SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
FACULTY SCIENCE AND TECHNOLOGY
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL
SCIENCES
SME 3023
INDIVIDUAL ASSIGNMENT
MATHEMATICS ANXIETY
LECTURER : PROF. DR. MARZITA PUTEH
NAME MATRIC NO.
AHMAD SAHIR BIN MUSTAFA KAMAL D 20081032207
KEGELISAHAN TERHADAP MATEMATIK
1. Apakah definisi kegelisahan matematik ?
Kegelisahan terhadap matematik bermaksud perasaan tertekan dan kerisauan dalam
memanipulasi nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan dan situasi
akademik. Menurut Toblas ( 1978 ), kegelisahan matematik boleh menyebabkan seseorang lupa
dan hilang keyakinan diri. Seseorang yang menderita dengan kegelisahan matematik merasa
mereka tidak berupaya melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan matematik. Sesetengah
orang yang mempunyai kerisauan dalam matematik mempunyai perasaan takut terhadap
matematik atau fobia terhadap matematik.
Menurut Burton (1979), beberapa tanda seseorang mengalamai kegelisan matematik ialah
berpeluh pada tapak tangan, panic, takut, panas sejuk, tertekan, kering mulut, malu dan
sebagainya.
2. Mengapakah kegelisahan terhadap matematik ini berlaku ?
Banyak perkara yang menyebabkan seseorang gelisah terhadap matematik. Antaranya
ialah bagi seseorang pelajar, matematik merupakan satu subjek yang penting yang diajar di
sekolah. Matematik merupakan satu subjek yang wajib dipelajari di peringkat menengah rendah
dan juga menengah atas bagi sekolah menengah dan tamat dengan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia ( SPM ). Bagi pelajar lepasan SPM mereka perlu lulus dengan baik dengan
sekurang-kurangya mendapat gred (C6) untuk meneruskan pengajian mereka di mana-mana
institut pengajian tinggi dan peringkat Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM) atau setaraf. Jika
mereka mendapat gred yang rendah dalam subjek matematik pelunag untuk mereka melanjutkan
pelajaran adalah amat tipis. Mereka yang mendapat gred yang cemerlang memudahkan mereka
untuk memilih kursus-kursus yang mereka minati. Oleh yang demikian, pelajar merasa gelisah
jika mereka tidak dapat skor dengan baik dalam subjek matematik. Salah satu elemen yang
sangat penting dalam pengajaran matematik dalam kalangan rakyat Malaysia ialah sebagai tiket
mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan memudahkan seseorang
untuk mendapat kerja yang lebih baik. Oleh itu, setiap keluarga akan memastikan anak-anak
mereka mendapat pencapaian yang cemerlang dalam matematik. Harapan yang tinggi
menyebabkan pelajar-pelajar rasa gelisah jika mereka tidak dapat melakukannya dengan baik.
Pelajar juga gelisah terhadap matematik kerana menganggap subjek matematik adalah satu
subjek yang abstrak untuk difahami.
Pengalaman dalam pembelajaran matematik merupakan faktor mengapa sesetengah pelajar
gelisah terhadap matematik kerana melalui pengalaman mereka yang lepas, mereka menganggap
matematik ini adalah satu subjek yang sukar dan lebih sukar dipeljari di peringkat yang lebih
atas.
Personaliti guru dan gaya pengajaran juga membuatkan pelajar gelisah kerana bukan semua guru
matematik boleh mengajar matematik dengan baik untuk memudahkan pelajar memahami
tentang konsep matematik yang ingin diajar.
Tekanan daripada ibu bapa juga membuat pelajar gelisah untuk belajar matematik kerana setiap
ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang dalam matematik dan menyuruh mereka
sentiasa memperbanyakkan latihan di rumah.
3. Siapakah yang mengalami masalah kegelisan matematik ini ?
Antara golongan yang paling besar mengalami masalah kegelisahan matematik ini ialah
pelajar terutama pelajar yang ingin memnduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan
SPM kerana mereka perlu belajar bersungguh- sungguh dalam subjek matematik untuk mencapai
cita-cita mereka dan menggunakan aplikasi matematik yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
Golongan yang kedua yang mengalami kegelisan matematik ini ialah guru-guru dalam mengajar
subjek matematik kerana guru-gurulah yang memainkan peranan yang penting dalam
