SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
BAB I



                                       PENDAHULUAN



1.1        PENGENALAN


Bab ini akan menghuraikan latar belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian dan
seterusnya melihat definisi konsepsi yang terdapat dalam tajuk kajian ini.




1.1.2      LATAR BELAKANG KAJIAN

Iklan secara umumnya merupakan satu alat komunikasi visual yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat daripada pencipta mesej visual kepada khalayak. Setiap iklan yang
dipaparkan mempunyai tujuan seperti menyampaikan pesanan, menarik minat khalayak
supaya terpengaruh terhadap maklumat yang disampaikan dalam iklan tersebut dan untuk
memaparkan mesej-mesej penting daripada sesebuah syarikat. Setiap iklan yang ingin
dipaparkan sama ada melalui kain rentang, melalui akhbar, media cetak mahupun media
elektronik adalah berbayar kepada agensi-agensi yang terlibat dalam memaparkan iklan
tersebut kepada khalayak.

           Lumrahnya, iklan bagi sesuatu entiti perniagaan merupakan medium perantaraan
yang utama dalam usaha menghantar maklumat daripada penjual kepada khalayak.
Penggunaan iklan sangat relaven dalam mempengaruhi masyarakat supaya mempercayai
maklumat yang telah dihebahkan. Hal ini berlaku kerana dalam sesuatu entiti perniagaan
semestinya bermisikan mencapai keuntungan semaksima yang mungkin. Oleh itu, usaha-
usaha dalam mencapai matlamat tersebut perlu dilaksanakan dengan memaparkan iklan-iklan
dalam media massa mahupun media cetak.
Keberkesanan sesuatu iklan dapat dilihat apabila khalayak mula terpengaruh
dengan iklan yang dipaparkan dengan teknik-teknik sesuai yang telah digunakan. Setelah itu,
bilangan khalayak yang mula mempercayai iklan tersebut bertambah dari masa ke semasa.
Oleh itu, hasil pemaparan iklan tersebut dapat dilihat sama ada khalayak memberikan impak
yang positif dengan mempercayai kandungan iklan tersebut ataupun sebaliknya.

          Sumbangan pengiklanan dalam pembangunan industri di Malaysia amat penting
dan tidak boleh dinafikan lagi. Dengan memasukkan elemen-elemen psikologi dan direka
dengan berbagi-bagai corak dan bentuk, iklan mampu mempengaruhi tingkah laku para
pengguna. Iklan tidak kira secara percetakan mahupun secara digital amat luas
penggunaannya. Walau bagaimanapun, tidak semua iklan berjaya mempengaruhi dan
mengubah tingkah laku dan psikologi khalayak kerana mereka menentukan sendiri pilihan
yang mereka sukai. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sesuai harus diguna pakai supaya
matlamat untuk mempengaruhi minda khalayak dapat dicapai.

          Kajian mengenai aspek pragmatik dalam ikan-iklan harus diperbanyakkan lagi
kerana dengan melaksanakan kajian ini, pencipta iklan akan dapat mengetahui bahawa dalam
iklan-iklan yang telah mereka hasilkan mengandungi unsur-unsur pragmatik dan semiotik
yang dapat menarik lebih ramai khalayak untuk mempercayai kandungan iklan dan
seterusnya menggunakan produk-produk yang telah disarankan dalam iklan tersebut. Hal ini
kerana dengan mengetahui aspek pragmatik dan semiotik, iklan yang dihasilkan akan
nampak lebih jelas dan teratur serta dapat mempengaruhi minda khalayak kerana mempunyai
konteks, kesan konteks dan kos memproses yang dapat menentukan sama ada senang untuk
ditafsir maksud sebenar iklan tersebut ataupun sebaliknya. Oleh itu, sangat penting
mengetahui aspek pragmatik dan semiotik dalam menghasilkan iklan supaya khalayak
memahami penyampaian iklan tersebut.

          Kajian ini mengunakan teori pragmatik Sperber dan Wilson(1986) iaitu teori
relavan dan seorang lagi tokoh yang membangunkan teori semiotik iaitu Charles Sanders
Peirce (1956) yang menggunakan rajah triadik atau segi tiga Pierce. Aspek-aspek pragmatik
dan semiotik dihuraikan dalam bab-bab seterusnya dengan lebih lanjut dengan menyatakan
bukti-bukti yang konkrit untuk kefahaman pembaca. Oleh itu, penyampaian data dapat
difahami dengan mudah.
1.2            PERNYATAAN MASALAH

               Permasalahan kajian ialah permasalahan yang timbul yang membuatkan pengkaji
 terniat untuk mengkaji dan mengorek dengan lebih lanjut tentang bidang yang telah dipilih.
 Melalui pemerhatian pengkaji terhadap tajuk yang telah dipilih untuk di teliti dan dianalisis,
 terdapat beberapa permasalahan yang timbul. Melalui permasalahan ini, pengkaji seterusnya
 dapat menjalanjan kajian untuk menelusuri dengan lebih mendalam serta merekod dapatan
 supaya dapat dijadikan maklumat kepada para pembaca.

               Permasalahan yang telah dilihat oleh pengkaji yang membuatkan dirinya tertarik
 untuk membuat kajian ini ialah kajian terhadapiklan produk-produk kesihatan yang
 dihasilkan masih belum meluas walaupun kajian tentang iklan banyak diakukan, tetapi masih
 kurang dikaji. Hal ini kerana jika kajian tentang iklan banyak dilakukan, pengkaji-pengkaji
 seterusnya dapat menjadikan kajian-kajian kepas ini sebagai panduan dalam menghasilkan
 proposal yang baik dan seterusnya menjadikan bidang iklan lebih meluas skopnya.

               Permasalahan yang kedua ialah walaupun kajian iklan telah bertambah dari masa
 ke semasa, tetapi hanya sebilangan sahaja kajian yang berfokus kepada bidang pragmatik
 ataupun semiotik. Hal ini kerana, banyak lagi bidang yang boleh dilakukan oleh para
 pengkaji dalam melaksanakan kajian proposal tersebut. Oleh itu, kajian mengenai pragmatik
 dan semiotik perlu ditambah dari masa ke semasa sebagai bahan rujukan kepada pengkaji
 seterusnya.

