SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 8
MBE 12503
PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

NAMA PENSYARAH:
EN GHAZALLY BIN SPAHAT

TAJUK:
PHOTO TALK

HANIZAWATI BINTI MAHAT
GB130179

1
PENGENALAN
2
“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” dapat merujuk kepada sistem pendidikan
ini dimana untuk mengenali kepentingan kreativiti perlu dipupuk dari masa kanak-kanak masih
kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma
masyarakat dan pembelajaran formal. Melihat situasi sekarang, kanak-kanak kurang diberi
peluang bermain kerana ketaksuban ibu bapanya serta guru prasekolah ingin memberi
pendidikan berbentuk akademik semata-mata, jika diimbas kembali sewaktu seusia mereka
nikmat bermain dapat digunakan sepenuhnya “ terdetik juga dihati, amatlah kasihan si kecil
terpaksa duduk „ belajar‟ seperti anak remaja atau dewasa di dalam kelas”. Lebih kasihan
apabila ada kanak-kanak yang disuruh pula menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan pada
usia sebegitu muda dengan alasan ia sebagai persediaan untuk menjadikan mereka generasi „
genius‟ atau „ pintar cerdas‟.
Kanak-kanak perlu diberi peluang dan ruang untuk mejadi „kanak-kanak‟ dalam dunia
mereka sendiri, jika mereka berterusan dipaksa menguasai ilmu akademik, ia tidak pula
bermakna secara automatik mereka akan menjadi seorang yang cerdik secara serta merta. Namun
hari demi hari, aktiviti bermain semakin dikurangkan dan kadangkala ditiadakan terus dalam
hidup mereka. Bedasarkan pendekatan yang diberi oleh Piaget, perkembangan intelektual kanakkanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya,
perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor
keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula
jadi untuk belajar. Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan
Piaget

sebagai

hampir

sempurna

kepada

sistem

perkembangan

kognitif

manusia.

Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam
otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan
maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori juga menukar data itu
ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan.

Dengan

mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji
bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget
memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat
memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan
orang lain di persekitarannya.

3
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan
perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari
pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing.
Kajian (Rubin & Howe 1986: Creasey, Jarvis,& Berk, 1998) menunjukkan bermain dengan
individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka
dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Bermain dapat memberikan kanakkanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti
nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh
berkongsi kuasa.
PEMBELAJARAN MELALUI PERMAINAN
Belajar melalui bermain merupakan jalan alternative kepada pendekatan pengajaran di
peringkat sekolah terutamanya peringkat sekolah rendah dan kanak-kanak.

Bermain dapat

menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang murid itu terutamanya dalam
aspek perkembangan daya kreatif, fizikal, bahasa, sosiemosi dan moral. Ini bertetapan dengan
konsep JERI iaitu perkembangan berkaitan jasmani, emosi, rohani dan intelek seseorang kanakkanak.
Permainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang mampu
mengalakkan perkembangan JERI seseorang kanak-kanak, secara tidak langsung ini dapat
diaplikasikan melalui perkembangan kognitif mereka, iaitu kesungguhan mereka berfikir
bagaimana untuk memenangi dalam menewaskan pihak lawan melalui pelbagai percubaan.
Belajar melalui pengalaman sebelumnya secara langsung dan menggunakan kaedah cuba jaya,
kanak-kanak akan sedaya upaya merancang strategi baru untuk memenangi perlawanan itu.
Perihal ini sangat berkaitan dengan teori pembelajaran Thondike, di mana Thondike
menyatakan pembelajaran merupakan poses cuba ralat melalui hukum latihan. Ini di mana,
kanak-kanak semasa bermain secara tidak langsung akan menghubungkaitkan antara rangsangan
dan gerak balas. Proses ini akan bertambah kukuh lagi jika latihan dan pengukuhan diaplikasikan
bersama sekerap yang mungkin. Melalui permainan congkak ini juga, kanak-kanak dapat
mengembangkan lagi idea kreatif dan daya cipta tanpa had kepada mereka. Ini jelas dapat
dihubungkaitkan melalui bermain, seseorang kanak-kanak itu akan berfikir sekaligus
mangaktifkan sel-sel neuron dalam otak mereka. Proses ini akan menggalakkan lagi
perkembangan jasmani seseorang kanak-kanak itu.
4
“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.
Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira
dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung
secara semula jadi.”
[Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]
Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka
suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan
menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan
rasa bersalah kepada dirinya.

