SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA



   PERATURAN PERTANDINGAN
         BOLA JARING
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

1.0   PERATURAN AM

      1.1   Selain daripada peraturan-peraturan yang
            terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut
            Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring
            Antarabangsa (IFNA) yang terkini.
      1.2   Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
            pentafsirannya, Undang-undang dalam Bahasa Inggeris
            yang terkini akan dipatuhi.
      1.3   Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam
            peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
            1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada
                   Peraturan Am Majlis Sukan Politeknik (MSP).
            1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan
                   berasaskan kepada Undang-undang Persekutuan
                   Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).
      1.4   Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
            Pertandingan dan Teknik Bola Jaring adalah muktamad.

2.0   NAMA PERTANDINGAN

      Pertandingan Bola Jaring Berpasukan Antara Politeknik Malaysia

3.0   BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

      Bilangan Pegawai dan Atlet bagi Pertandingan Bola Jaring ialah
      seperti berikut :-
            Pengurus Pasukan        1 orang
            Jurulatih Pasukan       1 orang
            Atlet                  10 orang
                                   12 orang

4.0   PENYERTAAN

      4.1   Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan
            politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.
            Penyertaan hendaklah dibuat melalui Unit Sukan dan
            Kokurikulum dan disahkan oleh pengarah (atau wakilnya)
            politeknik masing-masing.
4.2   Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan
            sahaja.
      4.3   Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai
            pertandingan ini.
      4.4   Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas Mesyuarat
            pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

5.0   TEMPOH PERLAWANAN

      Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
           Bahagian pertama     15 minit
           Rehat                 5 minit
           Bahagian kedua       15 minit

6.0   SISTEM PERTANDINGAN

      6.1    Liga Kumpulan
             6.1.1 Pusingan Permulaan
                   Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil
                   bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4
                   kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan
                   secara liga.
             6.1.2 Pusingan Suku Akhir
                   i.    Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati
                   ii.   Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C
                         lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai
                         kumpulan X1 dan X2
                   iii.  Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan
                         Naib Johan B. Pemenang sebagai Kumpulan
                         Y1 dan Y2
             6.1.3 Pusingan Separuh Akhir
                   i.    Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
                   ii.   Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan
                         pemenang sebagai Z1
                   iii.  Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan
                         pemenana sebagai Z2.
             6.1.4 Pertandingan akhir
                   i.    Menentukan Johan dan Naib Johan,Z1 lawan Z2.
                   ii.   Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2
                         dan kalah Y1 lawan X2.
      6.2 Tiga kumpulan
             6.2.1 Pusingan Permulaan
                   i.    Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan
                         yang mengambil bahagian,mereka
hendaklahdibahagikan kepada tiga kumpulan
                        iaitu A,B dan C dan pertandingan dijalankan
                        secara liga.

            6.2.2 Pusingan Kedua
                  i.     Pusingan kedua dijalankan secara liga
                  ii.   Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan
                        dimasukkan ke dalam kumpulan X dan Y
                        dengan cara undian yang akan dibuat selepas
                        sahaja tamat pusingan pertama.
                  iii.  Daripada tiga Johan, dua johan akan
                        ditempatkan dalam kumpulan yang sama
                        samada X atau Y dan satu lagi akan
                        ditempatkan ke dalam kumpulan Y atau X
                        dengan cara undian.
                  iv.   Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam
                        kumpulan lain dari Johan kumpulannya dalam
                        pusingan pertama.

7.0   MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

      7.1   Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring
            secara Liga adalah seperti berikut :-
                   Menang      -     3 Mata
                   Seri        -     1 Mata
                   Kalah       -     0 Mata
      7.2   Keputusan Seri
             Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang
            sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:
            7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada
                   dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di
                   akhir perlawanan.
            7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang
                   terbanyak dikira pemenang
            7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang
                   menjaring gol terbanyak akan diistiharkan sebagai
                   pemenang.
      7.3   Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku
            akhir, separuh akhir dan akhir
            7.3.1 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di
                   akhir masa sepenuh perlawanan.
            7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap
                   bahagian akan dimainkan.
7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan
                  dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada
                  Hantaran Tengah berikutnya.
            7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa
                  rehat.
            7.3.5 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak
                  kepada Hantaran Tengah berikutnya.
            7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa
                  tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu
                  pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

8.0   PERTUKARAN PEMAIN

      8.1   Penggantian dan Pertukaran posisi

            8.1.1 Penggantian berlaku apabila pemain keluar
                   gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.
            8.1.2 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan
                   penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap
                   satu –satu perlawanan. Setiap pemain yang telah
                   digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetap
                   pertukarannya telah diambil kira.
            8.1.3 Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila
                   pemian di gelanggang bertukar posisi.
            8.1.4 Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian
                   dan / atau pertukaran posisi sama ada:
                   8.1.4.1 Masa rehat
                   8.1.4.2 Apabila permainan di berhentikan untuk
                            kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun
                            dalam kes pemain yang cedera atau sakit
                            yang menyebabkan permainan di
                            berhentikan mestilah terlibat dalam
                            penggantian dan / atau pertukaran posisi.
            8.1.5 Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh
                   melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan
      8.2   Kecederaan dan kesakitan
             Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat
            meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan
            selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama
            ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau
            diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai
            pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja
            yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan
            berlangsung.
8.3       Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh
                             bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.
                   8.4       Pemain hanya boleh diganti selepas permainan
                             diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan
                             pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat
                             separuh masa.

