SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
1
1.0 Pendahuluan
Alat ukur yang telah digunakan ialah inventori yang berkaitan dengan personaliti iaitu
inventori DISC (Dominance, Influence, Steadiness, Compliance). Terdapat pelbagai definisi
yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai personaliti. Menurut Amaludin Abdul
Rahman (2007), personaliti ialah sesuatu yang wujud dalam diri seseorang dan ia wujud
secara berterusan dan hampir kekal dalam kehidupan. Allport dalam Shahabuddin Hashim
et.al (2003) pula menyatakan bahawa personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang
dinamik. Sistem psiko fizikal yang dinamik ini akan memberi garis panduan kepada
seseorang individu bagi menentukan ciri-ciri tingkah laku dengan persekitaran kemanusiaan
dan fizikal. Habibah dan Noran Fauziah dalam Ahmad Amri Zainal Adnan (2009) pula
menyatakan bahawa istilah personaliti berasal dari perkataan “persona” yang berasal dari
Greek. Ia membawa maksud “topeng”. Secara amnya, personaliti merujuk kepada identiti,
perwatakan, sikap dan karekteristik seseorang yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui
tingkah lakunya di dalam sesuatu situasi.
Dari segi inventori yang digunakan sebagai alat ukur dalam kajian iaitu inventori DISC,
ia merupakan alat ukur personaliti yang diperkembangkan oleh William Moulton Marston.
Amnya, inventori DISC merupakan model tingkah laku yang membantu setiap manusia
untuk memahami “mengapa seseorang itu melakukan apa yang dilakukannya”. Ia
membantu manusia untuk membincangkan secara terbuka mengenai perbezaan personaliti
sesama mereka. Dalam inventori personaliti DISC, ia membahagikan personaliti manusia
kepada empat kategori utama iaitu (Dominance, Influence, Steadiness, Compliance).
2.0 Pernyataan masalah / isu yang dikaji
Berdasarkan laporan utusan online yang bertarikh 16 Februari 2018, didapati ramai
golongan pelajar di negara kita khususnya, dilihat mengalami masalah kecelaruan
personaliti diri mereka. Akibatnya, keadaan ini menyebabkan ramai dalam kalangan mereka
didapati sukar untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bermasyarakat. Pernyataan ini
turut disokong oleh pakar psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya, Dr.
Muhammad Muhsin Ahmad Zahari dalam laporan utusan online yang bertarikh 10 April
2011 dimana beliau menyatakan bahawa isu kecelaruan personaliti dalam kalangan
masyarakat pada masa kini menyebabkan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 peratus orang di
negara kita mengalami masalah mental dan menghidap penyakit seperti paranoid,
skizofrenia, bordeline, melingeringue dan narcissistic.
2
Memandangkan isu mengenai personaliti kian menjadi suatu isu yang semakin tular
dalam kalangan warga kita, jesteru itu ujian mengenai personaliti telah dilaksanakan oleh
pengkaji dengan menggunakan inventori personaliti yang dipelopori oleh William Moulton
Marston iaitu inventori DISC (Dominance, Influence, Steadiness, Compliance). Inventori ini
telah dikelolakan ke atas seorang klien. Dengan pengelolaan inventori ini, ia dapat
membantu klien untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya. Sepertimana yang
dinyatakan dalam hasil kajian Didik Mulato (2009) mengenai tingkah laku, menegaskan
bahawa orang yang paling efektif adalah mereka yang memahami tentang dirinya
khususnya mengenai kekuatan dan kelemahan dirinya. Dengan mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan diri, mereka dapat mengembangkan dan menggunakan kekuatan dan
kelemahan yang dikenalpasti tersebut sebagai suatu strategi untuk memenuhi harapan dan
berinteraksi secara efektif dalam masyarakat.
3.0 Teori yang digunakan
Teori yang digunakan ketika pengkaji mengelolakan inventori DISC ini ialah teori
pemusatan perorangan (PCC) yang dipelopori oleh Carl Rogers. Menurut Carl roger dalam
Khoo Bee Lee (2014), seseorang manusia boleh dibantu melalui layanan yang baik
daripada orang lain (pendekatan humanistik). Melalui teori PCC yang digunakan oleh
pengkaji semasa mengendalikan inventori DISC ke atas klien sasaran, beberapa kaedah
dalam teori telah digunakan oleh pengkaji. Antaranya ialah ;
3.1 Menerima positif tanpa syarat dan kemahiran melayan
Carl Rogers dalam Nor Shafrin Ahmad et.al (2013) menyatakan bahawa menerima
positif tanpa syarat merujuk kepada penerimaan ke atas klien. Jesteru itu, semasa
mengendalikan inventori, teknik ini telah diaplikasikan oleh pengelola inventori dengan
menerima klien seadanya tanpa sebarang tanggapan, pandangan dan persepsi yang
negatif ke atas diri klien. Dalam erti kata lain, pengkaji menerima klien seadanya dan
melayan klien dengan baik tanpa mengira jurang perbezaan diantara pengkaji dan klien.
3.2 Kongruen
Kongruen merujuk kepada sikap yang tidak ada unsur kepura-puraan. Dalam
pengaplikasian teknik ini, pengkaji bersifat terbuka dan menjalin perhubungan yang baik
dengan klien agar dapat mewujudkan keyakinan klien ke atas pengkaji. Dengan adanya
keyakinan yang kukuh, klien tidak lagi merasa takut serta lebih bersedia dan yakin
dalam menyempurnakan inventori yang dikelolakan ke atas klien.
3
4.0 Metodologi
Menurut Juliansyah Noor (2011), metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Khoo Bee Lee (2017) pula menyatakan bahawa metodologi
merupakan suatu kaedah penyelidikan bagi menerangkan cara sesuatu masalah yang
dikaji. Berikut merupakan kaedah pelaksanaan inventori yang digunakan :
4.1 Kajian perpustakaan
Dalam kajian perpustakaan, pengkaji telah mendapatkan beberapa maklumat
mengenai kajian yang terdahulu melalui pusat sumber yang berdekatan dengan lokasi
pengkaji (perpustakaan institut pendidikan guru kampus Pulau Pinang). Dengan
maklumat yang diperolehi, ia telah dimanfaatkan oleh pengkaji sebagai rujukan dan
panduan dalam menyempurnakan tugasan.
4.2 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian juga telah digunakan oleh penkaji semasa mengendalikan
inventori. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapat melihat sendiri bentuk-
bentuk permasalahan yang wujud dalam proses pentadbiran inventori serta mendapat
maklum balas klien sepanjang proses pelaksanaan inventori secara langsung.
4.3 Penganalisisan data
Data yang dikumpulkan terdiri daripada inventori dan keputusan inventori yang telah
dikelolakan. Dengan menganalisis data yang diperolehi selepas pengelolaan inventori
DISC ke atas klien, pengkaji dan klien dapat mengetahui sejauh mana personaliti dan
turut mengetahui personaliti manakah yang lebih dominan ke atas diri klien.
4.4 Wawancara
Dalam kaedah wawancara ini, pengkaji menjalankan sesi perbincangan bersama
dengan klien sebelum dan selepas inventori dikelolakan. Dalam wawancara sebelum,
perbincangan digunakan untuk memberi penerangan kepada klien mengenai inventori
secara terperinci serta menerangkan kepada klien apa yang perlu dilakukan dalam
inventori yang diedarkan. Bagi wawancara selepas inventori dikelolakan pula, kaedah ini
digunakan untuk membincangkan hasil analisis dapatan inventori bersama dengan klien.
4
5.0 Keputusan
Hasil dapatan inventori diukur dengan mengambil kira jumlah yang tertinggi dalam
pernyataan SETUJU bagi setiap nilai 1 (mewakili D), 2 (mewakili I), 3 (mewakili S), 4
(mewakili C), 5 (nilai adalah tidak diambil kira) dalam soal selidik yang dijawab oleh klien
(nilai yang paling tinggi adalah yang paling dominan dengan diri klien manakala nilai yang
berada pada kedudukan yang terendah sekali menunjukkan nilai tersebut kurang dekat
dengan diri klien). Melalui hasil analisis inventori yang dilaksanakan, ia dapat dilihat pada
jadual di bawah :
1 2 3 4 5
JUMLAH
M 9 12 13 7 15 56
D I S C
Tertinggi Steadiness 13
Kedua tinggi Influence 12
Ketiga tinggi Dominance 9
Kurang dekat dengan diri klien Compliance 7
5
6.0 Perbincangan dan kesimpulan
Memandangkan hasil 5 tidak diambil kira dalam soal selidik DISC, maka nilai yang
tertinggi dalam hasil analisis inventori klien adalah steadiness dengan nilai sebanyak 13.
Jika merujuk kepada carta di bawah, ciri personaliti klien termasuk dalam kategori yang
pasif dan bersifat kemanusiaan.
Carta kelompok personaliti
Jika merujuk kepada pernyataan keputusan interpretasi inventori, personaliti klien yang
bersifat steadiness ini adalah lebih cenderung sebagai seorang yang penyabar, rajin, gigih,
seorang yang setia dan berupaya melakukan sesuatu kerja dengan sangat baik jika bekerja
dalam persekitaran yang selesa dan tidak ada gangguan. Adanya sebarang gangguan dan
perubahan persekitaran akan mewujudkan ketidakselesaan kepada klien.
Dengan merujuk kepada interpretasi inventori juga, klien merupakan seorang tidak
begitu suka pada kejutan. Peribadi klien juga tidak suka kepada paksaan dan merupakan
seorang yang sangat ramah serta jujur dan beterus terang serta berharap orang lain juga
melakukan perkara yang sama. Mereka dipandang sebagai seorang yang tenang, berhati-
hati dan konsisten dalam menjalani kehidupan. Mereka juga mempunyai daya tahan dan
tahap kesabaran yang luar biasa. Dalam bidang pekerjaan, klien dianggap amat sesuai
bekerja dalam profesionalisme yang suasana dan persekitaran kerja adalah aman dan
tenang.
6
Personaliti kedua dominan dengan diri klien pula adalah Influence dengan nilai yang
hampir sama dengan nilai tertinggi yang diperolehi iaitu sebanyak 12. Merujuk kepada
interpretasi inventori, klien yang dominan I merupakan seorang yang berketrampilan dalam
berkomunikasi dan berani dalam membuat keputusan, suka menghiburkan orang lain dan
suka sosial. Dalam penyelesaian masalah atau mengerjakan sesuatu, klien lebih banyak
kepada perbincangan. Keterbukaan sikap klien yang dominan I membuat orang lain melihat
dirinya sebagai seorang yang mudah bergaul dan mesra. Biasanya, orang yang dominan I
memiliki ramai kawan. Jika dilihat dalam aspek pekerjaan, klien sesuai dengan kerja seperti
motivator, perunding dan pemasaran.
Seterusnya personaliti ketiga yang dianggap hampir dengan diri klien adalah Dominance
dengan nilai sebanyak 9. Jika merujuk kepada interpretasi personaliti, klien dianggap
sebagai seorang yang tegas. Klien juga dianggap cenderung sebagai seorang yang aktif
dan cepat dalam mengambil keputusan / menyelesaikan masalah serta seorang yang
berani dan sangat suka akan cabaran dan persaingan. Dalam erti kata lain, klien yang
berpersonaliti D dilihat sebagai seorang yang bercita-cita tinggi serta menginginkan segala
sesuatu sesuai dengan kemahuan mereka dan juga seorang yang memiliki ego yang tinggi
dan selalu ingin perhatian daripada orang lain. Dalam aspek pekerjaan, klien sesuai dalam
bidang pekerjaan yang melibatkan dirinya sebagai pemimpin dan kerja yang berkaitan
dengan pengurusan.
Akhir sekali, personaliti yang berada pada kedudukan terbawah sekali yang diperolehi
oleh klien iaitu Compliance dengan nilai yang diperolehi sebanyak 7. Memandangkan ciri
personaliti ini adalah yang terendah sekali diperolehi oleh klien melalui hasil analisis
inventori, maka ia dianggap sebagai kurang dekat dengan ciri personaliti diri klien. Jika
merujuk kepada interpretasi personaliti dalam inventori DISC, ciri personaliti C yang
diperolehi oleh klien menunjukkan klien cenderung sebagai seorang yang mementingkan
kesempurnaan. Kecepatan, menyeluruh dan kesabaran merupakan sifat yang menonjol
pada klien. Mereka sangat mementingkan perkara yang teratur dan jelas serta sangat fokus
terhadap perkara yang bersifat fakta dan mempunyai kesahan yang nyata. Mereka amat
sesuai dengan pekerjaan yang bersifat memerlukan ketelitian dan mementingkan hasil
kualiti kerja yang tinggi serta seorang yang sangat mementingkan peraturan dan tidak suka
melanggar peraturan. Dalam aspek pekerjaan, klien amat sesuai dengan pekerjaan seperti
juru audit, pengurusan kewangan dan pengawal.
7
Melalui hasil perbincangan yang telah dilaksanakan bersama dengan klien selepas dari
sesi menjawab dan analisis inventori, klien mengakui akan kesahan interpretasi inventori
tersebut. Meskipun bukan semua hasil daripada inventori mempunyai persamaan dengan
personaliti diri klien secara realiti namun dengan mengetahui hasil interpretasi inventori,
klien mendapat celik akal akan dirinya yang sebenar.
Secara kesimpulannya, pelaksanaan ujian inventori DISC (Dominance, Influence,
Steadiness, Compliance) ini adalah bagi tujuan untuk mengukur sejauh mana personaliti
seseorang individu di samping membantu seseorang individu tersebut untuk mengetahui
kekuatan dan kelemahan tentang personaliti dirinya melalui dapatan inventori. Sepertimana
yang dinyatakan oleh Florence Littauer (1992), dengan mengetahui kekuatan dan
kelemahan mengenai diri kita, ia memberikan kita satu panduan agar dapat membuat
penyesuaian personaliti apabila kita berada dalam sesuatu situasi atau kelompok
masyarakat kelak.
8
BIBLIOGRAFI
Ahmad Amri Zainal Adnan. (2009). PSQ : Rahsia Personaliti Unggul. Selangor Darul Ehsan :
PTS Millenia Sdan. Bhd.
Amaludin Abdul Rahman. (2007). Zaman Beribu Liku : Tip dan Panduan Memahami Jiwa
Remaja. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Florence Littauer. (1992). Personality Plus : How To Understand Others By Understanding
Yourself. Rivell : Psychology Publication.
Juliansyah Noor. (2011). Metodologi Penelitian. Jakarta : PT Fajar Interpratama Mandiri.
Khoo Bee Lee. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor Darul Ehsan :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Khoo Bee Lee. (2017). Asas Penyelidikan Dalam Bimbingan Kaunseling. Petaling Jaya :
Sasbadi Sdn. Bhd.
Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. (2013). Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
9
Didik Mulato. (2009). Personality Profile Report : Behavioral Assessment. Dimuat turun pada 26
Januari 2018, daripada https://www.scribd.com/doc/19254510/Contoh-Full-Report-DiSC.
Asraf Johar Bin Salleh. (2018, 16 Februari). Bantu Pelajar Kenali Kecenderungan Diri. Utusan
Online.
Bintu Rasyada A.Rahman. (2011, 10 April). Satu Individu Dua Personaliti. Utusan Online.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
Amin Upsi
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger sp
Ben PHu
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
Herney Aqilah Kay
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
一世 一生
 
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
veera vasu
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
share with me
 

Was ist angesagt? (20)

Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
 
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
 
Ujian pencapaian
Ujian pencapaianUjian pencapaian
Ujian pencapaian
 
Bab 6 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
Bab 6   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...Bab 6   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
Bab 6 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger sp
 
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunselingPbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
 
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
 
Teori personaliti
Teori personalitiTeori personaliti
Teori personaliti
 
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
 
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
 
Bab 5 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
Bab 5   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...Bab 5   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
Bab 5 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
 
Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolah
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
 
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
 

Ähnlich wie pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC

POWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELINGPOWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
Muhammad_Rijal94
 
Kepribadian dan-pembelajaran kel 6
Kepribadian dan-pembelajaran kel 6Kepribadian dan-pembelajaran kel 6
Kepribadian dan-pembelajaran kel 6
matiolestari
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling
Herney Aqilah Kay
 

Ähnlich wie pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC (20)

Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi
Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku OrganisasiMakalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi
Makalah Kepribadian dan Nilai-Perilaku Organisasi
 
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELINGPOWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
POWER POINT PSIKOLOGI KONSELING
 
Pendekatan Konseling Client Centred
Pendekatan Konseling Client CentredPendekatan Konseling Client Centred
Pendekatan Konseling Client Centred
 
pendekatan trait and factor
pendekatan trait and factorpendekatan trait and factor
pendekatan trait and factor
 
Trait and factor ppt
Trait and factor pptTrait and factor ppt
Trait and factor ppt
 
Kepribadian dan-pembelajaran kel 6
Kepribadian dan-pembelajaran kel 6Kepribadian dan-pembelajaran kel 6
Kepribadian dan-pembelajaran kel 6
 
Teori Psikoanalisa (sigmund freud)
Teori Psikoanalisa (sigmund freud)Teori Psikoanalisa (sigmund freud)
Teori Psikoanalisa (sigmund freud)
 
Kepribadian dan Nilai
Kepribadian dan NilaiKepribadian dan Nilai
Kepribadian dan Nilai
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
psikotes
psikotespsikotes
psikotes
 
Pendekatan bk
Pendekatan bkPendekatan bk
Pendekatan bk
 
Berpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi Keperawatan
Berpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi KeperawatanBerpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi Keperawatan
Berpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi Keperawatan
 
Berpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi Keperawatan
Berpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi KeperawatanBerpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi Keperawatan
Berpikir Kritis,Trend dan Perubahan yang Mempengaruhi Dokumentasi Keperawatan
 
Ppt analisis transaksional
Ppt analisis transaksionalPpt analisis transaksional
Ppt analisis transaksional
 
jawaban UAS Mata Kuliah TI dalam BK
jawaban UAS Mata Kuliah TI dalam BK jawaban UAS Mata Kuliah TI dalam BK
jawaban UAS Mata Kuliah TI dalam BK
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling
 
pertemuan 4.pdf
pertemuan 4.pdfpertemuan 4.pdf
pertemuan 4.pdf
 
pertemuan 4.ppt
pertemuan 4.pptpertemuan 4.ppt
pertemuan 4.ppt
 
Efikasi kendiri
Efikasi kendiriEfikasi kendiri
Efikasi kendiri
 
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
 

Mehr von Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)

Mehr von Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang) (20)

Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIKPack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara     RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan KitaRPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Rph zaman air batu (Part 2)
Rph   zaman air batu (Part 2)Rph   zaman air batu (Part 2)
Rph zaman air batu (Part 2)
 
Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
bab 1 (final)
bab 1 (final)bab 1 (final)
bab 1 (final)
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusifPerkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya
laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya
laporan pengujian dan penilaian inventori nilai kerjaya
 
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 

Kürzlich hochgeladen

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 

pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC

  • 1. 1 1.0 Pendahuluan Alat ukur yang telah digunakan ialah inventori yang berkaitan dengan personaliti iaitu inventori DISC (Dominance, Influence, Steadiness, Compliance). Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai personaliti. Menurut Amaludin Abdul Rahman (2007), personaliti ialah sesuatu yang wujud dalam diri seseorang dan ia wujud secara berterusan dan hampir kekal dalam kehidupan. Allport dalam Shahabuddin Hashim et.al (2003) pula menyatakan bahawa personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal yang dinamik ini akan memberi garis panduan kepada seseorang individu bagi menentukan ciri-ciri tingkah laku dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal. Habibah dan Noran Fauziah dalam Ahmad Amri Zainal Adnan (2009) pula menyatakan bahawa istilah personaliti berasal dari perkataan “persona” yang berasal dari Greek. Ia membawa maksud “topeng”. Secara amnya, personaliti merujuk kepada identiti, perwatakan, sikap dan karekteristik seseorang yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam sesuatu situasi. Dari segi inventori yang digunakan sebagai alat ukur dalam kajian iaitu inventori DISC, ia merupakan alat ukur personaliti yang diperkembangkan oleh William Moulton Marston. Amnya, inventori DISC merupakan model tingkah laku yang membantu setiap manusia untuk memahami “mengapa seseorang itu melakukan apa yang dilakukannya”. Ia membantu manusia untuk membincangkan secara terbuka mengenai perbezaan personaliti sesama mereka. Dalam inventori personaliti DISC, ia membahagikan personaliti manusia kepada empat kategori utama iaitu (Dominance, Influence, Steadiness, Compliance). 2.0 Pernyataan masalah / isu yang dikaji Berdasarkan laporan utusan online yang bertarikh 16 Februari 2018, didapati ramai golongan pelajar di negara kita khususnya, dilihat mengalami masalah kecelaruan personaliti diri mereka. Akibatnya, keadaan ini menyebabkan ramai dalam kalangan mereka didapati sukar untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bermasyarakat. Pernyataan ini turut disokong oleh pakar psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari dalam laporan utusan online yang bertarikh 10 April 2011 dimana beliau menyatakan bahawa isu kecelaruan personaliti dalam kalangan masyarakat pada masa kini menyebabkan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 peratus orang di negara kita mengalami masalah mental dan menghidap penyakit seperti paranoid, skizofrenia, bordeline, melingeringue dan narcissistic.
  • 2. 2 Memandangkan isu mengenai personaliti kian menjadi suatu isu yang semakin tular dalam kalangan warga kita, jesteru itu ujian mengenai personaliti telah dilaksanakan oleh pengkaji dengan menggunakan inventori personaliti yang dipelopori oleh William Moulton Marston iaitu inventori DISC (Dominance, Influence, Steadiness, Compliance). Inventori ini telah dikelolakan ke atas seorang klien. Dengan pengelolaan inventori ini, ia dapat membantu klien untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya. Sepertimana yang dinyatakan dalam hasil kajian Didik Mulato (2009) mengenai tingkah laku, menegaskan bahawa orang yang paling efektif adalah mereka yang memahami tentang dirinya khususnya mengenai kekuatan dan kelemahan dirinya. Dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat mengembangkan dan menggunakan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti tersebut sebagai suatu strategi untuk memenuhi harapan dan berinteraksi secara efektif dalam masyarakat. 3.0 Teori yang digunakan Teori yang digunakan ketika pengkaji mengelolakan inventori DISC ini ialah teori pemusatan perorangan (PCC) yang dipelopori oleh Carl Rogers. Menurut Carl roger dalam Khoo Bee Lee (2014), seseorang manusia boleh dibantu melalui layanan yang baik daripada orang lain (pendekatan humanistik). Melalui teori PCC yang digunakan oleh pengkaji semasa mengendalikan inventori DISC ke atas klien sasaran, beberapa kaedah dalam teori telah digunakan oleh pengkaji. Antaranya ialah ; 3.1 Menerima positif tanpa syarat dan kemahiran melayan Carl Rogers dalam Nor Shafrin Ahmad et.al (2013) menyatakan bahawa menerima positif tanpa syarat merujuk kepada penerimaan ke atas klien. Jesteru itu, semasa mengendalikan inventori, teknik ini telah diaplikasikan oleh pengelola inventori dengan menerima klien seadanya tanpa sebarang tanggapan, pandangan dan persepsi yang negatif ke atas diri klien. Dalam erti kata lain, pengkaji menerima klien seadanya dan melayan klien dengan baik tanpa mengira jurang perbezaan diantara pengkaji dan klien. 3.2 Kongruen Kongruen merujuk kepada sikap yang tidak ada unsur kepura-puraan. Dalam pengaplikasian teknik ini, pengkaji bersifat terbuka dan menjalin perhubungan yang baik dengan klien agar dapat mewujudkan keyakinan klien ke atas pengkaji. Dengan adanya keyakinan yang kukuh, klien tidak lagi merasa takut serta lebih bersedia dan yakin dalam menyempurnakan inventori yang dikelolakan ke atas klien.
  • 3. 3 4.0 Metodologi Menurut Juliansyah Noor (2011), metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Khoo Bee Lee (2017) pula menyatakan bahawa metodologi merupakan suatu kaedah penyelidikan bagi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji. Berikut merupakan kaedah pelaksanaan inventori yang digunakan : 4.1 Kajian perpustakaan Dalam kajian perpustakaan, pengkaji telah mendapatkan beberapa maklumat mengenai kajian yang terdahulu melalui pusat sumber yang berdekatan dengan lokasi pengkaji (perpustakaan institut pendidikan guru kampus Pulau Pinang). Dengan maklumat yang diperolehi, ia telah dimanfaatkan oleh pengkaji sebagai rujukan dan panduan dalam menyempurnakan tugasan. 4.2 Pemerhatian Kaedah pemerhatian juga telah digunakan oleh penkaji semasa mengendalikan inventori. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji dapat melihat sendiri bentuk- bentuk permasalahan yang wujud dalam proses pentadbiran inventori serta mendapat maklum balas klien sepanjang proses pelaksanaan inventori secara langsung. 4.3 Penganalisisan data Data yang dikumpulkan terdiri daripada inventori dan keputusan inventori yang telah dikelolakan. Dengan menganalisis data yang diperolehi selepas pengelolaan inventori DISC ke atas klien, pengkaji dan klien dapat mengetahui sejauh mana personaliti dan turut mengetahui personaliti manakah yang lebih dominan ke atas diri klien. 4.4 Wawancara Dalam kaedah wawancara ini, pengkaji menjalankan sesi perbincangan bersama dengan klien sebelum dan selepas inventori dikelolakan. Dalam wawancara sebelum, perbincangan digunakan untuk memberi penerangan kepada klien mengenai inventori secara terperinci serta menerangkan kepada klien apa yang perlu dilakukan dalam inventori yang diedarkan. Bagi wawancara selepas inventori dikelolakan pula, kaedah ini digunakan untuk membincangkan hasil analisis dapatan inventori bersama dengan klien.
  • 4. 4 5.0 Keputusan Hasil dapatan inventori diukur dengan mengambil kira jumlah yang tertinggi dalam pernyataan SETUJU bagi setiap nilai 1 (mewakili D), 2 (mewakili I), 3 (mewakili S), 4 (mewakili C), 5 (nilai adalah tidak diambil kira) dalam soal selidik yang dijawab oleh klien (nilai yang paling tinggi adalah yang paling dominan dengan diri klien manakala nilai yang berada pada kedudukan yang terendah sekali menunjukkan nilai tersebut kurang dekat dengan diri klien). Melalui hasil analisis inventori yang dilaksanakan, ia dapat dilihat pada jadual di bawah : 1 2 3 4 5 JUMLAH M 9 12 13 7 15 56 D I S C Tertinggi Steadiness 13 Kedua tinggi Influence 12 Ketiga tinggi Dominance 9 Kurang dekat dengan diri klien Compliance 7
  • 5. 5 6.0 Perbincangan dan kesimpulan Memandangkan hasil 5 tidak diambil kira dalam soal selidik DISC, maka nilai yang tertinggi dalam hasil analisis inventori klien adalah steadiness dengan nilai sebanyak 13. Jika merujuk kepada carta di bawah, ciri personaliti klien termasuk dalam kategori yang pasif dan bersifat kemanusiaan. Carta kelompok personaliti Jika merujuk kepada pernyataan keputusan interpretasi inventori, personaliti klien yang bersifat steadiness ini adalah lebih cenderung sebagai seorang yang penyabar, rajin, gigih, seorang yang setia dan berupaya melakukan sesuatu kerja dengan sangat baik jika bekerja dalam persekitaran yang selesa dan tidak ada gangguan. Adanya sebarang gangguan dan perubahan persekitaran akan mewujudkan ketidakselesaan kepada klien. Dengan merujuk kepada interpretasi inventori juga, klien merupakan seorang tidak begitu suka pada kejutan. Peribadi klien juga tidak suka kepada paksaan dan merupakan seorang yang sangat ramah serta jujur dan beterus terang serta berharap orang lain juga melakukan perkara yang sama. Mereka dipandang sebagai seorang yang tenang, berhati- hati dan konsisten dalam menjalani kehidupan. Mereka juga mempunyai daya tahan dan tahap kesabaran yang luar biasa. Dalam bidang pekerjaan, klien dianggap amat sesuai bekerja dalam profesionalisme yang suasana dan persekitaran kerja adalah aman dan tenang.