Permainan congkak ini juga turut membantu dari segi

perkembangan emosi kanak-kanak, emosi akan terbentuk apabila belajar sambil bermain.
Mereka akan sentiasa mengawal emosi mereka semasa mereka bermain. Selain itu, mereka juga
akan mencapai kepuasan mereka dan dapat melepaskan tekanan yang dihadapi mereka semasa
bermain. Selai mewujudkan pembelajaran yang santai tanpa paksaan, mereka juga berpeluang
meningkatkan keyakinan mereka. Ini dapat memberi dorongan dan memotivasi kepada diri
mereka. Aspek pembelajaran ini dapat diaplikasikan dengan hokum kesedaiaan oleh Thorndike,
di mana beliau berpendapat “ Apabila seseorang bersedia untuk belajar, maka pembelajaran ini
dapat diaplikasikan kepuasannya”.
Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat
belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam
kehidupan bermasyarakat. Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang
memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi
menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang. Finch & Crunkilton (1984),
mengemukakan definisi kurikulum sebagai “ As the sum of the learning activities and
experiences that a student has under the auspices or direction of theschool”. Dari definisi
tersebut terdapat dua bahagian yang harus diperhatikan, iaitu bahawa fokus utama kurikulum
adalah pelajar dan yang kedua bahawa bahagian dari kurikulum tidak hanya mata pelajaran akan
tetapi semua aktiviti (olahraga, kelab, kegiatan kokurikulum) memiliki pengaruh yang signifikan
untuk pembentukan individu pelajar yang menyeluruh dan untuk mencapai keberkesanan dari
kurikulum.

5
Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk
yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna, kanak-kanak seharusnya
mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat. Selain itu,
dengan bermain kanak-kanak dapat menghasilkan emosi negatif dan positif. Emosi positif
terhasil apabila perasaan gembira dan terhibur mereka tercipta apabila mereka bertemu dengan
rakan-rakan.

Kesan yang berlaku dalam proses belajar sambil bermain ini juga turut

mendatangkan perasaan sedih kepada mereka. Ini terjadi apabila mereka dikalahan oleh pihak
lawan semasa perlawanan atau permainan mereka berlangsung.

Perasaan kecewa ini akan

mencetuskan emosi negatif. Dalam kedua-dua situasi ini, impak yang diberi adalah sama iaitu
mereka dapat mendidik diri mereka dengan cara mengawal segala tekanan yang dihadapi mereka
dalam memupuk keyakinan diri. Hal ini amatlah berkait dengan teori pelaziman
Thorndike, di mana ikatan rangsangan dengan gerakbalas akan bertambah kukuh sekiranya
individu memperoleh kesan yang memuaskan selepas gerak balas dihasilkan. Sebaliknya, gerak balas
yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah khasnya gerak balas yang
membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok. Banyak teori-teori yang dikemukakan oleh

tokoh-tokoh berkaitan dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak, mereka perlu didedahkan
tentang kesedaran dan pengurusan kendiri, pencapaian emosi yang positif, kesedaran tentang
keperluan, perasaan dan pandangan orang lain, pembinaan kemahiran sosial, dan pembinaan
keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian
Dalam prinsip JERI, perkembangan intelek tidak harus dilupakan. Aspek intelek dapat
diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan melibatkan proses pengiraan.
Semasa bermain, kanak-kanak akan mengira guli yang akan dimasukkan ke dalam kampung dan
mengira guli yang berada di dalam rumah. Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus
kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat
penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran
dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.
Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi
sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu
membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi,
keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial
dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]
6
Selain itu, dengan bermain congkak juga dapat meningkatkan lagi penguasaan khususnya
dalam subjek matematik di kalangan kanak-kanak semasa mereka bermain.

