2. PENGENALAN
Pertengahan abad ke 18, imperialis Barat mula
mengasak China yang membuatkan era baharu dalam
sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh
kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada
kerenggangan hubungan pihak Barat dan China.
Namun Kerajaan China masih berbangga dengan
menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu
mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka keberatan
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara
Barat kerana menggangap orang Barat sebagai Fan
Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing). Hal ini
menimbulkan ketegangan hubungan antara kuasa
Barat dengan China hingga membawa peperangan
kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada
4. PERLUASAN KUASA BARAT DI CHINA
Pada akhir abad ke-18, kuasa-kuasa Barat berminat untuk
berdagang dengan negara China yang dibawah naugan
Dinasti Manchu, namun Negara tersebut mengamalkan
dasar tutup pinu.
Kerajaan China mengenakan pelbagai sekatan bagi
menghalang kegiatan perdagangan Barat, Maharaja Chien
Lung juga telah mengeluarkan arahan membataskan
kegiatan saudagar ini berjalan di pelabuhan Canton sahaja.
Pelbagai larangan juga telah diberikan kepada saudagar
ini, antaranya:
-Saudagar-saudagar barat tidak dibenarkan tinggal di
Canton selepas musim berniaga
-Pedagang-pedagang Barat hanya dibenarkan
menjalankan perdagangan melalui Co-Hong
5. .-kapal-kapal perang asing tidak dibenarkan belayar
dalam kawasan Boque
Perkembangan ini menyebabakan hubungan
perdagangan antara kerajaan china dengan british
merosot
British dan kuasa Barat yang lain berusaha untuk
mempengaruhi kerajaan Manchu supaya
mengubah sikap mereka yang angkuh. Namun
begitu, usaha kuasa-kuasa Barat untuk memujuk
kerajaan china menemui kegagalan.
Penerusan percubaan British menjadi drastik dan
mula menggunakan keganasan. Situasi ini
menyebabkan tercetus perang candu pertama.
7. ISU PERDAGAGAN YANG BERTENTANGAN
Kerajaan China tidak berminat
untuk berdagang dengan
negara barat kerana dapat
memenuhi keperluan
masyarakat sendiri
Masyarakat China memandang
aktiviti perdagangan sebagai
hina kerana saudagar harus
berkomunikasi dengan orang
gasar barat, serta kuasa Barat
mengamalkan aktiviti dagang
bebas
Bahan mentah yang terdapat di
China tidak dibenarkan
didagang keluar China. British
berminat dengan bahan mentah
Antara Bahan-bahan yang
dikehendaki oleh British: dari
kiri, teh, porselin, dan sutera.
8. SEKATAN TERHADAP PERDAGANG ASING
Saudagar barat hanya boleh
beroperasi di pelabuhan
Canton atas perintah Maharaja
Chien Lung
Saudagar barat tidak
dibenarkan melakukan
petempatan kekal di
Pelabuhan China, sebaliknya
diarahkan kembali ke Macau
Cukai tariff bagi barangan luar
juga dinaikkan. Dilakukan oleh
kerajaan china atas sebab
ingin mengurangkan aktiviti
perdagangan, hal ini
membangkitkan perasaan
tidak puas hati terhadap
Macau pada abad ke-18,
merupakan petempatan bagi
golongan Barat di China.
Terutama sekali golongan
Portugese.
9. SISTEM HUBUNGAN ANTARABANGSA YANG
BERTENTANGAN
Negara China bersikap
angkuh kepada negara lain
kerana menggagap dirinya
sebagai Chung Kao atau
Middle Kingdom sebagai
pusat tamadun dunia.
Maharaja dianggap sebagai
anak syurga dan
pemerintah sejagat dan
orang china menganggap
orang barat sebagai orang
gasar.
Duta-duta kuasa barat
dianggap sebagai pembawa
ufti dan harus Kowtow
kepada maharaja China.
Kowtow, iaitu melutut sebagai tanda
hormat pada tradisi China
• Pelaksanaan pihak British
untuk menjalinkan hubungan
diplomatik gagal atas dasar
persamaan taraf
10. PENENTANGAN KONSEP UNDANG-UNDANG
Undang-undang
China
Undang-undang
Barat
• Seseorang itu dianggap
bersalah sehingga ia
dapat membuktikan
bahawa dia tidak
bersalah
• Seseorang tidak boleh
dibuktikan bersalah
tanpa sebarang bukti
bersalah
• Perbezaan konsep undang-undang antara dua
pihak menyebabkan pelbagai kesalah fahaman
antara dua pihak, faktor ini menyebabkan
hubungan antara Cina dengan kuasa Barat
semakin merosot.
11. KEKEJAMAN UNDANG-UNDANG CHINA
Orang barat menganggap undang-undang China
sebagai kejam dan berat sebelah.
Seseorang pelayar Lady Hughes telah melepaskan
tembakan hormat setelah sampai di Whampoa dan
menembak satu warga cina hingga mati. Tanpa
perbicaraan, pelayar ini telah dijatuhkan hukum
mati tanpa perbicaraan.
Sekumpulan orang British yang mabuk telah
membunuh warga China, Tetapi ditahan oleh pihak
British. Kerajaan China menuntut memberikan
pesalah tersebut kepada mereka tetapi ditolak.
Keadaan ini telah merengangkan hubungan antara
Kerajaan China sesama Pihak British.
12. KEMASUKAN CANDU
Untuk mengimbangi
perdagangan the British
dengan China. British telah
menjual Candu sebagai cara
mendapatkan perak untuk
berdagang dengan China.
Tahun 1821-1839
menampakkan peningkatan
import candu dari 4244 peti
ke 40 200. Ini menyebabkan
situasi yang imbangan
perdagangan China tidak
stabil.
Pengimportan candu telah
mengalirkan banyak perak
China ke luar negara.
• Atas alasan kesihatan,
kerajaan China mula
mengharamkan
perdagagan Candu.
Candu
Bunga popi
Candu
13. TINDAKAN LIN TSU HEI
Lin Tsu Hei merupakan
pegawai pesuruhjaya
maharaja yang dilantik oleh
maharaja pada 1839.
Mentitah kepada saudagar
asing untuk menyerahkan
semua candu kepada
Kerajaan China dan
memberikan akuan untuk
tidak membawa masuk
candu ke China
Charles Elliot, kapten
British, menyerahkan
sebanyak 20 283 buah peti
candu, tetapi enggan
memberikan surat akuan
Pertempuran Chuenpi,
pertempuran antara kapal British
dibawah Kapten Elliot(HMS Voyage
dan HMS Hyancith) dan kapal
Royal Saxon, kapal dagang di
bawah perlindungan China
• Akibatnya, kapten Elliot
bertindak menyerang
Chuenpi pada November
1839.
14. PERANG CANDU PERTAMA (1839-1842)
Juga dikenali sebagai Anglo-
Chinese War(Peperangan
inggeris-China)
Peperangan ini telah
menyebabkan kuasa-kuasa
Barat mula bertapak di China.
Peperangan ini disebabkan oleh
ketidaksefahaman antara dua
budaya.
Pemangkin kepada peperangan
ini adalah perdagangan dan
penyuludupan Candu ke dalam
China. Menyebabkan
peperangan ini dinamakan
perang candu.
Kemusnahan kapal
perang China kepada
British Royal Navy.
15. Proses Perang Candu Pertama
Peringkat Pertama Peringkat kedua
• Pertempuran Chuenpi merupakan
pertempuran pertama dalam
Perang Candu Pertama
• Jun 1840, Kapten Elliot menjajah
Canton dan menjadikannya
sebagai pangkalan untuk mara ke
utara China
• Julai 1840, pihak British berjaya
menawan Chusan dan
mengepung pelabuhan-
pelabuhan yang menganjur dari
Ningpo hingga muara sungai
Yangtze.
• Januari 1841, China terpaksa
menandatangani perjanjian
Chuenpi. Gagal kerana syarat-
syarat yang dikenakan tidak
dipersetujui.
• Chi San, perunding dan
pesuruhjaya Maharaja Tao
dipecat. Manakala Kapten Elliot
• Di bawah pimpinan Sir Henry
Pottinger, fasa dua perang
Candu berlaku.
• Ogos 1842, pihak British berjaya
menawan Amoy, Ningpo,
Shanghai, Woosong, dan
Chinkiang. Dan akhirnya,
Nangking pada 14 ogos.
• 29 Ogos 1842, perjanjian
Nangking dimeterai oleh Sir
Henry Pottinger dan Chi-Ying.
16. SYARAT-SYARAT PERJANJIAN NANGKING
kerajaan china bersetuju untuk
membuka lima buah pelabuhan
iaitu Amoy, Canton, Foochow,
Ningpo dan Shanghai kepada
pedagang-pedagang British.
British melantik pegawai-
pegawai konsul di pelabuhan
tersebut untuk mengawal
keselamatan warganegaranya
dan harta mereka
kerajaan china bersetuju untuk
menyerahkan Hong Kong
kepada British.
Kerajaan china bersetuju untuk
menghapuskan monopoli
perdagangan oleh Co-hong
kerajaan china bersetuju untuk
membayar 12 juta sebagai
ganti rugi kepada british.
Perjanjian Nangking, disahkan
dengan cap mohor Maharaja
Orang-orang penting dalam
penandatanganan perjanjian
Nangking
17. KESAN KESAN PERANG CANDU PERTAMA
Ekonomi Sosial Politik
• Monopoli Co-
Hong dihapuskan
• Muncul golongan
pedagang baru
• Perniagaan
Candu Meningkat
• Ekonomi China
Terjejas
• Konsep
perdagangan
bebas diterima
• Penyebaran
Agama Kristian
• Pemansuhan
amalan Kowtow
• Kedaulatan
China terjejas
• Dasar Tutup
Pintu tamat
• Perjanjian
dengan kuasa-
kuasa Barat
• Bukti
kemerosotan
Dinasti Manchu
• Kemunculan
Gerakan
Menguatkan Diri
18. PERANG CANDU KEDUA(1856-1860)
Tercetus rentetan daripada Perang
Candu Pertama.
Perjanjian Nangking gagal
menyelesaikan masalah antara dua
pihak.
Kerajaan China tidak menghormati
perjanjian Nangking serta menyekat
peluasan pengaruh Barat di China.
Kerajaan China tidak mematuhi
hubungan diplomatik berdasarkan
persamaan taraf dengan kuasa-kuasa
Barat.
Dengan bantuan Perancis, British
berjaya menewaskan China untuk kali
kedua. Menbesarkan lagi kemerosotan
Dinasti Manchu.
21. Hubungan Diplomatik yang renggang
Sikap
permusuhan
warga China
terhadap duta
British
ditonjolkan
Kerajaan China
enggan
menerima
perwakilan
asing, serta
enggan
mengadakan
perjumpaan
dengan Peter
Parker.
