SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 43



                                             UNIT 3
KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

   1. Menghuraikan maksud kurikulum.
   2. Menganalisis kurikulum, struktur pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
      tertentu.
   3. Mengambil kira prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulum untuk
      pengajaran.


PENGENALAN

           Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kurikulum? Sedarkah anda bahawa struktur
pengetahuan dan kemahiran merupakan elemen kurikulum yang mempengaruhi pembelajaran murid?
Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan
sebagai seorang pemindah kurikulum yang professional? Adakah pelaksanaan kurikulum anda secara
optimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar?




K
        urikulum yang terancang boleh membantu murid memahami dengan lebih baik isi kandungan
        yang akan diajar dan sebagai guru, anda harus mengetahui bagaimana sesuatu kurikulum
        dibina, ditukar, diubahsuai untuk menambah baik interaksi guru dengan murid sehingga
membawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan, intelek dan kemahiran. Kurikulum
mengandungi struktur pengetahuan dan kemahiran. Ia boleh dilihat sebagai satu proses dan produk.
Mari kita bincang lebih lanjut maksud kurikulum.




ISI KANDUNGAN
Apakah maksud kurikulum?



T
       erdapat pelbagai pengertian dan tafsiran konsep kurikulum. Pada amnya kurikulum bererti apa
       yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar. Kurikulum formal dan terancang
       di sekolah ialah mata pelajaran atau subjek yang diajar di sekolah yang berasaskan sukatan
pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Tetapi di sekolah terdapat juga kokurikulum
(kurikulum tambahan) yang murid belajar secara terancang di luar bilik darjah, seperti dalam aktiviti
44 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


sukan, persatuan dan pasukan beruniform. Berikut ialah beberapa istilah atau konsep berhubung
dengan kurikulum di Malaysia.

Sukatan pelajaran (Syllabus)
Sukatan pelajaran ialah pelan kasar bagi keseluruhan sesuatu kursus atau mata pelajaran, misalnya
sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1-3, dan
sebagainya. Ia biasanya mengandungi matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk dan ringkasan
kandungan yang perlu diajar di sekolah. Ada juga silibus yang menyarankan kaedah pengajaran,
aktiviti pembelajaran dan sumber yang boleh digunakan, dan kaedah penaksiran. Biasanya ini dibuat
dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Kursus atau Program Pengajian (Course or Program of study)
Sesuatu program pengajian terdiri daripada satu set atau siri kursus. Di peringkat pengajian tinggi
kurikulum atau sesuatu program pengajian biasanya terdiri dari set kursus dalam sesuatu bidang
(misalnya dalam bidang perubatan, undang-undang, fizik, geografi atau pengajian Islam), yang pelajar
perlu belajar dan lulus untuk dianugerah sijil, diploma atau ijazah.

Rancangan kandungan kursus (Course content outline)
Sesuatu rancangan kursus di institusi pengajian tinggi biasanya mengandungi pernyataan objektif
kursus, senarai tajuk dan isi kasarnya sebagai panduan tentang liputan apa yang perlu diajar, kaedah
penaksiran, tempoh masa, dan rujukan utama.

Pengalaman terancang (Planned experiences)
Mengandungi semua pengalaman murid yang dirancang oleh sekolah atau institusi pendidikan. Ia tidak
membezakan antara kurikulum dan aktiviti luar kurikulum

Pelan akademik (Academic plan)
Pelan biasanya mengandungi elemen seperti tujuan, isi kandungan topik-topik dan urutannya, proses
instruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan kaedah penaksiran.

Standard (Standards)
Standard merupakan satu set kriteria yang perlu dicapai oleh murid untuk dianggap sebagai telah lulus
dan mencapai tahap yang diperlukan. Kurikulum berasaskan standard ialah kurikulum yang
menentukan dahulu tahap atau kriteria yang murid harus capai dalam sesuatu mata pelajaran atau
kursus. Kemudian kandungan kurikulum untuk mencapai standard itu ditentukan dan dinyatakan
(content standard). Biasanya standard dan kurikulum ini didokumenkan (dalam bentuk sukatan
pelajaran) untuk rujukan guru dan murid bagi proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai
tahap hasil pembelajaran yang diharapkan itu.

Skop dan urutan (Scope and sequence)
Mengandungi satu set atau siri hasil pembelajaran yang diharapkan murid mencapainya. Urutan diberi
dengan menyenaraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap pembelajaran. Ini membayangkan skop
kandungan dan hasil pembelajaran mengikut topik tertentu.
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 45


Buku teks (Textbooks)
Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan sukatan pelajaran yang dibuat oleh
pengarangnya. Ia biasanya menjadi sumber utama untuk guru dan murid melihat liputan kandungan
kurikulum sesuatu mata pelajaran: apa yang perlu diajar atau dipelajari. Di kebanyakan negara,
termasuk di Malaysia, buku teks merupakan bahan instruksi utama dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran atau kursus. Buku teks yang baik biasanya diguna oleh guru dan
murid sebagai rujukan utama kerana ia meliputi sebahagain besar apa yang hendak diajar atau belajar.
Tetapi oleh kerana sesetengah buku teks ini kurang mencukupi isinya atau kurang jelas penulisannya,
buku-buku rujukan lain digunakan juga.


Apakah jenis-jenis kurikulum?

          Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis kurikulum di sekolah? Bolehkah anda
namakan beberapa jenis kurikulum yang anda gunakan di sekolah?