Sebelum

memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu guli iaitu sebanyak 49 biji
bagi setiap permain. Semasa proses pengiraan guli dilakukan secara tidak langsung pelajar akan
mendapat kemahiran mengira. Secara tidak langsung ini dapat mengembangkan lagi pemikiran
logikal matematik seseorang kanak-kanak. Perkembangan dari segi intelek ini amatlah berkai
dengan teori pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran
berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi memudahkan pemahaman
murid, amat penting bagi mereka menimbapengalaman secara memegang dan memanipulasi
objek maujud dan menyentuhobjek yang hidup. Kanak-kanak juga berkebolehan mengunakan
bahan secaragrafik atau mental seperti membuat pengiraan mental. Oleh itu, amatlah terbuka
bermain sambil belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanak-kanak
itu. Teknik permainan congkak juga turut dapat diaplikasikan dalam pelajaran dalam pelajaran
Pendidikan Jasmani. Pemain congkak memerlukan kekuatan otot tangan semasa memainkan
permainan ini. Pelajar akan memasukkan biji guli ke dalam lubang kecil dan lubang besar secara
berulang kali. Melalui proses berulang kali memasukkan guli ini secara tidak langsung akan
dapat menguatkan otot jari dan otot lengan. Permainan congkak ini juga memerlukan pemainnya
duduk secara bersimpuh atau bersila. Duduk secara bersimpuh dan bersila ini dapat
merengangkan otot kaki dan pinggang bersesuaian dengan pengajaran Pndidikan jasmani yang
memerlukan regangan otot-otot untuk kesihatan tubuh badan manusia.
PENUTUP
Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat
menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak
melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu
keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai
pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1
di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan „bermain sambil
belajar‟. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang
menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain
kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran. John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan

7
proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan
merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.
Kesimpulannya belajar sambil bermain bukan sahaja menceriakan susana pembelajaran
bagi kanak-kanak bahkan dapat membentuk sikap peribadi pelajar tersebut. Kanak-kanak yang
terdedah dengan pemainan semasa kecil biasanya mempunyai kekuatan, keyakinan diri dalam
pembentukan emosi mereka. Kanak-kanak perlu diberi kebebasan secara terkawal dalam
memilih permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka agar mereka dapat
berinteraksi dengan persekitaran, rakan sebaya dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

8

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2inatunyusof
 
Intervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanakIntervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanakMaryam Ahmad
 
1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajarnajib6766
 
Minat minat pada individu
Minat minat pada individuMinat minat pada individu
Minat minat pada individuumarabdulaziz52
 
Makalah Minat Belajar Siswa
Makalah Minat Belajar SiswaMakalah Minat Belajar Siswa
Makalah Minat Belajar Siswasarahrzkirh28
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Susilowati Boediono
 
peran orang tua dalam kecerdasan anak
peran orang tua dalam kecerdasan anakperan orang tua dalam kecerdasan anak
peran orang tua dalam kecerdasan anakNova Ci Necis
 
Terapi permainan
Terapi permainanTerapi permainan
Terapi permainanzaiwiyah
 
Modul 4 bermain anak usia 4-6tahun
Modul 4  bermain anak usia 4-6tahunModul 4  bermain anak usia 4-6tahun
Modul 4 bermain anak usia 4-6tahunRizka Supriyanti
 
Tugas PPT Teknologi Informasi
Tugas PPT Teknologi InformasiTugas PPT Teknologi Informasi
Tugas PPT Teknologi Informasi11071995
 

Was ist angesagt? (20)

Terapi bermain (2)
Terapi bermain (2)Terapi bermain (2)
Terapi bermain (2)
 
Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2
 
Intervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanakIntervensi kaunseling kanak kanak
Intervensi kaunseling kanak kanak
 
1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar
 
Minat minat pada individu
Minat minat pada individuMinat minat pada individu
Minat minat pada individu
 
Makalah Minat Belajar Siswa
Makalah Minat Belajar SiswaMakalah Minat Belajar Siswa
Makalah Minat Belajar Siswa
 