9.0                PAKAIAN

                   9.1       Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu
                             corak, bentuk dan warna yang sama.
                   9.2       Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib
                              berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah di antara
                             4 hingga 6 inci.
                   9.3       Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama
                             namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib.
                   9.4       Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan
                             dan mesti berkuku pendek.
                   9.5       Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang
                             mempunyai tapak berpaku.

10.0               GELANGGANG DAN PERALATAN

                   10.1      Gelanggang merujuk kepada peraturan IFNA


                                          30.5 m (100 kaki)


                          Kawasan Gol        Kawasan Tengah     Kawasan Gol




                          Bulatan
       15.25m (50 kaki)




                           Gol                                            4.9 m
                                                                          (16 kaki)

                                             Bulatan tengah
                                             0.9 m (3 kaki)
10.1.1 Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 3.05 m (10
              kaki) tinggi.
       10.1.2 Bulatan tiang gol mempunyai diameter 380 mm (15 inci)
       10.1.3 Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran
              150mm atau 6 inci panjang.
       10.1.4 Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar

       10.2    Peralatan
               Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola
               perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut:

               10.2.1 Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:
               Jenis bola jaring : rubber
               Ukuran bola       : 690 – 710 mms (27 – 28 inci)
               Berat             : 400 – 450 gm ( 14 – 16 auns)

               10.2.2 Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen
               Jenis bola jaring : synthetic leather
               Ukuran bola       : 690 – 710 mms (27 – 28 inci)
               Berat             : 400 – 450 gm ( 14 – 16 auns)


11.0    KELEWATAN

        11.1   Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh
               (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
        11.2   Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang
               telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap
               memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan
               dengan jaringan 5-0.
        11.3   Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak di
               benarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi
               posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian
               seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang
               Penggantian dan Pertukaran Posisi.
        11.4   Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain,
               pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa
               permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu
               pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila:-
               11.4.1 Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini,
                      pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan
                      kosong dalam pasukan itu.
               11.4.2 Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.
               11.4.3 Sebaik sahaja selepas rehat
12.0   BANTAHAN DAN RAYUAN

       12.1   Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh
              pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
              Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas
              tamat perlawanan.
       12.2   Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang
              Pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia dua ratus
              sahaja)
       12.3   Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan
              yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

13.0   JURI RAYUAN

       13.1   Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum)
              atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3
              wakil daripada politeknik berkecuali.
       13.2    Ahli juri rayuan terdiri daripada:
                i.    Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya
                      sebagai Pengerusi.
              ii.     Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP
                      atau wakilnya.
              iii.    Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.
              iv.     Dua hingga empat orang wakil daripada Politeknik
                      yang berkecuali.
       13.3   Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan MSP adalah
              muktamad.

14.0   KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

       Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas
       kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai
       atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat
       penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian
       semasa pertandingan dijalankan. Setiap politeknik adalah
       digalakkan untuk mengambil insurans tambahan bagi peserta dan
       pegawai yang menyertai kejohanan/ karnival.Walau
       bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan
       akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan
       semasa kejohanan berlangsung.
15.0   PENANGGUHAN PERLAWANAN

       15.1   Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk
              perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat,
              keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan
              sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan
              Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak
              menangguhkan perlawanan.
       15.2   Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti
              berikut :-
              15.2.1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang
                      sama, maka perlawanan akan disambung mengikut
                      baki masa yang tinggal.
              15.2.2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain,
                      maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.
              15.2.3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk
                      menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau
                      tempat pertandingan dengan terlebih dahulu
                      memberitahu atau diputuskan secara serta merta.
              15.2.4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Jaring
                     akan menetapkan semula perlawanan yang
                     tertangguh itu.

16.0   PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

       MSP akan melantik Pengerusi Teknik Permainan Bola Jaring
       manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan
       disediakan oleh politeknik yang menganjurkan karnival sukan
       tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan
       borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring,
       kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

17.0   MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

       Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah
             dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua
                   keputusan pertandingan yang dijalankan oleh
pasukan itu             akan dibatalkan dan pasukan itu tidak
dibenarkan memasuki          sebarang pertandingan seterusnya. Mata
yang diperolehi              pasukan   lain   yang   terlibat dalam
perlawanan yang terdahulu         dengan dengannya tidak diambil
kira untuk menentukan             keputusan kumpulan.
18.0   MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

       18.1   Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari
              sebelum pertandingan pertama dijalankan.
       18.2   Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus
              Pasukan adalah muktamad.

19.0   PERKARA- PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

       Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan
       Peraturan Permainan Bola Jaring akan diputuskan oleh
       Jawatankuasa Pengelola Karnival berkenaan di mana keputusan
       adalah muktamad.



       Disediakan oleh :
       Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bola Jaring
       Majlis Sukan Politeknik
       Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Zatil Nabilah
 
1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan
Hafiza Kadir
 
Peralatan & ukuran-gerko
Peralatan & ukuran-gerkoPeralatan & ukuran-gerko
Peralatan & ukuran-gerko
Tieyrah Kecik
 
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola JaringUndang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
itaadam
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
Sia Layteng
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
mond niel
 
39330167 rph-kepantasan-lari-pecut
39330167 rph-kepantasan-lari-pecut39330167 rph-kepantasan-lari-pecut
39330167 rph-kepantasan-lari-pecut
Syuhada Zamani
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
Adrine Sapari
 
kertas kerja sukan sekolah
kertas kerja sukan sekolahkertas kerja sukan sekolah
kertas kerja sukan sekolah
wyt9246
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
takdir10
 

Was ist angesagt? (20)

Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014
 
1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan
 
Peralatan & ukuran-gerko
Peralatan & ukuran-gerkoPeralatan & ukuran-gerko
Peralatan & ukuran-gerko
 
Strategi Permainan Bola Jaring
Strategi Permainan Bola JaringStrategi Permainan Bola Jaring
Strategi Permainan Bola Jaring
 
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola JaringUndang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
 
Racing walking
Racing walkingRacing walking
Racing walking
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-ganti
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
39330167 rph-kepantasan-lari-pecut
39330167 rph-kepantasan-lari-pecut39330167 rph-kepantasan-lari-pecut
39330167 rph-kepantasan-lari-pecut
 
Peraturan 230
Peraturan 230Peraturan 230
Peraturan 230
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
 
kertas kerja sukan sekolah
kertas kerja sukan sekolahkertas kerja sukan sekolah
kertas kerja sukan sekolah
 
Laporan post mortem program anti dadah
Laporan post mortem  program anti dadahLaporan post mortem  program anti dadah
Laporan post mortem program anti dadah
 
Borang penilaian sebelum dan selepas program pemulihan
Borang penilaian sebelum dan selepas program pemulihanBorang penilaian sebelum dan selepas program pemulihan
Borang penilaian sebelum dan selepas program pemulihan
 
Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1Nota Sistem pertandingan 1
Nota Sistem pertandingan 1
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Undang undang futsal
Undang undang futsalUndang undang futsal
Undang undang futsal
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 

Andere mochten auch

Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Nur Jalil
 
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
Jun Yan Lim
 
Ajk netball
Ajk netballAjk netball
Ajk netball
W1104N
 
Borang pencatat
Borang pencatatBorang pencatat
Borang pencatat
Azakiah Li
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaring
VvaNa AnaDie
 
Bola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabah
Bola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabahBola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabah
Bola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabah
Ani Ahwai
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
Hamsi Ahmad
 

Andere mochten auch (17)

Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
 
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
 
Ajk netball
Ajk netballAjk netball
Ajk netball
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Borang pencatat
Borang pencatatBorang pencatat
Borang pencatat
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaring
 
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam FutsalSejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
 
Futsal
FutsalFutsal
Futsal
 
Futsal warm up
Futsal warm upFutsal warm up
Futsal warm up
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
Kertas kerja kejohanan bola jaring 2013
 
Sukan & permainan
Sukan & permainanSukan & permainan
Sukan & permainan
 
Borang pendaftaran r02
Borang pendaftaran r02Borang pendaftaran r02
Borang pendaftaran r02
 
Bola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabah
Bola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabahBola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabah
Bola jaring sukan_muhibbah_smrc_kkm_2011_peringkat_zon_pedalaman_sabah
 
Borang pencatat
Borang pencatatBorang pencatat
Borang pencatat
 
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
 

Ähnlich wie kemahiran bola jaring

Ähnlich wie kemahiran bola jaring (9)

kertas kerja nota
kertas kerja notakertas kerja nota
kertas kerja nota
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
 
Peraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan HokiPeraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan Hoki
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018
 
