1. SEJAUHMANAKAH
PENDIDIKAN ANTI DADAH
BERKESAN?
DPP 403
TUTORIAL 6
NORLINDA BINTI MOHD NAPIS DP/3003/11
NORHISHAM BINTI JAMEL DP/2995/11
NOR HANIFAH HANIS BINTI ABDUL RODZI
DP/2963/11
2. Maksud dadah/jenis dadah
• Dadah ialah apa jua bahan kimia, sama
ada asli @ tiruan, apabila dimasukkan
ke dalam tubuh badan secara disuntik,
dihidu, dihisap @ dimakan boleh
mengubah fungsi tubuh badan
seseorang atau organisasi dari segi
fizikal dan mental (AADK)
• Ubat-ubatan/ bahan (spt ganja,heroin,
marijuana dsb) yang merosakkan atau
membinasakan orang yang
menggunakannya berlanjutan
(merosakkan kesihatan,membawa
maut)- (Kamus Dewan)
3. Penagihan dadah menurut perspektif
pelbagai agama
• Islam-istilah khamar digunakan bagi semua bahan yang
memabukkan atau yang boleh menghilangkan akal fikiran.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
‘setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang
memabukkan adalah haram’- HRM
• Budha-
‘pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri,daya
pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi
kasmani dan rohani’- Anentthava Nikaya
• Kristian-
‘Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk
masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita
dikehandaki memperkembangkan potensi kita sepenuhnya
4. FAKTOR-FAKTOR PELAJAR TERLIBAT
DENGAN DADAH
1. Kerana ingin tahu .
2. Tekanan dari rakan-rakan
supaya mencuba .
3. Kejahilan atau menerima
penerangan yang silap
mengenai bahaya akibat
dari penggunaan dadah .
4. Kurang kemampuan untuk
menghadapi kekecewaan dan
kehampaan .
5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .
5. 6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan (
keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .
7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .
8. Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) .
9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi
kepada dua
kumpulan iaitu :
a) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah
kebendaan.
b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .
6. KESAN-KESAN BURUK DADAH
1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat
mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila
menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran ,
kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian
bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman ,
percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga
dan masyarakat .
7. KESAN-KESAN BURUK DADAH
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng ,
kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini
adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak
dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan
mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana
memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .
8. DASAR DADAH NEGARA
• MATLAMAT
mewujudkan negara malaysia yang bebas dari
ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi
menjamin dan mengekalkan kestabilan dan
kesejahteraan hidup masyarakat
• OBJEKTIF
hapuskan bekalan dadah dan permintaan dadah
-keluarga bebas dadah
-sekolah bebas dadah
-tempat kerja bebas dadah
-kawasan bebas dadah
9. MATLAMAT PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
• Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang
ancaman dadah.
• Pendidikan Pencegahan Dadah boleh :
• a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran
Pendidikan Pencegahan Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dengan dadah.
• b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang
tinggi di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
• c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai
murni di kalangan pelajar.
• d) melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan
masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
• e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid
sekolah daripada terlibat dengan dadah.
10. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)
• Visi
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012
• Misi
Melahirkan murid bebas dadah melalui
Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh
daripada aspek pengurusan dan kepimpinan,
kurikulum, kokurikulum dan pembangunan
sahsiah.
11. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)
• Antara program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah:
-Mesej Pendidikan Pencegahan Dadah
-Ujian Pengesanan Dadah (Urine Test)
-Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
-Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)
-Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah
-Lorong/sudut/bilik PPDa
-Program jangka pendek sekolah : Minggu Sains
-Sahabat PEMADAM
-Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah
-Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah
12. LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN
KEBERKESANAN PENDIDIKAN ANTI DADAH
DI SEKOLAH
• menjadikan pendidikan anti dadah
sebagai salah satu silibus dalam mata
pelajaran di sekolah
• kerjasama dengan pelbagai pihak seperti
pihak polis, PIBG, AADK supaya dapat
memantau aktiviti pelajar di luar sekolah
• mengadakan seminar kepada ibubapa
dalam menangani isu dadah dalam
kalangan pelajar
13. STATISTIK
• Perangkaan sosial terpilih siri 12/2010
penagihan dadah berdasarkan statistik AADK
seramai 126 153 penagih baru di terima
sepanjang tempoh 2000/2008 secara purata
melibatkan 14 017 penagih baru setiap tahun.
• Bagi tempoh 2001−2004, bilangan penagih
dadah baru dikesan melebihi bilangan
penagih berulang, namun pada tahun
berikutnya sehingga 2008 bilangan penagih
berulang menyumbang lebih daripada 50
peratus jumlah penagih dadah di Malaysia.
14. STATISTIK
• AADK (JAN-NOV 2011) golongan belia
merupakan golongan yang paling ramai
terdedah dengan risiko penagihan. Ini dapat
dibuktikan melalui perangkaan majoriti penagih
yang dikesan sepanjang Januari-November 2011
adalah belia iaitu seramai 7,970 orang (77.20%).
Belia yang berumur antara 19-24 tahun
mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu
2,704 orang (26.19%). Manakala bagi golongan
dewasa, sebanyak 1,892 orang (18.33%) dan
remaja seramai 448 orang (4.34%).
17. KESIMPULAN
• PENDIDIKAN ANTI DADAH KURANG BERKESAN KERANA
-MASIH WUJUD PENINGKATAN
DALAM JUMLAH PENAGIHAN
DALAM KALANGAN REMAJA
- PENINGKATAN PENAGIH DADAH BERULANG ATAU
RELAPS
-Penghuni Remaja Di PUSPEN
Seramai 48 orang penagih remaja yang berumur antara 13-18 tahun
menjalani proses rawatan dan pemulihan di PUSPEN seluruh negara
sepanjang November 2011. Penghuni berbangsa Melayu merupakan
penghuni remaja yang paling ramai iaitu sebanyak 28 orang (58.33%),
Cina 4 orang (8.33%), Sabah/Sarawak seramai 9 orang (18.75%) dan
lain-lain 7 orang (14.58%)