SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1 
Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak. Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, Mohd Hishamuddin Abd Hamid Fakulti Pendidikan, UKM Bangi khairulnajah@yahoo.com Abstrak Falsafah Pendidikan Islam merupakan salah satu konsep pendidikan yang amat penting dalam menjana anjakan paradigma yang positif dalam setiap diri individu. Ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Dalam menempuh alam teknologi dan komunikasi maklumat yang tiada sempadan, tidak dapat dinafikan pembangunan modal insan dan pembinaan generasi rabbani perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Tujuan penulisan artikel ini ditulis adalah untuk melihat kesepaduan antara peranan Guru Pendidikan Islam masa kini dan falsafah Pendidikan Islam dalam mewujudkan kemenjadian murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah malahan dalam bidang pembangunan rohani iaitu akhlak. Disamping itu juga, penulisan ini akan mengutarakan beberapa kesan dan saranan pembentukkan kemenjadian akhlak murid yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kualitatif yang menggunakan kajian kepustakaan beserta sumber-sumber yang relevan dengan tajuk penulisan digunakan dalam menghasilkan impak positif khususnya terhadap golongan murid. Diharap dapatan penulisan ini akan menjadi teras panduan kepada masyarakat secara amnya dan khususnya kepada Guru Pendidikan Islam dalam melahirkan masyarakat pelajar yang menjadi aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Kata Kunci: Guru Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Kemenjadian Murid, Akhlak
2 
PENGENALAN Falsafah Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Mohd Yusuf Ahmad (2002) menjelaskan Falsafah Pendidikan Islam ialah satu pemikiran yang mendalam tentang tanggungjawab dan proses mendidik manusia dengan memberi ilmu, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya mereka mengenal Allah, tahu tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah dan dapat melaksanakannya dengan betul. Konteksnya sangat menekankan usaha yang berterusan samada dalam menyampaikan ilmu, kemahiran, kurikulum, kaedah pengajaran, tujuan dan matlamatnya serta penghayatan Islam khususnya terhadap barisan Guru Pendidikan Islam dalam usaha membentuk modal insan yang berteraskan akhlak di kalangan individu khususnya golongan murid. Usaha ini mesti berteraskan sumber utama dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah dengan harapan dapat melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran, berkeperibadian mulia dan dapat membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara untuk mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Matlamat utama Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah agar menjadi hamba Allah yang bertakwa (Abdul Halim 1989). DEFINISI OPERASIONAL Pendidikan Hassan Langgulung (1979) menyatakan pendidikan sebagai merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari individu kepada individu yang lain dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
3 
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994) pula mendefinisikan pendidikan sebagai penghayatan manusia untuk melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini daalam keadaan manusia itu tunduk dan patuh kepada perintah Tuhannya sesuai dengan statusnya sebagai hamba.Ini membawa maksud pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Kesimpulannya, pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmani dan moral supaya dibentuk menjadi manusia dan warganegara yang baik melalui satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Pendidikan Islam Menurut Yusuff ( 2005 ) pendidikan bukanlah suatu yang baru untuk diperbincangkan, malah telah pun lama diperbahaskan semenjak zaman Socrates dan plato lagi. Dalam sistem pendidikan Negara kita ianya tersiri daripada Pendidikan Kebangsaan dan juga Pendidikan Islam. Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid serta pelajar berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik. Baik di sini tentulah baik pada pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu lagi memberi pendidikan. Yusuf al-Qardawi ( 1980 ) mendifinisikan falsafah Pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya, akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan ketrampilannya. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. 
Mohd Kamal Hassan et.al (1976) menyatakan bahawa Pendidikan Islam dalam konteks ini membawa fungsi untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan dan punya kesejajaran dengan dasar kehidupan Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pengetahuan-pengetahuan yang merangkumi ilmu mengenai hubungan antara manusia dengan penciptanya (Allah s.w.t) yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu akidah dan cara
4 
perlaksanaan ibadah khusus, dalam waktu yang sama berfungsi menjadikan manusia itu berilmu pengetahuan. Kemenjadian Murid Menurut laporan SKPM 1 (2004) kemenjadian murid membawa maksud perihal murid di dalam bidang akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah yang membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi. Manakala Mohd Asran (2011) mendefinisikannya sebagai indikator penerimaan ilmu yang dapat diukur melalui perubahan tingkah laku, atau lebih dikenali sebagai kemenjadian murid dan proses ini berterusan hingga ke akhir persekolahan. Justeru itu, dapatlah difahami bahawa kemenjadian murid merangkumi tiga aspek penting yang menjadi domain utama pembelajaran iaitu, ilmu pengetahuan, kemahiran sosial dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Matlamat akhir kelak adalah membentuk masyarakat Malaysia yang lebih toleran, menghormati orang lain dan berilmu pengetahuan. KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Pendidikan Islam menurut A. Athiyah al-Abrasyi (t.t) pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannnya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik. Secara keseluruhannya matlamat di atas berteraskan akhlak seorang insan. Matlamat merupakan tujuan utama yang diinginkan. Maka matlamat yang inginkan adalah dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Akhlak boleh memandu seorang muslim dalam menjalani kehidupan di dunia dan menjadi pemisah kepada insan yang lain di akhirat kelak. Kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Abdul Halim El-Muhammady (1993) yang menyatakan bahawa matlamat falsafah pendidikan Islam dalam membentuk akhlak manusia ialah sebagai proses melatih, mendidik jiwa, jasmani,rohani dan emosi manusia dengan berasaskan sumber wahyu iaitu al-Quran, al-Sunah, pengalaman salaf Al-Salih serta ilmuan para muktabar dengan bertujuan untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya didunia dan akhirat.
5 
Kesepaduan antara Falsafah Pendidikan Islam dan peranan yang dimainkan oleh Guru Pendidikan Islam dilihat sebagai asas terpenting dalam merealisasikan kemenjadian individu yang berakhlak mulia khususnya golongan murid. Proses ini bukan hanya tertumpu kepada perlaksanaannya semata-mata namun output yang lahir daripada proses ini yang lebih di utamakan iaitu penghayatan dan amalan golongan murid dalam menerapkan adab dan akhlak dalam kehidupan mereka. KONSEP AKHLAK Menurut Mohd Nasir Omar (2010) dari segi etimologi, perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab iaitu jamak kepada perkataan khuluq. Menurut Azman (2002) akhlak merupakan salah satu perkara yang sangat penting bagi setiap umat Islam, umat Islam diperintahkan oleh Allah S.W.T agar bersikap lebih peka terhadap ajaran-ajaran yang telah disampaika-Nya. Disamping itu, akhlak adalah salah satu perkara untuk membentuk sahsiah diri seseorang sama ada baik ataupun buruk. Menurut Ahmad Qadrie et.al ( 2010) akhlak sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat mahmudah seperti menjalankan setiap perintah Allah s.w.t yang diamanahkan dalam ajaran agama Islam. Menurut Ghazali (1997) menyatakan, pengertian akhlak boleh ditinjau daripada beberapa segi sama ada daripada pandangan falsafah Islam,tokoh-tokoh agama, al-Quran,hadith dan sebagainya. Menurut Fariza ( 2008 ) Al-Ghazali menyatakan bahawa ‘akhlak’ atau ‘sahsiah’ merupakan perkataan arab dan dimiliki oleh seseorang individu. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan. Secara ringkasnya, akhlak didefinisikan sebagai suatu kebiasaan tingkah laku yang mengarah kepada kebaikan atau kejahatan dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan. Maka, akhlak Islam merupakan akhlak yang teristimewa dengan pengkhususannya yang tersendiri.Ringkasnya, akhlak merujuk kepada tabiat semula jadi yang dimiliki seseorang. Ia termasuk tabiat yang dimiliki secara fitrah ataupun tabii seperti perasaan marah,ketawa,mudah tersinggung dan sebagainya. 
Akidah atau iman merupakan asas dan teras dalam Islam. Hanya mereka yang berpegang kepada akidah Islam dan teguh imannya kepada Allah sahaja diterima amal perbuatannya dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Justeru, pendekatan Islam dalam amalan dan pendidikan akhlak amat menekankan kepada penanaman akidah atau rohani yang
6 
mantap. Kesimpulannya, bahawa akhlak didefinisikan sebagai satu sifat bagi diri melalui jiwa yang melahirkan nilai baik atau jahat. PEMBENTUKAN KEMENJADIAN INDIVIDU MURID YANG BERAKHLAK MENERUSI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Abdul Halim (1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana dan cendiakawan Islam mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai Pendidikan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tempat teratas. Oleh itu beliau merumuskan bahawa Pendidikan Islam harus berperanan untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri- ciri insan „kamil‟iaitu sempurna. Antara ciri-ciri tersebut adalah mempunyai keimanan yang teguh,patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangannya,mempunyai akhlak yang luhur,mempunyai sikap social yang baik,memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi,mampu berdikari dalam segala aspek khususnya di dalam mencari rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang menjadi tanggungjawabnya serta bersedia memikul tanggungjawab agama dalam segala aspek seperti peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia.Dalam hal ini, Asmawati (2005) menegaskan bahawa penerapan nilai akhlak hendaklah bermula daripada merungkai permasalahan akhlak demi melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak dalam Pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana Pendidikan Islam antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Berikut ialah beberapa cadangan yang dapat memangkinkan peranan Guru Pendidikan Islam menerusi Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk kemenjadian akhlak seseorang insan khususnya para pelajar iaitu; 1. Penerapan Falsafah Pendidikan Islam Secara Terus Dalam Sistem Pendidikan 
