SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 26
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 5
1.1 Definisi Semantik 5
1.2 Konsep Semantik 5
1.3 Makna Leksikal 7
1.4 Makna Ayat 8
1.5 Semantik teori pembuktian. 9
1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. 9
1.7 Pengembangan Makna 10
1.8 Penyempitan Makna 10
2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH 11
2.1 Definisi Istilah 11
2.2 Morfem dan Proses Peristilahan 11
2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka 12
2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 13
2.5 Prinsip Pembentukan Istilah 13
2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) 14
2.5.2 Istilah Kata Terbitan 14
2.5.3 Istilah Kata Ganda 15
2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 16
2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 16
2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 16
2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal 17
3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN
BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH. 18
3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat amnya..18
3.2Aplikasi ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu di sekolah. 20
4.0 PENUTUP 23
4.1 Kesimpulan 23
5.0 REFLEKSI TUGASAN 26
BIBLIOGRAFI 27
BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS
1.0PENDAHULUAN
2
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANG CATATAN
TANDA
TANGAN
PENSYARAH/
PELAJAR
20 FEB
2014
Penerimaan tugasan kerja kursus IPG
21 FEB
2014
Mula mencari bahan di internet On line
24 FEB
2014
Penerangan tentang pelaksanaan
kerja kursus oleh pensyarah.
kelas
26 FEB
2014
Mengumpul bahan melalui
pembacaan dan internet.
Modul, buku rujukan
dan internet.
28 FEB
2014
Mula menaip bahan. Taip mengikut prosedur
Yang ditetapkan.
01 MAC
2014
Menunjukkan draf kerja kursus
kepada pensyarah.
IPG BM
11 MAC
2014
Berbincang dengan rakan-rakan
sekelas.
kelas
13 MAC
2014
Mencari, mengumpul dan menaip
bahan
Tajuk konsep semantik.
15 MAC
2014
Mencari, mengumpul dan menaip
bahan
Maklumat mengenai
komponnen semantik
16 MAC
2014
Mencari, mengumpul dan menaip
bahan
Proses pembentukan
istilah dalam Bahasa
Melayu
18 MAC
2014
Mencari, mengumpul dan menaip
bahan
Bentuk-bentuk istilah
dalam Bahasa Melayu
22 MAC
2014
Mencari, mengumpul dan menaip
bahan
Analisis istilah semantik
dalam karangan murid.
24 MAC
2014
Mencari, mengumpul dan menaip
bahan.
Refleksi tugasan
26 MAC
2014
Menghantar tugasan.
1 .1 Definisi Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata
merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat
menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada
segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang
3
bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik
ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya
makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik
ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah
kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara
makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
1.2 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos” yang
bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan
sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu
kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan
untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud
makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.
Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya
yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji
bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata
boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,
hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna
daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai
jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang
mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna
leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim
(perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan
yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi
(perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan
yang mempunyai satu makna).
1.3 Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna
perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
4
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian
memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,
ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal
melainkan memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat
melalui contoh yang berikut:
i. Sinonim (perkataan “cantik” dan “indah”),
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah.
- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik.
ii. Antonim (perkataan “gemuk” dan “kurus”)
iii. Hiponim (perkataan “ayam”, “itik” dan “lembu” berhiponim dengan perkataan
“haiwan”)
iv. Homonim (perkataan “kali” bermaksud “darab” dan “sungai”)
v. Polisemi (perkataan “berat” bermaksud “tekanan benda”, “sukar”, “berkenaan sikap”,
“berkenaan makanan” dan lain-lain)
vi.Peribahasa ( Peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” bermaksud “orang
yang tidak amanah”).
1. Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan
perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima
ekor lembu’.
2. Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna
masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal
api, bunga api dan sebagainya.
3. Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna
tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam
bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
1.4 Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna
terselindung dan makna tersirat.
5
1. Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang
tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.
Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa
kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.
Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.
Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang
dihormati.
2. Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana
perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat :
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau
pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih
dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau
pembaca,
3. Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau
diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan
menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut
sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.
Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk
pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan
bentuk simpulan bahasa.
1.5 Semantik teori pembuktian.
Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih
berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran.
6
1. Keharmonian dan Pembuktian
Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang
bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut
bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih
bermakna dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen
menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya
bahawa rumput itu hijau, penghubung “dan” patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:
Langit itu biru dan rumput itu hijau.
2. Koheren Dalam Pembuktian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai
berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu
ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori
koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau
konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.
Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian
bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai
maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain,
ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada
7
satu tafsiran.
Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada
bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah
meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi,
menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami
maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang
berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti
dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa
Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada
perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang
terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan
neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai
penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini
dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat
berkenaan.
1.7 Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati
pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi
sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut
‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang
yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang
dianggap sama darjatnya disebut‘saudara’.
