SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
TAJUK 4



                        PEDAGOGI BESTARI



HASIL PEMBELAJARAN




      a.   Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan pengajaran bestari dan
           menghuraikan ciri-ciri utamanya.

      b.   Menghuraikan peranan dan tanggungjawab guru bestari.




                                                                             57
4.1 : PENGENALAN

Dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah seharusnya sudah berubah.Corak pengajaran dan pembelajaran yang tradisional
dilihat tidak lagi relevan dengan suasana pembelajaran murid-murid pada masa kini. Oleh
itu, melalui pedagogi bestari pengendalian dan pengurusan bilik darjah serta proses
pengajaran dan pembelajaran sepatutnya turut berubah . Maklumat dan ilmu teknologi yang
pantas dalam sistem pendidikan negara seharusnya dimanfaatkan oleh para guru .

Sebelum kita terus membaca modul ini, sila jawab soalan berikut.

         Tahukah anda apakah maksud sekolah bestari?


 The Malaysian Smart School: Reinventing the Malaysian Educational System    2




                       Apa dia Sekolah Bestari ?
    Definisi               Institusi pembelajaran yang telah direka semula
                        secara menyeluruh dari segi amalan Pengajaran &
                        Pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk
                        menyediakan murid bagi zaman maklumat.


                             • Semua murid mampu belajar
    Ciri                     • Kurikulum mengambil kira pelbagai
                               kebolehan dan keperluan
                             • Iklim sesuai untuk pembelajaran
                             • Penilaian berterusan
                             • Pentadbir dan guru yang profesional
                             • Sokongan komuniti dan ibu bapa




KURIKULUM SEKOLAH BESTARI

Kurikulum Sekolah Bestari adalah penuh bermakna, bertanggungjawab sosial, pelbagai
budaya, reflektif, holistik, global, terbuka, berasaskan matlamat dan berteknologi.Ia akan
menggalakkan pembelajaran menyeluruh, membenarkan murid maju seiring dengan
kebolehan mereka dan menyediakan suasana untuk murid-murid dengan pelbagi
keupayaan, minat dan keperluan. Ia akan memastikan yang kanak-kanak terdidik dengan
kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, diterapkan dengan nilai-nilai murni
dan diberi galakkan bagi memperbaiki kebolehan berbahasa mereka . Oleh itu kurikulum
dibentuk untuk:

        Murid-murid mencapai perkembangan seimbang yang menyeluruh.



                                                                                       58
Mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan penggunaan
       bahasa yang betul.
       Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diharapkan untuk aras
       kebolehan yang berbeza.
       Menawarkan pembelajaran pelbagai disiplin, bertema dan berterusan.
       Menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap
       sepatutnya untuk berjaya di zaman maklumat ini.

Kurikulum Sekolah Bestari akan cuba menjadikan pembelajaran lebih menarik, bermotivasi,
merangsang dan penuh bermakna, melibatkan minda, jiwa dan fizikal kanak-kanak dalam
proses pembelajaran, membina kemahiran asas bagi menyediakan murid-murid untuk
cabaran yang lebih besar dan memberi perhatian kepada pelbagai keperluan dan
kebolehan di kalangan murid . Oleh itu pedagogi seharusnya:

       Menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi
       memastikan penguasaan kompetensi asas dan menggalakkan perkembangan
       secara menyeluruh.
       Menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran individu bertujuan untuk meningkatkan
       pencapaian.
       Membentuk persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dengan penggunaan
       pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.



4.3 ELEMEN-ELEMEN BESTARI

Sebelum seseorang guru boleh mengaplikasikan elemen-elemen bestari dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ada baiknya anda mengenalpasti dan
memahami dengan mendalam apa yang anda faham tentang maksud elemen-elemen
bestari tersebut.



     Apakah yang anda faham tentang elemen-elemen bestari?




Elemen-elemen bestari meliputi:



                                                                                   59
4.2.1 Ciri-ciri Pelajar
       4.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
       4.2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
       4.2.4 Kemahiran Generik



 4.2.1 CIRI-CIRI PELAJAR



Gaya Belajar
   Gaya pembelajaran mengikut Dunn and Dunn (1987) dipengaruhi oleh faktor-
   Faktor seperti berikut:

   •   Persekitaran (Environment)
       Suka belajar tanpa bising, muzik, ada yang suka belajar ditempat terang,berkerusi,
       meniarap, suka bilik berhawa dingin dan lain-lain
   •   Emosi (Emotional)
       Boleh belajar dengan bantuan guru, sendiri, perlu motivasi, boleh belajar bila-bila
       masa, ada yang perlu jadual dan lain-lain.
   •   Sosiologi (Sociological)
       Suka belajar sendirian, berpasangan atau berkumpulan
   •   Fisiologi (Physiology)
       Pelajar yang cenderung kepada unsur visual, auditori, kinesthetik, makan,masa
       tertentu (pagi, petang atau malam)
   •   Psikologi (Psychological)
       Melibatkan otak kiri / kanan, global/analitik, boleh bertindak secara spontan
       (impulsif), berfikir sebelum bertindak ( reflektif )


Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner, 1983)

       Linguistik
       Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan dan
       perbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing.
       Muzik
       Kecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta
       bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan.
       Kinestetik
       Penggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu


                                                                                      60
serta menyatakan idea dan perasaan.