Nurul
NurulNurul
Nurul
 
Gaming
GamingGaming
Gaming
 
Minat belajar
Minat belajarMinat belajar
Minat belajar
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
psikologi bermain anak
psikologi bermain anakpsikologi bermain anak
psikologi bermain anak
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Terapi bermain
Terapi bermain Terapi bermain
Terapi bermain
 
Tokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich FroebelTokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich Froebel
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
 
peran orang tua dalam kecerdasan anak
peran orang tua dalam kecerdasan anakperan orang tua dalam kecerdasan anak
peran orang tua dalam kecerdasan anak
 
Terapi permainan
Terapi permainanTerapi permainan
Terapi permainan
 
Modul 4 bermain anak usia 4-6tahun
Modul 4  bermain anak usia 4-6tahunModul 4  bermain anak usia 4-6tahun
Modul 4 bermain anak usia 4-6tahun
 
Tugas PPT Teknologi Informasi
Tugas PPT Teknologi InformasiTugas PPT Teknologi Informasi
Tugas PPT Teknologi Informasi
 
1
11
1
 

Ähnlich wie MBE12503

Kkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part eseiKkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part eseiQayyum Sobri
 
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...DindaSafitri13
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
Makalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdf
Makalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdfMakalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdf
Makalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdfAyuPermataChandra
 
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxIfantaFernando1
 
jurnal pengembangan kognitif 1.pdf
jurnal pengembangan kognitif 1.pdfjurnal pengembangan kognitif 1.pdf
jurnal pengembangan kognitif 1.pdfYunia47
 
Fungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional Anak
Fungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional AnakFungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional Anak
Fungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional AnakFauziatul Halim
 
Pentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUD
Pentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUDPentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUD
Pentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUDPENDIDIKANADALAHPENT
 
PPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdfPPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdfwiwit69
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3Budi Sanjaya Saragih
 
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIBPENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIBMasriqon Masriqon
 

Ähnlich wie MBE12503 (20)

Kkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part eseiKkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part esei
 
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
- Sains dan kreativitas
 - Sains dan kreativitas - Sains dan kreativitas
- Sains dan kreativitas
 
Makalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdf
Makalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdfMakalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdf
Makalah Pembelajaran Anak Usia Dini.pdf
 
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
 
jurnal pengembangan kognitif 1.pdf
jurnal pengembangan kognitif 1.pdfjurnal pengembangan kognitif 1.pdf
jurnal pengembangan kognitif 1.pdf
 
Fungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional Anak
Fungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional AnakFungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional Anak
Fungsi Bermain Pada Perkembangan Sosio Emosional Anak
 
Paud
PaudPaud
Paud
 
Pentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUD
Pentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUDPentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUD
Pentingnya Multiple Intellegences dalam Kegiatan Pengembangan pada AUD
 
PPT KKG SDN 2.pptx
PPT KKG SDN 2.pptxPPT KKG SDN 2.pptx
PPT KKG SDN 2.pptx
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
PPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdfPPT dan Makalah WIWIT.pdf
PPT dan Makalah WIWIT.pdf
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
 
Pengertian anak prasekolah
Pengertian anak prasekolahPengertian anak prasekolah
Pengertian anak prasekolah
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIBPENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
PENINGKATAN KEMAMPUAN KONSEP BILANGAN DAN OPERASINYA MELALUI MEDIA KANTONG AJAIB
 