memberikan maklumat tentang sesuatu konsep matematik yang ingin diajar di sekolah.
Guru di sekolah rendah lebih dikesan menderita terhadap kegelisahan matematik ( Briggs, 1993 ;
Briggs dan Crook, 1991 ), kerana merekalah yang mengajarkan asas-asas matematik yang betul
kepada setiap pelajar. Jika mereka tidak dapat mengajar secara efektif, pelajar akan terbawa-
bawa kegelisahan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Golongan yang ketiga yang mengalami kegelisahan ialah ibu bapa kerana mereka mengharapkan
setiap anak-anak mereka cemerlang dalam subjek matematik untuk menghantar anak-anak
mereka ke institut pengajian tinggi seterusnya mendapat kerja yang baik.
Kegelisahan matematik ini berlaku kepada pelajar lelaki dan juga perempuan. Ramai yang
menganggap bahawa pelajar perempuan lebih gelisah berbanding lelaki terhadap matematik.
Tetapi sebenarnya, pengaruh yang penting dalam kegelisahan seseorang dalam matematik ialah
sikap mereka terhadap matematik itu sendiri.
Guru pelatih juga mempengaruhi kegelisahan pelajar dalam matematik kerana mereka tidak
biasa dalam mengajar matematik. Persepsi, perasaan dan perwatakan terhadap matematik
4. Bilakah kegelisan matematik ini berlaku ?
Kegelisan ini berlaku apabila pelajar menyelesaikan tugasan matematik yang sukar dan
mereka akan merasa bimbang dan menunjukkan tanda-tandanya seperti bibir mengelentar dan
tangan berpeluh. Mereka akan merasa tertekan dan gelisah serta membuatkan mereka tidak
berminat untuk belajar matematik.
Pelajar akan bertambah gelisah apabila meraka tidka dapat memahami keseluruhan dalam
sesuatu konsep matematik semasa pengajaran. Menurut Skemp (1971), pelajar akan bertambah
gelisah apabila mereka tidak dapat memahami keseluruhan bahagian yang dipelajari di dalam
kelas matematik. Kegelisahan pelajar akan memusnahkan keberkesanan pengajaran di dalam
kelas. Kegelisahan yang lebih menyebabkan pelajar lebih bekerja keras untuk memahami
pengajara tetapi tahap pemahaman mereka semakin berkurang menyebabkan kerisauan mereka
bertambah.
Kegelisahan ini juga berlaku apabila matematik memerlukan logik dan bukan kreativiti, dalam
matematik, yang penting adalah mendapat jawapan yang betul, untuk bagus dalam matematik
kita mestilah bagus dalam pengiraan.
5. Apakah yang membuatkan kegelisahan matematik ini berlaku ?
Perkara yang membuatkan kegelisan matematik ini berlaku ialah sikap pelajar itu sendiri
terhadap matematik. Mereka menganggap subjek matematik merupakan satu subjek yang sukar
untuk dipelajari. Menurut Aiken ( 1970), sikap dan perwatakan mempunyai interaksi yang
dinamik dimana sikap mempengaruhi pencapaian dan pencapaian akan mempengaruhi kembali
sikap seseorang.
Kegelisahan dalam mempelajari matematik juga berlaku apabila belajar matematik di waktu
puncak persekolahan kerana pada waktu ini pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap apa yang diaajar oleh guru.
Gaya pengajaran guru juga membuatkan seseorang pelajar akan merasa gelisan dalam belajar
matematik. Gaya pengajaran guru yang tidak menarik menyebabkan pembelajaran berlaku dalam
keadaan tidak efektif dan pelajar akan mula merasa gelisah keran tidak memahami apa yang
diajar di dalal kelas.
Personaliti seseorang juga mempengaruhi terhadap kegelisahan matematik kerana personaliti
yang baik akan mempengaruhi sikap mereka terhadap matematik. Bukan sahaja personaliti
pelajar, guru juga seharusnya mempunyai personaliti yang baik dalam mengajar subjek
matematik supaya apa yang ingin disampaikan di dalam pengajaran tercapai dan apabila guru
yang mempunyai sikap yang buruk terhadap pengajaran matematik mempengaruhi kepada
pelajar-palajarnya terhadap matematik.
Seterusnya, faktor persekitaran juga mempengaruhi kegelisahan pelajar terhadap matematik
seperti bilik darjah dan suasana persekolahan. Bilik darjah dan persekitaran sekolah yang baik
membolehkan pelajar belajar dalam keadaan selesa dan tenang tanpa sebarang ganguan lain.
Menurut Morris (1981), sesetengah pelajar yakin yang mereka tidak boleh belajar matematik