Pada ahun 1849,
surat yang
dihantar oleh
Setiausaha Luar
Britain,Lord
Palmerston,
tidak dijawab
oleh kerajaan
China.
22. Sikap Anti-orang asing
Amalan ini
menabal dalam
kalangan
masyarakat
China terhadap
kuasa Barat
Pelabuhan
Canton telah
diserang oleh
British selepas
keenganan
kerajaan China
untuk
berdagang
dengan bebas
Pegawai hal
ehwal luar
Canton, Hsu
Kuang Ching
dan Yeh Ming
Chen
membangkitkan
perasan anti-
orang asing
dalam
masyarakat
China
23. Rasa Tidak Puas Hati terhadap perjanjian Nanking
Syarat-Syarat
dalam perjanjian
tersebut tidak
disukai oleh
kerajaan China,
begitu juga
dengan kuasa
Barat
Kuasa Barat
mendesak China
untuk membuka
lebih daripada
lima pelabuhan
Kuasa Barat
mendesak China
untuk memberi
Hak
Keistimewaan
kepada mereka.
25. Penyemakan semula Perjanjian
Perjanjian
Whangia dan
perjanjian
Whampoa
mengandungi
syarat tentang
penyemakan
semula
perjanjian.
Namun, China
membatalkan
perjanjian
tersebut.
Perjanjian
Nangking dan
Perjanjian
Bogue juga
dituntut
disemak semula
oleh Kerajaan
China pada
1854.
Usaha-Usaha
oleh perwakilan
Amerika
Syarikat,
Perancis, dan
British untuk
membuat
perbincangan
telah gagal
26. Pebunuhan Mubaligh Perancis
Pada Febuari
1856, Auguste
Chapdelaine
telah dijatuhkan
hukuman di Sin
Lin, Kwangsi
atas tuduhan
menghasut
rakyat.
Tindakan ini
melanggar hak-
hak wilayah
yang diberikan
kepada Perancis
Situasi ini telah
memberi idea
kepada
Napolean III
untuk
menggunakan
kekerasan
kepada China
atas alasan
tersebut
27. Peristiwa Kapal Lorcha Arrow
Pada 8 Oktober
1856, kapal ini
telah ditahan
oleh kerajaan
China atas
penyeludupan
dan pelanunan.
Pada 12 Oktober
1856, Sir Harry
Parkes
membuat
bantahan dan
menuntut
kerajaan China
untuk
melepaskan
semua tahanan
dan memohon
maaf atas
tindakan
tersebut.
Walaupun
tahanan telah
dibebaskan,
kerajaan China
enggan meminta
maaf. Peristiwa
ini telah
membuahkan
peperangan
yang kedua.
28. PROSES PEPERANGAN
Perang Candu Kedua Peringkat Kedua
• 23 Oktober, 1856. Angkatan tentera laut British
dibawah Laksamana Saymour menyerang
Canton.
• 29 Disember, 1857. Canton ditawan oleh pakatan
tentera Perancis dan British.
• Tentera British-Perancis mara ke Peking, ibu kota
China.
• 20 Mei, 1858, tentera British-Perancis menawan
Taku dan membuat persediaan untuk menyerang
Tientsin, kemudian Peking.
• Tientsin berjaya ditawan oleh tentera British-
Perancis di bawah pimpinan Baron Gros dan Lord
Elgin.
29. SYARAT-SYARAT UTAMA PERJANJIAN TIENTSIN 1858
Kerajaan China membenarkan
diplomat dari British, Perancis,
Rusia, dan Amerika Syarikat
menetap di Peking atas dasar
persamaan taraf
11 pelabuhan China dibuka
bagi pedagang asing
Kebebasan beragama bagi
mubaligh kristian
Kerajaan China membayar
ganti rugi sebanyak 6 juta
perak kepada Perancis dan
British.
Kerajaan china bersetuju
konsul ditempatkan di
pelabuhan-pelabuhan tertentu
Proses Tandatangan Perjanjian
Tientsin 1858
30. SAMBUNGAN
Proses Tandatangan Perjanjian
Tientsin 1858
• Orang asing diberi
kebebasan untuk bergerak
di seluruh negara china
sekiranya memiliki
passport yang sah.
• Perdagangan Candu
dibenarkan, tapi hanya di
pelabuhan perjanjian.
• Memberikan kebebasan
kepada kapal perang dan
dagang untuk melalui
sungai Yangtze serta
memberi bantuan kepada
kapal tersebut.
• Orang-orang Barat yang
bersalah dibicarakan di
31. Perang Candu Kedua Peringkat Kedua
• Perjanjian Tientsin tidak dapat dikuatkuasankan
tanpa pengiktirafan Maharaja Hsien Feng
• Amerika Syarikat dan Rusia berjaya mendapat
pengiktirafan daripada kerajaan China di Peking.
• Rombongan British dan Perancis yang diketuai
oleh Baron Gros dan Lord Elgin ke menuju ke
Peking untuk mendapatkan pengiktirafan daripada
maharaja China.
• Jun, 1859. Rombongan tersebut diserang oleh
tentera China di Taku.
• 24 Jun, 1860. Tentera British-Perancis berjaya
menawan Tientsin dan Peking
• 24 Oktober, 1860. Kerajaan China menyerah kalah
dan terpaksa menandatangani Konvensyen Peking.
32. SYARAT-SYARAT KONVENSYEN PEKING 1860
Kerajaan China bersetuju menambahkan
jumlah bayaran ganti rugi kepada Kuasa
Barat.
Kuasa-kuasa Barat dibenarkan merekrut
buruh Cina untuk bekerja di luar Negara
Kowlon diserahkan kepada British
Mubaligh-Mubaligh Perancis dibenarkan
menyewa, membeli tanah serta membina
rumah ibadat di China.
pelabuhan Tientsin dibuka kepada
pedagang asing
34. GERAKAN MENGUATKAN DIRI (1861-1895)
Pada abad ke-19, kuasa-kuasa barat ingin
mengukuhkan kedudukan dan pengaruh mereka di
China.
Perkembangan ini telah memberikan kesedaran
kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-
pemimpin wilayah china mengenai keperluan untuk
memodenkan negara China.
Ekoran daripada itu, satu gerakan dipanggil Gerakan
Menguatkan Diri dikenalkan oleh Feng Kuen Fei.
Beliau berpendapat china harus memperoleh ilmu
daripada negara-negara barat untuk memodenkan
china.
Dilaksanakan pada tahun 1861 berlanjutan ke tahun
38. KETENTERAAN
Kerajaan china mengambil langkah-langkah
untuk memodenkan bidang ketenteraan.
Pemimpin seperti Putera Kung dan Wen-hsiang
sedar bahawa kekurangan senjata moden
merupakan punca kekalahan china dalam
peperangan dengan kuasa-kuasa barat.
Pegaawai-pegawai yang terlibat dalam usaha
memoenkan bidang tentera termasuklah Tseng
Kuo-fan, Li Huang-chang, dan Tso Tsung-tang.
39. langkah yang di ambil untuk
memodenkan china ialah:
1. Pembinaan kilang senjata
2. Penubuhan sekolah dan biro penterjemahan
3. Pembinaan limbungan kapal
4. Penubuhan angkatan tentera laut
5. Penghantaran pegawai-pegawai ke luar
negara
40. EKONOMI
Pelaksaan Projek Ekonomi
• Kerajaan china menghadapi masalah untuk
membangunkan ekonomi kerana menangung hutang yang
banyak dan terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-
kuasa barat di samping kemerosotan sistem ekonomi sara
selepas kedatangan kuasa barat.
• Hal ini menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai langkah
untuk membangunkan ekonomi negara.
• Kerajaan menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan
untuk menambahkan pendapatan negara.
• Projek ekonomi berasaskan prinsip’penyeliaan kerajaan
dan pengelolaan saudagar-saudagar dilaksanakan.
• Mengikut prinsip ini, industri berorientasikan keuntungan
akan dimiliki oleh kerajaan manakala pengurusan
dikendalikan oleh saudagar-saudagar dibawah kawalan
kerajaan. Antara projek yang dilaksanakan dibawah prinsip
41. Memajukan Sektor Pertanian
• Langkah telah diambil bagi meluaskan
kawasan pertanian. Antaranya:
1. meneroka kawasan baru untuk pertanian
2. menjual tanah kepada petani dengan harga
yang murah
3. menggalakkan petani mengusahakan tanah
pertanian yang terbiar
• Selain itu, langkah bagi meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian juga telah
dilakukan. Antaranya:
1. mengurangkan cukai pertanian
42. Membangunkan Sistem perhubungan dan
Pengangkutan
• Langkah-langkah diambil untuk
membangunkan sistem perhubungan dan
pengangkutan:
1. Pada 1876, landasan kereta api
menghubungkan Shanghai dan Teintsin
didirikan dengan kerjasama syarikat Jardine
dan Matheson.
2. Kerajaan china menubuhkan Jabatan
Pentadbiran Telegraf pada tahun 1881.
3. Pusat perkhidmatan Pos didirikan di seluruh
Negara China.
43. DIPLOMATIK
• Penubuhan Tsungli Yamen
• Kerajaan china mengambil langkah-langkah
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan
negara-negara barat untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan teknologi.
• Pada tahun 1861, sebuah jabatan yang dikenali
sebagai Tsungil Yamen ditubuhkan bagi
menguruskan hubungan diplomatik kerajaan
china dengan negara-negara barat. Jabatan ini
diketuai oleh putera Kung dan dibantu oleh
seorang pegawai british iaitu, Horatio Nelson.
44. Penubuhan Pejabat
Perwakilan Asing
Pelantikan Pesuruhjaya
Perdagangan
• Hubungan diplomatik
dengan kuasa-kuasa barat
dieratkan melalui
penubuhan pejabat
perwakilan di asing di
china.
• Pada tahun 1866, kerajaan
china menghantar
perwakilan ke negara barat
seperti Britain, Perancis,
Amerika syarikat, Belgium,
Denmark, Sweden dan
Belanda.
• Kerajaan china
menubuhkan pejabat
kedutaan seperti
• Kerajaan china
melantik pesuruhjaya
perdagangan bagi
mengendalikan hal
ehwal perdagangan
dengan orang barat.
• Pegawai-pegawai ini
ditempatkan di
Pelabuhan Nangking
dan Teintsin.
45. PENDIDIKAN
Penubuhan Maktab Bahasa
• Pada tahun 1862, sebuah maktab Bahasa yang
dikenali sebagai Tung-wen Kuan ditubuhkan di
Peking.
• W.A.P Martin telah dilantik sebagai presiden Tung-
wen Kuan.
• Maktab ini ditubuhkan untuk mengajar Bahasa-
bahasa Eropah dan ilmu pengetahuan barat kepada
pegawai-pegawai barat kerajaan china.