MBE12503

  • 1. MBE 12503 PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV NAMA PENSYARAH: EN GHAZALLY BIN SPAHAT TAJUK: PHOTO TALK HANIZAWATI BINTI MAHAT GB130179 1
  • 3. “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” dapat merujuk kepada sistem pendidikan ini dimana untuk mengenali kepentingan kreativiti perlu dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Melihat situasi sekarang, kanak-kanak kurang diberi peluang bermain kerana ketaksuban ibu bapanya serta guru prasekolah ingin memberi pendidikan berbentuk akademik semata-mata, jika diimbas kembali sewaktu seusia mereka nikmat bermain dapat digunakan sepenuhnya “ terdetik juga dihati, amatlah kasihan si kecil terpaksa duduk „ belajar‟ seperti anak remaja atau dewasa di dalam kelas”. Lebih kasihan apabila ada kanak-kanak yang disuruh pula menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan pada usia sebegitu muda dengan alasan ia sebagai persediaan untuk menjadikan mereka generasi „ genius‟ atau „ pintar cerdas‟. Kanak-kanak perlu diberi peluang dan ruang untuk mejadi „kanak-kanak‟ dalam dunia mereka sendiri, jika mereka berterusan dipaksa menguasai ilmu akademik, ia tidak pula bermakna secara automatik mereka akan menjadi seorang yang cerdik secara serta merta. Namun hari demi hari, aktiviti bermain semakin dikurangkan dan kadangkala ditiadakan terus dalam hidup mereka. Bedasarkan pendekatan yang diberi oleh Piaget, perkembangan intelektual kanakkanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar. Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori juga menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya. 3
  • 4. Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986: Creasey, Jarvis,& Berk, 1998) menunjukkan bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Bermain dapat memberikan kanakkanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. PEMBELAJARAN MELALUI PERMAINAN Belajar melalui bermain merupakan jalan alternative kepada pendekatan pengajaran di peringkat sekolah terutamanya peringkat sekolah rendah dan kanak-kanak. Bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seseorang murid itu terutamanya dalam aspek perkembangan daya kreatif, fizikal, bahasa, sosiemosi dan moral. Ini bertetapan dengan konsep JERI iaitu perkembangan berkaitan jasmani, emosi, rohani dan intelek seseorang kanakkanak. Permainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang mampu mengalakkan perkembangan JERI seseorang kanak-kanak, secara tidak langsung ini dapat diaplikasikan melalui perkembangan kognitif mereka, iaitu kesungguhan mereka berfikir bagaimana untuk memenangi dalam menewaskan pihak lawan melalui pelbagai percubaan. Belajar melalui pengalaman sebelumnya secara langsung dan menggunakan kaedah cuba jaya, kanak-kanak akan sedaya upaya merancang strategi baru untuk memenangi perlawanan itu. Perihal ini sangat berkaitan dengan teori pembelajaran Thondike, di mana Thondike menyatakan pembelajaran merupakan poses cuba ralat melalui hukum latihan. Ini di mana, kanak-kanak semasa bermain secara tidak langsung akan menghubungkaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Proses ini akan bertambah kukuh lagi jika latihan dan pengukuhan diaplikasikan bersama sekerap yang mungkin. Melalui permainan congkak ini juga, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi idea kreatif dan daya cipta tanpa had kepada mereka. Ini jelas dapat dihubungkaitkan melalui bermain, seseorang kanak-kanak itu akan berfikir sekaligus mangaktifkan sel-sel neuron dalam otak mereka. Proses ini akan menggalakkan lagi perkembangan jasmani seseorang kanak-kanak itu. 4
  • 5. “Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.” [Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003] Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya. Permainan congkak ini juga turut membantu dari segi perkembangan emosi kanak-kanak, emosi akan terbentuk apabila belajar sambil bermain. Mereka akan sentiasa mengawal emosi mereka semasa mereka bermain. Selain itu, mereka juga akan mencapai kepuasan mereka dan dapat melepaskan tekanan yang dihadapi mereka semasa bermain. Selai mewujudkan pembelajaran yang santai tanpa paksaan, mereka juga berpeluang meningkatkan keyakinan mereka. Ini dapat memberi dorongan dan memotivasi kepada diri mereka. Aspek pembelajaran ini dapat diaplikasikan dengan hokum kesedaiaan oleh Thorndike, di mana beliau berpendapat “ Apabila seseorang bersedia untuk belajar, maka pembelajaran ini dapat diaplikasikan kepuasannya”. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang. Finch & Crunkilton (1984), mengemukakan definisi kurikulum sebagai “ As the sum of the learning activities and experiences that a student has under the auspices or direction of theschool”. Dari definisi tersebut terdapat dua bahagian yang harus diperhatikan, iaitu bahawa fokus utama kurikulum adalah pelajar dan yang kedua bahawa bahagian dari kurikulum tidak hanya mata pelajaran akan tetapi semua aktiviti (olahraga, kelab, kegiatan kokurikulum) memiliki pengaruh yang signifikan untuk pembentukan individu pelajar yang menyeluruh dan untuk mencapai keberkesanan dari kurikulum. 5