A
       nda mungkin boleh menghuraikan jenis-jenis kurikulum sekolah berpandukan pengalaman anda
       sebagai seorang guru. Mari kita bincang dengan lanjut pelbagai jenis kurikulum seperti berikut;

    • Kurikulum rasmi (official curriculum) – kurikulum yang didokumen secara rasmi
    • Kurikulum operasi (operational curriculum) – isi kandungan sebenar yang diajar guru dan hasil
      pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada murid
    • Kurikulum utama (core curriculum): mata pelajaran atau subjek utama atau wajib yang perlukan
      semua murid belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan
      sebagainya
    • Kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) – norma dan nilai sesebuah institusi yang tidak
      diungkap secara terbuka oleh guru dan kakitangan sekolah/institusi
    • Kurikulum luar (extra curriculum) – pengalaman yang dirancang di luar kurikulum akademik



            Lihat perbezaan antara kurikulum rasmi dengan operasi. Sejauh manakah anda berusaha
merapatkan jurang antara kurikulum operasi dengan kurikulum rasmi? Bolehkah anda beri satu contoh
kurikulum tersembunyi?



Kerangka kurikulum



P
       roses merancang dan membina kurikulum rasmi dipandu oleh apa yang dipanggil kerangka
       kurikulum. Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen penting yang perlu ada dalam
       sesuatu rancangan kurikulum secara keseluruhannya (misalnya kurikulum sekolah rendah) dan
bagi sesuatu mata pelajaran. Kerangka kebanyakan kurikulum di sekolah sekarang adalah berasaskan
hasil kajian penulisan Ralph Tyler (1949) yang dipanggil Tyler Rationale. Mengikut beliau, ‘kurikulum
adalah semua pembelajaran oleh murid yang telah dirancang dan ditentukan sekolah untuk mencapai
46 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


matlamat pendidikan di sekolah’. Ia digunakan sebagai prosedur yang diikuti apabila merancang
kurikulum. Terdapat empat soalan sebagai panduan untuk menentukan kurikulum sekolah.


         1. Apakah sepatutnya objektif pengajaran di sekolah? (What educational
             purposes should the school seek to attain?)

         2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang mungkin
            mengakibatkan tercapainya objektif itu? (What educational experiences can be
            provided that are likely to attain these purposes?)

         3. Bagaimanakah ‘pengalaman pembelajaran’ ini harus disusun supaya berkesan
            bagi pembelajaran? (How can these educational experiences be effectively
            organized?)

         4. Bagaimanakah kita menentukan yang objektif pembelajaran itu tercapai? (How
            can we determine whether these purposes are being attained?)

         




Struktur pengetahuan



K
       andungan kurikulum sesuatu mata pelajaran sebahagian besarnya termasuk ‘pengetahuan’ dan
       ‘kemahiran’ dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Terdapat pelbagai pengertian dan
       kefahaman tentang ‘pengetahuan’ dan klasifikasi pengetahuan mengikut ahli falsafah, ahli
psikologi kognitif, ahli sains dan ahli pendidikan.

Pada amnya pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu ialah hasil daripada kombinasi
pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang. Berikut merupakan
huraian jenis dan hieraki atau struktur pengetahuan.
                                                                                                  

Jenis-jenis Pengetahuan

   • Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge)
   • Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge)
   • Pengetahuan struktur (Structural knowledge)

Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai

   • Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge)
   • Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang, yang
     lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit.

Jenis dan hieraki pengetahuan mengikut Bloom (1956)
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 47


   •   Pengetahuan fakta spesifik
   •   Pengetahuan istilah dan konsep
   •   Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur
   •   Pengetahuan klasifikasi
   •   Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori
   •   Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu bidang atau disiplin (structure of knowledge of
       a discipline)

Mari kita bincangkan lebih mendalam hieraki pengetahuan Bloom. Berikut merupakan huraian setiap
satu jenis pengetahuan tersebut.

Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti mengetahui nama orang, nama tempat, tarikh,
ukuran.
   • Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan tentang elemen tertentu dalam dunia ini
      berdasarkan pemerhatian beberapa orang yang ahli/arif
   • Fakta diperlukan bagi membina konsep dan generalisasi
   • Konsep juga diperlukan untuk membuat suatu dakwaan

Istilah dan konsep: (knowledge of terminology and concept)
Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non-
verbal symbols).
    • Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan orang, benda, tingkah
       laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai ciri-ciri sepunya, misalnya konsep ‘harga’
       (price) dalam ilmu ekonomi, ‘fotosintesis’ dalam biologi, ‘aptitud’ dan ‘kebolehan kognitif’ dalam
       ilmu psikologi pendidikan
    • Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau abstrak (seperti kejadian,
       perasaan, cara berfikir, tingkah laku)

Prosedur, cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing with
specifics)
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggara sesuatu:
prosedur mengurus sesuatu, cara mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai sesuatu.

Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories)
Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidang
ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dan sebagainya.
Contoh klasifikasi dalam sains seperti klasifikasi jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Generalisasi (knowledge of principles, laws, models, and theories)
Pengetahuan tentang generalisasi seperti prinsip, hukum, model, dan teori yang berguna untuk
menerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum
‘permintaan dan penawaran’ sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih
banyak latihan lebih cekap.
48 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2


   • Generalisasi merupakan penyataan yang memperihal dan/atau menerangkan perhubungan
     antara dua atau lebih konsep.
   • Prinsip, hukum dan teori merupakan contoh generalisasi yang telah diuji
   • Hukum dalam sains merupakan penyataan yang hanya memperihalkan (tidak menerangkan)
     perhubungan dua atau lebih konsep
   • Teori merupakan penyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut. Konsep teori
     lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum, dan prinsip serta penjelasan
     tentang sesuatu fenomena.
   • Teori merupakan aras ‘abstract formulations’ yang tinggi. Mengetahui teori dan struktur ilmu
     dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi,
     sosiologi, geografi, dan sebagainya adalah asas bagi memahami struktur ilmu dalam bidang itu.
     Dalam psikologi pendidikan terdapat teori ‘stimulus-respons’, teori gestalt, dan teori motivasi
     Maslow.

Adakah anda jelas dengan penerangan hieraki pengetahuan di atas? Apa kata kita lihat beberapa
contoh fakta, konsep, dan generalisasi bagi membantu anda memahami struktur pengetahuan dengan
lebih baik.

Contoh 1

   • Fakta: (i) Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii) Sumber yang memanaskan
     diperlukan, (iii) Apabila diukur dengan termometer, bacaan termometer meningkat.
   • Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan – haba diserap, (iii) Haba – satu bentuk
     tenaga yang berpindah disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda.
   • Generalisasi: Teori Kinetik Jirim – Cecair terdiri daripada molekul. Apabila cecair dipanaskan,
     haba yang diserap menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu menyebabkan molekul
     merkuri dalam termometer bergerak lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini
     menyebabkan merkuri mengembang dan akhirnya bacaan termometer meningkat.

Contoh 2

   • Fakta: Suhu bulan Januari di Tg. Malim adalah 350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang
     340C. Jumlah hujan di Tg. Malim – x mm setahun, Kuala Lumpur – x mm setahun, Pulau Pinang
     - x mm setahun
   • Konsep: Iklim – keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera, jumlah hujan, dan lain-lain.; suhu –
     darjah kepanasan, tekanan atmosfera – daya seunit luas yang dikenakan oleh atmosfera ke atas
     objek di permukaan bumi
   • Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat ke satu tempat di Semenanjung
     Malaysia
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 49


Rajah 3.1 menunjukkan hieraki struktur pengetahuan yang paling ringkas.




                              Rajah 3.1 Hieraki struktur pengetahuan

Anda harus sedar bahawa salah satu faktor yang penting yang mempengaruhi pembelajaran murid
ialah kefahaman tentang struktur pengetahuan. Murid boleh dibantu untuk memahami isi kandungan
dengan lebih baik jikalau anda memahami struktur pengetahuan isi kandungan bidang anda sehingga
anda boleh mengolah ilmu mengikut peringkat kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Pengajaran seperti ini akan membawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan intelek dan
kemahiran murid anda. Kefahaman tentang struktur pengetahuan sesuatu bidang adalah sebahagian
daripada kefahaman isi kandungan yang bersifat sintaktik seperti yang akan kita bincangkan dalam
Unit 4 nanti.

          Uji kefahaman anda tentang struktur pengetahuan dengan memberikan contoh fakta,
          konsep, dan generalisasi dalam mata pelajaran tumpuan anda. Catatkan dalam ruang
          kosong di bawah.

Fakta:
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Konsep:
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Generalisasi:

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
50 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



Struktur kemahiran




S
      elain dari ‘pengetahuan’, kandungan sesuatu kurikulum termasuk juga ‘kemahiran’, iaitu apa
      yang diharap murid boleh lakukan dalam pelajaran tentang sesuatu topik itu. Terdapat pelbagai
      kemahiran atau tingkah laku psikomotor serta heirakinya. Di sini oleh kerana pembahagian
mengikut heiraki itu agak kompleks, guru boleh membuat senarai kemahiran penting yang perlu
dimasukkan ke dalam pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan murid, misalnya
Pendidikan Jasmani, Kimia, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan
sebagainya. Dalam mata pelajaran vokasional dan teknik, kemahiran banyak sekali dimasukkan
sebagai kandungan kurikulum.

Ada pelbagai klasifikasi kemahiran ini mengikut bidangnya. Rujuk Unit 2 untuk melihat semula hasil
pembelajaran komponen kemahiran yang telah dibincangkan. Secara amnya kita boleh membahagikan
kemahiran kepada beberapa jenis walaupun mungkin setiap satunya tidak seratus peratus unik.
Dengan lain perkataan kemahiran ini ada pertindanan antara satu dengan yang lain. Antara jenis
kemahiran termasuklah:

   • Kemahiran kognitif, yang banyak melibatkan penggunaan minda seperti kemahiran berfikir
     (seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran berfikir secara lateral) dan
     kemahiran proses sains (seperti membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal pemboleh
     ubah, menaakul, dan sebagainya)
   • Kemahiran psikomotor, yang banyak melibatkan penggunaan pergerakan otot (seperti
     kemahiran manipulatif, menari, berbasikal, melukis rajah, dan sebagainya)
   • Kemahiran sosial atau insaniah, yang banyak melibatkan perhubungan dengan pihak lain
     (seperti kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bekerja dalam pasukan, dan sebagainya)

Dalam bidang sains misalnya, kemahiran penting yang perlu diajarkan secara eksplisit kepada murid
termasuklah kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir kreatif/lateral dan kritis,
strategi berfikir dan kemahiran menaakul secara saintifik manakala dalam bidang bahasa misalnya,
kemahiran bertutur, menulis, dan mengeja merupakan kemahiran yang ditekankan semasa
pengajaran.

Berikut ialah beberapa contoh kemahiran dalam mata pelajaran tertentu:

    1. Murid prasekolah dapat menulis mengikut garisan setiap huruf abjad dengan betul.
    2. Murid Tahun 2 dapat membaca pantun secara kuat dengan jelas dan menarik.
    3. Murid Tingkatan 1 dapat meringkaskan petikan yang dibaca dalam 100 patah perkataan dan
       menulisnya.
    4. Murid Tahun 5 dapat mengukur panjang dan lebar bilik darjah mereka, dan kemudian mengira
       dan mencatat luasnya.
    5. Murid Tingkatan 4 dapat menulis satu laporan tentang lawatan mereka ke sebuah kilang
       perabut, mengikut format yang diberi oleh guru.
Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 51


       6. Setelah membaca kisah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, murid Sejarah Tingkatan 6
          dapat menulis sebuah skrip drama pentas dan melakonkannya.
       7. Murid Kimia Tingkatan 6 dapat menjalankan ekperimen untuk menguji keasidan sesuatu
          bahan.
       8. Murid Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dapat menyiapkan sajian sarapan tengah hari untuk
          tetamu sekolah.

         Senaraikan beberapa kemahiran yang dianggap penting dalam mata pelajaran tumpuan
         anda. Kemudian gunakan templet dalam Jadual 3. 1 untuk merancang dan menyediakan
         kandungan pengajaran-pembelajaran satu topik dari segi isi kandungan (pengetahuan) dan
kemahiran yang ingin dicapai.



                         Jadual 3.1 Penentuan Isi Kandungan Pelajaran
Mata pelajaran:________________________________

Topik:_______________________________________



Unit                             Pengetahuan                                  Kemahiran
                       Fakta     Konsep/ Generalisasi         Kognitif       Psikomotor           Sosial
                                  Istilah
Unit 1
(Tuliskan sub-
topik)
Unit 2

Unit 3




RUMUSAN
       1. Kurikulum mempunyai elemen struktur pengetahuan dan kemahiran.

       2. Terdapat pelbagai pengertian kurikulum seperti sukatan pelajaran dan standard.

       3. Kurikulum rasmi dan kurikulum operasi mungkin berlainan bergantung kepada pelaksanaan
          guru.

       4. Pengetahuan mempunyai struktur tertentu yang boleh terdiri daripada fakta, konsep atau istilah
          dan generalisasi seperti hukum, prinsip dan teori.

       5. Kefahaman guru tentang kurikulum termasuk struktur pengetahuan dan kemahiran mampu
          membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.
52 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2



KATA KUNCI
   1. Kurikulum                                 7. Struktur pengetahuan
   2. Kurikulum Operasi                         8. Fakta
   3. Kurikulum Rasmi                           9. Konsep
   4. Kurikulum Tersembunyi                    10. Generalisasi
   5. Kurikulum Utama                          11. Struktur Kemahiran
   6. Kurikulum Luar



PENILAIAN KENDIRI
   1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan kurikulum
      sekolah?

   2. Apakah perbezaan utama antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum? Bagaimana
      pula anda sebagai seorang guru membuat pemilihan dalam melaksanakannya?

   3. Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepada murid?



RUJUKAN
Bloom, B. S., et. al. (1956). Taxonomy of educational objectives, Handbook 1: Cognitive Domain.
   Longman.

Nurulhuda Abd Rahman et al. (Eds.) (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026. Tg. Malim:
  Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

Posner, G. J. (2003). Analyzing the curriculum (3rd Ed.). McGraw-Hill: Humanities/Social
  Sciences/Languages.

Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher,
  15(2), 4-14.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational
  Review, 57, 1-23.

Tyler, R.W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: The University of Chicago
   Press.

Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. (1987). 150 different ways of knowing: Representations of
   knowledge in teaching. In J. Calderhead (Ed.), Exploring teachers’ thinking. 104-124. Sussex,
   England: Holt, Rinehart & Winston.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatWan Farid Nazrin
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANPENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANAmiraSuhaimi6
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanAinna Gempak II
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentikHK Chew
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaranafiq ikhwan
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasiFarah Husna
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandFatin Nabilah Norzaidi
 

Was ist angesagt? (20)

Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANPENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentik
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi5.4.3 demonstrasi
5.4.3 demonstrasi
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
 

Andere mochten auch

Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2一世 一生
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuancik noorlyda
 
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)Siti Aishah
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan KurikulumArthur Jupong
 
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujianKpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujianMazmon Mahmud
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2一世 一生
 
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam SainsKemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains一世 一生
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2一世 一生
 
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianKpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianMazmon Mahmud
 
Pengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulumPengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulumNorazul89
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2一世 一生
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2一世 一生
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2一世 一生
 
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)Fatimah Shukur
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan一世 一生
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumamranmj
 

Andere mochten auch (20)

Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
 
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
20110818090835 kpf 5023 (nota 04)
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujianKpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
Kpn 4053 unit 3 pembinaan dan rekaan ujian
 
Kpn 4053 unit 1
Kpn 4053 unit 1Kpn 4053 unit 1
Kpn 4053 unit 1
 
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2F I K 3042  E N G L I S H  F O R  C O M M U N I C A T I O N 2
F I K 3042 E N G L I S H F O R C O M M U N I C A T I O N 2
 
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam SainsKemahiran Tumpuan Dalam Sains
Kemahiran Tumpuan Dalam Sains
 
Prelim
PrelimPrelim
Prelim
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
 
Curriculum design(new)
Curriculum design(new)Curriculum design(new)
Curriculum design(new)
 
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianKpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
 
Pengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulumPengurusan & perkembangan kurikulum
Pengurusan & perkembangan kurikulum
 
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2Unit 5  Modul 1  Mikropengajaran 1 V2
Unit 5 Modul 1 Mikropengajaran 1 V2
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
 
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
 
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
Tugasan KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 (TAJUK : PORTFOLIO)
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulum
 

Ähnlich wie Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2

Tugasan soalan 1 Type Of Curriculum
Tugasan soalan 1 Type Of CurriculumTugasan soalan 1 Type Of Curriculum
Tugasan soalan 1 Type Of Curriculumaloysiusapat
 
Unit1.kurikulum ptv
Unit1.kurikulum ptvUnit1.kurikulum ptv
Unit1.kurikulum ptvmietoss
 
Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09ida parida
 
Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09ida parida
 
Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09ida parida
 
Komponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulumKomponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulumchytra Daud
 
Tugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan PembelajaranTugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan PembelajaranSaniMicita
 
73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaran
73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaran73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaran
73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaranCintaPencipta Saya
 
Organisasi kurikulum
Organisasi kurikulumOrganisasi kurikulum
Organisasi kurikulumtitiwerdhy
 
Kritisi Buku
Kritisi BukuKritisi Buku
Kritisi Buku2APE
 
45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulum45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulumalmoon2
 
6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulumStar Ng
 
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulumRuny Chaerunnyza
 
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1   kurikulum dan pembelajaranTugas 1   kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaranKadek Kariasa
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Siti Jaharah Muhamad
 
Uas pengembangan kurikulum
Uas pengembangan kurikulumUas pengembangan kurikulum
Uas pengembangan kurikulumYudi Hamdani
 
PENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENG
PENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENGPENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENG
PENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENGVan threesamra
 

Ähnlich wie Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2 (20)

Tugasan soalan 1 Type Of Curriculum
Tugasan soalan 1 Type Of CurriculumTugasan soalan 1 Type Of Curriculum
Tugasan soalan 1 Type Of Curriculum
 
Unit1.kurikulum ptv
Unit1.kurikulum ptvUnit1.kurikulum ptv
Unit1.kurikulum ptv
 
Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09
 
Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09
 
Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09Pengembangan Kurikulum 09
Pengembangan Kurikulum 09
 
Komponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulumKomponen komponen kurikulum
Komponen komponen kurikulum
 
Tugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan PembelajaranTugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
 
Topik 2
Topik 2Topik 2
Topik 2
 
73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaran
73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaran73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaran
73882794 kurikulum-dan-instruksional-pembelajaran
 
Organisasi kurikulum
Organisasi kurikulumOrganisasi kurikulum
Organisasi kurikulum
 
Kritisi Buku
Kritisi BukuKritisi Buku
Kritisi Buku
 
Isu kurikulum baru
Isu kurikulum baruIsu kurikulum baru
Isu kurikulum baru
 
45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulum45622822 makalah-kurikulum
45622822 makalah-kurikulum
 
6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum6812170 kurikulum-model-kurikulum
6812170 kurikulum-model-kurikulum
 
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
28655207 makalah-pengembangan-kurikulum
 
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1   kurikulum dan pembelajaranTugas 1   kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaran
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Uas pengembangan kurikulum
Uas pengembangan kurikulumUas pengembangan kurikulum
Uas pengembangan kurikulum
 
PENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENG
PENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENGPENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENG
PENGKAJIAN KURIKULUM SMK OLEH RIVANDY TRISAMRASUL KARUNDENG
 
Modul Ajar.pptx
Modul Ajar.pptxModul Ajar.pptx
Modul Ajar.pptx
 

Unit 3 Modul 1 Kurikulum Struktur Pengetahuan Dan Kemahiran V2

  • 1. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 43 UNIT 3 KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud kurikulum. 2. Menganalisis kurikulum, struktur pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. 3. Mengambil kira prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulum untuk pengajaran. PENGENALAN Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kurikulum? Sedarkah anda bahawa struktur pengetahuan dan kemahiran merupakan elemen kurikulum yang mempengaruhi pembelajaran murid? Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan sebagai seorang pemindah kurikulum yang professional? Adakah pelaksanaan kurikulum anda secara optimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar? K urikulum yang terancang boleh membantu murid memahami dengan lebih baik isi kandungan yang akan diajar dan sebagai guru, anda harus mengetahui bagaimana sesuatu kurikulum dibina, ditukar, diubahsuai untuk menambah baik interaksi guru dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan, intelek dan kemahiran. Kurikulum mengandungi struktur pengetahuan dan kemahiran. Ia boleh dilihat sebagai satu proses dan produk. Mari kita bincang lebih lanjut maksud kurikulum. ISI KANDUNGAN Apakah maksud kurikulum? T erdapat pelbagai pengertian dan tafsiran konsep kurikulum. Pada amnya kurikulum bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar. Kurikulum formal dan terancang di sekolah ialah mata pelajaran atau subjek yang diajar di sekolah yang berasaskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Tetapi di sekolah terdapat juga kokurikulum (kurikulum tambahan) yang murid belajar secara terancang di luar bilik darjah, seperti dalam aktiviti
  • 2. 44 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 sukan, persatuan dan pasukan beruniform. Berikut ialah beberapa istilah atau konsep berhubung dengan kurikulum di Malaysia. Sukatan pelajaran (Syllabus) Sukatan pelajaran ialah pelan kasar bagi keseluruhan sesuatu kursus atau mata pelajaran, misalnya sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1-3, dan sebagainya. Ia biasanya mengandungi matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk dan ringkasan kandungan yang perlu diajar di sekolah. Ada juga silibus yang menyarankan kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan sumber yang boleh digunakan, dan kaedah penaksiran. Biasanya ini dibuat dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kursus atau Program Pengajian (Course or Program of study) Sesuatu program pengajian terdiri daripada satu set atau siri kursus. Di peringkat pengajian tinggi kurikulum atau sesuatu program pengajian biasanya terdiri dari set kursus dalam sesuatu bidang (misalnya dalam bidang perubatan, undang-undang, fizik, geografi atau pengajian Islam), yang pelajar perlu belajar dan lulus untuk dianugerah sijil, diploma atau ijazah. Rancangan kandungan kursus (Course content outline) Sesuatu rancangan kursus di institusi pengajian tinggi biasanya mengandungi pernyataan objektif kursus, senarai tajuk dan isi kasarnya sebagai panduan tentang liputan apa yang perlu diajar, kaedah penaksiran, tempoh masa, dan rujukan utama. Pengalaman terancang (Planned experiences) Mengandungi semua pengalaman murid yang dirancang oleh sekolah atau institusi pendidikan. Ia tidak membezakan antara kurikulum dan aktiviti luar kurikulum Pelan akademik (Academic plan) Pelan biasanya mengandungi elemen seperti tujuan, isi kandungan topik-topik dan urutannya, proses instruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan kaedah penaksiran. Standard (Standards) Standard merupakan satu set kriteria yang perlu dicapai oleh murid untuk dianggap sebagai telah lulus dan mencapai tahap yang diperlukan. Kurikulum berasaskan standard ialah kurikulum yang menentukan dahulu tahap atau kriteria yang murid harus capai dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus. Kemudian kandungan kurikulum untuk mencapai standard itu ditentukan dan dinyatakan (content standard). Biasanya standard dan kurikulum ini didokumenkan (dalam bentuk sukatan pelajaran) untuk rujukan guru dan murid bagi proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai tahap hasil pembelajaran yang diharapkan itu. Skop dan urutan (Scope and sequence) Mengandungi satu set atau siri hasil pembelajaran yang diharapkan murid mencapainya. Urutan diberi dengan menyenaraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap pembelajaran. Ini membayangkan skop kandungan dan hasil pembelajaran mengikut topik tertentu.
  • 3. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 45 Buku teks (Textbooks) Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan sukatan pelajaran yang dibuat oleh pengarangnya. Ia biasanya menjadi sumber utama untuk guru dan murid melihat liputan kandungan kurikulum sesuatu mata pelajaran: apa yang perlu diajar atau dipelajari. Di kebanyakan negara, termasuk di Malaysia, buku teks merupakan bahan instruksi utama dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran atau kursus. Buku teks yang baik biasanya diguna oleh guru dan murid sebagai rujukan utama kerana ia meliputi sebahagain besar apa yang hendak diajar atau belajar. Tetapi oleh kerana sesetengah buku teks ini kurang mencukupi isinya atau kurang jelas penulisannya, buku-buku rujukan lain digunakan juga. Apakah jenis-jenis kurikulum? Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis kurikulum di sekolah? Bolehkah anda namakan beberapa jenis kurikulum yang anda gunakan di sekolah? 
 A nda mungkin boleh menghuraikan jenis-jenis kurikulum sekolah berpandukan pengalaman anda sebagai seorang guru. Mari kita bincang dengan lanjut pelbagai jenis kurikulum seperti berikut; • Kurikulum rasmi (official curriculum) – kurikulum yang didokumen secara rasmi • Kurikulum operasi (operational curriculum) – isi kandungan sebenar yang diajar guru dan hasil pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada murid • Kurikulum utama (core curriculum): mata pelajaran atau subjek utama atau wajib yang perlukan semua murid belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya • Kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) – norma dan nilai sesebuah institusi yang tidak diungkap secara terbuka oleh guru dan kakitangan sekolah/institusi • Kurikulum luar (extra curriculum) – pengalaman yang dirancang di luar kurikulum akademik Lihat perbezaan antara kurikulum rasmi dengan operasi. Sejauh manakah anda berusaha merapatkan jurang antara kurikulum operasi dengan kurikulum rasmi? Bolehkah anda beri satu contoh kurikulum tersembunyi? Kerangka kurikulum P roses merancang dan membina kurikulum rasmi dipandu oleh apa yang dipanggil kerangka kurikulum. Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesuatu rancangan kurikulum secara keseluruhannya (misalnya kurikulum sekolah rendah) dan bagi sesuatu mata pelajaran. Kerangka kebanyakan kurikulum di sekolah sekarang adalah berasaskan hasil kajian penulisan Ralph Tyler (1949) yang dipanggil Tyler Rationale. Mengikut beliau, ‘kurikulum adalah semua pembelajaran oleh murid yang telah dirancang dan ditentukan sekolah untuk mencapai
