SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
George Frideric Handel adalah pakar opera Itali dan Oratario (drama muzikal
keagamaan) Inggeris. Beliau dilahirkan di Halle, Jerman pada tahun 1685, sebulan sebelum
kelahiran Johann Sebastian Bach. Handel bukanlah daripada keluarga seni. Bapa beliau hanya
seorang tukang gunting rambut dan mahukan anaknya itu belajar undang-undang. Namun bakat
beliau dalam bidang muzik begitu menyerlah ketika berusia Sembilan tahun menyebabkan bapa
beliau lembut hati dan menghantarnya belajar bermain organ dengan seorang pemain organ dan
composer tempatan. Ketika berusia 11 tahun, beliau bukan sahaja mampu menjadi composer
malah menjadi guru organ. Bpapa beliau meninggal ketika Handel berumur 12 tahun. Demi
menghormati bapanya, Handel memasuki jurusan perundangan. Walau bagaimanapun, Handel
tidak menamatkan pengajian. Selepas setahun, beliau meninggalkan Universiti Halle dan pergi
ke Hamburg.
Rumah opera terkenal di Hamburg telah menarik minat Handel untuk menyertainya.
Beliau menganggotai orchestra opera tersebut sebagai pemain violin dan hapsikord, seterusnya
menerbitkan salah satu opera ciptaannya ketika berusia 20 tahun.
Handel adalah seorang yang pemarah. Dalam satu insiden, beliau telah bertengkar dengan
seorang rakan yang hamper meragut nyawanya. Pergaduhan bermula apabila Opera Hamburg
akan mementaskan sebuah opera karya salah seorang rakan beliau. Rakannya itu bertegas untuk
memainkan sendiri hapsikord. Sebaliknya, beliau berdegil dan tidak mahu menyerahkan tugas
itu. Beliau bernasib baik apabila satu tikaman daripada rakannya itu terkena butang besi kot yang
dipakainya. Jika tidak, sejara muzik mungkin berubah.
Nasip terus menyebelahi Handel. Ketika berusia 21 tahun, beliau pergi ke Itali untuk
meneruskan kerjayanya. Di sana beliau telah menghabiskan masa selama tiga tahun secara
produktif. Beliau mencipta opera-opera Itali yang hebat dan mendapat sambutan meluas. Beliau
bergaul dengan anak-anak raja dan pemuzik-pemuzik terkenal sehingga beberapa orang pegawai
gereja Roman Katholik menulis beberapa jalan cerita opera yang diisi muzik ciptaan beliau.
Pada tahun 1710, Handel pulang semula ke Jerman untuk menjawat jawatan pengarah
muzik kepada Elector of Hanover, George Ludwig. Hanya selepas sebulan berkhidmat, Handel
meminta kebenaran untuk pergi ke London kerana opera beliau ‘Rinaldo’ sedang diterbitkan.
‘Rinaldo’ mendapat sambutan hangat di London dan selepas itu beliau kembali ke Hanover.
Setahun kemudian, Handel sekali lagi meminta kebenaran majikannya untuk pergi ke London.
Pemergian Handel diluluskan dengan syarat beliau tidak tinggal lama di sana.
Kemasyuran Handel di England yang berkembang luas seperti yang pernah dirasainya di
Itali membuatkan beliau lupa akan janji yang dibuat dengan Ludwig. Beliau terus menetap di
London dengan menjadi composer terpenting di England dan menjadi kegemaran Permaisuri
Anne member susidi sebanyak £200 setahun kepada Handel. Setelah kematian Permaisuri Anne,
satu persetujuan telah dibuat untuk melantik Elector of Hanover, George Ludwig (bekas majikan
Handel di Jerman) menjadi King George of England pada tahun 1714. Ludwig yang telah
menjadi Raja England tidak menyimpan dendam terhadap Handel, sebaliknya menambah subsidi
Handel menjadi £400 setahun dan mengajar muzik kepda cucunda-cucunda perempuan baginda.
Opera-opera di London menjadi satu sumber hiburan eksotik bagi golong aristocrat. Bagi
golongan pertengahan pula, mereka kurang berminat dengan karya-karya mitologi yang
dianggap kabur. Beberapa oprang aristocrat telah berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikan
opera komersial yang diberi nama Royal Academy of Music pada tahun 1719. Handel dilantik
menjadi pengarah muziknya. Selepas Sembilan musim, syarikat tersebut terpaksa dibubarkan
kerana kekurangan bantuan. Namun dalam jangka masa tersebut, beliau telah banyak mencipta
opera-opera hebat.
Reputasi Handel semakin berkembang walau pun dengan kejatuhan Royal Academy of
Music. Beliau bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat opera untuk mempersembahkan
karya-karya beliau sendiri. Pada ketika itu juga opera telah menjadi senjata politik. Sekumpulan
puak yang menentang kerajaan telah menubuhkan sebuah syarikat opera yang diberi nama Opera
of the Nobility (Opera Golongan Bangsawan). Handel yamg merupakan sehabat baik raja dan
juga penyokong setia kerajaan menjadi kambing hitamnya.
Syarikat tersebut juga terpaksa gulung tikar kerana terdapat persaingan antara mereka.
Handel hamper muflis dan kembali semula ke Jerman. Bakal raja Prussia yang menganggap era
kegemilangan Handel telah tamat dan tiada inspirasi lagi serta gaya yang suda ketinggalan
zaman.
Handel menjadikan bakan raja Prussia menelan kata-katanya sendiri setelah Berjaya
keluar daripada kemelut kejatuhan dan kembali semula ke London. Walaupun dibebani dengan
hutang, Handel Berjaya menerbitkan sendiri opera-opera ciptaan beliau. Di London juga beliau
memperkenalkan Oratorio-oratorio dan mencipta lembaran baru yang gemilang dalam sejarah
muzik.
Bagi masyarakat Inggeris, Oratorio merupakan sesuatu yang baru dan asing.
Bagaimanapun, mereka mengetahui tentang Injil lama dan suka mendengarnya dipentaskan
dalam bahasa Inggeris. Oratorio berbeza daripada opera kerana tidak memerlukan set-set dan
mesin pentas yang mahal serta penggunaan kostum. Oleh itu, Oratorio jauh lebih murah untuk
diterbitkan. Walaupun Handel mengenakan bayaran yang mahal untuk menontonnya, beliau
berjaya menarik minat penonton-penonton baru daripada kelas menengah.
Pada tahun 1741 iaitu tahun Handel mencipta ‘Messiah’, beliau berhenti menulis opera.
Sebaliknya beliau terus menumpukan kepada penghasilan Oratorio. Pada mulanya, ada beberapa
pendapat mengatakan Oratorio-oratorio Handel melanggar tatasusila agama Kristian kerana
perkataan daripada kitab Injin digunakan untuk nyanyian di teater awam. Walaupun terdapat
percanggahan pedapat, Oratorio tetap diterima ramai. Sebagai daya tarikan tambahan, beliau
sendiri menunjukkan kehebatan bermain organ antara babak-babak lakonan.
Kejayaan yang dinikmati Handel telah mengundang rasa iri hati daripada sebahagian
golongan aristocrat. Mereka berkomplot untuk menjatuhkan Handel. Bagi mereka, seorang
pemuzik kelahiran asing yang mendapat kuasa serta kemasyhuran berlebihan adalah sesuatu
yang melampau. Poster-poster persembahan Handel dikoyak, mengupah budak-budak nakal
supaya mengugut dan merompak penonton-penonton konsert. Akhirnya keadaan menjadi reda
dan Handel sekali lagi jatuh dan terus bangun dengan menghasilkan karya-karya Oratorio.
Pada tahun 1753, Handel masi berkarya dan membuat persembahan-persembahan
permainan rgan walaupun penglihatan beliau semakin terjejas. Beliau hamper menjadi buta.
Semasa masih hidup, sebuah patung beliau telah didirikan di sebuah taman awam. Apabila beliau
meninggal dunia pada tahun 1759, kira-kira 3000 orang menghadiri pengebumiannya di
Westminster Abbey.

Weitere ähnliche Inhalte

Mehr von Ilut Johnny

Mehr von Ilut Johnny (6)

Hbms4303 perancangan pengajaran muzik
Hbms4303 perancangan pengajaran muzikHbms4303 perancangan pengajaran muzik
Hbms4303 perancangan pengajaran muzik
 
Peraturan dalam bilik darjah
Peraturan dalam bilik darjahPeraturan dalam bilik darjah
Peraturan dalam bilik darjah
 
Fail+meja+ketua+
Fail+meja+ketua+Fail+meja+ketua+
Fail+meja+ketua+
 
Bahan pendidikan muzik thn3
Bahan pendidikan muzik thn3Bahan pendidikan muzik thn3
Bahan pendidikan muzik thn3
 
Instrumen bm
Instrumen bmInstrumen bm
Instrumen bm
 
BBM Bacaan
BBM BacaanBBM Bacaan
BBM Bacaan
 

Kürzlich hochgeladen

Kürzlich hochgeladen (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 

George frideric handel adalah pakar opera itali dan oratario

  • 1. George Frideric Handel adalah pakar opera Itali dan Oratario (drama muzikal keagamaan) Inggeris. Beliau dilahirkan di Halle, Jerman pada tahun 1685, sebulan sebelum kelahiran Johann Sebastian Bach. Handel bukanlah daripada keluarga seni. Bapa beliau hanya seorang tukang gunting rambut dan mahukan anaknya itu belajar undang-undang. Namun bakat beliau dalam bidang muzik begitu menyerlah ketika berusia Sembilan tahun menyebabkan bapa beliau lembut hati dan menghantarnya belajar bermain organ dengan seorang pemain organ dan composer tempatan. Ketika berusia 11 tahun, beliau bukan sahaja mampu menjadi composer malah menjadi guru organ. Bpapa beliau meninggal ketika Handel berumur 12 tahun. Demi menghormati bapanya, Handel memasuki jurusan perundangan. Walau bagaimanapun, Handel tidak menamatkan pengajian. Selepas setahun, beliau meninggalkan Universiti Halle dan pergi ke Hamburg. Rumah opera terkenal di Hamburg telah menarik minat Handel untuk menyertainya. Beliau menganggotai orchestra opera tersebut sebagai pemain violin dan hapsikord, seterusnya menerbitkan salah satu opera ciptaannya ketika berusia 20 tahun. Handel adalah seorang yang pemarah. Dalam satu insiden, beliau telah bertengkar dengan seorang rakan yang hamper meragut nyawanya. Pergaduhan bermula apabila Opera Hamburg akan mementaskan sebuah opera karya salah seorang rakan beliau. Rakannya itu bertegas untuk memainkan sendiri hapsikord. Sebaliknya, beliau berdegil dan tidak mahu menyerahkan tugas itu. Beliau bernasib baik apabila satu tikaman daripada rakannya itu terkena butang besi kot yang dipakainya. Jika tidak, sejara muzik mungkin berubah. Nasip terus menyebelahi Handel. Ketika berusia 21 tahun, beliau pergi ke Itali untuk meneruskan kerjayanya. Di sana beliau telah menghabiskan masa selama tiga tahun secara produktif. Beliau mencipta opera-opera Itali yang hebat dan mendapat sambutan meluas. Beliau bergaul dengan anak-anak raja dan pemuzik-pemuzik terkenal sehingga beberapa orang pegawai gereja Roman Katholik menulis beberapa jalan cerita opera yang diisi muzik ciptaan beliau. Pada tahun 1710, Handel pulang semula ke Jerman untuk menjawat jawatan pengarah muzik kepada Elector of Hanover, George Ludwig. Hanya selepas sebulan berkhidmat, Handel meminta kebenaran untuk pergi ke London kerana opera beliau ‘Rinaldo’ sedang diterbitkan. ‘Rinaldo’ mendapat sambutan hangat di London dan selepas itu beliau kembali ke Hanover. Setahun kemudian, Handel sekali lagi meminta kebenaran majikannya untuk pergi ke London. Pemergian Handel diluluskan dengan syarat beliau tidak tinggal lama di sana.