  • 6. Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna, kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat. Selain itu, dengan bermain kanak-kanak dapat menghasilkan emosi negatif dan positif. Emosi positif terhasil apabila perasaan gembira dan terhibur mereka tercipta apabila mereka bertemu dengan rakan-rakan. Kesan yang berlaku dalam proses belajar sambil bermain ini juga turut mendatangkan perasaan sedih kepada mereka. Ini terjadi apabila mereka dikalahan oleh pihak lawan semasa perlawanan atau permainan mereka berlangsung. Perasaan kecewa ini akan mencetuskan emosi negatif. Dalam kedua-dua situasi ini, impak yang diberi adalah sama iaitu mereka dapat mendidik diri mereka dengan cara mengawal segala tekanan yang dihadapi mereka dalam memupuk keyakinan diri. Hal ini amatlah berkait dengan teori pelaziman Thorndike, di mana ikatan rangsangan dengan gerakbalas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperoleh kesan yang memuaskan selepas gerak balas dihasilkan. Sebaliknya, gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah khasnya gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok. Banyak teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak, mereka perlu didedahkan tentang kesedaran dan pengurusan kendiri, pencapaian emosi yang positif, kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain, pembinaan kemahiran sosial, dan pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian Dalam prinsip JERI, perkembangan intelek tidak harus dilupakan. Aspek intelek dapat diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan melibatkan proses pengiraan. Semasa bermain, kanak-kanak akan mengira guli yang akan dimasukkan ke dalam kampung dan mengira guli yang berada di dalam rumah. Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. [Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007] 6
  • 7. Selain itu, dengan bermain congkak juga dapat meningkatkan lagi penguasaan khususnya dalam subjek matematik di kalangan kanak-kanak semasa mereka bermain. Sebelum memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu guli iaitu sebanyak 49 biji bagi setiap permain. Semasa proses pengiraan guli dilakukan secara tidak langsung pelajar akan mendapat kemahiran mengira. Secara tidak langsung ini dapat mengembangkan lagi pemikiran logikal matematik seseorang kanak-kanak. Perkembangan dari segi intelek ini amatlah berkai dengan teori pembelajaran Bruner. Di dalam teori ini, Bruner menyatakan yang pembelajaran berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. Bagi memudahkan pemahaman murid, amat penting bagi mereka menimbapengalaman secara memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuhobjek yang hidup. Kanak-kanak juga berkebolehan mengunakan bahan secaragrafik atau mental seperti membuat pengiraan mental. Oleh itu, amatlah terbuka bermain sambil belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanak-kanak itu. Teknik permainan congkak juga turut dapat diaplikasikan dalam pelajaran dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Pemain congkak memerlukan kekuatan otot tangan semasa memainkan permainan ini. Pelajar akan memasukkan biji guli ke dalam lubang kecil dan lubang besar secara berulang kali. Melalui proses berulang kali memasukkan guli ini secara tidak langsung akan dapat menguatkan otot jari dan otot lengan. Permainan congkak ini juga memerlukan pemainnya duduk secara bersimpuh atau bersila. Duduk secara bersimpuh dan bersila ini dapat merengangkan otot kaki dan pinggang bersesuaian dengan pengajaran Pndidikan jasmani yang memerlukan regangan otot-otot untuk kesihatan tubuh badan manusia. PENUTUP Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan „bermain sambil belajar‟. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran. John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan 7
  • 8. proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Kesimpulannya belajar sambil bermain bukan sahaja menceriakan susana pembelajaran bagi kanak-kanak bahkan dapat membentuk sikap peribadi pelajar tersebut. Kanak-kanak yang terdedah dengan pemainan semasa kecil biasanya mempunyai kekuatan, keyakinan diri dalam pembentukan emosi mereka. Kanak-kanak perlu diberi kebebasan secara terkawal dalam memilih permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka agar mereka dapat berinteraksi dengan persekitaran, rakan sebaya dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. 8