Amali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membaca
1. INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA HARITH BIN SUKRI
INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
Kemahiran Membaca Kuat
Arahan: Baca petikan di bawah.
Tahun ini merupakan tahun yang tersibuk dan terpenting untuk aku dan
rakan-rakan yang berada di tahun enam. Kami akan menduduki
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang hanya tinggal beberapa
bulan sahaja lagi.
Kesedaran untuk melipat gandakan usaha dalam mencapai
kecemerlangan mula wujud sedikit demi sedikit dalam hati aku dan rakan-
rakan. Malah, pihak sekolah juga banyak membantu kami dengan
mengadakan berbagai kursus dan bengkel motivasi. Pada hari Sabtu yang
lepas, pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi UPSR yang
pertama di sekolahku.
Program itu diadakan di dewan sekolah bermula pada jam tujuh
setengah pagi sehingga sebelas malam. Guru-guru sekolahku serta
beberapa orang guru pakar daripada sekolah lain turut terlibat dalam
program tersebut. Aktiviti pengenalan serta ceramah motivasi menjadi
acara pembuka program itu diikuti dengan ceramah subjek serta teknik
menjawab soalan.
Semua peserta diberi ruang untuk berehat sekitar jam dua belas
setengah. Aku dan rakan-rakan menikmati makan tengah hari kami yang
disediakan oleh pihak sekolah serta solat Zuhur berjemaah di surau sekolah
berimamkan Ustaz Adib. Setelah berehat lebih kurang dua jam, kami
kembali semula ke dewan sekolah untuk mengikuti acara seterusnya iaitu
tugasan dalam kumpulan dan aktiviti riadah.
Setiap aktiviti yang dijalankan baik secara individu mahu pun
berkumpulan mengajar kami untuk berdikari, semangat setia kawan, bekerja
dalam kumpulan, tolong-menolong, bertolak ansur dan paling penting
berfikir secara kreatif. Tip-tip yang diberikan oleh pakar-pakar subjek sangat
membantu dan berguna untuk kami.
Selepas solat maghrib berjemaah, kami bersama-sama berkumpul di
surau mendengar ceramah keagaamaan daripada seorang penceramah
luar yang dijemput khas. Tersentuh hatiku mendengar setiap apa yang
diperkatakan. Kemudian, kami menunaikan solat hajat selepas solat Isyak.
2. INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA HARITH BIN SUKRI
Ketika itulah, ramai di antara rakan-rakanku termasuk juga diriku teresak-esak
menangis. Perasaan sesal timbul kerana sedar telah banyak masa yang aku
sia-siakan. Pada malam itu, aku nekad untuk tidak akan mensia-siakan
waktu yang berbaki ini.
Tepat jam sebelas malam, majlis penutup yang diadakan di dewan
sekolah diakhiri dengan lafaz Bismillah dan ikrar Aku Janji kami pelajar-pelajar
tahun enam untuk berusaha bersungguh-sungguh menaikkan nama sekolah
ke peringkat yang terbaik. Di dalam hati aku, sudah tersemai benih harapan
dan tekad. Aku berharap program ini akan menjadikan aku lebih yakin
untuk menghadapi UPSR nanti.
3. INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA HARITH BIN SUKRI
BORANG PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA KUAT
NAMA MURID :
KELAS :
TARIKH :
Tanda (√) dalam ruang yang disediakan.
Perkara 4-5 markah 2-3 markah 1 markah 0 markah
Sebutan
Sebutan baku
Kelancaran
Intonasi
Jumlah markah : x100 = %
20
Catatan guru :
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
...................................................................................................................................
Nama penilai:
Tandatangan :
4. INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA HARITH BIN SUKRI
Rubrik Penilaian Kemahiran Membaca Kuat
Perkara 4-5 markah 2-3 markah 1 markah 0 markah
Sebutan sebutan
jelas dan
baik
sebutan jelas
dengan
beberapa
kesilapan
sebutan jelas
dengan banyak
kesilapan
sebutan tidak
jelas dengan
banyak
kesilapan
yang menjejas
makna
perkataan
Sebutan
Baku
sebutan
baku yang
konsisten
sebutan baku
yang
konsisten
dengan
beberapa
kesilapan
sebutan baku
yang tidak
konsisten
dengan banyak
kesilapan
tidak
menggunakan
sebutan baku
Kelancaran bacaan
lancar tanpa
tersekat-sekat
bacaan
lancar
dengan
beberapa
kesilapan
bacaan
tersekat-sekat
keseluruhan
bacaan tidak
lancar, sangat
lambat
Intonasi intonasi
yang baik
dengan jeda
di tempat
yang sesuai
intonasi yang
baik dengan
beberapa
kesilapan
pada jeda
tiada intonasi
dan jeda dalam
bacaan
intonasi dan
jeda yang
salah sehingga
menjejas makna