SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Usuluddin 2 : Pengantar Ulum Al-Quran
Bahagian G : Ayat Makkiyah dan Madaniah
Takrif atau Pengertian Makkiyah dan Madaniah
Secara umumnya, Makkiyah dan Madaniah ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat
serta surah-surah yang diturunkan di Mekah dan Madinah serta kawasan sekitarnya. Secara
lebih khusus, ulama berbeza pendapat dalam membuat penentuan dan pengertian antara ayat
Makkiyah dan Madaniah. Oleh itu, ulama telah membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu:
I. Pembahagian dari sudut masa
II. Pembahagian dari sudut tempat
III. Pembahagian dari sudut tumpuan penurunan
a) Pembahagian dari Sudut Masa
Ulama golongan ini mengatakan bahawa:
I. Surah dan ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dinamakan ayat Makkiyah.
II. Surah serta ayat yang diturunkan selepas Hijrah dinamakan ayat Madaniah.
Mengikut pendapat di atas, penumpuan kepada masa meliputi ayat yang diturunkan di
Mekah atau Madinah, asalkan ianya berlaku sebelum Hijrah tetap dinamakan ayat
Makiyyah.
Sementara itu, ayat yang turun selepas Hijrah tidak kira tempat, sama ada di
Mekah, Madinah atau di mana-mana sahaja dikira sebagai ayat Madaniah.
Pendapat ini merupakan pendapat yang masyhur dan juga diiktiraf oleh jumhur
ulama, kerana ianya menyeluruh dan tepat dengan merangkumi ayat-ayat Al-Quran
yang diturunkan kepada Nabi.
Pendapat ini disokong oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya, Tarikh al-Tasyri’
dengan menyatakan penurunan Al-Quran terbahagi kepada dua masa iaitu:
a. Masa sebelum Hijrah selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Ianya bermula 17hb
Ramadhan, iaitu 41 tahun usia Nabi hingga awal Rabiulawal, 54 tahun usia Nabi.
Hampir 19 Juz Al-Quran merupakan ayat Makkiyah kerana diturunkan dalam
jarak masa tersebut.
b. Masa selepas Hijrah selama 9 tahun, 9 bulan dan 9 hari. Ianya bermula awal
bulan Rabiulawal iaitu ketika usia 54 tahun usia Nabi hingga 9 Zulhijjah, 63 tahun
usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan dalam jarak masa tersebut dinamakan
Madaniah yang mana meliputi 11 Juz Al-Quran.
Walaupun ayat 3 dari Surah al-Ma’idah diturunkan di Padang ‘Arafah pada tahun
Hijjatul Wada’ selepas Hijrah, namun ia dikira ayat Madaniah mengikut pendapat ulama
golongan pertama. Firman Allah s.w.t. :
... ‫م‬َ‫و‬‫ي‬َ ‫ٱل‬ۡۡ‫ت‬ُ ‫ل‬‫م‬َ‫أك‬َۡ ۡ‫م‬‫ك‬ُ ‫ل‬َۡ‫م‬‫ك‬ُ ‫ن‬َ‫دي‬ِۡ‫ت‬ُ‫م‬ ‫م‬َ ‫ت‬‫أ‬َ‫و‬َۡ ۡ‫م‬‫ك‬ُ‫ي‬‫ل‬َ‫ع‬َۡ ۡ‫تى‬ِ‫م‬َ‫ع‬‫ن‬ِ ۡ‫ت‬ُ ‫ضي‬ِ ‫ر‬َ ‫و‬َ‫م‬ُ‫ك‬ُ ‫ل‬َ‫م‬َ‫ـ‬‫ل‬َ‫س‬‫إ‬ِ ‫ٱل‬ٰ ۡۡ‫ا‬‫ن‬ً‫دي‬ِۚ۬ ...
Terjemahan: … Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda akan Islam itu menjadi
agama untuk kamu…
(Surah al-Ma’idah: Ayat 3)
Begitu juga dengan ayat 58 Surah al-Nisa’ yang diturunkan di dalam Ka’abah
pada tahun Penaklukan Kota Mekah juga dikira ayat Madaniah. Firman Allah:
… ۞ ‫ن‬َّ  ‫إ‬ِ‫لل‬َّ َ ‫ٱ‬‫م‬‫ك‬ُ ‫ر‬ُ ‫م‬ُ‫أ‬ ‫ي‬َۡ ۡ‫أن‬َ‫ا‬ْ ‫دو‬ُّ‫و‬‫ؤ‬َ ‫ت‬ُ‫ت‬ِ ‫ـ‬‫ن‬َ‫مـ‬َ ‫أ‬َ‫ٱل‬ٰ ٰ ۡ‫ى‬‫ل‬َ‫إ‬ِ ٰٓ‫ها‬َ ‫ل‬ِ‫ه‬‫أ‬َ ۡ
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…
(Surah an-Nisa’: Ayat 58)
Dalam konteks lain, semua ayat yang diturunkan selepas Hijrah ketika Nabi bermusafir
dan ayat yang diturunkan di Badar, seperti ayat permulaan dalam surah al-Anfal adalah
Madaniah.
b) Pembahagian dari Sudut Tempat
Pendapat golongan kedua mengatakan bahawa:
I. Surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dikenali sebagai Makkiyah.
II. Surah atau ayat yang diturunkan di Madinah pula dikatakan sebagai Madaniah.
