Anzeige

Sistem Pendidikan Jerman & Perancis

9. Aug 2017
Anzeige

Más contenido relacionado

Presentaciones para ti(20)

Anzeige
Anzeige

Sistem Pendidikan Jerman & Perancis

  1. Sistem Pendidikan di Perancis abad ke-18 dan 19 KUMPULAN : 2 Ahli kumpulan : NURAYUMI BINTI WASLI,WIDEVRO WIDIN, RABI’ATUL ADAWIYAH DERIM,SITI FATIMAH BINTI ZAM, Pensyarah : JOHNY SUAH
  2. Peta Perancis
  3. Pengenalan  Menjelang abad ke-18 dan 19, berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di Perancis. Pelbagai langkah dan usaha telah dilakukan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan di negara tersebut. Sehubungan dengan itu, para pemimpin nasionalis di Perancis telah melakukan perubahan dalam dasar pendidikan bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Dalam hal ini, dasar pendidikan di perancis telah mengalami perubahan yang amat ketara mengikut peredaran zaman selaras dengan ideologi pemerintahan Perancis.
  4. 1.Dasar Pendidikan 2. Institusi Pendidikan -Pendidikan Rendah -Pendidikan Menengah 4. Lyceum 3. Kolej awam -Sekolah Tinggi, Sekolah Teknik, Universiti, Latihan Perguruan 5. Bantuan kewangan 6. Kurikulum -Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Universiti
  5. 1.Dasar Pendidikan  akhir abad ke-18, timbul kesedaran mewujudkan sistem pendidikan popular dalam kalangan pemimpin.  Kesedaran ini lahir ekoran daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan masyarakat.  idea ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila tampuk pemerintahan dikuasai oleh Napoleon.  Napoleon telah memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis.
  6. Napoléon Bonaparte Beliau berjaya menyatukan institusi pendidikan di bawah satu badan induk yang dikenali sebagai Universiti Perancis. sistem pendidikan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana Napoleon memberi keutamaan kepada dasar perluasan kuasa.  Selepas zaman Napoleon, perubahan telah dilakukan oleh pemerintah terhadap dasar pendidikan popular.
  7. Kerajaan reaksioner yang memerintah Perancis memberi keutamaan pada pendidikan berteraskan teologi dan moral.  sistem pendidikan Perancis terletak di bawah pihak gereja. Selepas Revolusi 1830 , berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem pendidikan di Perancis. Pada masa tersebut, pemerintahan negara diterajui oleh Louis Philippe.
  8. langkah-langkah memantapkan semula sistem pendidikan membebaskan sistem pendidikan daripada kongkongan gereja. memperkenalkan sistem pendidikan kebangsaan yang seragam. seperti : sekolah-sekolah di setiap daerah didirikan, bangunan sekolah ditubuhkan di setiap daerah, kaedah pengajaran dan pembelajaran saintitik diperkenalkan, dan sekolah latihan perguruan ditubuhkan.
  9. langkah telah diambil oleh kerajaan Republik Kedua  mengkaji semula undang-undang berhubung dengan sistem pendidikan dan telah melakukan sedikit pembaharuan dalam undang-undang tersebut.
  10. Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Menteri Pendidikan ditubuhkan.  Majlis ini mempunyai kuasa tertinggi dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pendidikan. Bagi melicinkan pengurusan pendidikan ,wilayah-wilayah dibahagikan kepada 17 daerah/akademi. -Majlis Akademi ditubuhkan bagi menguruskan segala hal ehwal berkaitan dengan pendidikan di peringkat daerah. - ditubuhkan di peringkat wilayah yang diangotai oleh seorang ketua, inspektor akademi , dan inspektor bagi sekolah rendah.
  11. majlis tempatan ditubuhkan di peringkat bandar untuk mengawasi sekolah-sekolah kerajaan & swasta.  Menjelang 1882 , undang-undang yang mewajibkan pendidikan kepada semua kanak-kanak berumur antara 7 hingga 14 tahun diperkenalkan. kerajaan juga memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di Perancis.
  12. 2.Institusi Pendidikan Menjelang 1806, Napoleon berjaya menyatukan pendidikan di bawah sebuah badan induk yang dikenali sebagai Universiti Perancis. Pentadbiran universiti diterajui oleh seorang grand master dan dibantu oleh sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Universiti. terdapat 2 cabang utama dalam Universiti Perancis, iaitu pendidikan rendah dan menengah.
  13. a).Pendidikan Rendah Pendidikan rendah di Perancis dikendalikan oleh sekolah– sekolah rendah. Peraturan berhubung dengan penubuhan & pengurusan sekolah-sekolah rendah terkandung dalam undang– undang 1795. kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan & dana kepada sekolah-sekolah rendah. Kebanyakan sekolah- sekolah rendah dikendalikan oleh guru-guru & pihak gereja.
  14.  Pendidikan sekolah rendah dimantapkan oleh berasaskan undang-undang 1833 yang digubal oleh Victor Cousin.
  15. b)Pendidikan Menengah Institusi menengah di Perancis terdiri daripada lyceum & Kolej Awam. Sekolah-sekolah menengah ditubuhkan berdasarkan Undang- undang 1802 bagi menggantikan sekolah tinggi pusat yang ditubuhkan pada tahun 1795.
  16. Lyceum  Kerajaan menyediakan kemudahan seperti bangunan sekolah. Peralatan mengajar & perabot disediakan oleh Majlis Perbandaran & dana untuk pengurusan sekolah diperoleh daripada kutipan yuran pelajar. Pentadbiran lyceum diterajui oleh seorang ketua pentadbir & dibantu oleh penyelia pengajian & mempunyai sekurang-sekurangnya 8 orang professor.
  17. Pengajian di lyceum dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu - elementori - nahu - tertinggi.  Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa-bahasa -kuno , retorik, logik, etika, matematik, lukisan & sains.
  18. Kolej awam  Ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran. menekankan pengajaran & pemebelajaran bahasa Latin, Perancis, Sejarah, Geografi & Matematik. Pengurusan kolej awam dikehendaki mendapat lessen daripada kerajaan. Menjelang 1804, terdapat 46 lyveum, 378 sekolah menengah dan 361 sekolah menengah swasta. Sekolah- sekolah menengah akan meliputi semua perkara iaitu mata pelajaran yang diajar , peraturan pentadbiran, menyediakan buku-buku teks & melantik professor.
  19. a) Sekolah Tinggi Undang-undang 1802 memperuntukkan penubuhan sekolah-sekolah tinggi/sekolah-sekolah khas. Menjelang 1803, sebuah sekolah sastera & perdagangan ditubuhkan. 1804, sekolah teologi yang menekankan pengajian agama katolik diwujudkan.
  20. b) Sekolah Teknik Antaranya ialah - Politeknik Paris - Sekolah tinggi pengajian perniagaan - Konservatori kebangsaan bagi sastera & perdagangan.
  21. C)Universiti 2. Universiti yang ditubuhkan oleh Napoleon dikenali sebagai universiti Perancis. Penubuhan universiti sumbangan besar Napoleon kepada perkembangan pendidikan tinggi di Perancis. organisasi pendidikan yang ditubuhkan berasaskan idea pemerintahan yang dianjurkan oleh kerajaan Perancis. 1. 1808 , Napoleon mengeluarkan Undang-undang Imperial yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti.
  22. 3. Universiti memainkan peranan sebagai badan pentadbir & pemeriksa. 4. pentadbiran universiti diterajui oleh seorang ketua pentadbir & dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh 26 orang anggota. undang-undang 1808 1.Bidang pendidikan di Perancis terletak di bawah pengawasan universiti Perancis. 2.Hanya boleh ditubuhkan selepas mendapat kelulusan daripada ketua pentadbir universiti Perancis.
  23. undang-undang 1808 5. Anggota Majlis Universiti Perancis dilantik oleh maharaja & badan ini mempunyai kuasa dalam : - membuat keputusan berhubung dengan hal-hal penting - mempunyai kuasa menjalankan penyeliaan - mengawal sistem pendidikan di seluruh Perancis.
  24. undang-undang 1808 3. Pegawai-pegawai tersebut dilantik oleh ketua pentadbir universiti & mereka akan mentadbir daerah pentadbiran yang dikenali sebagai ‘Academies’ . 1. Dalam menjalankan tugas, Majlis Universiti dibantu oleh inspektor bagi perubatan, undang-undang, teologi, persuratan, & sains. 2. Ketua pentadbir & Majlis Universiti dibantu oleh inspektor, rektor, 10 orang anggota majlis.
  25. D) Latihan Perguruan Menjelang 1808, Napoleon menubuhkan sebuah sekolah yang dikenali sebagai Superior Normal School untuk melatih pelajar-pelajar lepasan lyceum dalam bidang perguruan. menjelang 1810, seramai 37 orang pelatih mendapat latihan di sekolah ini.
  26. Pelajar-pelajar akan menerima latihan perguruan di sekolah selama 2 tahun. 1815, tempoh pengajian ditambah kepada 3 tahun. Pada tahun ketiga, pelajar-pelajar akan mempelajari kaedah & menjalani latihan praktikal sebelum mereka dilantik sebagai guru.
  27. 3.Bantuan kewangan 1816, sebanyak 50 000 Franks telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk menyediakan buku-buku sekolah. Sebahagian daripada wang digunakan untuk memberi insentif kepada guru-guru sekolah rendah. 1817, sebanyak 812 000 Franks telah diperuntukkan kepada 36 lyceum di seluruh Perancis. 1820, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bertambah kepada 30 000 Franks. 1847, peruntukan sebanyak 1 500 000 Franks diberikan kepada 54 buah lyceum di Perancis.
  28. Semasa pemerintahan monarki tahun 1830, langkah-langkah diambil untuk memajukan sistem pendidikan ialah : - kerajaan menyediakan sebanyak 1 juta Franks untuk membangunkan institusi pendidikan rendah.
  29. 4.Kurikulum - Pendidikan Rendah Undang-undang 1833, memberi penekanan kepada usaha untuk memantapkan sekolah-sekolah rendah. Sekolah-sekolah rendah memberi penekanan kepada aktiviti membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis, moral dan agama. sekolah rendah tinggi menawarkan pmbelajaran dalam mata pelajaran geometri, Lukisan Linear, Sains, Geografi, dan Muzik.
  30.  4.Kurikulum - Pendidikan Menengah 1. Pendidikan di peringkat menengah dikendalikan oleh lyceum & kolej-kolej awam. 2. Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa-bahasa kuno retorik, logik, etika, matematik, lukisan, sains, bahasa latin, peranics, sejarah, geografi, dan matematik.
  31. 2. Fakulti-fakulti ini tidak disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang seragam. Sebaliknya fakulti-fakulti berfungsi sebagai sekolah yang berasingan. 1. melalui fakulti-fakulti seperti fakulti sastera, sains, perubatan, undang-undang & teologi. Kurikulum - Universiti
  32. Antara fakulti yang diasaskan di Perancis seperti :
  33. fakulti teologi di Paris & Aix.
  34. Fakulti undang-undang di Paris & Toulouse.
  35. Fakulti sains di Paris & Besancon
  36. fakulti sastera di Besancon & Bordeaux
  37. fakulti-fakulti terlibat dalam pengendalian peperiksaan & pengurniaan ijazah kepada pelajar-pelajar. Menjelang 1890, 15 buah fakulti yang berasingan telah disatukan menjadi universiti negeri.
  38. Kesimpulan Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pemerintah telah menyebabkan munculnya sistem pendidikan kebangsaan di Perancis. Ekoran daripada perubahan ini , sistem pendidikan negara Perancis dapat dibebaskan sepenuhnya daripada kongkongan gereja. Dengan perubahan ini, kerajaan menguasai sistem pendidikan dan melaksanakan sistem pendidikan yang menyeluruh bagi memenuhi kehendak dan aspirasi negara Perancis.
  39. Sistem pendidikan di Jerman abad ke-18 dan abad ke-19
  40. Peta Jerman
  41. Pengenalan Semasa abad ke-18, kerajaan Jerman antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan cukai yang dibiayai dan amnya pendidik rendah adalah wajib. Pendidikan terdiri daripada kursus lapan tahun yang dipanggil volksschule. Pendidikan menyediakan bukan sahaja kemahiran yang diperlukan dalam dunia industry yang awal seperti membaca, menulis dan mengira, pendidikan yang tegas dalam etika, tugas, disiplin dan ketaatan. Falsafah tentang tugas negara telah digabungkan dengan pandangan John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris yang sangat berpengaruh pada zaman Pencerahan. Jerman telah menubuhkan satu sistem pendidikan tiga peringkat yang dianggap saintifik yang mula dirangka pada tahun 1807 dan telah disempurnakan menjelang tahun 1819. Sistem pendidikan di Jerman menekankan kawalan pemikiran atau kawalan minda.
  42. 1. Dasar pendidikan  Pentadbiran & pengurusan sekolah-sekolah di Prussia terletak di bawah penguasaan gereja. Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal pentadbiran sekolah & menggubal Kod Undang-undang 1763 & 1765.  Mengikut udang-undang, seorang inspektor dilantik oleh kerajaan pusat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap sekolah-sekolah. Selepas melakukan pemeriksaan, laporan pemeriksaan akan dihantar ke Berlin Consistory & Catholic Silesia.
  43. Raja Frederick II
  44. akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah(Obersshulcollegium) ditubuhkan untuk melaksanakan kawalan pusat terhadap sekolah-sekolah menengah & tinggi Prussia. abad ke-19, sistem pendidikan di Jerman berada di bawah kawalan & penguasaan kerajaan sepenuhnya. Segala hal ehwal yang berkaitan dengan pendidikan terletak di bawah menteri pendidikan.
  45. Menteri pendidikan mendapat bantuan dari lembaga pengelola sekolah 1.peringkat wilayah 2. Peringkat regensi 3. Peringkat daerah
  46. Kerajaan pusat secara langsung/tidak langsung akan mengawal segala dasar yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.  Bagi memudahkan kawalan kerajaan pusat terhadap institusi pendidikan, Jabatan Pendidikan Awam telah ditubuhkan 1809. Kerajaan pusat menetapkan mata pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah. memainkan peranan dalam pelantikan guru-guru serta penyeliaan sekolah. Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kanak-kanak yang berumur 5 hingga 14 tahun diwajibkan menerima pendidikan.
  47. 2.Kod Undang-undang Pendidikan Pemerintah mengambil langkah untuk memastikan sistem pendidikan dijalankan dengan lancar & teratur. undang-undang berhubung dengan pengurusan & pentadbiran sistem diperkenalkan
  48. 1713, Raja Frederick William I (1713-1740) mengisytiharkan Kod Undang-undang Pendidikan bagi sekolah-sekolah Latin & sekolah yang dikendlikan oleh golongan mubaligh. 1717, baginda mengeluarkan ‘Advisory Order’ berhubung dengan ibu bapa diwajibkan menghantar anak-anak ke sekolah, jika ibu bapa enggan maka akan dikenakan denda. 1737, Raja Frederick William I mengisytiharkan undang-undang sekolah bagi wilayah Prussia Timur.
  49. Raja Frederick William I
  50. Undang-undang mengandungi maklumat terperinci 4.gaji guru 1.pembinaan sekolah 2.yuran pengajian 3.bantuan kerajaan
  51. pemerintahan Raja April 1763, baginda memperkenalkan undang-undang bagi seluruh Prussia.  Undang-undang ditulis oleh Julius Hecker & diisytiharkan oleh Raja Frederick II pada 23 September 1763. Undang-undang ini dikenali sebagai ‘General Land-Schedule Reglement’ (Peraturan sekolah-sekolah kawasan pedalaman)  merupakan undang-undang persekolahan yang pertama bagi seluruh Prussia & undang-undang meletakkan asas bagi pengenalan sistem persekolahan rendah di Prussia.
  52. Julius Hecker
  53. pemerintahan Raja Frederick William I 1. Sekolah-sekolah didirikan di seluruh Jerman. 3. Pembinaan sekolah 2. Lebih kurang 1000 sekolah rendah & 8000 sekolah baharu didirikan di Prussia. 3. peruntukkan sejumlah wang bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah. 4. mengambil inisiatif mendirikan sekolah di wilayah Pomeranin yang ditawan oleh Sweden.
  54. 5. usaha untuk membina sekolah-sekolah di Prussia diteruskan oleh Raja Frederick II. - memberi penekanan kepada usaha membangunkan institusi-institusi pendidikan - membekalkan guru-guru ke sekolah-sekolah.
  55. 4.Bantuan Kewangan Kerajann turut memberikan bantuan kewangan menyediakan kemudahan & prasarana di sekolah. Raja Frederick William II memberikan sumbangan kewangan untuk menyediakan prasarana & peralatan di sekolah. Bantuan sebanyak 50 000 Thaler diberikan untuk membina bangunan & membaiki bangunan yang usang. mengurniakan tanah yang luas untuk tujuan pembinaan sekolah.
  56. Menjelang awal abad ke-19, terdapat sistem pendidikan di peringkat 1. Rendah 2. menengah 3. teknikal4. universiti
  57. Pendidikan Rendah akhir abad ke-18, sekolah-sekolah rendah ditubuhkan di seluruh Prussia. Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, lebih kurang 1000 sekolah rendah dibina di seluruh negara. lebih kurang 1800 sekolah baharu didirikan di seluruh negara atas inisiatif baginda. awal abad ke-19, langkah-langkah telah diambil untuk memantapkan sistem pendidikan rendah di Jerman.
  58. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan dengan Napoleon, Raja Frederick III mengalihkan perhatian terhadap usaha membangunkan sistem pendidikan di Jerman. mendapat sokongan padu daripada menteri-menteri yang berwibawa & berkebolehan. Sekolah-sekolah rendah di Jerman dikenali sebagai Volksschulen terbuka kepada semua lapisan penduduk di Jerman.
  59. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun dikehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah. Pendidikan di sekolah rendah akan berlanjutan hingga kanak-kanak berumur 14 tahun.
  60. Pengajian di sekolah-sekolah rendah meliputi pembelajaran 7.gimnastik 1. agama 2.membaca 3.menulis 4.mengira 5.geografi6.sejarah
  61. Dasar kerajaan mewajibkan kanak-kanak menerima sistem pendidikan menyebkan kadar buta huruf amat rendah di Jerman.
  62. Pendidikan Menengah Terbahagi dua aliran iaitu sekolah gymnasium & sekolah awam(real-school). Pengajian di gymnasium memberi keutamaan kepada pembelajaran bahasa Latin & Greek. Sekolah gymnasium ditubuhkan untuk menyediakan pelajar- pelajar untuk melanjutkn pelajaran di peringkat universiti
  63. sekolah awam memberi penekanan kepada pembelajaran bahasa ibunda, matematik, sains tabii & bahasa-bahasa moden. Matlamat utama sekolah-sekolah awam adalah melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
  64.  Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Frederick William III memberi penekanan kepada sekolah-sekolah awam. Pengajian di sekolah-sekolah menengah termasuk gymnasium & sekolah awam meliputi jangka masa 9 tahun. Pelajar-pelajar mendaftar di sekolah menengah ketika berumur 9 tahun. dikehendaki membayar yuran pengajian sebanyak 5 hingga 27 dolar.
