SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 30
1
PENGENALAN
Epilepsi, adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan dalam bahagian otak
yang berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan yang boleh menyebabkan
seseorang penghidap sawan tidak akan sedarkan diri dalam satu jangka masa
bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang dihadapi.
Epilepsi ialah istilah umum mengenai keberangkalian untuk mengalami sawan
(seizure), yang biasanya didiagnos apabila seseorang itu mengalaminya lebih dari
sekali.
Apabila dikenalpasti, punca epilepsi biasanya melibatkan beberapa bentuk
kecederaan dalam otak. Namun bagi kebanyakan orang, puncanya tidak dapat
diketahui.
Menurut kamus Merriam-Webster 6, epilepsi didefinisikan sebagai mana-mana
jenis gangguan elektrik yang keluar secara tidak normal dalam otak dan episod tiba-
tiba yang sekejap atau kehilangan tahap kesedaran, pergerakan tidak terkawal atau
sawan.
Seizure atau sawan pula adalah sejenis penyakit serangan mengejut yang
mengakibatkan fizikal seperti sawan, gangguan deria atau kehilangan kesedaran yang
berpunca daripada penghasilan cas elektrik berlebihan dalam otak (epilepsi).
Convulsion atau juga sawan adalah ketidaknormalan ngeri dan pengecutan otot
tidak terkawal bersiri.
Epilepsi juga dikatakan berlaku akibat cetusan elektrik berlebihan di sebahagian
atau keseluruhan otak. Kanak-kanak yang mengalami epilepsi akan mengeluarkan
bunyi yang agak kuat, hilang kesedaran dan rebah. Manakala mata pula akan celik ke
atas, otot-otot menjadi tegang dan meraka akan mengalami kancing gigi.
2
Selepas 20-30 saat, kedua-dua kaki dan tangan akan bergerak dengan pantas
dalam tempoh 30 saat hingga satu minit. Pesakit tidak dapat mengawal saluran
kencing, lidah mungkin akan tergigit dan mulut akan berbuih. Pesakit akan pengsan
buat beberapa ketika.
Pesakit epilepsi yang kurang kronik biasanya akan hilang kesedaran dengan
seolah-olah termenung dalam beberapa saat, tetapi tidak rebah. Mata akan berkelip-
kelip dan mata hitam naik ke atas. Biasanya ia menyerang kanak-kanak berusia 10
tahun ke atas.
Biasanya serangan sawan yeng terjadi boleh menyebabkan penderitaan yang
serius dan melibatkan semua peringkat umur manusia tidak kira kanak-kanak atau
orang dewasa.
Ringkasnya, epilepsi adalah keadaan yang melibatkan otak dan menyebabkan
sawan akan berulang. Selepas seseorang itu mengalami serangan sawan, seseorang
itu akan keletihan dan tidak mampu mengingati apa yang telah terjadi kepada dirinya.
Secara puratanya, kadar kekerapan berlakunya serangan sawan adalah
bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang mereka hadapi. Biasanya,
jangkaan berlakunya serangan sawan epilepsi dalam kalangan kanak-kanak adalah
selama 10-20 minit dan yang paling cepat boleh terjadi adalah selama 30 saat.
3
Jenis Sawan Epilepsi dan Simptom-Simptomnya
Berdasarkan jenis tindakan dan aktiviti otak, sawan boleh diklasifikan kepada dua
kategori iaitu sawan umum dan sawan sebahagian (juga dikenali sebagai setempat
atau tertumpu). Pengkelasan ini membantu para doktor mendiagnos sama ada pesakit
menghadapi epilepsi atau tidak.
Sawan umum terhasil akibat impulse elektrik yang berada dalam otak, manakala sawan
sebahagian terhasil daripada (sekurang- kurangnya pada mulanya) impulse elektrik
pada suatu bahagian kecil dalam otak. .Bahagian otak yang menjana sawan tersebut
kadang-kala disebut sebagai sawan setempat/tertumpu. Jenis sawan biasa adalah
seperti berikut.:
SAWAN UMUM
(terhasil pada keseluruhan otak)
SIMPTOM
1. ‘’Grand mal’’ atau sawan tonic-
clonic
Tidak sedarkan diri, sawan, otot kaku
2. Absence Tidak sedarkan diri sebentar
3. Myoclonic
Sporadic (terasing, sekali-sekala),
pergerakan tersentak
4. Clonic Berulang, pergerakan tersentak
5. Tonic Otot mengeras, kaku
6. Atonic Kehilangan tona otot
SAWAN UMUM
Terdapat enam jenis sawan umum. Yang paling biasa adalah berdrama, paling mudah
dikenali, iaitu sawan umum, juga dikenali sebagai sawan grand-mal. Sawan jenis ini
menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri dan selalunya rebah, diikuti dengan badan
4
mengeras keseluruhannya (dikenali sebagai fasa sawan tonic) untuk 30-60 saat, diikuti
pula dengan sentakan kasar (fasa clonic) untuk 30 ke 60 saat. Semasa sawan ini,
kecederaan boleh berlaku seperti tergigit lidah dan tidak mampu mengawal
pembuangan air kencing.
SAWAN ABSENCE
Menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri untuk jangka masa sekejap (hanya beberapa
saat) dengan sedikit atau tanpa simptom. Pesakit yang kebiasaannya kanak-kanak
biasanya terganggu aktivitinya dan pandangan mengosong. Sawan ini bermula dan
berakhir secara tiba-tiba dan boleh berlaku beberapa kali sehari. Pesakit biasanya tidak
perasan mengalami sawan, kecuali jika mereka perasan ‘kehilangan masa’.
SAWAN MYOCLONIC
Terdiri daripada sentakan berulang kali, biasanya pada kedua-dua belah badan. Pesakit
kadang-kadang menyangkakan hanya sekadar kejutan elektrik ringkas. Jika ia menjadi
kasar, pesakit akan membaling objek secara tidak terkawal.
SAWAN CLONIC
Sawan ini jenis berulang, sentakan berirama yang melibatkan kedua-dua bahagian
badan pada masa yang sama.
SAWAN TONIC
Mengalami pengerasan otot.
SAWAN ATONIC
Terdiri daripada kehilangan tona otot secara umumnya dan secara tiba-tiba,
terutamanya di lengan dan kaki, biasanya akan menyebabkan jatuh.
5
Jenis Sawan Epilepsi Sebahagian Dan Simptom
Sawan sebahagian
(terhasil pada bahagian
kecil dalam otak)
Simptom
1) Ringkas (masih
mampu mengawal
sedar)
a) Motor Ringkas
b) Deria Ringkas
c) Pemikiran
Ringkas
a) Sentak, otot kaku, kepala terpusing, kejang
b) Sensasi luar biasa yang melibatkan penglihatan,
pendengaran atau sentuhan
c) Gangguan memori atau emosi
2) Kompleks
(kerosakan
kesedaran)
Mengecap-ngecap bibir, mengunyah, gelisah, berjalan
atau melakukan apa-apa perbuatan berulang, pergerakan
tidak terkawal.
3) Sawan sebahagian
dengan sekunder
menyeluruh
(secondary
generalization)
Bermula dengan biasanya bercampur dengan kesedaran
yang mengembang kemudian hilang sedar dan terus
sawan.
6
SAWAN
SEBAHAGIAN
RINGKAS
MOTOR
Melibatkan pergerakan
seperti hentakan dan
mengeras
AUTONOMIK
melibatkan sistem saraf
autonomik (ANS) yang
mengawal jantung, usus,
perut dan kencing.
SENSORI
simptomnya melibatkan
sensasi luar biasa yang
melibatkan kelima-lima deria
atau auras
PSIKOLOGI
simptomnya adalah melibatkan
memori (sensasi deja-vu),
emosi (seperti takut dan
gembira) dan lain-lain
fenomena psikologi.
UMUM
SEKUNDER
KOMPLEKS
Simptom autonomik yang paling biasa dialami adalah
sensasi peculiar (bunyi retak akibat masalah paru-paru)
dalam perut yang dialami oleh penghidap masalah epilepsi
lobus temporal.
Contoh simptom: denyutan jantung laju, sakit perut, cirit-
birit, tidak dapat mengawal pembuangangan air kecil
Berdasarkan definisi, ia
melibatkan kerosakan
kesedaran. Semasa
sawan, pesakit akan
kelihatan seperti
merenung kosong.
Sesetengah simptom
kompleksnya dikenali
sebagai automatisma
yang melibatkan
perbuatan tidak terkawal
mereka seperti
mengecap bibir,
mengunyah dan berjalan
kelihatan berulang dan
tiada tujuan.
Bermula dengan sawan
tertumpu dan membawa
kepada sawan menyeluruh
(grand mal). Kebanyakan
pesakit yang menghidap
sawan sebahagian akan
mengalami ketiga-tiga jenis
sawan ini.
Hanya dua pertiga dari
penghidap epilepsi
sebahagian sawannya dapat
dikawal oleh ubat-ubatan.
Sawan sebahagian yang
tidak boleh dirawat dengan
ubat boleh dirawat dengan
pembedahan.
7
DIAGNOSIS DAN UJIAN PENGENALPASTIAN
 Ujian EEG Epilepsi
Ujian ini menjejak isyarat elektrik dari otak
 Ujian darah dan Epilepsi
Terdapat banyak ujian darah yang disarankan untuk mengesan epilepsi bagi
merawatnya.
 Ujian PET dan Epilepsi
Ujian Positron Emission Tomography (PET) boleh digunakan bagi menjejak
lokasi sasaran sawan dalam otak.
 Epilepsi dan Spinal Tap
Juga dikenali sebagai tebukan lumbar. Ia adalah satu prosedur yang mana
cecair yang mengelilingi tulang belakang (yang juga dikenali sebagai CSF)
dialirkeluar menerusi jarum dan diuji dalam makmal.
LANGKAH PENCEGAHAN
Nota: jika mengalami gangguan sawan, jangan memandu, mengendalikan mesin,
berenang, menaiki tangga atau terlibat dalam sebarang aktiviti berbahaya sehingga
disahkan bebas daripadanya secara spesifik oleh doktor.
Banyak kes sawan termasuklah dalam bentuk epilepsy tidak boleh dicegah. Namun
kecederaan kepala adalah punca biasa bagi sawan dan epilepsi yang boleh dielak.
Untuk mengelakkan kecederaan kepala:
 Pakai tali pinggang keselamatan semasa menaiki kenderaan. Gunakan kerusi
bayi atau kanak-kanak pada mereka.
 Jangan minum alkohol atau sebarang dadah semasa atau sebelum bersukan
(seperti bermain bola sepak, menunggang motosikal, menunggang kuda atau
berbasikal) atau mengendalikan automobil atau peralatan lain.
8
 Pakai topi keledar dan pakaian keselamatan sama ada ketika berbasikal,
menunggang motosikal, bermain papan luncur, berkayak, menunggang kuda,
bermain papan luncur salji atau mendaki bukit batu.
 Guna topi yang keras jika berada di kawasan industri atau tapak pembinaan.
 Jangan menyelam ke tempat yang dalam atau air yang tidak biasa.
 Elakkan situasi yang boleh menyebabkan jatuh di rumah dengan menjauhkan
sebarang kemungkinan penyebabnya.
PANDUAN JIKA MENGALAMI GANGGUAN SAWAN
 Jangan memandu, mengendalikan mesin besar, berenang, mendaki tangga
atau terlibat dalam aktiviti bahaya sehingga disahkan bebas daripadanya oleh
doktor.
 Pastikan mengikuti pelan rawatan dengan mengambil ubat pada dos yang
dibenarkan. Menukar ubat, menghentikan pengambilan ubat atau mengambil
ubat pada kuantiti yang salah boleh menyumbang kepada sawan.
 Elakkan aktiviti yang boleh menjurus kepada sawan seperti bermain
pemainan video yang mengandungi cahaya terang atau berkelip-kelip.
Dalam kes yang jarang, cahaya-cahaya tersebut dan bentuk geometrik
permainan video boleh menggalakkan berlakunya sawan dalam kalangan
kanak-kanak.
9
PATOFISIOLOGI
Kajian terbaharu mengenai epileptogenesis dan patofisiologi untuk epilepsi
menunjukkan bahawa kecacatan gen telah dikenal pasti bagi keempat-empat jenis
epilepsy monogenic (epilepsi umum dengan sawan selesema, sawan autosomal
dominan nokturnal lobus depan, sawan neonatal benigna keturunan, sawan tertumpu
jenis 1 ataxia berepisod) akibat mutasi saluran ion.
Walaupun sindrom epilepsi ini berbeza patofisiologinya, ciri-ciri iktogenesis biasa
yang dikaitkan seperti peningkatan perembesan neuron dan keselarasannya adalah
sama seperti mekanisma yang terlibat dalam peralihan interektal.
Kemunculan pemahaman tentang perubahan fungsi sinaptik dan ciri-ciri sejati
neuron adalah sama seperti mekanisma yang mendasari keterlebihan perembesan
(hyperexcitability).
Kajian ini juga menunjukkan mekanisma kimia-neuron. Ketidakseimbangan
antara glutamate dan sistem peralihan neuron (neurotransmitter) asid gamma-
aminobutyric boleh membawa kepada keterlebihan perembesan, tetapi sistem peralihan
neuron catecholaminergic dan opiod peptide memainkan peranan dalam
epileptogenesis juga.
Terbaharu mengenai kajian menyeluruh mengenai ubat epilepsi dan ramalan
mekanisma tindakannya adalah gambaran tentang epileptogenesis kimia neuron.
Kebanyakan ubat anti epilepsi menunjukkan ciri-cirinya hanya melalui beberapa
mekanisma kimia-neuron yang mana mekanisma patofisiologi asasnya dijangka boleh
menyebabkan sawan.
10
FAKTOR RISIKO
Secara umumya, punca sebenar epilepsi masih belum diketahui secara jelas dan
