Anzeige

Perancangan akademik

hasfizal
25. Oct 2014
Perancangan akademik
Perancangan akademik
Perancangan akademik
Perancangan akademik
Anzeige
Perancangan akademik
Perancangan akademik
Nächste SlideShare
Soalan keusahawananSoalan keusahawanan
Wird geladen in ... 3
1 von 6
Anzeige

Más contenido relacionado

Anzeige

Perancangan akademik

  1. PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH Universiti Sains Malaysia Perancangan Akademik JUS 101 TERAS KEUSAHAWAN Sidang Akademik 2014/2015
  2. KOD KURSUS : JUS 101/2-TERAS KEUSAHAWANAN (CORE ENTREPRENUERSHIP) PENGURUS KURSUS : PROF. MADYA YAHYA CHE LAH E-MAIL : yahya@usm.my TELEFON : 04-6354569 SINOPSIS KURSUS Kursus Keusahawanan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang keusahawanan dan perniagaan. Penekanan pelaksanaan kursus ini tertumpu kepada aspek penyediaan rancangan perniagaan dan pembentangan laporan. Pengetahuan ini boleh membantu pelajar melengkapkan diri dengan pelbagai aspek dunia perniagaan sebelum mereka terlibat sepenuhnya dalam bidang ini. HASIL PEMBELAJARAN · Mengenal pasti budaya usahawan dan mengamalkannya dalam amalan harian. · Berkebolehan menilai hubung kait antara risiko dengan pulangan dalam keusahawanan. · Menulis laporan projek atau rancangan perniagaan dengan baik. · Membentangkan laporan projek atau rancangan perniagaan. SILIBUS KURSUS Bil Tajuk 1 Topik 1 - Usahawan dan Keusahawanan 2 Topik 2 - Ciri-ciri Usahawan 3 Topik 3 - Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan 4 Topik 4 - Memilih dan Menentukan Idea Perniagaan 5 Topik 5 - Organisasi Perniagaan 6 Topik 6 - Peranan Agensi Pembangunan Usahawan 7 Topik 7 - Rancangan Perniagaan 8 Topik 8 - Isu-isu Dalam Keusahawanan 2
  3. KAEDAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kuliah akan diberikan dalam bentuk pakej multimedia (Multimedia Content Generator/Articulate Presenter) dan disiarkan dalam bentuk rakaman. Anda boleh akses rakaman kuliah ini melalui web e-learning PPPJJ. Kaedah ini sangat mirip dengan kuliah bersemuka seperti dalam kampus. Pelajar dapat mengikuti kuliah secara lebih dekat kerana setiap pelajar boleh mengikuti kuliah secara berasingan dan mengikut masa anda sendiri. PENILAIAN KURSUS i. Laporan Profil Usahawan - kumpulan ( 2 orang sahaja) 20% ii. Peperiksaan Berterusan - individu 30% iii. Rancangan Perniagaan - kumpulan (6-8 orang sahaja) 20% iv. Pembentangan Rancangan Perniagaan - kumpulan (6-8 orang sahaja) 30% TUGASAN/PEPERIKSAAN i. LAPORAN PROFIL USAHAWAN – kumpulan (2 orang sahaja) a. Usahawan bermaksud individu yang menjalankan sebarang bentuk perniagaan sama ada perniagaan berskala kecil (kios burger atau kios kad telefon) atau besar. b. Usahawan mestilah seorang siswazah yang sekurang-kurang mempunyai kelayakan diploma. c. Biografi usahawan berijazah dan maklumat temu bual ini perlu ditulis dengan kemas dan ringkas mengikut format yang telah ditetapkan (Lampiran l). d. Rakaman temu bual dan gambar-gambar berkaitan aktiviti perniagaan usahawan boleh disertakan dalam laporan anda sebagai lampiran. e. Surat pengesahan pelajar adalah seperti dilampirkan. Anda hanya perlu menulis butiran yang dikehendaki dengan lengkap. f. Nama dan nombor matriks setiap ahli kumpulan perlu anda tulis dengan jelas di kulit hadapan profil usahawan. g. 5 markah akan ditolak sekiranya jumlah ahli kumpulan kurang atau lebih daripada syarat yang telah ditetapkan. h. Setiap laporan mesti sampai ke pejabat PPPJJ sebelum atau pada 30 Oktober 2014. ii. PEPERIKSAAN BERTERUSAN – individu Peperiksaan ini akan dijalankan semasa kurus intensif. Soalan berbentuk objektif (Lampiran ll). 3