  • 4. 46 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 matlamat pendidikan di sekolah’. Ia digunakan sebagai prosedur yang diikuti apabila merancang kurikulum. Terdapat empat soalan sebagai panduan untuk menentukan kurikulum sekolah. 1. Apakah sepatutnya objektif pengajaran di sekolah? (What educational purposes should the school seek to attain?) 2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang mungkin mengakibatkan tercapainya objektif itu? (What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?) 3. Bagaimanakah ‘pengalaman pembelajaran’ ini harus disusun supaya berkesan bagi pembelajaran? (How can these educational experiences be effectively organized?) 4. Bagaimanakah kita menentukan yang objektif pembelajaran itu tercapai? (How can we determine whether these purposes are being attained?) 
 Struktur pengetahuan K andungan kurikulum sesuatu mata pelajaran sebahagian besarnya termasuk ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Terdapat pelbagai pengertian dan kefahaman tentang ‘pengetahuan’ dan klasifikasi pengetahuan mengikut ahli falsafah, ahli psikologi kognitif, ahli sains dan ahli pendidikan. Pada amnya pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu ialah hasil daripada kombinasi pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang. Berikut merupakan huraian jenis dan hieraki atau struktur pengetahuan. 
 Jenis-jenis Pengetahuan • Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge) • Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge) • Pengetahuan struktur (Structural knowledge) Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai • Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge) • Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang, yang lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit. Jenis dan hieraki pengetahuan mengikut Bloom (1956)
  • 5. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 47 • Pengetahuan fakta spesifik • Pengetahuan istilah dan konsep • Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur • Pengetahuan klasifikasi • Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori • Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu bidang atau disiplin (structure of knowledge of a discipline) Mari kita bincangkan lebih mendalam hieraki pengetahuan Bloom. Berikut merupakan huraian setiap satu jenis pengetahuan tersebut. Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti mengetahui nama orang, nama tempat, tarikh, ukuran. • Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan tentang elemen tertentu dalam dunia ini berdasarkan pemerhatian beberapa orang yang ahli/arif • Fakta diperlukan bagi membina konsep dan generalisasi • Konsep juga diperlukan untuk membuat suatu dakwaan Istilah dan konsep: (knowledge of terminology and concept) Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non- verbal symbols). • Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan orang, benda, tingkah laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai ciri-ciri sepunya, misalnya konsep ‘harga’ (price) dalam ilmu ekonomi, ‘fotosintesis’ dalam biologi, ‘aptitud’ dan ‘kebolehan kognitif’ dalam ilmu psikologi pendidikan • Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau abstrak (seperti kejadian, perasaan, cara berfikir, tingkah laku) Prosedur, cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing with specifics) Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggara sesuatu: prosedur mengurus sesuatu, cara mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai sesuatu. Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories) Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidang ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dan sebagainya. Contoh klasifikasi dalam sains seperti klasifikasi jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Generalisasi (knowledge of principles, laws, models, and theories) Pengetahuan tentang generalisasi seperti prinsip, hukum, model, dan teori yang berguna untuk menerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum ‘permintaan dan penawaran’ sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih banyak latihan lebih cekap.
  • 6. 48 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 • Generalisasi merupakan penyataan yang memperihal dan/atau menerangkan perhubungan antara dua atau lebih konsep. • Prinsip, hukum dan teori merupakan contoh generalisasi yang telah diuji • Hukum dalam sains merupakan penyataan yang hanya memperihalkan (tidak menerangkan) perhubungan dua atau lebih konsep • Teori merupakan penyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut. Konsep teori lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum, dan prinsip serta penjelasan tentang sesuatu fenomena. • Teori merupakan aras ‘abstract formulations’ yang tinggi. Mengetahui teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya adalah asas bagi memahami struktur ilmu dalam bidang itu. Dalam psikologi pendidikan terdapat teori ‘stimulus-respons’, teori gestalt, dan teori motivasi Maslow. Adakah anda jelas dengan penerangan hieraki pengetahuan di atas? Apa kata kita lihat beberapa contoh fakta, konsep, dan generalisasi bagi membantu anda memahami struktur pengetahuan dengan lebih baik. Contoh 1 • Fakta: (i) Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii) Sumber yang memanaskan diperlukan, (iii) Apabila diukur dengan termometer, bacaan termometer meningkat. • Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan – haba diserap, (iii) Haba – satu bentuk tenaga yang berpindah disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda. • Generalisasi: Teori Kinetik Jirim – Cecair terdiri daripada molekul. Apabila cecair dipanaskan, haba yang diserap menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu menyebabkan molekul merkuri dalam termometer bergerak lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini menyebabkan merkuri mengembang dan akhirnya bacaan termometer meningkat. Contoh 2 • Fakta: Suhu bulan Januari di Tg. Malim adalah 350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang 340C. Jumlah hujan di Tg. Malim – x mm setahun, Kuala Lumpur – x mm setahun, Pulau Pinang - x mm setahun • Konsep: Iklim – keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera, jumlah hujan, dan lain-lain.; suhu – darjah kepanasan, tekanan atmosfera – daya seunit luas yang dikenakan oleh atmosfera ke atas objek di permukaan bumi • Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat ke satu tempat di Semenanjung Malaysia