terperinci.
Antara punca-punca epilepsi ialah:
 Kekurangan oksigen atau pendarahan dalam otak sewaktu kelahiran.
 Penyakit keturunan atau genetik seperti tuberos sclerosis.
 Akibat komplikasi selepas strok.
 Ketumbuhan di bahagian otak, saluran darah luar biasa atau kecacatan saluran
darah dibahagian otak.
 Kerosakan bahagian otak akibat jangkitan kuman, parasit, alkohol atau bahan
toksik, kecederaan parah di bahagian otak.
 Kecederaan teruk di bahagian otak.
 Jangkitan kuman dalam otak.
 Paras gula dalam darah atau garam sodium yang tidak normal
Punca lain epilepsi ialah:
 Faktor biasa kecederaan di kepala, faktor genetik dan penyakit tumor otak.
 Tertinggal dos ubatan
 Kekurangan tidur
 Faktor orang dewasa ialah penyalahgunaan alkohol, jangkitan kuman, terdedah
kepada bahan kimia dan penyakit kerosakan otak.
 Penggunaan cocaine atau mana-mana dadah seperti ecstacy.
 Faktor bagi kanak-kanak ialah deman yang kuat, kecacatan sewaktu lahir,
keracunan, kecederaan di kepala dan suntikan vaksin-sawan
 Interaksi ubat lain yang mengganggu ubatan sawan (seizure)
11
TANDA DAN SIMPTOM
Ciri-ciri fizikal:
-Serangan sawan adalah pada bahagian fizikal pesakit, rebah, kaku, kejang, tidak
sedarkan diri, pernafasan tidak teratur, air liur berbuih dan tidak mampu mengawal
pembuangan air kecil dan besar,
Ciri-ciri tingkah laku:
-Mereka hanya mempamerkan sikap atau tindakan yang luar biasa setelah diserang
sawan.
Ciri-ciri sosial:
-Sukar berkawan dengan rakan sebaya mereka, menghadapi masalah kemurungan.
Ciri-ciri kognitif
-Pesakit tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengikuti
persekolahan seperti kanak-kanak biasa yang lain.
Ciri-ciri motor:
-Pesakit berada dalam keadaan binggung, mengulangi perbuatan yang sama, tidak
dapat bersukan dan melakukan aktiviti berat.
Banyak kelakuan berulang yang berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sawan,
mungkin ia adalah masalah saraf yang lain. Justeru, perlu untuk doktor mengesahkan
masalah yang dihidapi.
12
 Sawan umum: semua bahagian otak (korteks) terlibat. Kadang-kadang dirujuk
sebagai sawan grand mal.
Pesakit akan menangis atau membuat beberapa bunyi, mengeras
untuk beberapa minit dan kemudiannya mengalami pergerakan
lengan dan kaki berirama. Kebiasaannya perlakuan ini semakin
perlahan sebelum berhenti.
Mata kebiasaannya terbuka.
Pesakit mungkin tidak dapat bernafas dan menjadi pucat. Diikuti
dengan nafas yang mendalam dan nafas berbunyi.
Kembali sedar secara beransur-ansur. Pesakit mungkin pening dan
diam untuk beberapa minit ke jam.
Tidak dapat mengawal pembuangan air kencing adalah normal.
Pesakit akan kerap pening selepas sawan umum ini.
 Sawan tertumpu atau sebahagian (partial or focal seizure): hanya sebahagian
otak sahaja terlibat, jadi sebahagian badan sahaja terkesan. Bergantung kepada
bahagian otak yang mengalami ketidaknormalan aktiviti elektrik, simptomnya
mungkin berbeza.
Jika bahagian otak yang mengawal pergerakan tangan yang
terlibat, maka hanya tangan sahaja yang menunjukkan pergerakan
berirama atau terhentak-hentak.
Jika bahagian lain dalam otak yang terlibat, simptomnya melibatkan
sensasi aneh seperti rasa kenyang atau pergerakan mengambil
barang berulang kali atau kecapan bibir berbunyi.
Kadang-kala, pesakit yang mengalami sawan sebahagian mungkin
akan pening atau bingung. Ini menunjukkan sawan sebahagian
yang kompleks. Ini digunakan doktor untuk menerangkan tentang
pesakit yang peka sepenuhnya dan tidak sedar.
13
 Sawan petit mal (absence seizures or petit mal): ini adalah jenis sawan yang
paling biasa dalam kalangan kanak-kanak.
Kehilangan atau kerosakan tahap kesedaran dan sering kelihatan
pening.
Berkelip mata berulang kali atau pergerakan kecil yang berulang
akan kelihatan.
Kebiasaannya sawan jenis ini adalah ringkas atau singkat, terjadi
hanya untuk beberapa saat. Sesetengah orang mungkin akan
mengalaminya beberapa kali dalam sehari.
Mereka perlu mendapatkan pertolongan segera jika:
Mengalami sawan untuk kali pertama
Berhenti pernafasannya melebihi 30 saat
Sawannya melebihi 3 minit
Mengalami lebih dari satu sawan dalam tempoh 24 jam
Sawan yang disertai tanda-tanda lumpuh seperti lemah secara tiba-tiba, kebas,
tidak mampu bergerak, perubahan pada pandangan, percakapan tergagap atau
keliru
Sawan yang disertai tanda-tanda penyakit serius seperti demam, sakit kepala
yang teruk, leher mengeras, masalah pernafasan atau ruam yang tidak mampu
terucap.
Sawan yang diikuti kecederaan kepala
Mereka yang sawan selepas mengambil dadah terlarang atau minum terlalu
banyak alkohol
Wanita hamil yang mengalami sawan
Penghidap diabetes yang mengalami sawan
14
RAWATAN
 RAWATAN FARMAKOLOGI
Pada abad ke 18 dan 19, Hippocrates telah memperkenalkan ubat antileptik (Ubat
epilepsi) pertama yang dikenali sebagai Bromid yang telah digunakan di seluruh dunia.
Menurut Hans Berger (Jerman) 1920-an telah mencipta elektroensefalograf (EEG) bagi
merekod kehadiran pelepasan elektrik didalam otak, yang telah memungkinkan
pembedahan dilakukan tiga dekad kemudian.
Ujian DNA akan dibuat melalui pengambilan sampel rambut, air liur, darah dan air
kencing untuk tujuan rekod penyakit dalam tubuh. Ubat yang sesuai akan
diformulasikan bagi tujuan rawatan membaiki kerosakan DNA dan dapat menstabilkan
aliran elektrik dalam otak. Perubatan ini mampu menguatkan sistem imun dan antibodi
pesakit.
Sesetengah klinik akan melakukan Life Auto Nosode menggunakan peralatan elektronik
yang dikenali sebagai OPAM Machine yang bertujuan untuk memancarkan gelombang
penawar elektromagnetik secara langsung kepada tubuh pesakit supaya sistem saraf
pusat (CNS) dapat diaktifkan dan berfungsi dengan baik.
Rawatan susulan selama 6 bulan hingga setahun biasanya dikehendaki diikuti supaya
DNA tubuh pesakit benar-benar pulih dari kerosakan.
RAWATAN DAN PENJAGAAN
Ubatan epilepsy adalah untuk mengawal sawan epilepsy. Namun prosedur
pembedahan adalah dimensi yang lain dalam rawatan.
15
Rawatan epilepsi adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap keterukan
sawan dan umur pesakit, tahap kesihatan secara keseluruhan dan rekod sejarah
perubatan.
Tiada yang dapat menyembuhkan epilepsi, namun ubat-ubatan yang dibekalkan dapat
mengurangkan simptom-simptomnya.
Diet Ketogenik merupakan kaedah paling tua dalam merawat epilepsi dan membantu
mengurangkan sawan.
Peransang Saraf Vagus adalah sejenis kaedah pembedahan bagi epilepsi.
Reseksi Lobus Temporal merupakan pembedahan yang dijalankan di otak untuk
mengawal sawan. Tisu otak pada bahagian temporal direksi atau digunting untuk
membuang sawan tertumpu.
Lesionektomi merupakan pilihan untuk penghidap epilepsi yang berkait dengan luka
yang ditentukan dan sawannya tidak dapat dikawal dengan ubat.
Fungsi Hemisferekromi adalah prosedur yang digunakan secara umum untuk mereka
yang tiada perubahan setelah mengambil pelbagai ubat yang berbeza dan mereka yang
sawannya tidak terkawal dan teruk.
Korpus Kallostomi atau pembedahan terbalikkan otak yang mungkin akan dijalankan
untuk mereka yang sawannya teruk dan tidak dapat dikawal, yang mana apabila sawan,
kedua-dua bahagian otak terlibat.
Reseksi Ekstratemporal Kortikal adalah pembedahan untuk mereksi dengan
membuang tisu otak yang bahagaiannya itu mengandungi sawan tertumpu.
Rawatan ubat untuk keperluan tremor adalah kaedah yang digunakan bagi mereka
yang mengalami tremor untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam aktiviti seperti
minum air dari cawan atau menggunakan peralatan.
16
Ubat Epilepsi untuk merawat sawan (seizure)
 Panduan ubat epilepsy
Ubat yang digunakan berupaya mengawal sawan bagi 70% pesakit yang
menghidap epilepsi. Walaupun ia tidak dapat menyembuhkannya, kebanyakan
pesakit perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan ini.
 Diagnosis yang tepat mengenai jenis epilepsi (bukan sahaja untuk jenis sawan
kerana kebanyakan sawan berlaku atas epilepsi yang berbeza) adalah penting
bagi memastikan rawatan yang terbaik diberikan. Jenis ubat yang diberikan
adalah bergantung kepada beberapa faktor khusus untuk pesakit berbeza,
supaya kesan sampingan dan penyakit lain boleh dielak, dan agar kaedah
penyaluran ubat adalah boleh diterima dengan baik.
Berikut adalah senarai jenama ubat yang digunakan terbaharu bagi merawat
epilepsi. Doktor akan menyarankan jenama untuk ubat antisawan dan bukan
sekadar menggantikan nama umumnya. Beritahu doktor anda mengenai hal
yang penting ini.
Brivaracetam (Briviact)
o Baru diterima pada 2016 dan digunakan untuk rawatan tambahan
bagi ubat-ubatan lain bagi merawat sawan mengejut sebahagian
(partial onset seizures) untuk pesakit minimum 16 tahun dan ke
atas.
o Kesan sampingan yang mungkin boleh dialami adalah seperti
pening, mengantuk, letih, loya dan muntah.
17
Carbamazepine (Carbatrol atau Tegretol)
o Pilihan utama untuk sawan sebahagian, umum tonic-clonic dan
sawan campuran.
o Kesan sampingan biasa termasuklah letih, perubahan penglihatan,
loya, muntah dan ruam.
Diazepam (Valium), Lorazepam (Ativan) dan tranquilizer yang sama
seperti Clonazepam (Klonopin)
o Berkesan untuk semua jenis rawatan jangka masa pendek, selalu
digunakan di bilik kecemasan untuk menghentikan sawan biasanya
berstatus epilepticus (sawan tunggal yang lama atau sawan bersiri
tanpa diganggu oleh sembuh sedar secara penuh)
o Ketidakberkesanannya berlaku selepas beberapa minggu, dos
yang sama berkurang keberkesananya dari masa ke masa.
o Valium juga boleh diberikan sebagai supositori rektum.
o Kesan sampingan termasuklah penat, tidak mampu berjalan
dengan baik, loya, tertekan dan kurang selera makan. Bagi kanak-
kanak, boleh menyebabkan berlakunya lelehan air liur (drooling)
dan hiperaktif.
18
Valium:
Loratadine, Ativan, Klonopin:
Eslicarbazepine (Aptiom)
o Ubat untuk kegunaan sekali sehari ini digunakan secara tunggal
atau dikombinasikan dengan mana-mana ubat anti-sawan yang lain
bagi merawat sawan mengejut sebahagian.
o Kesan sampingan biasa adalah temasuklah pening, loya, sakit
kepala, muntah, letih, ataxia (tidak mampu mengawal pergerakan
otot, sejenis gangguan saraf), vertigo (gayat), pandangan kabur,
tremor (terketar).
Aptiom:
Ethosuximide (Zarontin)
o Digunakan untuk merawat absence seizure
19
*sawan umum yang melibatkan hilang kesedaran, biasanya
pandangan kosong, mula dan berakhir secara tiba-tiba, tidak
mampu mengingati apa-apa, sejenis epilepsi ringan, dikenali juga
sebagai petit mal
o Kesan sampingan termasuklah loya, muntah, kurang selera makan
dan hilang berat badan
Felbamate (Felbatol)
o Merawat sawan sebahagian sahaja dan beberapa serta sawan
umum dalam Sindrom Lennox-Gastaut, yang mana jarang
digunakan dan hanya akan digunakan apabila tiada ubat yang
efektif tersedia.
o Kesan sampingan termasuklah hilang selera makan, kurang berat
badan, kurang keupayaan untuk tidur, sakit kepala dan tertekan.
Walaupun jarang, ia boleh menyebabkan kegagalan sumsum
tulang atau kegagalan hati. Jadi, penggunaan ubat ini adalah
terhad dan pesakit yang mengambil ubat ini mestilah dipantau
kiraan sel darah dan ujian hati dengan kerap sepanjang terapi ini
berjalan.
Lacosamide (Vimpat)
20
o Ubat ini diyakini mampu merawat sawan sebahagian mengejut (onset-
partial seizure) dalam kalangan orang dewasa yang mengalami
sawan.
o VIMPAT boleh digunakan secara bersendirian ataupun dengan ubat
lain.
o Ubat ini hadir dalam bentuk tablet, cecair oral atau suntikan.
o Kesan sampingan termasuklah pening, sakit kepala dan loya.
Lamotrigine (Lamictal)
o Merawat sawan sebahagian dan sawan umum serta sawan
campuran.
o Kesan sampingan yang kurang, namun jarang peaskit melaporkan
pening, insomnia atau ruam.
Levetiracetam (Keppra)
o Ia adalah kombinasi dengan ubat sawan yang lain untuk
mearwat sawan sebahagian, sawan umum primer dan
sawan myoclonic (seperti sentakan otot mengejut).
o Kesan sampingan termasuklah keletihan, lemah dan
perubahan tingkah laku
21
.
Oxcarbazepine (Oxtellar XR, Trileptal)
o Digunakan untuk merawat sawan sebahagian, digunakan sekali
sehari sendirian atau dengan kombinasi ubat yang lain bagi
mengawal sawan.
o Kesan sampingan biasa termasuklah pening, mudah mengantuk,
sakit kepala, muntah, penglihatan menjadi dua dan masalah
mengimbangkan badan.
Parampanel (Fycompa)
o Ubat yang terbukti dalam merawat sawan sebahagian yang
mengejut dan sawan tonic-clonic untuk mereka yang berumur
sekurang-kurangnya 12 tahun.
o Labelnya memberi amaran tentang perkara serius termasuklah
marah, mudah menyerang (aggression), cemas, paranoia, mood
euphoria (ghairah), perubahan status mental, iritabiliti (mudah
marah), paranoia (hilang kepercayaan terhadap orang lain akibat
masalah saraf) dan mudah menghasut (agitation).
22
Phenobarbitol
o Ubat paling tua yang masih digunakan hingga sekarang untuk
merawat kebanyakan jenis sawan dan keberkesanannya diyakini
dan kos rendah.
o Kesan sampingan boleh menyebabkan mudah mengantuk dan
peubahan pada tindakan.
Phenytoin (Dilantin)
o Mengawal sawan sebahagian dan sawan tonic-clonic, diberikan
melalui vena di hospital dengan cepat untuk mengawal sawan yang
aktif, boleh juga diberikan secara intravena, yang biasa digunakan
adalah fosphenytoin (Cerebyx).
o Kesan sampingan termasuklah pening, letih, pertuturan gagap,
jerawat, gusi menebal dan peningkatan rambut (hirsutisma). Boleh
menyebabkan tulang semakin menipis jika diambil dalam tempoh
yang lama.
Pregabalin (Lyrica)
23
o Digunakan dengan ubat epilepsi yang lain untuk merawat sawan
sebahagian, tetapi lebih kerap digunakan bagi merawat sakit saraf.
o Kesan sampingan termasuklah pening, mudah mengantuk
(somnolence), mulut menjadi kering, peripheral edema, pandangan
menjadi kabur, berat badan meningkat dan kesukaran untuk fokus.
Tiagabine (Gabitril)
o Digunakan dengan ubat epilepsi yang lain untuk merawat sawan
sebahagian dengan atau tanpa sawan umum.
o Kesan sampingan biasa termasuklah pening, letih, lemah, cemas
mudah marah dan keliru.
Topiramate (Topamax)
o Digunakan untuk merawat sawan sebahagian atau sawan umum tonic-
clonic dan absence seizures.
o Kesan sampingan termasuklah mudah mengantuk, pening, masalah
pertuturan, gementar, masalah memori, masalah penglihatan dan
berat berkurangan.
24
Valproate, Valproic Acid (Depakena, Depakote)
o Untuk merawat sawan sebahagian, absence dan sawan umum
tonic-clonic.
o Kesan sampingan biasa termasuklah pening, loya, loya, muntah,
terketar-ketar, keguguran rambut, berat badan meningkat, tekanan
bagi orang dewasa, mudah marah bagi kanak-kanak, kurang
perhatian dan lambat berfikir.
o Boleh menyababkan tulang menipis, buku lali bengkak, haid tidak
teratur jika diambil dalam jangka masa panjang.
o Kehilangan suara, kerosakan hati, pengurangan platelet (sel
pembekuan) dan masalah pankreas boleh berlaku dalam kes yang
jarang dan berbahaya.
Zonisamide (Zonegran )
o Digunakan dengan ubat yang lain bagi merawat sawan
sebahagian, sawan umum dan sawan myoclonic.
o Kesan sampingan termasuklah mengantuk, pening, batu karang,
tidak selesa perut, sakit kepala, lenggang aneh dan ruam.
GARIS PANDUAN UBAT EPILEPSI
25
Ia mengambil beberapa bulan sebelum ubat terbaik serta dosejnya ditentukan untuk
seseorang pesakit itu. Semasa jangka masa pengubahsuaian itu, pesakit akan sentiasa
dikawal oleh ujian darah yang kerap untuk mengukur tindak balas terhadap ubat.
Adalah sangat penting untuk mengikuti temu janji dengan doktor dan makmal untuk
mengurangkan risiko kesan sampingan yang serius dan untuk mengelakkan sebarang
komplikasi.
Sawan yang terus berlaku meskipun dalam tempoh rawatan epilepsi tersebut adalah
disebabkan oleh episod sawan yang bukan epilepsi. Dalam kes tertentu, pesakit perlu
menerima pilihan pakar untuk menjalani Video Pengawalan EEG supaya diagnosis
boleh dinilai.
Di pusat-pusat pakar, dalam 15% ke 20% pesakit yang dirujuk akibat sawan
berpanjangan akhirnya terbukti mengalami keadaan bukan epileptik.
 RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI
 Diet pemakanan khas
 Ransangan saraf vegas
 Invervensi dari segi pendidikan
 Biofeedback atau suapbalik semulajadi adalah kaedah yang menggunakan
pengenduran atau bertenang (relaxation) atau pengimejan untuk merubah
fungsi badan seperti penafasan, kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
Pelatih Biofeedback akan mengukur fungsi-fungsi menggunakan elektrod dan
monitor. Dia akan menerangkan situasi penuh tekanan kemudiannya
mengajar pelbagai teknik untuk relaks.
Pesakit boleh melihat sendiri perbezaan antara situasi tertekan dan tenang
seterusnya menggunakan teknik-teknik yang diajar untuk lebih tenang dan
dapat mengawal fungsi badan.
Teknik ini menunjukkan bahawa mereka mengalami tekanan darah tinggi,
migraine, sakit kepala dan sakit dapat dibantu. Para pengkaji telah menyiasat
26
sama ada kaedah ini dapat mengawal sawan, tetapi keputusannya tidaklah
menggalakkan. Bagaimanapun, pesakit yang mengalami cemas dan sering
berdepan dengan situasi tekanan akan mendapat manfaat hasil dari terapi ini,
sebagai ubatan sawan juga.
 Melatonin adalah sejenis hormon yang terhasil di kelenjar pineal dalam otak.
Melanin bertindak sebagai agen anti-penuaan, sebagai pembantu tidur, dan
sebagai anti-oksidan (bahan yang melindungi dari radikal bebas-iaitu molekul
yang boleh merosakkan badan).
Kajian menunjukkan bahawa kaedah ini bukanlah penyelesaian akhir.
Namun untuk epileptik, satu kajian menunjukkan bahawa melatonin dapat
mengurangkan kejadian epilepsi dalam kalangan kanak-kanak, manakala
kajian lain pula mendapati bahawa melatonin meningkatkan risiko sawan.
Setakat ini, dipercayai bahawa melatonin tidak dikaitakan untuk mengelakkan
sawan.
 Vitamin. Walaupun vitamin diperlukan untuk menjaga kesihatan dengan baik,
dos vitamin yang diambil dalam kadar yang tinggi tidak meningkatkan
simptom epilepsi dan mungkin akan berbahaya. Sumber vitamin sewajarnya
diperoleh terus dari makanan dengan mengamalkan diet yang seimbang. Jika
perlu, makanan tambahan vitamin seperti asid folik boleh dipertimbangkan
bagi mereka yang kehilangan vitamin tersebut akibat pengambilan ubat-
ubatan.
Mereka yang mengalami epilepsi dan mengambil ubat-ubatan sawan
memerlukan kalsium dan vitamin D untuk memastikan tulang sentiasa sihat.
Bagaimanapun, perlu untuk memeriksa dengan doktor terlebih dahulu
sebelum mengambil vitamin atau makanan tambahan. Wanita yang
mengandung juga perlu asid folik yang cukup untuk mengelakkan kelahiran
yang cacat.
RAWATAN DARI RUMAH UNTUK SAWAN
27
Semasa sawan
 Lindungi mangsa dari kecederaan
 Elakkan mangsa jatuh sebaik mungkin. Cuba untuk baringkannya dengan
berhati-hati atas lantai
 Cuba untuk pindahkan segala perabot atau apa-apa objek yang mungkin boleh
mencederakan mangsa
 Jika mangsa terjatuh atas tanah apabila tiba, cuba baringkan mangsa ke sisi
supaya cecair boleh keluar dari mulutnya. Berhati-hati supaya tidak mengenakan
tekanan ke atas mangsa
 Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut mangsa seperti jari kerana boleh
mengakibatkan kecederaan pada gigi atau rahangnya boleh patah. Jari juga
boleh tergigit.
 Jangan gerakkan mangsa atau menahannya. Ini boleh menyebabkan
kecederaan seperti bahu lari.
 Tumpukan perhatian terhadap apa yang berlaku terhadap mangsa supaya boleh
membentangkan kepada doktor atau penyelamat., seperti:
Bagaimana badannya bergerak?
Berapa lama tempohnya?
Bagaimana tingkah laku mangsa sebelum kejadian?
Bagaimana mangsa bertindak segera selepas sawan tersebut?
Adakah mangsa mengalami kecederaan?
Selepas sawan
 Periksa sebarang kecederan
 Jika tidak mampu mengalih mangsa ke sisi ketika sawan sedang berlaku,
lakukan sedemikian setelah sawan berakhir supaya mangsa lebih tenang
 Jika mangsa mengalami masalah pernafasan, gunakan jari untuk membersihkan
mulutnya dari sebarang muntah atau air liur.
 Longgarkan bajunya di sekitar leher dan pergelangan tangan
 Sediakan kawasan yang selamat supaya mangsa boleh berehat
28
 Jangan beri sebarang makanan atau minuman sehingga mangsa sedar dan
peka sepenuhnya.
 Berasa bersamanya sehingga dia sedar sepenuhnya dan mengenali sekeliling.
Kebanyakan mereka yang mengalami sawan akan berasa mengantuk atau keliru
selepas sawan
 Mereka yang mengalami sawan tidak boleh memandu, berenang, menaiki
tangga atau mengendalikan mesin sehingga dia bertemu doktor dan doktor
membenarkan.
LAMPIRAN
Langkau ke kandungan utama
Nama general Nama jenama (United States)
Carbamazepine Carbatrol, Tegretol
Clobazam Frisium, Onfi
Clonazepam Klonopin
Diazepam Diastat, Diazepam, Valium
Divalproex Sodium Depakote, Depakote ER
Eslicarbazepine Acetate Aptiom
Ezogabine Potiga
Felbamate Felbatol
Gabapentin Neurontin
Lacosimide Vimpat
Lamotrigine Lamictal
Levetiracetam Keppra, Keppra XR
Lorazepam Ativan
Oxcarbazepine Oxtellar, Oxtellar XR, Trileptal
Perampanel Fycompa
Phenobarbital
Phenytoin Dilantin, Phenytek,
Pregabalin Lyrica
Primidone Mysoline
Rufinamide Banzel
Tiagabine Hydrochloride Gabitril
29
Topiramate Topamax, Topamax XR
Valproic Acid Depakene
Vigabatrin Sabril
RUJUKAN
 Merriam-Webster 6
 Dr. Muhammad Dhani, LC, 2011, Kuala Lumpur, Progressive Publishing House
Sdn Bhd. Mengenali Penyakit, Epilepsy (Sawan Babi), 81-82
 http://khasukm.blogspot.my/2008/10/sawan-epilepsiepilepsy.html
 http://www.nhs.uk/CONDITIONS/EPILEPSY/Pages/Introduction.aspx
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/epilepsy-causes
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/treating-epilepsy?page=3
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/treating-epilepsy?page=3
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/treating-epilepsy?page=3
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/epilepsy-treatment-care
 http://www.webmd.com/epilepsy/
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/epilespy-diagnosis-tests
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/are-there-alternative-treatments
 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11233674
 http://www.webmd.com/epilepsy/medications-treat-seizures
 http://www.webmd.com/epilepsy/medications-treat-seizures?page=2
 http://www.webmd.com/epilepsy/medications-treat-seizures?page=3
30
 http://www.myhealth.gov.my/rawatan-penyakit-epilepsy-2/
 http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0622&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/types-of-seizures-their-symptoms
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/types-of-seizures-their-symptoms?page=2
 http://www.webmd.com/epilepsy/guide/types-of-seizures-their-symptoms?page=3
 http://www.webmd.com/epilepsy/tc/seizures-check-your-symptoms
 http://www.webmd.com/epilepsy/tc/seizures-home-treatment
 http://www.webmd.com/epilepsy/tc/seizures-prevention
 http://www.ninds.nih.gov/disorders/epilepsy/detail_epilepsy.htm#192723109
 http://www.webmd.com/drugs/2/drug-14494-6019/topamax-oral/topiramate---
oral/details#images
 http://www.mims.com/malaysia/drug/info/zonegran/?type=brief