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
 
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
 

kemahiran bola jaring

  • 1. MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING
  • 2. MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada Peraturan Am Majlis Sukan Politeknik (MSP). 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Jaring adalah muktamad. 2.0 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Bola Jaring Berpasukan Antara Politeknik Malaysia 3.0 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA Bilangan Pegawai dan Atlet bagi Pertandingan Bola Jaring ialah seperti berikut :- Pengurus Pasukan 1 orang Jurulatih Pasukan 1 orang Atlet 10 orang 12 orang 4.0 PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Unit Sukan dan Kokurikulum dan disahkan oleh pengarah (atau wakilnya) politeknik masing-masing.
  • 3. 4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja. 4.3 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. 4.4 Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas Mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. 5.0 TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut: Bahagian pertama 15 minit Rehat 5 minit Bahagian kedua 15 minit 6.0 SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Liga Kumpulan 6.1.1 Pusingan Permulaan Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga. 6.1.2 Pusingan Suku Akhir i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2 iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. Pemenang sebagai Kumpulan Y1 dan Y2 6.1.3 Pusingan Separuh Akhir i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati. ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1 iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2. 6.1.4 Pertandingan akhir i. Menentukan Johan dan Naib Johan,Z1 lawan Z2. ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2. 6.2 Tiga kumpulan 6.2.1 Pusingan Permulaan i. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan yang mengambil bahagian,mereka
  • 4. hendaklahdibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C dan pertandingan dijalankan secara liga. 6.2.2 Pusingan Kedua i. Pusingan kedua dijalankan secara liga ii. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan dimasukkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan cara undian yang akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. iii. Daripada tiga Johan, dua johan akan ditempatkan dalam kumpulan yang sama samada X atau Y dan satu lagi akan ditempatkan ke dalam kumpulan Y atau X dengan cara undian. iv. Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam kumpulan lain dari Johan kumpulannya dalam pusingan pertama. 7.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :- Menang - 3 Mata Seri - 1 Mata Kalah - 0 Mata 7.2 Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut: 7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan. 7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang 7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang. 7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir 7.3.1 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan. 7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan.
  • 5. 7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. 7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. 7.3.5 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. 7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 8.0 PERTUKARAN PEMAIN 8.1 Penggantian dan Pertukaran posisi 8.1.1 Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. 8.1.2 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu –satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetap pertukarannya telah diambil kira. 8.1.3 Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi. 8.1.4 Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada: 8.1.4.1 Masa rehat 8.1.4.2 Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan / atau pertukaran posisi. 8.1.5 Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan 8.2 Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.
  • 6. 8.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa. 8.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa. 9.0 PAKAIAN 9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. 9.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah di antara 4 hingga 6 inci. 9.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib. 9.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. 9.5 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku. 10.0 GELANGGANG DAN PERALATAN 10.1 Gelanggang merujuk kepada peraturan IFNA 30.5 m (100 kaki) Kawasan Gol Kawasan Tengah Kawasan Gol Bulatan 15.25m (50 kaki) Gol 4.9 m (16 kaki) Bulatan tengah 0.9 m (3 kaki)
  • 7. 10.1.1 Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 3.05 m (10 kaki) tinggi. 10.1.2 Bulatan tiang gol mempunyai diameter 380 mm (15 inci) 10.1.3 Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150mm atau 6 inci panjang. 10.1.4 Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar 10.2 Peralatan Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut: 10.2.1 Permainan di jalankan di atas gelanggang padang: Jenis bola jaring : rubber Ukuran bola : 690 – 710 mms (27 – 28 inci) Berat : 400 – 450 gm ( 14 – 16 auns) 10.2.2 Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen Jenis bola jaring : synthetic leather Ukuran bola : 690 – 710 mms (27 – 28 inci) Berat : 400 – 450 gm ( 14 – 16 auns) 11.0 KELEWATAN 11.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. 11.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. 11.3 Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak di benarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. 11.4 Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila:- 11.4.1 Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu. 11.4.2 Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit. 11.4.3 Sebaik sahaja selepas rehat
  • 8. 12.0 BANTAHAN DAN RAYUAN 12.1 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan. 12.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia dua ratus sahaja) 12.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. 13.0 JURI RAYUAN 13.1 Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik berkecuali. 13.2 Ahli juri rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya sebagai Pengerusi. ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau wakilnya. iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan. iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Politeknik yang berkecuali. 13.3 Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan MSP adalah muktamad. 14.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan. Setiap politeknik adalah digalakkan untuk mengambil insurans tambahan bagi peserta dan pegawai yang menyertai kejohanan/ karnival.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.
  • 9. 15.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN 15.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. 15.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :- 15.2.1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. 15.2.2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 15.2.3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 15.2.4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Jaring akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu. 16.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK MSP akan melantik Pengerusi Teknik Permainan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh politeknik yang menganjurkan karnival sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman. 17.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengan dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.
  • 10. 18.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN 18.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan. 18.2 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad. 19.0 PERKARA- PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan Bola Jaring akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival berkenaan di mana keputusan adalah muktamad. Disediakan oleh : Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bola Jaring Majlis Sukan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia