Dokumen ini membahas tentang pengenalan kajian tindakan dalam pendidikan. Ia menjelaskan latar belakang perkembangan kajian tindakan, definisi, perbandingan dengan penelitian konvensional, serta manfaatnya bagi peningkatan profesionalisme guru. Kajian tindakan dapat membantu guru meningkatkan praktik mengajar melalui refleksi dan pengumpulan bukti untuk mengevaluasi dan meningkatkan hasil pembelaj
2. MODUL
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
Penyelaras: Prof.Dr. Othman Lebar
Penulis: Prof. Dr. Othman Lebar
Dr.Abdul Talib Mohamed Hashim
En.Omar Hisham Mohd Baharin
En.Ismail Raof
3. ISI KANDUNGAN
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN
Hasil Pembelajaran 1
Pengenalan 1
Guru Sebagai Penyelidik 2
Kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme 2
Latar Sejarah dan Falsafah Kajian Tindakan 3
Definisi Kajian Tindakan 4
Ciri-ciri Kajian Tindakan Guru 6
Kepentingan Kajian Tindakan Guru 6
Perbandingan Kajian Tindakan dan Penyelidikan Konvensional 7
Model Kajian Tindakan 8
Rumusan 10
Kata Kunci 10
Penilaian Kendiri 10
Rujukan 10
UNIT 2 PROSEDUR DAN PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN
Hasil Pembelajaran 11
Pengenalan 11
Asas Teori Kajian Tindakan 11
Prinsip Pendekatan Kajian Tindakan 11
Prosedur dan Proses Kajian Tindakan 13
Mengenal pasti Masalah atau isu kajian tindakan 14
Bagaimana merancang kajian tindakan? 16
Apakah garis panduan fokus kajian tindakan? 17
Rumusan 18
Kata Kunci 20
Penilaian Kendiri 20
Rujukan 20
UNIT 3 TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIAN
Hasil Pembelajaran 21
Pengenalan 21
Langkah-langkah Melaksanakan Kajian Tindakan 21
Isu Keprihatinan 23
Tinjauan Masalah 23
Analisis Tinjauan Masalah 24
Ujian-Pra 25
Rumusan 37
Kata Kunci 37
Penilaian Kendiri 37
Rujukan 37
UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
Hasil Pembelajaran 38
Pengenalan 38
Pengumpulan Data 38
4. Teknik Dan Alat Pengumpulan Data 39
Mengurus Dan Menganalisis Data 52
Rumusan 59
Kata Kunci 59
Penilaian Kendiri 60
Rujukan 60
UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN
Hasil Pembelajaran 61
Pengenalan 61
Persediaan Untuk Menulis 61
Susun Atur Kandungan Laporan 63
Rumusan 64
Kata Kunci 64
Rujukan 64
UNIT 6 PANDUAN MENULIS CADANGAN KAJIAN
Hasil Pembelajaran 69
Pengenalan 69
Panduan Umum Memulakan Penulisan 69
Kandungan Dan Susun Atur Cadangan Kajian 70
Rumusan 74
Kata Kunci 74
Rujukan 74
5.
6.
7. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 1
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir unit ini anda diharap dapat:
1. memahami latar sejarah perkembangan kajian tindakan secara umum dan kajian tindakan
dalam pendidikan
2. mengetahui definisi-definisi kajian tindakan
3. memahami asas falsafah dan pemikiran yang mendasari pelbagai pendekatan kajian tindakan
4. memahami perbezaan di antara penyelidikan konvensional dan kajian tindakan
PENGENALAN
“Teachers often leave a mark on their students, but they seldom leave a mark on
their profession. Through the process and product of action research, teachers will
do both”. (Wolfe, 1989).
Kenyataan ini menunjukkan bahawa guru adalah bertanggungjawab dalam mempastikan pelajar
mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Di samping itu, guru juga bertanggungjawab
dalam memperkembangkan profesion perguruan itu sendiri. Dengan ertikata lain, perkembangan
profesion perguruan adalah dipacu oleh perkembangan guru melalui peningkatan pengetahuan,
kemahiran dan profesionalisme secara berterusan.
Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, arah aliran
perkembangan profesionalisme guru banyak dipengaruhi oleh usaha-usaha ke arah perkembangan
profesionalisme berasaskan penyelidikan. Budaya menyelidik di kalangan guru dikembangkan melalui
aktiviti-aktiviti penyelidikan. Satu elemen penting dalam perkembangan tersebut adalah penglibatan
penyelidik daripada institusi pengajian tinggi. Dalam bentuk kolaborasi antara sekolah-universiti,
budaya menyelidik tersebut boleh dimantap dan dilestarikan melalui kerjasama serta sokongan
kepakaran daripada pensyarah/penyelidik.
Di Malaysia, usaha-usaha memperkembangkan gerakan penyelidikan guru sebagai salah satu usaha
untuk meningkatkan profesionalisme guru telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Jabatan
Pendidikan Negeri melalui Jawatankuasa Penyelidikan telah menjalankan kursus-kursus kajian
tindakan untuk guru-guru. Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan
juga telah menganjurkan kursus-kursus untuk pensyarah-pensyarah. Seminar tentang kajian tindakan
telah juga dianjurkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi membincangkan hasil-hasil kajian tindakan yang telah
dijalankan oleh guru-guru dan pensyarah-pensyarah maktab perguruan. Malah aktiviti kajian tindakan
merupakan salah satu agenda penyelidikan yang diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan di
samping tugas-tugas mengajar.
8. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 2
ISI KANDUNGAN
Guru Sebagai Penyelidik
Gagasan guru sebagai penyelidik (teacher as researcher) yang dipelopori oleh Lawrence Stenhouse
pada tahun-tahun 70 an di United Kingdom adalah merupakan satu usaha ke arah pembangunan
profesionalisme guru. Gagasan ini menonjolkan kepentingan penyelidikan dalam tugas guru bagi
meningkatkan amalan dan profesionalisme mereka. Dengan ertikata lain, tugas guru bukan sahaja
tertumpu kepada tugas rutin mengajar, tetapi juga bertindak menjadikan tugas mengajar itu menarik
dan mendatangkan kepuasan. Gagasan ini juga menekankan yang sesuatu perubahan dan
peningkatan amalan dan profesionalisme guru itu perlu digerakkan dari dalam kelompok itu sendiri.
Dicetus dan dikembangkan oleh kelompok itu sendiri. Salah satu usaha yang boleh dijalankan adalah
melalui kajian tindakan.
Budaya menyelidik memerlukan bukan sahaja guru terlibat dalam inkuiri, tetapi juga guru serta lain-lain
pihak secara kolaboratif mencari kefahaman yang lebih baik tentang pendidikan dan persekolahan bagi
meningkatkan kualiti pengalaman persekolahan. Bagi mempastikan budaya menyelidik terus wujud dan
dikekalkan di sekolah, memerlukan komitmen dan penghargaan yang berterusan terhadap usaha
inkuiri, saling menghormati, serta saling sokong menyokong di antara guru dan pihak pentadbir;
kesanggupan untuk mencuba idea dan amalan baru; serta sentiasa bersikap terbuka kepada perkara-
perkara yang tidak dijangka. .
Bilik darjah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori pendidikan. Guru
sebenarnya di kelilingi oleh sumber-sumber yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan.
Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendak merealisasikan aspirasi pedagogi mereka,
adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik. Schon (1983) mengemukakan
konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran
untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan praktis profesional. Elliott (1993) pula
menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu
keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seseorang guru.
Kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme
Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme guru mungkin berkembang dalam ruang
pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai tanggungjawab dan
jangkaan seperti berikut:
Profesional melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya secara kreatif.
Profesional mempertimbangkan pelbagai perspektif semasa membuat keputusan
Profesional memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik akal
yang memacu profesionnya ke hadapan
Profesional dipertanggungjawabkan mengguna dan mengamalkan amalan-amalan yang
terbaik
(Sagor, 2000)
Melalui kajian tindakan guru akan dapat melihat bahawa kerja mengajar adalah bukan sesuatu yang
rutin. Ini memandangkan bahawa setiap strategi yang digunakan adalah bergantung kepada situasi
dan konteks. Tidak ada satu strategi yang sesuai digunakan untuk semua kelas, murid atau konteks.
Oleh itu, melalui kajian tindakan guru dapat melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi
dan keadaan yang bagaimana. Ini menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutin dan sama
sahaja sepanjang masa.
9. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 3
Adalah dikatakan bahawa kajian tindakan merupakan kajian pengamal (practitioner research) yang
boleh digunakan untuk meningkatkan amalan profesional dalam pelbagai bidang pekerjaan (McNiff,
Lomax & Whitehead, 1996). Kajian pengamal merupakan kajian yang dilakukan oleh individu terhadap
amalannya. McNiff, Lomax dan Whitehead percaya bahawa kajian tindakan yang dilakukan dengan
baik boleh menyumbang kepada perkembangan kendiri; menambahbaik amalan professional;
meningkatkan keberkesanan institusi; dan memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat. Bagi
mereka, kajian tindakan adalah satu cara bekerja yang boleh membantu dalam mengenalpasti perkara-
perkara yang kita percaya dan kemudian bekerja secara sistematik dan kolaboratif untuk
menjadikannya satu kenyataan.
Adakah profesion guru satu profesion yang profesional? Bagaimana kah kajian
tindakan dapat menyumbang kepada profesionalisme guru?
Latar Sejarah dan Falsafah Kajian Tindakan
Sebagai satu pendekatan kajian, terdapat beberapa asas disiplin dan epistemologi yang menjadi asas
perkembangan kajian tindakan. Terdapat pelbagai asas pemikiran yang menyumbang kepada
pembentukan beberapa jenis kajian tindakan. Kajian tindakan dalam bidang pendidikan
memperlihatkan perkembangan yang seiring dengan konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal
reflektif.
Sejarah kajian tindakan telah banyak dibincang dan didokumenkan dengan baik. Penulis-penulis
seperti Adelman (1993) dan Kemmis, (1982) misalnya banyak membicarakan tentang latar belakang
perkembangan kajian tindakan mengikut sudut-sudut pandangan tertentu. Smith (2001) telah
membahagikan perkembangan kajian tindakan mengikut kem-kem tertentu. Beliau merujuk kepada
tradisi British yang khususnya berkait dengan pendidikan, yang lebih melihat kajian tindakan sebagai
kajian yang berorientasi kearah peningkatan amalan secara langsung. Ini dapat dilihat dengan lebih
jelas lagi sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Carr dan Kemmis (1986) seperti berikut:
„Action research is simply a form of self-reflective enquiry undertaken by participants in social situations
in order to improve the rationality and justice of their own practices, their understanding of these
practices, and the situations in which the practices are carried out.‟ (1986, ms. 162)
Namun begitu, asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (1880-1947) di
Amerika Syarikat. Beliau dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan perkataan ‘action
research’ (kajian tindakan) kira-kira dalam tahun 1934. Pada pertengahan tahun-tahun 1940an, Kurt
Lewin dikatakan telah membentuk teori kajian tindakan yang menjelaskan kajian tindakan sebagai,
“….proceeding in a spiral of steps, each of which is composed of planning, action and the evaluation of
the result of action” (Kemmis & McTaggert, 1990:8).
Kajian tindakan telah berkembang di Amerika Syarikat dengan ramai peminat dan pengikutnya sejak
awal abad ke 20 (Wallace, 1987). Bagi Bogdan & Biklen (1992) kajian tindakan pada masa itu
difahamkan sebagai, “the systematic collection of information that is designed to bring about social
change”, (ms. 223). Mengikut McKernan (1996), sejak itu kajian tindakan telah dipengaruhi oleh ramuan
sejarah dan falsafah seperti berikut:
i. Gerakan Sains dalam Pendidikan di abad ke 19 dan awal abad ke 20 di mana metod
saintifik telah digunakan dalam pendidikan.
10. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 4
ii. Pemikiran pendidikan eksperimentalis dan progresif, terutama kerja-kerja John Dewey
yang menggunakan metod induktif saintifik penyelesaian masalah sebagai logik untuk
menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang seperti estetika, falsafah, psikologi dan
pendidikan.
iii. Gerakan Dinamika Kelompok dalam psikologi sosial dan latihan hubungan kemanusiaan
yang bergerak dalam abad ke 19 untuk menangani masalah sosial era tersebut melalui
inkuiri sosial kualitatif. Sekali lagi gerakan ini digunakan dalam tahun-tahun 1940an untuk
menangani masalah berkait dengan hubungan antara kelompok, prasangka kaum dan
pembangunan semula sosial, yang merupakan kesan bahang Perang Dunia Ke 2 pada
masa itu. Penyelidik yang banyak terlibat pada masa ini adalah Kurt Lewin (1880-1947).
Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika
Syarikat.Asas kepada model Lewin adalah penyelidikan mengandungi gelungan tindakan
termasuk analisis, pengumpulan fakta, pengkonseptualan, perancangan, perlaksanaan
dan penilaian tindakan.
iv. Dalam tahun-tahun 1950an dan 60an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan
industri, yang berkembang di kalangan penyelidik di Massachusetts Institute of
Technology di Amerika, dan di Tavistock Institute, di United Kingdom.
v. Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca perang di Amerika Syarikat yang
melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui dan
mempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan. Stephen Corey (Corey,
1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajian tindakan boleh
mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikan sebab pengamal sendiri
menggunakan hasil kajian dalam kajian dan amalan mereka.
Kajian tindakan seterusnya berkembang mengikut aliran pemikiran yang berbeza, termasuklah
kumpulan kajian tindakan Amerika Syarikat yang asal-usul pemikiran mereka berasaskan gerakan
pendidikan progresif yang banyak berkembang dalam kerja-kerja Dewey. Di United Kingdom pula
kajian tindakan berkembang dalam pembaharuan-pembaharuan kurikulum serta perkembangan
profesionalisme dalam pengajaran (Elliott, 1991), dan di Australia, kajian tindakan berkembang dalam
gerakan-gerakan ke arah perancangan kurikulum secara kolaboratif (Kemmis, 1990).
Definisi Kajian Tindakan
Terdapat pelbagai variasi dalam tradisi kajian tindakan seperti juga variasi di antara kajian tindakan
dengan pendekatan penyelidikan konvensional. Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah
diutarakan oleh ahli-ahli kajian tindakan adalah seperti berikut:
Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2)
taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.
(Kurt Lewin, 1947)
Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in
order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.
(Stephen Corey, 1953)
Action Research aims to contribute both to the practical concerns of people in an immediate
problematic situation and to the goals of social science by joint collaboration within a mutually
acceptable ethical framework.
(Rapoport, 1970)
11. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 5
Dalam perkembangan kajian tindakan seterusnya, beberapa pandangan serta definisi yang lebih terkini
telah dikemukakan. McKernan (1988) misalnya menjelaskan bahawa kajian tindakan sebagai
“ a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and
solve pressing problems in social settings.” (ms. 6).
Kemmis dan McTaggart (1990) pula mengatakan kajian tindakan adalah,
„ a form of collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situations in order to
improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their
understanding of these practices and the situations in which these practices are carried out‟ (ms. 5).
Manakala John Elliott (1991) pula mengatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada
masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinisikan oleh
penyelidik dalam disiplin tertentu. Dengan ertikata lain, kajian tindakan guru dijalankan adalah untuk
mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru. Bagi Mc Niff
(1998), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan mereka.
Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam kajian tindakan, namun
kebanyakannya bersetuju bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama
‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak kepada atau ke atas mereka.
Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik, oleh individu atau
kumpulan, yang biasa nya memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan
bermatlamat untuk mengubah atau meningkatkan amalan. Kesimpulannya, kajian tindakan
merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri (self-reflective) yang dilakukan oleh
sekumpulan penyelidik secara kolaboratif dalam sesuatu situasi sosial yang bertujuan untuk
mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan
yang perlu untuk mengubah dan mempertingkatkannya.
1. Cuba anda senaraikan kata kunci yang terdapat dalam definisi-definisi di atas yang
menjelaskan tentang kajian tindakan. Contoh: refleksi kendiri
i.
ii.
iii.
iv.
v.
2. Dengan perkataan anda sendiri, cuba definisikan kajian tindakan.
12. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 6
Ciri-ciri Kajian Tindakan Guru
Pada asasnya kajian tindakan mempunyai ciri-ciri berikut:
Boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah yang relevan dengan bilik darjah
Melibatkan refleksi di setiap langkah dalam proses inkuiri
Boleh digunakan untuk meningkatkan amalan, menyelesai masalah, perubahan institusi atau
meningkatkan perkembangan guru
Dijalankan dalam situasi sebenar dan selalunya menggunakan teknik ‘participant observation‟
untuk mengkaji sesuatu fenomena
Merupakan proses kolaboratif, dengan individu-individu yang bertanggungjawab kepada
tindakan yang menjalankan kajian
Melibatkan penyelesaian masalah praktikal dan meneroka isu-isu bilik darjah
Mengembangkan pengetahuan professional guru dalam disiplin spesifik
Dinamik dan perubahan merupakan bahagian yang penting dalam proses kajian tindakan
Guru-guru terlibat dalam proses merancang, bertindak dan mereflek (gelungan kajian
tindakan)
Kepentingan Kajian Tindakan Guru
Dalam perbincangan di atas, boleh disimpulkan bahawa kajian tindakan sekiranya dijalankan dengan
baik akan memberi manfaat dan faedah kepada guru dan juga murid. Jelaslah bahawa kepentingan
kajian tindakan ini boleh dijadikan:
i. Sebagai asas membuat keputusan pengajaran berasaskan data
Dalam tugas seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa membuat keputusan
tentang sesuatu tindakan yang telah dan sedang dijalankannya. Sama ada keputusan yang dibuat itu
berkesan atau tidak banyak bergantung kepada keupayaan guru menggunakan sumber dan maklumat
yang ada sebagai asas membuat keputusan. Bentuk dan sumber maklumat juga akan memberi kesan
kepada kualiti keputusan yang dibuat. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh
dipercayai dari segi ketepatan dan kerelevannya, ianya mestilah diperolehi melalui satu prosedur dan
proses yang sistematik. Kajian dapat membantu guru dan lain-lain pihak berkepentingan dalam
mengenalpasti keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat
berasaskan data.
ii. Sebagai asas kepada perkembangan profesionalisme guru
Tidak dapat dinafikan pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas
perkembangan profesionalisme guru.Dengan ertikata yang mudah, sebagaimana mengikut Lawrence
Stenhouse, tiada perkembangan kurikulum tanpa perkembangan guru. Dengan terlibat dalam proses
dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkatkan amalan mereka berdasarkan penelitian dan
refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Ini bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri
13. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 7
professional yang menekankan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan
tanggungjawab.
Perbandingan Kajian Tindakan dan Penyelidikan Konvensional
Kajian tindakan dijalankan untuk menjawab masalah praktikal khusus yang menghasilkan tindakan.
Fokus kajian tindakan banyak bergantung kepada kerelevanannya kepada konteks khusus di mana ia
berlaku (Hitchcock & Hughes, 1995). Penyelidik kajian tindakan biasanya menggabungkan data,
menggunakan kedua-dua sumber data kualitatif dan kuantitatif. Dapatan adalah dikongsi dengan
mereka yang terlibat atau menerima kesan secara langsung, supaya mereka boleh mengambil tindakan
berasaskan kepada dapatan.
Pada asasnya, kajian tindakan dan kajian konvensional tidak banyak perbezaannya. Perbezaan yang
ketara adalah berkaitan dengan tindakan yang merupakan sebahagian daripada proses dan prosedur
kajian tindakan. Bagi kajian konvensional, tindakan biasanya bergantung kepada tujuan kajian, dan
biasanya jarang dilakukan tindakan memandangkan kajian konvensional dijalankan terhadap isu dan
masalah orang lain bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Untuk melihat dengan lebih lanjut lagi
persamaan dan perbezaan antara kajian tindakan dan kajian konvensional, Jadual 1 menggariskan
secara ringkas ciri-ciri kedua-dua kajian tersebut.
Jadual 1 : Perbandingan Kajian Tindakan dan Kajian Konvensional
Kajian Tindakan Kajian Konvensional
OBJEKTIF – memperbaiki amalan sendiri dan OBJEKTIF – menguji teori, membuat generalisasi
membentuk teori praktis dan menjelaskan prinsip
REKABENTUK – boleh ubahsuai berdasarkan REKABENTUK – ditetapkan terlebih dahulu dan
keadaan dan keperluan situasi sebenar tetap
SUBJEK KAJIAN – Penyelidik sebahagian
daripada subjek kajian
SUBJEK KAJIAN – merupakan sampel yang
KAEDAH – dijalankan dalam situasi sebenar dan dipilih
memerlukan tindakan dan penilaian ke atas
tindakan KAEDAH – bergantung kepada teknik
persampelan dan analisis statistik yang canggih,
LAPORAN KAJIAN – menggunakan bahasa yang tidak semestinya dalam situasi yang sebenar
mudah difahami
LAPORAN KAJIAN – lebih bersifat teknikal dan
memerlukan pengetahuan yang khusus untuk
memahaminya
Secara lebih luas lagi, mengikut Zuber-Skerritt (1992), kajian tindakan sebagai pendekatan alternatif
kepada penyelidikan konvensional adalah berbeza berdasarkan perkara-perkara berikut:
- praktikal – dapatan serta pengetahuan yang diperolehi melalui kajian tindakan bukan sahaja
ada kepentingan teoretikal dalam perkembangan pengetahuan dalam sesuatu bidang, tetapi
juga ia membawa kepada peningkatan yang praktikal semasa dan selepas proses
penyelidikan.
- partisipatif dan kolaboratif – penyelidik terlibat secara langsung bersama dengan subjek
mengkaji masalah praktikal dan meneliti penyelesaian serta meningkatkan amalan.
14. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 8
- emansipatori – pendekatannya bukan berhirarki, tetapi semua pihak yang terlibat dalam
penyelidikan adalah samarata dalam memberi sumbangan kepada penyelidikan.
- interpretif – banyak bergantung kepada pandangan dan interpretasi orang-orang yang terlibat
dalam penyelidikan.
- kritikal – partisipan adalah lebih bersifat kritikal dalam proses penyelidikan bagi mencari jalan
yang paling sesuai untuk peningkatan amalan dalam konteks kekangan yang terdapat.
Penyelidik lebih bertindak sebagai agen perubahan yang kritikal. Mereka mengubah
persekitaran dan dalam proses tersebut mereka berubah.
Model Kajian Tindakan
Dalam perkembangan kajian tindakan, didapati beberapa model atau skema dikemukakan oleh
beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliott, Dave Ebbutt, Jack Whitehead, Somekh,
Stringer dan lain-lain. Kemmis, Elliott dan Ebbutt dikatakan mengemukakan model yang lebih formal,
preskriptif dan lari daripada konsep asal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin (McNiff, 2001).
Bagi Kemmis, idea beliau tentang kajian tindakan berasaskan konsep asal Lewin, tetapi beliau telah
mengembangkannya dengan membuat tambahan. Beliau mengembangkan model nya dalam konteks
pendidikan dan menggunakan istilah ‘educational action research’. Dalam buku beliau yang bertajuk
“Action Research Planner’, beliau telah memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam
pendidikan. Rajah 1 dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang model atau skima yang
dikemukakan oleh beliau. Sumbangan Kemmis dalam meningkatkan penggunaan kajian tindakan
terutamanya dalam pendidikan adalah banyak. Pengaruhnya telah memberi kesan secara langsung ke
atas polisi pendidikan di Australia dalam usaha menggalakkan guru menjadi penyelidik reflektif ke atas
amalan mereka sendiri
Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis
15. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 9
Elliott pula pada dasarnya bersetuju dengan langkah-langkah dan gelungan berurutan yang
dikemukakan oleh Kemmis. Elliott telah mengembangkan lagi model Kemmis bagi membolehkan aliran
yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan.
Somekh (1989) pula telah mengembangkan lagi langkah-langkah kajian tindakan ini dengan lebih
terperinci seperti yang terdapat dalam Rajah 2.
Rajah 2: Model Somekh (1989)
2. Mengumpul data
1. Mengenalpasti masalah/ 3. Menganalisis data/
Fokus yang diminati membentuk hipotesis
8. Putaran seterusnya 4. Merancang tindakan
7. Menganalisis dan 5. Melaksanakan pelan Menilai
tindakan
6. Mengumpul data untuk
mengesahkan perubahan
Di Australia, Stringer (2004) telah mencadangkan prosedur dan proses kajian tindakan seperti berikut:
Rajah 4: Model Stringer, (2004)
Merekabentuk
Mengambil Tindakan Mengumpul Data
Menyampai Hasil Menganalisis Data
Berdasarkan beberapa model di atas, jelaslah bahawa prosedur dan proses kajian tindakan adalah
mengikut proses satu gelungan langkah-langkah, dijalankan oleh satu kumpulan yang berusaha
bersama-sama untuk membuat perubahan dan peningkatan amalan dalam situasi kerja sendiri.
16. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 10
RUMUSAN
Jelaslah bahawa kajian tindakan dalam konteks penyelidikan guru telah luas dijalankan terutama di
negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Perkembangan secara perlahan-
lahan telah mula berjalan di Malaysia melalui inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan
Jabatan Pendidikan Negeri, serta minat yang mula berkembang di kalangan segelintir guru. Secara
teori dan praktiknya kajian tindakan memang serasi dengan tugas guru yang sentiasa berhadapan
dengan masalah pengajaran dan pembelajaran serta tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya.
Proses dan prosedur kajian tindakan sebenarnya boleh merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan
meningkatkan amalan mereka. Dengan ertikata lain, kajian tindakan boleh merupakan pedagogi atau
sebahagian daripada pedagogi guru memandangkan proses dan prosedurnya adalah bersesuaian
sekali dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru yang baik, seperti
juga ‘pengamal reflektif’ dalam profesion lain, sentiasa menguji, mengubahsuai dan merangka semula
model amalan mereka berdasarkan pengalaman dan refleksi mereka dengan mengkaji apa yang
mereka buat. Dengan itu guru akan mencipta pengetahuan baru untuk amalan yang lebih berkesan.
KATA KUNCI
1. Guru sebagai penyelidik
2. Guru sebagai professional
3. Kajian pengamal (practitioner research)
4. Refleksi kendiri
PENILAIAN KENDIRI
1. Guru sebagai penyelidik sering dikaitkan dengan perkembangan kajian tindakan dalam
pendidikan. Bincangkan konsep tersebut dengan mengaitkannya dengan konsep guru sebagai
professional.
2. Bincangkan latar sejarah dan asas falsafah Kajian Tindakan. Mengapakah kajian tindakan
berbeza dengan penyelidikan konvensional?
3. Bincangkan tentang definisi kajian tindakan serta perkaitannya dengan amalan guru.
4. Terdapat beberapa model kajian tindakan yang telah dikemukakan. Teliti model-model
tersebut dan bincangkan persamaan dan perbezaannya.
RUJUKAN
Carr, W. & Kemmis, S., (1986) Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research,
London:Falmer Press
Elliott, J., (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham:Open University Press
Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim:
Penerbit UPSI
17. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 11
UNIT 2
PROSEDUR DAN PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Memahami asas teori kajian tindakan
2. Memahami prinsip, prosedur dan proses kajian tindakan
PENGENALAN
Pada umumnya prosedur dan proses kajian tindakan menggunakan kedua-dua pendekatan dan metod
kuantitatif dan kualitatif. Sama ada menggunakan salah satu pendekatan atau menggunakan kedua-
duanya sekali dalam satu kajian. Rekabentuk kajian tindakan merupakan prosedur yang sistematik dalam
mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk
meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
pendekatan penyelidikan yang berfokus dan praktikal, prosedur dan proses kajian tindakan berlaku dalam
satu gelungan perancangan dan tindakan yang saling berkait yang pada umumnya merangkumi proses
perancangan, tindakan dan penilaian hasil tindakan. Bergantung kepada latar belakang penyelidik, kajian
tindakan boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan pendidikan yang berbeza.
Kajian tindakan sering dikaitkan dengan kajian pengamal. Terasnya adalah pembentukan dan peningkatan
amalan berdasarkan pengetahuan baru yang diperolehi dan dikembangkan dalam konteks kerja dan tugas
seharian. Seperti juga dengan pendekatan penyelidikan yang lain, kajian tindakan mempunyai asas
andaian dan teoretikal yang menjadi asas kepada prosedur dan perlaksanaannya. Dalam perkembangan
kajian tindakan terdapat beberapa pendekatan yang dipelopori oleh kumpulan-kumpulan tertentu
bergantung kepada asas fahaman yang dipegang. Ada yang melihatnya dari sudut praktikal, dari sudut
sosial, dari sudut penilaian dan ada juga yang melihatnya dari sudut kepimpinan organisasi. Kepelbagaian
pendekatan inilah yang menjadikan kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakanya
dengan pendekatan penyelidikan konvensional yang lain.
ISI KANDUNGAN
Asas Teori Kajian Tindakan
Terdapat pelbagai perspektif teori dan falsafah yang menjadi dasar amalan penyelidik guru pada hari ini.
Makna kajian tindakan mungkin berbeza bagi seorang penulis dengan seorang penulis yang lain. Mills
(2003) misalnya membahagikan secara umumnya dua teori utama kajian tindakan iaitu Kajian Tindakan
Kritikal (Critical Action Research) dan Kajian Tindakan Praktikal (Practical Action Research). McKernan
(1996) pula membahagikan asas teori dan model proses kajian tindakan kepada tiga jenis iaitu kajian
tindakan saintifik; kajian tindakan praktikal-deliberatif; dan kajian tindakan kritikal-emansipatori.
O’Brien (1998) mengenalpasti empat jenis kajian tindakan yang digunakan sekarang: tradisional,
kontekstural, radikal dan pendidikan. Kajian tindakan tradisional menumpukan kepada dinamika kumpulan
11
18. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 12
seperti perhubungan buruh dan pengurusan; ianya berasal dari teori Kurt Lewin. Kajian tindakan tradisional
banyak digunakan dalam bidang perkembangan organisasi dan sistem maklumat. Kajian tindakan
kontekstural juga dipanggil sebagai pembelajaran tindakan. Tavistock Institute di England mencipta kajian
bentuk ini yang menumpukan kepada ‘reconstituting’ struktur perhubungan antara aktor-aktor dalam
persekitaran sosial. Fokus Tavistock Institute adalah ke atas perhubungan antara organisasi; kajian
tindakan kontekstural menumpukan kepada transformasi sosial melalui kata sepakat dan inkrementalisme.
Fokus kajian tindakan radikal adalah terhadap transformasi sosial melalui proses yang menekankan
perjuangan memperkuatkan kelompok-kelompok pinggiran dalam masyarakat. Lain-lain fokus adalah
emansipasi dan mensetarakan kuasa yang tidak seimbang. Kebanyakan kajian tindakan feminis hari ini
termasuk dalam kategori kajian tindakan radikal. Asas kajian tindakan pendidikan dibina oleh Dewey di
peringkat awal abad ke dua puluh. Teras kajian tindakan pendidikan termasuklah: perkembangan
kurikulum, perkembangan professional, serta menggunakan pembelajaran dalam konteks sosial. Kajian
tindakan pendidikan selalunya dijalankan apabila penyelidik universiti bekerjasama dengan guru.
Berdasarkan penelitian ke atas pandangan penulis-penulis berkaitan dengan kajian tindakan, rekabentuk
asas kajian tindakan seperti berikut sering juga dibincangkan:
i. Kajian Tindakan Kritikal
Mempunyai asas teori daripada pemikiran teori kritikal dalam sains sosial dan kemanusiaan serta teori-teori
pasca modenisme. Berdasarkan asas-asas teori ini, kajian tindakan kritikal mencabar makna dan maksud
kebenaran dan objektiviti sebagaimana yang dilihat oleh metod saintifik tradisional. Asas teori
pascamodenisme melihat kebenaran sebagai relatif, mengikut keadaan dan situasi dan pengetahuan
berkembang berdasarkan pengetahuan lepas. Ini yang menyebabkan penyelidikan yang dijalankan oleh
‘orang luar’ dan dapatannya diminta guru menggunakannya tidak begitu dapat menarik perhatian dan minat
guru. Ada kemungkinan ianya tidak relevan dengan amalan harian guru atau kekurangan aspek
praktikalnya, ataupun cara dapatan dilaporkan tidak dapat diakses atau difahami dengan baik oleh guru.
Oleh itu mengikut Stringer (1993), nilai-nilai kajian tindakan kritikal menyarankan bahawa semua
penyelidikan pendidikan patutlah repsonsif secara sosial dan bersifat:
Demokratik – yang membolehkan penyertaan dan penglibatan individu
Kesamarataan – dengan menghormati dan menghargai nilai kesamarataan
Membebaskan - daripada tekanan dan keadaan yang melemahkan
Meningkatkan – mengupayakan potensi sebenar seseorang
ii. Kajian Tindakan Praktikal
Menekankan pendekatan ‘bagaimana’ dalam proses kajian tindakan. Ia mengandaikan bahawa individu
guru atau kumpulan guru adalah mempunyai autonomi dan bebas menentukan bentuk kajian yang akan
dijalankan. Ia juga mengandaikan yang penyelidik guru adalah komited kepada perkembangan profesional
berterusan dan keberkesanan sekolah, dengan itu penyelidik guru perlu menilai dan mereflek secara
sistematik amalan mereka dari semasa ke semasa. Perspektif kajian tindakan praktikal mengandaikan
penyelidik guru mampu membuat keputusan dalam memilih bidang fokus kajiannya, menentukan teknik
koleksi datanya, menganalisis dan menginterpret data serta membentuk pelan tindakan berasaskan
dapatan kajian.
iii. Kajian Tindakan Partisipatori
Kajian tindakan jenis ini melibatkan semua partisipan secara samarata di mana tidak ada wujud hirarki
antara penyelidik dan pengamal. Antara matlamat penyelidik adalah untuk mengurangkan jarak antara
masalah sebenar yang dikenalpasti oleh pengamal dan teori yang digunakan untuk menjelas dan
menyelesaikan masalah. Penyelidik juga membantu dalam perbincangan reflektif dengan pengamal untuk
12
19. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 13
mengenalpasti masalah dan andaian. Ini membantu penyelidik menjadi ahli kolaboratif kumpulan (Holter &
Schwartz-Barcott, 1993; Kemmis & McTaggart, 1988)
Di Australia pula, Zuber-Skerritt (1992) telah memperkenalkan model CRASP (Critical, Reflective,
Accountable, Self-Evaluating, Participative) yang menekankan kepada konsep dan prosedur kajian tindakan
sebagai satu proses inkuiri kritikal dan kolaboratif, dijalankan oleh pengamal yang reflektif serta
bertanggungjawab dan menjadikan dapatan kajian mereka diketahui oleh orang ramai. Di samping itu,
penyelidik juga merupakan penilai-kendiri terhadap amalan mereka serta terlibat dalam menyelesaikan
masalah secara partisipatif dan dapat menyumbang kepada perkembangan profesionalisme yang
berterusan.
Dalam konteks kajian tindakan yang menekankan ciri-ciri partisipatori dan kolaboratif, Grundy dan Kemmis
(1988:87) menjelaskan seperti berikut:
“ Action research is research into practice, by practitioners, for practitioners…In action research, all actors
involved in the the research process are equal participants, and must be involved in every stage of the
research…The kind of involvement required is collaborative involvement….Collaborative participation in
theoretical, practical and political discourse is thus a hallmark of action research and the action researcher.”
Prinsip Pendekatan Kajian Tindakan
Menurut Elliot (1981), kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan
dalam kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau
mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial di sekolah. Dalam usaha menyelidik, guru
sebenarnya melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri.
Sehubungan itu, untuk melaksanakan kajian tindakan dengan berkesan anda perlulah:
i. membuat perancangan yang mengandungi langkah-langkah dan tindakan yang bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan kajian.
ii. menjalankan tindakan dengan melaksanakan setiap perancangan dalam situasi yang sistematik
dan terkawal
iii. tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaian terperinci.
iv. refleksi ke atas tindakan perlu dilakukan kerana ia penting untuk pembinaan makna situasi sosial
dan menyediakan asas untuk perancangan tindakan anda selanjutnya selanjutnya.
Sebagaimana yang disenaraikan di atas, rekabentuk kajian tindakan merupakan prosedur yang sistematik
dalam mengumpul dan menganalisis maklumat yang seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk
meningkatkan amalan serta pengurusan sesuatu tugasan pengajaran dan pembelajaran. Perlu diingat
bahawa kajian tindakan adalah ”penyelidikan pendidikan” dan ia berbeza dengan ”penyelidikan dalam
pendidikan” kerana yang meyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta
profesionnya. Sebagai pendekatan penyelidikan pendidikan yang berfokus dan praktikal, prosedur dan
proses kajian tindakan berlaku dalam satu gelungan perancangan dan tindakan yang saling berkait yang
pada umumnya merangkumi proses perancangan, tindakan dan penilaian hasil tindakan. Bergantung
kepada latar belakang penyelidik, kajian tindakan boleh dijalankan di pelbagai tahap kompleksiti sosial dan
pendidikan yang berbeza.
Prosedur dan Proses Kajian Tindakan
Jelaslah bahawa terdapat pelbagai bentuk kajian tindakan yang boleh dijalankan. Walaupun bentuk kajian
itu agak berbeza, namun setiap bentuk kajian mempunyai ciri am yang sama. Kajian tindakan dilaksanakan
dalam bentuk gegelung yang merangkumi aktiviti: (i) mengenalpasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii)
13
20. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 14
pelaksanaan tindakan, (iv) pemerhatian dan analisis data (v) melakukan refleksi dan masuk ke gegelung
kedua dengan merancang semula dan proses kajian berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan
dapat mencari jalan penyelesaiannya. Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam
kajian tindakan.
Rajah 1 – Gelungan Kajian Tindakan
Proses kajian tindakan serta langkah-langkah yang terlibat akan dijelaskan lebih lanjut dalam unit
berikutnya. Unit ini akan menumpukan kepada isu dan masalah yang boleh dikenal pasti dalam kajian
tindakan serta bagaimanakah perancangan yang perlu dibuat bagi mempastikan isu dan masalah yang
telah dikenal pasti itu dapat diselesaikan atau diatasi.
Mengenal pasti Masalah atau isu kajian tindakan
Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak
memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan
tidak seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik,
keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari
jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu
masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap.
Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan
utama kepada penyiasatan penyelidik. Masalah kajian tindakan bilik darjah adalah merupakan masalah
yang berbangkit di dalam proses dan persekitaran sesuatu pengajaran. Misalnya dalam satu-satu tempoh
pengajaran matematik, guru mungkin menghadapi masalah meneruskan pengajaran apabila terdapat
seorang dua pelajar yang tidak menguasai sifir atau tidak dapat mendarab atau tidak dapat menghafal sifir
maka adalah sukar untuk guru terus mengajar operasi darab. Bagi guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu pula misalnya mendapati beberapa orang murid yang gagal berkomunikasi dengan baik.
Kewujudan murid-murid sedemikian di dalam bilik darjah akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Atau pada peringkat yang lebih tinggi sedikit, guru-guru kadang-kadang
berhadapan dengan masalah murid yang tidak dapat menulis karangan dengan baik kerana tidak tahu
14
21. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 15
mengadakan isi-isi penting bagi sesuatu tajuk. Atau kalau tahu isi-isi penting gagal pula menyediakan
penulisan yang baik bagi mengketengahkan isi-isi berkenaan. Tidak dapat membuat ayat topik, ayat huraian
maupun ayat contoh. Ini merupakan isu-isu yang perlu diberi perhatian oleh guru kerana sekiranya
dibiarkan ia akan membantutkan kemampuan pembelajaran murid berkenaan seterusnya.
Dalam pengajaran-pembelajaran sains misalnya, guru-guru mungkin terjumpa dengan keadaan di mana
murid-murid gagal mengenal pasti peralatan-peralatan yang digunakan di dalam kerja-kerja amali. Masalah
ini membolehkan arahan guru tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh murid-murid. Begitu juga
sekiranya guru pendidikan jasmani yang mungkin menghadapi masalah dalam kalangan murid-murid
tertentu tentang kekurangan daya tahan kardiavaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelajuan,
ketangkasan dan kelenturan atau tindak balas merespon murid. Oleh yang demikian guru harus mempunyai
rancangan untuk mengatasi kelemahan murid seperti yang dibincangkan.
Daripada contoh-contoh isu dan masalah-masalah dalam beberapa mata pelajaran seperti yang
dibincangkan di atas, guru perlu mengenal pasti, membuat senarai semak isu-isu yang berbangkit di dalam
satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran dan membuat keutamaan kepada isu-isu berkenaan.
Kenapa guru perlu membuat keutamaan? Guru perlu mengesan isu yang paling kritikal dan mana yang
perlu diselesaikan terlebih dahulu. Isu berkenaan, dikatakan sebagai isu prihatin iaitu sekiranya isu tersebut
tidak diatasi ia akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru seterusnya. Dan sekiranya
masalah prihatin berkenaan tidak di atasi oleh pihak murid berkenaan pula maka ia akan menyebabkan
murid berkenaan tidak dapat mengikuti pembelajaran seterusnya.
Dalam mengenalpasti masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan-soalan seperti berikut:
Apa yang kita hendak ketahui?
Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?
Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?
Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang
signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?
Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?
Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan situasi pengajaran sebenar di dalam bilik darjah, anda
sudah tentu menemui pelbagai masalah dalam pengajaran. Kalau begitu, bagaimana guru mengenal pasti
isu yang akan dijadikan kajian tindakan? Garis panduan berikut mungkin boleh membantu:
Skop kajian:
adakah isu/masalah tersebut wujud di dalam kelas pengajaran saya?
bolehkah saya melakukan sesuatu untuk memperbaiki masalah tersebut?
bolehkah saya melakukan perubahan ini bersendirian atau memerlukan bantuan rakan guru lain?
Kerelavanan isu/masalah
sejauh mana pentingnya isu tersebut perlu diperbaiki?
apakah ia merupakan isu jangka panjang atau jangka pendek?
apa tindakan sebenar yang boleh saya lakukan untuk mengatasi isu tersebut?
adakah saya benar-benar berminat untuk memperbaiki isu ini?
Kebolehurusan fokus kajian:
15
22. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 16
adakah saya benar-benar mempunyai masa untuk memperbaiki isu ini?
kalau ya, apakah persiapan yang perlu saya lakukan?
Keserasian dengan tugas mengajar:
apakah usaha yang akan saya lakukan nanti sememangnya saya sentiasa lakukan?
bolehkah kerja-kerja kajian tindakan ini saya gabungkan dengan kerja mengajar saya seharian?
Dalam merancang usaha untuk memperbaiki kelemahan murid tersebut sebenarnya bukanlah suatu
perkara asing bagi kebanyakan guru. Tugasan berkenaan memang berkaitan dengan merancang
pengajaran bezanya merancang sesuatu aktiviti kecil dan fokus kepada isu tersebut sahaja. Cumanya
sebagai guru yang bertanggungjawab hanya menentukan sama ada aktiviti tersebut hendak dilaksanakan
semasa proses pengajaran ataupun memperuntukan sedikit masa berinteraksi dengan murid berkenaan
selepas waktu mengajar.
Oleh itu, pada umumnya sesuatu masalah atau persoalan kajian itu perlulah:
Ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal serta dapat
merangsang minat pembaca
Skop nya cukup kecil supaya mudah diurus
Diletakkan dengan baik dalam konteks teori dan penyelidikan semasa
Setelah masalah dikenal pasti, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui magnitud masalah tersebut.
Misalnya berapa ramaikah pelajar yang sebernarnya bermasalah, serta kekerapan pelajar melakukan
masalah tersebut. Ini memerlukan maklumat atau data yang sesuai untuk mengetahuinya. Oleh itu, guru
perlu lah mengumpul data yang sesuai melalui pelbagai cara seperti menjalankan ujian pra, soal selidik,
temu bual dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut barulah penyelidik mengetahui sebenarnya
tentang magnitud masalah yang telah dikenalpasti.
Bagaimana merancang kajian tindakan?
Dalam persekitaran bilik darjah yang dilalui saban hari tentunya guru-guru sekelian tidak pernah sunyi
daripada pelbagai masalah. Masalah-masalah yang ‘mungkin’ berpunca dari murid-murid. Murid nakal
semasa guru mengajar, murid malas belajar, murid tidur semasa guru mengajar, murid tidak memberi
perhatian semasa guru mengajar dan lain-lain lagi yang sering menjadi masalah kepada guru dan
mempengaruhi keseluruhan mod pembelajaran terganggu. Sebagai seorang guru yang komited, kita akan
membuat refleksi selepas setiap pengajaran kita. Guru yang sering membuat refleksi, membuat muhasabah
serta penilaian kendiri adalah guru yang baik. Guru yang sentiasa mahu memperbaiki diri. Guru yang ingin
melihat kejayaan dalam kalangan murid-murid. Oleh yang demikian guru mungkin sentiasa bertanya:
bagaimana masalah seperti di atas berlaku?
apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?
apakah saya mampu melaksanakannya?
Secara professional, masalah-masalah seperti yang digambarkan di atas, yang berlaku di dalam sesebuah
bilik darjah semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkait dengan isu yang
berpunca daripada (1) personaliti guru, (2) ketidakesesuaian kaedah pengajaran yang diguna guru, (3)
ketidaksesuaian bahan bantu mengajar yang diguna guru, (4) yang berkait rapat dengan aras kesukaran isi
kandungan pengajaran yang disampaikan guru dan/atau (5) murid itu sendiri.
16
23. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 17
Sebagai seorang guru yang berpengalaman di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, cuba anda jelaskan masalah yang timbul yang berkait dengan isu;
(1) guru ________________________________________________________________________
(2) kaedah pengajaran
________________________________________________________________________
(3) bahan bantu mengajar
________________________________________________________________________
(4) isi kandungan
_______________________________________________________________________
(5) murid ________________________________________________________________________
Apakah garis panduan fokus kajian tindakan?
Tidaklah dapat dinafikan bahawa guru-guru berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seperti yang digambarkan di atas. Namun guru mestilah bersifat selektif bagi
memudahkan guru memberi fokus kajian. Di antara isu-isu yang banyak, guru perlu membuat keutamaan
isu yang perlu diselesaikan segera. Pertimbangkan soalan-soalan berikut:
mustahakkah isu tersebut untuk guru membuat kajian?
mustahakkah isu tersebut kepada murid yang terlibat?
mampukah saya mengendalikan kajian ini berseorangan atau memerlukan rakan untuk membantu?
bolehkah kajian ini diurusi dengan baik?
apakah manfaat yang diperolehi guru dengan mendalami isu berkenaan?
Ini bererti guru perlu mendalami setiap isu. Murid nakal, murid malas belajar, murid tidur semasa belajar,
murid tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru, murid yang tidak memberi perhatian kepada
pengajaran guru dan banyak isu lain yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan guru, kredibiliti guru,
yang sekiranya dibiarkan bukan sahaja akan mengecewakan guru tapi juga murid berkenaan, ibu bapa
serta pentadbir sekolah.
Sekiranya kedapatan beberapa murid tidak dapat menguasai pengajaran guru, berdasarkan
pengalaman anda dengan:
(1) menyenaraikan masalah yang timbul misalnya dalam satu tempoh masa pengajaran?
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(2) membuat keutamaan bagi masalah-masalah tersebut mengikut urutan.
17
24. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 18
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(3) mendalami isu tersebut untuk mendapat jawapan mengapa ia terjadi kepada murid berkenaan.
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(4) mencadangkan aktiviti bagaimana anda akan mengatasi masalah ini?
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
RUMUSAN
Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang dikenalpasti oleh
pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan
membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi
menjelaskan lagi permasalahan yang ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini,
proses dan prosedurnya juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang
terlibat dalam kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh
Lewin, ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik
kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang utama kajian
tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas amalan oleh pengamalnya serta
peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian tindakan adalah penglibatan dan
kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses gelungan yang melibatkan secara ringkasnya
sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
18
25. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 19
Sila isikan pelan kajian tindakan di bawah berdasarkan masalah yang anda pernah alami semasa mengajar.
Pelan Kajian Tindakan
Nama:
Sekolah:
Tahap persekolahan:
Soalan Kajian: Kemukakan soalan yang memfokuskan kajian anda. Pastikan untuk memasukkan apakah
pembelajaran yang akan berlaku dan amalan pengajaran yang akan dijalankan
Hasil Pembelajaran: Apakah pembelajaran spesifik yang akan berlaku?
Fokus Pengajaran: Jelaskan amalan pengajaran spesifik yang akan dijalankan dan dikaji. Nyatakan bila
dan bagaimana amalan akan dijalankan
Pengumpulan Data: Nyatakan sumber data yang akan dikumpul yang selari dengan masalah bilik darjah.
Berapa kerap anda akan mengumpul data?
Sumber Data 1: (Apa dan Bagaimana?)
Sumber Data 2: (Apa dan Bagaimana?)
Sumber Data 3: (Apa dan Bagaimana?)
Sokongan: Apakah sokongan yang diperlukan daripada rakan sekerja?
Sumber:
A Project of the Florida Department of Education
In collaboration with the University of Central Florida
19
26. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 20
KATA KUNCI
1. Tinjauan Awal (Reconnaisance)
2. Gelungan
3. Pemerhatian
4. Refleksi
PENILAIAN KENDIRI
1. Berdasarkan rajah di bawah, cuba anda jelaskan tentang prinisp dan prosedur kajian tindakan
yang biasa dijalankan.
2. Kajian tindakan merupakan metodologi yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan
semasa kajian dijalankan. Sejauhmana kah anda bersetuju dengan kenyataan ini dan mengapa?
RUJUKAN
Elliot, J. (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin
University Press.
Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey:Pearson Prentice Hall
20
28. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 21
UNIT 3
TINJAUAN AWAL DAN PELAKSANAAN KAJIAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Memahami prosedur dan proses kajian tindakan
2. Mengenalpasti dan memahami masalah kajian yang sesuai
3. Merancang tindakan yang sesuai dengan masalah yang dikenal pasti
4. Menilai tindakan yang dijalankan berdasarkan maklumat yang sesuai dan boleh dpercayai
PENGENALAN
Unit ini akan menjelaskan tentang prosedur dan proses kajian tindakan yang biasanya digunakan oleh guru.
Langkah-langkah umum kajian tindakan iaitu Tinjauan Awal, Merancang Tindakan, Melaksanakan Tindakan,
Pemerhatian dan Analisis Data dan Refleksi dan Penilaian akan dijelaskan dengan memberikan contoh-contoh yang
sesuai.
ISI KANDUNGAN
Langkah-langkah Melaksanakan Kajian Tindakan
Langkah1: Tinjauan Awal (Reconnaisance) – Mengenal pasti masalah dan fokus kajian
Proses kajian tindakan bermula di peringkat ini apabila anda berfikir untuk meneroka dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi di sekolah serta anda berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini tidak sukar dilaksanakan
kerana pada kebiasaannya, anda sering berbincang secara lisan dengan rakan sejawat yang lebih berpenglaman
untuk mendapatakan nasihat dan panduan tentang bagaimana hendak mengatasi sesuatu situasi sosial atau
masalah yang dihadapi di sekolah. Maklumat daripada perbincangan itu, boleh anda dijadikan sebagai asas untuk
mengenal pasti masalah dan seterusnya menjalankan kajian tindakan secara lebih sistematik.
Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak
memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak
seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang
hendak dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya.
29. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 22
Mengenal pasti isu dan memperkecilkan topik kajian
Fikirkan satu situasi sosial di sekolah yang Jangkaan Jawapan
ingin anda perbaiki dan jawab soalan-soalan
berikut:
Apakah yang sedang berlaku?
Bagaimanakan keadaan sesuatu
isu/maslah/situasi itu boleh wujud?
Sejauh manakah mustahaknya isu itu kepada
pelajar/pengkaji?
Siapakah yang berminat dan boleh membantu
saya?
Apakah yang tindakan yang akan dilakukan oleh
rakan saya untuk mengatasi keadaan atau
situasi berkenaan?
Bagaimana pengalaman saya tentang
sesetengah perkara boleh digunakan untuk
mengatasi masalah ini?
Apakah idea baru yang boleh saya lakukan
untuk menghadapi keadaan atau situasi
berkenaan?
Rumusan Masalah dan Persoalan Kajian:
Apabila anda mulai bertanya dan memikirkan jawapan bagi persoalan di atas, ini merupakan tanda permulaan anda
berminat dan ingin mengenali isu dan mencari idea untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai panduan untuk anda
menulis rumusan sesuatu masalah atau persoalan kajian itu, garis panduan berikut boleh digunakan:
Cuba melibatkan masalah atau persoalan kajian yang boleh diambil tindakan
Pilih masalah atau persoalan kajian yang penting bagi pelajar anda
30. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 23
Rumusan masalah atau persoalan kajian perlulah ditulis dengan jelas dengan menggunakan bahasa yang
tidak terlalu teknikal
Skopnya cukup kecil supaya mudah diurus dan untuk memperbaiki amalan sendiri
Diletakkan dengan baik dalam konteks membina teori-teori daripada amalan sebenar
Setelah masalah dikenal pasti, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui magnitud masalah tersebut. Misalnya
berapa ramaikah pelajar yang sebernarnya bermasalah, serta kekerapan pelajar melakukan masalah tersebut. Ini
memerlukan maklumat atau data yang sesuai untuk mengetahuinya. Oleh itu, guru perlu lah mengumpul data yang
sesuai melalui pelbagai cara seperti menjalankan ujian pra, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Berdasarkan
maklumat tersebut barulah penyelidik mengetahui sebenarnya tentang magnitud masalah yang telah dikenalpasti.
Cuba anda teliti contoh kajian yang telah dijalankan oleh guru berikut dan bagaimana masalah dikenal pasti dan
difahami.
Isu Keprihatinan
Kajian yang dijalankan ini berfokuskan aspek kemahiran membaca. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak
langsung dapat membantu murid dalam menguasai subjek- subjek lain. Rasional kajian ini dijalankan
memandangkan kumpulan sasaran dalam kajian ini lemah dalam aspek membaca berbanding dengan rakan-rakan
mereka yang lain. Kumpulan sasaran dalam kajian ini gagal dalam membaca beberapa suku kata dan perkataan
mudah yang diberi kepada mereka. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini merupakan satu masalah yang
kompleks dan perlu diatasi agar murid-murid ini tidak tercicir dalam kecemerlangan akademik khususnya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah sangat penting dalam membimbing murid mengolah ayat
serta ejaan dengan betul dan tepat.
Tinjauan Masalah
Pemerhatian
Untuk meninjau masalah murid, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas, pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas pemulihan dan melalui respons
murid kepada soalan - soalan yang diajukan.
Temubual
Kaedah lain yang saya gunakan adalah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap
murid-murid yang telah dikenal pasti tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Temu bual ini secara
tidak langsung dapat mengetahui punca sebenar masalah mereka. Sesi temu bual ini dilakukan bersama
murid di sekolah dan bersama ibu bapa atau penjaga dalam sesi pertemuan bersama antara ibu bapa dan
pihak pentadbir dan guru pemulihan.
Ujian Pra
Ujian pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian. Ujian pra yang dijalankan meliputi
beberapa aspek seperti :
a. Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru.
b. Ujian penulisan melalui pita rakaman.
31. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 24
c. Ujian ( UPCH ) Ujian Pengesanan Tahap bacaan murid.
Analisis Tinjauan Masalah
Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya
dapati murid - murid ini lemah dalam aspek kemahiran membaca, kelemahan mereka dikenal pasti dalam
aspek penyebutan terutamanya gabungan beberapa huruf vokal dan konsonan serta perkataan dalam ayat
- ayat mudah yang dibaca. Kebanyakan mereka hanya dapat menyebut gabungan satu suku kata iaitu
gabungan huruf vokal dan konsonan.
Contoh : - B+a D+a C+a
v+k k+v k+v
Temubual
Hasil daripada temu bual yang dijalankan adalah seperti berikut:
Dalam laporan kajian ini, saya hanya memaparkan hasil temu bual saya bersama tiga orang murid sahaja
Dialog 1
Guru: Adakah anda berminat untuk belajar membaca ?
Murid: Ya, saya berminat.
Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ?
Murid : Saya rasa malu, cikgu.
Guru : Adakah kamu tahu sebab kenapa kamu tidak pandai membaca ?
Murid: Tak tahu, cikgu.
Guru: Dalam aspek kemahiran membaca, apa yang sukar bagi kamu untuk kuasai?
Murid : Perkataan yang susah dan panjang - panjang.
Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ?
Murid : Tidak.
Dialog 2
Guru : Adakah anda berminat untuk belajar membaca ?
Murid : Ya, saya berminat.
Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ?
32. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 25
Murid : Saya tak boleh kuasai subjek - subjek lah.
Guru : Dalam aspek kemahiran membaca, apa yang sukar bagi kamu untuk kuasai?
Murid : Saya tidak pandai nak sebut huruf susah walau kh, dh, gh.
Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ?
Murid : Kadang - kadang.
Guru : Kenapa ?
Murid : Sebab saya tidak pandai membaca.
Dialog 3
Guru : Adakah anda berminat untuk belajar membaca ?
Murid : Kurang minat.
Guru : Kenapa ?
Murid : Susah.
Guru : Apakah yang kamu rasa apabila kamu tidak pandai membaca ?
Murid : Malu diejek kawan.
Guru : Dalam aspek kemahiran membaca, apakah yang sukar untuk dikuasai ?
Murid : Susah nak eja dan susah nak baca huruf yang banyak dalam perkataan.
Guru : Adakah di rumah kamu membuat latihan membaca ?
Murid : Tidak, saya hanya belajar di sekolah sahaja.
Guru : Kenapa ?
Murid : Tidak ada orang yang hendak ajar saya.
Ujian-Pra
Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid dalam aspek kemahiran membaca.
Ujian pra yang dijalankan dalam beberapa aspek seperti :
i. Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru.
ii. Ujian penulisan melalui pita rakaman.
iii. Ujian bacaan ke atas setiap orang murid dalam kumpulan sasaran ini.
33. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 26
Jadual 1 menunjukkan dapatan daripada Ujian Pra yang telah saya jalankan :
Jadual 1 : Tahap Penguasaan Murid Dalam Aspek Membaca
Perkara / Aspek
Isu Kumpulan Sasaran
Lemah Sangat Lemah
Penguasaan Huruf 6 2
Penguasaan Huruf Besar dan Huruf Kecil 4 4
Penguasaan KV ( ba) 5 3
Penguasaan KVK ( Lam ) 6 2
Penguasaan K+ K ( ng, ny ) 2 6
Penguasaan V + V ( au, ai ) 6 2
(Di petik daripada laporan kajian tindakan yang bertajuk “Meningkatkan Peratus Murid Pemulihan dalam Menguasai
Kemahiran Membaca dengan Kaedah Formula One” oleh Norizan bt. Hj Mamat, Sekolah Menengah Kebangsaan
Pelagat, Besut. Terengganu.)
Daripada contoh di atas, jelaslah bahawa pengkaji telah betul-betul dapat melihat magnitud masalah yang dikenal
pasti untuk dikaji. Data-data yang diperolehi melalui temu bual, pemerhatian, uji pra dapat membantu pengkaji
memahai masalah dengan lebih baik lagi. Setelah pengkaji mempunyai kefahaman yang jelas tentang masalah
kajian, maka baru lah perancangan yang sesuai boleh dilakukan.
Langkah 2: Merancang Tindakan
Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu kerja-
kerja kajian selanjutnya. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah berikut:
Menulis pernyataan fokus kajian
Definisikan pembolehubah yang berkaitan
Bentuk soalan kajian
Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan
Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat
Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan
Bina garis masa (timeline) kajian
Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan
Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data
34. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 27
Sebaik-baiknya libatkan ramai rakan untuk membantu merancang kegiatan kajian tindakan. Di peringkat sekolah
misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan merancang kajian tindakan. Sebagaimana
yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan ini adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif
dengan rakan sekerja yang lain.
Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut:
Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau
amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks
bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan ‘pelajar tidak
berminat belajar’, sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui lebih lanjut adalah seperti berikut:
- Pelajar manakah yang tidak berminat?
- Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar?
- Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang berbeza?
- Adakah pada masa-masa yang tertentu, topik-topik tertentu atau matapelajaran- matapelajaran tertentu
sahaja yang menunjukkan mereka kurang berminat?
- Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar?
Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji. Pengumpulan maklumat
berkaitan dengan soalan-soalan di atas akan menyediakan asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan
serta membentuk kategori-kategori yang sesuai berkaitan dengan masalah ‘pelajar tidak berminat belajar’.
Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-
teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan
Menyenaraikan tindakan-tindakan/aktiviti-aktiviti yang dicadangkan termasuklah:
- tugas dan tanggungjawab,
- aktiviti-aktiviti,
- bahan-bahan,
- struktur organisasi,
- falsafah dan konsep baru tentang perubahan,
- bagaimana aktiviti dijalankan,
- jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua gelungan,
- cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan – formatif & sumatif,
- keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan, kemudahan, kelengkapan, tenaga, dan masa.
Merancang tindakan bertujuan untuk menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan termasuk tugas dan
tanggung jawab kumpulan, serta tempoh kajian. Kita harus membuat perancangan yang baru sekiranya
perancangan yang lama tidak boleh diteruskan. Pelan perancangan perlulah fleksibel bagi membolehkan ubahsuaian
dibuat sekiranya menghadapi masalah atau kekangan yang tidak diduga.
35. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 28
Contoh Perancangan Tindakan
Berikut diberikan contoh perancangan yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik kajian tindakan dalam
merancang tindakan.
(Dipetik daripada laporan Kajian Tindakan bertajuk: Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Sendi dan
Kata Bilangan - Kumpulan Penyelidik: Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua, Ipoh, Perak Darul Ridzuan).
Perancangan Tindakan
Tumpuan kajian kitaran pertama ini adalah untuk menangani masalah pembelajaran yang berkaitan dengan
penggunaan kata sendi dan kata bilangan yang betul supaya tidak timbul kekeliruan dalam menggunakannya.
Fokus kajian ini adalah terhadap amalan pengajaran guru.
Berdasarkan tinjauan awal yang telah kami lakukan, pihak kami membuat perancangan kajian tindakan untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan kata sendi dan kata bilangan. Oleh itu, kami telah
merancang mengadakan sesi pengajaran yang khusus memberi tumpuan kepada aspek-aspek tersebut.
Pengajaran bagi kedua-dua unsur dalam tatabahasa ini perlu dijalankan secara khusus. Sebelum melaksanakan
pengajaran tersebut, rancangan pelajaran perlu disediakan dengan teliti supaya pengajaran yang akan dilaksanakan
akan mencapai objektifnya. Sesi pengajaran yang akan dijalankan adalah sebanyak dua kali yang khususnya
memberi tumpuan kepada penggunaan kata sendi dan kata bilangan yang betul.
Contoh perancangan pengajaran:
Berikut adalah Rancangan Pelajaran yang disediakan untuk sesi pengajaran tersebut:
Set A
Butiran am:
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 9 Mei 2002
Masa : 8.40pg – 9.40pg (60 minit)
Kelas : 5 Melati
Bilangan pelajar : 38 orang
Tajuk : Kata sendi
Objektif Umum : Mengetahui penggunaan Kata Sendi
Objektif Khusus : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i. membina ayat berdasarkan kata sendi yang diberi
ii. membetulkan kesalahan penggunaan kata sendi yang terdapat dalam ayat
Alat Bantu Mengajar : Papan gulung, lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah pun didedahkan dengan aspek membetulkan kesalahan kata
dalam ayat
Nilai : Berusaha, kerjasama, yakin
36. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 29
Rujukan guru : 1) Mastura Abd. Basar, Fatimah Azzahara bt Mat Yunus, Bahasa Melayu
Tahun 5, Sasbadi Sdn Bhd
2) Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, DBP:K. Lumpur
3) Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan, DBP:K.Lumpur
Rujukan murid : Bahasa Melayu Tahun 5, DBP:K.Lumpur
Langkah Pengajaran
Set Induksi
Guru mengemukakan satu contoh ayat yang ada dalam kata sendi
Langkah 1
Guru menerangkan konsep kata sendi
Langkah 2
Guru menyenaraikan kata-kata sendi yang terdapat dalam BM. Guru menerangkan fungsi bagi setiap kata sendi
tersebut
Langkah 3
Guru mengemukakan ayat-ayat contoh yang menggunakan kata sendi
Langkah 4
Guru mengemukakan kebiasaan-kebiasaan kesalahan kata sendi yang sering dilakukan oleh murid-murid
Pengukuhan
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Murid-murid diminta berbincang secara berpasangan
supaya membetulkan semula kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut
Penilaian
Guru menunjukkan ayat-ayat di papan gulung yang mengandungi kesalahan penggunaan kata sendi dalam ayat.
Set B
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 11 Mei 2002
Masa : 8.40pg. – 9.40pg. (60 minit)
Kelas : 5 Melati
Bilangan murid : 38 orang
Tajuk : Kata bilangan
Objektif umum : Mengetahui penggunaan kata bilangan
37. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 30
Objektif khusus : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1) membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan tepat
2) membetulkan kesalahan kata arah yang terdapat dalam ayat
Alat Bantu Mengajar : OHP, transparensi, petikan, lembaran kerja
Nilai : Menghargai, bekerjasama, berusaha
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah diajar penjodoh bilangan
Rujukan guru : 1) Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, DBP:K.Lumpur
2) Mastura Abd. Basar, Fatimah Azzahara Mat Yunus, Bahasa Melayu Tahun 5, Sasbadi
Sdn Bhd.
Rujukan murid : Bahasa Melayu Tahun 5, DBP:K.Lumpur
Langkah Pengajaran
Set Induksi
Guru bersoaljawab dengan murid-murid berkenaan dengan penjodoh bilangan
Langkah 1
Guru memperkenalkan tajuk pelajaran. Guru menyenaraikan beberapa contoh kata bilangan
Langkah 2
Guru memandu murid-murid langkah demi langkah untuk mendapatkan satu hukum atau peraturan dalam
penggunaan kata bilangan
Langkah 3
Guru menayangkan transperansi untuk latihan latih tubi tukar ganti mudah. Guru menunjukkan contoh-contoh
penggunaan kata bilangan.
Contoh: Tukar ganti subjek
Berbulan-bulan
Berminggu-minggu Masa pelayarannya dihabiskan di Lautan Hindi
Bertahun-tahun
Langkah 4
Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid. Murid diminta menggariskan penggunaan kata bilangan yang salah
dalam petikan tersebut. Guru menyuruh murid-murid membetulkan semula kesalahan kata bilangan tersebut.
38. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 31
Penilaian
Guru menyuruh murid menulis semula ayat yang mengandungi kata bilangan yang salah di papan tulis
Pengukuhan
Guru meminta murid-murid membina ayat-ayat dengan menggunakan kata bilangan yang disediakan.
Contoh di atas menunjukkan satu perancangan tindakan yang telah dirancang oleh penyelidik kajian tindakan.
Tindakan yang merupakan beberapa set perancangan pengajaran yang akan digunakan oleh penyelidik dalam
langkah seterusnya iaitu langkah Menjalankan Tindakan.
Merancang kajian tindakan: Sila isikan cadangan perancangan anda dalam lajur sebelah
kanan.
Proses Perkara yang perlu dipertimbangkan Catatan
Merancang (Diubahsuai daripada Kemmis & McTaggart,
1988)
Langkah 1 Menulis pernyataan fokus kajian
Langkah 2 Definisikan pembolehubah yang berkaitan
Langkah 3 Bentuk soalan kajian
Langkah 4 Jelaskan intervensi atau inovasi yang
dicadangkan
Langkah 5 Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang
akan terlibat
Langkah 6 Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan
Langkah 7 Bina garis masa (timeline) kajian
Langkah 8 Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan
akan digunakan
39. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 32
Langkah 9 Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan
data
Langkah-langkah yang dinyatakan di atas membantu anda membuat perancangan yang komprehensif supaya
tindakan yang bakal diambil bertepatan dengan masalah yang ingin di atasi. Sehubungan itu, fokus perancangan
perlulah kepada masalah kajian dan aspek tindakan atau intervensi yang perlu diambil sebagaimana yang anda
catatkan pada Langkah 4 dalam jadual di atas. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1995)
telah menggariskan beberapa pertimbangan dalam merancang tindakan dan telah menyarankan prosedur berikut:
(i) Tentukan matlamat cadangan tindakan,
(ii) Mengapa tindakan itu diambil dan
(iii) Senaraikan tindakan yang perlu diambil, dan nyatakan bentuknya seperti: aktiviti, bahan dan tanggung
jawab dan tugas.
Juga semasa membuat perancangan tindakan itu anda dinasihatkan: i) Berfikiran terbuka, ii) Bersikap kritikal, iii)
Bertanggungjawab dan iv) Menilai kendiri.
Langkah 3: Menjalankan Tindakan
Pada peringkat ini anda sudahpun mengenal pasti tindakan atau intervensi yang paling sesuai untuk mengatasi
situasi sosial yang berlaku di sekolah anda. Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat
keberkesanannya. Kumpulan akan mempastikan segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam
melaksanakan rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan
keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi pengajaran, maka perlu ada
ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat
yang diperlukan.
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara
kolaboratif dengan rakan sekerja yang lain. Sebaik-baiknya cuba libatkan lebih ramai rakan anda untuk membantu
melaksanakan kegiatan tindakan. Di peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi
mencadang dan merancang tindakan. Tindakan atau intervensi anda itu misalnya, mungkin melibatkan beberapa
sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan menggunakan pendekatan dan strategi pembelajaran yang
berbeza. Dalam hal ini, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan
pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Dengan kata lain, ada yang terlibat dalam melaksanakan
tindakan dan ada juga yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan
yang telah dipilih dan dikenal pasti itu.
Langkah 4: Pemerhatian dan Data Analisis
Semasa guru menjalankan tindakan yang dirancangkan, proses pengumpulan data juga boleh dilakukan melalui
pemerhatian bilik darjah yang dilakukan oleh rakan pengkaji atau rakaman video boleh dilakukan. Di samping itu,
40. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 33
data daripada bentuk-bentuk lain seperti ujian dan lain-lain bentuk pentaksiran juga boleh dijalankan. Setelah
selesai sesuatu tindakan dijalankan, pengumpulan data juga boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah
seperti temu bual, analisis kerja pelajar, soa selidik dan sebagainya. Setelah data dikumpul melalui pelbagai kaedah
dan sumber, maka data tersebut perlu dianalisis dan diinterpretasi. Kaedah analisis dan interpretasi bergantung
kepada bentuk data yang dikumpul, sama ada data kuantitatif atau data kualitatif. Yang pentingnya adalah
penyelidik perlu mengumpul bukti untuk dijadikan asas kepada kesimpulan yang akan dibuat sama ada tindakan
yang dirancang dan dijalankan berkesan atau tidak, dapat mengubah atau tidak. Analisis dan interpretasi data akan
dijadikan asas dalam langkah seterusnya iaitu langkah penilaian dan refleksi.
Terdapat pelbagai cara anda boleh gunakan untuk mengumpul data dan ini bergantung kepada keperluan kajian.
Bahan-bahan berkenaan boleh didapati daripada:
bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja rumah, minit mesyuarat,
rekod kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan peperiksaan dan sebagainya
rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar kelas,
pelaksanaan program kokurikulum
nota yang dibuat hasil dari temu bual, misalnya temu bual dengan pelajar
foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji.
Catatan buku diari dan nota-nota kerja
Ujian bertulis dan soal selidik kepada pelajar
Langkah 5: Melakukan Refleksi
Selepas tindakan dirancang dan dilaksanakan, aktiviti penilaian dan refleksi mesti dijalankan. Penilaian dan refleksi
boleh dijalankan oleh anda sendiri sebagai pengkaji, atau bersama pihak lain seperti rakan anda melalui
perbincangan. Satu proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan analisis, sintesis,
interpretasi, menjelas dan membuat kesimpulan.
Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk
memperbaiki diri (Hanipah, 2000). Brookfield (1995) pula menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif
mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan
yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut (dalam
Nor Hasniza, 2005, ms. 13). Dengan perkataan lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati
melalui penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada
sesuatu situasi atau tindakan.
Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan disokong oleh maklumat
dan data yang digunakan dan diperolehi selepas melaksanakan tindakan. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti
perkara-perkara berikut dengan menjawab soalan-soalan berikut secara jujur:
41. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 34
Penilaian dan Refleksi: Cuba anda teliti soalan-soalan yang diberikan dan fikirkan kemungkinan
jawapan yang sesuai.
Soalan Reflektif Jangkaan Jawapan
Berkaitan Kajian Tindakan:
Apakah pandangan rakan anda tentang
rancangan dan pelan tindakan yang disediakan?
Apakah reaksi anda terhadap komen orang lain
terhadap usaha atau tindakan anda itu?
Sejauh manakah komen-komen tersebut
membantu anda?
Adakah langkah-langkah yang anda rancang itu
bersesuaian dan mencukupi?
Sejauh manakah tindakan atau intervensi itu
dapat membantu mengatasi situasi sosial atau
masalah yang dihadapi di sekolah anda?
Apakah cadangan-cadagan lain untuk
memperbaiki keadaan?
Berkaitan Fahaman Pengkaji
Apakah persepsi dan falsafah diri anda ke
atas isu?
Apakah kesedaran baru yang anda perolehi
selepas melaksanakan kajian tindakan ini?
Apakah kemahiran tertentu yang perlu
dikuasai untuk mempertingkatkan
profesionalime anda?
Apakah tindakan seterusnya yang anda akan
ambil/rancang untuk memperbaiki keadaan?
Rumusan:
Anggapan bahawa …………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………
42. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 35
Latihan di atas memberi penekanan kepada usaha untuk:
i. menilai keberkesanan proses kajian yang dibuat. Ini dilakukan dengan menilai bahagian yang perlu
diperbaiki, mengenalpasti panduan yang telah diikuti atau lain-lain perkara untuk pusingan yang
selanjutnya, dan
ii. membuat pemantauan kendiri tentang apa yang telah dilakukan, halangan yang wujud, masalah yang
telah timbul, ambil pandangan orang lain terhadap masalah yang dihadapi dan cara kita menangani
masalah berkenaan pada masa kan datang.
Langkah menilai tindakan yang dibincangkan adalah langkah yang amat penting kerana sesuatu keberkesanan
tindakan dapat dikaji dengan teliti dan sistematik melalui langkah ini. Kepentingan penilaian kepada Kajian tindakan
adalah banyak, antaranya:
menukur keberkesanan proses kajian
menunjukkan bahagian yang perlu dibaiki
menunjukkan kelemahan dalam arahan
mengukur pencvapaian objektif kajian
sebagai penduan untuk pusingan kajian seterusnya.
Contoh Penilaian dan Refleksi:
Penilaian dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas Daripada Ujian Awal dan Ujian Akhir
Bagi mengetahui perkembangan atau sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaan tindakan iaitu dalam pengajaran
dan pembelajaran yang telah dijalankan, maka ujian akhir telah dijalankan. Ujian ini meliputi aspek-aspek
penggunaan kata sendi dan kata bilangan. Berdasarkan hasilan Ujian Akhir ini terdapat kemajuan yang ditunjukkan
oleh murid-murid ini. Jumlah kesalahan yang dilakukan oleh murid semakin berkurangan. Hasil dapatan adalah
seperti berikut:
JENIS KATA UJIAN AWAL UJIAN AKHIR
KATA SENDI 73 29
KATA BILANGAN 60 23
Analisis dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas daripada Pemerhatian Pengajaran
Pemerhatian telah pun dilakukan bagi kedua-dua sesi pengajaran itu. Tingkahlaku pengajaran guru diperhatikan dan
dicatatkan dengan menggunakan boring pemerhatian seperti yang digunakan dalam tinjauan awal kajian ini.
Tingkahlaku guru yang mengajar dicatatkan melalui borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item
tertentu.
43. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 36
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, kami mendapati pengajaran guru menunjukkan peningkatan dalam
sesetengah aspek. Guru telah dapat mengatasi beberapa kelemahan yang menjadi punca bagi masalah yang
timbul.
Hasil analisis perlakuan guru menunjukkan bahawa dalam tiga minggu yang diperhatikan, guru telah dapat
meningkatkan peratusan aspek-aspek perlakuan tertentu.
Contoh:
a) Membetulkan kesalahan kata sendi dan kata bilangan secara lisan.
(Minggu 1 – 20, Minggu 2 – 15, Minggu 3 – 10)
b) Latihan khusus dalam pengajaran kata sendi dan kata bilangan
(Minggu 1 – 7, Minggu 2 – 9, Minggu 3 – 12)
Secara keseluruhannya, hasil dapatan analisis pemerhatian aspek-aspek tertentu tentang perlakuan guru dalam
pengajaran guru lebih memberi tumpuan kepada latihan khusus dalam pengajaran aspek kata sendi dan kata
bilangan ini. Guru dapat mengurangkan penekanan kepada penerangan tentang pengajaran fungsi bagi kedua-dua
jenis kata ini. Perubahan perlakuan guru ini menunjukkan bahawa guru telah lebih prihatin kepada masalah
pembelajaran pelajaran dan guru diperhatikah lebih banyak memberi respon kepada masalah mereka.
Refleksi dan Penilaian Kendiri Setelah Perlaksanaan Kajian Tindakan
Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian dalam kitaran pertama ini, penyelidik membuat beberapa rumusan
tentang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah:
a) Pengalaman menjalankan kajian ini telah menunjukkan kepada guru bahawa pencapaian murid banyak
dipengaruhi oleh amalan mengajar yang ada pada jangkaan guru tidak mempengaruhi proses pengajaran. Amalan-
amalan guru termasuklah brecakap terlalu cepat, bentuk soalan, hubungan guru-murid, dan beberapa amalan lain.
Melalui pengalaman ini, guru mendapati amalan-amalan demikian adalah antara faktor yang membuatkan murid
menjadi bosan an tidak memberikan tumpuan kepada pelajaran. Amalan ini apabila berlaku berulang kali akan
menjejaskan proses pembelajaran murid.
b) Kajian ini juga menunjukkan bahawa pencapaian tiap-tiap murid boleh dipertingkatkan apabila masalah
sebenar yang dihadapi oleh mereka dalam proses pembelajaran dapat diatasi. Bagi memahami masalah murid,
guru perlu sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan mereka dalam sesuatu pelajaran seperti mengantuk,
berbual-bual ketika guru mengajar, tidak aktif dan sebagainya. Perlakuan-perlakuan itu adalah petunjuk kepada
keberkesanan pengajaran guru.
Walaupun begitu, segala kelemahan yang timbul ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah guru
terlalu terikat dengan beban sukatan pelajaran yang ketat. Guru kadangkala terpaksa berkejar untuk menghabiskan
sukatan tanpa mengambil kira prestasi murid. Selain itu, wujud juga masalah tumpuan pengajaran yang terlalu
cenderung kepada peperiksaan. Guru BM ini juga terpaksa mengajar kelas BM yang banyak. Ini menyebabkan
timbul beberapa kesulitan yang akhirnya menjejaskan kualiti pengajarannya.
44. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 37
(Dipetik daripada Laporan Kajian Tindakan bertajuk: Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Sendi dan
Kata Bilangan - Kumpulan Penyelidik: Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua, Ipoh, Perak Darul Ridzuan).
RUMUSAN
Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang dikenalpasti oleh pengamal
sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi
ke atas apa yang telah dilakukan di samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi
permasalahan yang ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya
juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam kajian tindakan. Dari
proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin, ianya terus berkembang dari segi
pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh,
Stringer dan lain-lain. Faedah yang utama kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke
atas amalan oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama kajian tindakan
adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta proses gelungan yang melibatkan secara
ringkasnya sebagai perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
KATA KUNCI
1. Tinjauan Awal
2. Perancangan Tindakan
3. Pelaksanaan Tindakan
4. Pemerhatian Dan Analisis Data
5. Penilaian Dan Refleksi
PENILAIAN KENDIRI
1. Pada pandangan anda, sejauhamana kah proses dan prosedur kajian tindakan dapat membantu anda dalam
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah anda?
2. Refleksi merupakan proses yang penting dalam kajian tindakan. Dalam langkah yang manakah refleksi
sangat diperlukan dalam kajian tindakan?
RUJUKAN
Elliot, J. (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988) The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin University Press.
Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall
45. K a j i a n T i n d a k a n D a l a m P e n d i d i k a n | 38