      Interpersonal
      Keupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesan
      serta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja.
      Intrapersonal
      Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan
      melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup
      Visual-Spatial (ruang)
      Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej
      mental.Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebih
      cenderung dalam reka bentuk dalaman.
      Logik
      Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan.Mampu menyatakan sesuatu secara
      induktif dan deduktif.Menyelesaikan maslah secara sistematik.
      Naturalistik
      Menyintai alam semula jadi.Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan
      haiwan.Suka meneroka hutan.
      Spiritual (kerohanian)
      Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian.


     BICARA GURU



 Setelah anda membaca dan memahami unsur kecerdasan pelbagai ini, dapatkah
 anda mengenalpasti kecerdasan anda sendiri? Bagaimana anda boleh
 memanfaatkan kecerdasan pelbagai anda dalam proses pengajaran dan
 pembelajaran di bilik darjah? Sila bincangkan dengan pensyarah anda

  Perlu diingat bahawa setiap orang mungkin ada lebih daripada satu unsur
  kecerdasan dalam diri mereka.




Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC)

  Kita sering mendengar orang bercakap tentang kecerdasan anak di sekolah atau anak
orang itu mempunyai IQ yang tinggi sehingga mendapat banyak ‟A‟ dalam semua
peperiksaan.Tentu masa hadapan anak itu lebih cerah dan dapat menjawat jenis pekerjaan
yang bagus.Ibu bapa dan masyarakat kini sering beranggapan anak-anak yang tidak
memperolehi skor ‟A‟ yang banyak adalah dianggap tidak baik dan gelap masa hadapan.
Mereka mungkin terlupa dalam kehidupan anak kita seharian sekiranya mereka tidak


                                                                                  61
memperolehi skor yang tinggi dalam akademik tidak bererti mereka tidak berjaya dalam
hidup. Pada hal ada unsur atau elemen lain yang sama pentingnya dengan kecerdasan
anak-anak mereka itu. Dikatakan kecerdasan IQ yang tinggi jika tidak diikuti dengan
kecerdasan emosi (EQ) akan menjadikan kehidupan anak-anak itu tidak akan lengkap atau
sempurna. Misalnya murid itu mungkin tidak tahu menguruskan emosi mereka dengan,
mudah marah, putus asa, tidak ada unsur simpati dan empati dalam diri murid-murid itu.
Maka ada baiknya kita sebagai guru cuba renungkan perkara ini dengan teliti supaya apa
yang kita laksanakan di sekolah itu mencapai matlamat melahirkan insan seimbang.

Kecerdasan Emosi (EQ)

Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan
kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi
orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan
tindakan orang itu. (Young, 1996)

Terdapat empat (4) konstruk penting yang terangkum dalam kecerdasan emosi:

a. Kawalan Diri – kemahiran mengawal tindakan dan perasaan
    sebelummelakukan sesuatu.
b. Motivasi / Kesdaran Diri – Usaha dan daya ketahanan seseorang
    untukmencapai matlamat hidup
c. Pengurusan     Emosi    –    kemahiran   menguruskan    perasaan      dan
    pembentukankonsep dan esteem kendiri.
d. Kemahiran      Sosial   –    kemahiran   menjalinkan    perhubungan
    persahabatandengan orang lain, kemahiran komunikasi dan berunding.


Ciri-ciri Orang Yang Mempunyai EQ Tinggi

     Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi 

     Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan 

     Bertanggung jawab atas perasaan sendiri 

     Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan 

     Menghormati perasaan orang lain. 

     Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi 

     Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan 

     Bertanggung jawab atas perasaan sendiri 

     Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan 

     Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan 

     Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati, pertimbangan dan
       penerimaan perasaan orang lain 



                                                                                  62
 Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif 

  Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang lain. 

  Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya 



4.2.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Pembelajaran yang menekankan penglibatan luas murid dalam aktiviti P& P dengan

     mengambil bahagian dengan aktif dalam proses P & P 

     menggalakkan dan memberi ruang interaksi di dalam kelas dan sekolah 

     berinteraksi dengan resos yang disediakan oleh guru 

     bebas mengemukakan hujah atau pandangan dengan bukti yang konkrit dan saitifik 

     memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), 

     mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), 

     melibat dalam penilaian berterusan; 

     sikap guru yang mendengar 




                                                                                     63
Pembelajaran Bersifat Individu

    Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam
    proses pembelajaran




     Akses                Pelajar mencari maklumat & pengetahuan dari
                          pelbagai sumber walaupun tanpa guru
    Kendiri



        Kadar             Pelajar belajar mengikut kelajuan/ kebolehannya.
     Kendiri


                          Pelajar meneroka tajuk yang diminati tanpa
      Terarah
     Terarah              terkongkong dengan kurikulum yang rigid


     kendiri




Pembelajaran Masteri

    Seorang pelajar boleh belajar apa sahaja mengikut keadaan
    yang sesuai.

    Konsep
  1. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahun-tahun 60an berdasarkan satu
    prinsip iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya
  Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya 
   Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti 

  2. Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat
     menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran


  3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke
     unit pembelajaran atau tajuk yang lain
  4. Peranan guru ialah untuk menentukan pelajaran yang perlu dikuasai murid.



                                                                                 64
5. Guru juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan
      yang sesuai.
   6. Guru juga perlu merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar

Pembelajaran Berfikrah (Berdaya Fikir)

      Proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan iklim bilik darjah
      yg menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yg kompleks. Ini
      memerlukan aspek berikut diambail perhatian;
              Strategi guru – apa strategi yang hendak digunakan dan sesuai dengan
              aras kebolehan murid supaya boleh berfikir.
              Perlakuan murid – bagaimana guru boleh memotivasikan murid tanpa jemu
              dengan cara menelah pengetahuan sedia ada murid dan sentiasa
              menggalakkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.




 Pembelajaran Berbantukan Teknologi




                               Jenis Teknologi
                                         • Bercetak
                                         • Audio
                                         • Video
                                         • Komputer
      Pembelajaran
      Berbantukan                        • Multimedia
       Teknologi




                                                                                  65
Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based learning)

        Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan
        otak.Jika otak tidak dihalang daripada proses semulajadi, akan berlakulah proses
        pembelajaran. Prinnsip-prinsip utama pembelajaran berasaskan otak:
             Otak memproses secara keseluruhan dan bahgian secara serenak. 

             Pembelajaran menghubungkait keseluruhan fisiologi manusia; melalui
               pelbagai dimensi deria 

             Mencari makna secara dalaman 

             Mencari makna melalui pencorakan (patterns recognition) 

Pembelajaran Berasaskan Projek

             Merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus tugasan
               secara sistematik atau perancang: 

             Melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar, 

             Boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan
               masalah kehidupan seharian, 

             Merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat
               pelajar. 

             Memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contoh melukis pelan sekolah,
               projek mural dan lain-lain. 


    4.2.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


 Direktif

 Pelajar menerima maklumat, pengetahuan dan kemahiran melalui penerangan daripada
 guru dengan tunjuk cara, bimbingan, latihan, diikuti dengan ujian untuk menilai kefahaman

 Pemerhatian

 Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang
 sesuatu kemahiran

Mediatif

 Membimbing pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan
 masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, membuat inferen dan hipotesis


                                                                                       66
Generatif

 Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif, diasuh menyelesaikan sesuatu
 masalah Contohnya.sumbang saran, metafora, pemikiran lateral, peta minda

Koperatif dan kolaboratif

 Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pasukan kecil.Setiap ahli pasukan
 bukan sahaja bertanggungjawab atas pencapaian sendiri tetapi juga atas pencapaian ahli
 pasukan (cth.Melalui „coaching, tutoring‟ dan lain-lain).

Metakognitif

 Metacognition is thinking about thinking, knowing “what we know” and “what we don‟t
 know”

Kajian Masa Depan

 Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam
 menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan bagi menghasilkan generasi
 masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab

Konteks-Luar

 Pelajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa seperti
 menghadiri seminar, bengkel, projek dan proses latih amal.


Pembelajaran kontekstual

 Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
 kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah
 ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds
 – on.




                                                                                       67
Pengalaman harian murid




Persekolahan                     alam pekerjaan         kehidupan masyarakat




  4.2.4. KEMAHIRAN GENERIK


Kemahiran Belajar

           Pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber
                             -     Kemahiran carian
                             -     Kemahiran komunikasi
                             -     Kemahiran membaca
                             -     Kemahiran mencatat nota
                             -     Kemahiran penyelidikan
                             -     Kemahiran memerhati
                             -     Kemahiran teknikal
               Memproses maklumat
                             -     Menganalisis maklumat
                             -     Mentafsir maklumat
                             -     Menilai maklumat
                             -     Mensintesis maklumat
               Menyampaikan maklumat
                             -     Kemahiran menulis
                             -     Kemahiran persembahan
                                   Kemahiran Teknikal




                                                                               68
Kemahiran Berfikir

                      Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
                               -   Pemikiran kritis
                               -   Pemikiran kreatif
                               -    Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

                      Alat-Alat Berfikir
                               -   Pengurusan grafik
                               -   Soalan dan penyoalan
                               -   Alat-alat CoRT 1
                               -   Peta minda

Kemahiran Mentaksir & Menilai

                               -   Penilaian melalui kontrak pembelajaran
                               -   Penilaian portfolio
                               -   Penilaian kendiri
                               -   Penilaian melalui pemerhatian
                               -   Penilaian projek
                               -   Ujian
                               -   Pentaksiran modular
                               -   Penilaian perisian kursus

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

                      Jenis Pembelajaran
                               -   Pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer
                               -   Pengajaran     dan    pembelajaran       berintegrasikan
                                   komputer
                      Mod Pembelajaran
                               -   Tutorial
                               -   Penerokaan
                               -   Aplikasi
                               -   Komunikasi




                                                                                        69
Kemahiran Pemudahcaraan

      Challenging
      Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang

      Attending
      Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu perbincangan

     Disclosing
     Memperlihatkan atau mendedahkan

    Cognitive structuring
    Satu kaedah membina kefahaman menggunakan pengetahuan sedia ada yang
    digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman
    yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan
    Feedback
    Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan penerimaan setiap
    penerangan.Ia melibatkan perbincangan secara dua hala
    Focussing
    Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran kendiri dan pemulihan emosi

    Goal-setting
    Menetapkan objektif ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih rasional

    Instructing
    Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai maklumat dan menunjukkan
    langkah-langkah yang perlu dan terperinci tentang sesuatu topik
    Modelling
    Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu dengan berkesan, menarik
    minat murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang
    Trailing (menjejak)
    Mengesan masalah pelajar dan memudahcara penyampaian

    Questioning
    Membantu dan melatih pelajar berfikir secara mendalam dan meluas

    Reflecting (renungan)
    Mencermin, menggambar, membayang, berfikir secara mendalam atau sebagai
    pantulan sesuatu perkara yang telah diperkatakan
    Thematising
    Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema atau tajuk yang telah
    ditetapkan.



