SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
“KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN
PENSYARAH INTITUSI PENGAJIAN TINGGI”
Zunaedah Binti Sahrul
Pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi di antara pensyarah dengan
pelajar. Namun demikian bagi mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, pensyarah perlu memastikan interaksi yang berlaku adalah secara berkesan.
Oleh demikian, komunikasi yang berkesan akan mendatangkan interaksi dua hala yang
seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik.
Menurut Stalling (1980), 50% dalam pengajaran merupakan interaksi antara guru
dengan pelajar. Ini menunjukkan komunikasi merupakan elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Interaksi perlu berlaku bagi memindahkan pengetahuan
yang ada kepada para pelajar. Selain memberikan nota, proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan perbincangan diantara pensyarah dan pelajarnya bagi
memastikan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek atau pelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas banyak melibatkan
komunikasi. Menurut Barker (1982), melalui proses komunikasi, seorang guru bertindak
sebagai pencetus utama sumber iaitu meliputi 55% hingga 81% penyampaian
maklumat dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa proses komunikasi di antara
pensyarah dan pelajarnya merupakan salah satu proses pemindahan maklumat. Proses
ini amat penting dalam poses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks sekolah,
berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan muridnya,
dan begitu juga sebaliknya. Apabila mereka berkomunikasi, mereka saling menyatakan
pengetahuan dan pengalaman masing-masing dan dengan cara itu, mereka mendapat
manfaat daripada pertukaran tersebut.
Banyak kajian yang telah dilakukan mengenai kepentingan kemahiran
komunikasi bagi seorang pendidik samada guru atau pensyarah. Pengajaran yang baik
berlaku apabila terdapat komunikasi dua hala iaitu perlu ada interaksi antara guru dan
pelajar (Habibah, Zaidatol & Rahil, 1995). Pogue dan Kimo (2006) turut mendapati
pengajaran yang berkesan adalah hasil daripada hubungan komunikasi antara guru
dengan pelajar serta kredibiliti seseorang guru. Tidak dinafikan bahawa pengajaran dan
pembelajaran amat berkesan sekiranya hubungan komunikasi antara pensyarah
dengan pelajar adalah amat baik.
Dalam aspek kemahiran komunikasi berkesan, penyampai perlu menggunakan
volum suara yang lebih jelas dan intonasi suara yang betul agar dapat diterima dan
difahami oleh penerima mesej tersebut. Dalam hal ini, pensyarah perlu memastikan
kejelasan suara yang digunakan serta penggunaan intonasi suara yang betul dan baik
akan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
pensyarah perlu mempuyai kemahiran komunikasi yang baik iaitu mempunyai kejelasan
suara dan pandai menggunakan intonasi suara semasa proses pengajaran. Jika
pensyarah tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik iaitu tidak menggunakan
volum dan intonasi suara maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat
dijalankan. Menurut Mok (2000), dalam komunikasi lisan guru perlu memastikan
suaranya kuat dan lantang, kejelasan dalam sebutan, intonasi guru perlu sesuai dengan
aspek kelancaran pengajarannya. Oleh yang demikian, pensyarah perlu mahir dalam
berkomunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Pensyarah atau guru merupakan pembimbing kedua selain ibu bapa. Pensyarah
perlu membimbing pelajar ke arah yang lebih baik dan positif. Proses bimbingan dapat
dijalankan dengan lebih baik apabila pensyarah mempunyai kemahiran komunikasi
yang baik. Berkomunikasi dapat mengeratkan perhubungan dan aspek perhubungan
amat penting di antara pensyarah dan pelajarnya. Perhubungan yang baik
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi amat mudah. Apabila
berlaku perhubungan yang baik antara pensyarah dan pelajar, pensyarah dapat
melakukan bimbingan yang baik di mana aspek komunikasi amat dititikberatkan dalam
memastikan proses bimbingan berlaku dengan baik dan berkesan. Oleh itu, pensyarah
perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam memastikan proses
bimbingan terhadap pelajarnya menjadi lebih berkesan.
Dalam membuat penyampaian yang berkesan, pensyarah tidak akan lari dalam
menggunakan aspek komunikasi bukan lisan seperti pergerakan tangan, kontak mata
dan pergerakan badan atau lebih dikenali sebagai bahasa badan serta penggunaan
simbol. Menurut Mohd. Safar dan Fatimah (1988) komunikasi lisan dan bukan lisan
perlu dianggap sebagai satu unit yang lengkap, tidak terpisah dan kedua-duanya akan
sentiasa bersepadu antara satu sama lain untuk menyampaikan sesuatu mesej. Selain
itu, menurut Mahmood (1990) kontak mata dapat menunjukkan perasaan yang positif
seperti suka, gembira dan bersungguh – sungguh. Kontak mata turut menyumbang
kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Oleh yang
demikian, pensyarah perlu mahir dan bijak menggunakan komunikasi bukan lisan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah dan Rahimi Che Aman (2009) turut
menyatakan dalam bidang pendidikan kedua-dua jenis komunikasi lisan dan bukan
lisan memainkan peranan yang penting dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru
dalam pengajaran. Hal yang demikian kerana guru bukan sahaja bercakap untuk
menyampaikan maklumat kepada pelajar malah, menurut Moore (2001) guru juga
kadangkala menyampaikan maklumat melalui gerak tubuh seperti penggunaan suara,
ekspresi muka, cara guru melihat, berdiri dan menggunakan sesuatu perkataan,
penggunaan ruang dan sebagainya.
Melalui kajian-kajian yang dinyatakan sebelum ini menunjukkan pensyarah juga
perlu menguasai kemahiran komunikasi bukan lisan dalam aspek pengajarannya dan
sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran. Penggunaan komunikasi
bukan lisan akan dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menarik minat pelajar.
Hal ini kerana, sekiranya pensyarah tidak pandai menggunakan bahasa badan yang
sesuai, pelajar akan berasa bosan dan sekaligus menyebabkan pelajar kurang minat
untuk belajar. Contohnya, pensyarah yang hanya berdiri statik tanpa menggunakan
tangan atau pergerakan badan untuk membantu membuat penyampaian semasa
pengajaran akan menyebabkan pelajar tidak berapa menyukai sesi pembelajaran
tersebut melainkan pensyarah bijak menggunakan pergerakan tangan atau bahasa
badan untuk membantu menyampaikan maklumat. Sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih menarik. Selain itu, pengunaan tangan dan bahasa badan akan
lebih memudahkan pelajar untuk memahami pengajaran yang dilakukan kerana ia
ditunjukkan secara langsung kepada pelajar.
Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang
efektif. Bagi memastikan pensyarah dapat berkomunikasi dengan berkesan berikut
merupakan beberapa cadangan yang boleh diamalkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran:
i) Pensyarah berusaha untuk mendengar cadangan pelajar.
ii) Pensyarah perlu memastikan bahawa tidak ada halangan apabila
menyampaikan pengajarannya.
ii) Pensyarah perlu mewujudkan persefahaman yang dapat mendorong
meningkatkan hubungan yang baik di antara pelajarnya.
iii) Pensyarah perlu menolong membuka minda pelajarnya supaya mereka dapat
berkomunikasi dengan lebih senang.
iv) Pensyarah perlu bijak mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah
iaitu dengan menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan
dan sosia drama.
v) Menggunakan alat bantu mengajar yang akan membantu pensyarah
menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.
vi) Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan
kemahiran menyoal yang berkesan.
vii) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pensyarah perlu menggunakan
kedua-dua jenis komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan.
Hasil kajian Teven (2007) mendapati bahawa tingkah laku yang bersesuaian
serta komunikasi yang mengambil berat terhadap pelajar, turut menyumbang kepada
kepercayaan terhadap guru serta dapat mengarah kepada keputusan yang baik dalam
mata pelajaran tersebut. Hal ini menunjukkan elemen komunikasi guru berperanan
dalam mempengaruhi kejayaan akademik seseorang pelajar.
Sehubungan itu, guru atau pensyarah sewajarnya mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang baik dan berkesan agar dapat menjalankan fungsinya sebagai
pendidik, pembimbing, pemimpin dan pendorong kepada para pelajar. Ini kerana,
perguruan ialah satu profesion yang matlamatnya ialah untuk “membentuk insan dan
ikhsan manusia” yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(Sufean, 1993 : 440). Peranan yang dimainkan oleh guru adalah penting dalam usaha
membentuk dan mencorak generasi akan datang sebagaimana yang dicita-citakan oleh
negara. Sebagai penyalur maklumat dan penyampai visi dan misi kerajaan guru
haruslah mempunyai kemahiran profesional, cekap dan dedikasi di dalam menjalankan
tugas mereka (Mak Soon Sang, 1996).
Secara kesimpulannya, pensyarah amat penting dalam membantu pelajar untuk
cemerlang dalam pembelajaran. Namun demikian seorang pensyarah perlu mempunyai
imej diri, sikap dan personaliti yang baik dalam menjalankan tugas sebagai seorang
pendidik. Oleh itu, kemahiran komunikasi yang baik perlu ada dalam diri seorang
pensyarah. Ini menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik, sikap dan personaliti
yang cemerlang perlu dimiliki oleh pensyarah dalam menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih lancar yang sekaligus dapat menyumbang kepada pencapaian
cemerlang pelajar.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
pikaosman
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Salini Dharan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Hishamuddin Jabar
 
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuanToeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Hafeez Ismail
 

Was ist angesagt? (20)

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Kemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasiKemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasi
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuanToeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
 

Ähnlich wie Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi

PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptxPPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
YumnaJelita
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
Nurimani Yase
 
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Yamunah Subramaniam
 
5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...
5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...
5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...
Nelaveni Arjunan
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
Wan Nor Faezah
 
Ciri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusifCiri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusif
Junidah Sukiman
 

Ähnlich wie Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi (20)

PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptxPPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIKEDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
EDUP3013 - PENULISAN AKADEMIK
 
Kps presentation (1)
Kps presentation (1)Kps presentation (1)
Kps presentation (1)
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)
 
Tugas guru, Guru adalah tenaga pendidik yangmemberikan sejumlah ilmu pengetah...
Tugas guru, Guru adalah tenaga pendidik yangmemberikan sejumlah ilmu pengetah...Tugas guru, Guru adalah tenaga pendidik yangmemberikan sejumlah ilmu pengetah...
Tugas guru, Guru adalah tenaga pendidik yangmemberikan sejumlah ilmu pengetah...
 
5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...
5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...
5032641 pengajaran-guru-berkesan-penggunaan-teknologi-komputer-atau-bergantun...
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Ciri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusifCiri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusif
 
Ciri ciri guru-efektif
Ciri ciri guru-efektifCiri ciri guru-efektif
Ciri ciri guru-efektif
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
SOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptxSOSIO ANTRO.pptx
SOSIO ANTRO.pptx
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 

Kürzlich hochgeladen

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Kürzlich hochgeladen (20)

AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 

Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi

  • 1. “KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PENSYARAH INTITUSI PENGAJIAN TINGGI” Zunaedah Binti Sahrul Pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi di antara pensyarah dengan pelajar. Namun demikian bagi mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pensyarah perlu memastikan interaksi yang berlaku adalah secara berkesan. Oleh demikian, komunikasi yang berkesan akan mendatangkan interaksi dua hala yang seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Menurut Stalling (1980), 50% dalam pengajaran merupakan interaksi antara guru dengan pelajar. Ini menunjukkan komunikasi merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Interaksi perlu berlaku bagi memindahkan pengetahuan yang ada kepada para pelajar. Selain memberikan nota, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan perbincangan diantara pensyarah dan pelajarnya bagi memastikan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek atau pelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas banyak melibatkan komunikasi. Menurut Barker (1982), melalui proses komunikasi, seorang guru bertindak sebagai pencetus utama sumber iaitu meliputi 55% hingga 81% penyampaian maklumat dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa proses komunikasi di antara pensyarah dan pelajarnya merupakan salah satu proses pemindahan maklumat. Proses
  • 2. ini amat penting dalam poses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan muridnya, dan begitu juga sebaliknya. Apabila mereka berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengetahuan dan pengalaman masing-masing dan dengan cara itu, mereka mendapat manfaat daripada pertukaran tersebut. Banyak kajian yang telah dilakukan mengenai kepentingan kemahiran komunikasi bagi seorang pendidik samada guru atau pensyarah. Pengajaran yang baik berlaku apabila terdapat komunikasi dua hala iaitu perlu ada interaksi antara guru dan pelajar (Habibah, Zaidatol & Rahil, 1995). Pogue dan Kimo (2006) turut mendapati pengajaran yang berkesan adalah hasil daripada hubungan komunikasi antara guru dengan pelajar serta kredibiliti seseorang guru. Tidak dinafikan bahawa pengajaran dan pembelajaran amat berkesan sekiranya hubungan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar adalah amat baik. Dalam aspek kemahiran komunikasi berkesan, penyampai perlu menggunakan volum suara yang lebih jelas dan intonasi suara yang betul agar dapat diterima dan difahami oleh penerima mesej tersebut. Dalam hal ini, pensyarah perlu memastikan kejelasan suara yang digunakan serta penggunaan intonasi suara yang betul dan baik akan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pensyarah perlu mempuyai kemahiran komunikasi yang baik iaitu mempunyai kejelasan suara dan pandai menggunakan intonasi suara semasa proses pengajaran. Jika pensyarah tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik iaitu tidak menggunakan
  • 3. volum dan intonasi suara maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat dijalankan. Menurut Mok (2000), dalam komunikasi lisan guru perlu memastikan suaranya kuat dan lantang, kejelasan dalam sebutan, intonasi guru perlu sesuai dengan aspek kelancaran pengajarannya. Oleh yang demikian, pensyarah perlu mahir dalam berkomunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Pensyarah atau guru merupakan pembimbing kedua selain ibu bapa. Pensyarah perlu membimbing pelajar ke arah yang lebih baik dan positif. Proses bimbingan dapat dijalankan dengan lebih baik apabila pensyarah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Berkomunikasi dapat mengeratkan perhubungan dan aspek perhubungan amat penting di antara pensyarah dan pelajarnya. Perhubungan yang baik membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi amat mudah. Apabila berlaku perhubungan yang baik antara pensyarah dan pelajar, pensyarah dapat melakukan bimbingan yang baik di mana aspek komunikasi amat dititikberatkan dalam memastikan proses bimbingan berlaku dengan baik dan berkesan. Oleh itu, pensyarah perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam memastikan proses bimbingan terhadap pelajarnya menjadi lebih berkesan. Dalam membuat penyampaian yang berkesan, pensyarah tidak akan lari dalam menggunakan aspek komunikasi bukan lisan seperti pergerakan tangan, kontak mata dan pergerakan badan atau lebih dikenali sebagai bahasa badan serta penggunaan simbol. Menurut Mohd. Safar dan Fatimah (1988) komunikasi lisan dan bukan lisan
  • 4. perlu dianggap sebagai satu unit yang lengkap, tidak terpisah dan kedua-duanya akan sentiasa bersepadu antara satu sama lain untuk menyampaikan sesuatu mesej. Selain itu, menurut Mahmood (1990) kontak mata dapat menunjukkan perasaan yang positif seperti suka, gembira dan bersungguh – sungguh. Kontak mata turut menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pensyarah perlu mahir dan bijak menggunakan komunikasi bukan lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah dan Rahimi Che Aman (2009) turut menyatakan dalam bidang pendidikan kedua-dua jenis komunikasi lisan dan bukan lisan memainkan peranan yang penting dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran. Hal yang demikian kerana guru bukan sahaja bercakap untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar malah, menurut Moore (2001) guru juga kadangkala menyampaikan maklumat melalui gerak tubuh seperti penggunaan suara, ekspresi muka, cara guru melihat, berdiri dan menggunakan sesuatu perkataan, penggunaan ruang dan sebagainya. Melalui kajian-kajian yang dinyatakan sebelum ini menunjukkan pensyarah juga perlu menguasai kemahiran komunikasi bukan lisan dalam aspek pengajarannya dan sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran. Penggunaan komunikasi bukan lisan akan dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menarik minat pelajar. Hal ini kerana, sekiranya pensyarah tidak pandai menggunakan bahasa badan yang sesuai, pelajar akan berasa bosan dan sekaligus menyebabkan pelajar kurang minat
  • 5. untuk belajar. Contohnya, pensyarah yang hanya berdiri statik tanpa menggunakan tangan atau pergerakan badan untuk membantu membuat penyampaian semasa pengajaran akan menyebabkan pelajar tidak berapa menyukai sesi pembelajaran tersebut melainkan pensyarah bijak menggunakan pergerakan tangan atau bahasa badan untuk membantu menyampaikan maklumat. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Selain itu, pengunaan tangan dan bahasa badan akan lebih memudahkan pelajar untuk memahami pengajaran yang dilakukan kerana ia ditunjukkan secara langsung kepada pelajar. Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Bagi memastikan pensyarah dapat berkomunikasi dengan berkesan berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh diamalkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran: i) Pensyarah berusaha untuk mendengar cadangan pelajar. ii) Pensyarah perlu memastikan bahawa tidak ada halangan apabila menyampaikan pengajarannya. ii) Pensyarah perlu mewujudkan persefahaman yang dapat mendorong meningkatkan hubungan yang baik di antara pelajarnya. iii) Pensyarah perlu menolong membuka minda pelajarnya supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih senang. iv) Pensyarah perlu bijak mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah iaitu dengan menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama.
  • 6. v) Menggunakan alat bantu mengajar yang akan membantu pensyarah menyampaikan konsep dengan lebih berkesan. vi) Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan. vii) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pensyarah perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Hasil kajian Teven (2007) mendapati bahawa tingkah laku yang bersesuaian serta komunikasi yang mengambil berat terhadap pelajar, turut menyumbang kepada kepercayaan terhadap guru serta dapat mengarah kepada keputusan yang baik dalam mata pelajaran tersebut. Hal ini menunjukkan elemen komunikasi guru berperanan dalam mempengaruhi kejayaan akademik seseorang pelajar. Sehubungan itu, guru atau pensyarah sewajarnya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan berkesan agar dapat menjalankan fungsinya sebagai pendidik, pembimbing, pemimpin dan pendorong kepada para pelajar. Ini kerana, perguruan ialah satu profesion yang matlamatnya ialah untuk “membentuk insan dan ikhsan manusia” yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Sufean, 1993 : 440). Peranan yang dimainkan oleh guru adalah penting dalam usaha membentuk dan mencorak generasi akan datang sebagaimana yang dicita-citakan oleh negara. Sebagai penyalur maklumat dan penyampai visi dan misi kerajaan guru haruslah mempunyai kemahiran profesional, cekap dan dedikasi di dalam menjalankan tugas mereka (Mak Soon Sang, 1996).
  • 7. Secara kesimpulannya, pensyarah amat penting dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran. Namun demikian seorang pensyarah perlu mempunyai imej diri, sikap dan personaliti yang baik dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Oleh itu, kemahiran komunikasi yang baik perlu ada dalam diri seorang pensyarah. Ini menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik, sikap dan personaliti yang cemerlang perlu dimiliki oleh pensyarah dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih lancar yang sekaligus dapat menyumbang kepada pencapaian cemerlang pelajar.