Pendapat golongan kedua ini dinilai dari sudut tempat turunnya ayat.
Semua ayat dan surah yang diturunkan di Mekah dan daerah sekitarnya seperti
Arafah, Hudaibiyah dan Mina dinamakan sebagai Makkiyah, walaupun ia diturunkan
selepas Hijrah.
Manakala semua ayat serta surah yang diturunkan di Madinah dan daerah
sekitarnya seperti Badar, Quba dan Uhud adalah ayat Madaniah, biarpun ia diturunkan
sebelum Hijrah.
Pendapat golongan kedua ini tidak tepat kerana ia tidak Jami’ Mani’, iaitu tidak
meliputi dan tidak menyeluruh. Ada ayat yang diturunkan sewaktu Nabi bermusafir,
ketika Nabi berada di Tabuk dan sebagainya.
Oleh itu, pendapat kedua ini dapat disangkal kerana ia tidak merangkumi semua
ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi, iaitu ayat yang tidak diturunkan di Mekah
dan tidak di Madinah serta tidak di kawasan sekitar keduanya. Contohnya adalah
melalui firman Allah dalam Surah al-Taubah:
‫و‬‫ل‬َ ۡ‫ن‬َ ‫كنا‬َ‫ضنا‬ً‫ر‬َ ‫ع‬َ۬‫بنا‬ً‫ي‬‫ر‬ِ ‫ق‬َ۬‫را‬ً‫ف‬َ‫س‬َ ‫و‬َ۬‫دا‬ً‫ص‬ِ ‫قنا‬َ۬‫ك‬َ ‫عو‬ُ‫كو‬ ‫ب‬َ‫ت‬َّ‫لّتٱ‬َّ ...
Terjemahan: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad)
sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan sesuatu perjalanan yang sederhana
(tidak begitu jauh), nescaya mereka (golongan yang Munafik itu) akan mengikutimu…
(Surah al-Taubah: Ayat 42)
Ayat di atas telah diturunkan di Tabuk.
Contoh yang lain pula ialah ayat daripada firman Allah dalam Surah al-Zukhruf,
yang mana ayat tersebut telah diturunkan oleh Allah pada malam Isra’ di Baitul Maqdis,
iaitu:
‫ل‬‫ـ‬ َ‫س‬ۡ ‫و‬َۡ ۡٔ‫ن‬‫م‬َ ۡ‫ننا‬َ‫ل‬‫س‬َ‫أر‬َۡ ۡ‫من‬ِ‫ك‬َ ‫ل‬ِ‫ب‬‫ق‬َۡ‫من‬ِ‫نا‬‫ن‬َ‫ل‬ِ‫س‬ُ‫كو‬ ‫ر‬ّٓ‫ننا‬َ‫ل‬‫ع‬َ ‫ج‬َ ‫أ‬َۡ‫من‬ِ‫ن‬ِ ‫دو‬ُ‫كو‬‫ن‬ِ‫ـ‬ ‫م‬َ‫رح‬َّ ‫ّتٱل‬ٰ ۡ‫ة‬ً‫ه‬َ ‫ل‬ِ‫ءا‬َ۬‫ن‬َ ‫دو‬ُ‫كو‬‫ب‬َ‫ع‬‫ي‬ُ‫كو‬ ۡ
Terjemahan: Dan bertanyalah kepada (umat) mana-mana Rasul yang Kami telah
utuskan sebelummu; pernahkah Kami member hukum menetapkan sebarang Tuhan
untuk disembah selain dari Allah yang Amat Pemurah?
(Surah al-Zukhruf: Ayat 45)
Justeru, berdasarkan bukti tersebut menunjukkan pendapat kedua ini adalah tidak
tepat, yang mana berdasarkan pengertian dan pembahagian yang mereka berikan itu
menyebabkan ada ayat-ayat yang tidak termasuk dalam mana-mana bahagian.
c) Pembahagian dari Sudut Tumpuan Penurunan
Pendapat ulama golongan ketiga pula mengatakan:
I. Ayat serta surah yang diturunkan dengan tujuan atau tumpuan atau khitab
kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makkiyah.
II. Ayat dan surah yang ditujukan atau khitab kepada penduduk Madinah pula
dikatakan ayat Madaniah.
Dalam erti kata lain, pendapat golongan ketiga ini dinilai daripada sudut tumpuan
penurunan dan tujuan arahnya. Menurut pendapat ketiga, ayat Makkiyah biasanya
menggunakan lafaz ( ‫ـناس‬‫ـ‬‫يأيهناالن‬ ) Wahai sekalian manusia dan ayat Madaniah pula
dimulakan dengan ( ‫)يناأيهناالذينءامنو‬ Wahai orang yang beriman.
Antara lain juga segolongan dan sesetengah ulama memasukkan sighah atau
lafaz ( ‫ـنا‬‫ـ‬‫ي‬‫ـى‬‫ـ‬‫بن‬‫آدم‬ ) Wahai anak Adam bersama-sama dengan sighah ( ‫ـناس‬‫ـ‬‫يأيهناالن‬ ) Wahai
sekalian manusia yang bermaksud setiap ayat yang didatangkan dengan lafaz ( ‫ينا‬‫بنى‬‫آدم‬ )
Wahai anak Adam termasuk dalam ayat Makkiyah.
Sebagai rumusannya, pendapat ketiga ini membuat pembahagian ayat Makkiyah
dan Madaniah dengan berasaskan kepada golongan orang yang dikhitabkan oleh Al-
Quran.
Pendapat ketiga ini juga tidak tepat dan tidak menyeluruh terhadap semua ayat
yang diturunkan kepada Nabi. Hal tersebut kerana:
a) Terdapat dalam Al-Quran ayat yang diturunkan dengan tidak dimulakan dengan
kedua-dua sighah tersebut iaitu tidak dimulakan dengan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ ) Wahai
sekalian manusia atau ( ‫ينابنى‬‫آدم‬ ) Wahai anak Adam dan bukan dengan lafaz
( ‫يناأيهناالذينءامنو‬ ) Wahai orang yang beriman atau ia juga tidak termasuk ayat
yang ditujukan kepada Nabi atau ayat yang dimulakan dengan ( ‫ينا‬‫أيهنا‬‫نـبي‬ ) Wahai
Nabi.Sebagaimana contohnya melalui firman Allah pada permulaan Surah al-Ahzab:
‫نا‬ َ ‫ي‬ّ‫أ‬َ‫ـ‬ۡۡ ‫ي‬َ‫ہ‬ ٰٓ‫ى‬ّ ‫ب‬ِ‫ن‬َّ‫ّتٱل‬‫ق‬ِ ‫ت‬َّ‫ّتٱ‬‫لل‬ََّ ‫ّتٱ‬‫ل‬َ ‫و‬َ‫ع‬ِ ‫ط‬ِ ‫ت‬ُ‫كو‬‫ن‬َ ‫ري‬ِ ‫ف‬ِ‫ـ‬‫ك‬َ‫ل‬ ‫ّتٱ‬ٰ ۡ‫ن‬َ ‫قي‬ِ‫ف‬ِ‫ـ‬‫ن‬َ‫م‬ُ‫كو‬‫ل‬ ‫وّتٱ‬َٰ ۡ‌ۗ‫ن‬َّ ‫إ‬ِ‫لل‬ََّ ‫ّتٱ‬‫ن‬َ ‫نا‬ َ‫ڪ‬‫منا‬ً ‫لي‬ِ‫ع‬َ
‫منا‬ً‫ي‬‫ك‬ِ ‫ح‬َ۬)١(
Terjemahan: Wahai Nabi! Tetaplah bertakwa kepada Allah dan janganlah Engkau
patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah
adalah Amat Mengetahui lagi Amat Bijaksana.
(Surah al-Ahzab: Ayat 1)
b) Keadaan lain juga kerana, tidak semua ayat yang diturunkan dengan dimulakan
dengan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ ) Wahai sekalian manusia dikira umumnya adalah Makkiyah.
Namun, terdapat ayat Madaniah yang datang dengan dimulakan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ )
Wahai sekalian manusia. Begitu juga terdapat ayat-ayat Makkiyah yang datang
dengan dimulakan dengan lafaz (‫)يناأيهناالذينءامنو‬ Wahai orang yang beriman. Antara
bukti dan contohnya adalah sebagaimana berikut:
I. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 21 adalah Madaniah sedangkan ia
bermula dengan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ ) Wahai sekalian manusia, iaitu:
‫نا‬ َ ‫ي‬ّ‫أ‬َ‫ـ‬ۡۡ ‫ي‬َ‫ہ‬ ٰٓ‫س‬ُ‫كو‬ ‫ننا‬َّ‫ّتٱل‬‫ا‬ْ‫دو‬ُ‫كو‬‫ب‬ُ‫كو‬‫ع‬‫ّتٱ‬ۡ‫م‬ُ‫كو‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ب‬َّ‫ر‬َ‫ذ ى‬ِ‫ل‬َّ‫ّتٱ‬‫م‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬َۡ‫ن‬َ ‫ذي‬ِ‫ل‬َّ‫وّتٱ‬َ‫من‬ِ‫م‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ل‬ِ‫قب‬َۡ ۡ‫م‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ل‬َّ‫ع‬َ ‫ل‬َۡ
‫ن‬َ ‫قو‬ُ‫كو‬‫ت‬َّ‫ت‬َ
Terjemahan: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kamu kepada Tuhan
kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu
daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: Ayat 21)
II. Ayat 77 Surah al-Hajj adalah Makkiyah, sedangkan ia bermula dengan lafaz
(‫ياأيهاالذينءامنو‬ ) Wahai orang yang beriman. Sebagaimana firman Allah:
‫ها‬َ ‫ي‬ّ‫أ‬َ‫ـ‬‫ي‬َٰٓ‫ن‬َ ‫ذي‬ِ‫َني‬‫ل‬َّ‫ٱ‬‫ا‬ْ ‫نو‬ُ‫او‬‫م‬َ ‫ءا‬َ‫ا‬ْ ‫عو‬ُ‫او‬ َ ‫ر‬ۡ‫ٱ‬‫ۡڪ‬‫ا‬ْ ‫دو‬ُ‫او‬‫ج‬ُ‫او‬‫وٱس‬َۡ‫ا‬ْ ‫دو‬ُ‫او‬‫ب‬ُ‫او‬‫ع‬‫وٱ‬َۡ‫م‬‫ك‬ُ‫او‬ ‫ب‬َّ‫ر‬َۡ
‫ا‬ْ ‫لو‬ُ‫او‬‫ع‬َ‫ف‬‫وٱ‬َۡ‫ر‬َ‫ي‬ ‫خ‬َ‫ل‬ ‫ٱ‬ۡ ۡ‫م‬ ُ‫او‬ ‫ل‬َّ‫ع‬َ ‫ل‬َۡ‫ڪ‬‫ن‬َ ‫حو‬ُ‫او‬ ‫ل‬ِ‫َني‬‫تف‬ُ‫او‬ۡ ۩
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah serta sujudlah
(mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan
mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; Supaya kamu
berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Surah al-Hajj: Ayat 77)
Sebagai rumusannya, pendapat golongan ketiga adalah tidak menyeluruh. Hal ini kerana
pembahagian yang mereka buat itu menyebabkan terdapat sesetengah ayat yang tidak
termasuk dalam mana-mana bahagian, sama ada Makkiyah atau Madaniah. Lebih-lebih lagi,
berlaku ketidak seragaman dalam pembahagian yang mereka buat, iaitu ayat yang sepatutnya
Makkiyah menjadi Madaniah dan ayat yang sepatutnya Madaniah menjadi Makkiyah.
Oleh: Muhammad Fauzi bin Yusof
Oleh: Muhammad Fauzi bin Yusof

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Muhammad Fahmi
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Atiekah Pauzi
 
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
Nurul Husna
 
Was ist angesagt? (20)

Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAHMETADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
METADOLOGI ALQURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
 
Topik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyahTopik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyah
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
 
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafieBab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
Bab 1 sejarah perkembangan mazhab syafie
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
perkembangan ilmu akidah degree
perkembangan ilmu akidah   degreeperkembangan ilmu akidah   degree
perkembangan ilmu akidah degree
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
 
Fiil Sohih & Mu'tal
Fiil Sohih & Mu'talFiil Sohih & Mu'tal
Fiil Sohih & Mu'tal
 
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
usuluddin penggal 1 - Metodologi al quran dalam menerapkan akidah
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Ähnlich wie Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)

Makalah makki-dan-madani
Makalah makki-dan-madaniMakalah makki-dan-madani
Makalah makki-dan-madani
Fidhin Cilick
 
SUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdf
SUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdfSUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdf
SUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdf
FirdhanSaid
 
Ähnlich wie Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah) (20)

Makki & madani
Makki & madaniMakki & madani
Makki & madani
 
Makalah makkiyah dan madaniyah
Makalah makkiyah dan madaniyahMakalah makkiyah dan madaniyah
Makalah makkiyah dan madaniyah
 
Makalah makki-dan-madani
Makalah makki-dan-madaniMakalah makki-dan-madani
Makalah makki-dan-madani
 
Makiyyah Madaniyyah dan Qiraat Al-Qur'an
Makiyyah Madaniyyah dan Qiraat Al-Qur'anMakiyyah Madaniyyah dan Qiraat Al-Qur'an
Makiyyah Madaniyyah dan Qiraat Al-Qur'an
 
Makalah makkiyah
Makalah makkiyahMakalah makkiyah
Makalah makkiyah
 
Makkiyah
MakkiyahMakkiyah
Makkiyah
 
Jurnal Ulumul Quran: Ilmu Makiyyah dan Madaniyyah
Jurnal Ulumul Quran: Ilmu Makiyyah dan MadaniyyahJurnal Ulumul Quran: Ilmu Makiyyah dan Madaniyyah
Jurnal Ulumul Quran: Ilmu Makiyyah dan Madaniyyah
 
Ulumul qur an n 6
Ulumul qur an n 6Ulumul qur an n 6
Ulumul qur an n 6
 
M akkiyah maddiinah
M akkiyah maddiinahM akkiyah maddiinah
M akkiyah maddiinah
 
MAKALAH STUDI QUR'AN 1.docx
MAKALAH STUDI QUR'AN 1.docxMAKALAH STUDI QUR'AN 1.docx
MAKALAH STUDI QUR'AN 1.docx
 
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
Makalah revisi Makkiyah dan madaniyah
 
makalah Makkiyah dan madaniyah
makalah Makkiyah dan madaniyahmakalah Makkiyah dan madaniyah
makalah Makkiyah dan madaniyah
 
Makkiyyah dan Madaniyyah
Makkiyyah dan MadaniyyahMakkiyyah dan Madaniyyah
Makkiyyah dan Madaniyyah
 
Ulumul Qur'an Maki Madani
Ulumul Qur'an Maki MadaniUlumul Qur'an Maki Madani
Ulumul Qur'an Maki Madani
 
Makalah muhkam & mutasyabi
Makalah muhkam & mutasyabiMakalah muhkam & mutasyabi
Makalah muhkam & mutasyabi
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 
MAKKIYAH DAN MADANIYAH_Ulin.pptx
MAKKIYAH DAN MADANIYAH_Ulin.pptxMAKKIYAH DAN MADANIYAH_Ulin.pptx
MAKKIYAH DAN MADANIYAH_Ulin.pptx
 
SUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdf
SUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdfSUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdf
SUWARSA_PSY MAKALAH MAKI DAN MADANNI.pdf
 
Ayat Makiyyah dan Madaniyyah Dalam Arus Hijrah.pptx
Ayat Makiyyah dan Madaniyyah Dalam Arus Hijrah.pptxAyat Makiyyah dan Madaniyyah Dalam Arus Hijrah.pptx
Ayat Makiyyah dan Madaniyyah Dalam Arus Hijrah.pptx
 
Al qur'an
Al qur'anAl qur'an
Al qur'an
 
Mehr von MUHAMMAD FAUZI YUSOF

Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
Sejarah 1 (tamadun islam)   masyarakat arab di mekah dan madinahSejarah 1 (tamadun islam)   masyarakat arab di mekah dan madinah
Sejarah 1 (tamadun islam) masyarakat arab di mekah dan madinah
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah malaysia adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
Sejarah malaysia   adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan britishSejarah malaysia   adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
Sejarah malaysia adat yang diamalkan di malaysia sebelum campur tangan british
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nankingSejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
Sejarah kertas 2 bincangkan kepentingan perjanjian nanking
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Sejarah 2 (sejarah asia) adat masyarakat myanmar dan vietnam
Sejarah 2 (sejarah asia)   adat masyarakat myanmar dan vietnamSejarah 2 (sejarah asia)   adat masyarakat myanmar dan vietnam

Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
Pengantar teks syariah 2 sifat orang munafik.
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
Stpm pengajian am kertas 1 ( suruhanjaya pelantikan kehakiman & mahkamah pers...
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanunPengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Mehr von MUHAMMAD FAUZI YUSOF (14)

COKLAT
COKLATCOKLAT
COKLAT
 
Jenis jual beli
Jenis jual beliJenis jual beli

Pengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpaPengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
 
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanunPengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
 
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)

  • 1. Usuluddin 2 : Pengantar Ulum Al-Quran Bahagian G : Ayat Makkiyah dan Madaniah Takrif atau Pengertian Makkiyah dan Madaniah Secara umumnya, Makkiyah dan Madaniah ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekah dan Madinah serta kawasan sekitarnya. Secara lebih khusus, ulama berbeza pendapat dalam membuat penentuan dan pengertian antara ayat Makkiyah dan Madaniah. Oleh itu, ulama telah membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu: I. Pembahagian dari sudut masa II. Pembahagian dari sudut tempat III. Pembahagian dari sudut tumpuan penurunan a) Pembahagian dari Sudut Masa Ulama golongan ini mengatakan bahawa: I. Surah dan ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dinamakan ayat Makkiyah. II. Surah serta ayat yang diturunkan selepas Hijrah dinamakan ayat Madaniah. Mengikut pendapat di atas, penumpuan kepada masa meliputi ayat yang diturunkan di Mekah atau Madinah, asalkan ianya berlaku sebelum Hijrah tetap dinamakan ayat Makiyyah. Sementara itu, ayat yang turun selepas Hijrah tidak kira tempat, sama ada di Mekah, Madinah atau di mana-mana sahaja dikira sebagai ayat Madaniah. Pendapat ini merupakan pendapat yang masyhur dan juga diiktiraf oleh jumhur ulama, kerana ianya menyeluruh dan tepat dengan merangkumi ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi. Pendapat ini disokong oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya, Tarikh al-Tasyri’ dengan menyatakan penurunan Al-Quran terbahagi kepada dua masa iaitu: a. Masa sebelum Hijrah selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Ianya bermula 17hb Ramadhan, iaitu 41 tahun usia Nabi hingga awal Rabiulawal, 54 tahun usia Nabi. Hampir 19 Juz Al-Quran merupakan ayat Makkiyah kerana diturunkan dalam jarak masa tersebut. b. Masa selepas Hijrah selama 9 tahun, 9 bulan dan 9 hari. Ianya bermula awal bulan Rabiulawal iaitu ketika usia 54 tahun usia Nabi hingga 9 Zulhijjah, 63 tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan dalam jarak masa tersebut dinamakan Madaniah yang mana meliputi 11 Juz Al-Quran.
  • 2. Walaupun ayat 3 dari Surah al-Ma’idah diturunkan di Padang ‘Arafah pada tahun Hijjatul Wada’ selepas Hijrah, namun ia dikira ayat Madaniah mengikut pendapat ulama golongan pertama. Firman Allah s.w.t. : ... ‫م‬َ‫و‬‫ي‬َ ‫ٱل‬ۡۡ‫ت‬ُ ‫ل‬‫م‬َ‫أك‬َۡ ۡ‫م‬‫ك‬ُ ‫ل‬َۡ‫م‬‫ك‬ُ ‫ن‬َ‫دي‬ِۡ‫ت‬ُ‫م‬ ‫م‬َ ‫ت‬‫أ‬َ‫و‬َۡ ۡ‫م‬‫ك‬ُ‫ي‬‫ل‬َ‫ع‬َۡ ۡ‫تى‬ِ‫م‬َ‫ع‬‫ن‬ِ ۡ‫ت‬ُ ‫ضي‬ِ ‫ر‬َ ‫و‬َ‫م‬ُ‫ك‬ُ ‫ل‬َ‫م‬َ‫ـ‬‫ل‬َ‫س‬‫إ‬ِ ‫ٱل‬ٰ ۡۡ‫ا‬‫ن‬ً‫دي‬ِۚ۬ ... Terjemahan: … Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda akan Islam itu menjadi agama untuk kamu… (Surah al-Ma’idah: Ayat 3) Begitu juga dengan ayat 58 Surah al-Nisa’ yang diturunkan di dalam Ka’abah pada tahun Penaklukan Kota Mekah juga dikira ayat Madaniah. Firman Allah: … ۞ ‫ن‬َّ ‫إ‬ِ‫لل‬َّ َ ‫ٱ‬‫م‬‫ك‬ُ ‫ر‬ُ ‫م‬ُ‫أ‬ ‫ي‬َۡ ۡ‫أن‬َ‫ا‬ْ ‫دو‬ُّ‫و‬‫ؤ‬َ ‫ت‬ُ‫ت‬ِ ‫ـ‬‫ن‬َ‫مـ‬َ ‫أ‬َ‫ٱل‬ٰ ٰ ۡ‫ى‬‫ل‬َ‫إ‬ِ ٰٓ‫ها‬َ ‫ل‬ِ‫ه‬‫أ‬َ ۡ Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)… (Surah an-Nisa’: Ayat 58) Dalam konteks lain, semua ayat yang diturunkan selepas Hijrah ketika Nabi bermusafir dan ayat yang diturunkan di Badar, seperti ayat permulaan dalam surah al-Anfal adalah Madaniah. b) Pembahagian dari Sudut Tempat Pendapat golongan kedua mengatakan bahawa: I. Surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dikenali sebagai Makkiyah. II. Surah atau ayat yang diturunkan di Madinah pula dikatakan sebagai Madaniah. Pendapat golongan kedua ini dinilai dari sudut tempat turunnya ayat. Semua ayat dan surah yang diturunkan di Mekah dan daerah sekitarnya seperti Arafah, Hudaibiyah dan Mina dinamakan sebagai Makkiyah, walaupun ia diturunkan selepas Hijrah. Manakala semua ayat serta surah yang diturunkan di Madinah dan daerah sekitarnya seperti Badar, Quba dan Uhud adalah ayat Madaniah, biarpun ia diturunkan sebelum Hijrah. Pendapat golongan kedua ini tidak tepat kerana ia tidak Jami’ Mani’, iaitu tidak meliputi dan tidak menyeluruh. Ada ayat yang diturunkan sewaktu Nabi bermusafir, ketika Nabi berada di Tabuk dan sebagainya.
  • 3. Oleh itu, pendapat kedua ini dapat disangkal kerana ia tidak merangkumi semua ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi, iaitu ayat yang tidak diturunkan di Mekah dan tidak di Madinah serta tidak di kawasan sekitar keduanya. Contohnya adalah melalui firman Allah dalam Surah al-Taubah: ‫و‬‫ل‬َ ۡ‫ن‬َ ‫كنا‬َ‫ضنا‬ً‫ر‬َ ‫ع‬َ۬‫بنا‬ً‫ي‬‫ر‬ِ ‫ق‬َ۬‫را‬ً‫ف‬َ‫س‬َ ‫و‬َ۬‫دا‬ً‫ص‬ِ ‫قنا‬َ۬‫ك‬َ ‫عو‬ُ‫كو‬ ‫ب‬َ‫ت‬َّ‫لّتٱ‬َّ ... Terjemahan: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan sesuatu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (golongan yang Munafik itu) akan mengikutimu… (Surah al-Taubah: Ayat 42) Ayat di atas telah diturunkan di Tabuk. Contoh yang lain pula ialah ayat daripada firman Allah dalam Surah al-Zukhruf, yang mana ayat tersebut telah diturunkan oleh Allah pada malam Isra’ di Baitul Maqdis, iaitu: ‫ل‬‫ـ‬ َ‫س‬ۡ ‫و‬َۡ ۡٔ‫ن‬‫م‬َ ۡ‫ننا‬َ‫ل‬‫س‬َ‫أر‬َۡ ۡ‫من‬ِ‫ك‬َ ‫ل‬ِ‫ب‬‫ق‬َۡ‫من‬ِ‫نا‬‫ن‬َ‫ل‬ِ‫س‬ُ‫كو‬ ‫ر‬ّٓ‫ننا‬َ‫ل‬‫ع‬َ ‫ج‬َ ‫أ‬َۡ‫من‬ِ‫ن‬ِ ‫دو‬ُ‫كو‬‫ن‬ِ‫ـ‬ ‫م‬َ‫رح‬َّ ‫ّتٱل‬ٰ ۡ‫ة‬ً‫ه‬َ ‫ل‬ِ‫ءا‬َ۬‫ن‬َ ‫دو‬ُ‫كو‬‫ب‬َ‫ع‬‫ي‬ُ‫كو‬ ۡ Terjemahan: Dan bertanyalah kepada (umat) mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami member hukum menetapkan sebarang Tuhan untuk disembah selain dari Allah yang Amat Pemurah? (Surah al-Zukhruf: Ayat 45) Justeru, berdasarkan bukti tersebut menunjukkan pendapat kedua ini adalah tidak tepat, yang mana berdasarkan pengertian dan pembahagian yang mereka berikan itu menyebabkan ada ayat-ayat yang tidak termasuk dalam mana-mana bahagian. c) Pembahagian dari Sudut Tumpuan Penurunan Pendapat ulama golongan ketiga pula mengatakan: I. Ayat serta surah yang diturunkan dengan tujuan atau tumpuan atau khitab kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makkiyah. II. Ayat dan surah yang ditujukan atau khitab kepada penduduk Madinah pula dikatakan ayat Madaniah. Dalam erti kata lain, pendapat golongan ketiga ini dinilai daripada sudut tumpuan penurunan dan tujuan arahnya. Menurut pendapat ketiga, ayat Makkiyah biasanya menggunakan lafaz ( ‫ـناس‬‫ـ‬‫يأيهناالن‬ ) Wahai sekalian manusia dan ayat Madaniah pula dimulakan dengan ( ‫)يناأيهناالذينءامنو‬ Wahai orang yang beriman.