                                                                                  70
BICARA GURU


Setelah anda memahami konsep sekolah bestari dan elemen-elemen pengajaran
bestari,

1. Sila tonton dengan teliti video yang disediakan dalam CD dan nyatakan elemen-
elemen bestari yang telah diselitkan oleh guru tersebut semasa melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tersebut?


2. Bolehkah anda menghuraikan dengan terperinci dan jelas mengenai bagaimanakah
anda boleh mengaplikasikan elemen-elemen ini ke dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajran di bilik darjah?


Cuba fahami senario aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini


Katakan anda seorang guru Sains sekolah rendah dan mengajar di tahun 4. Anda ingin
mengajar tajuk kategori haiwan ‟serangga‟
Dengan berpandukan kefahaman tentang pendekatan deduktif, maka anda akan mula
mengajar tajuk serangga itu dengan bermula daripada satu kenyataan umum tentang
‟serangga‟ membawa kepada kenyataan yang khusus. Ini bermaksud pada permulaan
pengajaran sebaik sahaja selesai aktiviti set induksi anda akan memaklumkan bahawa
serangga mempunyai sifat-sifat seperti mempunyai sepasang mata besar, dua pasang
kepak, tiga pasangkan kaki dan sebagainya. Pelajar telah diberi maklumat dan
pengajaran lebih bersifat kuliah atau ekspositori.Pelajar mendalami aspek-aspek khusus
setelah dimaklumkan oleh guru, misalnya serangga itu mempunyai sifat-sifat seperti yang
telah dinyatakan terlebih dahulu oleh guru.Dalam pendekatan ini nampaknya guru lebih
bersifat pemberi maklumat dan murid agak pasif.Ini juga menunjukkan bahawa
pengajaran tajuk serangga lebih berpusatkan guru. Sebaliknya jika guru mengamalkan
pendekatan induktif guru akan cuba mengajar dengan memulakan satu kenyataan
khusus dan membawa kepada kenyataan yang umum. Misalnya pada permulaan
pengajaran, guru tidak terus memberi fakta tetapi sebaliknya kenyataan khusus itu
dimulakan dengan memberi        peluang pelajar meneliti ciri-ciri serangga         seperti


                                                                                       71
mengkategorikan binatang yang dikumpul seperti semut, lipas, ulat gonggok, cacing,
lipan, lalat, lebah dari segi bilangan kaki, mata, bentuk badan dan lain-lain. Setelah dapat
mengumpulkan semua elemen tersebut barulah guru menjelaskan bahawa itu adalah
‟serangga‟ dan ‟bukan serangga‟ dan ini sudah menjadi satu kenyataan yang umum.
Semasa guru melaksanakan aktiviti mengenal ciri serangga tadi di sinilah juga strategi
berpusatkan murid berjalan.Misalnya pelajar aktif menjalankan aktiviti meneroka,
meneliti, menghurai, melapor di mana beberapa aspek kemahiran belajar diterapkan
bersama. Pelajar tidak didedahkan dengan jawapan terlebih dahulu tetapi digalakkan
mencari maklumat sendiri sama ada secara individu atau menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran koperatif. Elemen yang jelas sekali apabila pelajar
dilibatkan dalam kaedah seperti itu adalah memungkinkan guru memupuk penyerapan
aspek akses kendiri, kadar kendiri atau terarah kendiri. Bagimana pula kita boleh
mengaplikasikan kefahaman guru tentang ciri-ciri pelajar seperti persekitaran atau
psikologi.Di sinilah letaknya kemahiran guru dalam memahami jiwa pelajarnya, tidaklah
mengajar sesuka hati tanpa menghiraukan perbezaan individu dan juga minat anak
muridnya. Misalnya jika gaya pembelajaran pelajar itu bersifat psikologi maka sudah
tentu murid ini memerlukan bimbingan dan pujian guru semasa proses pembelajaran
berlangsung. Guru akan menggunakan segala kemahiran pemudahcaraannya untuk
membantu dan memupuk kasih sayangnya dengan murid berkenaan. Guru yang sudah
memahami setiap jiwa muridnya akan menunjukkan rasa sayang dan sekali gus
menggalakkan pembelajaran murid berkenaan. Bagi menarik minat pula, guru berkenaan
akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat kepada muridnya seperti menggunakan
komputer atau CD yang interaktif supaya murid boleh belajar sendiri.
Begitulah keadaannya sedikit contoh bagaimana seseorang guru boleh mengaplikasikan
kefahamanya tentang konsep atau amalan-amalan penerapan elemen bestari dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pedagogi bestari