  4. iii. RANCANGAN PERNIAGAAN – kumpulan (6-8 orang sahaja) a. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Rancangan Perniagaan berasaskan modal antara RM100,000.00 hingga RM250,000.00. b. Rancangan Perniagaan seperti yang terdapat dalam buku teks/modul hanyalah sebagai contoh dan rujukan sahaja. c. Nama dan nombor matriks setiap ahli kumpulan perlu anda tulis dengan jelas di kulit hadapan laporan rancangan perniagaan. d. 10 markah akan ditolak sekiranya jumlah ahli kumpulan kurang atau lebih daripada syarat yang telah ditetapkan. e. Laporan bahagian ini hendaklah dihantar ke PPPJJ bersama-sama dengan TUGASAN IV sebelum atau pada 26 Mac 2015. iv. PEMBENTANGAN RANCANGAN PERNIAGAAN – kumpulan (6-8 orang sahaja). a. Bahagian ini bertujuan menguji kemampuan kumpulan anda: i. menyampaikan maklumat rancangan perniagaan anda secara lisan. ii. berkebolehan menarik minat/kepercayaan orang lain terhadap rancangan perniagaan anda. b. Berdasarkan Rancangan Perniagaan TUGASAN III, kumpulan anda dikehendaki menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk ‘powerpoint’, iaitu ‘soft copy’ dan ‘hard copy’. Lihat Lampiran III, Lampiran IV, Lampiran V dan Lampiran Vl. c. Bahan ‘powerpoint’ yang anda sediakan, perlu dibentang dan dirakamkan sama ada dengan cara rakaman video, ‘mobile phone’ atau kaedah-kaedah lain yang sesuai mengikut kemampuan kumpulan anda: i. Masa yang diperuntukkan hanya 5-10 minit sahaja (selepas anda membuat penyuntingan) ii. Semua ahli kumpulan WAJIB membentangkan laporan mengikut bahagian yang telah di persetujui oleh setiap ahli kumpulan. iii. Penilaian markah bahagian ini adalah berdasarkan persembahan individu: pakaian, suara, dan gaya persembahan. d. Bahan-bahan seperti dinyatakan di bawah mesti sampai ke PPPJJ sebelum atau pada 26 Mac 2015. i. Rancangan Perniagaan (Tugasan iii) bersama dengan bahan pembentangan (powerpoint hard copy) dalam satu fail/folder. ii. Pembentangan kumpulan dalam ‘thumb drive’. CD tidak digalakkan kerana mudah rosak. NOTA: SEMUA LAMPIRAN DI ATAS BOLEH DIAKSES DALAM E-PORTAL 4
  5. SENARAI BUKU TEKS/RUJUKAN: [1] Abdul Aziz Yusof & Zakaria Yusof, (2004), ‘Prinsip Keusahawanan’. 2nd Edt. Prentice Hall: Kuala Lumpur. [2] Barjoyai Bardai (2000), Keusahawanan dan Perniagaan, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. [3] Kuratko, D. F. & Hodgetts, RM (2004). ‘Entrepreneurship: A Contemporary Approach 6th Edt., Dry dan Press: London. [4] Marc J. Dollinger. 3rd ed. (2003), Entrepreneurship, Strategic and Resources, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. [5] Mohd Shafie Ariffin dan Mohammad Azim Shafeeyullagan (2009). Teras Keusahawanan. Kuala Lumpur, McGrawhill: Kuala Lumpur. [6] Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim, Muhammed Fauzi Othman (2005). Cipta Idea Baru: Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. [7] Scarborough, N.M (1998) Essentials of Entrepreneurship and Small Business Management, Pearson: Kuala Lumpur. [8] Timmons, J,A., Spnell, S, Jr. (2009) New Venture Creation Entrepreneurship For The 21st Century, McGraw Hill International Edition: Singapura. 5
  6. SENARAI BUKU TEKS/RUJUKAN: [1] Abdul Aziz Yusof & Zakaria Yusof, (2004), ‘Prinsip Keusahawanan’. 2nd Edt. Prentice Hall: Kuala Lumpur. [2] Barjoyai Bardai (2000), Keusahawanan dan Perniagaan, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. [3] Kuratko, D. F. & Hodgetts, RM (2004). ‘Entrepreneurship: A Contemporary Approach 6th Edt., Dry dan Press: London. [4] Marc J. Dollinger. 3rd ed. (2003), Entrepreneurship, Strategic and Resources, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. [5] Mohd Shafie Ariffin dan Mohammad Azim Shafeeyullagan (2009). Teras Keusahawanan. Kuala Lumpur, McGrawhill: Kuala Lumpur. [6] Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim, Muhammed Fauzi Othman (2005). Cipta Idea Baru: Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. [7] Scarborough, N.M (1998) Essentials of Entrepreneurship and Small Business Management, Pearson: Kuala Lumpur. [8] Timmons, J,A., Spnell, S, Jr. (2009) New Venture Creation Entrepreneurship For The 21st Century, McGraw Hill International Edition: Singapura. 5
Anzeige