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit traumaPengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit traumaLee Oi Wah
 
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHANPENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHANMuhammad Nasrullah
 
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan Posnatal
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan PosnatalKLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan Posnatal
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan PosnatalMuhammad Nasrullah
 
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERKONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERMuhammad Nasrullah
 
Colostomy Care - Penjagaan Kolostomi
Colostomy Care - Penjagaan KolostomiColostomy Care - Penjagaan Kolostomi
Colostomy Care - Penjagaan KolostomiMuhammad Nasrullah
 
Pengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaPengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaIeta Sa'ad
 
AMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUT
AMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUTAMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUT
AMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUTMuhammad Nasrullah
 
2.2 2.3 nervous system
2.2   2.3 nervous system2.2   2.3 nervous system
2.2 2.3 nervous systemMohd Arif
 
Pengurusan stres
Pengurusan stresPengurusan stres
Pengurusan stresLee Oi Wah
 
3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki
3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki
3.1 struktur & fungsi reproduktif lelakiMohd Arif
 
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSMuhammad Nasrullah
 

Was ist angesagt? (20)

Pengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit traumaPengenalan pengurusan pesakit trauma
Pengenalan pengurusan pesakit trauma
 
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHANPENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
PENJAGAAN SEBELUM DAN SELEPAS PEMBEDAHAN
 
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan Posnatal
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan PosnatalKLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan Posnatal
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK - Penjagaan Posnatal
 
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERKONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
 
Colostomy Care - Penjagaan Kolostomi
Colostomy Care - Penjagaan KolostomiColostomy Care - Penjagaan Kolostomi
Colostomy Care - Penjagaan Kolostomi
 
KONSEP KESIHATAN MENTAL
KONSEP KESIHATAN MENTALKONSEP KESIHATAN MENTAL
KONSEP KESIHATAN MENTAL
 
PNEUMONIA
PNEUMONIAPNEUMONIA
PNEUMONIA
 
Pengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerjaPengurusan stress ditempat kerja
Pengurusan stress ditempat kerja
 
AMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUT
AMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUTAMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUT
AMI - INFARKSI MIOKARDIUM AKUT
 
Cystitis (medical)
Cystitis (medical)Cystitis (medical)
Cystitis (medical)
 
TIROTOKSIKOSIS
TIROTOKSIKOSISTIROTOKSIKOSIS
TIROTOKSIKOSIS
 
1.9 bandaging copy
1.9 bandaging   copy1.9 bandaging   copy
1.9 bandaging copy
 
2.2 2.3 nervous system
2.2   2.3 nervous system2.2   2.3 nervous system
2.2 2.3 nervous system
 
Teori-teori stres
Teori-teori stresTeori-teori stres
Teori-teori stres
 
Malaria
MalariaMalaria
Malaria
 
Pneumotorak dan Hemotorak
Pneumotorak dan HemotorakPneumotorak dan Hemotorak
Pneumotorak dan Hemotorak
 
Pengurusan stres
Pengurusan stresPengurusan stres
Pengurusan stres
 
Pengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan StresPengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan Stres
 
3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki
3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki
3.1 struktur & fungsi reproduktif lelaki
 
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORSORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
ORAL REHYDRATION SALT (GARAM REHIDRASI) ORS
 

Ähnlich wie Epilepsi (sawan)

Http _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...
Http  _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...Http  _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...
Http _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...nitars
 
Penyuluhan Ayu dan Dhesty.pdf
Penyuluhan Ayu dan Dhesty.pdfPenyuluhan Ayu dan Dhesty.pdf
Penyuluhan Ayu dan Dhesty.pdfAyuAAmsari
 
how it happened Epilepsi
how it happened Epilepsihow it happened Epilepsi
how it happened EpilepsiSofiaNofianti
 
Patofisiologi kelainan sistem persarafan
Patofisiologi kelainan sistem persarafanPatofisiologi kelainan sistem persarafan
Patofisiologi kelainan sistem persarafanardiners
 
Diagnosis epilepsi utoyo sunaryo
Diagnosis epilepsi utoyo sunaryoDiagnosis epilepsi utoyo sunaryo
Diagnosis epilepsi utoyo sunaryoZeeZee Zerlina
 
Diagnosis epilepsi lengkap
Diagnosis epilepsi lengkapDiagnosis epilepsi lengkap
Diagnosis epilepsi lengkapAtiqahAzman75
 
440133974-Leaflet-Epilepsi.pdf
440133974-Leaflet-Epilepsi.pdf440133974-Leaflet-Epilepsi.pdf
440133974-Leaflet-Epilepsi.pdfTanSri4
 
PPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptx
PPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptxPPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptx
PPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptxssuser13bf79
 
Epilepsi _ status epileptikus.pptx
Epilepsi _ status epileptikus.pptxEpilepsi _ status epileptikus.pptx
Epilepsi _ status epileptikus.pptxsocmed6
 
112165363 51715822-case-migrain
112165363 51715822-case-migrain112165363 51715822-case-migrain
112165363 51715822-case-migrainhomeworkping10
 

Ähnlich wie Epilepsi (sawan) (20)

Http _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...
Http  _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...Http  _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...
Http _caramengobatiepilepsi.pengobatan.org_bagaimana-ciri-dari-epilepsi-yang...
 
Penyuluhan Ayu dan Dhesty.pdf
Penyuluhan Ayu dan Dhesty.pdfPenyuluhan Ayu dan Dhesty.pdf
Penyuluhan Ayu dan Dhesty.pdf
 
how it happened Epilepsi
how it happened Epilepsihow it happened Epilepsi
how it happened Epilepsi
 
38128375 epilepsi
38128375 epilepsi38128375 epilepsi
38128375 epilepsi
 
Sawan babi
Sawan babiSawan babi
Sawan babi
 
Tugas eke AKPER PEMKAB MUNA
Tugas eke  AKPER PEMKAB MUNATugas eke  AKPER PEMKAB MUNA
Tugas eke AKPER PEMKAB MUNA
 
Patofisiologi kelainan sistem persarafan
Patofisiologi kelainan sistem persarafanPatofisiologi kelainan sistem persarafan
Patofisiologi kelainan sistem persarafan
 
Askep epilepsi
Askep epilepsiAskep epilepsi
Askep epilepsi
 
Kejang demam pada anak
Kejang demam pada anakKejang demam pada anak
Kejang demam pada anak
 
Diagnosis epilepsi utoyo sunaryo
Diagnosis epilepsi utoyo sunaryoDiagnosis epilepsi utoyo sunaryo
Diagnosis epilepsi utoyo sunaryo
 
askep Seizure atau epilepsi
askep Seizure atau epilepsiaskep Seizure atau epilepsi
askep Seizure atau epilepsi
 
Diagnosis epilepsi lengkap
Diagnosis epilepsi lengkapDiagnosis epilepsi lengkap
Diagnosis epilepsi lengkap
 
Epilepsi
EpilepsiEpilepsi
Epilepsi
 
440133974-Leaflet-Epilepsi.pdf
440133974-Leaflet-Epilepsi.pdf440133974-Leaflet-Epilepsi.pdf
440133974-Leaflet-Epilepsi.pdf
 
Demam pada anak
Demam pada anakDemam pada anak
Demam pada anak
 
PPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptx
PPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptxPPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptx
PPT_State of the Art and Challenges in Epilepsy.pptx
 
Epilepsi
EpilepsiEpilepsi
Epilepsi
 
Epilepsi _ status epileptikus.pptx
Epilepsi _ status epileptikus.pptxEpilepsi _ status epileptikus.pptx
Epilepsi _ status epileptikus.pptx
 
112165363 51715822-case-migrain
112165363 51715822-case-migrain112165363 51715822-case-migrain
112165363 51715822-case-migrain
 
EPILEPSI.pptx
EPILEPSI.pptxEPILEPSI.pptx
EPILEPSI.pptx
 

Mehr von Hanani Halim

Medication Error Reporting
Medication Error ReportingMedication Error Reporting
Medication Error ReportingHanani Halim
 
Diarrhoea & Constipation
Diarrhoea & ConstipationDiarrhoea & Constipation
Diarrhoea & ConstipationHanani Halim
 
Counseling Leaflet
Counseling LeafletCounseling Leaflet
Counseling LeafletHanani Halim
 
Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)
Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)
Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)Hanani Halim
 
ANTI ASTHMATIC DRUGS
ANTI ASTHMATIC DRUGSANTI ASTHMATIC DRUGS
ANTI ASTHMATIC DRUGSHanani Halim
 

Mehr von Hanani Halim (9)

TMJ Arthritis
TMJ ArthritisTMJ Arthritis
TMJ Arthritis
 
Medication Error Reporting
Medication Error ReportingMedication Error Reporting
Medication Error Reporting
 
Inhaler
Inhaler Inhaler
Inhaler
 
Diarrhoea & Constipation
Diarrhoea & ConstipationDiarrhoea & Constipation
Diarrhoea & Constipation
 
Counseling Leaflet
Counseling LeafletCounseling Leaflet
Counseling Leaflet
 
Pneumonia
Pneumonia Pneumonia
Pneumonia
 
Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)
Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)
Kejutan Budaya (Cross Cultural Management)
 
Glycolysis
GlycolysisGlycolysis
Glycolysis
 
ANTI ASTHMATIC DRUGS
ANTI ASTHMATIC DRUGSANTI ASTHMATIC DRUGS
ANTI ASTHMATIC DRUGS
 

Kürzlich hochgeladen

RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.
RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.
RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.RambuIntanKondi
 
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAnatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAcephasan2
 
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAPROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAkompilasikuliahd3TLM
 
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptxPPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptxhellokarin81
 
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024PyrecticWilliams1
 
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptxStatistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptxfachrulshidiq3
 
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatanLogic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatanB117IsnurJannah
 
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.pptpengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.pptRekhaDP2
 
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptxKETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptxZuheri
 
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...nadyahermawan
 
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggiHigh Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggiAikawaMita
 
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaleaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaYosuaNatanael1
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptAcephasan2
 
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptxPenyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptxTULUSHADI
 
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptxPPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptxAcephasan2
 
power point kesehatan reproduksi pria dan wanita
power point kesehatan reproduksi pria dan wanitapower point kesehatan reproduksi pria dan wanita
power point kesehatan reproduksi pria dan wanitaBintangBaskoro1
 
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptxMengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptxLintangDwiCandra1
 
materi tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbarumateri tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbaruPrajaPratama4
 
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdfbendaharadakpkmbajay
 

Kürzlich hochgeladen (20)

RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.
RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.
RTL PPI dr.Intan.docx puskesmas wairasa.
 
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAnatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
 
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAPROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
 
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptxPPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
 
KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899
KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899
KUNCI CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN ABORSI JANIN 087776558899
 
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
 
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptxStatistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
 
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatanLogic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
 
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.pptpengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
 
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptxKETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
 
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
 
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggiHigh Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
 
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaleaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
 
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptxPenyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
 
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptxPPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
 
power point kesehatan reproduksi pria dan wanita
power point kesehatan reproduksi pria dan wanitapower point kesehatan reproduksi pria dan wanita
power point kesehatan reproduksi pria dan wanita
 
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptxMengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
 
materi tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbarumateri tentang airway management terbaru
materi tentang airway management terbaru
 
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
 

Epilepsi (sawan)