1.8 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi
pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang
cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan
bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada
8
makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-
saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’
juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
2.1 Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata,
gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam
sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi
konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-
3) Tata istilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan
istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan
istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang
ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem
tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam
bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).
Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah
kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata
istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.
Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem
merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.
2.2 Morfem dan Proses Peristilahan
Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan
yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah
pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan.
1. Kata akar
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan
sebagainya.
2. Imbuhan dan Pengimbuhan
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses
pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).
9
3. Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut =
rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.
4. Gabungan
Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui
proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha,
warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah
yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan
bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat
pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya,
kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah
dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata
berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha
penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) dalam tahun 1956.
2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan
istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan
menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan
dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah,
mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga
bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan
panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat
nasihat.
Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian
Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
• Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
• Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
• Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
• Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
• Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat
penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
• Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan
kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-
10
negara lain.
2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh
Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah
sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan
lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita
mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik,
kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.
Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun
semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan
pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi
dasar, cara dan pedoman, iaitu:
i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang
progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;
ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa;
iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah
sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;
iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa
Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-
Indonesia; dan
v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan
istilah asal atau istilah antarabangsa.
2.5 Prinsip Pembentukan Istilah
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman
Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang
seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab
mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat
bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses
pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa
bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan
pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.
11
Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;
i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.
ii. Kata terbitan.
iii. Kata ganda.
iv. Kata gabungan.
2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)
Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Contoh:
Kata nama: buruj - constellation
rawan - gristle
cahaya - light
Kata kerja: pecut - accelerate
Imbas - scan
reka - invent
Kata adjektif: kenyal - elastic
Rawak - random
Cemas - anxious
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang
terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang
boleh diujarkan sebagai satu perkataan.
Contoh :
Cerpen , FELDA , tabika , kugiran , JKR , pawagam , RISDA , MRSM , MARA
2.5.2 Istilah Kata Terbitan
Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan,
akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima
imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.
2.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan ber-
Contoh:
belajar pelajar pelajaran
12
bertapa pertapa pertapaan
2.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)-
Contoh:
menulis penulis penulisan tulisan
mengajar pengajar pengajaran ajaran
2.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, ber-
Contoh:
memberhentikan - pemberhentian – perhentian
2.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, per-
Contoh:
Mempersatukan , pemersatu, pemersatuan, persatuan
2.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an
Contoh:
saksi Kesaksian , bermakna Kebermaknaan
2.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh:
Gigi gerigi , susu tenusu
2.5.3 Istilah Kata Ganda
Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya
atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.
2.5.3.1 Ganda Penuh
Contoh:
langit-langit , kanak-kanak , labi-labi , paru-paru
2.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal
Contoh:
Tetikus rerongga jejari , Cecair rerambut kekisi
2.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan
Contoh:
Dedaunan , pepohonan , jejarian
2.5.3.4 Kata Ganda Berentak
Contoh:
13
Warna-warni , Batu-batan , Serta-merta , Bengkang-bengkok
2.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk)
Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur
dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau
tanpa imbuhan.
2.5.4.1 Tanpa Imbuhan:
Contoh:
garis lintang atas aras laut , daftar masuk mesin atur huruf
2.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya
Contoh- contoh seperti :
saksi pendakwa pelarasan gaji , dalam talian atas talian
2.5.4.3 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur
Contoh - contoh seperti:
Jagaan perlindungan kedudukan anggaran
Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi
2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu
2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah
itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;
• kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang
dimaksudkan.
• kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan
bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh – contoh seperti:
gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
14
dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau
bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam
bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi
bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling
internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada
istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh – contoh seperti:
Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu
Atom
Electron
Professional
Psychology
Structure
Radio
Television
Radiography
Atom
Elektron
Profesional
Psikologi
Struktur
Radio
Televisyen
Radiografi
2.6.4 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
• Sesuai maknanya;
• Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
• Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.
2.6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya.
Hal ini bergantung pada:
• Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
• Kemudahan belajar bahasa; dan
• Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk
jamaknya yang lebih biasa dipakai.
2.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan
15
kekeliruan.
3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN
BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH.
3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat amnya..
Dalam mengejar arus kemodenan dan peradaban ini, penggunaan bahasa Melayu
semakin luntur dari bibir masyarakat Melayu kita. Masyarakat semakin ghairah menghantar
anak-anak mereka ke kelas Bahasa Inggeris kerana tidak mahu anak-anak mereka
ketinggalan arus perubahan. Namun apa yang menyedihkan ialah tahap penggunaan anak-
anak mereka dalam Bahasa Melayu tidak pernah di persoalkan. Mereka lebih sanggup melihat
anak-anak mereka petah berbahasa Inggeris berbanding bahasa melayu yang semakin hanyut
di telan zaman. Situasi ini secara tidak lansung telah mempamerkan bahawa bahasa
kebangsaan iaitu bahasa melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada zaman ini.
Hal ini demikian kerana pengutamaan bahasa asing oleh masyarakat, penggunaan
bahasa Melayu tidak dituturkan dengan kaedah yang betul sehingga wujudnya bahasa rojak
dan perkembangan globalisasi dunia dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) yang secara
dominannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantara telah menyumbang kepada
berlakunya keruntuhan martabat bahasa kebangsaan kita, bahasa melayu. Bahasa Melayu
semakin kurang digunakan terutamanya dalam masyarakat Melayu yang lebih mengagung-
agungkan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jika diperhatikan, bukan
semua rakyat yang berwarganegara Malaysia tahu dan mahu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Bahkan di media massa dan media elektronik juga lebih memberikan tumpuan dalam
penggunaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan bahwa
masyarakat Malaysia lebih megutamakan bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris berbanding
bahasa melayu. Persoalannya mengapakah bahasa asing lebih diutamakan berbanding
bahasa kebangsaan sendiri?
Ini adalah kerana sifat kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu.
Kebanyakan masyarakat Malaysia memandang rendah terhadap bahasa melayu kerana
berpandangan bahawa mempelajari bahasa Melayu adalah kurang penting bagi mereka.
Selain itu, majoriti penduduk negara Malaysia berpendapat bahawa Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang terulung di dunia walaupun pada hakikatnya Bahasa Inggeris
bukanlah bahasa yang mempunyai paling rama ipenutur di dunia ini. Bahasa Inggeris
hanyalah merupakan lingua franca , iaitu bahasapertuturan yang paling utama dan meluas.
Seterusnya, kurangnya semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia telah
16
menyebabkan bahasa asing lebih diutamakan berbanding bahasa kebangsaan sendiri. Hal ini
berlaku kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa
ibunda. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur-aduk antara Bahasa Melayu dengan
bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa dalam
kalangan masyarakat Melayu terutamanya masyarakat bandar merupakan salah satu factor
kelunturan penggunaan Bahasa Melayu.
Bahasa rojak pantas berkembang dan menjadi pilihan masyarakat kerana
penggunaannya yang ringkas, mudah serta senang difahami menjadikan ia lebih dekat
dengan pelbagai lapisan masyarakat. Namun, penggunaan bahasa rojak menyebabkan mutu
penguasaan bahasa Melayu terus merosot, lemah serta terhakis dan seterusnya memberi
kesan negatif kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
Selain itu, bahasa rojak juga menjejaskan pembelajaran dalam bahasa Melayu di
kalangan murid sekolah sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang
dan penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Kecanggihan teknologi
maklumat iaitu penggunaan telefon bimbit yang menyediakan sistem pesanan ringkas (SMS)
dan laman sosial yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan
menjimatkan juga telah menyumbang kepada penggunaan bahasa rojak sekaligus
menyebabkan keruntuhan martabat bahasa kebangsaan.
Penggunaan simbol, koddan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS dengan
tujuan untuk meringkaskan sertamenggantikan maksud sebenar. Ayat-ayat yang ditulis sering
kali bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada
perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh
penerimanya dalam ruang terhad yang disediakan, sebagai contoh “Nxt week blk umah tak?” .
Bahasa rojak ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan
memo hingga menyebabkan martabat bahasa kebangsaan jatuh merundum.
Perkembangan globalisasi dunia dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) yang secara
dominannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan telah menyumbang kepada
berlakunya keruntuhan martabat bahasa kebangsaan. Seiring dengan kemajuan teknologi
maklumat (ICT) yang berlaku di seluruh dunia, Malaysia juga turut mendapat impak yangbesar
terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Bahasa Inggeris merupakan
bahasa dominan bagi bahasa teknologi maklumat.
17
a. Aplikasi ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu di sekolah.
Kami cuba analisis beberapa istilah yang terkandung dalam teks karangan murid di
atas berdasarkan bentuk-bentuk istilah.
Analisis karangan murid tahun 6 dalam bidang leksikal dilihat dari sudut:
1. Antonim:
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna
yang tidak sama. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan tersebut ialah :
gerun - berani
bersih – kotor
jual – beli
sihat – sakit
petah – gagap
beri – ambil
meneruskan – memberhentikan
menyenangkan – menyusahkan
2. Sinonim:
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna
yang sama atau hampir sama. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan tersebut ialah :
Lawatan – rombongan
Tiba – sampai
Pergi – bertolak, berangkat
Membawa – menjinjing
Selesai – tamat
Pulang – balik
Cepat – pantas
3. Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai
contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara
umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,
melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya,
hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata
yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau
18
anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan
tersebut ialah :
1. Rumah :
Rumah banglo
Rumah teres
Rumah pangsa
Rumah papan
Rumah berkembar
Rumah rehat
Rumah sewa
Rumah kedai
Rumah kongsi
Rumah mayat
Rumah pam
2. Sekolah:
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Sekolah swasta
Sekolah persendirian
Sekolah tadika
3. Jam:
Jam tangan
Jam dinding
Jam loceng
Jam randik
Jam penggera
4. Bas:
Bas sekolah
Bas ekspress
Bas rombongan
19
Bas persiaran
4. Homonim:
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang
mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna.
“Kesempitan“ dalam teks karangan ini adalah membawa maksud ruang atau masa yang tidak
mencukupi.
“Kesempitan” dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai kesusahan yang dihadapi
oleh seseorang.
“Mengambil foto” dalam petikan ini adalah membawa maksud menangkap gambar.
“Mengambil foto” dalam konteks lain mungkin membawa maksud mengutip gambar yang
terjatuh ke lantai.
5. Polisemi
Polisemi ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada
secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisemi ialah hubungan kata atau frasa
yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Polisemi
memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan homonim, iaitu mempunyai banyak makna. Berikut
beberapa contoh untuk membantu pemahaman definisi polisemi dengan merujuk pada kata
‘kepala’ mengikut takrif Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 744-745):
1. Bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau ke hadapan (tempat
terdapatnya mata, mulut, telinga, dan lain-lain), hulu.
2. Bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali.
3. Ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain), pemimpin (negara dan lain-lain),
penghulu (kampung dan lain-lain).
4. Otak, akal, fikiran.
5. Orang (digunakan dalam perhitungan atau perkiraan).
Antara perkataan polisemi yang terdapat dalam karanagan ini ialah perkataan “berada” di
dalam petikan karangan ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat.
Dalam situasi lain perkataan “berada” boleh membawa maksud orang kaya.
Selain itu , kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal. Ayat grammatikal
mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan.
(i) “Aku dan rakan-rakanku terkinja-kinja, tidak sabar mahu meneroka bumi Melaka”.
20
Perkataan “terkinja-kinja” dalam ayat di atas membawa maksud berasa sangat teruja dan
seronok yang teramat sangat untuk melihat bumi Melaka.
Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan.
(ii) “Aku berasa gerun tatkala mendengar suara-suara sumbang yang mengatakan rumah-
rumah itu berhantu.”
Perkataan “gerun” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa “takut”,.Frasa ini
menggambarkan ketakutan seseorang.
Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen.
(iii) “Aku tertanya-tanya tempat apakah ini ?.”
Frasa “Aku tertanya-tanya” membawa maksud tidak tahu lokasi di mana mereka berada.
4.0 PENUTUP
4.1 Kesimpulan
Antara kesimpulan yang dapat kami perolehi dari tugasan ini ialah semantik adalah
istilah teknikal yang merujuk kepada kajian makna. Perkataan semantik adalah sebahagian
dari struktur makna suatu bicara atau sistem dan penyelidikan makna dan erti dalam suatu
bahasa pada umumnya. Semantik adalah satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna.
Mengetahui ciri semantik ialah sesuatu perkataan itu dapat membantu seseorang memilih
perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan
makna bagi sesuatu perkataan. Makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri
tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendirinya
merupakan ‘ inti makna’.
Teori bagi analisis komponen menyediakan cara yang sistematik, berprinsip dan
ekonomik kepada para ahli bahasa untuk memerihal hubungan makna yang didukung oleh
leksem dalam sesuatu bahasa dan dengan satu andaian iaitu komponen-komponen ini bersifat
universal dan merentas pelbagai bahasa. Ianya merupakan cara untuk mengzahirkan sejelas
mungkin hubungan sistemis antara perkataan. Maka makna-makna yang terkandung dalam
setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu.
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan
kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman
Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang
seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab
mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat
bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses
pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa
21
bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan
pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu
5.0 REFLEKSI TUGASAN
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-
Nya saya dapat menyiapkan tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3111)
ini dengan baik bersama rakan saya iaitu Pn Idayu binti Abu walau pun dibatasi masa yang
terhad lantaran kesibukan tugas seharian .
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan
Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk
dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. .Saya berasa begitu
bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya
tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan
pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan
peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah
kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba
menghasilkan tugasan yang terbaik bersama ahli kumpulan saya, bermula dengan mencari
nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan
istilah dalam bahasa Melayu. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji konsep semantik
dan bentuk-bentuk peristilahan bahasa Melayu.
Selain itu, semantik juga merupakan subdisiplin linguistik yang membicarakan makna
iaitu makna kata dan makna kalimat. Oleh itu, ilmu baharu ini sangat membantu saya untuk
memantapkan lai ilmu dalam bidang bahasa Melayu yang sepatutnya ada dalam diri saya
sebagai seorang guru dalam bahasa Melayu.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan
untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas
mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui
semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau
ayat. Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan
kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang
22
menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui
tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan..
Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Mashudi bin Bahari yang telah banyak
membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu
juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini
dapat disiapkan.
