SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA
SK BANDAR TASIK PUTERI
48000 RAWANG, SELANGOR
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu
dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran
yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan
kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama
pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah
Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan ‘fogging’ atau menyembur
asap disekitar kawasan sekolah.
Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKBTP akan memperoleh
manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.
Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi
impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat
berkurangan. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat
kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan
kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat serta kepimpinan pengetua telah
membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah- sekolah
berkenaan.
Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh dari
segi jasmani, mental dan juga rohani. Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini akan
membantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik. Untuk
memastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapi
juga dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya. Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaan
itu jika tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segi
Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah
dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan
diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin
keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui
kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan
persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang
bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang
ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan
kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu
mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang
lain.
2.0 Tujuan
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah .
Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan
memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan
mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan
ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di
sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.
Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan
melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.
3.0 Nama Program
“GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA”
4.0 Tema Program
“Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah”
5.0 Matlamat Program Gotong –royong Perdana 1 Malaysia.
Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga
sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan
sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid
kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran
sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini
mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami
maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.
Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab
terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran
sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan
yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka
terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,
bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan
sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih
ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba
ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf
dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca,
berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.
6. 0 Objektif
Objektif program ini adalah:
i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman belakang sekolah yang lebih
ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting
bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria,
tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid
ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan
vi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
7. 0 Format Pelaksanaan
Manual Pelaksanaan Program
BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN
1 Penyediaan kertas kerja program :
- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan
persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan
program melalui mesyuarat dan bersemuka.
- Mesyuarat kali pertama.
Setiausaha
Program
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha
Program
3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas
program :
Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.
Setiausaha
Program
4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha
Program
5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim
surat menyurat , kad dan surat jemputan.
Setiausaha
Program
6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos
laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepada
agensi-agensi dan individu yang terlibat )
Setiausaha
Program
7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu
digunakan untuk gotong-royong.
AJK Peralatan
8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah
9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan
10 Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan
Pelancaran.
AJK Persiapan Tempat
11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan
peserta.
8.0 PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG)
9.0 CADANGAN TARIKH
26 Februari 2011 ( Sabtu )
10.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri
10.1 FOKUS KAWASAN
Terdapat 2 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu Tempat
Rehat Wakaf dan Kawasan Belakang Sekolah. Kedua-dua kawasan ini dipilih memandangkan
banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria dan memberi
manfaat kepada murid serta warga sekolah.
i. Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan :
 Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.
 Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan
pelajar.
 Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
 Memperbanyakkan tanaman hiasan
 Menanam rumput
Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat
murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika
menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat
sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat
untuk menjalankan aktiviti.
ii. Kawasan Belakang Sekolah perlu juga diceriakan untuk :
 Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
 Memperbanyakkan tanaman hiasan
 Menanam rumput
 Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar
 Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut
 Menanam pokok sebagai teduhan
Kawasan belakang sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di mana
aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai
menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan
belajar semasa proses P&P dijalankan.
11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:
Seluruh warga SK Bandar Tasik Puteri iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5
dan 6 , ibu bapa dan komuniti setempat iaitu ahli jawatan kuasa Perumahan Bandar Tasik
Puteri dan Majlis Perbandaran Selayang.
Sasaran : Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain
12.0 Carta Organisasi
Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana 1 Malaysia
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2011
Penasihat
En Rosman bin Mansor
(Guru Besar)
Pengerusi
Pn Norazizah binti Lamijan
(Guru Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi I
Pn Noriah binti Mohd Nor
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi II
Pn Roshida binti Md Isa
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Setiausaha
Pn. Ruzina binti amrun
(Guru Penyelaras 3K)
Bendahari
Pn. Nurita Azleena bt Husin
Ahli Jawatankuasa
Encik Tarmizi binti Salleh
Pn. Rohana binti sameon
En. Izham bin Adam
En Ahmad Fuad b. Fauzi (wakil PIBG)
En. Shahrizal b. Ahmad (wakil Kantin)
Encik Mohd Rizal bin Karim ( wakil MPS)
AJK PELAKSANA
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA
PENYAMBUT TETAMU PERALATAN
En Rosman bin Mansor En. Syed Akmal
Pn Norazizah binti Lamijan En. Roslan bin Salleh
PN Noriah binti Mohd Nor En. Mohamed bin Mahmud
Pn Roshida binti Md Isa En Amin bin Taufiq
CENDERAHATI DOKUMENTASI JAMUAN
Pn. Sharmilla bt Mat Pn. Hamimi bt Karim
Pn. Kamalia bt Sidik Pn. Kartina bt Husni
PENGERUSI MAJLIS BUKU PROGRAM
PN Latifah binti Zakaria Pn Zarina binti Hassan
BACAAN DOA PERSIAPAN TEMPAT
En. Mazli bin Husin Encik Anuar binti Ali
SIARANRAYA DOKUMENTASI
En. Nazim bin Nazri Pn Suraya binti Naim.
13.0 Program Tentatif
1. Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang.
3. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di Tempat
Rehat Wakaf dan juga di Belakang Sekolah.
4. Aktiviti aktiviti di tempat rehat wakaf :
Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.
Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat
tumpuan pelajar.
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput
5. Aktiviti-aktiviti di belakang sekolah:
Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.
Memperbanyakkan tanaman hiasan
Menanam rumput
Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar
Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut
Menanam pokok sebagai teduhan
13.1 Tentatif perjalanan aktiviti
7: 30 pagi : Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan.
8:00 pagi : Guru Besar menyampaikan ucapan aluan.
8:15 pagi : Taklimat gotong royong
: Pengagihan kumpulan
 Kumpulan 1 - Kawasan Tempat Rehat Wakaf dan Persekitarannya
 Kumpulan 2 – Kawasan Belakang Sekolah
8: 20 pagi : Aktiviti gotong royong dimulakan.
12:30 t/hari : Jamuan
1.00 t/hari : Bersurai
14.0 Anggaran perbelanjaan
Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar
program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan
untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan MPS. Berikut
disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :
BIL PERKARA PERBELANJAAN
1 Perbelanjaan cetakan
1. Buku Program
2. Surat-menyurat
RM 0.50 X 10
RM 0.50 X 4
RM 5.00
RM 2.00
JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN
2 Peralatan:
1. Tin cat
2. Berus cat
3. Cangkul
4. Plastik Sampah
5. Tong Sampah
6. Paku
RM 25.00 X 3
RM 2.50 X 10
RM 6.00 X 5
RM 1.00 X 2
RM 50.00 X 10
RM 25.00 X 1
RM 75.00
RM 25.00
RM 30.00
RM 2.00
RM 500.00
RM 25.00
7. Gergaji
8. Kayu / papan
RM 6.00 X 20
RM 8.00 X 30
RM120.00
RM240.00
JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.00
3 Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00
JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.00
4 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00
JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.00
5 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 757.00
Tajaan:
a) Pokok-pokok bunga dan baja ditaja oleh MPS
b) Rumput ditaja oleh MPS
c) Tong Sampah Kitar Semula ditaja oleh MPS
d) Minuman ringan ditaja oleh Pengusaha kantin
15.0 Penutup
Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan
satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid
untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh
masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah
khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong
perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara
masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling
bekerjasama antara satu sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang
terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan
harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan
program ini diberkati dan dirahmati.
Disediakan oleh:
………………………………………….
( RUZINA BINTI AMRUN )
Setiausaha 3K.
SK Bandar Tasik Puteri, Rawang
Selangor
Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas
sebab-sebab berikut:
……………………………………………………………………………………………………..
……………………………………..
( ROSMAN BIN MANSOOR )
Guru Besar,
SK Bandar Tasik Puteri, Rawang
Selangor.
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan big
soo5
 
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
soulmoon
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysia
nurkasihsolehah
 
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Mohd Zaki
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program
Mieyaa Nana
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
Miz Jieha
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
Mohd Hafiz Aziz
 
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolahContoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
khairma
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Fazri Usidi
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Nur Dalila Zamri
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulum
duan70
 

Was ist angesagt? (20)

Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan big
 
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysia
 
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program
 
Kk anak yatim
Kk anak yatimKk anak yatim
Kk anak yatim
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
Contoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibgContoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibg
 
Surat mohon sumbangan
Surat mohon sumbanganSurat mohon sumbangan
Surat mohon sumbangan
 
Teks ucapan perasmian program pa
Teks ucapan perasmian program paTeks ucapan perasmian program pa
Teks ucapan perasmian program pa
 
Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka
 
Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis Skrip pengacara-majlis
Skrip pengacara-majlis
 
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolahContoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
Contoh kertas kerja hari guru peringkat sekolah
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulum
 
Contoh dokumentasi
Contoh dokumentasiContoh dokumentasi
Contoh dokumentasi
 
Kertas kerja sambutan hari jadi prasekolah
Kertas kerja sambutan hari jadi prasekolah Kertas kerja sambutan hari jadi prasekolah
Kertas kerja sambutan hari jadi prasekolah
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 

Ähnlich wie Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
nadpaisey
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap
Amdi Jenis
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Irene Linda Lawan
 
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
elrazi
 
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01
Asrul Majid
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Lina Abu Bakar
 
Kertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'baKertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'ba
Muharini Rozab
 
Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012
Ayah Ma
 

Ähnlich wie Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp (20)

Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
DOKUMENTASI SS.pdf
DOKUMENTASI SS.pdfDOKUMENTASI SS.pdf
DOKUMENTASI SS.pdf
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
 
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01-conv...
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01
Failmeja3kkebersihankesihatandankeselamatanterbaru 140106092751-phpapp01
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
 
Kertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'baKertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'ba
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012Buku pengurusan-koko-2012
Buku pengurusan-koko-2012
 
Pelan strategik hem
Pelan strategik hemPelan strategik hem
Pelan strategik hem
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 

Mehr von Ahmad NazRi

Mehr von Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 

Kürzlich hochgeladen (7)

BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

  • 1. KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA SK BANDAR TASIK PUTERI 48000 RAWANG, SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan ‘fogging’ atau menyembur asap disekitar kawasan sekolah. Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKBTP akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.
  • 2. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat serta kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah- sekolah berkenaan. Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh dari segi jasmani, mental dan juga rohani. Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini akan membantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik. Untuk memastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapi juga dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya. Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaan itu jika tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segi Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang lain.
  • 3. 2.0 Tujuan Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah . Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi. . Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria. 3.0 Nama Program “GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA” 4.0 Tema Program “Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah” 5.0 Matlamat Program Gotong –royong Perdana 1 Malaysia. Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.
  • 4. Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca, berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria. 6. 0 Objektif Objektif program ini adalah: i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman belakang sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
  • 5. v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan vi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti. 7. 0 Format Pelaksanaan Manual Pelaksanaan Program BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN 1 Penyediaan kertas kerja program : - Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan program melalui mesyuarat dan bersemuka. - Mesyuarat kali pertama. Setiausaha Program 2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha Program 3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas program : Cadangan : bilik mesyuarat sekolah. Setiausaha Program 4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha Program 5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan. Setiausaha Program 6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat ) Setiausaha Program 7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk gotong-royong. AJK Peralatan
  • 6. 8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah 9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan 10 Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan Pelancaran. AJK Persiapan Tempat 11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan peserta. 8.0 PENGANJUR Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 9.0 CADANGAN TARIKH 26 Februari 2011 ( Sabtu ) 10.0 TEMPAT Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 10.1 FOKUS KAWASAN Terdapat 2 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu Tempat Rehat Wakaf dan Kawasan Belakang Sekolah. Kedua-dua kawasan ini dipilih memandangkan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria dan memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah. i. Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan :  Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.  Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar.
  • 7.  Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.  Memperbanyakkan tanaman hiasan  Menanam rumput Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti. ii. Kawasan Belakang Sekolah perlu juga diceriakan untuk :  Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.  Memperbanyakkan tanaman hiasan  Menanam rumput  Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar  Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut  Menanam pokok sebagai teduhan Kawasan belakang sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di mana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan. 11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN: Seluruh warga SK Bandar Tasik Puteri iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5 dan 6 , ibu bapa dan komuniti setempat iaitu ahli jawatan kuasa Perumahan Bandar Tasik Puteri dan Majlis Perbandaran Selayang. Sasaran : Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain
  • 8. 12.0 Carta Organisasi Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana 1 Malaysia JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2011 Penasihat En Rosman bin Mansor (Guru Besar) Pengerusi Pn Norazizah binti Lamijan (Guru Penolong Kanan HEM) Naib Pengerusi I Pn Noriah binti Mohd Nor (Guru Penolong Kanan Kurikulum) Naib Pengerusi II Pn Roshida binti Md Isa (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum) Setiausaha Pn. Ruzina binti amrun (Guru Penyelaras 3K) Bendahari Pn. Nurita Azleena bt Husin
  • 9. Ahli Jawatankuasa Encik Tarmizi binti Salleh Pn. Rohana binti sameon En. Izham bin Adam En Ahmad Fuad b. Fauzi (wakil PIBG) En. Shahrizal b. Ahmad (wakil Kantin) Encik Mohd Rizal bin Karim ( wakil MPS) AJK PELAKSANA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA PENYAMBUT TETAMU PERALATAN En Rosman bin Mansor En. Syed Akmal Pn Norazizah binti Lamijan En. Roslan bin Salleh PN Noriah binti Mohd Nor En. Mohamed bin Mahmud Pn Roshida binti Md Isa En Amin bin Taufiq CENDERAHATI DOKUMENTASI JAMUAN Pn. Sharmilla bt Mat Pn. Hamimi bt Karim Pn. Kamalia bt Sidik Pn. Kartina bt Husni PENGERUSI MAJLIS BUKU PROGRAM PN Latifah binti Zakaria Pn Zarina binti Hassan BACAAN DOA PERSIAPAN TEMPAT En. Mazli bin Husin Encik Anuar binti Ali SIARANRAYA DOKUMENTASI En. Nazim bin Nazri Pn Suraya binti Naim.
  • 10. 13.0 Program Tentatif 1. Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. 2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. 3. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di Tempat Rehat Wakaf dan juga di Belakang Sekolah. 4. Aktiviti aktiviti di tempat rehat wakaf : Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf. Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar. Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput 5. Aktiviti-aktiviti di belakang sekolah: Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut Menanam pokok sebagai teduhan
  • 11. 13.1 Tentatif perjalanan aktiviti 7: 30 pagi : Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan. 8:00 pagi : Guru Besar menyampaikan ucapan aluan. 8:15 pagi : Taklimat gotong royong : Pengagihan kumpulan  Kumpulan 1 - Kawasan Tempat Rehat Wakaf dan Persekitarannya  Kumpulan 2 – Kawasan Belakang Sekolah 8: 20 pagi : Aktiviti gotong royong dimulakan. 12:30 t/hari : Jamuan 1.00 t/hari : Bersurai 14.0 Anggaran perbelanjaan Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan MPS. Berikut disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini : BIL PERKARA PERBELANJAAN 1 Perbelanjaan cetakan 1. Buku Program 2. Surat-menyurat RM 0.50 X 10 RM 0.50 X 4 RM 5.00 RM 2.00 JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN 2 Peralatan: 1. Tin cat 2. Berus cat 3. Cangkul 4. Plastik Sampah 5. Tong Sampah 6. Paku RM 25.00 X 3 RM 2.50 X 10 RM 6.00 X 5 RM 1.00 X 2 RM 50.00 X 10 RM 25.00 X 1 RM 75.00 RM 25.00 RM 30.00 RM 2.00 RM 500.00 RM 25.00
  • 12. 7. Gergaji 8. Kayu / papan RM 6.00 X 20 RM 8.00 X 30 RM120.00 RM240.00 JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.00 3 Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00 JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.00 4 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00 JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.00 5 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 757.00 Tajaan: a) Pokok-pokok bunga dan baja ditaja oleh MPS b) Rumput ditaja oleh MPS c) Tong Sampah Kitar Semula ditaja oleh MPS d) Minuman ringan ditaja oleh Pengusaha kantin 15.0 Penutup Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
  • 13. Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati. Disediakan oleh: …………………………………………. ( RUZINA BINTI AMRUN ) Setiausaha 3K. SK Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-sebab berikut: …………………………………………………………………………………………………….. …………………………………….. ( ROSMAN BIN MANSOOR ) Guru Besar, SK Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor.