SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
Downloaden Sie, um offline zu lesen
TAJUK FAKTOR UTAMA KETIDAKHADIRAN KAKITANGAN DAN
STRATEGI KREATIF UNTUK MENGURANGKAN MASALAH
PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI
TARIKH 7 DISEMBER 2014
FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1
1.1 Konsep Kemahiran Berfikir .............................................................................1
1.2 Alat-Alat Berfikir ............................................................................................2
1.2.1 PMI: Plus, Minus, Interesting ..............................................................2
1.2.2 CAF: Consider All Factors ..................................................................2
1.2.3 C&S: Consequence and Sequel ............................................................2
1.2.4 AGO: Aims, Goals, Objectives .............................................................2
1.2.5 FIP: First Important Priorities .............................................................2
1.2.6 APC: Alternatives, Possibilities, Choices .............................................3
1.2.7 OPV: Other People’s Views..................................................................3
1.3 Penyelesaian Masalah ......................................................................................3
1.4 Alat-Alat Penyelesaian Masalah.......................................................................4
1.4.1 Percambahan Minda .............................................................................4
1.4.2 Penanda Aras........................................................................................4
1.4.3 Gambar Rajah Sebab dan Akibat ..........................................................4
1.4.4 Carta Alir .............................................................................................5
1.4.5 Analisis SWOT ....................................................................................5
1.4.6 Matriks Keutamaan ..............................................................................5
2.0 MASALAH KETIDAKHADIRAN KAKITANGAN DALAM ORGANISASI......5
2.1 Faktor-Faktor Ketidakhadiran ..........................................................................6
2.1.1 Masalah Peribadi..................................................................................6
2.1.2 Tekanan................................................................................................7
2.1.3 Kepuasan Kerja ....................................................................................7
2.1.4 Hubungan dan Pengurusan dalam Organisasi........................................8
2.1.5 Persekitaran Kerja ................................................................................9
2.2 Strategi-Strategi Kreatif Mengurangkan Masalah Ketidakhadiran ..................11
2.2.1 Mencipta atau Mengubah Proses atau Sistem......................................11
2.2.2 Menambahbaik Perkara-Perkara Sedia Ada ........................................12
2.2.3 Menemui atau Mendefinisi Semula Konsep ........................................13
3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................14
Rujukan ..............................................................................................................................15
1
1.0 PENGENALAN
Berfikir adalah satu kemahiran asas yang mesti dipelajari dan dipertajamkan oleh setiap
manusia. Ia juga merupakan proses semula jadi yang berlaku secara berterusan tanpa
disengajakan dan tanpa paksaan. Fraenkel (1980) menakrifkan berfikir sebagai pembentukan
idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
Manakala Beyer (1984) mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
1.1 Konsep Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir manusia adalah berbeza-beza. Hal ini kerana manusia
mempunyai persepsi dan gaya pemikiran mereka yang tersendiri. Menurut
Ainon dan Abdullah (1996), persepsi ialah tafsiran apa yang dilihat oleh mata
manusia. Walaupun dua individu melihat dan dibekalkan dengan maklumat dan
fakta yang sama, mereka mungkin memberi tafsiran yang berbeza dan logik
pemikiran berkaitan perkara yang dilihat juga berlainan. Hal ini seterusnya
membawa kepada tindakan yang berlainan.
Kemahiran berfikir adalah aset penting kepada manusia dalam
menyelesaikan masalah, membuat keputusan ataupun memahami kehendak
pemahaman, dengan melibatkan proses pengolahan operasi mental seperti
membanding dan membezakan, menaakul, merumus, mereka cipta,
mengeluarkan idea-idea dan sebagainya.
Terdapat dua kemahiran asas dalam pemikiran iaitu pemikiran kritikal
dan pemikiran kreatif. Pemikiran kritikal menjurus kepada penelitian dan
pengamatan yang tajam dalam menganalisis masalah. Pemikiran ini juga
bersikap terbuka dan objektif serta cekap menganalisis dan membuat
kesimpulan. Manakala, pemikiran kreatif menjurus kepada kebolehan menjana
penyelesaian dari pelbagai sudut tanpa mengikut peraturan dan prosedur serta
membangunkan pendapat yang membawa kepada penghuraian. Kedua-dua
pemikiran ini penting untuk menyelesaikan masalah.
2
1.2 Alat-Alat Berfikir
Manusia tidak dapat berfikir banyak perkara serentak dalam satu masa kerana
ia boleh menyebabkan kecelaruan dan kekeliruan pada otak. Oleh itu, manusia
memerlukan alat-alat yang boleh memandu mereka dalam proses pemikiran.
Alat-alat yang boleh digunakan untuk berfikir adalah:
1.2.1 PMI (Kebaikan, keburukan, menarik)
PMI ialah alat pemikiran yang mengambil kira apa yang baik, yang
buruk dan yang menarik pada sesuatu perkara. Alat berfikir ini
digunakan supaya manusia tidak berfikir pada satu hala sahaja
sebaliknya meluaskan persepsi pemikiran dengan memikirkan dahulu
sesuatu situasi sebelum membuat sebarang keputusan atau pendapat.
1.2.2 CAF (Pertimbangan semua faktor)
Alat berfikir ini mengambil kira semua faktor penting sebelum
membuat sebarang keputusan bagi mengelak faktor-faktor lain yang
sama pentingnya terlepas pandang.
1.2.3 C&S (Kesan dan akibat kesan)
C&S digunakan untuk meramalkan kesan dan akibat sesuatu keputusan,
perancangan atau ciptaan yang dibuat dan kemungkinan keputusan
yang dibuat adalah berpandukan kesan serta-merta, kesan jangka
pendek, kesan jangka panjang atau kesan jangka sederhana.
1.2.4 AGO (Tujuan, matlamat, objektif)
AGO membantu manusia berfikir secara terfokus supaya ia bertujuan,
bermatlamat dan berobjektif. Ini bertujuan untuk mengelakkan manusia
berfikir tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tujuan
asal.
1.2.5 FIP (Perkara-perkara yang diberi keutamaan)
Alat berfikir ini mengambil kira prioriti. Perkara-perkara penting diberi
keutamaan ataupun dipertimbangkan manakala perkara-perkara yang
tidak penting diketepikan.
1.2.6 APC (Alternatif, kemungkinan, pilihan)
APC menggalakkan manusia berfikir secara kreatif. Alat ini digunakan
untuk mencari penyelesaian, idea atau cara baru dalam melakukan
sesuatu perkara dengan memikirkan beberapa perkara secara serentak
dan melihat perkara yang sama dari sudut pandangan yang berbeza.
1.2.7 OPV (Pandangan orang lain)
OPV digunakan untuk meluaskan pandangan manusia dengan
mengambil kira sudut pandangan atau pendapat orang lain yang terlibat
dengan sesuatu perkara itu secara tepat, bukan secara umum ataupun
samar-samar.
1.3 Penyelesaian Masalah
Masalah berlaku apabila terdapat jurang antara jangkaan dan realiti, iaitu
perbezaan antara keadaan yang sebenar dengan keadaan yang diingini
berkaitan sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan (Jauharah, 1995). Masalah
sering dianggap sebagai sesuatu yang negatif walaupun hakikatnya ia
merupakan sumber input yang penting untuk kesihatan otak dan berperanan
untuk meluaskan daya imaginasi manusia.
Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam komponen berfikir
secara kritis dan kreatif. Individu yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis
berkeupayaan menggunakan minda mereka untuk mencari idea dan langkah-
langkah alternatif bagi mengatasi halangan dan seterusnya mencari jalan
penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Terdapat enam langkah dalam penyelesaian masalah iaitu mengenal
pasti dan memahami masalah, menganalisis masalah, menghasilkan jalan
penyelesaian, menilai dan memilih jalan penyelesaian, melaksanakan jalan
penyelesaian serta menilai semula dan memiawaikan jalan penyelesaian.
3
1.4 Alat-Alat Penyelesaian Masalah
Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian yang
terbaik adalah dengan memikirkan dan mengambil kira kesemua kesan
akibatnya serta memilih langkah yang bijak bagi mengatasi masalah tersebut.
Dalam hal masalah yang rumit dan kompleks, alat-alat penyelesaian boleh
digunakan untuk membantu mengatasi halangan yang dihadapi. Terdapat enam
jenis alat penyelesaian masalah iaitu:
1.4.1 Percambahan Minda
Percambahan minda adalah satu kaedah yang digunakan untuk
menggalakkan setiap individu dalam kumpulan mengeluarkan idea atau
pendapat masing-masing tanpa sebarang kritikan atau bantahan. Kaedah
ini bertujuan untuk menjana sebanyak mungkin jalan penyelesaian bagi
sesuatu masalah. Penjanaan idea yang kreatif dan inovatif dapat dijana
apabila melibatkan individu yang mempunyai perspektif berbeza kerana
perbezaan latar belakang, bidang pekerjaan dan pengalaman.
1.4.2 Penanda Aras
Penanda aras merupakan proses mengukur dan membanding proses
sendiri dengan metrik prestasi yang terbaik. Teknik ini digunakan untuk
mengenal pasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-
amalan terbaik daripada sesuatu organisasi supaya dapat membina idea-
idea baru bagi penambahbaikan.
1.4.3 Gambar Rajah Sebab dan Akibat
Gambar rajah ini digunakan bagi mengenal pasti punca masalah dengan
lebih mendalam melalui penggabungan percambahan minda dengan
menggunakan satu peta konsep yang dipanggil gambar rajah tulang
ikan atau gambar rajah Ishikawa.
Alat ini menunjukkan hubungan antara masalah dengan sebab-
sebabnya dengan menganggap kepala ikan adalah masalah, tulang ikan
sebagai punca masalah utama dan tulang kecil sebagai sebab-sebab
daripada punca utama.
4
1.4.4 Carta Alir
Carta alir ialah gambar rajah yang menunjukkan hubungan langkah-
langkah dalam satu proses dalam bentuk simbol grafik. Teknik ini
membantu dalam mendefinisi dan menganalisis masalah dengan
menerangkan susunan pemprosesan sesuatu masalah secara jelas. Carta
alir sesuai digunakan untuk penyelesaian masalah yang memerlukan
penambahbaikan.
1.4.5 Analisis SWOT
Analisis SWOT merupakan satu kaedah yang efektif untuk mengenal
pasti Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weaknesses), Peluang
(Opportunities) dan Ancaman (Treats) sesuatu masalah pada peringkat
permulaan ke arah perancangan yang strategik. Teknik ini sering
digunakan dalam konteks perniagaan sama ada dilaksanakan secara
individu mahupun secara kumpulan.
1.4.6 Matriks Keutamaan
Matriks keutamaan adalah satu teknik yang boleh digunakan untuk
mencapai persetujuan dalam kumpulan tentang sesuatu isu. Matriks
membantu menyusun isu-isu atau masalah-masalah penting berdasarkan
skor dalam kriteria tertentu.
Penulisan ini ditulis bagi membincangkan faktor-faktor utama masalah ketidakhadiran
kakitangan dalam organisasi dan strategi-strategi kreatif yang boleh dilaksanakan untuk
mengurangkan masalah ini.
2.0 MASALAH KETIDAKHADIRAN KAKITANGAN DALAM ORGANISASI
Ketidakhadiran merujuk kepada kegagalan seseorang pekerja menghadirkan diri di tempat
kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Masalah ini adalah masalah asas yang kerap
berlaku dalam organisasi. Ketidakhadiran merupakan satu masalah yang serius kerana ia
boleh memberi kesan yang buruk kepada pihak pengurusan seperti pengurus, majikan,
pekerja, kerajaan dan pelbagai institusi sosial lain, mengganggu kelancaran kerja, kesukaran
5
merancang penggunaan tenaga manusia secara efektif serta boleh membawa kerugian kepada
organisasi kerana terpaksa menanggung kos pekerja yang tidak hadir.
2.1 Faktor-Faktor Ketidakhadiran
Setiap organisasi perlu mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada
masalah ketidakhadiran dan mengambil tindakan yang segera untuk
mengurangkan masalah ini kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan
ekonomi organisasi. Antara faktor-faktor ketidakhadiran kakitangan ialah:
2.1.1 Masalah Peribadi
Sebab-sebab ketidakhadiran yang terangkum dalam masalah peribadi
ialah cuti kecemasan, cuti rehat, cuti bersalin, menyambung pelajaran,
menghantar anak ke institusi pengajian tinggi dan menunaikan haji.
Selain itu, pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang
kronik seperti jantung, leukemia, lumpuh, batuk kering atau penyakit-
penyakit lain perlu memohon cuti yang panjang bagi mendapatkan
rawatan dan rehat yang secukupnya. Tahap kesihatan mereka akan
menjadi lebih teruk sekiranya mereka terus bekerja.
Masalah peribadi lain berpunca daripada sikap pekerja itu
sendiri. Sikap malas untuk bekerja mendorong mereka untuk ponteng.
Apabila sikap negatif wujud dalam diri, pekerja cenderung
menunjukkan potensi dan prestasi kerja yang kurang
memberangsangkan. Mereka menjadi tidak bermotivasi dan tidak
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Pekerja sebegini
biasanya terpaksa memilih kerja yang ada untuk menyara hidup
disebabkan oleh kesukaran mendapat kerja yang diidamkan serta bagi
mengelak daripada menganggur. Selain itu, gaji yang rendah juga
menyumbang kepada masalah ini. Mereka berpendapat gaji yang
diperoleh adalah cukup untuk makan dan perbelanjaan harian dan tidak
dapat memberi kemewahan kepada mereka.
6
2.1.2 Tekanan
Tekanan kerja berlaku apabila pekerja terpaksa memenuhi kehendak
dua atau lebih peranan yang bercanggah. Contohnya, terpaksa
melakukan tugasan dengan cara berlainan, tidak cukup kakitangan,
menghadapi pelbagai permintaan, kekurangan sumber dan
melaksanakan perkara yang tidak diperlukan (Robbins, 2000). Tekanan
kerja juga berlaku apabila pekerja terpaksa bekerja lebih masa kerana
perlu mengejar tarikh akhir tugasan serta melakukan tugasan orang lain.
Selain daripada itu, masalah keluarga seperti perselisihan faham
antara suami isteri, penjagaan anak-anak, perbelanjaan rumah dan
perceraian turut menyumbang kepada tekanan. Pekerja terpaksa
memikirkan jalan penyelesaian berkaitan hal rumah tangga walaupun
mereka sudah dibebani dengan masalah di tempat kerja. Hal ini bukan
sahaja boleh mengganggu emosi malah mereka mungkin mengalami
gangguan mental.
Di samping itu juga, kelewatan ke tempat kerja akibat
terperangkap dalam lalu lintas mendorong pekerja untuk tidak hadir ke
pejabat. Ini kerana mereka tetap dikenakan tindakan disiplin walaupun
memberi alasan yang jujur.
Disebabkan oleh punca-punca inilah yang membuatkan mereka
tidak hadir bekerja dan cuba lari daripada masalah. Tambahan pula,
tekanan kerja yang berterusan boleh mendatangkan kesan-kesan negatif
kepada kesihatan, psikologi dan tingkah laku pekerja yang seterusnya
memberi kesan kepada prestasi kerja mereka.
.
2.1.3 Kepuasan Kerja
Faktor lain yang menyumbang kepada ketidakhadiran ialah kepuasan
kerja. Kepuasan kerja merujuk kepada jangkaan individu terhadap
tindakan yang dibuat sama ada mencapai hasil yang diingini atau tidak
(Vroom, 1964).
7
Kepuasan kerja adalah elemen penting setiap pekerja. Hal ini ini
kerana pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi akan
lebih produktif dan menghasilkan kerja yang bermutu (Smith 1980;
Schultz, 1982, Nash, 1985; Mullins, 1989) manakala pekerja dengan
tahap kepuasan kerja yang rendah pula cenderung untuk menimbulkan
masalah seperti datang lambat, ponteng kerja dan masalah disiplin
(Lussier, 1990).
Kurangnya minat terhadap kerja yang dilakukan juga
mempengaruhi tahap kepuasan kerja kakitangan. Hal ini berlaku apabila
kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya dirasakan tidak sesuai,
remeh atau berada di luar bidangnya. Akibatnya, mereka tidak
bersungguh-sungguh melaksanakan kerja atau tidak melakukan tugas
tersebut, seterusnya meletakkan beban kerja ke atas pekerja lain.
Perkara ini boleh menyumbang kepada masalah disiplin dan konflik
kerja.
Selain itu, kesamaran peranan juga mempengaruhi tahap
kepuasan kerja. Kesamaran peranan berlaku apabila pekerja kurang
faham atau tidak pasti dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Perkara ini wujud apabila pekerja tidak mendapat diskripsi dan
penerangan yang jelas tentang kerja yang perlu dilakukan.
Ketidakpastian tentang aspek pekerjaan ini juga boleh menyebabkan
kesukaran untuk mengatur masa bagi melakukan tugas-tugas yang lain
(Sutton, 1984). Masalah ini memberi kesan kepada tahap kepuasan
kerja dan penglibatan kerja yang rendah dan ketidakhadiran yang tinggi.
2.1.4 Hubungan dan Pengurusan dalam Organisasi
Hubungan dalam organisasi terbahagi kepada hubungan antara
kakitangan dan hubungan antara majikan. Masalah yang berlaku
daripada hubungan antara kakitangan berpunca daripada sikap pekerja
itu sendiri. Ada di antara mereka yang sombong, berlagak pandai,
merendahkan pekerja lain, menjadi batu api dan meletakkan tugasan
sendiri kepada pekerja lain. Manakala masalah hubungan antara
8
individu dengan majikan pula berpunca daripada sikap berat sebelah
majikan dengan kakitangan lain akibat daripada bodekan, diskriminasi
jantina ataupun perbezaan taraf pendidikan. Tambahan pula, ada
kakitangan yang dinaikkan pangkat secara tidak adil dan ini
menimbulkan perasaan cemburu dan tidak puas dalam kalangan
pekerja.
Apabila berlakunya konflik antara kakitangan, secara
automatiknya komunikasi dalam organisasi menjadi lemah. Pelbagai
masalah lain yang timbul seperti percanggahan arahan, pertelingkahan
pendapat dan konflik keperluan tugas, menyukarkan lagi perjalanan
operasi organisasi. Hal ini boleh mengakibatkan prestasi pekerja
semakin merosot.
Perubahan struktur organisasi dilakukan bertujuan untuk
memperbaiki kelicinan kerja melalui pelaksanaan sistem atau prosedur
baru. Perubahan yang berlaku menyebabkan ada di antara pekerja
ditempatkan di jabatan lain, diturunkan atau dinaikkan pangkat,
dipindahkan ke cawangan lain atau memegang jawatan lain. Perubahan
ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pekerja kerana ada di antara
mereka yang tidak suka bekerja di bawah majikan baru, melaksanakan
tugas di luar bidang mereka, berpisah dengan rakan setugas dan
bertukar lokasi tempat kerja. Situasi ini boleh mengakibatkan
kemurungan, tekanan, penurunan prestasi dan produktiviti kerja serta
peningkatan ketidakhadiran.
2.1.5 Persekitaran Kerja
Pekerja memperuntukkan masa sekitar lapan jam sehari di tempat kerja.
Oleh itu, sudah pasti ruang kerja yang selesa dan teratur diperlukan
supaya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian ke atas pekerjaan
mereka. Faktor-faktor fizikal seperti tahap kecerahan, keadaan suhu,
tahap kebisingan serta ciri-ciri aesthetik seperti warna dinding,
bangunan dan susun atur pejabat turut mempengaruhi prestasi dan
tingkah laku pekerja. Contohnya, suasana bising boleh mengganggu
9
konsentrasi pekerja kerana ia akan menyukarkan penyelarasan aktiviti
kerja, perbincangan penting, mengurangkan interaksi sosial serta boleh
menyebabkan berlakunya kesilapan dalam sesuatu pekerjaan.
Manakala, suasana tempat kerja yang suram, berselerak, kotor dan tidak
terurus bukan sahaja boleh menurunkan produktiviti kerja malah
membuat mereka hilang semangat untuk bekerja.
Keselamatan di tempat kerja juga mempengaruhi masalah
ketidakhadiran. Sebagai contoh, pekerja yang mengendalikan peralatan-
peralatan dan bahan-bahan kimia terdedah kepada bahaya sekiranya
mereka tersilap langkah. Ini kerana bahan-bahan kimia yang kuat boleh
menyebabkan kecederaan teruk dan boleh mengancam nyawa. Selain
itu juga, terdapat sesetengah bahan yang berbahaya digunakan di
kawasan tertutup seperti cecair pembersih serta bahan yang boleh
mencemarkan persekitaran kerja seperti pelekat, bahan binaan dan
plastik tiruan.
Pekerja yang bertugas di lapangan atau kawasan projek juga
terdedah kepada bahaya. Kesilapan dan kecuaian pekerja boleh
menyebabkan kemalangan. Tambahan pula, penggunaan mesin dan
peralatan yang berat dan menyebabkan getaran boleh mengundang
masalah kesihatan seperti sakit belakang dan sendi-sendi anggota badan
mereka. Tambahan lagi, pendedahan kepada habuk, cuaca, pencahayaan
dan suhu sekitar boleh menyebabkan batuk, pening kepala, demam,
dehidrasi serta radang paru-paru dan ini boleh menjejaskan konsentrasi
kepada pekerjaan mereka.
Sementara itu, peralatan yang rosak dan tidak diservis seperti
komputer, telefon, mesin fotostat dan mesin faks menambahkan lagi
permasalahan pekerja. Keadaan ini membuatkan pekerjaan mereka
tergendala dan perlu dilakukan secara manual. Jika kerosakan besar
berlaku, kerja harian mereka terpaksa dilakukan keesokan hari dalam
keadaan tergesa-gesa, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan urusan penting.
10
Situasi sebegini boleh menyebabkan tekanan emosi dan hilang
semangat kerja kepada mereka.
2.2 Strategi-Strategi Kreatif Mengurangkan Masalah Ketidakhadiran
Sebarang masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan strategi, kaedah
atau cara yang betul. Manusia hanya perlu bijak memilih langkah yang sesuai
dan berkesan bagi mengatasinya. Terdapat enam metode kreatif yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu;
i. Mengambil pendekatan inovatif dan baru.
ii. Mencipta atau mengubah suatu proses atau sistem.
iii. Menghasilkan produk atau servis baru.
iv. Mencari kegunaan baru untuk perkara-perkara sedia ada.
v. Menambahbaik perkara-perkara sedia ada.
vi. Menemui atau mendefinisi semula konsep.
Bagi mengurangkan masalah ketidakhadiran dalam organisasi, penulis
mencadangkan tiga strategi berdasarkan metode kreatif di atas. Tiga metode
tersebut adalah:
2.2.1 Mencipta atau Mengubah Proses atau Sistem
Memperkemaskan Sistem Kehadiran Organisasi.
Masih banyak organisasi yang masih menggunakan sistem buku atau
kad perakam waktu untuk mencatat rekod kehadiran pekerja. Sudah tiba
masanya sistem ini dihentikan penggunaannya kerana ia tidak dapat
merekodkan kehadiran pekerja dengan tepat. Buktinya, pekerja lain
boleh menggunakan sistem ini untuk merekod keluar masuk pejabat
bagi pihak rakannya. Hal ini menunjukkan sikap tidak jujur pekerja
dalam melaksanakan tugas.
Selaras dengan teknologi masa kini, setiap organisasi sepatutnya
membangunkan sistem yang boleh merekod dan menyimpan maklumat
kehadiran kakitangan dengan tepat. Contohnya, memasang pengesahan
11
cap jari di pintu masuk pejabat. Pekerja perlu membuat dua kali
pengesahan iaitu pada waktu masuk kerja dan waktu tamat kerja. Cara
ini membolehkan sistem mengira jumlah jam bekerja dan mengelakkan
penipuan kerana setiap manusia mempunyai corak cap jari yang
berbeza.
Selain itu, pihak pengurusan perlu menyimpan rekod-rekod lain
seperti cuti, kesihatan, prestasi kerja, bilangan jam bekerja dan
sebagainya supaya penilaian boleh dibuat sama ada perkhidmatan
pekerja tertentu diperlukan atau tidak.
2.2.2 Menambahbaik Perkara-Perkara Sedia Ada
Mempertingkatkan dan Membaikpulih Kelemahan Organisasi.
Pihak pengurusan harus memandang serius dengan persekitaran kerja
kakitangan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja.
Sebarang peralatan kerja atau mesin, ruang kerja, bangunan atau alat-
alat kecemasan yang rosak, tidak sesuai digunakan atau boleh
mendatangkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerja perlu
dibuang, dibaiki, diganti serta dibaikpulih supaya pekerja tidak lagi
berasa bimbang dan takut akan keselamatan pekerjaannya. Penurunan
kadar kemalangan dapat mengurangkan kerosakan dan risiko
menanggung kerugian.
Suasana dan budaya tempat kerja yang kurang mesra dan suram
perlu diubah. Majikan seharusnya peka dan mengambil inisiatif bagi
menjernihkan hubungan sesama kakitangan. Langkah utama yang perlu
dilakukan ialah mengubah gaya pengurusan yang tidak adil dan kurang
cekap. Situasi ini berlaku kerana kepimpinan majikan yang lemah.
Kurangnya komunikasi dengan pekerja bawahan, tidak mempedulikan
permasalahan pekerja, tidak berupaya mengawal pekerja dan kurang
mengambil bahagian dalam membuat keputusan adalah antara contoh
kepimpinan yang lemah. Sebagai pemimpin, majikan perlu
menunjukkan contoh dan sikap-sikap yang baik kepada kakitangannya.
12
Pemimpin yang boleh memberi nasihat, pandangan dan tunjuk ajar serta
tidak bersikap berat sebelah dapat mendorong pekerja untuk bekerja
bersungguh-sungguh.
Selain itu, masalah di tempat kerja boleh diatasi dengan tiga
elemen penting iaitu penerangan dan perbincangan berkaitan perkara
yang sering berlaku, mengenal pasti punca yang menyebabkan perkara
itu kerap berlaku dan mengawal gelagat yang berlaku dalam organisasi.
Cara ini boleh mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham di
antara mereka, mengurangkan tekanan masalah, meningkatkan prestasi
dan produktiviti kerja dan seterusnya mewujudkan suasana yang
harmoni di tempat kerja.
2.2.3 Menemui atau Mendefinisi Semula Konsep
Pendekatan Pencegahan.
Pencegahan adalah langkah yang terbaik dalam setiap masalah.
Masalah ketidakhadiran boleh dicegah pada peringkat awal pemilihan
kerja dibuat di sesebuah organisasi itu. Pihak pengurusan perlu
memastikan rekod perkhidmatan pekerja yang ingin diambil bersih
daripada sebarang masalah disiplin dan salah laku, berpengalaman
dalam bidang-bidang tertentu, boleh bekerja secara berkumpulan dan
berkemampuan melaksanakan kerja tanpa pengawasan.
Selain itu juga, setiap kakitangan perlu diberi taklimat dan
penerangan yang jelas berkaitan keburukan masalah ketidakhadiran.
Mereka perlu didedahkan dengan peraturan dan polisi syarikat serta
tindakan yang akan diambil sekiranya masalah ini berlaku kepada
mereka.
Di samping itu juga, pihak pengurusan perlu menjalankan
seminar, kursus dan ceramah berkaitan cara mempertingkatkan prestasi
dan produktiviti kakitangan. Pekerja yang kurang mahir dan tidak
mempunyai pengalaman berkaitan kerja pula perlu dihantar menjalani
13
latihan bagi mempertingkatkan kemahiran mereka. Secara tidak
langsung, pekerja akan berkhidmat dengan lebih efektif apabila
organisasi sedar dan mengambil berat tentang keperluan mereka di
tempat kerja.
3.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penulisan di atas, jelas menunjukkan masalah ketidakhadiran adalah masalah
yang perlu ditangani dengan segera supaya tidak memberi kesan buruk kepada individu dan
organisasi. Disebabkan faktor-faktor seperti masalah peribadi, tekanan, kepuasan kerja,
hubungan dan pengurusan dalam organisasi serta persekitaran kerja inilah yang
mempengaruhi kehadiran setiap kakitangan dalam organisasi. Strategi kreatif yang boleh
diambil bagi mengatasi masalah ini ialah memperkemaskan sistem kehadiran organisasi,
mempertingkatkan dan membaikpulih kelemahan organisasi dan pendekatan pencegahan.
Penulis berharap perbincangan ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan masalah
ketidakhadiran kakitangan di tempat kerja.
(2998 patah perkataan)
14
RUJUKAN
Azlena Zainal, & Munir Shuib. (2007). Meningkatkan Potensi Minda. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Fong, W. P. (n.d). Faktor-Faktor Mempengaruhi Ketidakhadiran Pekerja Eksekutif di Kilang
Proton, Shah Alam. UNIMAS: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.
Ghazali Hasan, & Turiman Suandi. (1995). Kepuasan Kerja di Kalangan Pengawal
Keselamatan Universiti Pertanian Malaysia. Selangor: UPM.
Mardzelah Makhsin. (2006). Sains Pemikiran & Etika. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2004). Meningkatkan Daya Fikir (2nd ed). Pahang: PTS
Publications & Distributors.
Mohd Fauzwadi Mat Ali, Abu Bakar Hamed, & Hishamuddin Fitri Abu Hasan. (2008).
Hubungan Antara Stres Peranan, Ganjaran, Etika Kerja dan Kepuasan Kerja. Jurnal
Pengurusan Awam.
Mohd Sapuan Salit et al. (2003). Pengurusan, Gelagat dan Keselamatan Pekerja dalam
Industri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Nasaruddin Yunos, Abdul Salam Yussof, & Mohamad Mohsin. (2012). Menjana Pemikiran
Kreatif & Kritis. Selangor: Utusan Publications & Distributors.
Analisis SWOT (n.d). [Online]. Available: http://cheabdrani.tripod.com/swot.html. [2014,
November 28].
Penanda Aras (2013, Mac 9). [Online]. Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penanda_aras
[2014, November 28].
Persekitaran Kerja (2000, Mei 10). [Online]. Available: http://ekonomy.tripod.com/u2/
sekitar.htm. [2014, November 30].
15
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangkannya

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjaKemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjasyahirahhjsaad
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaandipedmara4
 
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJALANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJAfnurizdian
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelmrqiff12
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaaimm reka
 
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beckman khalid
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangLaporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangZuzan Michael Japang
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan KeputusanCkg Nizam
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Nur Dalila Zamri
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATnelson fredoline
 

Was ist angesagt? (20)

Kemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjaKemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerja
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaan
 
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJALANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
 
Perancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkelPerancangan dan pengurusan bengkel
Perancangan dan pengurusan bengkel
 
Merancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerjaMerancang & mengurus kerja
Merancang & mengurus kerja
 
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangLaporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
 
Memulakan Perniagaan
Memulakan PerniagaanMemulakan Perniagaan
Memulakan Perniagaan
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
 
Pengurusan fail
Pengurusan failPengurusan fail
Pengurusan fail
 

Ähnlich wie Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangkannya

05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)Pristiyanto SS
 
4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...
4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...
4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...Desikoes
 
Proses Berfikir dan Pemecahan Masalah
Proses Berfikir dan Pemecahan MasalahProses Berfikir dan Pemecahan Masalah
Proses Berfikir dan Pemecahan Masalahpjj_kemenkes
 
Psikologi modul 3 kb 3
Psikologi modul 3 kb 3Psikologi modul 3 kb 3
Psikologi modul 3 kb 3Uwes Chaeruman
 
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisismenggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisisrobby chandra
 
Problem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptx
Problem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptxProblem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptx
Problem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptxSiswantoroNugroho1
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptYeniSriLestari1
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptIilMuntaha
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptVhynaAmelia
 
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptbab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptPujieRetnasuminar2
 
Creative problem solving
Creative problem solvingCreative problem solving
Creative problem solvingAsrul Majid
 
EKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan Keputusan
EKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan KeputusanEKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan Keputusan
EKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan KeputusanAncilla Kustedjo
 
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"Kanaidi ken
 
Decision making
Decision makingDecision making
Decision makingArdi Halim
 
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Tan Pei Gyan
 

Ähnlich wie Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangkannya (20)

05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)05 Problem Solving (Kewirausahaan)
05 Problem Solving (Kewirausahaan)
 
4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...
4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...
4, kwh, desi kusminingsih, prof. dr. hapzi ali, cma, berfikir kreativitas dan...
 
Proses Berfikir dan Pemecahan Masalah
Proses Berfikir dan Pemecahan MasalahProses Berfikir dan Pemecahan Masalah
Proses Berfikir dan Pemecahan Masalah
 
Psikologi modul 3 kb 3
Psikologi modul 3 kb 3Psikologi modul 3 kb 3
Psikologi modul 3 kb 3
 
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisismenggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
 
Hbml4303
Hbml4303Hbml4303
Hbml4303
 
Problem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptx
Problem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptxProblem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptx
Problem solving dalam menganalisa masalah dan mendapatkan solusi terbaik.pptx
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.ppt
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.ppt
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.ppt
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.ppt
 
pengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.pptpengambilankeputusan.ppt
pengambilankeputusan.ppt
 
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptbab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
 
Creative problem solving
Creative problem solvingCreative problem solving
Creative problem solving
 
Spe Bab7
Spe Bab7Spe Bab7
Spe Bab7
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
EKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan Keputusan
EKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan KeputusanEKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan Keputusan
EKMA 4116 - Modul 3 Perencanaan & Pengambilan Keputusan
 
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"Silabus Training "Effective  Mastering  PROBLEM & Analysis"
Silabus Training "Effective Mastering PROBLEM & Analysis"
 
Decision making
Decision makingDecision making
Decision making
 
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)
 

Mehr von Fara Megat

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Fara Megat
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaFara Megat
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterFara Megat
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZFara Megat
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaFara Megat
 
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Fara Megat
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiFara Megat
 

Mehr von Fara Megat (7)

Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
Slide Presentation : Membina Reka Bentuk Meja Mudah Alih dengan Menggunakan T...
 
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya CiptaTRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
TRIZ : Jadual 40 Prinsip Berdaya Cipta
 
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem ParameterTRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
TRIZ : Jadual 39 Sistem Parameter
 
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZPencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
Pencetusan Idea Rekabentuk Produk Mengguna TRIZ
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
 
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
Kemahiran Belajar Cemerlang dan Kemahiran Literasi Maklumat Bagi Pembelajaran...
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
 

Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangkannya

  • 1. TAJUK FAKTOR UTAMA KETIDAKHADIRAN KAKITANGAN DAN STRATEGI KREATIF UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 7 DISEMBER 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1 1.1 Konsep Kemahiran Berfikir .............................................................................1 1.2 Alat-Alat Berfikir ............................................................................................2 1.2.1 PMI: Plus, Minus, Interesting ..............................................................2 1.2.2 CAF: Consider All Factors ..................................................................2 1.2.3 C&S: Consequence and Sequel ............................................................2 1.2.4 AGO: Aims, Goals, Objectives .............................................................2 1.2.5 FIP: First Important Priorities .............................................................2 1.2.6 APC: Alternatives, Possibilities, Choices .............................................3 1.2.7 OPV: Other People’s Views..................................................................3 1.3 Penyelesaian Masalah ......................................................................................3 1.4 Alat-Alat Penyelesaian Masalah.......................................................................4 1.4.1 Percambahan Minda .............................................................................4 1.4.2 Penanda Aras........................................................................................4 1.4.3 Gambar Rajah Sebab dan Akibat ..........................................................4 1.4.4 Carta Alir .............................................................................................5 1.4.5 Analisis SWOT ....................................................................................5 1.4.6 Matriks Keutamaan ..............................................................................5 2.0 MASALAH KETIDAKHADIRAN KAKITANGAN DALAM ORGANISASI......5 2.1 Faktor-Faktor Ketidakhadiran ..........................................................................6 2.1.1 Masalah Peribadi..................................................................................6 2.1.2 Tekanan................................................................................................7 2.1.3 Kepuasan Kerja ....................................................................................7 2.1.4 Hubungan dan Pengurusan dalam Organisasi........................................8 2.1.5 Persekitaran Kerja ................................................................................9 2.2 Strategi-Strategi Kreatif Mengurangkan Masalah Ketidakhadiran ..................11 2.2.1 Mencipta atau Mengubah Proses atau Sistem......................................11 2.2.2 Menambahbaik Perkara-Perkara Sedia Ada ........................................12 2.2.3 Menemui atau Mendefinisi Semula Konsep ........................................13 3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................14 Rujukan ..............................................................................................................................15
  • 3. 1 1.0 PENGENALAN Berfikir adalah satu kemahiran asas yang mesti dipelajari dan dipertajamkan oleh setiap manusia. Ia juga merupakan proses semula jadi yang berlaku secara berterusan tanpa disengajakan dan tanpa paksaan. Fraenkel (1980) menakrifkan berfikir sebagai pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Manakala Beyer (1984) mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. 1.1 Konsep Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir manusia adalah berbeza-beza. Hal ini kerana manusia mempunyai persepsi dan gaya pemikiran mereka yang tersendiri. Menurut Ainon dan Abdullah (1996), persepsi ialah tafsiran apa yang dilihat oleh mata manusia. Walaupun dua individu melihat dan dibekalkan dengan maklumat dan fakta yang sama, mereka mungkin memberi tafsiran yang berbeza dan logik pemikiran berkaitan perkara yang dilihat juga berlainan. Hal ini seterusnya membawa kepada tindakan yang berlainan. Kemahiran berfikir adalah aset penting kepada manusia dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan ataupun memahami kehendak pemahaman, dengan melibatkan proses pengolahan operasi mental seperti membanding dan membezakan, menaakul, merumus, mereka cipta, mengeluarkan idea-idea dan sebagainya. Terdapat dua kemahiran asas dalam pemikiran iaitu pemikiran kritikal dan pemikiran kreatif. Pemikiran kritikal menjurus kepada penelitian dan pengamatan yang tajam dalam menganalisis masalah. Pemikiran ini juga bersikap terbuka dan objektif serta cekap menganalisis dan membuat kesimpulan. Manakala, pemikiran kreatif menjurus kepada kebolehan menjana penyelesaian dari pelbagai sudut tanpa mengikut peraturan dan prosedur serta membangunkan pendapat yang membawa kepada penghuraian. Kedua-dua pemikiran ini penting untuk menyelesaikan masalah.
  • 4. 2 1.2 Alat-Alat Berfikir Manusia tidak dapat berfikir banyak perkara serentak dalam satu masa kerana ia boleh menyebabkan kecelaruan dan kekeliruan pada otak. Oleh itu, manusia memerlukan alat-alat yang boleh memandu mereka dalam proses pemikiran. Alat-alat yang boleh digunakan untuk berfikir adalah: 1.2.1 PMI (Kebaikan, keburukan, menarik) PMI ialah alat pemikiran yang mengambil kira apa yang baik, yang buruk dan yang menarik pada sesuatu perkara. Alat berfikir ini digunakan supaya manusia tidak berfikir pada satu hala sahaja sebaliknya meluaskan persepsi pemikiran dengan memikirkan dahulu sesuatu situasi sebelum membuat sebarang keputusan atau pendapat. 1.2.2 CAF (Pertimbangan semua faktor) Alat berfikir ini mengambil kira semua faktor penting sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelak faktor-faktor lain yang sama pentingnya terlepas pandang. 1.2.3 C&S (Kesan dan akibat kesan) C&S digunakan untuk meramalkan kesan dan akibat sesuatu keputusan, perancangan atau ciptaan yang dibuat dan kemungkinan keputusan yang dibuat adalah berpandukan kesan serta-merta, kesan jangka pendek, kesan jangka panjang atau kesan jangka sederhana. 1.2.4 AGO (Tujuan, matlamat, objektif) AGO membantu manusia berfikir secara terfokus supaya ia bertujuan, bermatlamat dan berobjektif. Ini bertujuan untuk mengelakkan manusia berfikir tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tujuan asal. 1.2.5 FIP (Perkara-perkara yang diberi keutamaan) Alat berfikir ini mengambil kira prioriti. Perkara-perkara penting diberi keutamaan ataupun dipertimbangkan manakala perkara-perkara yang tidak penting diketepikan.
  • 5. 1.2.6 APC (Alternatif, kemungkinan, pilihan) APC menggalakkan manusia berfikir secara kreatif. Alat ini digunakan untuk mencari penyelesaian, idea atau cara baru dalam melakukan sesuatu perkara dengan memikirkan beberapa perkara secara serentak dan melihat perkara yang sama dari sudut pandangan yang berbeza. 1.2.7 OPV (Pandangan orang lain) OPV digunakan untuk meluaskan pandangan manusia dengan mengambil kira sudut pandangan atau pendapat orang lain yang terlibat dengan sesuatu perkara itu secara tepat, bukan secara umum ataupun samar-samar. 1.3 Penyelesaian Masalah Masalah berlaku apabila terdapat jurang antara jangkaan dan realiti, iaitu perbezaan antara keadaan yang sebenar dengan keadaan yang diingini berkaitan sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan (Jauharah, 1995). Masalah sering dianggap sebagai sesuatu yang negatif walaupun hakikatnya ia merupakan sumber input yang penting untuk kesihatan otak dan berperanan untuk meluaskan daya imaginasi manusia. Konsep penyelesaian masalah termasuk dalam komponen berfikir secara kritis dan kreatif. Individu yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis berkeupayaan menggunakan minda mereka untuk mencari idea dan langkah- langkah alternatif bagi mengatasi halangan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terdapat enam langkah dalam penyelesaian masalah iaitu mengenal pasti dan memahami masalah, menganalisis masalah, menghasilkan jalan penyelesaian, menilai dan memilih jalan penyelesaian, melaksanakan jalan penyelesaian serta menilai semula dan memiawaikan jalan penyelesaian. 3
  • 6. 1.4 Alat-Alat Penyelesaian Masalah Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan memikirkan dan mengambil kira kesemua kesan akibatnya serta memilih langkah yang bijak bagi mengatasi masalah tersebut. Dalam hal masalah yang rumit dan kompleks, alat-alat penyelesaian boleh digunakan untuk membantu mengatasi halangan yang dihadapi. Terdapat enam jenis alat penyelesaian masalah iaitu: 1.4.1 Percambahan Minda Percambahan minda adalah satu kaedah yang digunakan untuk menggalakkan setiap individu dalam kumpulan mengeluarkan idea atau pendapat masing-masing tanpa sebarang kritikan atau bantahan. Kaedah ini bertujuan untuk menjana sebanyak mungkin jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Penjanaan idea yang kreatif dan inovatif dapat dijana apabila melibatkan individu yang mempunyai perspektif berbeza kerana perbezaan latar belakang, bidang pekerjaan dan pengalaman. 1.4.2 Penanda Aras Penanda aras merupakan proses mengukur dan membanding proses sendiri dengan metrik prestasi yang terbaik. Teknik ini digunakan untuk mengenal pasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan- amalan terbaik daripada sesuatu organisasi supaya dapat membina idea- idea baru bagi penambahbaikan. 1.4.3 Gambar Rajah Sebab dan Akibat Gambar rajah ini digunakan bagi mengenal pasti punca masalah dengan lebih mendalam melalui penggabungan percambahan minda dengan menggunakan satu peta konsep yang dipanggil gambar rajah tulang ikan atau gambar rajah Ishikawa. Alat ini menunjukkan hubungan antara masalah dengan sebab- sebabnya dengan menganggap kepala ikan adalah masalah, tulang ikan sebagai punca masalah utama dan tulang kecil sebagai sebab-sebab daripada punca utama. 4
  • 7. 1.4.4 Carta Alir Carta alir ialah gambar rajah yang menunjukkan hubungan langkah- langkah dalam satu proses dalam bentuk simbol grafik. Teknik ini membantu dalam mendefinisi dan menganalisis masalah dengan menerangkan susunan pemprosesan sesuatu masalah secara jelas. Carta alir sesuai digunakan untuk penyelesaian masalah yang memerlukan penambahbaikan. 1.4.5 Analisis SWOT Analisis SWOT merupakan satu kaedah yang efektif untuk mengenal pasti Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Treats) sesuatu masalah pada peringkat permulaan ke arah perancangan yang strategik. Teknik ini sering digunakan dalam konteks perniagaan sama ada dilaksanakan secara individu mahupun secara kumpulan. 1.4.6 Matriks Keutamaan Matriks keutamaan adalah satu teknik yang boleh digunakan untuk mencapai persetujuan dalam kumpulan tentang sesuatu isu. Matriks membantu menyusun isu-isu atau masalah-masalah penting berdasarkan skor dalam kriteria tertentu. Penulisan ini ditulis bagi membincangkan faktor-faktor utama masalah ketidakhadiran kakitangan dalam organisasi dan strategi-strategi kreatif yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah ini. 2.0 MASALAH KETIDAKHADIRAN KAKITANGAN DALAM ORGANISASI Ketidakhadiran merujuk kepada kegagalan seseorang pekerja menghadirkan diri di tempat kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Masalah ini adalah masalah asas yang kerap berlaku dalam organisasi. Ketidakhadiran merupakan satu masalah yang serius kerana ia boleh memberi kesan yang buruk kepada pihak pengurusan seperti pengurus, majikan, pekerja, kerajaan dan pelbagai institusi sosial lain, mengganggu kelancaran kerja, kesukaran 5
  • 8. merancang penggunaan tenaga manusia secara efektif serta boleh membawa kerugian kepada organisasi kerana terpaksa menanggung kos pekerja yang tidak hadir. 2.1 Faktor-Faktor Ketidakhadiran Setiap organisasi perlu mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ketidakhadiran dan mengambil tindakan yang segera untuk mengurangkan masalah ini kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan ekonomi organisasi. Antara faktor-faktor ketidakhadiran kakitangan ialah: 2.1.1 Masalah Peribadi Sebab-sebab ketidakhadiran yang terangkum dalam masalah peribadi ialah cuti kecemasan, cuti rehat, cuti bersalin, menyambung pelajaran, menghantar anak ke institusi pengajian tinggi dan menunaikan haji. Selain itu, pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti jantung, leukemia, lumpuh, batuk kering atau penyakit- penyakit lain perlu memohon cuti yang panjang bagi mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya. Tahap kesihatan mereka akan menjadi lebih teruk sekiranya mereka terus bekerja. Masalah peribadi lain berpunca daripada sikap pekerja itu sendiri. Sikap malas untuk bekerja mendorong mereka untuk ponteng. Apabila sikap negatif wujud dalam diri, pekerja cenderung menunjukkan potensi dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Mereka menjadi tidak bermotivasi dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Pekerja sebegini biasanya terpaksa memilih kerja yang ada untuk menyara hidup disebabkan oleh kesukaran mendapat kerja yang diidamkan serta bagi mengelak daripada menganggur. Selain itu, gaji yang rendah juga menyumbang kepada masalah ini. Mereka berpendapat gaji yang diperoleh adalah cukup untuk makan dan perbelanjaan harian dan tidak dapat memberi kemewahan kepada mereka. 6
  • 9. 2.1.2 Tekanan Tekanan kerja berlaku apabila pekerja terpaksa memenuhi kehendak dua atau lebih peranan yang bercanggah. Contohnya, terpaksa melakukan tugasan dengan cara berlainan, tidak cukup kakitangan, menghadapi pelbagai permintaan, kekurangan sumber dan melaksanakan perkara yang tidak diperlukan (Robbins, 2000). Tekanan kerja juga berlaku apabila pekerja terpaksa bekerja lebih masa kerana perlu mengejar tarikh akhir tugasan serta melakukan tugasan orang lain. Selain daripada itu, masalah keluarga seperti perselisihan faham antara suami isteri, penjagaan anak-anak, perbelanjaan rumah dan perceraian turut menyumbang kepada tekanan. Pekerja terpaksa memikirkan jalan penyelesaian berkaitan hal rumah tangga walaupun mereka sudah dibebani dengan masalah di tempat kerja. Hal ini bukan sahaja boleh mengganggu emosi malah mereka mungkin mengalami gangguan mental. Di samping itu juga, kelewatan ke tempat kerja akibat terperangkap dalam lalu lintas mendorong pekerja untuk tidak hadir ke pejabat. Ini kerana mereka tetap dikenakan tindakan disiplin walaupun memberi alasan yang jujur. Disebabkan oleh punca-punca inilah yang membuatkan mereka tidak hadir bekerja dan cuba lari daripada masalah. Tambahan pula, tekanan kerja yang berterusan boleh mendatangkan kesan-kesan negatif kepada kesihatan, psikologi dan tingkah laku pekerja yang seterusnya memberi kesan kepada prestasi kerja mereka. . 2.1.3 Kepuasan Kerja Faktor lain yang menyumbang kepada ketidakhadiran ialah kepuasan kerja. Kepuasan kerja merujuk kepada jangkaan individu terhadap tindakan yang dibuat sama ada mencapai hasil yang diingini atau tidak (Vroom, 1964). 7
  • 10. Kepuasan kerja adalah elemen penting setiap pekerja. Hal ini ini kerana pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi akan lebih produktif dan menghasilkan kerja yang bermutu (Smith 1980; Schultz, 1982, Nash, 1985; Mullins, 1989) manakala pekerja dengan tahap kepuasan kerja yang rendah pula cenderung untuk menimbulkan masalah seperti datang lambat, ponteng kerja dan masalah disiplin (Lussier, 1990). Kurangnya minat terhadap kerja yang dilakukan juga mempengaruhi tahap kepuasan kerja kakitangan. Hal ini berlaku apabila kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya dirasakan tidak sesuai, remeh atau berada di luar bidangnya. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh melaksanakan kerja atau tidak melakukan tugas tersebut, seterusnya meletakkan beban kerja ke atas pekerja lain. Perkara ini boleh menyumbang kepada masalah disiplin dan konflik kerja. Selain itu, kesamaran peranan juga mempengaruhi tahap kepuasan kerja. Kesamaran peranan berlaku apabila pekerja kurang faham atau tidak pasti dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkara ini wujud apabila pekerja tidak mendapat diskripsi dan penerangan yang jelas tentang kerja yang perlu dilakukan. Ketidakpastian tentang aspek pekerjaan ini juga boleh menyebabkan kesukaran untuk mengatur masa bagi melakukan tugas-tugas yang lain (Sutton, 1984). Masalah ini memberi kesan kepada tahap kepuasan kerja dan penglibatan kerja yang rendah dan ketidakhadiran yang tinggi. 2.1.4 Hubungan dan Pengurusan dalam Organisasi Hubungan dalam organisasi terbahagi kepada hubungan antara kakitangan dan hubungan antara majikan. Masalah yang berlaku daripada hubungan antara kakitangan berpunca daripada sikap pekerja itu sendiri. Ada di antara mereka yang sombong, berlagak pandai, merendahkan pekerja lain, menjadi batu api dan meletakkan tugasan sendiri kepada pekerja lain. Manakala masalah hubungan antara 8
  • 11. individu dengan majikan pula berpunca daripada sikap berat sebelah majikan dengan kakitangan lain akibat daripada bodekan, diskriminasi jantina ataupun perbezaan taraf pendidikan. Tambahan pula, ada kakitangan yang dinaikkan pangkat secara tidak adil dan ini menimbulkan perasaan cemburu dan tidak puas dalam kalangan pekerja. Apabila berlakunya konflik antara kakitangan, secara automatiknya komunikasi dalam organisasi menjadi lemah. Pelbagai masalah lain yang timbul seperti percanggahan arahan, pertelingkahan pendapat dan konflik keperluan tugas, menyukarkan lagi perjalanan operasi organisasi. Hal ini boleh mengakibatkan prestasi pekerja semakin merosot. Perubahan struktur organisasi dilakukan bertujuan untuk memperbaiki kelicinan kerja melalui pelaksanaan sistem atau prosedur baru. Perubahan yang berlaku menyebabkan ada di antara pekerja ditempatkan di jabatan lain, diturunkan atau dinaikkan pangkat, dipindahkan ke cawangan lain atau memegang jawatan lain. Perubahan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pekerja kerana ada di antara mereka yang tidak suka bekerja di bawah majikan baru, melaksanakan tugas di luar bidang mereka, berpisah dengan rakan setugas dan bertukar lokasi tempat kerja. Situasi ini boleh mengakibatkan kemurungan, tekanan, penurunan prestasi dan produktiviti kerja serta peningkatan ketidakhadiran. 2.1.5 Persekitaran Kerja Pekerja memperuntukkan masa sekitar lapan jam sehari di tempat kerja. Oleh itu, sudah pasti ruang kerja yang selesa dan teratur diperlukan supaya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian ke atas pekerjaan mereka. Faktor-faktor fizikal seperti tahap kecerahan, keadaan suhu, tahap kebisingan serta ciri-ciri aesthetik seperti warna dinding, bangunan dan susun atur pejabat turut mempengaruhi prestasi dan tingkah laku pekerja. Contohnya, suasana bising boleh mengganggu 9
  • 12. konsentrasi pekerja kerana ia akan menyukarkan penyelarasan aktiviti kerja, perbincangan penting, mengurangkan interaksi sosial serta boleh menyebabkan berlakunya kesilapan dalam sesuatu pekerjaan. Manakala, suasana tempat kerja yang suram, berselerak, kotor dan tidak terurus bukan sahaja boleh menurunkan produktiviti kerja malah membuat mereka hilang semangat untuk bekerja. Keselamatan di tempat kerja juga mempengaruhi masalah ketidakhadiran. Sebagai contoh, pekerja yang mengendalikan peralatan- peralatan dan bahan-bahan kimia terdedah kepada bahaya sekiranya mereka tersilap langkah. Ini kerana bahan-bahan kimia yang kuat boleh menyebabkan kecederaan teruk dan boleh mengancam nyawa. Selain itu juga, terdapat sesetengah bahan yang berbahaya digunakan di kawasan tertutup seperti cecair pembersih serta bahan yang boleh mencemarkan persekitaran kerja seperti pelekat, bahan binaan dan plastik tiruan. Pekerja yang bertugas di lapangan atau kawasan projek juga terdedah kepada bahaya. Kesilapan dan kecuaian pekerja boleh menyebabkan kemalangan. Tambahan pula, penggunaan mesin dan peralatan yang berat dan menyebabkan getaran boleh mengundang masalah kesihatan seperti sakit belakang dan sendi-sendi anggota badan mereka. Tambahan lagi, pendedahan kepada habuk, cuaca, pencahayaan dan suhu sekitar boleh menyebabkan batuk, pening kepala, demam, dehidrasi serta radang paru-paru dan ini boleh menjejaskan konsentrasi kepada pekerjaan mereka. Sementara itu, peralatan yang rosak dan tidak diservis seperti komputer, telefon, mesin fotostat dan mesin faks menambahkan lagi permasalahan pekerja. Keadaan ini membuatkan pekerjaan mereka tergendala dan perlu dilakukan secara manual. Jika kerosakan besar berlaku, kerja harian mereka terpaksa dilakukan keesokan hari dalam keadaan tergesa-gesa, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan urusan penting. 10
  • 13. Situasi sebegini boleh menyebabkan tekanan emosi dan hilang semangat kerja kepada mereka. 2.2 Strategi-Strategi Kreatif Mengurangkan Masalah Ketidakhadiran Sebarang masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan strategi, kaedah atau cara yang betul. Manusia hanya perlu bijak memilih langkah yang sesuai dan berkesan bagi mengatasinya. Terdapat enam metode kreatif yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu; i. Mengambil pendekatan inovatif dan baru. ii. Mencipta atau mengubah suatu proses atau sistem. iii. Menghasilkan produk atau servis baru. iv. Mencari kegunaan baru untuk perkara-perkara sedia ada. v. Menambahbaik perkara-perkara sedia ada. vi. Menemui atau mendefinisi semula konsep. Bagi mengurangkan masalah ketidakhadiran dalam organisasi, penulis mencadangkan tiga strategi berdasarkan metode kreatif di atas. Tiga metode tersebut adalah: 2.2.1 Mencipta atau Mengubah Proses atau Sistem Memperkemaskan Sistem Kehadiran Organisasi. Masih banyak organisasi yang masih menggunakan sistem buku atau kad perakam waktu untuk mencatat rekod kehadiran pekerja. Sudah tiba masanya sistem ini dihentikan penggunaannya kerana ia tidak dapat merekodkan kehadiran pekerja dengan tepat. Buktinya, pekerja lain boleh menggunakan sistem ini untuk merekod keluar masuk pejabat bagi pihak rakannya. Hal ini menunjukkan sikap tidak jujur pekerja dalam melaksanakan tugas. Selaras dengan teknologi masa kini, setiap organisasi sepatutnya membangunkan sistem yang boleh merekod dan menyimpan maklumat kehadiran kakitangan dengan tepat. Contohnya, memasang pengesahan 11
  • 14. cap jari di pintu masuk pejabat. Pekerja perlu membuat dua kali pengesahan iaitu pada waktu masuk kerja dan waktu tamat kerja. Cara ini membolehkan sistem mengira jumlah jam bekerja dan mengelakkan penipuan kerana setiap manusia mempunyai corak cap jari yang berbeza. Selain itu, pihak pengurusan perlu menyimpan rekod-rekod lain seperti cuti, kesihatan, prestasi kerja, bilangan jam bekerja dan sebagainya supaya penilaian boleh dibuat sama ada perkhidmatan pekerja tertentu diperlukan atau tidak. 2.2.2 Menambahbaik Perkara-Perkara Sedia Ada Mempertingkatkan dan Membaikpulih Kelemahan Organisasi. Pihak pengurusan harus memandang serius dengan persekitaran kerja kakitangan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. Sebarang peralatan kerja atau mesin, ruang kerja, bangunan atau alat- alat kecemasan yang rosak, tidak sesuai digunakan atau boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerja perlu dibuang, dibaiki, diganti serta dibaikpulih supaya pekerja tidak lagi berasa bimbang dan takut akan keselamatan pekerjaannya. Penurunan kadar kemalangan dapat mengurangkan kerosakan dan risiko menanggung kerugian. Suasana dan budaya tempat kerja yang kurang mesra dan suram perlu diubah. Majikan seharusnya peka dan mengambil inisiatif bagi menjernihkan hubungan sesama kakitangan. Langkah utama yang perlu dilakukan ialah mengubah gaya pengurusan yang tidak adil dan kurang cekap. Situasi ini berlaku kerana kepimpinan majikan yang lemah. Kurangnya komunikasi dengan pekerja bawahan, tidak mempedulikan permasalahan pekerja, tidak berupaya mengawal pekerja dan kurang mengambil bahagian dalam membuat keputusan adalah antara contoh kepimpinan yang lemah. Sebagai pemimpin, majikan perlu menunjukkan contoh dan sikap-sikap yang baik kepada kakitangannya. 12
  • 15. Pemimpin yang boleh memberi nasihat, pandangan dan tunjuk ajar serta tidak bersikap berat sebelah dapat mendorong pekerja untuk bekerja bersungguh-sungguh. Selain itu, masalah di tempat kerja boleh diatasi dengan tiga elemen penting iaitu penerangan dan perbincangan berkaitan perkara yang sering berlaku, mengenal pasti punca yang menyebabkan perkara itu kerap berlaku dan mengawal gelagat yang berlaku dalam organisasi. Cara ini boleh mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham di antara mereka, mengurangkan tekanan masalah, meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja dan seterusnya mewujudkan suasana yang harmoni di tempat kerja. 2.2.3 Menemui atau Mendefinisi Semula Konsep Pendekatan Pencegahan. Pencegahan adalah langkah yang terbaik dalam setiap masalah. Masalah ketidakhadiran boleh dicegah pada peringkat awal pemilihan kerja dibuat di sesebuah organisasi itu. Pihak pengurusan perlu memastikan rekod perkhidmatan pekerja yang ingin diambil bersih daripada sebarang masalah disiplin dan salah laku, berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu, boleh bekerja secara berkumpulan dan berkemampuan melaksanakan kerja tanpa pengawasan. Selain itu juga, setiap kakitangan perlu diberi taklimat dan penerangan yang jelas berkaitan keburukan masalah ketidakhadiran. Mereka perlu didedahkan dengan peraturan dan polisi syarikat serta tindakan yang akan diambil sekiranya masalah ini berlaku kepada mereka. Di samping itu juga, pihak pengurusan perlu menjalankan seminar, kursus dan ceramah berkaitan cara mempertingkatkan prestasi dan produktiviti kakitangan. Pekerja yang kurang mahir dan tidak mempunyai pengalaman berkaitan kerja pula perlu dihantar menjalani 13
  • 16. latihan bagi mempertingkatkan kemahiran mereka. Secara tidak langsung, pekerja akan berkhidmat dengan lebih efektif apabila organisasi sedar dan mengambil berat tentang keperluan mereka di tempat kerja. 3.0 KESIMPULAN Berdasarkan penulisan di atas, jelas menunjukkan masalah ketidakhadiran adalah masalah yang perlu ditangani dengan segera supaya tidak memberi kesan buruk kepada individu dan organisasi. Disebabkan faktor-faktor seperti masalah peribadi, tekanan, kepuasan kerja, hubungan dan pengurusan dalam organisasi serta persekitaran kerja inilah yang mempengaruhi kehadiran setiap kakitangan dalam organisasi. Strategi kreatif yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah memperkemaskan sistem kehadiran organisasi, mempertingkatkan dan membaikpulih kelemahan organisasi dan pendekatan pencegahan. Penulis berharap perbincangan ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan masalah ketidakhadiran kakitangan di tempat kerja. (2998 patah perkataan) 14
  • 17. RUJUKAN Azlena Zainal, & Munir Shuib. (2007). Meningkatkan Potensi Minda. Kuala Lumpur: PTS Professional. Fong, W. P. (n.d). Faktor-Faktor Mempengaruhi Ketidakhadiran Pekerja Eksekutif di Kilang Proton, Shah Alam. UNIMAS: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Ghazali Hasan, & Turiman Suandi. (1995). Kepuasan Kerja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti Pertanian Malaysia. Selangor: UPM. Mardzelah Makhsin. (2006). Sains Pemikiran & Etika. Kuala Lumpur: PTS Professional. Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2004). Meningkatkan Daya Fikir (2nd ed). Pahang: PTS Publications & Distributors. Mohd Fauzwadi Mat Ali, Abu Bakar Hamed, & Hishamuddin Fitri Abu Hasan. (2008). Hubungan Antara Stres Peranan, Ganjaran, Etika Kerja dan Kepuasan Kerja. Jurnal Pengurusan Awam. Mohd Sapuan Salit et al. (2003). Pengurusan, Gelagat dan Keselamatan Pekerja dalam Industri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Nasaruddin Yunos, Abdul Salam Yussof, & Mohamad Mohsin. (2012). Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis. Selangor: Utusan Publications & Distributors. Analisis SWOT (n.d). [Online]. Available: http://cheabdrani.tripod.com/swot.html. [2014, November 28]. Penanda Aras (2013, Mac 9). [Online]. Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penanda_aras [2014, November 28]. Persekitaran Kerja (2000, Mei 10). [Online]. Available: http://ekonomy.tripod.com/u2/ sekitar.htm. [2014, November 30]. 15