               Permasalahan yang ketiga ialah bidang pragmatik dan semiotik kurang mendapat
 tempat oleh para siswazah sebagai bidang yang dijadikan kajian. Hal ini kerana bidang-
 bidang ini memerlukan kekreatifan minda untuk berfikir. Ramai siswazah sangat berminat
 untuk menjalankan kajian lapangan kerana kajian tersebut senang dilakukan dan memerlukan
 logik untuk menghasilkannya. Oleh itu, mereka lebih berminat untuk menjalankan kajian
 lapangan.
1.3          OBJEKTIF KAJIAN

             Kajian yang dilaksanakan ini berlandaskan objektif yang telah ditetapkan sendiri
      dan yang ingin dicapai oleh pengkaji. Hal ini kerana dengan adanya objektif kajian,
      pengkaji tidak akan terpesong daripada landasan yang sepatutnya supaya kupasan-
      kupasan informasi dapat dikorek dan dianalisis dengan jayanya. Terdapat tiga objektif
      yang perlu dicapai dalam kajjian ini. Antaranya ialah :

 1. Melihat aspek pragmatik yang digunakan dalam iklan produk kesihatan.
 2. Melihat aspek semiotik yang digunakan dalam iklan produk kesihatan
 3. Meneliti peranan pragmatik dan semiotik dalam menyampaikan mesej melalui iklan
      produk kesihatan.




1.4          PERSOALAN KAJIAN

             Setiap kajian semestinya akan timbul persoalan untuk dijawab dalam bab
      berikutnya. Apabila wujudnya persoalan, kajian yang dijalankan akan menjadi lebih
      mudah kerana apabila terdapatnya persoalan, semestinya wujud juga jawapan. Oleh itu,
      dalam analisis kajian akan menjawab semua dan merungkai kesemua persoalan yang
      timbul dalam bahagian ini. Oleh itu, terdapat tiga persoalan kajian iaitu :


 1. Apakan aspek pragmatik yang digunakan dalam iklan produk kesihatan.
 2. Apakah aspek semiotik yang wujud dan yang digunakan dalam iklan produk kesihatan?
 3. Apakah peranan yang dimainkan oleh aspek pragmatik dan semiotik dalam usaha
      menyampaikan mesej melalui iklan produk kesihatan tersebut?

      s
1.5          KEPENTINGAN KAJIAN



             Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepentingannya terhadap masyarakat setekah
      diteliti dan dikenalpastikan manfaat terhadap permasalahan yang timbul. Secara
      ilmiahnya, kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan pembelajaran. Oleh itu,
      kajian ini dipilih oleh pengkaji atas beberapa sebab yang penting yang membuatkan
      pengkaji tertarik untuk menelusur dengan lebih lanjut tentang aspek-aspek yang dikaji.

             Pengkaji telah meneliti banyak kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh para
      graduan dan mendapati bahawa kajian terhadap aspek pragmatik dan juga semiotik
      kurang dilakukan. Banyak tempat telah dikunjungi oleh pengkaji dan pengkaji mendapati
      hanya sebilangan sahaja yang melakukan kajian tentang pragmatik kerana kajian terhadap
      aspek ini terutama dengan menggunakan teori relevan amat sukar untuk ditafsirkan
      kerelevanan sesuatu pernyataan atau ujaran. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai
      berbeza-beza pemahaman dan interpretasi. Oleh itu, kajian ini kurang dilakukan oleh
      pengkaji tanah air dan seterusnya pengkaji telah tertarik untuk menambah lagi koleksi
      kajian terhadap aspek pragmatik yang menjurus kepada teori relevan ini.

             Selain itu, kajian-kajian yang menjurus kearah pragmatik sememangnya telah
      dilakukan oleh sebilangan siswazah tempatan, tetapi penerapan aspek-aspek pragmatik
      dalam kajian mereka kabur untuk difahami dan dihayati oleh para pembaca. Hal ini
      kerana data yang mereka ambil dan huraian terhadap data tersebut kurang
      memberangsangkan dan kelihatan kabur atau kurang jelas. Oleh itu, pengkaji telah
      berniat dan tergerak hati untuk menelusur dan mengorek aspek pragmatik ini dengan
      lebik baik daripada pengkaji lepas.

             Kajian ini juga penting kerana kajian terhadap iklan yang menggunakan aspek
      pragmatik dan semiotik kurang diguna pakai. Hal ini kerana ramai siswazah menekankan
      aspek retorik dan lain-lain aspek kerana frasa atau ayat yang digunakan dalam iklan
      mempunyai aspek-aspek retorik, tetapi ramai yang tidak perasan bahawa dalam iklan juga
      mengandungi aspek pragmatik. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji aspek ini yang terdapat
      dalam iklan dan seterusnya menyatakan kepada khalayak ramai bahawa aspek pragmatik
yang diguna pakai dalam iklan amat berkesan dalam menyampaikan maklumat lebih-
lebih lagi untuk menarik khalayak supaya terpengaruh terhadap iklan yang dipamerkan
kepada khalayak ramai.

       Kajian ini sememangnya penting untuk menyatakan peranan yang dimainkan oleh
aspek pragmatik dan semiotik dalam menyampaikan mesej dalam iklan produk kesihatan
yang dipamerkan. Hal ini seterusnya dapat memberitahu khalayak bahawa aspek
pragmatik dan semiotik amat berperanan dalam menghasilkan iklan yang dapat menarik
perhatian khalayak. Hal ini kerana penginterpretasian masyarakat berbeza-beza dan
dengan interpretasi awalan dapat menambah baik dalam penyediaan sebuah iklan yang
bermutu tinggi. Oleh itu, aspek ini harus ditekankan dalam menghasilkan sebuah iklan
yang baik dan dapat menarik perhatian serta mempengaruhi minda masyarakat terhadap
iklan yang dihasilkan.
1.6 DEFINISI KONSEP


1.6.1        Iklan

             Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2010) menyatakan maksud iklan sebagai
    pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, television, radio dan lain-lain.
    Melalui definisi yang telah diberikan dalam kamus dewan ini, iklan dapat difahami
    sebagai medium penyampaian informasi terkini yang dibuat melalui perantaraan sama
    ada melalui akhbar, television, radio atau lain-lain medium penyampaian yang berkenaan.
    Oleh itu, dari pernyataan kamus ini telah jelas bahawa iklan sememangnya adalah
    medium penyebaran khabar atau informasi terkini.

             Menurut Mohamad Md Yusoff dan kamaliah Hj Siarap (1999), iklan adalah
    sistem komunikasi. Semua bentuk periklanan dalam komunikasi menyampaikan mesej
    atau utusan kepada sekumpulan manusia melalui perkataan, lukisan, simbol atau cop
    perniagaan. Peranannya dalam pendidikan pula boleh membaiki kehidupan orang awam
    dalam memenuhi keperluan yang ditawarkan di pasaran. Terdapat fungsi-fungsi lain
    seperti sebagai pelancar ekonomi dalam sesebuah negara yang menggalakkan jualan dan
    perniagaan. Melalui perniagaan juga, kos pengedaran dan penjualan adalah memudahkan
    tugas.

             Asmah Hj Omar (1984) menyatakan perkataan iklan berasal daripada bahasa Arab
    iaitu i’lan yang bermaksud khabar yang disiarkan. Apabila perkataan itu digunakan dalam
    bahasa melayu, perkataan tersebut telah mengalami perubahan makna kerana khabar
    yang disiarkan itu bukanlah sebarang khabar dan bukanlah semata-mata dengan tujuan
    pemberitahuan. Sebaliknya maknanya telah berubah menjadi khabar tentang sesuatu yang
    hendak dipelawa, ditawarkan dan dijual. Oleh itu, makna sebenar yang diambil daripada
    bahasa arab itu telah berubah maksud apabila digunakan dalam bahasa melayu menjadi
    lain maksudnya tetapi penggunaannya masih sama iaitu pemaparan untuk tujuan
    perniagaan.
Asiah Idris (2005) pula menyatakan bahawa iklan terbaik bukan sahaja jalan
   ceritanya bagus tetapi cantik juga susunan bahasanya. Hal ini kerana dengan
   menggunakan bahasa yang betul dan memikat, para pelanggan akan tertarik hati untuk
   melanggan dan seterusnya mereka melanggan kerana iklan yang telah dipaparkan
   tersebut. Oleh itu, penggunaan jalan cerita dan susunan bahasa yang bagus akan
   meninggalkan kesan positif kepada usaha penarikan minat para pelanggan supaya
   melanggan produk dan perkhidmatan yang telah disediakan.

1.6.2     Produk

          Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 (2010) menyatakan produk sebagai sesuatu
   (barang, perkhidmatan dan sebagainya) yang dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan
   oleh institusi dan sebaginya. Hal ini bermakna produk merupakan hasil berupa barang,
   perkhidmatan atau sesuatu yang dihasilkan dari kilang perusahaan dan institusi-institusi
   perkhismatan yang berkaitan. Oleh itu, barang dan perkhidmatan yang telah dikeluarkan
   dan dijual dipremis-premis perniagaan merupakan suatu produk.

1.6.3     Kesihatan

          Kamus Dewan Edisi ke-4 (2010) menyatakan kesihatan diambil daripada kata
   dasarnya iaitu sihat yang bererti tidak kena (menghidap) sebarang penyakit, tidak sakit-
   sakit, afiat da segar. Setelah menambah apitan ke-...-an kepada sihat, menjadi kesihatan
   menjadi sebagai perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dan lain-lain). Oleh
   itu, perihal kesihatan dapat diketahui sebagai kecergasan tubuh badan apabila sihat, segar
   atau berada dalam keadaan baik.

1.6.4     Produk kesihatan

          Apabila diamati kedua-dua definisi yang diberikan dalam kemus Dewan, maka
   produk kesihatan dapat beketahui sebagai barang atau perkhidmatan yang telah
   dikeluarkan oleh institusi-institusi yang terbabit seperti kilang atau makmal yang
   berasaskan ubat-ubatan yang dapat membantu masyarakat dalam perihal kesakitan,
   meningkatkan kadar kesihatan badan atau menjadikan keadaan kesihatan diri berada
   dalam keadaan stabil.
1.6.5     Pragmatik

          Teori pragmatik yang telah dipilih ialah teori relavans yang telah dipelopori oleh
   Sperber dan Wilson (1986). Teori ini merupakan lanjutan daripada teori semantik yang
   juga telah dipelopori oleh mereka yang dikenali sebagai teori full system semantics. Teori
   ini telah memperlihatkan wujudnya interaksi antara ilmu semantik dengan pragmatik
   untuk mendapatkan interpretasi makna yang sebenar. Tiga konsep utama yang ditekankan
   dalam teori ini iaitu konteks, kesan konteks dan kos memproses.ketiga-tiga konsep ini
   mestilah digabungkan supaya mesej yang hendadk diandaikan iatu mencapai tahap
   kerelevanan yang optimum dan seterusnya akan ujaran tersebut akan dianggap sebagai
   releven. Pilihan ilmu pragmatik ini berasaskan :

1) Kejayaan Sperber dan Wilson dalam memberikan garis pemisah yang objektif antara
   semantik dan pragmatik. Aabila sempadan pragmatik diketahui dengan jelas, maka segala
   maalah pertelingkahan definisi yang dihadapi oleh tokoh linguistik yang lain dianggap
   sebagai telah selesai.
2) Mereka berjaya memantapkan lagi pengkajian teori pragmatik dibandingkan dengan
   Grice (1975). Sperber dan Wilson telah berjaya memberikan kritikan yang kukuh
   terhadap idea yang disarankan oleh Grice, malah mereka telah berjaya meringkaskan lagi
   teori pragmatik kepada satu prinsip yang mudah iaitu prinsip relevans.
3) Mereka    telah    memberikan    garis   panduan   bagaimana     sesuatu   ujaran   harus
   diinterpretasikan bersandarkan konsep-konsep konteks. Kesan konteks dan usaha
   memproses dlam teori pragmatik mereka iaitu teori relavans.
4) Mereka telah menunjukkan bahawa kognisi dan konstrusi psikologi terlibat sama dalam
   komunikasi antara manusia dengan segala interpretasi ujaran boleh didasarkan pada
   rumus deduksi agar penginterpretasian makna boleh diuji dan dibuktikan.
1.6.6        Semiotik

      Semiotik berasal daripada perkatan Greek, iaitu kata dasar semeion yang membawa
      maksud sains umum yang mengkaji sistem perlambangan. Kajian tentang semiotik adalah
      berkaitan tentang tanda dan segala yang berkaitan dengannya termasuklah cara tanda
      tanda itu berfungsi, hubungannya dengan tanda-tanda lain, pengirimnya, dan
      penerimanya oleh pengguna tanda tersebut.
                     Semiotik dilihat sebagai ilmu penganalisisan untuk mengkaji tanda-tanda
      yang bersifat saintifik atau dikenali sebagai “science of sign”. Bidang kajian ini menyusur
      bahasa sebagai sistem, antaranya yang berurusan dengan aspek teknik serta mekanisme
      pengucapan dan penciptaan di samping mengkhususkan penelitiannya dari sudut ekspresi
      dan komunikasi. (Masinambow dan Rohayu Hidayat : 2001).
                     Manakala menurut Panuti Sudjiman dan Aart van Zoest (1996)
      menyatakan lagi bahawa pada tahap awal kemunculan bidang kajian ini, istilah semiotik
      seolah-olah tidak wujud kerana mereka lebih cenderung menggunakan istilah tanda.
      Istilah semiotik diperkenalkan oleh John Locke dan seterusnya digunakan oleh Charles
      Sanders Piers dari Amerika. Beliau telah mendefiniskan semiotik sebagai doktrin formal
      bagi segala jenis tanda dan kemunculan tanda ini mengambil kira lambang linguistik dan
      juga tanda-tanda seperti gambar dan angka. Beliau telah memperkembangkan tiga jenis
      tanda iaitu lambang Ferdinand de Sausure telah memperkenalkan istilah semiologi dan
      mentakrifkan semiotik sebagai suatu sains yang mengkaji hayat tanda dalam masyarakat.



1.7           KESIMPULAN

      Dalam bab ini, pengkaji hanya membincangkan beberapa perkara asas yang akan
      dibincangkan dan dicungkil data-data secara terperinci dalam bab-bab seterusnya. Selain
      itu, bab ini telah memberikan gambaran umum tentang kajian yang ingin dijalankan oleh
      pengkaji dengan menyatakan permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian,
      kepentingan kajian dan huraian definisi konsep yang terdapat dalam tajuk yang telah
      dipilih oleh pengkaji. Oleh itu, bab yang seterusnya akan membincangkan dengan lebih
      lanjut mengenai kajian-kaian lepas yang telah dijadikan panduan dalam menjalankan
      kajian ini.

Weitere ähnliche Inhalte

Andere mochten auch

Welcome to Michigan CFO
Welcome to Michigan CFOWelcome to Michigan CFO
Welcome to Michigan CFO
dpalmer4217
 
CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013
CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013
CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013
Jeffrey Ackerman
 
Producto 9 planeta web 2
Producto  9    planeta web 2Producto  9    planeta web 2
Producto 9 planeta web 2
Salra
 
Swot Analysis by smita
Swot Analysis by smitaSwot Analysis by smita
Swot Analysis by smita
Smita Nevase
 
Bpm lecture 1 students
Bpm lecture 1 studentsBpm lecture 1 students
Bpm lecture 1 students
Leo Yuvaraj
 
Baermann carl-variations-brillantes-41620
Baermann carl-variations-brillantes-41620Baermann carl-variations-brillantes-41620
Baermann carl-variations-brillantes-41620
joansoco
 
أرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولى
أرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولىأرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولى
أرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولى
Med Mahla
 
¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11
 ¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11 ¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11
¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11
Ichko Ido
 
Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)
Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)
Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)
ma-hu
 

Andere mochten auch (20)

Cpp v3
Cpp v3Cpp v3
Cpp v3
 
Welcome to Michigan CFO
Welcome to Michigan CFOWelcome to Michigan CFO
Welcome to Michigan CFO
 
CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013
CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013
CBRE Pitsburgh Annual Real Estate Symposium-feb 2013
 
TEC Brochure
TEC BrochureTEC Brochure
TEC Brochure
 
Producto 9 planeta web 2
Producto  9    planeta web 2Producto  9    planeta web 2
Producto 9 planeta web 2
 
Swot Analysis by smita
Swot Analysis by smitaSwot Analysis by smita
Swot Analysis by smita
 
Bpm lecture 1 students
Bpm lecture 1 studentsBpm lecture 1 students
Bpm lecture 1 students
 
Swot analysis
Swot  analysisSwot  analysis
Swot analysis
 
Produce pakpoultry
Produce pakpoultryProduce pakpoultry
Produce pakpoultry
 
Baermann carl-variations-brillantes-41620
Baermann carl-variations-brillantes-41620Baermann carl-variations-brillantes-41620
Baermann carl-variations-brillantes-41620
 
Lab3.12
Lab3.12Lab3.12
Lab3.12
 
Teori Konspirasi pembunuhan Shaykh Sayf al-Rijal
Teori Konspirasi pembunuhan Shaykh Sayf al-RijalTeori Konspirasi pembunuhan Shaykh Sayf al-Rijal
Teori Konspirasi pembunuhan Shaykh Sayf al-Rijal
 
أرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولى
أرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولىأرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولى
أرضية ترشح إدريس لشكر للكتابة الأولى
 
¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11
 ¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11 ¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11
¥.-ÿ-ç-+-+-à-+-ç-+-+-+ -ö-¦-¦-+-¦-¦-¦-¦-ç11
 
Śniadanie Daje Moc
Śniadanie Daje MocŚniadanie Daje Moc
Śniadanie Daje Moc
 
Śniadanie Daje Moc
Śniadanie Daje MocŚniadanie Daje Moc
Śniadanie Daje Moc
 
Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)
Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)
Matemàtiques de neptú 1 (diapositives color)
 
Hypotheekvormen
HypotheekvormenHypotheekvormen
Hypotheekvormen
 
Ecoway Campo grande - Sustentabilidade é reinventar o dia-a-dia para garantir...
Ecoway Campo grande - Sustentabilidade é reinventar o dia-a-dia para garantir...Ecoway Campo grande - Sustentabilidade é reinventar o dia-a-dia para garantir...
Ecoway Campo grande - Sustentabilidade é reinventar o dia-a-dia para garantir...
 
7Dì 2 dicembre
7Dì 2 dicembre7Dì 2 dicembre
7Dì 2 dicembre
 

Ähnlich wie Baru alter

Jawaban uts difusi inovasi feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...
Jawaban uts difusi inovasi  feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...Jawaban uts difusi inovasi  feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...
Jawaban uts difusi inovasi feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...
Feralia Eka Putri
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
limteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
limteongyam
 
materi penyuluhan pertanian terpadu tarakan
materi penyuluhan pertanian terpadu tarakanmateri penyuluhan pertanian terpadu tarakan
materi penyuluhan pertanian terpadu tarakan
DeddyBrata2
 

Ähnlich wie Baru alter (20)

Bab 4 proses perhubungan awam
Bab 4  proses perhubungan awamBab 4  proses perhubungan awam
Bab 4 proses perhubungan awam
 
Metodologi Penelitian
Metodologi Penelitian Metodologi Penelitian
Metodologi Penelitian
 
Media IT PPT Dan Proprofs Brain M Mu'ammar Q Jombang Jember.pdf
Media IT PPT Dan Proprofs Brain M Mu'ammar Q Jombang Jember.pdfMedia IT PPT Dan Proprofs Brain M Mu'ammar Q Jombang Jember.pdf
Media IT PPT Dan Proprofs Brain M Mu'ammar Q Jombang Jember.pdf
 
M MU'AMMAR QATHAVI Development PPT.docx
M MU'AMMAR QATHAVI Development PPT.docxM MU'AMMAR QATHAVI Development PPT.docx
M MU'AMMAR QATHAVI Development PPT.docx
 
4cmetode penelitian-evaluasi-kebijakan-pendidikan(1)
4cmetode penelitian-evaluasi-kebijakan-pendidikan(1)4cmetode penelitian-evaluasi-kebijakan-pendidikan(1)
4cmetode penelitian-evaluasi-kebijakan-pendidikan(1)
 
PERTEMUAN 8 Manajemen Iklan.ppt
PERTEMUAN 8 Manajemen Iklan.pptPERTEMUAN 8 Manajemen Iklan.ppt
PERTEMUAN 8 Manajemen Iklan.ppt
 
Dasar dasar riset bbptp (yuti)
Dasar dasar riset   bbptp (yuti)Dasar dasar riset   bbptp (yuti)
Dasar dasar riset bbptp (yuti)
 
Kaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikanKaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikan
 
7. bab ii new
7. bab ii new7. bab ii new
7. bab ii new
 
Forum dosen 09 (yuti)
Forum dosen 09 (yuti)Forum dosen 09 (yuti)
Forum dosen 09 (yuti)
 
MANAJEMEN MEDIA KEHUMASAN PEMERINTAH ANGKATAN 7
MANAJEMEN MEDIA KEHUMASAN PEMERINTAH  ANGKATAN 7MANAJEMEN MEDIA KEHUMASAN PEMERINTAH  ANGKATAN 7
MANAJEMEN MEDIA KEHUMASAN PEMERINTAH ANGKATAN 7
 
PPT NEW 2.pptx
PPT NEW 2.pptxPPT NEW 2.pptx
PPT NEW 2.pptx
 
Jawaban uts difusi inovasi feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...
Jawaban uts difusi inovasi  feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...Jawaban uts difusi inovasi  feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...
Jawaban uts difusi inovasi feralia eka putri- 06122503052-teknologi pendidik...
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Bab 1 PENDAHULUAN
Bab 1 PENDAHULUANBab 1 PENDAHULUAN
Bab 1 PENDAHULUAN
 
Ppt social marketing campaign fixed. 2
Ppt social marketing campaign fixed. 2Ppt social marketing campaign fixed. 2
Ppt social marketing campaign fixed. 2
 
Inisiasi 1
Inisiasi 1Inisiasi 1
Inisiasi 1
 
materi penyuluhan pertanian terpadu tarakan
materi penyuluhan pertanian terpadu tarakanmateri penyuluhan pertanian terpadu tarakan
materi penyuluhan pertanian terpadu tarakan
 
Media dalam Promosi Kesehatan
Media dalam Promosi KesehatanMedia dalam Promosi Kesehatan
Media dalam Promosi Kesehatan
 