  • 2. Kemasyuran Handel di England yang berkembang luas seperti yang pernah dirasainya di Itali membuatkan beliau lupa akan janji yang dibuat dengan Ludwig. Beliau terus menetap di London dengan menjadi composer terpenting di England dan menjadi kegemaran Permaisuri Anne member susidi sebanyak £200 setahun kepada Handel. Setelah kematian Permaisuri Anne, satu persetujuan telah dibuat untuk melantik Elector of Hanover, George Ludwig (bekas majikan Handel di Jerman) menjadi King George of England pada tahun 1714. Ludwig yang telah menjadi Raja England tidak menyimpan dendam terhadap Handel, sebaliknya menambah subsidi Handel menjadi £400 setahun dan mengajar muzik kepda cucunda-cucunda perempuan baginda. Opera-opera di London menjadi satu sumber hiburan eksotik bagi golong aristocrat. Bagi golongan pertengahan pula, mereka kurang berminat dengan karya-karya mitologi yang dianggap kabur. Beberapa oprang aristocrat telah berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikan opera komersial yang diberi nama Royal Academy of Music pada tahun 1719. Handel dilantik menjadi pengarah muziknya. Selepas Sembilan musim, syarikat tersebut terpaksa dibubarkan kerana kekurangan bantuan. Namun dalam jangka masa tersebut, beliau telah banyak mencipta opera-opera hebat. Reputasi Handel semakin berkembang walau pun dengan kejatuhan Royal Academy of Music. Beliau bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat opera untuk mempersembahkan karya-karya beliau sendiri. Pada ketika itu juga opera telah menjadi senjata politik. Sekumpulan puak yang menentang kerajaan telah menubuhkan sebuah syarikat opera yang diberi nama Opera of the Nobility (Opera Golongan Bangsawan). Handel yamg merupakan sehabat baik raja dan juga penyokong setia kerajaan menjadi kambing hitamnya. Syarikat tersebut juga terpaksa gulung tikar kerana terdapat persaingan antara mereka. Handel hamper muflis dan kembali semula ke Jerman. Bakal raja Prussia yang menganggap era kegemilangan Handel telah tamat dan tiada inspirasi lagi serta gaya yang suda ketinggalan zaman. Handel menjadikan bakan raja Prussia menelan kata-katanya sendiri setelah Berjaya keluar daripada kemelut kejatuhan dan kembali semula ke London. Walaupun dibebani dengan hutang, Handel Berjaya menerbitkan sendiri opera-opera ciptaan beliau. Di London juga beliau memperkenalkan Oratorio-oratorio dan mencipta lembaran baru yang gemilang dalam sejarah muzik.
  • 3. Bagi masyarakat Inggeris, Oratorio merupakan sesuatu yang baru dan asing. Bagaimanapun, mereka mengetahui tentang Injil lama dan suka mendengarnya dipentaskan dalam bahasa Inggeris. Oratorio berbeza daripada opera kerana tidak memerlukan set-set dan mesin pentas yang mahal serta penggunaan kostum. Oleh itu, Oratorio jauh lebih murah untuk diterbitkan. Walaupun Handel mengenakan bayaran yang mahal untuk menontonnya, beliau berjaya menarik minat penonton-penonton baru daripada kelas menengah. Pada tahun 1741 iaitu tahun Handel mencipta ‘Messiah’, beliau berhenti menulis opera. Sebaliknya beliau terus menumpukan kepada penghasilan Oratorio. Pada mulanya, ada beberapa pendapat mengatakan Oratorio-oratorio Handel melanggar tatasusila agama Kristian kerana perkataan daripada kitab Injin digunakan untuk nyanyian di teater awam. Walaupun terdapat percanggahan pedapat, Oratorio tetap diterima ramai. Sebagai daya tarikan tambahan, beliau sendiri menunjukkan kehebatan bermain organ antara babak-babak lakonan. Kejayaan yang dinikmati Handel telah mengundang rasa iri hati daripada sebahagian golongan aristocrat. Mereka berkomplot untuk menjatuhkan Handel. Bagi mereka, seorang pemuzik kelahiran asing yang mendapat kuasa serta kemasyhuran berlebihan adalah sesuatu yang melampau. Poster-poster persembahan Handel dikoyak, mengupah budak-budak nakal supaya mengugut dan merompak penonton-penonton konsert. Akhirnya keadaan menjadi reda dan Handel sekali lagi jatuh dan terus bangun dengan menghasilkan karya-karya Oratorio. Pada tahun 1753, Handel masi berkarya dan membuat persembahan-persembahan permainan rgan walaupun penglihatan beliau semakin terjejas. Beliau hamper menjadi buta. Semasa masih hidup, sebuah patung beliau telah didirikan di sebuah taman awam. Apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1759, kira-kira 3000 orang menghadiri pengebumiannya di Westminster Abbey.