• Maktab ini menekankan pembelajaran Bahasa-
bahasa asing lain seperti bahasa Inggeris, Perancis,
Rusia, Jerman dan Jepun.
• Matapelajaran barat seperti sains, Astronomi,
ekonomi, politik, metematik dan undang-undang juga
46. Sambungan… Program menghantar
Pelajar ke luar negara
• Maktab ini juga
memainkan peranan
sebagai pusat
penterjemahan ilmu
pengetahuan barat di
china.
• Pada tahun 1893,
sebuah sekolah
menguatkan diri
ditubuhkan di Wuchung
oleh Chang Chih-Tung.
• Kerajaan china
menghantar pelajar-
pelajar ke luar negara
sebagai langkah untuk
memodenkan china.
• Pada tahun 1877,
sebanyak 30 pelajar
telah dihantar ke
Perancis dan Britain.
• Pada tahun 1871 hingga
1881, sebanyak 120
pelajar dihantar ke
Amerika Syarikat.
47. FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN GERAKAN MENGUATKAN
DIRI
Ketiadaan Pemimpin
Nasional yang
cekap
Kelemahan kerajaan
Manchu
Tentangan daripada
golongan konservatif Pemodenan terhad
Masalah kewangan
48. KETIADAAN PEMIMPIN NASIONAL YANG CEKAP
• Kerajaaan Manchu gagal melahirkan pemimpin-
pemimpin yang berkaliber bagi menerajui gerakan
tersebut.
• Pemimpin berkaliber seperti Putera Kang telah
disingkirkan daripada istana pada tahun 1875.
• Maharani Dowager memegang tampuk
pemerintahan bersifat antipemodenan.
• Usaha pemodenan yang dijalankan oleh gabenor
wilayah tidak mendapat kerjasama dan bantuan
daripada kerajaan pusat krna kebanyakan pegawai
yang terlibat dalam gerakan ini berasal daripada
keturunan China.
49. TENTANGAN DARIPADA GOLONGAN KONSERVATIF
• Golongan konservatif menentang usaha memodenkan
China selepas Putera Kang disingkirkan daripada istana.
• Tahun 1875,Maharani Dowager menerajui
pemerintahan China.
• Baginda telah membelanjakan wang yang dikutip utk
memodenkan negara bagi mengindahkan istananya.
• Golongan sarjana dan pegawai kerajaan China tidak
menyokong program pemodenan kerana mereka
dikongkong oleh adat resam tradisional dan ajaran
confucius.
• Terdapat pegawai China yang tidak berusaha untuk
menerapkan aspek pemodenan dalam pentadbiran
kerana mereka tidak memahami idea Barat.
50. MASALAH KEWANGAN
• Masalah kewangan berlaku ekoran bencana alam seperti
banjir dan kemarau yang melanda China menjelang tahun
1840.
• Perbelanjaaan untuk menghadapi peperangan dan
pemberontakan menambahkan beban kewangan kerajaan
China.
• Kerajaan China terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa
Barat selepas Perang Candu Pertama dan Perang Candu
Kedua.
• Masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan China
menyebabkan program pemodenan tidak dapat dijalankan.
51. PEMODENAAN TERHAD
• Kerajaan China tidak bersedia untuk melakukan
pembaharuan radikal,melakukan rombakan serta
menyusun semula institusi tradisional bg memodenkan
negara.
• Kerajaan China hanya meminjam teknologi Barat untuk
memodenkan negara berasaskan institusi tradisional yang
sedia ada.
• Sikap kerajaan China tidak sanggup mengorbankan nilai-
nilai serta institusi tradisional menjejaskan pencapaian
Gerakan Menguatkan Diri.
• Terdapat pegawai kerajaan China yang tidak memahami
konsep pemodenan yang berteraskan nilai-nilai Barat.
52. KELEMAHAN KERAJAAN MANCHU
• Kerajaan Manchu tidak mempunyai sistem
pentadbiran yang teratur dan sistematik.
• Kerajaan tidak dapat mengawal amalan rasuah dan
penyelewengan yang berleluasa dlm kalangan
pegawai kerajaan.
• Pegawai kerajaan menyalahgunakan dana yang
diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi
melaksanakan program Gerakan Menguatkan Diri.
53. PEMBERONTAKAN BOXER
Tercetus pada 1899,
pemberontakan ini bertujuan
menghalau orang asing keluar
serta membunuh orang China
Kristian.
Merupakan reaksi orang China
terhadap tekanan kuasa Barat.
Pemberontak beranggap
bahawa kuasa Barat
bertanggungjawab dalam
kemerosotan kerajaan Manchu
dalam bidang ekonomi, sosial,
dan politik.
54. Berasal daripada kongsi
Gelap China, I Ho
Chuan(Persatuan Tinju
Keadilan dan
Keharmonian)
Kerajaan mengeluarkan
perintah haram kepada
kumpulan ini pada 1813
kerana bersifat
antiManchu.
Namun, kumpulan ini
bergerak secara sulit di
wilayah Shangtung, Hunan
dan Kiangsu.
Orang barat mula
menamakan mereka
Boxer, kerana kegiatan
Ahli-ahli I-HO Chuan
55. Pengaruh mereka mula merebak di wilayah
Chihli pada 1818.
Matlamat gerakan ini terbahagi kepada tiga
tahap:
1. Menghapus orang asing di China.
2. Menyelamatkan dinasti Ching dan
memusnahkan bangsa asing.
3. Melindungi hak orang Cina.
Pemberontakan ini merupakan pemangkin
penukaran Kerajaan Manchu kepada kerajaan
Republik.
57. SENTIMEN ORANG ASING
Sentimen ini mula menabal sejak
kedatagan kuasa Barat di China,
tambahan lagi kekalahan kepada
Perang Candu 1 dan 2.
Konsesi yang diberikan oleh
kerajaan kepada kuasa Barat mula
menjatuhkan maruah China.
Sentimen ini menabal dalam
kalangan sarjana serta pembesar
istana.
Maharani Dowager, Putera
Chuang, dan Kang-I mengamalkan
sikap anti orang asing kepada
orang Barat serta Jepun.
Maharani
Dowager
58. Hak wilayah asingan telah ditamatkan ekoran
arahan Maharani Dowager.
Sentimen ini memberi semangat kepada orang
China untuk mengusir orang asing dari China.
59. SENTIMEN ANTI KRISTIAN
Sikap mubaligh-mubaligh Kristian
• Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking
memberi hak mubaligh Kristian menyebarkan agama
mereka.
• Ajaran yang dibawa oleh mubaligh kristian
bertentangan dengan Confusianisme, Buddhisme,
dan Taoisme. Ini mencemaskan warga China.
• Mubaligh Kristian mula bercampur tangan dengan
mahkamah yang melibatkan warga China bukan
Kristian.
• Golongan mubaligh Kristian mula bercampur tangan
dalam hal ehwal tempatan, menimbulkan kemarahan
orang China.
60. Sikap orang China yang beragama Kristian
• Sikap orang China kristian terhadap orang China
bukan Kristian menimbulkan permusuhan antara
kedua-dua golongan.
• Antara punca hubungan renggang adalah kerana
sikap orang cina beragama Kristian seperti berikut:
1. Tidak menghormati adat resam yang diwarisi sejak
turun-temurun
2. Meninggalkan agama dan kepercayaan asal mereka
3. Enggan menyertai upacara keagaaman dan
membiayai perayaan keagaaman
• Orang China mula beranggap mereka sebagai
pengkhinat terhadap kaum mereka sendiri.
61. PENGUASAAN EKONOMI OLEH ORANG ASING
Kemasukan barang asing telah menyebabkan
perusahan tempatan(tekstil dan pertukangan
tangan) mengalami kemerosotan.
Barangan orang asing yang berkualiti dan
murah mula mendominasi pasaran tempatan
Kadar pengganguran mula meningkat akibat
kemasukan pelabur asing
Penguasaan ekonomi oleh orang asing
menimbulkan perasaan benci Orang China
terhadap orang asing.
62. MASALAH KEWANGAN
Kerajaan China mula
menghadapi masalah kewangan
kerana terpaksa membayar ganti
rugi perang terhadap kuasa-
kuasa barat.
Pengenalan cukai baharu serta
penambahan kadar cukai
dilakukan. Membebankan rakyat
China.
Penggagur, terutama sekali
gologan petani, telah menyertai
pemberontak ekoran situasi ini.
63. BENCANA ALAM
Kejadian bencana alam mula memberi tekanan
terhadap penduduk China.
Kejadian banjir yang berlaku pada 1898 yang
berlaku di sekitar Sungai Yangtze dan Hwang-Ho
telah menyebabkan kemusnahan harta benda,
manakala kemarau yang berlaku pada 1900 di utara
Negara China menyebabkan kebuluran.
Orang China mula menyalahkan warga asing
disebabkan oleh projek pembagunan serta
penyebaran agama Kristian mengusik keharmonian
alam, menyigung perasaan dewa-dewi serta
menganggu roh nenek moyang mereka. Ini
mendorong orang China untuk mengusir orang asing
64. SOKONGAN ISTANA
Sokongan yang diberikan oleh kerajaan Manchu
juga merupakan faktor yang mencetuskan
pemberontakan ini.
Pada 20 jun 1900, kerajaan Manchu secara rasmi
telah memberikan sokongan kepada pemberontak
untuk mengusir keluar orang asing dari china.
Maharani Dowager Tzu His telah mengarahkan
pemimpin tentera dan pegawai-pegawai istana
untuk memberikan bantuan senjata kepada
pemberontak. Sokongan daripada pihak istana
telah mengalakkan pemberontak Boxer untuk
menyerang orang asing serta Orang China
Kristian.
65. PERJALANAN PEMBERONTAKAN BOXER
• 1897, pergaduhan antara ahli-ahli boxer dan mubaligh
Kristian di Shantung berlaku ekoran pembunuhan
mubaligh Jerman di kawasan tersebut.
• 1899, gerakan I Ho Chuang telah melancarkan
rusuhan di Shangtung
• Mei 1900, dengan bantuan kerajaan.
pemberontakan Boxer dilancarkan di Peking dan
Tientsi. Kemusnahan harta awam, serta kehilangan
nyawa orang asing di Kedutaan Asing Peking
berlaku.
66. • Jun 1900, Sugiyama(Canselor KedutaanJepun) dan
Baron Von Ketteler(menteri Jerman) telah dibunuh
oleh ahli-ahli Boxer.
• Ekoran pembunuhan ini, pasukan tentera
bersekutu(tentera Amerika Syarikat, Perancis,
Jerman, Rusia, Jepun, Britain) telah ditubuhkan
• 14 Julai 1900, pasukan tentera bersekutu berjaya
menawan Tientsin dan mula mara ke Peking
• Ogos 1900, seramai 18,000 tentera bersekutu
berjaya menawan Peking selepas bertempur selama
100 hari.
67. • 7 September, 1901. Pemberontakan Boxer berakhir
dengan penandatanganan Protokol Boxer.
Ditandatangani oleh Li Hung Chang dan Putera
Ching dengan 11 wakil orang asing.
68. SYARAT-SYARAT PROTOKOL BOXER
kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi
perang sebanyak 450 juta Tael kepada kuasa-
kuasa Barat dalam tempoh 40 tahun dengan kadar
faedah 4% setahun.
kerajaan China dilarang mengimport senjata dan
ubat bedil dari luar selama 2 tahun.
kerajaan China dikehendaki menyemak semula
perjanjian perdagangan dengan kuasa-kuasa
asing dan menubuhkan Kementerian Luar Negeri.
kerajaan China dikehendaki bertindak
menjatuhkan hukuman mati kepada pegawai-
pegawai China yang terlibat dalam serangan orang
asing.
69. kerajaan China dikehendaki
meminta maaf secara rasmi atas
pembunuhan menteri Jerman
dan Canselor kedutaan Jepun.
Peperiksaan perkhidmatan
awam digantung selama 5 tahun
di Bandar yang terlibat dalam
pemberontakan
kuasa-kuasa asing dibenarkan
menempatkan pasukan tentera
di tempat-tempat yang strategic
antara Kedutaan di Peking
dengan laut
kuasa-kuasa asing diberikan
kebenaran untuk mengawal
kedutaan masing-masing di
Peking.
Dokumen pengesahan
Protokol Boxer.
72. KEMEROSOTAN KERAJAAN MANCHU
• Kebangkitan Boxer mendedahkan kelemahan
dan kepincangan yg berlaku dlm kerajaan
Manchu.
• Kebangkitan Boxer telah meletakkan asas bg
perubahan yg berlaku dlm poltik serta masa
depan negara China.
• Gerakan ini memberi peluang kpd Dr. Sun Yat
Sen utk melancarkan revolusi bg
menumbangkan kerajaan Manchu dan
menubuhkan kerajaan republik di China.
73. MARUAH KERAJAAN MANCHU JATUH
• Protokol Boxer yg ditandatangani oleh kerajaan China
dengan kuasa Barat menjejaskan maruah dan
kedaulatan China.
• Antara syarat Protokol Boxer :-
• (a) kerajaan China terpaksa membenarkan kuasa
asing menempatkan tentera di tempat yg strategik.
• (b) kerajaan China diharamkan mengimport senjata
dr
• luar selama 2 tahun.
• (c) kerajaan China menaikkan taraf hubungan dgn
kuasa Barat ke taraf kedutaan.
• Protokol Boxer ini telah mengukuhkan kedudukan
74. MASALAH KEWANGAN KERAJAAN MANCHU
• Kerajaan China terpaksa membayar ganti rugi
kpd kuasa Barat.
• Tindakan kuasa Barat mengenakan bayaran
ganti rugi sebanyak 450 juta tael dlm tempoh
40 tahun dgn kadar faedah sbnyk 4% telah
membebankan kerajaan China.
• Kesulitan yd dihadapi oleh China utk membayar
ganti rugi menyebabkan Rusia menduduki
Manchuria sehingga bayaran ganti rugi
diselesaikan.
75. PERANG RUSIA-JEPUN
Pemberontakan Boxer telah meletakkan asas
bagi perang antara Rusia dengan Jepun yang
tercetus pada tahun 1904.
Semasa pemberontakan Boxer, Rusia
mengambil kesempatan untuk meluasakan
kuasa dan pengaruh di Manchuria.
Perkembangan ini membimbangkan Jepun
kerana tindakan Rusia bertentangan dengan
kepentingan mereka.
Hubungan antara Rusia dengan Jepun menjadi
semakin tegang apabila Rusia cuba keluasan
pengaruh di semanjung korea.
76. MUNCUL GERAKAN PEMBAHARUAN
Pemberontakan Boxer telah memberi
kesedaran kepada kerajaan Manchu tentang
kepentingan memperkenalkan gerakan
pembaharuan.
Golongan cerdik pandai mendesak kerajaan
Manchu melaksanakan pembaharuan yang
menyeluruh seperti yang dianjurkan oleh Kang
Yu-Wei.
Perkembangan ini menyebabkan kerajaan
Manchu memulakan Gerakan pembaharuan
sebagai langkah untuk menguatkan diri bagi
menghadapi ancaman kuasa-kuasa barat.
77. GERAKAN PEMBAHARUAN CHING(1901-1911)
Kegagalan pemberontakan Boxer telah
menyebabkan kerajaan Manchu melancarkan
Gerakan pembaharuan bagi memodenkan
china.
Pada 29 januari 1901,maharani Dowger Tzu
His mengumumkan gerakan pembaharuan
berterakan ciri-ciri baik peradaban barat.
Kerajaan Manchu mengarahkan pegawai-
pegawai kanan kerajaan untuk mengemukakan
cadangan-cadangan pembaharuan.
78. Gabenor Jeneral Liu Kun-i dan Chang Chih-
tung telah mengemukakan tiga pucuk surat
peringatan kepada pihak istana pada bulan julai
1901.