  • 6. 6 Personaliti kedua dominan dengan diri klien pula adalah Influence dengan nilai yang hampir sama dengan nilai tertinggi yang diperolehi iaitu sebanyak 12. Merujuk kepada interpretasi inventori, klien yang dominan I merupakan seorang yang berketrampilan dalam berkomunikasi dan berani dalam membuat keputusan, suka menghiburkan orang lain dan suka sosial. Dalam penyelesaian masalah atau mengerjakan sesuatu, klien lebih banyak kepada perbincangan. Keterbukaan sikap klien yang dominan I membuat orang lain melihat dirinya sebagai seorang yang mudah bergaul dan mesra. Biasanya, orang yang dominan I memiliki ramai kawan. Jika dilihat dalam aspek pekerjaan, klien sesuai dengan kerja seperti motivator, perunding dan pemasaran. Seterusnya personaliti ketiga yang dianggap hampir dengan diri klien adalah Dominance dengan nilai sebanyak 9. Jika merujuk kepada interpretasi personaliti, klien dianggap sebagai seorang yang tegas. Klien juga dianggap cenderung sebagai seorang yang aktif dan cepat dalam mengambil keputusan / menyelesaikan masalah serta seorang yang berani dan sangat suka akan cabaran dan persaingan. Dalam erti kata lain, klien yang berpersonaliti D dilihat sebagai seorang yang bercita-cita tinggi serta menginginkan segala sesuatu sesuai dengan kemahuan mereka dan juga seorang yang memiliki ego yang tinggi dan selalu ingin perhatian daripada orang lain. Dalam aspek pekerjaan, klien sesuai dalam bidang pekerjaan yang melibatkan dirinya sebagai pemimpin dan kerja yang berkaitan dengan pengurusan. Akhir sekali, personaliti yang berada pada kedudukan terbawah sekali yang diperolehi oleh klien iaitu Compliance dengan nilai yang diperolehi sebanyak 7. Memandangkan ciri personaliti ini adalah yang terendah sekali diperolehi oleh klien melalui hasil analisis inventori, maka ia dianggap sebagai kurang dekat dengan ciri personaliti diri klien. Jika merujuk kepada interpretasi personaliti dalam inventori DISC, ciri personaliti C yang diperolehi oleh klien menunjukkan klien cenderung sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan. Kecepatan, menyeluruh dan kesabaran merupakan sifat yang menonjol pada klien. Mereka sangat mementingkan perkara yang teratur dan jelas serta sangat fokus terhadap perkara yang bersifat fakta dan mempunyai kesahan yang nyata. Mereka amat sesuai dengan pekerjaan yang bersifat memerlukan ketelitian dan mementingkan hasil kualiti kerja yang tinggi serta seorang yang sangat mementingkan peraturan dan tidak suka melanggar peraturan. Dalam aspek pekerjaan, klien amat sesuai dengan pekerjaan seperti juru audit, pengurusan kewangan dan pengawal.
  • 7. 7 Melalui hasil perbincangan yang telah dilaksanakan bersama dengan klien selepas dari sesi menjawab dan analisis inventori, klien mengakui akan kesahan interpretasi inventori tersebut. Meskipun bukan semua hasil daripada inventori mempunyai persamaan dengan personaliti diri klien secara realiti namun dengan mengetahui hasil interpretasi inventori, klien mendapat celik akal akan dirinya yang sebenar. Secara kesimpulannya, pelaksanaan ujian inventori DISC (Dominance, Influence, Steadiness, Compliance) ini adalah bagi tujuan untuk mengukur sejauh mana personaliti seseorang individu di samping membantu seseorang individu tersebut untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan tentang personaliti dirinya melalui dapatan inventori. Sepertimana yang dinyatakan oleh Florence Littauer (1992), dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan mengenai diri kita, ia memberikan kita satu panduan agar dapat membuat penyesuaian personaliti apabila kita berada dalam sesuatu situasi atau kelompok masyarakat kelak.
  • 8. 8 BIBLIOGRAFI Ahmad Amri Zainal Adnan. (2009). PSQ : Rahsia Personaliti Unggul. Selangor Darul Ehsan : PTS Millenia Sdan. Bhd. Amaludin Abdul Rahman. (2007). Zaman Beribu Liku : Tip dan Panduan Memahami Jiwa Remaja. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Florence Littauer. (1992). Personality Plus : How To Understand Others By Understanding Yourself. Rivell : Psychology Publication. Juliansyah Noor. (2011). Metodologi Penelitian. Jakarta : PT Fajar Interpratama Mandiri. Khoo Bee Lee. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Khoo Bee Lee. (2017). Asas Penyelidikan Dalam Bimbingan Kaunseling. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd. Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir. (2013). Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
  • 9. 9 Didik Mulato. (2009). Personality Profile Report : Behavioral Assessment. Dimuat turun pada 26 Januari 2018, daripada https://www.scribd.com/doc/19254510/Contoh-Full-Report-DiSC. Asraf Johar Bin Salleh. (2018, 16 Februari). Bantu Pelajar Kenali Kecenderungan Diri. Utusan Online. Bintu Rasyada A.Rahman. (2011, 10 April). Satu Individu Dua Personaliti. Utusan Online.