SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 25
1
1.0 Pengenalan
Tugasan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu(Major) ini lebih
memfokuskan kepada Kemahiran-kemahiran bahasa, pendekatan dan
kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta teknik kemahiran bahasa. Hasil
daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan
Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang mana menjadi
panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dengan lebih berkesan.
2.0 Kemahiran-kemahiran Bahasa
RAJAH 1: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA
Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran
bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini
adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P)
Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi
kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini.
Kemahiran
Bahasa
Kemahiran
Lisan
Mendengar Bertutur
Kemahiran
Membaca
Kemahiran
Menulis
2
2.1 Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting
iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar
ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat
dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti
penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami
dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan
lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan
pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika
itu.
RAJAH 2 : KEMAHIRAN LISAN
2.2 Kemahiran Mendengar
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu, mendengar pasif dan
mendengar aktif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid
mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak
balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran
yang diterima. Manakala mendengar aktif pula melibatkan komunikasi dua
hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu
maklumat yang diterima atau didengar.
Kemahiran Lisan
Kemahiran
Mendengar
Kemahiran Bertutur
3
RAJAH 3 : PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MEMAHAMI
Berdasarkan rajah di atas, ia menerangkan tentang peringkat
kemahiran mendengar yang terdiri daripada aras rendah dan aras tinggi.
Melalui rajah tersebut juga, kita dapat melihat antara contoh-contoh yang
berkaitan dengan perlakuan individu yang meguasai peringkat aras yang
berbeza.
2.2.1 Aktiviti Kemahiran Mendengar
Antara aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar adalah seperti di dalam
rajah berikut:
Peringkat Kemahiran Mendengar
Aras
Rendah
-Mengecam dan mengingat fakta dan
butiran secara tepat dan terperinci.
-Mengenal maklumat khusus.
-Mengesan urutan.
-Mengenal sebab dan akibat.
-Mengenal perhubungan orang- orang
yang berinteraksi.
-Mengenal sikap dan perasaan orang .
-Mengecam dan mengingat fakta dan
butiran secara tepat dan terperinci.
-Mengenal maklumat khusus.
-Mengesan urutan.
-Mengenal sebab dan akibat.
-Mengenal perhubungan orang-orang
yang berinteraksi.
Tinggi
-Mengenal isi-isi penting.
-Mengenal peranan dan perhubungan
yang bercakap.
-Mentafsirkan maksud orang yang
bercakap.
-Memberitahu fungsi tekanan dan
intonasi.
-Mencari jalan mengatasi masalah yang
didengar.
4
RAJAH 4 : AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR
Oleh hal yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa kemahiran
mendengar merupakan kemahiran asas yang sangat penting bagi seseorang
individu yang diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur ata kata
nama lainnya kemahiran lisan. Terdapat dua aras yang terlibat dalam
kemahiran mendengar iaitu aras tinggi dan aras rendah. Pengajaran
kemahiran ini melalui dua peringkat berdasarkan aras kesukaran tugasan dan
fungsi kemahiran tersebut diaplikasikan. Hal ini dapat menguji sejauh mana
keberkesanan atau kecekapan seseorang individu terutamanya murid-murid
dalam proses mendengar.
2.3 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk
menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan,
serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara spontan. Terdapat dua jenis kemahiran bertutur iaitu pertuturan jenis
sehala dan pertuturan jenis dua hala. Pertuturan jenis sehala melibatkan
Aktiviti
Mengenal dan
mengecam
Mengenal dan
mengecam
Mengecam
sebutan baku
Membuat
inferens
Menerangkan sebab
sesuatu perkara
Menganalisis
maklumat
Mencari makna
perkataan
Membuat
rumusan
Memberi
pandangan
Membuat
penilaian
Memberi pandangan
atau pendapat
5
penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara
spontan dimana hanya penutur sahaja yang akan menyampaikan mesej
kepada pendengar. Pertuturan jenis dua hala pula melibatkan kedua-dua
pihak iaitu, penutur dan pendengar dimana satu pihak menyampaikan
maklmat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak
penyampai.
RAJAH 5 : JENIS PERTUTURAN
2.3.1 Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Terdapat dua peringkat kemahiran bertutur iaitu, kemahiran bertutur
aras rendah dan kemahiran bertutur aras tinggi, Pada peringkat rendah murid
dapat melakukan pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan
pengalaman murid manakala pada peringkat tinggi pula murid dapat
melakukan pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan,
pandangan.
2.3.2 Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa mengajar
kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh aktiviti
yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
Jenis
Pertuturan
Pertuturan
Sehala
Pertuturan
dua hala
6
RAJAH 6 : AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR
2.3.3 Perbualan
Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan
menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan
betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya.
Selain daripada itu ianya juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat
atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya.
2.3.4 Memberi Pendapat
Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan,
menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam
perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan pemerhatian
sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang kesan perisa yang
digunakan dalam makanan terhadap kesihatan. Pelajar boleh melanjutkan
pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebab- musabab.
2.3.5 Simulasi
Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi
sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut
•Perbualan
•Memberi pendapat
•Simulasi
•Main Peranan
•Perbincangan
Aktiviti
7
terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan
bahan rangsangan yang disediakan.
2.3.6 Main Peranan
Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan
gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi
berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan
interaksi pelajar secara individu atau kumpulan.
2.3.7 Perbincangan
Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan.
Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil
bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka
mengenai sesuatu topik.
2.4 Kemahiran Membaca
Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan
menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan
peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring
atau secara senyap. Membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari
minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Bacaan
terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan
mentalis atau senyap.
8
RAJAH 7 : JENIS-JENIS BACAAN
2.4.1 Bacaan Mekanis
Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan
bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang
disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi,
fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Jadi, berdasarkan penerangan di
atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca
dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang
akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana
mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang
dibacanya.
2.4.2 Bacaan Mentalis
Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca
dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan
mata dan ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah
untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk
menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca
senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik.
Terdapat teknik-teknik kemahiran membaca yang boleh diaplikasikan dalam
Jenis
Bacaan
Mekanis Mentalis
9
proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diterangkan dalam tajuk 6.2
halaman 20-24.
2.5 Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis adalah kemahiran dimana murid dapat melahirkan
simbol-simbol huruf, perkataan, dan ayat dengan menulis menggunakan cara
dan teknik yang betul. Terdapat dua jenis kemahiran menulis iaitu :
RAJAH 8 : JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENULIS
Seperti rajah di atas, kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya
pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad
dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,
perkataan dan ayat. Kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal
supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah
dibaca. Manakala kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental
dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis
secara mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh
dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran ini.
3.0 Pendekatan Pembelajaran
Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran iaitu pendekatan
berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan
Kemahiran Menulis
Mekanis Mentalis
10
bahan dan pendekatan berpusatkan masalah. Pendekatan berpusatkan
guru adalah seperti kaedah penerangan dan kaedah demonstrasi yang
ditunjukkan oleh guru. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid
adalah pendekatan, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah
menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan
kumpulan. Pendekatan berpusatkan bahan lebih memfokuskan
penggunaan bahan seperti alat bantu mengajar, manakala pendekatan
berpusatkan masalah pula lebih kepada soalan dan lembaran kerja.
Dalam pembelajaran Bahasa Melayu pula, guru mestilah memastikan
murid-muridnya dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan
kemahiran menulis sebaiknya. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran ini adalah
asas bagi seseorang individu untuk memudahkan mereka mempelajari
kemahiran-kemahiran lain serta dapat membantu mereka dalam melakukan
segala aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan ataupun kekangan.
3.1 Pendekatan Binaan
Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-
ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini
bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari
secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid akan
diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,
perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan
pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.
Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan
dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk
condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya. Hal ini bertujuan
untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis
abjad. Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis
11
kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku
kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup
seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya. Hal ini menunjukkan
murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,
klausa, ayat dan seterusnya.
3.2 Pendekatan Cerakinan
Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan
membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada
sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan
bagi memudahkan murid untuk membaca. Daripada beberapa perkataan,
guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu
seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap
suku kata. A
Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar
menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Terdapat
4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti
latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada suku
kata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta
latihan membina dan membaca ayat sempurna.
3.3 Pendekatan Komunikatif
Fokus kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi ini adalah
bertujuan bagi memastikan murid menggunakan bahasa yang betul semasa
berkomunikasi. Selain itu, ia juga berkesan kepada guru bagi mengajar empat
kemahiran bahasa iaitu memahami, membaca, menulis dan bertutur.
12
3.4 Pendekatan Eklektik (Pengalaman Bahasa)
Dalam pendekatan ini, guru akan menggabungkan ketiga-tiga
pendekatan di atas iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan dan
pendekatan komunikatif kepada satu sesi pengajaran dan pembelajara.
Pendekatan ini bertujuan bagi menguji dan melihat sejauh mana pencapaian
atau prestasi yang telah ditonjolkan oleh murid terhadap pengalaman bahasa
yang telah mereka pelajari terlebih dahulu. Sekiranya murid mampu mengikut
pengajaran guru berasaskan pendekatan ini, maka pengajaran guru telah
memberi respon positif daripada murid-murid sekaligus berjaya mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
4.0 Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa
Kaedah adalah satu rencana atau satu siri tindakan guru yang
sistematik dan menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang
secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti
untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sesuatu kaedah
tidak boleh bercanggah dengan pendekatan yang telah dirancang. Kaedah
bercorak jangka masa pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri
daripada prosedur tersusun dan berdasarkan pendekatan yang dipilih.
Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan
peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk
mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak,1982: 72). Menurut Abd.
Aziz Abd Talib (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam sesuatu
proses pengajaran. Sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang untuk
mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran
bahasa. Terdapat beberapa kaedah pengajaran kemahiran bahasa
13
4.1 Kaedah Fonetik
Kaedah ini berkait rapat dengan lisan, kaedah reform dan kaedah
terus. Dalam pengajaran dan pembeljaran bahasa, kaedah ini memulakan
aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti aktiviti menyebut secara
berperingkat iaitu dimulakan dengan gunyi-bunyi huruf, bunyi-bunyi suku kata,
perkataan, frasa, klausa dan ayat. Matlamatnya ialah ayat-ayat tadi
digabungkan menjadi dialog atau cerita.
Terdapat kaedah khusus dalam melaksanakan kaedah fonetik iaitu
kaedah lisan dan kaedah membaca. Kaedah lisan dimulakan dengar
mendengar dan menyebut mengikut susunan daripada bunyi kepada
perkataan, perkataan kepada rangkai kata, dan rangkai kata kepada ayat.
Manakala kaedah membaca pula hanya dengan menggunakan bacaan agar
murid mengenal perkataan-perkataan . Kaedah ini mementingkan sebutan
dan tidak memerlukan murid menghafaz hokum-hukum bahasa yang rumit.
4.2 Kaedah Abjad
Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja.
Kaedah ini memberi tumpuan pada penghafalan abjad, pembentukan suku
kata, dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata
ini bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. Dalam kaedah
ini, murid dikehendaki mengenal pasti nama-nama huruf terlebih dahulu
melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf /a/ hingga /z/ dalam
bentuk huruf kecil dan huruf besar mengikut tertib.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar
diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil. Walau bagaimanapun,
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan bahawa kedua-
dua bentuk huruf kecil dan besar boleh diperkenalkan secara serentak.
Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah abjad;
14
Kekuatan Kaedah Abjad Kekurangan Kaedah Abjad
I. Murid-murid dapat membaca
apa-apa sahaja bahan
khususnya perkataan yang
dijumpai kerana dia sudah
mengenal semua huruf dan
tahu mengeja.
II. Sesuai dengan sistem ejaan
bahasa Melayu.
III. Cara mengeja suku kata
adalah tetap.
IV. Memberi asas yang kukuh
dalam membaca.
I. Murid terpaksa menghafal
huruf-huruf yang agak
abstrak.
II. Kaedah menghafal huruf
bercanggah dengan prinspi
pendidikan iaitu murid perlu
belajar sesuatu yang lebih
konkrit terlebih dahulu.
III. Murid terlalu bergantung
pada proses mengeja.
IV. Kesannya, murid tidak
lancar ketika membaca.
RAJAH 9 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ABJAD
4.3 Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran
dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku
kata. Tambahan pula, aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih
memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh
mereka. Mengikut kaedah ni, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan
mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu tetapi murid
akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan
gambar. Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah ini:
15
Kekuatan Kaedah Pandang Sebut Kekurangan Kaedah Pandang Sebut.
I. Murid tidak perlu menghafal nama
huruf yang abstrak.
II. Murid didedahkan dengan bahan
konkrit atau bermakna.
III. Murid memahami apa yang dibaca
atau dilihat oleh mereka.
I. Kemahiran mengenal huruf yang
membentuk perkataan tidak muncul
dengan cepat.
II. Murid lambat mengenali huruf-
huruf.
III. Murid membaca bukan berdasarkan
lambang-lambang yang membentuk
huruf tetapi berdasarkan gambar.
IV. Mereka hanya menyebut nama
gambar bukan membaca apa yang
ditulis.
V. Mudah keliru pada gambar yang
tidak jelas.
VI. Lebih sesuai untuk bahasa yang
mengamalkan system ejaan yang
bersifat logografik seperti system
tulisan Cina (lambang khusus)
RAJAH 10 : KEKUATAN DAN KEKURANGAN KAEDAH PANDANG SEBUT
4.4 Kaedah Oral –Aural
Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran
bahasa. Kaedah ini membolehkan murid untuk memahami kebudayaan asing
melalui pengalaman dalam bahasa. Pelajaran dimulakan dengan dialog-
dialog tertentu. Dialog ini dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz.
Guru mendengar sebutan penutur jati melalui pita rakaman, kemudian murid-
murid diminta menyebut.
Kesimpulannya, kebanyakan kaedah menekankan penguasaan empat
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan
membaca. Antara kaedah yang terlibat adalah kaedah terus, kaedah
semulajadi, kaedah tentera, kaedah oral-aural dan kaedah elektif. Kaedah
yang menekankan penguasaan bahasa kedua ialah kaedah terjemahan
bahasa dan kaedah ajuk –hafaz. Dalam kaedah kod-kognitif, kemahiran lisan
tidak ditekankan. Pengajaran berdasarkan kaedah induktif sesuai untuk
mengajar bahasa bagi murid sekolah rendah. Manakala kaedah deduktif
sesuai untuk pelajar peringkat sekolah menengah.
16
5.0 Teknik Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan
untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu. ( Mangantar Simanjuntak 1981: 57). Menurut buku
Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah dan Teknik nukilan Abd. Aziz Abd
Talib, teknik ialah cara yang khusus atau spesifik yang digunakan untuk
mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.
Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif iaitu
menyampai bahan pengajaran dengan menarik minat dan mengekalkan
perhatian terhadap pengajaran. Selain itu, mencapai objektif pegajaran
dengan berkesan. Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara
yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah
beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita ,teknik bersyarah,
teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik penyelesaian
masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik
bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan
teknik kuiz.
5.1 Teknik Pengajaran Kemahiran Lisan
Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif
dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras
dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah beberapa teknik yang
melibatkan teknik lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
17
5.1.1 Bercerita
Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses
pemgajaran dan pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid.
Murid-murid di sekolah amat gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil,
apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus memahami maksud
cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat untuk
menyalurkan isi-isi pelajaran, serta mementingkan aspek-aspek bahasa yang
yang hendak disampaikan sebagai tumpuan utama.
5.1.2 Bersyarah
Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-
fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat
tentangan kerana dikatakan menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak
mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu hala biasanya berlaku
dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah
menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan
konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu.
Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa,
kerana segala idea dan pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus.
Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir dalam menyampaikan
pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan
merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi
pengajaran dari segi konsep, perkara asas dan isi utama yang telah
dikuliahkan. Guru juga harus menyediakan dan memberikan kepada murid
rangka teks sebagai panduan kepada mereka.
18
5.1.3 Perbincangan
Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk
perbualan dan komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh
guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam menyatakan pandangan akan
sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni murid
berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka
dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan
mereka keyakinan untuk lebih cergas, berani da tegas.
5.1.4 Soal Jawab
Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan
murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan
untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar.
5.1.5 Main Peranan
Melalui teknik ini, murid dapat gambaran terhadap suatu situasi atau
pengalaman secara spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran-
gambaran murid terhadap suatu situasi atau keadaan dan kemudian
melakonkannya tanpa skrip.Teknik ini mementingkan interaksi individu serta
kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi berkumpulan.
19
5.1.6 Teater Pembaca
Teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca sebuah
skrip. Teknik ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan
dan mimik muka. Teknik ini dapat membantu murid untuk memahami,
menghayati, dan merasakan cerita yang dibaca seolah-olah berlaku di
hadapan mereka. Teknik ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre
drama, cerpen dan prosa klasik.
5.1.7 Teater Bercerita
Teater bercerita pula melibatkan seorang pencerita dan juga beberapa
orang pelakon yang akan melakonkan watak dalam skrip yang diberikan.
Tugas pencerita ialah menyampaikan cerita kepada audiens, manakala
pelakon pula perlulah melakonkan situasi yang berlaku mengikut watak
mereka yang terdapat dalam skrip. Guru mestilah menyediakan skrip yang
bersesuaian dengan tahap murid. Teknik ini juga sesuai diaplikasikan dalam
pengajaran genre drama, cerpen dan prosa klasik.
5.2 Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca
Teknik bacaan merupakan salah satu perkara yang penting yang perlu
diketahui oleh guru bagi mencapat objektif pembelajaran. Teknik-teknik ini
dapat membantu guru bagi merancang aktiviti supaya dapat merangsang
proses pembelajaran murid-murid disamping menguji sejauh mana tahap
pengetahuan dan pemahaman mereka dengan pemerolehan yang mereka
dapat.
20
Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa
teknik bacaan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
RAJAH 11 : TEKNIK-TEKNIK BACAAN
5.2.1 Teknik SQ3R
Teknik SQ3R merupakan salah satu teknik yang diambil daripada
perkataan Bahasa Inggeris iaitu; S= survey (imbas, tinjau), Q=question
(bertanyakan soalan-soalan untuk melengkapkan maklumat), R=read (baca
semula teks), R=recite (sebut semula bertujuan untuk ingat kembali), dan
R=review (semak semula). Tujuan teknik ini adalah untuk menyaring
maklumat secara lebih berkesan daripada sekadar membaca dan memahami,
memberikan kesedaran untuk membuat rujukan serta menggalakkan murid
membuat rujukan dengan betul. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan
menggunakan teknik ini adalah penerangan, perbincangan dan perbengkelan.
5.2.2 Teknik KWLH
Teknik pengajaran KWLH adalah kaedah yang bagus untuk membantu
pelajar mengaktifkan pengetahuan awal. Ini merupakan Arahan aktiviti
kumpulan yang dibangunkan oleh Donna OGLE (1986) yang berfungsi
SQ3R KWLH 5W1H
DRTA QAR Pantas
Intensif Ekstensif
21
sebagai model untuk berfikir aktif selama membaca. Teknik ini juga diambil
daripada singkatan Bahasa Inggeris;
K
(know)
untuk membantu pelajar mengingati apa yang
mereka TAHU tentang subjek.
L
(learn)
untuk membantu pelajar menentukan apa yang
mereka MAHU belajar.
W
(what)
untuk membantu pelajar mengenalpasti APA
yang mereka pelajari daripada bahan yang telah
baca.
H
(how)
CARA yang ingin digunakan untuk belajar lebih
banyak, eksplorasi (sumber-sumber lain di mana
mendapatkan maklumat tambahan mengenai
sesuatu topik ini boleh didapati).
RAJAH 12 : TEKNIK KLWH
5.2.3 Teknik 5W1H
Tujuan teknik ini digunakan adalah untuk menyediakan soalan
kefahaman yang mudah difahami, melatih murid-muris menjawab soalan
dengan tepat, dan memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah. Teknik
ini merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa
Inggeris iaitu; W= what (apa), W= when (bila), W= who (siapa), W= where
(mana), W= why (kenapa), H= how (bila).
5.2.4 Teknik DRTA
DRTA ( Direct Reading Think Activity ) bermaksud mempelbagaikan
aktiviti dalam kemahiran membaca. Tujuan dalam DRTA adalah untuk
memperkembangkan aktiviti membaca. Selain itu, DRTA merupakan salah
satu cara untuk memotivasi dan mempengaruhi murid-murid agar lebih
22
tertarik untuk membaca sekaligus memahami apa yang dibaca dengan baik.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam menggunakan teknik ini ialah
seperti teater pembaca, teater bercerita, bersajak dan sebagainya.
5.2.5 Teknik QAR
Teknik QAR (Question-Answer Relationships) merupakan cara untuk
membantu pelajar mencari jawapan berkaitan dengan jenis soalan yang
diminta, serta mendorong mereka untuk menjadi kreatif dan bijak dalam
mencari dan memahami jawapan berdasarkan soalan yang diberi.
Pengajaran QAR dapat membantu mereka memahami idea teras: dimana
apabila diberi sebuah pertanyaan, mereka dapat menjawab dengan tepat
berdasat teks atau petikan yang telah diberi.
5.2.6 Teknik Bacaan Pantas
Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang
dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa.
Membaca pantas ini terbahagi kepada dua jenis iaitu skimming dan scanning.
RAJAH 13 : JENIS-JENIS MEMBACA PANTAS
Berdasarkan penyataan di atas, kita perlu mengetahui bahawa
skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan
Membaca Pantas
Skimming Scanning
23
memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain,
membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu
bahan yang dibaca. Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat
untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat
gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh
melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian,
pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.
5.2.7 Teknik Bacaan Intensif
Bacaan jenis ini dilakukan untuk bacaan yang dilakukan secara teliti. Ia
melibatkan pembacaan yang menelaah isi dan bahasa. Telaah isi melibatkan
membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Manakala
telaah bahasa pula menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang
bahasa. Konsep pengajaran yang digunakan biasanya dilakukan dengan cara
membaca dengan pimpinan guru, mendapat penerangan daripada guru dan
berbagai lagi konsep pengajaran yang boleh digunakan. Antara tujuan
bacaan jenis ini adalah agar membolehkan pelajar membaca dengan baik,
betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu meggunakan tanda bacaan
dengan baik.
5.2.8 Teknik Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif kebiasaannya digunakan untuk membaca secara
luas dengan membaca teks dalam waktu yang singkat serta dapat memahami
isi secara tepat. Selain itu, teknik ini melibatkan membaca tinjauan untuk
meneliti indeks, bacaan secara sekilas untuk mendapatkan maklumat umum,
menemukan hal-hal dan sebagainya. Kebiasaannya cara ini dilakukan oleh
pelajar secara sendiri di luar waktu kelas dan tanpa bimbingan guru. Antara
tujuan bacaan ini adalah agar pelajar dapat membaca secara sendiri dan agar
24
pelajar dapat membaca dengan fasih. Guru perlu memberi galakan kepada
pelajar agar dapat membaca sebanyak mungkin bahan yang diminati.
5.3 Teknik Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Masalah
Teknik ini bertujuan bagi menguji dan menilai tahap prestasi murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh sebab
itu, guru akan memberikan soalan atau masalah yang perlu diselesaikan
berdasarkan petikan, teks, gambar tunggal, gambar bersiri dan sebagainya
bagi memandu murid untuk menjawab dengan baik.
5.3.1 Penyelesaian Masalah
Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah
penyeliaan guru. Dewey (1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi
melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti masalah, penentuan masalah,
cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau jawapan dan
pemeriksaan kumpulan. Teknik ini dapat membantu murid untuk mengkaji,
membuat jangkaan dan ramalan berdasarkan soalan-soalan yang difokuskan
dalam sesebuah masalah dan dibawa kepada proses perbincangan secara
berkumpulan bagi melatih proses kemahiran kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan masalah.
5.3.2 Lingkaran Soalan
Lingkaran soalan ialah soalan yang memberikan tumpuan kepada
skop-skop tertentu iaitu skop perkara, individu, dan luar individu. Dalam skop
perkara, segala soalan lebih ditumpukan secara terus kepada tajuk atau teks
25
bacaan. Skop perkara lebih menekankan soalan aras rendah dalam
Taksonomi Bloom iaitu soalan aras pengetahuan dan soalan aras
pemahaman. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, soalan berbentuk
skop perkara akan merujuk kepada tema, tajuk, subjek, idea, isu, peristiwa
dan isi kandungan yang terdapat dalam sesebuah petikan atau semasa.
Antara contoh soalan ialah ; Namakan lima jenis buah-buahan tempatan?
Skop individu pula merujuk kepada orang yang terlibat membaca teks
atau orang yang ditujukan sesebuah soalan seperti pelajar. Skop individu
lebih menekankan soalan aras sederhana dalam Taksonomi Bloom iaitu
soalan aras aplikasi dan analisis. Lazimnya, soalan yang akan dikemukakan
perlulah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau
pandangan individu. Dengan cara ini konsep ilmu yang baru dipelajari itu tidak
terasing di dalam pemikiran murid. Sebaliknya, hal ini dapat membantu murid
membinakonsep yang bersepadu dengan apa yang telah difahami
sebelumnya. Contoh soalan yang dikemukakan ialah; Adakah anda suka
makan buah-buahan tempatan? Berikan alasan anda.
Dalam skop luar individu, soalan ini lebih berfokuskan realiti yang
berlaku di sekeliling murid seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat,
kawasan daerah, negeri, dan mungkin luar negara yang bersesuaian dengan
pengalaman yang ada pada murid tersebut. Soalan jenis ini biasanya
menekankan soalan aras sintesis dan penilaian dan Taksonomi Bloom.
Walau bagaimanapun, soalan jenis ini masih berkisar dalam tema yang
sedang dibincangkan oleh guru. Antara contoh soalan ialah; Senaraikan
nama buah-buahan luar negara yang terdapat di pasaran?
Kesimpulannya, pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk
pengajaran, teknik yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap keupayaan
kanak-kanak dan menarik minat mereka. Teknik bercerita paling menarik
minat kanak-kanak kerana teknik ini menyeronokkan. Teknik bersyarah dan
berbincang tidak sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah kerana mereka
tidak dapat memberi tumpuan yang lama dan mereka akan berbual perkara
yang tidak berkaitan dengan pengajaran.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamarozitasksp
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSRRph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSRPuyam Sabar
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)ArifahAzlanShah2
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRirna zuzy
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulismabaa73
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 

Was ist angesagt? (20)

03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSRRph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 

Andere mochten auch

Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaStrategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaCikgu Isnani Ali
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bmAryanna Soleha
 
Penterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikPenterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikSiti Nur Raidah
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahJospher Joanes
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 

Andere mochten auch (11)

Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaStrategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
 
Kgbk
KgbkKgbk
Kgbk
 
Penterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentikPenterjemahan bahan autentik
Penterjemahan bahan autentik
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendah
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 

Ähnlich wie KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxPolisiBahasa
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Abd Mutalib
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasataufiq99
 
Ery noviyani
Ery noviyaniEry noviyani
Ery noviyanitaufiq99
 
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUliya amalina
 
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012arif widyatma
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Hazean Erdawaty
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Prediksi materi soal berdasarkan kisi b indo
Prediksi materi soal berdasarkan kisi b indoPrediksi materi soal berdasarkan kisi b indo
Prediksi materi soal berdasarkan kisi b indoarif widyatma
 
ATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docx
ATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docxATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docx
ATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docxISTIYANTIISTIYANTI
 
Peningkatan profesionalisme tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...
Peningkatan profesionalisme  tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...Peningkatan profesionalisme  tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...
Peningkatan profesionalisme tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...yahyanursidik
 
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4Mohamad Saad Mohamad Nain
 

Ähnlich wie KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (20)

MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Ery noviyani
Ery noviyaniEry noviyani
Ery noviyani
 
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Prediksi materi soal berdasarkan kisi b indo
Prediksi materi soal berdasarkan kisi b indoPrediksi materi soal berdasarkan kisi b indo
Prediksi materi soal berdasarkan kisi b indo
 
Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15
 
ATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docx
ATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docxATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docx
ATP B INDONESIA KELAS 2 (datadikdasmen.com).docx
 
Pemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayuPemb. bahasa melayu
Pemb. bahasa melayu
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Peningkatan profesionalisme tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...
Peningkatan profesionalisme  tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...Peningkatan profesionalisme  tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...
Peningkatan profesionalisme tutor dalam pembelajaran berdasarkan modalitas b...
 
SOALAN ULANGKAJI BMM 3103
SOALAN ULANGKAJI BMM 3103SOALAN ULANGKAJI BMM 3103
SOALAN ULANGKAJI BMM 3103
 
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Tugasan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu(Major) ini lebih memfokuskan kepada Kemahiran-kemahiran bahasa, pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta teknik kemahiran bahasa. Hasil daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang mana menjadi panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan. 2.0 Kemahiran-kemahiran Bahasa RAJAH 1: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini. Kemahiran Bahasa Kemahiran Lisan Mendengar Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis
  • 2. 2 2.1 Kemahiran Lisan Kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu. RAJAH 2 : KEMAHIRAN LISAN 2.2 Kemahiran Mendengar Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu, mendengar pasif dan mendengar aktif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima. Manakala mendengar aktif pula melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar. Kemahiran Lisan Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur
  • 3. 3 RAJAH 3 : PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MEMAHAMI Berdasarkan rajah di atas, ia menerangkan tentang peringkat kemahiran mendengar yang terdiri daripada aras rendah dan aras tinggi. Melalui rajah tersebut juga, kita dapat melihat antara contoh-contoh yang berkaitan dengan perlakuan individu yang meguasai peringkat aras yang berbeza. 2.2.1 Aktiviti Kemahiran Mendengar Antara aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar adalah seperti di dalam rajah berikut: Peringkat Kemahiran Mendengar Aras Rendah -Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. -Mengenal maklumat khusus. -Mengesan urutan. -Mengenal sebab dan akibat. -Mengenal perhubungan orang- orang yang berinteraksi. -Mengenal sikap dan perasaan orang . -Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. -Mengenal maklumat khusus. -Mengesan urutan. -Mengenal sebab dan akibat. -Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi. Tinggi -Mengenal isi-isi penting. -Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap. -Mentafsirkan maksud orang yang bercakap. -Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. -Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
  • 4. 4 RAJAH 4 : AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR Oleh hal yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas yang sangat penting bagi seseorang individu yang diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur ata kata nama lainnya kemahiran lisan. Terdapat dua aras yang terlibat dalam kemahiran mendengar iaitu aras tinggi dan aras rendah. Pengajaran kemahiran ini melalui dua peringkat berdasarkan aras kesukaran tugasan dan fungsi kemahiran tersebut diaplikasikan. Hal ini dapat menguji sejauh mana keberkesanan atau kecekapan seseorang individu terutamanya murid-murid dalam proses mendengar. 2.3 Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Terdapat dua jenis kemahiran bertutur iaitu pertuturan jenis sehala dan pertuturan jenis dua hala. Pertuturan jenis sehala melibatkan Aktiviti Mengenal dan mengecam Mengenal dan mengecam Mengecam sebutan baku Membuat inferens Menerangkan sebab sesuatu perkara Menganalisis maklumat Mencari makna perkataan Membuat rumusan Memberi pandangan Membuat penilaian Memberi pandangan atau pendapat
  • 5. 5 penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan dimana hanya penutur sahaja yang akan menyampaikan mesej kepada pendengar. Pertuturan jenis dua hala pula melibatkan kedua-dua pihak iaitu, penutur dan pendengar dimana satu pihak menyampaikan maklmat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai. RAJAH 5 : JENIS PERTUTURAN 2.3.1 Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Terdapat dua peringkat kemahiran bertutur iaitu, kemahiran bertutur aras rendah dan kemahiran bertutur aras tinggi, Pada peringkat rendah murid dapat melakukan pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid manakala pada peringkat tinggi pula murid dapat melakukan pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan. 2.3.2 Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa mengajar kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Jenis Pertuturan Pertuturan Sehala Pertuturan dua hala
  • 6. 6 RAJAH 6 : AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR 2.3.3 Perbualan Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Selain daripada itu ianya juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya. 2.3.4 Memberi Pendapat Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan, menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan. Pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebab- musabab. 2.3.5 Simulasi Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut •Perbualan •Memberi pendapat •Simulasi •Main Peranan •Perbincangan Aktiviti
  • 7. 7 terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan. 2.3.6 Main Peranan Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau kumpulan. 2.3.7 Perbincangan Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan. Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik. 2.4 Kemahiran Membaca Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau secara senyap. Membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap.
  • 8. 8 RAJAH 7 : JENIS-JENIS BACAAN 2.4.1 Bacaan Mekanis Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. 2.4.2 Bacaan Mentalis Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik. Terdapat teknik-teknik kemahiran membaca yang boleh diaplikasikan dalam Jenis Bacaan Mekanis Mentalis
  • 9. 9 proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diterangkan dalam tajuk 6.2 halaman 20-24. 2.5 Kemahiran Menulis Kemahiran menulis adalah kemahiran dimana murid dapat melahirkan simbol-simbol huruf, perkataan, dan ayat dengan menulis menggunakan cara dan teknik yang betul. Terdapat dua jenis kemahiran menulis iaitu : RAJAH 8 : JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENULIS Seperti rajah di atas, kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Manakala kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran ini. 3.0 Pendekatan Pembelajaran Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran iaitu pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan Kemahiran Menulis Mekanis Mentalis
  • 10. 10 bahan dan pendekatan berpusatkan masalah. Pendekatan berpusatkan guru adalah seperti kaedah penerangan dan kaedah demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid adalah pendekatan, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Pendekatan berpusatkan bahan lebih memfokuskan penggunaan bahan seperti alat bantu mengajar, manakala pendekatan berpusatkan masalah pula lebih kepada soalan dan lembaran kerja. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu pula, guru mestilah memastikan murid-muridnya dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis sebaiknya. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran ini adalah asas bagi seseorang individu untuk memudahkan mereka mempelajari kemahiran-kemahiran lain serta dapat membantu mereka dalam melakukan segala aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan ataupun kekangan. 3.1 Pendekatan Binaan Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur- ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata, perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik. Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad. Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis
  • 11. 11 kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya. Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa, klausa, ayat dan seterusnya. 3.2 Pendekatan Cerakinan Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca. Daripada beberapa perkataan, guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. A Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Terdapat 4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada suku kata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna. 3.3 Pendekatan Komunikatif Fokus kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi ini adalah bertujuan bagi memastikan murid menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi. Selain itu, ia juga berkesan kepada guru bagi mengajar empat kemahiran bahasa iaitu memahami, membaca, menulis dan bertutur.
  • 12. 12 3.4 Pendekatan Eklektik (Pengalaman Bahasa) Dalam pendekatan ini, guru akan menggabungkan ketiga-tiga pendekatan di atas iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan dan pendekatan komunikatif kepada satu sesi pengajaran dan pembelajara. Pendekatan ini bertujuan bagi menguji dan melihat sejauh mana pencapaian atau prestasi yang telah ditonjolkan oleh murid terhadap pengalaman bahasa yang telah mereka pelajari terlebih dahulu. Sekiranya murid mampu mengikut pengajaran guru berasaskan pendekatan ini, maka pengajaran guru telah memberi respon positif daripada murid-murid sekaligus berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. 4.0 Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa Kaedah adalah satu rencana atau satu siri tindakan guru yang sistematik dan menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sesuatu kaedah tidak boleh bercanggah dengan pendekatan yang telah dirancang. Kaedah bercorak jangka masa pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan berdasarkan pendekatan yang dipilih. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak,1982: 72). Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran bahasa. Terdapat beberapa kaedah pengajaran kemahiran bahasa
  • 13. 13 4.1 Kaedah Fonetik Kaedah ini berkait rapat dengan lisan, kaedah reform dan kaedah terus. Dalam pengajaran dan pembeljaran bahasa, kaedah ini memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti aktiviti menyebut secara berperingkat iaitu dimulakan dengan gunyi-bunyi huruf, bunyi-bunyi suku kata, perkataan, frasa, klausa dan ayat. Matlamatnya ialah ayat-ayat tadi digabungkan menjadi dialog atau cerita. Terdapat kaedah khusus dalam melaksanakan kaedah fonetik iaitu kaedah lisan dan kaedah membaca. Kaedah lisan dimulakan dengar mendengar dan menyebut mengikut susunan daripada bunyi kepada perkataan, perkataan kepada rangkai kata, dan rangkai kata kepada ayat. Manakala kaedah membaca pula hanya dengan menggunakan bacaan agar murid mengenal perkataan-perkataan . Kaedah ini mementingkan sebutan dan tidak memerlukan murid menghafaz hokum-hukum bahasa yang rumit. 4.2 Kaedah Abjad Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja. Kaedah ini memberi tumpuan pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata, dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. Dalam kaedah ini, murid dikehendaki mengenal pasti nama-nama huruf terlebih dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf /a/ hingga /z/ dalam bentuk huruf kecil dan huruf besar mengikut tertib. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil. Walau bagaimanapun, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan bahawa kedua- dua bentuk huruf kecil dan besar boleh diperkenalkan secara serentak. Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah abjad;
  • 14. 14 Kekuatan Kaedah Abjad Kekurangan Kaedah Abjad I. Murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan khususnya perkataan yang dijumpai kerana dia sudah mengenal semua huruf dan tahu mengeja. II. Sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. III. Cara mengeja suku kata adalah tetap. IV. Memberi asas yang kukuh dalam membaca. I. Murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak. II. Kaedah menghafal huruf bercanggah dengan prinspi pendidikan iaitu murid perlu belajar sesuatu yang lebih konkrit terlebih dahulu. III. Murid terlalu bergantung pada proses mengeja. IV. Kesannya, murid tidak lancar ketika membaca. RAJAH 9 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ABJAD 4.3 Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Tambahan pula, aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Mengikut kaedah ni, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu tetapi murid akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar. Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah ini:
  • 15. 15 Kekuatan Kaedah Pandang Sebut Kekurangan Kaedah Pandang Sebut. I. Murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak. II. Murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna. III. Murid memahami apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka. I. Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. II. Murid lambat mengenali huruf- huruf. III. Murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. IV. Mereka hanya menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis. V. Mudah keliru pada gambar yang tidak jelas. VI. Lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan system ejaan yang bersifat logografik seperti system tulisan Cina (lambang khusus) RAJAH 10 : KEKUATAN DAN KEKURANGAN KAEDAH PANDANG SEBUT 4.4 Kaedah Oral –Aural Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa. Kaedah ini membolehkan murid untuk memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Pelajaran dimulakan dengan dialog- dialog tertentu. Dialog ini dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz. Guru mendengar sebutan penutur jati melalui pita rakaman, kemudian murid- murid diminta menyebut. Kesimpulannya, kebanyakan kaedah menekankan penguasaan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Antara kaedah yang terlibat adalah kaedah terus, kaedah semulajadi, kaedah tentera, kaedah oral-aural dan kaedah elektif. Kaedah yang menekankan penguasaan bahasa kedua ialah kaedah terjemahan bahasa dan kaedah ajuk –hafaz. Dalam kaedah kod-kognitif, kemahiran lisan tidak ditekankan. Pengajaran berdasarkan kaedah induktif sesuai untuk mengajar bahasa bagi murid sekolah rendah. Manakala kaedah deduktif sesuai untuk pelajar peringkat sekolah menengah.
  • 16. 16 5.0 Teknik Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. ( Mangantar Simanjuntak 1981: 57). Menurut buku Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah dan Teknik nukilan Abd. Aziz Abd Talib, teknik ialah cara yang khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif iaitu menyampai bahan pengajaran dengan menarik minat dan mengekalkan perhatian terhadap pengajaran. Selain itu, mencapai objektif pegajaran dengan berkesan. Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita ,teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik penyelesaian masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan teknik kuiz. 5.1 Teknik Pengajaran Kemahiran Lisan Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah beberapa teknik yang melibatkan teknik lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
  • 17. 17 5.1.1 Bercerita Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, serta mementingkan aspek-aspek bahasa yang yang hendak disampaikan sebagai tumpuan utama. 5.1.2 Bersyarah Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta- fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi konsep, perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga harus menyediakan dan memberikan kepada murid rangka teks sebagai panduan kepada mereka.
  • 18. 18 5.1.3 Perbincangan Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk lebih cergas, berani da tegas. 5.1.4 Soal Jawab Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar. 5.1.5 Main Peranan Melalui teknik ini, murid dapat gambaran terhadap suatu situasi atau pengalaman secara spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran- gambaran murid terhadap suatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa skrip.Teknik ini mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi berkumpulan.
  • 19. 19 5.1.6 Teater Pembaca Teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca sebuah skrip. Teknik ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Teknik ini dapat membantu murid untuk memahami, menghayati, dan merasakan cerita yang dibaca seolah-olah berlaku di hadapan mereka. Teknik ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre drama, cerpen dan prosa klasik. 5.1.7 Teater Bercerita Teater bercerita pula melibatkan seorang pencerita dan juga beberapa orang pelakon yang akan melakonkan watak dalam skrip yang diberikan. Tugas pencerita ialah menyampaikan cerita kepada audiens, manakala pelakon pula perlulah melakonkan situasi yang berlaku mengikut watak mereka yang terdapat dalam skrip. Guru mestilah menyediakan skrip yang bersesuaian dengan tahap murid. Teknik ini juga sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre drama, cerpen dan prosa klasik. 5.2 Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Teknik bacaan merupakan salah satu perkara yang penting yang perlu diketahui oleh guru bagi mencapat objektif pembelajaran. Teknik-teknik ini dapat membantu guru bagi merancang aktiviti supaya dapat merangsang proses pembelajaran murid-murid disamping menguji sejauh mana tahap pengetahuan dan pemahaman mereka dengan pemerolehan yang mereka dapat.