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
ibnussomad
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Atikah Amran
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Noorezayu Mohd Said
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Azlinda Abdullah
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
ULak MuLai
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
Sohib AlQuran
 

Was ist angesagt? (20)

Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaTKemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
TEKNIK MEMBACA
TEKNIK MEMBACATEKNIK MEMBACA
TEKNIK MEMBACA
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 

Ähnlich wie Pedagogi bestari

Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
shockgadof
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
miera84
 

Ähnlich wie Pedagogi bestari (20)

kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan datakajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Metode mengajar
Metode mengajarMetode mengajar
Metode mengajar
 
Ciri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarahCiri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarah
 
Modul 2.2 Angkatan 9.pdf
Modul 2.2  Angkatan 9.pdfModul 2.2  Angkatan 9.pdf
Modul 2.2 Angkatan 9.pdf
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Koneksi antar materi 2.pptx
Koneksi antar materi 2.pptxKoneksi antar materi 2.pptx
Koneksi antar materi 2.pptx
 
Joyfull learning
Joyfull learningJoyfull learning
Joyfull learning
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
 
sosialisasi kurikulum 2013
sosialisasi kurikulum 2013sosialisasi kurikulum 2013
sosialisasi kurikulum 2013
 
Kompetensi Sosial Emosional.pdf
Kompetensi Sosial Emosional.pdfKompetensi Sosial Emosional.pdf
Kompetensi Sosial Emosional.pdf
 
Krem Kuning Cokelat Minimalis Tugas Kelompok Persentasi_20240405_220435_0000 ...
Krem Kuning Cokelat Minimalis Tugas Kelompok Persentasi_20240405_220435_0000 ...Krem Kuning Cokelat Minimalis Tugas Kelompok Persentasi_20240405_220435_0000 ...
Krem Kuning Cokelat Minimalis Tugas Kelompok Persentasi_20240405_220435_0000 ...
 
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteriKecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
 
Utk CGP_Modul 2.2_A6 (1).pptx
Utk CGP_Modul 2.2_A6 (1).pptxUtk CGP_Modul 2.2_A6 (1).pptx
Utk CGP_Modul 2.2_A6 (1).pptx
 
Guru Profesional
Guru Profesional Guru Profesional
Guru Profesional
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docx
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docx
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 

Mehr von Herney Aqilah Kay

Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Herney Aqilah Kay
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Herney Aqilah Kay
 

Mehr von Herney Aqilah Kay (20)

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guru
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
 
bab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayanganbab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayangan
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Pendawaian domestik
Pendawaian domestikPendawaian domestik
Pendawaian domestik
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
 
Komponen elektronik
Komponen elektronikKomponen elektronik
Komponen elektronik
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian Komputer
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
 

Pedagogi bestari

  • 1. TAJUK 4 PEDAGOGI BESTARI HASIL PEMBELAJARAN a. Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan pengajaran bestari dan menghuraikan ciri-ciri utamanya. b. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab guru bestari. 57
  • 2. 4.1 : PENGENALAN Dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnya sudah berubah.Corak pengajaran dan pembelajaran yang tradisional dilihat tidak lagi relevan dengan suasana pembelajaran murid-murid pada masa kini. Oleh itu, melalui pedagogi bestari pengendalian dan pengurusan bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya turut berubah . Maklumat dan ilmu teknologi yang pantas dalam sistem pendidikan negara seharusnya dimanfaatkan oleh para guru . Sebelum kita terus membaca modul ini, sila jawab soalan berikut. Tahukah anda apakah maksud sekolah bestari? The Malaysian Smart School: Reinventing the Malaysian Educational System 2 Apa dia Sekolah Bestari ? Definisi Institusi pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan Pengajaran & Pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk menyediakan murid bagi zaman maklumat. • Semua murid mampu belajar Ciri • Kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan dan keperluan • Iklim sesuai untuk pembelajaran • Penilaian berterusan • Pentadbir dan guru yang profesional • Sokongan komuniti dan ibu bapa KURIKULUM SEKOLAH BESTARI Kurikulum Sekolah Bestari adalah penuh bermakna, bertanggungjawab sosial, pelbagai budaya, reflektif, holistik, global, terbuka, berasaskan matlamat dan berteknologi.Ia akan menggalakkan pembelajaran menyeluruh, membenarkan murid maju seiring dengan kebolehan mereka dan menyediakan suasana untuk murid-murid dengan pelbagi keupayaan, minat dan keperluan. Ia akan memastikan yang kanak-kanak terdidik dengan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, diterapkan dengan nilai-nilai murni dan diberi galakkan bagi memperbaiki kebolehan berbahasa mereka . Oleh itu kurikulum dibentuk untuk: Murid-murid mencapai perkembangan seimbang yang menyeluruh. 58
  • 3. Mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan penggunaan bahasa yang betul. Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diharapkan untuk aras kebolehan yang berbeza. Menawarkan pembelajaran pelbagai disiplin, bertema dan berterusan. Menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap sepatutnya untuk berjaya di zaman maklumat ini. Kurikulum Sekolah Bestari akan cuba menjadikan pembelajaran lebih menarik, bermotivasi, merangsang dan penuh bermakna, melibatkan minda, jiwa dan fizikal kanak-kanak dalam proses pembelajaran, membina kemahiran asas bagi menyediakan murid-murid untuk cabaran yang lebih besar dan memberi perhatian kepada pelbagai keperluan dan kebolehan di kalangan murid . Oleh itu pedagogi seharusnya: Menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan penguasaan kompetensi asas dan menggalakkan perkembangan secara menyeluruh. Menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran individu bertujuan untuk meningkatkan pencapaian. Membentuk persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dengan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. 4.3 ELEMEN-ELEMEN BESTARI Sebelum seseorang guru boleh mengaplikasikan elemen-elemen bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ada baiknya anda mengenalpasti dan memahami dengan mendalam apa yang anda faham tentang maksud elemen-elemen bestari tersebut. Apakah yang anda faham tentang elemen-elemen bestari? Elemen-elemen bestari meliputi: 59
  • 4. 4.2.1 Ciri-ciri Pelajar 4.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 4.2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 4.2.4 Kemahiran Generik 4.2.1 CIRI-CIRI PELAJAR Gaya Belajar Gaya pembelajaran mengikut Dunn and Dunn (1987) dipengaruhi oleh faktor- Faktor seperti berikut: • Persekitaran (Environment) Suka belajar tanpa bising, muzik, ada yang suka belajar ditempat terang,berkerusi, meniarap, suka bilik berhawa dingin dan lain-lain • Emosi (Emotional) Boleh belajar dengan bantuan guru, sendiri, perlu motivasi, boleh belajar bila-bila masa, ada yang perlu jadual dan lain-lain. • Sosiologi (Sociological) Suka belajar sendirian, berpasangan atau berkumpulan • Fisiologi (Physiology) Pelajar yang cenderung kepada unsur visual, auditori, kinesthetik, makan,masa tertentu (pagi, petang atau malam) • Psikologi (Psychological) Melibatkan otak kiri / kanan, global/analitik, boleh bertindak secara spontan (impulsif), berfikir sebelum bertindak ( reflektif ) Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner, 1983) Linguistik Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing. Muzik Kecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan. Kinestetik Penggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu 60
  • 5. serta menyatakan idea dan perasaan. Interpersonal Keupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesan serta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja. Intrapersonal Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup Visual-Spatial (ruang) Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental.Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebih cenderung dalam reka bentuk dalaman. Logik Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan.Mampu menyatakan sesuatu secara induktif dan deduktif.Menyelesaikan maslah secara sistematik. Naturalistik Menyintai alam semula jadi.Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan.Suka meneroka hutan. Spiritual (kerohanian) Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian. BICARA GURU Setelah anda membaca dan memahami unsur kecerdasan pelbagai ini, dapatkah anda mengenalpasti kecerdasan anda sendiri? Bagaimana anda boleh memanfaatkan kecerdasan pelbagai anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Sila bincangkan dengan pensyarah anda Perlu diingat bahawa setiap orang mungkin ada lebih daripada satu unsur kecerdasan dalam diri mereka. Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC) Kita sering mendengar orang bercakap tentang kecerdasan anak di sekolah atau anak orang itu mempunyai IQ yang tinggi sehingga mendapat banyak ‟A‟ dalam semua peperiksaan.Tentu masa hadapan anak itu lebih cerah dan dapat menjawat jenis pekerjaan yang bagus.Ibu bapa dan masyarakat kini sering beranggapan anak-anak yang tidak memperolehi skor ‟A‟ yang banyak adalah dianggap tidak baik dan gelap masa hadapan. Mereka mungkin terlupa dalam kehidupan anak kita seharian sekiranya mereka tidak 61
  • 6. memperolehi skor yang tinggi dalam akademik tidak bererti mereka tidak berjaya dalam hidup. Pada hal ada unsur atau elemen lain yang sama pentingnya dengan kecerdasan anak-anak mereka itu. Dikatakan kecerdasan IQ yang tinggi jika tidak diikuti dengan kecerdasan emosi (EQ) akan menjadikan kehidupan anak-anak itu tidak akan lengkap atau sempurna. Misalnya murid itu mungkin tidak tahu menguruskan emosi mereka dengan, mudah marah, putus asa, tidak ada unsur simpati dan empati dalam diri murid-murid itu. Maka ada baiknya kita sebagai guru cuba renungkan perkara ini dengan teliti supaya apa yang kita laksanakan di sekolah itu mencapai matlamat melahirkan insan seimbang. Kecerdasan Emosi (EQ) Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young, 1996) Terdapat empat (4) konstruk penting yang terangkum dalam kecerdasan emosi: a. Kawalan Diri – kemahiran mengawal tindakan dan perasaan sebelummelakukan sesuatu. b. Motivasi / Kesdaran Diri – Usaha dan daya ketahanan seseorang untukmencapai matlamat hidup c. Pengurusan Emosi – kemahiran menguruskan perasaan dan pembentukankonsep dan esteem kendiri. d. Kemahiran Sosial – kemahiran menjalinkan perhubungan persahabatandengan orang lain, kemahiran komunikasi dan berunding. Ciri-ciri Orang Yang Mempunyai EQ Tinggi  Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi    Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan    Bertanggung jawab atas perasaan sendiri    Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan    Menghormati perasaan orang lain.    Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi    Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan    Bertanggung jawab atas perasaan sendiri    Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan    Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan    Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan perasaan orang lain  62
  • 7.  Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif    Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang lain.    Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya  4.2.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran yang menekankan penglibatan luas murid dalam aktiviti P& P dengan  mengambil bahagian dengan aktif dalam proses P & P    menggalakkan dan memberi ruang interaksi di dalam kelas dan sekolah    berinteraksi dengan resos yang disediakan oleh guru    bebas mengemukakan hujah atau pandangan dengan bukti yang konkrit dan saitifik    memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari),    mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif),    melibat dalam penilaian berterusan;    sikap guru yang mendengar  63
  • 8. Pembelajaran Bersifat Individu Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran Akses Pelajar mencari maklumat & pengetahuan dari pelbagai sumber walaupun tanpa guru Kendiri Kadar Pelajar belajar mengikut kelajuan/ kebolehannya. Kendiri Pelajar meneroka tajuk yang diminati tanpa Terarah Terarah terkongkong dengan kurikulum yang rigid kendiri Pembelajaran Masteri Seorang pelajar boleh belajar apa sahaja mengikut keadaan yang sesuai. Konsep 1. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahun-tahun 60an berdasarkan satu prinsip iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya   Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya   Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti  2. Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain 4. Peranan guru ialah untuk menentukan pelajaran yang perlu dikuasai murid. 64
  • 9. 5. Guru juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. 6. Guru juga perlu merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar Pembelajaran Berfikrah (Berdaya Fikir) Proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan iklim bilik darjah yg menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yg kompleks. Ini memerlukan aspek berikut diambail perhatian; Strategi guru – apa strategi yang hendak digunakan dan sesuai dengan aras kebolehan murid supaya boleh berfikir. Perlakuan murid – bagaimana guru boleh memotivasikan murid tanpa jemu dengan cara menelah pengetahuan sedia ada murid dan sentiasa menggalakkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Pembelajaran Berbantukan Teknologi Jenis Teknologi • Bercetak • Audio • Video • Komputer Pembelajaran Berbantukan • Multimedia Teknologi 65
  • 10. Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based learning) Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak.Jika otak tidak dihalang daripada proses semulajadi, akan berlakulah proses pembelajaran. Prinnsip-prinsip utama pembelajaran berasaskan otak:  Otak memproses secara keseluruhan dan bahgian secara serenak.    Pembelajaran menghubungkait keseluruhan fisiologi manusia; melalui pelbagai dimensi deria    Mencari makna secara dalaman    Mencari makna melalui pencorakan (patterns recognition)  Pembelajaran Berasaskan Projek  Merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus tugasan secara sistematik atau perancang:    Melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar,    Boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan masalah kehidupan seharian,    Merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat pelajar.    Memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contoh melukis pelan sekolah, projek mural dan lain-lain.  4.2.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Direktif Pelajar menerima maklumat, pengetahuan dan kemahiran melalui penerangan daripada guru dengan tunjuk cara, bimbingan, latihan, diikuti dengan ujian untuk menilai kefahaman Pemerhatian Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran Mediatif Membimbing pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, membuat inferen dan hipotesis 66
  • 11. Generatif Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif, diasuh menyelesaikan sesuatu masalah Contohnya.sumbang saran, metafora, pemikiran lateral, peta minda Koperatif dan kolaboratif Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pasukan kecil.Setiap ahli pasukan bukan sahaja bertanggungjawab atas pencapaian sendiri tetapi juga atas pencapaian ahli pasukan (cth.Melalui „coaching, tutoring‟ dan lain-lain). Metakognitif Metacognition is thinking about thinking, knowing “what we know” and “what we don‟t know” Kajian Masa Depan Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan bagi menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab Konteks-Luar Pelajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa seperti menghadiri seminar, bengkel, projek dan proses latih amal. Pembelajaran kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds – on. 67