dengan baik kerana mereka mempunyai pengalaman yang lemah dalam kelas matematik yang
mereka pernah lalui. Ini bermaksud, pengalaman pelajar yang lemah dalam matematik
menganggap mereka tidak boleh terus maju dalam matematik menyebabkan mereka bertambah
gelisah semasa belajar matematik.
6. Sebagai seorang guru, bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah kegelisahan
matematik ini ?
Cara untuk mengurangkan masalah kegelisan pelajar terhadap matematik ialah dengan
menyediakan guru yang berpesonaliti yang baik dan unggul. Guru merupakan model kepada
pelajar–pelajar di sekolah dan gurulah yang mencorakkan seseorang pelajar itu terhadap
matematik. Guru seharusnya menunjukkan yang beliau begitu berminat dan mahir dalam
matematik supaya pelajar yakin untuk belajar matematik dengan guru tersebut. Jika guru itu
sendiri bermasalah dalam matematik, bagaiman dia mereka ingin mengajar matematik kepada
pelajar-pelajar.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya mengajar matematik
dengan mengaitkan dengan kehidupan seharian supaya pelajar lebih jelas tentang konsep apakah
yang ingin diajar dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar matematik. Proses pengajaran
dan pembelajaran juga berlaku dalam keadaan yang tidak bosan membolehkan pelajar menerima
sesuaru konsep matematik dengan baik tanpa ada sebrang kegelisahan di dalam diri mereka.
Kaedah pengajaran yang menarik juga haruslah dipraktikkan oleh guru matematik supaya pelajar
tidak mudah bosan untuk belajar matematik dan mudah untuk menerima sesuatu konsep
matematik. Semasa proses pengajaran berlaku, guru seharusnya tidak memarahi pelajar yang
tidak faham semasa sesuatu konsep matematik diterangkan sebaliknya mencari jalan
penyelesaian untuk pelajar tersebut memahami tentang sesuatu konsep yang telah diajar. Jika
guru memarahi pelajar yang tidak faham, mereka akan lebih memberontak dan membenci subjek
matematik. Guru juga perlu banyakkan penglibatan pelajar dalam matematik dimana banyak
bertanyakan soalan-soalan supaya pelajar tersebut berfikir. Apabila pelajar itu berfikir secara
tidak lansung proses pengajaran matematik ini berlaku.
7. Bagaimana untuk menghapuskan perasaan kegelisan matematik ini ?
Cara untuk menghapuskan perasaan gelisah terhadap matematik ini ialah dengan membrikan
motivasi kepada pelajar yang sebenarnya matematik itu bukan satu subjek yang sukar untuk
dipelajari. Dengan cara ini, pelajar perlahan-lahan menghapuskan kegelisahan mereka terhadap
matematik.
Guru juga perlulah mengajar matematik mengikut cara yang sepatutnya bukan sekadar “talk and
Chalks” sahaja kerana pembelajaran dengan cara ini cepat membosankan pelajar dan
menambahkan kegelisahan pelajar apabila sukar untuk memahami sesuatu konsep yang ingin
dipelajari.
Pelajar juga perlulah tanamkan sikap supaya mengukai matematik dan bukannya takut terhadap
subjek matematik. Apabila seseorang itu suka akan sesuatu perkara mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tentang apa yang diminati.
Pengajaran matematik di sekolah juga tidak seharusnya berpusatkan kepada peperiksaan semata-
mata sebaliknya apa yang pelajar pelajari itu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka
dan meraka merasakan apa yang meraka belajar selama ini berguna untuk mereka dalam
kehidupan seharian.
Galakkan yang positif daripada keluarga juga penting supaya tidak memberikan penekanan
untuk belajar matematik sebaliknya member dorongan dan semangat supaya pelajar beljar
bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam subjek matematik dan untuk kengunaan mereka di
masa akan datang.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaAdilah Yahaya
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasnamoshi89
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayatiAtie Sakura
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibHabibah Abdullah
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Haryati Ismail
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012marshiza
 
Proseding kajian tindakan
Proseding kajian tindakanProseding kajian tindakan
Proseding kajian tindakannorazia misran
 
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifirJURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifirAinun Bariah Jaafar
 
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposalKajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposalSiti Nur Aidah Md.Ayob
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math AnxietyHasnidi Fara
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
Kreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematikaKreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematikaYadi Pura
 

Was ist angesagt? (20)

Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -Erda
 
Mathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part HasnaMathematics anxiety-part Hasna
Mathematics anxiety-part Hasna
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayati
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Matematik
MatematikMatematik
Matematik
 
mathematics anxiety
mathematics anxietymathematics anxiety
mathematics anxiety
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
Math anxiety
Math anxietyMath anxiety
Math anxiety
 
Proseding kajian tindakan
Proseding kajian tindakanProseding kajian tindakan
Proseding kajian tindakan
 
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifirJURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
JURNAL PRAKTIKUM Kotak Sifir sebagai Alternatif Murid Mengingati sifir
 
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposalKajian tindakan dalam pendidikan-proposal
Kajian tindakan dalam pendidikan-proposal
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math Anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Kreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematikaKreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematika
 

Ähnlich wie Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207

Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayatimoshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)Novriheriyani
 
Best practice matematika SMA
Best practice matematika SMABest practice matematika SMA
Best practice matematika SMAzaskya laksmitha
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematikaimasniranuryani
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatifAlina Margono
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiCha Aisyah
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANTeacher Nasrah
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajaOlivia Tifani
 
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...Alorka 114114
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMela Azizah
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 

Ähnlich wie Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207 (20)

Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayati
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
 
Onday
OndayOnday
Onday
 
Best practice matematika SMA
Best practice matematika SMABest practice matematika SMA
Best practice matematika SMA
 
Esei gc
Esei gcEsei gc
Esei gc
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
 
