2. Mak Jah  Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka  Dia seorang yang penyayang Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.  Dia seorang yang tegas. Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.  Dia seorang yang bertanggungjawab. Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.
  • 6. 3. Prof.Peter  Seorang lelaki Inggeris  Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..  Dia seorang yang bijak Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang.  Dia seorang yang sombong Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.  Seorang yang tegas Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.  Seorang yang sanggup berkorban. Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun. Latar Latar masa 1. Pada sekitar tahun 60-an 2. Pada waktu menjelang tengah hari Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur. 3. Pada waktu petang Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.
  • 7. Latar tempat 1. Di rumah Mak Jah Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya. 2. Di pinggir belukar dalam kampung Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang mempertahankan hak. Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah. 2. Masyarakat yang penyayang Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya . 3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi. 4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan. Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman. 5. Masyarakat yang prihatin Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.
  • 8. Gaya bahasa 1. Sinkope Tuan nak buat apa di sini? Mak Jah tak adakah anak lelaki? 2. Peribahasa Keras hati, keras kepala 3. Kata ganda betul-betul, lihat-lihat 4. Sinkope Yang itu tak pulak disebut!. Nilai 1. Nilai kasih sayang Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. 2. Nilai keberanian Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter. 3. Nilai hormat-menghormati Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. 4. Nilai bertanggungjawab Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar.
  • 9. 5. Nilai kerajinan Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. Pengajaran: 1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. 2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan. 3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita. 4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan. 5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka. 6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka. 7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.
  • 10. Latihan 1.Nyatakan tujuan sebenarnya Profesor Peter ke rumah Mak Jah. 2.Pada pendapat anda, wajarkah Zaman mempertahankan hak keluarganya? Jawapan 1. Tujuan sebenar Profesor Peter ke rumah Mak Jah adalah untuk menyiasat tentang kehilangan adiknya semasa Perang Jepun. Di samping itu, dia juga mahu memaklumkan Mak Jah tentang perkembangan Zaman di universiti. 2. Pada pendapat saya, Zaman wajar mempertahankan hak keluarganya kerana adiknya Cempaka hendak dirampas oleh Prof. Peter. Zaman juga bimbang apabila Prof. Peter menyatakan bahawa dia mahu Cempaka hidup dalam keluarganya dan akan pergi membawa Cempaka bersama-samanya.