  65. Pendidikan Teknikal Kerajaan Jerman turut mengutamakan kepada pendidikan bidang teknologi. Penekanan diberikan pada bidang teknologi selaras dengan usaha untuk membangunkan sektor perindustrian & perdagangan di Jerman. menyebabkan sistem pembelajaran tradisional telah diubah suai dengan memberi penekanan kepada mata pelajaran teknikal. sekolah-kekolah teknik seperti politeknik & sekolah-sekolah perdagangan ditubuhkan.
  66. Universiti Kebanyakan institusi pengajian di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri & diberi dana & bantuan kewangan.
  67. Pengajian di universiti dibahagikan kepada 1. teologi 2. undang-undang 4.perubatan 3.falsafah
  68. Pengajian di fakulti falsafah turut meliputi 6. filologi 1. matematik 2. sejarah 3.geografi 4.kesusateraan 5.sains tabii
  69. Pentadbiran universiti dikendalikan oleh seorang rektor yang dipilih oleh professor. Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor & terbesar di Jerman yang mempunyai 200 orang professor & 5000 pelajar.  Idea asal penubuhan universiti datang daripada Fichte , iaitu seorang professor daripada universiti di Jena & mendapat sokongan daripada Humboldt (menteri Pengajian Awam).
  70. Penubuhan Universiti Berlin mendapat kelulusan daripada Kabinet & kerajaan memberikan geran kewangan untuk memulakan operasi. Sarjana-sarjana yang tersohor dalam pelbagai bidang ilmu dijemput unutk berkhidmat di university tersebut. Universiti Berlin penekanan kepada penyelidikan dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. Universiti ini melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan.
  71. 6.Pentadbiran sekolah Langkah-langkah diambil untuk mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang seragam bagi sekolah-sekolah di Prussia. Semasa pemerintahan Raja Frederick II, pentadbiran sekolah diletakkan di bawah pengawasan ‘Berlin Consistory’. Sistem pentadbiran pusat meletakkan asas bagi kelahiran sekolah - sekolah Gymnasien yang menggantikan sekolah Latin.
  72. sekolah Gymnasien
  73. 7.Kurikulum Pendidikan di sekolah-sekolah rendah berasaskan kepada teori yang dikemukan oleh Pestalozzi. penekanan kepada perkembangan mental kanak-kanak & latihan menggunakan deria. Kanak-kanak diajar mata pelajaran geografi, sejarah & bahasa Jerman bagi melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
  74. Kurikulum sekolah rendah penekanan diberikan kepada mata pelajaran Muzik. Kemahiran muzik membantu pelajar-pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan lagu-lagu patriotik. penekanan diberikan kepada mata pelajaran lukisan, matematik & latihan jasmani. Pelajar-pelajar juga mempelajari mata pelajaran agama terutama tentang nilai- nilai moral, hormat-menghormati & rendah diri.
  75. Kurikulum sekolah menengah Menjelang 1816, langkah-langkah telah diambil untuk menyeragamkan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah.
  76. Antara mata pelajaran di sekolah- sekolah menengah adalah 8.sains 1. bahasa latin 2. bahasa greek 3. bahasa jerman4. matematik 5. sejarah 6. geografi 7. agama
  77. penekanan diberikan kepada pengajian mata pelajaran kemanusiaan(humanism).
  78. Kurikulum Peringkat universiti menekankan pengkhususan dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor di Jerman yang menjalankan pengkhususan dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
  79. 9. fizik Kajian & penyelidikan dijalankan dalam bidang 1.philologi 2. egiptologi 3. sejarah 4. falsafah 5.psikologi 6. undang-undang7.zoologi 8. kimia
  80. 8.Tenaga pengajar Menjelang abad ke - 18, guru-guru mempunyai kedudukan yang rendah dalam masyarakat Jerman. bilangan guru yang berkhidmat di luar bandar & kawasan pedalaman amat kurang. golongan seperti tukang kasut, tukang jahit, pengawal keselamatan & gembala diberikan latihan untu mendidik kanak-kanak.