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 

Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207

  • 1. FACULTY SCIENCE AND TECHNOLOGY UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES SME 3023 INDIVIDUAL ASSIGNMENT MATHEMATICS ANXIETY LECTURER : PROF. DR. MARZITA PUTEH NAME MATRIC NO. AHMAD SAHIR BIN MUSTAFA KAMAL D 20081032207
  • 2. KEGELISAHAN TERHADAP MATEMATIK 1. Apakah definisi kegelisahan matematik ? Kegelisahan terhadap matematik bermaksud perasaan tertekan dan kerisauan dalam memanipulasi nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan dan situasi akademik. Menurut Toblas ( 1978 ), kegelisahan matematik boleh menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri. Seseorang yang menderita dengan kegelisahan matematik merasa mereka tidak berupaya melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan matematik. Sesetengah orang yang mempunyai kerisauan dalam matematik mempunyai perasaan takut terhadap matematik atau fobia terhadap matematik. Menurut Burton (1979), beberapa tanda seseorang mengalamai kegelisan matematik ialah berpeluh pada tapak tangan, panic, takut, panas sejuk, tertekan, kering mulut, malu dan sebagainya. 2. Mengapakah kegelisahan terhadap matematik ini berlaku ? Banyak perkara yang menyebabkan seseorang gelisah terhadap matematik. Antaranya ialah bagi seseorang pelajar, matematik merupakan satu subjek yang penting yang diajar di sekolah. Matematik merupakan satu subjek yang wajib dipelajari di peringkat menengah rendah dan juga menengah atas bagi sekolah menengah dan tamat dengan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Bagi pelajar lepasan SPM mereka perlu lulus dengan baik dengan sekurang-kurangya mendapat gred (C6) untuk meneruskan pengajian mereka di mana-mana institut pengajian tinggi dan peringkat Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM) atau setaraf. Jika mereka mendapat gred yang rendah dalam subjek matematik pelunag untuk mereka melanjutkan pelajaran adalah amat tipis. Mereka yang mendapat gred yang cemerlang memudahkan mereka untuk memilih kursus-kursus yang mereka minati. Oleh yang demikian, pelajar merasa gelisah jika mereka tidak dapat skor dengan baik dalam subjek matematik. Salah satu elemen yang sangat penting dalam pengajaran matematik dalam kalangan rakyat Malaysia ialah sebagai tiket mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan memudahkan seseorang untuk mendapat kerja yang lebih baik. Oleh itu, setiap keluarga akan memastikan anak-anak
  • 3. mereka mendapat pencapaian yang cemerlang dalam matematik. Harapan yang tinggi menyebabkan pelajar-pelajar rasa gelisah jika mereka tidak dapat melakukannya dengan baik. Pelajar juga gelisah terhadap matematik kerana menganggap subjek matematik adalah satu subjek yang abstrak untuk difahami. Pengalaman dalam pembelajaran matematik merupakan faktor mengapa sesetengah pelajar gelisah terhadap matematik kerana melalui pengalaman mereka yang lepas, mereka menganggap matematik ini adalah satu subjek yang sukar dan lebih sukar dipeljari di peringkat yang lebih atas. Personaliti guru dan gaya pengajaran juga membuatkan pelajar gelisah kerana bukan semua guru matematik boleh mengajar matematik dengan baik untuk memudahkan pelajar memahami tentang konsep matematik yang ingin diajar. Tekanan daripada ibu bapa juga membuat pelajar gelisah untuk belajar matematik kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang dalam matematik dan menyuruh mereka sentiasa memperbanyakkan latihan di rumah. 3. Siapakah yang mengalami masalah kegelisan matematik ini ? Antara golongan yang paling besar mengalami masalah kegelisahan matematik ini ialah pelajar terutama pelajar yang ingin memnduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM kerana mereka perlu belajar bersungguh- sungguh dalam subjek matematik untuk mencapai cita-cita mereka dan menggunakan aplikasi matematik yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Golongan yang kedua yang mengalami kegelisan matematik ini ialah guru-guru dalam mengajar subjek matematik kerana guru-gurulah yang memainkan peranan yang penting dalam memberikan maklumat tentang sesuatu konsep matematik yang ingin diajar di sekolah. Guru di sekolah rendah lebih dikesan menderita terhadap kegelisahan matematik ( Briggs, 1993 ; Briggs dan Crook, 1991 ), kerana merekalah yang mengajarkan asas-asas matematik yang betul kepada setiap pelajar. Jika mereka tidak dapat mengajar secara efektif, pelajar akan terbawa- bawa kegelisahan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • 4. Golongan yang ketiga yang mengalami kegelisahan ialah ibu bapa kerana mereka mengharapkan setiap anak-anak mereka cemerlang dalam subjek matematik untuk menghantar anak-anak mereka ke institut pengajian tinggi seterusnya mendapat kerja yang baik. Kegelisahan matematik ini berlaku kepada pelajar lelaki dan juga perempuan. Ramai yang menganggap bahawa pelajar perempuan lebih gelisah berbanding lelaki terhadap matematik. Tetapi sebenarnya, pengaruh yang penting dalam kegelisahan seseorang dalam matematik ialah sikap mereka terhadap matematik itu sendiri. Guru pelatih juga mempengaruhi kegelisahan pelajar dalam matematik kerana mereka tidak biasa dalam mengajar matematik. Persepsi, perasaan dan perwatakan terhadap matematik 4. Bilakah kegelisan matematik ini berlaku ? Kegelisan ini berlaku apabila pelajar menyelesaikan tugasan matematik yang sukar dan mereka akan merasa bimbang dan menunjukkan tanda-tandanya seperti bibir mengelentar dan tangan berpeluh. Mereka akan merasa tertekan dan gelisah serta membuatkan mereka tidak berminat untuk belajar matematik. Pelajar akan bertambah gelisah apabila meraka tidka dapat memahami keseluruhan dalam sesuatu konsep matematik semasa pengajaran. Menurut Skemp (1971), pelajar akan bertambah gelisah apabila mereka tidak dapat memahami keseluruhan bahagian yang dipelajari di dalam kelas matematik. Kegelisahan pelajar akan memusnahkan keberkesanan pengajaran di dalam kelas. Kegelisahan yang lebih menyebabkan pelajar lebih bekerja keras untuk memahami pengajara tetapi tahap pemahaman mereka semakin berkurang menyebabkan kerisauan mereka bertambah. Kegelisahan ini juga berlaku apabila matematik memerlukan logik dan bukan kreativiti, dalam matematik, yang penting adalah mendapat jawapan yang betul, untuk bagus dalam matematik kita mestilah bagus dalam pengiraan.