Antara cadangan yang dikemukakan ialah
penubuhan sekolah-sekolah awam yang
moden, pembinaan sekolah tentera
berdasarkan model sekolah tentera barat,
merombak semula peperiksaan awam,
menghantar pelajar ke luar negara untuk
mempelajari ilmu barat dan menggalakkan
pertumbuhan industri dengan penubuhan
sekolah-sekolah teknologi.
80. PENDIDIKAN
Matlamat utama pembahuran dalam bidang
pendidikan adalah untuk melatih pegawai-
pegawai kerajaan yang lebih cekap.
Pada tahun 1904, sistem pendidikan moden
diperkenalkan oleh kerajaan Manchu
berdasarkan model pendidikan Jepun.
81. Tahap Institusi Tempoh
pengajian
1 Sekolah rendah 4 tahun
2 Sekolah
menengah
5 tahun
3 Sekolah
tinggi/maktab
3 tahun
4 Universiti Peking 3 tahun
82. Pada tahu 1905, peperiksaan perkhidmatan
awam kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab
klasik cina dimansuhkan.
Suaktan matapelajaran moden yang
mengandungi sejarah china dan Eropah ,
sistem kerajaan serta ilmu sains dan teknologi
barat diperkenalkan.
83. KETENTERAAN
• Kerajaan Manchu menjalankan pembaharuan
dlm bidang ketenteraan bg mengukuhkan
sistem pertahanan negara.
• Langkah-langkah pembaharuan yg
dilaksanakan oleh Yuan Shih-kai :-
• (a) merombak struktur angkatan tentera
berasaskan model
• ketenteraan Barat.
• (b) memperkenalkan senjata moden dr
negara Barat.
• (c) membesarkan dan memodenkan
angkaatn tentera darat.
84. Sekolah tentera moden ditubuhkan utk melatih
anggota tentera.
Kerajaan menggaji pakar tentera dr Jepun dan
Jerman utk melatih angkatan tentera negara.
Tahun 1909,700 pegawai tentera China
dihantar ke Jepun utk menjalani latihan
ketenteraan.
Tahun 1906,Kementerian Pertahanan
ditubuhkan utk menguruskan hal ehwal
ketenteraan.
85. PERLEMBAGAAN
Kerajaan Manchu mengambil langkah-langkah
untuk memperkenalkan sistem pemerintahan
berperlembagaan yang bertujuan ingin
menyekat penjajahan kuasa asing.
Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada
lima orang anggota dibawah pimpinan Tsai Tse
ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan
negara-negara asing.
Anggota tersebut telah dihantar ke Jepun,
Britain, Perancis, Belgium,Austria dan Itali
untuk mengkaji perlembagaan negara-negara
tersebut.
86. Pada tahun 1908, kerajaan Manchu meluluskan
undang-undang bagi penubuhan Majlis perhimpunan
wilayah.
Majlis perhimpuan wilayah yang mengadakan
persidangan pertama pada tahun 1909 telah
mengemukakan tuntutan untuk menubuhkan sebuah
parlimen.
Ekoran daripada tuntutan tersebut, perhimpunan
Nasional yang terdiri daripada 200 orang ahli telah
ditubuhkan. Separuh daripada ahli perhimpuanan
nasional dilantik oleh Majlis perhimpunan wilayah.
Perhimpunan nasional telah mengadakan mesyuarat
pertama pada 3 oktober 1910.
Pada tahun 1913, kerajaan Manchu menubuhkan
parlimen ekoran desakan daripada perhimpunan
87. EKONOMI
Kerajaan menubuhkan kementerian
perdagangan di Peking pada tahun 1903.
Nama kementerian tersebut ditukar menjadi
kementerian pertanian, perindustrian dan
perdagangan.
Maktab-maktab teknikal didirikan di wilayah
untuk memberi latihan kepada penduduk
tempatan dalam bidang perusahaan.
Kerajaan memberi galakan kepada pengusaha-
pengusaha tempatan menubuhkan kilang-
kilang.
88. Antara 1903 hingga 1908, 130 buah kilang
didirikan oleh pengusaha tempatan di china.
Pada Tahun 1905, Yuan Shik-kai mengadakan
satu pameran perindustrian di Tientsi.
Menjelang tahun 1911, kerajaan membina
landasan kereta api sepanjang 9600 kilometer.
89. SOSIAL
Kerajaan Manchu juga telah melaksanakan
bebrapa pembaharuan dalam bidang sosial.
Antaranya:
1. 1902, larangan perkahwinan antara orang
China dan Manchu ditarik.
2. 1906, larangan terhadap amalan menghisap
candu di kalangan kakitangan kerajaan dan
orang awam di bawah umur 60.
3. Penghapusan amalan mengikat kaki dalam
kalangan wanita Cina.
90. PENTADBIRAN
Kementerian baru telah diperkenalkan bagi
menjalankan pemerintahan secara birokratik dan
teratur. Tahun Kementerian
1901 Kementerian Luar
Negeri
1905 Kementerian Polis
1906 Kementerian Angkatan
Tentera Darat
1906 Kementerian Kewangan
91. KESIMPULAN
Peluasan kuasa-kuasa Barat di China telah
memberi banyak kesedaran kepada kerajaan
China bahawa mereka telah bersikap angkuh
serta ketinggalan dalam taraf teknologi pada
abad ke 19. Kekalahan yang banyak dihadapi
oleh kerajaan China telah banyak membawa
perubahan dalam aspek kehidupan masyarakat
China serta mengubah sejarah China yang
sebelum ini dipenuhi kemenangan dan
ketekuanan kepada kekalahan dan bersifat
terbuka.