  • 20. 20 Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. RAJAH 11 : TEKNIK-TEKNIK BACAAN 5.2.1 Teknik SQ3R Teknik SQ3R merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu; S= survey (imbas, tinjau), Q=question (bertanyakan soalan-soalan untuk melengkapkan maklumat), R=read (baca semula teks), R=recite (sebut semula bertujuan untuk ingat kembali), dan R=review (semak semula). Tujuan teknik ini adalah untuk menyaring maklumat secara lebih berkesan daripada sekadar membaca dan memahami, memberikan kesedaran untuk membuat rujukan serta menggalakkan murid membuat rujukan dengan betul. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknik ini adalah penerangan, perbincangan dan perbengkelan. 5.2.2 Teknik KWLH Teknik pengajaran KWLH adalah kaedah yang bagus untuk membantu pelajar mengaktifkan pengetahuan awal. Ini merupakan Arahan aktiviti kumpulan yang dibangunkan oleh Donna OGLE (1986) yang berfungsi SQ3R KWLH 5W1H DRTA QAR Pantas Intensif Ekstensif
  • 21. 21 sebagai model untuk berfikir aktif selama membaca. Teknik ini juga diambil daripada singkatan Bahasa Inggeris; K (know) untuk membantu pelajar mengingati apa yang mereka TAHU tentang subjek. L (learn) untuk membantu pelajar menentukan apa yang mereka MAHU belajar. W (what) untuk membantu pelajar mengenalpasti APA yang mereka pelajari daripada bahan yang telah baca. H (how) CARA yang ingin digunakan untuk belajar lebih banyak, eksplorasi (sumber-sumber lain di mana mendapatkan maklumat tambahan mengenai sesuatu topik ini boleh didapati). RAJAH 12 : TEKNIK KLWH 5.2.3 Teknik 5W1H Tujuan teknik ini digunakan adalah untuk menyediakan soalan kefahaman yang mudah difahami, melatih murid-muris menjawab soalan dengan tepat, dan memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu; W= what (apa), W= when (bila), W= who (siapa), W= where (mana), W= why (kenapa), H= how (bila). 5.2.4 Teknik DRTA DRTA ( Direct Reading Think Activity ) bermaksud mempelbagaikan aktiviti dalam kemahiran membaca. Tujuan dalam DRTA adalah untuk memperkembangkan aktiviti membaca. Selain itu, DRTA merupakan salah satu cara untuk memotivasi dan mempengaruhi murid-murid agar lebih
  • 22. 22 tertarik untuk membaca sekaligus memahami apa yang dibaca dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam menggunakan teknik ini ialah seperti teater pembaca, teater bercerita, bersajak dan sebagainya. 5.2.5 Teknik QAR Teknik QAR (Question-Answer Relationships) merupakan cara untuk membantu pelajar mencari jawapan berkaitan dengan jenis soalan yang diminta, serta mendorong mereka untuk menjadi kreatif dan bijak dalam mencari dan memahami jawapan berdasarkan soalan yang diberi. Pengajaran QAR dapat membantu mereka memahami idea teras: dimana apabila diberi sebuah pertanyaan, mereka dapat menjawab dengan tepat berdasat teks atau petikan yang telah diberi. 5.2.6 Teknik Bacaan Pantas Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa. Membaca pantas ini terbahagi kepada dua jenis iaitu skimming dan scanning. RAJAH 13 : JENIS-JENIS MEMBACA PANTAS Berdasarkan penyataan di atas, kita perlu mengetahui bahawa skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan Membaca Pantas Skimming Scanning
  • 23. 23 memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain, membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca. Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming. 5.2.7 Teknik Bacaan Intensif Bacaan jenis ini dilakukan untuk bacaan yang dilakukan secara teliti. Ia melibatkan pembacaan yang menelaah isi dan bahasa. Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Manakala telaah bahasa pula menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang bahasa. Konsep pengajaran yang digunakan biasanya dilakukan dengan cara membaca dengan pimpinan guru, mendapat penerangan daripada guru dan berbagai lagi konsep pengajaran yang boleh digunakan. Antara tujuan bacaan jenis ini adalah agar membolehkan pelajar membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu meggunakan tanda bacaan dengan baik. 5.2.8 Teknik Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif kebiasaannya digunakan untuk membaca secara luas dengan membaca teks dalam waktu yang singkat serta dapat memahami isi secara tepat. Selain itu, teknik ini melibatkan membaca tinjauan untuk meneliti indeks, bacaan secara sekilas untuk mendapatkan maklumat umum, menemukan hal-hal dan sebagainya. Kebiasaannya cara ini dilakukan oleh pelajar secara sendiri di luar waktu kelas dan tanpa bimbingan guru. Antara tujuan bacaan ini adalah agar pelajar dapat membaca secara sendiri dan agar
  • 24. 24 pelajar dapat membaca dengan fasih. Guru perlu memberi galakan kepada pelajar agar dapat membaca sebanyak mungkin bahan yang diminati. 5.3 Teknik Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Masalah Teknik ini bertujuan bagi menguji dan menilai tahap prestasi murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh sebab itu, guru akan memberikan soalan atau masalah yang perlu diselesaikan berdasarkan petikan, teks, gambar tunggal, gambar bersiri dan sebagainya bagi memandu murid untuk menjawab dengan baik. 5.3.1 Penyelesaian Masalah Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey (1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti masalah, penentuan masalah, cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau jawapan dan pemeriksaan kumpulan. Teknik ini dapat membantu murid untuk mengkaji, membuat jangkaan dan ramalan berdasarkan soalan-soalan yang difokuskan dalam sesebuah masalah dan dibawa kepada proses perbincangan secara berkumpulan bagi melatih proses kemahiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. 5.3.2 Lingkaran Soalan Lingkaran soalan ialah soalan yang memberikan tumpuan kepada skop-skop tertentu iaitu skop perkara, individu, dan luar individu. Dalam skop perkara, segala soalan lebih ditumpukan secara terus kepada tajuk atau teks
  • 25. 25 bacaan. Skop perkara lebih menekankan soalan aras rendah dalam Taksonomi Bloom iaitu soalan aras pengetahuan dan soalan aras pemahaman. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, soalan berbentuk skop perkara akan merujuk kepada tema, tajuk, subjek, idea, isu, peristiwa dan isi kandungan yang terdapat dalam sesebuah petikan atau semasa. Antara contoh soalan ialah ; Namakan lima jenis buah-buahan tempatan? Skop individu pula merujuk kepada orang yang terlibat membaca teks atau orang yang ditujukan sesebuah soalan seperti pelajar. Skop individu lebih menekankan soalan aras sederhana dalam Taksonomi Bloom iaitu soalan aras aplikasi dan analisis. Lazimnya, soalan yang akan dikemukakan perlulah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau pandangan individu. Dengan cara ini konsep ilmu yang baru dipelajari itu tidak terasing di dalam pemikiran murid. Sebaliknya, hal ini dapat membantu murid membinakonsep yang bersepadu dengan apa yang telah difahami sebelumnya. Contoh soalan yang dikemukakan ialah; Adakah anda suka makan buah-buahan tempatan? Berikan alasan anda. Dalam skop luar individu, soalan ini lebih berfokuskan realiti yang berlaku di sekeliling murid seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan daerah, negeri, dan mungkin luar negara yang bersesuaian dengan pengalaman yang ada pada murid tersebut. Soalan jenis ini biasanya menekankan soalan aras sintesis dan penilaian dan Taksonomi Bloom. Walau bagaimanapun, soalan jenis ini masih berkisar dalam tema yang sedang dibincangkan oleh guru. Antara contoh soalan ialah; Senaraikan nama buah-buahan luar negara yang terdapat di pasaran? Kesimpulannya, pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk pengajaran, teknik yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak dan menarik minat mereka. Teknik bercerita paling menarik minat kanak-kanak kerana teknik ini menyeronokkan. Teknik bersyarah dan berbincang tidak sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan yang lama dan mereka akan berbual perkara yang tidak berkaitan dengan pengajaran.