  • 7. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 49 Rajah 3.1 menunjukkan hieraki struktur pengetahuan yang paling ringkas. Rajah 3.1 Hieraki struktur pengetahuan Anda harus sedar bahawa salah satu faktor yang penting yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah kefahaman tentang struktur pengetahuan. Murid boleh dibantu untuk memahami isi kandungan dengan lebih baik jikalau anda memahami struktur pengetahuan isi kandungan bidang anda sehingga anda boleh mengolah ilmu mengikut peringkat kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pengajaran seperti ini akan membawa kepada peningkatan pengetahuan, kebolehan intelek dan kemahiran murid anda. Kefahaman tentang struktur pengetahuan sesuatu bidang adalah sebahagian daripada kefahaman isi kandungan yang bersifat sintaktik seperti yang akan kita bincangkan dalam Unit 4 nanti. Uji kefahaman anda tentang struktur pengetahuan dengan memberikan contoh fakta, konsep, dan generalisasi dalam mata pelajaran tumpuan anda. Catatkan dalam ruang kosong di bawah. Fakta: __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Konsep: __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Generalisasi: ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________
  • 8. 50 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Struktur kemahiran S elain dari ‘pengetahuan’, kandungan sesuatu kurikulum termasuk juga ‘kemahiran’, iaitu apa yang diharap murid boleh lakukan dalam pelajaran tentang sesuatu topik itu. Terdapat pelbagai kemahiran atau tingkah laku psikomotor serta heirakinya. Di sini oleh kerana pembahagian mengikut heiraki itu agak kompleks, guru boleh membuat senarai kemahiran penting yang perlu dimasukkan ke dalam pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan murid, misalnya Pendidikan Jasmani, Kimia, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya. Dalam mata pelajaran vokasional dan teknik, kemahiran banyak sekali dimasukkan sebagai kandungan kurikulum. Ada pelbagai klasifikasi kemahiran ini mengikut bidangnya. Rujuk Unit 2 untuk melihat semula hasil pembelajaran komponen kemahiran yang telah dibincangkan. Secara amnya kita boleh membahagikan kemahiran kepada beberapa jenis walaupun mungkin setiap satunya tidak seratus peratus unik. Dengan lain perkataan kemahiran ini ada pertindanan antara satu dengan yang lain. Antara jenis kemahiran termasuklah: • Kemahiran kognitif, yang banyak melibatkan penggunaan minda seperti kemahiran berfikir (seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran berfikir secara lateral) dan kemahiran proses sains (seperti membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal pemboleh ubah, menaakul, dan sebagainya) • Kemahiran psikomotor, yang banyak melibatkan penggunaan pergerakan otot (seperti kemahiran manipulatif, menari, berbasikal, melukis rajah, dan sebagainya) • Kemahiran sosial atau insaniah, yang banyak melibatkan perhubungan dengan pihak lain (seperti kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bekerja dalam pasukan, dan sebagainya) Dalam bidang sains misalnya, kemahiran penting yang perlu diajarkan secara eksplisit kepada murid termasuklah kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir kreatif/lateral dan kritis, strategi berfikir dan kemahiran menaakul secara saintifik manakala dalam bidang bahasa misalnya, kemahiran bertutur, menulis, dan mengeja merupakan kemahiran yang ditekankan semasa pengajaran. Berikut ialah beberapa contoh kemahiran dalam mata pelajaran tertentu: 1. Murid prasekolah dapat menulis mengikut garisan setiap huruf abjad dengan betul. 2. Murid Tahun 2 dapat membaca pantun secara kuat dengan jelas dan menarik. 3. Murid Tingkatan 1 dapat meringkaskan petikan yang dibaca dalam 100 patah perkataan dan menulisnya. 4. Murid Tahun 5 dapat mengukur panjang dan lebar bilik darjah mereka, dan kemudian mengira dan mencatat luasnya. 5. Murid Tingkatan 4 dapat menulis satu laporan tentang lawatan mereka ke sebuah kilang perabut, mengikut format yang diberi oleh guru.
  • 9. Kurikulum : Struktur Pengetahuan dan Kemahiran / 51 6. Setelah membaca kisah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, murid Sejarah Tingkatan 6 dapat menulis sebuah skrip drama pentas dan melakonkannya. 7. Murid Kimia Tingkatan 6 dapat menjalankan ekperimen untuk menguji keasidan sesuatu bahan. 8. Murid Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dapat menyiapkan sajian sarapan tengah hari untuk tetamu sekolah. Senaraikan beberapa kemahiran yang dianggap penting dalam mata pelajaran tumpuan anda. Kemudian gunakan templet dalam Jadual 3. 1 untuk merancang dan menyediakan kandungan pengajaran-pembelajaran satu topik dari segi isi kandungan (pengetahuan) dan kemahiran yang ingin dicapai. Jadual 3.1 Penentuan Isi Kandungan Pelajaran Mata pelajaran:________________________________ Topik:_______________________________________ Unit Pengetahuan Kemahiran Fakta Konsep/ Generalisasi Kognitif Psikomotor Sosial Istilah Unit 1 (Tuliskan sub- topik) Unit 2 Unit 3 RUMUSAN 1. Kurikulum mempunyai elemen struktur pengetahuan dan kemahiran. 2. Terdapat pelbagai pengertian kurikulum seperti sukatan pelajaran dan standard. 3. Kurikulum rasmi dan kurikulum operasi mungkin berlainan bergantung kepada pelaksanaan guru. 4. Pengetahuan mempunyai struktur tertentu yang boleh terdiri daripada fakta, konsep atau istilah dan generalisasi seperti hukum, prinsip dan teori. 5. Kefahaman guru tentang kurikulum termasuk struktur pengetahuan dan kemahiran mampu membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.
  • 10. 52 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 KATA KUNCI 1. Kurikulum 7. Struktur pengetahuan 2. Kurikulum Operasi 8. Fakta 3. Kurikulum Rasmi 9. Konsep 4. Kurikulum Tersembunyi 10. Generalisasi 5. Kurikulum Utama 11. Struktur Kemahiran 6. Kurikulum Luar PENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan kurikulum sekolah? 2. Apakah perbezaan utama antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum? Bagaimana pula anda sebagai seorang guru membuat pemilihan dalam melaksanakannya? 3. Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepada murid? RUJUKAN Bloom, B. S., et. al. (1956). Taxonomy of educational objectives, Handbook 1: Cognitive Domain. Longman. Nurulhuda Abd Rahman et al. (Eds.) (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026. Tg. Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI Posner, G. J. (2003). Analyzing the curriculum (3rd Ed.). McGraw-Hill: Humanities/Social Sciences/Languages. Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4-14. Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57, 1-23. Tyler, R.W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: The University of Chicago Press. Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. (1987). 150 different ways of knowing: Representations of knowledge in teaching. In J. Calderhead (Ed.), Exploring teachers’ thinking. 104-124. Sussex, England: Holt, Rinehart & Winston.