  81. pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi menangani masalah kekurangan guru. 1722, baginda mengambil langkah untuk menangani masalah tenaga pengajar terlatih untuk mengajar di kawasan luar bandar. pemerintahan Raja Frederick II, guru-guru yang berwibawa direkrut untuk berkhidmat di sekolah-sekolah. Kod undang-undang yang digubal semasa zaman pemerintahan baginda mengandungi maklumat tentang syarat-syarat pemilihan & kelayakan guru.  Undang-undang tersebut menyatakan bahawa guru-guru yang tidak memepunyai kebolehan akan dipecat daripada jawatan.
  82. 9. Latihan Perguruan Latihan diberikan bagi melahirkan tenaga pengajar yang mahir & mempunyai pengetahuan.  1693, Latihan perguruan bagi guru-guru di Jerman diadakan julung kali di Halle & dianjurkan oleh tokoh pendidik terkenal iaitu Frankce. 1783, Johan Julius Hecker menganjurkan seminar bagi guru-guru di Prussia. Unutuk melatih pelajar-pelajar daripada aliran teologi untuk menjadi gur-guru di sekolah latin. 1747, Johan Julius Hecker tubuhkan pusat latihan guru dikenali sebagai Lehrerseminar di Berlin.
  83. Kejayaan yang dicapai oleh pusat latihan guru tersebut menyebabkan Raja Frederick II memberikan dana kepada institusi itu. memberikan piagam diraja kepada insititusi perguruan. Kejayaan Hecker menyebabkan muncul pusat-pusat latihan guru di seluruh Jerman. Kod Silesia (1765) Raja Frederick II menyatakan enam institusi sebagai sekolah latihan guru. Selepas Prussia, pusat latihan guru perguruan ditubuhkan di wilayah-wilayah Jerman yang lain iaitu Austria(1771) , Saxe- Weimar(1783) dan Saxony(1788).
  84. 10.Kaedah pengajaran dan pembelajaran Menjelang 1808, Jabatan Pendidikan Awam telah ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal pendidikan di Jerman.
  85. Tindakan pertama jabatan ini adalah : • menghantar 17 orang guru dari Prussia ke Switzerland. • Guru-guru tersebut dihantar untuk mempelajari idea & kaedah pengajaran & pembelajaran yang dianjurkan oleh Pestalozzi.
  86. 1809, Carl August Zellar dijemput oleh kerajaan untuk mengendalikan bengkel kaedah pengajaran & pembelejaran Pestalozzi kepada guru-guru. guru-guru yang menerima latihan dalam kaedah pengajaran & pembelajaran Pestalozzi di Switzerland dilantik sebagai pengarah institusi latihan perguruan. tokoh-tokoh mempunyai pengetahuan & pembelajaran baharu diundang untuk melatih guru-guru di Jerman.
  87. Carl August Zellar
  88. Gustavus Friedrich Dinter(Pengetua pusat latihan Saxony) telah dilantik sebgai pesuruhjaya pendidikan bagi wilayah timur Prussia. menyebabkan idea Pestalozzi digunakan secara meluas dalam pengajaran di sekolah sekolah rendah.
  89. 11. Yuran Pengajian Menjelang abad ke - 18, pemerintahan Raja Frederick William I , pelajar-pelajar dikehendaki membayar yuran persekolahan. pelajar-pelajar daripada kalangan keluarga miskin mendapat bantuan dripada tabung kebajikan kanak-kanak miskin. yuran persekolahan bagi semua sekolah di Prussia telah diseragamkan.
  90. Kesimpulan Kesimpulannya, menjelang akhir abad ke-18 dan 19 , terdapat sistem pendidikan yang teratur dan sistematik di Jerman. Kemunculan pelbagai insitusi pendidikan melambangkan kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat Jerman dalam bidang pendidikan.
Anzeige