  • 12. Pengalaman harian murid Persekolahan alam pekerjaan kehidupan masyarakat 4.2.4. KEMAHIRAN GENERIK Kemahiran Belajar Pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber - Kemahiran carian - Kemahiran komunikasi - Kemahiran membaca - Kemahiran mencatat nota - Kemahiran penyelidikan - Kemahiran memerhati - Kemahiran teknikal Memproses maklumat - Menganalisis maklumat - Mentafsir maklumat - Menilai maklumat - Mensintesis maklumat Menyampaikan maklumat - Kemahiran menulis - Kemahiran persembahan Kemahiran Teknikal 68
  • 13. Kemahiran Berfikir Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir - Pemikiran kritis - Pemikiran kreatif - Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Alat-Alat Berfikir - Pengurusan grafik - Soalan dan penyoalan - Alat-alat CoRT 1 - Peta minda Kemahiran Mentaksir & Menilai - Penilaian melalui kontrak pembelajaran - Penilaian portfolio - Penilaian kendiri - Penilaian melalui pemerhatian - Penilaian projek - Ujian - Pentaksiran modular - Penilaian perisian kursus Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jenis Pembelajaran - Pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer - Pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan komputer Mod Pembelajaran - Tutorial - Penerokaan - Aplikasi - Komunikasi 69
  • 14. Kemahiran Pemudahcaraan Challenging Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang Attending Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu perbincangan Disclosing Memperlihatkan atau mendedahkan Cognitive structuring Satu kaedah membina kefahaman menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan Feedback Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan penerimaan setiap penerangan.Ia melibatkan perbincangan secara dua hala Focussing Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran kendiri dan pemulihan emosi Goal-setting Menetapkan objektif ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih rasional Instructing Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai maklumat dan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dan terperinci tentang sesuatu topik Modelling Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu dengan berkesan, menarik minat murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang Trailing (menjejak) Mengesan masalah pelajar dan memudahcara penyampaian Questioning Membantu dan melatih pelajar berfikir secara mendalam dan meluas Reflecting (renungan) Mencermin, menggambar, membayang, berfikir secara mendalam atau sebagai pantulan sesuatu perkara yang telah diperkatakan Thematising Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema atau tajuk yang telah ditetapkan. 70
  • 15. BICARA GURU Setelah anda memahami konsep sekolah bestari dan elemen-elemen pengajaran bestari, 1. Sila tonton dengan teliti video yang disediakan dalam CD dan nyatakan elemen- elemen bestari yang telah diselitkan oleh guru tersebut semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut? 2. Bolehkah anda menghuraikan dengan terperinci dan jelas mengenai bagaimanakah anda boleh mengaplikasikan elemen-elemen ini ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajran di bilik darjah? Cuba fahami senario aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini Katakan anda seorang guru Sains sekolah rendah dan mengajar di tahun 4. Anda ingin mengajar tajuk kategori haiwan ‟serangga‟ Dengan berpandukan kefahaman tentang pendekatan deduktif, maka anda akan mula mengajar tajuk serangga itu dengan bermula daripada satu kenyataan umum tentang ‟serangga‟ membawa kepada kenyataan yang khusus. Ini bermaksud pada permulaan pengajaran sebaik sahaja selesai aktiviti set induksi anda akan memaklumkan bahawa serangga mempunyai sifat-sifat seperti mempunyai sepasang mata besar, dua pasang kepak, tiga pasangkan kaki dan sebagainya. Pelajar telah diberi maklumat dan pengajaran lebih bersifat kuliah atau ekspositori.Pelajar mendalami aspek-aspek khusus setelah dimaklumkan oleh guru, misalnya serangga itu mempunyai sifat-sifat seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu oleh guru.Dalam pendekatan ini nampaknya guru lebih bersifat pemberi maklumat dan murid agak pasif.Ini juga menunjukkan bahawa pengajaran tajuk serangga lebih berpusatkan guru. Sebaliknya jika guru mengamalkan pendekatan induktif guru akan cuba mengajar dengan memulakan satu kenyataan khusus dan membawa kepada kenyataan yang umum. Misalnya pada permulaan pengajaran, guru tidak terus memberi fakta tetapi sebaliknya kenyataan khusus itu dimulakan dengan memberi peluang pelajar meneliti ciri-ciri serangga seperti 71
  • 16. mengkategorikan binatang yang dikumpul seperti semut, lipas, ulat gonggok, cacing, lipan, lalat, lebah dari segi bilangan kaki, mata, bentuk badan dan lain-lain. Setelah dapat mengumpulkan semua elemen tersebut barulah guru menjelaskan bahawa itu adalah ‟serangga‟ dan ‟bukan serangga‟ dan ini sudah menjadi satu kenyataan yang umum. Semasa guru melaksanakan aktiviti mengenal ciri serangga tadi di sinilah juga strategi berpusatkan murid berjalan.Misalnya pelajar aktif menjalankan aktiviti meneroka, meneliti, menghurai, melapor di mana beberapa aspek kemahiran belajar diterapkan bersama. Pelajar tidak didedahkan dengan jawapan terlebih dahulu tetapi digalakkan mencari maklumat sendiri sama ada secara individu atau menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif. Elemen yang jelas sekali apabila pelajar dilibatkan dalam kaedah seperti itu adalah memungkinkan guru memupuk penyerapan aspek akses kendiri, kadar kendiri atau terarah kendiri. Bagimana pula kita boleh mengaplikasikan kefahaman guru tentang ciri-ciri pelajar seperti persekitaran atau psikologi.Di sinilah letaknya kemahiran guru dalam memahami jiwa pelajarnya, tidaklah mengajar sesuka hati tanpa menghiraukan perbezaan individu dan juga minat anak muridnya. Misalnya jika gaya pembelajaran pelajar itu bersifat psikologi maka sudah tentu murid ini memerlukan bimbingan dan pujian guru semasa proses pembelajaran berlangsung. Guru akan menggunakan segala kemahiran pemudahcaraannya untuk membantu dan memupuk kasih sayangnya dengan murid berkenaan. Guru yang sudah memahami setiap jiwa muridnya akan menunjukkan rasa sayang dan sekali gus menggalakkan pembelajaran murid berkenaan. Bagi menarik minat pula, guru berkenaan akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat kepada muridnya seperti menggunakan komputer atau CD yang interaktif supaya murid boleh belajar sendiri. Begitulah keadaannya sedikit contoh bagaimana seseorang guru boleh mengaplikasikan kefahamanya tentang konsep atau amalan-amalan penerapan elemen bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.