  • 5. 5. Apakah yang membuatkan kegelisahan matematik ini berlaku ? Perkara yang membuatkan kegelisan matematik ini berlaku ialah sikap pelajar itu sendiri terhadap matematik. Mereka menganggap subjek matematik merupakan satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Menurut Aiken ( 1970), sikap dan perwatakan mempunyai interaksi yang dinamik dimana sikap mempengaruhi pencapaian dan pencapaian akan mempengaruhi kembali sikap seseorang. Kegelisahan dalam mempelajari matematik juga berlaku apabila belajar matematik di waktu puncak persekolahan kerana pada waktu ini pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diaajar oleh guru. Gaya pengajaran guru juga membuatkan seseorang pelajar akan merasa gelisan dalam belajar matematik. Gaya pengajaran guru yang tidak menarik menyebabkan pembelajaran berlaku dalam keadaan tidak efektif dan pelajar akan mula merasa gelisah keran tidak memahami apa yang diajar di dalal kelas. Personaliti seseorang juga mempengaruhi terhadap kegelisahan matematik kerana personaliti yang baik akan mempengaruhi sikap mereka terhadap matematik. Bukan sahaja personaliti pelajar, guru juga seharusnya mempunyai personaliti yang baik dalam mengajar subjek matematik supaya apa yang ingin disampaikan di dalam pengajaran tercapai dan apabila guru yang mempunyai sikap yang buruk terhadap pengajaran matematik mempengaruhi kepada pelajar-palajarnya terhadap matematik. Seterusnya, faktor persekitaran juga mempengaruhi kegelisahan pelajar terhadap matematik seperti bilik darjah dan suasana persekolahan. Bilik darjah dan persekitaran sekolah yang baik membolehkan pelajar belajar dalam keadaan selesa dan tenang tanpa sebarang ganguan lain. Menurut Morris (1981), sesetengah pelajar yakin yang mereka tidak boleh belajar matematik dengan baik kerana mereka mempunyai pengalaman yang lemah dalam kelas matematik yang mereka pernah lalui. Ini bermaksud, pengalaman pelajar yang lemah dalam matematik menganggap mereka tidak boleh terus maju dalam matematik menyebabkan mereka bertambah gelisah semasa belajar matematik.
  • 6. 6. Sebagai seorang guru, bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah kegelisahan matematik ini ? Cara untuk mengurangkan masalah kegelisan pelajar terhadap matematik ialah dengan menyediakan guru yang berpesonaliti yang baik dan unggul. Guru merupakan model kepada pelajar–pelajar di sekolah dan gurulah yang mencorakkan seseorang pelajar itu terhadap matematik. Guru seharusnya menunjukkan yang beliau begitu berminat dan mahir dalam matematik supaya pelajar yakin untuk belajar matematik dengan guru tersebut. Jika guru itu sendiri bermasalah dalam matematik, bagaiman dia mereka ingin mengajar matematik kepada pelajar-pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya mengajar matematik dengan mengaitkan dengan kehidupan seharian supaya pelajar lebih jelas tentang konsep apakah yang ingin diajar dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar matematik. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dalam keadaan yang tidak bosan membolehkan pelajar menerima sesuaru konsep matematik dengan baik tanpa ada sebrang kegelisahan di dalam diri mereka. Kaedah pengajaran yang menarik juga haruslah dipraktikkan oleh guru matematik supaya pelajar tidak mudah bosan untuk belajar matematik dan mudah untuk menerima sesuatu konsep matematik. Semasa proses pengajaran berlaku, guru seharusnya tidak memarahi pelajar yang tidak faham semasa sesuatu konsep matematik diterangkan sebaliknya mencari jalan penyelesaian untuk pelajar tersebut memahami tentang sesuatu konsep yang telah diajar. Jika guru memarahi pelajar yang tidak faham, mereka akan lebih memberontak dan membenci subjek matematik. Guru juga perlu banyakkan penglibatan pelajar dalam matematik dimana banyak bertanyakan soalan-soalan supaya pelajar tersebut berfikir. Apabila pelajar itu berfikir secara tidak lansung proses pengajaran matematik ini berlaku.
  • 7. 7. Bagaimana untuk menghapuskan perasaan kegelisan matematik ini ? Cara untuk menghapuskan perasaan gelisah terhadap matematik ini ialah dengan membrikan motivasi kepada pelajar yang sebenarnya matematik itu bukan satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Dengan cara ini, pelajar perlahan-lahan menghapuskan kegelisahan mereka terhadap matematik. Guru juga perlulah mengajar matematik mengikut cara yang sepatutnya bukan sekadar “talk and Chalks” sahaja kerana pembelajaran dengan cara ini cepat membosankan pelajar dan menambahkan kegelisahan pelajar apabila sukar untuk memahami sesuatu konsep yang ingin dipelajari. Pelajar juga perlulah tanamkan sikap supaya mengukai matematik dan bukannya takut terhadap subjek matematik. Apabila seseorang itu suka akan sesuatu perkara mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tentang apa yang diminati. Pengajaran matematik di sekolah juga tidak seharusnya berpusatkan kepada peperiksaan semata- mata sebaliknya apa yang pelajar pelajari itu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka dan meraka merasakan apa yang meraka belajar selama ini berguna untuk mereka dalam kehidupan seharian. Galakkan yang positif daripada keluarga juga penting supaya tidak memberikan penekanan untuk belajar matematik sebaliknya member dorongan dan semangat supaya pelajar beljar bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam subjek matematik dan untuk kengunaan mereka di masa akan datang.