Dokumen ini membahas berbagai metode penjualan modern seperti penjualan tunai, barter berbasis uang, kredit, sewa beli, prabayar, pesanan mel, mesin penjual otomatis, dan melalui internet. Metode-metode ini berbeda dari sistem pertukaran barang dan mata uang logam masa lalu.
2. DEFINISI
Perkembangan teknologi
dalam pelbagai bidang,
termasuk bidang kewangan,
telah menyebabkan
perniagaan masa kini berubah
jika dibandingkan dengan
zaman sistem barter dan
sistem mata wang logam.
Kaedah jualan masa kini
adalah seperti berikut :
3. JUALAN TUNAI
Pembeli boleh membayar dengan
tunai, cek, draf bank, kiriman
wang ataupun kad kredit pada
masa belian dibuat dan
menerima barang beliannya pada
ketika itu juga. Jualan secara
tunai biasanya melibatkan
kuantiti barang dan jumlah
perbelanjaan yang kecil sahaja.
4. BARTER BERASASKAN WANG
Diperingkat antarabangsa,
sistem barter yang
berasaskan wang masih
diamalkan. Contohnya,
negara Jepun membeli kayu
balak yang bernilai
RM100,000 dari negara kita.
Kerajaan kita tidak
mahukan wang tunai
sebaliknya ingin menukar
dengan alat jentera yang
bernilai RM100,000.
5. JUALAN KREDIT
Jualan kredit bermaksud
pembeli dapat membawa
balik barang yang dibelinya
untuk digunakan tanpa
bayaran penuh. Contoh,
seorang pembeli membayar
RM100 satu set penuh
permainan video yang
berharga RM1,000. Baki
RM900 akan dibayar secara
ansuran setiap bulan.
6. SEWA BELI
Ini adalah satu jenis
jualan kredit tetapi
biasanya untuk barang-barang
yang lebih mahal.
Barang tersebut tidak
menjadi milik pembeli
sehingga harga penuh
barang itu habis dibayar.
Contoh kereta, rumah
dan tanah.
7. JUALAN PRABAYAR
Jualan secara prabayar berlaku
dengan menggunakan kad
prabayar. Pembeli membuat
bayaran sebelum menikmati
prabayar.
9. PESANAN MEL
Mengikut kaedah ini,
katalog biasanya dihantar
bersama borang pesanan
kepada bakal pembeli.
Pembeli akan menghantar
psanannya kepada penjual
berserta dengan butir-butir
pembayaran seperti
nombor kad kredit atau
wang kiriman pos.
10. MESIN PERUNCITAN AUTOMATIK
Mesin peruncitan automatik
merupakan mesin yang
menjual barang-barang,
biasanya makanan dan
minuman, yang diletakkan
di tempat-tempat awam.
Pengguna memasukkan
sejumlah wang tunai yang
ditetapkan ke dalam slot
yang disediakan untuk
mendapat barang belianya
dari mesin tersebut.
11. MELALUI INTERNET
Kaedah jualan ini
melibatkan penyediaan
laman web bagi
membolehkan bakal
pembeli membuat
pesanan melalui
internet.
13. UJIAN KEMAHIRAN DIRI
1. Anatra berikut yang manakah merupakan jualan kredit?
A. Prabayar
B. Sewa beli
C. Kad pintar
D. mesin peruncitan automatik
2. Berikan 3 contoh lain bagi jualan prabayar selain dari yang ditunjukkan?
3. Katalog biasanya dihantar bersama borang pesanan kepada bakal pembeli.
Berikan jenis jualan berdasarkan petikan di atas.
Maksud sewa beli
4. Barang tersebut tidakmenjadi milik ________ sehingga harga penuh barang itu habis dibayar. Contoh
_________, __________ dan _________.
Lengkapkan ayat di atas.
5. Berikan 2 contoh bagi jualan melalui internet.
6. Apakah kebaikan bagi jualan kredit ?