Kürzlich hochgeladen

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Baru alter

  • 1. BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Bab ini akan menghuraikan latar belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian dan seterusnya melihat definisi konsepsi yang terdapat dalam tajuk kajian ini. 1.1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Iklan secara umumnya merupakan satu alat komunikasi visual yang digunakan untuk menyampaikan maklumat daripada pencipta mesej visual kepada khalayak. Setiap iklan yang dipaparkan mempunyai tujuan seperti menyampaikan pesanan, menarik minat khalayak supaya terpengaruh terhadap maklumat yang disampaikan dalam iklan tersebut dan untuk memaparkan mesej-mesej penting daripada sesebuah syarikat. Setiap iklan yang ingin dipaparkan sama ada melalui kain rentang, melalui akhbar, media cetak mahupun media elektronik adalah berbayar kepada agensi-agensi yang terlibat dalam memaparkan iklan tersebut kepada khalayak. Lumrahnya, iklan bagi sesuatu entiti perniagaan merupakan medium perantaraan yang utama dalam usaha menghantar maklumat daripada penjual kepada khalayak. Penggunaan iklan sangat relaven dalam mempengaruhi masyarakat supaya mempercayai maklumat yang telah dihebahkan. Hal ini berlaku kerana dalam sesuatu entiti perniagaan semestinya bermisikan mencapai keuntungan semaksima yang mungkin. Oleh itu, usaha- usaha dalam mencapai matlamat tersebut perlu dilaksanakan dengan memaparkan iklan-iklan dalam media massa mahupun media cetak.
  • 2. Keberkesanan sesuatu iklan dapat dilihat apabila khalayak mula terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan dengan teknik-teknik sesuai yang telah digunakan. Setelah itu, bilangan khalayak yang mula mempercayai iklan tersebut bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu, hasil pemaparan iklan tersebut dapat dilihat sama ada khalayak memberikan impak yang positif dengan mempercayai kandungan iklan tersebut ataupun sebaliknya. Sumbangan pengiklanan dalam pembangunan industri di Malaysia amat penting dan tidak boleh dinafikan lagi. Dengan memasukkan elemen-elemen psikologi dan direka dengan berbagi-bagai corak dan bentuk, iklan mampu mempengaruhi tingkah laku para pengguna. Iklan tidak kira secara percetakan mahupun secara digital amat luas penggunaannya. Walau bagaimanapun, tidak semua iklan berjaya mempengaruhi dan mengubah tingkah laku dan psikologi khalayak kerana mereka menentukan sendiri pilihan yang mereka sukai. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sesuai harus diguna pakai supaya matlamat untuk mempengaruhi minda khalayak dapat dicapai. Kajian mengenai aspek pragmatik dalam ikan-iklan harus diperbanyakkan lagi kerana dengan melaksanakan kajian ini, pencipta iklan akan dapat mengetahui bahawa dalam iklan-iklan yang telah mereka hasilkan mengandungi unsur-unsur pragmatik dan semiotik yang dapat menarik lebih ramai khalayak untuk mempercayai kandungan iklan dan seterusnya menggunakan produk-produk yang telah disarankan dalam iklan tersebut. Hal ini kerana dengan mengetahui aspek pragmatik dan semiotik, iklan yang dihasilkan akan nampak lebih jelas dan teratur serta dapat mempengaruhi minda khalayak kerana mempunyai konteks, kesan konteks dan kos memproses yang dapat menentukan sama ada senang untuk ditafsir maksud sebenar iklan tersebut ataupun sebaliknya. Oleh itu, sangat penting mengetahui aspek pragmatik dan semiotik dalam menghasilkan iklan supaya khalayak memahami penyampaian iklan tersebut. Kajian ini mengunakan teori pragmatik Sperber dan Wilson(1986) iaitu teori relavan dan seorang lagi tokoh yang membangunkan teori semiotik iaitu Charles Sanders Peirce (1956) yang menggunakan rajah triadik atau segi tiga Pierce. Aspek-aspek pragmatik dan semiotik dihuraikan dalam bab-bab seterusnya dengan lebih lanjut dengan menyatakan bukti-bukti yang konkrit untuk kefahaman pembaca. Oleh itu, penyampaian data dapat difahami dengan mudah.
  • 3. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Permasalahan kajian ialah permasalahan yang timbul yang membuatkan pengkaji terniat untuk mengkaji dan mengorek dengan lebih lanjut tentang bidang yang telah dipilih. Melalui pemerhatian pengkaji terhadap tajuk yang telah dipilih untuk di teliti dan dianalisis, terdapat beberapa permasalahan yang timbul. Melalui permasalahan ini, pengkaji seterusnya dapat menjalanjan kajian untuk menelusuri dengan lebih mendalam serta merekod dapatan supaya dapat dijadikan maklumat kepada para pembaca. Permasalahan yang telah dilihat oleh pengkaji yang membuatkan dirinya tertarik untuk membuat kajian ini ialah kajian terhadapiklan produk-produk kesihatan yang dihasilkan masih belum meluas walaupun kajian tentang iklan banyak diakukan, tetapi masih kurang dikaji. Hal ini kerana jika kajian tentang iklan banyak dilakukan, pengkaji-pengkaji seterusnya dapat menjadikan kajian-kajian kepas ini sebagai panduan dalam menghasilkan proposal yang baik dan seterusnya menjadikan bidang iklan lebih meluas skopnya. Permasalahan yang kedua ialah walaupun kajian iklan telah bertambah dari masa ke semasa, tetapi hanya sebilangan sahaja kajian yang berfokus kepada bidang pragmatik ataupun semiotik. Hal ini kerana, banyak lagi bidang yang boleh dilakukan oleh para pengkaji dalam melaksanakan kajian proposal tersebut. Oleh itu, kajian mengenai pragmatik dan semiotik perlu ditambah dari masa ke semasa sebagai bahan rujukan kepada pengkaji seterusnya. Permasalahan yang ketiga ialah bidang pragmatik dan semiotik kurang mendapat tempat oleh para siswazah sebagai bidang yang dijadikan kajian. Hal ini kerana bidang- bidang ini memerlukan kekreatifan minda untuk berfikir. Ramai siswazah sangat berminat untuk menjalankan kajian lapangan kerana kajian tersebut senang dilakukan dan memerlukan logik untuk menghasilkannya. Oleh itu, mereka lebih berminat untuk menjalankan kajian lapangan.
  • 4. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dilaksanakan ini berlandaskan objektif yang telah ditetapkan sendiri dan yang ingin dicapai oleh pengkaji. Hal ini kerana dengan adanya objektif kajian, pengkaji tidak akan terpesong daripada landasan yang sepatutnya supaya kupasan- kupasan informasi dapat dikorek dan dianalisis dengan jayanya. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai dalam kajjian ini. Antaranya ialah : 1. Melihat aspek pragmatik yang digunakan dalam iklan produk kesihatan. 2. Melihat aspek semiotik yang digunakan dalam iklan produk kesihatan 3. Meneliti peranan pragmatik dan semiotik dalam menyampaikan mesej melalui iklan produk kesihatan. 1.4 PERSOALAN KAJIAN Setiap kajian semestinya akan timbul persoalan untuk dijawab dalam bab berikutnya. Apabila wujudnya persoalan, kajian yang dijalankan akan menjadi lebih mudah kerana apabila terdapatnya persoalan, semestinya wujud juga jawapan. Oleh itu, dalam analisis kajian akan menjawab semua dan merungkai kesemua persoalan yang timbul dalam bahagian ini. Oleh itu, terdapat tiga persoalan kajian iaitu : 1. Apakan aspek pragmatik yang digunakan dalam iklan produk kesihatan. 2. Apakah aspek semiotik yang wujud dan yang digunakan dalam iklan produk kesihatan? 3. Apakah peranan yang dimainkan oleh aspek pragmatik dan semiotik dalam usaha menyampaikan mesej melalui iklan produk kesihatan tersebut? s
  • 5. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepentingannya terhadap masyarakat setekah diteliti dan dikenalpastikan manfaat terhadap permasalahan yang timbul. Secara ilmiahnya, kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dipilih oleh pengkaji atas beberapa sebab yang penting yang membuatkan pengkaji tertarik untuk menelusur dengan lebih lanjut tentang aspek-aspek yang dikaji. Pengkaji telah meneliti banyak kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh para graduan dan mendapati bahawa kajian terhadap aspek pragmatik dan juga semiotik kurang dilakukan. Banyak tempat telah dikunjungi oleh pengkaji dan pengkaji mendapati hanya sebilangan sahaja yang melakukan kajian tentang pragmatik kerana kajian terhadap aspek ini terutama dengan menggunakan teori relevan amat sukar untuk ditafsirkan kerelevanan sesuatu pernyataan atau ujaran. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai berbeza-beza pemahaman dan interpretasi. Oleh itu, kajian ini kurang dilakukan oleh pengkaji tanah air dan seterusnya pengkaji telah tertarik untuk menambah lagi koleksi kajian terhadap aspek pragmatik yang menjurus kepada teori relevan ini. Selain itu, kajian-kajian yang menjurus kearah pragmatik sememangnya telah dilakukan oleh sebilangan siswazah tempatan, tetapi penerapan aspek-aspek pragmatik dalam kajian mereka kabur untuk difahami dan dihayati oleh para pembaca. Hal ini kerana data yang mereka ambil dan huraian terhadap data tersebut kurang memberangsangkan dan kelihatan kabur atau kurang jelas. Oleh itu, pengkaji telah berniat dan tergerak hati untuk menelusur dan mengorek aspek pragmatik ini dengan lebik baik daripada pengkaji lepas. Kajian ini juga penting kerana kajian terhadap iklan yang menggunakan aspek pragmatik dan semiotik kurang diguna pakai. Hal ini kerana ramai siswazah menekankan aspek retorik dan lain-lain aspek kerana frasa atau ayat yang digunakan dalam iklan mempunyai aspek-aspek retorik, tetapi ramai yang tidak perasan bahawa dalam iklan juga mengandungi aspek pragmatik. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji aspek ini yang terdapat dalam iklan dan seterusnya menyatakan kepada khalayak ramai bahawa aspek pragmatik
  • 6. yang diguna pakai dalam iklan amat berkesan dalam menyampaikan maklumat lebih- lebih lagi untuk menarik khalayak supaya terpengaruh terhadap iklan yang dipamerkan kepada khalayak ramai. Kajian ini sememangnya penting untuk menyatakan peranan yang dimainkan oleh aspek pragmatik dan semiotik dalam menyampaikan mesej dalam iklan produk kesihatan yang dipamerkan. Hal ini seterusnya dapat memberitahu khalayak bahawa aspek pragmatik dan semiotik amat berperanan dalam menghasilkan iklan yang dapat menarik perhatian khalayak. Hal ini kerana penginterpretasian masyarakat berbeza-beza dan dengan interpretasi awalan dapat menambah baik dalam penyediaan sebuah iklan yang bermutu tinggi. Oleh itu, aspek ini harus ditekankan dalam menghasilkan sebuah iklan yang baik dan dapat menarik perhatian serta mempengaruhi minda masyarakat terhadap iklan yang dihasilkan.
  • 7. 1.6 DEFINISI KONSEP 1.6.1 Iklan Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2010) menyatakan maksud iklan sebagai pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, television, radio dan lain-lain. Melalui definisi yang telah diberikan dalam kamus dewan ini, iklan dapat difahami sebagai medium penyampaian informasi terkini yang dibuat melalui perantaraan sama ada melalui akhbar, television, radio atau lain-lain medium penyampaian yang berkenaan. Oleh itu, dari pernyataan kamus ini telah jelas bahawa iklan sememangnya adalah medium penyebaran khabar atau informasi terkini. Menurut Mohamad Md Yusoff dan kamaliah Hj Siarap (1999), iklan adalah sistem komunikasi. Semua bentuk periklanan dalam komunikasi menyampaikan mesej atau utusan kepada sekumpulan manusia melalui perkataan, lukisan, simbol atau cop perniagaan. Peranannya dalam pendidikan pula boleh membaiki kehidupan orang awam dalam memenuhi keperluan yang ditawarkan di pasaran. Terdapat fungsi-fungsi lain seperti sebagai pelancar ekonomi dalam sesebuah negara yang menggalakkan jualan dan perniagaan. Melalui perniagaan juga, kos pengedaran dan penjualan adalah memudahkan tugas. Asmah Hj Omar (1984) menyatakan perkataan iklan berasal daripada bahasa Arab iaitu i’lan yang bermaksud khabar yang disiarkan. Apabila perkataan itu digunakan dalam bahasa melayu, perkataan tersebut telah mengalami perubahan makna kerana khabar yang disiarkan itu bukanlah sebarang khabar dan bukanlah semata-mata dengan tujuan pemberitahuan. Sebaliknya maknanya telah berubah menjadi khabar tentang sesuatu yang hendak dipelawa, ditawarkan dan dijual. Oleh itu, makna sebenar yang diambil daripada bahasa arab itu telah berubah maksud apabila digunakan dalam bahasa melayu menjadi lain maksudnya tetapi penggunaannya masih sama iaitu pemaparan untuk tujuan perniagaan.
  • 8. Asiah Idris (2005) pula menyatakan bahawa iklan terbaik bukan sahaja jalan ceritanya bagus tetapi cantik juga susunan bahasanya. Hal ini kerana dengan menggunakan bahasa yang betul dan memikat, para pelanggan akan tertarik hati untuk melanggan dan seterusnya mereka melanggan kerana iklan yang telah dipaparkan tersebut. Oleh itu, penggunaan jalan cerita dan susunan bahasa yang bagus akan meninggalkan kesan positif kepada usaha penarikan minat para pelanggan supaya melanggan produk dan perkhidmatan yang telah disediakan. 1.6.2 Produk Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 (2010) menyatakan produk sebagai sesuatu (barang, perkhidmatan dan sebagainya) yang dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dan sebaginya. Hal ini bermakna produk merupakan hasil berupa barang, perkhidmatan atau sesuatu yang dihasilkan dari kilang perusahaan dan institusi-institusi perkhismatan yang berkaitan. Oleh itu, barang dan perkhidmatan yang telah dikeluarkan dan dijual dipremis-premis perniagaan merupakan suatu produk. 1.6.3 Kesihatan Kamus Dewan Edisi ke-4 (2010) menyatakan kesihatan diambil daripada kata dasarnya iaitu sihat yang bererti tidak kena (menghidap) sebarang penyakit, tidak sakit- sakit, afiat da segar. Setelah menambah apitan ke-...-an kepada sihat, menjadi kesihatan menjadi sebagai perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dan lain-lain). Oleh itu, perihal kesihatan dapat diketahui sebagai kecergasan tubuh badan apabila sihat, segar atau berada dalam keadaan baik. 1.6.4 Produk kesihatan Apabila diamati kedua-dua definisi yang diberikan dalam kemus Dewan, maka produk kesihatan dapat beketahui sebagai barang atau perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh institusi-institusi yang terbabit seperti kilang atau makmal yang berasaskan ubat-ubatan yang dapat membantu masyarakat dalam perihal kesakitan, meningkatkan kadar kesihatan badan atau menjadikan keadaan kesihatan diri berada dalam keadaan stabil.
  • 9. 1.6.5 Pragmatik Teori pragmatik yang telah dipilih ialah teori relavans yang telah dipelopori oleh Sperber dan Wilson (1986). Teori ini merupakan lanjutan daripada teori semantik yang juga telah dipelopori oleh mereka yang dikenali sebagai teori full system semantics. Teori ini telah memperlihatkan wujudnya interaksi antara ilmu semantik dengan pragmatik untuk mendapatkan interpretasi makna yang sebenar. Tiga konsep utama yang ditekankan dalam teori ini iaitu konteks, kesan konteks dan kos memproses.ketiga-tiga konsep ini mestilah digabungkan supaya mesej yang hendadk diandaikan iatu mencapai tahap kerelevanan yang optimum dan seterusnya akan ujaran tersebut akan dianggap sebagai releven. Pilihan ilmu pragmatik ini berasaskan : 1) Kejayaan Sperber dan Wilson dalam memberikan garis pemisah yang objektif antara semantik dan pragmatik. Aabila sempadan pragmatik diketahui dengan jelas, maka segala maalah pertelingkahan definisi yang dihadapi oleh tokoh linguistik yang lain dianggap sebagai telah selesai. 2) Mereka berjaya memantapkan lagi pengkajian teori pragmatik dibandingkan dengan Grice (1975). Sperber dan Wilson telah berjaya memberikan kritikan yang kukuh terhadap idea yang disarankan oleh Grice, malah mereka telah berjaya meringkaskan lagi teori pragmatik kepada satu prinsip yang mudah iaitu prinsip relevans. 3) Mereka telah memberikan garis panduan bagaimana sesuatu ujaran harus diinterpretasikan bersandarkan konsep-konsep konteks. Kesan konteks dan usaha memproses dlam teori pragmatik mereka iaitu teori relavans. 4) Mereka telah menunjukkan bahawa kognisi dan konstrusi psikologi terlibat sama dalam komunikasi antara manusia dengan segala interpretasi ujaran boleh didasarkan pada rumus deduksi agar penginterpretasian makna boleh diuji dan dibuktikan.
  • 10. 1.6.6 Semiotik Semiotik berasal daripada perkatan Greek, iaitu kata dasar semeion yang membawa maksud sains umum yang mengkaji sistem perlambangan. Kajian tentang semiotik adalah berkaitan tentang tanda dan segala yang berkaitan dengannya termasuklah cara tanda tanda itu berfungsi, hubungannya dengan tanda-tanda lain, pengirimnya, dan penerimanya oleh pengguna tanda tersebut. Semiotik dilihat sebagai ilmu penganalisisan untuk mengkaji tanda-tanda yang bersifat saintifik atau dikenali sebagai “science of sign”. Bidang kajian ini menyusur bahasa sebagai sistem, antaranya yang berurusan dengan aspek teknik serta mekanisme pengucapan dan penciptaan di samping mengkhususkan penelitiannya dari sudut ekspresi dan komunikasi. (Masinambow dan Rohayu Hidayat : 2001). Manakala menurut Panuti Sudjiman dan Aart van Zoest (1996) menyatakan lagi bahawa pada tahap awal kemunculan bidang kajian ini, istilah semiotik seolah-olah tidak wujud kerana mereka lebih cenderung menggunakan istilah tanda. Istilah semiotik diperkenalkan oleh John Locke dan seterusnya digunakan oleh Charles Sanders Piers dari Amerika. Beliau telah mendefiniskan semiotik sebagai doktrin formal bagi segala jenis tanda dan kemunculan tanda ini mengambil kira lambang linguistik dan juga tanda-tanda seperti gambar dan angka. Beliau telah memperkembangkan tiga jenis tanda iaitu lambang Ferdinand de Sausure telah memperkenalkan istilah semiologi dan mentakrifkan semiotik sebagai suatu sains yang mengkaji hayat tanda dalam masyarakat. 1.7 KESIMPULAN Dalam bab ini, pengkaji hanya membincangkan beberapa perkara asas yang akan dibincangkan dan dicungkil data-data secara terperinci dalam bab-bab seterusnya. Selain itu, bab ini telah memberikan gambaran umum tentang kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji dengan menyatakan permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan huraian definisi konsep yang terdapat dalam tajuk yang telah dipilih oleh pengkaji. Oleh itu, bab yang seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai kajian-kaian lepas yang telah dijadikan panduan dalam menjalankan kajian ini.