  • 1. 1 PENGENALAN Epilepsi, adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan dalam bahagian otak yang berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan yang boleh menyebabkan seseorang penghidap sawan tidak akan sedarkan diri dalam satu jangka masa bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang dihadapi. Epilepsi ialah istilah umum mengenai keberangkalian untuk mengalami sawan (seizure), yang biasanya didiagnos apabila seseorang itu mengalaminya lebih dari sekali. Apabila dikenalpasti, punca epilepsi biasanya melibatkan beberapa bentuk kecederaan dalam otak. Namun bagi kebanyakan orang, puncanya tidak dapat diketahui. Menurut kamus Merriam-Webster 6, epilepsi didefinisikan sebagai mana-mana jenis gangguan elektrik yang keluar secara tidak normal dalam otak dan episod tiba- tiba yang sekejap atau kehilangan tahap kesedaran, pergerakan tidak terkawal atau sawan. Seizure atau sawan pula adalah sejenis penyakit serangan mengejut yang mengakibatkan fizikal seperti sawan, gangguan deria atau kehilangan kesedaran yang berpunca daripada penghasilan cas elektrik berlebihan dalam otak (epilepsi). Convulsion atau juga sawan adalah ketidaknormalan ngeri dan pengecutan otot tidak terkawal bersiri. Epilepsi juga dikatakan berlaku akibat cetusan elektrik berlebihan di sebahagian atau keseluruhan otak. Kanak-kanak yang mengalami epilepsi akan mengeluarkan bunyi yang agak kuat, hilang kesedaran dan rebah. Manakala mata pula akan celik ke atas, otot-otot menjadi tegang dan meraka akan mengalami kancing gigi.
  • 2. 2 Selepas 20-30 saat, kedua-dua kaki dan tangan akan bergerak dengan pantas dalam tempoh 30 saat hingga satu minit. Pesakit tidak dapat mengawal saluran kencing, lidah mungkin akan tergigit dan mulut akan berbuih. Pesakit akan pengsan buat beberapa ketika. Pesakit epilepsi yang kurang kronik biasanya akan hilang kesedaran dengan seolah-olah termenung dalam beberapa saat, tetapi tidak rebah. Mata akan berkelip- kelip dan mata hitam naik ke atas. Biasanya ia menyerang kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas. Biasanya serangan sawan yeng terjadi boleh menyebabkan penderitaan yang serius dan melibatkan semua peringkat umur manusia tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Ringkasnya, epilepsi adalah keadaan yang melibatkan otak dan menyebabkan sawan akan berulang. Selepas seseorang itu mengalami serangan sawan, seseorang itu akan keletihan dan tidak mampu mengingati apa yang telah terjadi kepada dirinya. Secara puratanya, kadar kekerapan berlakunya serangan sawan adalah bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang mereka hadapi. Biasanya, jangkaan berlakunya serangan sawan epilepsi dalam kalangan kanak-kanak adalah selama 10-20 minit dan yang paling cepat boleh terjadi adalah selama 30 saat.
  • 3. 3 Jenis Sawan Epilepsi dan Simptom-Simptomnya Berdasarkan jenis tindakan dan aktiviti otak, sawan boleh diklasifikan kepada dua kategori iaitu sawan umum dan sawan sebahagian (juga dikenali sebagai setempat atau tertumpu). Pengkelasan ini membantu para doktor mendiagnos sama ada pesakit menghadapi epilepsi atau tidak. Sawan umum terhasil akibat impulse elektrik yang berada dalam otak, manakala sawan sebahagian terhasil daripada (sekurang- kurangnya pada mulanya) impulse elektrik pada suatu bahagian kecil dalam otak. .Bahagian otak yang menjana sawan tersebut kadang-kala disebut sebagai sawan setempat/tertumpu. Jenis sawan biasa adalah seperti berikut.: SAWAN UMUM (terhasil pada keseluruhan otak) SIMPTOM 1. ‘’Grand mal’’ atau sawan tonic- clonic Tidak sedarkan diri, sawan, otot kaku 2. Absence Tidak sedarkan diri sebentar 3. Myoclonic Sporadic (terasing, sekali-sekala), pergerakan tersentak 4. Clonic Berulang, pergerakan tersentak 5. Tonic Otot mengeras, kaku 6. Atonic Kehilangan tona otot SAWAN UMUM Terdapat enam jenis sawan umum. Yang paling biasa adalah berdrama, paling mudah dikenali, iaitu sawan umum, juga dikenali sebagai sawan grand-mal. Sawan jenis ini menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri dan selalunya rebah, diikuti dengan badan
  • 4. 4 mengeras keseluruhannya (dikenali sebagai fasa sawan tonic) untuk 30-60 saat, diikuti pula dengan sentakan kasar (fasa clonic) untuk 30 ke 60 saat. Semasa sawan ini, kecederaan boleh berlaku seperti tergigit lidah dan tidak mampu mengawal pembuangan air kencing. SAWAN ABSENCE Menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri untuk jangka masa sekejap (hanya beberapa saat) dengan sedikit atau tanpa simptom. Pesakit yang kebiasaannya kanak-kanak biasanya terganggu aktivitinya dan pandangan mengosong. Sawan ini bermula dan berakhir secara tiba-tiba dan boleh berlaku beberapa kali sehari. Pesakit biasanya tidak perasan mengalami sawan, kecuali jika mereka perasan ‘kehilangan masa’. SAWAN MYOCLONIC Terdiri daripada sentakan berulang kali, biasanya pada kedua-dua belah badan. Pesakit kadang-kadang menyangkakan hanya sekadar kejutan elektrik ringkas. Jika ia menjadi kasar, pesakit akan membaling objek secara tidak terkawal. SAWAN CLONIC Sawan ini jenis berulang, sentakan berirama yang melibatkan kedua-dua bahagian badan pada masa yang sama. SAWAN TONIC Mengalami pengerasan otot. SAWAN ATONIC Terdiri daripada kehilangan tona otot secara umumnya dan secara tiba-tiba, terutamanya di lengan dan kaki, biasanya akan menyebabkan jatuh.
  • 5. 5 Jenis Sawan Epilepsi Sebahagian Dan Simptom Sawan sebahagian (terhasil pada bahagian kecil dalam otak) Simptom 1) Ringkas (masih mampu mengawal sedar) a) Motor Ringkas b) Deria Ringkas c) Pemikiran Ringkas a) Sentak, otot kaku, kepala terpusing, kejang b) Sensasi luar biasa yang melibatkan penglihatan, pendengaran atau sentuhan c) Gangguan memori atau emosi 2) Kompleks (kerosakan kesedaran) Mengecap-ngecap bibir, mengunyah, gelisah, berjalan atau melakukan apa-apa perbuatan berulang, pergerakan tidak terkawal. 3) Sawan sebahagian dengan sekunder menyeluruh (secondary generalization) Bermula dengan biasanya bercampur dengan kesedaran yang mengembang kemudian hilang sedar dan terus sawan.
  • 6. 6 SAWAN SEBAHAGIAN RINGKAS MOTOR Melibatkan pergerakan seperti hentakan dan mengeras AUTONOMIK melibatkan sistem saraf autonomik (ANS) yang mengawal jantung, usus, perut dan kencing. SENSORI simptomnya melibatkan sensasi luar biasa yang melibatkan kelima-lima deria atau auras PSIKOLOGI simptomnya adalah melibatkan memori (sensasi deja-vu), emosi (seperti takut dan gembira) dan lain-lain fenomena psikologi. UMUM SEKUNDER KOMPLEKS Simptom autonomik yang paling biasa dialami adalah sensasi peculiar (bunyi retak akibat masalah paru-paru) dalam perut yang dialami oleh penghidap masalah epilepsi lobus temporal. Contoh simptom: denyutan jantung laju, sakit perut, cirit- birit, tidak dapat mengawal pembuangangan air kecil Berdasarkan definisi, ia melibatkan kerosakan kesedaran. Semasa sawan, pesakit akan kelihatan seperti merenung kosong. Sesetengah simptom kompleksnya dikenali sebagai automatisma yang melibatkan perbuatan tidak terkawal mereka seperti mengecap bibir, mengunyah dan berjalan kelihatan berulang dan tiada tujuan. Bermula dengan sawan tertumpu dan membawa kepada sawan menyeluruh (grand mal). Kebanyakan pesakit yang menghidap sawan sebahagian akan mengalami ketiga-tiga jenis sawan ini. Hanya dua pertiga dari penghidap epilepsi sebahagian sawannya dapat dikawal oleh ubat-ubatan. Sawan sebahagian yang tidak boleh dirawat dengan ubat boleh dirawat dengan pembedahan.
  • 7. 7 DIAGNOSIS DAN UJIAN PENGENALPASTIAN  Ujian EEG Epilepsi Ujian ini menjejak isyarat elektrik dari otak  Ujian darah dan Epilepsi Terdapat banyak ujian darah yang disarankan untuk mengesan epilepsi bagi merawatnya.  Ujian PET dan Epilepsi Ujian Positron Emission Tomography (PET) boleh digunakan bagi menjejak lokasi sasaran sawan dalam otak.  Epilepsi dan Spinal Tap Juga dikenali sebagai tebukan lumbar. Ia adalah satu prosedur yang mana cecair yang mengelilingi tulang belakang (yang juga dikenali sebagai CSF) dialirkeluar menerusi jarum dan diuji dalam makmal. LANGKAH PENCEGAHAN Nota: jika mengalami gangguan sawan, jangan memandu, mengendalikan mesin, berenang, menaiki tangga atau terlibat dalam sebarang aktiviti berbahaya sehingga disahkan bebas daripadanya secara spesifik oleh doktor. Banyak kes sawan termasuklah dalam bentuk epilepsy tidak boleh dicegah. Namun kecederaan kepala adalah punca biasa bagi sawan dan epilepsi yang boleh dielak. Untuk mengelakkan kecederaan kepala:  Pakai tali pinggang keselamatan semasa menaiki kenderaan. Gunakan kerusi bayi atau kanak-kanak pada mereka.  Jangan minum alkohol atau sebarang dadah semasa atau sebelum bersukan (seperti bermain bola sepak, menunggang motosikal, menunggang kuda atau berbasikal) atau mengendalikan automobil atau peralatan lain.
  • 8. 8  Pakai topi keledar dan pakaian keselamatan sama ada ketika berbasikal, menunggang motosikal, bermain papan luncur, berkayak, menunggang kuda, bermain papan luncur salji atau mendaki bukit batu.  Guna topi yang keras jika berada di kawasan industri atau tapak pembinaan.  Jangan menyelam ke tempat yang dalam atau air yang tidak biasa.  Elakkan situasi yang boleh menyebabkan jatuh di rumah dengan menjauhkan sebarang kemungkinan penyebabnya. PANDUAN JIKA MENGALAMI GANGGUAN SAWAN  Jangan memandu, mengendalikan mesin besar, berenang, mendaki tangga atau terlibat dalam aktiviti bahaya sehingga disahkan bebas daripadanya oleh doktor.  Pastikan mengikuti pelan rawatan dengan mengambil ubat pada dos yang dibenarkan. Menukar ubat, menghentikan pengambilan ubat atau mengambil ubat pada kuantiti yang salah boleh menyumbang kepada sawan.  Elakkan aktiviti yang boleh menjurus kepada sawan seperti bermain pemainan video yang mengandungi cahaya terang atau berkelip-kelip. Dalam kes yang jarang, cahaya-cahaya tersebut dan bentuk geometrik permainan video boleh menggalakkan berlakunya sawan dalam kalangan kanak-kanak.
  • 9. 9 PATOFISIOLOGI Kajian terbaharu mengenai epileptogenesis dan patofisiologi untuk epilepsi menunjukkan bahawa kecacatan gen telah dikenal pasti bagi keempat-empat jenis epilepsy monogenic (epilepsi umum dengan sawan selesema, sawan autosomal dominan nokturnal lobus depan, sawan neonatal benigna keturunan, sawan tertumpu jenis 1 ataxia berepisod) akibat mutasi saluran ion. Walaupun sindrom epilepsi ini berbeza patofisiologinya, ciri-ciri iktogenesis biasa yang dikaitkan seperti peningkatan perembesan neuron dan keselarasannya adalah sama seperti mekanisma yang terlibat dalam peralihan interektal. Kemunculan pemahaman tentang perubahan fungsi sinaptik dan ciri-ciri sejati neuron adalah sama seperti mekanisma yang mendasari keterlebihan perembesan (hyperexcitability). Kajian ini juga menunjukkan mekanisma kimia-neuron. Ketidakseimbangan antara glutamate dan sistem peralihan neuron (neurotransmitter) asid gamma- aminobutyric boleh membawa kepada keterlebihan perembesan, tetapi sistem peralihan neuron catecholaminergic dan opiod peptide memainkan peranan dalam epileptogenesis juga. Terbaharu mengenai kajian menyeluruh mengenai ubat epilepsi dan ramalan mekanisma tindakannya adalah gambaran tentang epileptogenesis kimia neuron. Kebanyakan ubat anti epilepsi menunjukkan ciri-cirinya hanya melalui beberapa mekanisma kimia-neuron yang mana mekanisma patofisiologi asasnya dijangka boleh menyebabkan sawan.
  • 10. 10 FAKTOR RISIKO Secara umumya, punca sebenar epilepsi masih belum diketahui secara jelas dan terperinci. Antara punca-punca epilepsi ialah:  Kekurangan oksigen atau pendarahan dalam otak sewaktu kelahiran.  Penyakit keturunan atau genetik seperti tuberos sclerosis.  Akibat komplikasi selepas strok.  Ketumbuhan di bahagian otak, saluran darah luar biasa atau kecacatan saluran darah dibahagian otak.  Kerosakan bahagian otak akibat jangkitan kuman, parasit, alkohol atau bahan toksik, kecederaan parah di bahagian otak.  Kecederaan teruk di bahagian otak.  Jangkitan kuman dalam otak.  Paras gula dalam darah atau garam sodium yang tidak normal Punca lain epilepsi ialah:  Faktor biasa kecederaan di kepala, faktor genetik dan penyakit tumor otak.  Tertinggal dos ubatan  Kekurangan tidur  Faktor orang dewasa ialah penyalahgunaan alkohol, jangkitan kuman, terdedah kepada bahan kimia dan penyakit kerosakan otak.  Penggunaan cocaine atau mana-mana dadah seperti ecstacy.  Faktor bagi kanak-kanak ialah deman yang kuat, kecacatan sewaktu lahir, keracunan, kecederaan di kepala dan suntikan vaksin-sawan  Interaksi ubat lain yang mengganggu ubatan sawan (seizure)
  • 11. 11 TANDA DAN SIMPTOM Ciri-ciri fizikal: -Serangan sawan adalah pada bahagian fizikal pesakit, rebah, kaku, kejang, tidak sedarkan diri, pernafasan tidak teratur, air liur berbuih dan tidak mampu mengawal pembuangan air kecil dan besar, Ciri-ciri tingkah laku: -Mereka hanya mempamerkan sikap atau tindakan yang luar biasa setelah diserang sawan. Ciri-ciri sosial: -Sukar berkawan dengan rakan sebaya mereka, menghadapi masalah kemurungan. Ciri-ciri kognitif -Pesakit tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa yang lain. Ciri-ciri motor: -Pesakit berada dalam keadaan binggung, mengulangi perbuatan yang sama, tidak dapat bersukan dan melakukan aktiviti berat. Banyak kelakuan berulang yang berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sawan, mungkin ia adalah masalah saraf yang lain. Justeru, perlu untuk doktor mengesahkan masalah yang dihidapi.
  • 12. 12  Sawan umum: semua bahagian otak (korteks) terlibat. Kadang-kadang dirujuk sebagai sawan grand mal. Pesakit akan menangis atau membuat beberapa bunyi, mengeras untuk beberapa minit dan kemudiannya mengalami pergerakan lengan dan kaki berirama. Kebiasaannya perlakuan ini semakin perlahan sebelum berhenti. Mata kebiasaannya terbuka. Pesakit mungkin tidak dapat bernafas dan menjadi pucat. Diikuti dengan nafas yang mendalam dan nafas berbunyi. Kembali sedar secara beransur-ansur. Pesakit mungkin pening dan diam untuk beberapa minit ke jam. Tidak dapat mengawal pembuangan air kencing adalah normal. Pesakit akan kerap pening selepas sawan umum ini.  Sawan tertumpu atau sebahagian (partial or focal seizure): hanya sebahagian otak sahaja terlibat, jadi sebahagian badan sahaja terkesan. Bergantung kepada bahagian otak yang mengalami ketidaknormalan aktiviti elektrik, simptomnya mungkin berbeza. Jika bahagian otak yang mengawal pergerakan tangan yang terlibat, maka hanya tangan sahaja yang menunjukkan pergerakan berirama atau terhentak-hentak. Jika bahagian lain dalam otak yang terlibat, simptomnya melibatkan sensasi aneh seperti rasa kenyang atau pergerakan mengambil barang berulang kali atau kecapan bibir berbunyi. Kadang-kala, pesakit yang mengalami sawan sebahagian mungkin akan pening atau bingung. Ini menunjukkan sawan sebahagian yang kompleks. Ini digunakan doktor untuk menerangkan tentang pesakit yang peka sepenuhnya dan tidak sedar.
  • 13. 13  Sawan petit mal (absence seizures or petit mal): ini adalah jenis sawan yang paling biasa dalam kalangan kanak-kanak. Kehilangan atau kerosakan tahap kesedaran dan sering kelihatan pening. Berkelip mata berulang kali atau pergerakan kecil yang berulang akan kelihatan. Kebiasaannya sawan jenis ini adalah ringkas atau singkat, terjadi hanya untuk beberapa saat. Sesetengah orang mungkin akan mengalaminya beberapa kali dalam sehari. Mereka perlu mendapatkan pertolongan segera jika: Mengalami sawan untuk kali pertama Berhenti pernafasannya melebihi 30 saat Sawannya melebihi 3 minit Mengalami lebih dari satu sawan dalam tempoh 24 jam Sawan yang disertai tanda-tanda lumpuh seperti lemah secara tiba-tiba, kebas, tidak mampu bergerak, perubahan pada pandangan, percakapan tergagap atau keliru Sawan yang disertai tanda-tanda penyakit serius seperti demam, sakit kepala yang teruk, leher mengeras, masalah pernafasan atau ruam yang tidak mampu terucap. Sawan yang diikuti kecederaan kepala Mereka yang sawan selepas mengambil dadah terlarang atau minum terlalu banyak alkohol Wanita hamil yang mengalami sawan Penghidap diabetes yang mengalami sawan
  • 14. 14 RAWATAN  RAWATAN FARMAKOLOGI Pada abad ke 18 dan 19, Hippocrates telah memperkenalkan ubat antileptik (Ubat epilepsi) pertama yang dikenali sebagai Bromid yang telah digunakan di seluruh dunia. Menurut Hans Berger (Jerman) 1920-an telah mencipta elektroensefalograf (EEG) bagi merekod kehadiran pelepasan elektrik didalam otak, yang telah memungkinkan pembedahan dilakukan tiga dekad kemudian. Ujian DNA akan dibuat melalui pengambilan sampel rambut, air liur, darah dan air kencing untuk tujuan rekod penyakit dalam tubuh. Ubat yang sesuai akan diformulasikan bagi tujuan rawatan membaiki kerosakan DNA dan dapat menstabilkan aliran elektrik dalam otak. Perubatan ini mampu menguatkan sistem imun dan antibodi pesakit. Sesetengah klinik akan melakukan Life Auto Nosode menggunakan peralatan elektronik yang dikenali sebagai OPAM Machine yang bertujuan untuk memancarkan gelombang penawar elektromagnetik secara langsung kepada tubuh pesakit supaya sistem saraf pusat (CNS) dapat diaktifkan dan berfungsi dengan baik. Rawatan susulan selama 6 bulan hingga setahun biasanya dikehendaki diikuti supaya DNA tubuh pesakit benar-benar pulih dari kerosakan. RAWATAN DAN PENJAGAAN Ubatan epilepsy adalah untuk mengawal sawan epilepsy. Namun prosedur pembedahan adalah dimensi yang lain dalam rawatan.
  • 15. 15 Rawatan epilepsi adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap keterukan sawan dan umur pesakit, tahap kesihatan secara keseluruhan dan rekod sejarah perubatan. Tiada yang dapat menyembuhkan epilepsi, namun ubat-ubatan yang dibekalkan dapat mengurangkan simptom-simptomnya. Diet Ketogenik merupakan kaedah paling tua dalam merawat epilepsi dan membantu mengurangkan sawan. Peransang Saraf Vagus adalah sejenis kaedah pembedahan bagi epilepsi. Reseksi Lobus Temporal merupakan pembedahan yang dijalankan di otak untuk mengawal sawan. Tisu otak pada bahagian temporal direksi atau digunting untuk membuang sawan tertumpu. Lesionektomi merupakan pilihan untuk penghidap epilepsi yang berkait dengan luka yang ditentukan dan sawannya tidak dapat dikawal dengan ubat. Fungsi Hemisferekromi adalah prosedur yang digunakan secara umum untuk mereka yang tiada perubahan setelah mengambil pelbagai ubat yang berbeza dan mereka yang sawannya tidak terkawal dan teruk. Korpus Kallostomi atau pembedahan terbalikkan otak yang mungkin akan dijalankan untuk mereka yang sawannya teruk dan tidak dapat dikawal, yang mana apabila sawan, kedua-dua bahagian otak terlibat. Reseksi Ekstratemporal Kortikal adalah pembedahan untuk mereksi dengan membuang tisu otak yang bahagaiannya itu mengandungi sawan tertumpu. Rawatan ubat untuk keperluan tremor adalah kaedah yang digunakan bagi mereka yang mengalami tremor untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam aktiviti seperti minum air dari cawan atau menggunakan peralatan.
  • 16. 16 Ubat Epilepsi untuk merawat sawan (seizure)  Panduan ubat epilepsy Ubat yang digunakan berupaya mengawal sawan bagi 70% pesakit yang menghidap epilepsi. Walaupun ia tidak dapat menyembuhkannya, kebanyakan pesakit perlu meneruskan pengambilan ubat-ubatan ini.  Diagnosis yang tepat mengenai jenis epilepsi (bukan sahaja untuk jenis sawan kerana kebanyakan sawan berlaku atas epilepsi yang berbeza) adalah penting bagi memastikan rawatan yang terbaik diberikan. Jenis ubat yang diberikan adalah bergantung kepada beberapa faktor khusus untuk pesakit berbeza, supaya kesan sampingan dan penyakit lain boleh dielak, dan agar kaedah penyaluran ubat adalah boleh diterima dengan baik. Berikut adalah senarai jenama ubat yang digunakan terbaharu bagi merawat epilepsi. Doktor akan menyarankan jenama untuk ubat antisawan dan bukan sekadar menggantikan nama umumnya. Beritahu doktor anda mengenai hal yang penting ini. Brivaracetam (Briviact) o Baru diterima pada 2016 dan digunakan untuk rawatan tambahan bagi ubat-ubatan lain bagi merawat sawan mengejut sebahagian (partial onset seizures) untuk pesakit minimum 16 tahun dan ke atas. o Kesan sampingan yang mungkin boleh dialami adalah seperti pening, mengantuk, letih, loya dan muntah.
  • 17. 17 Carbamazepine (Carbatrol atau Tegretol) o Pilihan utama untuk sawan sebahagian, umum tonic-clonic dan sawan campuran. o Kesan sampingan biasa termasuklah letih, perubahan penglihatan, loya, muntah dan ruam. Diazepam (Valium), Lorazepam (Ativan) dan tranquilizer yang sama seperti Clonazepam (Klonopin) o Berkesan untuk semua jenis rawatan jangka masa pendek, selalu digunakan di bilik kecemasan untuk menghentikan sawan biasanya berstatus epilepticus (sawan tunggal yang lama atau sawan bersiri tanpa diganggu oleh sembuh sedar secara penuh) o Ketidakberkesanannya berlaku selepas beberapa minggu, dos yang sama berkurang keberkesananya dari masa ke masa. o Valium juga boleh diberikan sebagai supositori rektum. o Kesan sampingan termasuklah penat, tidak mampu berjalan dengan baik, loya, tertekan dan kurang selera makan. Bagi kanak- kanak, boleh menyebabkan berlakunya lelehan air liur (drooling) dan hiperaktif.
  • 18. 18 Valium: Loratadine, Ativan, Klonopin: Eslicarbazepine (Aptiom) o Ubat untuk kegunaan sekali sehari ini digunakan secara tunggal atau dikombinasikan dengan mana-mana ubat anti-sawan yang lain bagi merawat sawan mengejut sebahagian. o Kesan sampingan biasa adalah temasuklah pening, loya, sakit kepala, muntah, letih, ataxia (tidak mampu mengawal pergerakan otot, sejenis gangguan saraf), vertigo (gayat), pandangan kabur, tremor (terketar). Aptiom: Ethosuximide (Zarontin) o Digunakan untuk merawat absence seizure
  • 19. 19 *sawan umum yang melibatkan hilang kesedaran, biasanya pandangan kosong, mula dan berakhir secara tiba-tiba, tidak mampu mengingati apa-apa, sejenis epilepsi ringan, dikenali juga sebagai petit mal o Kesan sampingan termasuklah loya, muntah, kurang selera makan dan hilang berat badan Felbamate (Felbatol) o Merawat sawan sebahagian sahaja dan beberapa serta sawan umum dalam Sindrom Lennox-Gastaut, yang mana jarang digunakan dan hanya akan digunakan apabila tiada ubat yang efektif tersedia. o Kesan sampingan termasuklah hilang selera makan, kurang berat badan, kurang keupayaan untuk tidur, sakit kepala dan tertekan. Walaupun jarang, ia boleh menyebabkan kegagalan sumsum tulang atau kegagalan hati. Jadi, penggunaan ubat ini adalah terhad dan pesakit yang mengambil ubat ini mestilah dipantau kiraan sel darah dan ujian hati dengan kerap sepanjang terapi ini berjalan. Lacosamide (Vimpat)
  • 20. 20 o Ubat ini diyakini mampu merawat sawan sebahagian mengejut (onset- partial seizure) dalam kalangan orang dewasa yang mengalami sawan. o VIMPAT boleh digunakan secara bersendirian ataupun dengan ubat lain. o Ubat ini hadir dalam bentuk tablet, cecair oral atau suntikan. o Kesan sampingan termasuklah pening, sakit kepala dan loya. Lamotrigine (Lamictal) o Merawat sawan sebahagian dan sawan umum serta sawan campuran. o Kesan sampingan yang kurang, namun jarang peaskit melaporkan pening, insomnia atau ruam. Levetiracetam (Keppra) o Ia adalah kombinasi dengan ubat sawan yang lain untuk mearwat sawan sebahagian, sawan umum primer dan sawan myoclonic (seperti sentakan otot mengejut). o Kesan sampingan termasuklah keletihan, lemah dan perubahan tingkah laku
  • 21. 21 . Oxcarbazepine (Oxtellar XR, Trileptal) o Digunakan untuk merawat sawan sebahagian, digunakan sekali sehari sendirian atau dengan kombinasi ubat yang lain bagi mengawal sawan. o Kesan sampingan biasa termasuklah pening, mudah mengantuk, sakit kepala, muntah, penglihatan menjadi dua dan masalah mengimbangkan badan. Parampanel (Fycompa) o Ubat yang terbukti dalam merawat sawan sebahagian yang mengejut dan sawan tonic-clonic untuk mereka yang berumur sekurang-kurangnya 12 tahun. o Labelnya memberi amaran tentang perkara serius termasuklah marah, mudah menyerang (aggression), cemas, paranoia, mood euphoria (ghairah), perubahan status mental, iritabiliti (mudah marah), paranoia (hilang kepercayaan terhadap orang lain akibat masalah saraf) dan mudah menghasut (agitation).
  • 22. 22 Phenobarbitol o Ubat paling tua yang masih digunakan hingga sekarang untuk merawat kebanyakan jenis sawan dan keberkesanannya diyakini dan kos rendah. o Kesan sampingan boleh menyebabkan mudah mengantuk dan peubahan pada tindakan. Phenytoin (Dilantin) o Mengawal sawan sebahagian dan sawan tonic-clonic, diberikan melalui vena di hospital dengan cepat untuk mengawal sawan yang aktif, boleh juga diberikan secara intravena, yang biasa digunakan adalah fosphenytoin (Cerebyx). o Kesan sampingan termasuklah pening, letih, pertuturan gagap, jerawat, gusi menebal dan peningkatan rambut (hirsutisma). Boleh menyebabkan tulang semakin menipis jika diambil dalam tempoh yang lama. Pregabalin (Lyrica)
  • 23. 23 o Digunakan dengan ubat epilepsi yang lain untuk merawat sawan sebahagian, tetapi lebih kerap digunakan bagi merawat sakit saraf. o Kesan sampingan termasuklah pening, mudah mengantuk (somnolence), mulut menjadi kering, peripheral edema, pandangan menjadi kabur, berat badan meningkat dan kesukaran untuk fokus. Tiagabine (Gabitril) o Digunakan dengan ubat epilepsi yang lain untuk merawat sawan sebahagian dengan atau tanpa sawan umum. o Kesan sampingan biasa termasuklah pening, letih, lemah, cemas mudah marah dan keliru. Topiramate (Topamax) o Digunakan untuk merawat sawan sebahagian atau sawan umum tonic- clonic dan absence seizures. o Kesan sampingan termasuklah mudah mengantuk, pening, masalah pertuturan, gementar, masalah memori, masalah penglihatan dan berat berkurangan.
  • 24. 24 Valproate, Valproic Acid (Depakena, Depakote) o Untuk merawat sawan sebahagian, absence dan sawan umum tonic-clonic. o Kesan sampingan biasa termasuklah pening, loya, loya, muntah, terketar-ketar, keguguran rambut, berat badan meningkat, tekanan bagi orang dewasa, mudah marah bagi kanak-kanak, kurang perhatian dan lambat berfikir. o Boleh menyababkan tulang menipis, buku lali bengkak, haid tidak teratur jika diambil dalam jangka masa panjang. o Kehilangan suara, kerosakan hati, pengurangan platelet (sel pembekuan) dan masalah pankreas boleh berlaku dalam kes yang jarang dan berbahaya. Zonisamide (Zonegran ) o Digunakan dengan ubat yang lain bagi merawat sawan sebahagian, sawan umum dan sawan myoclonic. o Kesan sampingan termasuklah mengantuk, pening, batu karang, tidak selesa perut, sakit kepala, lenggang aneh dan ruam. GARIS PANDUAN UBAT EPILEPSI
  • 25. 25 Ia mengambil beberapa bulan sebelum ubat terbaik serta dosejnya ditentukan untuk seseorang pesakit itu. Semasa jangka masa pengubahsuaian itu, pesakit akan sentiasa dikawal oleh ujian darah yang kerap untuk mengukur tindak balas terhadap ubat. Adalah sangat penting untuk mengikuti temu janji dengan doktor dan makmal untuk mengurangkan risiko kesan sampingan yang serius dan untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Sawan yang terus berlaku meskipun dalam tempoh rawatan epilepsi tersebut adalah disebabkan oleh episod sawan yang bukan epilepsi. Dalam kes tertentu, pesakit perlu menerima pilihan pakar untuk menjalani Video Pengawalan EEG supaya diagnosis boleh dinilai. Di pusat-pusat pakar, dalam 15% ke 20% pesakit yang dirujuk akibat sawan berpanjangan akhirnya terbukti mengalami keadaan bukan epileptik.  RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI  Diet pemakanan khas  Ransangan saraf vegas  Invervensi dari segi pendidikan  Biofeedback atau suapbalik semulajadi adalah kaedah yang menggunakan pengenduran atau bertenang (relaxation) atau pengimejan untuk merubah fungsi badan seperti penafasan, kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Pelatih Biofeedback akan mengukur fungsi-fungsi menggunakan elektrod dan monitor. Dia akan menerangkan situasi penuh tekanan kemudiannya mengajar pelbagai teknik untuk relaks. Pesakit boleh melihat sendiri perbezaan antara situasi tertekan dan tenang seterusnya menggunakan teknik-teknik yang diajar untuk lebih tenang dan dapat mengawal fungsi badan. Teknik ini menunjukkan bahawa mereka mengalami tekanan darah tinggi, migraine, sakit kepala dan sakit dapat dibantu. Para pengkaji telah menyiasat
  • 26. 26 sama ada kaedah ini dapat mengawal sawan, tetapi keputusannya tidaklah menggalakkan. Bagaimanapun, pesakit yang mengalami cemas dan sering berdepan dengan situasi tekanan akan mendapat manfaat hasil dari terapi ini, sebagai ubatan sawan juga.  Melatonin adalah sejenis hormon yang terhasil di kelenjar pineal dalam otak. Melanin bertindak sebagai agen anti-penuaan, sebagai pembantu tidur, dan sebagai anti-oksidan (bahan yang melindungi dari radikal bebas-iaitu molekul yang boleh merosakkan badan). Kajian menunjukkan bahawa kaedah ini bukanlah penyelesaian akhir. Namun untuk epileptik, satu kajian menunjukkan bahawa melatonin dapat mengurangkan kejadian epilepsi dalam kalangan kanak-kanak, manakala kajian lain pula mendapati bahawa melatonin meningkatkan risiko sawan. Setakat ini, dipercayai bahawa melatonin tidak dikaitakan untuk mengelakkan sawan.  Vitamin. Walaupun vitamin diperlukan untuk menjaga kesihatan dengan baik, dos vitamin yang diambil dalam kadar yang tinggi tidak meningkatkan simptom epilepsi dan mungkin akan berbahaya. Sumber vitamin sewajarnya diperoleh terus dari makanan dengan mengamalkan diet yang seimbang. Jika perlu, makanan tambahan vitamin seperti asid folik boleh dipertimbangkan bagi mereka yang kehilangan vitamin tersebut akibat pengambilan ubat- ubatan. Mereka yang mengalami epilepsi dan mengambil ubat-ubatan sawan memerlukan kalsium dan vitamin D untuk memastikan tulang sentiasa sihat. Bagaimanapun, perlu untuk memeriksa dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil vitamin atau makanan tambahan. Wanita yang mengandung juga perlu asid folik yang cukup untuk mengelakkan kelahiran yang cacat. RAWATAN DARI RUMAH UNTUK SAWAN
  • 27. 27 Semasa sawan  Lindungi mangsa dari kecederaan  Elakkan mangsa jatuh sebaik mungkin. Cuba untuk baringkannya dengan berhati-hati atas lantai  Cuba untuk pindahkan segala perabot atau apa-apa objek yang mungkin boleh mencederakan mangsa  Jika mangsa terjatuh atas tanah apabila tiba, cuba baringkan mangsa ke sisi supaya cecair boleh keluar dari mulutnya. Berhati-hati supaya tidak mengenakan tekanan ke atas mangsa  Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut mangsa seperti jari kerana boleh mengakibatkan kecederaan pada gigi atau rahangnya boleh patah. Jari juga boleh tergigit.  Jangan gerakkan mangsa atau menahannya. Ini boleh menyebabkan kecederaan seperti bahu lari.  Tumpukan perhatian terhadap apa yang berlaku terhadap mangsa supaya boleh membentangkan kepada doktor atau penyelamat., seperti: Bagaimana badannya bergerak? Berapa lama tempohnya? Bagaimana tingkah laku mangsa sebelum kejadian? Bagaimana mangsa bertindak segera selepas sawan tersebut? Adakah mangsa mengalami kecederaan? Selepas sawan  Periksa sebarang kecederan  Jika tidak mampu mengalih mangsa ke sisi ketika sawan sedang berlaku, lakukan sedemikian setelah sawan berakhir supaya mangsa lebih tenang  Jika mangsa mengalami masalah pernafasan, gunakan jari untuk membersihkan mulutnya dari sebarang muntah atau air liur.  Longgarkan bajunya di sekitar leher dan pergelangan tangan  Sediakan kawasan yang selamat supaya mangsa boleh berehat
  • 28. 28  Jangan beri sebarang makanan atau minuman sehingga mangsa sedar dan peka sepenuhnya.  Berasa bersamanya sehingga dia sedar sepenuhnya dan mengenali sekeliling. Kebanyakan mereka yang mengalami sawan akan berasa mengantuk atau keliru selepas sawan  Mereka yang mengalami sawan tidak boleh memandu, berenang, menaiki tangga atau mengendalikan mesin sehingga dia bertemu doktor dan doktor membenarkan. LAMPIRAN Langkau ke kandungan utama Nama general Nama jenama (United States) Carbamazepine Carbatrol, Tegretol Clobazam Frisium, Onfi Clonazepam Klonopin Diazepam Diastat, Diazepam, Valium Divalproex Sodium Depakote, Depakote ER Eslicarbazepine Acetate Aptiom Ezogabine Potiga Felbamate Felbatol Gabapentin Neurontin Lacosimide Vimpat Lamotrigine Lamictal Levetiracetam Keppra, Keppra XR Lorazepam Ativan Oxcarbazepine Oxtellar, Oxtellar XR, Trileptal Perampanel Fycompa Phenobarbital Phenytoin Dilantin, Phenytek, Pregabalin Lyrica Primidone Mysoline Rufinamide Banzel Tiagabine Hydrochloride Gabitril
  • 29. 29 Topiramate Topamax, Topamax XR Valproic Acid Depakene Vigabatrin Sabril RUJUKAN  Merriam-Webster 6  Dr. Muhammad Dhani, LC, 2011, Kuala Lumpur, Progressive Publishing House Sdn Bhd. Mengenali Penyakit, Epilepsy (Sawan Babi), 81-82  http://khasukm.blogspot.my/2008/10/sawan-epilepsiepilepsy.html  http://www.nhs.uk/CONDITIONS/EPILEPSY/Pages/Introduction.aspx  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/epilepsy-causes  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/treating-epilepsy?page=3  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/treating-epilepsy?page=3  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/treating-epilepsy?page=3  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/epilepsy-treatment-care  http://www.webmd.com/epilepsy/  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/epilespy-diagnosis-tests  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/are-there-alternative-treatments  https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11233674  http://www.webmd.com/epilepsy/medications-treat-seizures  http://www.webmd.com/epilepsy/medications-treat-seizures?page=2  http://www.webmd.com/epilepsy/medications-treat-seizures?page=3
  • 30. 30  http://www.myhealth.gov.my/rawatan-penyakit-epilepsy-2/  http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0622&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/types-of-seizures-their-symptoms  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/types-of-seizures-their-symptoms?page=2  http://www.webmd.com/epilepsy/guide/types-of-seizures-their-symptoms?page=3  http://www.webmd.com/epilepsy/tc/seizures-check-your-symptoms  http://www.webmd.com/epilepsy/tc/seizures-home-treatment  http://www.webmd.com/epilepsy/tc/seizures-prevention  http://www.ninds.nih.gov/disorders/epilepsy/detail_epilepsy.htm#192723109  http://www.webmd.com/drugs/2/drug-14494-6019/topamax-oral/topiramate--- oral/details#images  http://www.mims.com/malaysia/drug/info/zonegran/?type=brief