Ilmu falsafah khususnya Falsafah Pendidikan Islam ini sewajarnya diterapkan secara langsung dalam sistem pendidikan kita. Dengan mempelajari bidang ini akan memberikan panduan dan gambaran kepada masyarakat khususnya para pelajar akan arah tuju pendidikan yang sebenar iaitu ke arah kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Penerapan akhlak yang terpuji dalam kehidupan menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Hebatnya
7 
sebuah negara dan tamadun itu bergantung kepada budi pekerti dan akhlak masyarakatnya.Menurut Ghazali Darussalam (2000) nilai-nilai akhlak perlu disertai tidak setakat dibilik darjah dan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia diperkukuhkan melalui latihan,gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat. Akhlak yang mulia akan menjadikan dirinya sentiasa disanjungi dan diteladani oleh orang lain. Kehebatan dan ketinggian ilmu pengetahuan seseorang itu diukur dengan pengamalan akhlaknya yang terpuji. Bahkan Allah akan mengangkat darjat seseorang itu yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan akhlak yang mulia. 2. Kesepaduan Di Antara Falsafah Pendidikan Islam Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah merupakan falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. 
Manakala pendidikan Islam pula merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Berdasarkan gabungan falsafah pendidikan Islam dan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan kemenjadian diri pelajar secara menyeluruh dan
8 
seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. 3. Menjadikan Alquran Sebagai Sumber Pembentukan Utama Sahsiah Murni Pelajar Matlamat Pelajaran al-Quran dalam falsafah pendidikan Islam ialah supaya masyarakat khususnya para murid dapat membaca al-Quran dengan bacaan yang baik. Apabila murid mengetahui maksud dari isi kandungan al-Quran berdasarkan tema yang tertentu berkaitan dengan kehidupan murid atau keperluan untuk kefahaman, amalan dan pembentukan akhlak murid, maka sudah tentu akan lahir insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan seterusnya mewujudkan warganegara Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 4. Mengetahui Dan Meyakini Rukun Iman Dan Rukun Islam Menurut Danial (2004) mengetahui dan meyakini perkara perkara yang berkaitan dengan rukun Iman dan rukun Islam akan menjadikan seseorang individu itu berpegang kuat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan ajarannya. Sebagai seorang muslim, tiada apa yang lebih besar nikmat yang diberi melainkan nikmat Iman dan Islam. Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Islam lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak dan peribadi pelajar juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan yang merupakan teras dalam membentuk individu murid yang berakhlak mulia. 5. Mengamalkan Dan Mengaplikasi Adab Adab Murni Dalam Kehidupan Seharian 
Mengamalkan akhlak yang mulia dituntut oleh agama Islam merupakan salah satu objektif Falsafah Pendidikan Islam. Objektif ini juga selari dengan FPK iaitu melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Contohnya,dalam mata pelajaran akhlak dan Adab Islamiah bagi murid-murid tahun satu lebih menekankan kepada pembentukan peribadi mukmin melalui adab di dalam kehidupan bersosial dan adab ketika menuntut ilmu, adab makan dan minum, adab Qada’ Hajat, adab tidur,adab mandi dan bersugi, adab berwuduk, adab bercakap dengan ibu bapa, adab bergaul dengan rakan dan adab bercakap dengan guru. Kesemua tajuk yang terkandung di dalam buku teks pendidikan Islam tahun
9 
satu bersesuaian dengan tahap dan aras pemikiran murid-murid tahun satu. Menerusi tajuk- tajuk yang dipelajari ini maka ia sedikit sebanyak dapat membantu diri pelajar dalam memahami apa yang dipelajari oleh mereka seterusnya membentuk kemenjadian individu murid yang mempunyai daya tahan samada secara mental dan fizikal. Dalam kehidupan harian penekanan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik adalah merupakan usaha tangga kejayaan.Manakala dalam konteks sekolah keperibadian mulia adalah warisan kemuliaan serta keperibadian mulia juga adalah kualiti hidup manusia yang boleh diaplikasikan secara meluas.Dalam hal ini falsafah pendidikan Islam menganjurkan umatnya supaya memiliki akhlak mahmudah Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Nilai nilai murni yang terkandung didalam akhlak dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan rohani dan jasad setiap insan. 6. Menghayati Ilmu Wahyu Dan Akal Untuk melahirkan kemenjadian pelajar yang berakhlak dan berintelektual, usaha pertama ialah dengan menghayati ilmu wahyu bersama-sama dengan ilmu akal. Pendidikan yang dapat membina manusia secara bersepadu dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani perlu diwujudkan. Kita jangan terlalu pasif dan liberal. Hendaklah selalu mencari dan menghayati nilai hidup yang unggul dan benar. Kita perlu identiti pendidikan kita sendiri yang sesuai dengan kehendak agama, bangsa dan tanah air dalam mengharungi dunia pendidikan semasa dan akan datang. Meniru dan mengamalkan pendidikan barat secara total adalah sikap yang tidak bijak. Dalam hal ini falsafah, matlamat dan kurikulum haruslah menurut budaya setempat dan tidak menyalahi kehendak agama Islam. Dalam hal ini Ahmad & Mohd Farid Hafidz (2008) menyarankan agar semua umat Islam perlu memelihara akidah daripada sebarang pencemaran. Ini kerana generasi masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran yang mampu menggugat keimanan seseorang dan sekali gus merencatkan pembinaan akhlak mulia yang sangat dituntut oleh falsafah pendidikan Islam. 7. Perkaitan Falsafah Pendidikan Islam Dengan Peranan Ibu Bapa 
Ibu bapa mempunyai peranan untuk mendidik anak-anak menjadi orang baik dan berakhlak. Ibu bapa mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang lebih utama dalam mendidik anak- anak daripada guru-guru di sekolah. Matlamat pendidikan bukan sekadar untuk kejayaan akademik dan kebendaan sahaja. Pendidikan adalah proses yang berterusan seumur hidup
10 
sesuai dengan ajaran agama Islam. Ibu bapa yang baik ialah mereka yang mengharapkan anaknya memperolehi keseimbangan ilmu antara dunia dan akhirat. Dengan ini akan lahirlah kemenjadian anak yang mampu mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Ibu bapa hendaklah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan untuk memperkembangkan akalnya ke arah kesejahteraan kehidupan, kemahiran yang berfaedah dan dapat membentuk sikap yang sihat terhadap pelajaran dan pembelajaran. 8. Penerapan Disiplin Dan Nilai Motivasi Pada Individu Pelajar Akhlak yang baik akan menghasilkan disiplin yang baik tetapi tidak sebaliknya. Maknanya pembinaan jiwa diri pelajar mestilah kukuh sehingga tidak dapat dipengaruhi oleh budaya kebendaan. Di samping itu Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat mempunyai peranan yang penting sebagai perangsang, pemberi maklumat dan „role model‟ untuk dicontohi oleh pelajar. Menurut Ahmad (1999) kehidupan Nabi Muhammad menjadi contoh utama kerana kesempurnanya dari masa kanak kanak sehinggalah dewasa dan dalam seluruh perjalanan hidupnya, Rasullullah s.a.w mempunyai akhlak yang paling sempurna dan paling sesuai diikuti dalam mewujudkan insan yang berakhlak mulia.Pihak kerajaan pula hendaklah membina semula dasar dan sistem pendidikan yang ideal. Salah satu cara yang baik ialah dengan mewajibkan mata pelajaran agama Islam kepada semua pelajar yang beragama Islam. 9. Peranan Guru Dalam Membina Akhlak Mulia Berteraskan Falsafah Pendidikan Islam 
Status dan kualiti Guru Pendidikan Islam masa kini perlu dipertingkatkan daripada masa ke semasa. Penyeimbangan konsep ibadah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan. Dalam hal ini guru mempunyai peranan yang besar untuk melahirkan pelajar yang kuat imannya dan cemerlang akademiknya. Justeru itu guru mesti melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan. Apabila guru mempunyai hubungan yang kuat antara iman dan takwa terhadap Allah maka akan lahirlah akhlak mahmudah seperti berkasih sayang sesama saudara, adil, berani, ikhlas, sabar, amanah dan lain lain sifat mulia yang akan menjana ke arah perwatakan akhlak yang diinginkan oleh tuntutan falsafah
11 
Islam sama ada terhadap diri guru tersebut atau kepada orang lain khususnya kemenjadian murid dalam mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan mereka. 10. Pendekatan Yang Berteraskan Islam Mengikut Falsafah Pendidikan Islam juga ada menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu bagi melahirkan pelajar berketrampilan,berakhlak mulia. Ini menunjukkan pendidikan ini lebih terarah kepada sahsiah dan keperibadian pelajar. Keberkesanan sesuatu pendidikan itu tidak boleh diukur dengan masa, ini kerana hasil pendidikan itu akan mula menunjukkan kesannya selepas beberapa jangka masa yang lama. Abdullah Nasih Ulwan (1993 ) menekankan terhadap pendekatan tahzib yang sangat berkait rapat dengan pembentukan akhlak seseorang insan perlu seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan, ini dapat digunakan dalam menghadapi sbarang cabaran yang mendatang dengan penuh kebahagiaan. Manakala pendekatan tarbiyah pula membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Pendidikan masa kini tidak boleh hanya bersandarkan pendidikan di dalam bilik darjah sahaja. Sepatutnya skop pendidikan di Malaysia perlu dikembangkan ke luar bilik darjah. Cara ini mampu memberi kesan yang mendalam dalam diri pelajar dan menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Dengan ini akan menjadikan pendidikan itu suatu proses mengasuh, mendidik dan memelihara pelajar samada didalam mahupun diluar bilik darjah. Namun begitu, istilah ini lebih terarah kepada didikan sahaja bukannya untuk menjadikan pelajar lebih beradab. KESAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KEARAH PEMBENTUKAN KEMENJADIAN INDIVIDU MURID YANG BERAKHLAK Sebagaimana digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
12 
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Antara kesan kesan Falsafah Pendidikan Islam terhadap pembentukkan kemenjadian akhlak murid ialah: 1. Melahirkan Intipati Tauhid Kepada Allah Demi melahirkan insan yang soleh dan berakhlak, pengajaran nilai akhlak yang dikaitkan dengan kepercayaan kepada tuhan akan membuahkan hasil yang diingini. Dapatlah disimpulkan di sini penghayatan dalam falsafah pendidikan Islam dapat melahirkan muslim yang berakhlak mulia. Penghayatan dalam Pendidikan Islam sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hasil kajian mendapati kebanyakan masyarakat khususnya pelajar masa kini tidak mengetahui akan faedah mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.Mereka berpendapat ia hanya sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran yang lain. Seharusnya, penerapan falsafah pendidikan Islam ini perlu didedahkan dengan penghayatan pelajaran tersebut dan seterusnya di aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Maka tidak hairanlah berlaku pelbagai gejala sosial yang lahir dalam masyarakat masa kini akibat tiadanya nilai kemantapan akhlak dalam jiwa mereka sehingga terdorong melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya (Ahmad Redzuwan 2003) Sewajarnya dengan memahami intipati falsafah pendidikan ini akan menjadikan masyarakat lebih berakhlak. Ini kerana falsafah tersebut lebih terarah untuk melahirkan insan yang berakhlak. Sekalipun jika seseorang itu dapat mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan Pendidikan Islam dengan cemerlang namun masih belum mampu untuk menjamin masyarakat tersebut mempunyai akhlak yang terpuji. Sekiranya ilmu ini dapat difahami dan dikuasai, para pelajar akan terlatih dengan penghayatan disiplin sesuatu ilmu. 2. Mewujudkan Kekuatan Keimanan Dan Ketakwaan Begitu juga menurut Mohd Kamal (1987), kuat atau lemahnya iman seseorang itu dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji. Asmawati (2009) turut menegaskan bahawa pembinaan sahsiah yang baik dan akhlak perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah. Keimanan yang kukuh merupakan benteng yang paling ampuh dalam menangani masalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam masyarakat.
13 
Tarbiyyah keimanan dan ketakwaan ini lebih terarah kepada proses bimbingan yang meliputi akal, jiwa dan jasad seseorang itu dengan harapan diakhir proses ini akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh hidup berdikari dan hidup bermasyarakat di luar sana. Pembentukan akal, jiwa dan jasad ini perlu sentiasa berada dalam pengawasan pendidik agar matlamat tersebut akan dapat menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Istilah ini juga sebenarnya cukup sinonim dengan kasih sayang, kelembutan hati, perhatian dan sebagainya. Pendidikan sewajarnya sentiasa menerapkan unsur kelembutan dan berhikmah bukannya penghinaan, kekerasan terhadap murid. Kesannya sangat negatif dalam pendidikan seperti pelajar akan mudah menjadi bosan, cenderung untuk menipu, ponteng kelas dan sebagainya. Ibnu Khaldun juga mengkritik keras mana-mana pendidik yang menggunakan kekerasan dalam metod pengajarannya. Namun begitu penulis lebih cenderung kepada penggunaan istilah taadib. Istilah ini sangat sesuai dengan akhlak, budi pekerti, keperibadian dan sebagainya. Pembentukan elemen-elemen tersebut sebenarnya umpama pelengkap kepada sistem pengajaran dan pembelajaran yang ada di negara kita yang mana pelajar telah disematkan dalam minda mereka kepada sistem berteraskan peperiksaan. Sehingga mengabaikan aspek adab dan nilai- nilai murni yang sepatutnya dijadikan keperluan dalam diri setiap pelajar untuk menghasilkan modal insan yang berkerampilan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat tempat tinggal yang kekal abadi. 3. Memahami Tanggungjawab Sebagai Khalifah Allah S.W.T Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Islam, iaitu Falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany 1991). Oleh itui, dapatlah difahami bahawa Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang soleh. Dengan cara inilah, kemenjadian akhlak pelajar yang dibentuk akan mencapai matlamat yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Islam kearah pembinaan kekuatan rohani dan jasmani.
14 
Falsafah Pendidikan Islam adalah seperti berikut:“Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahirandan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap,kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arahmencapai kebaikan di dunia dan di akhirat”. 4. Mempelajari Ilmu Pengetahuan Dan Menerapkannya Dalam Kehidupan Seharian Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Matlamat falsafah pendidikan Islam itu sendiri amat menekankan kepada perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Apabila ini semua digabungkan maka akan berkembang pula potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu khususnya terhadap pembentukan kemenjadian akhlak pelajar. Kepercayaan kepada Tuhan dan agama dengan meletakkan diri sebagai hamba Allah yang taat dan patuh terhadap segala suruhannya akan melahirkan Muslim yang bertakwa, berilmu, beramal soleh, bertanggungjawab dan berakhlak mulia ke arah menjadi hamba dan Khalifah Allah. Konsep keilmuan mesti diasaskan kepada sejarah, kebudayaan, tamadun, nilai dan kepercayaan sesuatu bangsa. Dengan ini akan lahirlah konsep ilmu yang seimbang, menyeluruh dan sepadu. Dalam hal ini negara Malaysia sedang berusaha menilai dan membina konsep ilmu yang lebih seimbang,menyeluruh dan bersepadu antara kehendak dunia dan kepentingan akhirat. Bagi penulis di dalam pendidikan kita mestilah mendahulukan falsafah keilmuan Islam kerana ia merupakan kekuatan bagi umat Islam bagi membina umat yang cemerlang. 5. Mewujudkan Falsafah Pendidikan Sendiri Berasaskan Falsafah Pendidikan Islam Dan Kebangsaan 
Matlamat Pendidikan Negara Malaysia ialah untuk membentuk masyarakat yang boleh menggunakan akalnya, serta boleh berfikir ke tahap maksima agar lebih bertanggungjawab. Keseluruhan pendidikan sekarang berpaksikan Barat dan tidak sesuai bagi Negara Malaysia. Untuk membina kemenjadian murid yang berakhlak, bermaruah dan tinggi daya tahan perlu ada falsafah dan dasar pendidikan tersendiri. Konsep hidup masyarakat Barat mesti ditolak kerana ia lebih pentingkan kepada kebendaan dan diri sendiri. Sikap inilah yang akan
15 
melahirkan penyakit sosial dalam masyarakat. Kita mesti pilih konsep dan kaedah pendidikan yang terbaik sahaja. Kemajuan barat hendaklah dikaji dan ambil kebaikannya sahaja. Seterusnya kita perlu berfikir dan mencari sendiri dasar dan falsafah pendidikan yang sesuai dengan matlamat pendidikan. Pendidikan akhlak dan disiplin pelajar mesti diutamakan. Mata pelajaran agama Islam adalah diwajibkan pada semua peringkat sekolah dan universiti agar dapat melahirkan insan yang berguna di dunia dan bahagia di akhirat. KESIMPULAN Pendidikan adalah lambang ketamadunan sesebuah bangsa. Ianya dapat diukur dengan melihat secara fizikal kepada perkembangan karakter dan pembinaan keperibadian setiap muslim itu. Ketinggian sesuatu tamadun itu diukur dengan pembentukan akhlak dan sahsiah sesebuah ummah. Maka Pendidikan Islam mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t. Selain itu, insan tersebut juga hendaklah mempunyai akhlak yang luhur dan sosial yang baik. Pembentukan akhlak dan sahsiah yang terpuji mampu dizahirkan oleh semua umat Islam. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam yang sangat menekankan aspek pembentukan keperibadian seseorang individu. Jelasnya, matlamat membina manusia yang baik yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Islam memerlukan pendekatan yang rapi dan komprehensif. Konsep ini adalah merupakan perkara pokok kepada usaha pembentukan kemenjadian individu murid yang berakhlak menerusi bidang pendidikan. Peranan Falsafah Pendidikan Islam memang besar, perlu, penting dan kritikal sekali dalam konteks pembinaan insan. Ini membuktikan Falsafah Pendidikan Islam yang bersifat menyeluruh dan bersepadu menekankan keperluan pembinaan tingkah laku yang selaras dengan fitrah kejadian manusia. Bermakna, ianya begitu saling berkaitan dalam pembinaan modal insan yang dihajati oleh Negara kita.
16 
RUJUKAN Abdul Halim El-Muhammady.1993. Pendidikan Islam Era 2020: Satu Penghayatan Menyeluruh. Dalam: Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah. Pendidikan Islam Era 2020 Tasawur dan Strategi. Kajang: Bintang Jaya. Abdul Halim Hj. Mat Diah. 1989. Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa.1994.Falsafah dan Konsep Pendidikan.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Kuala Lumpur. Ahmad Mohd Salleh.1999. Pendidikan Islam Dinamika Guru. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh & Mohd Fariz Hafidz Ahmad.2008. Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Teras.Penerbitan Oxford Fajar.Kuala Lumpur. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus.2003. Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam. Kuala Lumpur.Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Ahmad Qadrie Sidek, Khafizah Md Hanif & Md. Danimansah Azhari. 2010. Akhlak Islamiah. Singapura: Malaysia Press Sdn Bhd. al-Abrasyi, Muhammad *Amiyah. (Lta) Ruh al-Tarbsyah •wa al~Ta 'lim. Beirut: Dar alFikr. Al-Syaibany, Omar Muhammad al-Toumy .1991. Falsafah Pendidikan Islam. (Terj: Hasan Langgulung). Shah Alam: HIZBI. Al-Qaradawi. 1980. Mubadi’ Wa Qayyim Li Ta’lim Fi Daw’i Al-Sunnah Al-Atarah ( Asas dan Nilai Dalam Pembelajaran Menurut Sunnah ) Jurnal Syariah Dan Pengajian Islam: Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak Adab Islam : Konsep dan Amalan. Kuala Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Asmawati Suhid.2005. Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani Era Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil.6,Disember: 95- 103. Azman Mat Zain. 2002. Akhlak Islam : Konsep Dan Kepentingannya Dalam Kehidupan Masyarakat. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Danial Zainal Abidin .2004. 7 Formula Individu Cemerlang. Kuala Lumpur. PTS Millennia Sdn Bhd. Fariza Md. Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin. 2008. Personaliti Dari Perspektif Al-Ghazali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ghazali Darulsalam, 2000. Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Malaysia.
17 
Hassan Langgulung.1979. Pendidikan Islam:Satu Analisa Sosio-Psikologikal.Pustaka Antara.Kuala Lumpur. Mohd Asran Amisah. 2011. Sistem Peperiksaan Mesti Fokus Kemenjadian Murid. Berita Harian. Mohd. Kamal Hasan. 1987. Peranan Akhlak Dalam Pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam. Bil. 8(3): 1-12. Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman & Razali Haji Nawawi . 1976. Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia dalam Ismail Abd Rahman (pnyt). Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusuf Ahmad. 2005. Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ulwan, Abdullah Nasih .1993. Pendidikan Anak anak Dalam Islam. Vol 2. ctk 6. Singapura.Pustaka Nasional. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah (SKPM 1) .2004. Putrajaya: Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdekamzaidin
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barathazwanikamaludin
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Pengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdekaPengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdekamzaidin
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifTeori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifNURUL NADIAH AHMAD KAMAL
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 

Was ist angesagt? (20)

implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Pengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdekaPengajian islam selepas merdeka
Pengajian islam selepas merdeka
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifTeori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 

Andere mochten auch

Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islamPersigatra FC
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Chon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHSyaza Mohd Sabri
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Mohd Shuhaimi Padzil
 
Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1
Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1
Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1Muhammad Fadzli
 
Makalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa Remaja
Makalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa RemajaMakalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa Remaja
Makalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa RemajaPramesti Widya Utami
 
Pergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remajaPergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remajaNurfaisyalAnas
 

Andere mochten auch (9)

Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
57053045 peranan-guru-pendidikan-islam
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013
 
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1
Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1
Bab 8-Konsep Pendidikan Islam 1
 
Makalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa Remaja
Makalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa RemajaMakalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa Remaja
Makalah Dampak Pergaulan Positif Dan Negatif Dimasa Remaja
 
Pergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remajaPergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remaja
 

Ähnlich wie AKHLAK GURU

Filsapat pendidikan.docx
Filsapat pendidikan.docxFilsapat pendidikan.docx
Filsapat pendidikan.docxNurulAula2
 
Terminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islamTerminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islamMuktarIsnanHasibuan
 
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docxTerminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docxWildatlZuhra
 
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdfFILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdfNurTasya9
 
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdfARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdfNuzululArifin2
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAMDASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAMMuhammad Wisnu D R
 
ResumellMateri I-rahmawps.docx
ResumellMateri I-rahmawps.docxResumellMateri I-rahmawps.docx
ResumellMateri I-rahmawps.docxRahmaWati413908
 
Sumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamSumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamAmeilya P P
 
Pendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docxPendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docxcankngnodi
 

Ähnlich wie AKHLAK GURU (20)

Ipi
IpiIpi
Ipi
 
Filsapat pendidikan.docx
Filsapat pendidikan.docxFilsapat pendidikan.docx
Filsapat pendidikan.docx
 
Pendidikan islam & profesionalisme
Pendidikan islam & profesionalisme Pendidikan islam & profesionalisme
Pendidikan islam & profesionalisme
 
Terminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islamTerminologi pendidikan dalam islam
Terminologi pendidikan dalam islam
 
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docxTerminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
Terminologi Pendidikan Dalam Islam.docx
 
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdfFILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
FILSAFAT PENDIDIKAN (2).pdf
 
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdfARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
ARTIKEL IPI (SISTEM PEND ISLAM).pdf
 
Peran pendidikan bagi peserta didik
Peran pendidikan bagi peserta didikPeran pendidikan bagi peserta didik
Peran pendidikan bagi peserta didik
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAMDASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
DASAR-DASAR ILMU PENDIDIKAN ISLAM
 
Ipi2.rtf
Ipi2.rtfIpi2.rtf
Ipi2.rtf
 
14155621 topik6konseppendidikan
14155621 topik6konseppendidikan14155621 topik6konseppendidikan
14155621 topik6konseppendidikan
 
Ilmu pendidikan islam
Ilmu pendidikan islamIlmu pendidikan islam
Ilmu pendidikan islam
 
ResumellMateri I-rahmawps.docx
ResumellMateri I-rahmawps.docxResumellMateri I-rahmawps.docx
ResumellMateri I-rahmawps.docx
 
Resume kel 4 dst.docx
Resume kel 4 dst.docxResume kel 4 dst.docx
Resume kel 4 dst.docx
 
Falsafah pddkn islam
Falsafah pddkn islamFalsafah pddkn islam
Falsafah pddkn islam
 
Bab ii editan me
Bab ii editan meBab ii editan me
Bab ii editan me
 
Sumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamSumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan Islam
 
Pendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docxPendidikan islam.docx
Pendidikan islam.docx
 

Kürzlich hochgeladen

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 

AKHLAK GURU

  • 1. 1 Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak. Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, Mohd Hishamuddin Abd Hamid Fakulti Pendidikan, UKM Bangi khairulnajah@yahoo.com Abstrak Falsafah Pendidikan Islam merupakan salah satu konsep pendidikan yang amat penting dalam menjana anjakan paradigma yang positif dalam setiap diri individu. Ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Dalam menempuh alam teknologi dan komunikasi maklumat yang tiada sempadan, tidak dapat dinafikan pembangunan modal insan dan pembinaan generasi rabbani perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Tujuan penulisan artikel ini ditulis adalah untuk melihat kesepaduan antara peranan Guru Pendidikan Islam masa kini dan falsafah Pendidikan Islam dalam mewujudkan kemenjadian murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah malahan dalam bidang pembangunan rohani iaitu akhlak. Disamping itu juga, penulisan ini akan mengutarakan beberapa kesan dan saranan pembentukkan kemenjadian akhlak murid yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kualitatif yang menggunakan kajian kepustakaan beserta sumber-sumber yang relevan dengan tajuk penulisan digunakan dalam menghasilkan impak positif khususnya terhadap golongan murid. Diharap dapatan penulisan ini akan menjadi teras panduan kepada masyarakat secara amnya dan khususnya kepada Guru Pendidikan Islam dalam melahirkan masyarakat pelajar yang menjadi aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Kata Kunci: Guru Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Kemenjadian Murid, Akhlak
  • 2. 2 PENGENALAN Falsafah Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Mohd Yusuf Ahmad (2002) menjelaskan Falsafah Pendidikan Islam ialah satu pemikiran yang mendalam tentang tanggungjawab dan proses mendidik manusia dengan memberi ilmu, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya mereka mengenal Allah, tahu tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah dan dapat melaksanakannya dengan betul. Konteksnya sangat menekankan usaha yang berterusan samada dalam menyampaikan ilmu, kemahiran, kurikulum, kaedah pengajaran, tujuan dan matlamatnya serta penghayatan Islam khususnya terhadap barisan Guru Pendidikan Islam dalam usaha membentuk modal insan yang berteraskan akhlak di kalangan individu khususnya golongan murid. Usaha ini mesti berteraskan sumber utama dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah dengan harapan dapat melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran, berkeperibadian mulia dan dapat membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara untuk mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Matlamat utama Falsafah Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah agar menjadi hamba Allah yang bertakwa (Abdul Halim 1989). DEFINISI OPERASIONAL Pendidikan Hassan Langgulung (1979) menyatakan pendidikan sebagai merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari individu kepada individu yang lain dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
  • 3. 3 Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994) pula mendefinisikan pendidikan sebagai penghayatan manusia untuk melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini daalam keadaan manusia itu tunduk dan patuh kepada perintah Tuhannya sesuai dengan statusnya sebagai hamba.Ini membawa maksud pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Kesimpulannya, pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmani dan moral supaya dibentuk menjadi manusia dan warganegara yang baik melalui satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Pendidikan Islam Menurut Yusuff ( 2005 ) pendidikan bukanlah suatu yang baru untuk diperbincangkan, malah telah pun lama diperbahaskan semenjak zaman Socrates dan plato lagi. Dalam sistem pendidikan Negara kita ianya tersiri daripada Pendidikan Kebangsaan dan juga Pendidikan Islam. Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid serta pelajar berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik. Baik di sini tentulah baik pada pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu lagi memberi pendidikan. Yusuf al-Qardawi ( 1980 ) mendifinisikan falsafah Pendidikan Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya, akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan ketrampilannya. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Mohd Kamal Hassan et.al (1976) menyatakan bahawa Pendidikan Islam dalam konteks ini membawa fungsi untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan dan punya kesejajaran dengan dasar kehidupan Islam. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pengetahuan-pengetahuan yang merangkumi ilmu mengenai hubungan antara manusia dengan penciptanya (Allah s.w.t) yang dimanifestasikan dalam ilmu-ilmu akidah dan cara
  • 4. 4 perlaksanaan ibadah khusus, dalam waktu yang sama berfungsi menjadikan manusia itu berilmu pengetahuan. Kemenjadian Murid Menurut laporan SKPM 1 (2004) kemenjadian murid membawa maksud perihal murid di dalam bidang akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah yang membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi. Manakala Mohd Asran (2011) mendefinisikannya sebagai indikator penerimaan ilmu yang dapat diukur melalui perubahan tingkah laku, atau lebih dikenali sebagai kemenjadian murid dan proses ini berterusan hingga ke akhir persekolahan. Justeru itu, dapatlah difahami bahawa kemenjadian murid merangkumi tiga aspek penting yang menjadi domain utama pembelajaran iaitu, ilmu pengetahuan, kemahiran sosial dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Matlamat akhir kelak adalah membentuk masyarakat Malaysia yang lebih toleran, menghormati orang lain dan berilmu pengetahuan. KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Pendidikan Islam menurut A. Athiyah al-Abrasyi (t.t) pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannnya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik. Secara keseluruhannya matlamat di atas berteraskan akhlak seorang insan. Matlamat merupakan tujuan utama yang diinginkan. Maka matlamat yang inginkan adalah dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Akhlak boleh memandu seorang muslim dalam menjalani kehidupan di dunia dan menjadi pemisah kepada insan yang lain di akhirat kelak. Kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Abdul Halim El-Muhammady (1993) yang menyatakan bahawa matlamat falsafah pendidikan Islam dalam membentuk akhlak manusia ialah sebagai proses melatih, mendidik jiwa, jasmani,rohani dan emosi manusia dengan berasaskan sumber wahyu iaitu al-Quran, al-Sunah, pengalaman salaf Al-Salih serta ilmuan para muktabar dengan bertujuan untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya didunia dan akhirat.
  • 5. 5 Kesepaduan antara Falsafah Pendidikan Islam dan peranan yang dimainkan oleh Guru Pendidikan Islam dilihat sebagai asas terpenting dalam merealisasikan kemenjadian individu yang berakhlak mulia khususnya golongan murid. Proses ini bukan hanya tertumpu kepada perlaksanaannya semata-mata namun output yang lahir daripada proses ini yang lebih di utamakan iaitu penghayatan dan amalan golongan murid dalam menerapkan adab dan akhlak dalam kehidupan mereka. KONSEP AKHLAK Menurut Mohd Nasir Omar (2010) dari segi etimologi, perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab iaitu jamak kepada perkataan khuluq. Menurut Azman (2002) akhlak merupakan salah satu perkara yang sangat penting bagi setiap umat Islam, umat Islam diperintahkan oleh Allah S.W.T agar bersikap lebih peka terhadap ajaran-ajaran yang telah disampaika-Nya. Disamping itu, akhlak adalah salah satu perkara untuk membentuk sahsiah diri seseorang sama ada baik ataupun buruk. Menurut Ahmad Qadrie et.al ( 2010) akhlak sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat mahmudah seperti menjalankan setiap perintah Allah s.w.t yang diamanahkan dalam ajaran agama Islam. Menurut Ghazali (1997) menyatakan, pengertian akhlak boleh ditinjau daripada beberapa segi sama ada daripada pandangan falsafah Islam,tokoh-tokoh agama, al-Quran,hadith dan sebagainya. Menurut Fariza ( 2008 ) Al-Ghazali menyatakan bahawa ‘akhlak’ atau ‘sahsiah’ merupakan perkataan arab dan dimiliki oleh seseorang individu. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan. Secara ringkasnya, akhlak didefinisikan sebagai suatu kebiasaan tingkah laku yang mengarah kepada kebaikan atau kejahatan dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan. Maka, akhlak Islam merupakan akhlak yang teristimewa dengan pengkhususannya yang tersendiri.Ringkasnya, akhlak merujuk kepada tabiat semula jadi yang dimiliki seseorang. Ia termasuk tabiat yang dimiliki secara fitrah ataupun tabii seperti perasaan marah,ketawa,mudah tersinggung dan sebagainya. Akidah atau iman merupakan asas dan teras dalam Islam. Hanya mereka yang berpegang kepada akidah Islam dan teguh imannya kepada Allah sahaja diterima amal perbuatannya dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Justeru, pendekatan Islam dalam amalan dan pendidikan akhlak amat menekankan kepada penanaman akidah atau rohani yang
  • 6. 6 mantap. Kesimpulannya, bahawa akhlak didefinisikan sebagai satu sifat bagi diri melalui jiwa yang melahirkan nilai baik atau jahat. PEMBENTUKAN KEMENJADIAN INDIVIDU MURID YANG BERAKHLAK MENERUSI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Abdul Halim (1989) membuat kesimpulan bahawa para sarjana dan cendiakawan Islam mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai Pendidikan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tempat teratas. Oleh itu beliau merumuskan bahawa Pendidikan Islam harus berperanan untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri- ciri insan „kamil‟iaitu sempurna. Antara ciri-ciri tersebut adalah mempunyai keimanan yang teguh,patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangannya,mempunyai akhlak yang luhur,mempunyai sikap social yang baik,memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi,mampu berdikari dalam segala aspek khususnya di dalam mencari rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang menjadi tanggungjawabnya serta bersedia memikul tanggungjawab agama dalam segala aspek seperti peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia.Dalam hal ini, Asmawati (2005) menegaskan bahawa penerapan nilai akhlak hendaklah bermula daripada merungkai permasalahan akhlak demi melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak dalam Pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana Pendidikan Islam antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Berikut ialah beberapa cadangan yang dapat memangkinkan peranan Guru Pendidikan Islam menerusi Falsafah Pendidikan Islam dalam membentuk kemenjadian akhlak seseorang insan khususnya para pelajar iaitu; 1. Penerapan Falsafah Pendidikan Islam Secara Terus Dalam Sistem Pendidikan Ilmu falsafah khususnya Falsafah Pendidikan Islam ini sewajarnya diterapkan secara langsung dalam sistem pendidikan kita. Dengan mempelajari bidang ini akan memberikan panduan dan gambaran kepada masyarakat khususnya para pelajar akan arah tuju pendidikan yang sebenar iaitu ke arah kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Penerapan akhlak yang terpuji dalam kehidupan menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Hebatnya
  • 7. 7 sebuah negara dan tamadun itu bergantung kepada budi pekerti dan akhlak masyarakatnya.Menurut Ghazali Darussalam (2000) nilai-nilai akhlak perlu disertai tidak setakat dibilik darjah dan terbatas kepada mata pelajaran semata mata. Sebaliknya, ia diperkukuhkan melalui latihan,gerak kerja kokurikulum dan khidmat masyarakat. Akhlak yang mulia akan menjadikan dirinya sentiasa disanjungi dan diteladani oleh orang lain. Kehebatan dan ketinggian ilmu pengetahuan seseorang itu diukur dengan pengamalan akhlaknya yang terpuji. Bahkan Allah akan mengangkat darjat seseorang itu yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan akhlak yang mulia. 2. Kesepaduan Di Antara Falsafah Pendidikan Islam Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah merupakan falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Manakala pendidikan Islam pula merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Berdasarkan gabungan falsafah pendidikan Islam dan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan kemenjadian diri pelajar secara menyeluruh dan
  • 8. 8 seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. 3. Menjadikan Alquran Sebagai Sumber Pembentukan Utama Sahsiah Murni Pelajar Matlamat Pelajaran al-Quran dalam falsafah pendidikan Islam ialah supaya masyarakat khususnya para murid dapat membaca al-Quran dengan bacaan yang baik. Apabila murid mengetahui maksud dari isi kandungan al-Quran berdasarkan tema yang tertentu berkaitan dengan kehidupan murid atau keperluan untuk kefahaman, amalan dan pembentukan akhlak murid, maka sudah tentu akan lahir insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan seterusnya mewujudkan warganegara Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 4. Mengetahui Dan Meyakini Rukun Iman Dan Rukun Islam Menurut Danial (2004) mengetahui dan meyakini perkara perkara yang berkaitan dengan rukun Iman dan rukun Islam akan menjadikan seseorang individu itu berpegang kuat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan ajarannya. Sebagai seorang muslim, tiada apa yang lebih besar nikmat yang diberi melainkan nikmat Iman dan Islam. Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Islam lebih mementingkan segala ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak dan peribadi pelajar juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan yang merupakan teras dalam membentuk individu murid yang berakhlak mulia. 5. Mengamalkan Dan Mengaplikasi Adab Adab Murni Dalam Kehidupan Seharian Mengamalkan akhlak yang mulia dituntut oleh agama Islam merupakan salah satu objektif Falsafah Pendidikan Islam. Objektif ini juga selari dengan FPK iaitu melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Contohnya,dalam mata pelajaran akhlak dan Adab Islamiah bagi murid-murid tahun satu lebih menekankan kepada pembentukan peribadi mukmin melalui adab di dalam kehidupan bersosial dan adab ketika menuntut ilmu, adab makan dan minum, adab Qada’ Hajat, adab tidur,adab mandi dan bersugi, adab berwuduk, adab bercakap dengan ibu bapa, adab bergaul dengan rakan dan adab bercakap dengan guru. Kesemua tajuk yang terkandung di dalam buku teks pendidikan Islam tahun
  • 9. 9 satu bersesuaian dengan tahap dan aras pemikiran murid-murid tahun satu. Menerusi tajuk- tajuk yang dipelajari ini maka ia sedikit sebanyak dapat membantu diri pelajar dalam memahami apa yang dipelajari oleh mereka seterusnya membentuk kemenjadian individu murid yang mempunyai daya tahan samada secara mental dan fizikal. Dalam kehidupan harian penekanan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik adalah merupakan usaha tangga kejayaan.Manakala dalam konteks sekolah keperibadian mulia adalah warisan kemuliaan serta keperibadian mulia juga adalah kualiti hidup manusia yang boleh diaplikasikan secara meluas.Dalam hal ini falsafah pendidikan Islam menganjurkan umatnya supaya memiliki akhlak mahmudah Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Nilai nilai murni yang terkandung didalam akhlak dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan rohani dan jasad setiap insan. 6. Menghayati Ilmu Wahyu Dan Akal Untuk melahirkan kemenjadian pelajar yang berakhlak dan berintelektual, usaha pertama ialah dengan menghayati ilmu wahyu bersama-sama dengan ilmu akal. Pendidikan yang dapat membina manusia secara bersepadu dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani perlu diwujudkan. Kita jangan terlalu pasif dan liberal. Hendaklah selalu mencari dan menghayati nilai hidup yang unggul dan benar. Kita perlu identiti pendidikan kita sendiri yang sesuai dengan kehendak agama, bangsa dan tanah air dalam mengharungi dunia pendidikan semasa dan akan datang. Meniru dan mengamalkan pendidikan barat secara total adalah sikap yang tidak bijak. Dalam hal ini falsafah, matlamat dan kurikulum haruslah menurut budaya setempat dan tidak menyalahi kehendak agama Islam. Dalam hal ini Ahmad & Mohd Farid Hafidz (2008) menyarankan agar semua umat Islam perlu memelihara akidah daripada sebarang pencemaran. Ini kerana generasi masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran yang mampu menggugat keimanan seseorang dan sekali gus merencatkan pembinaan akhlak mulia yang sangat dituntut oleh falsafah pendidikan Islam. 7. Perkaitan Falsafah Pendidikan Islam Dengan Peranan Ibu Bapa Ibu bapa mempunyai peranan untuk mendidik anak-anak menjadi orang baik dan berakhlak. Ibu bapa mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang lebih utama dalam mendidik anak- anak daripada guru-guru di sekolah. Matlamat pendidikan bukan sekadar untuk kejayaan akademik dan kebendaan sahaja. Pendidikan adalah proses yang berterusan seumur hidup
  • 10. 10 sesuai dengan ajaran agama Islam. Ibu bapa yang baik ialah mereka yang mengharapkan anaknya memperolehi keseimbangan ilmu antara dunia dan akhirat. Dengan ini akan lahirlah kemenjadian anak yang mampu mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Ibu bapa hendaklah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan untuk memperkembangkan akalnya ke arah kesejahteraan kehidupan, kemahiran yang berfaedah dan dapat membentuk sikap yang sihat terhadap pelajaran dan pembelajaran. 8. Penerapan Disiplin Dan Nilai Motivasi Pada Individu Pelajar Akhlak yang baik akan menghasilkan disiplin yang baik tetapi tidak sebaliknya. Maknanya pembinaan jiwa diri pelajar mestilah kukuh sehingga tidak dapat dipengaruhi oleh budaya kebendaan. Di samping itu Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat mempunyai peranan yang penting sebagai perangsang, pemberi maklumat dan „role model‟ untuk dicontohi oleh pelajar. Menurut Ahmad (1999) kehidupan Nabi Muhammad menjadi contoh utama kerana kesempurnanya dari masa kanak kanak sehinggalah dewasa dan dalam seluruh perjalanan hidupnya, Rasullullah s.a.w mempunyai akhlak yang paling sempurna dan paling sesuai diikuti dalam mewujudkan insan yang berakhlak mulia.Pihak kerajaan pula hendaklah membina semula dasar dan sistem pendidikan yang ideal. Salah satu cara yang baik ialah dengan mewajibkan mata pelajaran agama Islam kepada semua pelajar yang beragama Islam. 9. Peranan Guru Dalam Membina Akhlak Mulia Berteraskan Falsafah Pendidikan Islam Status dan kualiti Guru Pendidikan Islam masa kini perlu dipertingkatkan daripada masa ke semasa. Penyeimbangan konsep ibadah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan. Dalam hal ini guru mempunyai peranan yang besar untuk melahirkan pelajar yang kuat imannya dan cemerlang akademiknya. Justeru itu guru mesti melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan. Apabila guru mempunyai hubungan yang kuat antara iman dan takwa terhadap Allah maka akan lahirlah akhlak mahmudah seperti berkasih sayang sesama saudara, adil, berani, ikhlas, sabar, amanah dan lain lain sifat mulia yang akan menjana ke arah perwatakan akhlak yang diinginkan oleh tuntutan falsafah
  • 11. 11 Islam sama ada terhadap diri guru tersebut atau kepada orang lain khususnya kemenjadian murid dalam mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan mereka. 10. Pendekatan Yang Berteraskan Islam Mengikut Falsafah Pendidikan Islam juga ada menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu bagi melahirkan pelajar berketrampilan,berakhlak mulia. Ini menunjukkan pendidikan ini lebih terarah kepada sahsiah dan keperibadian pelajar. Keberkesanan sesuatu pendidikan itu tidak boleh diukur dengan masa, ini kerana hasil pendidikan itu akan mula menunjukkan kesannya selepas beberapa jangka masa yang lama. Abdullah Nasih Ulwan (1993 ) menekankan terhadap pendekatan tahzib yang sangat berkait rapat dengan pembentukan akhlak seseorang insan perlu seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan, ini dapat digunakan dalam menghadapi sbarang cabaran yang mendatang dengan penuh kebahagiaan. Manakala pendekatan tarbiyah pula membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Pendidikan masa kini tidak boleh hanya bersandarkan pendidikan di dalam bilik darjah sahaja. Sepatutnya skop pendidikan di Malaysia perlu dikembangkan ke luar bilik darjah. Cara ini mampu memberi kesan yang mendalam dalam diri pelajar dan menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Dengan ini akan menjadikan pendidikan itu suatu proses mengasuh, mendidik dan memelihara pelajar samada didalam mahupun diluar bilik darjah. Namun begitu, istilah ini lebih terarah kepada didikan sahaja bukannya untuk menjadikan pelajar lebih beradab. KESAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MELALUI PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KEARAH PEMBENTUKAN KEMENJADIAN INDIVIDU MURID YANG BERAKHLAK Sebagaimana digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
  • 12. 12 kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Antara kesan kesan Falsafah Pendidikan Islam terhadap pembentukkan kemenjadian akhlak murid ialah: 1. Melahirkan Intipati Tauhid Kepada Allah Demi melahirkan insan yang soleh dan berakhlak, pengajaran nilai akhlak yang dikaitkan dengan kepercayaan kepada tuhan akan membuahkan hasil yang diingini. Dapatlah disimpulkan di sini penghayatan dalam falsafah pendidikan Islam dapat melahirkan muslim yang berakhlak mulia. Penghayatan dalam Pendidikan Islam sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hasil kajian mendapati kebanyakan masyarakat khususnya pelajar masa kini tidak mengetahui akan faedah mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.Mereka berpendapat ia hanya sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran yang lain. Seharusnya, penerapan falsafah pendidikan Islam ini perlu didedahkan dengan penghayatan pelajaran tersebut dan seterusnya di aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Maka tidak hairanlah berlaku pelbagai gejala sosial yang lahir dalam masyarakat masa kini akibat tiadanya nilai kemantapan akhlak dalam jiwa mereka sehingga terdorong melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya (Ahmad Redzuwan 2003) Sewajarnya dengan memahami intipati falsafah pendidikan ini akan menjadikan masyarakat lebih berakhlak. Ini kerana falsafah tersebut lebih terarah untuk melahirkan insan yang berakhlak. Sekalipun jika seseorang itu dapat mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan Pendidikan Islam dengan cemerlang namun masih belum mampu untuk menjamin masyarakat tersebut mempunyai akhlak yang terpuji. Sekiranya ilmu ini dapat difahami dan dikuasai, para pelajar akan terlatih dengan penghayatan disiplin sesuatu ilmu. 2. Mewujudkan Kekuatan Keimanan Dan Ketakwaan Begitu juga menurut Mohd Kamal (1987), kuat atau lemahnya iman seseorang itu dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji. Asmawati (2009) turut menegaskan bahawa pembinaan sahsiah yang baik dan akhlak perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah. Keimanan yang kukuh merupakan benteng yang paling ampuh dalam menangani masalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam masyarakat.
  • 13. 13 Tarbiyyah keimanan dan ketakwaan ini lebih terarah kepada proses bimbingan yang meliputi akal, jiwa dan jasad seseorang itu dengan harapan diakhir proses ini akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh hidup berdikari dan hidup bermasyarakat di luar sana. Pembentukan akal, jiwa dan jasad ini perlu sentiasa berada dalam pengawasan pendidik agar matlamat tersebut akan dapat menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Istilah ini juga sebenarnya cukup sinonim dengan kasih sayang, kelembutan hati, perhatian dan sebagainya. Pendidikan sewajarnya sentiasa menerapkan unsur kelembutan dan berhikmah bukannya penghinaan, kekerasan terhadap murid. Kesannya sangat negatif dalam pendidikan seperti pelajar akan mudah menjadi bosan, cenderung untuk menipu, ponteng kelas dan sebagainya. Ibnu Khaldun juga mengkritik keras mana-mana pendidik yang menggunakan kekerasan dalam metod pengajarannya. Namun begitu penulis lebih cenderung kepada penggunaan istilah taadib. Istilah ini sangat sesuai dengan akhlak, budi pekerti, keperibadian dan sebagainya. Pembentukan elemen-elemen tersebut sebenarnya umpama pelengkap kepada sistem pengajaran dan pembelajaran yang ada di negara kita yang mana pelajar telah disematkan dalam minda mereka kepada sistem berteraskan peperiksaan. Sehingga mengabaikan aspek adab dan nilai- nilai murni yang sepatutnya dijadikan keperluan dalam diri setiap pelajar untuk menghasilkan modal insan yang berkerampilan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat tempat tinggal yang kekal abadi. 3. Memahami Tanggungjawab Sebagai Khalifah Allah S.W.T Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Islam, iaitu Falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany 1991). Oleh itui, dapatlah difahami bahawa Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang soleh. Dengan cara inilah, kemenjadian akhlak pelajar yang dibentuk akan mencapai matlamat yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Islam kearah pembinaan kekuatan rohani dan jasmani.
  • 14. 14 Falsafah Pendidikan Islam adalah seperti berikut:“Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahirandan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap,kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arahmencapai kebaikan di dunia dan di akhirat”. 4. Mempelajari Ilmu Pengetahuan Dan Menerapkannya Dalam Kehidupan Seharian Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Matlamat falsafah pendidikan Islam itu sendiri amat menekankan kepada perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Apabila ini semua digabungkan maka akan berkembang pula potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu khususnya terhadap pembentukan kemenjadian akhlak pelajar. Kepercayaan kepada Tuhan dan agama dengan meletakkan diri sebagai hamba Allah yang taat dan patuh terhadap segala suruhannya akan melahirkan Muslim yang bertakwa, berilmu, beramal soleh, bertanggungjawab dan berakhlak mulia ke arah menjadi hamba dan Khalifah Allah. Konsep keilmuan mesti diasaskan kepada sejarah, kebudayaan, tamadun, nilai dan kepercayaan sesuatu bangsa. Dengan ini akan lahirlah konsep ilmu yang seimbang, menyeluruh dan sepadu. Dalam hal ini negara Malaysia sedang berusaha menilai dan membina konsep ilmu yang lebih seimbang,menyeluruh dan bersepadu antara kehendak dunia dan kepentingan akhirat. Bagi penulis di dalam pendidikan kita mestilah mendahulukan falsafah keilmuan Islam kerana ia merupakan kekuatan bagi umat Islam bagi membina umat yang cemerlang. 5. Mewujudkan Falsafah Pendidikan Sendiri Berasaskan Falsafah Pendidikan Islam Dan Kebangsaan Matlamat Pendidikan Negara Malaysia ialah untuk membentuk masyarakat yang boleh menggunakan akalnya, serta boleh berfikir ke tahap maksima agar lebih bertanggungjawab. Keseluruhan pendidikan sekarang berpaksikan Barat dan tidak sesuai bagi Negara Malaysia. Untuk membina kemenjadian murid yang berakhlak, bermaruah dan tinggi daya tahan perlu ada falsafah dan dasar pendidikan tersendiri. Konsep hidup masyarakat Barat mesti ditolak kerana ia lebih pentingkan kepada kebendaan dan diri sendiri. Sikap inilah yang akan
  • 15. 15 melahirkan penyakit sosial dalam masyarakat. Kita mesti pilih konsep dan kaedah pendidikan yang terbaik sahaja. Kemajuan barat hendaklah dikaji dan ambil kebaikannya sahaja. Seterusnya kita perlu berfikir dan mencari sendiri dasar dan falsafah pendidikan yang sesuai dengan matlamat pendidikan. Pendidikan akhlak dan disiplin pelajar mesti diutamakan. Mata pelajaran agama Islam adalah diwajibkan pada semua peringkat sekolah dan universiti agar dapat melahirkan insan yang berguna di dunia dan bahagia di akhirat. KESIMPULAN Pendidikan adalah lambang ketamadunan sesebuah bangsa. Ianya dapat diukur dengan melihat secara fizikal kepada perkembangan karakter dan pembinaan keperibadian setiap muslim itu. Ketinggian sesuatu tamadun itu diukur dengan pembentukan akhlak dan sahsiah sesebuah ummah. Maka Pendidikan Islam mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t. Selain itu, insan tersebut juga hendaklah mempunyai akhlak yang luhur dan sosial yang baik. Pembentukan akhlak dan sahsiah yang terpuji mampu dizahirkan oleh semua umat Islam. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam yang sangat menekankan aspek pembentukan keperibadian seseorang individu. Jelasnya, matlamat membina manusia yang baik yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Islam memerlukan pendekatan yang rapi dan komprehensif. Konsep ini adalah merupakan perkara pokok kepada usaha pembentukan kemenjadian individu murid yang berakhlak menerusi bidang pendidikan. Peranan Falsafah Pendidikan Islam memang besar, perlu, penting dan kritikal sekali dalam konteks pembinaan insan. Ini membuktikan Falsafah Pendidikan Islam yang bersifat menyeluruh dan bersepadu menekankan keperluan pembinaan tingkah laku yang selaras dengan fitrah kejadian manusia. Bermakna, ianya begitu saling berkaitan dalam pembinaan modal insan yang dihajati oleh Negara kita.
  • 16. 16 RUJUKAN Abdul Halim El-Muhammady.1993. Pendidikan Islam Era 2020: Satu Penghayatan Menyeluruh. Dalam: Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah. Pendidikan Islam Era 2020 Tasawur dan Strategi. Kajang: Bintang Jaya. Abdul Halim Hj. Mat Diah. 1989. Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa.1994.Falsafah dan Konsep Pendidikan.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Kuala Lumpur. Ahmad Mohd Salleh.1999. Pendidikan Islam Dinamika Guru. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh & Mohd Fariz Hafidz Ahmad.2008. Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Teras.Penerbitan Oxford Fajar.Kuala Lumpur. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus.2003. Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam. Kuala Lumpur.Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Ahmad Qadrie Sidek, Khafizah Md Hanif & Md. Danimansah Azhari. 2010. Akhlak Islamiah. Singapura: Malaysia Press Sdn Bhd. al-Abrasyi, Muhammad *Amiyah. (Lta) Ruh al-Tarbsyah •wa al~Ta 'lim. Beirut: Dar alFikr. Al-Syaibany, Omar Muhammad al-Toumy .1991. Falsafah Pendidikan Islam. (Terj: Hasan Langgulung). Shah Alam: HIZBI. Al-Qaradawi. 1980. Mubadi’ Wa Qayyim Li Ta’lim Fi Daw’i Al-Sunnah Al-Atarah ( Asas dan Nilai Dalam Pembelajaran Menurut Sunnah ) Jurnal Syariah Dan Pengajian Islam: Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak Adab Islam : Konsep dan Amalan. Kuala Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Asmawati Suhid.2005. Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani Era Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil.6,Disember: 95- 103. Azman Mat Zain. 2002. Akhlak Islam : Konsep Dan Kepentingannya Dalam Kehidupan Masyarakat. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Danial Zainal Abidin .2004. 7 Formula Individu Cemerlang. Kuala Lumpur. PTS Millennia Sdn Bhd. Fariza Md. Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin. 2008. Personaliti Dari Perspektif Al-Ghazali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ghazali Darulsalam, 2000. Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Malaysia.
  • 17. 17 Hassan Langgulung.1979. Pendidikan Islam:Satu Analisa Sosio-Psikologikal.Pustaka Antara.Kuala Lumpur. Mohd Asran Amisah. 2011. Sistem Peperiksaan Mesti Fokus Kemenjadian Murid. Berita Harian. Mohd. Kamal Hasan. 1987. Peranan Akhlak Dalam Pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam. Bil. 8(3): 1-12. Mohd Kamal Hassan, Faisal Haji Othman & Razali Haji Nawawi . 1976. Konsep Pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Ugama/Arab di Malaysia dalam Ismail Abd Rahman (pnyt). Pendidikan Islam Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusuf Ahmad. 2005. Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ulwan, Abdullah Nasih .1993. Pendidikan Anak anak Dalam Islam. Vol 2. ctk 6. Singapura.Pustaka Nasional. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah (SKPM 1) .2004. Putrajaya: Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.