  • 4. Antara lain juga segolongan dan sesetengah ulama memasukkan sighah atau lafaz ( ‫ـنا‬‫ـ‬‫ي‬‫ـى‬‫ـ‬‫بن‬‫آدم‬ ) Wahai anak Adam bersama-sama dengan sighah ( ‫ـناس‬‫ـ‬‫يأيهناالن‬ ) Wahai sekalian manusia yang bermaksud setiap ayat yang didatangkan dengan lafaz ( ‫ينا‬‫بنى‬‫آدم‬ ) Wahai anak Adam termasuk dalam ayat Makkiyah. Sebagai rumusannya, pendapat ketiga ini membuat pembahagian ayat Makkiyah dan Madaniah dengan berasaskan kepada golongan orang yang dikhitabkan oleh Al- Quran. Pendapat ketiga ini juga tidak tepat dan tidak menyeluruh terhadap semua ayat yang diturunkan kepada Nabi. Hal tersebut kerana: a) Terdapat dalam Al-Quran ayat yang diturunkan dengan tidak dimulakan dengan kedua-dua sighah tersebut iaitu tidak dimulakan dengan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ ) Wahai sekalian manusia atau ( ‫ينابنى‬‫آدم‬ ) Wahai anak Adam dan bukan dengan lafaz ( ‫يناأيهناالذينءامنو‬ ) Wahai orang yang beriman atau ia juga tidak termasuk ayat yang ditujukan kepada Nabi atau ayat yang dimulakan dengan ( ‫ينا‬‫أيهنا‬‫نـبي‬ ) Wahai Nabi.Sebagaimana contohnya melalui firman Allah pada permulaan Surah al-Ahzab: ‫نا‬ َ ‫ي‬ّ‫أ‬َ‫ـ‬ۡۡ ‫ي‬َ‫ہ‬ ٰٓ‫ى‬ّ ‫ب‬ِ‫ن‬َّ‫ّتٱل‬‫ق‬ِ ‫ت‬َّ‫ّتٱ‬‫لل‬ََّ ‫ّتٱ‬‫ل‬َ ‫و‬َ‫ع‬ِ ‫ط‬ِ ‫ت‬ُ‫كو‬‫ن‬َ ‫ري‬ِ ‫ف‬ِ‫ـ‬‫ك‬َ‫ل‬ ‫ّتٱ‬ٰ ۡ‫ن‬َ ‫قي‬ِ‫ف‬ِ‫ـ‬‫ن‬َ‫م‬ُ‫كو‬‫ل‬ ‫وّتٱ‬َٰ ۡ‌ۗ‫ن‬َّ ‫إ‬ِ‫لل‬ََّ ‫ّتٱ‬‫ن‬َ ‫نا‬ َ‫ڪ‬‫منا‬ً ‫لي‬ِ‫ع‬َ ‫منا‬ً‫ي‬‫ك‬ِ ‫ح‬َ۬)١( Terjemahan: Wahai Nabi! Tetaplah bertakwa kepada Allah dan janganlah Engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Amat Mengetahui lagi Amat Bijaksana. (Surah al-Ahzab: Ayat 1) b) Keadaan lain juga kerana, tidak semua ayat yang diturunkan dengan dimulakan dengan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ ) Wahai sekalian manusia dikira umumnya adalah Makkiyah. Namun, terdapat ayat Madaniah yang datang dengan dimulakan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ ) Wahai sekalian manusia. Begitu juga terdapat ayat-ayat Makkiyah yang datang dengan dimulakan dengan lafaz (‫)يناأيهناالذينءامنو‬ Wahai orang yang beriman. Antara bukti dan contohnya adalah sebagaimana berikut: I. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 21 adalah Madaniah sedangkan ia bermula dengan lafaz ( ‫يأيهناالنناس‬ ) Wahai sekalian manusia, iaitu: ‫نا‬ َ ‫ي‬ّ‫أ‬َ‫ـ‬ۡۡ ‫ي‬َ‫ہ‬ ٰٓ‫س‬ُ‫كو‬ ‫ننا‬َّ‫ّتٱل‬‫ا‬ْ‫دو‬ُ‫كو‬‫ب‬ُ‫كو‬‫ع‬‫ّتٱ‬ۡ‫م‬ُ‫كو‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ب‬َّ‫ر‬َ‫ذ ى‬ِ‫ل‬َّ‫ّتٱ‬‫م‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬َۡ‫ن‬َ ‫ذي‬ِ‫ل‬َّ‫وّتٱ‬َ‫من‬ِ‫م‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ل‬ِ‫قب‬َۡ ۡ‫م‬‫ك‬ُ‫كو‬ ‫ل‬َّ‫ع‬َ ‫ل‬َۡ ‫ن‬َ ‫قو‬ُ‫كو‬‫ت‬َّ‫ت‬َ
  • 5. Terjemahan: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Surah al-Baqarah: Ayat 21) II. Ayat 77 Surah al-Hajj adalah Makkiyah, sedangkan ia bermula dengan lafaz (‫ياأيهاالذينءامنو‬ ) Wahai orang yang beriman. Sebagaimana firman Allah: ‫ها‬َ ‫ي‬ّ‫أ‬َ‫ـ‬‫ي‬َٰٓ‫ن‬َ ‫ذي‬ِ‫َني‬‫ل‬َّ‫ٱ‬‫ا‬ْ ‫نو‬ُ‫او‬‫م‬َ ‫ءا‬َ‫ا‬ْ ‫عو‬ُ‫او‬ َ ‫ر‬ۡ‫ٱ‬‫ۡڪ‬‫ا‬ْ ‫دو‬ُ‫او‬‫ج‬ُ‫او‬‫وٱس‬َۡ‫ا‬ْ ‫دو‬ُ‫او‬‫ب‬ُ‫او‬‫ع‬‫وٱ‬َۡ‫م‬‫ك‬ُ‫او‬ ‫ب‬َّ‫ر‬َۡ ‫ا‬ْ ‫لو‬ُ‫او‬‫ع‬َ‫ف‬‫وٱ‬َۡ‫ر‬َ‫ي‬ ‫خ‬َ‫ل‬ ‫ٱ‬ۡ ۡ‫م‬ ُ‫او‬ ‫ل‬َّ‫ع‬َ ‫ل‬َۡ‫ڪ‬‫ن‬َ ‫حو‬ُ‫او‬ ‫ل‬ِ‫َني‬‫تف‬ُ‫او‬ۡ ۩ Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; Supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al-Hajj: Ayat 77) Sebagai rumusannya, pendapat golongan ketiga adalah tidak menyeluruh. Hal ini kerana pembahagian yang mereka buat itu menyebabkan terdapat sesetengah ayat yang tidak termasuk dalam mana-mana bahagian, sama ada Makkiyah atau Madaniah. Lebih-lebih lagi, berlaku ketidak seragaman dalam pembahagian yang mereka buat, iaitu ayat yang sepatutnya Makkiyah menjadi Madaniah dan ayat yang sepatutnya Madaniah menjadi Makkiyah.