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini
dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
5.2 Refleksi 2
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-
Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan tugas seharian. Hasil daripada analisis ilmu semantik dan peristilahan Bahasa
Melayu yang dinilai menerusi karangan salah seorang daripada murid saya , mendatangkan
banyak manfaat kepada saya. Antara manfaat yang saya peroleh ialah pengetahuan yang
luas tentang komponen –komponen makna dalam semantik itu sendiri dan pembentukan
23
istilah-istilah Bahasa Melayu yang mana bahan-bahan tersebut dapat membantu saya menjadi
seorang guru yang berketerampilan dan mampu menjadi mangkin perubahan kepada anak
didik kelak. Misalannya, melalui pemahaman saya terhadap konsep semantik, teori berkaitan
dengan pembentukan semantik dan komponen semantik yang membentuk makna. Seterusnya
mengetahui proses tatacara pembentukan istilah dan bentuk-bentuk istilah dalam Bahasa
Melayu.
Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis karangan murid bukanlah sesuatu
yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan. Dalam menghasilkan
tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu
dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku
terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber-sumber dari internet. Akhirnya dengan
usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu
ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini
terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.
Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau
makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Dapatan daya daripada tugasan ini adalah,
semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik.
Dalam semantik juga kita boleh mengenal apakah yang disebut klasifikasi makna, relasi
makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Kedaifan kita
dalam mengikuti arus kemodenan akan menyebabkan kita akan menjadi seorang guru yang
tidak berkualiti pada alaf baru ini. Justeru itu sebagai seorang guru bermutu tinggi, segala ilmu
terkini seharusnya menjadi "makan minum seharian yang harus diambil setiap hari. Jika tidak
kita akan mati kebuluran." Akhir sekali tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran
dan rasa iltizam yang menggunung tinggi. Melalui kesabaran, hasil tugasan yang ingin kita
siapkan akan mencapai objektif sepenuhnya.
Sekian, Terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
24
Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad
awang/meaning.html telah diakses pada 2 Mac 2014
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur.
Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26).
Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh
Abdullah Hassan)
Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan
Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
25
26

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaauni farhana
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasaFara Piruz
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 

Was ist angesagt? (20)

Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacana
 
Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 

Ähnlich wie Assignment bm - semantik

Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGEeikarshdn
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabAMATKAMIL91
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuRama Danty
 

Ähnlich wie Assignment bm - semantik (20)

Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Bm semantik
Bm semantikBm semantik
Bm semantik
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arab
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Semantik Topik 7
Semantik Topik 7Semantik Topik 7
Semantik Topik 7
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 

Mehr von Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 

Mehr von Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 

Assignment bm - semantik

  • 1. KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 5 1.1 Definisi Semantik 5 1.2 Konsep Semantik 5 1.3 Makna Leksikal 7 1.4 Makna Ayat 8 1.5 Semantik teori pembuktian. 9 1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. 9 1.7 Pengembangan Makna 10 1.8 Penyempitan Makna 10 2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH 11 2.1 Definisi Istilah 11 2.2 Morfem dan Proses Peristilahan 11 2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka 12 2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 13 2.5 Prinsip Pembentukan Istilah 13 2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) 14 2.5.2 Istilah Kata Terbitan 14 2.5.3 Istilah Kata Ganda 15 2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 16 2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu 16 2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun 16 2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal 17 3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH. 18 3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat amnya..18 3.2Aplikasi ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu di sekolah. 20 4.0 PENUTUP 23 4.1 Kesimpulan 23 5.0 REFLEKSI TUGASAN 26 BIBLIOGRAFI 27
  • 2. BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS 1.0PENDAHULUAN 2 TARIKH PERKARA YANG DIBINCANG CATATAN TANDA TANGAN PENSYARAH/ PELAJAR 20 FEB 2014 Penerimaan tugasan kerja kursus IPG 21 FEB 2014 Mula mencari bahan di internet On line 24 FEB 2014 Penerangan tentang pelaksanaan kerja kursus oleh pensyarah. kelas 26 FEB 2014 Mengumpul bahan melalui pembacaan dan internet. Modul, buku rujukan dan internet. 28 FEB 2014 Mula menaip bahan. Taip mengikut prosedur Yang ditetapkan. 01 MAC 2014 Menunjukkan draf kerja kursus kepada pensyarah. IPG BM 11 MAC 2014 Berbincang dengan rakan-rakan sekelas. kelas 13 MAC 2014 Mencari, mengumpul dan menaip bahan Tajuk konsep semantik. 15 MAC 2014 Mencari, mengumpul dan menaip bahan Maklumat mengenai komponnen semantik 16 MAC 2014 Mencari, mengumpul dan menaip bahan Proses pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu 18 MAC 2014 Mencari, mengumpul dan menaip bahan Bentuk-bentuk istilah dalam Bahasa Melayu 22 MAC 2014 Mencari, mengumpul dan menaip bahan Analisis istilah semantik dalam karangan murid. 24 MAC 2014 Mencari, mengumpul dan menaip bahan. Refleksi tugasan 26 MAC 2014 Menghantar tugasan.
  • 3. 1 .1 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang 3
  • 4. bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. 1.2 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893) Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). 1.3 Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. 4
  • 5. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat melalui contoh yang berikut: i. Sinonim (perkataan “cantik” dan “indah”), - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah. - Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik. ii. Antonim (perkataan “gemuk” dan “kurus”) iii. Hiponim (perkataan “ayam”, “itik” dan “lembu” berhiponim dengan perkataan “haiwan”) iv. Homonim (perkataan “kali” bermaksud “darab” dan “sungai”) v. Polisemi (perkataan “berat” bermaksud “tekanan benda”, “sukar”, “berkenaan sikap”, “berkenaan makanan” dan lain-lain) vi.Peribahasa ( Peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” bermaksud “orang yang tidak amanah”). 1. Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’. 2. Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dan sebagainya. 3. Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. 1.4 Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. 5
  • 6. 1. Makna Tersurat (denotasi) Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati. 2. Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat : Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, 3. Makna Tersirat (konotasi) Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa. 1.5 Semantik teori pembuktian. Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran. 6
  • 7. 1. Keharmonian dan Pembuktian Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung “dan” patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut: Langit itu biru dan rumput itu hijau. 2. Koheren Dalam Pembuktian Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar. 1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada 7
  • 8. satu tafsiran. Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. 1.7 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ . Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut‘saudara’. 1.8 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada 8
  • 9. makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak- saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang. 2.0 PROSES TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH 2.1 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1- 3) Tata istilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. 2.2 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan. 1. Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya. 2. Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan). 9
  • 10. 3. Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. 4. Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. 2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah; • Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. • Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara- 10
  • 11. negara lain. 2.4 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu- Indonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. 2.5 Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. 11
  • 12. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. Kata terbitan. iii. Kata ganda. iv. Kata gabungan. 2.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj - constellation rawan - gristle cahaya - light Kata kerja: pecut - accelerate Imbas - scan reka - invent Kata adjektif: kenyal - elastic Rawak - random Cemas - anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen , FELDA , tabika , kugiran , JKR , pawagam , RISDA , MRSM , MARA 2.5.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. 2.5.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan ber- Contoh: belajar pelajar pelajaran 12
  • 13. bertapa pertapa pertapaan 2.5.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)- Contoh: menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran 2.5.2.3 Paradigma dengan me(N)-, ber- Contoh: memberhentikan - pemberhentian – perhentian 2.5.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, per- Contoh: Mempersatukan , pemersatu, pemersatuan, persatuan 2.5.2.5 Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi Kesaksian , bermakna Kebermaknaan 2.5.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in- Contoh: Gigi gerigi , susu tenusu 2.5.3 Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. 2.5.3.1 Ganda Penuh Contoh: langit-langit , kanak-kanak , labi-labi , paru-paru 2.5.3.2 Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus rerongga jejari , Cecair rerambut kekisi 2.5.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: Dedaunan , pepohonan , jejarian 2.5.3.4 Kata Ganda Berentak Contoh: 13
  • 14. Warna-warni , Batu-batan , Serta-merta , Bengkang-bengkok 2.5.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk) Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. 2.5.4.1 Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut , daftar masuk mesin atur huruf 2.5.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa pelarasan gaji , dalam talian atas talian 2.5.4.3 Dengan Imbuhan pada kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian ditandatangani perbelanjaan terealisasi 2.6 Sumber Istilah Bahasa Melayu 2.6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; • kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. • kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 2.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh – contoh seperti: gambut (daripada bahasa Banjar) – peat nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf 14
  • 15. dening (daripada dialek Kelantan) – yoke 2.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh – contoh seperti: Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen Radiografi 2.6.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar; • Sesuai maknanya; • Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; • Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 2.6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada: • Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat; • Kemudahan belajar bahasa; dan • Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 2.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan 15
  • 16. kekeliruan. 3.0 APLIKASI ILMU SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM PENGUASAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH. 3.1 Mutu penguasaan bahasa Melayu di sekolah dan masyarakat amnya.. Dalam mengejar arus kemodenan dan peradaban ini, penggunaan bahasa Melayu semakin luntur dari bibir masyarakat Melayu kita. Masyarakat semakin ghairah menghantar anak-anak mereka ke kelas Bahasa Inggeris kerana tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan arus perubahan. Namun apa yang menyedihkan ialah tahap penggunaan anak- anak mereka dalam Bahasa Melayu tidak pernah di persoalkan. Mereka lebih sanggup melihat anak-anak mereka petah berbahasa Inggeris berbanding bahasa melayu yang semakin hanyut di telan zaman. Situasi ini secara tidak lansung telah mempamerkan bahawa bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada zaman ini. Hal ini demikian kerana pengutamaan bahasa asing oleh masyarakat, penggunaan bahasa Melayu tidak dituturkan dengan kaedah yang betul sehingga wujudnya bahasa rojak dan perkembangan globalisasi dunia dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) yang secara dominannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantara telah menyumbang kepada berlakunya keruntuhan martabat bahasa kebangsaan kita, bahasa melayu. Bahasa Melayu semakin kurang digunakan terutamanya dalam masyarakat Melayu yang lebih mengagung- agungkan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jika diperhatikan, bukan semua rakyat yang berwarganegara Malaysia tahu dan mahu bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahkan di media massa dan media elektronik juga lebih memberikan tumpuan dalam penggunaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan bahwa masyarakat Malaysia lebih megutamakan bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris berbanding bahasa melayu. Persoalannya mengapakah bahasa asing lebih diutamakan berbanding bahasa kebangsaan sendiri? Ini adalah kerana sifat kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat Malaysia memandang rendah terhadap bahasa melayu kerana berpandangan bahawa mempelajari bahasa Melayu adalah kurang penting bagi mereka. Selain itu, majoriti penduduk negara Malaysia berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia walaupun pada hakikatnya Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling rama ipenutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca , iaitu bahasapertuturan yang paling utama dan meluas. Seterusnya, kurangnya semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia telah 16
  • 17. menyebabkan bahasa asing lebih diutamakan berbanding bahasa kebangsaan sendiri. Hal ini berlaku kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur-aduk antara Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya masyarakat bandar merupakan salah satu factor kelunturan penggunaan Bahasa Melayu. Bahasa rojak pantas berkembang dan menjadi pilihan masyarakat kerana penggunaannya yang ringkas, mudah serta senang difahami menjadikan ia lebih dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat. Namun, penggunaan bahasa rojak menyebabkan mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot, lemah serta terhakis dan seterusnya memberi kesan negatif kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya. Selain itu, bahasa rojak juga menjejaskan pembelajaran dalam bahasa Melayu di kalangan murid sekolah sehingga mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang dan penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Kecanggihan teknologi maklumat iaitu penggunaan telefon bimbit yang menyediakan sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan juga telah menyumbang kepada penggunaan bahasa rojak sekaligus menyebabkan keruntuhan martabat bahasa kebangsaan. Penggunaan simbol, koddan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS dengan tujuan untuk meringkaskan sertamenggantikan maksud sebenar. Ayat-ayat yang ditulis sering kali bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad yang disediakan, sebagai contoh “Nxt week blk umah tak?” . Bahasa rojak ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan martabat bahasa kebangsaan jatuh merundum. Perkembangan globalisasi dunia dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) yang secara dominannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan telah menyumbang kepada berlakunya keruntuhan martabat bahasa kebangsaan. Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat (ICT) yang berlaku di seluruh dunia, Malaysia juga turut mendapat impak yangbesar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Bahasa Inggeris merupakan bahasa dominan bagi bahasa teknologi maklumat. 17
  • 18. a. Aplikasi ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu di sekolah. Kami cuba analisis beberapa istilah yang terkandung dalam teks karangan murid di atas berdasarkan bentuk-bentuk istilah. Analisis karangan murid tahun 6 dalam bidang leksikal dilihat dari sudut: 1. Antonim: Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan tersebut ialah : gerun - berani bersih – kotor jual – beli sihat – sakit petah – gagap beri – ambil meneruskan – memberhentikan menyenangkan – menyusahkan 2. Sinonim: Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan tersebut ialah : Lawatan – rombongan Tiba – sampai Pergi – bertolak, berangkat Membawa – menjinjing Selesai – tamat Pulang – balik Cepat – pantas 3. Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau 18
  • 19. anggotanya terdiri daripada kata yang khusus. Antara perkataan yang ditemui dalam karangan tersebut ialah : 1. Rumah : Rumah banglo Rumah teres Rumah pangsa Rumah papan Rumah berkembar Rumah rehat Rumah sewa Rumah kedai Rumah kongsi Rumah mayat Rumah pam 2. Sekolah: Sekolah rendah Sekolah menengah Sekolah swasta Sekolah persendirian Sekolah tadika 3. Jam: Jam tangan Jam dinding Jam loceng Jam randik Jam penggera 4. Bas: Bas sekolah Bas ekspress Bas rombongan 19
  • 20. Bas persiaran 4. Homonim: Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. “Kesempitan“ dalam teks karangan ini adalah membawa maksud ruang atau masa yang tidak mencukupi. “Kesempitan” dalam kontek lain pula membawa maksud sebagai kesusahan yang dihadapi oleh seseorang. “Mengambil foto” dalam petikan ini adalah membawa maksud menangkap gambar. “Mengambil foto” dalam konteks lain mungkin membawa maksud mengutip gambar yang terjatuh ke lantai. 5. Polisemi Polisemi ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisemi ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Polisemi memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan homonim, iaitu mempunyai banyak makna. Berikut beberapa contoh untuk membantu pemahaman definisi polisemi dengan merujuk pada kata ‘kepala’ mengikut takrif Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 744-745): 1. Bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dan lain-lain), hulu. 2. Bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali. 3. Ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain), pemimpin (negara dan lain-lain), penghulu (kampung dan lain-lain). 4. Otak, akal, fikiran. 5. Orang (digunakan dalam perhitungan atau perkiraan). Antara perkataan polisemi yang terdapat dalam karanagan ini ialah perkataan “berada” di dalam petikan karangan ini adalah membawa maksud sedang menetap di sesuatu tempat. Dalam situasi lain perkataan “berada” boleh membawa maksud orang kaya. Selain itu , kami analisis pula teks ini dari sudut grammatikal. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan kegembiraan. (i) “Aku dan rakan-rakanku terkinja-kinja, tidak sabar mahu meneroka bumi Melaka”. 20
  • 21. Perkataan “terkinja-kinja” dalam ayat di atas membawa maksud berasa sangat teruja dan seronok yang teramat sangat untuk melihat bumi Melaka. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan ketakutan. (ii) “Aku berasa gerun tatkala mendengar suara-suara sumbang yang mengatakan rumah- rumah itu berhantu.” Perkataan “gerun” dalam ayat ini menunjukkan watak dalam cerita ini berasa “takut”,.Frasa ini menggambarkan ketakutan seseorang. Ayat grammatikal mempunyai unsur frasa yang menggambarkan suspen. (iii) “Aku tertanya-tanya tempat apakah ini ?.” Frasa “Aku tertanya-tanya” membawa maksud tidak tahu lokasi di mana mereka berada. 4.0 PENUTUP 4.1 Kesimpulan Antara kesimpulan yang dapat kami perolehi dari tugasan ini ialah semantik adalah istilah teknikal yang merujuk kepada kajian makna. Perkataan semantik adalah sebahagian dari struktur makna suatu bicara atau sistem dan penyelidikan makna dan erti dalam suatu bahasa pada umumnya. Semantik adalah satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna. Mengetahui ciri semantik ialah sesuatu perkataan itu dapat membantu seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendirinya merupakan ‘ inti makna’. Teori bagi analisis komponen menyediakan cara yang sistematik, berprinsip dan ekonomik kepada para ahli bahasa untuk memerihal hubungan makna yang didukung oleh leksem dalam sesuatu bahasa dan dengan satu andaian iaitu komponen-komponen ini bersifat universal dan merentas pelbagai bahasa. Ianya merupakan cara untuk mengzahirkan sejelas mungkin hubungan sistemis antara perkataan. Maka makna-makna yang terkandung dalam setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu. Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa 21
  • 22. bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu 5.0 REFLEKSI TUGASAN Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia- Nya saya dapat menyiapkan tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3111) ini dengan baik bersama rakan saya iaitu Pn Idayu binti Abu walau pun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian . Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baharu kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik bersama ahli kumpulan saya, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah dalam bahasa Melayu. Di sini kumpulan kami telah berjaya mengkaji konsep semantik dan bentuk-bentuk peristilahan bahasa Melayu. Selain itu, semantik juga merupakan subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat. Oleh itu, ilmu baharu ini sangat membantu saya untuk memantapkan lai ilmu dalam bidang bahasa Melayu yang sepatutnya ada dalam diri saya sebagai seorang guru dalam bahasa Melayu. Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat. Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang 22
  • 23. menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Mashudi bin Bahari yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan. Sekian, terima kasih. 5.2 Refleksi 2 Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia- Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Hasil daripada analisis ilmu semantik dan peristilahan Bahasa Melayu yang dinilai menerusi karangan salah seorang daripada murid saya , mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Antara manfaat yang saya peroleh ialah pengetahuan yang luas tentang komponen –komponen makna dalam semantik itu sendiri dan pembentukan 23
  • 24. istilah-istilah Bahasa Melayu yang mana bahan-bahan tersebut dapat membantu saya menjadi seorang guru yang berketerampilan dan mampu menjadi mangkin perubahan kepada anak didik kelak. Misalannya, melalui pemahaman saya terhadap konsep semantik, teori berkaitan dengan pembentukan semantik dan komponen semantik yang membentuk makna. Seterusnya mengetahui proses tatacara pembentukan istilah dan bentuk-bentuk istilah dalam Bahasa Melayu. Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis karangan murid bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan sumber-sumber dari internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi. Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Dapatan daya daripada tugasan ini adalah, semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik. Dalam semantik juga kita boleh mengenal apakah yang disebut klasifikasi makna, relasi makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Kedaifan kita dalam mengikuti arus kemodenan akan menyebabkan kita akan menjadi seorang guru yang tidak berkualiti pada alaf baru ini. Justeru itu sebagai seorang guru bermutu tinggi, segala ilmu terkini seharusnya menjadi "makan minum seharian yang harus diambil setiap hari. Jika tidak kita akan mati kebuluran." Akhir sekali tugasan ini juga telah mengajar saya erti kesabaran dan rasa iltizam yang menggunung tinggi. Melalui kesabaran, hasil tugasan yang ingin kita siapkan akan mencapai objektif sepenuhnya. Sekian, Terima kasih. BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 24
  • 25. Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html telah diakses pada 2 Mac 2014 Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26). Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan) Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 25
  • 26. 26